soalan psk new.docx

13
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN Satu jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Jawab Semua 50 Soalan Objektif. 2. Hitamkan Jawapan yang dikehendaki di Kertas Objektif Yang diberikan. 3. Serahkan Kertas Jawapan dan Kertas Soalan Ini Kepada Pengawas Peperiksaan Pada Akhir Peperiksaan. Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak termasuk muka depan. 1 NAMA : ………………….…………………………………… NO. KAD PENGENALAN: …………….............................. Ujian Setara 1 Sivik MAC 2013 1 jam UJIAN SETARA 1 , 2013 TINGKATAN TIGA S.M.K ABDUL RAHIM KUDAT

Upload: adikmuk

Post on 10-Jul-2016

59 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: soalan psk new.docx

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

Satu jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Jawab Semua 50 Soalan Objektif.2. Hitamkan Jawapan yang dikehendaki di Kertas Objektif Yang

diberikan.3. Serahkan Kertas Jawapan dan Kertas Soalan Ini Kepada

Pengawas Peperiksaan Pada Akhir Peperiksaan.

Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak termasuk muka depan.

1

NAMA : ………………….……………………………………

NO. KAD PENGENALAN: ……………..............................

KELAS : ……….

Ujian Setara 1 SivikMAC 20131 jam

UJIAN SETARA 1 , 2013TINGKATAN TIGA

S.M.K ABDUL RAHIM KUDAT

Page 2: soalan psk new.docx

2

Page 3: soalan psk new.docx

Tiap-tiap soalan diikuti empat pilihan jawapan, iaitu A,B,C dan D. Pilih satu jawapan yang betul.

1 Selain memberikan perhatian kepada potensi diri dalam pemilihan kerjaya, dua faktor lain yang perlu diambil kira ialah_________________________A kemahiran dan kelayakanB kemahiran dan sumber modalC kelayakan dan peluang yang adaD kelayakan dan sikap

2 Pilih penyataan yang tepat untuk membezakan kelayakan akademik dan kelayakan ikhtisas.

Kelayakan Akademik

KelayakanIkhtisas

A Kelayakan berkaitan dengan

kerjaya

Kelayakan asas

B Kelulusan peperik-saan

kerajaan

Kelulusan universiti swasta

C Kelulusan yang menjadi

prasyarat

Kelulusan tambahan

D Kelayakan asas sesuatu kerjaya

Kelayakan berkaitan dengan kerjaya

3 Seorang jurujual dan seorang pemandu pelancong mempunyai persamaan, iaitu mereka perlu memilikiA peribadi artistikB peribadi konvensionalC peribadi sosialD peribadi berdaya usaha

4 Mashita berasa bosan setiap kali membaca buku. Ini menyebabkan keputusan akademiknya tidak memuaskan. Namun begitu, dia amat kreatif dan imaginatif serta mempunyai ketangkasan tangan dan penglihatan yang tajam. Apakah kerjaya yang sesuai dengannya?I PramugariII PembatikIII Tukang guntingIV PenganyamA I dan IV C II, III dan IVB II dan III D I, II, III dan IV

5 Nicol Ann David telah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa melalui sukan skuasy. Selain cekal berlatih, apakah potensi diri lain yang perlu ada pada beliau?I Imaginatif II Berpandangan jauhIII Yakin diri IV KreatifA. I dan IV B. II dan IIIC. I, II dan III D. I, II, III dan IV

6 Omar bercita-cita hendak menjadi ahli sains. Dia mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta sanggup menghadapi cabaran untuk mencapai cita-citanya.Apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh Omar untuk mencapai cita-citanya itu?I Melayari laman web untuk mencari institusi

pengajian tinggi yang menawarkan kursus berkaitan

II Memujuk ibu bapa untuk menghantarnya melanjutkan pelajaran di luar negara

III Enggan menerima tawaran memasuki universiti tempatan

IV Memohon biasiswa dan bantuan kewangan untuk meringankan beban kewangan ibu bapa

A I dan IV C I, II dan IVB II dan III D 1,11, III dan IV

7 Datuk Jimmy Choo merupakan anak tempatan yang telah mencipta nama sebagai pereka kasut terkenal di England. Selain minat dan bakat yang dimiiiki, Datuk Jimmy Choo juga perlu mahir ___A bercakap C berbahasa InggerisB merebut peluang D melukis

