artikel edu3093 (1)

70
ARTIKEL 1 Sunday, September 2, 2012 Guru Penjana Tranformasi Pendidikan. Tajuk Artikel : Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara Oleh : Nurul Farhana Bt Faidzul Adzhar Berdasarkan artikel yang telah saya analisis yang bertajuk Peranan Guru Jana Transformasi Pendidikan oleh Mohd Fadzly Bin Mohd Izab, dapat saya simpulkan bahawa tugas seorang guru bukan sahaja berperanan sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai agen perubahan. Gurulah yang bertindak sebagai agen perubahan untuk menjana transformasi pendidikan Negara demi melahirkan modal insan yang mampu berdaya saing untuk membangunkan Negara selaras dengan misi Wawasan 2020 yang dibawa oleh mantan Perdana Menteri Keempat iaitu Tun Dr Mahathir Bin Mohamad untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara perindustrian yang maju menjelang tahun 2020. Tunjang utama dalam pembangunan sumber manusia, berkait dengan sistem pendidikan Negara. Bagaimana sebuah Negara akan membangun sekiranya sumber manusia yang dihasilkan tidak berkualiti dan tidak mempunyai tahap pendidikan yang baik. Seperti yang dinyatakan di dalam Akta Pendidikan 1996, pendidikan itu sendiri bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri sendiri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.

Upload: lenny-lajium

Post on 03-Oct-2015

90 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

artikel

TRANSCRIPT

ARTIKEL 1Sunday, September 2, 2012Guru Penjana Tranformasi Pendidikan.Tajuk Artikel : Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara Oleh : Nurul Farhana Bt Faidzul Adzhar

Berdasarkan artikel yang telah saya analisis yang bertajuk Peranan Guru Jana Transformasi Pendidikan oleh Mohd Fadzly Bin Mohd Izab, dapat saya simpulkan bahawa tugas seorang guru bukan sahaja berperanan sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai agen perubahan. Gurulah yang bertindak sebagai agen perubahan untuk menjana transformasi pendidikan Negara demi melahirkan modal insan yang mampu berdaya saing untuk membangunkan Negara selaras dengan misi Wawasan 2020 yang dibawa oleh mantan Perdana Menteri Keempat iaitu Tun Dr Mahathir Bin Mohamad untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara perindustrian yang maju menjelang tahun 2020.Tunjang utama dalam pembangunan sumber manusia, berkait dengan sistem pendidikan Negara. Bagaimana sebuah Negara akan membangun sekiranya sumber manusia yang dihasilkan tidak berkualiti dan tidak mempunyai tahap pendidikan yang baik. Seperti yang dinyatakan di dalam Akta Pendidikan 1996, pendidikan itu sendiri bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri sendiri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara. Sehubungan dengan itu, tema hari guru pada tahun ini iaitu Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara adalah sangat sesuai bagi pendapat saya kerana tanggungjawab guru itu sendiri yang bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada transformasi sistem pendidikan Negara dalam usaha melahirkan generasi yang berintelek dan mempunyai jati diri yang teguh. Tetapi bagaimanakah peranan guru untuk menjadi penjana kepada trasnformasi pendidikan Negara? Seperti yang dinyatakan di dalam artikel yang telah disebut tadi, Kementrerian Pelajaran telah merencanakan pelbagai dasar, polisi dan pembaharuan pendidikan bagi memantapkan proses dan pengendalian sesi pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Pendidikan itu sendiri bersifat dinamik dan sentiasa berubah-ubah dari masa ke semasa mengikut arus peredaran zaman. Jadi, Kementerian Pelajaran harus merangka dasar-dasar baru bagi memastikan sistem pendidikan Negara kita tidak ketinggalan jauh ke belakang dari Negara-negara moden yang lain. Pendemokrasian pendidikan dilihat merupakan salah satu langkah yang diambil oleh Kementerian Pendidikan dalam usaha untuk memantapkan sistem pendidikan di Negara kita kepada tahap yang lebih baik. Di sinilah peranan guru dilihat sangat penting bagi merealisasikan pendemokrasian pendidikan ini terutama kepada murid-murid dan pihak ibu bapa kerana gurulah yang bertindak sebagai agen penghubung di anatara masyarakat dengan dunia pendidikan yang sebenar. Menurut Ee Ah Meng (1997), pendidikan merupakan satu usaha sistematik yang disengajakan, yang dibuat oleh sesuatu masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran kepada ahlinya serta usaha memperkembangkan potensi individu dan perubahan yang berlaku dalam diri manusia manakala demokrasi pula diertikan sebagai kesamaan atau keserataan. Berdasarkan definisi yang diberikan ini, dapat dijelaskan bahawa konsep pendemokrasian pendidikan ialah suatu proses menyampaikan ilmu pengetahuan kepada masyarakat secara total atau menyeluruh tanpa mengira aspek sosial sesuatu masyarakat dalam usaha untuk memperkembangkan potensi individu. Jelaslah di sini bahawa tidak seharusnya wujud diskriminasi berkaitan pendidikan bagi setiap individu dan masyarakat kerana peluang pendidikan harus diberikan secara total dan adil kepada setiap individu. Namun begitu, pendemokrasian pendidikan bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dicapai kerana pada awalnya, sistem pendidikan di Negara kita sendiri bermula daripada sistem pendidikan penjajah yang diasaskan mengikut kumpulan-kumpulan suku kaum yang berpecah belah dari segi kumpulan etnik, bahasa dan kebudayaan.Menurut Haris Md Jadi (1990), perkembangan pendidikan di Tanah Melayu pada zaman penjajahan adalah mengikut corak demografinya sebagaimana yang dicerminkan oleh kumpulan-kumpulan etnik yang terdapat dalam masyarakat. Sebelum pendidikan sekular diperkenalkan, pendidikan orang-orang Melayu adalah berorientasikan keagamaan dan tumpuan adalah pada pengajaran al-Quran. Pada peringkat awal usaha British untuk memperkenalkan pendidikan telah mendapat tentangan daripada penduduk tempatan. Di Pulau Pinang misalnya, pada peringkat awal usaha ini diperkenalkan, telah mendapat tentangan yng hebat daripada masyarakat di Pulau Pinang kerana mereka beranggapan bahawa sistem pendidikan tersebut bertentangan dengan agama Islam. Hanya apabila rundingan dibuat, masyarakat setempat bersetuju apbila persetujuan di antara pihak British dibuat dengan berjanji untuk mengajar Al-Quran di sekolah. Selain itu, matlamat pendidikan penjajah Inggeris adalah selaras dengan proses pemasyarakatan mereka. Mereka melatih golongan orang Melayu bukan sahaja secara terasing daripada masyarakat penjajah, tetapi juga daripada masyarakat kampungnya. Persekolahan penjajah telah memasyarakatkan orang Melayu ke dalam dua aliran yang berbeza dari segi nilai-nilai dan norma-norma masyarakat Melayu itu sendiri. Pertama, orang Melayu dari sekolah Inggeris yang mempunyai nilai-nilai dan bahasa yang asing daripada masyarakat tempatan dan kedua ialah orang Melayu dari sekolah Melayu yang terasing daripada masyarakatnya sendiri oleh kerana mereka telah dimasyarakatkan oleh penjajah British dengan nilai melayu mengikut tafsiran penjajah Inggeris itu sendiri tanpa mengambil kira nilai masyarakat Melayu yang sebenarnya. Bagi orang-orang bukan Melayu seperti Cina dan India pula, keadaan mereka lebih runcing dan inilah yang membawa kepada pemasalahan-pemasalahan politik pada hari ini. Orang bukan Melayu yang menghadiri sekolah Inggeris telah melalui kurikulum yang tidak berteraskan Tanah Melayu. Di sekolah, mereka menerima pendidikan yang berbeza dengan norma-norma dan nilai-nilai masyarakat tempatan menyebabkan mereka tidak dimasyarkatkan dengan nilai-nilai dan norma-norma masyarakat bukan tempatan.Selapas Negara mencapai kemerdekaan, sistem pendidikan yang baru mula diperkenalkan bagi mengubah sistem pendidikan yang diperkenalkan pada zaman penjajahan Inggeris yang tidak memenuhi keperluan dan kehendak Negara itu sepenuhnya. Secara perlahan-lahan, kerajaan mula menyepadukan sistem pedidikan Negara dan memberikan hak pendidikan yang sama rata kepada setiap kaum tanpa mengira latar belakang dan taraf sosial melalui reformasi pendidikan bermula dengan Penyata Razak (1956) bagi meningkatkan persepaduan antara kaum dan megelakkan perpecahan di kalangan kaum di Malaysia. Beberapa perubahan dalam sistem pendidikan telah dilakukakan malalui Penyata Razak melalui penubuhan Jawatankuasa Pelajaran oleh Menteri Pelajaran pada waktu itu iaitu Y. B. Dato Tun Abdul Razak Hussein dan cadangan-cadangan yang disyorkan di dalam Penyata Razak ini telah dimaktubkan di dalam Ordinan Pelajaran 1957. Secara kesleuruhannya,Penyata Razak lebih tertumpu kepada usaha untuk memupuk perpaduan di kalangan kaum melalui pendidikan dan memberikan kesamarataan peluang pendidikan di kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Tujuan Penyata Razak seperti yang dinyatakan ialah bagi mengeratkan perpaduan kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu. Tujuan seterusnya ialah untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah. Dengan menetapkan satu bahasa utama di setiap jenis sekolah di Malaysia, sekaligus dapat memupuk perpaduan di kalangan setiap kaum melalui satu sistem bahasa yang sama. Selain itu, tujuan Penyata Razak ialah bagi mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan. Setiap kaum harus diberi peluang pendidikan yang sama rata kerana setiap kaum berhak mendapat peluang pendidikan yang adil dan saksama tanpa mengira latar belakang dan status sosial sesuatu kaum tersebut. Seterusnya ialah menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan masyarakat yang berdisiplin, terlatih, liberal dan progresif. Kemudahan pendidikan yang mencukupi sangat penting bagi melahirkan sumber manusia yang bertaraf tinggi. Bagaimana sumber manusia yang baik dapat dilahirkan sekiranya mereka diberi peluang pendidikan hanya dengan menggunakan kemudahan yang tidak berkualiti. Selain itu, tujuan yang dilihat tidak kurang penting di dalam Penyata Razak ini ialah mewujudkan sistem pendidikan yang lebih cekap dan berkesan. Ini bermaksud, organisasi yang memegang tampuk kepimpinan itu sendiri seharusnya lebih cekap di dalam merangka dan melaksanakan pelan-pelan pendidikan di Negara ini bagi memastikan kualiti sistem pendidikan di Negara kita berada pada tahap yang berkualiti. Selepas itu, Akta Pendidikan 1996 telah digubal sebagai lanjutan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961 yang dilihat lebih memberi fokus kepada setiap aspek di dalam usaha untuk memantapkan sistem pendidikan kebangsaan berseuaian dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kecemerlangan pendidikan yang bekualiti. Menurut Ibrahim Saad (1990), Akta Pendidikan ini merupakan kesinambungan kepada Penyata Razak yang menjadi asas kepada dasar pendidikan Negara kita di mana skop yang dinyatakan lebih jelas dan terperinci kepada lebih banyak aspek di dalam pendidikan. Selain itu, Akta Pendidikan yag digubal ini merupakan satu persediaan awal ke arah menghadapi cabaran pendidikan pada peringkat akan datang yang lebih mencabar dan memerlukan persaingan yang kuat bagi memastikan sistem pendidikan di Negara kita setaraf dengan Negara-negara lain. Dilihat Akta Pendidikan ini lebih mementingkan kesamarataan hak dan peluang pendidikan kepada semua kelompok masyarakat tidak kira perbezaan kaum dan juga etnografi masyarakat tersebut. Ini terbukti apabila selain menjaga kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama, bahasa ibunda iaitu Bahasa Cina dan Bahasa India turut tidak ketinggalan apabila pengajaran bahasa ibunda boleh dijalankan di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan apabila jumlah permintaan ibu bapa melebihi 15 orang jika didapati munasabah dan praktikal. Jelas di sini bahawa, bukan sahaja bahasa Melayu diberi keutamaan bahkan bahasa ibunda bagi kaum lain iaitu Bahasa Cina dan Bahasa India turut tidak ditindas. Bahkan, bahasa bagi kaum asli turut tidak terkecuali apabila ia turut boleh diajar di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan apabila permintaan daripada ibu bapa melebihi daripada 15 orang dan apabila ia didapati munasabah dan praktikal. Selain itu, kedudukan peluang pendidikan bagi murid-murid berkeperluan khas dilihat lebih jelas dan ternyata mereka juga diberi hak untuk menerima peluang pendidikan yang sama dengan murid-murid yang lain iaitu dengan membolehkan mengadakan pendidikan khas di sekolah-sekolah khas atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah. Peluang pendidikan bagi murid berkeperluan khas seharusnya tidak dipandang remeh kerana mereka juga merupakan salah satu sumber pembangunana Negara. Pendidikan awal kanak-kanak juga tidak dilupakan bagi membantu keluarga yang kurang berada untuk menghantar anak mereka mendapat pendidkan peringkat awal di peringkat tadika apabila adanya peruntukan yang membolehkan Menteri pendidikan menubuhkan dan menyenggara tadika selain mutu program pendidikan di semua tadika juga akan dapat dipertingkatkan kerana tadika-tadika ini diwajibkan menggunakan Garis Panduan Kurikulum Prasekolah yang dikeluarkan oleh Kementeian Pendidikan. Dengan pelaksanaan Akta Pendidikan ini, walaupun lebih berfokus untuk menyepadukan kaum dan memupuk perpaduan, ia juga dilihat membawa kepada kesamarataan hak bagi setiap lapisan masyarakat untuk mendapat peluang pendidikan yang berkualiti. Berdasarkan apa yang dikupas berkaitan Akta Pendidikan di atas, dapat dilihat secara jelas bahawa setiap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan status sosial yang berbeza diberikan peluang yang sama untuk mendapat peluang pendidikan untuk memajukan diri serta menjadi sumber kepada pembangunan ekonomi Negara yang berkualiti. Jika dilihat berdasarkan dasar pendidikan dan akta pendidikan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan, proses transformasi pendidikan bukanlah sesuatu yang baru. Sejak dari era selepas kemerdekaan lagi dasar-dasar pendidikan sering berubah dari masa ke semasa atau mengalami proses transfomasi selaras dengan perubahan zaman masa kini. Berbalik kepada tajuk artikel yang dinyatakan di atas iaitu Guru Jana Traansformasi Negara, jelas menunjukkan bahawa peranan guru dan tanggungjawab guru itu sendiri sangat penting di dalam menjana transformasi pendidikan negara. Di dalam konsep pendemokrasian pendidikan ini juga, guru perlulah berdiri di barisan hadapan sebagai pemangkin kepada usaha untuk menjadikan sistem pendidikan di Negara kita sama rata kepada semua masyarakat tanpa mengira kaum dan agama. Terdapat pelabagai isu dan cabaran di dalam usaha untuk memastikan pemdemokrasian pendidikan ini dapat dilaksanakan dan dicapai secara total dan berkesan. Selain melalui dasar-dasar kerajaan yang telah dilaksanakan dan melalui reformasi-reformasi pendidikan yang telah terlaksana, beberapa pendekatan juga telah diambil di dalam usaha untuk menjayakan dan memantapkan lagi pendemokrasian pendidikan ini. Pendidikan Untuk Semua dilihat sebagai suatu pendekatan untuk memberi peluang pendidikan secara adil dan saksama dan sudah tentu tertumpu kepada masyarakat di kawasan luar Bandar serta kawasan-kawasan pedalaman Semenanjung serta Sabah dan Sarawak serta beberapa kawasan-kawasan yang dilihat sebagai kawasan miskin di bandar-bandar. Melalui aspek pendekatan Pendidikan Untuk Semua ini, pendemokrasian pendidikan memerlukan pengagihan kewangan dan sumber secara adil dan saksama dengan memberi penumpuan kepada kawasan-kawasan yang disebut tadi. Jelas di sini bahawa sistem pendidikan di Malaysia tidak pernah menindas dan mengabaikan mana-mana golongan masyarakat untuk mendapat peluang pendidikan yang berkualit. Seperti yang diketahui, kerajaan telah menyediakan pendidikan percuma bagi meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Di dalam usaha pendemokrasian pendidikan ini, bantuan lain yang diberikan ialah seperti menyediakan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) bagi semua murid. Jika sebelum ini hanya golongan yang kurang berkemampuan sahaja diberikan bantuan pinjaman buku teks, tetapi pada hari ini setiap murid diberikan kemudahan yang sama kerana kerajaan beranggapan bahawa setiap murid berhak unutk mendapat kemudahan yang disediakan kerana pendidikan adalah untuk semua. Pembinaan sekolah-sekolah berasrama penuh juga dilihat salah satu usaha pendemokrasian pendidikan. Contohnya, pembinaan sekolah berasrama penuh iaitu Sekolah Menengah Sains Cheras yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar dari golongan keluarga yang miskin di luar Bandar yang berpotensi untuk mendapat peluang pendidikan yang berkualiti. Kuota kemasukan pelajar ke sekolah berasrama penuh diberikan kepada pelajar cemerlang yang berasal dari keluarga miskin bagi membela hak pelajar-pelajar ini untuk terus mendapat peluang pendidikan yang berkualiti walaupun berasal daripada keluarga yang miskin. Di sinilah peranan guru dilihat sangat penting untuk memberi semangat kepada murid-murid yang datang daripada golongan keluarga yang miskin untuk terus menuntut ilmu dan tidak menjadikan isu kemiskinan itu sebagai alasan untuk tidak meneruskan usaha mereka di dalam bidang pendidikan. Guru juga seharusnya tidak bersifat memilih bulu iaitu kurang memberi tumpuan kepada murid-murid yang datang dari golongan miskin dan hanya memberi perhatian kepada murid-murid dari golongan atasan sahaja. Situasi sebegini akan menimbilkan rasa rendah diri kepada murid-murid tersebut dan hilang keyakinan diri sekaligus menyebabkan mereka tidak berminat untuk terus belajar. Pada pendapat saya juga, di dalam usaha menjana trasnformasi Negara, kebajikan orang asli juga harus tidak dilupakan kerana murid-murid dari golongan ini juga mampu untuk menjadi pemacu kepada pembangunan Negara. Kemajuan sistem pendidikan Negara kita harus lebih progresif dan mengutamakan kebajikan orang asli. Mereka juga seharusnya sama-sama merasai kesan transformasi sistem pendidikan Negara. Kemajuan di dalam sistem pendidikan juga harus sama-sama dirasai oleh murid dalam kalangan orang asli ini. Statistik awal tahun 2000 menunjukkan masih terdapat sekolah di kawasan pedalaman, terpencil dan pulau yang tidak mendapat kemudahan asas. Pada ketika itu, terdapat 20.6 peratus sekolah yang tidak mempunyai talian telefon, 86.6 peratus tiak mempunyai mesin faks, 7.3 peratus tidak mendapat bekalan elektrik dan 24.78 peratus tidak menerima bekalan air paip awam. Kekuarangan kemudahan insfrastrukutr sedikit sebanyak akan membawa kepada kemerosotan ke atas prestasi pelajar. Hal ini tiada kaitan dengan kecerdesan pelajar, tetapi lebih kepada corak hidup serta peluang yang terhidang kepada mereka. Secara keseluruhannya, pencapaian Ujian Pencapaian Sekolah Rendah(UPSR) pada tahun 2000 jelas menunjukkan prestasi akademik prestasi akademik murid luar bandar lebih rendah - dalam mata pelajaran Bahasa melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Pencapaian murid bandar di atas tahap penguasaan minimum (A,B,C) bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris adalah 67.5 peratus berbanding murid luar bandar iaitu iaitu 51.9 peratus. Pencapaian yang sama ditunjukkan bagi mata pelajaran Matematik iaitu 80.5 peratus bagi murid bandar berbanding 72.7 peratus bagi murid luar bandar. Begitu juga bagi mata pelajaran Sains, pencapaian murid bandar ialah 81 peratus berbanding murid luar bandar cuma 75.9 peratus.. Di sinilah dilihat sejauh mana pendemokrasian pendidikan dapat dicapai dan tahap perubahan pendidikan masyarakat orang asli.. Jurang pendidikan di antara masyarakat orang asli dengan masyarakat Bandar dilihat sangat jauh berdasarkan statisitik yang dinyatakan tadi. Namun begitu, semakin lama jurang perbezaan di antara masyarakat orang asli dan masyarakat Bandar dilihat semakin berkurang kerana pelbagai usaha dijalankan oleh kerajaan bagi membantu meningkatkan tahap pendidikan orang asli pada hari ini. 1. Sumber: gurupelitailmu.blogspot.com/.../guru-penjana-tranfor...ARTIKEL 2: GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

