20130910090918write up modul sukan berpasukan 1

250
1 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN UNIT 1 PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN SUKAN BERPASUKAN: TEACHING GAMES FOR UNDERSTANDING (TGfU) HASIL PEMBELAJARAN 1. Mengenal pasti sejarah dan konsep asas yang diterapkan dalam TGfU. 2. Mengenal pasti dan menguasai kategori permainan dalam pendekatan TGfU. 3. Mengetahui dan menggunakan prosedur yang telah ditetapkan dalam kaedah TGfU. 4. Mengaplikasikan dan mereka bentuk aktiviti-aktiviti bagi setiap kategori permainan dalam TGfU. PENGENALAN DAN SEJARAH Teaching Games for Understanding (TGfU) dapat ditakrifkan apabila guru mengajar memahami permainan kepada pelajar terlebih dahulu dengan konsep permainan sambil bermain. TGfU diperkenalkan oleh Bunker dan Thorpe (1982) yang menyatakan pendekatan tersebut bermatlamat untuk memperkembangkan kemahiran kognitif dan psikomotor individu berpandukan penyelesaian masalah dan membuat keputusan oleh pelajar semasa permainan. Menurut (Bunker & Thorpe, 1982; Griffin, Mitchell, & Oslin, 1997), TGfU menekankan kepada pemahaman taktikal dan strategi bermain terlebih dahulu sebelum pelajar menguasai teknik kemahiran dalam sesuatu permainan. Sebelum menguasai sesuatu kemahiran dalam permainan tertentu, pelajar perlu memahami mengapa, bila dan di mana untuk melakukan sesuatu taktik dan strategi bergantung kepada situasi permainan. . Konsep apresiasi dalam permainan ditekankan dalam konsep TGfU kerana ia melibatkan kesedaran taktikal sebagai asas membuat keputusan semasa dalam situasi permainan. Oleh yang demikian, strategi sesuatu permainan perlu difahami oleh pelajar sebelum menguasai sesuatu permainan seterusnya mewujudkan kesedaran kepada pelajar mengapa kemahiran diperlukan semasa dalam permainan.

Upload: zuraida-ariff

Post on 01-Jan-2016

607 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

1 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

UNIT 1

PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN SUKAN BERPASUKAN: TEACHING GAMES FOR UNDERSTANDING (TGfU)

HASIL PEMBELAJARAN

1. Mengenal pasti sejarah dan konsep asas yang diterapkan dalam TGfU.

2. Mengenal pasti dan menguasai kategori permainan dalam pendekatan TGfU.

3. Mengetahui dan menggunakan prosedur yang telah ditetapkan dalam kaedah TGfU.

4. Mengaplikasikan dan mereka bentuk aktiviti-aktiviti bagi setiap kategori permainan

dalam TGfU.

PENGENALAN DAN SEJARAH

Teaching Games for Understanding (TGfU) dapat ditakrifkan apabila guru mengajar

memahami permainan kepada pelajar terlebih dahulu dengan konsep permainan sambil

bermain. TGfU diperkenalkan oleh Bunker dan Thorpe (1982) yang menyatakan pendekatan

tersebut bermatlamat untuk memperkembangkan kemahiran kognitif dan psikomotor individu

berpandukan penyelesaian masalah dan membuat keputusan oleh pelajar semasa

permainan. Menurut (Bunker & Thorpe, 1982; Griffin, Mitchell, & Oslin, 1997), TGfU

menekankan kepada pemahaman taktikal dan strategi bermain terlebih dahulu sebelum

pelajar menguasai teknik kemahiran dalam sesuatu permainan. Sebelum menguasai

sesuatu kemahiran dalam permainan tertentu, pelajar perlu memahami mengapa, bila dan di

mana untuk melakukan sesuatu taktik dan strategi bergantung kepada situasi permainan. .

Konsep apresiasi dalam permainan ditekankan dalam konsep TGfU kerana ia

melibatkan kesedaran taktikal sebagai asas membuat keputusan semasa dalam situasi

permainan. Oleh yang demikian, strategi sesuatu permainan perlu difahami oleh pelajar

sebelum menguasai sesuatu permainan seterusnya mewujudkan kesedaran kepada pelajar

mengapa kemahiran diperlukan semasa dalam permainan.

Page 2: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

2 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Perkara yang perlu dititikberatkan dalam TGfU adalah memahami falsafah yang

mana pelajar perlu tahu dan faham bagaimana sesuatu permainan terlebih dahulu serta

berkebolehan mengaplikasikan kemahiran sesuatu permainan sambil menguasai untuk

membuat keputusan yang sesuai berdasarkan situasi permainan semasa bermain. Semasa

bermainan perlu disertai dengan beberapa soalan berbimbimg agar pelajar dapat

menguasai permainan melalui kaedah penyelesaian masalah. Pendekatan pengajaran

berpusatkan kepada stategi bermain secara kumpulan perlu dititikberatkan dalam konsep

TGfU.

Terdapat beberapa kepentingan TGfU yang perlu dihayati oleh guru semasa proses

pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah tersebut. Antara kepentingan

TGfU adalah seperti berikut:-

Apresiasi dalam permainan yang melibatkan kesedaran taktikal sebagai asas dalam

membuat keputusan semasa situasi permainan perlu ditekankan secara serius.

TGfU perlu berfokus kepada pemusatan pelajar berdasarkan permainan bagi

membantu pelajar dalam membentuk perkembangan dan penghasilan kemahiran

dalam sesuatu permainan.

Memberi peluang kepada pelajar untuk menjana dan menguasai pembelajaran

melalui pergerakan pada diri sendiri dan orang lain serta mewujudkan kemahiran

bersosial dengan nilai-nilai positif yang dapat ditunjukkan. Dengan ini, pelajar dapat

mengaplikasikan pengalaman hasil penerokaan sendiri melalui pergerakan kognitif.

Pelajar perlu digalakkan dengan menglibatkan diri dalam pelbagai permainan agar

dapat mewujudkan peluang dan ruang penerokaan sesuatu permainan sekaligus

membantu perkembangan pelakuan kognitif, psikomor dan afektif semasa situasi

permainan. Secara tidak langsung, pelajar dapat membina keseronokan melalui

daya usaha dan kesungguhan belajar bagi meningkatkan teknik kemahiran dalam

sesuatu permainan.

Persekitaran pembelajaran yang lebih holistik dan kondusif perlu diutamakan dengan

meningkatkan aras pelakuan kognitif melalui pertanyaan beberapa soalan bagi

menyokong proses pembelajaran pelajar semasa permainan. Dengan demikian,

Page 3: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

3 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

pelajar akan lebih mengetahui mengapa keputusan perlu dibuat berdasarkan situasi

permainan sekaligus menyumbang ke arah permainan yang dinamik dan pelbagai.

Rajah 1.1: Model Teaching Games for Understanding (Bunker dan Thorpe, 1982)

Berdasarkan Rajah 1.1 di atas, berikut adalah maklumat keseluruhan berkaitan langkah dan

prosedur model TGfU yang telah dipelopori oleh Bunker dan Thorpe (1982).

Prosedur 1 : Permainan

Guru perlu memperkenalkan sesuatu permainan yang diubah suai dalam bentuk yang lebih

mudah agar dapat memenuhi tahap perkembangan dan kebolehan pelajar seperti

permainan kecil yang menyerupai permainan sebenar.

(1) Permainan

(2) Apresiasi Permainan

(3) Kesedaran Taktikal

Pelajar

(6) Prestasi

(4) Kesesuaian Membuat Keputusan (5) Perlaksanaan

Kemahiran

Apa nak buat?

Bagaimana

nak buat?

Apakah yang anda faham dengan TGfU dan nyatakan secara ringkas

kepentingan TGfU dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

Page 4: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

4 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Prosedur 2 : Apresiasi Permainan

Peraturan dan undang-undang permainan yang diubah suai perlu difahami dan dikuasai

oleh pelajar kerana permainan tersebut akan mempengaruhi strategi dan taktikal dalam

permainan tersebut.

Prosedur 3 : Kesedaran Taktikal

Kretiviti pelajar dalam menentukan sebarang taktikal dan strategi yang digunakan dalam

permainan amat diharapkan. Pelajar perlu kreatif dalam membuat keputusan untuk mencipta

peluang mendapatkan mata dan menghalang pihak lawan daripada masuk ke kawasan

ketika berada dalam posisi bertahan. Dengan demikian akan mewujudkan kesedaran

kepada pelajar untuk menguasai dan memahami konsep dan prinsip permainan melalui

strategi dan taktikal yang dipersembahkan.

Prosedur 4 : Kesesuaian Membuat Keputusan

Perkara yang perlu diberi perhatian oleh pelajar adalah seperti berikut:-

i. Pelajar perlu mengetahui apa yang perlu dilakukan dalam situasi tertentu (kesedaran

taktikal). Kesedaran taktikal akan dapat diwujudkan apabila pelajar menguasai

peraturan dan undang-undang permainan sekaligus memudahkan keputusan yang

perlu diambil dalam situasi tertentu sama ada ketika berada diposisi penyerang atau

bertahan. Sebagai contoh isyarat-isyarat dan peraturan dalam bola sepak perlu

dikuasai agar pemilihan perlakuan yang tepat dapat dipersembahkan.

ii. Bagi memastikan pelajar dapat melakukan sesuatu pergerakan, pemilihan pelakuan

kognitif untuk diterjemahkan amat dititikberatkan agar keputusan yang dilakukan

bertepatan dengan situasi tertentu ketika permainan. Sebagai contoh untuk

memastikan pelajar mendapatkan mata dalam permainan badminton dengan

menghantar bulu tangkis ke kawasan yang kosong agar pihak lawan tidak dapat

kembalikan semula bulu tangkis tersebut.

Page 5: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

5 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Prosedur 5 : Pelaksanaan Kemahiran

Kemahiran yang digunapakai ketika permainan menggambarkan pergerakan dan kemahiran

yang khusus semasa permainan sebenar. Sebagai contoh, dalam permainan bola baling,

pelajar dapat mewujudkan seberapa banyak peluang dan ruang untuk menyerang bagi

mendapatkan mata. Ketepatan pelakuan kemahiran yang ditunjukan dapat dilihat dan dinilai

dalam situasi tersebut untuk memperoleh seberapa banyak mata.

Prosedur 6 : Prestasi

Tahap prestasi pelajar dapat diukur berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan dalam

sesuatu permainan sesuai dengan tujuan permainan tersebut. Pencapaian tahap prestasi

pelajar dapat dinilai dengan melihat kepada tahap pencapaian pembelajaran kognitif,

psikomotor dan afektif selari dengan kehendak dan tujuan sesuatu permainan yang

diubahsuai.

KATEGORI PERMAINAN TGfU

Teaching Games for Understanding (TGfU) dapat dikategorikan kepada empat jenis

permainan iaitu jaring dan dinding, serangan, memukul dan memadang serta sasaran.

Kesemua kategori tersebut mempunyai fokus dan matlamat yang tersendiri dalam

membentuk pembangunan pelakuan kognitif pelajar. Prosedur pendekatan TGfU bagi

kesemua kategori permainan adalah sama seperti yang telah dihuraikan dalam Model TGfU

yang dipelopori oleh Bunker dan Thorpe (1982).

Huraikan dengan ringkas prosedur yang terkandung dalam Teaching

Games for Understanding (TGfU) yang dipelopori oleh Bunker dan

Thorpe (1982)?

Page 6: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

6 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

1. Kategori Permainan Jaring Dan Dinding

Matlamat utama dalam permainan kategori jaring dan dinding adalah bertujuan menghantar

bola/bulu tangkis ke gelanggang pihak lawan supaya bola/bulu tangkis tersebut tidak dapat

dikembalikan atau dimainkan semula dalam kawasan gelanggang. Bagi pihak yang berada

di posisi pertahanan perlu memastikan bola yang dihantar oleh pihak lawan dapat

dikembalikan semula mengikut kawasan dan situasi tertentu semasa bermain. Oleh yang

demikian, modifikasi permainan bagi kategori ini perlu berpandukan kepada matklamat

utama yang telah ditetapkan. Antara permainan kategori jarring dan dinding seperti bola

tampar, sepak takraw, badminton, tenis, ping pong dan squash. kesemua permainan

tersebut melibatkan jaring atau dinding. Berikut adalah contoh modifikasi permainan bagi

kategori jaring dan dinding mengikut prosedur yang telah ditetapkan sebagaimana huraian

dalam Model TGfU.

AKTIVITI 1

DETECTIVE BALL

Objektif

i Pelajar dapat merebut bola hoki daripada pihak lawan ketika pihak lawan membawa

bola.

ii Pelajar dapat menahan hantaran pihak lawan semasa pihak lawan melakukan

hantaran.

iii Pelajar dapat menghalang pihak lawan daripada melakukan jaringan.

iv Pelajar dapat mengeluarkan bola hoki daripada kawasan permainan.

Prosedur Permainan

i Bentuk 2 pasukan iaitu pasukan A dan pasukan B dengan 5 orang sepasukan.

ii Pasukan menyerang akan cuba melakukan jaringan iaitu garisan antara 2 biji kon.

iii Pasukan bertahan akan cuba menghalang atau merebut bola hoki daripada pihak

lawan menjaringkan gol dan mengeluarkan bola hoki ke garisan AB.

iv Pihak bertahan yang berjaya mengeluarkan bola daripada kawasan AB akan

bertukar menjadi pihak menyerang dan sebaliknya.

v Kiraan mata hanya diberikan apabila pasukan yang menyerang menjaringkan gol

vi Undang-undang asas permainan hoki dilaksanakan dalam permainan ini.

Page 7: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

7 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Peralatan

i Kon

ii Kayu hoki

iii Bola hoki

iv Bip

Organisasi Permainan

Petunjuk :

X – Pasukan A

O – Pasukan B

AB - Garisan

- Kon

Page 8: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

8 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

AKTIVITI 2

FROM WALL TO WIN

Objektif

i. Pelajar dapat melakukan sekurang-kurangnya 5 kali percubaan servis dalam

permainan skuash dengan gaya dan teknik yang betul

ii. Pelajar dapat mnyatakan secara lisan fasa-fasa untuk melakukan servis dalam

permainan skuash dengan gaya dan teknik yang betul.

iii. Pelajar dapat menunjukkan nilai semangat kesukanan sewaktu melakukan aktiviti

berkumpulan.

Prosedur Permainan

i. Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan.

ii. Gunakan raket skuash untuk bermain. Sediakan bola skuash yang digunakan untuk

permainan skuash. Gunakan gelanggang skuash atau tempat yang mempunyai

dinding untuk bermain.

iii. Gunakan dinding sebagai target dengan memukul bola skuash ke arah dinding

seterusnya akan melantun semula ke gelanggang pihak lawan.

iv. Pelajar yang sudah melakukan hantaran perlulah berlari ke belakang. Pelajar

seterusnya mengambil giliran untuk melakukan hantaran.

v. Mata dikira mengikut jumlah pelajar yang boleh mengembalikan hantaran pihak

lawan.

vi. Semakin kurang pelajar dalan sebuah kumpulan, kumpulan itu dikira tewas.

vii. Masa permainan adalah 10 minit.

Peralatan

i. Bola skuash

ii. Raket skuash

iii. Kon/maker

Page 9: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

9 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Organisasi Permainan

Petunjuk :

Page 10: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

10 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

AKTIVITI 3

BOUNCING-BOUNCING

Objektif

i. Pelajar dapat melakukan kemahiran menyangga sekurang-kurangnya 5 kali

percubaan delam permainan bola tampar dengan teknik dan gaya yang betul.

ii. Pelajar dapat merancang strategi yang perlu digunakan untuk mendapatkan mata.

iii. Pelajar dapat menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi semasa permainan

berlangsung.

Prosedur Permainan

i. Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan A dan B yang mempunyai 6 orang ahli

setiap kumpulan.

ii. Undian akan dibuat untuk memulakan permainan.

iii. Bola perlu melantun terdahulu sebelum pelajar menyangga sebanyak 3 kali dengan

pelajar yang belainan.

iv. Mata akan diperoleh pihak lawan jika lantunan melebihi 1 kali, bola keluar dari

kawasan permainan.

v. Pasukan yang memperoleh 10 mata dahulu akan menjadi pemenang.

Peralatan

i. Bola tampar

ii. Jaring bola tampar

Page 11: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

11 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Organisasi Permainan

2. Kategori Permainan Serangan

Matlamat utama dalam permainan kategori serangan adalah bertujuan menyerang seberapa

kerap bagi mendapatkan mata ketika berada diposisi penyerang dan menyekat atau

menghalang pergerakan pihak lawan apabila berada di posisi pertahanan. Oleh yang

demikian, modifikasi permainan bagi kategori ini perlu berpandukan kepada matklamat

utama yang telah ditetapkan. Antara contoh permainan kategori serangan ialah Bola Sepak,

Ragbi, Hoki, Bola Baling, Bola Jaring dan Bola Keranjang. Berikut adalah contoh modifikasi

permainan bagi kategori serangan mengikut prosedur yang telah ditetapkan sebagaimana

huraian dalam Model TGfU.

Page 12: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

12 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

AKTIVITI 1

BLOCK ME IF U CAN!

Objektif

i. Pelajar dapat melakukan pelbagai hantaran dalam permainan bola jaring dengan

gaya dan teknik yang betul.

ii. Meningkatkan keupayaan mematuhi peraturan dalam permainan bola jaring.

iii. Pelajar dapat menunjukkan semangat kesukanan dan kerjasama semasa melakukan

aktiviti.

Prosedur Permainan

i. Pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan.

ii. Kumpulan pertama hendaklah melakukan sebarang jenis hantaran dalam bola jaring

sebanyak 10 kali.

iii. Kumpulan kedua pula perlu menghalang pihak lawan daripada melakukan hantaran

kepada ahli kumpulan mereka.

iv. Sekiranya hantaran berjaya dilakukan sebanyak 10 kali maka kumpulan tersebut

bejaya mengutip 1 mata.

v. Manakala kumpulan yang tidak berjaya menghalang akan menerima hukuman.

vi. Jika kumpulan tersebut dapat menghalang hantaran yang dilakukan, kumpulan

tersebut akan mendapat 1 mata.

vii. Waktu permainan adalah 10 minit.

Peralatan

i. Bola jaring – 6 biji

ii. Kon – 4 buah

Page 13: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

13 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Organisasi Permainan

Petunjuk :

Kon

Guru

Page 14: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

14 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

AKTIVITI 2

TEMBAK RUSA

Objektif

i. Pelajar dapat meningkatkan keupayaan mengawal bola dengan baik.

ii. Dapat meningkatkan kemampuan mematuhi peraturan dan semangat kerjasama

yang tinggi.

iii. Dapat meneroka kreativiti pelajar dalam merancang strategi permainan.

Prosedur Permainan

i. Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B.

ii. Kumpulan A perlu menggunakan kemahiran lantunan sahaja untuk mematikan ahli

kumpulan B.

iii. Pelajar kumpulan B hanya dibenarkan untuk berada di dalam kawasan permainan

sahaja dan sekiranya ahli kumpulan tersebut terkeluar daripada kawasan permainan

maka pelajar tersebut akan terkeluar daripada permainan.

iv. Kumpulan A akan diberikan masa selama 5 minit untuk mematikan ahli kumpulan B

dan sekiranya gagal maka kumpulan B akan dianggap sebagai pemenang.

peralatan

i. Kon

ii. Bola jaring

iii. Jam randik

Page 15: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

15 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Organisasi Permainan

Petunjuk:

- kumpulan A

- kumpulan B

- kon (kawasan permainan)

Page 16: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

16 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

AKTIVITI 3

QUEEN CONTROL

Objektif

i. Pelajar dapat meningkatkan keupayaan mengawal bola dengan baik.

ii. Dapat meningkatkan kemampuan mematuhi peraturan dan semangat kerjasama

yang tinggi.

iii. Dapat meneroka kreativiti pelajar dalam merancang strategi permainan.

Prosedur Permainan

i. Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B.

ii. Kumpulan A perlu menggunakan kemahiran hantaran atas bahu sahaja untuk

mematikan ahli kumpulan B.

iii. Pelajar kumpulan B perlu melantikan seorang ketua yang perlu dilindungi oleh ahli

kumpulan mereka.

iv. Pelajar yang terkena balingan perlu keluar daripada kawasan permainan sehingga

terdapat 2 orang pemain dalam kawasan tersebut.

v. Pelajar terakhir yang melindungi ketua mereka boleh menghalang hantaran

sebanyak yang mungkin walaupun sudah terkena banyak kali hantaran.

vi. Hanya dibenarkan untuk berada di dalam kawasan permainan sahaja dan sekiranya

ahli kumpulan tersebut terkeluar daripada kawasan permainan maka pelajar tersebut

akan terkeluar daripada permainan

vii. Permainan akan ditamatkan sekiranya ketua kumpulan B terkena hantaran.

viii. Ulangan boleh dilakukan kepada kumpulan A untuk melakukan aktiviti.

Peralatan

i. Kon

ii. Bola jaring

iii. Jam randik

Page 17: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

17 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Organisasi Permainan

Petunjuk:

- kumpulan A

- kumpulan B

- ketua kumpulan B

- kon (kawasan permainan)

Page 18: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

18 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

3. Kategori Permainan Sasaran

Matlamat utama dalam permainan kategori sasaran menempatkan objek pada sasaran atau

mendekati sasaran untuk mendapatkan seberapa banyak mata. Oleh yang demikian,

modifikasi permainan bagi kategori ini perlu berpandukan kepada matklamat utama yang

telah ditetapkan. Antara contoh permainan kategori sasaran ialah bowling, memanah, golf,

menembak, lawn bowl, petanque dan dart. Berikut adalah contoh modifikasi permainan bagi

kategori sasaran mengikut prosedur yang telah ditetapkan sebagaimana huraian dalam

Model TGfU.

AKTIVITI 1

PIN BALL

Objektif

i. Pelajar dapat melakukan hantaran lantun dengan gaya dan teknik yang betul dalam

permainan Petanque.

ii. Pelajar dapat memikir teknik untuk menuju kon yang diberikan.

iii. Pelajar dapat bekerjasama dalam melakukan aktiviti pin ball.

Prosedur Permainan

i. Pelajar akan diberikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B

ii. Setiap kumpulan mestilah diberi sama rata iaitu seramai 8 orang.

iii. Kumpulan A akan berada pada kon yang berwarna hitam.

iv. Manakala kumpulan B akan berada pada kon berwarna biru.

v. Bola akan diberikan dahulu kepada setiap ahli kumpulan A.

vi. Masa yang diberikan adalah 5 minit.

vii. Ahli kumpulan A haruslah menuju kon yang berada di tengah dengan menggunakan

teknik hantaran lantunan.

viii. Kumpulan B juga haruslah menuju kon yang berada di tengah-tengah.

ix. Jika kon banyak masuk kekawasan sendiri kumpulan itu dikira kalah.

Page 19: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

19 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Peralatan :

i. Kon

ii. Bola Petanque

Organisasi Permainan

Petunjuk:

Kumpulan A

Kumpulan B

Kon

B B B B B B B B

B

Page 20: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

20 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

AKTIVITI 2

THROW AND WIN

Objektif

i. Pelajar dapat melakukan kemahiran lontaran leret dalam permainan Petanque

dengan gaya dan teknik yang betul untuk mendekatkan sasaran.

ii. Pelajar dapat memikirkan cara untuk mendekatkan sasaran dengan

menggunakan lontaran leret dalam permainan Petanque.

Prosedur Pemainan

i. Pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan kecil yang sama banyak bilangannya.

ii. Pelajar perlu berdiri di belakang garisan yang ditetapkan oleh guru

iii. Pelajar dikehendaki meleretkan bola Petanque ke sasaran sebanyak 3 kali

percubaan.

iv. Mata dikira berdasarkan berapa banyak bola petanque yang masuk dalam kon

dengan jarak yang berlainan.

v. Kumpulan yang memperolehi mata yang banyak akan dikira pemenang.

Peralatan

i. Kon

ii. Bola Petanque

Page 21: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

21 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Organisasi Permainan

Petunjuk :

- - pelajar

- - kon

Page 22: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

22 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

AKTIVITI 3

STRIKE IT

Objektif

i. Pelajar dapat melakukan kemahiran lontaran dalam permainan Petanque gaya dan

teknik yang betul.

ii. Pelajar memikirakan strategi dan taktikal bagi memastikan bola Petanque menepati

kepada sasaran dengan menggunakan pelbagai teknik lontaran dalam permainan

Petanque.

iii. Pelajar dapat menunjukkan sikap semangat berpasukan sepanjang aktiviti

dijalankan.

Prosedur Permainan

i. Pelajar dibahagi kepada 2 kumpulan yang sama banyak bilanganya.

ii. Pelajar perlu melontar bola Petanque memasuki kawasan dalam gelung yang telah

disediakan.

iii. Pelajar seterusnya perlu menunggu pelajar pertama menghabiskan membuat

lontaran dahulu.

iv. Setiap pelajar diberi perlu membuat percubaan bagi setiap gelung yang disediakan.

Peralatan

i. Bola Petanque

ii. Kon

iii. Gelung

Page 23: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

23 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Organisasi Permainan

Petunjuk :

- Kon

- Pelajar

- Gelung

Page 24: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

24 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

4. Kategori Permainan Memukul Dan Memadang

Matlamat utama bagi kategori permainan memukul dan memadang adalah bertujuan

mengumpul mata dengan menamatkan larian selepas pukulan dalam masa atau pusingan

yang ditetapkan. Dalam permainan memukul dan memadang melibatkan dua pihak iaitu

pasukan memukul dan pasukan memadang. Oleh yang demikian, modifikasi permainan

perlu berpandukan kepada matlamat yang telah ditetapkan. Antara contoh permainan dalam

kategori ialah baseball, sofbol dan kriket. Berikut adalah contoh modifikasi permainan bagi

kategori memukul dan memadang mengikut prosedur yang telah ditetapkan sebagaimana

huraian dalam Model TGfU.

AKTIVITI 1

RUN BATTING

Objektif

i. Pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran memukul dan memadang dalam

permainan sofbol dengan gaya dan teknik yang betul.

ii. Pelajar dapat merancang strategi yang lebih bekesan untuk mendapat mata

permainan.

iii. Pelajar menunjukkan kesungguhan semasa bermain permainan ini.

Prosedur Permainan

i. Dua pasukan iaitu pihak memukul dan memadang dibentuk untuk bermain

permainan ini.

ii. Pasukan yang memukul harus memukul bola yang telah dihantar oleh pitcher.

iii. Pemukul perlu melakukan seberapa larian yang boleh sebelum bola diterima oleh

pemain pasukan memadang yang berada di garisan larian pemukul.

iv. Satu larian yang berjaya dilakukan akan dikira sebagai satu mata. Pasukan yang

mendapat banyak mata akan dikira sebagai pemenang.

v. Pertukaran posisi akan berlaku apabila semua pihak pemukul telah kehilangan

giliran.

Page 25: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

25 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

PERALATAN

i. Kayu pemukul

ii. Sofbol

iii. Home plate

iv. Pitcher plate

Organisasi Permainan

Petunjuk:

X – pemadang

AA – Pitcher

O – Pemukul

Page 26: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

26 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

AKTIVITI 2

GET THE SCORE

Objektif

i. Pelajar dapat melakukan kemahiran memukul dalam permainan ‘get the score’

dengan teknik dan gaya yang betul.

ii. Pelajar dapat melakukan kemahiran memadang dalam permainan ‘get the score’

dengan teknik dan gaya yang betul.

iii. Pelajar dapat memikirkan cara menahan bola daripada bolos secara kreatif supaya

pihak lawan tidak dapat sampai ke home awal dari bola.

iv. Pelajar dapat bekerjasama, memupuk keyakinan diri dan bertanggungjawab ketika

permainan berlangsung.

Prosedur Permainan

i. Bahagikan kepada 5 kumpulan (A, B, C, D dan E). Setiap kumpulan terdapat 4 orang

ahli.

ii. Permainan ini akan dimulakan dengan kumpulan A akan memukul terlebih dahulu.

iii. Kumpulan B, C, D dan E akan bergabung menjadi pemadang. Terdapat pelajar yang

akan duduk di setiap base iaitu 1st base, 2nd base, 3rd base dan juga home.

iv. Apabila bola dipukul, pemadang hendaklah menangkap bola dan membaling ke 1st

dan 1st akan membaling ke 2nd, 3rd dan seterusnya ke home, manakala pemukul

hendaklah berlari melengkapkan satu pusingan (home run) sebelum bola yang

dibaling oleh pemadang sampai ke home.

v. Jika pelari sampai terlebih dahulu atau sama sampai bersama bola, kumpulan

tersebut akan mendapat satu mata.

vi. Sesudah kesemua ahli kumpulan A membuat pukulan dan larian, kumpulan B pula

akan membuat pukulan dan begitulah seterusnya.

vii. Kumpulan yang banyak mengumpul mata akan dikira sebagai pemenang.

Peralatan

i. 2 kayu pemukul (bet)

ii. 5 biji bola softball

iii. 5 base

iv. 20 glove

Page 27: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

27 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Organisasi Permainan

Petunjuk :

Kump A Kump B Kump C Kump D Kump E

Arah larian

Arah balingan

Bola Sofbol

Page 28: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

28 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

AKTIVITI 3

LARI DAN MENANG

Objektif

i. Pelajar dapat melakukan teknik pukulan ban dan larian dalam permainan sofbol bagi

mendapatkan mata.

ii. Pelajar dapat merancang strategi yang akan digunakan.

iii. Pelajar menunjukkan semangat berkerjasama dalam melakukan aktiviti permainan

kecil.

Prosedur Permainan

i. Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan 10 orang satu kumpulan.

ii. Kumpulan A akan berada dalam kedudukan bulatan dan kumpulan B pula

membentuk barisan lurus.

iii. Seorang ahli kumpulan A berada di tengah bulatan dan akan membaling bola kearah

rakan dan dikembalikan mengunakan kemahiran teknik “pukulan ban” secara bergilir-

gilir.

iv. Kumpulan B akan berlari secara bergilir-gilir mengelilingi bulatan kumpulan A

sehingga kumpulan A selesai melakukan teknik pukulan ban.

v. Kedua-dua kumpulan akan bertukar peranan.

vi. Pemenang dikira berdasarkan jumlah larian yang terkumpul bagi setiap kumpulan.

Peralatan

i. Bat sofbol

ii. Bola sofbal

iii. Kon

Page 29: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

29 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Organisasi Permainan

RUMUSAN

Bagi menyahut hasrat kerajaan untuk mentransformasikan pendidikan, maka kaedah

pengajaran juga perlu diberikan perhatian. Mata pelajaran Pendidikan Jasmani sekolah

rendah dan menengah di Malaysia tidak terkecuali dalam proses transformasi tersebut.

Penerapan budaya berfikir secara kreatif dan kritis perlu diterapkan melalui proses

pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Jasmani melalui pendekatan Teaching

Huraikan dengan ringkas matlamat bagi setiap kategori permainan

dalam TGfU beserta dengan contoh permainan.

Page 30: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

30 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Games for Understanding (TGfU). Semua guru Pendidikan Jasmani perlu peka terhadap

perubahan tersebut dan memahami dengan teliti konsep yang perlu diterapkan dalam TGfU

agar guru sentiasa kreatif dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar.

PENILAIAN KENDIRI

1. Nyatakan dengan ringkas sejarah TGfU?

2. Apakah kategori permainan dalam TGfU dan berikan contoh bagi setiap kategori

permainan tersebut?

3. Bincangkan Kepentingan TGfU dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan

Jasmani?

4. Apakah matlamat utama bagi kesemua kategori permainan dalam TGfU?

5. Huraikan secara ringkas Model TGfU yang dipelopori oleh Bunker dan Thorpe (1982)?

6. Bincangan dengan ringkas proses pembinaan modifikasi permainan dalam TGfU?

RUJUKAN

Bunker, D., & Thorpe, R. (1982). A Model For The Teaching Of Games In Secondary Schools. Bulletin Of Physical Education, 18(1), 5-8.

Griffin, L., Mitchell, S., & Oslin, J. (1997). Teaching Sport Concepts And Skills: A Tactical

Games Approach. Champaign, IL: Human Kinetics.

Page 31: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

31 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

UNIT 2

HOKI

HASIL PEMBELAJARAN

1. Pelajar dapat menjelaskan sejarah dan perkembangan permainan hoki;

2. Pelajar dapat menjelaskan struktur organisasi persatuan permainan hoki;

3. Pelajar dapat mengenal pasti undang-undang dan peraturan permainan hoki; dan

4. Pelajar dapat mengenal pasti kemahiran asas permainan hoki;

Tahukan anda kedudukan ranking pertama dunia bagi permainan hoki

lelaki adalah dikuasai oleh pasukan Jerman, diikuti oleh Australia dan

ketiga adalah Negara Belanda manakala pasukan dari negara Belanda

berada di ranking pertama dunia bagi kategori wanita diikuti oleh Argentina dan ketiga

adalah dari Negara New Zealand. Kedudukan pasukan lelaki Malaysia pula menghuni

tangga ke 13 manakala pasukan wanita negara pula menduduki rangking ke 22.

(Sumber: http://www.fih.ch/en/fih/events/worldranking jun 2013)

PENGENALAN

Hoki merupakan sukan yang popular bagi lelaki dan wanita di kebanyakkan negara seluruh

dunia. Terdapat dua jenis hoki, iaitu satu jenis sukan yang dimainkan di atas padang rumput

atau astrotuf, dan sejenis lagi yang dimainkan di dalam gelanggang ais. Di sesetengah

Negara, hoki ais kurang menonjol berbanding dengan jenis hoki yang bermain dalam

padang rumput atau astrotuf. Nama hoki berasal daripada bahasa perancis iaitu “hoquet”

yang kemudiannya diterjemahkan kepada bahasa Inggeris menjadi “hockey”. Di Malaysia,

sukan hoki begitu terkenal dan dimainkan hampir di semua sekolah. Pihak Majlis Sukan

Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) menganjurkan pertandingan hoki setiap tahun

melibatkan kategori umur bawah 12 tahun dan 18 tahun. Perkembangan sukan hoki di

Malaysia begitu membanggakan dan negara mampu bersaing dengan pasukan terhebat

dunia dalam kejohanan-kejohanan yang dianjurkan oleh Persekutuan Hoki Dunia (FIH).

Page 32: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

32 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Rajah 2.1: Faizal Shaari merupakan pemain hebat yang lahir dari Kejohanan MSSM

SEJARAH

Adalah sukar untuk menyatakan dengan pasti bila dan di mana sukan hoki dimainkan

pertama kalinya. Sejarah menunjukkan hoki telah dimainkan lebih kurang 4000 tahun yang

lalu di Mesir. Bukti ini ditunjukkan atas sebuah makam Bani Hasan dekat Minia, Mesir yang

sekitar 2000 S. M. (Rajah 2.2). Ia menunjukkan satu lukisan yang menggambarkan dua

orang melakukan buli seperti yang digunakan dalam permainan hoki. Sebelum penemuan

ini, dipercayai bahawa hoki bermula di Parsi sekitar 500 S.M. Ini adalah berdasarkan pada

bukti bahawa orang Parsi menunggang kuda untuk bermain polo pada zaman itu. Dan

dikatakan hoki adalah keturunan langsung daripada polo. Sejarawan sukan pula

berpendapat bahawa polo adalah versi hoki yang halus yang wujud lebih awal. Hoki juga

wujud di Greek dan Parsi sekitar 500 S.M. Bas-reliefs (seni-arca dinding) yang ditemui di

Athens, menggambarkan permainan yang menyerupai hoki telah dimainkan.

Rajah 2.2: Bukti lukisan pada Makam Bani Hasan, Mesir

Page 33: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

33 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Orang Indian Aztec daripada Mexico pernah bermain saw permainan kayu yang

mempunyai persamaan dengan hoki. Perlawanan mereka adalah di antara puak-puak

dengan kedudukan yang agak berjauhan. Kadangkala hampir semua penduduk lelaki yang

berjumlah seramai 1000 orang sepasukan mengambil bahagian. Kayu-kayu dan bola-bola

berat digunakan. Permainan ini kasar dan menyebabkan mereka mengalami kecederaan

yang berat.

Kehadiran permainan hoki di England telah menarik minat masyarakat di negara

tersebut. Disebabkan permainan ini tiada peraturan dan undang-undang yang khusus,

pelbagai cara dan teknik telah digunakan. Cara permainan yang tidak teratur pada waktu itu

telah mengundang risiko pergaduhan dan pertumpahan darah di antara pemain. Oleh itu,

pihak kerajaan Britain mengambil keputusan untuk mengharamkan permainan hoki di

negara tersebut.

Dalam pada masa yang sama, permainan hoki mula dimainkan dan diterima oleh

kebanyakan negara di seluruh pelusuk dunia. Kemudian, undang-undang dan peraturan

permainan hoki mula digubal. Walaupun usaha ini mengambil masa yang lama, namun ia

mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada permainan ini. Maka, wujudnya undang-

undang dan peraturan dalam sukan hoki untuk memudahkan permainan ini dimainkan

dengan lebih tersusun serta memudahkan mereka yang mahu mempelajarinya.

Pada mulanya sukan hoki di Ireland dikenali sebagai hurley, Wales dikenali dengan

nama banty atau bandy manakala di Scotland pula ia dinamakan Shinty, tetapi permainan

hoki sekarang barangkali mendapat namanya daripada Perancis iaitu houquet. Orang

Belanda juga mempunyai permainan yang serupa. Namun begitu hoki moden banyak

terhutang budi kepada orang Inggeris. Dahulu permainan itu dipanggil commock

sehinggalah sekitar tahun 1840 apabila nama hockie digunakan. Pada tahun 1800-an

permainan hoki mula menjadi popular di sekolah-sekolah di England.

Apabila hoki menjadi lebih popular, peraturan-peraturan mula dibuat dan diterima

oleh pelbagai kumpulan. Pada tahun 1883, Kelab Hoki Wimbledon ditubuhkan. Pada tahun

1886 pula Persatuan Hoki British (BHA) ditubuhkan dengan Prince of Wales pada masa itu

(bakal raja King Edward VII) sebagai presiden pertama. Beberapa kelab daripada seluruh

England telah menjadi ahli. Persatuan ini telah menyusun peraturan permainan secara lebih

terperinci dan standard diasasi telah dilakukan di antara pelbagai kelab. Kaum wanita yang

berminat juga mula menubuhkan kelab-kelab dan mengelolakan perlawanan-perlawanan.

Tidak lama selepas itu negara-negara lain mula mengambil dan menggunakan peraturan-

Page 34: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

34 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

peraturan yang telah disusun oleh BHA dan pertandingan hoki antarabangsa pertama di

antara England dengan Ireland telah diadakan.

Sukan hoki mula dipertandingakan di Sukan Olimpik pada tahun 1908 dan 1920.

Walau bagaimanapun, sukan ini telah digugurkan pada tahun 1924. Situasi ini telah

menyebabkan penubuhan Fédération Internationale de Hockey sur Gazon (FIH) sebagai

badan induk antarabangsa dianggotai tujuh negara dari Eropah iaitu Austria, Belgium,

Czechoslovakia, Hungary, Perancis,Sepanyol dan Switzerland. Tindakan ini membolehkan

sukan hoki dipertandingkan semula pada tahun 1928. Dengan itu, permainan hoki kini

mempunyai badan khusus yang menjadi pengalola rasmi bagi sukan ini di peringkat

antarabangsa. Antara usaha terpenting badan ini ialah memperkemaskan undang-undang

serta peraturan permainan ini agar semua negara dapat bermain dengan lebih teratur dan

menarik. Badan ini juga turut bertanggungjawab menganjurkan kejohanan dunia seperti

Piala Dunia, Sukan Olimpik, Sukan Asia, Kejohanan Antara Benua, Kejohanan Antara

Juara-Juara, Kejohanan Eropah dan sebagainya. Di peringkat dunia, antara pasukan yang

sering menjadi pancabar terkuat termasuklah India, Korea Selatan, Pakistan dan Malaysia

negara dari Asia, Belanda, Jerman , Sepanyol dan England yang mewakili Eropah serta

Australia dan New Zealand dari Oceana.

Rajah 2.3: Pertemuan Jerman menentang Scotland dalam Sukan Olimpik London 1908

Page 35: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

35 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

PERKEMBANGAN DI MALAYSIA

Sukan hoki ini diperkenalkan ke negara kita oleh askar dan kakitangan Inggeris yang

bertugas di negara kita pada sekitar tahun 1892 dan perlawanan pertama secara rasmi

dimainkan adalah antara Harris dan XI XI Whitley pada Nov 30, 1898 di Kuala Lumpur. Pada

peringkat awal, permainan hoki hanya berjaya menarik minat orang-orang Inggeris dan

Eropah yang bertugas di Tanah Melayu sahaja kerana penduduk tempatan masih tidak

dapat menerima permainan ini lagi. Namun, pada tahun 1904, perlawanan hoki antara

negeri telah diadakan di antara pasukan Selangor dan pasukan Singapura. Selain itu, kelab

yang dikuasai British di Melaka, Ipoh dan Pulau Pinang juga mempunyai pertandingan

mereka sendiri. Menjelang tahun 1920-an, terdapat lebih Malaya bermain permainan.

Persekutuan Tanah Melayu berbanding siri Colony telah dimulakan pada tahun 1925.

Bermula pada sekitar tahun 1920, permainan ini berjaya menarik minat penduduk

tempatan dan bilangan mereka yang mempelajari dan bermain hoki semakin meningkat dari

sehari ke sehari sehinggalah sukan ini menjadi salah satu acara sukan yang paling

digemari. Permainan ini juga boleh dimainkan oleh semua peringkat umur sama ada lelaki

mahupun wanita. Perlawanan hoki pertama telah diadakan di antara Negeri-Negeri Melayu

Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat pada tahun 1926.

Negara kita berjaya menubuhkan pasukan hoki pada tahun 1932 hasil daripada

usaha mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan India dalam

lawatan mereka ke negara kita dengan keputusan 7 - 0 berpihak kepada India. Pada ketika

itu, pasukan India baru sahaja memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik. Perlawanan

tersebut juga telah mendorong dan memberi semangat kepada pasukan hoki negara untuk

mengadakan perlawanan seterusnya. Beberapa tahun kemudian, pasukan hoki negara telah

mengadakan lawatan persahabatan ke Hong Kong dan Macau di mana pasukan negara

berjaya memenangi kesemua perlawanan persahabatan tersebut. Pasukan hoki Macau pula

telah membuat lawatan balas ke negara kita dan sempat mengadakan dua perlawanan

persahabatan yang juga membawa kemenangan kepada pasukan Malaysia.

Pada tahun 1946 di Taiping, Liga Hoki Malaysia telah dimulakan di negara kita untuk

pertama kalinya. Pada tahun 1948, Persekutuan Hoki Tanah Melayu (PHM) telah

ditubuhkan sebagai badan penyelaras permainan hoki di negara kita. Pada tahun 1953,

Persatuan Hoki Dunia (FIH) telah menerima PHM sebagai ahli gabungannya. Oleh itu, ia

telah memberi dan membuka peluang kepada pasukan hoki negara mengambil bahagian

Page 36: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

36 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

dalam kejohanan dan pertandingan di peringkat antarabangsa. Tidak berapa lama selepas

itu, PHM bersama Kesatuan Olahraga Tanah Melayu telah menubuhkan Majlis Olimpik

Kebangsaan yang bertangungjawab dalam menyelaraskan pertandingan-pertandingan di

peringkat antarabangsa.

Perseketuan Hoki Malaya telah ditubuhkan pada tahun 1954 dengan Herman Marie

De Souza dipilih sebagai presiden dan Kandiah Aryaduray setiausaha. Sir Gerald Templer

dan Sir Donald MacGillivray di Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu juga telah

turut membantu dalam sebagai penasihat. Bermula pada tahun 1951, kejohanan hoki

pertama telah dianjurkan oleh PHM dan masih diteruskan sehingga ke hari ini. Allahyarham

Tun Abdul Razak adalah tokoh pertama yang dilantik sebagai Presiden PHM pada tahun

1957. Pada tahun tersebut, beliau telah menyumbangkan sebuah piala sebagai rebutan

untuk pertandingan di antara negeri. Piala tersebut dinamakan Piala Razak bersempena

dengan nama beliau. Bagaimanapun, pertandingan ini hanya berjaya dianjurkan pada tahun

1963. Perlantikan Tun Razak sebagai Presiden PHM telah memberi perangsang dan

galakan serta semangat baru kepada PHM serta orang ramai untuk memperbaiki mutu

sukan ini di negara kita. Buktinya, sehingga kini terdapat berbagai-bagai pertandingan

peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh PHM pada setiap tahun. Setelah itu, PHM telah

diterajui oleh DYMM Seri Paduka Baginda Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dari tahun 1976

hingga 2004. Mulai tahun 2004 hingga 2006, DYTM Raja Dr. Nazrin Shah menjadi Presiden

PHM diikuti Tan Sri Dato’ Seri Mohammad Anwar Mohammad Nor dari tahun 2006 hingga

2008 dan KDYTM Tengku Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah dari tahun 2008 sehingga

sekarang.

Tahun 1956 merupakan tahun bersejarah bagi pasukan hoki negara kerana pada

tahun tersebut, pasukan negara telah mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik yang

diadakan di Melbourne, Australia. Negara kita berjaya menduduki tempat ke sembilan

daripada dua belas pasukan yang bertanding. Selain itu, pasukan hoki negara juga turut

mengambil bahagian dalam pertandingan Hoki Piala Dunia.

Sejarah Pencapaian

Malaysia telah dipilih sebagai penganjur Kejohanan Piala Dunia Hoki pada 1975, di mana

penganjuran tersebut mendapat sokongan penuh Almarhum Tun Abdul Razak, yang ketika

itu memegang jawatan sebagai Presiden PHM. Ketua pasukan hoki kebangsaan ketika itu

ialah Poon Fook Loke. Beliau telah menjaringkan gol awal Malaysia sewaktu tumpas 2-3

pada peringkat Separuh Akhir kepada India. Beliau juga pernah beraksi dalam Kejohanan

Page 37: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

37 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Hoki Liga A England. Malaysia seri 0-0 dengan New Zealand, Sepanyol dan Belanda, di

mana negara-negara tersebut merupakan jaguh hoki dunia dan Eropah ketika itu. Meskipun

menang 3-1 ke atas Poland, Malaysia tumpas 0-1 kepada Pakistan. Namun, Malaysia

berjaya melangkah ke separuh akhir selepas menewaskan Belanda.

Pada 13hb Mac 1975, Malaysia telah dijadualkan bertemu India dan berjaya

mengikat jaguh hoki Asia tersebut 0-0 sehingga tamat perlawanan. Selepas 7 minit masa

tambahan berlangsung, hujan lebat memaksa perlawanan ditangguhkan ke keesokan

harinya. Pada 14hb Mac 1975, penyokong tempatan seramai 50,000 orang membanjiri

Stadium Merdeka, seterusnya mencatat rekod dunia sebagai kehadiran paling ramai untuk

perlawanan hoki. Walau bagaimanapun, pasukan kebangsaan yang berhempas-pulas gagal

mengekang India apabila tewas 2-3.

Sewaktu penentuan tempat ketiga dan keempat, pasukan kebangsaan yang dilanda

keletihan dan kekecewaan, dikalahkan oleh Jerman Barat dengan keputusan 0-4. Selain

Pingat Perak Sukan Komanwel 1998, pencapaian Separuh Akhir Piala Dunia Hoki 1975 ini

dianggap sebagai antara pencapaian terbaik sepanjang sejarah sukan hoki negara.

Penyertaan Pasukan Malaysia dalam Sukan Olimpik

1956 - Melbourne: tempat 9 daripada 12 pasukan.

1960 - Rome: tidak layak.

1964 - Tokyo: layak.

1968 - Mexico: tempat 15 daripada 16 pasukan.

1972 - Munich: layak.

1976 - Montreal: tempat ke 9.

1980 - Moscow: layak (pemulauan).

1984 - Los Angeles: tempat ke 11 daripada 12 pasukan.

1988 - Soul: tidak layak.

1992 - Barcelona: layak.

1996 - Atlanta: layak.

2000 - Syedney: layak.

2004 - Athens: tidak layak.

2008 - Beijing: tidak layak.

2012 - London: tidak layak.

