penyayang profesionalisme kerja berpasukan edisi september

12
Bengkel Sistem Maklumat Hospital KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA e-Buletin Penyayang Profesionalisme Kerja Berpasukan Edisi September 2016 http://www.moh.gov.my www.facebook.com/pages/ kementerian-kesihatan-malaysia http://twiter.com/kkmputrajaya http://www.youtube.com/ kementeriankesihatan http://instagram.com/ kementeriankesihatanmalaysia Sambutan & Seminar Minggu Penyusuan Susu Ibu Peringkat Kebangsaan 2016 Sambutan & Seminar Minggu Penyusuan Susu Ibu Peringkat Kebangsaan 2016 Majlis Penyerahan Bangunan & Occupational Permit Majlis Penyerahan Bangunan & Occupational Permit Bengkel Sistem Maklumat Hospital M/S1 M/S2 M/S2 perSAMIAN sambutan hari denggi asean konvensyen combi peringkat kebangsaan 2016 & M/S1

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penyayang Profesionalisme Kerja Berpasukan Edisi September

BengkelSistem Maklumat Hospital

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

e-BuletinPenyayang Profesionalisme Kerja Berpasukan Edisi September 2016

http://www.moh.gov.my www.facebook.com/pages/kementerian-kesihatan-malaysia

http://twiter.com/kkmputrajaya http://www.youtube.com/kementeriankesihatan

http://instagram.com/kementeriankesihatanmalaysia

Sambutan & SeminarMinggu Penyusuan Susu IbuPeringkat Kebangsaan 2016

Sambutan & SeminarMinggu Penyusuan Susu IbuPeringkat Kebangsaan 2016

Majlis Penyerahan Bangunan & Occupational

Permit

Majlis PenyerahanBangunan & Occupational

Permit

BengkelSistem Maklumat Hospital

M/S1

M/S2 M/S2

perSAMIAN sambutan hari denggi aseankonvensyen combi peringkat kebangsaan 2016& M/S1

Page 2: Penyayang Profesionalisme Kerja Berpasukan Edisi September

perasmian sambutan hari denggi asean &konvensyen combi peringkat kebangsaan 2016Tarikh: 24 September 2016Tempat: Kota Tinggi, JohorYB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Kesihatan telah merasmikan Majlis Sambutan Hari Denggi ASEAN dan Konvensyen COMBI Peringkat Kebangsaan 2016. Turut hadir ialah YB Datuk Haji Ayub Bin Rahmat, Pengerusi Jawatan kuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor dan YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, KPK.

COMBI memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha mengurangkan kes denggi. Oleh itu, KKM memohon peruntukan tambahan untuk COMBI dalam Bajet 2017 selaras dengan usaha kerajaan bagi membanteras denggi. Dalam tempoh Januari sehingga 7 September lalu, terdapat penurunan kematian disebabkan denggi sehingga 25 peratus.

Tarikh: 3 September 2016Tempat: Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

YB Dato’ Seri Dr. Hilmi Haji Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan telah merasmikan Majlis Pelancaran Minggu Penyusuan Susu Ibu Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2016 di Universiti Sains Malaysia. Turut hadir ialah YBhg. Datuk Lokman, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) dan Dato’ Dr. Sukumar Mahesan, Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang. Minggu Penyusuan Susu Ibu Peringkat Kebangsan yang bertemakan Penyusuan Susu ibu: Kunci Pembangunan Lestari bertujuan memberitahu masyarakat bahawa penyusuan susu ibu sebagai komponen utama pembangunan

mampan yang memberikan sumber nutrisi yang sihat, berdaya dan tidak tercemar untuk bayi kecil.