UCAPAN YB SENATOR DR MASHITAH IBRAHIMTIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERIGURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARADI PROGRAM MOTIVASI GURU MUDASEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PARLIMEN KOTA BHARUDI DEWAN UTAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (PPD) KOTA BHARUKELANTANPADA 21 MEI 20111. Mulai 1 Januari 2012, guru-guru di Malaysia akan menikmati 5 kaedah kenaikan pangkat dalam usaha Kerajaan menambah baik skim perkhidmatan guru. Kaedah kenaikan pangkat ini membabitkan guru biasa, guru kanan, pengetua, guru besar cemerlang, guru wibawa dan pendeta guru.

2. Pengumuman YAB Dato Seri Najib Tun Razak minggu lepas bertujuan mengisi kekosongan jawatan, selain memperluaskan skop perjawatan. Dengan ini, lebih ramai guru daripada kalangan 430,000 warga pendidik seluruh negara dapat menikmati kenaikan pangkat. Ini adalah berita baik dan hadiah istimewa Kerajaan kepada para guru dan warga pendidik seluruh negara.

3. Sebelum ini, Kerajaan telah memperkenalkan jawatan skim Guru Cemerlang bagi meningkatkan keupayaan guru dalam proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Kali ini, diperkenalkan pula Guru Wibawa dan Pendeta Guru bagi memastikan mereka yang layak (pengetua dan guru besar) meneruskan pengajaran di sekolah, dan tidak semestinya menjadi pentadbir sekolah.

4. Saya ada baca dalam akhbar bahawa beberapa kesatuan meminta Kerajaan untuk mempertimbangkan beberapa cadangan lain, termasuk insentif kepada guru sekolah rendah dan menengah, pemberian ganjaran kepada guru berkelulusan PhD, kenaikan gred guru besar di sekolah kurang murid dan mengujudkan beberapa jawatan baru. Kerajaan tidak pernah sekali- kali memandang sepi jasa dan bakti yang dicurahkan golongan pendidik. Jadi, jangan putus asa. Saya percaya dan yakin Kerajaan akan memberi pertimbangan wajar terhadap cadangan-cadangan yang munasabah.

5. Selama ini pun, pelbagai insentif dan inisiatif disediakan bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan guru terjamin. Keprihatinan ini disalurkan menerusi pelbagai usaha, malah dibuat secara menyeluruh tanpa garis sempadan. Insentif dan skim terbaru yang diumumkan Perdana Menteri minggu lalu bukan sahaja sebagai mengiktiraf dan menghargai sumbangan guru, tapi juga bertujuan menyuntik semangat kepada semua warga pendidik untuk terus berkhidmat dengan cemerlang dan penuh tanggungjawab. Sekali gus berupaya memperkasa dan menjayakan transformasi pendidikan.

6. Juga signifikan ialah hakikat bahawa insentif dan skim baru ini adalah lebih realistik dan lestari berbanding cadangan pakatan pembangkang dalam Buku Jingga, yang mahu memberi RM500 kepada semua guru. Jika dilaksanakan, ia membabitkan perbelanjaan yang amat besar tanpa mengambil kira peruntukan yang perlu disediakan kepada aspek lain seperti prasarana, penyelidikan dan pembangunan, latihan dan sebagainya. Malah, tokoh-tokoh ekonomi berpendapat perbendaharaan negara boleh kering jika semua cadangan dalam Buku Jingga dilaksanakan. Inilah cara pembangkang yang bersikap populis tapi kurang dari aspek kebertanggungjawaban.