Page 38: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

38 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Pencapaian Malaysia di dalam pertandingan hoki di dalam Sukan Asia:

2010 – Naib Juara (Guangzhou)

2006 - Tempat ke-6

2002 - Gangsa

1998 - Tempat ke-5

1994 - Tempat ke-5

1990 - Gangsa

1986 - Tempat ke-4

1982 - Gangsa

1978 - Gangsa

1974 - Gangsa

1970 - Gangsa

1966 - Tempat ke-4

1962 - Gangsa

1958 - Tempat ke-4

Pencapaian Malaysia di dalam Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia:

1987 - Kedudukan ke-4/7

1992 - Naib Johan/10 (tewas kepada Pakistan di Final)

1996 - Kedudukan ke-5/10

2000 - Kedudukan ke-3/11

2004 - Kedudukan ke-4/10

2008 - Kedudukan ke-5/8

2012 - Juara/8 (Melaka)

Page 39: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

39 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Struktur Organisasi Persatuan

Rajah 2.4: Logo Konfederasi Hoki Malaysia (MHC)

Berikut adalah visi dan misi Konfederasi Hoki Malaysia (MHC).

1. Visi

(a) Untuk menjadi pasukan yang terunggul bukan hanya di peringkat Asia tetapi juga

di mata dunia.

2. Misi

(a) Mencari bakat-bakat baru dalam permainan hoki.

(b) Mencari pemain yang bukan sahaja hebat dalam teknik-teknik permainan hoki

tetapi juga sifat fizikal.

3. Objektif

(a) Menambah baik teknik-teknik permainan.

(b) Untuk memperbaiki mutu persembahan para pemain.

4. Struktur Organisasi

Presiden:

KDYTM Tengku Abdullah Al Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah

Timbalan Presiden:

YM Raja Puan Sri Dato 'Noora Ashikin bte Raja Abdullah

Naib Presiden Kanan:

Y Bhg Dato 'Nur Azmi Ahmad

Dr Shamala Subramaniam

Naib Presiden:

Y Bhg. Dato 'Sri Che Khalib Mohammad Noh

Y Bhg Dato 'Hj Abdul Rahim Mohd Ariff

Encik M. Gobinathan

Encik Majid Manjit Abdullah

Y Bhg. Datuk Hj. Md Yusop Hj. Mansor

Page 40: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

40 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Puan Jenniffer Williams

Puan Maheswari Kanniah

Y Bhg Dato 'Mary Ritchie

Puan Nagula Sivasothy

Puan Jeyadhevi Subramaniam

Setiausaha:

Mohd. Johari B. Abd. Aziz

Bendahari:

Y.Bhg Dato 'Mohd Aini Anuarul Perai

Penolong Setiausaha:

Cik Nurfaraha Hashim

Penolong Bendahari:

Cik Juriah Abdul Wahab Fenner

Perwakilan Bebas:

Y Bhg Dato ' Dr S. S. Cheema

Y Bhg Dato 'Radhakrishnan Nair

Y Bhg Datin Noraini Jaafar

Puan Siti Patimah Hassan

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

1. Peraturan Bola Keluar Kawasan (Ball Out of Play)

Ketika anda menggolek bola hoki anda perlu tahu apakah tindakan anda apabila situasi bola

keluar kawasan atau ball out of play berlaku. Bola hoki dikira keluar padang apabila

keseluruhan bola keluar dari garisan tepi atau garisan belakang gelanggang. Tindakan yang

perlu anda ambil apabila bola keluar melintasi garisan tepi ialah:

a) Dari kayu hoki pemain pasukan anda, pihak lawan memukul atau menolak untuk

meneruskan permainan.

b) Dari kayu pihak lawan, menolak atau memukul oleh pasukan anda.

Dalam kumpulan, bincangkan sejarah pencapaian hoki negara dahulu dan sekarang. Anda juga dikehendaki berbincang mengenai mutu sukan hoki tanah air sekarang ini.

Page 41: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

41 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

c) Dari badan pemain, pukulan percuma kepada pihak lawan dari tempat di mana bola

terkena badan pemain pasukan anda.

d) Peraturan tolak gerak (autoplay) diaplikasikan.

Tindakan yang perlu anda ambil apabila bola keluar melintasi garisan belakang ialah:

a) Dari kayu penyerang. Tolakan atau pukulan oleh pemain pertahanan (defender) dari

tempat bertentangan di mana bola melintasi garisan dan tidak melebihi 16 ela

daripada garisan itu.

b) Dari kayu penahan yang lebih daripada 22.9m (25 ela) dari garisan belakang tolakan

atau pukulan oleh pemain pertahanan seperti di atas.

c) Dari kayu pemain pertahanan dalam jarak 22.9m (25 ela) dari garisan belakang.

Penyerang menolak atau memukul bola daripada satu tempat di atas garisan

belakang dalam 4.6m (5 ela) daripada sudut bendera.

d) Dari kayu pemain pertahanan dalam 22.9m (25 ela) dari garisan belakang (bola

dikeluarkan dengan sengaja). Sudut penalti akan diberikan kepada pemain pasukan

penyerang.

e) Dari kayu pemain pertahanan dalam bulatan gol (bola dikeluarkan tanpa sengaja).

Sudut penalti akan diberikan kepada penyerang.

f) Dari kayu pemain pertahanan dalam bulatan gol (bulatan D) (bola dikeluarkan

dengan sengaja). Strok penalti diberikan kepada pasukan penyerang.

g) Peraturan baharu melibatkan tolak gerak (autoplay) boleh diaplikasikan semasa

memulakan semula permainan apabila bola keluar kawasan.

2. Kesalahan

Terdapat beberapa tindakan atau perkara yang tidak boleh dilakukan oleh anda semasa

permainan. Tindakan atau perkara ini dipanggil faul yang boleh dikenakan tindakan penalti

tertentu.

Senarai kesalahan adalah seperti berikut:

a) Bermain menggunakan bahagian bulat kayu (dipanggil back stick)

b) Bermain dalam permainan tanpa memegang kayu hoki.

c) Mengangkat kayu hoki (Rajah 2.5) untuk menakutkan atau mengancam keselamatan

pihak lawan semasa mereka menghampiri bola atau menggelecek bola.

Page 42: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

42 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Rajah 2.5: Situasi mengangkat kayu hoki yang boleh mendatangkan kecederaan kepada pemain lain

d) Mengangkat kayu hoki untuk bermain bola melebihi paras bahu (Rajah 2.6).

Rajah 2.6: Seorang pemain hoki mengangkat kayu hoki melebihi paras bahu

e) Bermain bola dengan menggunakan tangan, kaki atau bahagian badan yang lain

(Rajah 2.7).

Rajah 2.7: Bola terkena bahagian kaki

Page 43: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

43 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

f) Menyungkit bola ke arah pemain lain atau ke dalam bulatan yang mungkin akan

mengundang bahaya kepada mereka (Rajah 2.8).

Rajah 2.8: Seorang pemain hoki menyungkit ke arah pemain lawan

g) Memegang, mencangkuk, memukul atau menyepak kayu hoki pihak lawan bertujuan

untuk mengganggu permainan mereka (Rajah 2.9).

Rajah 2.9: Pemain cuba memintas pemain lawan menggunakan kayu hoki

h) Menghalang pihak lawan dengan tubuh badan atau kayu hoki di antara bola dan

pihak lawan (Rajah 2.10).

Page 44: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

44 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Rajah 2.10: Seorang pemain hoki sedang merebahkan diri untuk menghalang pemain lawan

3. Penalti-penalti untuk Kesalahan yang Dilakukan

Tindakan penalti untuk setiap kesalahan adalah seperti berikut:

a) Situasi apabila kesalahan dilakukan di luar bulatan D.

Pasukan lawan akan diberi pukulan percuma.

Jika pemain daripada pasukan pertahanan dengan sengaja membuat mana-

mana jenis faul di dalam kawasan 25 ela, maka pasukan penyerang akan

mendapat pukulan sudut penalti.

b) Situasi apabila kesalahan dibuat di dalam bulatan D.

Oleh penyerang, pasukan pertahanan mendapat pukulan percuma.

Oleh pemain pertahanan secara tidak sengaja, pasukan menyerang mendapat

pukulan sudut penalti.

Dengan sengaja oleh pemain pertahanan, pasukan menyerang akan mendapat

penalti stroke.

4. Pukulan percuma, sudut penalti dan penalti stroke

a) Pukulan Percuma

Pukulan atau tolakan boleh digunakan.

Peraturan tolak gerak (autoplay) boleh diaplikasikan.

Diambil dari tempat di mana faul berlaku, kecuali di dalam kawasan D.

Apabila penyerang melakukan faul di dalam kawasan D, penahan boleh

mengambil pukulan percuma di mana-mana tempat di dalam kawasan D.

Page 45: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

45 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Apabila pukulan percuma diambil, bola mesti tidak bergerak (pegun).

Bola boleh dimainkan atau dinaikkan jika tiada bahaya.

Tiada sesiapa pun daripada pihak lawan dibenarkan berada di dalam kawasan

5 ela dari bola.

b) Penalti sudut diberikan kepada pemain penyerang apabila pemain daripada pasukan

pertahanan melanggar peraturan-peraturan berikut:

Dengan sengaja melanggar peraturan-peraturan yang telah disebutkan

terdahulu di bawah tajuk ‘kesalahan’, di dalam 25 ela kawasan pertahanan

tetapi di luar bulatan D.

Tidak sengaja melakukan kesalahan di dalam kawasan D.

Penalti sudut diambil dengan bola ditolak dari garisan gol oleh seorang pemain

penyerang. Tolakan boleh diambil dari kedua-dua belah gol tetapi sekurang-

kurangnya 9m (10 ela) dari tiang yang paling dekat sekali dan tidak melepasi

bulatan.

c) Penalti Strok

Penalti stroke diberikan kepada penyerang berdasarkan syarat-syarat berikut:

Apabila pemain pertahanan melakukan kesalahan secara sengaja di dalam

bulatan.

Apabila pemain pertahanan melakukan kesalahan secara tidak sengaja di

dalam bulatan tetapi melalui tindakannya mungkin menghalang penyerang

daripada berjaya menjaringkan gol.

Apabila pemain pertahanan sekali lagi melanggar peraturan sudut penalti

semasa pasukan penyerang cuba melakukan pukulan sudut penalti yang

diberikan kepada mereka.

Page 46: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

46 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

5. Padang Hoki

Rajah 2.11: Ukuran padang permainan hoki

Padang hoki berbentuk segi empat tepat dengan 91.40m (100 ela) panjang dan 58m (60

ela) lebar (Rajah 2.11). Garisan-garisan panjang dikenali sebagai garisan tepi dan garisan-

garisan pendek dikenali sebagai garisan belakang atau garisan gol.

Page 47: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

47 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Padang hoki dibahagikan kepada dua bahagian oleh garisan tengah dan setiap

bahagian tersebut dibahagikan kepada dua oleh garisan 22.9m (25 ela). Oleh itu, padang

telah dibahagikan kepada empat sukuan. Di atas kedua-dua garisan gol, garisan 25 ela dan

garisan tengah terdapat garisan putus-putus yang dilukis 5 ela daripada luar garisan tepi

kedua-dua belah padang. Tanda-tanda ini adalah 2 ela panjang.

Selain itu, terdapat juga satu garisan di atas padang untuk menunjukkan jarak 16 ela

dari garisan gol. Tanda ini berukuran 12 inci dan terdapat di dalam padang pada setiap

garisan tepi dan selari dengan garisan belakang. Garisan 16 ela ini diukur dari bahagian

dalam garisan belakang.

Rajah 5.12: Padang hoki yang digunakan semasa Sukan Olimpik 2012 London

Di atas garisan belakang terdapat garisan khas yang digunakan untuk sudut penalti.

Garisan ini panjangnya 12 inci bermula dari garisan belakang ke dalam kawasan bermain.

Garisan ini diletakkan 4.5m (5 ela) dan 9m (10 ela) di luar tiang gol. Satu titik untuk strok

penalti ditandakan di hadapan setiap pintu gol. Titik tersebut mempunyai diameter 6 inci dan

berjarak 7 ela dari garisan pintu gol.

d) Tiang Bendera

Empat tiang bendera diletakkan di setiap penjuru padang. Tinggi tiang bendera ialah

di antara 4 kaki hingga 5 kaki dan diletakkan di luar sudut.

Page 48: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

48 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

e) Bulatan Jaring

Satu garisan yang panjangnya 4 ela dilukis selari dan berjarak 14.63m (16 ela) dari

pintu gol. Garisan 16 ela itu diukur dari sudut dalam bahagian depan tiang gol ke luar

kawasan garisan 4 ela. Kawasan ini juga dipanggil kawasan D.

f) Pintu Gol

Setiap pasukan mempunyai pintu gol di tengah-tengah garisan gol. Pintu gol ini

mengandungi dua tiang tegak, berjarak 4 ela dan disambung dengan sebatang tiang

mendatar yang mempunyai ketinggian 7 kaki dari tanah. Semua ukuran diambil dari

dalam gol. Tapak depan tiang gol akan menyentuh tepi luar garisan belakang.

Rajah 5.13: Ukuran pintu gol hoki

Tiang-tiang tegak dan mendatar yang membentuk sebuah pintu gol mesti mempunyai

ketebalan yang tidak lebih daripada 3 inci dan tidak kurang daripada 2 inci. Pintu gol

juga mesti dicat dengan warna putih.

Jaring-jaring diikat dengan kukuh kepada tiang-tiang tegak dan tiang mendatar,

dengan jarak dekat tidak melebihi 6 inci dan dipasangkan dengan kuat ke tanah di

belakang gol. Jaring daripada mesh 1 inci dicadangkan.

6. Kayu Hoki

Kayu hoki berbentuk rata di bahagian hadapan manakala di sebelah belakangnya berbentuk

bulat. Bahagian rata adalah di sebelah kiri kayu. Bahagian rata dipanggil muka kayu (face of

Page 49: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

49 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

stick). Bahagian bulat kayu dipanggil belakang kayu. Pemain hanya boleh bermain dan

memukul menggunakan dengan bahagian yang rata atau muka kayu sahaja. Bahagian

lengkok kayu pula dipanggil kepala kayu. Seperti bola hoki, kayu hoki juga mempunyai

spesifikasi tertentu iaitu berat kayu di antara 340g minimum hingga 794g maksimum (Rajah

5.14).

Rajah 5.14: Kayu hoki

7. Pemain

Dalam permainan hoki, terdapat 11 orang pemain dalam sesuatu pasukan. Manakala lima

orang lagi diperlukan sebagai pemain simpanan dan boleh memasuki padang pada bila-bila

masa untuk melakukan pertukaran pemain jika dibenarkan oleh pengadil.

8. Pengadil

Dalam setiap permainan, dua orang pengadil akan bertugas dibantu oleh seorang atau dua

orang penjaga masa. Setiap pengadil akan menjaga separuh daripada padang dan

mengawal permainan dengan wisel ketika perlawanan berlangsung.

9. Pakaian

Baju, seluar pendek atau skirt (bagi pemain wanita), stoking dan kasut adalah pakaian asas

yang diperlukan dalam permainan hoki. Alat-alat yang berbahaya atau but yang mempunyai

tapak yang sesuai tidak dibenarkan untuk dipakai atau dibawa ke dalam gelanggang.

Page 50: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

50 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Rajah 5.15: Kasut astroturf

10. Penjaga Gol

Penjaga gol haruslah memakai pakaian dan kelengkapan pelindungan khas seperti topeng

keselamatan muka, sarung tangan, lapik kaki atau ped berat yang keras (Rajah 2.16).

Rajah 2.16: Kelengkapan penjaga gol

Page 51: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

51 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

11. Jangka Masa

Jangka masa permainan hoki ialah selama 35 minit bagi kedua-dua separuh masa dalam

setiap perlawanan. Setiap pasukan akan bertukar padang pada separuh masa kedua

selepas tempoh rehat selama 10 minit.

KEMAHIRAN ASAS HOKI

1. Menggelecek

Menggelecek adalah salah satu cara mengawal bola yang sedang bergerak. Ia adalah

kemahiran yang digunakan untuk melepaskan diri dan bola daripada halangan dan kawalan

pemain lawan. Di antara kepentingan kemahiran menggelecek ialah:

(a) Mengekalkan kawalan bola.

(b) Persediaan untuk menghantar atau menjaringkan gol.

(c) Mencari ruang dan menukar arah serta menghantar bola kepada rakan sepasukan.

(d) Melengahkan masa bermain.

Cara-cara Menggelecek

Terdapat beberapa cara untuk menggelecek dalam permainan hoki. Berikut adalah cara-

cara menggelecek yang betul:

a) Gelecek Longgar

Kemahiran menggelecek longgar (open/loose dribble) boleh digunakan apabila anda

hendak menggerakkan bola dengan pantas bagi tujuan untuk melepaskan diri

dengan bola daripada pemain lawan dan berlari dengan bola ke arah pintu gol.

b) Gelecek Rapat (Rajah 2.17)

Anda boleh menggunakan kemahiran menggelecek rapat semasa hendak mengawal

bola dengan rapi. Ia boleh digunakan apabila anda tidak dapat memastikan sama

ada keadaan atau situasi semasa bermain selamat atau tidak untuk mendedahkan

bola kepada pihak lawan.

Dalam kumpulan, anda dikehendaki membincangkan tentang aspek

keselamatan dalam sukan hoki.

Page 52: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

52 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Rajah 2.17: Pemain sedang menggelecek dengan kemahiran menggelecek rapat

c) Menggelecek Indian

Kemahiran menggelecek Indian sangat penting jika anda hendak menukar arah

daripada kiri ke kanan atau sebaliknya. Melalui cara ini anda boleh melarikan diri

daripada pihak lawan (Rajah 2.18).

Rajah 5.18: Pemain sedang melakukan kemahiran menggelecek Indian

2. Menolak

Menolak adalah kaedah hantaran yang paling pantas kepada rakan sepasukan (Rajah

2.19). Sasaran hantaran bola disembunyikan sehingga saat-saat akhir untuk mengelirukan

pihak lawan. Dalam keadaan kritikal, tolakan merupakan kaedah yang paling selamat dan

boleh dibuat dengan mudah dan pantas. Kemahiran ini boleh dilakukan daripada kedudukan

yang sukar apabila kemahiran memukul tidak sempat untuk dilakukan.

Page 53: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

53 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Rajah 2.19: Pemain sedang melakukan kemahiran menolak bola

Walaupun kemahiran ini tidak mempunyai kuasa yang sama jika dibandingkan dengan

kemahiran memukul, kemahiran menolak boleh dilakukan dengan pantas tanpa disedari

oleh pihak lawan. Kemahiran menolak sangat berguna untuk melakukan clearance cepat

atau jaringan. Kemahiran ini juga boleh dilakukan dari kedudukan yang sukar di mana

kemahiran memukul tidak boleh digunakan. Kemahiran menolak mempunyai hantaran

lengkung yang luas dan boleh dilakukan semasa pemain sedang berlari. Ini kerana pemain

tidak menggunakan hayunan ke belakang, menyebabkan kesukaran pihak lawan melihat

dan menjangka bila dan ke mana hantaran akan dilakukan.

Rajah 2.20: Pemain sedang bersedia melakukan kemahiran menolak bola semasa pukulan penalti sudut

3. Menyerkap

Menyerkap bermaksud menahan bola. Kemahiran ini merupakan kemahiran yang paling

penting dalam permainan hoki. Anda mestilah menguasai kemahiran menyerkap bola di atas

Page 54: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

54 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

permukaan padang yang berbeza kerana permainan hoki boleh dimainkan di atas padang

rumput atau astroturf. Pasukan yang boleh menyerkap bola dengan baik akan menguasai

dan dapat menentukan corak permainan (Rajah 2.21). Anda juga boleh melakukan

kemahiran menyerkap dalam keadaan statik atau sedang bergerak semasa bola dihantar.

Rajah 2.21: Pemain sedang melakukan kemahiran menyerkap bola ketika berhadapan dengan lawan

4. Memukul

Memukul merupakan salah satu kemahiran asas dalam sukan hoki. Kelebihan memukul

ialah bola boleh digerakkan atau dihantar dengan cepat dan jauh. Ketepatan pukulan adalah

penting. Teruskan untuk mempelajari mekanik memukul.

Rajah 2.22: Seorang pemain hoki sedang melakukan pukulan dengan hayunan yang kuat

5. Hantaran

Hantaran dengan pukulan merupakan satu cara hantaran yang kuat kerana bola akan

bergerak dengan pantas ke arah sasaran. Ketepatan arah boleh dicapai dengan melakukan

banyak latihan dan ini biasanya akan dititikberatkan oleh jurulatih semasa latihan.

Page 55: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

55 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Rajah 2.23: Pukulan kilas merupakan salah satu teknik hantaran berkesan

6. Kuisan Dan Hantaran Tinggi

Kemahiran kuisan dan hantaran tinggi boleh digunakan untuk menjaringkan gol. Kemahiran

menguis adalah penting kerana ia memerlukan persediaan untuk menguis bola dalam

keadaan terkawal. Kuisan boleh mengelirukan pemain lawan kerana mereka tidak tahu ke

mana bola tersebut akan dihantar. Kemahiran menguis adalah sangat berguna untuk

menyelamatkan kubu pertahanan dari ancaman pihak lawan dan melakukan hantaran jauh

kepada rakan penyerang.

Rajah 2.24: Seorang pemain sedang bersedia untuk melakukan kuisan

7. Penjagaan Gawang Gol

Selain kemahiran asas yang lain, kemahiran menjaga gol juga perlu diberi perhatian

sewajarnya supaya para pemain didedahkan kepada teknik asas kemahiran menjaga gol.

Untuk keselamatan dan pembinaan keyakinan para pemain, jurulatih hendaklah

menitikberatkan cara-cara latihan yang mempunyai unsur-unsur moden.

Page 56: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

56 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Rajah 2.25: S. Kumar diiktiraf antara penjaga gol terbaik dunia

Pada peringkat awal, bola tenis boleh digunakan untuk latihan menendang bola dan

menahan bola dengan tapak kaki. Begitu juga, bola digolekkan ke pintu gol dan tidak dipukul

pada peringkat awal. Di antara kemahiran asas menjaga gol ialah:

a) Menahan bola dengan kedua-dua pelapik kaki.

b) Menggelongsor untuk menahan bola.

c) Menendang bola.

d) Menggunakan tapak tangan untuk menahan bola.

Rajah 2.26: Seorang penjaga gol sedang mengawasi pintu gol daripada dibolosi

Dalam kumpulan, bincangkan peranan jurulatih untuk meningkatkan kemahiran pemain-pemainnya. Anda juga dikehendaki membincangkan peranan pemain bagi meningkat kemahiran individu mereka.

Page 57: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

57 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

PENILAIAN KENDIRI

1. Nyatakan dengan ringkas sejarah permainan hoki di Malaysia.

2. Bincangkan fungsi peranan MSSD dalam membangunkan sukan hoki di peringkat

sekolah.

3. Senaraikan kemahiran yang terdapat dalam permainan hoki.

4. Huraikan ciri-ciri posisi bagi setiap pemain hoki.

5. Apakah yang dimaksudkan dengan penalti stroke?

6. Senaraikan kesalahan dalam pemainan hoki yang boleh menyebabkan pasukan diberi

penalti.

RUJUKAN

Corsi, J. & Hannon, J. (2002). The hockey goalie’s handbook the authoritative guide for players and coaches. Chicago: Contemporary Books.

Davidson, J. & Steinbreder, J. (2000). Hockey for dummies. (2nded.). Foster City, CA: IDG

Books Worldwide, Inc. Elizabeth, A. (2008). Field hockey steps to success. Champaign, IL: Human Kinetics. Zakrajsek, B. D., Carnes, L. A. & Pettigrew, E. F. (2005). Quality lessons plans for field

hockey. Champaign, IL: Human Kinetics. www.fieldhockey.com www.planetfieldhockey.com www.fieldhockey.isport.com/fieldhockey-guides/field-hockey-rules.

Page 58: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

58 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

UNIT 3

BOLA SEPAK

HASIL PEMBELAJARAN

1. Pelajar dapat menjelaskan sejarah dan perkembangan permainan bola sepak;

2. Pelajar dapat menjelaskan struktur organisasi persatuan permainan bola sepak;

3. Pelajar dapat mengenal pasti undang-undang dan peraturan permainan bola sepak; dan

4. Pelajar dapat mengenal pasti kemahiran asas permainan bola sepak;

Tahukah anda bahawa permainan bola sepak yang mempunyai ciri-ciri dan

persamaan dengannya telah lama wujud di negara China sejak abad ke-3

sebelum Masihi lagi? Di Malaysia, permainan bola sepak cukup popular

dan sukan ini diberi lebih perhatian berbanding sukan-sukan lain. Situasi ini dapat dilihat

dengan usaha pihak persatuan bola sepak di Malaysia merancang dan mengatur pelbagai

strategi untuk memperkembangkan sukan bola sepak dari semasa ke semasa di peringkat

kebangsaan. Dengan adanya pelbagai perancangan, diharapkan Malaysia akan menjadi

salah satu pasukan yang digeruni di rantau Asia Tenggara dan peringkat Asia sesuai

dengan nama panggilannya iaitu “Harimau Malaya”. Oleh yang demikian, topik ini akan

membincangkan pengenalan, sejarah, perkembangan di Malaysia, struktur organisasi

persatuan, undang-undang dan peraturan serta kemahiran asas dalam permainan bola

sepak.

PENGENALAN

Sejak kebangkitan prestasi pasukan bola sepak Malaysia iaitu Harimau Malaya atau

Harimau Muda, gelombang sokongan dalam kalangan peminat sukan bola sepak di

Malaysia terhadap skuad kebangsaan tampak semakin ketara dan meningkat. Pelbagai

persatuan dan kelab penyokong ditubuhkan sama ada secara rasmi ataupun tidak.

Page 59: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

59 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Persatuan atau kelab penyokong ini kebanyakkannya bermatlamat memberi dimensi

baru terhadap cara sokongan diberikan kepada pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia,

tidak kira sama ada ketika mendapat kemenangan mahupun kekalahan, sokongan moral

diberikan secara berterusan dan paling popular dan berjaya mencetuskan fenomena baru

bola sepak di Malaysia, setakat ini adalah “Ultras Malaya” (Rajah 3.1).

Rajah 3.1: Penyokong Malaysia dikenali sebagai “Ultras Malaya”

Menurut FIFA, permainan-permainan yang mempunyai ciri-ciri bola sepak telah

wujud di negeri China sejak abad ke-3 Sebelum Masihi. Berbagai-bagai jenis permainan

bola juga telah diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah. Pada abad ke-19,

permainan bola di sekolah-sekolah United Kingdom (yang mempunyai cara permainan yang

berbeza mengikut sekolah) menjadi lebih popular. Lantaran itu, cara permainannya juga

lebih teratur. Undang-undang awal diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan

yang berbeza-beza itu dan memudahkan pemain-pemain. Persatuan Bola Sepak England

(The Football Association) telah ditubuhkan pada 1863 oleh beberapa kelab bola sepak.

Persatuan ini berjaya menggubal undang-undang formal bola sepak yang pertama di dunia.

Undang-undang ini kemudian berkembang menjadi undang-undang Bola Sepak hari ini.

Populariti bola sepak telah meningkat terutamanya pada abad ke-20. Kini, bola

sepak menjadi satu industri yang lumayan melalui pendapatan hak siaran televisyen dan

penjualan tiket di stadium-stadium. Permainan ini dimainkan pada peringkat professional

level di seluruh dunia. Berjuta-juta peminat biasanya pergi ke stadium bola sepak untuk

mengikut pasukan pilihan mereka, manakala berbilion-bilion pula melihat perlawanan bola

sepak di televisyen. Sebilangan besar pemain juga bermain bola sepak pada peringkat

amatur.

Page 60: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

60 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Mengikut kajian yang dilakukan oleh Fédération Internationale de Football

Association (FIFA), badan pentadbir bola sepak, yang diterbitkan dalam musim bunga 2001,

lebih daripada 240 juta orang biasanya bermain bola sepak dalam lebih daripada 200

negara di seluruh pelusuk dunia. Peraturannya yang mudah dan memerlukan peralatan

yang minimum tidak syak lagi menolong penyebaran dan tumbesaran dalam popularitinya.

SEJARAH

Sejarah awal permainan bola sepak diketahui dengan pelbagai cerita yang berbeza. Fakta

telah menunjukkan bahawa permainan bola menggunakan kaki telah bermula sejak ratusan

tahun yang lalu dan dipercayai lebih awal daripada sejarah permainan bola menggunakan

tangan. Sejarah permainan bola menggunakan kaki bermula sejak kurun ke-2 dan ke-3 di

China. Ia bermula pada zaman pemerintahan Dinasti Han, di mana askar-askar mereka

telah menggunakan bola yang diperbuat daripada kulit sebagai latihan fizikal dan ia dikenali

sebagai latihan ‘Tsu Chu’.

Rajah 3.2: Latihan ‘Tsu Chu’ semasa zaman Dinasti Han

Selain itu, fakta juga telah menunjukkan permainan Greek ‘episkyros’ mempunyai

persamaan dengan permainan daripada Rom (Rajah 3.3). Cara ia dimainkan bermula

dengan dua pasukan, menggunakan bola kecil dan bermain di kawasan padang yang

bersegi empat tepat dan ditanda garisannya. Objektif permainan ini adalah untuk membawa

bola melepasi sempadan pihak lawan. Permainan ini telah bertahan selama 700 hingga 800

tahun.

Page 61: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

61 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Rajah 3.3: Permainan ‘episkyros’ di Greek

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) adalah satu badan pentadbiran yang

ditubuhkan untuk menguruskan bola sepak. Peranan FIFA semakin berkembang semenjak

menerima persatuan bola sepak dari Afrika Selatan pada tahun 1909/1910, Argentina dan

Chile pada tahun 1912 serta Amerika Syarikat pada tahun 1913. Perancangan FIFA adalah

untuk mengadakan pertandingan di peringkat antarabangsa telah ditangguh kerana

tercetusnya Perang Dunia Pertama. Pada 1 Mac 1921, Jules Rimet telah dilantik menjadi

presiden ketiga Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Beliau merancang untuk

mengadakan kejohanan secara kecil-kecilan dan satu peraturan telah diluluskan pada tahun

1928. Pemenang kejohanan akan dinobatkan sebagai juara dan akan diberikan trofi.

Manakala, seorang pengukir Perancis, Abel Lafleur telah dipertanggungjawabkan untuk

mencipta trofi yang pertama. Trofi ini dikenali sebagai Piala Jules Rimet (Rajah 6.4).

Kongres pertama berlangsung di Barcelona telah memilih Uruguay sebagai tuan rumah

yang pertama pada 1 Mei 1929.

Rajah 3.4: Jules Rimet dan replika piala yang dipertandingkan

Page 62: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

62 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Buat pertama kalinya, pada 18 Julai 1930, kejohanan pertama Piala Dunia

dilangsungkan di Uruguay dan diadakan di tiga gelanggang di Montevideo. Pasukan dari

negara Uruguay yang menjadi tuan rumah telah muncul sebagai juara selepas menewaskan

Argentina 4-2 di dalam perlawanan akhir. Piala Dunia telah terhenti apabila tercetusnya

Perang Dunia Kedua. Walau bagaimanapun Julies Rimet telah berusaha keras di sepanjang

33 tahun beliau memegang tugas sebagai Presiden. Impiannya menjadi kenyataan apabila

Perancis menjadi tuan rumah kali ketiga. Menjelang tahun 1954, ahli gabungan FIFA telah

terdiri daripada 85 negara dari seluruh dunia ketika itu.

Rimet yang dilantik Presiden Kehormat pertama FIFA telah meninggal dunia setahun

kemudian dan diganti dengan Rodolphe William Seeldrayers pada tahun 1958. FIFA telah

memutuskan kejohanan itu diadakan secara berselang-seli di benua Eropah dan Amerika

Selatan. Operasi FIFA banyak dikawal selia oleh Ernst B. Thommen yang bertindak sebagai

Penganjur Jawatankuasa Pertandingan bagi Piala Dunia 1954, 1958 dan 1962 sebelum Sir

Stanley Rous dilantik sebagai Presiden FIFA keenam. Antara sumbangan besar Rous ialah

menambah keahlian baru dan menyiarkan kejohanan Piala Dunia secara meluas di seluruh

dunia. Pasukan dari Sepanyol telah muncul sebagai juara pada kejohanan Piala Dunia di

Afrika Selatan pada tahun 2010 (Rajah 3.5).

Rajah 3.5: Pasukan Sepanyol muncul juara setelah mengalahkan Belanda dengan jaringan 1 - 0

PERKEMBANGAN DI MALAYSIA

Tahukah anda bagaimana pula perkembangan bola sepak di negara kita? Permainan bola

sepak pertama di Semenanjung Malaysia bermula pada awal tahun 1800 sejajar dengan

penubuhan kelab di mana bilangan pendatang luar adalah tinggi di negeri Selangor, Kuala

Lumpur, Perak, Johor dan Negeri Sembilan. Permainan bola sepak telah dijadikan sebagai

Page 63: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

63 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

sukan pertunjukkan ketika perlawanan kriket Piala Malaya di antara Selangor dan Singapura

pada tahun 1921.

Sejarah Pencapaian Pasukan Harimau Malaya

Sebelum terbentuknya Malaysia, pasukan bola sepak Malaysia dikenali sebagai pasukan

bola sepak Malaya. Pasukan ini amat digeruni dan antara pasukan terkuat di Asia pada awal

1950-an sehingga 1960-an bersama-sama dengan pasukan bola sepak kebangsaan Korea

Selatan. Pencapaian terbaik Malaya ialah berjaya memenangi pingat gangsa Sukan Asia

1962 di Jakarta, Indonesia setelah menewaskan Vietnam Selatan 4-1. Pasukan ini

memasyhurkan nama-nama pemain seperti Abdul Ghani Minhat (gelaran "Raja Bola"),

Arthur Koh, G. Govindaraju, Robert Choe, Edwin Dutton dan Stanley Gabriel.

Pasca Malaysia

Selepas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, pasukan ini sehinggalah

sekarang dikenali sebagai pasukan bola sepak Malaysia (Harimau Malaya). Kegemilangan

pasukan ini berterusan selepas pembentukan Malaysia dengan para pemain ternama

seperti Namat Abdullah dan Shaharuddin Abdullah, Wong Fook Chuan, N. Thanabalan,

Zulkifli Norbit dan Abdullah Nordin (ketua pasukan). Malaysia berjaya melayakkan diri ke

Sukan Olimpik 1972 di Munich dengan menawan Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan Filipina

di sepanjang perjalanannya (Rajah 3.6). Dua tahun kemudian, Malaysia mengulangi

pencapaian pada 1962 apabila sekali lagi memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1974 di

Tehran selepas menewaskan Korea Utara 2-1. Kejayaan pasukan Malaysia berterusan

apabila layak berturut-turut ke Piala Asia pada 1976 dan 1980.

Rajah 3.6: Skuad Olimpik Munich tahun 1972

Page 64: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

64 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Pada zaman tersebut, pasukan bola sepak memperlihatkan peningkatan satu

generasi pemain lagenda, diketuai oleh penyerang kilat Mokhtar Dahari, pasangan

pertahanan Santokh Singh dan Soh Chin Aun (dikenali sebagai pasangan pertahanan

terbaik di Asia pada 70-an) dan R. Arumugam, digelar sebagai "Spiderman" kerana

ketangkasannya menjaga gawang gol.

Selepas itu, Malaysia sekali lagi layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow tetapi

kerajaan Malaysia memboikot Sukan Olimpik 1980 kerana membantah pencerobohan

Soviet Union ke atas Afghanistan. Ini menyebabkan pasukan bola sepak Malaysia tidak

dapat beraksi pada kejohanan tersebut. Namun pasukan kebangsaan masih lagi dapat

menghasilkan pemain berkualiti seperti "pemain pertama menjadi pemain pertahanan

"overlapping" di dunia, Serbegeth Singh (atau Shebby Singh seperti dikenali sekarang),

Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh dan Lim Teong Kim yang telah bermain untuk Hertha

Berlin di Jerman pada tahun 1988.

Kegemilangan dan kecemerlangan pasukan ini dilihat terhenti bermula pada tahun

1994 apabila berlakunya gejala rasuah terbesar yang melanda bola sepak Malaysia. Ramai

tonggak utama pasukan Malaysia yang terlibat di dalam skandal rasuah seperti Matlan

Marjan dan Azizol Abu Haniffah yang sekaligus menghancurkan bola sepak Malaysia.

Zaman Kejatuhan

Pada dekad 2000-an menampakkan kelibat Muhamad Khalid Jamlus (seorang pemain

percubaan dengan Eintracht Frankfurt), Akmal Rizal Ahmad Rakhli (pernah sekali bermain

untuk RC Strasbourg) dan Indra Putra Mahayuddin, bersama-sama dengan pemain lain,

tetapi walaupun banyak berhubung dengan pasukan Eropah, masih lagi gagal untuk

menjana minat di dalam bola sepak kebangsaan.

Kemerosotan pasukan kebangsaan Malaysia datang bersama-sama dengan

kemerosotan liga tempatan. Ramai peminat Malaysia menyalahkan skandal rasuah pada

tahun 1994 sebagai satu pemangkin tetapi populariti langganan televisyen swasta juga

menyumbang kepada kebanyakan peminat bola sepak Malaysia daripada siaran langsung

perlawanan tempatan ke perlawanan Eropah yang berprofil tinggi. Dengan kekurangan

minat dan dana, bola sepak kebangsaan Malaysia sekarang ini masih berbatu jauhnya jika

dibandingkan dengan zaman kegemilangan bola sepak pada 1970-an dan 1980-an.

Page 65: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

65 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Sungguhpun begitu, pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia B-23 tahun telah

memberikan sinar harapan apabila berjaya memenangi pingat emas untuk Malaysia selepas

mengalahkan Vietnam 1-0 walaupun menjadi pasukan underdog pada temasya Sukan Asia

Tenggara (SEA) ke-25 di Vientiane, Laos. Dengan kemenangan ini, FAM telah menaiktaraf

pasukan ini menjadi pasukan kebangsaan .

Kejayaan menjuarai Piala AFF Suzuki 2010

Pada Piala AFF Suzuki 2010 pula, pasukan Malaysia yang diketuai oleh Safiq Rahim kalah

kepada Indonesia 5-1 dalam perlawanan pertama dan seri tanpa jaringan dengan Thailand

pada perlawanan kedua. Malaysia bagaimanapun layak ke peringkat separuh akhir selepas

membelasah Laos dengan jaringan 5-1, disertai dengan 'bantuan' Indonesia yang

membenam Thailand 2-1 semasa perlawanan akhir peringkat kumpulan A. Di separuh akhir,

Malaysia berjaya menewaskan Vietnam 2-0 secara agregat dalam perlawanan timbal balik

di Kuala Lumpur & Hanoi pada 15 dan 18 Disember. Malaysia melangkah ke perlawanan

akhir buat kali kedua sejak 14 tahun dan bertemu dengan Indonesia. Pada 26 Disember

2010 dalam perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010 peringkat pertama antara pasukan

kebangsaan Malaysia menentang Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil, pasukan

Malaysia telah membenam pasukan Indonesia dengan tiga gol tanpa balas. Gol-gol telah

dijaringkan oleh Mohd Safee Sali (2 gol) dan Mohd Ashaari Shamsudin (1 gol). Dalam

perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno yang merupakan stadium keramat

bagi skuad Indonesia, Malaysia telah ditewaskan dengan jaringan 2-1 namun dengan

berbekalkan tiga jaringan sebelum ini, Malaysia berjaya menjuarai Piala AFF buat kali

pertama dalam sejarah bolasepak negara dengan agregat 4-2. Kemenangan ini juga telah

menamatkan penantian Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki selama 14 tahun. Lalu

Harimau Malaya dengan sendirinya dianggap layak dinobatkan kembali sebagai 'raja bola

sepak' rantau Asia Tenggara. Ini dikuatkan lagi dengan kejayaannya mempertahan pingat

emas di Sukan Asia Tenggara 2011.

Struktur Organisasi Persatuan

Pada tahun 1926, satu Persatuan Bola Sepak ditubuhkan dan selepas itu secara rasminya

menjadi Persatuan Bola Sepak Kebangsaan pada 1933. Ia juga dikenali sebagai Football

Association of Malaya (FAM). Sir Andrew Caldecott dilantik menjadi Presiden FAM yang

pertama pada tahun 1933 dan diikuti oleh M. Shelley, Dr J. Webster, S. Scott, R. Williamson

dan Adrian Clark. Mereka menerajui persatuan ini sehingga tahun 1940 sebelum

Peperangan Dunia Kedua meletus.

Page 66: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

66 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Selepas tamat perang, Presiden FAM ialah J. King, diikuti dengan H. Bryson dan Dr

C. Rawson. Mereka berkhidmat selama 2 tahun setiap seorang sebelum tampuk

pemerintahan FAM bebas daripada pengaruh pemerintahan kuasa British. Pada tahun 1951

pula, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah

dilantik sebagai Presiden FAM. Kemudian pucuk pimpinan FAM telah diambil alih oleh

Perdana Menteri Malaysia yang kedua iaitu Tun Abdul Razak Haji Hussein. Pada tahun

1976, jawatan tersebut telah diisi oleh Tan Sri Datuk Seri Setia Raja Hamzah Haji Abu

Samah. Semenjak 1984, Yang Teramat Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah

menjadi Presiden FAM sehingga sekarang.

Rajah 3.7: Barisan kepimpinan FAM tahun 1933 berpengkalan di Singapura

Rajah 3.7 menunjukkan struktur organisasi Jawatankuasa Eksekutif Bagi Tahun 2010-2014

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Jawatan Presiden disandang oleh KDYMM Sultan

Haji Ahmad Shah Al- Musta’in BillahIbni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-

Mu’adzam Shah mankala jawatan Timbalan Presiden adalah KDYTM Tengku Mahkota

Pahang Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah. Terdapat

tiga barisan Naib Presiden yang terdiri daripada Dato' Sri Subahan Kamal, Dato' Hamidin Hj

Mohd Amin dan Dato' Afandi Hamzah. Jawatan Setiausaha Agung pula dipegang oleh Dato'

Hamidin Hj Mohd Amin menggantikan Lt Jen Dato' Azzuddin Ahmad (Bersara) dan Tan Sri

Page 67: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

67 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Dato' Sri Abdul Aziz Abdul Rahman sebagai Bendahari. Barisan Exco pula terdiri daripada

lapan orang yang dipilih dalam mesyuarat agung persatuan dan terdiri daripada Dato' Haji

Takiyuddin Haji Hassan, Datuk Astaman Abdul Aziz, Lt Kol Abdul Rani Abdul Rahim, Dato'

S.Sivasundram Sithamparam-pillai, Dato' Dr Haji Hamdan Mohamed Khalib, Dato' Osman

Salleh, Tn Haji Rosmadi Ismail dan Dato' Jeferey Low Han Chau.

Rajah 3.8: Struktur organisasi Jawatan Kuasa Eksekutif Bagi Tahun 2010-2014 FAM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

Undang-undang bola sepak digubal untuk pertama kalinya oleh Ebenezer Cobb Morley dan

diusulkan ke dalam mesyuarat Persatuan Bola Sepak pada 8 Disember 1863. Kini, undang-

undang tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh Lembaga Persekutuan Bola Sepak

Antarabangsa (FIFA).

Dalam kumpulan, bincangkan sejarah pencapaian bola sepak negara dahulu dan sekarang. Anda juga dikehendaki berbincang mengenai mutu bola sepak tanah air sekarang ini

Page 68: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

68 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Undang-undang Permainan

Permainan bola sepak terbahagi kepada 17 undang-undang yang diperakui oleh Lembaga

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan antaranya adalah seperti berikut.

1. Padang Permainan

a) Permukaan Padang

Perlawanan bola sepak boleh dimainkan pada permukaan padang semula jadi atau

padang tiruan dan bergantung kepada sesuatu peraturan pertandingan.

b) Ukuran Padang

Padang permainan peringkat antarabangsa mestilah berukuran segi empat tepat dan

berukuran seperti berikut (Rajah 3.9):

Panjang : Minimum 100 meter (110 ela)

Maksimum 110 meter (120 ela)

Lebar : Minimum 64 meter (70 ela)

Maksimum 75 meter (80 ela)

c) Kawasan Padang

Untuk melancarkan permainan, garisan perlu ditandakan pada setiap kawasan

padang untuk membezakan sesuatu kawasan. Dua garisan panjang sempadan

dipanggil garisan padang manakala dua garisan yang lebih pendek dipanggil garisan

gol. Ukuran bagi semua garisan mestilah tidak melebihi daripada 12sm (5 inci) lebar.

Kemudian padang akan dibahagikan kepada dua bahagian melalui garisan tengah di

mana kawasan bulatan di tengah padang mempunyai ukuran jejari 9.15m (10 ela).

d) Kawasan Gol

Pada setiap garisan hujung padang ialah kawasan gol. Dua garisan di sudut kanan

garisan gol masing-masing berukuran 5.5 meter (6 ela) dari tiang gol.

e) Kawasan Penalti

Kawasan penalti mempunyai dua garisan di sudut kanan garisan gol dengan ukuran

16.5 meter (18 ela) dari tiang gol. Dalam setiap kawasan penalti, terdapat tanda penalti

berukuran 11 meter (12 ela) dari kawasan tengah tiang gol. Lengkungan bulatan

berjejari 9.15 meter (10 ela) dari setiap tanda penalti dibuat di luar kawasan penalti.

Page 69: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

69 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Rajah 3.9: Ukuran kawasan padang bola sepak

f) Tiang Bendera

Tiang bendera yang berukuran tidak lebih 1.5 meter (5 kaki) tinggi perlu ditempatkan

pada setiap penjuru padang. Ia juga boleh diletakkan di setiap hujung garisan tengah

dan mestilah berada 1m jauh dari garisan padang.

g) Lengkungan Sudut

Suku bulatan dengan jejari 1 meter (1 ela) daripada setiap kawasan sudut tiang

bendera dibuat dalam padang permainan.

h) Tiang Gol

Kawasan tiang gol mestilah berada di tengah-tengah di setiap garisan gol. Jarak

antara tiang gol ialah 7.30 meter (24 kaki) dan tinggi palang gol dari permukaan tanah

ialah 2.40 meter (8 kaki). Ukuran lebar kedua-dua tiang gol dan palang mestilah tidak

melebihi 12sm (5 inci).

2. Bola

Bola mestilah berbentuk sfera dan diperbuat daripada kulit binatang atau bahan lain yang

dibenarkan. Lilitan bola yang ditetapkan oleh FIFA adalah 68sm hingga 70sm dan berat bola

dalam lingkungan 410g hingga 450g. Bola yang digunakan untuk pemain dewasa ialah

bersaiz 5 (Rajah 3.10).

Page 70: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

70 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Rajah 3.10: Bola rasmi semasa Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan

3. Bilangan Pemain

a) Pemain

Perlawanan bola sepak memerlukan dua pasukan sahaja di mana setiap pasukan

mestilah terdiri daripada 11 orang pemain termasuk penjaga gol (Rajah 3.11).

Perlawanan tidak boleh dimulakan sekiranya terdapat kurang daripada 7 orang

pemain.

Rajah 3.11: Setiap pasukan terdiri daripada 11 pemain termasuk seorang penjaga gol.

b) Perlawanan Rasmi

Setiap perlawanan rasmi yang dianjurkan oleh FIFA dan persatuan-persatuan di

bawah gabungannya, hanya tiga orang pemain gantian sahaja dibenarkan untuk

membuat pertukaran. Peraturan pada setiap pertandingan mestilah menyatakan

berapakah bilangan pemain gantian yang dibenarkan untuk membuat pertukaran (3

hingga 7 pemain).

Page 71: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

71 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

c) Nama Pemain Gantian

Dalam setiap perlawanan, nama-nama pemain gantian mestilah diberikan kepada

pengadil sebelum perlawanan dimulakan. Pemain gantian yang tidak didaftarkan tidak

akan dibenarkan untuk bermain.

Rajah 3.12: Pertukaran pemain dikendalikan oleh pengadil keempat

d) Peraturan Pemain Gantian

Pertukaran pemain gantian tidak boleh dilakukan secara sewenang-wenangnya.

Pengadil mestilah dimaklumkan sebelum sebarang pertukaran dibuat. Pemain gantian

hanya boleh memasuki padang selepas pemain yang hendak digantikan keluar dari

padang dan selepas mendapat isyarat daripada pengadil. Proses pertukaran lengkap

apabila pemain gantian memasuki padang permainan dan pemain yang telah diganti

itu tidak boleh lagi mengambil bahagian dalam perlawanan tersebut (Rajah 3.11).

e) Pertukaran Penjaga Gol

Pengadil hendaklah diberitahu apabila pertukaran penjaga gol hendak dibuat.