8 Kamu seorang yang berjiwa seni. Walaupun tidak pandai melukis, kamu mendapat banyak ilham daripada lukisan. Kamu juga tidak berminat bekerja di pejabat. Apakah kerjaya yang sesuai untuk kamu?I PensyarahII PenulisIII PenghiburIV PramugariA I dan IV C I, II dan IIIB II dan III D I, II, III dan IV

9 Mengapakah seseorang perlu mempunyai minat

3

Page 4: soalan psk new.docx

dalam pilihannya? A. Dapat menjalankan tugasnya dengan gembiraB. Dapat memperoleh gaji yang lebih tinggi C. Dapat mengambil kursus yang sesuaiD. Mudah mendapat kenaikan pangkat

10 Pengetahuan tentang keperluan kelayakan dalam kerjaya pilihan sangat penting kerana A membolehkan seseorang menyimpan wang untuk

merealisasikan kerjayanya. B menggalakkan seseorang membuat persediaan

diri,sekiranya gagal mencapai kerjaya pilihan. C membantu seseorang menyediakan alternatif

kedua sekiranya kerjaya pilihan pertama gagal dicapai.

D membantu seseorang mengambil kursus yang diperlukan untuk menghala ke arah kerjaya

pilihan.

11 Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk membantu seseorang menghala ke arah kerjaya pilihannya?

I Terus memohon kerjaya tersebutII Mendapatkan maklumat tentang keperluan kerjaya

tersebutIII Mengambil kursus yang diperlukanIV Menyimpan wangA. I dan II B. II dan IIIC. II, III dan IV D. I, II, III dan IV

12 Sofeah berminat dalam bidang penulisan dan bercita-cita menjadi penulis terkenal. Apakah persediaan awal yang dapat dilakukan oleh ibu bapanya untuk membantu Sofeah mencapai cita-citanya itu?

I. Menghantar Sofeah mengikuti kursus untuk membaiki mutu bahasa

II. Membelikan banyak bahan bacaanIII. Memberikan pendedahan tentang kerjaya lainIV. Membincangkan kekurangan bidang penulisanA. I dan II B. II dan IIIC. II,III dan IV D. I, II, III dan IV

13 Apakah jurusan dan kursus yang perlu diambil oleh Nur Ain sekiranya dia memilih akauntan sebagai kerjaya pilihannya?

Jurusan Kursus

A Sastera Lukisan teknik

B Perdagangan PerakaunanC Sains GuamanD Perdagangan Perniagaan

14 Sekiranya kelayakan kamu tidak sesuai dengan jawatan yang diminta, apakah langkah yang dapat diambil untuk melayakkan diri kamu mendapat jawatan tersebut?

I. Mendaftarkan diri untuk mengambil kursus yang diperlukan

II. Bertanya kepada kawan yang menjawat jawatan berkenaan untuk mengetahui cara bekerja

III. Mencari pengalaman dengan menjawat jawatan yang lebih rendah dahulu

IV. Bergaul mesra dengan pekerja yang menjawat jawatan berkenaan

A. I dan III B. II dan IIIC. I, II dan III D. I, II, III dan IV

15 Apakah sumbangan sesuatu kerjaya kepada seseorang individu?A Pendapatan dan penghormatanB Mengurangkan kadar pengangguranC Prasangka dan cemuhanD Gaji yang tinggi dan syak wasangka

16 Siapakah yang menentukan pemilihan sesuatu kerjaya?A. Negara C KeluargaB. Masyarakat D Diri sendiri

17 Mengapakah minat dan keyakinan menjadi faktor penting dalam memastikan kejayaan kerjaya pilihan seseorang?A Supaya seseorang dapat mencapai tahap gaji

yang maksimum, yang setimpal dengan usaha yang dicurahkan

B Seseorang dapat menerima cabaran dengan mudah

C Seseorang dapat mendalami bidangnya untuk memaksimumkan pengetahuan dalam kerjaya pilihannya

D Agar seseorang itu dapat memberikan penjelasan

4

Page 5: soalan psk new.docx

yang terperinci tentang tugasnya apabila ditanya

18 Safei bercita-cita hendak menjadi juruterbang.Apakah persediaan awal yang dapat dilakukan untuk mencapai impiannya?I Membuat rujukan dan kajian tentang kapal

terbang serta fungsi peralatan semasa penerbangan

II Mengambil mata pelajaran Sains dan MatematikIII Memperbaiki mutu bahasa Inggeris serta

mengambil kursus bahasa lain seperti bahasa Jepun, Perancis dan Iain-Iain

IV Menjaga kesihatan badanA I dan IV C I, II dan IIIB II dan III D I, II, III dan IV

