kump 6-laras bahasa - copy

Upload: qurratu-aen-mansor

Post on 15-Oct-2015

150 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

BMK SEM 1

TRANSCRIPT

LARAS BAHASA

WAJ 3115BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1TAJUK:LARAS BAHASADefinisiKamus Dewanvariasi bahasa mengikut penggunaannya; ragam bahasa yang digunakan dalam satu-satu masa.Asmah Hj.Omar (1984khusus dalam penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannya.

Nur Azemah Shahedan (Pelita Bahasa, 1991):suatu konvensi sosial yang tertentu digunakan untuk keadaan atau situasi tertentu.Rajiee Hadi (Jurnal Dewan Bahasa, 1994)wahana yang membuktikan kemampuan sesuatu bahasa untuk mengungkapkan makna dan maksud dalam pelbagai bidang khusus.

Satu variasi bahasa berdasarkan penggunaannya mengikut situasi dan konteks dan menentukan makna dan pengertian yang mengkhusus kepada jurusan, bidang yang tertentu.Jenis-jenis Laras BahasaLaras Bahasa BiasaLaras Bahasa Iklan / PerniagaanLaras Bahasa SainsLaras Bahasa Media MassaLaras Bahasa Undang-UndangLaras Bahasa AgamaLaras Bahasa SukanLaras Bahasa Sastera / KreatifLaras Bahasa EkonomiLaras Bahasa AkademikLaras Bahasa KlasikLaras Bahasa Kanak-kanak

Laras Bahasa BiasaPenggunaan dalam perbualan harianTiada istilah khususStruktur ayat: mudah, ringkas dan padatKata pinjaman tidak banyak digunakanTiada istilah teknikal8Potong gaji jika salah guna kenderaan rasmi: KSN

PUTRA JAYA: Ketua atau pegawai jabatan yang menggunakan kenderaan rasmi kerajaan untuk majlis bukan rasmi atau yang tidak diiktiraf kerajaan akan dikenakan tindakan tatatertib, termasuk boleh dipotong gaji.Sehubungan itu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin Osman mengarahkan semua ketua jabatan supaya memantau bagi memastikan kenderaan rasmi kerajaan tidak disalah guna oleh mana-mana pihak.

(Berita Harian, 1 Julai 2005)

Laras Bahasa Iklan / PerniagaanUntuk menyampaikan maklumat berkesanPemberitahuan fakta yang jelas amat dipentingkanAyat ringkas dan pendek (kata sifat)Sifat bahasa: imaginatif dan kreatifTidak mementingkan tatabahasa10Kediaman ekslusif gaya hidup moden

Sungguh enak dimakan begitu saja!

Laras Bahasa SainsLaras ilmiah, berbahasa moden, bersifat formal dan menidakkan bahasa basahanMempunyai sifat intelektual, saintifik, formal dan objektif berdasarkan kajian dan faktaIstilah sains dan teknikalAda istilah pinjamanDibahagikan kepada subbidang seperti laras fizik, biologi, kimia dan teknologiLaras Bahasa Media MassaPeranan media massa adalah untuk melapor atau menyampaikan berita dengan bahasa yang paling mudah diterima pendengar dan pembacaLaras media massa tidak mementingkan tatabahasa, seperti imbuhan dan kata hubungTiada istilah teknikal dan khususLaras Bahasa RencanaBersifat umumMenampilkan berbagai-bagai idea tentang sesuatu isuGaya bahasa mudah difahamiMelaporkan sesuatu kepada pembaca secara umum ataupun terperinciLaras Bahasa Undang-UndangTidak mengandungi gambar, gambar rajah, graf, jadual, dan sebagainya.Struktur ayatnya terdiri daripada prinsip undang-undang, diikuti oleh syarat, dan diakhiri dengan keputusan undang-undang.Terdapat bentuk frasa sendi nama yang tidak digunakan dalam teks teknikal yang lain.15PERLEMBAGAAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIAAKTA UNVERSITI PERTANIAN MALAYSIA (PEPERIKSAAN) 1980 PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA (RAYUAN 1987)

Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh perenggan 12 Akta Universiti Pertanian Malaysia (Peperiksaan) 1980, Senat Universiti Pertanian Malaysia membuat peraturan yang berikut:

Nama dan Mula Berkuatkuasa:

1.Peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan Universiti Pertanian Malaysia(Rayuan) 1987dan hendaklah disifatkan sebagai mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Senat.