4. Peralatan Pemain

a) Keselamatan

Pemain tidak dibenarkan memakai peralatan atau perhiasan yang boleh

mendatangkan ancaman bahaya kepada diri sendiri atau kepada pemain-pemain lain.

Sebagai contoh jam tangan, cincin atau pun subang.

Page 72: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

72 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

b) Peralatan Asas

Setiap pemain perlu juga mematuhi undang-undang berpakaian. Berikut adalah

peralatan asas yang patut dipakai oleh pemain:

i. Jersi;

ii. Kasut bola;

iii. Seluar pendek;

iv. Stoking; dan

v. Pelindung kaki.

Rajah 3.13: Set pakaian pemain bola sepak

c) Pelindung Kaki

Setiap pemain juga memerlukan pelindungan pada kaki. Pelindung kaki yang

diperbuat daripada bahan yang sesuai seperti getah atau plastik perlu dipakai di dalam

stoking.

d) Penjaga Gol

Seseorang penjaga gol perlu memakai warna jersi yang berlainan daripada pemain

lain, pengadil dan pembantu pengadil.

e) Pelanggaran Peraturan

Seseorang pemain itu tidak dibenarkan bermain sekiranya mereka melanggar

peraturan. Pengadil akan mengarahkan pemain yang melakukan kesalahan agar

meninggalkan padang. Pemain tersebut tidak dibenarkan memasuki padang sehingga

diberitahu pengadil. Pengadil akan memeriksa pemain tersebut sebelum dibenarkan

Page 73: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

73 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

meneruskan permainan dan dia hanya dibenarkan memasuki padang setelah bola

terkeluar dari padang.

5. Pengadil

a) Kuasa Pengadil

Setiap perlawanan akan dikawal oleh pengadil yang berkelayakan dan mendapat

sepenuh kuasa dalam mengendalikan permainan bola sepak.

Rajah 3.14: Empat orang pengadil bertugas mengendalikan sesuatu perlawanan

b) Tugas Pengadil

Berikut adalah tugas-tugas seorang pengadil (Rajah 3.14):

i. Melaksanakan undang-undang perlawanan.

ii. Mengawal permainan dengan bantuan pembantu pengadil.

iii. Memastikan bola yang digunakan memenuhi syarat.

iv. Memastikan peralatan pemain yang digunakan memenuhi syarat undang-

undang 4.

v. Bertindak sebagai penjaga masa dan sentiasa merekodkan masa permainan.

vi. Memberhenti atau membatalkan permainan sekiranya berlaku sebarang

gangguan daripada pihak luar.

vii. Memberhentikan perlawanan sekiranya terdapat kecederaan teruk pada

pemain dan memastikan pemain itu dibawa keluar dari padang.

viii. Memastikan pemain yang mengalami pendarahan atau luka meninggalkan

padang. Pemain yang cedera, hanya dibenarkan memasuki padang semula

setelah mendapat isyarat daripada pengadil.

Page 74: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

74 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

ix. Mengenakan denda yang lebih berat kepada pemain yang melakukan lebih

daripada satu kesalahan.

x. Mengambil tindakan disiplin ke atas pemain yang membuat kesalahan yang

berat dan mengarahkan pemain itu supaya keluar padang.

xi. Mengambil tindakan ke atas pegawai pasukan yang gagal mengawal kelakuan

semasa perlawanan.

xii. Bertindak melalui nasihat yang diberikan oleh pembantu pengadil atas

kesalahan yang tidak dapat dilihat olehnya.

xiii. Menyambung semula permainan selepas memberhentikannya.

c) Keputusan Pengadil

Keputusan pengadil adalah muktamad. Pengadil hanya akan menukar keputusannya

apabila menyedari bahawa keputusan tersebut adalah salah atau setelah berbincang

dengan pembantu pengadil.

6. Pembantu Pengadil/Penjaga Garisan

a) Tugas

Seseorang pengadil dibantu oleh dua pembantu pengadil. Antara tugas-tugas

pembantu pengadil ialah:

(i) Memastikan keseluruhan bola keluar dari garisan permainan.

(ii) Memastikan arah tendangan sudut, tendangan gol dan balingan bola ke dalam

padang.

(iii) Memaklumkan pemain yang berada dalam keadaan offside.

(iv) Membantu mengesan sebarang kesalahan atau kejadian yang berlaku di luar

pandangan pengadil utama.

b) Pembantu

Memastikan pengadil mengawal perlawanan berdasarkan undang-undang permainan

bola sepak. Pengadil akan memberikan tanggungjawab kepada pembantu pengadil

untuk membuat laporan kepada pihak atasan apabila sesuatu keadaan itu tidak boleh

dikawal.

Page 75: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

75 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

7. Tempoh Masa Perlawanan

a) Tempoh Permainan

Tempoh permainan pada setiap separuh masa adalah 45 minit. Sebarang persetujuan

untuk menukar masa permainan hendaklah dibuat sebelum permainan dimulakan.

b) Masa Rehat

Masa rehat diberikan kepada pemain selepas menamatkan separuh masa pertama.

Masa yang diberikan adalah tidak melebihi 15 minit.

c) Masa Tambahan

Masa tambahan diberikan apabila berlaku pemberhentian masa sewaktu pertukaran

pemain, rawatan kepada pemain yang tercedera atau pengadil bertindak

mengeluarkan pemain yang cedera dari padang untuk mendapatkan rawatan.

d) Tendangan Penalti

Apabila tendangan penalti hendak diambil atau diambil semula, tempoh masa akan

dipanjangkan sehingga tendangan penalti itu dilakukan.

e) Pemberhentian Perlawanan

Sesuatu perlawanan yang dihentikan akan dimainkan semula melainkan peraturan

pertandingan menyatakan sebaliknya.

8. Permulaan Perlawanan

a) Permulaan Perlawanan

Penentuan pasukan mana yang berhak sama ada untuk memilih kawasan gol atau

memulakan pertandingan dilakukan dengan melambung duit syiling. Pasukan yang

kalah lambungan syiling akan memulakan pertandingan, sekiranya pihak yang menang

memutuskan untuk memilih kawasan gol manakala pasukan yang menang lambungan

syiling akan memulakan sepakan mula pada separuh masa kedua.

b) Sepak mula

Ia adalah kaedah untuk memulakan sesuatu perlawanan atau memulakan kembali

perlawanan pada separuh masa kedua. Selain itu, sepak mula juga dibuat selepas

jaringan gol dilakukan dan ketika permulaan di setiap separuh masa atau tambahan

masa. Jaringan yang berpunca daripada sepak mula adalah sah.

Page 76: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

76 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

c) Prosedur

Semua pemain mestilah berada di kawasan mereka sendiri. Semua pasukan lawan

hendaklah berada sekurang-kurangnya 9.15m (10 ela) daripada bola, semasa sepak

mula diambil, bola mestilah dalam keadaan pegun dan berada di tengah-tengah

kawasan bulatan. Selepas pengadil memberi isyarat mula, pemain tengah perlu

membuat sepakan ke hadapan untuk dihantar kepada rakan pasukannya. Pemain

yang mengambil sepakan mula tidak boleh menendang bola itu kembali sebelum ianya

disentuh oleh pemain lain. Sepakan mula akan diambil oleh pasukan lawan apabila

pasukan tersebut menjaringkan gol.

9. Bola Masuk dan Keluar

Pengadil akan menghentikan perlawanan sekiranya bola dikira keluar dari padang apabila

melintasi garisan tepi, sama ada bola meleret di atas atau di udara garisan padang (Rajah

3.15). Permainan akan diteruskan kembali dengan:

a) Lambungan bola di mana tempat terakhir bola terkeluar.

b) Lambungan bola yang terkena pengadil atau penjaga garisan semasa di dalam padang

permainan.

c) Jarak masa ketika sedang menunggu keputusan apabila berlaku pelanggaran undang-

undang.

Rajah 3.15: Contoh keadaan bola masuk dan bola keluar

10. Jaringan

Jaringan gol akan dikira apabila seluruh bola melepasi garisan gol di antara tiang gol dan di

bawah besi palang gol, dengan syarat pemain pasukan penyerang tidak melempar,

Page 77: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

77 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

membawa dan menolak dengan menggunakan lengan atau tangan. Satu gol akan diperolehi

dengan setiap jaringan. Pasukan yang menjaringkan paling banyak gol akan dikira sebagai

pemenang perlawanan manakala perlawanan akan dikira ‘seri’ sekiranya kedua-dua

pasukan menjaringkan jumlah gol yang sama semasa tempoh perlawanan. Rajah 3.15

menunjukkan contoh keadaan bola bagi menentukan jaringan gol.

Rajah 3.16: Contoh keadaan bola bagi menentukan jaringan gol

11. Offside

Pemain dikira berada dalam keadaan offside apabila pemain itu berada berdekatan dengan

gawang pihak lawan lebih daripada bola melainkan pemain tersebut berada di separuh

padang permainan pasukannya dan hanya terdapat sekurang-kurangnya dua pemain pihak

lawan berdekatan dengan gawang mereka bersama pemain itu sendiri (Rajah 3.17).

Sepakan percuma pula akan diberikan kepada pasukan lawan di mana offside berlaku.

Rajah 3.17: Seorang pemain berada dalam keadaan offside apabila berada di belakang pemain pertahanan lawan sebelum bola ditendang ke arahnya

Page 78: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

78 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

12. Kesalahan dan Kelakuan Buruk

Kesalahan berlaku dengan sengaja ataupun tidak. Pemain yang sengaja melakukan apa

sahaja kesalahan akan dihukum. Sebagai hukuman, sepakan percuma akan diberikan

kepada pasukan lawan di mana tempat kesalahan itu dilakukan. Kesalahan yang boleh

menyebabkan hukuman sepakan percuma ialah:

a) Menendang atau cuba untuk menendang pemain pihak lawan (Rajah 3.18).

b) Memegang pemain pihak lawan.

c) Melompat ke atas pemain pihak lawan.

d) Menolak pemain pihak lawan.

e) Mengganggu pemain pihak lawan dari belakang melainkan pemain pihak lawan

menghalang pemain daripada mengambil bola.

f) Sengaja memukul atau meludah pemain pihak lawan.

g) Menyadung pemain pihak lawan.

h) Mengganggu pemain pihak lawan dengan bahasa dan kelakuan yang kasar atau tidak

sopan.

i) Membawa, menarik dan menolak ke hadapan bola dengan menggunakan lengan atau

tangan (melainkan ia dilakukan penjaga gol di dalam kawasan kotak penaltinya).

Rajah 3.18: Kesalahan menendang atau cuba untuk menendang pemain pihak lawan

13. Tendangan Percuma

Terdapat dua jenis tendangan percuma iaitu secara langsung dan tidak langsung. Jaringan

boleh dikira dengan tendangan percuma langsung manakala bagi menjaringkan gol

Page 79: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

79 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

daripada tendangan percuma tidak langsung, bola mestilah disentuh dahulu oleh pemain

lain selepas pemain membuat tendangan percuma sebelum bola itu melepasi garisan

gawang. Pemain pertahanan mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m (10 ela) dari

kedudukan bola untuk membuat tendangan percuma langsung dan tidak langsung. Pemain

pertahanan boleh berada dalam jarak kurang dari 9.15m daripada bola apabila pasukan

penyerang diberi tendangan percuma tidak langsung dalam jarak 10 ela dari gawang

pasukan pertahanan.

14. Sepakan Penalti

Sepakan penalti akan diberikan sekiranya pemain melakukan kesalahan di dalam kawasan

penalti (Rajah 3.19).

Prosedur:

a) Sepakan penalti diambil 11m (12 ela) di hadapan kawasan penalti dan di tengah-tengah

gawang.

b) Semua pemain mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m di luar kawasan penalti

kecuali pemain yang mengambil tendangan penalti dan penjaga gol.

c) Penjaga gol perlu bersedia di tengah garisan gawang di antara tiang gol dan tidak

dibenarkan mengangkat kaki sehingga tendangan diambil.

d) Bola mestilah ditendang ke hadapan oleh pemain yang mengambil sepakan penalti dan

tidak boleh menendang bola kali kedua sehingga bola itu disentuh oleh pemain lain.

Rajah 3.19: Sepakan penalti selalunya akan memberikan jaringan

15. Balingan Masuk

Perlawanan akan dimulakan kembali dengan hantaran masuk di tempat akhir sekali bola itu

dikeluarkan apabila bola melepasi garisan tepi, sama ada bola meleret di atas padang atau

Page 80: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

80 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

di udara. Balingan masuk akan dilakukan oleh pasukan lawan sekiranya pemain pasukan

sendiri yang menyebabkan bola terkeluar.

Prosedur:

a) Bola hendaklah dipegang dengan kedua-dua belah tangan dari bahagian belakang

kepala.

b) Pembaling bola mestilah menghadap padang dan kaki hendaklah menyentuh garisan

atau di luar garisan.

c) Pembaling bola tidak boleh menyentuh bola sehinggalah bola disentuh oleh pemain lain.

d) Jaringan gol daripada balingan bola yang keluar tidak boleh diambil dikira.

16. Tendangan Gol

Tendangan gol akan diberikan apabila bola yang akhir sekali disentuh oleh pemain yang

membuat hantaran, terkeluar di belakang garisan gol sama ada melalui leretan padang atau

udara.

Prosedur:

a) Bola ditendang di kawasan petak penjaga gol oleh pemain pertahanan atau pun penjaga

gol.

b) Pemain yang membuat tendangan tidak boleh menyentuh bola sehingga pemain lain

menyentuhnya.

c) Tendangan gol terus kepada penjaga gol tidak dibenarkan di kawasan penalti.

d) Semua pemain pihak lawan mesti berada di luar kotak penalti semasa tendangan gol

diambil.

e) Jaringan tidak dikira melalui tendangan gol.

17. Tendangan Sudut

Tendangan sudut diambil apabila bola yang dimainkan terkeluar atau melepasi garisan

belakang gol.

Prosedur:

a) Bola hendaklah diletakkan di kawasan lengkungan sudut pada hujung padang

bersebelahan dengan tiang bendera.

b) Tendangan hendaklah dibuat oleh pasukan lawan.

Page 81: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

81 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

c) Pemain pertahanan mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m dari bola sehinggalah

tendangan sudut diambil.

d) Pemain yang membuat tendangan tidak boleh menyentuh bola sehingga pemain lain

menyentuhnya.

KEMAHIRAN ASAS

Kemahiran asas dalm permainan bola sepak terbahagi kepada kaedah kawalan bola,

penjagaan gawang gol dan strategi permainan bola sepak.

1. Kaedah Kawalan Bola

Tujuan seseorang pemain menguasai kemahiran mengawal bola adalah supaya bola yang

ditujukan kepadanya dapat diterima dan dikawal dengan baik seterusnya dapat melakukan

satu tindakan selanjutnya. Terdapat bahagian-bahagian badan yang boleh digunakan untuk

mengawal bola, antaranya adalah seperti berikut:

a. Hujung kaki iaitu bahagian kekura kaki, perut kaki, luar kaki dan tapak kaki (Rajah

3.20).

Dalam kumpulan, bincangkan perbezaan antara peraturan dan undang-undang. Anda juga dikehendaki membincangkan tentang mutu pengadilan bola sepak di dalam dan luar negara dalam menguatkuasakan peraturan dan undang-undang sesuatu pertandingan.

Page 82: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

82 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Rajah 3.20: Kawalan Bola Menggunakan Hujung Kaki

b. Batang kaki iaitu peha dan bahagian bawah lutut (Rajah 6.2)

Rajah 3.21: Kawalan Bola Menggunakan Batang Kaki

c. Kepala

Rajah 3.22: Kawalan Bola Menggunakan Kepala

Page 83: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

83 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

d. Dada

Rajah 3.23: Kawalan Bola Menggunakan Dada

2. Tendangan dan Hantaran

Pasukan bola sepak yang berjaya kebiasaannya memiliki pemain yang berjaya menguasai

teknik dan kemahiran tendangan dan hantaran yang baik. Kebolehan membuat sepakan

dan hantaran sangat mempengaruhi kecekapan menghantar bola dan menjaringkan gol.

Terdapat tiga kemahiran tendangan iaitu tendangan leret, tinggi dan voli.

a) Tendangan leret

Rajah 3.24: Kemahiran tendangan leret

Page 84: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

84 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

b) Tendangan tinggi

Rajah 3.25: Kemahiran tendangan tinggi

c) Tendangan voli

Rajah 3.26: Kemahiran tendangan voli

3. Penjagaan Gawang Gol

Peranan penjaga gol adalah sangat penting dalam satu pasukan bola sepak. Penjaga gol

merupakan pemain yang berada pada barisan belakang pasukan dan mestilah menguasai

semua jenis kemahiran. Untuk menjadi penjaga gol yang terbaik, pemain tersebut mestilah

berkebolehan menangkap, menendang, membuat hantaran, menanduk dan menggelecek

bola selain menghalang semua serangan pihak lawan yang dilakukan ke arah gawang gol.

Tugas utama penjaga gol adalah untuk mempertahankan pintu golnya supaya bola tidak

dijaringkan. Kaedah yang digunakan untuk menggagalkan sesuatu percubaan menjaringkan

gol adalah bergantung kepada pergerakan bola yang menuju ke pintu gol itu. Mengikut

peraturan permainan, seseorang penjaga gol dibenar menggunakan mana-mana bahagian

badannya untuk menahan bola semasa berada di kawasan golnya. Seorang penjaga gol

Page 85: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

85 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

yang baik perlu mempunyai koordinasi mata dan tangan yang cekap untuk mempertahankan

pintu gol daripada dibolosi pasukan lawan.

Rajah 3.27: Kemahiran penjaga gol

Kemahiran asas menjaga gol boleh dilakukan seperti aksi berikut:

a) Menangkap tendangan bola leret, aras badan atau bola tinggi

b) Menepis bola tinggi dan sisi

c) Menumbuk bola

d) Mengecilkan sudut jaringan

e) Menyepak bola

PENILAIAN KENDIRI

1. Nyatakan dengan ringkas sejarah permainan bola sepak di Malaysia.

2. Bincangkan fungsi peranan MSSD dalam membangunkan sukan bola sepak di

peringkat sekolah.

3. Senaraikan kemahiran yang terdapat dalam permainan bola sepak.

4. Fikirkan tentang ciri-ciri estetika yang terdapat dalam permainan bola sepak.

Mengapakah permainan bola sepak paling banyak mendapat sambutan di kalangan

masyarakat dunia?

5. Huraikan ciri-ciri posisi bagi setiap pemain bola sepak.

6. Apakah yang dimaksudkan dengan offside?

Dalam kumpulan, bincangkan peranan jurulatih untuk meningkatkan

kemahiran pemain-pemainnya. Anda juga dikehendaki

membincangkan peranan pemain bagi meningkat kemahiran individu

mereka.

Page 86: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

86 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

7. Senaraikan kesalahan dalam pemainan bola sepak yang boleh menyebabkan

advantage diberikan terhadap pasukan lawan.

RUJUKAN

Drewett, J. (2008). How to improve at soccer. New York: Crabtree Pub. Kirkendall, D. T. (2011). Soccer anatomy. Champaign, IL: Human Kinetics. Klaus, B., Gerards, H.W. & Wallraff, J. (2006). Soccer training for goalkeepers. Qxford:

Meyer & Meyer Sport. Junaidah Salehudin (2009). Bola sepak. Selangor: Karisma Pub. Persatuan Bola Sepak Malaysia. Diperolehi http://www.fam.org.my/ Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (1992). Bolasepak Malaysia cabaran dan masa

depan. Kuala Lumpur: Ensimal (M) Sdn. Bhd.

Page 87: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

87 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

UNIT 4

BOLA JARING

HASIL PEMBELAJARAN

1. Mengenal pasti sejarah dan perkembangan sukan bola jaring dunia dan Malaysia.

2. Mengenal pasti pelbagai kemahiran asas dalam sukan bola jaring.

3. Mengaplikasikan peraturan dalam sukan bola jaring.

4. Mengetahui dan menggunakan teknik penguasaan kemahiran asas dengan betul.

5. Mengaplikasikan kemahiran asas dalam sukan bola jaring sebagai pemain dan

jurulatih.

PENGENALAN DAN SEJARAH

Tahun 1981 adalah titik permulaan bagi permainan bola jaring yang telah diperkenalkan

oleh Dr James Naismith. Permainan bola keranjang merupakan sumber inspirasi Dr James

Naismith untuk mencipta permainan bola jaring. Walau bagaimanapun, permainan bola

jaring telah mengalami beberapa perubahan dari segi teknikal sehinggalah permainan ini

mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Antara perubahan yang dilakukan adalah saiz bola,

bulatan gol, peraturan penalti, jaringan serta bulatan logam.

Pada tahun 1960, Persekutuan Antarabangsa Persatuan Bola Jaring telah

ditubuhkan di Sri Lanka bagi mengawal permainan bola jaring di peringkat antarabangsa.

Tiga tahun kemudiannya, kejohanan bola jaring yang pertama telah diadakan di England di

mana Australia telah muncul sebagai johan. Sejak itu, kejohanan bola jaring di peringkat

antarabangsa akan diadakan setiap empat tahun sekali. Selain itu, permainan bola jaring

juga turut dipertandingkan pada sukan Komanwel di mana Kuala Lumpur telah menjadi tuan

rumah buat kali pertama penganjurannya.

Page 88: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

88 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Rajah 4.1: Logo Persekutuan Antarabangsa Persatuan Bola Jaring

PERKEMBANGAN DI MALAYSIA

Di Malaysia, permainan bola jaring mula diperkenalkan di sekolah-sekolah oleh guru-guru

berbahasa Inggeris dan mubaligh-mubaligh yang datang mengajar di Malaysia. Sejak itu,

permainan bola jaring mula mendapat tempat di kalangan kaum wanita di Malaysia

sehinggalah tertubuhnya Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) pada tahun 1978 oleh

Almarhumah Ke Bawah DYMM Tengku Ampuan Pahang. Persatuan Bola Jaring Malaysia

dianggotai oleh 12 negeri dan tiga anggota bukan negeri iaitu Majlis Sukan Tenaga Nasional

Berhad, Majlis Sukan Tentera Diraja dan Majlis SUkan Polis Diraja. Justeru itu, PBJM juga

bergiat aktif di peringkat antarabangsa dan telah menjadi ahli Persekutuan Antarabangsa

Persatuan Bola Jaring (IFNA) sejak tahun 1982.

Di samping itu, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) juga telah

ditubuhkan bagi mempromosikan permainan bola jaring di peringkat sekolah. Majlis ini juga

dipertanggungjawabkan untuk memajukan serta manaik taraf permainan bola jaring di

sekolah-sekolah di Malaysia. Sehingga kini, permainan bola jaring telah menjadi salah satu

sukan yang dipertandingkan di peringkat negeri dan kebangsaan oleh MSSM.

Rajah 4.2: Logo Persatuan Bola Jaring Malaysia

Page 89: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

89 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

GELANGGANG DAN PERALATAN

1. Ukuran Gelanggang

Gelanggang bola jaring hendaklah mempunyai permukaan yang padat serta berbentuk

segiempat dan berukuran 30.5 meter (100 kaki) panjang dan 15.25 meter (50 kaki) lebar.

Garisan panjang ialah garisan tepi dan garisan pendek ialah garisan gol. Selain daripada itu,

gelanggang juga hendaklah dibahagikan kepada tiga kawasan yang sama besar iaitu satu

kawasan tengah dan dua kawasan Gol di mana garisan sempadan yang merentasi

gelanggang selari dengan garisan gol.

Di tengah-tengah kawasan akan terdapat satu bulatan kecil yang dinamakan bulatan

tengah di mana garis pusatnya berukuran 0.9 meter (3 kaki). Separuh bulatan dengan jejari

berukuran 4.9 meter (16 kaki) ditanda di kedua-dua kawasan gol dengan bahagian

tengahnya terletak ditengah garisan gol. Di sekeliling gelanggang serta kawasan-kawasan

yang terdapat di dalamnya dipisahkan dengan garisan yang lebarnya 50 mm (2 inci).

Rajah 4.3: Gelanggang Bola Jaring

(b) Jenis-jenis Gelanggang Bola Jaring

Huraikan dengan ringkas sekurang-kurangnya tiga (3) faktor utama

yang dapat memajukan sukan bola jaring di Malaysia.

Page 90: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

90 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Gelanggang bola jaring terdiri daripada kawasan padang yang berumput atau pun kawasan

gelanggang yang bersimen atau berlantai parkey.

i) Gelanggang Rumput

Permukaan rumput hendaklah rata dan bersih. Pastikan tiada batu, pasir, kaca dan

sebagainya pada permukaan tersebut.

Rajah 4.4: Gelanggang rumput

ii) Gelanggang indoor

Jika perlawanan diadakan di dalam dewan atau tempat tertutup, gelanggang itu

hendaklah bebas daripada sebarang halangan yang boleh mengganggu perjalanan

permainan ini. Pemasangan lampu yang cukup terang hendaklah dipastikan untuk

gelanggang tertutup. Bagi pertandingan di peringkat antarabangsa yang diadakan di

dewan tertutup, permukaan gelanggangnya hendaklah diperbuat daripada jenis kayu

yang menganjal (sprung wooden floor).

Rajah 4.5: Gelanggang indoor

Page 91: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

91 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

2. Tiang Gol

Tiang gol hendaklah tegak dan tingginya 3.05 meter (10 kaki) diletakkan atau dipasang di

tengah setiap garisan gol. Satu gegelang logam dengan bahagian dalamnya berdiameter

380 mm (15 inci) hendaklah dipasang terkeluar 150 mm (6 inci) dari hujung tiang. Manakala

bahagian yang terkeluar itu hendaklah berukuran 150 mm (6 inci) antara puncak tiang dan

bahagian gegelang yang terdekat dengannya. Gegelang hendaklah dibuat daripada keluli

berdiameter 15 mm (5/8 inci) dan dipasang dengan jaring yang dapat dilihat dengan jelas

dan terbuka dikedua-dua hujungnya. Tiang gol perlu dibalut bermula daripada bahagian

dasar tiang sehingga meliputi keseluruhan tiang tersebut. Tebal balutan hendaklah tidak

melebihi 50 mm (2 inci). Tiang gol hendaklah dipacak ke dalam tanah bagi gelanggang

padang dan dimasukkan ke bawah lantai bagi gelanggang indoor.

Rajah 4.6: Tiang gol bola jaring.

Huraikan dengan ringkas kelebihan setiap gelanggang bola jaring.

Page 92: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

92 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

3. Bola Perlawanan

Bola merupakan alatan terpenting dalam sukan bola jaring oleh itu bola ini mesti diiktiraf

oleh Persatuan Bola Jaring Antarabangsa. Bola yang digunakan umumnya mempunyai saiz

yang sama dengan bola untuk permainan bola sepak. Walaupun kebanyakan bola

diperbuat daripada getah, tetapi bola kulit atau bahan lain yang serupa boleh

digunakan. Bola hendaklah mempunyai ukuran seperti berikut; berat 400g hingga 450g,

lilitan 690mm sehingga 710mm dan bersaiz 5.

Rajah 4.7: Bola

4. Jersi dan kasut

Pakaian yang dipakai dalam permainan bola jaring terdiri daripada baju-T, seluar sukan atau

skirt khas, kasut dan stoking. Pakaian haruslah seragam untuk sesebuah pasukan. Selain

itu, pemain juga dikehendaki memakai pakaian (bib)) berhuruf yang menunjukkan posisi

setiap pemain. Huruf-huruf ini hendaklah jelas pada bahagian hadapan dan belakang,

dengan ukuran setebal 15 cm (16 inci) menegak.

Rajah 4.8: Pakaian dan kasut di dalam sukan bola jaring

Page 93: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

93 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

5. Posisi Pemain dan Kawasan Bermain

Setiap pasukan diwakili oleh sepuluh orang pemain, tetapi hanya tujuh orang pemain yang

akan dibenarkan berada di dalam gelanggang pada satu perlawanan. Seorang pemain akan

berperanan sebagai pemain tengah (C). Pemain tengah berfungsi sebagai perantara

kepada pemain-pemain penyerang dan pertahanan.

a. Kumpulan penyerang pula terdiri daripada tiga pemain iaitu :

Penjaring gol (GS)

Penyerang gol (GA)

Penyerang sayap (WA)

b. Barisan pertahanan pula terdiri daripada tiga pemain juga iaitu :

Penjaga gol (GK)

Pengadang gol (GD)

Pengadang sayap (WD)

Posisi pemain amat penting kerana ini menentukan di kawasan mana mereka boleh

bergerak. Jika pemain berada di posisi yang salah atau berada di kawasan bermain yang

tidak dibenarkan maka hantaran percuma akan diberikan kepada pihak lawan.

Rajah 4.9: Posisi pemain

Page 94: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

94 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

c. Penjaring gol (GS)

Penjaring gol merupakan penjaring utama dalam sesebuah pasukan.

Beliau perlu kreatif dalam mencari ruang untuk mendapatkan bola serta

perlu mempelbagaikan sudut jaringan dan bersedia mengambil kembali

bola yang tidak dapat dijaringkan. Kawasan bermainnya adalah 1 dan 2.

d. Penyerang gol (GA)

Penyerang gol merupakan penjaring kedua dalam pasukan. Pemain ini

mempunyai skil menjaring yang tinggi dan mampu membuat serangan

dalam kawasan gol. Pemain juga biasanya merupakan pemain yang

serba boleh dan boleh menyerang pada bila-bila masa. Kawasan

bermainnya adalah 1, 2 dan 3.

e. Penyerang sayap (WA)

Penyerang sayap ialah pemain yang mampu membaca pergerakan

lawan dan mempunyai ketepatan hantaran yang baik. Kemahiran ini

penting untuk memberi input yang baik kepada penjaring. Beliau juga

perlu menzahirkan ketangkasan, kepantasan dan ketepatan hantaran

supaya bola dapat sampai ke tangan penjaring. Kawasan bermainnya

adalah 2 dan 3.

f. Pemain tengah (C)

Lebih dikenali sebagai racehorse. Ini kerana seorang pemain yang

memegang posisi C perlu mempunyai daya tahan kardiovaskular dan

kepantasan berlari sepanjang masa permainan. Beliau mempunyai

keseimbangan dalam serangan dan mempunyai kemahiran dan

ketepatan hantaran yang tinggi. Selain itu, beliau juga harus mencari

peluang agar bola sentiasa berada dalam pasukannya. Kawasan

bermainnya adalah 2, 3 dan 4.

Page 95: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

95 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

g. Pengadang sayap (WD)

Pengadang sayap merupakan orang yang penting dalam

menghalang pasukan lawan dari memasuki kawasan gol mereka.

Beliau mestilah seorang yang pandai meramal strategi lawan agar

dapat mematahkan serangan yang dibuat oleh pihak lawan.

Kawasan bermainnya adalah 3 dan 4.

h. Pengadang gol (GD)

Pengadang gol merupakan orang yang penting dalam menghalang

bola daripada dijaringkan oleh pihak lawan. Beliau harus bijak berfikir

untuk menghadang bola dan mematikan serangan yang dilakukan

oleh pihak lawan. Kawasan bermainnya adalah 3, 4 dan 5.

i. Penjaga gol (GK)

Penjaga gol merupakan barisan penghalang terakhir dan amat

penting. Beliau perlu bijak mendapatkan posisi yang sesuai sekiranya

bola lantunan semula dari gegelang hendak di peroleh. Kawasan

bermainnya adalah 4 dan 5.

PERATURAN PERMAINAN

Permainan bola jaring memerlukan 7 orang pemain dengan posisi masing-masing yang

akan menghadkan pergerakan mereka daripada bermain di kawasan yang tidak dibenarkan.

Manakala, bib yang dipakai oleh pemain menandakan posisi mana yang seharusnya mereka

perlu berada dan kawasan mana mereka boleh bergerak. Melalui pemakaian bib juga dapat

membantu pengadil memastikan kedudukan pemain.

Objektif permainan adalah untuk mencatatkan jumlah mata yang lebih banyak

daripada pihak lawan untuk memenangi perlawanan. Jaringan gol dikira apabila bola melalui

Page 96: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

96 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

gegelang gol dan masuk ke dalam jaringan lalu jatuh melepasi jaringan. Jaringan gol hanya

boleh dibuat oleh dua orang penjaring iaitu Penyerang gol (GA) dan Penjaring gol (GS) yang

telah mempunyai tugasan khas dan tidak boleh dijaringkan oleh pemain selain daripada dua

orang penjaring ini. Tiang gol pula adalah 10 kaki (3.05 meter) tingginya dan gegelung

jaringan pula mempunyai jaringan yang tergantung mengelilingi gegelung dan ini bola

kelihatan dengan jelas apabila dijaringkan. Setiap jaringan gol akan membawa 1 markah.

Keluasan padang pula ialah 100 kaki (30.5 meter) panjang dan 50 kaki (15.25) meter

lebar dan dibahagikan kepada 3 kawasan. Untuk tujuan pengadilan, pembahagian kawasan

untuk mengadili adalah kawasasn yang membahagi gelanggang antara satu kawasan

dengan kawasan yang lain. Setiap pengadil bertanggungjawab penuh untuk mengawal dan

memberi arahan terhadap permainan satu setengah gelanggang iaitu dari hujung kawasan

gol hingga separuh daripada kawasan tengah di sebelah kanannya. Kedua-dua orang

pengadil akan mengadili secara bersama untuk memastikan perjalanan permainan dalam

keadaan licin dan sempurna. Pengadil juga mesti memberikan hukuman yang jelas dan

terang atas setiap kesalahan yang dilakukan oleh pemain.

Sebelum memulakan permainan, wakil daripada kedua-dua pasukan akan diminta

untuk merebut bola yang dilambung atau toss-up bagi memilih hantaran tengah dan

kawasan jaringan mereka atau kapten kedua-dua pasukan terlebih dahulu membuat undian.

Apabila wisel dibunyikan permainan akan dimulakan dengan hantaran tengah dari bulatan

tengah. Jaringan yang dibuat akan dicatat oleh pencatat. Penjaga masa mempunyai tugas

penting dalam menentukan masa rehat atau tamatnya waktu bermain. Terdapat 4 sukuan

bermain dan kadangkala mengikut masa yang ditetapkan oleh penganjur kejohanan.

Page 97: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

97 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Jadual 4.1: Undang-undang dalam sukan bola Jaring

Bilangan pemain

Setiap pasukan terdiri 7 pemain.

Tempoh permainan Terdapat dua bahagian iaitu selama 20 minit setiap separuh masa

dengan masa rehat 5 minit. Kemudian pasukan akan bertukar

kawasan gol pada akhir separuh masa.

Pengadil Permainan diadili oleh 2 orang pengadil.

Memulakan permainan Hantaran tengah diambil secara bergilir-gilir selepas setiap

jaringan gol. Permainan dimulakan selepas setiap jaringan gol

Gerak kaki Pemain tidak dibenarkan mengheret atau mengerakkan kaki

semasa mendarat.

’Held ball’ Pemain tidak dibenarkan memegang bola lebih dari 3 saat.

Lebih kawasan Bola tidak boleh hantar lebih daripada keseluruhan satu kawasan

tanpa disentuh atau ditangkap terlebih dahlu oleh pemain yang

dibenarkan.

Off side Pemain dengan atau tanpa bola dianggap keluar kawasan jika

memasuki mana-mana kawasan selain daripada kawasan

bermainya.

Halangan Pemain tidak dibenarkan menghalang pihak lawan dengan

sentuhan tangan.

Sentuhan Pemain tidak dibenarkan sama sekali melakukan sentuhan dengan

pemain lawan, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.

Memainkan semula

’Replay’

Apabila menerima bola di mana bola telah dimiliki sepenuhnya,

bola terjatuh dan mengambilnya semula. Situasi ini dipanggil

’replay’.

Kini bola jaring juga turut dimainkan oleh golongan lelaki. Nyatakan

dengan contoh yang relevan salah satu peraturan yang boleh

diubahsuai oleh pihak penganjur sesuatu kejohanan bola jaring agar

bersesuaian dengan pemain.

lelaki.

Page 98: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

98 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN

Terdapat lima kemahiran asas yang utama dalam permainan bola jaring iaitu gerak kaki,

hantaran, menghadang, menjaring dan menjaga gol.

1. Gerak kaki

Dalam sukan bola jaring, pemain banyak menggunakan pergerakan kaki untuk bertindak.

Kedudukan badan untuk membuat hantaran atau menerima bola, kebolehan untuk berhenti,

menukarkan arah pergerakan, membebaskan diri daripada kawalan lawan, membuat

halangan, pelbagai gerakan pertahanan serta teknik dan kemahiran membuat jaringan,

semuanya bergantung kepada gerak kaki yang kukuh dan serba boleh. Gerak kaki yang

baik dan meyakinkan, sudah tentu akan menjamin keberkesanan permainan. Hasilnya

permainan yang baik dan bermutu dapat dibuktikan. Pemain mungkin mampu

mempamerkan penguasaan yang baik dalam kemahiran asas yang lain seperti menghantar

dan menerima hantaran, tetapi dia tidak akan menjadi pemain yang baik dan berjaya

sekiranya dia tidak menunjukkan gerak kaki yang baik, kemas dan licin.

Pemain bola jaring dikehendaki bergerak di sekitar kawasan permainan sepanjang

permainan. Pemain akan bergerak secara pantas di dalam ruang yang terhad. Mereka akan

berlari untuk bergerak, sama ada bentuk melonjak bagi mendapatkan bola, ataupun berhenti

dengan menukar arah, berhenti daripada menangkap bola dan mengelakkan kaki daripada

menyentuh garisan. Ini bermakna pemain perlu menggunakan gerak kaki untuk setiap

pergerakan dalam permianan. Berikut adalah beberapa peringkat gerak kaki yang dapat

membantu pemain melakukan pergerakan selanjutnya dalam permainan bola jaring:

a) Imbangan Badan

Faktor penentu kepada gerak kaki yang berkesan ialah keseimbangan badan. Bagi

mendapatkan gerak kai yang baik, pemain hendaklah memastikan supaya badan

diimbangkan di atas kaki iaitu pada bebola kaki, lutut serta pergelangan kaki, sambil

kaki dibuka seluas bahu dan bersedia untuk bergerak ke mana-mana arah. Apabila

badan pemain dapat diseimbangkan, pemain tidak menghadapi kesukaran dalam

gerak kaki.

Page 99: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

99 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

b) Corak Langkahan

Panjang langkah seseorang pemain semasa bergerak untuk menerima hantaran,

atau balingan adalah penting. Sebarang langkah yang terlalu panjang atau terlalu

pendek akan mengganggu gerak kaki keseluruhannya. Dengan membuat langkahan

yang tidak teratur boleh menjejaskan keseimbangan badan juga. Bagi mendapatkan

bola, pemain harus melompat, terutamanya jika pemain lawan tinggi. Bagi membuat

lompatan, pemain akan mempercepatkan lariannya serta memendekkan langkah

bagi memastikan berat badan tertumpu kepada bahagian belakang tumit yang

kemudian akan melompat. Lutut hendaklah dibengkokkan sedikit dan diikuti dengan

satu tolakan kuat daripada gelanggang oleh keseluruhan badan, terutamanya

kepala, yang dibantu oleh ayunan tangan untuk menghulur tangan menyambut bola.

c) Lonjakan

Lonjakan ialah gerakan menolak badan dari tanah ke udara untuk mendapatkan bola

yang ketinggiannya melebihi pemain. Oleh itu pemain digalakkan melompat untuk

mendapatkan bola. Semua pergerakan ini memerlukan tindakan gerak kaki yang jitu.

Menerusi gerakan melompat dan melonjak ini, pemain akan dapat menentukan kaki

yang akan digunakan untuk melonjak. Begitu juga dengan kaki yang mendarat yang

sesuai lagi berfaedah bagi mendapatkan pendaratan yang seimbang, dan

pengawalan badan yang baik.

Rajah 4.10: Gerak kaki

d) Pendaratan

Pemain yang mampu melakukan lonjakan atau lompatan yang baik mudah membuat

pendaratan tanpa sebarang masalah. Lompatan atau lonjakan dilakukan sekiranya

berat badan ditumpukan pada kaki yang mendarat dan kaki juga pantas mengubah

kedudukan. Sebaiknya kaki yang hendak mendarat perlulah dibengkokkan lutut,

Page 100: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

100 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

yakni sebaik sahaja kaki mencecah tanah. Ini penting bagi mengelakkan pendaratan

yang kurang sempurna yang tentunya akan menjejaskan keseimbangan pemain.

e) Menukar Arah

Pemain yang bijak akan berusaha menukar arah dari semasa ke semasa, seboleh-

bolehnya tanpa dapat dibaca atau diagak oleh lawan. Semasa membuat perubahan

arah ini, pemain hendaklah memastikan beratnya terletak pada kaki yang akan

mencengkam gelanggang yang dapat menahan momentum ke depan. Pemain

kemudian akan melakukan tolakan yang agak kuat dengan kaki kanan ke arah

pergerakan baru dengan menukarkan berat badan ke sisi kakikanan itu.

f) Larian Pecut

Pemain bola jaring banyak melakukan larian pecut yang pendek. Bagi melakukan

larian pecut pemain perlu menumpukan berat badan ke atas bebola kaki. Badan

hendaklah membongkok sedikit dan berada pada kedudukan bersedia untuk

melakukan tolakan kuat ke arah yang dikehendaki. Pemain dikatakan berada dalam

kedudukan yang lebih bersedia untuk melakukan sebarang bentuk pergerakan jika

dia berlari dengan langkah yang pendek serta berat badannya pada kaki, sementara

lutut dibengkokkan.

g) Membuat Putaran (pivot)

Pemain dibenarkan membuat satu putaran badan apabila dia hendak memusing

untuk menghantar bola. Semasa membuat putaran, pemain hendaklah memastikan

bebola kaki yang akan mendarat akan terus berada diatas tanah. Sementara kaki

yang satu lagi menggerakkan badan dengan tolakan yang pendek serta mengarah

kedudukan yang dikehendaki. Pemain sebaliknya hendaklah membuat putaran

badan ke arah yang terlebih dahulu dipandang. Manakala kedua-kedua belah kaki

mesti menunjukkan arah yang bola akan dihantar. Sekiranya gerakan ini dilakukan

dengan pantas dan tiba-tiba, memutarkan badan mungkin menjadi cara yang amat

berkesan untuk mengelakkan pemain lawan yang mungkin akan cuba menghalang

pemain yang mempunyai bola daripada membuat balingan atau hantaran.

Walaupun kemahiran gerak kaki merupakan kemahiran asas yang terpenting dalam

permainan bola jaring, tetapi ada kalanya pemain gagal melakukannya dengan baik. Ini

sudah tentu akan menjejaskan gerakan selanjutnya, malah sering pula dipersalahkan oleh

pengadil. Lazimnya terdapat beberapa kelemahan yang sering berlaku dalam gerak kaki

pemain.

Page 101: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

101 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Kelemahan:

Pemain tidak dapat membuat larian mengikut kelajuan yang dikehendaki.

Pemain tidak dapat menguasai lompatan dan pendaratan dengan baik.

Pemain gagal membuat lompatan mengikut ketinggian yang sepatutnya.

Pemain tidak dapat mengawal keseimbangan badan semasa mendarat.

2. Hantaran

Terdapat pelbagai teknik hantaran dalam sukan bola jaring seperti hantaran aras dada,

kepala, lantun, sisi dan sebagainya. Pemain perlulah cekap dalam membuat hantaran dan

menerima hantaran tersebut. Sekiranya pemain cekap dengan teknik tersebut, pihak lawan

sukar untuk menepis dan merebut hantaran bola anda.

a. Hantaran Aras Dada

Kemahiran asas hantaran aras dada amat penting diketahui dan dilakukan oleh

setiap pemain dalam permainan bola jaring ini kerana banyak kelebihan dan

kepentingan yang akan diperolehi oleh setiap pemain jika dapat menguasai teknik

hantaran ini. Hantaran aras dada ini dilakukan secara menolak bola dari paras dada

dan menuju terus ke penerima rakan sepasukan. Hantaran paras dada ini juga

merupakan satu hantaran yang kuat, cepat dan pantas kerana pemain perlu

menghantar bola sesuai dengan jarak di antara penerima. Hantaran ini sangat sesuai

ketika permainan yang pantas kerana ianya memerlukan tindakan yang segera.

Antara kepentingan hantaran bola aras dada dalam bola jaring ini ialah:

Hantaran bola dapat dihantar dengan cepat dan tepat.

Mengelakkan bola daripada mudah dirampas oleh pihak lawan.

Dapat mengimbangkan badan ketika melakukan hantaran bola.

Dapat merancang strategi permainan dengan baik.

Mempertahankan hantaran bola daripada serangan pihak lawan.

Manakala antara kelemahan hantaran aras dada adalah seperti berikut:

Merugikan masa kerana kebiasaannya, hantaran aras dada ini dilakukan

pada jarak yang dekat dan akan menyebabkan banyak masa membazir

ketika hantaran dilakukan sebelum bola dapat dijaringkan.

Memerlukan tenaga dan daya yang lebih ketika membuat hantaran aras dada

Page 102: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

102 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

pada jarak yang jauh.

Pihak lawan boleh merampas bola ketika melakukan hantaran pada jarak

yang dekat jika daya yang digunakan terlalu sedikit.

Jika pemain tidak berada dalam keadaan yang seimbang, hantaran tidak

dapat dihantar tepat pada sasaran.

Pergelangan tangan pemain mungkin akan mudah tercedera sekiranya tiada

kekuatan tangan ketika membuat hantaran kepada rakan sepasukan.

Sekiranya pemain tidak mempunyai koordinasi mata dan tangan dengan

baik, pihak lawan akan dapat membaca dan mengetahui teknik hantaran

yang akan dilakukan.

Jika bola dihantar terlalu laju pada jarak yang dekat, kemungkinan bola akan

terlucut dari tangan rakan sepasukan kerana hantaran terlalu cepat.

Pihak lawan dapat pintas bola ketika bola dihantar kepada rakan sepasukan

jika hantaran yang dilakukan tidak sampai pada sasaran.

Rajah 4.11

b. Hantaran Aras Bahu

Semasa membuat lakuan, kaki hendaklah dibuka seluas bahu dan semasa

membuat balingan, tangan kanan dihayun ke belakang. Tolak bola dengan

menggunakan pergelangan tangan dalam pada masa yang sama tukar berat

badan dari kaki belakang ke kaki hadapan. Terdapat beberapa kelebihan dengan

menggunakan teknik ini, antaranya:

Balingan sisi merupakan salah satu strategi untuk mengelirukan pihak

lawan.

Dapat membuat balingan secara pantas.

Menyukarkan pihak lawan untuk menangkap bola.

Page 103: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

103 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Manakala kekurangan di dalam teknik ini adalah :

Kadang kala penerima bola sukar menerima bola yang diberikan.

Tekinik ini jarang digunakan kerana balingan kurang tepat.

Mudah untuk mendapat kecederaan pada pinggang sekiranya pemain

tidak membuat renggangan dengan betul.

c. Hantaran Atas Kepala

Hantaran ini dilakukan dengan melepasi kepala pemain yang membuat hantaran.

Ia sesuai diaplikasikan untuk menghantar bola yang jauh dan tinggi kepada

rakan. Bola diletakkan di tapak tangan untuk membuat hantaran. Kemudian,

tangan yang akan membuat hantaran ditarik dan meninggi ke belakang dan

tangan dibengkokkan ke siku. Salah satu kaki diletakkan ke hadapan. Semasa

hantarn dilepaskan bebanan berat badan perlulah dipindahkan ke kaki yang satu

lagi bagi mengikut lajakkan. Antara kelebihan hantaran ini ialah:

Hantaran ini amat penting sekiranya pasukan lawan mempunyai barisan

pertahanan yang kukuh. Apabila pemain mengangkat bola tinggi di atas

kepala, ia akan memudahkan pemain melepaskan bola tersebut.

Pemain mempunyai kepelbagaian yang lebih dengan hantaran ini, sama

ada hantaran singkat yang lembut dan tepat atau hantaran jauh yang

kuat.

Kekurangan hantaran ini adalah:

Mudah ditangkis oleh pihak lawan.

Sukar menangkap jika bola yang dihantar terlalu tinggi.