7. Sebaliknya, konsep pendemokrasian pendidikan sentiasa dipraktikkan Kerajaan Barisan Nasional untuk membolehkan peluang mengikuti pendidikan berkualiti dan kebajikan warga pendidikan diambil kira secara sama rata di seluruh negara tanpa mengira batas geografi, gender, tahap sosio-ekonomi dan bangsa.

8. Tiada istilah diskriminasi dalam sistem pendidikan negara. Semua mendapat hak yang adil dan saksama dalam konteks pemerolehan ilmu. Pelbagai inisiatif diambil bagi memastikan tiada golongan yang terpinggir.

9. Misalnya, memperbaiki sistem pendidikan di luar bandar. Walaupun kemampuan kerajaan dari segi membiayai semua aspek pembangunan ada hadnya, namun peruntukan akan ditambah bagi memastikan infrastruktur pendidikan di luar bandar akan meningkat. Guru yang dihantar ke luar bandar juga mempunyai taraf kelayakan dan kemahiran seperti guru di sekolah bandar.

10. Kita baru menyambut Hari Guru lima hari lalu. Tarikh16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) menerima cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara. Dokumen tersebut dikenali sebagai Laporan Razak, yang menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan.

11. Guru adalah komponen tenaga amat penting dalam usaha negara mencapai tahap negara maju. Dan agenda utama di bawah sistem pendidikan di negara kita adalah untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum. Proses perpaduan ini bermula di sekolah. Sekolah menjadi focal point bagi masyarakat majmuk negara kita berinteraksi. Empat kaedah yang digunakan ialah semua sekolah tertakluk di bawah sistem pendidikan kebangsaan semua murid diajar menggunakan bahasa kebangsaan sebagai pengantar utama kecuali di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Di sekolah-sekolah ini, bahasa kebangsaan diajar sebagai mata pelajaran wajib. Pengajaran dan pembelajaran yang dilalui semua murid menggunakan kurikulum yang sama, iaitu kurikulum kebangsaan dan semua murid menduduki peperiksaan sama di pelbagai peringkat pendidikan. Pergaulan murid pelbagai kaum diberi penekanan melalui program dan aktiviti kesukanan, kokurikulum dan kegiatan luar bilik darjah yang lain.

12. Tema Hari Guru tahun ini menggambarkan pentingnya peranan guru dan pendidik untuk menyemarakkan aspirasi negara dalam usaha melaksanakan transformasi negara ke arah melahirkan modal insan berprestasi tinggi. Guru diharap bekerja keras dan sama-sama membantu kerajaan dalam melaksanakan transformasi, yang akan menuntut pengorbanan yang besar serta sikap dan minda yang sesuai bagi memastikan matlamat tercapai.

13. Program Transformasi Kerajaan yang merangkumi pelan hala tuju Malaysia menjelang tahun 2020 turut menggariskan beberapa pelan tindakan berkaitan sistem pendidikan. Sasaran utama adalah untuk mempertingkatkan pencapaian pelajar. Pendidikan berkualiti adalah pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara selaras aspirasi menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi dalam Rancangan Malaysia ke-10 dan ke-11.

14. Kementerian mengambil langkah proaktif dalam memastikan perbelanjaan pendidikan diguna dengan cara penuh berhemah dan memberi impak lebih berkesan terhadap kualiti, akses pendidikan dan pembangunan modal insan yang lebih berkesan. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang dilancar sebelum ini, melaksanakan pelbagai inistiatif penting ke arah mencapai tahap negara maju dan pembinaan negara bangsa.

15. Antara teras utama PIPP ialah merapatkan jurang pendidikan dengan menyediakan akses lebih luas kepada semua warganeagara tanpa mengira lokasi. Hari ini, Pelan Strategik 2011-2020 yang dirangka sebagai kesinambungan PIPP adalah bertujuan memantapkan pendidikan dengan melaksana pembaharuan dann lonjakan bagi mencapai Wawasan 2020. Matlamat kita ialah untuk memacu modal insan yang menguasai ilmu dan kemahiran tinggi, menjunjung nilai budaya bangsa, memiliki semangat patriotisme utuh dan mempunyai daya saing yang tinggi.

16. Untuk itu, semua warga pendidik perlu menyambut perubahan yang sedang berlaku dengan tangan terbuka dan minda yang positif bagi memastikan semua yang direncana itu dapat dilaksana mengikut perancangan dan menampakkan hasil dalam kualiti pendidikan negara.

17. Tanggungjawab guru untuk melakukan transformasi atau perubahan dalam pendidikan negara sangatlah besar. Transformasi bermula daripada cara guru mengaplikasikan dasar pendidikan negara secara berkesan. Mereka mesti memahami agenda transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan. Kefahaman ini akan membantu mereka melakukan tindakan dan gerak kerja sesuai dengan perubahan berlaku.

18. Transformasi pendidikan tidak akan berjaya sekiranya guru tidak bersama- sama berusaha melakukan perubahan secara menyeluruh daripada yang biasa kepada yang luar biasa. Semua dasar dan pembaharuan pendidikan ini tidak akan memberi apa-apa makna tanpa warga pendidik sebagai golongan yang berada di barisan hadapan dalam memacu arus pendidikan agar sentiasa dinamik dan progresif. Justeru, jati diri guru haruslah tinggi supaya mampu mengikuti rentak yang dirancang oleh kerajaan di bidang pendidikan.Guru perlu mempunyai rasa pertanggungjawaban dan akauntabiliti terhadap keberhasilan operasi institusi masing-masing,

19. Saya yakin para guru sekarang memiliki kemampuan dalam semua aspek perguruan sejajar kehendak negara kerana daripada peringkat pemilihan calon guru, latihan, fasa induksi, pembangunan profesionalisme berterusan sehingga ke peringkat penilaian serta pengurusan prestasi guru itu sendiri, dipastikan sentiasa berada pada tahap tinggi.

20. Dokumen Standard Guru Malaysia (SGM) adalah rujukan dan panduan untuk memperkasa dan melestarikan guru berkuaiiti. SGM menggariskan kompetensi profesional perguruan atau piawaian yang patut dicapai guru dan keperluan yang patut disediakan agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi ditetapkan. Hasil satu soalselidik SGM yang dibuat pada tahun 2010 menunjukkan tahap kompetensi profesional guru secara umumnya adalah cemerlang.Syabas dan tahniah cikgu-cikgu semua !

21. Pendidikan adalah wadah utama menentukan kemajuan dan kemakmuran negara, sekali gus menjadi peneraju dalam membangunkan generasi pelajar yang berpengetahuan, berkemahiran dan berkeperibadian mulia. Sehubungan itu, pelbagai dasar dan pembaharuan pendidikan dilaksanakan kerajaan bertujuan memantapkan proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Matlamat akhirnya sudah tentulah untuk menghasilkan anak didik yang mampu memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara.

22. Secara ringkasnya, peranan utama seorang guru adalah tiga. Pertamanya, guru hendaklah menyampaikan ilmu pengetahuan kepada anak murid. Kedua, mengajar kemahiran dan ketiga, menerapkan nilai dan akhlak mulia dalam diri pelajar. Lantaran itu, guru yang hebat semestinya perlu mempunyai kemahiran mengurus dalam segala aspek duniawi serta ukhrawi secara sempurna mengikut sistem pengurusan yang disarankan oleh ajaran Islam.

23. Ingin saya sebut konsep Tawhidik iaitu keyakinan yang sebenar kepada Allah SWT dan mengikut contoh Rasulullah saw. Konsep Rabbaniyyah dan Uluhiyyah merujuk kepada iman seseorang Muslim dan melaksanakan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab sebagai ibadah dan bertaqwa kepada Allah SWT. Islam juga membawa nilai Itqaan (kesempurnaan) yang menuntut kita bersifat amanah dan mempunyai akauntabiliti dan integriti yang tinggi. Nilai Itqaan ini sepatutnya menjadi budaya kerja berkualiti tinggi bagi mencapai matlamat atau pelan transformasi yang diharapkan.

24. Nabi Muhammad saw menjelaskann nilai Itqaan ini dalam hadis yang diriwayatkan Saiditina Aisyah r.a: Sesungguhnya Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah menyukai sekiranya seseorang melakukan sesuatu perbuatan secara Itqaan atau bersungguh-sungguh (sempurna) (Riwayat al-Baihaqi)

25. Tanggungjawab dan fungsi guru dipandang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai agen perubahan. Selain pendidik, pensyarah dan tutor, guru juga bergelar facilitator, mentor, Murabbi, Mursyid, Muaddid, Musyrif, Mudarris dan Mualim.

26. Dalam menjana transformasi pendidikan, tugas guru bukan hanya sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan tetapi juga berperanan membentuk bangsa supaya menjadi insan yang berakidah, dinamik dan berkualiti di dunia dan akhirat. Sesungguhnya seorang guru adalah insan mulia kerana mereka diamanahkan untuk menyampaikan ilmu dan mentarbiah masyarakat.

27. Dalam ucapannya semasa membuat pengumuman skim insentif baru untuk guru minggu lalu, Perdana Menteri meminjam madah seorang pujangga: Guru umpama kandil yang terang menyala, suluh cahayanya penerang jalan, sepatah kata dijadikan pelajaran, segumpal pesan dijadikan pedoman, ilmu dicurah mengorak alam terkembang.

28. Timbalan Perdana Menteri, yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata: (Guru) pemberi paling setia, tiap akar ilmu miliknya, pelita dan lampu segala, untuk manusia sebelum jadi dewasa. (Guru)lah ibu ,dialah bapa juga sahabat, alur kesetiaan mengalirkan nasihat, pemimpin yang ditauliahkan segala umat, seribu tahun katanya menjadi hikmat.

29. Rasulullah saw pernah bersabda, yang maksudnya: Sesungguhnya perumpamaan orang yang berilmu pengetahuan di muka bumi ini seperti bintang di langit yang menjadi petunjuk dan menerangi dalam kegelapan sama ada di daratan mahupun lautan, apabila ia terbenam atau hilang dikhuatiri akan hilang arah tujuan.

30. Sejarah ketamadunan Islam mencatatkan guru atau ulama adalah golongan amat dihormati oleh masyarakat dan pemerintah. Bukan menjadi sesuatu yang menghairankan jika seorang khalifah sanggup berjalan ke rumah seorang ulama, semata-mata untuk menuntut ilmu.

31. Diriwayatkan juga Imam Malik pernah menolak tawaran untuk mengajar di istana bahkan dengan tegas beliau mengatakan, ilmu itu didatangi bukan mendatangi. Kisah Imam Malik juga adalah contoh murid yang menghormati guru. Jika ada sesuatu persoalan dikemukakan kepadanya, ia lebih suka merujuk kepada gurunya terlebih dahulu.

32. Beliau pernah berkata, Aku tidak mahu menjawab permasalahan ini sebelum aku bertanya terlebih dulu kepada orang lebih alim daripadaku. Apakah pendapatku ini lebih bertepatan dengan kebenaran.

33. Beginilah sikap merendah diri dan rasa hormat seorang imam dan ulama terbilang seperti Imam Malik. Begitu juga yang berlaku kepada Imam Syafie yang amat menghormati gurunya. Beliau pernah berkata, Malik bin Anas adalah guruku. Seandainya tidak ada Imam Malik dan Ibnu Uyainah, maka hilanglah seluruh ilmu ulama negeri Hijaz ini. Saidina Ali juga pernah berkata, Barang siapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepadaku.

34. Ringkasnya, guru bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada proses transformasi sistem pendidikan negara dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang intelek, berdaya saing, berjati diri kukuh serta berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai sejagat.

35. Tugas guru dewasa ini semakin mencabar. Sebagai penjana transformasi pendidikan negara, golongan pendidik perlu memikul semua perancangan pendidikan yang direncanakan oleh kerajaan. Maksudnya, semua perancangan kerajaan sebagai pembuat dasar perlu dilaksanakan dengan sempurna supaya segala yang tersirat dalam tema sambutan Hari Guru tahun ini dapat dicapai.

36. Pada abad ke-21 ini, antara cabaran terbesar dihadapi para guru ialah perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Tidak dinafikan perkembangan semasa memberi kesan kepada proses sahsiah terutama pelajar. Kebanyakan pelajar sudah mahir komputer bahkan pemahaman dan keupayaan mereka kadangkala melebihi guru. Kerana ituah guru perlu sentiasa meningkatkan kemahiran dan pengetahuan, selain memahami tanggungjawab dan berikan komitmen dengan melaksana pendekatan baru ke arah meningkatkan kualiti pendidikan.

