bahan kkp s6

Upload: iza-suriana

Post on 19-Oct-2015

65 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Bahasa Melayu adalah warisan kebudayaan Melayu kerana hasil-hasil karya melayu moden dan klasik tidak mungkin dapat dipisahkan dengan latar belakang kehidupan masyarakat melayu ketika sastera itu dilahirkan.Bahasa Melayu moden dan klasik mempunyai perbezaan dari segi isi, bentuk, struktur bahasa perumusan masalah dan analisis yang sistematik. Awang Sariyan berpendapat Bahasa Melayu Klasik merupakan tahap ketiga dalam periodisasi Bahasa Melayu, sesudah Bahasa Melayu Purba dan Bahasa Melayu Kuno. Bahasa Melayu Klasik dikatakan bermula pada abad ke-13 dan berakhir pada abad ke-19. Bahasa Melayu Klasik ini diasaskan sewaktu terdirinya kerajaan Islam pertama di sebelah timur Aceh, iaitu kerajaan Samudera-Pasai di bawah Sultan Malikul Salih. Gaya Bahasa Melayu Klasik pula memperlihatkan gaya yang tersendiri. Gaya Bahasa Melayu Klasik kelihatan pada ayat kompleks, ayat pasif dan ayat songsang. Hal ini disebabkan oleh pengaruh bahasa Arab dan lenggoknya yang jelas kelihatan kearab-araban. Selain daripada itu, bunga bahasanya juga menggambarkan kehalusan dan daya cipta berseni karyawan pada zaman tersebut. Bahasa Melayu Klasik bertunjangkan sistem tulisan Jawi yang berasaskan bahasa Arab. Sistem tulisan ini merupakan alat yang meluaskan penyebaran dalam bahasa persuratan di Alam Melayu. Malah sistem tulisan inilah merupakan bukti yang nyata tentang kewujudan bahasa ini. Warisan Bahasa Melayu Klasik tertulis dalam karya persuratan yang meliputi pelbagai bidang, iaitu agama,Semantik merujukkepadaaspek maknabahasa. Untukmemahami bahasa,kita kitaperlumemahami makna kata dan morfem yang membentuknya. Kita juga perlumengetahui makna kata bergabung menjadi frasa dan ayat yangbermakna. Seterusnya kita perlu menginterpretasikan makna ujaranberdasarkan konteks ayat yang diujarkaccundang-undang, ketatanegaraan, historiografi, sastera, perubatan dan pentadbiran serta hubungan politik. Bahasa Melayu Klasik juga mendapat pengaruh kata-kata pinjaman daripada bahasa Arab dan Parsi. Kebanyakan Bahasa Melayu Klasik digunakan dalam penulisan agama khususnya bidang tauhid atau usuluddin, syariah atau undang-undang Islam, dan tasawuf. Karya agama yang tertua dihasilkan dalam Bahasa Melayu Klasik ialah Aqaiid al-Nasafi. Kitab ini membicarakan tentang hakikat kejadian benda, kemungkinan ilmu, punca ilmu, keobjektifan ilmu, teori cakerawala, hakikat Tuhan dan diri manusia. Jelasnya, kitab ini merupakan titik awal bidang ilmu yang jauh jangkauan pemikiran manusia dan diungkapkan dalam Bahasa Melayu. Ini merupakan pencapaian penting bagi membuktikan bahawa Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmuBahasa melayu moden pula mempunyai makna yang khusus bagi menilai perkembangan sesuatu bahasa. Sukar untuk ditentukan garis pemisah antara moden dan tradisi dalam perkembangan Bahasa Melayu.Menurut Ferguson,1968:32 dipetik daripada Ismail Dahaman 2007, pemodenan bahasa ialah proses menjadikan bahasa-bahasa yang sudah berkembang maju sebagai bahasa media komunikasi, iaitu proses menyatukan masyarakat dunia bahasa-bahasa yang kian saling menterjemahkan yang dikenali sebagai cara yang wajar bagi bentuk-bentuk moden dalam wacana Pemodenan bahasa dapat dikatakan bermula dengan pemodenan kosa kata Bahasa Melayu melalui pembentukan korpus dalam bidang ilmiah yakni pembentukan kata baharu atau istilah. Perkembangan ini memperlihatkan kemunculan Bahasa Melayu tinggi yang digunakan dalam wacana ilmiah yang mempunyai ciri-cirinya tersendiri dengan kosa kata khusus, struktur morfologi dan fonologi menjadi lebih kompleks. Pemodenan bahasa dapat dilihat dari segi fungsi Bahasa Melayu itu sendiri, yakni pada masa dahulu merupakan bahasa lingua franca kemudian berkembang menjadi bahasa wacana ilmu bersifat ilmiah melalui pengayaan kosa kata atau perbendaharaan kata dalam Bahasa Melayu.

Perbezaan antara bahasa Melayu klasik dan moden daripada sudut perkataan (morfologi) Menurut Nik Safiah Karim (1996), Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Saya akan membuat perbezaan bahasa Melayu klasik bahasa Melayu Moden berdasarkan Hikayat Seri Rama Puteri Sita Dewi dilarikan oleh raja Rawana daripada sudut perkataan (morfologi).Berdasarkan hasil analisis perbezaan bahasa Melayu klasik dengan bahasa Melayu moden sememangnya banyak terdapat perbezaan daripada sudut perkataan (morfologi) dan ayat(sintaksis). Walaubagaimanapun masih terdapat frasa nama, frasa kerja,frasa adjektif dan frasa sendi nama dalam kedua-dua bahasa.Namun demikian setiap frasa ini mempunyai binaannya dan konstituennya yang tersendiri. Kesimpulannya, sesuatu ayat boleh di perluaskan dengan unsur frasa-frasa yang boleh diubah peranannya dalam ayat. Menurut Asmad (1990) dalam bukunya Budaya (II) Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu moden merupakan gambaran bagi semua aspek kehidupan sesuatu Negara. Pada hakikatnya ia adalah proses kesinambungan sejarah yang berterusan. Kewujudan bahasa moden adalah lanjutan daripada perkembangan bahasa melayu klasik. Bahasa melayu moden menerima warisan bahasa daripada bahasa melayu klasik sebelumnya dan bahasa melayu moden kini mewariskan hasil karya-karya pada masa akan datang. Bahasa adalah satu cirri budaya yang penting kerana ia adalah alat komunikasi antara manusia yang tiada tolok bandingannya, maka wajarlah peranan bahasa melayu klasik dan moden tidak dapat disangkal lagi. Walaupun perbezaan kedua-dua bahasa tersebut jauh berbeza namun maksud-maksud yang disampaikan penuh bermakna dan selalu pula mempunyai falsafah yang tinggi. Apalagi bahasa melayu moden ia merupakan bahasa yang mempunyai pengucapan puitis yang dapat meningkatkan penggunaan bahasa daripada tahap bahasa seharian kepada bahasa yang cantik lagi penuh dengan makna yang tersirat dan tersurat.Mengenal dan menghayati perbezaan bahasa melayu klasik dan moden bererti mengenal dan mencintai diri, bangsa dan Negara kita sendiri. Bahasa kalasik dan moden adalah sebagai lambang dan harga diri sesuatu bangsa dan Negara. (3,155 Patah perkataan)

Bahasa Melayu klasik terbahagi kepada dua iaitu pra-klasik dan klasik.Zaman melayu pra klasik ini bermula pada abad ke 11 dan berterusan hingga abad ke 14. Pada zaman pra klasik ini pengaruh Islam atau Arab terhadap bahasa Melayu amat ketara. Ia juga merupakan campuran daripada kebudayaan India dan Arab menghasilkan bahasa Melayu yang bercampur aduk. Aksara yang digunakan masih menggunakan skrip Kawi tetapi bentuknya sudah mempunyai campuran cirri-ciri kearaban iaitu kursif dan bundar.Daripada zaman transisi ini, bahasa Melayu mengalami evolusi yang kedua sehingga akhirnya mempunyai aksaranya sendiri, iaitu aksara Jawi. Bahasa Melayu yang ditulis dalam aksara jawi ini dikenali sebagai bahasa Melayu klasik. Zaman bahasa Melayu klasik ini bermula pada abad ke 14. Bahan bukti pertama ditemui pada Batu Bersurat Kuala Berang, Terangganu. Menurut Syed Mohammad Naquib al-Attas tarikh yang tercatat pada bersurat itu ialah Rejab 702 Hijrah bersamaan dengan 22 Februari 1303.Bahasa melayu klasik ini digunakan pada abad ke 14 sehingga 19 , iaitu bermula pada Batu Bersurat Kuala Berang Terangganu sehingga zaman karya Abdullah Munsyi. Bahasa Melayu klasik ini mencapai zaman kegemilangan pada zaman kerajaan Melaka, Acheh, dan Johor- Riau. Bahasa Melayu berkembang pesat di Melaka kerana pengaruh politik dan bahasa Melayu juga digunakan sebagai bahasa penyebaran agama islam yang tinggi kebudayaannya serta perkembangan tulisan jawi dan perbendaharaan kata daripada bahasa Arab.Pada zaman Melayu Klasik ini juga mengekalkan peranannya sebagai bahasa perantaraan (lingua franca) di kepulauan Melayu. Hal ini telah dibuktikan oleh Daftar Kata Melayu-Itali yang disusun oleh Antonio Pigafetta pada tahun 1521. Penyusunan itu dilakukan untuk memudahkan hubungan perdagangan antara orang Barat dengan penduduk tempatan. Kata-kata yang didaftarkan dalam daftar kata itu berdasarkan pada bahasa Melayu yang diujarkan oleh penduduk Pulau Tidore. Pulau terletak jauh daripada asal usul bahasa Mealyu dan ini menunjukkan bahawa penyebaran yang agak luas.Bukti lain yang menunjukkan pengaruh bahasa Melayu Klasik pada abad ke 16 terdapat pada cacatan Jan Huyghen Van Linschoten merupkan orang Belanda dan pernah menetap di Indonesia sekitar tahun 1586 hingga 1592. Beliau berpendapat bahawa pada masa itu bahasa Melayu harum namanya tetapi juga dianggap sebagai bahasa yang dihormati antara bahasa negeri Timur.Bahasa Mealyu klasik juga digunakan dalam sistem pentadbiran atau bahasa rasmi. Sebagai bukti, bahasa Mealyu klasik telah digunakan dalam uruas surat-menyurat antara raja kepulauan Melayu, pedagang asing dna raja-raja negara asing. Perkembangan bahasa Melayu klasik juga dapat dilihat di Acheh iaitu keintelektualan Melayu. Di Acheh bahasa Mealyu diguunakan dalam sistem penulisan sastera, syair, tasawuf dan lain-lain. Bahasa melayu juga berperanan sebagai bahasa ilmu pengetahuan.