19 Apakah perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum seseorang memilih kerjaya yang terbaik untuk dirinya?I Minat III BakatII Keyakinan IV Kejayaan orang lainA I, II dan IV C I,II dan IIIB II, III dan IV D I, II, III dan IV

20 Mengapakah sesetengah kerjaya dianggap tidak dapat menjamin masa hadapan?

I. Pendapatan yang tidak tetapII. Kejayaan bergantung pada sambutan orang

lainIII. Dipandang hinaIV. Tidak mendapat sokongan ibu bapaA. I dan II B. II dan IIIC. I,II dan III D. I, II, III dan IV

21 Mengapakah kita perlu mengambil kira perasaan atau emosi orang lain semasa membuat teguran?A Perasaan dan emosi akan membentuk

perwatakan SeseorangB Emosi merangkumi perasan sensitif, marah, sedih

dan terguris perasaan jika tidak dapat dikawal C Teguran yang menyinggung perasaan seseorang

akan menimbulkan perasaan dendam atau rasa tidak puas hati

D Teguran biasanya akan diterima secara negatif dan tidak disukai oleh sesiapa

22 Sebagai seorang pengawas sekolah, Azry telah

menjalankan tugasnya dengan penuh amanah. Pada suatu pagi, Azry melihat rakan karibnya merokok di dalam tandas. Apakah tindakan yang wajar dilakukan oleh Azry?I Menasihati rakannya agar tidak mengulangi

perbuatan ituII Menasihati rakan karibnya tentang kesalahan

yang telah dilakukan dan menghantarnya berjumpa dengan guru kaunseling

III Memberitahu guru disiplin agar tindakan dapat diambil seperti menghubungi ibu bapanya

IV Tidak membuat laporan kerana tindakannya itu akan menyusahkan rakan karib

A I dan II B II dan IIIC I, II dan III D I, II, III dan IV

23 Pilih tindakan yang akan menyebabkan ahli sesuatu kelab tidak minat untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh kelabnya. A Berlakunya ketidakadilan semasa perlantikan ahli

jawatankuasa kelab tetapi ahli-ahli kelab tidak mengetahui hal ini

B Kelab yang lain telah menawarkan faedah yang lebih menarik

C Ahli kelab telah mengetahui penyelewengan yang berlaku dalam pentadbiran kelab

D Ahli jawatankuasa baru terdiri daripada graduan-graduan yang masih muda

24 Keputusan yang terbaik mengambil kira perkara yang berikut, iaituI pulangan kewangan.II kesan negatif.III kesan positif.IV hadiah dan pengukuhan.A III sahaja C I, III dan IVB II dan III D I, II, III dan IV

25 Membuat keputusan tanpa mengambil kira perasaan dan sensitiviti orang lain akan menyebabkanA kerugian kewanganB kehilangan rakanC perasaan marah dan tidak puas hatiD kegagalan kerjaya

26 Mengapakah memenuhi kepuasan diri tidak dianggap sebagai perkara penting semasa membuat

5

Page 6: soalan psk new.docx

keputusan? I Kepuasan diri tidak pentingII Kepuasan diri tidak semestinya memberikan

kesan yang positifIII Pertimbangan perlu mengambil kira sebab dan

akibatnyaIV Kepuasan diri seseorang berlainan antara individuA I dan IV C II, III dan IVB II dan III D I, II, III dan IV

27 Mengapakah pandangan orang lain hanya dapat diguna-kan sebagai panduan dan bukannya sebagai keputusan yang muktamad?A Mereka tidak penting dalam kehidupan kita B Keputusan muktamad merupakan pilihan kita

sendiri setelah memikirkan kesan dan akibatnya C Pandangan mereka tidak bernasD Tidak semua orang boleh memberikan nasihat

yang baik

28 Pemilihan jurusan yang salah akan menjejaskan hala tuju kerjaya kita. Pilih penyataan yang sesuai.

I Jurusan yang dipilih perlu menghala ke arah kerjaya pilihan kita.

II Jurusan yang berlainan mempunyai skop yang berlainan.

III Subjek utama yang akan dipelajari berlainan antara jurusan Sains dan Sastera.

