edu3093 tugasan2

24
Pensyarah: En. Rosli bin Abd Hakim Disediakan oleh: Shaharudin bin Mohd Shah Tarikh serahan: 25 Februari 2015

Upload: shaharudin-mohd-shah

Post on 23-Jul-2015

48 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Pensyarah:En. Rosli bin Abd Hakim

Disediakan oleh:Shaharudin bin Mohd Shah

Tarikh serahan: 25 Februari 2015

Komitmen dan Peranan Guru dalam Pelaksanaan Pendekatan Pendidikan

Inklusif di Malaysia 

Oleh 

Supiah SaadJabatan Pendidikan Khas

Kementerian Pelajaran Malaysia2005

Pendidikan Khas adalah satu cabang perkhidmatan pendidikan yang disediakan untuk murid berkeperluan khas. Bidang ini sedang berkembang pesat seiring dengan perkembangan sistem pendidikan negara. Selain perkhidmatan di Sekolah Pendidikan Khas dan Program Pendidikan Khas Intergrasi, Pendekatan Pendidikan Inklusif juga dilaksanakan di sekolah tertentu di seluruh negara bagi memenuhi keperluan murid dan juga permintaan ibu bapa. Dasar sedia ada yang diterima pakai sekian lama memperuntukkan hak mendapat pendidikan formal bagi kanak-kanak berkeperluan khas, dan dasar tersebut diperkukuh oleh dasar “Pendidikan Wajib”dan “Pendidikan Untuk Semua” yang kini menjadi asas perkiraan dalam perancangan pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia. Dengan termaterai dua dasar tersebut, pendekatan pendidikan inklusif menjadi perkara penting dalam menghadapi cabaran dan isu-isu semasa pendidikan khas. Kertas ini membincangkan komitmen dan peranan guru aliran perdana dalam menangi murid berkeperluan khas berdasarkan dapatan kajian-kajian empirikal yang telah dilaksanakan di negara ini dan kajian rintis yang sedang dijalankan di beberapa sekolah tertentu.

Di bahagian pengenalan penulis jurnal ini telahmenerangkan tentang beberapa perkara iaitu:1. Sistem Pendidikan Di Malaysia2. Pendidikan Kanak-kanak Berkeperluan Khas (KBK) di

Malaysia3. Pendidikan Kanak-kanak Berkeperluan Khas Kelolaan KPM4. Murid Pendidikan Khas di Aliran Perdana

1) Sistem Pendidikan Di Malaysia Bentuk sistem pendidikan yang diamalkan di

Malaysia iaitu sistem pendidikan berpusat.

Kementerian Pelajaran bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pengurusan pendidikan formal untuk setiap kanak-kanak termasuk individu berkeperluan khas atau kurang upaya

Emosi dan tingkah laku (autisma dan ADHD)

Fizikal (cacat anggota)

Penguasaan Kemahiran3M

Pembelajaran khususDisleksia

Persoalan Kajian:

Apakah faktor yang mempengaruhi tahap komitmen dan peranan guru dalam pelaksanaan pendidikan inklusif?

Sejauh mana guru di aliran perdana komited dengan proses pengajaran dan pembelajaran MBK dalam tanggungjawab mereka? Dan

Apakah strategi guru aliran perdana dalam mengatasi masalah MBK?

Daripada penulisan tersebut didapati penulis menggunakan kaedah kualitatif bagi memperoleh maklumat bagi menjawab persoalan kajian.

“Creswell (1994) menyatakan penyelidikan kualitatif boleh didefinisikan sebagai satu proses inkuiri untuk memahami masalah sosial atau masalah manusia, berdasarkan kepada gambaran yang menyeluruh dan kompleks, melalui pandangan informan yang mendalam serta dijalankan dalam keadaan yang sebenar dan semula jadi”

Bentuk Kajian Penerangan

Bentuk Kajian Lapangan

data dikutip melalui temu bual dengan responden kajian atau melalui pemerhatian terhadap fenomena yang dikaji

Bentuk Kajian Kes kajian tentang sesuatu kes atau beberapa kes. berkait dengan manusia, kumpulan manusia, peristiwa kritikal, projek, komuniti atau sebahagian daripada program. Satu kes adalah satu unit asas analisis. Data kes termasuk data temu duga, data pemerhatian, data rekod dan pernyataan daripada mana-mana ambilan mengenai kes tersebut. Teknik utama yang digunakan ialah pemerhatian lapangan, temu duga dan analisis dokumen.

Bentuk Kumpulan Terfokus

proses pengutipan data melalui temu bual yang dibentuk khas untuk kumpulan kecil.

Bentuk Kajian Tindakan

bertindak secara sistematik untuk menyelesaikan sesuatu masalah spesifk. Kajian tindakan menggunakan pendekatan kolaboratif dalam kajian. Proses kajian ini melibatkan perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi.