Tuesday, 3 January 2012KONSEP BAHASA,,ASAL USUL BAHASA MELAYU,, FUNSI DAN CIRI2 BAHASA MELAYU,,,, FONETIK DAN FONOLOGIKONSEP BAHASABahasa ialah kebolehan semula jadi manusia yang berupa satu sistem simbol bunyi suara yang arbitrari, yang telah dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk berkomunikasi .Kamus Dewan Edisi Ketiga(1996: 87) menjelaskan bahawa bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu yanga lain dan sebagainya).Manakala menurutKamus Besar Bahasa Indonesia Edisi KeduaCetakkan Kesepuluh (1999 : 77) mendefinisikan bahasa sebagai satu lambang arbitrari , yang pergunakan oleh para anggota suatu masyarakat untuk bekerjasama, berinteraksi dan mengidentifikasikan diri.Hal ini bermakna bahawa bunyi-bunyi lain yang cara penghasilannya bukan yang diucapakan oleh alat-alat pertuturan manusia bukanlah bahasa namanya. Malahan, jikalau bunyi yang dihasilkan itu ialah bunyi yang tidak berstruktur atau bunyi yang tidak mempunyai makna bagi manusia lain bererti bunyi itu bukanlah bahasa.MenurutAbdullah Hassan(1984: 14) yang berpendapat Dalam memberi definisi bahasa ini, pentinglah kita mengetahui cirri-ciri bahasa tersebut. Cirri-ciri bahasa tersebut akan hanya menjadi jelas apabila kita melihat bahasa dari segi guna dan sifatnya sebagai alat perhubungan.Raminah Hj. Sabran and Rahim Syam(1985: 40) mempunyai pandangan yang berbeza dengan pendapat Abdullah Hassan iaitu Banyak dasar yang boleh dijadikan asas untuk mendefinisikan bahasa. Setengah-setengah oarng mendefinisikan bahasa dari sudut fungsi bahasa itu sendiri. Bagi mereka bahasa merupakan alat perhubungan atau komunikasi.Arbak(1983: 7) pula telah memberi pendapat tentang mengapa ahli-ahli bahasa telah terlebih dahulu berusaha memberikan pengertian kepada apa yang dikatakan bahasa itu . Tegasnya, hal ini penting kerana bahasa itu sendirri merupakan bahan langsung yang menjadi tumpuan pengkajian, terutamanya dalam usaha memperlihatkan fungsinya sebagai alat yang dipakai oleh manusia untuk berhubung sesama manusia.Sekali lagiRaminah Hj. Sabran dan Rahim Syam(1985:40) telah mmeberikan pendapat yang berbeza daripada Arbak. Ia telah menegaskan bahawa ahli psikologi pula mendefinisikan bahasa sebagai alat untuk menyatakan perasaan , pendapat, fikiran dan sebagainya. Bagi ahli Lingustik pula, bahasa haruslah ditinjau dari sudut dan fungsinya.Menurut pandangan ahli bahasa lainEdawrd Sapiryang memberikan perhatian akan maksud bahasa dalam bukunyaAn Introduction to the Study of Speech. Menjelaskan bahawa bahasa ialah suatu sistem lambang-lambang pertuturan yang digunakan oleh manusia secara arbitrari untuk menyampaikan perasaan dan fikiran. Pendapat ini boleh diterima oleh (Arbak Othman, 1983: 7) tetapi penenkanan yang diberikannya yang berpusat kepada fungsi dan perasaan itu ialah suatu tinjauan yang dibuat dari sudut pemikiran yang berunsurkan psikologi pada keseluruhannya.Dalam lingustik huraian, satu pengertian yang sederhana yang terkandung dala bahasa sebagai alat perhubungan manusia yang konkrit ialah satu-satunya yang telah diberikan olehB.Bloch dan G.L Tragerdi dalam bukunmereka yang bertajukOutline to Linguistic Analysisiaitu a iaitulanguage is a arbitrary vocal symbols by means of which a social group cooperatesyang diterjemahdalam bahasa Melayu suatu sistem lambang-lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan oleh anggota-anggota sesebuah masyarakat untuk berhubung (Arbak Othman, 1983: 7)Raja Muktaruddin(1980: 25) berpendapat bahawa ahli-ahli bahasa terlebih dahulu mendefinisikan bahasa sebagai suatu sistem lambang-lambang pertuturan yang arbitrari yang diguankan oleh ahli-ahli sesebuah masyarakat untuk bergotong-royong.Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam(1985; 42) telah mentakrifkan bahasa suatu sistem lambang yang terdiri daripada leretan bunyi yang diucapkan oleh alat-alat pertuturan atau alat artikulasi manusia yang terdiri daripada alat-alat seperti lidah, anak tekak, lelangit, bibir, gusi dan sebagainya. Dari segi makna, bahasa dipersetujui oleh sekumpulan penutur dan digunakan sebagai alat komunikasiSeterusnya,Lufti Abas(1975 :4), telah mendefinisikan bahasa ialah data yang dianalisis dalam lingustik. menurut definisi linggustik bahasa ialah suatu sistem simbol-simbol yang terdiri daripada bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia yang dipersetujui bersama, dipelajari oleh sekelompok manusia, dan dengan simbol-simbolnya pula sekelompok manusia itu berkomunikasi.MenurtAsmah Hj. Omar(1983 ; 376) bahasa hanyalah bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat ujaran yang terdapat dalam rongga mulut dan rongga tekak manusia. Di sebalik ciri fizikal ini terdapat makna. Suatu urutan bunyi atau kata itu mempunyai makna. Tegasnya, ikatan antara bunyi dan makan yang diisyaratkan oleh pelbagai satuan itulah yang memungkinkan orang bukan sahaja berkomunikasi, tetapi juga mencipta konsep.ManakalaMangantar Simanjuntak(1982: 5) mendefinisikan Bahasa ialah satu sisitem kognitif yang unit yang dapat dimanipulasi oleh manusia untuk menghasilkan sejumlah ayt yang tidak terbatasberdasarkan unsure-unsur yang terbatas untuk dipakai oleh manusia itu sebgai alat berkomunikasi dan mengakumulasi ilmu pengetahuan.Ferdinand de saussure(1974/1993) pula berpendapat bahasa ialah sistem isyaratyang mempunyai bahagian terpenting yang berupa gabungan daripada erti dengan imej bunyi dan kedua-dua itu dalam ucapan menurut tatabahasa yang bersifat psikologi.Charles F. Hockettseorang sarjana lingustik Amerika abad ke 20, yang juga merupakan pengikut Bloomfield telah mendefinisikan bahasa dari sudut psikiologi behaviourisme, iaitu sebagai satu sistem tabiat yang sangat rumit.Pada pendapat saya, bahasa ini belum mempunyai konsep yang jelas dan masih dalam pengkajian ahli-ahli bahasa untuk menemui konsep dan makna sebenar bahasa. Hal ini kerana terdapat percangahan antara ahli bahasa mengenai konsep bahasa yang sebenarnya. Dapat disimpulkan bahawa konsep makna yang sebenar masih belum jelas keterangannya dan masih dalam pengkajian.

KONSEP FONETIK DAN FONOLOGI.Fonetik(daripada perkataanYunani (phon) "bunyi" atau "suara") ialah kajian terhadap bunyi fizikal percakapan manusia. Ia berkaitan dengan sifat fizikal bunyi (fon), serta proses penghasilan fisiologi, penerimaan auditori, dan persepsi neurofizikal. Ilmu fonetik mula dikaji seawal 2,500 tahun lalu diIndia purba, berikutan catatanPinimengenaitempatdankelakuan penghasilan bunyibagi bunyi konsonan di dalam buku bertarikhabad ke-5 SMdalamBahasa Sanskrit. Sistemhuruf Indikutama hari ini menyusun huruf konsonan mengikut klasifikasiPini.BagiArbak Othman(1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memformulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu.Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, mahupun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi, yakni menurut Dr.Lufti Abas(1985).Menurut ahli linguistikKenstowicz dan Kisserberth(1979) fonetik ditafsirkannya sebagaithe study of the sounds human beings employ when speaking a language is phoneticsyang bermaksud pengkajian tentang bunyi-bunyi oleh manusia yang kita gunakan semasa bertutur ialah fonetik.

Fonologi(daripadaGreek:,phn, "suara, bunyi" dan ,lgos, "perkataan, pertuturan, subjek perbincangan") ialah kajian yang dilakukan mengenai pola bunyi bahasa iaitu tentang bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatubahasa. MengikutFrank Parker(1994), fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji sistem bunyi sesuatu bahasa: iaitu rumus-rumus yang menentukan aspek sebutan. Dalam tradisi barat, pengkajian tentang bidang fonologi ini telah bermula sejak 200 tahun yang lalu, iaitu bermula lebih kurang pada awal tahun 1800, apabila para ahli bahasa memulakan pengkajian tentang perubahan bunyi bahasa dengan cara membandingkan bunyi bahasa yang wujud dalam pelbagai bahasa yang berkaitan. Sehubungan itu dengan kata lain, fonologi ialah ilmu tentang perbendaharaan fonem sesebuah bahasa. Dalam pengkajianfonetik, ahli bahasa mempelajari bagaimana bunyi-bunyi fonem sebuah bahasa direalisasikan atau dilafazkan. Fonetik juga mempelajari cara kerja organ tuhuh manusia, terutama yang berhubungan dengan penggunaan bahasa.MenurutRahimah Haji Sabran dan Rahim Sham(1985), bidang fonologi mengkaji sistem bunyi- bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakanthe study of the systematic organization of selected speech sounds in the spoken form of individual language has variously been called phonology.MenurutDal bor, salah seorang ahli linguistik Barat,phonology is the study of the function and patterning of speech soundsyang bermaksud fonologi ialah kajian tentang fungsi dan pencorakan dalam bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia.Para pengkaji fonologi menggunakan istilah-istilah teknikal ketika menjelaskan sesuatu bunyi. Antaranya ialah, bunyi-bunyi itu dibahagikan kepada bunyi-bunyi vokal, konsonan dan diftong. Bunyi-bunyi itu diberi lambang yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa. Satu unit bunyi fonetik dinamakan fon dan diberi lambang tertentu dalam kurungan siku. Contohnya [o]. Satu unit bunyifonemdiberi lambang hampir sama dengan huruf dan ditulis dalam garis miring. Contohnya /o/. Huruf pula, seperti yang kita ketahui, tidak diapit oleh sebarang tanda baca. (Fonem ialah unit bunyi yang lebih besar daripada fon dan mempunyai fungsi tertentu dalam sesuatu bahasa.) Lazimnya fonetik dikaji secara berasingan. Hal ini demikian kerana bidang fonetik amat rumit dan bersifat teknikal. Fonetik ialah ilmu yang mengkaji bunyi bahasa, iaitu ujaran atau pertuturan yang dihasilkan oleh manusia dengan mengecualikan bunyi seperti berdengkur, batuk, berdeham, bersiul, sebagainya. Ruang lingkup fonetik merangkumi antara lain proses pertuturan atau penghasilan bunyi dan pengelasan. Kajian fonetik terbahagi kepada tiga cabang, iaitu fonetik artikulasi, fonetik akustik dan fonetik auditori.