37. Kejayaan dan keberkesanan pencapaian sistem pendidikan tentunya berkait rapat dengan kesedaran guru terhadap tanggungjawabnya, kelengkapan ilmunya dan keluhuran peribadinya. Kesepaduan antara peribadi dan kemahiran keilmuan adalah unsur penting membantu ke arah kecemerlangan pendidikan. Bagi mencapai hasrat ini, tuntutan kepada ilmu pengetahuan berbentuk fardu ain dan fardu kifayah diperlukan demi memenuhi tuntutan kesejahteraan dunia dan akhirat.

38. Amalan memisahkan pendidikan fardu ain dan fardu kifayah akan melahirkan masyarakat yang tempang sekali gus menggagalkan usaha membentuk modal insan yang gemilang. Firman Allah yang bermaksud: Allah menerangkan (kepada sekalian makhluknya dengan dalil dan bukti) bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, yang sentiasa mentadbir seluruh alam dengan keadilan, dan malaikat serta orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian) tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana (Surah Ali Imran:18)

39. Di negara kita, terdapat 430,000 guru untuk mendidik 5.4 juta pelajar. Betapa besarnya tanggungjawab guru untuk membimbing dan mendidik bilangan anak dan pelajar yang begini ramai. Pelajar sering melakukan kejutan kepada masyarakat dengan masalah sosial mereka.

40. Ada segelintir daripada pelajar yang malas belajar, suka tidur dalam kelas, ponteng atau terbabit dengan kegiatan samseng, membuli, merempit, berzina, buang bayi, merokok, salah guna dadah, mencuri dan gejala lain. Antara Januari dan Jun tahun ini, kira-kira 11,880 pelajar direkod terbabit dengan kegiatan jenayah. Kira-kira 40,000 pelajar terbabit dengan vandalisme, menonton dan menyimpan bahan lucah, dan bertindak kasar manakala 24,000 lagi didapati ponteng dan lewat ke sekolah.

41. Isu disiplin pelajar memang satu perkara yang serius. Namun, ia bukan tugas pendidik semata-mata. Ibu bapa perlu bertindak pantas mengenal pasti masalah atau keadaan-keadaan tertentu yang dihadapi anak-anak mereka, serta lebih prihatin dan mengambil tahu hal anak-anak mereka secara lebih mendalam dan terkawal.

42. Bukan pelajar sahaja. Dikalangan guru juga, ada kes mencedera pelajar, mencabul dan merogol, meminjam dengan along, mengalami stress dan tekanan mental, dan pelbagai lagi. Di Perlis, seorang pelajar 7 tahun mati didera gurunya, dan kes ini sudah dibawa ke mahkamah. Anak bangsa yang berkualiti harus bermula daripada orang yang mendidik mereka. Keupayaan ini mestilah didokong bersama guru dan masyarakat terutama ibu bapa. Jika tidak, nescaya harapan negara untuk melahirkan generasi modal insan kelas pertama berjiwa Ulul Albab akan sia-sia.

43. Tapi bilangan guru tersasar tidak signifikan. Lagipun keadaan ini bukan unik di Malaysia sahaja, malah berlaku dikalangan guru di negara-negara lain juga. Antara rungutan guru ialah tugas yang bertambah dan beban kerja, termasuk membuat laporan atau kerja pertandbiran dan perkeranian. Kajian kementerian menunjukkan bahawa keadaan ini memberi tekanan mental dan menjejaskan kualiti pengajaran. Soal penempatan juga sering dibangkitkan. Sebuah jawatankuasa khas telah mengenalpasti 14 faktor yang menyebabkan guru terbeban.

44. Dalam usaha menangani isu ini, saya difahamkan Kementerian Pelajaran telah menerima 28 perakuan, yang mana sebahagiannya diambil tindakan segera dan sebahagiannya memerlukan sedikit masa untuk diatasi.

45. Sesungguhnya, guru berada di saf hadapan untuk membangun bangsa cemerlang yang akan menentukan sebuah negara maju, aman dan dihormati. Dari perspektif Islam pun, profesion perguruan adalah suatu pekerjaan yang mulia di sisi Allah SWT dan banyak hadis Rasulullah saw yang menyarankan umat manusia untuk menjadi pendidik atau penuntut ilmu yang menabur bakti mengajar orang lain.

46. Dalam Sirah Nabawiyyah sendiri turut memaparkan konsep dan sistem pengurusan pendidikan yang diajar melalui teknik tersendiri oleh Allah SWT menerusi perantaraan malaikat Jibril a.s semasa penurunan wahyu pertama Iqra di Gua Hira. Malah Baginda saw menegaskan bahawa menuntut ilmu adalah suatu kewajipan bagi setiap individu dan hendaklah diajarkan kepada orang lain walaupun hanya satu ayat.

47. Tambahan pula ajaran Islam menekankan kelebihan amalan pendidikan dengan meletakkan seseorang yang berilmu pada darjat yang tinggi dan mulia. Maksud firman Allah SWT dalam Surah Al-Mujadalah ayat 11 bermaksud: Allah akan meninggikan orang yang beriman antara kamu dan juga orang yang diberikan imu pengetahuan dengan beberpa darjat (kemuliaan). Dan Allah Maha Mengetahui segala yang kamu kerjakan.

48. Bukan setakat itu sahaja kelebihannya, jika individu tersebut sedang menuntut ilmu pengetahuan tiba-tiba meninggal dunia, maka beliau dianggap sebagai gugur Syahid. Betapa besar ganjaran yang diperolehi semasa di dunia dan apatah lagi ganjarann yang menantu pada hari akhirat kelak.

49. Begitulah hebatnya seseorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dan menyampaikannya kepada masyarakat agar sesebuah komuniti tidak dibayangi dengan sifat jahiliyyah atau berada dalam kegelapan. Oleh itu, Islam telah memaparkan konsep menuntut ilmu secara berterusan yang diasaskan oleh junjungan besar Nabi Muhammad melalui hadisnya yang masyhur iaitu: Tuntutlah ilmu dari buaian hinggalah ke tiang lahad.

50. Maka, dalam merealisasikan harapan tinggi bagi menjana transformasi sistem pendidikan negara, guru perlulah banyak berkorban, bekerja kuat dan ikhas serta bersedia menempuh pelbagai cabaran dan dugaan termasuk perubahan dalam sistem penyampaian serta maklumat supaya selari kehendak diperlukan bagi mencapai aspirasi negara.

51. Sebagai penutup, saya ingin menyeru kepada semua guru untuk memperbaharui tekad dan berniatlah dengan ikhlas untuk memberikan khidmat sumbangan terbaik kepada anak bangsa sehingga melahir dan membentuk generasi berkualiti, kreatif dan inovatif yang seimbang antarai aspek material, kognitif, sosial, ekonomi dan komunikasi, dengan aspek kerohanian.

52. Transformasi perlu seiring dengan semangat 1Malaysia yang mementingkan perpaduan. Guru dari pelbagai latarbelakang, anutan agama atau bangsa mestilah terbabit dalam proses membentuk perpaduan, sekali gus, menjalin hubungan dan kerjasama yang kukuh dan berkekalan.

53. Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.1. Sumber: www.mindaaktif.net/?p=1118Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025ARTIKEL 3:TAJUK : Pendemokrasian Pendidikan di Malaysia 1.Pengenalan Pendidikan adalah salah satu institusi yang sangat penting untuk kemajuan masyarakat dan pembangunan insan yang menganggotainya. Melalui pendidikan, kita boleh mewariskan serta mengembangkan nilai dan ilmu serta memajukan teknologi dan peradaban dari generasi ke generasi. Begitu juga, melalui pendidikan kita boleh menambah kemahiran serta kebolehan insan, memperbaiki kedudukan sosio-ekonominya, dan mempertajam fikiran yang kritikal serta kritis, dan mempertingkatkan nilai akhlak. Pendidikan adalah merupakan satu kekuatan nasional yang boleh menjamin masa depan rakyat dan juga kecemerlangan negara.

Hussein Haji Ahmad (1993) telah menyenaraikan beberapa fungsi umum pendidikan iaitu seperti sebagai penyalur budaya dan ilmu, penyalur kemahiran dan ketrampilan, penyalur kepercayaan dan sistem, persediaan untuk alam pekerjaan, pengawasan belia, remaja dan kanak-kanak, dan perhubungan rakan sebaya. Beliau juga membuat kesimpulan bahawa peranan sistem pendidikan sehingga akhir tahun 1980-an bermotif tiga perkara utama. Pertamanya pendidikan untuk menyediakan tenaga kerja negara. Keduanya pendidikan sebagai asas perpaduan kaum. Ketiganya pendidikan adalah untuk pembinaan disiplin di kalangan rakyat berbilang kaum.

Negara sudah merdeka selama 44 tahun. Negara telah mengalami banyak perubahan dalam sistem pendidikan. Bermula dari Penyata Pelajaran Razak (1956), ordinan pelajaran 1957, Laporan Abdul Rahman Talib (1960), akta Pelajaran (1961) dan laporan Kabinet (1979). Hasilnya berlaku perkembangan dalam sistem pendidikan negara. Perkembangan yang berlaku dalam sistem pendidikan berjalan secara terancang dan teratur. Banyak kemudahankemudahan pendidikan telah dibangunkan dan pendemokrasian pendidikan telah menjadi satu dari dasar sistem pendidikan di Malaysia. 2. Definisi Pendemokrasian Pendidikan Mengikut Kamus Dewan pendemokrasian bermakna peluang, tindakan atau proses manakala pendidikan bermaksud mendidik dengan ilmu pengetahuan. Pendemokrasian pendidikan bermaksud memberi peluang-peluang yang sama untuk semua kanak-kanak mendapatkan pendidikan. Pendemokrasian pendidikan itu ditegakkan atas beberapa prinsip antaranya setiap orang adalah berhak ke atas pendidikan. Pendidikan haruslah boleh dipelajari secara bebas, tanpa sebarang sekatan-sekatan yang tertentu atau setidak-tidaknya pada peringkat asas dan peringkat dasar. Salah satu aspek pendemokrasian pendidikan di Malaysia ialah memberikan peluang seluasnya kepada pelajar untuk mendapat pendidikan tanpa mengira kelas sosial, kaum dan juga gender. Pendemokrasian pendidikan merupakan salah satu strategi untuk mencapai misi pendidikan negara, telah mendedahkan masyarakat Malaysia kepada peluang yang luas bagi memperolehi pendidikan pada semua peringkat. Di Malaysia, pendemokrasian pendidikan tidak berlaku semasa zaman penjajahan. Anggota-anggota masyarakat tidak mempunyai peluang yang sama apabila sekolahsekolah dibezakan mengikut kaum, kelas atau status, kurikulum dan lokaliti. Yuran yang dikenakan pada ketika itu juga menyulitkan lagi penduduk miskin. Oleh itu orang-orang miskin atau sebahagian besar penduduk Malaysia pada ketika itu telah dinafikan hak untuk mendapatkan pendidikan. 3.Pendemokrasian Pendidikan di Malaysia Pendidikan Rendah Selepas kemerdekaan kerajaan secara beransur-ansur telah mendemokrasikan pendidikan di Malaysia. Kerajaan telah menyediakan peluang-peluang yang sama untuk semua orang mendapatkan pendidikan. Ordinan Pelajaran 1957 misalnya, telah mencadangkan agar semua kanak-kanak menerima pelajaran dalam tempoh sekurang-kurangnya enam tahun. Sungguhpun begitu ianya tidak memberikan implikasi yang besar kerana pelajarnya masih lagi dikenakan bayaran yuran bagi mereka untuk mendapatkan pendidikan.

