kebaikan sistem takaful berbanding dengan insurans konvensional

75
1 TAKAFUL SEBAGAI ALTERNATIF KEPADA INSURANS KONVENSIONAL UNTUK MENINGGIKAN TARAF HIDUP EKONOMI UMAT ISLAM. BINCANGKAN KEBAIKAN SISTEM TAKAFUL BERBANDING DENGAN INSURANS KONVENSIONAL Perkara Muka Surat Pengenalan 2 1.0 Definisi, Konsep dan Sejarah Kemunculan Insurans Konvensional dan Takaful 2.1 Definisi dan Konsep Takaful 4 2.2 Sejarah Kemunculan Takaful 6 2.3 Definisi dan Konsep Insurans Konvensional 10 2.4 Sejarah Kemunculan Insurans Konvensional 11 3.0 Sistem dan Pelaksanaan Insurans Konvensional dan Takaful 3.1 Takaful 18 3.1.1 Tiga Komponen Utama dalam Industri Takaful 19 i. Peserta Takaful ii. Pengendali Takaful iii. Saluran Pengantara a. Agen Takaful b. Broker Takaful c. Banktakaful d. Adjuster 3.1.2 Tadbir Urus Syariah 23 i. Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia ii. Jawatankuasa Syariah 3.1.3 Pelan Perlindungan Takaful 24 i. Takaful Keluarga ii. Takaful Am 3.1.4 Perbezaan Takaful Keluarga Dan Takaful Am 27 3.1.5 Prinsip Asas Takaful 28

Upload: shazana-binti-muhamed-saad

Post on 13-Jun-2015

34.375 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

1

TAKAFUL SEBAGAI ALTERNATIF KEPADA INSURANS KONVENSI ONAL UNTUK

MENINGGIKAN TARAF HIDUP EKONOMI UMAT ISLAM. BINCANG KAN KEBAIKAN

SISTEM TAKAFUL BERBANDING DENGAN INSURANS KONVENSIO NAL

Perkara Muka Surat

Pengenalan 2

1.0 Definisi, Konsep dan Sejarah Kemunculan Insurans Konvensional

dan Takaful

2.1 Definisi dan Konsep Takaful 4

2.2 Sejarah Kemunculan Takaful 6

2.3 Definisi dan Konsep Insurans Konvensional 10

2.4 Sejarah Kemunculan Insurans Konvensional 11

3.0 Sistem dan Pelaksanaan Insurans Konvensional dan Takaful

3.1 Takaful 18

3.1.1 Tiga Komponen Utama dalam Industri Takaful 19

i. Peserta Takaful

ii. Pengendali Takaful

iii. Saluran Pengantara

a. Agen Takaful

b. Broker Takaful

c. Banktakaful

d. Adjuster

3.1.2 Tadbir Urus Syariah 23

i. Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia

ii. Jawatankuasa Syariah

3.1.3 Pelan Perlindungan Takaful 24

i. Takaful Keluarga

ii. Takaful Am

3.1.4 Perbezaan Takaful Keluarga Dan Takaful Am 27

3.1.5 Prinsip Asas Takaful 28

Page 2: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

2

3.2 Insurans Konvensional

3.2.1 Pembahagian Insurans 29

i. Insurans Bersifat Perniagaan / Komersial (Takmin Tijari)

ii. Insuran Kerjasama / Masyarakat (Takmin Ta’awuni @ ijtima’ie)