KAJIAN TEKS BAHASA MELAYU KLASIK DAN PERALIHAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM HIKAYAT ABDULLAH2. SEPINTAS LALUAbdullah Munsyi Abdullah Abdul Kadir Munshi atau lebih dikenali sebagai Abdullah Munshi (1796- 1854) dianggap sebagai 'Bapa Sastera Melayu Moden'. Dilahirkan di Melaka pada Ogos 1796 dan meninggal dunia di Mekah pada 1854. Karya beliau banyak mengandungi unsur pengkritikan terhadap pemimpin Melayu, etika penggunaan bahasa dan budaya. Menterjemah kitab Injil ke dalam bahasa Melayu untuk pergerakan-pergerakan mubaligh Kristian (missionary Christian) di Singapura dan Melaka. Beliau telah bertugas sebagai penyalin dokumen kepada Sir Stamford Raffles. 3. 4. ANALISIS KANDUNGAN KARYA HIKAYAT ABDULLAH MUNSYI Karangan Abdullah jauh berbeza dengan karangan orang yang terdahulu daripadanya atau sezaman dengannya seperti Thufatan- Nafis (1865) karangan Raja Ali Haji yang berkisar tentang raja-raja. Pendeta Zaba dalam karangannya Moden Development menyatakan bahawa kesusasteraan Melayu moden bermula dengan Abdullah bin Abdul Kadir ( Hassan, 1988:236). Kenyataan ini didasarkan daripada karya-karya Abdullah yang tidak lagi menulis tentang dongeng, alam ghaib dan ajaib. Gagasan utama dalam karya-karyanya ditimba daripada pengamatan, pengalaman dan pengetahuan. Dengan pemikiran yang kritis semuanya diolah hingga menjadi karya autobiografi yang penting. Karyanya dicipta sendiri untuk dinikmati oleh masyarakat. Ini adalah ciri sastera baru yang bersifat individualistik.5. Dalam karya autobiografinya memang terlihat ciri-ciri sastera moden seperti intelek, emosi, imiginasi, dan teknik. Sehubungan dengan itu Zuber Usman (1966:9) menyebut; Abdullah ialah pemgarang Melayu yang mula-mula keluar dari kebiasaan lama, yang melanggar dan memetahkan tradisi yang sudah turun-temurun, yang memelingkan penanya dari menceritakan kisah- kisah yang ghaib-ghaib atau khayal ke dunia kenyataan. Sesebuah karya bukan hanya sebagai bahan hiburan, tetapi juga sebagai bahan untuk pembaca merenung dan memikir serta mendapatkan panduan dan pengetahuan daripadanya. Pemikiran yang menyentuh soal-soal masyarakat, agama, politik, ekonomi dan moral ditimbulkan dan karya-karya Abdullah Munsyi banyak menyentuh hal-hal tersebut.6. Contohnya pada halaman 119 Hikayat Abdullah yang menjelaskan sikap masyarakat Melayu terhadap bahasa Inggeris pada waktu itu;7. Dalam buku yang sama halaman 348, Abdullah membuat kesimpulan bahawa adat yang diamalkan orang Melayu dikatakan tidak cerdik dan tidak menambah ilmu kerana tidak mahu membuang karut-marut. Berbeza dengan adat-adat yang diamalkan orang-orang bukan Melayu yang ditemui semasa belayar ke Judah. Dia hanya menyebut adat itu tanpa memberi sebarang kritikan. Seperti kebiasaan yang dilihatnya (Kassim, (peny.) 1960): Maka adalah yang pertama menjadikan ajaib kepadaku sebab melihatkan adap orang dalam negeri itu, tiadalah menjadi aib bagi mereka itu segala perampuan beratus-ratus dan beribu-ribu semuanya bertelanjang, yakni dengan tiada memakai baju sekali-kali, kuntal-kantil sahaja susunya, baik yang muda yang tua; iaitu semuanya perampuan Hindu.8. Dia tidak mengkritik perbuatan tersebut, hanya menceritakan apa yang dilihatnya. Dalam buku yang sama pada halaman 141 pula disebutkan; Maka adalah adat negeri itu terlalu aib, iaitu tiada berjamban; semua orang pergi buang air ketepi laut berbanjar-banjar duduk dengan tiada bermalu seorang dengan seorang. Abdullah membuat sedikit ulasan bahawa adat ini sesuatu yang aib dan memalukan. Walaupun persoalan mengutuk dan menganggap bodoh adat dan kepercayaan orang Melayu tidak banyak dikemukakan tetapi ia memberi kesan yang jelas kepada pembaca. Tidak dapat dinafikan bahawa kemajuan-kemajuan barat telah meresap ke dalam diri Abdullah lantas membuatkan dia mencela budaya Melayu. Oleh itu dalam karyanya perbandingan antara timur dan barat adalah menjadi persoalan yang penting dan secara tidak lansung mendedahkan kemunduran-kemunduran orang-orang Melayu, antara lain disebabkan oleh kepercayaan dan budaya yang terdapat dalam masyarakat Melayu itu sendiri.9. ASPEK BAHASA DAN TULISAN DALAM HIKAYAT ABDULLAH MUNSYI Penulisan Hikayat Abdullah berpegang pada ciri-ciri khusus bahasa Melayu klasik iaitu menggunakan tulisan Jawi. Tulisan atau aksara ini dipinjam daripada bahasa Arab, kemudian ditambah dengan huruf baru seperti pa ( nga ( ga ( nya ( dan ca ( Ini beerti tulisan tersebut mesih dalam bentuk asalnya dengan menggunakan tulisan dan sistem ejaan Jawi. Penulisan Hikayat Abdullah juga tidak menggunakan tanda-tanda baris pada tulisannya.10. Contohnya dari aspek imbuhan, penulisan karya Hikayat Abdullah telahpun menggunakan imbukan meN-. Hal ini dapat diperhatihan pada petikan karya Hikayat Abdullah (halaman 69) seperti dibawah;11. Hikayat Abdullah (halaman 119) :12. Daripada pemerhatian yang dibuat adakalanya Abdullah gemar menggunakan ayat yang panjang- panjang dan menyulitkan pembaca untuk memahaminya. Ayat-ayat daripada hikayatnya ini boleh dijadikan contoh (halaman 16); Ayat-ayat yang panjang begini mengganggu pemahaman pembaca kerana ada waktunya pembaca terpaksa mengulangi pembacaan. Jelas dari segi bahasa (ayat) Abdullah masih lagi tidak membawa apa-apa pembaharuan.13. Secara umum kita berpendapat bahawa makna sesuatu bahasa akan mudah difahami apabila dalam bentuk ayat. Andaian ini tidak selamanya tepat kerana kehadiran ayat yang dibina daripada kata dan kelompok kata, dan tidak semuanya hanya memiliki satu makna. Dalam bahasa Melayu seringkali apa yang kita ucapkan atau tuliskan tidak serupa dengan apa yang dimaksudkan. Dapat diperhatikan dalam karya Hikayat Abdullah maksud atau pun perkara yang disampaikan melalui makna tersurat. Makna tersurat yang dimaksudkan ialah makna yang diperolehi semata-mata daripada makna yang tertulis atau makna yang diujarkan sahaja. Dimana dalam penulisannya banyak menyatakan terus atau secara lansung apa yang hendak disampaikan kepada masyarakat Melayu ketika itu.14. Dari contoh diatas perkara pokok disampaikan secara terus tanpa menggunakan sebarang simbolik ataupun kiasan. Hikayat Abdullah, Halaman 11915. Sebagai karya di peringkat awal, Abdullah masih tidak dapat melepaskan penggunaan kata asli dalam tulisannya. Bukan sahaja bahasa yang digunakan itu bahasa lama tetapi struktur ayatnya juga masih seperti cerita hikayat. (halaman 9)16. Struktur ayat lama ini dikutkan lagi dengan penggunan kata-kata asli seperti maka, beberapa lamanya, maka adalah, akan dia dan maka apabila. Dalam Hikayat Abdullah banyak terdapat kata nasihat. Hal ini menunjukkan bahwa Abdullah masih terikut-ikut struktur penulisan sastera lama. Begitu juga apabila dia menggunakan pantun dan syair dalam karyanya. Penggunaan perkataan hikayat itu sendiri membayangkan bahawa Abdullah masih cenderung meneruskan tradisi penulisan lama.17. Daripada penelitian yang dibuat dalam penghasilan karya-karya Abdullah Munsyi banyak menggunakan kata pinjaman Bahasa Inggeris, misalnya dalam Hikayat Abdullah (halaman 5) Hikayat Abdullah (halaman 6) Hikayat Abdullah (halaman 6)18. Selain daripada penggunaan kata pinjaman Bahasa Inggeris terdapat juga penggunan kata pinjaman bahasa Arab dalam penulisan karyanya, (halaman 4) (halaman 35)19. PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU MODEN Ahli-ahli bahasa dan sejarah berpendapat bahawa, bahasa Melayu moden berasal daripada bahasa Melayu klasik. Bahasa Melayu klasik pula berasal daripada bahasa Melayu kuno. Dikatakan juga bermula pada abad ke- 19 menerusi Abdullah Munshi dalam karyanya berjudul Hikayat Abdullah (1849).20. Abdullah Munsyi menggunakan bentuk laporan dalam membina karya-karyanya. Dia melaporkan apa saja yang terjadi pada dirinya, yang dilihat dan dialami. Walau bagaimanpun, dia bukanlah seperti wartawan kerana dia juga mengemukakan cadangan dan nasihat dalam karya-karyanya. Bentuk penulisan kritikan juga terlihat dalam karyanya terutama kritik terhadap raja-raja Melayu. Seperti karya cereka, Abdullah juga menggunakan dialog dalam penceritaan di samping diksi watak- watak bagi menyampaikan maksud atau persoalan yang dikemukakan.21. Diteliti karya-karya Abdullah Munsyi, dapat dibuat kesimpulan bahawa Abdullah telah jauh meninggalkan bentuk penulisan sastera lama. Ini tergambar pada persoalan atau tema yang dikemukakan, pada plot cerita, perwatakan, latar cerita dan sudut pandangan. Hanya gaya bahasa yang masih kekal seperti gaya bahasa sastera lama. Buah tangannya ini boleh dijadikan bahan rujukan dan bahan dokumentasi yang penting.

HIKAYAT ABDULLAH

Hikayat Abdullah merupakan satu karya agung yang memperihalkan pengalaman dan kisah hidup sebenar Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi sejak dilahirkan sehingga meninggal dunia. Hikayat ini ditulis oleh Abdullah Munsyi. Catatan mengenai peristiwa yang berlaku dalam hidup Abdullah Munsyi juga diabadikan di atasa naskah cap batu dan tulisan Jawi di Singapura pada Mac 1949. Abdullah seringkali mencatatkan semua peristiwa yang berlaku di tempat kelahirannya iaitu Kota Melaka.Selain itu, beliau juga mencatatkan tentang pelayarannya ke Singapura dalam hikayat ini dan mengkritik suasana sosial yang bersifat negatif pada ketika itu. Kritikan yang disampaikan oleh Abdullah turut menjurus kepada sikap pemerintah yang mementingkan diri dan mudah termakan dengan pujuk rayu penjajah serta sikap orang Melayu itu sendiri yang tidak mahu mengubah kehidupan mereka supaya menjadi lebih baik. Kritikan tersebut telah menyebabkan Abdullah digelar sebagai Abdullah Paderi oleh orang Melayu. Gelaran tersebut timbul juga disebabkan oleh kerana Abdullah sering membantu orang putih. Sebagai contoh ialah beliau ditugaskan untuk menyalin dan membaikpulih terjemahan Kitab Injil ke dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi. Beliau turut mengkritik golongan penjajah iaitu dengan menyatakan bahawa golongan penjajah hanya tahu mengambil kesempatan atas kelemahan orang Melayu. Hikayat Abdullah yang diselenggarakan oleh Hamzah Hamdani mempunyai 23 bab. Setiap bab mempunyai cerita dan kisah-kisah yang tersendiri

ASAL USUL BAHASA MELAYU.

KONSEP MELAYU.

Pada tahun 100-150 masihi, istilahmaleu-kolontelah digunakan dalam hasil karyaM. Ptolemyyang berjudulGeographike Sintaxis.Menurut Gerini istilah ini diambil daripada bahasa Sanskrit malayakolam atau malaikurram, iaitu menunjukkan kepada suatu tempat di utara pantai Semenanjung Malaysia.

Perkataan Melayu juga didapati dalam sebuah kitab Hindu Purba iaitu kitab Purana. Terdapat perkataan Malaya dvipa. Menurut para penyelidik, perkataan tersebut merujuk kepada Pulau Sumatera, yang merupakan asal basaha Melayu.

Penggunaan perkataan Melayu juga ditemukan dalam tulisan China yang ditulis pada zaman Dinasti Tang. Tulisan itu telah menyatakan bahawa orang Melayu iaitu Mo-lo-yeu mengirimkan utusan ke negara China untuk memperlihatkan dapatan hasil-hasil bumi kepada negara China. Kerajaan Mo-lo-yeu yang dimaksudkan adalah di Jambi, di Sumatera.

SALASILAH BAHASA MELAYU

Dipercayai bahasa Melayu berasal daripada Austronesia. Bahasa Austronesia juga termasuk filum Austris. Filum Austris ini merupakan salah satu bahasa induk di dunia. Filum Austris ini terdiri daripada tiga rumpun iaitu bahasa Austroasia yang terdiri daripada bahasa Khasi (di Annam), Nicobar, Mon atau Peguan, Khmer, dan Munda. Bahasa Cina-Tibet yang terdiri daripada bahasa Cina, Tibet, Burma, Siam, Annam, dan lain-lain. Manakala bahasa Austronesia yang terdiri daripada bahasa di Nusantara, Polinesia, Melanesia, dan Mikronesia. Terdapat pengkaji yang membahagikan rumpun Austronesia dua iaitu Austronessia Barat dan Austronesia Timur.

Austronesia Barat melahirkan rumpun bahasa Nusantara atau bahasa Indonesia dan rumpun bahasa ini dibahagikan lagi kepada dua iaitu bahasa Indonesia Pusat dan Filipina-Formosa. Bahasa Indonesia Pusat terdiri daripada bahasa Melayu, bahasa bumiputera di Sarawak, bahasa-bahasa di Kalimantan, dan bahasa-bahasa Kepulauan Indonesia. Bahasa Filipina-Formosa pula terdiri daripada bahasa-bahasa di Filipina, bahasa bumiputera Sabah dan bahasa di Brunei.

Austronesia Timur melahirkan bahasa Melanesia, Mikronesia dan Polinesia. Bahasa Melanesia terdiri daripada bahasa kepulauan Fiji, New Caldeonia, Irian, New Guinea, dan Halmahera. Bahasa Mikronesia pula meliputi bahasa Marianna, Marshall, Carolina, dan Gilbert. Manakala Polinesia pula terdiri daripada bahasa Hawaii, Tonga, Maori, dan Kepulauan Easter.

Bahasa Melayu termasuk daripada Austronesia Barat iaitu bahasa Indonesia Pusat dalam rumpun bahasa Nusantara. Bahasa Nusantara mempunyai bilangan bahasa yang paling banyak iaitu anatara 200-300 bahasa. Terdapat dua dua hipotesis tentang tempat asal bangsa Melayu iaitu kawasan Asia Tengah dan kawasan Nusantara.

Teori datang dari kawasan Asia Tengah, dikatakan orang Melayu berpindah dari utara ke selatan. Mereka berasal dari kawasan selatan China iaitu daerah Yunan, Assam di Burma, dan Campa di selatan Indo-China. Perpindahan mereka dipercayai berlaku dalam dua kumpulan iaitu Melayu Proto dan Melayu Deutro.

Kumpulan Melayu Proto dipercayai berhijrah ke Nusantara sekitar tahun 2500 SM. Peradaban orang Melayu ini lebih kehadapan berbanding orang Negrito iaitu penduduk asal di Nusantara. Orang Melayu Proto dipercayai hidup berpindah-randah dan mereka juga mempunyai kemahiran mencipta alat bercucuk tanam, barangan pecah-belah dan alat perhiasan. Pada zaman ini dikenali seebagai zaman Neolitik atau zaman batu baru dan mereka mencipta alat-alat daripada batu.

Hipotesis penghijrahan kumpilan Melayu Proto ini mula-mula diperkenalkan olehP.SarasindanF.Sarasinpada tahun1892 dan diperkukuhkan lagi olehR.H Geldren1932.melalui kajian yang telah dijalankan terhadap beliung-beliung batu bersegi panjang, Geldren mendapati bahawa kapak-kapak yang dibuat daripada batu yang terdaapat di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Sungai Irrawadi, Sungai Salween, Sungai Yangtze dan Sungai Hwang-Ho itu turut ditemui di kawasan Nusantara. Oleh itu Geldren telah membuat kesimpulan bahawa beliung-beliung batu yang dijumpai itu telah dibawa oleh orang-orang Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.