Akta Pelajaran 1961 yang berdasarkan Laporan Rahman Talib semakin merealisasikan pendemokrasian pendidikan. Pendidikan percuma telah diberikan kepada semua kanak-kanak mulai tahun 1962. Ini diikuti dengan had umur belajar percuma hingga ke 15 tahun dan penamatan syarat lulus peperiksaan untuk memasuki sekolah menengah. Baru-baru ini satu peraturan baru terkandung dalam Akta Pendidikan (Pindaan) 2002 yang memberi kuasa kepada menteri untuk menetapkan pendidikan rendah sebagai pendidikan wajib. Setiap ibu bapa warganegara Malaysia yang tinggal di negara ini wajib memastikan anak mereka yang mencapai umur enam tahun pada hari pertama bulan Januari didaftarkan sebagai murid sekolah rendah. Mereka yang melanggar peruntukan tersebut boleh didenda RM5000. Semuanya ini adalah sebagai langkah memastikan setiap warganegara berhak mendapat peluang pendidikan yang sewajarnya. 4.Pendidikan Menengah Seterusnya, peluang untuk semua kanak-kanak untuk mendapatkan pendidikan telah diberikan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kelas sosial, etnik,dan gender sekurang-kurang sekurang-kurangnya hingga ke tingkatan tiga. Mulai 1999, peluang bagi semua pelajar untuk memasuki tingkatan empat telah diperluaskan. Mereka yang hanya lulus satu mata pelajaran sahaja layak untuk naik ke tingkatan empat. Ini bagi memastikan setiap rakyat berpeluang mendapat pendidikan sehingga ke tingkatan lima. Walaupun kerajaan mempunyai beberapa sebab berbuat demikian yang antaranya remaja yang gagal akan menganggur dan menimbulkan masalah yang lain kepada negara tetapi dari sudut lain kerajaan merasakan adalah tidak memadai ilmu yang diterima oleh pelajar berkenaan bagi menghadapi cabaran dunia yang akan datang. Bagi pelajar yang tidak berminat lagi dalam akademik mereka boleh meneruskan persekolahan mereka di dalam bidang vokasional di tingkatan 4. 5.Sekolah Berasrama . Selain dari itu bentuk bantuan-bantuan pendidikan lain diberikan oleh kerajaan bagi membuka peluang kepada mereka untuk mendapat hak pendidikan. Salah satu bentuk bantuan ialah dengan penubuhan sekolah-sekolah berasrama yang memudahkan pelajar mendapatkan pendidikan tanpa perlu berulang-alik dari rumah ke sekolah setiap hari yang sudah tentu memerlukan kos yang banyak. Selain dari itu, pembinaan sekolah-sekolah berasrama penuh juga telah banyak dibina bagi tujuan membuka peluang pendidikan . Pada masa ini terdapat puluhan buah sekolah berasrama penuh di bawah kelolaan langsung Kementerian Pendidikan Malaysia. Kesemua sekolah-sekolah yang berasrama penuh ini bertujuan memberikan bantuan kepada pelajar untuk mendapatkan peluang pendidikan. 6.Sekolah Bestari Sekolah Bestari adalah salah satu flagship dalam Koridor Raya Multimedia. Projek ini telah mendapat perhatian seluruh masyarakat kerana ia merupakan satu usaha menjadikan bidang pendidikan lebih maju dan berdaya saing. Sekolah Bestari akan membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar lemah atau kuat , kaya atau miskin mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Sekolah Bestari akan mendorong murid mengamalkan akses kendiri dan terarah kendiri, serta mengikut kadar pembelajaran sendiri. 7.Pendidikan Khas Di samping pembangunan sekolah-sekolah berasrama, sekolah-sekolah harian rendah dan menengah banyak dibina di bandar-bandar ataupun di desa-desa. Kerajaan juga tidak menafikan peluang bagi golongan istimewa ataupun kanak-kanak cacat untuk mendapat hak atau peluang untuk mendapatkan pendidikan. Untuk tujuan tersebut kerajaan telah membangunkan sekolah-sekolah khas bagi memenuhi keperluan golongan tersebut mendapatkan pendidikan. 8.Bantuan dan Peruntukan Pelajar-pelajar yang miskin dan kurang berkemampuan yang kebanyakkannya datang dari luar bandar yang latar belakang ekonomi keluarganya rendah telah diberikan biasiswa kecil atau bantuan kewangan bagi menampung urusan persekolahan mereka. Selain dari itu, skim bantuan buku teks juga diberikan kepada pelajar yang pendapatan ibubapanya rendah. Pada masa ini syarat bagi mendapatkan hak untuk mendapat skim bantuan teks adalah bagi ibubapa atau penjaga yang berpendapatan kurang dari Rm2000.00 sebulan dan syarat ini dikaji dan diubah mengikut kesesuaian atau keadaan ekonomi semasa.Kerajaan juga mengambil usaha memperbaiki keadaan murid-murid terutamanya diluar bandar dengan menyediakan progran-program kesihatan, pemakanan ( Rancangan Makanan Tambahan ) dan lain-lain skim yang bertujuan supaya kanak-kanak berpeluang belajar dalam keadaan yang selesa. Kemudahankemudahan yang disediakan ini tidak hanya tertumpu kepada masyarakat desa tetapi layanan yang sama diberikan kepada pelajar-pelajar miskin di bandar. Selain dari itu pihak kerajaan juga menekan kepada mutu pendidikan bagi menjamin kelancaran pendemokrasian pendidikan di Malaysia. Setiap tahun peruntukan yang besar dikeluarkan bagi membaiki, membaikpulih, menaik taraf sekolah atau bilik-bilik darjah serta menyediakan kelengkapan dan kemudahan pembelajaran . Di bawah Rancangan Malaysia kelapan (RMK-8) Kementerian Pendidikan meluluskan 1,497 projek sekolah rendah dan menengah diseluruh negara dengan peruntukan RM6.2 billion. Daripada jumlah tersebut sebanyak 977 projek sekolah rendah termasuk pembinaan 198 sekolah baru, manakala 420 lagi projek sekolah menengah membabitkan pembinaan 160 sekolah baru. 9.Tenaga Pengajar terlatih Kekurangan guru-guru terlatih diluar Bandar telah diatasi dengan memperkembangkan sistem latihan perguruan. Latihan perguruan telah dinaik tarafkan kepada peringkat diploma dan tempoh kursusnya selama tiga tahun. Pengeluaran guru yang mencukupi telah menjamin proses pendemokrasian pendidikan berjalan dengan lancar. Setiap sekolah akan mendapat guru yang terdiri dari pelbagai opsyen yang akan memenuhi pemintaan atau keperluan pelajar dalam mata pelajaran yang tertentu walaupun sekolah tersebut terletak diluar bandar atau kawasan pendalaman. Maktab-maktab ini bukan sahaja mengeluarkan guru-guru biasa, malahan menyediakan guru-guru pendidikan khas bagi mengisi keperluan sekolah-sekolah pendidikan khas. Sehingga kini terdapat lebih tiga puluh buah maktab yang bertanggung jawab melatih guru-guru pelatih bagi menenuhi kehendak pendidikan di Malaysia.

Bagi guru berijazah, mereka dilatih di universiti-universiti awam bagi mengajar di sekolah-sekolah menengah. Di samping itu terdapat pula program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah bagi melatih graduan-graduan yang bukan dari bidang perguruan untuk menjadi guru bagi menjamin bekalan guru yang mencukupi bagi memenuhi keperluan pendidikan untuk memastikan kelangsungan pendidikan di Malaysia. Seterusnya sebuah Universiti pendidikan iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris telah dinaikan statusnya dari status asalnya Institut Pendidikan sultan Idris khusus untuk perkembangan bidang latihan keguruan. Dengan perlaksanaan akta Pendidikan 1996, berkemungkinan besar pada masa akan datang guru-guru berijazah akan menerima latihan terus di maktab-maktab perguruan bagi menjamin guru-guru yang mencukupi disekolah-sekolah. 10.Pendidikan Tinggi Dibidangbidang pengajian tinggi, peluang-peluang pendidikan telah dibuka dengan luas selepas kemerdekaan dengan penubuhan unniversiti-universiti . Institusi-institusi pengajian tinggi yang awal ialah Universiti Malaya di Kuala Lumpur (1961), disusuli oleh Institut Teknologi Mara (1967), Universiti Sains Malaysia (1969), Universiti Kebangsaan Malaysia (1970), Universiti Pertanian Malaysia(1971) dan Universiti Teknologi Malaysia (1975). Pada masa ini terdapat lebih banyak universiti awam yang telah dibina termasuklah Universiti Utara Malaysia, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Pendidikan Sultan Idris . Universiti universiti awam tempatan telah menampung lulusan-lulusan sekolah terutamanya daripada aliran Melayu. Malahan mulai tahun 1983 semua institusi yang terdapat dalam negara telah menggunakan sepenuhnya Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar . Pelajar-pelajar yang berkelayakan mendapat tempat telah diberikan bantuan berbentuk pinjaman kewangan dan berbentuk biasiswa. Penwujudan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pengembangan skop penawaran pinjamannya meliputi pelajar-pelajar di institut tinggi awam dan institut tinggi swasta merupakan usaha yang sesuai bagi menggalakkan lagi pendemokrasian pendidikan hingga ke peringkat tinggi. Selain itu, ribuan pelajar yang mendapat kelulusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dihantar terus belajar di luar negara seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada, Australia ,New Zealand ,Jepun dan Timur tengah atas tajaan kerajaan melalui Mara, JPA atau ditaja oleh kerajaan negeri pelajar terbabit. 11.Dasar Liberalisasi Pendidikan Pada tahun-tahun 1990an kerajaan Malaysia telah menjalankan dasar liberalisasi pendidikan . Ianya telah membawa perubahan besar dalam pendidikan tinggi di Malaysia. Pada dekad ini beberapa perubahan telah dilakukan . Usaha telah giat dilakukan untuk memperkembangkan dan memajukan sistem pendidikan negara. Melalui akta-akta pendidikan tinggi 1996 telah memungkinkan perkembangan institusi-instutisi pendidikan tinggi yang mana kebenaran telah diberikan kepada pihak-pihak yang berkelayakan bagi menubuhkan institusi-institusi pengajian tinggi. Dalam tahun 1999 sahaja, tiga kolej universiti atau universiti penuh diwujudkan iaitu Kolej Universiti Islam Malaysia(Kuim), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia(KUSTEM). Disamping itu kebenaran juga telah diberikan kepada pihak yang berkelayakan untuk menubuhkan pusat pengajian tinggi swasta yang antaranya seperti Universiti Teknologi Petronas, Universiti Multimedia, Universiti Tenaga Nasional, Universiti Tun Abdul Razak (Unitar) dan yang terbaru Universiti Tunku Abdul Rahman . Ini satu perkembangan yang baik dalam usaha kita menyemarakan ilmu pengetahuan dan mendemokrasikan pendidikan tinggi Kerajaan juga mengalakkan program pengajian berkembar dengan institusi-institusi luar negara bagi kolej-kolej swasta. Terdapat juga universiti-universiti tempatan yang menjalankan program pendidikan jarak jauh dan francais . Sebilangan universiti awam sudah mencapai enrolmen melebihi 20,000 pelajar sepenuh masa manakala dengan penubuhan intitusi pendidikan tinggi swasta telah mempunyai enrolmen melebihi 200,000. Sesungguhnya semua ini adalah merupakan usaha mendemokrasikan dan membuka peluang-peluang pendidikan untuk rakyat . 12.Cadangan dan Penilaian Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan perlu memantau sekolah luar bandar dan pendalaman dari masa ke semasa bagi menjamin pendemokrasian Pendidikan di Malaysia berjalan dengan lancar. Kemudahan pendidikan diantara kawasan maju dan mundur seharusnya tiada jurang yang ketara. Ini merujuk terutamanya kepada mutu persekitaran sekolah, alat kelengkapan dan guru di kawasan-kawasan kampung, ladang-ladang, setinggan, pendalaman( Orang Asli) dan seterusnya. Pembelaan dan bantuan yang sewajarnya perlu diberikan kepada pelajar-pelajar yang terpinggir dari sistem pendidikan akibat dari kemiskinan. Ini akan menjamin mereka supaya dapat bersaing dalam satu sistem pendididkan yang adil pada dirinya dan masyarakatnya. Setiap aduan dan rungutan yang menyentuh mengenai pendidikan dari peringkat rendah hingga pengajian tinggi haruslah diambil berat dan langkah-langkah tertentu harus diambil untuk menanginya pada semua peringkat supaya kita pada akhirnya mempunyai satu sistem pendidikan yang cukup sihat dari semua segi. Usaha yang berterusan bagi memajukan pendidikan perlu diberi perhatian bagi meningkatkan mutu pendidikan supaya kita semua dapat berbangga bahawa kita telah dapat mengamalkan pendemokrasian pendidikan dalam ertikata yang sebenarnya. 13.Penutup Sehingga kini pendemokrasian pendidikan dalam konteks negara kita Malaysia, agak berjaya dan sesungguhnya memberikan peluang yang luas kepada rakyat Malaysia untuk memperolehi pendidikan pada peringkat rendah sehingga peringkat tinggi. Seiring dengan pendemokrasian pendidikan juga adalah diharapkan ianya dapat memenuhi agenda kerajaan untuk menstruktur semula masyarakat dan membasmi kemiskinan dengan menggunakan pendidikan sebagai pengerak utama dan seterusnya dapat melahirkan warganegara yang dapat menyumbang ke arah usaha memajukan negara selaras dengan hasrat Wawasan 2020. Senarai Rujukan Amir Hasan Dawi, 1999, Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Quantum Books, Tanjung Malim.