3.2.2 Jenis-jenis Insurans Konvensional 30

i. Insurans Hayat / Nyawa

ii. Insurans Am

3.2.3 Perbezaan Insurans Hayat dan Insurans Am 32

3.2.4 Prinsip Asas Insurans 32

3.2.5 Kontrak Insurans Konvensional 35

3.2.6 Pendapat Ulama Terhadap Insurans 39

3.2.7 Unsur-unsur yang Dilarang dalam Insurans Konvensional 42

3.2.8 Perbezaan Takaful dan Insurans Konvensional 48

4.0 Kelebihan dan Kelemahan Sistem Insurans Konvensional dan Takaful

4.1 Takaful

4.1.1 Kelebihan Sistem Takaful 50

4.1.2 Kekurangan Sistem Takaful 55

4.2 Insurans Konvensional

4.2.1 Kelebihan Sistem Insurans Konvensional 58

4.2.2 Kelemahan Sistem Insurans Konvensional 59

5.0 Sejauhmana Kejayaan Pelaksanaannya di Malaysia

5.1 Penubuhan Industri Takaful di Malaysia 63

5.2 Pemangkin Perkembangan Takaful di Malaysia 66

6.0 Jangkaan Masa Hadapan 69

7.0 Penutup 72

Bibliografi

Lampiran

Page 3: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

3

1.0 PENGENALAN

Tidak kira agama mahupun pangkat, setiap anggota masyarakat pastinya akan

berusaha mengelakkan diri dan keluarga mereka daripada mengalami kerugian,

kesusahan dan kemalangan. Menyedari keperluan dan kepentingan perlindungan

dalam kehidupan seharian, ia tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat. Sebagai

langkah persediaan menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya musibah atau

tragedi, maka perkhidmatan takaful dan insurans dilihat mampu memenuhi keperluan

masyarakat masa kini kerana kedua-dua sektor tersebut menawarkan jaminan

perlindungan kewangan kepada individu, keluarga dan sektor perniagaan.

Sejajar dengan perkembangan yang semakin pesat, industri insurans dan takaful

kini turut menjadi satu alternatif tabungan bagi pengguna individu. Manakala bagi sektor

perniagaan, perkhidmatan takaful dan insurans penting dalam membantu mengekalkan

daya saing dan kesinambungan sesebuah perniagaan sekiranya berlaku kerugian luar

jangka yang boleh diinsuranskan sehingga boleh menjejaskan perniagaan. Permintaan

yang semakin meningkat di kalangan masyarakat yang semakin sedar akan

kepentingan dan keperluan dalam mengatur pelan kewangan masing-masing telah

menyumbang kepada perkembangan pesat industri takaful dan insurans di negara ini.

Pelancaran skim takaful di negara ini sebenarnya telah memberi nafas baru

kepada industri insurans kerana berjaya menambat hati masyarakat Islam di negara ini

yang sebelumnya tidak yakin akan kesahihan sistem insurans konvensional sedia ada.

Faktor-faktor seperti kesedaran yang semakin meningkat di kalangan orang ramai

terhadap kewangan Islam, kemajuan yang berterusan dalam ekonomi negara dan

pertambahan peluang berikutan pelbagai usaha yang dilaksanakan untuk

memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa

banyak menyumbang kepada pertumbuhan industri takaful pada hari ini. Bank Negara

Malaysia juga turut memainkan peranan penting dalam meningkatkan daya tahan

industri takaful bagi menghadapi persekitaran yang mencabar dan membolehkan

pengendali takaful meraih potensi perniagaan takaful global.

Page 4: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

4

2.0 DEFINISI, KONSEP DAN SEJARAH KEMUNCULAN TAKAFUL DAN

INSURANS KONVENSIONAL

2.1 DEFINISI DAN KONSEP SISTEM TAKAFUL

Menurut Akta Takaful 1984 (Buku Panduan Asas Takaful, 2007), istilah Takaful

membawa maksud satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan

bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-

peserta jika diperlukan di mana peserta jika diperlukan di mana peserta-peserta sama-

sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu.

Kata dasar bagi perkataan takaful ialah ‘kafala’ yang bererti untuk menjamin,

menjaga atau memelihara. Oleh kerana takaful merupakan kata nama yang berasal

daripada kata kerja ‘takafala’, maka ianya memberi erti saling menjamin, saling

menjaga dan saling memelihara. Di dalam al-Quran terdapat perkataan-perkataan

‘kafala’ dan juga ‘yakfulu’ yang memberi makna memelihara atau menjaga.