Perhijrahan Kumpulan Melayu Deutro pula berlaku sekitar tahun 1500 SM. Rumpun ini dipercayai dating dari daerah Yunan, di selatan China serta mereka dipercayai memiliki tamadun yang lebih maju daripada Melayu Proto. Zaman mereka dikenali sebagai Zaman Logam dan mereka mencipta alat-alat untuk memburu dan alat pertanian daripada besi. Selain itu, terdapat masyarakat Melayu Deutro yang pandai dalam bidang astronomi dan pelayaran.mereka hidup di tepi pantai dan kemudian tersebar ke hamper keseluruhan Kepulauan Melayu. Kedatangan Melayu Deutro ini telah menyebabkan Melayu proto berpindah ke kawasan pendalaman. Kumpulan Melayu Deutro pula menetap di pesisir pantai dan hidup sebagai nelayan terdapat sebahagian daripada mereka membina petempatan yang berhampiran dengan sungai dan lembah.

Selain daripada Geldren, terdapat beberapa orang ahli budaya yang berpendapat bahawa orang Melayu berasal daripada Asia Tengah iaituJ.R Loganyang membuat kajian berdasarkan adat resam suku kaum di Asia. Ahli-ahli budaya lainG.K NiemandanR.M Clarkjuga membuat kajian tentang adat resam. Hipotesis ini telah disokong olehAsmah Haji Omardari Malaysia danSlametmuljanadari Indonesia.

Asmah Haji Omarberpendapat bahawa perhijrahan orang Melayu dari daratan Asia ke Nusantara tidak berlaku sekali gus dan mereka tidak melalui jalan yang sama. Iaitu dari Lautan HHindi dan Laut China Selatan. Manakala Slametmuljana mengkaji berdasarkan perbandingan bahasa.

Teori dari kawasan Nusantara. KajianC.A Meesmendapati bahawa bahasa-bahasa Austronesia ini mempunyai persamaan yang banyak dari segi perkataan, sistem imbuhan, dan susunan tatabahasa. Contohnya kata-kata seperti mata, lima dan telinga sering timbul dalam bahasa tresebut.

Isidore Dyenberpendapat bahawa orang Melayu mungkin berasal daripada Formosa, New Guinea. ManakalaGorys Kerafdalam bukunya Lingustik Bandingan Historis pula menyatakan bangsa Melayu sudah sedia ada di kepulauan Melayu. Selain itu,John Crawfurdtelah mengkaji perbandingan bahasa, menurutnyauntuk mencapai taraf kebudayaan yang menonjol kedua-dua budaya itu telah mengalami perkembangan. Beliau juga membuat kesimpulan bahawa tempat asal Orang Melayu adalah dari Sumatera.Sejarah Melayu dan Hikayat Abdullah Tugasan Empat ; Ulasan Kitab Sulalatus SalatinSulalatus Salatin yang juga dikenali sebagai Sejarah Melayu merupakan kitab hasilkepengarangan Tun Sri Lanang. Karya ini menceritakan zaman kesultanan Melayumelaka yang dikatakan dibawa dari Goa. Goa yang selama ini dianggap di India,sebenarnya merupakan suatu tempat yang terletak di Sulawesi Indonesia. Karya ini telahdikarang oleh Tun Sri Lanang ketika beliau menjadi Bendahara Paduka Johor antaratahun 1580 hingga 1615. Tun Sri Lanang telah dilahirkan di Bukit Seluyut, Johor padatahun 1565. Sulalatus Salatin mengandungi 15 bab. Permulaan bab dibincangkan dengan juraiketurunan raja Melaka sehingga pembentukan Melaka ataupun sesudah pembukaanMelaka. Pembahagian perbincangan Sulalatus Salatin terbahagi kepada 2 bahagian ,iaitusebelum pembukaan kota Melaka [ mengandungi 4 bab] dan selepas pembukaan kotaMelaka [ mengandungi 11 bab ] Karya Sejarah Melayu ini mempunyai banyak versi. Namun, pembentang padahari tersebut tidak memberitahu secara jelas versi kitab yang dirujuk mereka untukpembentangan pada hari tersebut. Tiada dijelaskan juga mengenai perbezaan perbezaanantara versi Kitab Sejarah Melayu yang lain. Berdasarkan pembentangan yang lalu, dapatsaya rumuskan bahawa karya agung ini mengutarakan pelbagai falsafah dan etika didalamnya. Pada hari pembentangan, para pembentang telah mengutarakan tujuh falsafah,iaitu ketaatan kepada pemerintah, keadilan, waad, nilai dan etika, adat, keberanian, dankekuasaan. Dalam karya ini, falsafah ketaatan dirujuk kepada beberapa orang tokoh yangdisebut dalam karya ini, antaranya ialah Demang Lebar Daun, Hang Tuah, BendaharaPaduka Raja, Hang Nadim dan Bendahara Seri Maharaja. Demang Lebar Daun seorangyang taat apabila membenarkan puterinya berkahwin dengan Seri Tribuana. Hang Tuahpula terlalu taat kepada sultan sehinggakan rela menerima hukuman bunuh dari sultan 15 16. setelah difitnah berkelakuan sumbang dengan dayang. Hang Tuah rela dihukum biarpunbeliau tidak bersalah. Baginda Paduka Raja dikatakan taat kepada sultan apabila akur dan tidakmemprotes apabila anaknya, Tun Besar dibunuh oleh anak sultan apabila bola sepakraganya terkena destar anakanda sultan lalu terjatuh ke tanah. Berpegang kepada prinsipadat Melayu tidak perbah derhaka maka Baginda Paduka Raja menerima perkaratersebut meskipun anaknya mati dibunuh. Kesimpulan yang dapat dibuat dari falsafah ketaatan ini, konsep ketaatan yangdiamalkan terlalu keterlaluan dan terlalu mengagung agungkan sultan biarpun tindakansultan tersebut adalah salah dan melampau. Namun, saya berasa agak keliru keranaBaginda Seri Maharaja dikatakan seorang yang taat kepada sultan. Hal ini kerana,keengganan beliau mempersembahkan puterinya kepada Sultan Mahmud telahmenunjukkan ciri penderhakaan kepada sultan. Bendahara Seri Maharaja berpeluanguntuk membantah hukuman bunuh yang dijatuhkan ke atas beliau sekeluarga. Beliauketika itu dalam posisi sangat kukuh dari segi politik dan ekonomi sebaliknya beliaumelarang para pengikutnya daripada memberontak. Mungkin peristiwa ini menabalkanbeliau sebagai seorang yang taat kepada sultan. Falsafah kedua yang dibentangkan adalah Waad. Waad merupakan kontrak sosialdi antara Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba. Jika waad ini dilanggar, maka pelbagaibencana akan menimpa seperti menghidapi penyakit kerdal. Oleh itu, wujudnya perkaratulah dan daulat. Saya melihat waad ini sebagai suatu kontrak atau perjanjian di antaragolongan pemerintah dan rakyat. Terkandung pelbagai perjanjian yang bertimbal balik.Contohnya, rakyat tidak boleh menderhaka kepada raja dan raja juga tidak bolehmenzalimi rakyat. Rakyat tidak boleh menderhaka dan perlu taat kepada raja. Perjanjianini dapat membuatkan rakyat tunduk patuh kepada raja da sekiranya tidak patuh, merekaakan ditimpa bencana. 16 17. Falsafah ketiga yang diutarakan ialah falsafah keadilan. Contohnya, SultanMuzaffar Syah wujudkan undang undang untuk mengelakkan menteri melakukankesilapan. Ganjaran kepada kesilapan adalah hukuman. Dalam kitab ini, tidak banyakyang ditonjolkan mengenai sikap raja yang adil. Ketidakadilan raja juga denganberaninya ditonjolkan oleh Tun Sri Lanang. Beliau patut dipuji kerana tidak hanyamenceritakan kebaikan sahaja, malah turut menceritakan kezaliman raja terhadap rakyatdan pembesar pembesarnya. Terdapat banyak peristiwa yang mempamerkanketidakadilan raja. Falsafah keempat yang ditonjolkan telah dalam pembentangan adalah falsafahadat. Adat merupakan peraturan yang diamalkan sejak turun temurun. Adat perludipatuhi. Dalam Kitab ini terdapat banyak adat Melayu yang diamalkan oleh golongandiraja dan golongan rakyat. Ada antaranya masih digunapakai dan ada juga di antaranyadiubahsuai supaya sesuai dengan peredaran masa. Falsafah kelima yang ditunjukkan adalah falsafah kekuasaan. Kitab ini terlalubanyak menceritakan kekuasaan raja. Raja sangat berpengaruh dari segala sudut. Rajaberkuasa menitahkan apa sahaja kepada rakyat da rakyat perlu menunaikannya jika tidakmahu dihukum. Saya melihat, kuasa raja sebagai kuasa mutlak terlalu banyak menindasgolongan rakyat. Kandungan kitab ini mempamerkan sikap raja yang kejam dan sanggupberbuat apa sahaja demi mendapatkan sesuatu. Raja pada zaman dahulu terlalu berkuasasehingga bertindak zalim di luar batas kemanusiaan. Justeru, tidak hairanlah mengaparakyat begitu patuh kepada raja biarpun diperlakukan dengan buruk rupa. 17 18. Falsafah keenam yang ditonjolkan dalam pembentangan ialah keberanian.Keberanian raja merujuk kepada keberaniannya menjajah da mentakluk negeri lain untukmeluaskan pengaruh jajahannya. Dalam kitab ini, turut diceritakan mengenai sikapkeberanian yang ditonjolkan oleh golongan rakyat biasa seperti badang. Kitab ini banyakmenonjolkan ketokohan keberanian Hang Tuah. Hang Tuah digambarkan sebagaiseseorang yang sangat hebat. Perkara ini seperti sengaja ditonjolkan untuk menunjukkankehebatan orang Melayu pada waktu tersebut. Falsafah ketujuh yang ditonjolkan ketika pembentangan adalah nilai dan etika.Etika dan nilai yang digarap dalam kitab ini diwarisi rakyat. Selain itu, kitab ini jugamenggariskan tugas tugas raja dan pembesar dan peranan peranan rakyat. Raja jugasebagai bayangan tuhan atau payung kepada rakyat. Justeru, taat dan setia perluditumpahkan kepada raja sepenuhnya.Kesimpulannya, secara keseluruhan dapat dilihat betapa karya agung ini bersifat sejagatdan menyeluruh. Namun, terdapat unsur unsur mitos yang seakan akan tidak masukakal di dalam kitab ini. Kekuasaan yang ditonjolkan oleh raja secara melampau dan jugakezaliman raja menunjukkan betapa tidak adilnya raja pada suatu ketika dahulu. Dalamkitab ini juga ditonjolkan secara melampau ketaatan kepada raja. Justeru, pepatah adatMelayu tidak menderhaka begitu terserap dalam masyarakat Melayu pada suatu ketikadahulu. 18 19. Tugasan lima : Ulasan Hikayat Abdullah.Hikayat Abdullah merupakan biografi atau penceritaan pengalaman hidup MunsyiAbdullah atau nama sebenarnya Abdullah Bin Abdul Kadir. Hikayat ini mengandungisegala hal yang berlaku pada diri Munsyi Abdullah dan masyarakat selat pada masapemerintahan Inggeris dan peralihan kuasa Inggeris kepada Belanda di Melaka. Hikayatini merupakan dokumentasi sejarah yang berlatar belakangkan peristiwa peristiwa yangberlaku pada abad ke -19 yang diceritakan mengikut perspektif beliau yang hidup padazaman tersebut.. Turut diceritakan dalam hikayat ini mengenai kisah pembukaanSingapura dan pembangaunannya pada awal abad ke -19. Dalam hikayat ini, MunsyiAbdullah telah mengkritik gaya hidup da kepercayaan masyarakat yang berbilang kaumdi Melaka pada masa itu yang terdiri daripada empat kapitan, iaitu Keling, Cina, Nasrani,dan Melayu. Masyarakat pada zaman tersebut begitu taksub dengan kepercayaan tahyulterutamanya masyarakat Melayu yang begitu mempercayai penanggal dan polong.Perkara ini diceritakan dengan teliti tentang asal usul makhluk makhluk ini serta carauntuk membunuhnya. Dalam hikayat ini, beberapa kali Munsyi Abdullah menyatakankebencian beliau terhadap kepercayaaan karut-marut masyarakat Melayu pada ketika itu. Hikayat ini boleh dikatakan sebagai dokumentasi Abdullah. Munsyi Abdullahtelah telah membawa pembaca bertemu dengan tokoh tokoh sejarah seperti Farquhar,Lord Minto dan Crawford. Hikayat ini telah menceritakan peribadi mereka mengikutpandangan Munsyi Abdullah yang berdampingan dengan mereka. Tokoh tokoh inidigambarkan sebagai baik dan disanjungi oleh Munsyi Abdullah. Pembentang tidakmengulas lebih lanjut apakah kebaikan kebaikan tokoh yang dilakukan terhadapMunsyi Abdullah sehinggakan tokoh yang kita anggap mereka jahat tetapi disanjungtinggi oleh Munsyi Abdullah. 19 20. Penceritaan hikayat ini jelas menunjukkan Munsyi Abdullah seorang yang gigihmenuntut ilmu. Munsyi Abdullah berketurunan peranakan Arab India yang berjayamenguasai bahasa Melayu , bahasa Tamil, Hindustan, Inggeris dan Cina. Penguasaanbeberapa bahasa ini menunjukkan kegigihan Munsyi Abdullah mempelajari bahasa.Munsyi Abdullah juga mengkritik sikap masyarakat Melayu yang malas mempelajaribahasa Melayu. Perkara ini membuktikan betapa Munsyi Abdullah melakukan pelbagaikritikan sosial dalam hikayatnya. Dalam pembentangan yang dilakukan, pembentang telah mengemukakan limafalsafah yang terkandung dalam Hikayat Abdullah, iaitu falsafah ketuhanan, keadilan,kebenaran dan keindahan. Falsafah ketuhanan yang dibentangkan oleh pembentangmengenai kebencian karut dan tahyul masyarakat Melayu yang membelakangkan kuasaAllah S.w.t. Abdullah berfikiran rasional dan realistikdan tidak mempercayai bomoh,dukun dan pawang. Beliau juga mengkritik kepercayaan orang Melayu yang tidakmempercayai ilmu falak dan tidak mempercayai bahawa bumi ini bulat. Beliau jugamengkritik orang Melayu yang mempercayai peristiwa gerhana bulan disebabkan bulandimakan oleh Rauf (ular). Musnsyi Abdullah menyeru masyarakat supaya memandangsesuatu itu secara rasional dan berpegang kepada kuasa Allah. Perkara ini membuktikan,daalm karya ini Munsyi Abdullah amat menekankan aspek ketuhanan dalam karyanya. Falsafah kedua yang dikemukakan oleh pembentang ialah falsafah keadilan.Falsafah keadilan yang dikemukakan adalah berkaitan dengan kes Syed Yasin, keskezaliman Sultan, keadilan Farquha yang sedia membantu golongan bawahan yangkesusahan. Pada hari tersebut, pembentang tidak pula mengutarakan pertikaian MunsyiAbdullah mengenai konsep perbezaan taraf dalam amalan dalam sistem masyarakatMelayu. Beliau menyeru dan menuntut kesamarataan dalam gagasannya yang terkandungdalam karya. Falsafah ketiga yang dikemukakan oleh pembentang ialah falsafah kebenaran.Munsyi Abdullah menyatakan perkara kebenaran dalam hikayatnya. Apa yangdiceritakan merupakan perkara yang betul betul berlaku dan diamalkan sehingga ke hari 20 21. ini seperti kepercayaan tahyul oleh masyarakat Melayu. Ketika pembentangmembentangkan falsafah ini, tidak begitu jelas diterangkan mengenai falsafah kebenaranyang dimaksudkan oleh kumpulan pembentang. Falsafah keempat yang diutarakan oleh pembentang ialah falsafah keindahan.Keindahan yang dimaksudkan dari segi bahasa, adat dan pemikiran yang diutarakandalam hikayat. Hikayat Abdullah membawa perubahan tema, plot, dan jalan cerita sepertikarya karya yang ditulis dalam zamannya. Beliau telah menjadikan pengalaman beliausebagai bahan penulisan. Perkara ini menjadikan karya beliau bersifat realiti dan tidakdiselitkan dengan cerita cerita dogeng seperti karya karya lain yang ditulis dalamzamannya. Beliau menyelitkan pantun, syair dan kiasan untuk menyampai kan sesuatupemikirannya. Selain itu, terdapat banyak kosa kata baharu dan penggunaan teknik dialogdalam karya ini. Boleh dikatakan bahawa hikayat ini sebagai permulaan karya Melayumoden yang boleh diibaratkan seangkatan ASAS 50 yang lahir seratus tahun selepaskelahiran hikayat ini. Jelas menunjukkan pemikiran Munsyi Abdullah tidak dibatasi olehmasa. Falsafah terakhir yang dibentangkan ialah falsfah etika yang terkandung dalamhikayat ini. Undang undang Singapura dikatakan sebagai hasil kebijaksanaan Raffles.Pembentang juga mengatakan falsafah etika ini dikaitkan dengan penceritaan kisah TuanBangoor yang begitu mementingkan nilai kebersihan. Adat menggunakan keris jugadikatakan sebagai falsafah etika yang diutarakan dalam karya ini oleh pembentang. Namun, terdapat lagi falsafah lain yang tidak dibincangkan oleh pembentang.Contohnya seperti falsafah pemikiran. Tidak dibincangkan mengenai pemikiran MunsyiAbdullah yang jauh ke depan dan bersifat revolusioner. Beliau juga dianggap sebagaitokoh yang menerajui perkembangan sastera moden di tanah Melayu pada ketika itu.Selain itu, perlu juga ditelusuri betapa Munsyi Abdullah ini begitu teruja dan terpegundengan orang asing yang menjajah Tanah Melayu pada ketika itu.Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia. 21

