bhn edu3093 new.docx

16
Ponteng kelas Ponteng kelas pula bermaksud guru tidak masuk mengajar ke kelas atau lewat wasuk ke dalam kelas dengan sengaja atau keluar lebih awal sebelum masa pengajaran dan pembelajaran tamat tanpa alasan yang munasabah. Sikap guru yang lebih suka melepak di kantin sekolah, berbual atau bersembang kosong dengan rakan, melayari facebook dansebagainya. Guru bermasalah ini menjadikan aktiviti-aktiviti sampingan lebih penting berbanding mengajar di dalam bilik darjah. Ponteng jenis ini memberi kesan yang amat besar kepada pencapaian murid dalam akademik. c. Ponteng tugasan Ponteng tugasan ialah tidak melaksanakan arahan yang diberikan oleh pihak pentadbir sekolah. Contohnya guru tidak menghadirkan diri dalam sesi mesyuarat yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah, tidak menghadirikan diri semasa aktiviti atau kegiatan ko-kurikulum dijalankan, tidak menyertai program yang dilaksanakan di sekolah tanpa alasan yang munasabah dan kukuh, tidak menyiapkan kerja dan sebagainya. Ponteng jenis ini

Upload: norhayati-ahmad-osman

Post on 26-Sep-2015

43 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Ponteng kelasPonteng kelas pula bermaksud guru tidak masuk mengajar ke kelas atau lewat wasuk ke dalam kelas dengan sengaja atau keluar lebih awal sebelum masa pengajaran dan pembelajaran tamat tanpa alasan yang munasabah. Sikap guru yang lebih suka melepak di kantin sekolah, berbual atau bersembang kosong dengan rakan, melayarifacebookdansebagainya. Guru bermasalah ini menjadikan aktiviti-aktiviti sampingan lebih penting berbanding mengajar di dalam bilik darjah. Ponteng jenis ini memberi kesan yang amat besar kepada pencapaian murid dalam akademik.

c.Ponteng tugasanPonteng tugasan ialah tidak melaksanakan arahan yang diberikan oleh pihak pentadbir sekolah. Contohnya guru tidak menghadirkan diri dalam sesi mesyuarat yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah, tidak menghadirikan diri semasa aktiviti atau kegiatan ko-kurikulum dijalankan, tidak menyertai program yang dilaksanakan di sekolah tanpa alasan yang munasabah dan kukuh, tidak menyiapkan kerja dan sebagainya. Ponteng jenis ini menyebabkan kelancaran sesuatu program yang dijalankan oleh pihak sekolah akan terbantut.Peraturan 4(2) (a menangani masalah SGDU 6043 LEGAL ASPECT IN EDUCATIONAL MANAGEMENTNORHAZLIDA MOHD RAZALIPeraturan 4(2) (a-j). Peraturan-peraturan Pegawai Awam ( Kelakuan dan Tatatertib) 1993.Bincangkan dalam situasi sebagai seorang guru.Peraturan-peraturan pegawai ini dibuat di bawah Perkara 132(2) PerlembagaanPersekutuan yangmana telah menggantikan Perintah AmBab D.Peraturan-peraturan ini diwujudkanbagi memastikanpegawai awam dapatmelaksanakan tugas dengan cekap, beramanah, bertanggungjawab,meletakkankepentinganawamlebihutamadaripada kepentingan mereka sendiri , menjaga imej perkhidmatan awam; dan yang melakukan kesalahan melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.Pegawai Awam membawa maksud gelaran yang diberikan kepada mereka yangbekerja dan makan gajidengan kerajaan. Merekaini diamanahkan dengan senaraitugas yang telah ditetapkan mengikut sasaran kerja dan waktuyang telah digariskan.Menurut Kamus Dewan Guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh.Seorang guru merupakan pembimbing dalam proses pengajaran.Matlamat utama pendidikan di Malaysia ialah untuk menampung keperluan tenaga kerja dan mencapai perpaduan negara melalui perkembangan individu yang bersepadu dan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) selaras denganFalsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Bagi menyempurnakan hasrat FPK ini, para guru telah