Pihak lawan mudah membuat serangan dari atas.

d. Hantaran Lob

Hantaran lob merupakan hantaran satu tangan yang tinggi yang memerlukan

kawalan jari yang baik untuk mengarahkan bola tepat ke sasaran. Dimulakan

dengan bola di jari-jari tangan balingan pada aras bahu dengan siku

dibengkokkan dan tangan balingan di bawah bola. Tangan balingan sepatutnya

menjangkau dalam satu garisan lurus ke atas, di mana anda akan melepaskan

bola pada jangkauan penuh bagi mendapatkan layangan yang maksimum. Bola

Page 104: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

104 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

dilontar dalam bentuk lengkungan bagi melepasi jangkaun pemain lawan.

Kemudian ikut lajak dengan pergelangan tangan dan jari-jari. Kepentingan teknik

hantaran ini ialah:

Dapat memhantar bola dengan jarak jauh dan dekat.

Hantaran bola yang tinggi dapat menghalang pihak lawan daripada

menangkap bola.

Hantaran lob digunakan ketika musuh berada berhampiran dengan

penerima.

Manakala kekurangan teknik ini adalah:

Hantaran lob yang terlalu tinggi dan kuat akan menyebabkan bola

terlepas daripada tangkapan rakan penerima. Berbanding dengan

hantaran paras dada hantaran yang rendah, cepat dan tepat diterima oleh

penerima.

Hantaran lob lebih perlahan daripada hantaran aras kepala.

Rajah 4.12: Hantaran lob

e. Hantaran Lantun

Hantaran lantun sering digunakan apabila terdapat ramai pemain berkumpul di

satu-satu kawasan gelanggang, terutamanya apabila hampir dengan kawasan

jaringan. Hantaran ini rendah sahaja dan dilakukan apabila pemain lawan lebih

tinggi daripada pemain yang membuat atau menerima hantaran. Hantaran

lantun boleh dibaling dengan satu atau dua tangan tetapi selalunya dengan

Page 105: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

105 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

menggunakan kedua belah tangan agar balingan bola mejadi lebih stabil, cepat

dan tepat. Teknik hantaran ini mudah sahaja, bawa bola ke arah dada sambil

kaki dibuka seluas bahu. Kemudian, pemain melangkah setapak ke hadapan,

lalu menolak bola ke lantai agar bola dilantun ¾ ke arah rakan untuk disambut.

Sekiranya anda ingin menggunakan sebelah tangan, gerakannya sama seperti

hantaran bahu, tetapi pemain hendaklah merendahkan badan dengan cara

membengkokkan sedikit lutut. Tujuannya adalah untuk menghantar bola ke

bawah atau ke sebelah/sisi lawan.

Rajah 4.13: Hantaran lantun

Antara kepentingan hantaran ini adalah:

Berani serta mempunyai gerak balas yang pantas dan konsentrasi yang

baik.

Mengelirukan pihak lawan.

Merancang benteng pertahanan.

Merancang serangan balas.

Sentiasa mengikut pergerakan bola.

Manakala kekurangannya adalah:

Melakukan kekasaran kepada pihak lawan semasa bertahan.

Mudah disekat oleh pihak lawan yang bertindak pantas.

Mudah terkena kaki.

Bola yang melantun tinggi akan memudahkan pihak lawan untuk

memintas.

Hantaran tidak sampai pada sasaran.

Hantaran dua tangan anda tersasar kiri atau kanan.

Page 106: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

106 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

3. MENGHADANG

Apabila menyerang, pemain mestilah pantas mengatasi lawannya dan bergerak mencari

ruang kosong untuk menerima hantaran. Pemain boleh mengelakkan atau melepaskan diri

daripada kawalan pasukan lawan dengan mengelak, melompat atau menukar haluan

semasa berlari. Manakala, sewaktu bertahan, pemain hendaklah menghalang pasukan

lawan daripada membuat hantaran atau jaringan. Sebagai pasukan yang membuat

pertahanan, setiap pemain akan mengawal lawan masing-masing dan seboleh-bolehnya

cuba untuk merampas semula penguasaan bola. Lazimnya, kawalan dilakukan secara satu

lawan satu di mana setiap pemain akan mengawal lawannya sepanjang permainan

Selain itu, penjaga gol serta pengadang gol juga perlu memainkan peranan yang

penting dalam menghalang jaringan gol pihak lawan. Mereka perlu membuat halangan di

dalam kawasan jaringan iaitu di dalam kawasan D. Jarak halangan perlulah 3 kaki agar tidak

terlalu hampir dengan pihak lawan. Ini kerana sekiranya anda terlalu hampir dengan pihak

lawan, anda telah melakukan kesalahan halangan dekat dan sekaligus memberikan peluang

kepada lawan.

Rajah 4.14: Teknik menghadang

4. MENJARINGKAN GOL

Jaringan dikira masuk apabila bola memasuki lilitan jaringan. Terdapat beberapa cara

jaringan yang boleh dilakukan. Antaranya ialah jaringan statik sebelah tangan, jaringan

sambil melompat dan jaringan sambil berlari (1½ langkah).

Teknik menjaring pada asasnya memerlukan penjaring berdiri stabil dengan kaki

dominan di hadapan. Kemudian, letakkan bola di atas bebola tapak tangan dan buka jemari.

Bola diangkat tinggi dari aras kepala dengan ditampung sebelah tangan lagi dan bawa ke

Page 107: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

107 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

hadapan sedikit. Manakala badan direndahkan serta lutut dan siku dibengkokkan. Akhir

sekali bola dilepaskan dari tangan dengan pergelangan tangan ke arah sasaran.

Sekiranya penjaring terlalu hampir atau jauh dari tiang gol, penjaring boleh membuat

satu langkah ke belakang atau ke hadapan dengan syarat kaki hanya satu kaki yang

menyentuh gelanggang.

Rajah 4.15: Teknik menjaring

RUMUSAN

Setiap pemain bola jaring haruslah menguasai setiap teknik dalam sukan bola jaring dengan

baik bagi menjamin kemengan permainan yang ditandinginya. Selain itu, pemahaman

tentang peraturan serta undang-undang permainan juga perlu dititikberatkan agar kesalahan

dapat dielakkan. Maklumat-maklumat yang diberikan diharapkan dapat membantu pelajar

memahami asas sukan bola jaring.

PENILAIAN KENDIRI

1. Nyatakan dengan ringkas sejarah bola jaring di Malaysia.

2. Bincangkan fungsi peranan Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) dalam

membangunkan sukan bola jaring di peringkat sekolah.

3. Nyatakan 3 kesalahan utama dalam sukan bola jaring.

4. Apakah perkara yang diperiksa oleh pengadil sebelum memulakan permainan?

Page 108: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

108 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

5. Senaraikan jenis-jenis hantaran dan pilih dua teknik hantaran yang disenaraikan untuk

dihuraikan.

6. Nyatakan kepentingan gerak kaki dalam sukan bola jaring.

7. Nyatakan peranan dan kawasan setiap pemain dalam sukan bola jaring.

8. Sekiranya pemain memegang bola lebih daripada 3 saat apakah yang bakal berlaku.

9. Bagaimanakah pemain dapat mengelakkan kesalahan halangan dekat.

10. Senaraikan isyarat tangan pengadil di dalam sukan bola jaring.

RUJUKAN

Rozita Abdul Latiff.(2006). Drill Bola Jaring Asas, Pertengahan Dan Mahir. Shah Alam.: Karisma Publication

Ellis, L. (2005). Netball Heroes. Crows Nest, London : Frances Lincoln. Woodland, J. (2006). The Netball Handbook. Champaign, IL: Human Kinetics. Storey, R. (2007). Know Your Sport: Netball. London: Franklin Watts. Navin, A. & Hickey, J. (2008). Netball Skills, Techniques, Tactics. Wiltshire: Crowood Press

LTD Persatuan Bola Jaring Malaysia (2001). Undang-Undang Rasmi Bola Jaring. Kuala Lumpur,

Persatuan Bola Jaring Malaysia.

Page 109: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

109 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

UNIT 5

BOLA BALING

HASIL PEMBELAJARAN

1. Mengenal pasti sejarah dan perkembangan permainan bola baling dunia dan Malaysia.

2. Mengaplikasikan peraturan permainan dalam bola baling.

3. Mengetahui dan menggunakan teknik-teknik penguasaan kemahiran asas dengan

betul.

4. Mengaplikasikan kemahiran asas dalam permainan bola baling sebagai pemain dan

jurulatih.

PENGENALAN DAN SEJARAH

Permainan bola baling merupakan satu permainan berpasukan bagi kedua-dua kategori,

lelaki dan perempuan dengan 12 orang pemain. Permainan ini berasal dari Eropah sejak

kurun ke-6 lagi. Ianya bermula dengan pelbagai nama seperti urania pada Zaman Kerajaan

Greek, harpaston pada Zaman Kerajaan Rom, haandbold di Denmark, hazena di negara

Bohemia dan Czechoslovakia serta torball di Jerman. Perkembangan permainan bola

baling dari aspek kawasan permainan, bilangan pemain, saiz gol, kawasan gol, peraturan

dan undang-undang permainan telah menjadikan permainan bola baling sangat popular

sehinggalah International Amateur Handball Federation (IAHF) ditubuhkan pada tahun 1928

di Amsterdam. Pada tahun 1936, bola baling telah dipertandingkan buat kali pertamanya di

sukan Olimpik di Berlin. Lanjutan daripada kemajuan ini, pada tahun 1946 International

Handball Federation (IHF) telah ditubuhkan di Copenhagen, Denmark. Penubuhan IHF telah

membawa hala tuju yang baru dalam evolusi sukan bola baling.

Pelbagai Perubahan dari segi peraturan telah dilakukan bagi membolehkan sukan ini

kekal dan terus maju. Di antaranya ialah perubahan tempat permainan di mana sukan ini

mula dimainkan dalam dewan. Bola baling dewan menjadi lebih popular berbanding bola

baling padang kerana ia dapat dimainkan dengan pantas dan boleh main pada bila-bila

masa, siang atau malam tanpa gangguan cuaca. Di samping itu, pelbagai pergerakan serta

Page 110: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

110 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

kemahiran dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Sejak tahun 1966, IHF hanya

menganjurkan kejohanan tertutup di dalam dewan sahaja dan ini menyebabkan permainan

bola baling dewan menjadi semakin berkembang dan maju. Pada tahun 1972, selepas 36

tahun buat kali kedua bola baling lelaki telah diperkenalkan di sukan Olimpik Munich.

Manakala acara bola baling wanita telah diperkenalkan di sukan Olimpik Montreal pada

tahun 1976. Sejak itu permainan bola baling mula dipertandingkan pada setiap Sukan

Olimpik yang diadakan.

PERKEMBANGAN DI MALAYSIA

Permainan bola baling telah diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1976, oleh Encik Lim

Hock Han, bekas Pengarah Unit Sukan Universiti Malaya. Beliau telah menghadiri Sukan

Olimpik pada tahun 1976 di Montreal dan membawa balik rakaman permainan bola baling

dari Temasya Sukan Olimpik itu. Permainan bola baling telah diperkenalkan kepada

sekumpulan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di negeri Selangor dan Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur supaya diajar sebagai salah satu aktiviti permainan di sekolah.

Pada tahun 1978, kursus pengadil bola baling yang pertama diadakan untuk 60 orang guru

seluruh Malaysia di Selangor. Pada tahun yang sama juga, permainan bola baling telah

diadakan di Stadium Negara sebagai acara pertunjukan dalam Majlis Anugerah

Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan.

Pada tahun 1978 satu jawatankuasa kerja bola baling telah ditubuhkan di bawah Unit

Pendidikan Jasmani dan Sukan, Kementerian Pendidikan. Sejak itu kursus-kursus

pengenalan asas permainan, pengadilan dan kejurulatihan telah diadakan untuk guru-guru

sekolah supaya permainan ini diperkenalkan kepada pelajar sekolah. Satu jawatankuasa

penaja telah dibentuk untuk penubuhan Persatuan Bola Baling Negeri Selangor dan Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun 1979 dan persatuan ini telah didaftarkan secara

rasminya pada 11 September 1982. Kejohanan Bola Baling peringkat kebangsaan yang

pertama telah diadakan di padang SMK Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor pada 7 Disember

1985. Pada tahun 1987 pula, permainan ini telah menjadi acara sukan tahunan Majlis Sukan

Sekolah-Sekolah Malaysia. Kejohanan yang pertama telah diadakan di Klang, Selangor bagi

kategori umur bawah 12 tahun dan 15 tahun lelaki dan perempuan. Selepas itu pelbagai

kejohanan seperti MSSN (peringkat negeri), MSSM (peringkat kebangsaan), KAGUM

(peringkat Maktab Perguruan), MASUM (peringkat universiti) dan SIKMA (Sukan Antara

Institusi Kementerian Pelajaran Malaysia) telah menjadikan pemainan bola baling sebagai

acara rasmi.

Page 111: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

111 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Persatuan Bola Baling Malaysia (MAHF) telah ditubuhkan pada tahun 1985 dan

menjadi ahli gabungan kesatuan Bola Baling “Asia Handball Federation” (AHF) pada tahun

1986. Pada tahun 1990 pula, MAHF menjadi ahli gabungan Persekutuan Bola Baling

Komanwel (CHF) dan pada tahun 1994 menjadi ahli gabungan International Handball

Federation (IHF). MAHF telah menyertai Persekutuan Bola Baling Asia Tenggara (SEAHAF)

pada Mei 2004. Persekutuan Bola Baling Malaysia juga telah berdaftar dengan Pesuruhjaya

Sukan Malaysia di bawah Akta Sukan Kebangsaan 1997, pada 27 Mei 2000.

Rajah 5.1: Logo International Handball Federation (IHF)

Rajah 5.2: Logo Persatuan Bola Baling Malaysia (MAHF)

GELANGGANG DAN PERALATAN

1. Gelanggang/padang

Gelanggang permainan berukuran 40 meter (4000 cm) panjang dan 20 meter ( 2000 cm)

lebar termasuk dua kawasan gol (Rujuk rajah 5.3). Garisan sempadan 40 meter dipanggil

garisan tepi dan garisan sempadan 20 meter dipanggil garisan gol (antara tiang gol). Di

sekeliling gelanggang juga terdapat zon keselamatan dengan ukuran l meter lebar di

sepanjang garisan tepi dan 2 meter di belakang garisan gol. Tiang gol (Rujuk rajah 5.4)

Huraikan dengan ringkas sekurang-kurangnya tiga (3) faktor utama

yang membawa perubahan dari segi lokasi/tempat permainan bola

baling ini.

Page 112: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

112 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

diletakkan di tengah-tengah antara garisan gol. Kawasan gol berukuran 6 meter (600 cm)

dari kawasan garisan gol. Garisan balingan percuma (garisan 9 meter) ialah garisan putus-

putus yang berada 3 meter di luar kawasan garisan gol. Garisan 7 meter (700 cm) ialah

garisan di luar kawasan garisan gol dan dibuat sepanjang 1 meter. Ia terletak di hadapan

tiang gol dan juga dikenali sebagai garisan penalti. Garisan penggantian pemain (Rajah 5.3)

untuk setiap pasukan terletak di antara garisan tengah dengan ukuran jarak 4.5 meter di

kawasan garisan tepi. Semua garisan dalam gelanggang perlu ditandakan secara jelas

dengan ukuran sebenar 5 cm.

Rajah 5.3 : Ukuran gelanggang permainan

2. Tiang Gol

Tiang gol perlu diletakkan di tengah-tengah garisan gol. Tiang gol terdiri daripada dua

batang tiang tegak panjangnya 3 meter dan tingginya 2 meter. Kedua-dua tiang ini

disambungkan oleh sebatang palang empat segi yang panjangnya 3.16 meter. Tiang gol

diperbuat daripada kayu atau bahan sintetik yang serupa dan dicat dengan dua warna yang

terang. Lebar kayu tiang gol dan palang ialah 8 cm. Penjuru pertemuan antara tiang gol

dengan palang harus dicat dengan warna yang sama dengan ukuran 28 cm. Di bahagian

lain tiang gol warna yang sama berukuran 20 cm. Tiang gol perlu dipasangkan dengan

jaring.

Page 113: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

113 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Rajah 5.4: Ukuran tiang gol

Pandangan Depan

Pandangan sisi Pandangan atas

Huraikan dengan ringkas kepentingan mengecat tiang gol di penjuru

pertemuan antara tiang gol dengan palang dengan dua warna yang

terang dan sama berukuran 28 cm.

Page 114: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

114 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

3. Bola Perlawanan

Bola permainan ini diperbuat daripada kulit atau bahan sintetik. Biasanya, bola yang telah

diperiksa dan disahkan oleh pengadil akan disediakan bagi setiap perlawanan. Bola tidak

boleh ditukar ganti kecuali dengan sebab-sebab tertentu. Di peringkat antarabangsa, hanya

bola yang ditandakan dengan logo IHF (Kesatuan Bola Baling Antarabangsa) sahaja

dibenarkan dalam sesuatu pertandingan. Pada setiap perlawanan, diwajibkan dua biji bola

yang mempunyai spesifikasi yang ditetapkan mengikut peraturan. Bola simpanan juga mesti

diletakkan berdekatan dengan meja penjaga masa semasa perlawanan. Berat dan lilitan

bola untuk setiap kategori pemain adalah seperti berikut:

1. Lelaki dan remaja lelaki (16 tahun ke atas)

• Bola saiz 3

• Berat antara 426 g hingga 475 g

• Lilitan antara 58 cm hingga 60 cm

2. Wanita dan remaja perempuan (14 tahun ke atas) dan remaja lelaki (12 tahun hingga 16

tahun)

• Bola saiz 2

• Berat antara 325 g hingga 375 g

• Lilitan antara 54 cm hingga 56 cm

3. Remaja perempuan (8 tahun hingga 14 tahun) dan remaja lelaki (8 tahun hingga 12

tahun)

• Bola saiz 1

• Berat antara 290 g hingga 330 g

• Lilitan antara 50 cm hingga 52 cm

Bola Saiz 2 Bola Saiz 3

Rajah 5.5 : Bola perlawanan untuk permainan bola baling

Page 115: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

115 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

4. Jersi dan kasut

Setiap pemain dalam sesuatu pasukan diwajibkan untuk memakai jersi pasukan masing-

masing. rekabentuk dan warna jersi mestilah jelas dan berbeza di antara setiap pasukan.

Penjaga gol setiap pasukan harus memakai warna jersi yang sama dengan pasukannya dan

berbeza dengan warna jersi penjaga gol lawan. Pemain mesti memakai nombor jersi yang

berukuran 20 cm tinggi di belakang baju dan 10 cm tinggi di bahagian hadapan baju.

Nombor yang dipakai mestilah di antara 1 hingga 20 dan warnanya pula mestilah

berlawanan dengan warna jersi supaya ia dapat dilihat dengan lebih jelas. No 1, 12 dan 16

dikhaskan untuk penjaga gol sahaja manakala nombor-nombor lain adalah untuk pemain

gelanggang. Setiap pemain mestilah memakai kasut sukan. Kasut sukan yang berpaku atau

jenis “boot” tidak dibenarkan.

Rajah 5.6 : Contoh jersi Rajah 5.7 : kasut sukan

PERATURAN PERMAINAN

Permainan bola baling juga mempunyai peraturan-peraturan yang sah dan dikawal oleh

persatuan Bola Baling Malaysia. Di antara peraturan-peraturan yang asas adalah seperti

berikut.

1. Bilangan pemain

Setiap pasukan terdiri daripada 12 orang pemain. (7 orang bermain dan 5 orang

penganti/simpanan) 6 orang pemain gelanggang dan seorang penjaga gol akan berada di

dalam gelanggang. Pengganti-pengganti boleh menggantikan pemain di dalam gelanggang

Page 116: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

116 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

pada bila-bila masa dengan syarat pemain di dalam gelanggang keluar terlebih dahulu

sebelum pemain pengganti masuk melalui garisan penggantian yang ditetapkan.

2. Tempoh Permainan

Masa pertandingan yang standard adalah seperti mana yang dinyatakan di bawah. Masa

permainan hanya akan dihentikan atas arahan pengadil. Pasukan akan bertukar gelanggang

bagi setiap separuh masa. Ada kalanya pihak penganjur kejohanan menentukan tempoh

permainan mengikut keperluan. Perubahan ini mesti dinyatakan dalam peraturan kejohanan

tersebut.

a) Lelaki dan perempuan dewasa atau yang berumur 18 tahun ke atas

o 30 minit bagi tiap-tiap satu tempoh atau separuh masa dengan 10 minit rehat

diberikan antara dua tempoh tersebut (30 : 10 : 30)

b) Lelaki dan perempuan dari peringkat umur 18 tahun ke bawah

o 20 minit bagi tiap-tiap satu tempoh atau separuh masa dengan 10 minit rehat

diberikan antara dua tempoh tersebut (20 : 10 : 20)

c) Di peringkat MSSM – penetapan masa adalah seperti berikut.

o Secara liga dan kalah mati

20 minit diberikan untuk setiap separuh masa dengan 10 minit masa

rehat.(20 :10 : 20)

d) Masa Tambahan.

o Sekiranya keputusan seri setelah masa permainan sebenar telah tamat dan

pemenang perlu ditentukan, maka masa tambahan akan diadakan selepas

rehat 5 minit.

o Masa tambahan ialah 5 minit setiap separuh masa dengan 1 minit rehat di

antaranya. Jika masih seri masa tambahan kedua akan dimainkan semula

setelah rehat 5 minit. Masa tambahan ini juga diberi 5 minit separuh masa

dengan 1 minit rehat di antaranya.

o Jika masih seri juga maka pemenangnya akan ditentukan mengikut peraturan

pertandingan kejohanan berkenaan.

Page 117: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

117 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

3. Pengadil

Seorang pengadil gelanggang dan seorang pengadil gol akan bertugas dan keputusan

mereka adalah muktamad. Pengadil-pengadil ini akan dibantu oleh seorang penjaga masa

dan seorang pencatat.

4. Permainan Pasif

Permainan ‘PASIF’ bermaksud bermain tanpa mempunyai niat untuk menyerang atau

menjaringkan gol terutamanya setelah mendahului pasukan lawan. Ini merupakan satu

kesalahan.

5. Memulakan Permainan

Permainan dimulakan oleh pasukan yang memilih untuk memulakan permainan setelah

menang dalam memeting syiling oleh pengadil. Kedua-dua pasukan mestilah berada di

dalam kawasan sendiri. Pasukan lawan harus berada pada jarak 3 meter dari pemain yang

memegang bola dan pemain ini mestilah memijak garisan tengah. Permainan bermula

dengan tiupan wisel pengadil gelanggang.

6. Jaringan Gol

Gol dikira apabila keseluruhan bola melepasi garisan gol di antara dua tiang gol. Gol-gol

boleh dijaringkan dari mana-mana jenis balingan.

7. Memainkan Bola

a) Pemain dibenarkan:

o Mengambil 3 langkah dengan bola.

o Memegang bola tidak melebihi 3 saat.

o Menggelecek dengan lantunan.

o Menjunam untuk mendapatkan bola.

b) Pemain tidak dibenarkan:

o Membahayakan pihak lawan dengan atau tanpa bola.

o Merampas, memukul, menumbuk bola dari kawalan pihak lawan.

o Menyentuh bola dengan bahagian kaki bawah lutut atau kaki atau dibaling

dengan sengaja ke kaki pihak lawan.

o Menyentuh bola lebih dari sekali kecuali terkena tanah, pemain lain atau

tiang gol.

Page 118: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

118 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

8. Menghadang pihak lawan

Pemain boleh menggunakan badan untuk menghadang pihak lawan. Pemain tidak

dibenarkan menggunakan tangan atau kaki untuk merampas, memukul, meragut atau

menumbuk bola daripada kawalan pihak lawan. Pemain juga tidak dibenarkan merempuh

pemain pertahanan semasa membuat jaringan.

9. Balingan ke dalam

Balingan ini diberikan apabila bola terkeluar dari garisan tepi sama ada di tanah/lantai atau

di udara yang disentuh oleh pihak lawan. Pemain yang mengambil balingan ini mestilah

membuat balingan ke dalam dari tempat bola itu keluar dengan sekurang-kurangnya

sebelah kaki memijak garisan tepi. Pemain lawan mestilah berada pada jarak 3 meter dari

pembaling.

10. Balingan ke dalam di sudut

Balingan ini diberikan apabila bola disentuh oleh pemain pertahanan dan keluar melintasi

garisan gol. Pemain yang mengambil balingan ini mestilah berada di sudut garisan gol dan

garisan tepi dengan sekurang-kurangnya sebelah kaki memijak garisan tepi. Pemain lawan

mestilah berada pada jarak 3 meter dari pembaling.

11. Balingan Percuma

Balingan ini diberikan bagi sebarang kesalahan yang ringan. Balingan diambil dari kawasan

kejadian kecuali :

a) Apabila kesalahan berlaku di dalam kawasan 9 meter – balingan dibuat di luar

garisan 9 meter. Semua pemain penyerang berada di luar garisan 9 meter sebelum

bola dimainkan.

b) Apabila berlaku kesalahan penggantian – Balingan dilakukan di kawasan

penggantian atau di tempat bola dimatikan oleh pengadil semasa menyerang

(mana-mana yang memberi kelebihan kepada pihak lawan.

c) Kesalahan yang dilakukan di dalam kawasan gol – balingan dibuat di luar garisan 9

meter.

d) Pemain pertahanan menghantar bola kepada penjaga gol sendiri dan bola tersebut

mati di dalam kawasan gol tanpa disentuh oleh penjaga gol. Balingan ini diambil

sekurang-kurangnya sebelah kaki memijak tanah atau gelanggang semasa membuat

balingan. Pemain lawan berada pada jarak 3 meter sebelum balingan dilakukan.

Page 119: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

119 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

12. Balingan 7 meter (Penalti)

Balingan ini diberikan apabila Peluang keemasan menjaring gol dimusnahkan oleh pemain

pertahanan. Semua pemain mesti berada di luar garisan 9 meter. Pemain yang mengambil

balingan 7 meter ini tidak dibenarkan memijak garisan balingan semasa balingan dilakukan.

Penjaga gol boleh bergerak keluar hingga 4 meter dari garisan golnya.

13. Balingan Gol

Balingan ini diberikan apabila:

a. Bola disentuh oleh penjaga gol dan keluar melintasi garisan gol.

b. Bola dibaling keluar melalui garisan gol oleh pemain penyerang

14. Hukuman Susulan

Hukuman bagi kesalahan yang lebih serius selain daripada memberikan balingan percuma

kepada pihak lawan boleh disusuli dengan hukuman yang lebih berat. Antara hukuman

yang boleh diberikan adalah:

a. Amaran (Kad Kuning)

b. 2 minit penggantungan

c. Penyingkiran

d. Pembatalan

KEMAHIRAN ASAS BOLA BALING

Terdapat lima kemahiran asas yang utama dalam permainan bola baling iaitu hantaran,

kawalan, menghadang, menjaring dan menjaga gol.

1. Hantaran

Permainan ini banyak menggunakan tangan dan bola, kemahiran hantaran dan tangkapan

perlu dikuasai dengan baik. Kemahiran ini dapat dipraktikkan secara berpasangan atau

Nyatakan dengan contoh yang relevan salah satu peraturan yang

boleh diubahsuai oleh pihak penganjur sesuatu kejohanan bola baling.

Page 120: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

120 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

berkumpulan. Ia juga boleh digunakan dalam kemahiran menjaring. Terdapat empat prinsip

dalam teknik membaling iaitu:-

Ketepatan hantaran - tepat ke arah sasaran.

Ketepatan masa - ketahui masa yang terbaik untuk membuat hantaran.

Sudut hantaran - ketahui sudut yang sesuai untuk membuat hantaran

agar dapat ditangkap oleh rakan.

Berat badan - bijak menggunakan berat badan bagi memberi

kesan dalam membuat hantaran.

a) Hantaran Bahu

Hantaran bahu ini kebiasaannya digunakan untuk membuat hantaran jauh dan

serangan secara mengejut (counter attack). Teknik hantaran bahu ini boleh

mengelirukan pihak lawan. Pemain yang dalam keadaan bersedia boleh terus

menggelecek, menjaring, menukar haluan atau memusingkan badan.

Rajah 5. 8 : Hantaran bahu

Teknik hantaran bahu:

Memegang bola dengan betul.

Tangan yang membuat hantaran ditarik meninggi ke belakang.

Lengan dibengkokkan pada siku.

Sebelah kaki berada di hadapan dalam kedudukan lurus ke hadapan, kaki

belakang berkedudukan sedikit melintang.

Tangan yang tidak memegang bola dilintangkan melintasi dada dan bahu

diturunkan sedikit.

Hantaran dibuat ketika berat badan pemain ditampung pada kaki hadapan

seperti kedudukan ikut lajak.

Page 121: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

121 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Gerakan ketika membuat hantaran ialah pada siku, diikuti lengan depan dan

pergelangan tangan agar dapat mengawal arah tuju bola dengan lebih tepat

dan kuat.

b) Hantaran Sisi

Hantaran sisi biasanya digunakan untuk membuat hantaran jarak dekat dan pantas

Adakalanya dibuat ketika menghantar bola merentasi padang. Pemain tidak perlu

memusingkan badan dan menghadap ke arah penerima bola apabila hantaran sisi

dibuat. Teknik hantaran ini banyak melibatkan pergerakan pergelangan tangan dan

sesuai untuk pemain yang mempunyai tapak tangan yang besar.

Rajah 5.9 : Hantaran sisi

Teknik hantaran sisi:

Memegang bola menggunakan kedua-dua belah tangan dan dibawa

mengelilingi badan paras pinggang.

Lengan dikunci dan dipusingkan agar tangan melintang di sebelah kiri bola.

Bola dilepaskan dengan kuat dan pantas menggunakan pergerakan tangan.

c) Hantaran Aras Dada

Hantaran aras dada biasanya dikaitkan dengan hantaran bola dalam permainan

bola keranjang. Ia lebih sesuai untuk membuat hantaran jarak dekat pada aras dada

secara pantas dan pergerakan bola itu adalah hasil tolakan daripada jari-jemari

tangan. Tangan anda hendaklah ikut lajak (follow through) selepas membuat

hantaran. Pergerakan ini biasanya dilakukan oleh dua orang pemain yang membuat

larian pecut ketika menyerang iaitu dalam kedudukan dekat antara satu sama lain.

Page 122: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

122 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Rajah 5.10 : Hantaran aras dada

Teknik hantaran aras dada:-

Bola dipegang rapat ke aras dada dengan jari terbuka dan ibu jari di belakang

bola dengan mencengkam bola itu.

Kaki dibengkokkan sedikit dan bola ditolak dengan kuat menggunakan

kekuatan tangan (flick) ke hadapan.

Pindahkan berat badan pada kaki depan.

Kedua-dua belah tangan mengikut lajak ke arah hantaran bola.

d) Hantaran Lantun

Teknik hantaran lantun digunakan untuk membuat hantaran secara mengejut. Anda

boleh membuat hantaran ini dengan menggunakan sebelah tangan atau kedua-dua

tangan. Kelemahan hantaran ini adalah bola boleh dipintas dengan mudah oleh

lawan yang bertindak pantas. Pemain baru tidak digalakkan membuat hantaran ini.

Rajah 5.11 : Hantaran lantun

Teknik hantaran lantun:-

Kedudukan dan pergerakan kaki sama seperti hantaran atas bahu.

Page 123: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

123 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Jari kedua-dua belah tangan berada di belakang bola.

Bola dilantun menggunakan pergelangan tangan dari aras dada.

Tangan mengikut lajak sebaik sahaja hantaran dibuat.

e) Hantaran Lompat

Hantaran lompat adalah satu gerakan untuk mengelirukan pihak lawan. Bola akan

dilepaskan ketika lompatan dibuat kepada rakan. Biasanya apabila penyerang yang

berhasrat untuk melompat dan melakukan jaringan tetapi tiada berpeluang berbuat

demikian, dia akan membuat hantaran terus kepada rakannya supaya bola tidak

terlepas kepada pihak lawan.

Rajah 5.12 : Hantaran lompat

Teknik hantaran lompat:

Perlu melompat menggunakan kedua-dua belah kaki dengan satu daripada

kaki menolak badan ke atas.

Sebelah tangan memegang bola dengan lurus.

Hantaran mesti laju ketika lompatan dengan melepaskan bola menggunakan

tolakan pergelangan tangan.

f) Hantaran Lepas

g)

Hantaran ini dikenali juga sebagai drop pass. Biasanya dilakukan ketika pemain

bergerak ke garisan 9 meter untuk menjaringkan gol. Bola dilepaskan ke tanah atau

kepada rakannya dibelakang ketika ada halangan daripada pihak lawan.Hantaran ini

perlu dilakukan dengan pantas dan perlu persefahaman antara penghantar dengan

penerima

Page 124: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

124 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Rajah 5.13 : Hantaran Lepas

2. Kawalan Bola

Kawalan bola yang baik dan berkesan akan menentukan kejayaan sesuatu pasukan dalam

mana-mana permainan yang menggunakan bola. Kawalan bola semasa tangkapan dan

menggelecek amat penting dalam permainan ini. Seorang pemain yang mahir perlu

menguasai kemahiran kawalan bola yang baik supaya dapat membuat hantaran dan

menerima bola dengan tepat.

3. Menangkap

Kemahiran menangkap memerlukan pengawalan bola dengan menggunakan kedua-dua

tangan dalam berkeadaan relaks, mematikan kelajuan bola dan memegang bola dengan

kemas supaya daya hantaran bola dapat diserapkan ke dada dengan baik. (Rajah 5.14

dan 5.15)

Teknik menangkap bola yang betul:

Fokus pada bola dan penghantar.

Tangan dihulur ke depan dan direnggangkan.

Tangan dan jari perlu dibuka ketika menangkap bola dan ibu jari pula

berfungsi sebagai penahan bola.

Bola dirapatkan ke dada apabila berjaya ditangkap.

Sebelah kaki dibawa ke depan dengan jarak seluas bahu.

Pemain perlu berada dalam kedudukan seimbang ketika menangkap

bola.

Untuk menangkap bola rendah, satu kaki dikeluarkan ke depan dan

lutut dibengkokkan.

Page 125: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

125 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Rajah 5. 14 : Teknik tangkapan / terima bola

Rajah 5.15 : Teknik tangkapan dengan menyerap daya

4. Menggelecek

Menggelecek adalah pergerakan membawa bola dengan melantunkan secara berterusan

dengan satu tangan tanpa memegangnya. Pergerakan ini memerlukan kawalan dan

ketangkasan yang optimum supaya dapat menukarkan arah pergerakkan sambil

mengelirukan pihak lawan. Menggelecek biasanya tidak digalakkan dalam permainan yang

sengit kecuali terdesak kerana pihak lawan boleh memintas bola dengan mudah jika

pemain hilang kawalan terhadap bola. Pemain perlu mengawal bola dengan rapat dan perlu

bergerak dengan pantas.

Page 126: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

126 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Rajah 5.16 : Menggelecek

Teknik menggelecek:

Lutut dibengkokkan sekurang-kurangnya 1200 dengan imbangan badan yang

terkawal.

Tangan menyentuh bahagian atas bola dengan jari terbuka.

Lantunan bola dilakukan dengan jari dan bukannya tapak tangan.

Bola ditolak ke tanah dengan satu gerakan pergelangan tangan sambil

lengan digerakkan ke bawah dan badan dibengkokkan sedikit.

Mata memandang ke arah hantaran yang hendak dibuat.

Lantunan bola perlu sebaik-baiknya pada aras antara lutut dengan pinggang.

Pergerakan perlu pantas ketika menggelecek.

5. Menghadang

Satu kemahiran pertahanan yang bertujuan untuk mengawal, mengganggu, dan menyekat

pergerakan pihak lawan daripada menyerang atau menjaringkan gol. Ia juga perlu untuk

mengelakkan pihak lawan daripada bergerak dengan mudah ke kawasan gol. Pergerakkan

menghadang juga boleh membantu merampas bola daripada kawalan pihak lawan.

Page 127: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

127 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Rajah 5.17 : Menghadang

6. Menjaringkan Gol

Dalam permainan bola baling, anda boleh membuat jaringan dengan melempar bola ke

dalam gol. Tindakan ini hendaklah mematuhi syarat utama iaitu pemain mesti membuat

jaringan di luar garisan 6 meter (kawasan D). Jika anda berada di dalam kawasan ‘D’

semasa bola masih dalam tangan anda, percubaan itu adalah tidak sah dari segi undang-

undang permainan. Kederasan, kekuatan dan ketepatan adalah faktor-faktor penting dalam

membuat jaringan. Terdapat pelbagai teknik jaringan. Berikut adalah beberapa teknik yang

sering digunakan dalam permainan.

a) Jaringan Bahu

Jaringan bahu adalah cara yang paling mudah kerana pergerakan yang terlibat

adalah secara langsung dan tidak memerlukan taktik permainan yang kompleks.

Jaringan ini sering digunakan oleh pemain yang mempunyai kekuatan pada tangan

(Rajah 5.18).

Rajah 5.18 : Jaringan bahu

Page 128: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

128 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

b) Jaringan Lompat

Jaringan lompat sangat berkesan jika dilaksanakan dengan teknik yang betul. Anda

memerlukan kuasa kaki yang tinggi dan kemahiran koordinasi antara kaki, tangan

dan mata yang baik. Bermula dengan menyambut bola, melonjak ke udara dan

membaling ke arah gol dengan pendaratan yang selamat merupakan teknik

menjaring yang betul (Rajah 5.19).

Rajah 5.19 : Jaringan lompat

c) Jaringan Junam (Dive)

Kemahiran menjaring dengan cara menjunam (dive) sangat berkesan dan diminati

oleh ramai pemain profesional. Pemain akan melonjak dan mendarat secara

menjunam ke dalam kawasan gol untuk membaling bola dari jarak yang dekat

dengan pintu gol. Bola di tangan mesti dilepaskan sebelum badan menyentuh tanah.

(Rajah 5.20).

Page 129: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

129 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Rajah 5.20 : Jaringan menjunam

d) Jaringan Rendah

Jaringan rendah adalah teknik menjaring dengan membaling bola di bawah paras

lutut dengan menujukan bola itu ke sudut kiri atau kanan pintu gol. Balingan boleh

dibuat dengan melantunkan bola secara rendah. Semasa melakukan jaringan rendah

biasanya pemain perlu merendahkan badan dengan kaki di hadapan atau kedua-

dua kaki dibengkokkan. (Rajah 5.21 dan 5.22).

Rajah 5.21 : Jaringan rendah (kaki depan dibengkokkan)

Page 130: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

130 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Rajah 5.22 : Jaringan rendah (dua kaki dibengkokkan)

7. Menjaga Gol

Dalam kemahiran menjaga gol, penjaga gol memainkan peranan yang besar untuk menjaga

pertahanan sebuah pasukan dengan mengawal serta mengawasi gol pasukan sendiri.

Penjaga gol perlu menghalang cubaan jaringan oleh pihak lawan dari garisan 9 meter. Peka

terhadap gerakan pihak lawan. Oleh itu, penjaga gol perlu bergerak sekitar bulatan kawasan

gol. Memerlukan penggunaan kaki dan tangan. Menahan bola dengan apa jua cara tetapi

tidak boleh membahayakan diri dan pihak lawan. (Rajah 5.23).

Kemahiran Asas Penjaga Gol

a) Menangkap Bola

Penjaga gol perlu tahu masa yang tepat untuk bertindak dengan pantas dan

berkesan serta memerlukan kemahiran masa reaksi yang tinggi.

Menangkap bola dengan tepat dan kemas untuk menghalang jaringan gol pihak

lawan. Bola perlu berada dalam genggaman tangan sambil ibu jari

berfungsi sebagai kunci agar bola tidak mudah terkeluar melepasi jari

yang memegang bola. Bagi tangkapan yang cekap kedudukan tangan perlu

sesuai dengan aras bola yang datang.

Untuk menangkap bola dengan kemas faktor utama yang harus ditumpukan ialah

kelajuan serta ketinggian bola.

Jika bola itu laju dan rendah, penjaga gol hendaklah menolak ke tanah dan

menangkapnya manakala untuk bola yang tinggi laju dia hendaklah menolak ke

atas palang gol.

Page 131: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

131 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

b) Menepis

Menepis adalah tindakan melencongkan bola dengan tangan.

Dilakukan dengan tapak tangan dengan sedikit bantuan daripada jari.

Bola yang datang dari arah depan atau sisi kanan atau kiri penjaga gol pada aras

lutut hingga ke bahu boleh ditepis dengan mudah.

c) Menampan

Penjaga gol boleh menampan bola yang datang dari arah depan atau sisi pada

aras lutut atau bahu yang sukar ditahan dengan kaki atau tangan.

Caranya ialah penjaga gol membengkokkan sedikit lutut lalu menampan bola

yang datang sama ada dengan lutut atau tangan. Biarkan bola melantun bagi

memudahkan membuat tangkapan.

Untuk menampan bola dengan tangan, tangan hendaklah diluruskan sama ada

ke depan atau ke sisi bergantung pada arah bola datang.

Rajah 5.23 : Menjaga gol

Page 132: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

132 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

RUMUSAN

Seorang pemain bola baling harus menguasai kemahiran asas dengan sempurna untuk

menjadi seorang pemain yang handal. Antara kemahiran asas yang mesti dikuasai ialah

kemahiran hantaran, kawalan, menghadang dan menjaring. Sekiranya ingin menjadi

seorang penjaga gol, seseorang pemain harus memiliki kemahiran menjaga gol yang

unggul. Dalam kemahiran hantaran, teknik yang perlu dikuasai oleh seorang pemain adalah

seperti kebolehan hantaran bahu, hantaran lantun, hantaran aras dada, hantaran lompat,

hantaran sisi dan hantaran lepas. Kemahiran jaringan dalam permainan bola baling

termasuklah jaringan bahu, jaringan lompat, jaringan junam dan jaringan rendah. Segala

maklumat yang diberikan dalam unit ini hanyalah perkara-perkara asas yang perlu diketahui

oleh seorang pemain atau jurulatih bola baling. Anda perlu mengetahui lebih banyak

maklumat lagi seperti undang-undang, strategi permainan, sistem pertandingan, pegawai

pertandingan, pengurusan pasukan dan penganjuran kejohanan untuk menjadi pakar rujuk

dalam permainan bola baling.

PENILAIAN KENDIRI

1. Nyatakan dengan ringkas sejarah bola baling Malaysia.

2. Bincangkan fungsi persatuan bola baling Malaysia terhadap perkembangan dan

Kemajuan permainan ini.

3. Nyatakan kesalahan yang dilakukan oleh pemain, di mana sesuatu permainan boleh

dibatalkan atau diberhentikan.

4. Apakah perbuatan yang dibenarkan dan tidak dibenarkan dalam permainan bola

baling?

5. Apakah yang dimaksudkan dengan permainan “PASIF” dalam bola baling?

6. Apakah yang dimaksudkan dengan balingan 7 meter dalam bola baling dan bilakah

balingan ini diberikan?

7. Apakah jenis hantaran yang terdapat dalam sukan bola baling. Huraikan setiap

hantaran secara terperinci?

8. Senaraikan jenis-jenis jaringan dalam permainan bola baling.

9. Nyatakan keperluan kemahiran menghadang dalam permainan bola baling.

10. Bincangkan kepentingan kawalan bola yang berkesan dalam permainan bola baling.

Page 133: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

133 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

RUJUKAN

Ahmadi Wafi, (1989). Siri ke Arah Bintang Sukan: Bola Baling. Kuala Lumpur : GoodMark. Fouzee H.A. (1989). Pendekatan Pengajaran Pendidikan Jasmani. Bola Baling. Kuala

Lumpur : Maju Sdn Bhd. George Joseph, Helen Ten, Lim Chuan Beng & M. P. Haridas. (1995). Teknik pengadilan

sukan padang. Kuala Lumpur : Penerbitan Fajar Bakti. Helen Ten, M.P. Haridas, Lim Chuan Beng & George Joseph. (1995). Teknik Pengadil

Sukan. Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn Bhd. Lee Chin Choy, (1993). Siri Sukan Popular, Bola Baling. Kuala Lumpur: Penerbit, Fajar Bakti

Sdn. Bhd. Teng Boon Tong, (2001). Panduan pengajian kemahiran asas permainan. Kuala Lumpur:

Longman. Wee Eng Hoe, (1995). Pengajaran jasmani dan kesihatan (Edisi kedua). Shah Alam:

Penerbitan Fajar Bakti. http://www.sportsonline.com.my.national http://www.ihf.com.my

Page 134: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

134 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

UNIT 6

SOFBOL

HASIL PEMBELAJARAN

1. Melakukan sekurang-kurangnya kemahiran asas sofbol dengan teknik yang betul dan

selamat.

2. Menyenaraikan kesalahan teknik lakuan kemahiran dalam permainan sofbol.

3. Menyatakan peraturan dan undang-undang asas dalam permainan sofbol.

4. Menyatakan strategi asas dalam permainan sofbol.

PENGENALAN

Sofbol atau bola lisut ialah sejenis sukan berbola dan berpemukul yang berkembang dari

sukan sejenis besbol. Terdapat 2 pasukan yang akan berlawan dalam satu permainan dan

melibatkan sembilan orang pemain bagi setiap satu pasukan. Pasukan yang berlawan akan

mengambil giliran sebagai pemukul dan pemadang. Pada dasarnya, pasukan pemukul

hendaklah memiliki kemahiran memukul, menampan dan larian bes. Manakala pasukan

memadang perlu memilki kemahiran menyambut, membaling, melempar dan memadang.

Oleh kerana kedua-dua pasukan akan bergilir menjadi pemukul dan pemadang oleh itu

setiap pemain harus menguasai semua kemahiran dalam permainan sofbol ini.

SEJARAH

Permainan sofbol dicipta di Chicago ketika hari Thanksgiving pada tahun 1887. Sekumpulan

remaja lelaki berusia dalam lingkungan 20 an telah berkumpul di sebuah gimnasium di

Permainan sofbol sering dikaitkan dengan permainan baseball. Pada

pandangan anda, apakah bezanya antara kedua-dua sukan ini?

Page 135: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

135 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Farragut Boat Club untuk mendengar liputan terkini pertandingan bola sepak antara Harvard

dan Yale. Apabila Yale diumumkan sebagai juara, seorang lelaki telah mengambil sebuah

sarung tangan tinju dan melemparnya ke arah penyokong Harvard. Salah seorang

penyokong Harvard secara tidak sengaja telah mengambil sebatang kayu dan memukul

sarung tinju tersebut. Seorang reporter Chicago Board of Trade, George Hancock yang telah

melihat kejadian tersebut telah mendapat ilham untuk membuat sebuah permainan dengan

bola yang dibuat daripada sarung tinju tadi. Sarung tinju itu diikatnya dengan ketat seperti

sebiji bola. Beliau kemudiannya telah melakarkan sebuah diamond yang agak kecil

mengikut keluasan gimnasium dan menjadikan batang penyapu sebagai pemukul.

Selepas kejadian itu, dalam tempoh seminggu Hancock telah berjaya mencipta saiz

bola dan kayu pemukul yang dibaluti dengan getah. Beliau kemudiannya telah merangka

beberapa peratauran dan mengkategorikan permainan ini sebagai permainan sport indoor

baseball. Beliau telah kembali ke gimnasium tersebut untuk melakar semula garisan

diamond dengan penanda kekal. Pada asalnya, batang penyapu digunakan sebagai

pemukul, dan terdapat dua pasukan yang bermain dalam permainan ini. Permainan ini

dimulakan dengan Hancock menjerit menyebut “Play Ball”. Pada ketika itu, tiada nama

khusus untuk sofbol. Nama permainan tersebut pada asalnya dipelbagaikan mengikut jenis

bahan yang digunakan untuk membuat bola seperti kitten ball, army ball, mush ball, dan

juga indoor- outdoor, recreation ball, dan playground ball.

Permainan sofbol telah berkembang dengan cepat dan berjaya menarik perhatian

orang ramai ketika itu. Permainan ini diberi nafas baru dari tahun ke tahun. Pada tahun 1908

National Amateur Playground Ball Association of the United States telah merancang agar

permainan ini dibuat di luar bangunan dengan menggunakan bola yang lebih besar. Pada

tahun 1923 pula, the National Recreation Congress telah meminta kebenaran untuk

menaikkan taraf permainan ini, dan pada tahun 1926 permainan ini diberi nama sofbol

(softball)l.

Pada tahun 1933 Amateur Softball Association of America telah ditubuhkan.

Persatuan ini telah menganjurkan kejohanan sofbol yang pertama di Chicago World Fair.