Sambutan & SeminarMinggu Penyusuan Susu Ibu Peringkat Kebangsaan 2016

E-Buletin Edisi September 2016K E M E N T E R I A N K E S I H A T A N M A L A Y S I A 1

Page 3: Penyayang Profesionalisme Kerja Berpasukan Edisi September

Tarikh: 16 September 2016Tempat: Bintulu, Sarawak

Majlis Penyerahan Bangunan & Occupation Permit

Bengkel Penglibatan Pihak Berkepentingan bagi Sistem Maklumat Hospital

YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, KPK telah merasmikan Bengkel Penglibatan Pihak Berkepentingan bagi Sistem Maklumat Hospital (HIS @ KKM) Fasa 1 Projek. Transformasi ICT untuk Kesihatan merupakan salah satu daripada 8 teras Transformasi Penjagaan Kesihatan KKM. Jumlah kos kewangan projek tersebut dianggarkan sebanyak RM17.5 juta dan akan mengambil masa selama 3 tahun untuk disiapkan. Pembangunan projek tersebut diharap dapat meningkatkan perkhidmatan infrastruktur dan kesihatan dengan ICT sebagai penggerak bagi mencapai visi dan misi ICT seperti yang digariskan dalam Perancangan Strategik KKM 2016-2020. Hasil projek tersebut dijangka akan meningkatkan lagi sistem rumah-dewasa semasa dengan modul khusus untuk perkhidmatan sokongan.

E-Buletin Edisi September 2016K E M E N T E R I A N K E S I H A T A N M A L A Y S I A 2

Tarikh: 9 September 2016Tempat: Putrajaya

YBhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min, KSU telah merasmikan Majlis Penyerahan Bangunan dan Occupation Permit bagi projek“Cadangan Menaiktaraf Unit Rawatan Kebakaran Hospital Bintulu”. Turut hadir ialah Dr. Jamilah Hashim, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak,YBhg. Dato’ Jagjit Singh, Timbalan Setiausaha Bahagian Pembangunan dan Dr. Davis Johnraj, Pengarah Hospital Bintulu. Unit Rawatan Kebakaran ini mempunyai4 unit Intensive Care dengan 6 buah katil dan 1 unit High Dependency dengan 4 buah katil. Dengan beroperasinya Unit Kebakaran ini, diharap semua pesakit yang mengalami kemalangan melibatkan kebakaran mendapat rawatan yang berkualiti di hospital tersebut.

Page 4: Penyayang Profesionalisme Kerja Berpasukan Edisi September

Tarikh: 5 September 2016Tempat: Hospital Pulau Pinang, Pulau Pinang

YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Kesihatan telah merasmikan Persidangan National Environmental Health Action Plan (NEHAP) 2016. Turut hadir ialah YBhg. Datuk Dr. Shahnaz bt Murad, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (P&ST) dan Tuan Haji Jalal bin Bongkik,Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan.

Tema persidangan tersebut ialah “Partnership In Environmental Health: Towards Achieving Sustainable Development Goals (SDGS)”. NEHAP merupakan satu kaedah perancangan dan pelaksanaan tindakan kesihatan alam sekitar secara komprehensif, holistik melibatkan pelbagai disiplin dan inter-sectoral di peringkat nasional.

Tarikh: 29 September 2016Tempat: PICC, Putrajaya

YB Dato’ Seri Dr. Hilmi Haji Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan telah merasmikan Perkhidmatan Mesin Baru Magnetic Resonance Imaging (MRI) Dan Mesin Angiogram di Hospital Pulau Pinang. Turut hadir ialah Dato’ Dr. Sukumar Mahesan, Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang. Mesin-mesin tersebut akan memberi manfaat kepada warga Pulau Pinang dan wilayah utara negara Malaysia. YBTMK juga berkesempatan menziarahi Aina Nadiha Binti Azizi, calon UPSR 2016 dari Sekolah Kebangsaan IPGM Perlis yang terpaksa mengambil peperiksaan di Hospital Pulau Pinang dan juga melawat pesakit warga Balik Pulau lain yang ditempatkan di wad hospital Pulau Pinang bagi menjalani rawatan.

perasmian Perkhidmatan Mesin Baru Magnetic Resonance Imaging (MRI)& Mesin Angiogram

E-Buletin Edisi September 2016K E M E N T E R I A N K E S I H A T A N M A L A Y S I A 3

Persidangan National EnvironmentalHealth Action Plan (NEHAP) 2016

Page 5: Penyayang Profesionalisme Kerja Berpasukan Edisi September

E-Buletin Edisi September 2016K E M E N T E R I A N K E S I H A T A N M A L A Y S I A 4

YBhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min, KSU telah mengadakan lawatan kerja ke beberapa fasiliti kesihatan di Miri seperti Klinik Kesihatan Batu Niah dan Hospital Miri. Turut hadir ialah Dr. Jamilah Hashim, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, YBhg. Dato’ Jagjit Singh, Timbalan Setiausaha Bahagian Pembangunan dan Dr. Jack Wong Siew Yu, Pengarah Hospital Miri. Lawatan tersebut

bertujuan untuk meninjau prasarana yang terdapat di hospital dan klinik tersebut di samping melihat perkembangan semasa kerja-kerja projek pembinaan 2 bilik bedah baru dan Jabatan Perkhidmatan Pensterilan Berpusat Hospital Miri. YBhg. Dato’ Seri KSU berharap fasiliti kesihatan sentiasa dinaiktaraf bagi memastikan masyarakat setempat mendapat perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan terbaik.

Tarikh: 17 September 2016Tempat: Miri, Sarawak

Lawatan Kerja KSUKlinik Kesihatan Batu Niah

Tarikh: 17 September 2016Tempat: Miri, Sarawak

Hospital Miri

Page 6: Penyayang Profesionalisme Kerja Berpasukan Edisi September

Tarikh: 6 September 2016Tempat: Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur

Perasmian 6th National Nuclear Medicine Seminar 2016

YB Dato’ Seri Dr. Hilmi Haji Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan telah merasmikan 6th National Nuclear Medicine Seminar 2016. Turut hadir ialah Dr. Asmayani Binti Khalib, Pengarah Institut Kanser Negara. Seminar tersebut adalah anjuran Jabatan Perubatan Nuklear IKN. Negara Malaysia setanding dengan negara maju dengan menggunakan teknologi perubatan nuklearterutamanya dalam mengubati penyakit kanser. YBTMK

mengharapkan agar bidang ini akan dapat berkembang supaya fasiliti kesihatan negara dapat mengubati penyakit kanser yang merupakan antarapenyakit terbanyak dihidapi rakyat Malaysia.

E-Buletin Edisi September 2016K E M E N T E R I A N K E S I H A T A N M A L A Y S I A 5

Tarikh: 22 September 2016Tempat: IPKKM, Putrajaya

YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Kesihatan telah merasmikan Majlis Perhimpunan Bulan Ogos 2016. Turut hadir ialah YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, KPK,YBhg. Dato’ Saiful Anuar bin Lebai Hussen, TKSU (P) danYBhg. Dato’ Mohd Syafiq bin Abdullah, TKSU (K). Pelbagaiaktiviti dan pertandingan telah dianjurkan sempenaHari Kebangsaan 2016 seperti Pertandingan Mencipta Video Pendek, Pertandingan Melukis Mural Di Hospital/Klinik Kesihatan dan Pertandingan Memasak. Penyertaan warga KKM dalam pertandingan yang diadakan menunjukkan semangat persaingan yang sihat dan meningkatkan tahap kerjasama dalam kerja berpasukan.

Majlis Perhimpunan Bulan Ogos 2016

Page 7: Penyayang Profesionalisme Kerja Berpasukan Edisi September

Program PemupukanAmalan Gaya Hidup SihatTarikh: 10 September 2016Tempat: Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang

Tarikh: 23 September 2016Tempat: Segamat, Johor

YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Kesihatan telah merasmikan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia anjuran Persatuan Kesihatan Enviroment Malaysia di Dewan Serbaguna Jementah Segamat. Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Saiful Anuar bin Lebai Hussen, TKSU (P). YBMK telah mengisytiharkan26 September sebagai sambutan Hari kesihatan Persekitaran Sedunia dan ianya akan disenaraikan dalam Takwim Hari Sambutan Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia.

Perasmian Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia 2016

E-Buletin Edisi September 2016K E M E N T E R I A N K E S I H A T A N M A L A Y S I A 6

YB Dato’ Seri Dr. Hilmi Haji Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan telah merasmikan Program Pemupukan Amalan Gaya Hidup di kalangan anggota polisdi Politeknik Balik Pulau. Turut hadir ialah ketiga-tiga ADUN dalam Parlimen Balik Pulau, Ketua Polis Daerah dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya. Program tersebut dimeriahkan lagi dengan penglibatan Kolej Kejururawatan Bukit Mertajam

yang turut membantu melakukan pemeriksaan kesihatan asas kepada anggota polis. YBTMK turut menyampaikan peralatan KOSPEN dariPejabat Kesihatan Daerah kepada Ketua Polis IPD Barat Daya. Program Pemupukan Amalan Gaya Hidup Sihat ini diharapkan akan meningkatkan lagi tahap penjagaan kesihatan di kalangan anggota polis tersebut.