diamanahkan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik bukan sahaja dari segi penyebaran ilmu bahkan dalam pembentukan sahsiah anak didiknya. Generasi yangberilmu dan berakhlak tinggi dapat melahirkan bangsayang bertamadun. Pihak pentadbir dan perancang sentiasa mengharapkan agargurumempunyaicita-citaungguliaitumembina masyarakat yang bertamadun tinggi. Apabila FPK dihayati, guru harus sedar bahawa mereka sebenarnya memikul tanggungjawab yang amat berat. Guru perlu mencurahkan ilmu samaada pelajarnya mahu atau tidak mahu menerimanya.Di samping itu mereka harus peka dengan perubahan semasa dan menyesuaikannya secara bijak bagi menangani masalah pengajarandan pembelajaranterutamayangberkaitan dengandisiplinpelajar. Pada amnya ,guru seharusnya pakar atau profesional dalam segala bidang. Untuk menjadi guru yangprofesional, seseorangguru ituperlu menekankantiga aspek penting dalam dirinyaiaitu kepakaran, pengetahuan dan pembentukan sahsiah (Robiah, 1998).Profesion perguruan merupakan salah satu perjawatan dalam perkhidmatan awam.Jesteruitu, adalah menjaditanggunggjawabsetiap guruuntuk mengetahui Peraturan-peraturanPegawaiAwam (KelakuandanTatatertib) danetikakeguruan yang telahdibuat sebagai panduan dalam menjalankan tugas yamg diamanahkan dengan jujur dan berhemah.Berdasarkan peraturan 4 (2) (a) dalam Peraturan-peraturan Pegawai Awam (1993) seseorang pegawai awam tidak boleh membelakangkan tugas awamnya demi kepentinganperibadinya.Dalamkontekssebagaiseorangguru,gurumestimengutamakantugasmengajar yangmanatugas tersebut adalahtugas utamaseorang guru.Jika guruterbabit mengutamakan kepentingan peribadi denganmembelakangkan tugas utamanya,maka guru tersebut telah melanggar peraturan ini. Contohnya , seorang guru berniaga di sekolah. Beliau menggunakan waktu pengajaran untuk urusan jual beli dengan tidak masuk ke kelas dan membiarkanmurid tanpapengawasan.Fenomenaini seringkedengarandan menjadi rungutan masyarakat, kerana guru tidak lagi menganggap profesion perguruan sebagaiprofesion utama malah menjadikan kerjasampingan sebagai kerjautama.Malahan adayang terlibat dengan direct selling sehingga tidak hadir ke sekolah untuk menjalankan perniagaan dan mengabaikantanggungjawab untukmengajar.Tidakmenjadikesalahanjikaguru ingin menjalankan perniagaan atau kerja sampingan yang lain, asalkan ia diluar waktupersekolahanyangtidakmelibatkanwaktukerjaguru.Guruyangmengabaikan tanggungjawab sebagai guru dan membelakangkan tugas awamnya jelas tidak beretika dan melanggar peraturan pegawai awam. Satu artikel yang ditulis dalam Berita Harian Guru AbaiTugasCalarImejProfesionPerguruan yang bertarikh 4 Januari 2010 dimana gurumenjalankan kerja luar sehingga menyebabkan hilang tumpuan kepada tugas mengajar.Menurut setiausaha agung Persatuan Perkhidmatan Perguruan Loke Yim Peng, hak gurumencari pendapatan tambahan tidak boleh disekat namun biarlah mereka boleh mengimbangikedua-duanya. Guru tidak salah untuk membuat kerja sampingan namun ianya tidak bolehmenjejaskan kerjaya profesion sehingga menyebabkan ponteng untuk mengajarPeraturan 4 (2) (b) seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya.Contohnya,pemberiantender kantinsekolah. Guru menggunakan pengaruhnya sebagai seorang guru di sekolah berkenaan untuk memberi tender kantin kepada saudaramaranya.Hal ini tidakharus berlakukerana tender tersebutmesti dibuka secaraadil. Guru tidak boleh mempengaruhi keputusan dalam pemberian tender demi kepentingan peribadi.Sikap beratsebelahataubias tidak boleh menjadi amalan dalam sesebuah organisasi. Organisasi mesti telus dalam memilih dan hanya yang benar-benar layak yang akan mendapattender yang ditawarkan.Contoh yanglain, seorang gurumengajar