Sebanyak 20 pasukan telah mengambil bahagian. Bagi menggiatkan lagi usaha

pengembangan permainan ini, maka undang-undang rasmi permainan sofbol telah digubal

pada tahun 1934 yang diguna pakai hingga ke hari ini. The International Softball Federation

(ISF) pula ditubuhkan sebagai badan induk di peringkat antarabangsa yang berperanan

dalam memperluaskan permainan sofbol ke merata dunia hingga diterima untuk

Page 136: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

136 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

dipertandinglkan di Sukan Olimpik. Pada tahun 1967, sofbol memasuki Sukan Olimpik dan

telah menjadi sukan antarabangsa yang dimainkan oleh semua peringkat masyarakat.

PERKEMBANGAN DI MALAYSIA

Permainan sofbol mula diperkenalkan di Malaysia oleh mubaligh Amerika pada tahun 1939

di Anglo Chinese School (ACS) Kampar, Perak. Sejak itu, beberapa pasukan telah dibentuk

dan beberapa persahabatan telah diadakan. Semasa Perang Dunia Kedua, permainan

sofbol telah terhenti, namun pada zaman pemerintahan Jepun, temntera Jepun amat

menggemari permainan ini dengan menggunakan bola tenis. Mr. Jack Robinon telah

menghidupkan semula permainan sofbol selepas tamatnya Perang Dunia Kedua. Antara

usaha yang telah dijalankan oleh beliau adalah dengan membuka klinik sofbol di seluruh

Tanah Melayu. Permainan ini telah diterima oleh masyarakat Tanah Melayu ketika itu,

namun sambutannya masih kurang.

Pada penghujung tahun 60 an, sukan sofbol mula aktif dimainkan di negeri Perak,

Selangor dan Pulau Pinang. Perak adalah negeri terwal yang mempelopori sukan sofbol ini.

Pada tahun 1972, Perak, Pulau Pinang dan Selangor telah mengadakan satu perjumpaan di

kediaman Menteri Besar Perak untuk menubuhkan Persatuan Sofbol Malaysia. Dato’ Sri

Haji Kamarudin b. Haji Mohd Isa, Menteri Besar Perak pada ketika itu telah dilantik sebagai

pengerusi persatuan sofbol yang pertama. Persatuan Sofbol Malaysia telah didaftarkan

pada 16 Mac 1974.

Pada bulan Ogos 1976, Kejohanan Sofbol ASEAN yang pertama telah diadakan di

Kuala Lumpur. Pasukan Malaysia telah pun mendapat tempat ketiga dalam kejohanan

tersebut. Pada tahun 1977 pula, Malaysia telah menghantar pasukan sofbol yang pertama

untuk menyertai Kejohanan Sofbol ASEAN di luar negara iaitu di Filipina. Pada tahun 1979,

sukan sofbol telah diterima menyertai acara pertandingan dalam Sukan SEA dan pasukan

sofbol lelaki Malaysia berjaya mendapat tempat ketiga. Manakala pada tahun 1982, pasukan

sofbol wanita Malaysia telah menyertai Kejohanan Sofbol Wanita Dunia Kelima di Taipei.

Justeru pelbagai usaha telah dijalankan bagi mempopularkan permainan ini

termasuklah menyenaraikan sukan sofbol ke dalam Majlis Sukan Sekolah Malaysia

(MSSM). MSSM telah memainkan peranan yang penting dalam pembangunan sukan sofbol

di Malaysia. Kejohanan Sofbol MSSM yang pertama telah diadakan pada tahun 1968, di

Kampung Pandan, Selangor. Perak menjuarai Kejohanan Sofbol MSSM untuk kali

Page 137: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

137 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

pertamanya pada tahun 1977 di Pulau Pinang. Pada tahun 2003, untuk pertama kali Sabah,

Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan mengambil bahagian di dalam kejohanan di

Selangor. Kejohanan untuk peringkat umur 12 tahun dan ke bawah telah diperkenalkan

dalam kalendar MSSM di Perak pada tahun 2004. Dalam kejohanan MSSM yang diadakan

di Kuantan pada tahun 2005, pertandingan untuk peringkat umur 15 tahun dan ke bawah

pula diperkenalkan. Semenjak dari itu, sukan sofbol terus berkembang ke pelusuk tanah air

hingga ke hari ini.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERMAINAN

1. Padang Permainan

Padang permainan sofbol adalah kawasan bola boleh dimainkan dan dipadangkan secara

sah. Sesuatu bola dianggap di luar padang permainan bila ia menyentuh tanah, orang atau

objek yang berada di luar kawasan permainan itu. Saiz padang sofbol adalah berbeza

mengikut umur pemain. Saiz padang bagi pemain di bawah umur 12 tahun adalah lebih kecil

berbanding dengan saiz padang bagi pemain bawah 18 tahun. Jika semasa permainan

sedang berjalan, didapati jarak antara bes atau jarak picing adalah salah, kesalahan ini

hendaklah dibetulkan pada permulaan ining yang lengkap berikutnya dan permainan itu

diteruskan. Jadual 6.1 berikut menunjukkan ukuran jarak bagi padang sofbol mengikut

kategori umur, manakala Rajah 6.1 menunjukkan lakaran sebuah padang sofbol yang

dikenali sebagai diamond.

Jadual 6.1: Ukuran padang sofbol mengikut kategori umur

Kawasan Pemain 18 tahun ke bawah

Pemain 12 tahun ke bawah

Jarak antara bes 18.28m 15.24m

Jarak antara pitching plate dan home plate

14.02m (lelaki) 12.19m (perempuan)

11.58m (lelaki) 10.66m (perempuan)

Jarak antara home plate dan 2nd base 25.86m 21.55m

8.23m – 9.14m

Apakah ciri-ciri estetika yang terdapat dalam permainan sofbol? Cuba fikirkan.

Page 138: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

138 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Rajah 6.1: Lakaran padang sofbol (diamond)

Page 139: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

139 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

2. Posisi Pemain

Rajah 6.2 berikut menunjukkan posisi pemain dalam permainan sofbol di atas sebuah

diamond.

Nama Simbol

Pitcher P

Catcher C

Pemadang Bes Pertama (1st Baseman) 1B

Pemadang Bes Kedua (2nd Baseman) 2B

Pemadang Bes Ketiga (3rd Baseman) 3B

Pemadang Dekat (Shortstop) SS

Pemadang Jauh Kiri (Left Outfielder) LF

Pemadang Jauh Tengah (Centre Outfielder) CF

Pemadang Jauh Kanan (Right Outfielder) RF

Rajah 6.2: Posisi pemain dalam sebuah diamond

Page 140: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

140 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

3. Istilah Dalam Permainan Sofbol

Dalam permainan sofbol terlalu banyak istilah khas yang digunakan bagi menggambarkan

sesuatu keadaan atau posisi. kebanyakan istilah menggunakan perkataan Bahasa Inggeris.

Jadual 2 berikut menjelaskan istilah penting Bahasa Inggeris dalam situasi permainan sofbol

serta terjemahannya ke dalam bahasa Melayu bagi memudahkan lagi pemahaman terhadap

permainan ini. Penjelasan istilah adalah mengikut kategori situasi seperti istilah am, posisi

atau peranan pemain, pasukan dan pegawai yang terlibat, kawasan permainan, kemahiran,

bola, pukulan dan balingan.

Jadual 6.2: Senarai istilah dalam permainan sofbol

KATEGORI ISTILAH MAKSUD

Istilah Am Inning Pusingan

Ground rules Undang-undang padang

Regulation game Permainan berperaturan

Batting order Giliran memukul

Score Mata

Posisi atau

peranan pemain,

pasukan dan

pegawai

1st base pemadang dekat bes pertama

2nd base Pemadang dekat bes kedua

3rd base Pemadang dekat bes ketiga

Short stop Penjaga hentian pendek

Centre fielder Pemadang luar tengah

Right fielder Pemadang luar kanan

Left fielder Pemadang luar kiri

Catcher Penangkap

Pitcher Pembaling

Umpire Pengadil

Plate umpire Pengadil plate/pengadil utama

Base umpire Pengadil bes

Scorer Pengira mata

Defensive team Pasukan memadang

Offensive team Pasukan menyerang

Top team Pasukan pertama memukul/team di atas

Bottom team Pasukan pertama memadang/team di bawah

Infielder Pemadang dekat

Page 141: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

141 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Outfielder Pemadang luar/jauh

Base runner Pelari bes

Batter/hitter Pemukul

Batter-runner Pemukul-pelari

Kawasan

Permainan

Basepath Lorong bes

Diamond Segiempat tempat permainan

Catcher’s box Kotak penangkap

Coach box Kotak jurulatih

Fair territory Kawasan dalam

Foul territory Kawasan luar

Home Tapak rumah/tapak bes

On deck Bulatan sedia pemukul

Strike zone Zon pukulan bola tepat

Kemahiran Bunt Tampan/menampan

Hit Pukul

Hard bat Pukul kuat

Swing Hayun untuk pukul

Eye on your ball Bola dekat mata/selari dengan bola

Open your glove Buka glove

Drive ball Balingan bola lurus pantas

Sliding Menggelunsur

Stealing Curi bes

Throwing Melempar/membaling

Tagging Mencecah/sentuhan

Tough Balingan bawah arm

Bouncing Bola lantun

Grounder Bola leret

Bola Ball dead Bola mati

Ball in play Bola hidup

Fair ball Bola dalam

Fly ball Bola lambung

Foul ball Bola luar

Pukulan Foul hit Pukulan luar

Foul tip Pukulan sisi

Page 142: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

142 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Fair hit Pukulan dalam

Line drive Pukulan lurus

Bunt Pukulan tampan

Balingan (Pitching) Strike tepat

Strike zone Zon pukulan bola tepat

Under arm bawah lengan

4. Bilangan Pemain

Sebuah pasukan mengandungi 15 orang pemain termasuk simpanan. Semasa permainan,

hanya 9 orang pemain sahaja yang akan berada atas padang sama ada sebagai pasukan

pemukurl atau pemadang. Pasukan pemukul akan memukul bola, manakala pasukan

pemadang akan berusaha menghalang pemain yang akan memukul dan cuba mematikan

pasukan lawan sebelum pemain tersebut berjaya membuat pusingan yang lengkap bagi

mendapatkan mata.

5. Tempoh Permainan

Bagi kumpulan umur bawah 18 tahun (lelaki dan perempuan) masa permainan ialah selama

1 jam 20 minit ataupun 7 inning, manakala bagi kumpulan umur bawah 12 tahun (lelaki dan

perempuan) masa permainan ialah selama 1 jam (mengikut peraturan MSSM). Kedua-dua

pasukan akan bertukar kawasan padang selepas pasukan pemadang berjaya menghalang

dan mematikan pasukan pemukul seramai 3 orang.

6. Pemadang

Pasukan bertahan dipanggil pemadang yang terdiri daripada 9 orang pemain mengikut

posisi masing-masing. Semua pemadang kecuali catcher mesti berada di dalam kawasan

permainan sebelum permainan dimulakan. Pemadang yang tidak dalam proses menerima

bola hendaklah memberi laluan kepada pelari bes. Semua pemadang tidak dibenarkan

menghalang pelari bes untuk maju ke bes seterusnya. Pemadang tidak dibenarkan

mencampak sebarang peralatan dengan tujuan untuk menahan bola yang telah dipukul atau

dibaling.

Page 143: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

143 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

7. Pemukul

Pasukan pemukul adalah terdiri daripada 9 orang pemain yang akan mengambil giliran

memukul. Giliran memukul hendaklah dalam satu urutan yang tetap seperti yang didaftarkan

dan tidak boleh diselang oleh pemain lain. Pemukul mesti masuk ke dalam kotak pemukul

dalam masa 10 saat selepas pengadil memanggilnya. Jika gagal berbuat demikian,

hukuman 1 strike boleh diberikan. Setiap pemukul hanya diberi 3 peluang untuk memukul

bola yang strike. Strike ialah bola yang melintas di atas plet rumah dan di antara bahu dan

lutut pemukul. Setiap pemukul berhak memilih bola yang memasuki zon strike dan tidak

memukul bola yang tiba di luar zon strike.

Pemukul tidak dibenarkan dengan sengaja memukul bola dua kali dalam satu pitching.

Pemukul tidak dibenarkan berubah ke kotak pemukul yang lain apabila pitcher dalam

keadaan bersedia untuk melakukan pitching. Pemukul tidak dibenarkan menghalang catcher

dengan apa cara sekalipun dari menangkap bola dari pitcher. Seorang pemukul tidak

dibenarkan melangkah keluar dari kotak pemukul semasa memukul bola. Pemukul juga

tidak dibenarkan dengan sengaja menghalang mana-mana pemadang dari melakukan

cubaan mematikan pelari bes. Semua pemukul termasuk pemukul yang berada dalam

bulatan menunggu (on-deck circle) mesti memakai topi keledar.

8. Pitcher

Kedua-dua kaki pitcher mesti berada di atas plet pitcher sebelum melakukan pitching.

Sebelum memulakan pitching, kedua-dua tangan pitcher mestilah diasingkan. pitcher boleh

mengambil satu langkah ke hadapan sambil melepaskan bola. Setelah pitcher bersedia

untuk melakukan pitching, bola tidak boleh dibaling kepada mana-mana pemadang kecuali

ke arah catcher. Pitcher juga tidak dibenarkan membuat dua atau lebih pusingan tangan

sebelum atau semasa pitching dilakukan. Pitcher hanya boleh memulakan pitching setelah

pengadil memberi isyarat mula. Pitcher tidak boleh menerima isyarat catcher apabila berada

di atas plet pitcher. Pitcher tidak boleh melapik tangan yang digunakan untuk pitching atau

melekatkan sebarang bahan ke atas bola semasa permainan. Walau bagaimanapun, serbuk

resin boleh digunakan oleh pitcher di bawah kawalan pengadil.

9. Catcher

Seorang catcher perlu memakai memakai penghadang muka, kaki, kerongkong dan dada

sebelum masuk ke kotak catcher. Catcher mesti memasuki kotak catcher sebelum

Page 144: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

144 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

permainan dimulakan. Catcher tidak dibenarkan menghalang atau mengganggu pemukul

daripada melakukan pukulan. Catcher mesti memulangkan bola kepada pitcher selepas

pitching jika bola tidak dipukul oleh pemukul, kecuali jika ada pelari yang berlari di atas bes

atau selepas pemukul disahkan mati (out) oleh pengadil.

10. Pelari Bes

Semua pelari bes mesti memakai topi keledar dan tidak dibenarkan menanggalkannya

dalam proses larian bes kecuali jika ia tertanggal dengan tidak sengaja. Jika topi keledar

tersebut ditanggalkan dengan sengaja, pelari bes akan diisytiharkan mati. Pelari bes

dibenarkan mencuri bes sebaik sahaja bola dilepaskan dari tangan pitcher. Pelari bes juga

berkemungkinan akan dimatikan oleh pemadang (tag). Oleh itu, pelari bes mesti memberi

laluan atau mengelak daripada bertembung dengan pemadang yang dalam proses

menerima bola. Walau bagaimanapun, pelari bes tidak dibenarkan menghalang atau

mengganggu pemadang dari memainkan atau membaling bola kepada pemadang yang lain.

Pelari bes mesti memijak semua bes yang dilaluinya mengikut urutan bes 1, bes 2, bes 3

dan home plate.

Pemukul yang berlari dibenarkan melepasi bes pertama selepas memijaknya dan tidak

boleh dimatikan kecuali berlaku cubaan untuk maju ke bes kedua. Pelari yang maju ke bes 2

dan bes 3 mesti mengekalkan sentuhan dengan bes tersebut kecuali dalam situasi dimana

bes terkeluar dari posisi sepatutnya. Jika bes sudah terkeluar dari tempat asalnya, pelari bes

mesti berada di tempat asal bes dan tidak cuba maju ke bes berikutnya. Pelari bes juga

tidak dibenarkan memotong pelari bes di hadapannya, dan dibenarkan melakukan

gelungsuran di mana-mana bes termasuk bes pertama.

Apabila bola kembali berada pada pitcher yang berdiri di dalam bulatan pitching, pelari

bes hendaklah dengan serta-merta mara ke hadapan atau kembali ke bes. Jika bola yang

dilontar kembali kepada pitcher telah keluar dari bulatan pitcher, pitcher dianggap telah

membuat permainan dan pelari boleh meninggalkan bes dengan kemungkinan dimatikan

(tag). Gerakan mengacah-acah juga dianggap sebagai membuat permainan ke atas pelari.

11. Pakaian

Tiap-tiap pasukan dikehendaki memakai pakaian seragam, sesuai mengikut jenis permainan

dan undang-undang yang mengawal permainan tersebut. Nombor pada jersi hendaklah

sama dengan nombor yang didaftarkan dalam senarai pendaftaran. Pemakaian kasut atau

Page 145: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

145 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

boot hendaklah bersesuaian mengikut peraturan permainan dan pemakaian seluar ketat

(tights) tidak dibenarkan. Jika kedua-dua pasukan memakai baju yang sama warna, nama

pasukan pertama yang tercatat dalam jadual pertandingan hendaklah menukar warna

bajunya. Walau bagaimanapun, bagi permainan yang telah menetapkan warna khusus

contohnya jersi Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) oleh jawatankuasa tekniknya, maka

peraturan tersebut hendaklah dipatuhi, melainkan ada ketetapan lain mengenainya.

Semua pengurus pasukan, jurulatih dan pemain mestilah memakai pakaian seragam

pasukan. Nombor peserta mestilah disemat di belakang pakaian seragam pemain. Dua

pasukan yang bertanding tidak dibenarkan memakai pakaian seragam yang sama warna.

Selain itu, sebagai langkah keselamatan, penghadang muka, kaki, kerongkong dan dada

mesti dipakai oleh catcher. Topi keledar juga mesti dipakai oleh pemukul.

Rajah 6.3: Contoh pakaian pemukul dan catcher sebagai langkah keselamatan

Senaraikan perkara yang boleh dibuat dan tidak boleh dibuat dalam

permainan sofbol.

Page 146: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

146 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

PERALATAN DALAM PERMAINAN SOFBOL

1. Bola

Bola sofbol berbentuk bulat, berkelim licin, mempunyai jahitan tersembunyi atau mempunyai

permukaan yang rata. Terasnya diperbuat daripada kapuk berserat panjang atau campuran

gabus dan getah, atau campuran polisterina, atau segala bahan yang disahkan oleh

International Softball Federation (ISF) Equipment Standards Commission.

Rajah 6.4: Contoh bola sofbol

2. Kayu Pemukul (Bat)

Kayu pemukul diperbuat daripada logam, plastik, buluh, grafit, karbon, magnesium,

fiberglass atau sebarang kombinasi bahan-bahan yang disahkan oleh International Softball

Federation (ISF) Equipment Standards Commission.

Rajah 6.5: Contoh kayu pemukul

Page 147: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

147 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

3. Glove

Glove yang dipakai oleh semua pemain boleh jenis beranika warna, asalkan warnanya

(termasuk rendanya) tidak sama warna dengan bola.

Rajah 6.6: Contoh glove

4. Mitt

Mitt adalah sejenis glove. Penjaga bes pertama dan catcher sahaja boleh memakai mitt.

Rajah 6.7: Contoh mitt

5. Batting Helmet (Topi Pemukul)

Topi Pemukul adalah diwajibkan bagi pemukul, pemukul-menunggu, pemukul-pelari dan

pelari.

Rajah 6.8: Contoh batting helmet

Page 148: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

148 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

6. Mask (Penghadang Muka)

Mana-mana pemain pasukan bertahan atau menyerang dibenarkan memakai topeng atau

pelindung plastik. Topeng atau pelindung yang retak atau telah tukar bentuk atau pelapiknya

telah haus ataupun sudah tidak ada lagi, tidak boleh digunakan dan hendaklah dikeluarkan.

7. Chest Protector (Pelindung Dada)

Di dalam situasi pitching yang perlahan atau pantas, semua catcher diwajibkan memakai

pelindung badan.

8. Shin Guards (Pelindung Kaki)

Catcher diwajibkan memakai pelindung kaki yang memberi perlindungan kepada lutut.

Rajah 6.9: Contoh set pelindung catcher yang terdiri daripada mask, chest protector dan shin guard

9. Bes (Tapak Pelari)

Semua bes, selain daripada home plate hendaklah bersegi empat sama berukuran 38.1cm

(15 inci) dan diperbuat daripada kain kanvas atau bahan lain yang sesuai, dan tebalnya

tidak boleh melebihi 12.7 cm (5 inci).

Rajah 6.10: Contoh bes

Page 149: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

149 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

10. Home Plate Dan Pitcher Plate

Home plate hendaklah diperbuat daripada getah. Ia mempunyai lima segi dengan ukuran

43.2cm (17 inci) lebar, melintang permukaan yang menghadapi pitcher. Bahagian tepinya

adalah selari dengan garisan bahagian dalam petak pemukul dan adalah 21.6cm (8 ½ inci)

panjang. Bahagian-bahagian yang meruncing ke arah catcher adalah 30.5cm (12 inci)

panjang. Manakala pitcher plate pula hendaklah diperbuat daripada getah berukuran 61cm

(24 inci) panjang dan 15.2cm (6 inci) lebar.

Rajah 6.11: Contoh home plate dan pitcher plate

KEMAHIRAN ASAS SOFBOL

Kemahiran asas dalam permainan sofbol adalah terdiri daripada kemahiran membaling bola,

menangkap bola, memukul dan menampan, pitching, catching dan larian bes.

Bincangkan aspek keselamatan yang terdapat dalam permainan

sofbol.

Senaraikan seberapa banyak kesalahan teknik lakuan kemahiran

dalam permainan sofbol mengikut kategori yang anda tentukan sendiri.

Page 150: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

150 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

1. Membaling Bola

Kemahiran membaling bola bermula dengan cara menggenggam bola. Bola hendaklah

digenggam dengan menggunakan tiga jari iaitu jari hantu, jari telunjuk dan ibu jari. Jari

manis dan jari kelingking hanya digunakan sebagai penampan bola. Seboleh-bolehnya bola

hendaklah tidak menyentuh tapak tangan.

Rajah 6.12: Kedudukan tangan yang memegang

Untuk melakukan balingan, balingan yang baik mestilah menepati sasaran. Sasaran yang

paling baik adalah di atas bahagian diafram dan di bahagian muka penerima bola.

Pembaling hendaklah berdiri dengan keadaan kaki yang bertentangan dengan tangan yang

digunakan untuk membaling bola ke hadapan. Lentikkan pergelangan tangan yang

memegang bola ke belakang dengan siku berada separas dengan bahu ke arah belakang.

Baling bola dengan pantas. Berat badan hendaklah diubah ke kaki hadapan untuk

mengimbang pergerakan tangan. Pergerakan membaling hendaklah diteruskan dengan ikut

lajak selepas bola dibaling. Mata hendaklah memandang pergerakan bola ke sasaran. Fasa

ini sangat penting untuk menentukan bola dibaling menuju tepat ke sasaran.

Terdapat 3 kaedah balingan yang diamalkan untuk membaling:

a) Balingan Atas Bahu (Upper Throw)

Balingan ini diamalkan oleh semua pemadang luar (F7, F8 dan F9) dan boleh

digunakan pada bila-bila masa oleh pemadang dalam (F1, F2, F3, F4, F5 dan

F6). Balingan atas bahu digunakan untuk membaling tepat, laju dan kuat pada

jarak jauh. Teknik kemahiran balingan adalah seperti berikut:

i. Fasa Persediaan:

Pegang bola pada jari bukan pada tapak tangan. Genggaman 3 jari (jari

telunjuk, jari hantu dan jari manis, di atas bola). Ibu jari dan jari

Page 151: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

151 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

kelengkeng di bahagian bertentangan. Buka kaki sejarak bahu dengan

kaki belakang menuju keluar ke tepi dan jari kaki hadapan menghala ke

sasaran. Luruskan tangan berglove ke hala sasaran untuk memberi

ketepatan dan imbangan badan.

ii. Fasa perlaksanaan

Kaki hendaklah melangkah ke arah sasaran, menolak keluar dengan kaki

belakang, memimpin balingan dari siku hadapan dan siku belakang tetap

setinggi bahu. Berat badan dipindahkan ke kaki hadapan. Pinggul

dipusingkan ke hadapan, lengan diputar secara menegak, bola dipegang

tinggi. Tangan yang memaikai glove direndahkan, dan sentakkan (flik)

pergelangan tangan yang memegang bola.

iii. Fasa Ikut Lajak

Keseluruhan berat badan dipindahkan ke hadapan. Lutut kaki depan

dibengkokkan sedikit. Tangan balingan diturunkan, hampir menyentuh

lutut kaki depan. Bahu tangan membaling diputarkan ke depan. Pemain

kemudiannya berdiri dengan kedudukan seimbang.

b) Balingan Bawah Bahu (Under Arm)

Balingan bawah bahu hanya untuk balingan cepat pada jarak dekat. Teknik

kemahiran balingan bawah bahu adalah seperti berikut:

i. Fasa Persediaan

Sama seperti gaya balingan atas bahu

ii. Fasa Perlaksanaan

Pindahkan berat badan ke sisi tangan membaling. Tangan yang memakai

glove dinaikkan dan tangan membaling ke arah kaki sisi mula membaling.

Badan pada kedudukan rendah. Ambil satu langkah kecil ke sasaran di

hadapan. Bahu sisi tangan yang memakai glove berada ke arah sasaran.

Berat badan berada di sisi tangan yang memakai glove. Tolakkan bahu

dan pinggul sisi membaling ke arah sasaran. Lutut kaki depan

dibengkokkan. Lepaskan bola dengan ayunan tangan dengan sedikit

sentakan pada pergelangan tangan.

iii. Fasa Ikut Lajak

Kaki sisi yang membaling diheret ke depan. Bahu dan lengan tangan

membaling ke arah sasaran sejauh yang boleh.

Page 152: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

152 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

2. Menangkap Bola

Menangkap bola adalah satu kemahiran penting dalam permainan ini. Pemadang

hendaklah ingat bahawa bola yang akan ditangkap datangnya daripada berbagai keadaan

dan arah yang berlainan seperti deras, perlahan, leret, tinggi dan melantun. Seorang

pemadang perlu ingat bahawa bola hendaklah ditangkap dalam poket sarung tangan (untuk

mematikan pemukul). Seorang pemadang tidak digalakkan menadahkan sarung tangan ke

atas untuk menangkap bola kerana bola yang ditangkap boleh terlucut dan mencederakan

muka dan badannya.

Untuk menyambut bola, pemadang hendaklah sentiasa bersedia dengan glove dan

menumpukan sepenuh perhatian terhadap latihan atau pertandingan. Untuk menangkap

bola yang melayang tinggi, pemadang yang berhampiran dengan bola hendaklah meneriak

dengan terang bahawa dia akan menangkap bola tersebut. Gunakan glove untuk

menangkap bola dan pastikan ia selamat dengan menggunakan tangan melempar.

Lindungan tangan melempar tersebut akan menyelamatkan bola dari melantun keluar dan

balingan dapat dilakukan dengan cepat. Pemadang hendaklah membiasakan dirinya

mengeluarkan dan membaling dengan cepat bola yang telah ditangkap. Gerakan

menangkap dan membaling adalah satu gerakan yang bersambungan.

Perlu diingat bahawa tangan yang memakai glove hendaklah sentiasa berada di

depan badan. Semasa menangkap bola, pemadang mestilah menadah sarung tangan tepat

ke arah bola, bagi tangkapan di atas pinggang. Untuk menangkap bola pada paras

pinggang, jari-jari sarung tangan mestilah berada di sisi pemain. Jika bola yang dibaling

menuju ke bahagian bawah pinggang, jari-jari sarung tangan mestilah diletakkan dan

diarahkan ke bawah. Untuk menangkap bola leret, jari-jari sarung tangan hendaklah

diarahkan ke bawah hingga mencecah tanah.

3. Memukul Dan Menampan

Kemahiran memukul adalah salah satu kemahiran yang paling sukar dilakukan. Pitcher

akan cuba membaling bola sederas mungkin agar bola yang dibaling gagal dipukul oleh

pemukul. Bagi mengelakkan bola yang dipukul berjaya ditangkap oleh pemadang, pemukul

haruslah melakukan pukulan sekuat mungkin ke dalam kawasan permainan dalam keadaan

yang sukar untuk dicapai oleh pemadang. Oleh yang demikian, kemahiran ini memerlukan

latihan yang kerap bagi memastikan setiap pukulan yang dilakukan berkesan. Kelemahan

Page 153: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

153 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

yang ketara bagi sesetengah pasukan ialah memberi latihan yang lebih kepada kemahiran

memadang tetapi tidak kepada latihan kemahiran memukul.

Sebelum melakukan pukulan pemain harus tahu bagaimana memegang bet dengan

cara yang betul. Bet hendaklah dipegang dengan menggunakan kedua-dua belah tangan di

mana jari memegang keliling pemegang bet. Ruas-ruas jari hendaklah selari. Genggaman

hendaklah tidak terlalu ketat tetapi kukuh. Barisan tengah buku lima jari kedua-dua tangan

hendaklah segaris. Tangan yang kuat menggenggam (dominan) lebih atas daripada tangan

yang lemah dan kedua-dua belah tangan bersentuhan.

Sumber: Modul latihan sukan untuk guru penasihat kelab sukan sekolah: Sukan bola keranjang sekolah rendah

Gaya dirian pemain ketika hendak memulakan pukulan pula hendaklah berdiri

dengan kedua-dua kaki selari menghadap home plate. Jarak bukaan kaki adalah mengikut

jarak bahu. Berat badan hendaklah diletakkan pada kedua-dua belah kaki. Lutut

dibengkokkan sedikit. Bahagian badan di atas pinggang hendaklah dicondongkan ke depan

sedikit. Berat badan terletak pada keseluruhan tapak kaki.

Sumber: Modul latihan sukan untuk guru penasihat kelab sukan sekolah: Sukan bola keranjang sekolah rendah

Ketika hendak memukul, pemain hendaklah berdiri dengan betul dengan membawa tangan

ke sisi muka. Pandangan hendaklah ke arah pitcher. Pemain hendaklah memukul bola

yang berada dalam keadaan strike iaitu antara lutut dan bahu serta berada dalam kawasan

petak pemukul. Pergerakan pinggang hendaklah serentak dengan hayunan bet serta kaki

depan digerakkan ke arah pembaling bola. Apabila kaki hadapan memijak tanah, pangkal

Page 154: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

154 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

peha hendaklah dipusingkan bagi mengimbangi hayunan serentak dengan itu bet dihayun

ke arah bola.

Sumber: Modul latihan sukan untuk guru penasihat kelab sukan sekolah: Sukan bola keranjang sekolah rendah

4. Pitching

Pitcher dan catcher adalah merupakan tulang belakang kepada sesuatu pasukan. Kejayaan

sesuatu pasukan adalah bergantung kepada prestasi pitcher daripada mula hinggalah

berakhirnya sesuatu perlawanan. Oleh sebab itu, pasukan yang mempunyai pitcher yang

baik dan handal dengan sokongan padu daripada pemain-pemain lain sudah tentu

mempunyai peluang yang lebih untuk menang. Oleh sebab yang demikian, pitcher

hendaklah sentiasa menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap permainan serta

mengambil masa yang lebih dalam melakukan latihan pitching serta bersungguh-sungguh

pada setiap sesi latihan.

Sumber: Modul latihan sukan untuk guru penasihat kelab sukan sekolah: Sukan bola keranjang sekolah rendah

Page 155: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

155 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Terdapat dua gaya dalam teknik pitching iaitu:

a) Gaya Ayunan (Slingshot)

Cara gaya ini hampir sama dengan cara gaya kipas angin. Perbezaan yang

wujud hanyalah dalam bentuk ayunan tangan. Gerakan badan selepas tangan

dihayun adalah sama dengan cara gaya kipas angin (Windmill). Cara lakuannya

ialah:

i. Berdiri dengan betul dan luruskan tangan yang memegang bola.

ii. Tarik tangan yang memegang bola ke belakang sehingga melepasi paras

bahu sambil melentikkan pergelangan tangan.

iii. Langkah kaki kiri selangkah ke hadapan dan tarik kaki kanan sambil

melakukan ayunan tangan yang memegang bola. Kepirkan bola semasa

melintasi sisi peha.

Sumber: Modul latihan sukan untuk guru penasihat kelab sukan sekolah: Sukan bola keranjang sekolah rendah

b) Gaya Kipas angin (Windmill).

Gaya Kipas Angin (Windmill) adalah satu gaya yang biasa digunakan oleh

kebanyakan pitcher. Gaya ini lebih pantas kerana momentum terbentuk daripada

lakaran yang lebih besar. Cara lakuannya ialah:

i. Sebelum melakukan pitching, pitcher dikehendaki mengasingkan tangan

yang memegang bola dengan sarung tangan (glove) sebelum memasukkan

bola ke dalam sarung tangan.

ii. Kedua-dua belah kaki pitcher hendaklah memijak plet sambil

membongkokkan sedikit badannya.

Page 156: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

156 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

iii. Langkah kaki kiri ke hadapan sambil menarik tangan yang memegang bola

ke atas supaya dapat membuat satu bulatan besar.

iv. Semasa tangan berada di atas, ia hendaklah dibengkokkan sambil

memusingkan badan ke kanan sedikit.

v. Teruskan ayunan dan apabila tangan yang memegang bola melalui sisi peha

pitcher hendaklah melepaskan bola tersebut. Pada masa yang sama,

pusingkan semula badan ke kanan.

5. Catching

Seorang catcher hendaklah lengkap memakai peralatan pelindungan seperti alat pelindung

muka, dada dan kaki. Catcher hendaklah menangkap atau sekurang-kurangnya menahan

balingan bola oleh pitcher bagi mengelakkan pemukul pelari mendapat advantage, serta

mengelakkan curi lari bes. Catcher juga mestilah bersedia untuk mematikan pelari yang

sedang berlari antara bes atau yang menuju ke home plate. Catcher juga harus bersedia

menangkap bola yang dipukul perlahan dalam kawasan diamond (bunt).

6. Larian Bes

Sofbol adalah satu permainan yang pantas dan merupakan pertandingan di antara

kederasan berlari dan kelajuan pihak pemadang membaling. Oleh sebab itu, tindakan dan

gerakan semasa melakukan larian bes hendaklah pantas dan tepat. Selepas melakukan

pukulan, pemukul perlulah dengan pantas berlari ke bes pertama, kedua, ketiga dan plet

Page 157: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

157 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

rumah mengikut urutan dengan memijak setiap bes yang dilaluinya, selagi ia tidak dipaksa

berhenti di salah satu bes atau home plate atau dimatikan atau disentuh (tagging).

Pelari boleh terlajak dari bes pertama setelah memijaknya tetapi hendaklah terus

berlari ke hadapan atau membelok ke kanan. Jika pelari membelok ke arah kiri (ke arah bes

kedua), ia dianggap sebagai melakukan cubaan untuk maju atau meneruskan larian ke bes

kedua. Pelari boleh disentuh (tag) oleh pemadang. Pelari di bes pertama, kedua dan ketiga

boleh mara ke hadapan selepas balingan dilakukan (picth) iaitu sebaik sahaja boleh

dikeluarkan daripada tangan pembaling (picther) dengan kemungkinan disentuh mati (tag).

Semasa melakukan larian, pelari hendaklah menggunakan lorong tapak yang

luasnya tiga kaki melainkan jika ia hendak mengelak dari bertembung dengan pemadang.

Pelari yang tidak dipaksa berlari boleh berlari semula ke bes asalnya (bes sebelum ia

melakukan larian) jika ia ragu-ragu untuk sampai ke bes hadapan. Pelari boleh mengelunsur

(sliding) yang dibenarkan untuk sampai ke bes hadapan dan plet rumah atau kembali ke bes

asalnya. Pelari yang sampai ke home plate diberi satu larian penuh (home run) untuk

pasukannya . Penukaran giliran memukul untuk pasukan hanya boleh dibuat selepas tiga

pemain berjaya dimatikan. Satu inning dikira apabila kedua-dua pasukan telah melakukan

satu giliran memukul. Satu perlawanan akan ditamatkan selepas tujuh inning atau mengikut

masa yang ditetapkan (biasanya 1 jam 20 minit). Peraturan ini tertakluk kepada peraturan

kejohanan pihak penganjur.

Bincangkan strategi yang boleh digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran kemahiran asas sofbol.

Page 158: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

158 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

PENILAIAN KENDIRI

1. Nyatakan dengan ringkas sejarah sofbol di Malaysia.

2. Bincangkan fungsi peranan MSSD dalam membangunkan sukan sofbol di peringkat

sekolah.

3. Senaraikan perkara yang tidak boleg dilakukan oleh seorang ptcher.

4. Senaraikan jenis kemahiran yang terdapat dalam permainan sofbol.

5. Huraikan perbezaan ukuran padang sofbol mengikut kategori umur.

6. Lakarkan sebuah diamond dan letakkan posisi pemain di atas diamond tersebut.

7. Siapakah yang akan memakai topi kaledar dalam permainan sofbol?

8. Senaraikan perlatan dalam sofbol dan nyatakan kepentingannya.

9. Huraikan teknik membaling dan nyatakan ciri-cirinya.

10. Apakah yang dimaksudkan dengan inning?

RUJUKAN

Tan Kah Keong, et al. (_______). Modul latihan sukan untuk guru penasihat kelab sukan

sekolah: Sukan bola keranjang sekolah rendah. Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan & Persatuan Sofbol Malaysia.

(1983). Undang-undang sofbol (Koh Kim Eow). Kuala Lumpur: Publication distribution, etc. (imprint)

Borhannudin Abdullah et al. (2006). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan:

Sekolah Kebangsaan Tahun 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

American Sport Education Program. (2009). Coaching softball technical and tactical skills. Champaign, IL: Human Kinetics.

Smith, M. & Hsieh, l. (2008). Coach's guide to game-winning softball drills developing the

essential skills in every player. Camden, Maine: McGraw-Hill.

Page 159: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

159 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

UNIT 7

RAGBI SENTUH

HASIL PEMBELAJARAN

1. Melakukan sekurang-kurangnya kemahiran asas ragbi sentuh dengan teknik yang betul

dan selamat.

2. Menyenaraikan kesalahan teknik lakuan kemahiran dalam permainan ragbi sentuh.

3. Menyatakan peraturan dan undang-undang asas dalam permainan ragbi sentuh.

4. Menyatakan strategi asas dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran ragbi sentuh.

PENGENALAN

Ragbi ialah sejenis sukan berpasukan yang dimainkan oleh dua pasukan yang berlawanan.

Dalam permainan ragbi, pemain akan menyepak, melontar, atau membawa bola sehingga

mereka boleh menyepak untuk melepasi gol lawan atau menyentuh di belakang garisan

lawan bagi mendapatkan mata. Pada asalnya, ragbi sentuh adalah sebahagian daripada

aktiviti pemanasan badan dalam permainan ragbi. Asas permainanya adalah mudah, hanya

memerlukan bola ragbi, padang dan beberpa orang pemain. Bagi memperkenalkan

permainan ragbi di Malaysia, maka permainan ini harus diperkenalkan di peringkat awal

persekolahan iaitu ketika di sekolah redah. Oleh kerana pelajar sekolah rendah memiliki

tahap fizikal yang masih lemah, maka permainan ragbi sebenar adalah tidak begitu sesuai

atau selamat untuk mereka. Jadi permainan ragbi harus diubahsuai supaya dapat dijadikan

faktor penggalak ke arah pengibatan murid sekolah rendah.

PERBEZAAN ANTARA RAGBI SENTUH DAN RAGBI SEBENAR

Permainan ragbi yang diubahsuai ini dinamakan permainan ragbi sentuh (touch rugby).

Permainan ragbi sentuh berbeza dengan ragbi biasa dalam aspek berikut:

Page 160: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

160 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Ragbi sentuh adalah permainan yang pantas, namun melibatkan sentuhan yang

minimum dan tidak merbahaya. Oleh yang demikian, permainan ragbi sentuh sangat sesuai

untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengenal faktor usia, perbezaan gender, dan tahap

pengalaman bermain. Ia juga merupakan sukan rekreasi dan menjadi sebahagian aktiviti

sosial masyarakat kerana boleh dimainkan di mana-mana sahaja sama ada di padang, di

kawasan lapang, ataupun di tepi pantai dan juga ketika aktiviti sosial.

Permainan ragbi sentuh sangat mudah untuk dipelajari dan dimainkan. Justeru dalam

kurikulum Pendidikan Jasmani sekolah rendah di Malaysia, permainan ragbi sentuh

diperkenalkan kepada murid sekolah rendah dan silibusnya terkandung dalam sukatan

pelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 5. Antara aspek kemahiran ragbi sentuh yang

diperkenalkan ialah kemahiran menghantar, menangkap, menggelecek, mengelak,

menghadang dan menyentuh. Selain itu ragbi sentuh juga boleh digunakan untuk melatih

pemain untuk mengelak dengan mudah, mengejar dan sebagai aktiviti pemanasan badan.

Jumlah pemain adalah seramai 7 orang sahaja dalam satu pasukan.

Jika pihak lawan telah melakukan touch sebanyak 6 kali, bola tersebut akan

jatuh ke tangan pihak lawan.

Tiada tackling, skrum dan tendangan try dalam permainan ini.

Cara sentuhan yang diambil kira adalah dengan menggunakan kedua-dua

belah tangan, namun ada sesetengah permainan menggunakan undang-

undang sentuhan satu tangan sahaja.

Gol akan dikira apabila try berjaya dilakukan.

Bola yang dipegang tidak boleh jatuh. Jika terjatuh, bola tersebut akan jatuh

ke tangan pihak lawan.

Roll Ball akan dilakukan sebagai hantaran apabila bola terjatuh dan touch

sebanyak 6 kali.

Pada pandangan anda, mengapakah ragbi sentuh boleh dimainkan

oleh semua golongan masyarakat?

Page 161: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

161 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

SEJARAH

Permainan ragbi tercipta daripada peristiwa seorang individu bernama William Webs yang

tanpa diduga telah mengambil bola dengan tangannya dan membawanya berlari menuju ke

gol semasa perlawanan bola. Peristiwa tersebut berlaku pada tahun 1823 di sebuah sekolah

bernama Rugby School di England. Dalam peristiwa tersebut, rakan Ellis telah mengejar

beliau dari belakang dan akhirnya terjadilah pergomolan dalam kalangan mereka yang

berusaha untuk merebut bola tersebut. Selepas itu, perbuatan tersebut telah menjadi ikut-

ikutan dalam kalangan rakan Ellis sahaja sebagai bahan permainan mereka.

Walau bagaimanapun, hanya selepas setegah abad kemudian, peristiwa dalam

permainan tersebut diingat kembali apabila seorang rakan Ellis iaitu Mattheur Blaxom

menceritakan kembali persitiwa tersebut dalam majalah The Meteor tahun 1888. Permainan

tersebut mula diperkenalkan dengan nama ragbi sempena nama pekan kecil tempat William

Web Ellis bersekolah. Ekoran daripada itu, Universiti Cambrigde telah mengambil inisiatif

mengubah suai permainan ragbi dan mempopularkannya mulai pada tahun 1871 kepada

sekolah di sekitar England. Mulai saat itu, peraturan rasmi permainan ragbi mula

diwujudkan, kelab Ragbi pula ditubuhkan, manakala pengumuman peraturan rasmi

permainan ragbi di London dibuat sepuluh tahun kemudian. Rugby Football Union adalah

badan yang bertanggungjawab ke atas pemainan ragbi yang telah ditubuhkan pada tahun

1871.

PERKEMBANGAN DI MALAYSIA

Permainan ragbi telah diperkenalkan di Tanah melayu sekitar tahun 1892 oleh kolonial

British yang berada di Tanah Melayu pada ketika itu. Mengikut sejarah, sukan ini pada

awalnya bermula di Negeri Sembilan. Beberapa orang pemain termasuk pegawai Eropah

telah menjalani latihan di Padang Stesen, Seremban. Maka di situlah bermulanya kelab

ragbi pertama di Tanah Melayu yang kemudiannya mula berkembang ke Selangor, Perak,

Pulau Pinang dan Singapura. Antara yang terhebat adalah seperti The Edwardians di

Taiping, The Birch Rompers di Perak, The Penang Asians dan Kelab Diraja Selangor. Pada

tahun 1920an, Persatuan Ragbi Malaysia ditubuhkan bagi mengelola kejohanan tempatan

dan Piala HMS Malaya dan kejohanan antara Zon - “North vs South” yang bermula pada

tahun 1928.

Page 162: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

162 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Pada peringkat awal, kebanyakan pemain ragbi terdiri daripada rakyat British yang

bertugas di Tanah Melayu sebagai pentadbir kerajaan, peladang, pegawal keselamatan dan

sebagainya. Tidak ramai penduduk tempatan melibatkan diri dalam permainan ragbi kerana

pada ketika itu corak permainan ragbi dianggap agak ganas, kasar, berbahaya serta tidak

sesuai dengan budaya kehidupan penduduk tempatan Tanah melayu ketika itu. Setelah

kemasukan askar Fiji selepas Perang Dunia Kedua, sukan ragbi kelihatan lebih menaik lagi

dan lebih mantap apabila pengaruh askar Fiji telah memperkenalkan seni dan kemahiran

permainan ragbi yang lebih menarik berbanding rakyat British. Permainan ragbi akhirnya

mendapat sambutan yang amat baik dan luar biasa sehinggakan pada suatu ketika sukan

ragbi dianggap sebagai sukan nombor satu di negara ini.

Pada tahun 1995 perubahan berlaku apabila permainan ragbi sentuh diperkenalkan.

Permainan ini diambil dari kejohanan-kejohanan yang diadakan oleh International Rugby

Board (IRB). Pada dasarnya permainan ini kurang menarik tetapi mengutamakan

keselamatan bagi pemain sekolah rendah. Walau bagaimanapun, permainan ragbi sentuh

mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Kelebihan ragbi sentuh ialah

keselamatan murid diutamakan dengan tiada kekasaran yang teruk berlaku dalam

permainan. Selain itu, tidak ada pasukan kuat atau lemah kerana hanya dengan kepintaran

pemain sahaja satu pasukan itu akan menang. Manakala kelemahan permainan ragbi

sentuh pula ialah tidak dapat melakukan taktikal permainan kerana bola terpaksa dimatikan

apabila berlakunya sentuhan, pasukan yang mempunyai pemain yang laju tidak dapat

menggunakan kelebihan yang dimiliki, dan permainan terlalu banyak berhenti kerana setiap

kali sentuhan permainan akan diberhentikan.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

Perbincangan peraturan permainan Ragbi Sentuh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu

definisi, sebelum perlawanan dan semasa perlawanan.

Bincangkan perkaitan antara ragbi dengan sejarah Malaysia.

Page 163: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

163 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

1. Definisi Terminologi Dalam Ragbi

Sebelum mengulas lebih lanjut mengenai peraturan permainan ragbi sentuh, mari kita

berkenalan dahulu dengan beberapa terminologi penting dalam permainan ragbi bagi

memudahkan lagi proses pemahaman.

Try

Try bermaksud skor yang telah dilakukan oleh pasukan

penyerang iaitu dengan meletakkan bola di mana-mana bahgaian

di dlam kawasan gol pasukan bertahan. Skor try diberi 5 mata.

Untuk membuat try, pemain boleh menghantar atau membaling

bola kepada kawan sepasukannya. Kemudian bola tersebut akan

dibawa lari.

Cara memulakan permainan sewaktu permulaan permainan (kick-

off), selepas separuh masa, selepas try dilakukan dan apabila

penalti diberikan. Semua pemain pasukan bertahan mesti berada 10

meter daripada pemain yang membuat tap dan juga bila penalti tap

diberikan. Pemain yang melakukan tap boleh saja melarikan bola.

Namun jika dia telah disentuh maka dia akan melakukan rollball.

Rollball bermaksud mengolekkan bola dengan tangan ke belakang

melalui dua kaki. Tap pula dilakukan dengan menendang bola

daripada tangan dan menangkapnya kembali.

Tap

Page 164: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

164 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Sentuh adalah satu cara yang dibenarkan kepada pasukan

bertahan untuk memberhentikan pemain pasukan penyerang

yang membawa bola. Sentuh dilakukan dengan menggunakan

tangan sebelah atau kedua-dia belah di mana-mana bahagian

badan termasuk pakaian daripada bahagian bahu ke bawah.

Setelah disentuh sebanyak 6 kali, bola perlu diserahkan ke

pihak lawan yang bertahan.