Page 8: Penyayang Profesionalisme Kerja Berpasukan Edisi September

Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Tahun 2015

Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Lawatan Kerja ke

Tarikh: 27 September 2016Tempat: Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya

Tarikh: 6 September 2016Tempat: Institut Penyelidikan Perubatan, Kuala Lumpur

YBhg. Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara (KSN) telah merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Tahun 2015 Bagi Kementerian, Jabatan dan Berkanun Persekutuan. Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min, KSU dan YBhg. Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah, KPK. KKM telah menerima penganugerahan 5 bintang bagi Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Tahun 2015. Anugerah telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ali, KSN kepada YBhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min, KSU. YBhg. Dato’ Seri KSU berharap agar warga kerja KKM akan sentiasa memastikan prestasi seperti ini dapat dikekalkan sekali gus meningkatkan imej KKM kepada yang lebih tinggi lagi.

E-Buletin Edisi September 2016K E M E N T E R I A N K E S I H A T A N M A L A Y S I A 7

YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, KPK telah mengadakan lawatan ke Institut Penyelidikan Perubatan

(IMR) yang merupakan tulang belakang kepada penyelidikan perubatan KKM. IMR menjalankan

penyiasatan diagnostik dan penyelidikan dalam penyakit-penyakit berjangkit seperti Zika, MersCoV, SARS, Denggi, Influenza dan lain-lain

untuk KKM. IMR juga banyak bekerjasama dengan WHO, negara-negara OIC, SEAMEO TROPMED

dan banyak institut penyelidikan terkemuka dunia. IMR sedang membangunkan kit ujian yang boleh mengesan

Zika dan Denggi genom dalam sampel serum. Sebaik sahaja dioptimumkan dan disahkan, kit ini akan diberikan kepada semua

hospital kerajaan dan Labs Kesihatan Awam untuk melakukan diagnostik molekul.

Page 9: Penyayang Profesionalisme Kerja Berpasukan Edisi September

Tarikh: 25 September 2016Tempat: Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur

Tarikh: 29 September 2016Tempat: Hospital Queen Elizaheth, Kota Kinabalu

PersidanganPenjagaan Kesihatan Ramsay Sime Darby

Malaysian Association of Bronchology & Interventional Pulmonology (MABIP)

E-Buletin Edisi September 2016K E M E N T E R I A N K E S I H A T A N M A L A Y S I A 8

YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, KPK telah dijemput untuk merasmikan Persidangan Penjagaan Kesihatan Ramsay Sime Darby pada Specialty Services. Tema persidangan tersebut ialah “Collaborating for Better Quality Healthcare”. Turut hadir ialah peserta dari Malaysia, Indonesia dan Australia. KPK telah mengemukakan 8 Teras Transformasi Sistem Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan memberi tumpuan kepada Perkongsian Awam-Swasta. Hal ini adalah untuk membolehkan penumpuan sistem kesihatan (sistem kesihatan awam dan swasta), supaya kedua-dua sistem boleh memanfaatkan antara satu sama lain. KPK juga menyatakan bahawa kita perlu bekerjasama untuk kesihatan yang lebih baik antara negara lain.

YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, KPK telah merasmikan Malaysian Association of Bronchology and Interventional Pulmonology (MABIP) di Hospital Queen Elizabeth. Turut hadir ialah Datuk Christina Rundi, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah. Persatuan tersebut bertujuan untuk kecemerlangan dalam penjagaan klinikal, pendidikan dan penyelidikan dalam Bronchology dan bidang-bidang yang berkaitan. Kini, KKM mempunyai 43 pulmonologist (termasuk pelatih) dan KKM akan mengembangkan bidang sub-

kepakaran tersebut pada masa akan datang. KPK juga mengambil kesempatan untuk mengadakan sesi dialog dengan Pengarah Hospital, Ketua Jabatan dan Senior Consultants serta pakar di hospital Sabah.