pusat tuisyen disebuahpusattuisyen.Beliaumempromosipusattuisyennyakepadamurid murid yanginginmendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan agar belajar di pusat tuisyentersebut, sedangkan didalam kelas di sekolah guru terbabit mengajar dengan sambil lewa dantidak berdedikasi . Malahan guru lebih mementingkan prestasi murid di pusat tuisyenberbandingprestasi muriddisekolah. Kepentingan peribadi mendoronggurubertindakbercanggah dengan tugas rasmi beliau dan membelakangnya tanggungjawabnya di sekolah.Peraturan 4 (2) (c) seseorang pegawai awam tidak boleh berkelakuan dengan apa-apacara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa dia (i) telah membiarkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya sehingga menjejaskan kebergunaannya sebagai pegawai awam atau dia (ii) telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri. Contoh pelanggaran peraturan sebagai seorang guru ialah menggunakan harta benda sekolah demi kepentingan peribadi. Menggunakan mesin fotostat untuk menyalin bahan assignment. Situasi ini sangat mendapat perhatian kerana ramai guru yang menyambung pelajaran, dan tanpa disedari mereka menggunakan harta benda sekolahseperti printer, alat tulis dan mesin fotostat untuk menyiapkan tugasan yang diberikan olehpensyarah.Hartabendasekolah tidak bolehsewenangnya digunakankeranaiaadalahhartakerajaan. Seorang guru tidak boleh menjadikan alasan ia adalah perkara kecil kerana tetap bersalahan denganperaturan-peraturanpenjawatawam.Kepentinganperibaditidakbolehmenjadi kebenaran untuk melakukan kesalahan dan menghalalkan apa yang tenyata salah.Harta kerajaan adalah amanah dan harus menjadi tanggunjawab pegawai awam untukmenjaganya, bukan menggunakan demi kepentingan peribadi.Merujuk peraturan 4 (2) (d) seseorang pegawai awam tidak boleh berkelakuan dengan cara memburukkan atau mencemar nama baik perkhidmatan awam. Kebelakangan ini banyak kes kelakuanpegawai awamyangmemburukkannama sektorawam.Lebih-lebihlagi seorang gurumempunyai persepsiyangtinggi di mata masyarakat. Seseorangguruituharuslah mempunyai etika-etika yang harus dipatuhi supaya profesion keguruan ini akan disanjung sehingga akhir zaman. Menurut Mustafa Haji Daud dalam Pengurusan Islam 1994,menggunakan perkataan yang paling ringkas, sarjana pengurusan mendefinisikan etika sebagai sains moral dan prinsip-prinsip moral. Etika akan menentukan sesuatu tindakan seseorang itu baik atau sebaliknya. Etika dalam erti kata lain ialah mematuhi nilai moral.Etika merupakan akauntabiliti dan tingkah laku seseorang melalui profesionnya terhadap masyarakat. Sebenarnya, guru berhadapan dengan cabaran yang sangat besar dan menghadapi cabaran ini dengan profesional. Kegagalan guru untuk mengatasi masalah dengan sewajarnya akan memberikan impak yang negatif kepada profesion keguruan.Seharusnya guru perlu menunjukkan contoh yang baik terhadap murid. Menjadirole modeluntuk murid serta menunjukkan contoh dengan kepimpinan melalui teladan. Guru harus menerapkan nilai murni kepada murid, mempamerkan teladan yang baik agar murid dapat membezakan nilai murni dan nilai sebaliknya. Tapi amat menyedihkan kerana terdapat segelintir guru yang mencemar nama profesion yang mulia ini. Kesalahan jenayah sepertipenagihan dadah, merokok,kes khalwat, rasuah, judi, merompak, mencuri, gangguan seksual, berhutangdanbanyak lagikes jenayah yangmelibatkangurusabanharidilaporkan.Nilaimoral yang semakin merudum, integriti yang luntur membuatkan kes-kes tersebut menjadi kebiasaan. Guru yang terlibat dalam kes-kes jenayah telah melanggar peraturan pegawaiawam kerana telah mencemarkan nama baik sektor awam dengan kesalahan yang telahdilakukan. Amat memalukan