TIGA PERINGKAT PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUMELAYU KUNOBahasa Melayu kuno mula berkembang di Nusantara antara abad ke tujuh hingga abad ke tiga belas. Bahasa Melayu Kuno wujud selepas bahasa Melayu purba mula menggunakan aksara dan perkembangan sistem tulisannya. Menurut Ismail Hussein pengaruh bahasa Sankrit telah mengevolusikan bahasa Melayu daripada bahasa masyarakat yang agak rendah kebudayaan serta ilmu pengetahuaan kepada bahasa sarjana yang mampu meenyampaikan idea-idea yang bernas. Tulisan dalam bahasa Melayu kuno adalah tulisan Palava, Nagiri, dan Kawi. Ia merupakan pengaruh daripada budaya Hindu.

Penemuan beberapa buah Batu Bersurat pada zaman Srivijaya serta catatan-catatan daripada para pengembara dan rahib Buddha seperti I-Tsing dan Wu-hing membuktikan bahawa bahasa Melayu Kuno telah digunakan sebagai bahasa rasmi kerajaan Srivijaya dan bahasa Melayu kuno juga digunakan sebagai bahasa pengantar untuk berkomunikasi secara umum dan dalam perdagangan.

Bagi bahasa Melayu kuno terdapat bukti bertulisnya iaitu pada batu bersurat. Batu bersurat yang bertarikh sekitar abad ke tujuh ialah Batu Bersurat Kedudukan Bukit yang dijumpai di kaki Bukit Siguntang yang terletak di barat daya Palembang pada 29 November 1920. Batu bersurat ini bertarikh 605 Tahun Saka dan merupakan batu tertua. Batu bersurat ini juga menggunakan tulisan Palava dan mengandungi 10 baris ayat.

Batu bersurat Talang Tuwo telah dijumpai oleh Residen Jambi yang bernama L. C. Wettenenk pada 17 November 1920 di Talang Tuwo bahagian barat daya Bukit Siguntang kira-kira lapan kilometer daripada Palembang batu bersurat ini bertarikh 606 tahun saka bersamaan dengan tahun 684 Masihi. Dijumpai setahun kemudian daripada Batu Kedudukan Bukit. Batu bersurat ini menggunakan huruf Palava dan mempunyai 14 baris ayat.

Batu Bersurat Kota Kapur ditemui oleh J.K Van Der Meulen di Kota Kapur , sebuah pecan di Pulau Bangka, pada tahun 1892. Batu bersurat ini agak berbeza daripada dua batu bersurat sebelum ini kerana ia dijumpai jauh dari Palembang. Tulisan yang digunakan juga adalah menggunakan tulisan Palava. Batu bersurat ini dipercayai dibawa ke Pulau Bangka kerana jenis batu tersebut tidak terdapat di Pulau Bangka. Batu bersurat ini bertarikh 608 tahun saka (686 masihi) dan mengandungi 10 baris ayat.

Batu Bersurat Karang Brahi mempunyai isi kandungan yang lebih kurang sama dengan Batu Bersurat Kota Kapur yang berbeza hanyalah Batu Bersurat Kota Kapur ini mengandungi teks tambahan. Batu bersurat ini juga menggunakan sistem tulisan Palava. Batu bersurat ini dijumpai di Meringin, daerah hulu Jambi oleh seorang inspektor benama L. Berkhout pada tahun 1904. Iaitu pada 614 tahun saka (692 masihi) dan mempunyai 16 baris ayat.

CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KUNO

Sistem tulisan dan ejaan.

Keempat-empat batu bersurat yang ditemui pada abad ke tujuh itu menggunakan sistem tulisan Palava. Tulisan Palava itu merupakan jenis Palava Kemudian yang diguna pakai di kepulauan Melayu pada abad ke tujuh sehingga separuh separuh abad kelapan masihi. Skrip Palava ini pada asalnya skrip kepada Grantha yang digunakan oleh golongan Brahman Dravidian untuk menulis kitab-kitab dalam bahasa Sanskrit. Skrip Palava Awal menggunakan aksara besar-besar , manakala tulisan Palava Kemudian menggunakan aksara yang sama tinggi, seolah-olah tertulis di antara dua garis lurus.

Bahasa Melayu kuno juga menggunakan tulisan Kawi. Menurut Jensen, nama Kawi berasal daripada bahasa Sanskrit kavi yang mempunyai makna pensyair . tulisan Kawi berbentuk Kursif pada peringkat awal ditulis pada daun lontar. Kemudian telah diubahsuai dan diukir pada batu. Tulisan Kawi ini digunakan pada batu bersurat Joreng (bertarikh 1179) terletak di Tapanuli, Sumatera Utara.Kosa kata dalam bahasa Melayu kuno.Bahasa Melayu Kuno dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit.Bahasa Sanskrit bukan sahaja memperkaya kosa kata bahasa Melayu malah melaluinya bahasa Melayu mengalami perubahan ke arah bahasa sarjana(bahasa ilmu).Bahasa Melayu Kuno mudah dipengaruhi bahasa Sanskrit keranaadanya pengaruh agama Hindu-Buddha, merupakan bahasa bangsawan dan mempunyai tamadun yang tinggi, dan kekurangan kosa kata Melayu untuk mengungkapkan konsep-konsep baru.Beberapa ciri-ciri yang jelas dalam Bahasa Melayu dapat di kesan berdasarkan bentuk-bentuk kosa kata. Dapat diselidiki daripada sudut fonologi, morfologi dan makna. Dari segi fonologi,terdapat beberapa perbezaan yang ketara antara fonem yang wujud dalam bahasa Melayu kuno dengan fonem yang ada dalam bahasa Melayu moden.