Sebagaimana disebut dalam firman Allah SWT:

$ yγn=¬6 s)tFsù $ yγš/ u‘ @Αθç7s)Î/ 9|¡ ym $yγtF t7 /Ρ r&uρ $ �?$t6 tΡ $YΖ |¡ ym $ yγn= ¤�x.uρ $ −ƒÌ� x.y— (

Maksudnya: “Maka ia (Mariam) diterima oleh Tuhannya (sebagai nazar) dengan

penerimaan yang baik dan dibesarkannya dengan didikan yang baik, serta

diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria.” (Surah Ali-Imran: ayat 37)

Pada asasnya, sistem takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab,

jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan peserta-pesertanya. Ia

bertujuan menggalakkan sifat tolong-menolong dan perpaduan di kalangan para

peserta selari dengan konsep “ta’awun” (saling bekerjasama).

Page 5: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

5

Melalui takaful akan dapat diwujudkan suatu perhubungan yang erat mengikut

amalan dan peraturan Islam di antara peserta-peserta yang berpakat dan bersetuju

untuk sama-sama menanggung kerugian atau kehilangan. Berpandukan kepada

semangat perpaduan ini, maka dapat disusun suatu sistem amali yang mementingkan

prinsip-prinsip saling bertanggungjawab, saling bekerjasama atau bantu-membantu dan

saling lindung-melindungi antara satu sama lain.

Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi

bersama bagi membantu mereka yang memerlukan. Islam amat menggalakkan sifat

tolong-menolong atau menyediakan bantuan pada mereka yang ditimpa musibah. Islam

juga menuntut supaya umatnya bekerjasama dalam perkara-perkara yang baik.

Asas falsafah ini adalah berpandukan kepada beberapa hadith Rasulullah SAW yang

antaranya:

1. Dalil Kerjasama

“Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu

antara satu sama lain.”

(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud)

2. Dalil Tanggungjawab

“Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang beriman sesama mereka adalah

seperti jasad, apabila salah satu daripadanya ditimpa kesusahan, maka seluruh

anggota yang lan juga akan merasainya”.

(Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim)

3. Dalil Saling Melindungi

“Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah, tiada siapa akan masuk

syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan.”

(Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim)

Page 6: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

6

Berasaskan hadis-hadis tersebut, para ilmuwan Islam memutuskan bahawa

usaha bersepadu perlu wujud untuk melaksanakan konsep takaful sebagai kaedah

terbaik memenuhi tuntutan ini.

2.2 SEJARAH KEMUNCULAN TAKAFUL

Konsep takaful yang diamalkan pada hari ini bukanlah sesuatu yang baru malah

telah dijalankan sejak zaman permulaan Islam lagi. Apabila Islam datang dan

tertegaknya kerajaan Islam di Madinah, lanjutan daripada hijrah Rasulullah SAW dan

para sahabat, maka beberapa sistem yang diamalkan mengikut adat resam masyarakat

Arab sebelum ini tetapi didapati tidak bercanggah dengan syariat Islam terus

dikekalkan. Menurut Sobri Solomon (1989), tiga sistem yang terus dikekalkan ialah

sistem ‘aqilah, qasamah dan akad muwalah. Dalam kitab-kitab feqah dan sejarah Islam

juga dinyatakan terdapat beberapa amalan di zaman tersebut yang mencerminkan

bentuk insurans. Antaranya dalam Kitab Sirah Ibn Hisyam dibayangkan bentuk insurans

yang diamalkan di kalangan kaum Muhajirin:

“Kaum Muhajirin dari Quraisy tetap mempunyai hak mereka; mereka senasib

sepenanggungan dan menerima wang tebusan darah (diat) sesama mereka (kerana

pembunuhan tidak sengaja) dengan cara baik dan adil di kalangan orang-orang

beriman. Bani ‘Auf (dari Yathrib) tetap mempunyai hak mereka, tanggung-menanggung

wang tebusan diri; setiap keluarga mereka membayar bersama wang tebusan dengan

baik dan adil di kalangan orang-orang beriman.”

Sistem ‘aqilah telah diperkenalkan oleh Rasulullah SAW sebaik sahaja Baginda

berhijrah ke Madinah dan mempersaudarakan golongan Muhajirin dengan golongan

Ansar. Sistem ini berteraskan kepada konsep saling bertanggungjawab di kalangan

ahli-ahlinya. Mengikut sistem ini, setiap ahli sama ada orang-orang Ansar atau

Muhajirin hendaklah mengadakan tabung kewangan bersama yang dikenali sebagai

‘kunz’. Semua pungutan atau caruman yang dibayar oleh ahli-ahli mengikut tempoh

yang telah dipersetujui dimasukkan ke dalam tabung berkenaan. Salah satu tujuan

Page 7: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

7

manfaat tabung ini ialah menyediakan bayaran sebagai bantuan untuk menolong mana-

mana ahli yang terlibat dengan pembunuhan tidak sengaja atau untuk menebus

tawanan perang muslimin daripada musuh.