IV Jurusan yang tidak seiring dengan kerjaya pilihan kita akan menyebabkan kita akan kecewa kelak.

A I dan IV C II, III dan IVB II dan III D I, II, III dan IV

29 Maria mempunyai bakat besar dalam bidang lukisan.Sekiranya dia mengikut rakannya untuk memilih jurusan Sains dia akan____________________

A hilang minat dalam pelajaran B hilang tumpuan semasa belajarC gagal dalam pelajaran serta membazirkan

bakatnya D ibu bapanya akan berasa kecewa kerana dia

tidak mengasah bakatnya

30 Dengan mempunyai hanya satu cita-cita, seseorang akan berusaha dengan tekun untuk mencapai

matlamat dirinya. Namun begitu, keadaan ini akan menyebabkan seseorang itu tiada hala tuju sekiranya dia gagal mencapai cita-citanya. Mengapa?A Tidak mahu mencuba bidang lain yang mampu memberikan keuntungan B Tiada peluang lain dalam pasaran yang sesuai dengan kebolehan dan kemampuan dirinya C Sukar untuk mencari kerja yang bersesuaian dengan kebolehan dan minat dirinya D Tidak ada pilihan lain atau tidak tahu hala tujuan setelah gagal mencapai cita-citanya

Soalan 31 hingga 33 berdasarkan dialog di bawah.

Soleh : Ibu rakan baik abang, sedang sakit. Abang sedang membantu mengutip derma

untuknya. Sanggupkah kamu menderma Tasha?

Tasha : Saya hanya ada RM150. Saya bercadang hendak membeli hadiah untuk ibu dan membelanja keluarga kita makan di luar sempena Hari Ibu.

Soleh : Terpulanglah pada kamu, Tasha. Abang tidak akan memaksa kamu untuk menderma. Cuma, abang berharap agar Tasha boleh mengurangkan harga hadiah untuk ibu atau kita sekeluarga makan di restoran yang menawarkan harga yang berpatutan.

31 Sekirannya kamu berada dalam situasi Tasha, apakah alternatif yang terbaik untuk dipilih ?A Tidak menderma kepada ibu rakan abang yang sedang sakit B Mendermakan semua wang untuk ibu rakan

abang yang lebih memerlukannya C Menerima cadangan abangnya untuk menderma

sebahagian wang kepada rakan ibunya dan yang selebihnya digunakan untuk meraikan Hari Ibu

D Membelikan hadiah yang kecil untuk ibu dan membatalkan hasrat untuk membelanja keluarga makan pada Hari Ibu

32 Siapakah yang akan berasa kecewa sekiranya Tasha membatalkan hasrat untuk membeli hadiah untuk ibunya dan tidak membelanja keluarganya makan malam pada hari tersebut?

6

Page 7: soalan psk new.docx

I TashaII Ibu TashaIII Ahli keluarga yang lainIV Ibu rakan abangnyaA I dan II C I, II, dan IIIB II dan III D I, II, III dan IV

33 Mengapakah pilihan untuk membantu ibu rakan Soleh juga tidak boleh dianggap sebagai perkara yang kurang penting?I Soleh akan menjadi terkenal di sekolahnya

keranal mengutip derma untuk ibu rakannyaII Ibu rakan Soleh sakit dan memerlukan bantuanIII Wang yang didermakan boleh

menyelamatkan nyawa ibu rakan SolehIII Guru-guru di sekolah Soleh akan berasa

kagum dengan sikap Soleh yang prihatin dan baik hati

A I dan IV C II, III dan IVB II dan III D 1, II, III dan IV

34 Pilih penyataan yang paling tepat menerangkan makna keluarga.A Terdiri daripada pasangan lelaki dan wanita serta

anak-anak mereka B Generasi yang hidup di bawah satu bumbung dan

mempunyai pertalian darah C Hasil perkahwinan antara seorang lelaki

dengan seorang wanita dan anak mereka D Pasangan suami isteri yang direstui ibu bapa

mereka sahaja

35 Mengapakah keluarga yang cemerlang dianggap sebagai asas pembinaan negara yang gemilang?A Keluarga membina masyarakat dan masyarakat

membina negara B Keluarga yang mengutamakan nilai baik akan

melahirkan ahli masyarakat yang berakhlak mulia untuk kepentingan negara

C Keluarga dari pelbagai kaum, bangsa dan agama D Ketua keluarga yang berjaya memimpin