Laras Bahasa AgamaMembincangkan isu agamaAda istilah pinjamanTerdapat petikanTerdapat tamsil ibarat atau kias ibarat untuk pengajaran17

Dari Anas r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Seseorang muslim yang menanam pohon atau tanam-tanaman , lalu sebahagian hasilnya dimakan burung, manusia, atau binatang, maka orang yang menanam itu mendapat pahala.

Laras Bahasa SukanMenyampaikan maklumat kegiatan sukanBahasa adalah ringkas, bersahaja dan jelasAda istilah aktiviti sukanKosa kata mudah difahami

Laras Bahasa Sastera / KreatifLaras bahasa terhasil daripada cetusan imaginasi dan pengalamanAda istilah khusus tentang sasteraBersifat figuratif (penyimpangan makna daripada bahasa biasa)Mementingkan pemilihan diksi berkesan, bahasa tersiratAda unsur seperti metafora, kiasan, imejan, personifikasi dan hiperbolaBernada puitis dan bersifat komunikatif

gema itu tending-menendang, berpuing-puing mencetuskan bahana-bahana yang lain. Bahana-bahana itu terus beranak dan bercucuseribu garis bahana menyirat dinding-dinding tengkoraknya yang besar.

(Petikan daripada novelDaerah Zeni, karya A.Samad Said)

Laras Bahasa EkonomiBerbentuk ilmiah tentang isu ekonomiAda istilah teknikal ekonomiTidak mengutamakan struktur ayatGaya bahasa formalMaklumat jelas dan eksplisitFakta berdasarkan bukti data dan statistikLaras Bahasa KlasikTeks asal ditulis dalam tulisan Jawi.Tiada tanda bacaan dan perenggan.Banyak menggunakan struktur ayat pasif.Terdapat penggunaan kata praklausa atau kata pembuka ayat, seperti arakian, hatta, kalakian, dll.Mengandungi kosa kata bahasa istana.Tidak terdapat imbuhan asing seperti dalam penggubalan istilah sains dan teknikal.

23Kata sahibul hikayat, ada beberapa lama antaranya maka datanglah todak menyerang Singapura, berlompatan lalu ke darat; dan segala orang di pantai itu banyak mati, dilompati oleh todak itu. Jika kena dada, terus ke belakang; jika kena leher dan pinggang, terus ke sebelah. Maka tidaklah dapat orang berdiri di pantai itu, lagi banyak mati. Maka gemparlah orang berlarian ke sana-sini, semuanya menyatakan , Todak menyerang kita. Banyaklah sudah mati orang kita dibunuhnya.

Sejarah Melayu Edisi Shellabear, 1977, hlm. 51.

Laras Bahasa Kanak-kanakKosa katanya terdiri daripada kata akar, kata nama konkrit, kata kerja, dan kata adjektif.Bilangan kosa katanya kurang.Bilangan imbuhan yang digunakan agak terhad.Struktur ayat yang banyak digunakan ialah struktur ayat aktif bentuk tunggal.Bahasa perlambangan tidak digunakan, begitu juga bentuk-bentuk bunga bahasa.

25Sebelum tidur, nenek menghidangkan susu panas.Kamu berdua mahu dengar cerita tak? Nenek ada suatu cerita bagus, kata nenek Kiti.Cerita apa, nenek? tanya Kiti.Kamu pernah dengar cerita Semut dan Belalang? tanya nenek pula.Tidak pernah, jawab Kiti dan Bani.

Che An Abd.Ghani (1994) Cerita Kiti dan Bani Pulang Kampung, hlm. 16.