Page 10: Penyayang Profesionalisme Kerja Berpasukan Edisi September

DR. ZURINA ASIAH BINTI MUSA

Jawatan / Tempat : PAKAR PERGIGIAN KESIHATAN AWAM GRED UG54 PUSAT INFORMATIF KESIHATAN, BAHAGIAN PERANCANGANGelaran : KETUA PENOLONG PEGARAH KANAN (PERGIGIAN)Tarikh : 1 SEPTEMBER 2016

ENCIK RAHAMZAN BIN HASHIM

Jawatan / Tempat : PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F54 BAHAGIAN TELEKESIHATANGelaran : TIMBALAN PENGARAHTarikh : 1 SEPTEMBER 2016

PUAN ADI NAWAR BINTI ABDULLAH

Jawatan / Tempat : AKAUNTAN GRED WA54 BAHAGIAN AKAUNGelaran : TIMBALAN SETIAUSAHA BAHAGIAN (CAWANGAN PENGURUSAN)Tarikh : 1 SEPTEMBER 2016

DR. MAS NOREHAN MERICAN BINTI ALJUNID MERICAN

Jawatan / Tempat : PEGAWAI PERUBATAN GRED UD54 PEJABAT TIMBALAN KETUA PENGARAH KESIHATAN (KESIHATAN AWAM)Gelaran : TIMBALAN SETIAUSAHA BAHAGIAN Tarikh : 1 SEPTEMBER 2016

PEGAWAI YANG BERTUKAR MASUK (GRED 54 KE ATAS)

E-Buletin Edisi September 2016K E M E N T E R I A N K E S I H A T A N M A L A Y S I A 9

Page 11: Penyayang Profesionalisme Kerja Berpasukan Edisi September

PEGAWAI YANG BERSARA GRED 54 KE ATAS)

PUAN ZAILIN FAILIZA BINTI MOHD WAHI

Jawatan / Tempat : PEGAWAI PERUBATAN GRED UD54 BAHAGIAN PERKEMBANGAN PERUBATANTarikh bersara : 01.09.2016 (BERSARA PILIHAN)Anugerah / pingat : A.P.C 2003 & 2010Tempoh perkhidmatan : 01.08.1990 HINGGA 31.08.2016 26 TAHUN 1 BULAN

PEGAWAI YANG BERTUKAR KELUAR (GRED 54 KE ATAS)

YBRS. DR. NORDIN BIN SALEH

Jawatan / Tempat : PEGAWAI PERUBATAN PAKAR KESIHATAN AWAM GRED UTAMA C JABATAN KESIHATAN NEGERI SARAWAKGelaran : TIMBALAN PENGARAH (KESIHATAN AWAM)Tarikh : 1 SEPTEMBER 2016

YBHG. DATIN DR. FARIDAH ARYANI BINTI MD. YUSOF

Jawatan / Tempat : PEGAWAI FARMASI GRED UF54 AGENSI REGULATORI FARMASI NEGARAGelaran : TIMBALAN PENGARAH PUSAT PENDAFTARAN PRODUKTarikh : 1 SEPTEMBER 2016

PUAN NURHUDA BINTI HARUN

Jawatan / Tempat : AKAUNTAN GRED WA54 KEMENTERIAN KERJA RAYA MALAYSIAGelaran : KETUA AKAUNTANTarikh : 1 SEPTEMBER 2016

E-Buletin Edisi September 2016K E M E N T E R I A N K E S I H A T A N M A L A Y S I A 10

Page 12: Penyayang Profesionalisme Kerja Berpasukan Edisi September

PENASIHAT

KETUA SETIAUSAHA

KETUA PENGARAH KESIHATAN

TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (P)

PENGARANG

PENYUMBANG ARTIKEL

YBhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min

YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah

YBhg. Dato’ Saiful Anuar bin Lebai Hussen

Wan Norhana binti MohamadMona Ang

Mohd Iswandy bin Wally

Pejabat Ketua SetiausahaPejabat Ketua Pengarah Kesihatan

Bahagian Khidmat PengurusanUnit Komunikasi Korporat

E-Buletin Edisi September 2016K E M E N T E R I A N K E S I H A T A N M A L A Y S I A 11