Sistem al-Qasamah pula adalah satu sistem bayaran pampasan kepada

keluarga yang terbunuh. Melalui sistem ini, dana dikumpulkan ke dalam sebuah tabung

atau kumpulan wang daripada kutipan caruman ahli-ahli. Manfaat akan dibayar kepada

ahli waris yang dibunuh jika kes pembunuhan itu tidak diketahui siapa pembunuhnya

atau keterangan saksi yang layak untuk benar-benar mengenalpasti pembunuhnya

tidak diperoleh. Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dari Sa’id bin A’ta’i: “Apakah kamu

boleh mendatangkan saksi orang yang membunuhnya? Mereka (golongan Ansar)

menjawab: Tidak. Tanya Rasulullah: Baiklah kalau mereka: (orang-orang Yahudi)

bersumpah untuk kamu? Mereka menjawab: Kami tidak menerima sumpah mereka.

Kerana Rasulullah tidak suka mensia-siakan darah manusia, maka Baginda memberi

diatnya seratus ekor unta kutipan sedekah.”

Manakala akad muwallah merupakan satu bentuk perjanjian jaminan. Contohnya

jika A berkata kepada B: “Anda menjadi pelindung (wali) kepada saya, kalau saya

melakukan jenayah tak sengaja, anda hendaklah membayar diat kepada saya.” Kalau B

bersetuju, maka kontrak mereka sah; sekiranya A melakukan jenayah tidak sengaja

maka A akan menyediakan diat dan sebagai ganjarannya B boleh mempusakai harta-

harta A sekiranya ia mati tanpa waris. Di bawah sistem ini, penjamin akan menjamin

sesorang yang tidak berwaris dan tiada pula diketahui keturunannya seperti seorang

pendatang baru. Penjamin bersetuju akan menanggung bayaran diat (denda atau

tebusan) sekiranya orang yang dijaminnya itu melakukan sesuatu jenayah. Sebaliknya,

jika orang yang dijamin itu meninggal dunia, penjamin boleh mempusakai hartanya

selagi tidak diketahui siapakah warisnya.

Page 8: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

8

Menurut Mohd Fadzli Yusof (1996) pula, Syarikat Insuran Islam yang pertama

telah ditubuhkan pada tahun 1979 iaitu Syarikat Insuran Islam Sudan. Bertitik tolak

daripada perjalanan dan perkembangan Syarikat Insuran Islam Sudan ini, maka

pelbagai usaha dan langkah susulan telah dibuat khususnya oleh negara-negara Islam

dan negara-negara di mana bilangan penduduk Islam agak besar bagi

memperkenalkan syarikat-syarikat insurans yang menawarkan perniagaan insurans

secara Islam.

Lanjutan daripada usaha tersebut, pada awal tahun 1980-an, beberapa buah

syarikat insurans secara Islam mula ditubuhkan termasuk juga yang beroperasi di

negara-negara Eropah. Antaranya ialah Syarikat Insurans Islam Arab yang ditubuhkan

pada tahun 1979 di Arab Saudi. Pada tahun 1983, telah diperbadankan Syarikat

Takaful Islam Luxembourg oleh Dar Al-Maal Al-Islami (DMI), London. Tidak berapa

lama dahulu terdapat maklumat mengenai penubuhan syarikat Insuran Islam di

Australia yang diberi nama Syarekat Al-Takafol Al-Islamiah.