Hussein Hj. Ahmad, 1993, Pendidikan dan Masyarakat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Omar Mohd Hashim, 1999, Pengisian Misi Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Omar Mohd Hashim, 1993, Pendidikan- Persoalan, Penyelesaian dan Harapan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Suffean Hussin, 1996, Pendidikan Di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan, Edisi ketiga, 1996, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Berita Harian , 30 November 2001.

Utusan Malaysia, 7 Disember 2001.

Rujukan Internet, Laman Web Kementerian Pendidikan Mala Sumber: http://tuanmat.tripod.com/demokrasi.htmlARTIKEL 4:Kesan globalisasi terhadap bidang pendidikan di negarainiPosted on25 Mei, 2009by adminGlobalisasi merujuk kepada satu cara hidup dunia tanpa sempadan dan saling berkaitan antara satu sama lain. Walaupun secara umumnya globalisasi itu lebih memberi kesan kepada ekonomi dunia, namun bidang lain seperti pendidikan tidak terkecuali.

Natijah daripada dunia tanpa sempadan, pendidikan di negara ini menjadi terbuka kepada dunia luar sama ada untuk belajar mahupun menubuhkan cawangan universiti asing di sini. Sudah tentu peluang yang sebegini akan diambil oleh universiti luar, terutamanya yang terkemuka dan berprestij. Mereka akan membuka cawangannya di negara ini. Walaupun cara ini merupakan suatu persaingan yang sihat, namun institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan masih belum bersedia untuk menghadapi situasi ini. Hal ini akan memberi kesan yang besar kepada IPT tempatan, terutamanya Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Para pelajar tentu akan memilih universiti luar yang terkemuka demi pasaran kerja mereka. Hal seperti ini telahpun berlaku apabila graduan IPT luar negara menjadi pilihan utama majikan berbanding graduan IPT tempatan. Dengan demikian juga, IPT tempatan akan mengalami masalah kekurangan pelajar dan akhirnya membawa kepada penutupan IPT berkenaan, khususnya IPTS yang bersaiz kecil.

Kesan globalisasi ini juga akan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Hal ini berlaku kerana para pelajar mudah mendapat maklumat melalui internet. Maklumat yang disebarkan melalui internet sebahagian besarnya dalam bahasa Inggeris. Selain itu, cawangan universiti luar akan terus menjadikan bahasa Inggeris sebagai wahana dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada masa ini juga, sudah banyak IPTS yang telah menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Hal sebegini akan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu walaupun sudah terbukti bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu dalam semua bidang. Jika hal ini berlaku, bahasa Melayu akan menjadi bahasa kedua dalam kehidupan masyarakat Malaysia dan usaha ke arah pembinaan bangsa Malaysia berdasarkan bahasa Melayu akan terbantut.

Globalisasi akan memesatkan pengkomersilan pendidikan itu sendiri. Ahli korporat pendidikan akan mengaut keuntungan melalui bidang pendidikan. Amat dibimbangi jika hal ini berterusan dan tanpa kawalan, matlamat dan objektif asal pendidikan akan terkorban. Demi mencapai keuntungan semata-mata, kualiti pendidikan mungkin diabaikan. Masalah ini akan ketara apabila kelayakan masuk pelajar tidak diambil berat seperti dikenakan syarat yang longgar, pensyarah terdiri daripada mereka yang kurang terlatih dan kurang pengalaman, kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang minimum, kualiti ilmu yang diajar meragui dan lain-lain lagi.

Selain itu, pengkomersilan pendidikan seperti ini akan menafikan konsep pendemokrasian pendidikan. Hanya pelajar yang mampu dari segi kewangan sahaja yang berpeluang melanjutkan pelajaran. Han ini hanya sekitar 20 peratus sahaja bilangan pelajar bumiputera di IPTS berbanding ratusan ribu pelajar IPTS keseluruhannya. Perkara ini jika tidak dibendung akan meluaskan jurang antara golongan bumiputera dengan golongan bukan bumiputera. Selain itu, hanya yang kaya sahaja akan dapat menikmati pendidikan tinggi, manakala yang miskin dinafikan peluang mereka. Ini bertentangan dengan dasar kerajaan yang ingin melahirkan masyarakat berilmu tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa.

Kesan seterusnya yang akan timbul ialah penghayatan ilmu itu semakin terhakis. Hal ini demikian kerana para pelajar hanya belajar ilmu sahaja tanpa menghayati ilmu itu sendiri. Mereka belajar hanya untuk tujuan peperiksaan atau demi memenuhi tugasan yang diberikan sahaja. Ini akan melahirkan generasi yang cerdik pandai tanpa diimbangi dengan penghayatan ilmu itu sendiri. Akibatnya, kemahiran yang mereka miliki mungkin akan digunakan untuk tujuan negatif seperti melakukan pecah amanah, menipu dan sebagainya.

Kesimpulannya, semua pihak harus menyedari kesan globalisasi ini dan bersedia dengan langkah yang komprehensif. Kita tidak boleh mengelak daripada menghadapi globalisasi kerana tanpanya kita akan terus ketinggalan. Oleh itu, kita perlu bersedia untuk mengatasi sebarang cabaran yang wujud daripada fenomena globalisasi ini.Sumber: ..Artikel 5: Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Jilid 6. Oktober 2000. hal. 35-46CABARAN ERA GLOBALISASI KE ATAS WARGA

PENDIDlKAN DI MALAYSIAHamdan Said

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia&Nasrudin Talib

Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kelantan

KelantanABSTRAK: Penggabungan high performance communication dengan high performance

computing memperhebatkan prasarana maklumat sehingga dunia menjadi perkampungan

global yang arnat kompetatif. Demi kemandirian rakyat masa kini dan akan datang, sistem

pendidikan perlu mengalami reformasi dan transformasi untuk menyahut cabaran .era

globalisasi yang hebat ini, Dengan itu, kertas kerja mernbincangkan tentang impak era

globalisasi terhadap sistem pendidikan dan bentuk kurikulum yang akan membina dan

memperlengkapkan generasi muda dengan kekuatan untuk meletakkan negara sebaris dengan

negara-negara maju dunia ditengah-tengah gelombang siber yang bergelora. Ia juga mengupas

tentang apakah bentuk murid yang ingin dibangunkan serta budaya dan tingkah laku guru

yang dipertanggungjawabkan untuk membina kekuatan minda generasi tersebut.

PENGENALANDi abad ke-21 ini, sarna ada disedari atau tidak, kita sedang dihanyutkan oleh arus perubahan

yang begitu deras yang tidak pernah berlaku sebelumnya. Perkembangan mendadak dalam

teknologi maklumat menjadi pemangkin utarna proses pengglobalisasian dunia. Fenomena ini

memaksa kita mengikuti arus gelombang yang melanda demi survive di dalam dunia yang begitu

kompetatif (Proctor, 1996). Arus globalisasi yang melanda sekarang akan berubah hampir

keseluruhan cara hidup baik dalam bidang politik, ekonomi, sosial mahupun budaya sehingga

dunia yang begitu besar telah bertukar menjadi sebuah perkampungan kecil yang dipanggilglobal village dan akibatnya kita telah menjadi satu masyarakat besar dunia (Perkins, 1992).35

CABARAN ERA GLOBALISASI KE ATASWARGA PENDIDIKAN DI MALAYSIAKita berkongsi isu dan permasalahan yang sarna, baik di barat mahupun di timur seperti wabak

AIDS, gejala dadah, masalah alam sekitar, wabak pelbagai jenis penyakit, kebuluran, bencana

alam, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

Kemajuan yang pesat dalam bidang teknologi maklumat atau infotek mengubah cara manusia

berkomunikasi, berurusniaga dan cara kita melihat dunia ini (Mahathir Mohamad, 1992) dan

yang lebih penting cara kita mereformasi dan mentransformasikan sistem pendidikan bagi

memastikan anak bangsa kita sekarang dan di masa akan datang berupaya mengharungi hidup

dengan penuh kesejahteraan. lnilah cabaran baru yang begitu hebat ke atas sistem pendidikan

yang perlu kita tempuhi secar.a pertembungan bersemuk.a. Ertinya, kaedah pengajaran dan

pembelajaran yang hanya terhad di dalam bilik darjah perlu ditukar kepada su.atu bentuk yang

menjangkau keluar daripada persekitaran bilik darjah. Bentuk pendidik.an untuk generasi baru

perlu bersifat global bagi membentuk sikap yang lebih terbuk.a dengan visi yang lebih meluas

melalui keupayaan berfikiran kritikal, inovatif, reflektif dan mempunyai ketrampilan yang

diperlukan bagi membolehkan mereka menyertai dengan berkesan arus globalisasi dunia (Wan

Mohd Zahid Nordin, 1995).Impak Era Infotek Ke Atas Sistem PendidikanDalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju dunia, peranan sistem pendidikan adalah

arnat kritikal sekali lni disebabkan sebelum negara mampu mencapai taraf dunia, sistem

pendidikan yang world class perlu diwujudkan. Untuk merealisasikan harapan tersebut setiap

perancangan dan pelaksanaan harus berdasarkan wawasan untuk membawa perubahan dan

anjakan paradigma dari segi gaya pemikiran serta orientasi dan tindakan seluruh organisasi dan

warga pendidik. Guru merupakan tunjang untuk melaksana dan menjayakan wawasan serta

reformasi pendidikan yang telah digubal. Justeru usaha mempertingkatkan profesionalisme dan

keikhtisasan para pendidik adalah perlu bagi mencapai matlarnat tersebut. Peningkatan martabat

pendidikan yang ala kadar atau incremental improvement adalah tidak memadai. Oleh kerana

wawasan itu sendiri merupakan suatu lonjakan berganda atau quantum leap maka usaha

mereformasi serta mentransformasikan sistem pendidikan juga perlu bersifat sedemikian.

Kini kita sedang berhadapan dengan situasi yang mencabar akibat perubahan global yang sedang

berlaku. Perkembangan mendadak dalam infotek merupakan pemangkin utama proses globalisasi

terse but. Arus perubahan yang begitu deras memaksa kita keluar dan lari daripada kepompong

atau teduhan zon yang selesa dan kita tiada pilihan melainkan berhijrah daripada mentaliti

mengekalkan status quo demi untuk kesejahteraan hidup. Keengganan berhijrah secara radikal

dalam persekitaran yang sentiasa berubah ini akan menghayut serta meminggirkan kita dalam

segala aspek. Kalau tidak pun, menurut Ohrnae dan Fukuyarna (1994, dalam Sharifah Nor

Puteh, 1997) kita akan pupus bak dinasur yang enggan mengalami evolusi mengikut perubahan36CABARAN ERA GLOBALISASI KE ATAS WARGA PENDIDIKAN DI MALAYSIAenvironmennya. Hoffer (1992, dalam Proctor, 1996) menegaskan bahawa dalam zaman

perubahan ini hanya yang mahu belajar untuk menyesuaikan diri sahaja yang akan mewarisi

dunia, manakala cendekiawan yang angkuh untuk menerima perubahan akan terkapai-kapai di

persekitaran yang tidak lagi dikenalinya.