kerana sebagai pegawai awam yang sepatutnya harus menjaganama baik dan reputasi organisasi kerajaan. Menurut laporan Magendran Rajagopal danNorlizaWasilandariBeritaHarian,KementerianPendidikanMalaysia(KPM)telahmenerima 200 aduan mengenai pelbagai salah laku guru sejak tahun 2007. Antaranya tidakhadir bertugas (37%), cabul (17%), rasuah (15%), dadah (9.5%), kecurian (6%), jenayahsyariah (7%) dankeberhutangan (1%).Contoh satu kes yang telah di sabitkankesalahan,akhbar Kosmo Online melaporkan pada Ogos 2009 seorang guru dari Sekolah Rendah PasirPuteh telah merogol dan mencabul seorang murid tahun enam yang mana ketika itu berumur12 tahun di makmal sekolah berkenaan. Manakala pada 17 ogos 2009 guru tersebut telahmencabul murid berkenaan di tempat yang sama. Hakim telah menjatuhkan hukuman penjarasembilan tahun dan satu sebatan atas kesalahan merogol dan penjara tiga tahun serta duasebatan atas kesalahan mencabul. Kes ini mendapat liputan media yang meluas dan telahmencemar reputasi profesion perguruan dan pada masa yang sama mencalit arang padaorganisasi kerajaanPeraturan 4 (2) (e) seseorang pegawai awam tidak boleh kurang cekap atau kurangberusaha. Contohnyaguru yangdiamanahkan untukmengajar matapelajaran muzik, dengan memberi alasan beliau tidak mahir dalam bidang muzik, guru tersebut hanya masuk ke kelasdan mengarahkan murid membuat kerja sendiri. Guru tidak mempunyi inisiatif untuk belajardan mencari bahan untuk mengajar mata pelajaran yang telah diamanahkan. Sikap malasberusahabeliaumenyebabkanmurid-muridkelasterbabittidakdapatbelajardanpotensi murid dalam bidang muzik tidak dapat dikembangkan. Jelas tindakan guru berlawanan dengan dasar pendidikan Negara yang bermatlamat mengembangkan potensi murid dari segi jasmani,emosi,rohani,intelekdansosial.Sikapmalasberusahagurumembantutkanminatmurid dalam mata pelajaran yang telah direncanakan dalam Kurikulum Kebangsaan.Peraturan 4 (2) (f) seseorang pegawai tidak boleh tidak jujur dan tidak amanah.Contoh yang paling terdekat ialah kes guru besar yang tidak membenarkan murid mengambilpeperiksaanUPSR.Tindakanyang jelasmenyalahietikakeguruan dantidakamanahdalam tugas. Guru yang diberi kepercayaan untuk mengajar dan mendidik telah menafikan hakmurid tersebut dengan mengurung murid dari hadir ke dewan peperiksaan. Kes ini berlakupada tahun2011 diSekolah Kebangsaan BintagorSarawakdimanatigaorangmuriddarisekolah tersebut dan lima orang dari Sekolah Kebangsaan Teluk Sara, Baling Kedah tidak dibenarkan mangambil peperiksaan.Selainitusatulagikesyangmelibatkangurutidakamanah ini ialah salah guna kuasa. Berdasarkan petikan akhbar dari Berita Harian Online,seorang guru besar dari Sekolah Kebangsaan Tandop Besar Kuala Nerang Kedah telah menyalahgunakan kuasa beliau dengan membekalkan pakaian seragam kokurikulum sekolahpadatahun2008dan2009.Beliautelahdijatuhkanhukumanpenjaraduatahundandenda sebanyak RM 148,500. Kes-kes yang disenaraikan diatas merupakan pelanggaran Peraturan-peraturan Pegawai Awam ( Kelakuan dan Tatatertib) 1993 oleh guru dalam perkhidmatannya.Guru telah tidak amanah dan tidak jujur dalam menjalankan tugas serta menyalahgunakan kuasa yang diberikan dengan melakukan tindakan yang bertentangan dengan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.Peraturan 4(2) (g) seseorang pegawai tidak boleh tidak bertanggungjawab .Tanggungjawab membawa makna kesediaan menerima kewajipan dan tugas yang diarahkan.Banyak orangmengelakuntuk bertanggungjawab, kerana memanglebih mudah melarikan diri dari tanggungjawab daripada berdiri dengan berani dan menyatakan dengan tegasbahawa,Ini tanggungjawab saya!. Guru yang tidak bertanggungjawab dengan tugasnya akan memberi alasan