Di Asia Tenggara, Malaysia adalah negara pertama yang merintis perniagaan

insurans secara Islam melalui penubuhan Syarikat Takaful Malaysia Sendirian Berhad

(STM) yang memulakan operasinya pada Ogos 1985. Mengikut Mat Hassan Abu Bakar

(2003), objektif penubuhan syarikat ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan takaful

(insurans secara Islam) yang berkualiti secara professional kepada umat Islam dan

masyarakat bukan Islam di negara ini. Pelaksanaan skim Takaful adalah berdasarkan

hukum syara’ yang mengharamkan perkara-perkara berikut:

i. Gharar (Ketidakpastian atau ketiadaan penjelasan berhubung sesuatu

perjanjian dan sumber)

ii. Maisir (Perjudian)

iii. Riba (Bunga atau faedah)

iv. Amalan-amalan lain yang bercanggah dengan hukum syarak

Page 9: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

9

Pada Mei 1993, Negara Brunei Darussalam telah mencontohi Malaysia dengan

penubuhan Takaful IBB Berhad. Langkah yang sama kemudiannya diikuti oleh Republik

Indonesia. Dengan kerjasama teknikal daripada Syarikat Takaful Malaysia Sendirian

Berhad, Syarikat Takaful Indonesia telah diperbadankan. Perniagaan takaful mula

beroperasi di Indonesia pada Ogos 1994.

Dalam usaha untuk menyediakan perniagaan takaful semula atau insurans

semula secara Islam, tiga buah syarikat Insurans takaful semula atau insurans semula

secara Islam kini telah beroperasi. Dua daripadanya menjalankan operasi melalui ibu

pejabat di Jeddah, iaitu Syarikat Takaful dan Insurans Semula Islam Bahamas yang

ditubuhkan pada tahun 1983 oleh Dar Al-Maal Al-Islami dan Syarikat Insurans dan

Insurans Semula (IIRCO) yang diperbadankan di Bahrain oleh kumpulan al-Barakah,

pada tahun 1986. Sementara itu bagi menyediakan khidmat takaful semula khusus

untuk Negara-negara Islam yang pernah dijajah oleh Perancis di bahagian Afrika Utara

terdapat pula Syarikat Bait al-Tamwail yang beroperasi dari Tunis, yang didirikan pada

tahun 1986.

Ada beberapa sebab yang mendorong pembentukan dan penyediaan

perniagaan takaful ini. Pertamanya orang Islam ingin mengamalkan ajaran dan

peraturan Islam sepenuhnya dalam kehidupan mereka. Yang kedua, orang Islam mahu

sistem kewangan yang bersesuaian dengan ajaran dan kehendak agama dipraktikkan

dalam wawasan mereka bagi membina ekonomi Islam yang lengkap untuk kemudahan

ummah. Yang ketiga, dengan tertubuhnya bank-bank Islam maka keperluan kepada

perniagaan takaful atau insurans secara Islam segera menjadi keperluan oleh kerana

boleh dikatakan semua urusan bank memerlukan perlindungan insurans. Oleh yang

demikian, adalah amat sesuai sekali jika urusan bank Islam dapat dilindungi oleh

insurans yang berasaskan hukum-hukum Islam.

Page 10: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

10

2.3 DEFINISI DAN KONSEP INSURANS KONVENSIONAL

Menurut Mohd Fadzli Yusof (1996), insurans boleh difahami sebagai satu

kaedah iaitu satu kumpulan orang berikrar untuk mengumpul serta menggembleng

usaha dan sumber bagi mengadakan pakatan untuk saling bekerjasama dan tanggung-

menanggung sesama mereka, jika ditakdirkan mana-mana di antara mereka ditimpa

musibah. Melalui pakatan ini, orang yang dilanda malang itu akan mendapat manfaat

perlindungan yang biasanya berupa sejumlah wang. Dengan adanya manfaat

seumpama ini diharapkan apa-apa beban atau tanggungan yang terpaksa dipikul akibat

penderitaan daripada musibah dapat diringankan.

Mohammad Muslehuddin (1988) pula berpendapat perkataan insurans asalnya

bermaksud satu kumpulan yang membuat “kutu” bagi meringankan beban kewangan

individu dan menghindari kesulitan perbelanjaan. Menurut beliau, konsep insurans

secara ringkas dan umum ialah persediaan yang dibuat oleh sekumpulan orang yang

masing-masing menghadapi kerugian kecil sebagai sesuatu yang tidak dapat diduga.

Apabila kerugian serupa itu terkena ke atas salah seorang daripada mereka yang

menganggotai kumpulan itu, maka kerugian itu akan diagih di antara mereka.