BAHASA MELAYU KLASIK DAN PRA KLASIKBahasa Melayu klasik terbahagi kepada dua iaitu pra-klasik dan klasik.Zaman melayu pra klasik ini bermula pada abad ke 11 dan berterusan hingga abad ke 14. Pada zaman pra klasik ini pengaruh Islam atau Arab terhadap bahasa Melayu amat ketara. Ia juga merupakan campuran daripada kebudayaan India dan Arab menghasilkan bahasa Melayu yang bercampur aduk. Aksara yang digunakan masih menggunakan skrip Kawi tetapi bentuknya sudah mempunyai campuran cirri-ciri kearaban iaitu kursif dan bundar.Daripada zaman transisi ini, bahasa Melayu mengalami evolusi yang kedua sehingga akhirnya mempunyai aksaranya sendiri, iaitu aksara Jawi. Bahasa Melayu yang ditulis dalam aksara jawi ini dikenali sebagai bahasa Melayu klasik. Zaman bahasa Melayu klasik ini bermula pada abad ke 14. Bahan bukti pertama ditemui pada Batu Bersurat Kuala Berang, Terangganu. Menurut Syed Mohammad Naquib al-Attas tarikh yang tercatat pada bersurat itu ialah Rejab 702 Hijrah bersamaan dengan 22 Februari 1303.Bahasa melayu klasik ini digunakan pada abad ke 14 sehingga 19 , iaitu bermula pada Batu Bersurat Kuala Berang Terangganu sehingga zaman karya Abdullah Munsyi. Bahasa Melayu klasik ini mencapai zaman kegemilangan pada zaman kerajaan Melaka, Acheh, dan Johor- Riau. Bahasa Melayu berkembang pesat di Melaka kerana pengaruh politik dan bahasa Melayu juga digunakan sebagai bahasa penyebaran agama islam yang tinggi kebudayaannya serta perkembangan tulisan jawi dan perbendaharaan kata daripada bahasa Arab.Pada zaman Melayu Klasik ini juga mengekalkan peranannya sebagai bahasa perantaraan (lingua franca) di kepulauan Melayu. Hal ini telah dibuktikan oleh Daftar Kata Melayu-Itali yang disusun oleh Antonio Pigafetta pada tahun 1521. Penyusunan itu dilakukan untuk memudahkan hubungan perdagangan antara orang Barat dengan penduduk tempatan. Kata-kata yang didaftarkan dalam daftar kata itu berdasarkan pada bahasa Melayu yang diujarkan oleh penduduk Pulau Tidore. Pulau terletak jauh daripada asal usul bahasa Mealyu dan ini menunjukkan bahawa penyebaran yang agak luas.Bukti lain yang menunjukkan pengaruh bahasa Melayu Klasik pada abad ke 16 terdapat pada cacatan Jan Huyghen Van Linschoten merupkan orang Belanda dan pernah menetap di Indonesia sekitar tahun 1586 hingga 1592. Beliau berpendapat bahawa pada masa itu bahasa Melayu harum namanya tetapi juga dianggap sebagai bahasa yang dihormati antara bahasa negeri Timur.Bahasa Mealyu klasik juga digunakan dalam sistem pentadbiran atau bahasa rasmi. Sebagai bukti, bahasa Mealyu klasik telah digunakan dalam uruas surat-menyurat antara raja kepulauan Melayu, pedagang asing dna raja-raja negara asing. Perkembangan bahasa Melayu klasik juga dapat dilihat di Acheh iaitu keintelektualan Melayu. Di Acheh bahasa Mealyu diguunakan dalam sistem penulisan sastera, syair, tasawuf dan lain-lain. Bahasa melayu juga berperanan sebagai bahasa ilmu pengetahuan.CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KLASIKSistem tulisan dan ejaan.Sistem tulisan bahasa Melayu klasik masih memperlihatkan pengaruh daripada kebudayaan India, contonya Batu Bersurat Pagar Ruyung, Minangkabau (1356 masihi) yang masih menggunakan huruf India.Apabila kebudayaan Islam mula bertapak di kepulauan Melayu , tulisan tersebut mula berubah sedikit demi sedikit pada tulisan batu bersurat yang telah dijumpai. Pada mulanya, bahasa yang digunakan pada batu bersurat tersebut adalah menggunakan bahasa arab dan menggunakan Tulisan Arab berbentuk kufi, contohnya, batu nisan Sultan Malik al-Salleh yang bertarikh 1297 masihi yang ditulis dalam bahasa Arab dengan kaligrafi niski yang popular di India sekitar pertengahan abad ke 13.Bukti pertama yang ditemui dalam penggunaan bahasa Arab ini adalah pada Batu Bersurat di Terangganu. Tulisan yang digunakan untuk mengeja teks berbahasa Melayu dikenali sebagai tulisan jawi. Tulisan jawi ini menggunakan tulisan abjad arab dan enam abjad tambahan yang dicipta oleh orang Melayu sendiri, tulisan ini ditulis dari kiri ke kanan dan tidak mempunyai huruf kecil atau besar. Dalam Daftar Ejaan Melayu oleh Zaba , jumlah huruf yang terdapat adlah 33 huruf , dalam Pedoman Ejaan Jwi yang disempurnakan (1986) jumlah huruf 35. Manakala Daftar Ejaan Rumi-Jawi (1988) mempunyai bilangan 37.Kosa kata.Koas kata bahasa Melayu telah diperkaya dengan istilah-istilah yang dipinjam daripada bahasa Arab. Sebagai contoh, kata syurga berubah daripada konsep syurga dari Hindu kepada konsep yang didukung oleh Islam iaitu Al-Jannah. Demikian juga dengan konsep kata-kata seperti dosa, pahala, dan puasa diubahsuai mengikut konsep islam yang terdapat dalam Al-Quran.TatabahasaBahasa Melayu klasik menggunakan bahasa-bahasa istana seperti santap, beradu, gering dan lain-lain. Begitu juga dalam kosa kata klasik contonya, masyghul, berahi,ceritera dan lain-lain. Penggunaan kata pangkal ayat dalam bahasa Melayu klasik pula dapt dilihat melalui penggunaan kata-kata Alkisah, hatta, maka, arakian,dan lain-lain.Perkembangan aksara jawi.Berkait rapat dengan kedatangan islam ke kepulauan Melayu. Aksara jawi merupakan tulisan Arab yang diadaptasikan oleh bahasa Melayu . dari segi etimologi, terdapat pendapat yang menerangkan asal usul istilah jawi iaitu berasal daripada perkataan Jawa. Namun pendapat itu kurang dipersetujui oleh pengkaji-pengkaji lain. Omar Awang menegaskan bahawa perkataan jaei berasal daripada perkataan arab iiatu Al-Jawah dalam catatan Arab bermaksud Pulau Jawa. Menurut Raffles pula, perkataan jawi kacukan daripada ungkapan anak jawi iaitu campuran daripada Arab, Parsi, dan Melayu.Bahan bukti penggunaan bahasa Melayu KlasikBatu Bersurat Terangganu.Batu bersurat ini dijumpai di Sungai Terasat, dekat Kuala Berang, Terangganu kira-kira pada tahun 1899. Syed Naquib Al-Atas menetapkan bahawa tarikh batu bersurat itu 4 Rejab 702 Hijrah. (22 februari 1303 masihi). Melalui tarikh ini dapat dikatakan bahawa orang Melayu di sebelah pantai timur semenanjung Malaysia sudah memeluk agama islam terlebih dahulu. Tulisan pada batu ini juga menggunkan tulisan jawi. Kosa kata percampuran kata asli bahasa Mealyu dengan kata pinjaman bahasa Sanskrit, Jawa, dan Arab.Surat awal dalam bahasa Melayu Klasik.Raja Melayu telah mengirim surat kepada raja-raja Melayu lain, pedagang Eropah dan raja negara asing. Surat-surat awal ini ditulis dengan tulisan jawi. Surat yang ditulis oleh Sultan Ternate kepada Raja Portogal ( 1521 masihi dan 1522 masihi) terdapat dua pucuk surat yang telah ditulis. Terdapat juga surat yang bukan ditulis oleh raja-raja Melayu iaitu surat perjanjian jual beli yang bertarikh 1600 masihi.Karya-karya sastera dalam Bahasa Melayu Klasik.Bahsa Melayu Klasik berkembang pesat pada zaman kerajaan Melayu Melaka (1403-1511). Antara karya sastera yang penting dan berkaitan adalah Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hukum Laut Melaka, Hikayat Amir Hamzah dan lain-lain.

BAHASA MELAYU MODENPerkembangan bahasa Melayu Moden bermula pada abad ke 19. Permulaan zaman bahasa Melayu modn ditandai oleh hasil karangan Abdullah Munsyi. Ada pengkaji berpendapat bahawa zaman Abdullah Munsyi merupakan zaman peralihan. Bahasa Melayu moden berkembang pesat setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.Tahap perkembangan bahasa Melayu modenTahap perkembangan bahasa Melayu moden dibahagikan kepada dua iaitu zaman bahasa Melayu pramerdeka dan zaman bahasa Melayu pascamerdeka.Bahasa Melayu Moden Pramerdeka.Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa perantaraan , pentadbiran, kesusteraan dan bahasa penghantar di pusat pendidikan Islam. Pada awal pemerintahan British kedudukan bahasa Melayu masih tidak tergugat namun selepas perang kedua kedudukan bahasa Melayu mula terancam kerana British telah mengubah dasar Pendiidkan dengan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan.Terdapat beberapa tokoh penting dalam bahasa Melayu moden pramerdeka ada empat iaitu Mohd. Said bin Haji Sulaiman, Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi, Raja Ali Haji dan Zainal Abidin Ahmad (1895-1973). Bagi Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi (1796-1854). Beliau telah memperlihatkan pembaharuan daripada segi pemikiran dan menandakan zaman permulaan bahasa Melayu moden dan juga menghasilkan karya berdasarkan penngamatan dan pengalaman yang dilalui, contohnya, beliau mengkritik golongan raja dan pembesar yang menindas rakyat. Antara karya beliau Syair Singgapura Terbakar.Selain itu, Raja Ali Haji (1809-1870) telah mencipta karya bahasa yang penting iaitu Bustanul Ktibin Lissubyanil-mutaalimi (Kitab perkebunan Jurutulis bagi Kanak-kanak yang Hendak Menuntut Belajar akan Dia) dalam buku ini beliau telah menerapkan sistem tatabahasa Arab ke dalam struktur ayat bahasa Melayu. Karya beliau yang diianggap penting juga ialah kitab Pengetahuan Bahasa. Kitab ini tergolong dalam kategori kamus walaupun dalam erti sebenarnya buakn kamus. Kitab ini terbahagi kepada dua iaitu tatabahasa dan kamus. Raja Ali juga dianggap tokoh bahasa yang penting kerana karya beliau meletakkan asas pembinaan dan pembakuan bahasa Melayu. Sumbangan beliau lebih tertumpu kepada puisi dan syair antara syair yang dihasilkan oleh beliau ialah syair Gurindam Dua Belas .Terdapat beberapa pertubuhan-pertubuhan yang telah ditubuhkan dalam bahasa Melayu Moden Pramerdeka antaranya Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa (PBmPB atau Pakatan ) kumpulan ini ditubuhkan untuk mengadakan majlis ceramah dan perbincangan tentang aspek ilmu bahasa Melayu seperti ejaan dan perkataan. Kegiatan utamanya menerbitkan buku, membentuk istilah dan memberi ceramah.Selain itu pertubuhan lain adalah Pejabat Karang Mengarang tujuan pertubuhan ini untuk mengatasi masalah kekurangan bahan bacaan di sekolah-sekolah Melayu. Oleh itu, kegiatannya meliputi penerbitan buku-buku sekolah Melayu dan bahan-bahan bacaan . Buku-buku teks yang diterbitkan mencakupi bidang ilmu penulisan, ejaan, tatabahasa bahasa Melayu, sejarah, ilmu hisab, ilmu alam, dan kesihatan.Persaudaraan Sahabat Pena Malaya ditubuhkan untuk mengeratkan hubungan persaudaraan dan menggalakkan penulisan dan pembacaaan. Ia juga menggubal perkataan Melayu Baru daripada perkataan Inggeris.Angkatan Sasterawan 50 pula, bertujuan untuk mengembangkan bahasa dan kesusteraan Melayu disamping menjaga kebajikan. Ia juga berperanan memperkembangkan ejaan dan peristilahan.Bahasa Melayu Moden PascamerdekaPerancangan di Malaysia untuk memupuk bahasa Melayu ke arah taraf yang lebih maju, adalah dengan mewujudkan Dewan Bahasa dan Pustaka.Penubuhan dan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka adlah untuk Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ditubuhkan pada 22 Jun 1956 sebagai sebuah jabatan dalam Kementerian Pelajaran. Antara matlamat Dewan Bahasa adalah memajukan dan memperkaya bahasa kebangsaan, memajukan bakat kesusasteraan,terutama bahasa kebangsaan, menyamakan ejaan dan bunyi sebutan dan menggubal istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan, menyusun dan menerbitkan sebuah kamus bahasa kebangsaan.Perancangan bahasa Melayu merujuk kepada usaha untuk memupuk, membaiki, dan mengembangkan sesuatu bahasa kearah bahasa yang moden. Usaha ini termasuk denagn membuat keputusan dasar tentang bahasa, menyeragamkan variasi bahasa dan memupuk usaha pengembangan bahasa, meninjau semula hasil dan kesan aktiviti perancangan bahasa dan mengumpulkan data serta menyusun strategi untuk memajukan bahasa.Dalam perancangan bahasa Melayu terdapat aktiviti yang dijalankan iaitu perancangan taraf bahasa yang bertujuan meluaskan dan meningkatkan taraf penggunaan atau peranan bahasa dalam masyarakat. Melibatkan usaha pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, kebangsaan dan pengantar dalam sistem pendidikan negara.Selain itu, perancangan korpus bahasa juga terdiri daripada aktivivti perancangan bahasa Melayu. Perancangan korpus ini adalah satu perancangan bahan bahasa dan melibatkan kerja-kerja pembinaan bahasa. Iaitu melibatkan usaha menetapkan kosa kata, ejaan, istilah, tatabahasa dan sebutan.Perancangan bahasa Melayu jugga dipecahkan kepada peerancangan strategi. Dalam perancangan strategi ini terbahagi kepada tiga antaranya, memberikan nilai kepada bahasa Melayu iaitu nilai sentimen, nilai pentadbiran, dan nilai sosial. Menubuhkan jentera-jentera seperti Dewan Bahasa dan Pustaka,penerbit akhbar dan majalah, MABBIM dan sebagaianya dengan matlamat untuk melaksanakan dasar-dasar bahasa. Ia juga mendorong rakyat menggunakan bahasa Melayu melalui kempen Cintai Bahasa Kita dan pembelajaran bahasa Melayu seperti Anugerah Sastera Negara