untuk mengelak dari tanggungjawab tersebut. Contohnya, seorang guru yang memalsukan sijil cuti sakit dan tidak hadir ke sekolah tanpa kebenaran. Memalsukan sijil cuti sakit adalah satu kesalahan yang serius kerana guru telah melanggar Peraturan-peraturanPenjawatAwam.Sijilcutisakittidakbolehsewenangnyadiberiolehdoctor kecuali disahkan betul tidak dapat menjalankan tugas dan perlu diberi cuti rehat. Guru besarberhak ke atas cutiguru dan guru perlumendapat kebenaransebelum bercuti.Tindakan guru yang memalsukan sijil cuti sakit dan bercuti tanpa kebenaran jelas menunjukkan guru tidakbertangunggjawab dalamtugasnya. Banyakkes yangdilaporkansepertikesgurupontengkerja. Menurut keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 20 Mei 2008 KementerianPendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil tindakan kepada seorang guru dari SekolahKebangsaan Jenis Tamil (SKJT) di Perak yang telah tiga puluh hari tidak datang bertugas.Beliau hanya memaklumkan ketidakhadirannya melalui sistem pesanan ringkas (SMS)kepada pihaksekolah.Selain itu, utusan Borneobertarikh 24Disember 2011 melaporkanhasil daripemantauan JemaahNazir dan JaminanKualiti(JNJK) pada25 Mei 2010,seramai157 orang guru dari 14 buah sekolah di Sabah tidak hadir ke sekolah tanpa sebab. Perkaraseumpama ini tidak boleh dibiarkan kerana boleh melumpuhkan sistem pendidikan Negara.Peraturan 4(2) (h) seseorang pegawai tidak boleh membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan apa-apa tuntutan berhubung denganatau terhadap perkhidmatan awam, sama ada tuntutan itu ialah tuntutannyasendiri atau tuntutan mana-mana pegawai lain. Sebagai pegawai awam, seorang guru tidakbolehterlibatdenganperkara-perkarayangmerosakkannamabaikpendidikandanprofesionnya.Menggunakanpengaruhluaruntukmendapatkansesuatuadalahperbuatanyang tidak beretika dan jelas haram di sisi Islam. Akan wujud unsur rasuah dan budaya mengipas untuk mendapatkan sesuatu. Apabila perkara ini berlaku, wujud ketidakadilan pada pihaklain.Contohnya,seorangguruyangmempunyaihubunganyangbaikdengan seorang ahli politik atau individu ternama, meminta ahli politik atau individu ternama tersebut menggunakan pengaruhnya dalam urusan kenaikan pangkat dan pertukaran sekolah.Hal ini telah menjadi kebiasaan dalam organisasi. Akibat dari tindakan tersebut, kenaikanpangkatakandiberikankepadaindividuyangtidaklayakdanjelasmenganiyaguruyanglayak untuk kenaikan tersebut. Begitu juga dengan isu pertukaran, ada yang gagal dalampermohonanpertukaran untukjangkamasa yanglamakerana wujud perkara seumpamaini.Isu ini bukan sahaja melanggar peraturan penjawat awam malah melanggar hak kemanusiaan dan etika guru.Peraturan 4(2) (i) seorang pegawai awam tidak boleh ingkar perintah.Maksud IngkarPerintah ialah seseorang dianggap ingkar perintah jika keingkaran itu dibuat secara sengajaatas sebarang arahan yang sah dan munasabah. Ingkar perintah boleh menjadi alasan untuk dibuang kerja kerana pekerja itu telah melanggar kontrak perkhidmatannya, jika dia secarasengaja telah ingkar (tidak turut perintah/arahan) yang dikeluarkan dengan sah dan munasabah oleh majikannya. Contohnya guru yangtidakmengetik kadperakam waktu padawaktu datang dan balik. Perbuatan jelas telah melanggar peraturan yang ditetapkan di dalam Surat Pekeliling Am Bil. 11 Tahun 1981 berkenaan Sistem Penggunaan Kad Perakam Waktu (Punch Card) di Pejabat-Pejabat Kerajaan. Kegagalan mengetik kad perakam waktu menggambarkan tindakan ingkar perintah guru terhadap peraturan yang telah ditetapkan.Peraturan 4 (2) (j) seseorang pegawai tidak boleh cuai dalam melaksanakan tugasnya. Seorang guru berperanan sebagai inloco parentis iaitu penjaga atau pengganti kepada