tprojek edu3093

6
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS TUGASAN PROJEK TARIKH MULA 10 Julai 2015 TARIKH HANTAR 7 Ogos 2015 Hasil Pembelajaran Kursus 1. Menghuraikan isu dan cabaran semasa yang dihadapi oleh guru. 2. Menerangkan peraturan-peraturan awam dan perkaitannya dengan kerjaya guru. 3. Membincangkan tanda-tanda awal gangguan emosi murid serta langkah menanganinya. 4. Menganalisis punca gangguan emosi guru. 5. Menyediakan pelan tindakan untuk mengurus perubahan dalam bidang pendidikan Kerja kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 1, 2, dan 5. Objektif Projek: Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut: 1. Menyediakan satu pelan tindakan berdasarkan pengalaman mengajar yang dilalui 1 PROGRAM: PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP) AMBILAN JANUARI 2012 NAMA PELAJAR: KOD DAN NAMA KURSUS: EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA SEMESTER: 8

Upload: aqmalhaqim92

Post on 16-Dec-2015

22 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

TUGASAN PROJEK

TARIKH MULA

10 Julai 2015TARIKH HANTAR7 Ogos 2015

Hasil Pembelajaran Kursus1. Menghuraikan isu dan cabaran semasa yang dihadapi oleh guru.

2. Menerangkan peraturan-peraturan awam dan perkaitannya dengan kerjaya guru.

3. Membincangkan tanda-tanda awal gangguan emosi murid serta langkah menanganinya.

4. Menganalisis punca gangguan emosi guru.5. Menyediakan pelan tindakan untuk mengurus perubahan dalam bidang pendidikanKerja kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 1, 2, dan 5.Objektif Projek:

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:

1. Menyediakan satu pelan tindakan berdasarkan pengalaman mengajar yang dilalui

2. Membentangkan hasil penulisan dengan ringkas dan padat3. Menggunakan pelbagai sumber rujukan untuk menghasilkan penulisan yang berkualiti4. Mengapikasikan amalan reflektif dalam penulisan

5. Membuat justifikasi yang sesuai dengan mengemukakan bukti dan sokongan

Tugasan Projek (100%)

Tugasan 1 Kumpulan (30%)1a. Penulisan Esei (20%)Berpandukan Standard ke-5 dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) iaitu aspek kemenjadian murid sekolah rendah, pilih satu daripada lapan belas kriteria yang telah digariskan. Kemukakan hujah kenapa kriteria tersebut perlu diberi perhatian. Rangka satu pelan tindakan yang sesuai dengan tahap dan potensi murid yang dikenal pasti dan berikan justifikasi anda. Hujah anda mesti disokong dengan sumber rujukan dan bukti. Panjang esei ialah 1500 patah perkataan. Ahli Kumpulan tidak boleh melebihi 3 orang.b. Pembentangan (10%)

Hasil penulisan diringkaskan dalam bentuk jadual pelan tindakan. (rujuk contoh) Jangka masa pembentangan : 10 15 minit

Gaya pembentangan : berdasarkan kreativiti

Pembentangan menggunakan persembahan powerpoint.

Setiap pembentangan perlu menyerahkan tugasan dalam bentuk soft copy dan hard copy

Tugasan 2 Individu (50%) Penulisan Esei Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) mengatakan guru merupakan pemacu yang amat penting bagi pencapaian prestasi murid. Selari dengan pernyataan ini, polisi pengambilan pelatih guru Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG) telah distruktur semula bagi mencapai objektif pelan ini. Berpandukan pecahan keputusan akademik dan tawaran bagi pemohon PISMP pada tahun 2010 dan tahun 2012, (rujuk rajah di bawah), bincangkan sejauh mana perubahan dalam polisi pengambilan pelatih guru PISMP pada tahun 2012 dapat memacu prestasi pencapaian murid. Hujah anda mesti disokong dengan sumber rujukan dan bukti. Panjang esei ialah 1500 patah perkataan.

Tugasan 3 Individu (20%)

Esei ReflektifBerdasarkan pengalaman latihan praktikum anda, analisis dan huraikan amalan pelaksanaan Peraturan-peraturan Pegawai Awam 1993 di sekolah tersebut. Berikan cadangan-cadangan untuk menambahbaik amalan pelaksanaan peraturan-peraturan awam di sekolah itu. Keseluruhan esei reflektif ialah 500 patah perkataan. Panduan Pelaksanaan Kerja Kursusa. Tugasan Kumpulan dan Tugasan individu perlu dihantar secara berasingan. Tugasan anda hendaklah bertaip, langkau 1.5 baris, tidak termasuk muka depan dan senarai rujukan. Gunakan font arial dan saiz 11 b. Kulit hadapan hendaklah selaras dengan keperluan PISMP dari format, warna dan perlu mengandungi butir-butir berikut : Nama Pelajar

Angka GiliranNo. Kad Pengenalan

Kumpulan / Unit

Kod dan Nama Kursus

Tajuk Tugasan Projek

Nama Pensyarah Akademik

Tarikh Hantar

c. Lampirkan Borang Lampiran 6 Maklum Balas Kerja Kursus yang lengkap diisi butiran peribadi selepas muka depan.d. Lampirkan senarai rujukan untuk kedua-dua tugasan secara berasingan. Cara menulis rujukan perlu mengikut Publication Manual of the American Psychological Association (APA) e. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50.f. Tugasan harus menunujukkan keaslian, kematangan dan bermutu ilmiahg. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.h. Sila rujuk rubrik permarkahan sebagai panduan.

SEMESTER: 8

KOD DAN NAMA KURSUS:

EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA

NAMA PELAJAR:

PROGRAM: PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP) AMBILAN JANUARI 2012

4

Bil

Tindakan/ Aktiviti

Sasaran

Tanggungjawab (pelaksana)

Tempoh masa

Sumber (kos,manusia, alat)

Output

Petunjuk Prestasi

Catatan

1

2

3.

KRITERIA:

OBJEKTIF

Contoh Format Pelan Tindakan