Perkembangan infotek yang begitu pesat mengakibatkan ledakan maklumat serta prasarana

maklumat menjadi begitu hebat hasil daripada penggabungan high performance communication-dengan high performance computing (Sharifah Nor Puteh, 1997). Hal ini berubah secara

langsung senario pendidikan di setiap penjuru glob ini. Dengan dunia yang semakin kecil dan

menjadi sebuah perkampungan global, kehidupan sebuah masyarakat besar di dalamnya menjadi

begitu kompetatif sehingga kemandirian ekonomi sesebuah negara bergantung kepada

keupayaannya menguasai dan memanfaatkan ledakan maklumat tersebut (Mahathir Mohamad,

1992). Menurut Stonier (1981, dalam Perkins, 1992), tenaga kerja yang terlatih akan belajar

memanfaatkan teknologi, manakala golongan yang selesa di bawah tempurungnya akan menjadi

mangsanya. Justeru itu, negara turut mengorak langkah mengatur strategi melakukan reformasi

dalam apa jua bidang termasuk sektor pendidikan untuk dihayati bersama gelombang siber ke era

globalisasi. Mudah-mudahan sedikit masa lagi, generasi muda berupaya membincangkan dengan

yakin tentang konsep 'dunia tanpa sempadan', 'sistem langit terbuka', 'ekonomi maklumat' dan

berbagai-bagai lagi konsep global lain yang menjadi realiti baru yang terpaksa ditempuhi nanti

(Wan Mohd Zahid Nordin, 1995).

Era teknologi siber telah berubah pendekatan pembelajaran yang mana pembelajaran secara tidak

formal ini sedikit demi sedikit akan mengubah peranan yang dimainkan oleh guru. 'Dindingdinding

bilik darjah akan runtuh' kerana pembelajaran yang bersifat 'Iangit terbuka' melalui

perisian multimedia, internet, e-mel, audio-video tele conferencing dan sebagainya (Lee Ong

Kim, 1997). Guru-guru yang sepatutnya berperanan sebagai fasilitator jika enggan berubah akan

termangu-mangu dalam senario pendidikan yang semakin asing. Peranan guru bukan lagi seperti

pendita di atas pentas yang proses pembelajarannya berpusatkan guru tetapi perlu berubah

kepada pembimbing di sisi (guide by the side) yang berpusatkan pelajar (Perkins, 1992). Sistem

pendidikan guru juga memerlukan perubahan yang drastik kerana sistem pendidikan dan latihan

yang ada sekarang sudah pasti tidak lagi sesuai dengan keperluan semasa. Untuk menjadi

pendidik yang berkesan, guru masa kini perlu menguasai sekurang-kurangnya I~ kemahiran

generik iaitu kemahiran pemudahcaraan, kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan reflektif,

kemahiran belajar, kemahiran mentaksirkan dan menilai dan kemahiran infotek. Seperti kata

Collins dan Hastings (1990, dalam Fiske, 1992): 'guru mengajar sebagaimana dia diajar' maka

sewajarnyalah bakal-bakal guru diberi nafas baru untuk menangani fenomena baru dalam sistem

pendidikan yang lebih mencabar dalam alaf ke-3 ini.37CABARAN ERAGLOBALJSASJ ICE ATAS WARGA PENDIDIKAN OJMALAYSIABentuk Kurikulum Era Globalisasi

Era globalisasi bermula pada tahun 90an dan akan berlarutan sehingga awal abad 21 yang

meliputi the magic year 2020 di mana ia merupakan tahun sasaran bagi Malaysia mencapai

negara maju industri dunia. Usaha-usaha untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang berdaya

saing dan berdaya maju digariskan dalam sembilan cabaran ke arah Wawasan 2020. Untuk

menghadapi cabaran era globalisasi ini sembilan cabaran tersebut masih dianggap relevan,

khususnya cabaran yang ke 6 iaitu: .'Membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains serta progresif, berdaya cipta danberpandangan jauh ke hari depan, yakni sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat

memanfaatkan teknologi kini tetapi turut menjadi penyumbang terhadap pembentukan

peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan. '

(Wan Mohd Zahid Nordin, 1994, m.s.72)

Bagi merealisasikan sembilan cabaran tersebut, sekali gus dapat menangangi keperluan era siber

yang lebih mencabar, kurikulwn abad 21 perlu dibentuk supaya relevan dan koheren dengan

keadaan semasa dan berkeupayaan memenuhi matlamat-matlamat yang telah digariskan. Garis

panduan tentang bentuk, isi dan perlaksanaan kurikulwn perlu ditentukan oleh senario yang

dapat dilihat dari aliran pembangunan dan kemajuan teknologi (Sharifah Nor Puteh, 1997). la

juga mesti bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat

dan profil bangsa dan warganegara Malaysia.

Fokus pengisian kurikulum abad ke 21, selain daripada penguasaan pengetahuan dan kemahiran

asas, adalah penguasaan sekurang-kurangnya tujuh kemahiran lain, iaitu:

I. kernahiran berfikir secara kritis dan kreatif

2. kemahiran berkomunikasi secara berkesan

3. kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan

4. kemahiran mencari, mengintegrasi dan mengaplikasikan maklumat

5. kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan orang lain

6. kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni

7. kemahiran kepimpinan dan pengurusan/Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif adalah sangat penting untuk membantu pelajar

mengalami pembelajaran secara berftkrah (thoughtfu' learning) bagi membolehkan mereka

menikmati pembelajaran dengan lebih bermakna serta berkeupayaan membuat pilihan danmembuat keputusan berlandaskan sebab - sebab yang rasional serta berjustifikasi. Minda yang38CABARAN ERAGLOBALISASI KEATASWARGA PENDIDIKAN 01 MALAYSIAkritis berupaya mengenal pasti andaian-andaian, idea serta pandangan yang membawa kepada

perubahan tingkah laku peribadi yang lebih baik atau pun yang membawa kepada pengbasilan

produk yang baru. Penekanan kepada pengembangan kreativiti juga penting melalui penonjolan

aktiviti-aktiviti yang kreatif termasuklah berfikir secara logik, membina daya imaginasi dan

keboleban memberi pandangan.

Dalam era siber, kurikulum yang menekankan kepada penguasaan kemahiran-kemahiran generik

atau bolehguna seperti kemahiran berkomunikasi secara berkesan, kemahiran bergaul dan

bekerja dengan orang lain dan kumpulan, kemahiran berfikir, kemahiran mengikut arahan,

kemahiran menggunakan teknologi, kemahiran memaharni budaya seperti budaya kerja di

sesuatu tempat adalah perIu. Ia penting kerana apabila para pelajar memasuki alarn pekerjaan ia

dapat membantu mereka menjadi tenaga kerja yang mahir, cekap dan berketrampilan.

Penguasaan kemahiran generik juga membolehkan seseorang pekerja itu begitu mobile dan kerap

bertukar kerja kepada yang lebih menguntungkan kerana mereka lebih versatile dan cepat mahir

dalam pelbagai jenis pekerjaan.

Kurikulum di era siber perIu multilingualisme kerana arus globalisasi memerlukan penggunaan

pelbagai bahasa supaya pelajar boleh berkomunikasi dengan berkesan dan berupaya

menggunakan segala maklumat. Justeru itu, pada zaman ledakan maklumat dan dunia tanpa

sempadan ini, pelajar perlu dibimbing untuk menguasai kemahiran mencari, menapis dan

menggunakan ilmu yang berfaedah bagi penyuburan diri dan minda Para pelajar seharusnya

diberikan ilmu untuk menguasai sekurang-kurangnya satu bahasa asing selain dari bahasa ibundadan Bahasa Inggeris. Kemahiran berbahasa ini menjadi satu daripada prasyarat utama untuk

membolehkan negara Malaysia dan warganya menampilkan diri dan memainkan peranan yang

lebih berkesan dalam arena antarabangsa.

Kurikulum era siber juga memberikan tumpuan kepada pelbagai jenis kecerdasan danmemperkembangan kebolehan yang ada dalam diri seseorang individu, iaitu teori pelbagai

kecerdasan. Gardner (1990, dalam Kertas Konsep 'Smart School', 1997). Teori ini menyatakan

seseorang murid berdasarkan kepada pelbagai kecerdasan seperti berbahasa, logik-matematik,

musik, ruang, gerakan, interpersonal dan intrapersonal.

Memandangkan pembangunan ekonomi seluruh dunia pada masa kini dan akan datang adalah

berdasarkan kepada sains dan teknologi tinggi , maka sewajamyalah bidang pilihan yang perlu

diberikan keutamaan ialah bidang sains dan teknologi. Sebagai langkah proaktif Kementerian

Pendidikan telah menetapkan bahawa pada tahun 2000 ini nisbah bilangan pelajar aliran sains

kepada bilangan di aliran sastera di peringkat SPM ialah 60:40. Hal ini adalah untuk

memastikan negara mempunyai sumber manusia yang cukup dalam bidang tersebut. Pendek kata

untuk membolehkan Malaysia survive dalam era siber ini, mereka perIu disediakan dengan

pengetahuan dan kemahiran untuk membolehkan mereka memasuki gelanggang perjuangan39CABARAN ERA GLOBALISASI KE ATAS WARGA PENDIDIKAN DI MALAYSIAantarabangsa, iaitu gelanggang diperkampungan global dengan penuh ketahanan did. Menurut

Wan Mohd Zahid Nordin (1995)I Masyarakat Malaysia pada masa akan datang memerlukan sekurang-kurangnya empat

golongan manusia: ahli fikir, ahli reka cipta, ahli profesionaI dan ahli ekonomi.

Keempat-empat golongan ini perlu menggembeling fikiran, tenaga dan .usaha secara

bersepadu untuk membangunkan Malaysia menjadi sebuah negara maju.'

Tingkah laku Pelajar Era Globalisasi

Untuk melihat bentuk tingkah laku pelajar yang diharapkan akan dapat diamalkan dalam era

globalisasi nanti, cuba kita lihat catatan diari Zulkarnain Bin Zabidi, murid Tahun 5 Sekolah

Kebangsaan Tedung, Melaka pada 25 Julai 2010:'Pagi ini Cikgu Salina suruh saya dan beberapa orang rakan datang awal ke sekolah

untuk mengemaskini loman sekolah kami yang terdapat dalam World Wide Web.

Semalam tidak sempat kerana sibuk menjawab soalan tentang pakaian seragam murid

sekolah di Malaysia yang ditanya oleh Gary Newmann daripada Coventry melalui email.

Alamak! Lupa pulak hendak scankan gambar helikopter Rajawali buatan

Malaysia yang diminta oleh Toni Mueller dari Cologne. Mungkin petang esok boleh

dapatkan daripada hompej Kementerian Pertahanan.

Hari ini seronok betul belajar Geograji. Cikgu Devi suruh merayau-rayau dalam

internet ke Negeri India. Kasihan betul melihatkan petani-petani meraung kesedihan

bila limpahan Sungai Madras menenggelamkan tanaman mereka. Kami sempat juga

bertukar-tukar e-mail dengan Ravindran di Bombay umuk bertanyakan tentang aktiviti

pertanian di sekitar India Utara yang lebih sejuk. Bila tengok muka Cikgu Devi baru

teringat portfolio pembelajaran saya yang saya bawa balik untuk disemak oleh abah

semalam tertinggal di rumah.

Tapi yang paling menyeronokkan hari ini ialah belajar sains tentang kelawar. Mulamula

Cikgu Raymond tunjukkan multimedia. bagaimana si mamalia yang rabun itu

terbang laju di waktu malam --- sungguh menakjubkan! Lepas itu kami menonton video

National Geographic tentang kehidupan kelawar. Lenguh juga tangan saya mencatat

isi-isi penting untuk perbincangan nanti. Mujur juga hari ini guna jadual anjal --empat

period terus. Sempatlah kami membuat penyelidikan sedikit di Pusat Sumber dan

selepas itu ke bangunan lama yang penuh dengan kelawar. Cikgu suruh bincang

kenapa kelawar tidur tergantung dan mengapa ia hanya keluar pada waktu malam.

Mujur si Siew Lin tu ada CD temang haiwan tu ---bolehlah dapatkan sedikit maklumat.40CABARAN ERAGLOBALISASI KE ATAS WARGA PENDIDIKAN DI MALAYSIAHenry kata dia ada alamat www bagi National Geographic. Ada canlah dapat

maklumat tambahan. Malam ini saya dan Razif okan ke rumahnya uniuk berbincang

tentang persoalan itu. Yang lucunya pagi ini Cikgu suruh buat karangan kreatif yang

bermula dengan ayat: "Kalau saya seekor kelawar.00 00 00 .... ", Nak pecah perut saya

membaca karangan si Amir tu. Eh! Baru teringat Cikgu suruh lukis gambar kelawar

dan tulis puisi pendek tentang si rabun tu untuk dibentangkan esok. Tidak sabar nakdengar CD nyanyian Nick Roxy bertajuk 'Bat.Bat..Bat' yang Cikgu Raymond nakperdengarkan esok.