Sentuh

Touchdown adalah perlakuan meletakkan bola di dalam kawasan gol

sendiri oleh pasukan bertahan. Jika touchdown yang dibuat melalui

bola yang dibawa masuk oleh pasukan penyerang, maka rollball diberi

kepada pasukan bertahan di mark 10 meter daripada garisan golnya.

Jika touchdown dibuat melalui bola yang dibawa masuk sendiri oleh

pasukan bertahan, maka rollball diberikan kepada pasukan penyerang

pada mark 5 meter daripada garisan gol pasukan bertahan. Terdapat

dua jenis mark dalam permainan ragbi iaitu mark (semasa sentuh)

dan mark (semasa tepi).

Touchdown

Rollball bermaksud mengolekkan bola dengan tangan ke

belakang melalui dua kaki. Rollball

Page 165: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

165 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Selain daripada beberapa terminologi yang telah dibincangkan sebelum ini, terdapat

beberapa terminologi lain yang turut dapat membantu meningkatkan kefahaman dalam

permainan ragbi seperti berikut:

Pemungut Pemain yang menerima bola di belakang pemain yang melakukan

rollball

Pasukan

Penyerang

Pasukan yang sedang memegang bola atau mempunyai posisi bola.

Pasukan

Bertahan

Pasukan yang telah hilang posisi bolanya.

Mark (semasa sentuh) adalah tempat pemain yang sedang

membawa bola telah disentuh oleh pemain bertahan. Manakala

mark (semasa tepi) pula adalah tempat di tengah padang tempat

permainan dimulakan dan tempat penalti diberikan.

Mark (semasa sentuh)

Keistimewaan yang dibenarkan kepada pasukan yang tidak

melakukan kesalahan untuk direbut dan seterusnya

membolehkan pasukan tersebutmemperbaiki

kedudukanpermainannya untuk memungut mata.

Advantage

Page 166: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

166 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Garisan gol Garisan belakang kedua-dua bahagian padang yang bertembung

dengan kedua-dua garisan tepi.

Garisan Bola Mati Garisan paling belakang kedua-dua hujung padang yang jaraknya 5

meter daripada garisan gol.

Kawasan Gol Kawasan untuk melakukan try. Kawasan ini dipagari garisan gol,

garisan tepi dalam gold an garisan bola mati.

Bola Mati Apabila permainan diberhentikan sementara disebabkan perkara

berikut:

Bola terkeluar daripada kawasan permainan

Sentuhan telah dilakukan, dan

Try atau touch down telah dilakukan.

Menghantar

Membaling atau menghulur bola kepada rakan permainan.

Padang

Permainan

Kawasan yang dikelilingi oleh garisan gol pasukan bertahan.

Offside Kedudukan pemain pasukan penyerang yang terkehadapan daripada

bola bagi dan kedudukan pemain pasukan bertahan yang

membolehkan pemberian penalti bagi kes pemain.

Intercepts Pemain pasukan bertahan yang merampas bola yang sedang dihantar

oleh pasukan penyerang.

Bincangkan aspek perbezaan antara ragbi sentuh dengan ragbi

biasa

Page 167: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

167 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

2. Padang Permainan

Rajah 7.1: Ukuran Padang Permainan Rugbi Sentuh

Rajah 7.1 di atas menunjukkan ukuran lantai padang permainan ragbi. Ukuran padang boleh

berbeza-beza, tetapi permainan kebiasaannya akan dimainkan pada ukuran setengah

padang ragbi iaitu 50 meter lebar dan 70 meter panjang. Garisan bagi padang permainan

mestilah lebarnya sekurang-kurangnya 2.5 sentimeter. Bendera atau penanda dipacakkan

pada setiap penjuru garisan dan juga di garisan tengah.

3. Bola

Bola yang biasa digunakan adalah dari jenis kulit atau sintetik bersaiz 5 bagi sekolah

menengah dan bersaiz 3 bagi sekolah rendah. Walau bagaimanapun, dari segi ukuran saiz

- 5 m - - 10 m - - 10 m - - 5 m -

50

m

10 m

Zon

To

uchd

ow

n Z

on

To

uchd

ow

n

Page 168: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

168 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

yang dicadangkan persatuan ialah 36 sentimeter panjang dan 55 sentimeter lilit keliling.

Rajah 7.2 di bawah menunjukkan contoh bola ragbi.

Rajah 7.2: Contoh bola ragbi yang digunakan dalam permainan ragbi sentuh

4. Bilangan Pemain

Sebuah pasukan mengandungi 12 orang pemain. Tetapi hanya 7 orang sahaja yang

dibenarkan bermain atau masuk ke dalam padang pada satu masa. Jika didapati ada

pasukan yang sedang bermain mempunyai lebihan pemain, maka penalti tap di tempat bola

sedang dimainkan akan diberikan kepada pasukan yang tidak melalkukan kesalahan.

Bilangan pemain yang minimum untuk memulakan perlawanan ialah 5 prang. Permainanan

juga tidak boleh dimulakan jika terdapat kurang dari 5 orang pemain.

Pertukaran atau penggantian pemain hendaklah dilakukan semasa pasukan memperolehi

posisi. Pemain yang akan masuk hendaklah menyentuh tangan pemain yang akan keluar di

garisan tepi padang sebelum dibenarkan bermain. Pemain gentian tidak dibenarkan masuk

ke padang sebelum pemain yang digantikan telah keluar dari padang. Jika kesalahan ini

dilakukan maka rollball di kawasan garisan tengah padang akan diberikan kepada pasukan

yang tidak melakukan kesalahan (advantage).

5. Pakaian Pemain

Pasukan mestilah memakai memakai jersi yang tahan lasak dan tidak membahayakan

orang lain. Peralatan asas yang mesti dipakai adalah seperti jersi, seluar pendek, stoking,

Page 169: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

169 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

dan boots. Jersi yang dipakai mestilah bernombor, manakala nombor tersebut hendaklah

tidak sama dengan pemain yang lain. Tinggi cetakan nombor adalah tidak kurang dari 16

sentimeter. Pemain berkaki ayam tidak dibenarkan bermain. Pemain juga tidak dibenarkan

memakai benda-benda yang membahayakan seperti rantai, cincin, jam dan subang semasa

bermain. Kuku jari tangan juga mestilah dalam keadaan pendek.

6. Masa Permainan

Masa permainan rasmi bagi pertandingan ragbi sentuh bagi peringkat sekolah ialah 15 minit

bagi separuh masa pertama. Pertukaran separuh masa ini hendaklah dilakukan dengan

pantas. Bagi peringkat negeri atau kebangsaan, masa permainan yang boleh dibenarkan

ialah 25 minit bagi separuh masa dan 5 minit masa rehat.

7. Pegawai Perlawanan

Setiap perlawanan di bawah kawalan Pegawai Perlawanan terdiri dari seorang Pengadil dan

dua orang Penolong Pengadil. Pengadil mestilah bertauliah. Pengadil merupakan individu

yang menentukan masa perlawanan tamat. Jika ia meragui masa, beliau boleh merujuk

kepada pembantu pengadil. Keputusan pengadil adalah muktamad.

8. Memulakan Permainan

a. Permainan ragbi bermula dengan salah satu pasukan memilih kawasan padang

dan pasukan satu lagi memulakan permainan melalui kaedah tossing.

b. Pasukan penyerang akan memulakan permainan dengan melakukan tap dari

tengah kawasan padang bila pengadil membunyikan wisel. Semua pemain

penyerang hendaklah dalam kedudukan onside semas tap dilakukan.

c. Tap dilakukan di tengah padang melalui dua cara:

i. Letak bola di atas tanah dan tending sedikit ke hadapan tidak melebihi

satu meter dan pungut kembali bola dengan kemas.

ii. Menendang bola ke udara daripada tangan tidak lebih daripada satu

meter dan memungutnya kembali dengan kemas.

d. Mana-mana pemain boleh melakukan tap. Jika cara yang salah dilakukan

ataupun tap tidak dilakukan dengan sempurna maka rollball dibuat di tempat

kesalahan kepada pasukan yang tidak melakukan kesalahan.

Page 170: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

170 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

e. Semua pemain pasukan bertahan hendaklah berada 10 meter daripada tempat

tap dilakukan. Mereka boleh bergerak hadapan serta merta bila tap telah

dilakukan.

f. Pada permulaan separuh masa kedua pula, pasukan yang kalah dalam tos akan

melakukan tap untuk memulakan permainan. Jika permulaan permaian adalah

disebabkan selepas try, tap akan dilakukan oleh pasukan yang tidak membuat

try.

9. Posisi

a. Secara umumnya, pasukan yang mempunyai posisi hanya dibenarkan bermain

sehingga 6 sentuhan dilakukan oleh pihak pasukan bertahan sebelum posisi

bertukar tangan.

i. Selepas sentuhan ke enam, try dan kehilangan posisi disebabkan

beberapa perkara, maka pemain daripada pasukan yang telah kehilangan

posisi dikehendaki memberikan bola kepada pemain bertahan yang

terdekat ataupun meletakkan bola pada mark dengan segera. Penalti tap

akan diberikan jika pemain melengah-lengahkan masa pertukaran posisi.

ii. Jika bola jatuh atas sebab kesalahan pemain penyerang maka pertukaran

posisi akan berlaku. Mark bagi pertukaran posisi akan dilakukan sama

ada di tempat bola jatuh ataupun di tempat pemain yang menjatuhkan

bola mengikut advantage pasukan yang baru memperoleh posisi.

iii. Jika pemain tidak dapat menangkap bola dengan kemas, tetapi dapat

menyambutnya kembali sebelum bola jatuh ke tanah maka permainan

mesti diteruskan.

iv. Intercept oleh pemain pasukan bertahan yang onside adalah dibenarkan.

Permainan akan diteruskan sehingga sentuhan pertama dilakukan, atau

try dilakukan, atau berlaku kesalahan yang lain.

10. Menghantar Bola

a. Secara umumnya, pemain yang mempunyai posisi boleh menghantar,

melambung, memukul bola dengan tangan atau membaling bola kepada pemain

lain dalam pasukannya yang onside.

b. Hantara hadapan tidak dibenarkan dan jika pemain melakukan kesalahan ini

maka rollball akan diberikan kepada pasukan satu lagi.

Page 171: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

171 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

11. Rollball

a. Rollball dilakukan apabila:

i. Sentuhan dilakukan

ii. Pertukaran posisi selepas sentuhan ke enam

iii. Pertukaran posisi sebab bola jatuh

iv. Pertukaran posisi yang bukan disebabkan kesalahan penalti

v. Tamparan/hantaran ke hadapan

vi. Tidak berhenti segera selepas sentuhan

vii. Pemungut ditangkap bersama bola

viii. Pembawa bola atau bola terkeluar padang

ix. Pengadil mengarahkan dilakukan rollball

x. Melengah-lengahkan rollball

xi. Kesalahan hantaran dilakukan

b. Cara melakukan rollball ialah pemain dari pasukan penyerang berada pada mark

dengan menghadap ke garisan gol pasukan bertahan. Berditi selari dengan

garisan tepi dan menggolekkan bola ke belakang antara kedua kakinya dengan

jarak golekan tidak melebihi 1 meter. Jika rollball tidak dilakukan dengan betul

maka rollball akan bertukar tangan kepada pasukan bertahan.

c. Pemain pasukan penyerang boleh menjadi pemungut. Pemungut mesti

memungut bola dengan pantas dan membuat hantaran kepada pemain dalam

pasukannya. Pemungut juga boleh melarikan bola tetapi jika disentuh ketika

sedang melarikan bola maka posisi akan bertukar tangan. Pemain yang

melakukan rollball tidak dibenarkan mengganggu atau menghalang pemain

pasukan bertahan daripada memperoleh posisi atau melakukan sentuhan

terhadap pemungut. Jika kesalahan ini dilakukan maka penalti tap akan diberikan

kepada pasukan bertahan.

d. Semua pemain pasukan bertahan mesti berundur sejauh 5 meter daripada mark.

Semua pemain pasukan bertahan tidak dibenarkan bergerak ke hadapan

sehingga pemungut menyentuh atau menangkap bola. Jika pemain pasukan

bertahan melakukan kesalahan di atas, penalti tap akan diberikan kepada

pasukan penyerang pada mark 5 meter ke hadapan daripada mark asal.

Page 172: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

172 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

e. Perkara lain:

i. Bola yang digolek semasa rollball hendaklah mencecah tanah dan

digolek ke belakang antara 2 kaki. Kaki boleh digunakan untuk

mengawal bola.

ii. Pelaku rollball mesti di dalam kedudukan setempat tetapi tidak

semestinya badannya tidak boleh bergoyang atau berdiri sebelah kaki.

iii. Pemain yang melakukan rollball tidak boleh memungut semula bola

sebelum disentuh oleh pemungut.

iv. Pemain pasukan bertahan yang melakukan sentuhan dimestikan

berundur 5 meter ke belakang daripada mark dengan segera.

v. Pemungut dikehendaki memungut bola dengan kemas.

12. Sentuhan

a. Pemain pasukan bertahan hendaklah membuat sentuhan yang tidak

menyakitkan terhadap pemain yang sedang membawa bola. Jika kesalahan

dilakukan, maka advantage akan diberi kepada pasukan penyerang untuk

melakukan tap.

b. Jika berlaku keadaan bola dipukul dan jatuh daripada tangan pembawa semas

sentuhan dilakukan oleh pasukan bertahan, sentuhan akan dikira dan pemain

yang membawa bola masih boleh mengekalkan posisi. Rollball akan diberikan

jika itu bukan sentuhan keenam. Bilangan sentuhan akan diteruskan.

c. Apabila seorang pemain disentuh semasa membawa bola, beliau dikehendaki

berhenti dan kembali kepada mark di mana sentuhan telah dilakukan. Rollball

hendaklah dilakukan dengan segera dalam bilangan 3 saat.

d. Pemain tidak boleh membuat hantaran atau lemparan bola sekiranya ia telah

disentuh. Jika kesalahan ini dilakukan maka rollball akan diberikan kepada

pasukan bertahan.

e. Tiada pemain dibenarkan untuk meminta dikira sentuhan daripada pengadil,

kecuali jika sentuhan sememangnya berlaku. Pemain pasukan bertahan tidak

boleh melengah-lengahkan membuat sentuhan kecuali dalam kawasan 5 meter

daripada garisan gol. Sentuhan hendaklah dilakukan dengan cara yang tidak

menyakitkan pembawa bola atau menolaknya yang mana ia akan

membahayakan pembawa bola. Pengadil boleh member advantage sama ada

dengan memberikan penalti tap atau meneruskan permainan. Bagi kesalahan

Page 173: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

173 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

kedua iaitu membuat sentuhan yang membahayakan, maka pemain pasukan

bertahan akan dihantar keluar padang selama 5 minit.

f. Mark bagi penalti tap bergantung kepada kedudukan pemain yang membawa

bola semasa sentuhan dibuat ke atasnya.

g. Bola dikira mati bila sentuhan dilakukan. Permainan boleh diteruskan dengan

melakukan rollball. Apabila pemungut memegang bola, maka pemain pasukan

bertahan boleh bergerak ke hadapan. Kalau tidak ada pemungut, pemain

pasukan bertahan boleh sahaja bergerak ke hadapan bila bola mula digolek

semasa rollball. Jika ada pemain pasukan bertahan yang mengganggu daripada

melakukan rollball dengan segera, maka penalti tap akan diberikan ke[ada

pasukan penyerang.

13. Menyentuh Bola yang Sedang Melayang

a. Jika bola jatuh kerana disentuh dengan sengaja oleh pemain bertahan yang cuba

mendapatkan posisi, pasukan penyerang akan meneruskan posisi dan bilangan

sentuhan akan dikira semula. Keadaan ini juga diambil kira jika pemain pasukan

bertahan dengan sengaja menampar bola jatuh ke tanah. Rollball di mark tempat

bola jatuh ataupun di tempat pemain bertahan menyentuh bola, atau yang mana

lebih advantage kepada pasukan penyerang.

b. Jika bola ditampar dengan sengaja oleh pemain bertahan tetapi sebelum bola

jatuh, pemain penyerang menyambutnya, maka permainan diteruskan begitu

juga bilangan sentuhan. Jika bola tidak dapat disambut oleh pemain penyerang

dan bola jatuh ke tanah maka pasukan penyerang akan mengekalkan posisi

serta bilangan sentuhan dikira semula.

c. Jika bola yang dihantar oleh pemain penyerang telah terkena pemain bertahan

dan bola melantun tanpa ada cubaan untuk menangkap oleh pemain bertahan

dan bola jatuh ke tanah, maka pertukaran posisi akan berlaku. Rollball akan

diberikan kepada pemain bertahan di mark tempat bola jatuh ataupun di tempat

pemain bertahan menyentuh bola, atau yang mana lebih advantage kepada

pasukan penyerang.

d. Jika bola melantun daripada pemain bertahan yang tidak mencuba untuk

menyambut bola dan bola disambut oleh pemain penyerang, maka permainan

dan bilangan sentuhan diteruskan selagi ia bukan lemparan atau hantaran ke

hadapan.

Page 174: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

174 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

14. Offside

a. Pemain pasukan penyerang yang tidak memegang bola hendaklah sentiasa

berada dalam kedudukan ke belakang daripada pemain pasukannya yang

sedang memegang bola untuk mengelak daripada situasi offside. Pemain yang

offside selama ia tidak mengganggu permainan tidak dikenakan penalti.

b. Pemain penyerang hendaklah berkedudukan onside semasa melakukan tap.

Semua kesalahan offside oleh pemain penyerang dikenakan tindakan penalti tap

yang diberikan kepada pasukan bertahan di tengah padang.

15. Menghalang

a. Pemain pasukan penyerang tidak boleh menghalang pemain pasukan bertahan

daripada berselindung di belakang pengadil ataupun pemain lain daripada

pasukannya dalam cubaan mengelak daripada disentuh. Jika kesalahan

dilakukan penalti tap akan diberikan kepada pasukan bertahan.

b. Pemain pasukan bertahan juga tidak boleh menghalang pemain dari pasukan

penyerang daripada membantu pemain yang sedang membawa bola. Penalti tap

boleh diberikan kepada pasukan penyerang jika tindakan ini member lebih

advantage.

Senaraikan punca yang membolehkan tap dan rollball dilakukan.

Masukkan jawapan anda ke dalam ruangan yang disediakan di bawah.

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

Page 175: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

175 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

KEMAHIRAN ASAS RAGBI SENTUH

Sebelum mengupas tentang kemahiran asas yang terdapat dalam permainan ragbi sentuh,

adalah lebih baik diteliti terlebih dahulu otot-otot utama yang terlibat dalam aktiviti kemahiran

asas ragbi sentuh. Rajah 7.3 di bawah menunjukkan otot yang terlibat dan penekanan

aspek regangan terhadap otot tersebut boleh diambil kira dalam sesi pemanasan badan

sebelum latihan kemahiran atau permainan dilakukan.

Rajah 7.3: Otot yang terlibat dalam pergerakan kemahiran ragbi sentuh

Triseps

Hamstring

Gastroknemius

Bincangkan dalam forum mengenai aktiviti pemanasan badan yang

sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran ragbi sentuh.

Page 176: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

176 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

1. Menghantar Bola

Hantaran bola dibuat secara hantara sisi. Bola tidak boleh dihantar ke arah hadapan

(forward pass) menghala ke gol lawan. Jika situasi ini berlaku, penalti akan diberikan. Rajah

7.4 menunjukkan fasa pergerakan membuat hantaran bola.

Fasa Persediaan Fasa Perlaksanaan Fasa Ikut Lajak

Berdiri dengan kdua-dua belah tangan memegang bola

Condongkan badan ke sisi

Ayunkan tangan dan hantarkan bola ke sisi pada aras dada penerima

Teruskan ayunan tangan

Rajah 7.4: Fasa pergerakan kemahiran menghantar bola

Sumber: Borhannudin Abdullah et al. (2006). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan: Sekolah Kebangsaan Tahun 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

2. Menangkap Bola

Bola perlu ditangkap dengan kedua-dua belah tangan dan dibawa rapat ke badan. Rajah 7.5

menunjukkan fasa pergerakan menangkap bola.

Page 177: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

177 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Fasa Persediaan Fasa Perlaksanaan

Hulurkan kedua-dua belah tapak tangan ke hadapan

Tumpu ke arah penghantar bola

Tangkap bola dengan kedua-dua belah tangan

Serap daya bola ke arah badan

Rajah 7.5: Fasa pergerakan kemahiran menangkap bola

Sumber: Borhannudin Abdullah et al. (2006). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan: Sekolah Kebangsaan Tahun 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

3. Menggelecek dan Mengelak

Kemahiran menggelecek dan mengelak bertujuan untuk mengelak daripada disentuh bagi

melepasi phak lawan. Rajah 7.6 menunjukkan fasa pergerakan menggelecek dan mengelak.

Fasa Persediaan Fasa Perlaksanaan

Pegang bola menghadap pasangan dan bersedia untuk larian

Berlari ke satu arah, berhenti, dan tukar arah dengan serta-merta

Teruskan larian

Rajah 7.6: Fasa pergerakan kemahiran menggelecek dan mengelak

Sumber: Borhannudin Abdullah et al. (2006). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan: Sekolah Kebangsaan Tahun 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Page 178: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

178 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

4. Menghadang dan Menyentuh

Pemain perlu menghalang pemain lawan daripada melakukan try bagi mendapatkan mata.

Untuk mematikan pergerakan lawan, pemain akan menggunakan sentuhan. Rajah 7.7

menunjukkan fasa pergerakan yang terdapat dalam kemahiran menghadang dan

menyentuh.

Kemahiran Menghadang:

Fasa Persediaan Fasa Perlaksanaan

Berdiri dengan mendepangkan kedua-dua belah tangan.

Hadang pemain lawan dengan menumpukan pandangan kepada pergerakannya.

Bergerak ke kiri dan kanan dengan tangan didepangkan. Cuba hadang pemain lawan.

Kemahiran Menyentuh:

Fasa Persediaan Fasa Perlaksanaan

Berdiri dengan kedua-dua belah tangan bersedia

Cuba sentuh pemain lawan dengan menumpukan pandangan kepada pergerakan lawan.

Bergerak ke kiri dan kanan dengan tangan di hadapan.

Cuba sentuh pemain lawan

Rajah 7.7: Fasa pergerakan kemahiran menghadang dan menyentuh

Sumber: Borhannudin Abdullah et al. (2006). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan: Sekolah Kebangsaan Tahun 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Page 179: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

179 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

PENILAIAN KENDIRI

1. Nyatakan dengan ringkas sejarah ragbi di Malaysia.

2. Senaraikan jenis kemahiran yang terdapat dalam permainan ragbi sentuh.

3. Huraikan perbezaan ragbi sentuh dengan ragbi biasa.

4. Huraikan situasi yang melibatkan tap, try dan roll ball.

5. Bagaimanakah situasi yang boleh mengakibatkan bola mati dalam permainan ragbi

sentuh?

6. Senaraikan kesalahan dalam permainan ragbi sentuh yang boleh memberi advantage

kepada pihak lawan.

7. Huraikan otot yang terlibat dalam pergerakan ragbi sentuh dan nyatakan kaedah

pemanasan badan yang bersesuaian.

RUJUKAN

Borhannudin Abdullah et al. (2006). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan: Sekolah Kebangsaan Tahun 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zulkefli Mohd Amin, et al. (_______). Modul latihan sukan untuk guru penasihat kelab sukan

sekolah: Sukan ragbi sentuh sekolah rendah. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kesatuan Ragbi Malaysia. (1993). Ragbi sentuh (touch rugby). Kuala Lumpur: Kesatuan Ragbi Malaysia.

Biscombe, T. & Drewett, P. (2010). Rugby steps to success. 2nd ed. Champaign, IL: Human

Kinetics.

Hasilkan satu (1) Rancangan Pengajaran harian bagi mana-mana

kemahiran ragbi sentuh dengan menggunakan pedekatan kaedah

TGFU.

Page 180: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

180 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

UNIT 8

BOLA KERANJANG

HASIL PEMBELAJARAN

1. Melakukan sekurang-kurangnya lima kemahiran asas bola keranjang dengan teknik

yang betul dan selamat.

2. Menyenaraikan kesalahan teknik lakuan kemahiran dalam permainan bola keranjang.

3. Menyatakan peraturan dan undang-undang asas dalam permainan bola keranjang.

4. Menyatakan strategi asas dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran bola

keranjang.

PENGENALAN

Bola keranjang ialah satu sukan yang dimainkan oleh dua pasukan dalam satu perlawanan.

Setiap pasukan mempunyai 5 orang pemain. Objektif pasukan adalah untuk mendapatkan

mata jaringan melalui lontaran bola ke dalam sebuah keranjang atau bakul berdasarkan

peraturan yang telah ditetapkan. Pasukan yang matanya lebih banyak apabila tamat masa

permainan adalah pemenang. Mata jaringan pula dikira berdasarkan jarak lontaran. Sebagai

contoh, lontaran lompat yang biasa dari dalam lengkungan akan diberi 2 mata, dari luar

lengkungan akan diberi 3 mata, manakala setiap lontara percuma akan diberi 1 mata. Cara

bola digerakkan dalam gelanggang adalah dengan cara menggelecek atau menghantarnya

daripada rakan kepada rakan sepasukan.

Pada pandangan anda, apakah ciri-ciri estetika yang terdapat dalam

permainan bola keranjang di Malaysia?

Page 181: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

181 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

SEJARAH

Permainan bola keranjang bermula sejak tahun 1892. Permainan ini dicipta oleh seorang

jurulatih Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bernama Dr. James Naismith di Kolej

Springfield, Massachusettes, Amerika Syarikat. Mss. Luther H. Gulick, ketua bidang sukan

kolej tersebut telah meminta Naismith mencipta satu permainan berpasukan untuk

dimainkan semasa musim sejuk. Oleh itu, sudah tentu jenis permainan yang dimaksudkan

harus dimainkan dalam gelanggang dan berada dalam sebuah bangunan tertutup.

Pada awalnya, Naismith menggunakan bola permainan bola sepak yang saiznya

cukup besar dan mudah untuk ditangkap. Manakala golnya dibuat daripada dua buah bakul

buah-buahan yang dipasang pada balkoni gymnasium kira-kira pada ketinggian 10 kaki.

Walau bagaimanapun, pada tahun 1906 gelung besi pula digunakan dan diikuti dengan

penggunaan papan di belakang keranjang bagi menampan lantunan bola.

Permainan bola keranjang pertama tercatat dalam sejarah adalah dalam kalangan

pelajar Naismith sendiri iaitu pada tahun 1891. Naismith juga telah menamakan permainan

ini sebagai basketball atau bola keranjang. Dalam permainan tersebut, kaedah pemarkahan

adalah berdasarkan jaringan bola yang dibuat oleh sesebuah pasukan di petak lawan.

Naismith kemudiannya telah menggubal draf peraturan permainan bola keranjang yang

pertama. Draf tersebut mengandungi 13 perkara berkaitan peraturan permainan bola

keranjang yang telah diterbitkan dalam surat khabar koleh bertajuk The Triangle pada 15

Januari 1892. Semenjak dari itu, permainan ini mula mendapat sambutan dari orang ramai.

Dari segi bilangan pemain, pada awalnya satu pasukan mengandungi tujuh orang

pemain yang kemudiannya ditambah menjadi Sembilan orang dan akhirnya menjadi lima

orang sahaja. Seelain itu, salah satu ciptaan gerakan yang diperkenalkan dalam permainan

bola keranjang disebut sebagai slam dunk, iaitu gerakan untuk memasukkan bola terus ke

dalam jarring yang boleh dilakukan dengan gerakan akrobatik yang memerlukan kekuatan

luar biasa pemainnya.

Pada tahun 1936, bola keranjang telah dijadikan salah satu acara dalam Sukan

Olimpik musim sejuk di Berlin. Pasukan Amerika Syarikat adalah pasukan yang sentiasa

menjadi juara bertahan dalam acara ini bagi setiap Sukan Olimpik kecuali pada tahun 1972

dan 1988. Bola keranjang wanita pula mula dipertandingkan dalam Sukan Olimpik pada

tahun 1976.

Page 182: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

182 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

PERKEMBANGAN DI MALAYSIA

Permainan bola keranjang dipercayai diperkenalkan di negara Malaysia pada tahun 1929

oleh orang Inggeris. Sambutan penduduk tempatan terhadap permainan ini pada peringkat

awalnya adalah tidak memberangsangkan. Hanya beberapa kelab rekreasi di bandar-

bandar utama sahaja menerima permainan baru ini seperti Kelab Rekreasi Cina Selangor,

Kelab Rekreasi Cina Pulau Pinang, Singapura dan Negeri Sembilan. Pihak Inggeris pada

awalnya hanya memperkenalkan permainan ini di kampung baru cina yang dibentuk pada

masa darurat. Oleh yang demikian, lama-kelamaan permainan ini diminati ramai, terutama

kaum Cina yang tinggal di kampung baru.

Persatuan Bola Keranjang Amatur Malaysia (MABA) telah ditubuhkan pada tahun

1958, manakala pertandingan antara negeri bagi merebut Piala Agong dimulakan beberapa

tahun kemudian. Pada tahun 1959, MABA menjadi ahli FIBA (Federation Of International

Basketball Association). Nama Malayan Amateur Basketball Association ditukar ke

Malaysian Amateur Basketball Association dan digunapakai mulai tahun 1964. Kejohanan

Bola Keranjang Mini yang pertama diadakan pada tahun 1970. Tahun berikutnya MABA

telah mempunyai bangunan 12 tingkat yang dilengkapi asrama, perpustakaan, dewan dan

gelanggang untuk tujuan latihan, seminar dan menganjurkan pertandingan yang bertaraf

kebangsaan dan antarabangsa. Kos pembinaan menelan belanja lebih kurang RM 5 juta.

Pada tahun 1973, Kejohanan Bola Keranjang Bukan Cina dianjurkan di Kuala

Lumpur dan MABA sekali lagi menukar nama dari Malaysian Amateur Basketball

Association ke Malaysian Basketball Association. Mulai tahun 1991, Kejohanan Bola

Keranjang umur 16 tahun dan ke bawah MILO Lum Mun Chak mula dipertandingkan

sehingga ke hari ini. Permainan bola keranjang turut diperkenalkan ke sekolah. Majlis Sukan

Sekolah-Sekolah Malaysia telah menganjurkan Pesta Bola Keranjang Peringkat

Kebangsaan yang pertama pada tahun 1967. Penglibatan sekolah di dalam permainan ini

kian mendapat perhatian dengan bermulanya Pesta Bola Keranjang MSSM.

Rajah 8.1: Logo FIBA dan MABA

Page 183: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

183 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

Objektif permainan bola keranjang ialah mendapat jaringan gol sebanyak mungkin serta

melebihi jaringan yang dipungut oleh pasukan lawan. Dalam masa yang sama juga, setiap

pasukan berusaha menghalang pasukan lawan daripada melakukan jaringan. Dalam

permainan bola keranjang, pasukan penyerang ialah pasukan yang membawa atau

menguasai bola, manakala pasukan yang kehilangan bola atau berusaha merampas di

panggil sebagai pasukan bertahan.

Dalam permainan bola keranjang, pergerakan pemain dan bola adalah pantas. Bola

boleh bergerak dari hujung gelanggang ke hujung gelanggang yang lain dalam masa yang

singkat sahaja. Setiap kali bola berjaya dijaringkan pasukan lawan akan memulakan

perlawanan tidak kira berapa jumlah gol yang diperoleh dengan cara melontar bola dari

belakang garisan belakang kawasannya. Berikut adalah peraturan dan undang-undang

permainan yang harus dipatuhi oleh pemain bola keranjang dalam sesuatu perlawanan:

1. Peraturan permainan am

a) Masa permainan dibahagikan kepada 4 waktu. Setiap waktu mengandungi masa 10

minit, dan 2 minit rehat antara setiap waktu pertama dan kedua. Manakala 10 minit

rehat diberi antara waktu 2 dan ke 3 sebagai masa rehat bagi separuh masa

perlawanan. Ini diikuti dengan 2 minit rehat diberi antara waktu ke 3 dan ke 4.

b) Permainan akan dimulakan dengan 5 orang pemain bagi setiap pasukan. Permainan

dimulakan oleh pengadil dengan cara melakukan jump ball di bulatan tengah

gelanggang. Jump Ball diadakan pada permulaan permainan sahaja dengan

pengadil melambungkan bola di bulatan tengah.

c) Jaringan gol dihasilkan bila bola hidup (dalam permainan) memasuki keranjang.

Pasukan yang menjaringkan gol akan diberi mata seperti berikut: lontaran lompat

yang biasa dari dalam lengkungan akan diberi 2 mata, dari luar lengkungan akan

Bincangkan peranan yang dimainkan oleh Malaysian Amateur Basketball Association.

Page 184: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

184 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

diberi 3 mata, manakala setiap lontaran percuma akan diberi 1 mata. Selepas

jaringan dilakukan, pihak lawan akan memulakan permainan dengan lontaran dalam.

d) Pemain yang telah disentuh semasa hendak menjaringkan gol akan diberi dua atau

tiga jaringan bebas (percuma). Setiap jaringan yang berjaya dari jaringan bebas

dikira 1 mata.

e) Bola dianggap keluar apabila ia terkena lantai atau benda lain di luar gelanggang.

f) Seseorang pemain hendaklah membuat lontaran ke dalam dari luar batasan di

tempat yang ditunjuk oleh pengadil dalam masa 5 saat.

g) Seseorang pemain dikira keluar batasan gelanggang apabila dia menyentuh batasan

sama ada di atas atau di luar garisan.

h) Bola dikira di luar batasan gelanggang apabila bola itu tersentuh seseorang pemain

di luar batasan gelanggang.

i) Seseorang pemain ditegah berada di dalam kawasan larangan pasukan lawannya

lebih dari tiga saat bila pasukannya sedang menguasai bola.

j) Seseorang pemain yang sedang memegang bola dengan tidak menghantar,

menjaring gol, mengguling atau menggelecek lebih daripada 5 saat dikira

perlanggaran peraturan.

k) Pasukan sedang menguasai bola tidak boleh mengawal atau menguasai bola di

lapangan belakang gelanggang lebih dari 8 saat.

l) Pasukan yang menguasai bola hendaklah cuba melakukan jaringan gol dalam

tempoh 24 saat. Jaringan gol yang tidak kena ring akan dikira tidak berjaya dan 24

saat akan diteruskan.

m) Waktu pertama dan waktu kedua mempunyai 2 kali time-out. Manakala waktu ketiga

dan waktu keempat mempunyai 3 kali time-out.

n) Setiap pemain cuma boleh lakukan lima kali kesalahan (foul).

o) Permainan dimulakan dengan satu kali jump ball sahaja. Sekiranya berlaku “Jump

Ball” kedua pasukan akan mengambil giliran untuk melakukan lontaran masuk. Ini

disebut sebagai Lontaran Masuk Bergilir-gilir (Alternative Possession Procedure)

Terdapat 5 posisi pemain bola keranjang iaitu:

a. Point guard : Pemain pertahanan

b. Shooting guard : Pengawal penjaring

c. Big foward : Penyerang utama

d. Center : Pemain tengah

e. Small foward : Penyerang kecil

Page 185: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

185 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

2. Gelanggang Permainan

Ukuran gelanggang

Permainan bola keranjang dimainkan dalam gelanggang khas. Gelanggang bola keranjang

mempunyai ukuran yang tetap sama ada di peringkat rendah mahupun peringkat

antarabangsa. Saiz gelanggang maksimum adalah 28m x 15m dan mininum 24m x 13m.

Saiz gelanggang ini berbeza kerana mengikut tahap umur peserta yang bermain bola

keranjang. Rajah 8.2 berikut menunjukkan lakaran gambar rajah ukuran bola keranjang.

Rajah 8.2: Ukuran gelangggang bola keranjang.

Ukuran Papan Jaringan dan Keranjang

Di kedua-dua bahagian gelanggang didirikan papan jaringan bersama keranjangnya

(basket). Papan ini diperbuat daripada kayu/papan, atau sebarang bahan yang bersesuaian,

tebalnya 0.03 m. Bahagian hadapan papan ini hendaklah sama rata dan hendaklah

diwarnakan putih. Saiz papan ialah 1.8 m x 1.2 m (sekolah rendah 1.2 m x 0.9 m).

Segiempat bujur kecil di dalamnya berukuran 0.59 m x 0.45 m. Keranjang pula hendaklah

terdiri daripada 2 bahagian iaitu bulatan (ring) dan jaring (net). Bulatan dibuat daripada besi

berdiameter 0.45 m di bahagian dalamnya. Jaring yang panjang 0.4 m digantung di bawah

bulatan. Tiang penyokong papan jaringan dan keranjang ini hendaklah 2.75 m tinggi

(sekolah rendah 2.3 m). Gambarajah ukuran papan jaringan dan keranjang adalah seperti

yang ditunjukkan dalam Rajah 8.3.

------------------------------------------ 15 m

-----------------------------------

--

---------------- 15 m

------------------

---------------------------------------------------------------------------- 28 m --------------------------------------------------------------------------

-- 2.8 -- ----------------- 5.8 ---------------

3 point line

Free Throw line

Free Throw Lane

Backboard

Basket C

entre

line

Side line

B

ack lin

e

Page 186: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

186 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Rajah 8.3: Ukuran papan jaringan dan keranjang

3. Bola

Bola bagi permainan bola keranjang dibuat daripada getah atau sebarang bahan tiruan yang

menyerupai getah yang mudah melantun apabila dijatuhkan. Saiz bola yang diguna oleh

lelaki dewasa ialah bola saiz 7, manakala untuk wanita dewasa ialah saiz 6, dan untuk

sekolah rendah pula ialah saiz 5.

4. Kasut

Kasut yang sesuai ialah kasut getah yang dapat melindungi buku lali seperti dalam gambar.

Kasut yang mempunyai lapisan kusyen yang lembut dapat melindungi kaki semasa

melompat dan mendarat. Stoking yang tebal juga dapat melindungi pemain daripada

kecederaan seperti melecek.

5. Pakaian

Pakaian pemain bola keranjang hendaklah selesa longgar dan mebolehkan pemain

bergerak dengan selesa. Biasanya pakaian rasmi untuk pemain ialah singlet dan seluar

pendek dengan nombor pemain tertera di bahagian hadapan dan belakang. Hal ini kerana

Page 187: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

187 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

pakaian yang selesa akan dapat memudahkan pergerakan pemain. Berikut adalah

beberapa jenis pakaian yang digunakan semasa bermain permainan bola keranjang.

Bola Kasut Pakaian

Rajah 8.4: Contoh peralatan dalam permainan bola keranjang

AKTIVITI MEMANASKAN DAN MENYEJUKKAN BADAN

Sebelum bermain bola keranjang atau melalkukan aktiviti kemahiran bola keranjang, pemain

hendaklah memastikan tubuh badan bersedia untuk melakukan aktiviti yang seterusnya.

Kegagalan menyediakan otot pada tahap pemanasan badan akan menyebabkan

pengumpulan asid karbonik (laktik) dalam otot. Ini kerana pergerakan dalam permaian bola

keranjang adalah pantas dan cepat. Oleh yang demikian, ketrampilan diri dan badan

sewaktu melakukan pergerakan badan hendaklah dinamik.

Sesi memanaskan badan dilakukan selama 10 atau 15 minit. Pemain boleh mula

memanaskan badan dengan berlari anak ke hadapan, ke belakang, ke sisi ke kanan dan ke

kiri. Selepas itu lakukan aktiviti regangan untuk menambahkan kelenturan otot-otot apabila

membuat pergerakan selama lebih kurang 10 minit. Perlu diingatkan bahawa otot akan lebih

Bincangkan peraturan dan undang-undang permainan bola keranjang.

Page 188: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

188 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

menganjal selepas aktiviti pemanasan dilakukan. Tumpuan harus diberi kepada otot besar

terlebih dahulu seperti hamstring, quadriceps, groin, calves, bahagian belakang, tangan dan

bahu. Kemudian, pastikan pemain berehat seketika sebelum memulakan permainan

sebenar dan pastikan minum air untuk elak dehidrasi.

Semua jenis latihan kemahiran atau permainan mestilah diakhiri dengan sesi

penyejukan badan atau cooling down bagi mengembalikan otot kepada keadaan rehat.

Semasa latihan asik laktik akan terkumpul dan jika tidak dialirkan dengan sebaiknya ia akan

menyebabkan berlakunya kesakitan dan kelesuan. Aktiviti penyejukan badan hendaklah

dilakukan dengan lebih relaks dan ringan bagi menurunkan kadar degupan jantung.

Lakukan selama 10-15 minit. Selain itu tujuan menyejukkan badan adalah untuk

meningkatkan fleksibiliti, mengembalikan darah ke jantung, mengelak dari berlaku

kekejangan, menurunkan kadar suhu badan, mengurangkan kesakitan dan kecederaan, dan

mengembalikan otot yang direngang ke tahap asal.

KEMAHIRAN ASAS BOLA KERANJANG

1. Kemahiran hantaran

Selain daripada mengelecek, bola boleh digerakkan dari satu tempat ke satu tempat lain,

atau dari seorang pemain kepada pemain lain menerusi hantaran. Hantaran ini juga adalah

cara paling mudah untuk menggerakkan bola ke arah keranjang. Apabila seseorang pemain

tidak dapat mengelecek disebabkan pemain itu terhalang atau mendapati sukar untuk

melakukan kelecek, pemain berkenaan harus melakukan hantaran supaya bola masih

dalam penguasaan pasukannya. Perkara penting dan utama yang harus diberi perhatian

oleh seseorang pemain apabila membuat hantaran bola ialah dia hendaklah membuat

hantaran yang selamat.

Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa membuat hantaran dan menerima hantaran

merupakan gabungan dua pergerakan dalam satu tindakan. Pemain hendaklah memastikan

bahawa cara memegang bola hendaklah sesuai dengan jenis hantaran yang hendak

dilakukan. Hantaran juga hendaklah dibuat kepada pemain yang berada di kedudukan yang

sesuai sekali untuk menerimanya dan dihantar ke depan penerima. Semasa menghantar

bola pula, pemain hendaklah memastikan imbangan badan, manakala mata memandang

Page 189: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

189 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

arah penerima bola. Pemain juga boleh melakukan gerak keliru jika perlu dan bergerak ke

tempat lain selepas menghantar bola.

Kemahiran hantaran terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:

a. Hantaran aras dada

Hantaran aras dada adalah menggunakan kedua-dua belah tangan pemain pada

kedudukan aras dada. Pemain memastikan bahawa dia berada dalam

kedudukan yang memudahkannya membuat hantaran, jaringan, atau

mengelecek bola itu. Hantaran aras dada biasanya digunakan apabila terdapat

ruang dan kelajuan diperlukan. Hantaran jenis ini sesuai dilakukan jika tiada

pemain lawan menghalang atau berada berdekatan dengan pemain yang akan

membuat hantaran dan hantaran itu perlu dilakukan dengan deras.

Rajah 8.5: Contoh hantaran aras dada

b. Hantaran lantun

Hantaran ini dilakukan secara mengejut untuk mengatasi pihak lawan yang

mengawal rapat. Bola dilantunkan pada masa yang sesuai supaya tidak dipintas

mahupun disekat oleh pihak lawan. Lantunan dibuat dengan sebelah atau dua

belah tangan ke permukaan gelanggang supaya bola melantun dengan baik

untuk diterima oleh rakan yang sudah bersedia untuk menerima bola. Hantaran

lantun dilakukan apabila pemain yang memegang bola dihalang oleh pemain

lawany ang lebih tinggi atau pemain lawan berada hampir dengannya. Walaupun

bola daripada hantaran ini agak lambat sedikit tiba ke tangan penerima, hantaran

ini menjadi lebih tepat dan berkesan.

Page 190: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

190 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Rajah 8.6: Contoh hantaran aras lantun

c. Hantaran atas kepala

Hantaran ini merupakan cara yang boleh diamalkan apabila pemain hendak

membuat hantaran tinggi kepada kawannya. Seringkali cara ini dilakukan supaya

bola tidak dipintas atau disekat oleh pihak yang mengawal dengan keadaan

tangannya ke atas. Hantaran ini merupakan jenis hantaran pantas, di mana bola

bergerak pantas melepasi kepala pemain lawan. Hantaran ini sesuai dilakukan

oleh pemain yang tinggi, khususnya pemain penyerang dan pertahanan.

Hantaran ini juga penting untuk hantaran pendek yang dikawal dekat oleh

lawan.Dalamsituasi begini pemain boleh memilih sama ada mahu melakukan

hantarantinggi atas kepala ataupun hantaran lantun.

Rajah 8.7: Contoh hantaran atas kepala

Page 191: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

191 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

2. Kemahiran Mengawal Dan Mengadang

Sebaik sahaja bola berpindah tangan, pasukan yang tidak menguasai bola terpaksa

bertahan. Ini bererti setiap pemain perlu tahu tugas masing-masing dan cara untuk

mengawal lawannya. Kawalan adalah bertujuan mematahkan serangan lawan dan

mendapat balik bola untuk mengatur serang balas. Dalam teknik mengawal, pemain

hendaklah mengamalkan ’gaya peninju’ (boxer’s stance) apabila berhadapan dengan

pemain yang membawa bola. Kedudukan pengawal pula hendaklah berada di antara pihak

lawan yang dikawal dan jaring sendiri. Pengawal hendaklah menggerakkan secara berganti-

ganti sebelah tangan ke atas dan sebelah lagi ke sisi (rendah) untuk mengganggu

pergerakan lawan. selain itu, pengawal boleh membuat gerakan secara langkah ’boxer’s

shuffle’ (hampir sama langkah galop) semasa mengawal. Apabila mengawal pengelecek,

pengawal cuba menepis bola dengan tangan semasa bola melantun naik. Sebelah tangan

yang bebas pula adalah untuk mengadang jika pengelecek itu menggunakan gerak keliru

dan tukar halanya. Pengawal juga boleh memaksa pemain bergerak ke tempat atau

kawasan yang tidak sesuai baginya untuk bertindak.

3. Kemahiran menggelecek

Kemahiran mengelecek bertujuan untuk pemain mengerakkan bola dalam gelanggang

sebelum pemain membuat hantaran kepada rakannya atau menjaringkan gol. Menggelecek

bola dalam permainan bola keranjang bererti bola digerakkan oleh pemain dengan cara

melantukan bola dengan sebelah tangannya. Pemain yang dapat menguasai dengan baik

kemahiran mengelecek ini sudah tentu berkeupayaan bergerak ke sana ke sini di dalam

gelanggang dengan berkesan. Tujuan menggelecek adalah untuk membuat jaringan dari

dekat, ’menyimpan’ bola sehingga satu hantaran dapat dilakukan, dan bergerak ke ruang

kosong dengan bola supaya pasukannya dapat mengatur sesuatu pembentukan (formation).

Dalam melakukan kemahiran menggelecek, pemain hendaklah menggunakan jari

untuk mengelecek dan bukan tapak tangan. Pemain juga tidak boleh menampar atau

memukul bola untuk mengelecek. Bola hendaklah menyentuh jari-jari pemain secara

Huraikan prinsip asas yang perlu diambil perhatian dalam membuat

pergerakan hantaran.

Page 192: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

192 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

terkawal. Pemain hendaklah sentiasa mengendurkan pergelungan tangan atau membiarkan

pergelangan tangan dalam keadaan relaks. Kepelbagaian ketinggian lantunan bola adalah

mengikut kadar kelajuan jarak pemain lawan. Bagi mengelakkan bola daripada dihalang

oleh pihak lawan, pemain hendaklah mengawal lantunan supaya rendah dan berhampiran

dengan badan supaya membolehkan badan membantu dalam menghalang lawan. Pemain

juga hendaklah memastikan bola tidak melantun melepasi pinggang.

Teknik menggelecek boleh dilakukan dengan beberapa cara:

a. Menggelecek dengan lantunan rendah

Cara ini diamalkan dalam situasi di mana pemain itu dikawal ketat oleh pihak

lawan yang berkerumun dekatnya. Kelecek rendah dilakukan dan digunakan

untuk mengelakkan bola terlepas daripada penguasaan pemain apabila dicabar

atau diasak oleh pemian lawan. Melantunkan bola rendah adalah cara yang baik

untuk mengawal dan melindung bola dari dirampas. Dengan melakukan kelecek

rendah pemain lawan tidak mempunyai peluang untuk merampas bola itu,

kecuali pemain yang mengelecek bola terlepas bola daripada pengawalannya.