keluarganya pasti akan dapat memegang teraju pemerintahan Negara

36 Apakah ciri lain yang penting dalam pembentukan keluarga yang bahagia dan berjaya selain daripada kasih sayang?

I Saling memahami antara satu dengan yang lainII Pegangan agama yang kuatIII Ikhlas dalam segala tindakanIV Mengambil berat dan peka terhadap ahli

keluarga yang lainA I dan IV C II, III dan IVB II dan III D I, II, III dan IV

37 Apakah yang dimaksudkan dengan ahli keluarga perlu berkongsi suka dan duka bersama-sama?A Ahli keluarga perlu berkongsi dan sama-sama menikmati cerita suka dan duka B Ahli keluarga perlu bersama-sama mengharungi segala cabaran dan menikmati kejayaan bersama C Ahli keluarga perlu memahami adegan suka dan duka bersama-sama D Ibu bapa perlu menceritakan dan menerangkan maksud suka akan cabaran serta mengajar anak-anak mereka menikmati kejayaan bersama-sama

38 Bagaimanakah ibu bapa dan ahli keluarga dapatmemastikan keselamatan kita terjamin?A Mereka akan menghukum kita sekiranya kita

enggan mengikuti arahan mereka B Mereka akan memberikan garis panduan

agar keselamatan kita terjaminC Mereka perlu mengawasi pergerakan kita setiap

masaD Mereka akan mendidik dan menasihati kita untuk

membantu kita melindungi diri

39 Antara berikut, siapakah yang mempunyai sikapbertanggungjawab kepada ahli keluarganya?I Zher membantu adik yang tidak tahu membuat

kiraan MatematikII Pak Usu menemani anak gadisnya yang menunggu

bas untuk ke tempat kerja pada setiap awal pagiIII Sally tidak mahu membawa ibunya pergi

membeli-belah kerana enggan melayan kerenah ibunya

IV Mynn memarahi adiknya yang berdegil hendak ke kedai sewaktu ibu bapa mereka tiada di rumah

A I dan II C I, II dan IVB I, II dan III D I, II, III dan IV

7

Page 8: soalan psk new.docx

40 Adik kamu berasa sangat sedih kerana mendapat keputusan peperiksaan PMR yang kurang memuaskan. Sebagai kakak, apakah cara yang terbaik untuk kamu berkongsi kedukaan adik kamu itu? A Memujuknya dan menasihatnya agar tekun

berusaha untuk mencapai keputusan yang lebih baik dalam SPM

B Mengajar dan memberikannya latihan yang banyak

C Memujuknya dan menasihatinya untuk berhenti sekolah dan mencari pekerjaan yang disukainya

D Memarahinya kerana tidak berusaha dengan bersungguh-sungguh semasa menghadapi PMR

41 Sekiranya kamu tidak terdaya membantu ahli keluarga kamu menyelesaikan masalah mereka, setidak-tidaknya kamu akan _________A mencari orang lain untuk membantuB berkongsi masalah itu dan memberikan sokongan

moral C berdiam diri dan tidak mengambil tahu hal yang

berlaku D memberitahu rakan-rakan kamu untuk

meringankan bebanan emosi

42 Mengapakah setiap ahli keluarga perlu memelihara nama baik dan maruah keluarga?I Untuk mendapat nama dalam masyarakatII Agar disanjungi dan dihormati oleh jiran

dan masyarakatIII Tidak berasa segan untuk bergaul dalam

masyarakatIV Agar tidak dipandang hina dalam masyarakatA I dan II C II, III dan IV

B II dan III D I, II, III dan IV

43 Bagaimanakah perkembangan diri yang seimbang dapat membantu memelihara nama baik individu dan keluarga?I Orang yang matang dan berilmu akan mempertim

bangkan kesan sesuatu perbuatan sebelummelakukannya

II Agama merupakan 'senjata dalaman' yang akan menghalang seseorang daripada melakukan kejahatan

