bahagian psikologi & kaunseling kementerian pendidikan ... · terakhir pada 4 julai 2018 . ......

9
Bahagian Psikologi & Kaunseling Kementerian Pendidikan Malaysia Vol : 2/ 2018

Upload: vunhu

Post on 22-Apr-2019

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bahagian Psikologi & Kaunseling Kementerian Pendidikan ... · terakhir pada 4 Julai 2018 . ... Menggunakan konsep kerja berpasukan adalah satu pendekatan ... bimbingan dan Kaunseling

Bahagian Psikologi & Kaunseling Kementerian Pendidikan Malaysia

Vol : 2/ 2018

Page 2: Bahagian Psikologi & Kaunseling Kementerian Pendidikan ... · terakhir pada 4 Julai 2018 . ... Menggunakan konsep kerja berpasukan adalah satu pendekatan ... bimbingan dan Kaunseling

Program Karnival Komuniti Orang Asli anjuran BPsK dan BPSH berharap dapat merapatkan hubungan dengan

pihak sekolah dengan masyarakat setempat, sejajar dengan anjakan 9 Pelan Pembangunan Pendikan Malaysia.

Program ini bermatlamat meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pendidikan kepada orang asli serta

mewujudkan hubungan yang akrab di antara warga pendidik dan penduduk setempat. Secara rasionalnya,

program ini ingin menerapkan nilai-nilai yang baik dari sudut akliah dan rohaniah untuk membina jati diri sekaligus

meningkatkan taraf kehidupan masyarakar orang asli supaya mampu bersaing dengan masyarakat lain di

Malaysia.

Program ini bermula di negeri Pahang di SK Titom dan SK Lanai, Kuala Lipis, Pahang pada 17 hingga 18 April

yang lalu.

Kemudian, diikuti di negeri Perak di SK Sg. Tiang, Gerik (26 Jun 2018) dan SK Chenderong Kelubi, Tanjung

Tualang (28 Jun 2018), serta di negeri Terengganu pada tarikh yang sama di SK Sg. Pergam, Kemaman dan SK

Sg. Berua di Hulu Terengganu.

Seterusnya, program telah bergerak ke SK Sayong Pinang, Kulai dan SK Segamat Kecil, Segamat bermula 24

Julai hingga 26 Julai 2018. Diikuti ke negeri Kelantan di SK Bihai dan SK Pasir Linggi, Gua Musang pada 14 dan

15 haribulan Ogos 2018.

Page 3: Bahagian Psikologi & Kaunseling Kementerian Pendidikan ... · terakhir pada 4 Julai 2018 . ... Menggunakan konsep kerja berpasukan adalah satu pendekatan ... bimbingan dan Kaunseling

Di negeri Selangor, SK (A) Bukit Kemandol, Kuala Langat menghangatkan karnival orang asli pada 28 Ogos

lepas dan diikuti ke SK Tun Abdul Razak, Hulu Selangor pada 30 Ogos 2018.

Bagi Negeri Sembilan, SK Sg. Sampo, daerah Jempol/Jelebu turut menjalankan program yang sama pada 28

Ogos dan diikuti pada keesokannya di SK Tekir, Labu, Seremban.

Bagi sekolah yang mempunyai ramai pelajar tahun 5 hingga tahun 6, para kaunselor BPsK dan JPN negeri serta

KOD akan memberi bengkel personaliti dan kerjaya untuk membantu mereka memahami keperluan kepribadian

mereka untuk akan datang.

Page 4: Bahagian Psikologi & Kaunseling Kementerian Pendidikan ... · terakhir pada 4 Julai 2018 . ... Menggunakan konsep kerja berpasukan adalah satu pendekatan ... bimbingan dan Kaunseling

Atas ingin memperluaskan peranan kaunseling dalam masyarakar setempat,

BPsK bersama Asyik fm (RTM) bergabung menyediakan segmen khas “Hey

OK! Hik OK!” khusus untuk komuniti orang asli.

Bertempat di studio Asyik fm (RTM), kaunselor BPsK telah membuat rakaman

mengikut jadual yang telah ditetapkan sejak awal bulan Jun 2018 hingga

terakhir pada 4 Julai 2018 . Rancangan itu mula beroperasi pada 4 Julai lalu

pada frekuensi 91.1 fm, pada setiap hari Rabu, jam 12.00 tengah hari hingga

12.30 tengah hari.

Pada 29 – 30 Jun 2018 (Jumaat – Sabtu), pihak Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (2) telah menjemput 2 orang fasilitator dari BPsK untuk mengendalikan Modul OMBAK, iaitu Pn. Salamiah Hasan dan En. Khairudin Mohamed. Program ini telah diadakan di Pusat Kokurikulum Melaka, Merlimau dan melibatkan seramai 81 orang guru dan staf. Hasil dari penilaian program menunjukkan rata-rata peserta sangat berpuas hati dengan aktiviti yang telah dijalankan.