cSemantikdanMaknaBidang semantik merupakan bidang yang memberikan perhatian kepadaaspek makna dalam bahasa. Dalam kajian semantik kita perlu memahamibeberapaistilahpentingterutamasekaliistilahsemantikdanmaknaApakahyangdimaksudkandenganistilahsemantik?MenurutPalmer(1992), istilah semantik merujuk kepada bidang kajian makna. Istilah inimerupakan istilah yang agak baharu dalam bidang linguistik.Istilah ini sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunanisemantikos,yang bermaksud penting atau bererti. Istilah semantikmula-mula diperkenalkan oleh M.Breal daripada kata Perancissemantique.Kini istilah semantik digunakan untuk merujuk kepadakajian makna dalam bidang linguistik. Kata semantik juga diertikansebagainilmu tentang makna atau erti.Kini makna menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik.Manakalamakna pula secaraumumnya membawa erti maksud atau erti.Walau bagaimanapun, kata makna boleh diberikan bermacam-macampengertian yang lain.Kamus Linguistik(1997) memasukkan dua entribagi kata makna, iaitu:(i)Erti yangdidukung oleh kataatau kumpulan kata,atau(ii) Pemahaman sesuatu ujaran oleh pendengar, atau pemahamankataataufrasabertulisolehpembaca.Ogden dan Richard (1956) pernah memberikan tidak kurang 16pengertian bagi perkataan makna dalam buku mereka yang berjudulThe Meaning of Meanings.Antara pengertian yang diberikan termasukmakna seperti suatu sifat intrinsic, konotasi sesuatu kata, suatu inti,pokok, suatu kemahuan, dan emosi yang ditimbulkan oleh sesuatu.Jadi, berdasarkan pengertian oleh Ogden dan Richard, kita fahamibahawa erti makna cukup menarik tetapi rumit sekali untuk memahamimaksud kata makna.Prinsip Pembentukan IstilahUsaha usaha memajukan istilah Melayu lebih aktif selepas tahun 1975.DBP dengan kerjasama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia telah menubuhkanJawatankuasa Pedoman Umum Pembentuk Istilah. Jawatankuasa ini berfungsiuntuk menghasilkan istilah yang seragam antara Malaysia dengan Indonesia. Disamping itu, badan ini juga bertanggungjawab mengembangkan istilah Melayudan menghasilkan istilah yang lebih khusus, abstrak dan tepat bersesuaiandengan bidang bidang ilmu yang terdapat di Malaysia. Di dalam prosespembentukan istilah, jawatankuasa ini lebih mengutamakan asas bahasa Melayuatau bahasa bahasa serumpun. Pinjaman juga turut dilakukan. Kerja kerjapenggubalan istilah dan pembentukan istilah berdasarkan kepada beberapaprinsip tertentu.Istilah boleh dibentuk dengan menggunakan;i. Katatunggalii. Katatunggaliaitukatayangtanpaimbuhan.ii.Kataterbitan.iii. iv. v. vi. Mewujudkan Pangkalan Data Peristilahan yang bersistem,sesuai dengan matlamat penyebaran dan pemasyarakatanistilah.vii. viii. Menyelaraskanistilah danpenggunaan istilahbahasa Melayudan mengadakan kerjasama dengan Indonesia dan BruneiDarussalam melalui MABBIM, dan negara-negara lain.ix. Pada tahun 1950-an, apabila dasar pelajaran kebangsaan dirangka dandiluluskan oleh Dewan Undangan Persekutuan dan kemudian oleh DewanParlimen Persekutuan Tanah Melayu, pengajaran sains dan teknologidiperkenalkan dan ditingkatkan. Dengan itu, istilah sains dan teknologi perludiadakan dengan segera. Bagi mendapat hasil yang seragam dan lebih cepatmaka disusun pedoman pembentukan ini dalam tahun 1950-an.Segala istilah ilmu dan nama alat perkakas asing yang sedia ada di dalambahasa Melayu pada masa itu dipakai terus setelah disesuaikan dengankemajuan ilmu pengetahuan. Kalau tidak ada di dalam bahasa Melayu di TanahMelayu, bolehlah diambil istilah yang dipakai di Indonesia, kerana memangbahasa di Tanah Melayu hendak disamakan dengan bahasa di Indonesia. Kalauistilah Indonesia itu tidak sesuai atau tidak memuaskan hati barulah dibentukbaharu. Istilah-istilah asing yang dipakai oleh kebanyakan bangsa-bangsa duniaatau istilah asing yang tidak dapat diterjemahkan dengan setepat-tepatnyabolehlah diterima jadi istilah Melayu. Apabila membentuk istilah baharuhendaklah digunakan akar kata Melayu. Oleh yang demikian, istilah baharu yangdibentuk itu hendaklah menggambarkan benda atau fikiran atau keadaan yangdimaksudkan oleh istilah asing itu. Di bawah ini diberikan contohnya:x. a)xi. Acidxii. -asid(bukanacid)b)xiii. Aciditiyxiv. -keasidan(bukanasiditi)c)xv. Acidicxvi. -berasid(bukanasidik)xvii. Selain itu, adalah dilarang mengambil bentuk Inggeris secara sepenuhnyaseperti acid, asiditi, dan asidik, kerana bentuk-bentuk morfologi Melayu berlainandengan morfologi bahasa Inggeris.Pada penghujung tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an telah disusunsemula satu pedoman pembentukan istilah baharu yang lebih terperinci.Berdasarkan pedoman yang baharu itu, ada beberapa bahagian yang ditetapkanserta diperluas dari segi dasar, cara dan pedoman, iaitu:xviii. xix. xx. i.Pembentukanistilahbaharuhendaklahberdasarkansikap dan pandangan yang progresif dan fleksibel bagibahasa Melayu moden,ii.Istilahbaharuhendaklahyangpraktissamaadadalambidang ilmu atau masyarakat pemakai bahasa,iii.Pembentukanistilahbaharu,dalamsemuabidangilmuatau yang popular, hendaklah sentiasa diselaraskandengan yang dibuat diIndonesia,iv. Istilah baharu hendaklah memperlihat kekayaanperbendaharaan kata bahasa Melayu dan yangmempunyai sistem struktur menurut kudrat bahasaMelayu-Indonesia;danv.Istilahilmuhendaklahseboleh-bolehnyamemperlihatbentuk yang jelas dengan istilah asal atau istilahantarabangsa.xxi. Dasar baharu yang ditetapkan ini sudah membawa peluang kepadapenggubal-penggubal istilah untuk melihat dengan lebih luas cakupanpandangannya menuju kearah peringkat antarabangsa. Pada masa lalu apabilamenggubal istilah, penggubalan itu dibuat dengan melihat ke dalam bahasaMelayu sahaja. Contohnya jika ada kata bexxii. rakhiran gy dalam bahasa Inggerismaka dalam bahasa Melayu hendaklah dipakai kata kaji, sedangkan kataxxiii. -katadasarnya yang lain dicari kata terjemahannya dalam bahasa Melayu. Contohnyaadalah seperti yang berikut:xxiv. a)xxv. Biologyxxvi. -kajihayatb)xxvii. Anthropologyxxviii. -kajimanusiac)xxix. Sociologyxxx. -kajimasyarakatd)xxxi. Archeologyxxxii. -kajipurbae)xxxiii. Phonologyxxxiv. - kajibunyif)xxxv. Geologyxxxvi. -kajibumig)xxxvii. Psychologyxxxviii. -kajijiwah)xxxix. Climatologyxl. -kajiiklimxli. Berdasarkan conothxlii. xliii. contohdi atasbentuk istilahmemang baikdan sesuaikerana ia seragam, dan boleh dijadikan panduan untuk membentuk pelbagaiistilah dalam bahasa Melayu dalam bidang-bidang yang lain mengikut bentuk diatas seperti kajiserangga, kajibintang, kajihaiwan, kajitumbuhan, kajilautan,kajipenyakit dan berbagai-bagai lagi. Demikian juga daripada bentuk istilahseperti di atas menggambarkan bahawa bahasa Melayu memang cukup kayaxliv. xlv. xlvi. dengan istilah dan mudah pula membentuk kata-kata istilah baharu dalambahasa Melayu.Penggubalan kata istilah di atas ini berlaku kerana kita cuba hendakmempertahankan keaslian bahasa Melayu dan dalam bentuk istilah Melayu yangxlvii. sedia ada, tetapi mengapa pula perkataan organ diciplak daripada bahasaxlviii. Inggeris, bahasa asing juga?Oleh itu, untuk mengelak daripada berlakunya hal-hal seperti di atas,maka ditetapkan dasar kedua, supaya penggubalan istilah lebih mudah dan lebihpraktis, dan kita dapat menggubal istilah dengan lebih pantas dan cepat,terutama sekali bidang-bidang ilmu yang sudah tersebar luas di seluruh dunia,seperti farmasi, farmakologi, filologi, fotosintesis, neurologi, antropologi,linguistik, dan yang seumpamanya. Bagi dasar yang ketiga pun penting, keranabahasa Melayu dan bahasa Indonesia berakarkan induk bahasa yang sama, iaitubahasa Melayu Johor-Riau. Persamaannya sangat banyak, jika berbeza punhanya kerana pengaruh persekitaran dan penjajahan yang berlainan. Kalau diIndonesia ada pengaruh bahasa Belanda, di Malaysia pula ada pengaruhbahasa Inggeris yang kuat. Selain itu kita dapat berkongsi membaca buku-bukurujukan, sama ada yang terbit di Indonesia ataupun yang terbit di Malaysia.Dasar yang seterusnya ialah menggali lebih banyak kosa kata daripadasumber yang lebih tua, iaitu daripada bahasa Melayu klasik dan bahasaIndonesia. Dengan itu akan dapat memperlihatkan kekayaan bahasa Melayu-Indonesia dan ini akan dapat meningkatkan kemampuan dan kudrat bahasaMelayu-Indonesia dalam dunia ilmu pengetahuan. Dasar yang kelima akan dapatmerapatkan hubungan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa Melayudengan bahasa-bahasa dunia antarabangsa yang lain, jika membentuk ataumenggubal istilah mengikut arus perdana antarabangsa seperti istilah bahasaInggeris yang sudah menjadi bahasa induk, atau menyerap istilah daripadabahasa Latin yang menjadi induk bahasa barat yang maju seperti Peranchis,Jerman danSepanyol. Olehitu, untukmerealisasikandasarxlix. l. dasar berkenaanmaka DBP telah menyediakan lapan kaedah atau cara, iaitu:Bagi istilah pinjam-terjemah.li. a)Meminjamterjemahkanistilahasingyangsesuaikedalambahasa Melayu.Misalnya:i.lii. Fixed priceliii. -hargatetapii.liv. Market pricelv. -hargapasaraniii.lvi. Price listlvii. -senaraihargaiv.lviii. Cost pricelix. -hargakoslx. lxi. lxii. v.lxiii. Cost sectionlxiv. -bahagiankoslxv. Untuk kepentingan kecekapan, keseragaman, penyelarasan, praktis,ekonomi dan ilmiah, maka (mengikut keutamaan):lxvi. i.Beberapaistilahasingyangsamakonsep/pengertiannya dalam satu bidang ilmutertentu hendaklah ditetapkan dengan satu sahajaistilahMelayunya;ii.Sesuatuistilahasingyanghanyasatusahajapengertiannya, walau dalam apa bidang sekalipun,hendaklah ditetapkan dengan satu sahaja istilahMelayunya; daniii.Sesuatuistilahasing,hendaklahditakrifkanMelayunya dalam bentuk istilah (bukan terjemahan)yang ringkas dan jumlah perkataan atau suku katayang minimum.lxvii. Bagi istilah pinjaman, DBP telah memberi pedoman seperti yang berikut:lxviii. i.Pengambilanistilahasingdanterusmenjadikannyaistilah Melayu hendaklah terbatas kepada (menurutkeutamaan):a) Istilah ilmiah dalam bidang-bidang ilmu tertentu.Ini bermakna hanya dalam bidang-bidang sepertiperubatan, farmakologi, kejuruteraan,aeroangkasa dan seumpanya.b) Istilah khusus seperti nama tempat atau negeri,orang atau gelaran atau idiom. Contohnyaseperti Greenland, Wellington, Burkina Passo,James Watt dan lain-lain.c) Istilah asing yang belum pernah ada konsepnya,atau tidak ada persamaan Melayunya, atau tidakada persamaan atau terjemahan yang setepat-tepatnya. Contohnya sepertilxix. computerlxx. danlxxi. digitalcameralxxii. . Kata-kata istilah ini diserap sahajalxxiii. lxxiv. lxxv. dengan penyesuaian ejaan dan tatabahasaMelayu menjadi komputer dan digitalkamera.d) Istilah umum yang didapati telah popular/praktisdalam masyarakat pemakai bahasa Melayu-Indonesia. Contohnya seperti radio, televisyendan sebagainya.lxxvi. Pedoman kedua untuk istilah pinjaman yang ditetapkan oleh DBP ialah:Kata istilah pinjaman yang diambil hanya dalam bentuk dasar, sama adakata nama atau kata sifat. Pengambilan istilah terbitan asing dibatasi kepadaunsur-unsur atau bentuk-bentuk yang dapat disesuaikan dengan struktur dankudrat bahasa Melayu.Contohnya kita meminjam hanya perkatlxxvii. aan atom dan tidak boleh meminjamlxxviii. kata atomic, atomization dan yang seumpamanya. Tetapi perkataan nuklear(daripada nuclear) boleh dipinjam, sekalipun kata akarnya nucleus, kerana inimempunyai pengertian yang khas.Pedoman yang ketiga untuk istilah pinjaman yang ditetapkan oleh DBP adalahkata yang dipinjam, pada umumnya, hendaklah berdasarkan ejaan asal danbukan bunyinya dan keutamaannya adalah seperti yang berikut:lxxix. a) mengambil bentuk istilah Romawi-Yunani.Contohnya seperti nama-nama saintifik untuk tumbuh-tumbuhan dan haiwan.b) mengambil bentuk asal istilah asing dan disesuaikan dengansistem ejaan baharu bahasa Melayu-Indonesia. Bagibahagian ini ada dua pecahannya, iaitu:i.menyesuaikanejaankonsonan/vokalnyamenurutbentuk asal Rumawi-Yunani atau bentuk istilah asal,terutamanya bagi istilah ilmiah, atauii.menyesuaikanbunyiejaankonsonan/vokalistilahasing dengan bunyi menurut ejaan Melayu-Indonesia, terutama bagi istilah bukan ilmiah.lxxx. Dalam bukulxxxi. Pedoman Pembentukan Istilahlxxxii. yang baharu di atas, banyakperkara dan tajuk baharu dimasuk dan tiap-tiap tajuk diberi takrifnya sekali,lxxxiii. lxxxiv. lxxxv. sehingga pedoman ini menjadi panduan yang jelas dan tidak mengelirukan.Antara tajuk-tajukpentingyang dimasukkan ke dalam pedoman initermasuklah:lxxxvi. lxxxvii. i.Beberapakonsepdasarsepertidefinisiistilah,tataistilahdantatanama,istilahkhususdanistilahumum,morfemperistilahan, kata dasar dan kata akar, imbuhan, kataberimbuhan, kata gabungan, bentuk prototaip danparadigma kata atau perangkat kata;ii.Sumberistilah,sepertikosakatabahasaasing;danskematatacara pebentukan istilah yang mengandungi tujuh langkahyang ditetapkan seperti yang berikut:lxxxviii. a) Kata dalam bahasa Melayu yang lazim dipakai,lxxxix. b) Kata dalam bahasa Melayu yang sudah tidak lazimdipakai,c) Kata dalam bahasa serumpun yang lazim dipakai,d) Kata dalam bahasa serumpun yang tidaklazim dipakai,e) Kata dalam bahasa Inggeris,f) Kata dalam bahasa asing lain,h) Pilih yang terbaik antara istilah baharu.xc. 5.4 Peranan MABBIMxci. MABBIM ialah sebuah badan kebahasaan serantau yang dianggotai olehtiga negara, iaitu Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia. Asalnyabadan ini dinamai Majlis Bahasa Indonesiaxcii. xciii. Malaysia (MBIM), yang ditubuhkanpada 29Disember 1972,setelah satuPernyataanBersama ditandatangani olehAllahyarhamTunHusseinOnn,MenteriPendidikanMalaysia,danBapakMashuri Saleh S.H. Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia,pada 23 Mei 1972 di Jakarta. MBIM menjadi MABBIM apabila negara BruneiDarussalam menganggotai majlis ini pada 4 November 1985. Manakala,Singapura masih menjadi negara pemerhati Majlis sehingga kini.Matlamat penubuhan MABBIM ini untuk membina dan mengembangkanbahasa rasmi atau bahasa kebangsaan di tiga buah negara anggota tetapberkenaan. Pendek kata MABBIM bertujuan untuk mendaulat, menyebar danmengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa peradapan yang tinggibukan sahaja di rantau malah di dunia. Usaha ini boleh menjadi realiti apabilausahaxciv. xcv. usaha peristilahan berterusan dan lebih mantap. Ini meliputi semuaxcvi. xcvii.