Kasihan si Molly tu. Guru matematik kami, Cikgu Ani kata Molly terpaksa kekal

dengan Modul Tahap 6 kerana belum mencapai kriterianya. Saya berasa seronok bila

Cikgu kata saya sudah bersedia untuk penilaian Modul Tahap 8 ---tapi saya minia

tempoh 2 minggu lagi supaya benar-benar yakin. Cemburu juga melihat Tan, Azmi dan

Rina dah mula menjalankan projek tentang Algebra tu. Tidak lama lagi bolehlah

mereka menduduki penilaian Modul Tahap 9.

Sudah dua hari si Lingam tu tidak ke sekolah kerana demam. Tapi Cikgu Ani puji

Lingam kerana sentiasa menghubunginya melalui e-mel uniuk bertanya tentang

pelajaran di sekolah. Kerjanya yang sudah siap juga dihantar terus melalui e-mel. "Budaya Guru Era Globalisasi

Melihat kepada perkembangan infotek yang begitu hebat, bentuk pendidikan untuk generasi

muda, guru perlu lebih global dan kompetatif. Guru-guru perlu lebih profesional dan bestari

supaya mampu mendidik generasi tersebut agar pelajar lebih bersikap terbuka dengan visi yang

lebih meluas serta berfikiran reflektif, kritikal, kreatif dan inovatif serta mempunyai ketrampilan

bagi membolehkan mereka menyertai dengan berkesan dalam arus globalisasi dunia (Wan Mohd

Zahid Nordin, 1995). Adalah diharapkan mereka ini akan menjadi world figures yang cukup

berpengaruh di peringkat world market dan mampu menyumbang kepada kemajuan teknologi

dunia, bukan sekadar menjadi pengguna kepada hasil inovasi orang lain (Mahathir Mohamad,

1992).

Apakah bentuk sifat, sikap dan budaya guru yang berpotensi menghasilkan generasi muda seperti

yang dicita-citakan itu? Guru yang dihajatkan ialah guru yang bijak berperanan sebagai

pembimbing di sisi pelajar selaku fasilitator yang menasihati, memotivasi dan merangsang,

bukannya sebagai pendita yang berdiri megah di pentas atau di hadapan kelas menyampaikan

ilmu kepada anak didiknya seperti rnenuang air ke dalam bekas yang kosong. Maksudnya, kita

memerlukan guru yang mementingkan pembelajaran berpusatkan murid supaya pelbagai

kemahiran belajar dapat dikuasai oleh mereka. Ini memberi peluang kepada murid belajar41CABARAN ERA GLOBALISASI KE ATAS WARGA PENDIDIKAN DI MALAYSIAsecara berdikari menerusi pembelajaran secara akses kendiri dengan kadar kendiri dan terarah

kendiri (Kertas Konsep Smart School, 1997). Dengan kaedah akses kendiri guru membimbing

mood menggunakan pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat seperti bahan bercetak, alam

sekitar, perkakasan elektronik dan sumber manusia di sekeliling mereka. Melalui kadar kendiri,

pembelajaran seseorang murid tidak tertakluk kepada kelajuan atau kebolehan murid-murid lain

di dalam kelasnya. Dia boleh maju ke hadapan dengan sendiri setelah dapat menguasai sesuatu

pelajaran. Gaya terarah kendiri membolehkan seseorang pelajar mengurus pembelajarannya

sendiri mengikut minat, stail dan keupayaan sendiri. Dia juga dibenarkan meneroka topik yang

diminati tanpa terkongkong kepada kurikulum dengan rigid.

Guru di era siber perlu berbudaya ilmu. Mereka seharusnya menjadi contoh yang baik dengan

mengamalkan pendidikan sepanjang hayat - sentiasa dahagakan ilmu untuk meningkatkan

martabat diri. Mereka juga perlu menggalakkan anak didiknya bukan sahaja menimba

pengetahuan yang mesti diketahui, umpamanya untuk lulus peperiksaan sahaja, bahkan juga

berpengetahuan yang patut diketahui dan elok diketahui untuk menjadikan mereka insan yang

bennaklumat dan bijaksana. Negara memerlukan guru yang berdaya fikir dan yang bijak pula

mengatur strategi pengajaran dan pembelajaran yang dapat menanamkan budaya tersebut di

kalangan anak didiknya. Mereka mengamalkan pembelajaran berfikrah (thoughtful learning)supaya muridnya mampu berfikir secara reflektif, kritis dan inovatif bagi mengupayakan mereka

menggunakan segala pengetahuan yang dikuasai untuk menghadapi persaingan global kelak.

Guru perlu menyedari bahawa kekuatan berfikir perlu dibina di kalangan murid kerana zaman

yang akan mereka lalui kelak adalah zaman persaingan minda. Mereka yang mempunyai

kekuatan otak memiliki kelebihan daya saing ke atas mereka yang memiliki kekuatan fizikal,brain power overpowers brawn power. Proses berfikir hanya berlaku melalui aktiviti

pembelajaran berbentuk kendiri seperti penyelesaian masalah secara inkuiri, kerja projek, serta

aktiviti-aktiviti yang menuju ke arah pembelajaran yang bermakna. Maka amat penting

seseorang guru itu mahir dengan pelbagai kemahiran belajar khususnya yang berpusatkan murid.

Kemahiran berfikir yang diterapkan oleh guru ini secocok pula dengan pengetahuan yang

dibekalkan iaitu ilmu yang berkembang (generative knowledge) - bukan yang pasif. Ilmu jenisini membolehkan para pelajar memahami dan menangani persekitaran yang semakin kompetatif

dan mencabar.

Dalam era infotek juga adalah penting para pelajar boleh menggunakan teknologi siber bagi

membolehkan mereka menguasai ledakan maklumat dan mampu memasuki lebuh raya maklumat

bagi memukat ilmu pengetahuan yang melimpah ruah. Teknologi tersebut adalah amat berguna

kerana ia berperanan sebagai pembolehupaya (enabler) dan peningkatupaya (enhancer) kepada

pembelajaran murid (Proctor, 1992). Penggunaan internet, e-mel, perisian multimedia intraktif

dan sebagainya menyumbangkan pengalarnan learning by doing atau doing skills yang amat

berharga kepada pelajar. Sternberg (1992, dalam Lim Ong Kim, 1997) menyatakan kebolehan

menggunakan teknologi siber memberikan pelajar pengalarnan yang dipanggil practical dan/42CABARAN ERA GLOBALISASI KE ATAS WARGA PENDIDIKAN DI MALAYSIAcreative inteUingence. Amat penting juga, guru mempunyai ketrampilan menggunakan teknologi

tersebut dan mereka sendiri sentiasa membudayakan teknologi canggih dalam menjalankan tugas

harian suapaya menjadi ikutan anak-anak didiknya. Ia juga membolehkan mereka membantu

pembelajaran murid dengan lebih efektif.

Sistem pendidikan era barn ini memerlukan komitmen guru yang amat tinggi. Mereka perlu

bersifat self-friendly iaitu tidak memusuhi diri dengan bersifat jujur, iklas, tidak berpura-pura,

sentiasa sedar akan kekuatan dan kelemahan diri dan di alas kesedaran itu sanggup meningkatkan

keupayaan diri serta bersedia melakukan perubahan mengikut keperluan. Mereka juga perlu

bersifat change-friendly iaitu melihat sesuatu perubahan dan pembaharuan dalam sistem

pendidikan sebagai peluang untuk menguji potensi, kemampuan dan cara untuk

mengoptimumkan pembangunan individu. Kerap berlaku sesuatu perubahan itu dilihat dengan

prasangka yang negatif akibat dilihat daripada sudut yang sempit dan berat sebelah.

Guru komited di era siber melihat kecemerlangan bukan satu destinasi, tetapi sesuatu perjalanan

tanpa hujungnya kerana kecemerlangan itu merupakan satu sasaran yang sentiasa bergerak.

Dengan sebab itu mereka tidak mudah berpuas hati dengan pencapaiannya dan sentiasa berusaha

meningkatkan piawai atau kriteria kecemerlangannya. Guru yang diidamkan di era infotekialah

yang mengamalkan pedagogi bestari di mana mereka menyedari tentang pelbagai permasalahan

proses pengajaran-pembelajaran yang bakal dihadapi dan dengan itu menggunakan daya kreatif

mereka untuk menyediakan pelbagai peluang pembelajaran untuk menangani cabaran yang

mendatang. Justeru ianya amat bergantung kepada kebijaksanaan guru mengurus pembelajaran

dengan mengambilkira kepelbagaian keperluan, minat, potensi dan kebolehan para pelajar secara

berfikrah dan responsif. Hal ini melibatkan amalan menggunakan pelbagai pendekatan, strategi,

kaedah, teknik dan sumber teknologi untuk memenuhi kehendak tersebut.

Guru bertaraf dunia ialah yang merancang strategi pengajaran-pembelajarannya dengan teliti dansentiasa membuat persediaan untuk membuka peluang kepada pelajar melakukan penerokaan

dalarn pembelajaran. Mereka merancang pelbagai laluan pembelajaran dengan berbekalkan

kemahiran yang tinggi bagi memudahkan setiap pelajar mencapai pembelajaran kemuncak (peaklearning). Mereka juga mampu mengenalpasti suasana pembelajaran yang menyokong dan

kondusif dari segi masa, sumber, ruang dan aktiviti yang dilaksanakan.

Guru yang bercirikan global mengamalkan proses penilaian bukan sahaja ke atas produk

pembelajaran murid tetapi juga proses pembelajaran mereka, Penilaian tidak tertumpu kepada

bidang akademik sahaja tetapi merangkumi aspek-aspek jasmani, rohani dan emosi untuk

memastikan matlamat Falsafah Pendidikan Negara itu tercapai. Guru perlu bersedia

menjalankan kaedah penilaian yang lebih reliable dan tepat iaitu yang berasaskan kriteria (CRT)

bagi menggantikan kaedah penilaian berasaskan norma (NRT) yang diamalkan sekarang. Dalam43CABARAN ERAGLOBALISASI KE ATAS WARGA PENDIDIKAN DI MALAYSIAera globalisasi adalah amat penting guru menjalankan penilaian berterusan untuk memastikan

para pel ajar benar-benar sudah menguasai pengetahuan dan kemahiran yang dikehendaki

mengikut konsep mastery learning. Penilaian berterusan dapat mengenalpasti tahap penguasaan

pelajar supaya kelemahan pelajar segera dapat diatasi dan tidak terhimpun sehingga di akhir

pembelajaran. Penilaian berasaskan sekolah adalah sistem penilaian yang sebaik-baiknya di

mana guru di sekolah itu sendiri mengendalikan penilaiannya sendiri. Ini memandangkan hanya

pihak sekolah itu sahaja yang mengetahui dengan baik tahap peneapaian pelajarnya.Peranan Pengurus Sekolah Era Globalisasi

Tidak boleh dinafikan kejayaan sesuatu sekolah amat bergantung kepada komitmen dan

kehebatan kepimpinan pengurusnya. Untuk membolehkan pengetua dan guru besar menjadipemangkin kepada pendidikan bertaraf dunia, mereka serta seluruh warga sekolahnya harus

berprofesionalisme dan mernpunyai kekuatan membuat apa yang betul sungguhpun ini mungkin

bererti membuat perubahan yang radikal. Apa yang penting mereka rnesti membawa perubahan

sistemik, iaitu perubahan yang menyeluruh sehingga ke akar umbinya, dalam budaya sekolah

supaya konsep pendidikan yang mementingkan fakta dan peperiksaan dapat digantikan dengan

budaya berdaya flkir yang sangat penting untuk menghadapi eabaran era infotek yang hebat itu.Untuk menjadi sekolah bertaraf dunia, adalah amat perlu dilakukan penyusunan semula

pentadbiran sekolah melalui penggunaan teknologi. Hal ini akan membantu meningkatkan

keeekapan, menghapuskan pertindihan dan seeara radikal membaiki akses bagi semua yang

berkenaan. Dengan berkomputeran dalam ta