Seterusnya, BPsK akan turun ke sekolah-sekolah di Putrajaya untuk menjalankan Modul OMBAK mengikut jadual di bawah :-

7 Julai 2018 - SMK Putrajaya Presint 14 (1)

14 Julai 2018 - SK Putrajaya Presint 14 (1)

SK Putrajaya Presint 18 (2)

SK Putrajaya Presint 16 (2)

SK Putrajaya Presint 5 (1)

“Mui num mui”

Page 5: Bahagian Psikologi & Kaunseling Kementerian Pendidikan ... · terakhir pada 4 Julai 2018 . ... Menggunakan konsep kerja berpasukan adalah satu pendekatan ... bimbingan dan Kaunseling

BICARA SANTAI 3.0 : HIJRAH LGBT – PENGALAMAN SEORANG MAKNYAH (CIKGU ERIN).

Unit Pofesionalisme Kaunselor (UPK) BPsK telah menganjurkan satu slot

Bicara Santai yang bertajuk Hijrah LGBT : Pengalaman Seorang

Maknyah pada 10 Ogos 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat BPsK.

Perkongsian diberikan oleh penceramah jemputan iaitu Cikgu Mohd.

Khairiri dari SK Kg. Raja Uda, Klang berdasarkan pengalaman sebenar

sebagai bekas maknyah yang telah terjebak dengan gejala ini sejak dari

bangku sekolah lagi. Slot ini juga membawakan pendedahan tentang

dunia sebenar kehidupan golongan maknyah yang bergelumang dengan

konflik dalaman diri serta bagaimana mereka berhadapan dengan

kehidupan seharian serta menempatkan diri mereka dalam masyarakat.

Slot Bicara Santai kali ini bertujuan untuk memberi pemahaman kepada

kaunselor supaya lebih memahami dunia sebenar gejala ini yang

semakin menjadi-jadi dan seterusnya membuka ruang untuk kaunselor

untuk membantu golongan ini dalam berhadapan dengan konflik serta

isu kehidupan mereka. Semoga dengan usaha kecil ini dapat membuka

ruang dan peluang untuk kaunselor menyalurkan kemahiran dan

keilmuan psikologi dan kaunseling dalam membantu membina

masyarakat yang sejahtera.

Bengkel Asas Penilaian Sesi Kaunseling (Klinikal Supervision)

Kaunselor Organisasi, Kementerian Pendidikan Malaysia Anjuran Bahagaian Psikologi Dan Kaunseling

7-9 Ogos 2018

Pada 7-9 ogos 2018, Unit Profesionalisme Kaunselor telah menjalankan Bengkel Asas Penyeliaan Sesi Kaunseling kepada 48

orang kaunselor organnisasi dari BPSK, Jabatan Pendidikan Negeri, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru Malaysia.

Tujuan bengkel ini adalah untuk melatih bakal penyelia sesi kaunseling Kementerian Pendidikan Malaysia yang akan memperolehi tauliah penyeliaan dari KPM dan Lembaga Kaunselor Malaysia. Pensyarah dan pemeriksa Refleksi Bertulis adalah Prof. Madya Dr Wan Marzuki Wan Jaafar , Ketua Jabatan Pendidikan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Putra Malaysia dan merangkap Presiden Lembaga Kaunselor Malaysia.

Semoga bengkel ini akan menghasilkan barisan penyelia sesi kaunseling yang kompeten sekaligus memberikan perkhidmatan terbaik kepada klien.

Page 6: Bahagian Psikologi & Kaunseling Kementerian Pendidikan ... · terakhir pada 4 Julai 2018 . ... Menggunakan konsep kerja berpasukan adalah satu pendekatan ... bimbingan dan Kaunseling

KURSUS DSM V DAN LAWATAN KE HOSPITAL BAHAGIA

TANJUNG RAMBUTAN, ULU KINTA PERAK.

Pada 15- 17 Julai 2018, Unit Profesionalisme Kaunselor BPsK telah mengadakan

kursus DSM-V dan Lawatan ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan. Kursus ini bertujuan

memberikan pendedahan berfokus kepada 40 orang kaunselor organisasi KPM berkaitan

kesihatan mental . Kursus ini disertai oleh 23 orang kaunselor organisasi dari BPsK, 2 orang

kaunselor IPG Ipoh, 2 orang kaunselor Kolej Matrikulasi Perak, 2 orang kaunselor dari Jabatan

Pendidikan Negeri Perak dan 9 orang kaunselor dari Pejabat Pendidikan Daerah Negeri

Perak.