Tataistilah dan TatanamaTataistilah dan Tatanama

Tataistilah ialah kumpulan peraturan untuk membentuk istilah, temasuk kumpulan istilah yang dihasilkannya. Tatanama ialah kumpulan peraturan yang menentukan nama dalam bidang ilmu, termasuk kumpulan nama yang dihasilkannya.

TataistilahTata istilah (terminologi) adalah peringkat asas dan ketentuan pembentukan istilah serta kumpulan istilah yang dihasilkannya. Ringkasnya tataistilah merupakan kumpulan istilah bagi satu-satu bidang tertentu yang dibentuk menurut peraturan-peraturan yang ada. Misalnya, tataistilah matematik bermakna kumpulan istilah matematik yang ada telah dibentuk berdasarkan sistem tertentu contohnya darab, pengamiran, janjang, min, mod, graf dan sebagainya.Contoh lain: Metabolisme, demokrasi, saham, persamaan.

TatanamaTatanama (nomenklatur) adalah alat peraturan penamaan dalam bidang ilmu tertentu, seperti kimia dan biologi, beserta kumpulan nama yang dihasilkannya. Ringkasnya, tatanama ialah sistem mengenai pemberian dan penentuan pemakaian nama-nama istilah dan sebagainya berdasarkan kaedah atau asas-asas tertentu seperti tatanama kimia, biologi, fizik dan sebagainya. Misalnya: Natrium klorida, nukleus, ribosom, karbon dioksida

Definisi SemantikDefinisi Semantik

Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat dikenali sebagai bidang semantik. Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna. Dalam bahasa kita dapat mengungkap fikiran, perasaan, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia.

Definisi daripada segi istilah pula, semantik berasal dari perkataan Yunani semantickos yang bermaksud penting atau bererti. Jika dilihat definisi yang diberikan oleh tokoh bahasa, semantik ialah cabang linguistik yang akan membahas erti atau makna (J.W.M. Verhar, 1996). Selain itu, semantik merupakan bidang pengkajian linguistik yang objek penelitiannya makna bahasa (Abdul Chaer,1994).

Menurut Kamus Dewan, semantik bermaksud kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata.Secara umumnya semantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakan makna, hubungan antara makna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat.

Sumber Istilah Bahasa MelayuPerbendaharaan kata umum bahasa Melayu:

Mana-mana kata umum dalam bahasa Melayu termasuk kata dari dialek kawasan atau bahasa lama boleh dijadikan istilah dengan syarat:

(a) Kata berkenaan tepat memberi makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang dimaksudkan.

(b) Kata yang dipilih adalah yang paling singkat (sekiranya ada sekelompok sinonim). Contoh: hospital dan rumah sakit, dipilih hospital; fisiologi dan kaji tugas organ, dipilih fisiologi.

(c) Kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang.

Bahasa Serumpun:

Kalau tidak dapat istilah yang diperlukan daripada bahasa Melayu, maka hendaklah dicari pula daripada bahasa-bahasa yang serumpun dengan bahasa Melayu. Misalnya: gambut (Banjar) peat nyeri (Sunda) pain engkabang (Iban) ellipenut awet (Jawa) lasting

Perbendaharaan kata bahasa asing:

Kalau istilah yang diperlukan tidak terdapat daripada bahasa Melayu dan bahasa yang serumpun dengan bahasa Melayu maka bolehlah diambil kata-kata daripada bahasa asing. Penulisan istilah ini hendaklah mengutamakan bentuk ejaannya dalam bahasa sumber (yakni disesuaikan, seperlunya), dan penyebutannya hendaklah mengikut sistem bunyi bahasa Melayu.

Demi keseragaman, bahasa yang paling internasional (iaitu Inggeris) menjadi sumber, melainkan konsep yang berkenaan tidak ada istilahnya dalam bahasa Inggeris.

Misalnya: Atom- atom electron -elektron professional -profesional psychology -psikologi structure -struktur

SEMANTIK

a) Definisi Semantik1. Dalam bidang linguistik, semantik ialah bidang yang mengkaji makna dalam sesuatu bahasa.2. Dari segi etimologi, kata semantik berasal daripada kata Yunani sema yang bererti tanda atau lambing. Oleh yang demikian, semantik juga dapat diertikan sebagai ilmu yang menyelidiki paduan tanda-tanda atau lambing-lambang yang menghasilkan sesuatu bahasa serta ertinya.3. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat manakala ayat terdiri daripada rentetan kata. Oleh yang demikian, untuk meneliti makna dalam sesuatu bahasa, peringkat bahasa yang teliti meliputi unit-unit bahasa yang membentuk kata dan ayat, iaitu morfem,kata,frasa, dan ayat. Dengan ini, semantik dapat ditakrifkan sebagai kajian tentang makna morfem, kata, frasa, dan ayat dalam sesuatu bahasa.4. Harimurti Kridalaksana(1949) mendefinisikan semantik sebagai bahagian daripada struktur bahasa yang berkaitan dengan makna. Semantik juga disebut sebagai satu system penyelidikan makna dalam sesuatu bahasa.5. Katz(1972:1) menyebut semantik ialah kajian tentang makna linguistic yang membicarakan tentang apakah yang ditonjolkan dalam ayat atau lain-lain dalam linguistik.6. Pei dan Gaynor pula menyebut semantic sebagai sains yang menghuraikan kaitan referens (benda) dengan referends (rujukan).7. Penjelasan mereka dibuat berdasrkan Segi Tiga Semiotik yang dikemukakan oleh Ogden dan Richard.8. Ainon Muhamad kemudiannya mempermudahkan segi tiga itu dengan huraian beliau sendiri.

b) Takrif/Konsep Semantik

Pada dasarnya, semantik ialah bidang ilmu yang mengkaji makna pada peringkat kata, frasa, ayat dan hubungannya dengan idea, konsep dan perkataan. Menurut Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (1985), bidang semantik merupakan satu bidang dalam kajian linguistik yang mengkaji makna dalam sesuatu bahasa. John Lyons (1981) dalam bukunya berkata, menurut satu teori yang dapat diterima, makna adalah idea atau konsep yang boleh dipindahkan daripada fikiran penutur kepada pendengarnya yang akan menghasilkan satu bahasa atau satu bahasa yang lain. Menurut Harimurti Kridalaksana (1949) pula, semantic adalah bahagian daripada struktur bahasa yang berkaitan dengan makna. Semantic juga disebut sebagai satu sistam penyelidikan makna dalam sesuatu bahasa. Semantara Katz (1972:1) pula menyebut semantic ialah kajian tentang makna linguistic yang membicarakan tentang apakah yang ditonjolkan dalam ayat atau lain-lain dalam linguistic.

Banjir kilat ialah banjir yang berlaku dengan serta-merta atau dengan tidak disangka-sangka. Banjir kilat adalah antara bencana alam yang kerap berlaku di Negara kita dan boleh mendatangkan beberapa kesan buruk terhadap semua hidupan sehjingga boleh membawa kematian.Banjir kilat berlaku disebabkan oleh beberapa factor. Antaranya ialah akibat hujan berterusan. Hujan yang berterusan tanpa henti-henti selama beberapa jam akan menyebabkan banjir berlaku. Di kawasan-kawasan rendah, air hujan akan dialirkan ke sungai. Air yang memenuhi sungai akan melimpah keluar sehingga menyebabkan kawsaan tanah rendah dipenuhi air.Hutan yang berperanan untuk menyerap air hujan juga semakin berkuranagn. Hal ini menyebabakan air hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan. Hujan yang turun dengan lebat menyebabkan air mengalir dengan banyak ke dalam sungai. Apabila sungai tidak dapat menampung air hujan dalam jumlah yang banyak, maka berlakulah banjir kilat.Masalah banjir kilat yang sering melanda Bandar pula adalah disebabkan kekurangan system perparitan yang sempurna. Parit yang dibina terlau kecil dan cetek serta sering tersumbat. Apabila berlaku hujan lebat, parit tersebut tidak dapat menampung sejumlah air yang banyak. Maka air melimpah keluar dari parit menyebabkan banjir kilat berlaku.Hujan dan banjir merupakan fenomena alam yang berlaku secra semula jadi dan membawa rahmat kepada manusia, tetapi jika kita tidak mengambil langkah-langkah untuk memelihara kelangsungan alam serta tidak melakukan aktiviti pembangunan dengan terancang, maka masalah banjir kilat akan berterusan.

2