Selain itu, lantunan bola yang rendah memudahkan pemain menukar hala

pergerakannya secara mengejut.

b. Menggelecek dengan lantunan tinggi

Menggelecek dengan lantunan tinggi dilakukan semasa pemain lawan berada

agak jauh daripada pemain yang melakukan kelecek. Menggelecek dengan

lantunan tinggi juga digunakan apabila gelanggang terbuka luas tanpa ada

pemain yang berada di sekitarnya. Bola digerakkan dengan pantas dari satu

tempat ke satu tempat yang lain, termasuk dalam pergerakan menjaringkan gol.

Bola dilantunkan pada aras pinggang dan ke hadapan. Mengelecek bola juga

memerlukan pemain bertindak mengikut keadaan. Oleh itu ia mesti melantukan

bola dengan tangan kiri dan tukar kepada tangan kanan. Juga, ia mesti bersedia

untuk menukar arah pergerakan atau kepantasannya untuk mengelirukan dan

mengatasi pihak yang mengadangnya. Perbezaan ketara antara kelecek rendah

dengan kelecek tinggi ialah dalam kelecek tinggi badan pemain adalah dalam

kedudukan yang lebih lurus atau menegak daripada kelecek rendah.

Page 193: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

193 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

4. Kemahiran menjaring

Pemain bola keranjang harus cekap membuat jaringan kerana bilangan jaringan adalah

aspek yang menentukan kemenangan sesebuah pasukan. Terdapat beberapa jenis

jaringan iaitu:

a. Jaringan Lompat (Jump Shot)

Rajah 8.8: Contoh jaringan lompat

Jaringan lompat merupakan teknik menjaring yang paling menarik dan tepat.

Pemain-pemain memerlukan lompatan yang baik dan koordinasi kaki dan tangan

untuk melaksanakan pergerakannya secara licin.

Page 194: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

194 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

b. Jaringan Tegak (Straight Shot)

Rajah 8.9: Contoh jaringan tegak

c. Jaringan Kaku (Freeze Shot)

Rajah 8.10: Contoh jaringan kaku

Semua jaringan boleh dilakukan secara berlari (satu langkah), melompat, ataupun

dari satu tempat. Pada asasnya, jaringan kaku dan jarngan lompat hampir sama.

Dalam cara jaringan kaku, kedua belah kaki pemain tetap di atas lantai. Bagi jaringan

lompat, pemain melompat dari tempat persediaannya dan mengarahkan bola ke

sasaran sebaik sahaja ia tiba ke aras lompatan maksimumnya.

Page 195: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

195 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

d. Jaringan Cangkuk (Lay Up)

Rajah 8.11: Contoh jaringan cangkuk

Jaringan cangkuk juga dikenali sebagai jaringan pivot. Biasanya cara ini diamalkan

apabila pemain itu dikawal ketat dan ingin mengatasi lawannya dengan membuat

jaringan. Juga, cara ini diamalkan secara tiba-tiba untuk mengelirukan pihak lawan.

Pergerakan bola dari tangan pemain ke sasaran adalah dalam bentuk ’arc’.

Selain itu, beberapa prinsip asas menjaring harus diberi perhatian oleh

pemain iaitu semasa menjaring, mata hendaklah memandang sasaran. Pemain

harus menumpukan perhatian kepada pergerakan menjaring. Gunakan tindakan jari-

jari untuk mengarahkan bola ke sasarannya dan tangan hampir lurus setelah bola

dilepaskan (tindakan ikut lajak). Pemain juga harus bersedia untuk memungut bola

semula (rebound ball) jika boleh terlepas dari sasaran.

Hasilkan satu (1) Rancangan Pengajaran harian bagi mana-mana

kemahiran bola keranjang dengan menggunakan pedekatan kaedah

TGfU.

Page 196: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

196 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

PENILAIAN KENDIRI

1. Nyatakan dengan ringkas sejarah bola keranjang di Malaysia.

2. Senaraikan jenis kemahiran yang terdapat dalam permainan bola keranjang.

3. Senaraikan 5 posisi pemain bola keranjang.

4. Huraikan kemahiran hantaran. Apakah teknik yang boleh digunakan untuk membuat

hantaran?

5. Jelaskan bagaimana teknik mengawal bola dilakukan dalam permainan bola keranjang.

RUJUKAN

Tan Kah Keong, et al. (_______). Modul latihan sukan untuk guru penasihat kelab sukan sekolah: Sukan bola keranjang sekolah rendah. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bola keranjang. http://enkalang90.wordpress.com Yusoff Ismail. (1994). Bola keranjang. Shah Alam: Fajar Bakti.

Krause, J. & Meyer, D. (2008). Basketball skills & drills. 3rd ed. Champaign, IL: Human Kinetics, 2008.

Drewett, J. (2008). How to improve at basketball. St. Catarines, Ont.;New York, NY:

Crabtree Pub.

Page 197: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

197 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

UNIT 9

BOLA TAMPAR

HASIL PEMBELAJARAN

1. Melakukan sekurang-kurangnya kemahiran bola tampar dengan teknik yang betul dan

selamat.

2. Menyenaraikan kesalahan teknik lakuan kemahiran dalam permainan bola tampar.

3. Menyatakan peraturan dan undang-undang asas dalam permainan bola tampar.

4. Menyatakan strategi asas dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran bola tampar.

PENGENALAN

Bola tampar merupakan sukan yang dimainkan di kebanyakan negara di dunia. Ciri-ciri

permainan ini membolehkan peminatnya untuk menceburkan diri tanpa mengira tahap

kecekapan. Sama ada ia dimainkan semasa perkelahan atau dalam pertandingan peringkat

antarabangsa. Permainan ini tetap pantas, bertenaga, menyeronokkan dan mencabar. Bola

tampar boleh dianggap sebagai sukan sepanjang hayat dan ia boleh diserapkan kepada

semua peringkat umur dan kemahiran. Pada masa kini, bola tampar sangat popular sebagai

permainan rekreasi di kalangan liga dalam pertubuhan perniagaan, masyarakat, dan

program intramural sekolah.

SEJARAH PERKEMBANGAN PERMAINAN BOLA TAMPAR

Bola tampar merupakan suatu permainan bukan sahaja untuk pertandingan malah untuk

kecergasan dan riadah. Permainan ini terkenal di seluruh dunia kerana ia adalah sukan

untuk semua; untuk orang ramai termasuk orang yang cacat anggotanya. Permainan ini

boleh dimainkan di mana-mana sahaja seperti di taman, di tepi pantai atau di kawasan

lapang. Bola tampar merupakan permainan berpasukan tanpa sentuhan fizikal dan dengan

itu mengurangkan kecederaan individu dan menambahkan keseronokan bermain.

Page 198: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

198 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Permainan bola tampar mula diperkenalkan pada tahun 1985 di Gimnasium

Y.M.C.A, Springfields, Massachusettes, Amerika Syarikat oleh Prof. William J. Morgan

(1870-1942) sebagai suatu permainan rekreasi. Permainan ini berasal dari dua jenis

permainan lain, iaitu tenis dan bola keranjang. Prof. Morgan menggabungkan jaring tenis

dan bola keranjang. Pada mulanya bola tampar dikenali dengan nama Mintonette, tetapi

diubah kepada Volleyball oleh Prof. H.T. Halstead pada tahun 1896.

Walaupun perkembangan bola tampar agak perlahan, ia dikembangkan dengan

meluas melalui pergerakan Y.M.C.A.. Kanada merupakan negara luar pertama menerima

permianan bola tampar, iaitu pada tahun 1900. Selepas itu ia diperkenalkan ke negara-

negara lain seperti Cuba pada tahun 1905, Puerto Rico (1909), Filipina (1910), Uruguay

(1912) , China (1913) dan Jepun (1917).

Semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua, anggota-anggota angaktan tentera

Amerika Syarikat telah memperkenalkan permainan bola tampar ke Asia dan Eropah.

Secara beransur-ansur permainan bola tampar telah berkembang daripada peringkat

permainan berbentuk rekreasi kepada sukan yang dipertandingkan. Undang-undang

permainan dicetak pada tahun 1897, dalam buku panduan The North Amerika YMCA

Athletic League. Undang-undang permainan itu telah diubah suai beransur-ansur sejak

tahun 1900. Buku undang-undang yang pertama telah diterbitkan pada tahun 1916 oleh

Y.M.C.A. di Amerika Syarikat.

Dalam tahun 1922, Kejohanan Bola Tampar Pertama Y.M.C.A. dimulakan di Amerika

Syarikat. Berikutan ini Persatuan Bola Tampar Amerika Syarikat ditubuhkan pada tahun

1928. Sejurus kemudian persatuan-persatuan bola tampar telah ditubuhkan di

Czechoslovakia, Poland, Rusia, Jepun dan Filipna. Perancis, Itali dan Belgium masing-

masing telah menubuhkan persatuan bola tampar pada tahun 1936, 1945 dan 1946. Pada

tahun 1947, Federation Internationale de Volleyball (FTVB), persatuan rasmi bola tampar

dunia ditubuhkan. Selepas penubuhan FTVB, undang-undang permainan yang berasaskan

undang-undang Amerika Syarikat telah dikemaskini dan diselaraskan. Pada masa ini FTVB

mempunyai sejumlah 175 anggota persatuan kebangsaan, termasuk Malaysia.

Selepas FTVB ditubuhkan, banyak pertandingan antarabangsa dianjurkan. Pada

tahun 1948, Kejohanan Bola Tampar Eropah Pertama diadakan di Rom. Kejohanan Dunia

Pertama (bahagian lelaki) diadakan di Prague pada tahun 1949 dan Rusia telah muncul

sebagai johan. Kejohanan Dunia Kedua (untuk lelaki) dan pertama kali untuk wanita telah

diadakan di Paris dalam tahun 1951. Dalam Kejohanan Dunia Ketiga di Moscow pada tahun

Page 199: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

199 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

1952, ia telah menarik minat 60 000 penonton. Rusia menjuarai kedua-dua bahagian

tersebut.

Dalam tahun 1948, bola tampar telah dipertandingkan di dalam Sukan Olimpik ke-18

di Tokyo, Jepun. Rusia merupakan johan bahagian lelaki dan Jepun sebagai johan

bahagaian wanita. Dalam tahun 1965, bola tampar diterima secara rasmi sebagai permainan

Olimpik di Kongres Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa di Madrid. Berikutan ini bola

tampar terus dipertandingkan di dalam Sukan Olimpik di Mexico City (1984), Seoul (1988)

dan Barcelona (1992).

PERKEMBANGAN DI MALAYSIA

Permainan bola tampar diperkenalkan di Pulau Pinang dan Selangor dalam masa yang lebih

kurang sama, iaitu pada suku pertama abad ke-20. Di Pulau Pinang, permainan ini

diperkembangkan oleh pelajar-pelajar yang baru pulang dari Universiti Chi-Nan, Shanghai.

Pasukan Mekanik Pulau Pinang merupakan pasukan bola tampar yang pertama di Pulau

Pinang, ditubuhkan di sekitar 1926 hingga 1927. Dalam tahun 1927, pertandingan Liga Bola

Tampar Selangor dimulakan. Pertandingan ini melibatkan pasukan-pasukan dari Klang dan

Kuala Lumpur. Permainan ini bekembang dengan tertubuhnya Y.M.C.A. Tetapi pada masa-

masa berikutnya, perkembangan sukan bola tampar di Selangor tidak begitu jelas, dan tidak

banyak aktiviti yang dijalankan.

Dalam tahun 1932, Persatuan Bola Keranjang dan Bola Tampar Pulau Pinang

ditubuhkan. Beberapa kejohanan kemudiannya telah dianjurkan dan sukan bola tampar

menjadi popular seperti badminton dan bola keranjang khususnya di negeri ini. Dalam tahun

1935, pasukan bola tampar yang terdiri daripada orang-orang Cina Malaya telah menyertai

Kejohanan Sukan (Mini Olimpik) di seluruh Cina di Shanghai. Peryertaan pasukan ini telah

mendorong Persaturn Bola Keranjang dan Bola Tampar Pulau Pinang untuk

memperluaskan pekembangan sukan ini terutama di kalangan masyarakat Cina. Seterusnya

ia telah membawa kepada penubuhan Persatuan Bola Keranjang dan Bola Tampar Cina

Malaya pada tahun 1935. Persatuan ini telah mengadakan pertandingan antara negeri-

negeri dalam usaha untuk memperkembangkan sukan bola tampar. Pada bulan April 1937,

Kejohanan ini melibatkan behagian lelaki dan wanita. Singapura telah muncul sebagai

johan, sementara naib johan ialah Pulau Pinang.

Page 200: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

200 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Aktiviti sukan bola tampar tergendala semasa Perang Dunia Kedua, tetapi ia

dihidupkan kembali selepas perang. Walau bagaimanapun selepas kejohanan antara negeri

pada tahun 1951, kegiatan sukan ini terhenti sekali lagi tanpa sebarang pertandingan. Pada

tahun 1959, satu usaha untuk memupuk minat terhadap sukan ini dikaji oleh para

perwakilan Pulau Pinang, Perak dan Selangor dalam satu mesyuarat di Pulau Pinang. Hasil

pertemuan itu, Persatuan Bola Tampar Amatur Malaya ditubuhkan. Persatuan ini telah

menganjurkan kejohanan bola tampar kebangsaan (antara negeri) yang pertama pada

tahun 1960. Pada tahun 1962, persatuan ini telah bergabung dengan Persekutuan Bola

Tampar Dunia dan berikutnya telah menjadi ahli penuh dalam Majlis Olimpik Malaya. Pada

tahun 1966, persatuan ini telah menganjurkan kejohanan kebangsaan kedua di Bentong dan

bahagian wanita turut dipertandingkan.

Pada tahun 1962, buat pertama kalinya Malaya telah menyertai kejohanan peringkat

antarabangsa, iaitu di Sukan Asia Ke Empat di Jakarta. Pada tahun 1965, Malaysia telah

mengambil bahagian dalam Sukan SEA di Kuala Lumpur apabila sukan ini diperkenalkan.

Sehingga kini, sukan bola tampar tetap kekal sebagai salah satu acara sukan yang digemari

walaupun tahap penglibatan serta prestasinya belum mencapai tahap yang tinggi setanding

dengan beberapa sukan antarabangsa.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERMAINAN

1. Gelanggang Bola Tampar.

Gelanggang bola tampar berbentuk segi empat tempat berukuran 18 meter panjang dan

luasnya 9 meter (18m x 9m). Ia juga di kelilingi oleh ruang berukuran sekurang-kurangnya 3

meter lebarnya. Ruang ini dipanggil zon bebas. Ruang di atas gelanggang bola tampar

mesti bebas dari sebarang gangguan, sekurang-kurangnya 7m atas permukaan gelanggang

bola tampar.

a) Permukaan Gelanggang

Permukaan permainan mestilah rata, mendatar dan seragam. Ia mestilah tidak boleh

menyebabkan kecederaan kepada pemain. Pemain dilarang bermain di atas

kawasan permukaan yang kasar dan licin. Warna muda juga harus digunakan untuk

gelanggang bola tampar di dewan.

Page 201: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

201 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Untuk Pertandingan Rasmi dan Dunia FIVB, hanya permukaan kayu atau

bahan sintetik sahaja dibenarkan. Semua permukaan mestilah terlebih dahulu

diluluskan oleh FIVB. Untuk gelanggang dalam dewan, permukaan permainan

mestilah berwarna cerah.manakala Pertandingan Rasmi dan Dunia FIVB, warna

putih diperlukan untuk garisan. Warna lain yang berbeza di antara satu sama

lain,diperlukan untuk gelanggang permainan dan zon bebas. Bagi gelanggang

terbuka di luar, kecuraman 5 mm semeter dibenarkan untuk pengaliran air. Garisan

gelanggang yang diperbuat daripada bahan pejal adalah dilarang.

b) Garisan Gelanggang

Semua garisan adalah 5cm lebar. Ia mesti berwarna cerah dan lain warnanya

daripada lantai dan garisan-garisan lain. Garisan boleh dibahagikan kepada tiga

bahagian:

i. Garisan-garisan Sempadan

Gelanggang permainan ditanda oleh dua garisan tepi dan dua garisan

belakang. Kedua-dua garisan tepi dan garisan belakang ini adalah termasuk

di dalam ukuran gelanggang permainan.

ii. Garisan Tengah

Paksi garisan tengah membahagikan gelanggang permainan kepada dua

buah gelanggang yang sama ukuran 9m x 9m. Garisan ini terletak tepat di

bawah jaring dan memanjang dari garisan tepi ke garisan tepi.

iii. Garisan Serang

Pada setiap gelanggang, satu garisan serang di mana dilukis 3m dari paksi

garisan tengah, menandakan zon depan. Untuk Pertandingan Rasmi dan

Dunia FIV, garisan serang dipanjangkan dengan tambahan garisan putus-

putus dari garisan tepi,berukuran 15 cm lebar, dilukis 20 cm di antara satu

sama lain sepanjang 1.75 m.

c) Zon Dan Kawasan Permainan

i. Zon Depan

Pada setiap gelanggang, zon depannya dihadkan oleh paksi garisan tengah

dan belakang garisan serang.zon depan dianggap sebagai pemanjangan

menjangkaui garisan tepi hingga hujung zon bebas.

ii. Zon Servis

Zon servis adalah kawasan yang lebarnya 9 m di belakang setiap garisan

hujung. Ia dihadkan oleh dua garisan pendek setiap satu 15 cm panjang dan

Page 202: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

202 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

di lukis 20 cm ke belakang garisan hujung sebagai pemanjangan garisan tepi.

Kedua-dua garisan pendek ini adalah termasuk dalam lebar zon servis.

iii. Zon Penggantian

Zon penggantian dihadkan oleh jujuran kedua-dua garisan serang hingga ke

meja pencatat skor.

iv. Kawasan Memanaskan Badan

Untuk Pertandingan Rasmi dan Dunia FIVB, kawasan memanaskan badan

berukuran lebih kurang 3m x 3m, yang diletakkan pada kedua-dua penjuru

bersebelahan bangku di luar zon bebas.

v. Kawasan Penalti

Satu kawasan penalti, anggaran 1m x 1m siap dengan dua buah kerusi,

terletak dalam kawasan kawalan, di luar garis unjuran garisan belakang. Ia

dihadkan oleh garisan merah berukuran 5 cm.

Rajah 9.1: Lakaran gelanggang bola tampar

Penjaga garisan

Zon bebas berukuran 3 m lebar

Garisan serangan

Garisan belakang

Garisan tengah

Tinggi jaring 2.43

m G

a

r

i

s

a

n

t

e

p

i

18 m 3m

3m

Penjaga garisan

Zon servis

Page 203: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

203 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

2. Jaring Dan Tiang

Terletak tegak atas garisan tengah adalah sebidang jaring di mana bahagian atasnya

dipasangkan pada ketinggian 2.43 m untuk lelaki dan 2.24 m untuk wanita. Tingginya diukur

dari tengah gelanggang permainan. Tinggi jaring (pada kedua-dua garisan tepi) mestilah

sama dan tidak melebihi 2 cm daripada ukuran rasminya. Ketinggian rasmi untuk

pertandingan peringkat MSSM ialah:

Lelaki B-18 : 2.35 m

Lelaki B-15 : 2.25 m

Perempuan B-18 : 2.20 m

Perempuan B-15 : 2.15 m

L & P B-12 : 2.00 m

Penanda tepi terdiri daripada dua jalur putih diletakkan secara menegak pada jaring

dan diletak tegak atas setiap garis tepi. Ukurannya adalah 5 cm lebar dan 1 m panjang (5cm

x 1cm) adalah sebahagian daripada jaring. Antena pula diikat pada pinggir luar setiap

penanda tepi. Antena ialah satu ‘rod’ berukuran 1.8 m panjang dan berdiameter 10 mm,

diperbuat daripada fibreglass atau bahan yang serupanya. Antena itu terletak pada sebelah

jaring yang bertentangan. 80 cm bahagian atas antena menjangkaui di atas jaring dan

ditandakan dengan jalur berukuran 10 cm yang berlainan warna; merah dan putih

digalakkan untuk jalur-jalur itu. Kedua-dua antena adalah sebahagian daripada jaring dan

menghadkan ruang lintasan atas jaring.

Tiang

Tiang yang menunjang jaring diletak pada jarak 0.50-1.00m di luar garisan tepi. Ia

berukuran 2.55 m tinggi dan jenis mudah alih sekiranya boleh. Untuk Pertandingan Rasmi

dan Dunia FIVB, tiang yang menunjang jaring diletak pada jarak 1 m di luar garisan tepi

kecuali dipersetujui oleh FIVB. Tiang itu adalah membulat dan licin, dipasang ke atas lantai

tanpa sebarang kabel. Tidak seharusnya mempunyai sebarang penghalang yang

merbahaya.

Fikirkan mengapa gelanggang permainan sering menjadi salah satu aspek peraturan dan undang-undang dalam sesuatu permainan.

Page 204: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

204 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

3. Peraturan Asas Dalam Permainan Bola Tampar

a) Susunan giliran (rotation order)

Ini merupakan keunikan permainan bola tampar kerana kedudukan 6 orang pemain

yang berbeza dan bentuk giliran yang diamalkan. Kedudukan 6 pemain dalam satu

pasukan adalah seperti berikut;

Rajah 9.2: Lakaran susunan giliran

Susunan giliran setiap pasukan yang ditetapkan pada permulaan berbaris

haruslah kekal di sepanjang set permainan. Tiga pemain iaitu pemain 4 (posisi kiri),

pemain 3 (posisi tengah) dan, pemain 2 (posisi kanan) berada di sepanjang jaring

dikenali sebagai pemain depan. Manakala tiga pemain lain iaitu pemain 5 (posisi

kiri), pemain 6 (posisi tengah), dan pemain 1 (posisi kanan) merupakan pemain

belakang. Sebaik sahaj servis dilakukan, pemain dibenarkan bergerak bebas di

kawasan gelanggang sendiri dan zon bebas. Apabila pasukan menerima servis

mendapat hak untuk membuat servis, pemain akan berputar satu posisi mengikut

arah jam. Contohnya:

Pemain 4

Pemain 1 Pemain 6 Pemain 5

Pemain 2 Pemain 3

JARING

4 3 2

5 6 1

Pemain Belakang

Pemain Depan

Zon Servis

Page 205: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

205 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Pemain 2 akan bergerak ke posisi pemain 3, manakala pemain 3 akan bergerak ke

posisi pemain 4, begitulah seterusnya. Pemain 6 akan ke posisi 1 akan menjadi

pemain yang akan membuat servis.

Jikalau berlaku sesuatu kesalahan pada posisi atau giliran, kesalahan itu

akan didenda dengan kekalahan rali dan seterusnya kesalahan dibetulkan.

Kelazimannya kesalahan gikiran tersebut akan mudah dikesan oleh pengadil kedua

dan pencatat skor. Ini kerana di awal sebelum permainan bermula, pengadil dan

pencatat skor telah dimaklumkan senarai kedudukan pemain melalui borang rotation

slip yang telah disi dan ditandatanganii oleh pengurus dan ketua pasukan.

b) Bola dalam (ball in)

Bola adalah dalam apabila ia menyentuh lantai gelangang bermain, termasuk

garisan sempadannya.

c) Bola Keluar (Ball out)

Bola adalah keluar apabila:

Sebahagian bola yang menyentuh lantai adalah di luar garisan sempadan

gelanggang.

Ia menyentuh sesuatu bahan atau objek, di luar gelanggang, siling, atau orang

diluar gelanggang.

Ia menyentuh antenna, tali, tiang atau bahagian jaring yang berada di luar

antenna atau penjuru tepi.

Ia berjaya melintasi satah tegak jaring (vertical plane of the net) dengan

keseluruhan atau sebahagian bola berada di luar ruang gelanggang.

d) Semasa Memainkan Bola (Playing the ball)

Setiap pasukan berhak melakukan tiga pukulan maksimum untuk mengembalikan

bola melintasi jaring. Pukulan pasukan termasuk pukulan sengaja oleh pemain dan

sentuhan bola secara tidak sengaja. Seorang pemain dilarang memukul bola dua kali

berturut-turut, kecuali semasa menghadang (blocking). Sentuhan menghadang tidak

diambilkira sebagai satu pukulan pasukan. Selepas sesuatu sentuhan hadangan,

pasukan itu berhak melakukan tiga pukulan untuk mengembalikan bola kepada

pihak lawan sebagai serangan balas.

Page 206: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

206 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

e) Sentuhan Serentak

Dua atau tiga pemain boleh menyentuh bola serentak. Apabila dua pemain dari

pasukan yang sama menyentuh bola serentak, ia akan diambilkira sebagai dua satu

pukulan kecuali menghadang. Namun jika pukulan serentak dua atau tiga pemain

tadi, hanya seorang pemain yang menyentuhnya, maka ia dikira satu sentuhan atau

pukulan sahaja.

Untuk sentuhan serentak olek kedua-dua pasukan di atas jaring dan bola

masih kekal dalam gelanggang bermain, pasukan yang menerima bola berhak

membuat tiga pukulan lagi. Manakala jika sentuhan serentak oleh kedua-dua

pasukan dan mengakibatkan bola pegang (held ball), maka ia dikenali sebagai

kesalahan serentak dan rali itu dimainkan semula.

f) Kesalahan Semasa Bermain Bola

Pemain dilarang sama sekali memainkan bola seperti berikut:

Empat sentuhan - Sesuatu pasukan memukul bola empat kali sebelum

mengembalikan bola kepada pihak lawan.

Pukulan larang (irregular hit) - Bola menyentuh bahagian di bawah lutut pemain.

Pukulan terbantu (assited ball) - Pemain yang menerima bantuan daripada rakan

pasukan atau sebarang objek agar dapat mencapai bola dalam kawasan

bermain.

Bola pegang (held ball) - Pemain tidak memukul bola dengan betul iaitu bola

dipegang, diangkat, dibawa atau dilontar.

Dua sentuhan (double contact) - Pemain memukul bola dua kali berturut-turut

atau bola menyentuh beberapa bahagian badannya secara berturutan.

g) Kesalahan Bermain di Jaring

Pemain dilarang bermain di jaring seperti situasi berikut:

i. Pemain menyentuh bola atau pihak lawan dalam ruang lawan sebelum

atau semasa pukulan serangan pihak lawannya.

ii. Pemain masuk ke ruang lawan di bawah jaring dan mengganggu pihak

lawan.

iii. Pemain masuk gelanggang lawan.

iv. Pemain menyentuh jaring.

Page 207: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

207 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

h) Servis pertama bagi sesuatu set

Servis pertama untuk set satu dan lima dilakukan oleh pasukan yang ditentukan oleh

lambungan duit (toss coin). Set-set lain akan dimulakan dengan servis oleh pasukan

yang tidak melakukan servis dahulu dalam set yang sebelumnya. Semasa

lambungan duit tersebut, pasukan yang menang akan membuat keputusan untuk

sama ada memilih servis, receiving, atau gelanggang.

Peraturan melakukan servis adalah seperti berikut:

i. Pembuat servis diberikan masa selama 5 saat untuk membuat servis

selepas wisel dibunyikan oleh pengadil pertama.

ii. Servis tanpa kebenaran wisel pengadil akan dibatalkan dan diulangi

semula.

iii. Bola akan dipukul dengan sebelah tangan atau sebarang bahagian

lengan selepas bola dilambungkan atau dilepaskan dan sebelum bola

itu menyentuh permukaan bermain.

iv. Semasa pukulan servis atau melonjak bagi servis melompat, pembuat

servis dilarang menyentuh gelangang (termasuk garisan belakang) atau

lantai di luar zon servis. Selepas pukulannya, dia boleh memijak atau

mendarat di luar zon servis atau di dalam gelanggang.

Kesalahan servis adalah seperti berikut:

i. Melangar susunan servis

ii. Tidak melakukan servis dengan betul

iii. Melanggar peraturan percubaan membuat servis.

i) Kesalahan Pukulan Serang

Beberapa kesalahan pukulan serangan (attack-hit fault) adalah seperti berikut:

i. Pemain memukul bola dari ruang dalam bermain pihak lawan.

ii. Pemain memukul bola keluar.

iii. Pemain barisan belakang melengkapkan pukulan serangan dari zon

depan dan keseluruhan bola itu berada di atas paras atas jaring semaa

pukulan dibuat.

iv. Pemain melengkapkan sesuatu pukulan serangan ke atas servis lawan

apabila keseluruhan bola itu berada di zon depan dan di atas paras

jaring.

Page 208: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

208 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

j) Kesalahan Menghadang

Berikut adalah contoh kesalahan semasa membuat hadangan:

i. Penghadang menyentuh bola dalam ruang lawan sama ada sebelum

atau serentak dengan pukulan serangan lawan.

ii. Bola menyentuh penghadang pada bawah lututnya,

iii. Menghadang bola dalam ruang lawan dari luar antenna.

iv. Menghadang bola servis pihak lawan.

v. Bola dihantar keluar melalui hadangan.

k) Jarak waktu (intervals)

Semua jarak waktu antara set termasuk set keempat dan kelima adalah selama 3

minit. Dalam tempoh itu, pertukaran gelanggang dan pendaftaran barisan pasukan di

borang skor dilakukan.

PERALATAN PERMAINAN BOLA TAMPAR

Peralatan pemain terdiri daripada bola, jersi, seluar pendek dan kasut sukan. Jersi dan

seluar pendek mestilah seragam, bersih dan sama warna. Kasut mestilah ringan dan mudah

lentur dengan tapak getah atau kulit tanpa tumit. Jersi pemain-pemain mestilah benombor 1

hingga 18. nombor-nombor tersebut mestilah diletakkan di tengah bahagian hadapan dan

belakang jersi. Warna nombor mestilah berbeza daripada warna jersi.

Bola hendaklah berbentuk sfera, diperbuat daripada satu lapisan kulit atau kulit

sintetik yang fleksibel dengan satu pundi dalamannya diperbuat daripada getah atau bahan

yang sama. Warnanya boleh seragam dan cerah atau kombinasi warna-warni. Lilitannya

adalah 65-67 cm dan jisimnya 260-280 g. tekanan udara ialah 0.30-0.325 kg/cm2 . Semua

bola yang digunakan dalam satu-satu perlawanan mesti mempunyai taraf yang sama dari

segi lilitan, berat, tekanan udara,dan jenis warna. Pertandingan Rasmi dan Dunia FIVB

Bincangkan dalam forum anda tentang kesalahan yang biasa

dilakukan dalam permainan bola tampar

Page 209: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

209 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

termasuk Kejohanan Kebangsaan atau Liga mesti menggunakan bola kelulusan FIVB

kecuali dengan persetujuan FIVB.

Rajah 9.3: Contoh bola tampar

ASPEK KESELAMATAN DALAM PERMAINAN BOLA TAMPAR

Corak permainan bola tampar agak berbeza dengan permainan lain. Ini kerana permainan

bola tampar ini menggunakan kemahiran seperti menyangga,mengumpan, merejam dan

mengadang yang banyak menggunakan pergerakkan seluruh badan. Sasaran permainan

bola tampar ini ialah untuk menjatuhkan bola di kawasan atau gelanggang pihak lawan utuk

kiraan mata. Kedua-dua pasukan ini akan dipisahkan oleh jaring dan tidak dibenarkan

masuk ke dalam kawasan pihak lawan ataupun menyentuh jaring. Setiap pemain

dibenarkan melakukan servis atau memulakan permainan di belakang garisan gelanggang

sebanyak tiga kali tetapi tidak dibenarkan memainkan bola sebanyak dua kali secara

berterusan.

Memandangkan permainan bola tampar ini melibatkan pergerakan seluruh anggota

badan dan memerlukan pergerakan yang pantas dan cepat maka setiap pemainnya akan

terdedah dengan pelbagai kecederaan serius yang memberi kesan pada anggota badan.

Hal ini kerana, dalam permainan bola tampar ini pemain-pemainnya mestilah bertindak

dengan cepat seperti berlari, meniarap, melompat, menanduk, menahan, menumbuk,

menampar dan menjatuhkan diri untuk mendapatkan bola daripada terjatuh ke permukaan

gelanggang. Pergerakan seperti inilah yang akan memberi impak yang mendalam kepada

beberapa anggota badan seperti lutut, kaki, tangan, tapak tangan, bahu, pergelangan

tangan dan pergelangan kaki pemain.

Page 210: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

210 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Biasanya, pemain bola tampar ini mengalami kecederaan ketika sedang mambuat

smesy, servis dan sebagainya. Pemain juga berkemungkinan menampar bola dengan

sebelah tangan dan kadang-kadang memaksa pemain meniarap untuk menampar bola

tersebut yang boleh memberi kecederaan pada bahagian lutut dan juga pergelangan

tangan. Selain itu, untuk menahan bola pihak lawan dengan mengangkat tangan setinggi

yang boleh untuk menampar atau menahan bola daripada jatuh ke kawasan mereka juga

boleh menyebabkan kecederaan pada bahagian jari dan pergelangan tangan. Keadaan

seperti melompat dan mendarat ketika melakukan smesy juga boleh menyebabkan kaki

terseliuh. Selain itu, faktor terkena pukulan yang kuat dari pihak lawan juga boleh

mendatangkan kecederaan kepada tangan dan muka pemain.

Lokasi kecederaan dalam permainan bola tampar:

a) Sprained ankle.

b) Achilles tendonitis.

c) Achilles tendon rupture.

d) Shin soreness.

e) Stress fracture of the lower leg.

f) Knee ligament and cartilage damage.

g) Patella tendon injury / jumper’s knee.

h) Abrasions to elbow and knees.

i) Injuries to hands and fingers.

j) Shoulder injuries.

k) Bruising of the arms.

Bincangkan dalam forum anda tentang aspek keselamatan dalam

sukan bola tampar.

Page 211: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

211 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

KEMAHIRAN ASAS BOLA TAMPAR

1. Pergerakan dan Postur

Pergerakan adalah asas permainan bola tampar. Setiap pemain harus sentiasa bergerak

mengikut situasi semasa permainan; bergerak untuk memainkan bola, bergerak untuk

melindungi rakan sepasukan atau bergerak sebagai persediaan untuk fasa permainan yang

seterusnya. Permainan bermutu tinggi ditentukan oleh kebolehan dan keupayaan pemain

melakukan pergerakan yang tinggi dan berbagai-bagai. Terdapat tiga jenis pergerakan asas

seperti berikut:

a) Pergerakan kaki ke hadapan (forward footwork).

b) Pergerakan kaki sisi (side footwork).

c) Pergerakan kaki ke belakang (backward footwork).

Pergerakan seseorang pemain ditentukan oleh jarak dan masa. Langkah sisi digunakan

untuk jarak dekat dan dalam situasi yang mempunyai masa yang mencukupi; langkah silang

digunakan untuk jarak lebih jauh dan dengan masa yang lebih singkat, manakala langkah

berlari digunakan untuk jarak yang jauh dan masa yang singkat. Dalam semua pergerakan,

mata mestilah ditumpukan pada bola.

Kedudukan sedia sebelum bergerak adalah seperti berikut:

a) Kedua-dua kaki pada kedudukan yang direnggangkan lebih luas dari bidang bahu

dengan satu kaki ke hadapan.

b) Berat badan hendaklah pada bebola tapak kaki dengan lutut ke arah dalam.

c) Sentiasa bengkokkan lutut.

d) Belakang badan hendaklah lurus selesa.

e) Tangan bebas di atas aras lutut.

f) Tapak kaki sentiasa bergerak sebelum bergerak.

Salah satu asas kejayaan dalam sukan ialah untuk mengetahui dan memahami pola

pergerakan di dalam aktiviti berkenaan. Pergerakan dan kemahiran dalam bola tampar

biasanya dilakukan dalam tiga postur badan, iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Postur

tinggi digunakan semasa melompat untuk merejam bola, mengadang bola pukulan atau

hantaran lawan dan membuat hantaran atas. Postur sederhana adalah untuk membuat

Page 212: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

212 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

servis, hantaran atas dan bawah. Postur rendah digunakan semasa membuat diving dan

guling di gelanggang.

Melakukan suatu kemahiran dengan postur yang salah akan menyebabkan

ketidakcekapan dan mengurangkan keberkesanannya. Dalam kes-kes tertentu ia

menyebabkan kecederaan. Pemain seharusnya berlatih pola pergerakan sehingga akhirnya

ia menjadi reaksi automatik. Di samping itu, pemain harus menguasai pola pergerakan untuk

menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dalam bola tampar.

Dalam melakukan pergerakan, perkara berikut harus dititikberatkan.

a) Semasa melakukan sesuatu kemahiran, pemain mesti mempunyai postur yang betul

iaitu sama ada postur tinggi, sederhana ataupun rendah.

b) Pemain harus bergerak ke tempat perlakuan, iaitu dengan pergerakan langkah

silang, langkah sisi atau langkah ke hadapan atau berlari.

c) Pemain mesti tiba di tempat perlakuan dengan cepat untuk menyediakan postur

sebelum melakukan sesuatu kemahiran.

d) Selepas perlakuan kemahiran, pemain seharusnya kembali pada kedudukan

bersedia.

Rajah 9.4: Tiga jenis postur badan semasa pergerakan

Sederhana Tinggi

Rendah

Hasilkan satu rancangan latihan kemahiran asas bola tampar. Anda

boleh memilih salah satu daripada kemahiran yang terdapat dalam

modul ini.

Page 213: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

213 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

2. Merejam

Kemahiran merejam digunakan oleh pasukan serangan untuk mendapatkan mata atau

skor. Ia adalah bola yang dihantar dengan membuat smesy ke bawah gelanggang pihak

lawan. Perejam berdiri dekat jaring, menghadap arah dari mana bola akan tiba. Semasa

bola mula menurun, perejam melompat tinggi ke udara dan menghayun tangan kanan atau

kiri ke atas untuk memukul bola ke bawah ke dalam gelanggang pihak lawan.

Kemahiran merejam bukan ciptaan Amerika Syarikat walaupun permainan ini berasal

dari negara tersebut. Kemunculannya boleh dikesan pada suatu pertandingan bola tampar

yang diadakan di Manila. Sebuah pasukan orang asli menarik perhatian orang ramai dengan

menaikkan bola tinggi ke udara, dekat dengan jaring sementara seorang pemain orang asli

dari tengah gelanggang, menghentam bola ke bawah. Pada masa itu tiada sesiapa pun

boleh menahan serangan tersebut, begitu juga tidak terdapat dalam sebarang peraturan

yang menghalang penggunaan kaedah ini untuk membuat rejaman. Justeru, kemahiran ,

merejam dihasilkan dan diaplikasikan dalam variasi kemahiran serangan. Kemahiran

merejam boleh dilakukan dengan beberapa cara iaitu kuisan, rejaman perlahan dan rejaman

kuat.

Fasa kemahiran merejam:

a) Fasa persediaan:

Tunggu di garis serangan.

Perhatikan pengumpan.

Mata melihat bola selepas mengumpan.

Berat badan ke hadapan.

Bersedia mendekati jaring.

b) Fasa perlaksanaan:

Mula mendekati jaring apabila bola berada di point terakhir.

Kurangkan jarak dengan beberapa langkah.

Dua langkah ahir ke kanan, rapat ke kiri atau melangkah untuk melompat.

Lengan dihayunkan ke belakang ke paras pinggang.

Kedua-dua lengan menghayun ke hadapan.

Kedua-dua lengan menghayun tinggi ke arah bola.

Sentuh bola di hadapan bahu yang memukul.

Sentuh dengan hujung dua jari yang digabungkan.

Page 214: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

214 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Sentuh bahagian bawah setengah bola.

Sentuh dengan lengan yang lurus.

c) Fasa ikut lajak:

Tangan mengikut bola ke sasaran.

Mendarat ke atas kedua-dua kaki.

Bengkokkan lutut untuk meresap tekanan mendarat.

Rajah 9.5: fasa kemahiran merejam

Dalam permainan bola tampar, terdapat beberapa variasi rejam seperti berikut:

a) Rejam dari Belakang Gelanggang (Back Court Spike)

b) Rejam Bersilang (Cross Body Spike)

c) Rejam Roudhouse

i. Lengan merejam diturunkan.

ii. Memutar badan jauh dari jaring.

iii.Menurunkan lengan bukan merejam.

iv.Lengan merejam untuk merejam bola.

v. Kaki dan badan ke depan serta merta (snap forward)

d) Rejam Pukulan Tinggi

e) Rejam Dink

3. Kemahiran Menyelamatkan Bola

Dalam beberapa situasi di mana hantaran bawah tidak dapat digunakan ataupun bola

dihantar ke tempat yang sukar untuk diterima atau diselamatkan, maka kemahiran

Page 215: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

215 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

menyelamat bola diperlukan. Antara teknik yang boleh digunakan ialah terjun hadapan dan

guling sisi. Terjun hadapan biasanya digunakan oleh pemain lelaki yang sudah lama atau

sudah mahir dengan permainan bola tampar, manakala gulingan sisi pula digunakan oleh

pemain lelaki dan wanita yang baru atau belum mahir. Kedua-dua teknik menyelamatkan

bola ini dilakukan oleh pemain bola tampar.

a) Terjun Hadapan

i. Pemain berlari menuju ke arah bola. Pemain tangan kanan membuat terjunan

dengan kaki kiri di hadapan. Ini membolehkan tangan kanan dihulurkan ke jarak

yang paling jauh.

ii. Terjunan dibuat dan kedua-dua kaki ditendang ke belakang dan ke atas.

Belakang badan dilentikkan dan kepala diangkat. Bola disentuh di bahagian

belakang tapak tangan.

iii. Mendarat dengan kedua-dua tangan, sambil siku dibengkokkan untuk menyerap

berat badan.

iv. Tangan diangkat ke sisi dan pelunjuran dibuat dengan bahagian torso.

Rajah 9.6: Aksi menyelamatkan bola

b) Guling Sisi

i. Bersedia untuk menuju ke arah bola.

ii. Langkah yang luas digunakan unutk mendekati bola. Tangan dan kaki yang

sama digunakan.

Page 216: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

216 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

iii. Badan direndahkan untuk menyelamatkan bola. Bola disentuh di sekitar

pergelangan tangan atau bahagian dalam lengan atau bahagian atas tapak

tangan.

iv. Mendarat dengan sisi paha dan punggung. Lutut digerakkan ke arah dalam

supaya ia tidak menyentuh lantai.

v. Kedua-dua kaki ditarik ke arah badan.

vi. Membuat gulingan.

vii. Bersedia semula untuk permainan seterusnya.

Rajah 9.7: Aksi guling sisi

4. Servis

Servis merupakan suatu tindakan yang dibuat untuk memulakan permainan dengan bola

dari kawasan servis oleh seorang pemain, iaitu peservis. Ia juga merupakan salah satu

kemahiran terpenting untuk dikuasi oleh semua pemain. Servis bukan sahaja sebagai

pemula permainan, bahkan boleh dianggap sebagai faktor serangan yang berkuasa jika ia

digunakan dengan sebaiknya. Terdapat dua jenis servis yang asas iaitu Servis Bawah

Tangan (underhand) dan Servis Atas Kepala (overhead).

Servis adalah penting dalam permainan bola tampar. Berdasarkan peraturan bola

tampar, sesuatu pasukan mesti berada dalam kedudukan membuat servis supaya dapat

memperoleh mata. Pasukan yang mempunyai peservis yang mahir akan mempunyai

kelebihan untuk mendapat skor yang dan mengekalkan servis. Semasa peservis membuat

Page 217: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

217 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

servis dengan darjah tertentu, dia boleh memaksa lawannya bermain bola mengikut

kehendaknya. Setiap servis yang kuat boleh memaksa penerima yang lemah membuat

kesilapan seperti terlepas, membuat faul atau membuat hantaran lemah.

a) Servis Bawah Tangan

Servis bawah tangan ialah servis yang paling mudah untuk dilakukan. Ia adalah

tepat, konsisten, dan memerlukan sedikit daya upaya fizikal sahaja. Pemain yang

baru biasanya diajar membuat servis ini kerana dengan tepatnya mereka boleh

menghantar bola ke sasaran yang dikehendaki.

Fasa Servis Bawah Tangan:

Fasa Persediaan:

Kedudukan kaki terbuka.

Bola pada paras pinggang.

Bahu lurus pada jaring.

Mata pada bola.

Buka tangan pemukul.

Fasa Perlaksanaan:

Lengan dihayun ke belakang.

Berat badan dipindahkan ke belakang.

Lengan dihayun ke hadapan.

Berat badan dipindah ke hadapan.

Tangan yang memegang menjatuhkan bola.

Guna pangkal tangan yang dibuka.

Sentuh bola pada paras pinggang.

Sentuh bola di bawah tengah belakang bola.

Fasa Ikut Lajak:

Berat bdan pada kaki hadapan.

Lengan ke arah atas jaring.

Bergerak masuk ke dalam gelanggang.

Page 218: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

218 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

b) Servis Atas Kepala

Servis ini mudah dikuasai oleh ramai pemain. Ia lebih kuat (harder) dan berat

(heavier) berbanding servis bawah tangan. Kaedah–kaedah membuat servis atas

kepala adalah seperti berikut ;

Fasa Servis Atas Kepala

Fasa Persediaan:

Berdiri menghadap jaring, dengan kaki berjarak seluas bahu.

Kaki kiri di hadapan untuk peservis yang menggunakan tangan kanan.

Pegang bola dalam tangan lambungan (tossing hand) lebih kurang satu kaki ke sebelah kanan muka peservis yang menggunakan tangan kanan.

Menyokong bola dengan tangan servis (serving hand)

Fasa Perlaksanaan

Bola dilambung di hadapan bahu pemukul.

Bola dilambungkan rapat ke badan.

Lengan dihayun ke belakang dengan siku ditinggikan.

Tangan di telinga.

Sentuh dengan pangkal tangan terbuka.

Sentuh pada keluasan yang penuh.

Tindakan menjolok.

Fasa Ikut Lajak

Berat badan pada kaki hadapan.

Tiada ikutan lengan.

Bergerak ke dalam gelanggang.

5. Mengadang (Blocking)

Menghadang (blocking) merupakan kemahiran yang dilakukan sama ada seorang atau dua

orang pemain yang bertujuan untuk. Kemahiran ini merupakan satu kaedah menahan bola

dekat jaring. Pemain akan cuba menyekat bola sebaik sahaja pada posisi bola itu melintasi

jaring. Penghadangan yang menggunakan kedua-dua belah tangan adalah pertahanan

terbaik untuk menahan bola yang direjamkan. Terdapat dua jenis menghadang iaitu

menghadang tunggal dan menghadang berganda.

Page 219: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

219 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

a) Fasa-Fasa Adang Tunggal

Fasa persediaan:

Tunggu di jaring.

Lihat pengumpan lawan.

Tangan di paras bahu.

Selepas umpanan, mata tertumpu kepada penyerang lawan.

Tempatkan diri anda di hadapan tangan memukul perejam.

Fasa Perlaksanaan:

Lompat serta-merta setelah penyerang melompat.

Lengan mencapai atas jaring.

Tangan melintasi ke gelanggang lawan.

Bariskan setengah badan anda di depan bahagian sisi memukul lawan.

Undurkan tangan.

Mendarat atas kedua-dua kaki.

Fasa Ikut Lajak:

Bengkokkan lutut untuk melembutkan pendaratan.

Beralih daripada jaring.

Lihat bola.

b) Fasa-Fasa Adang Berganda

Fasa Persediaan:

Setelah umpanan, pengadang yang bergerak,

menumpukan perhatian kepada pemain yang

sedang membuat adangan.

Page 220: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

220 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Fasa Perlaksanaan

Kedua-dua pengadang melompat serentak.

Fasa Ikut Lajak

Semua pemain kembali ke kedudukan biasa.

6. Hantaran Bawah Tangan (Digging)

Ia juga dikenali sebagai hantaran menyangga atau dig. Hantaran jenis ini menggunakan

kedua belah tangan. Kegunaannya adalah untuk menerima servis, hantaran, dan serangan

pihak lawan. Kemahiran ini juga diaplikasikan apabila semasa bola berada terlalu dekat

lantai dan pemain tidak sempat mengambil posisi yang baik untuk menggunakan hantaran

atas kepala. Kemahiran dig juga digunakan sebagai teknik menahan, menyelamatkan

hantaran, dan mengawal bola. Fasa-fasa menyangga adalah seperti berikut:

Fasa Persediaan:

Tangan bersedia.

Kaki kuda-kuda selebar bahu.

Lutut bengkok.

Lengan selari dengan paha.

Belakang lurus.

Mata mengikut bola.

