band 6 (kump. 2)

6
KUMPULAN 2 B6D1E1 SOALAN: Buat gerakan dan ekspresi muka secara kreatif mengikut mud berdasarkan tiga buah lagu yang didengari. PEMERHATIAN: Guru memperdengarkan 3 buah lagu yang berbeza mud (riang, sedih, takut). Murid membuat gerakan dan ekspresi muka mengikut mud lagu di hadapan kelas. B6D1E2 SOALAN: Terangkan secara lisan perbezaan tekstur lagu yang didengari. PEMERHATIAN: Guru memperdengarkan lagu nyanyian solo dan nyanyian koir. Meminta murid menerangkan secara lisan perbezaan tekstur lagu yang didengar. Murid memberi jawaban bahawa nyanyian solo adalah tekstur nipis dan nyanyian koir adalah tekstur tebal. B6D1E3 SOALAN: Mainkan alat perkusi secara kreatif mengikut simbol dinamik (f dan p) pada skor lagu. PEMERHATIAN:

Upload: rodiyah-ismail

Post on 29-Nov-2015

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Band 6 (Kump. 2)

KUMPULAN 2

B6D1E1

SOALAN:

Buat gerakan dan ekspresi muka secara kreatif mengikut mud berdasarkan tiga buah lagu yang didengari.

PEMERHATIAN:

Guru memperdengarkan 3 buah lagu yang berbeza mud (riang, sedih, takut). Murid membuat gerakan dan ekspresi muka mengikut mud lagu di hadapan kelas.

B6D1E2

SOALAN:

Terangkan secara lisan perbezaan tekstur lagu yang didengari.

PEMERHATIAN:

Guru memperdengarkan lagu nyanyian solo dan nyanyian koir. Meminta murid menerangkan secara lisan perbezaan tekstur lagu yang didengar. Murid memberi jawaban bahawa nyanyian solo adalah tekstur nipis dan nyanyian koir

adalah tekstur tebal.

B6D1E3

SOALAN:

Mainkan alat perkusi secara kreatif mengikut simbol dinamik (f dan p) pada skor lagu.

PEMERHATIAN:

Guru sediakan skor lagu/lirik dan 2 alat perkusi, iaitu dram samping dan kerincing. Murid memainkan alat perkusi yang dipilih mengikut skor secara kreatif.

Page 2: Band 6 (Kump. 2)

B6D1E4

SOALAN:

Kalungkan kad imbasan pada rakan kamu mengikut aras pic yang kamu dengari.

PEMERHATIAN:

3 orang murid berada dalam kedudukan 3 aras yang berbeza iaitu,i. Mencangkungii. Duduk di atas kerusiiii. Berdiri

Guru memainkan tiga pic yang berlainan aras (rendah, tengah dan tinggi). Murid diminta mengecam dan mengalungkan kad imbasan untuk pic yang ke2

(terpulang kepada guru) mengikut bunyi yang dimainkan.

B6D1E5

SOALAN:

Tampal gambar pada papan putih berdasarkan audio yang dimainkan.

PEMERHATIAN:

Guru memperdengarkan bunyi binatang. Murid memilih gambar haiwan yang disediakan mengikut bunyi yang dimainkan oleh

guru dan menampal gambar pada papan.

B6D1E6

SOALAN:

Murid melakarkan gambar kereta atau berjalan kaki untuk menunjukkan tempo cepat dan lambat.

PEMERHATIAN:

Guru memperdengarkan dua buah lagu bertempo cepat dan lambat. Murid melakarkan gambar berdasarkan lagu yang didengari.

Page 3: Band 6 (Kump. 2)

B6D1E7

SOALAN:

Murid memilih dan memainkan 1 daripada 2 alat perkusi untuk membezakan bunyi bunyi panjang dan pendek.

PEMERHATIAN:

Guru menyediakan alat perkusi kerincing dan kastenet. Murid mainkan 1 jenis alat perkusi yang menunjukkan bunyi panjang atau pendek

berdasarkan arahan guru.

B6D1E8 ?????????????????????????????????

Kemahiran muzik B6D2

B6D2E1

SOALAN:

Bermain perkusi mengikut detik 4 4

PEMERHATIAN:

Murid memainkan perkusi mengikut detik yang berterusan dengan iringan lagu yang dimainkan oleh guru.

B6D2E2

SOALAN:

Mainkan alat perkusi dengan dinamik kuat dan lembut.

PEMERHATIAN:

Murid memainkan kompang/alat perkusi mengikut arahan guru yang menunjukkan dinamik kuat atau lembut.

Page 4: Band 6 (Kump. 2)

B6D2E3

SOALAN:

Nyanyikan lagu mengikut dinamik yang betul.

PEMERHATIAN:

Murid menyanyi mengikut skor lirik lagu yang menunjukkan dinamik kuat atau lembut.

B6D2E4

SOALAN:

Nyanyikan lagu dengan sebutan lirik yang jelas.

PEMERHATIAN:

Guru memainkan lagu “Mari Bergerak” (minus one) dan murid menyanyi dengan sebutan lirik yang betul dan jelas.

B6D2E5

SOALAN:

Tiupkan reben pada permulaan setiap frasa.

PEMERHATIAN:

Guru memperdengarkan sebuah lagu. Murid meniup reben pada permulaan setiap frasa.

Page 5: Band 6 (Kump. 2)

B6D2E6

SOALAN:

Memimpin secara kreatif tiga kumpulan pic.

PEMERHATIAN:

Kelas dibahagikan dalam tiga kumpulan pic (rendah, tengah dan tinggi). Seorang murid diminta memimpin kumpulan pic mengikut kreativitinya.

Disediakan Oleh:

1. Azlan b Din

2. Mohd Akhir b Abdullah

3. Kamaruddin b Manaf

4. Burhanuddin b Zainal Azman

5. Tan Chih Yee

6. Enmoli a/p Parimal

7. John Oon Beng Fuat