Bermula pada 16 Julai 2018, bertempat di Kolej Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan

Shah, kursus DSM-V telah dijalankan dengan kerjasama Royal College of Medicine Perak

(RCMP) . Kursus ini telah dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Muhammad, pensyarah RCMP

yang juga merupakan pakar dalam bidang psikatrik. Pengajar dan makan minum telah ditaja

sepenuhnya oleh pihak RCMP.

Page 7: Bahagian Psikologi & Kaunseling Kementerian Pendidikan ... · terakhir pada 4 Julai 2018 . ... Menggunakan konsep kerja berpasukan adalah satu pendekatan ... bimbingan dan Kaunseling

Pada hari kedua kursus, para peserta

dibawa melawat ke Hospital Bahagia Ulu Kinta,

Ipoh Perak. Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat

dengan lebih jelas tentang diri pesakit mental, cara

rawatan , aktiviti dan persekitaran yang dibentuk

untuk membantu memulihkan para pesakit mental.

Bermula dengan taklimat oleh Dr. Shamini A/P

Arasalinggam, pakar psikatrik Hospital Bahagia, dan

kemudian para peserta dibawa untuk berinteraksi

dengan pesakit dibengkel kerja dan wad kebun.

Berdasarkan penilaian

program , 100 peratus

peserta ingin menjalani

kursus lanjutan manakala

90 peratus peserta

bersetuju untuk

menjalani program

penempatan kerja

sementara di sektor

kesihatan mental.

Dr. Shamini A/P Arasalinggam,

Page 8: Bahagian Psikologi & Kaunseling Kementerian Pendidikan ... · terakhir pada 4 Julai 2018 . ... Menggunakan konsep kerja berpasukan adalah satu pendekatan ... bimbingan dan Kaunseling

Bagi membugarkan kembali semangat dan motivasi kepada warga

organisasi BPsK. Bengkel Pemantapan Organisasi dilaksanakan

sebagai satu refreshment dalam semangat berpasukan atau

united.

Menggunakan konsep kerja berpasukan adalah satu pendekatan

yang unik tapi kreatif. Hal ini kerana pendekatan kerja berpasukan

mengenal pasti segala kekuatan dan kelebihan kesemua ahli,

mengembleng segala elemen positif dan mengabungkannya

sebagai satu punca tenaga yang baru (Francis & Young 1979).

Pemimpin atau pengurus boleh menjadikan satu pasukan kerja

yang lebih efektif dengan cara mengumpul semua ahlinya yang

berbakat serta memupuk dan memotivasikan semangat mereka

menjadi lebih positif demi mencapai matlamat pasukan kerja yang

ditetapkan.

Pada 3 hingga 4 Ogos lalu bertempat di Dusun Akin Resort, Batu

14, Hulu Langat , dusun buah-buahan ini dipilih untuk

mengurangkan tekanan fizikal dan mental walaupun

menjalankan tugasan kumpulan. Tugasan sangat santai dan

menguatkan ukhwah antara warga BPsK…..

Page 9: Bahagian Psikologi & Kaunseling Kementerian Pendidikan ... · terakhir pada 4 Julai 2018 . ... Menggunakan konsep kerja berpasukan adalah satu pendekatan ... bimbingan dan Kaunseling

Keratan-keratan akhbar yang tersiar di muka hadapan suratkhabr tempatan pada 29 dan 30 Ogos 2018

Pn. Normazwin Bt. Yahya,

Setiuasaha Bahagian, BPsK

diwawancara pemberita dari

beberapa akhbar tempatan

di SK Tekir, Negeri Sembilan

pada 29 Ogos 2018 yang lalu.

BENGKEL PEMBENTANGAN KAJIAN TINDAKAN DAN PELAPORAN PERKHIDMATAN

KAUNSELING TERHADAP MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK) DAN KAKITANGAN

ORANG KURANG UPAYA (OKU)

Pada 29 – 30 Ogos 2018, Unit Profesionalisme Kaunselor BPsK telah menganjurkan Begkel

Pembentangan Kajian Tindakan Dan Pelaporan Perkhidmatan Kaunseling Terhadap Klien MBK Dan

OKU. Bengkel ini melibatkan 30 orang kaunselor organisasi dari 3 buah daerah dan negeri serta guru

bimbingan dan Kaunseling dari 20 buah sekolah menengah intergrasi.

Bengkel ini merupakan fasa ke empat dari Program Pemantapan Perkhidmatan Kaunseling

Terhadap MBK dan OKU setelah para peserta menjalani Kursus Asas Pendidikan Khas dan

menjalankan perkhidmatan serta

kajian tindakan selama empat bulan

iaitu bermula bulan April hingga

Ogos 2018.

Moga program ini mencapai objektif

yang digariskan demi memartabatkan

lagi perkhidmatan Kaunseling di

Malaysia.