Fasa Perlaksanaan:

Kedua ibu jari selari.

Tumit pergelangan tapak tangan dirapatkan.

Capai ke arah bola.

Jatuhkan bahu rapat ke sasaran.

Luruskan badan ke bola.

Lakukan pergerakan ‘menjolok’ ke hadapan dan ke atas.

Cungkil pergelangan tangan atau bengkokkan siku untuk mendapatkan ketinggian yang baik.

Pergerakan pinggul ke hadapan.

Lihat bola menyentuh lengan.

Page 221: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

221 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Fasa Ikut Lajak:

Pelantar lengan diarahkan ke sasaran

Lengan tidak tinggi daripada bahu.

Pindahkan berat badan ke hadapan.

Mata mengikut bola ke sasaran.

Butir-butiran menyangga

a) Pastikan ibu-ibu jari sejajar dan tangan memanca jejari.

b) Kunci siku-siku dengan melurusklan lengan-lengan dan pergelangan tangan.

c) Kaki berjarak dengan sebelah kaki di depan dan bengkokkan lutut untuk menerima

hantaran.

d) Letakkan kaki luar ke hadapan dan memusing badan untuk menghadap sasaran.

e) Menolak ke atas dan terus melalui kaki dengan pergerakan bahu yang minimum.

f) Elakkan daripada mengayun lengan ke bola.

g) Pastikan tapak pemukul (platform ) adalah stabil.

h) Kendurkan bahagian atas tubuh badan dan hantar bola tinggi.

Variasi menyangga

a) Persediaan kedudukan asas

b) Hantaran bawah tangan arah sisian (lateral movement)

c) Junam dan tangkap (dive and catch)

d) Junam dan luncur (dive and slide)

e) Junam dan pusing (dive and turn)

f) Berguling

7. Hantaran Depan (Forearm Pass)

Kemahiran asas bola tampar yang perlu dipelajari ialah hantar depan. Kemahiran ini juga

dikenali sebagai hantaran bawah atau 'bump'. Biasanya ini adalah kemahiran pertama yang

mesti dilaksanakan oleh pasukan anda jika anda belum dipililh untuk memulakan servis.

Hantaran ini digunakan untuk menerima servis, menerima rejaman dan memainkan bola

pada paras pinggang, ke bawah dan di jaring.

Walaupun hantaran depan selalu digunakan, adalah lebih baik anda mengawal

hantaran dengan mengenakan hantaran atas kepala. Dengan itu, jika boleh hantaran atas

Page 222: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

222 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

kepala menjadi pilihan utama. Walau bagaimanapun, sebarang bola laju, seperti servis atau

rejaman, mestilah selalu diterima dengan hantaran depan kerana tangan yang terbuka tidak

cukup kuat untuk menerima bola yang dipukul kuat. Hantaran depan selalu digunakan untuk

menghantar terus kepada rakan pasukan. Ini adalah penting untuk menyerap hentakan bola

pukulan kuat serta menghantar bola cara ini boleh membantu rakan sepasukan

melaksanakan hantaran atas atau umpanan dalam permainan berikutnya.

Jika anda ingin pasukan anda berjaya, hantaran depan mestilah dilaksanakan

sepenuhnya bila menerima bola daripada pihak lawan. Apabila anda melakukan serangan

balas, hantaran depan yang tepat amat penting. Untuk melakukan hantaran depan pastikan

anda:

a) menghampiri bola

b) tetapkan posisi anda

c) membuat sentuhan, dan

d) tumpuan kepada bola ke arah sasaran.

Semasa melakukan balingan lengan hadapan; tangan anda mestilah digabungkan bersama;

ibu jari mestilah selari. Siku berpusing ke dalam. Dengan itu, bahagian lengan yang lembut

- lurus menghadap siling. Lengan anda selari dengan paha, jauhkan daripada badan. Anda

mesti cuba meletakkan badan anda di belakang bola, serapkan daya, dan hantar bola terus

kepada sasaran dengan menggunakan badan, melalui kaki yang diluruskan semasa

menyentuh bola.

Fasa Hantaran Depan:

Fasa Persediaan

Tangan mesti ditemukan.

Kedudukan kaki terbuka ke hadapan dan ke belakang.

Kaki selebar bahu.

Lutut dibengkokkan.

Lengan hadapan selari dengan paha.

Belakang lurus.

Mata pada bola.

Page 223: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

223 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Fasa Perlaksanaan

lbu jari selari.

Tumit tapak tangan ditemukan.

Terima bola pada tepi kiri badan.

Kaki dilunjurkan sedikit.

Pergerakan "menjolok" ke hadapan dan ke atas.

Platform condong ke arah hadapan.

Pinggul ke bawah dan ke hadapan.

Perhatikan bola menyentuh tangan.

Fasa Ikut Lajak

Tangan tetap ditemukan.

Platform mengikuti bola ke sasaran.

Tangan tidak tinggi lebih daripada bahu.

Pindahkan berat badan ke hadapan.

Mata rnengikut bola ke sasaran.

8. Hantaran Atas

Kemahiran hantaran atas membolehkan anda mengawal bola dengan kecekapan yang

salngat baik. Anda menggunakan tangan atas untuk menggerakkan bola kepada rakan

sepasukan dan jarang sekali digunakan untuk mengembalikan bola ke pihak lawan.

Hantaran dilaksanakan buat sementara oleh pengumpan untuk menghantar bola itu kepada

penyerang tetapi ia mungkin digunakan oleh pemain untuk memenuhi tugas itu. Anda

mestilah boleh melaksanakan kemahiran sama ada di hadapan atau di belakang tanpa

mengubahcara penghantaran.

Hantaran atas biasanya berlaku untuk pukulan bola kedua dalam tiga peringkat

serangan. Dalam kebanyakan keadaan serangan, seorang pemain dilantik sebagai

pengumpan dan melaksanakan pukulan kedua atau set. Orang ini mestilah penghantar atas

yang terbaik bagi satu-satu pasukan. Hantaran atas boleh digunakan oleh pemain ketika

menerima sebarang bola tinggi lebih daripada paras bahu dan dating ke arah pemain

dengan laju. Anda mestilah menggunakan hantaran atas bila perlu. Jangan biarkan bola

jatuh ke paras hantaran depan, kerana hantaran atas adalah cara yang paling berkesan

untuk mengendalikan bola.

Untuk melkasanakan hantaran atas, kedudukan sedia ialah menggerakkan langkah,

kaki dan bahu dijarakkan, lutut bengkok dan tangan diangkat ke hadapan dahi pada jarak

lebih kurang15-20 cm. Ibu jari menghala ke mata. Bentuk ‘tingkap’ dengan ibu jari dan jari

Page 224: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

224 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

telunjuk dalam sebegitu rupa jari-jari adalah dua kali jaraknya daripada ibu jari. Lihat bola

melalui tingkap ini. Adalah sangat penting, bahu diletakkan tegak menghala ke sasaran.

Apabila bola menyentuh tangan, tangan hendaklah membentuk mengikut bola dengan

hanya dua gabungan tangan dan ibu jari menyentuh bola. Apabila bola menyentuh tangan,

lunjurkan tangan dan kaki, pindahkan berat badan mengikut arah hantaran.

Fasa-Fasa Hantaran Atas:

Fasa Persediaan:

Kedudukan bersedia.

Lutut dan punggung dibengkokkan.

Bahu tegak ke sasaran.

Tangan di hadapan dahi.

Membentuk ‘tingkap’.

Lihat bola melalui tingkap.

Fasa Perlaksanaan:

Bentuk tangan mengikut bentuk bola.

Sentuh bahagian bawah bola.

Sentuh bola dengan bahagian atas temuan jari.

Luruskan tangan dan jari.

Tangan menghala ke sasaran.

Fasa Ikut Lajak:

Tangan dan lengan lurus ke sasaran.

Pindahkan berat badan ke sasaran

Bergerak ke arah bola.

Hasilkan satu (1) Rancangan Pengajaran harian bagi mana-mana

kemahiran bola tampar dengan menggunakan pedekatan kaedah

TGgU.

Page 225: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

225 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

PENILAIAN KENDIRI

1. Nyatakan dengan ringkas sejarah bola tampar di Malaysia.

2. Senaraikan kemahiran yang terdapat dalam permainan bola tampar.

3. Lakarkan sebuah gelanggang bola tampar dan letakkan posisi pemain.

4. Apakah ciri-ciri yang menyebabkan bola keluar dalam permainan bola tampar?

5. Nyatakan kesalahan yang sering berlaku ketika bermain di jaring.

6. Huraikan bagaimana kemahiran rejaman dilakukan.

RUJUKAN

Wee, Eng Hoe (1996). Bola tampar. Shah Alam: Fajar Bakti Junaidah Salehudin (Ed) (2009). Bola tampar. 2nd ed. Selangor: Karisma Publications Kenny, B. & Gregory, C. (2008). Bola tampar meniti tangga kejayaan. (Tam Lye Suan).

Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, 2008.

USA Volleyball. (2009). Volleyball systems & strategies. Champaign, IL: Human Kinetics. American Sport Education Program. (2007). Coaching youth volleyball. 4th ed. Champaign,

IL: Human Kinetics.

Page 226: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

226 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

UNIT 10

SEPAK TAKRAW

HASIL PEMBELAJARAN

1. Melakukan sekurang-kurangnya lima kemahiran asas takraw dengan teknik yang betul

dan selamat.

2. Menyenaraikan kesalahan teknik lakuan kemahiran dalam permainan takraw.

3. Menyatakan peraturan dan undang-undang asas dalam permainan takraw.

4. Menyatakan strategi asas dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran takraw.

PENGENALAN

Permainan sepak takraw berasal daripada permainan sepak raga. Permainan ini amat

menarik kepada penggemarnya kerana sukan ini mempunyai tarikan yang tersendiri

sehingga menjadi satu kegilaan bagi peminat sukan ini dengan aksi libasan dan akrobatik

yang merbahaya. Permainan ini digemari oleh semua peringkat umur tidak kira kanak-

kanak, remaja dan orang dewasa kerana aksi permain yang ditunjukkan menyebabkan

orang ramai ingin mencubanya. Permainan ini juga telah diajar di peringkat sekolah rendah

dan menengah di negara ini.

SEJARAH PERKEMBANGAN SEPAK TAKRAW

Sukan sepak takraw tidak mempunyai rekod sejarah bertulis bagi menerangkan atau

membuktikan permulaannya. Tambahan pula sepak takraw hanya dimainkan di negara Asia

Tenggara. Cuma baru bebeapa tahun kebelakangan ini ia dimainkan di negara lain

termasuk di luar Asia. Oleh yang demikian tidak ada sebarang catatan sama ada dalam

buku atau majalah di dunia tentang sepak takraw.

Berdasarkan buku sejarah seperti Sejarah Melayu, A History of Pahang tulisan W.

Linehan (1973) dan buku Sejarah Pahang tulisan Haji Buyong Adil didapati bahawa sudah

terdapat sejenis permianan yang menggunakan bola rotan dimainkan pada zaman

kesultanan Melaka. Permainan ini disebut sepak raga dan popular di kalangan remaja

Page 227: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

227 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

zaman itu, termasuk golongan istana. Ia sering pula dimainkan sebagai pertunjukkan dalam

acara keramaian. Adakalanya sepak raga bulatan ini dipertandingkan. Dalam buku Sejarah

Melayu ada disebut mengenai permainan ini. Anak Bendahara Paduka Raja, iaitu Tun Besar

telah mati dibunuh oleh Raja Muhammad anak kepada Sultan Mansor Shah kerana bola

raga sepakan Tun Besar terkena destar Raja Muhammad sehingga destar itu terjatuh ke

tanah. Ketika itu Tun Besar sedang bermain sepak raga bersama-sama rakannya di sebuah

halaman. Sedang mereka asyik bermain, datanglah Raja Muhammad lalu membunuh Tun

Besar hingga mati. Berdasarkan kisah tersebut, terbukti bahawa sepak takraw berasal dari

negara kita dan merupakan salah satu permainan tertua di dunia. Ia juga adalah

peninggalan nenek moyang yang kini lebih merupakan salah satu permainan popular di sini.

Pada zaman dahulu, sepak raga atau sepak raga bulatan dimainkan di suatu

kawasan lapang. Caranya ialah dengan menyepak atau menanduk bola raga ke udara

bergilir-gilir di antara ahli-ahli dalam satu-satu pasukan yang biasanya terdiri daripada enam

orang atau lebih. Pertamanya, setiap ahli dalam pasukan akan membentuk bulatan.

Seorang pemain akan memulakan permainan dengan mencampakkan bola raga kepada

seorang pemain lain. Pemian itu akan menyepak sebelum memberikan bola itu kepada

pemain lain. Sepakan dibuat dengan menggunakan bahagian dalam kaki.

Setiap sepakan akan dihitung. Selain menyepak, mereka boleh juga menanduk,

membahu, menggunakan paha, belakang dan apa sahaja anggotan badan kecuali tangan.

Matlamat permainan ialah mengekalkan bola raga di udara. Tiada masa dihadkan untuk

satu-satu permainan. Setiap kali bola disepak atau ditanduk akan dikira dan mana-mana

pasukan yang memperolehi mata terbanyak dikira pemenang. Untuk bermain sepak raga,

pemain akan memakai pakaian Melayu lengkap dengan destar atau kain kepala, tetapi

hanya memakai selipar atau sekadar berkaki ayam. Ada juga yang hanya memakai sarung

dengan berbaju atau bersinglet sahaja. Yang penting setiap pakaian itu tidak menganggu

pergerakan mereka semasa bermain.

Rajah 10.1: Perbezaan sepak raga dahulu dan sekarang

Page 228: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

228 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Permainan sepak raga (Jaring/Tuju/Takraw) ialah suatu jenis permainan Melayu Asli

yang digubal cara permainannya menurut peredaran zaman dimainkan diantara dua pihak

yang mengandungi enam orang pemain. Pemainan yang dicipta di Tanah Melayu pada akhir

tahun 1945 setelah tamat Perang Dunia Kedua telah menjadi suatu permainan yang sangat

popular dikalangan rakyat Malaysia sama ada di Bandar atau Desa. Meskipun dikenali

dengan sebagai permainan sepak raga dan penglibatan pihak-pihak tertentu dengan

menokok tambah permainan ini menjadi lebih menarik. Maka lahirlah permainan sepak raga

tuju jaring iaitu campuran sepak raga dan sepak takraw yang memerlukan kemahiran yang

tinggi semasa bermain.

Sepak raga jaring diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1945. Dalam

permainan versi baru ini cara permainannya diubahsuai dan dimainkan oleh enam orang

pemain dengan tiga orang sepasukan. Pada peringkat awalnya, tiada peraturan khusus,

hanya ubdang-undang mulut sahaja digunakan. Walau bagaimanapun, pengaruh sukan

badminton ketika itu telah merubah corak permainan sepak raga kepada permainan yang

lebih teratur. Peraturan awal diperkenalkan. Beberapa orang penduduk Pulau Pinang telah

berusaha menubuhkan sebuah badan pada peringkat negeri serta persekutuan bagi

menggubal segala peraturan dan undang-undangnya. Antara peraturan baru ini, sepak raga

dimainkan dalam satu gelanggang yang direntang dengan jaring.

Tiga orang pemain yang merupakan pelopor permainan sepak raga jaring ini ialah

Encik Mohamad Abdul Rahman, Encik Abdul Hamid Mydin dan Encik Yaacob Sayyed.

Bersama beberapa orang pemain lagi mereka mengadakan permainan pertunjukkan di

Gelanggang Hospital Haiwan, Jalan Patani, Pulau Pinang. Perlawanan itu ialah antara

pasukan Jalan Hutton dengan pasukan Jalan Patani. Permainan ini mendapat sambutan

meriah walaupun banyak yang menganggapnya ganjil. Mulai saat itu, berkembanglah

permainan sepak raga jaring ke beberapa tempat di Pulau Pinang. Pada 16 Mei 1946,

pertandingan sepak raga jaring pertama diadakan, iaitu di antara pasukan Jalan Hutton

bersama pasukan Jalan Patani dengan pasukan Sungai Pinang bagi merebut hadiah

daripada Tuan Nyak Din bin Nyak Sham (Allahyarham). Pasukan Jalan Hutton menjadi

johan. Tidak lama kemudian, satu pertandingan untuk semua pasukan di Pulau Pinang

diadakan. Sebanyak 36 regu atau pasukan turut mengambil bahagian untuk merebut Piala

Tuan S.M. Idid. Setelah mendapat sambutan yang menggalakkan di Pulau Pinang, sepak

raga jaring diperkenalkan pula ke negeri-negeri lain.

Perlawanan antara negeri pertama diadakan pada bulan November 1946, di antara

Pulau Pinang dengan Kedah. Ini diikuti pula dengan permainan antara Pulau Pinang dengan

Page 229: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

229 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Selangor pada bulan Disember tahun yang sama. Di antara pemain yang turut

mempopularkan permainan ini dari Pulau Pinang ke negeri lain ialah Allahyarham P.Ramlee

yang mempunyai pasukannya sendiri. Apabila beliau berhijrah ke Singapura, beliau

memperkenalkannya kepada rakan seperjuangannya di sana.

Permainan sepak raga jaring ini terus berkembang dari semasa ke semasa dan

sikapnya sebagai pengisi masa lapang suatu masa dulu, kini telah diterima sebagai satu

bentuk sukan yang diminati khususnya di kalangan masyarakat Melayu. Pertandingan dan

perlawanan sepak raga menggunakan jaring ini sering diadakan, dan sambutan yang

diterima adalah mengalakkan. Pada 25 Jun 1960 dengan rasminya Persatuan Sepak Raga

Malaya (PSRM) ditubuhkan dengan Encik Mohd. Khir Johari (kini Tan Sri) yang menjadi

Menteri Pelajaran ketika itu sebagai Presidennya.

Langkah pertama PSRM ialah menggubal dan menyelaraskan undang-undang yang

dianggap belum teratur sebelumnya. Langkah kedua ialah mengadakan pertandingan

antara negeri-negeri dan Encik Mohd. Khir sendiri telah menghadiahkan sebuah piala

dijadikan rebutam. Piala ini ialah Piala Emas Khir Johari. Pertandingan kali pertama

diadakan pada tahun 1962. Dalam perlawanan akhir Pulau Pinang telah muncul sebagai

johan setelah mengalahkan Singapura. YTM Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri ketika

itu, yang juga penaung PSRM telah menyampaikan hadiah kepada pemenang dalam

perlawanan akhir itu. Sejak itu setiap tahun PSRM terus menganjurkan pertandingan untuk

merebut Piala Tunku Abdul Rahman, juga di antara negeri-negeri.

Permainan sepak raga jaring juga dimainkan di beberapa negara Asia, khususnya

Asia Tenggara. Di Negara Thai permainan ini yang dikenali sebagai ‘takraw’ saja sudah pun

mendapat sambutan yang menggalakkan. Tarikh sebenar kedatangan atau permulaannya

permainan sepak raga di Negara Thai tidak pula diketahui. Akan tetapi yang pasti permainan

ini sudah pun mendapat tempat di kalangan penduduk negara tersebut.

Persatuan Takraw Thailand telah pun dibentuk dengan matlamat untuk

memperluaskan permainan ini ke seluruh pelosok negara tersebut, selain daripada

menganjurkan berbagai-bagai pertandingan dan kejohanannya sendiri. Persatuan Takraw

Thailand ini dengan kerjasama PSRM sering berusaha mengembangkan permainan ini, dan

dalam masa yang sama cuba menyelaraskan permainan ini khususnya dari segi undang-

undang dan peraturan.

Page 230: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

230 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Pertukaran nama kepada permainan sepak raga ini dengan sendirinya telah

menukarkan semua persatuan sama ada pada peringkat negeri mahupun kebangsaan dan

PSRM menjadi Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM). Pertukaran nama ini turut

membawa bersama beberapa perubahan. Antaranya ialah penggunaan bola yang lebih

besar, dan gelanggang yang lebih kecil. Kalau dalam permainan sepak raga jaring para

pemain tidak dibenarkan keluar daripada gelanggang semasa permainan tetapi dalam

permainan sepak takraw pemain boleh berbuat demikian. Terdapat juga beberapa

perubahan kecil lainnya.

Selain Negara Thai, Singapura, Laos dan Malaysia, sepak takraw juga dimainkan di

Indonesia, Brunei Darussalam dan Filipina. Apabila Sukan SEAP diperbesarkan pada tahun

1977 menjadi Sukan SEA, penyertaan begara dalam permainan sepak takraw juga

meningkat iaitu dengan kemasukan ketiga-tiga negara ini untuk bertanding dalam permainan

sepak takraw. Maka mulai tahun 1977 terdapat enam negara yang bertanding dalam Sukan

SEA bagi acara sepak takraw.

Perkembangan sepak takraw pada peringkat Sukan SEA belum dapat dijadikan asas

kepada cita-cita PSM dan juga ASTAF untuk menjadikan permainan ini sebagai permainan

yang bertaraf antarabangsa. Sebagai jawapan kepada persoalan ini, pada tahun 1980 telah

diadakan Kejohanan Sekap Takraw Asia Pertama, di Kuala Lumpur pada 25 hingga 28 Jun

1980. Sebanyak lima buah negara telah mengambil bahagian dalam kejohanan yang

dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Stadium Negara.

Kejohanan peringkat Asia yang pertama ini telah mendapat sambutan yang

menggalakkan, khususnya daripada peminat sukan sepak takraw negara ini. Kejohanan ini

juga telah berjaya menarik pihak swasta untuk turut serta menjadi penaja. Ini menampakkan

satu petanda baik nerana selama ini agak sukar untuk mendapatkan penaja dalam setiap

kejohanan yang dianjurkan. Sejak itu setiap dua tahun pertandingan ini diadakan.

Selain itu, PSM dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan telah menghantar

pasukan untuk mengadakan perlawanan pertunjukkan di Republik China, Korea Utara dan

Hong Kong. Pada setiap tempat yang mereka kunjungi, telah mendapat sambutan yang

sungguh menggalakan daripada penduduk tempatan. Ini adalah satu kejayaan cemerlang

pada sukan sepak takraw dalam usaha mereka memperkenalkan permainan ini ke Timur

Jauh.

Page 231: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

231 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Perlawanan-perlawanan pertunjukkan juga telah diadakan dua kali dalam Sukan

Asia. Kali pertama ialah pada tahun 1970 semasa sukan itu diadakan di Bangkok, dan kali

kedua ialah pada tahun 1982 iaitu di New Delhi. Dalam kedua-dua sukan ini permainan

pertunjukkan melibatkan pasukan negara dengan pasukan Negeri Thai. Akan tetapi

bersempena dengan Sukan Asia di New Delhi, sambutan yang diterima amatlah

menggalakkan. Sehingga Perdana Menteri India sendiri iaitu mendiang Puan Indra Gandhi

mengesyorkan seluruh rakyat negaranya agar mempelajari permainan ini. Kesan jangka

panjang ialah permainan ini telah diterima menjadi acara Sukan Asia tahun 1990 yang lalu

manakal negara kita memenangi kedua-dua pingat emas yang dipertandingkan, iaitu acara

regu dan pasukan.

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN

1. Gelanggang

Permainan sepak takraw boleh dimainkan di gelanggang terbuka atau gelanggang tertutup.

Gelanggang terbuka adalah daripada tanah berumput, tanah berpasir ataupun daripada

simen. Seelok-eloknya gelanggang ini hendaklah daripada simen untuk memudahkan

pemain. Jika gelanggang daripada tanah atau tanah berumput mungkin tidak sesuai

terutamanya apabila musim hujan atau musim panas terik. Bagi gelanggang tertutup pula

biasanya ia adalah daripada lantai bersimen atau lantai berkayu atau parquate. Untuk

keselamatan pemain-pemain, gelanggang yang berlantai parquay adalah yang paling baik.

Luas gelanggang sepak takraw ialah 13.42m kali 6.1m atau 44 kali 20 kaki.

Gelanggang ini hendaklah bebas daripada sebarang rintangan sehingga melebihi 8m dan

diukur dari paras lantai. Di keliling gelanggang ini dipagari oleh garisan yang menjadi

sempadan gelanggang. Garisan ini tidak lebih daripada 0.004 m atau 11/2 inci.

Di tengah-tengah gelanggang dipisahkan dengan suatu garisan yang dinamakan

garisan teras yang juga berukuran 0.02m. Garisan inilah yang memisahkan gelanggang

kepada dua bahagian atau petak yang sama besar. Pada tiap-tiap penjuru petak

gelanggang, iaitu di garisan teras suku bulatan jejari yang panjangnya 0.9m (3 kaki)

disediakan. Penjuru petak ini ialah untuk menempatkan semua pemain apit semasa

pasukannya membuat sepakan permulaan atau servis. Bulatan sepak mula atau bulatan

tekong yang berukuran 0.31m atau satu kaki jejarinya, hendaklah digariskan di sebelah kiri

Page 232: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

232 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

dan kanan dan diukur daripada pusatnya sejauh 2.45m (8 kaki) ke garisan belakang 4.25m

dari garisan tengah dan 3.05m (10 kaki) ke garisan tepi.

Rajah 10.2: Gambarajah gelanggang dengan ukuran piawai

Panjang gelangang sepak takraw berukuran 13.4 meter

Lebar gelangang sepak takraw berukuran 6.1 meter

Luas bulatan sepak mula ialah 6 meter dan berjejari 3 meter

Tinggi jaring dengan lantai 1.52 meter

Spra bulatan yang berada di sebelah tepi berukuran 9 meter

Rajah 10.3: Gambarajah bulatan

Page 233: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

233 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

2. Tiang Dan Jaring

Dua batang tiang hendaklah dipasang di penghujung garisan teras di tengah-tengah

gelanggang. Tiang ini tingginya 1.55 m atau 5 kaki 1 inci untuk lelaki dan untuk wanita ialah

1.45 m, dari permukaan lantai dan hendaklah cukup teguh untuk menahan ketegangan

jaring. Tiang ini boleh diperbuat daripada kayu ataupun besi, tidak boleh melebihi 0.04 m

radius. Tiang ini hendaklah didirikan atau ditempatkan dengan tegak pada jarak 0.3 m (1

kaki) dari garisan tepi serta bertentangan dengan garisan teras.

Jaring untuk permainan sepak takraw adalah lebih kuat dan teguh daripada jaring

untuk badminton. Ini penting kerana selain bertujuan membahagikan gelanggang pada dua

pihak, ia juga bertujuan untuk menahan dan melantunkan setiap bola yang terkandas ke

dalamnya. Untuk permainan ini jaring hendaklah diperbuat daripada tali biasa atau benang

nilon dengan siratnya antara 4 cm (1 ½ inci) hingga 5.3 cm (2 inci) lebar. Panjang jaring

ialah tidak lebih daripada 6.71 m (22 kaki) dan lebarnya pula tidak lebih daripada 0.72m (2

kaki 4 inci).

Jaring ini hendaklah dijahit dengan kain seakan-akan pita dua lipatan di sebelah atas

dan bawah untuk disangga dengan tali atau kabel halus menerusi lipatan tersebut dan

ditarik renggang di antara kedua-dua tiang yang didirikan tadi. Tinggi tiang yang diukur dari

paras lantai ialah 1.52 m (5 kaki) di bahagian tengah untuk lelaki dan 1.52 m untuk

perempuan manakala 1.55 m (5 kaki 1 inci) di bahagian tiang untuk lelaki dan untuk

perempuan 1.45 m. Biasanya jaring ini berwarna merah dan putih ataupun hijau dan merah.

Di penghujung kedua belah jaring dibubuh pula kayu perentang untuk mengekalkan

ketegangan jaring. Untuk membantu ketegangan jaring boleh juga digunakan tali yang diikat

dan ditarikkan ke tiang.

Rajah 10.4: Gambar rajah tiang dan jaring

Page 234: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

234 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Ketinggian Tiang hendaklah 1.55 m dari permukaan lantai.

Jarak Tiang di antara Garisan Tengah ialah 0.3 m.

Panjang Jaring tidak lebih daripada 6.71 m dan lebarnya pula tidak lebih 0.72 m.

Ketinggian Jaring dari lantai ialah 0.82 m. Ketinggian di tengah 0.8 m.

Jaring dipasang dari paras lantai ke Atas.

Jaring rasmi Sepakraga Tuju Jaring ialah Gajah Emas Model EN 18 atau Gajah

Emas Model EN 27.

3. Bola Takraw

Dalam permainan sepak takraw sejenis bola yang digunakan. Bola ini dikenali dengan nama

bola takraw. Pada peringkat awalnya permainan, yakni permainan sepak raga bulatan, bola

yang diperbuat daripada rotan berbentuk bulat digunakan. Bola ini adalah lebih ringan dan

kecil daripada bola takraw sekarang. Bola ini mudah melantun apabila disepak atau

ditanduk.

Apabila permainan ini mula dimainkan secara gelanggang atau ditukar kepada

permainan jaring, bola yang digunakan juga turut diubah. Jalinan rotan adalah lebih tebal

dan sudah tentulah beratnya juga turut berubah. Kini bolanya lebih besar sedikit saiznya

daripada bola untuk permainan sepak raga jaring dahulunya. Lilitannya adalah antara di

antara 0.42 m hingga 0.44 m (0.43 m hingga 0.45 m untuk perempuan). Berat bola takraw

ialah di antara 170 gm hingga 180gm (150 gm hingga 169 gm untuk perempuan).

Page 235: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

235 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Rajah10.5: Bola Sepak Takraw

W501 - Bola pertandingan (Berat : 178 gm, Jalur hitam)

W401 - Bola latihan (Berat : 176 gm, Jalur coklat)

W301 - Kegunaan bawah 18 tahun (Berat : 172 gm, Jalur hijau)

Jalinan rotan juga adalah lebih tebal. Kalau sepak raga terdapat beberapa lapis rotan

di dalam bolanya, tetapi untuk sepak takraw cuma satu lapisan rotan atau fiber sintetik

digunakan. Lapisan rotan ini mempunyai 9 hingga 11 urat dan mempunyai 12 lubang di

antaranya dengan 20 pertemuan bersilang.

Bola takraw merupakan peralatan penting dalam sukan ini.Antara jenama terkenal

ialah Gajah Emas dan Marathon. Strukturnya berasaskan anyaman plastik yang keras.

Namun ia selamat digunakan. Bola sepak raga yang digunakan diperbuat daripada Sintetik

dan mempunyai ukuran lilit antara 0.42 m hingga 0.43 mm. Berat bola sepak raga tuju

jaring ialah 185 gm hingga 195 gm. Bola rasmi untuk sepak raga tuju jaring ialah Gajah

Emas Prowira 201 (Hijau Kuning) yang diiktiraf penggunaannya.

4. Bilangan Pemain

Bilangan pemain adalah seramai 3 orang setiap bagi regu. Salah seorang pemain berada di

belakang dinamakan tekong. Dua orang lagi berada di hadapan, seorang di sebelah kiri

(Apit Kiri) dan seorang di sebelah kanan(Apit Kanan). Pemain boleh bertukar posisi semasa

permainan dijalankan.

Page 236: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

236 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Rajah 10.6: Posisi pemain sepak takraw

5. Sistem kiraan mata

Bila perkara batal dilakukan oleh sama ada bahagian sepak mula atau menerima sepak

mula, satu mata akan diberi kepada pihak lawan termasuk melakukan sepak mula

seterusnya. Mata kemenangan maksima untuk setiap set ialah 21 mata. Permainan

dijalankan di dalam 2 set dengan 2 minit rehat antaranya. Apabila kedudukan pada mata 20-

20, penggunaan mata syiling 25 dijalankan. Kemenangan ditentukan dengan perbezaan 2

mata sehingga mata 25. Jika masing-masing regu memenangi 1 set, permainan akan

ditentukan di dalam set ketiga yang dinamakan ‘Tie Break’ dengan 15 mata. Sebelum

Pusingan ‘tie break’ bermula, pengadil akan membuat undian dan pasukan yang

memenangi undian akan membuat sepak mula. Tukar petak akan berlaku apabila satu regu

mencapai 8 mata.

6. Memulakan Permainan

Sepak mula akan dilakukan bagi setiap mata yang diperolehi. Mata akan diperolehi apabila

bola dimatikan di gelanggang lawan. Apabila berlaku kesalahan atau batal pihak lawan akan

mendapat mata. Berikut adalah beberapa perkara yang boleh membatalkan sepak mula dan

juga permainan:

a) Pihak Sepak Mula

Apit yang membuat campakan, memain-mainkan bola (menghempas,

mencampak dan lain-lain cara ) selepas pengadil mengumumkan mata.

Page 237: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

237 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Mana-mana apit mengangkat kaki atau memijak garisan tengah atau

melintasi atau menyentuh jaring semasa membuat campakan untuk servis.

Tekong (server) melompat semasa melakukan sepak mula atau kaki memijak

garisan bulatan sepak mula sebelum atau semasa melakukan sepak mula.

Tekong (server) tidak menyepak bola yang dicampak kepadanya.

Bola menyentuh pemain regunya terlebih dahulu sebelum melepasi ke

gelanggang lawan.

Bola melintasi jaring tetapi jatuh di luar gelanggang.

Bola tidak melepasi gelanggang lawan.

Pemain menggunakan tangan atau lain-lain bahagian tangan semasa

melakukan sepakan walaupun tangan tidak menyentuh bola tetapi

menyentuh lain objek bagi membantu melakukannya.

Apit yang membuat campakan, mencampakkan bola sebelum Pengadil

mengumumkan mata buat kali kedua.

b) Pihak Sepak Mula Dan Penerima Sepak Mula.

Melakukan tingkah-laku yang boleh menganggu, membuat bising atau

menengking pihak lawan.

c) Kedua-dua Pihak Semasa Permainan.

Mana-mana pemain menyentuh bola di kawasan pihak lawan

Mana-mana bahagian anggota pemain memasuki kawasan gelanggang

lawan sama ada di atas atau di bawah jaring kecuali semasa follow through.

Memainkan bola melebihi tiga kali berturutan.

Bola menyentuh tangan.

Memberhentikan atau mengepit bola di bawah tangan / lengan antara kedua-

dua paha/kaki atau badan.

Sebarang anggota atau peralatan pemain seperti kasut, jersi, pelilit kepala

dan lain-lain menyentuh jaring, tiang, kerusi pengadil atau jatuh ke kawasan

gelanggang lawan.

Bola terkena siling, bumbung, dinding atau lain-lain benda.

Mana-mana pemain memegang atau menyentuh objek bagi membantu

melakukan sepakan.

Page 238: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

238 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

7. Peralatan Permainan

Semua pakaian pemain hendaklah bersesuaian dan menepati ciri-ciri kejohanan

sepaktakraw. Mana-mana peralatan yang boleh menolong melajukan bola atau

mempercepatkan pergerakan pemain dan membahayakan pemain adalah dilarang sama

sekali. Bagi mengelakkan kekeliruan, pasukan yang bertanding hendaklah memakai warna

jersi yang berlainan. Setiap pasukan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua set

Jersi/T-shirt, yang berwarna cerah dan berwarna gelap. Jika kedua-dua pasukan yang

bertanding memakai warna jersi yang sama maka jersi pasukan tuan rumah hendaklah

ditukar. Jika dari pasukan yang berlainan negara maka mana-mana negara yang dinamakan

dahulu dalam pendaftaran hendaklah menukar jersi.

Pemain hendaklah memakai Jersi/T-Shirt, seluar pendek, stoking, dan kasut sukan

bertapak getah dan tidak bertumit tinggi. Pakaian adalah merupakan sebahagian daripada

anggota badan. Jersi/T-Shirt hendaklah dimasukkan ke dalam seluar. Sekiranya cuaca

sejuk, pemain dibenarkan memakai ‟track-suits‟. Semua pakaian pemain hendaklah

bernombor dibahagian depan dan belakang. Setiap pemain hendaklah memakai nombor

jersi (dari 1 hingga 36) yang sama untuk keseluruhan kejohanan. Nombor hendaklah

berukuran 19 cm tinggi di bahagian belakang dan berukuran tidak kurang 10 cm di bahagian

depan (bahagian tengah dada).

Nama pemain hendaklah berada di belakang bahagian atas nombor pakaian di mana

bersesuaian saiz dan nampak jelas semasa siaran untuk tatapan televisyen. Pakaian

pemain boleh mempunyai logo penaja di bahagian hadapan pakaian pemain di mana

haruslah mengikut peraturan pertandingan. Logo atau lambang melainkan logo pengeluar

pakaian tidak boleh diletakkan.

Ketua regu hendaklah memakai arm band di lengan kiri. Pakaian yang tidak

mempunyai spesifikasi yang dinyatakan di dalam undang-undang permainan ini, hendaklah

mendapat kelulusan daripada pihak teknikal ISTAF terlebih dahulu.

Page 239: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

239 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

KEMAHIRAN ASAS INDIVIDU

Bagi seorang pemain, kemahiran individu adalah penting dan perlu dikuasai terlebih dahulu

sebelum boleh beransur maju kepada kemahiran gelanggang. Kemahiran individu yang

dimaksudkan ini merangkumi aspek-aspek pengawalan bola semasa menerima, menimang,

menghantar, mengumpan, dan menyerang balas. Kemahiran asas yang terdapat dalam

permainan sepak takraw ialah:

a) Cara Sepak

i. sepak sila

ii. sepak kuda

iii. sepak petik/cungkil

iv. sepak badik

v. sepak cangkuk

b) Memaha

c) Menanduk

d) Mendada

Cara dan teknik melakukan kemahiran tersebut yang dibahagikan kepada 4 fasa iaitu:

a) Fasa sebelum sentuhan

b) Fasa lakuan awal

c) Fasa sentuhan

d) Fasa ikut lajak

1. Kemahiran Sepak Sila

Sepak sila digunakan untuk mengawal dan menimang bola, membuat hantaran atau

umpanan, dan menyelamat serangan lawan.

Fasa sebelum sentuhan:

Kaki dibuka seluas bahu, badan tegak, berat badan di kedua belah kaki.

Tangan utama memegang bola selari dengan paras bahu, tangan kedua dibuka

sedikit.

Mata memandang bola.

Fasa lakuan awal:

Lambung bola melepasi kepala tumpuan mata kepada pergerakan bola.

Page 240: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

240 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Fasa sentuhan:

Sentuhan berlaku apabila bola di paras lutut.

Sentuh bahagian bawah bola dengan bahagian dalam kaki.

Pemindahan daya berlaku semasa gerakan kaki utama daripada kedudukan

sedia hingga sentuhan dibuat.

Kaki penyokong mengawal berat badan lutut bengkok sedikit.

Badan dicondongkan sedikit ke hadapan.

Fasa Ikut lajak

Kaki utama ikut lajak.

Kaki penyokong lurus.

Badan ditegakkan.

Berat badan di atas kedua-dua kaki apabila kaki utama turun ke tanah.

Kaki utama mula dibengkokkan (disilakan) ke bahagian sisi kaki penyokong.

Berat badan dipindahkan ke penyokong.

Kedua-dua tangan dibuka sedikit untuk mendapatkan imbangan.

2. Sepak Kuda

Sepak kuda dilakukan untuk menyelamatkan bola yang jauh dan rendah.

Fasa sebelum sentuhan:

Posisi bersedia seperti melakukan sepak sila.

Page 241: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

241 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Fasa lakuan awal:

Lambung bola melepasi kepala.

Tumpuan mata kepada pergerakan bola.

Kaki utama mula dibengkokkan ke hadapan pada paras buku lali.

Kedua-dua tangan dibuka untuk mendapatkan imbangan.

Berat badan pada hujung kaki penyokong.

Fasa sentuhan:

Sentuhan bola dan kaki berlaku apabila bola berada paras buku lali.

Pemindahan daya berlaku semasa gerakan kaki utama daripada

Kedudukan bersedia hingga sentuhan dibuat.

Berat badan berada dihujung kaki penyokong.

Badan dicondongkan ke hadapan.

Fasa selepas:

Kaki utama ikut lajak.

3. Sepak Petik/Cungkil

Sepak petik atau cungkil ini dilakukan untuk mengawal bola yang laju dan rendah.

Fasa sebelum sentuhan:

Kaki dibuka seluas bahu.

Badan tegak.

Berat badan pada kedua belah kaki.

Memandang arah bola datang.

Page 242: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

242 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Fasa Sentuhan

Sentuhan bola berlaku antara bahagian bawah bola dengan bahagian

atas hujung kaki ketika bola di atas paras buku lali.

Mata ditumpukan pada bola dan hujung kaki yang hendak membuat sentuhan.

Tangan dibuka luas dengan siku dibengkokkan sedikit sambil badan dilentikkan

sedikit belakang.

Fasa ikut lajak:

Kaki utama ikut lajak.

Kaki penyokong mengawal berat badan.

Kedua-dua tangan menjaga imbangan.

4. Sepak Badik

Sepak badik dilakukan untuk menyelamatkan bola yang berada di sisi kanan, kiri, atau

belakang semasa kematian langkah (off-position).

Fasa sebelum sentuhan:

Posisi bersedia sama seperti kemahiran asas sepak sila.

Lambung bola melepasi kepala.

Tumpuan mata kepada pergerakan bola.

Fasa Lakuan:

Kaki yang membuat badik hendaklah digerakkan sebelah kiri jika secara sisi

tanpa menukar arah kedudukan lutut.

Tinggi gerakan kaki di sisi tidak melebihi paras lutut.

Page 243: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

243 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

Fasa Sentuhan:

Bola bersentuh antara bahagian bawah bola dengan bahagian sisi luar kaki.

Tangan hendaklah dibuka sedikit untuk mendapatkan imbangan. Badan

dicondongkan sedikit ke sebelah kiri jika membuat sepak badik dengan kaki

kanan dan begitulah sebaliknya jika membuat badik dengan kaki kiri.

Jika bola berada jauh ke belakang, kaki utama diangkat selari dengan paras

pinggang. Kaki menyokong hendaklah dibengkokkan sedikit.

Fasa ikut lajak:

Kaki utama ikut lajak, kembali kepada posisi bersedia.

5. Sepak Cangkuk

Fasa sebelum sentuhan:

Posisi bersedia sama seperti kemahiran asas sepak petik atau cungkil.

Fasa sentuhan:

Sentuhan bola berlaku antara bahagian-bahagian hujung kaki ketika bola berada

jauh di sisi kiri atau kanan pemain.

Beri tumpuan kepada bola dan hujung kaki.

Fasa ikut lajak

Kaki utama ikut lajak, kembali kepada posisi bersedia

Page 244: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

244 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

6. Memaha

Kemahiran memaha adalah satu teknik menampan atau menahan bola yang dihantar

daripada pihak lawan. Memaha biasanya akan disusuli oleh kemahiran sepak untuk

menghantar atau melambung bola.

Fasa sebelum sentuhan.

Kedudukan kaki terbuka dan jarak antara dua kaki seluas bahu.

Paha digerakkan ke atas dengan membengkokkan lutut, tinggi gerakan ialah

tidak melebihi paras pinggang. Kedudukan paha bersudut tepat dengan

pinggang.

Tumpukan mata pada bola.

Fasa Sentuhan.

Sentuhan bola berlaku antara bahagian bawah bola dengan bahagian hujung

paha, ketika berada paras pinggang.

Pemindahan daya kepada bola berlaku semasa tumit kaki penyokong

dijengketkan.

Untuk mendapatkan imbangan, bengkokkan sedikit badan ke depan supaya

berat badan berada di hujung kaki.

Kedua tangan hendaklah juga dibuka sedikit.

Fasa ikut lajak

Paha ikut lajak.

Kembali bersedia kepada dirinya tapak.

Page 245: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

245 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

7. Menanduk

Menanduk adalah satu daripada kemahiran Sepak Takraw yang penting. Kemahiran

menanduk digunakan untuk menyerap servis daripada lawan dan adakalanya digunakan

untuk menghantar bola ke dalam gelanggang lawan dan memematikan servis. Menanduk

dilakukan dibahagian dahi, belakang, sisi kiri dan sisi kanan. Selain daripada sepakan,

tandukan juga boleh digunakan untuk mengawal, mengumpan, dan merejam.

Fasa sebelum sentuhan.

Kedudukan kaki terbuka seluas bahu dengan satu kaki di depan dan satu kaki di

belakang.

Kepala yang menanduk hendaklah didongokkan dan digerakkan ke depan

menghala ke arah bola yang datang.

Mata memandang arah bola yang datang dan tempat sasaran bola hendak

dihantar.

Kedua kaki dibuka selari seluas paras bahu.

Fasa lakuan.

Kepala hendaklah ditundukkan dan digerakkan menghala ke belakang dengan

satu gerakan daripada leher.

Mata hendaklah memberi tumpuan kepada gerakan kawalan badan.

Untuk mendapatkan kuasa tandukan, ia dilakukan dengan melompat.

Kedudukan kaki terbuka dan jarak antara dua kaki seluas bahu.

Page 246: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

246 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

8. Tandukan Dahi

Bola bersentuh antara bahagian tengah dahi dengan bahagian depan bola untuk rejaman,

atau di bahagian bawah bola untuk kawalan dan umpanan kepada rakan.

9. Tandukan Belakang

Bola bersentuh antara bahagian atas belakang kepala dengan bahagian depan bola yang

mendatang. Rejaman menggunakan kemahiran menanduk amat sesuai sekali ketika bola

berada di tengah-tengah jaring atau amat hampir dengan jaring. Tandukan hendaklah dibuat

dengan menggunakan bahagian hadapan dahi atau tandukan sisi kiri atau sisi kanan.

Page 247: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

247 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

10. Kemahiran Rejaman

Rejaman dilakukan untuk mematikan bole ke dalam gelanggang pihak lawan. Berbagai cara

rejaman dilakukan antaranya kilas, lipatan gunting dan gulung. Lazimnya rejaman ini

digunakan apabila bola lambungan berada berhampiran dengan jaring.

Rajah 10.7: Contoh rejam

11. Kemahiran Servis

a) Servis Kuda

Servis ini telah diperkenalkan oleh Thailand. Servis ini telah diterima oleh

Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) walaupun pada mulanya telah

mendapat tentangan khususnya daripada Malaysia. Ada pihak yang menganggap

dengan adanya servis kuda seni permainan Takraw sebahagiannya telah hilang.

Fokus permainan lebih tertumpu kepada servis dan membalas servis.

Page 248: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

248 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

b) Servis Semi Lob Sepak Sila

Servis ini andalah jenis servis asas. Servis dibuat dengan tujuan untuk menghantar

bolah ke bahagian belakang gelanggang

c) Sepak Cangkuk

Page 249: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

249 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

d) Membaling bola servis

Tugas membaling bola servis dilakukan oleh apit kiri atau apit kanan. Apit hendaklah

mendengar arahan daripada pengadil kejohanan. Apabila selesai sahaja pengadil

membuat arahan atau pengumuman apit hendaklah mengambil posisi yang betul

dalam suku bulatan. Bola hendaklah dipegang dengan kemas. Tumpuan hendaklah

diberikan kepada ketinggian yang diminta oleh tekong Pastikan bola akan sampai

daripada jarak balingan yang dibuat

12. Kemahiran Mengadang

Menghadang adalah sejenis kemahiran tinggi yang diperlukan oleh pemain. Tujuan

menghadang adalah untuk mematahkan rejaman pihak lawan daripada masuk ke

gelanggang. Menghadang boleh dilakukan dengan menggunakan paha, kaki, tapak kaki,

bahagian badan dan kepala.

Page 250: 20130910090918write Up Modul Sukan Berpasukan 1

250 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN

PENILAIAN KENDIRI

1. Nyatakan dengan ringkas sejarah permainan sepak takraw di Malaysia.

2. Senaraikan kemahiran yang terdapat dalam permainan sepak takraw.

3. Fikirkan tentang ciri-ciri estetika yang terdapat dalam permainan sepak takraw.

4. Huraikan ciri-ciri posisi bagi setiap pemain sepak takraw.

5. Jelaskan bagaimana sistem kiraan mata dibuat dalam permainan sepak takraw.

6. Apakah keadah pemanasan badan yang sesuai dilakukan oleh pemain sepak takraw?

RUJUKAN

Ahmad Wafi Mohamad. (1996). Sepak takraw. Shah Alam: Fajar Bakti, 1996. Mohd Zambri Abd Razak, et al. (_______). Modul latihan sukan untuk guru penasihat kelab

sukan sekolah: Sukan sepak takraw sekolah menengah. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Hasilkan satu (1) Rancangan Pengajaran harian bagi mana-mana

kemahiran sepak takraw dengan menggunakan pedekatan kaedah

TGFU.