murid di sekolah. Mutakhir ini banyak kes kecuaian berlaku dalam kawasan sekolah.Kejadian seumpamaini berlakukerana rasatanggungjawab guru kepadamuridtidak menjadi prioritikepada guru.Semasa proses pengajaran danpembelajaran, guru tidakboleh mengabaikan tanggungjawabnya untuk mengawal kelas dan memastikan murid selamatdalam menggunakan peralatan jika proses pengajaran berlaku diluar kelas seperti di bilikkemahiran hidup atau makmal sains. Guru perlu memberi arahan yang jelas kepada murid dalam menggunakan peralatandenganselamat. Kecuaian guru dalamaspek keselamatan murid menunjukkan guru tidak mempunyai rasa tanggungjawab sebagai penjaga kepadamurid. Contoh satu kes yang melibatkan kecuaian guru dalam melaksanakan tanggungjawabnya, seorangpelajar tingkatansatudariSekolahMenengahPortDicksontelah mengalami kecederaan dikepala kerana terkena cangkul yang digunakan oleh rakannya semasa kelas amali Sains Pertanian. Mahkamah Persekutuan telah memutuskan, terdapat kecuaian guru kerana guru tersebut tidak memeriksa peralatan kebun dan tidak menyediakan sistem keselamatansemasa kelaspertanian.Semasakemalangan,gurusedangduduk dibawah pokok beberapa ela dari batas pertanian. Guru tersebut mempercayai pelajar dan tidak menguruskan peralatan kebun dengan baik. Guru juga tidak memberi peringatan dan tidak mengambil langkah-langkah keselamatan mengikut keadaan pelajar termasuk jarak antaramereka, bagimengelak berlakunyakecederaan. Gurutelahlaridari tanggungjawabnya untuk memastikan keselamatan pelajar ketika proses pengajaran danpembelajaraan dibawah seliaan beliau. Seharusnyaguru bersama-sama dengan pelajarketika aktiviti dijalankan dan tidak membiarkan pelajar melakukannya tanpa pengawasan. Ibaratperumpamaan Malang Tidak Berbau dimana langkah pencegahan adalah lebih baik bagimemastikan kejadian yang tidak diinginiKesimpulannya, pelanggaran guru dalam Peraturan-peraturan Pegawai Awam(Kelakuan dan Tatatertib) 1993 boleh diambil tindakan Tatatertib oleh Lembaga Tatatertib.Pihak Berkuasa Tatatertib boleh mengenakan mana-mana satu atau apa-apa kombinasi duaatau lebih daripada hukuman-hukuman di bawah peraturan 38, P.U.(A)395/1993 Pegawaiyang terlibat dalam kesalahanmelanggar peraturan akan diberikan amaran,dikenakan denda,dilucutkanhak emolument seterusnya ditangguhkanpergerakangaji,diturunkangaji,diturunkanpangkatdan pembuangan kerja.Sebagaiseorangguru,harusmenjagaetikaperguruandansentiasadalamperaturan-peraturanyangtelahdigariskan.Kawalantatatertib merupakan salah satu daripada elemen dalam pengurusan sumber manusia yang penting.Matlamat kawalan tatatertib adalah bagi membentuk sikap yang positif dan mencegah diri daripada berlakunya penyelewengan kerana matlamat akhir adalah untuk membangunkanpegawaiawamyang berkualiti,berintegriti danbermotivasi. Profesion keguruan merupakansatu profesion yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menjulang martabatpendidikan dinegarakitaMalaysia. Inikeranagolongan gurumerupakangolonganutamayang diamanahkan untuk bertanggungjawab membantu negara dalam mencapai matlamat utama pendidikan iaitu untuk menampung keperluan tenaga kerja dan mencapai perpaduanNegara melalui perkembanganbersepaduyang menyeluruh dari segi jasmani,emosi, rohani,intelek dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.BibliographyOTHMAN, M. I. (2008).UNDANG-UNDANG UNTUK PENGETUA DAN GURU BESAR.KUALA LUMPUR:PTS PROFESSIONAL.www.spa.gov.my/Portal/Tatatertib/Peraturan_Tatatertibwww.agc.gov.my/pdf/.../PP/TATAKELAKUAN.pdfwww.e-tatatertib.jpm.gov.my/userfiles/file/tatatertib/setitik_nila.pdfwww.tranungkite.net/lamawww.persijilanguru.blogspot.comwww.ceritagurukini.blogspot.comwww.cputsungai.blogspot.com