III Tanpa perkembangan diri yang seimbang, seseorang

tidak mungkin dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat

IV Orang yang mengalami masalah kesihatan akan mencemarkan nama baik keluarga

A I dan II C II, III dan IVB II dan III D I, II, III dan IV

44 Pilih penyataan yang menjelaskan nilai kemoralanperibadi yang mulia.A Seseorang perlu mengamalkan nilai moral diri yang

baik agar dihormati dan disanjung tinggi dalam masyarakat

B Sentiasa mengamalkan nilai baik pada diri sendiri C Memastikan keluarga dan saudara-mara terdekat memiliki peribadi yang mulia D Mempelajari dan mencapai markah yang tinggi

dalam subjek moral

45 Pilih penyataan yang membuktikan bahawa nilaikemoralan mutlak dapat menghalang perbuatan yangsalah.I Undang-undang dan hukuman akan menghalang

seseorang untuk melakukan kesalahanII Peraturan dan tekanan dan luar boleh menimbulkan

sikap ingin memberontakIII Biasanya terdapat keinginan untuk sengaja

melanggar undang-undang yang teiah termaktubIV Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk meng-

hormati dan mematuhi undang-undang yang telah termaktub

A I dan II C I dan IVB II dan III D II dan IV

Soalan 46 hingga 48 berdasarkan penyataan di bawah.

Datuk Kamarulzaman dan isterinya merupakan ahli korporat yang berjaya. Walaupun mereka mampu menyediakan kehidupan yang mewah untuk anak-anak mereka, anak-anak mereka masih tidak gembira dengan kehidupan yang mereka lalui. Anak-anak mereka lebih rapat dengan pembantu rumah.

46 Mengapakah anak-anak Datuk Kamarulzaman tidakgembira?I Mereka dahagakan kasih sayang dan perhatian ibu

bapa mereka

8

Page 9: soalan psk new.docx

II Kemewahan hidup tidak dapat disamakan dengan belaian kasih ibu bapa mereka

III Pembantu rumah tidak dapat menggantikan tempat ibu bapa mereka dalam pemberian kasih sayang

IV Mereka terpaksa bersendirian di rumah setiap hari kerana kesibukan ibu bapa mereka

A I dan IIB II dan IIIC II, III dan IVD I, II, III dan IV

47 "Rumah hanyalah tempat untuk makan dan tidur sahaja".Pilih alasan-alasan yang mungkin menggambarkanpandangan anak-anak Datuk Kamarulzaman.I Rumah mereka sangat besar dan kelihatan kosongII Pembantu rumah akan menyediakan banyak jenis

makanan dan memastikan tempat tidur mereka kemas dan selesa

III Selain keperluan fizikal yang asas, anak-anak mereka tidak mendapat sokongan mental dan emosi daripada ibu bapa mereka

IV Mereka terpaksa tinggal bersendirlan setiap hari kerana ibu bapa tidak dapat meluangkan masabersama-sama mereka

A I dan II C III dan IVB II dan III D I, II, III dan IV

48 Apakah cara terbaik untuk Datuk Kamarulzaman dan isterinya memperbaiki keadaan keluarga mereka? A Meluangkan masa untuk bermesra bersama-sama

anak-anak mereka B Memastikan anak-anak mereka tidak kesunyian

dengan menjemput saudara-mara untuk tinggal bersama mereka

C Menghantar anak-anak ke sekolah berasrama penuh agar mereka tidak kesunyian

D Terus berhenti kerja dan memberikan perhatian sepenuhnya pada keluarga

49 Antara yang berikut, yang manakah merupakan sikap bertanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa mereka?I. Shyn selalu menyembunyikan kegiatannya

dengan rakan-rakannya daripada pengetahuan ibu bapa dan ahli keluarganya

II. Rui membatalkan hasratnya untuk mengikut rakan-rakannya berkhemah kerana ibunya kurang sihat

III. Walaupun ibunya menangis teresak-esak, Rita tetap dengan pendiriannya untuk terus menetap di Amerika dan tidak mahu pulang ke tanah air

IV. Walaupun Mynn teringin untuk menyertai rakan-rakannya bermalam di hotel, namun dia terpaksa akur dengan arahan ayahnya

A I dan III C I I, I I I dan I VB II dan IV D I, II, III dan IV

50 Apakah kelebihan yang dapat diperolehi sekiranya setiap ahli keluarga dapat meluangkan masa bersama-sama?I Semakin berasa jemu kerana terlalu banyak

berdampinganII Dapat mengkritik dan menyatakan rasa tidak puas

hatiIII Lebih saling memahami antara satu dengan yang

lainIV Lebih mudah menyelesaikan masalah kerana dapat

berbincang secara bersemukaA I dan II C III dan IVB II dan III D I, II, III dan IV

SOALAN TAMAT

9