Bentuk Analisis Dokumen

iaitu berkaitan kajian kualitatif dibuat dengan menganalisis kandungan dokumen untuk mendapatkan data kajian.

Respons guru yang terlibat dalam kajian rintis program pendidikan khas integrasi pendekatan inklusif dalam interaksi dengan penulis melalui perbincangan formal dan tidak formal.

Melalui kajian ilmiah dan kajian tindakan berkaitan pendidikan inklusif secara langsung atau tidak langsung

Analisis dokumen laporan kajian-kajian empirikal mengenai pendidikan inklusif di Malaysia: sikap guru, pengetahuan guru aliran perdana tentang pendidikan khas, persepsi guru tentang MBK

Perbincangan tidak formal dengan guru dan pentadbir sekolah

Pemerhatian dalam kelas yang terdapat MBK

Keratan artikel akhbar

Diari penulis: pengalaman penulis dalam menjalankan pemantauan program pendidikan khas dan interaksi sosial seharian.

subjek kajian adalah guru-guru aliran perdana yang terlibat mengajar murid-murid pendidikan khas yang ditempatkan di dalam

kelas inklusif.

penulisan ini menggunakan kaedah yang berbeza untuk tujuan perbandingan, maka dapatan kajian ini hanyalah merupakan satu spekulasi tersusun.

1. Pengetahuan guru tentang pendidikan dan MBK

Hanya 12 peratus (1/8) guru prasekolah aliran perdana tahu definisi pendidikan inklusif dengan merujuk kepada kajian Supiah Saad (2003)

Tidak ada seorang pun daripada 28 orang guru aliran perdana yang ditanya dapat memberi maksud pendidikan inklusif dan pendidikan khas dengan tepat. Kebanyakan menjawab tidak pernah dengar perkatan tersebut. Dapatan diperoleh berdasarkan pengalaman penulis sebagai panel temu duga biasiswa 2005.

Kesemuanya 12 orang warga pendidik aliran perdana yang ditemui secara tidak dirancang (dalam situasi dan masa berasingan) tidak faham maksud ‘special education’ atau pendidikan khas. Mereka faham singkatan OKU (orang kurang upaya) tapi bila ditanya lebih lanjut tentang kanak-kanak OKU, ‘buta dan pekak’ adalah golongan OKU yang mereka tahu. Dapatan diperoleh daripada diari penulis dari Januari 2004 hingga Jun 2005 melalui interaksi sosial.

2. Sikap dan penerimaan guru terhadap MBK

Penulis telah menyertakan dapatan daripada kajian yang lain untuk menyokong dapatan penulis. Antaranya adalah dapatan dari kajian Haniz Ibrahim (1998) telah mendapati beberapa halangan yang menjadi kekangan kepada keberkesanan pendidikan inklusif antaranya adalah sikap negatif guru sekolah rendah terhadap pelaksanaan pendidikan inklusif.

Enam ciri yang berkait rapat dengan peranan dan komitmen guru. Cadangan tersebut adalah:

1.Kasih sayang dan keikhlasan2.Pengetahuan guru tentang MBK3.Sikap (positif) dan penerimaan tanpa syarat4.Konsistensi yang berserta motivasi berterusan5.Strategi dalam pengajaran (memindahkan teori pembelajaran ke dalam bentuk yang praktikal)6.Kepakaran (elemen luaran guru pendidikan khas contohnya bahasa isyarat untuk murid bermasalah pendengaran dan Braille untuk masalah penglihatan)

1.Membuka ruang kepada kajian lanjut berkaitan pendekatan pendidikan inklusif.

2.Memberikan maklumat berkaitan tahap komitmen dan peranan guru perdana tentang pendekatan pendidikan inklusif di Malaysia

3. Dapatan kajian menjawab persoalan kajian yang dikemukakan

1. Penulisan abstrak tidak mengandungi maklumat yang lengkap

2. Penulis tidak menganalisis dapatan kajian menggunakan kaedah analisis yang lebih sistematik.

3. Rujukan yang tidak terkini4. Tidak mencatatkan rujukan yang digunakan

dengan lengkap

Pendidikan adalah kunci kepada kemajuan. Pendidikan inklusif adalah salah satu langkah untuk mencapai kemajuan. Khususnya kemajuan kepada pencapaian murid itu sendiri, kemajuan kepada kaedah pengajaran guru, kemajuan kepada sekolah dan kemajuan kepada sistem pendidikan dan akhirnya kepada negara.

Kajian yang dijalankan oleh penulis diharapkan dapat membantu membuka jalan ke arah peningkatan komitmen dan peranan guru dalam pelaksanaan pendekatan pendidikan inklusif di Malaysia melalui kajian-kajian dan langkah-langkah penambahbaikan yang lebih efektif pada masa-masa akan datang.