Manakala Sobri Solomon (1989) berpendapat, pengertian sebenar insurans ialah

gabungan anggota masyarakat bagi meringankan beban perseorangan serta menjauhi

kerosakan yang menyusahkan. Walau bagaimanapun, fahaman biasa yang dimengerti

oleh orang ramai ialah andaian-andaian tertentu dalam urusan antara kumpulan

manusia, di mana setiap individu adalah terdedah kepada bahaya-bahaya dan

malapetaka yang tidak diketahui bila berlakunya. Apabila berlakunya kemalangan ke

atas sesiapa pun anggota masyarakat maka beban penderitaan itu dibahagi-bahagikan

kepada seluruh anggota masyarakat yang terlibat.

Berdasarkan definisi dan pengertian yang dinyatakan, dapatlah disimpulkan

bahawa tujuan dan matlamat insurans ialah bagi menghadapi bencana yang akan

mendatangkan masalah dan kerosakan kepada kehidupan dan perhubungan sesama

Page 11: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

11

manusia. Ini adalah jelas dengan cara pengagihan tanggungan secara sama rata

kepada setiap anggota masyarakat apabila sesuatu kerosakan dan kerugian menimpa

ke atas individu.

Manakala konsep insurans pula boleh difahami sebagai satu kaedah iaitu satu

kumpulan berikrar untuk mengumpul dan mengembleng usaha dan sumber bagi

mengadakan pakatan untuk saling bekerjasama dan tanggung-menanggung sesama

mereka, jika ditakdirkan mana-mana di antara mereka ditimpa musibah. Malalui

pakatan ini orang yang dilanda malang itu akan mendapat manfaat perlindungan yang

biasanya berupa sejumlah wang. Dengan adanya manfaat seumpama ini diharapkan

apa-apa beban atau tanggungan yang terpaksa dipikul akibat penderitaan daripada

musibah dapat diringankan.

2.4 SEJARAH KEMUNCULAN INSURANS KONVENSIONAL

Menurut Mohammad Muslehuddin (1969), idea tentang insurans berkait rapat

dengan kumpulan atau dengan pengertian lain, kumpulan manusia menjadi pokok

pangkal insurans. Menerusi penyelidikan yang dijalankan terhadap kelompok nomad

pada permulaan sejarah, beliau mendapati insurans telah bertunjang di kawasan

padang pasir yang terletak di antara Mesir dengan Mesopotamia. Ketika itu penduduk

nomad Arab telah pun berkembang di padang pasir Arab. Orang Arab adalah orang

yang gagah, berani dan suka berperang ditambah dengan kemahuan yang kuat untuk

menjelajah dan merompak. Tabiat buruk tersebut membawa kepada hidup

berkelompok-kelompok.

Kawasan pedalaman Semenanjung Arab diduduki oleh suku kaum Badwi yang

hidup berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat kerana mencari rumput dan air

bagi ternakan mereka. Kehidupan yang mencabar dan kewajipan menyediakan

keperluan menekan orang Badwi agar menjadi kuat dan cergas. Apatah lagi mereka

dipimpin oleh ketua yang berani menghadapi bahaya hidup berpindah-randah. Ini

menyebabkan suku kaum Badwi berpecah menjadi kelompok keluarga. Keluarga itu

Page 12: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

12

berkembang menjadi gabungan suku bangsa dengan pegangan “perpaduan keturunan

dan berjemaah bagi kepentingan”.

Serang-menyerang seperti yang disentuh di atas merupakan ciri yang penting

dalam kehidupan orang Badwi. Merampas unta dan anak isteri suku kaum lain

dianggap lebih baik daripada melakukan permusuhan dan pertumpahan darah yang

paling sedikit yang boleh mengelakkan daripada terjadinya permusuhan adalah impian

orang-orang Badwi. Orang perempuan dan kanak-kanak dijadikan barang tebusan,

harta rampasan dibahagi-bahagi mengikut peraturan yang ditetapkan. Syeikh yang

menjaga kehormatan suku kaum yang mempunyai kedudukan penting dalam hal ini

menerima bahagian yang paling banyak. Sebaliknya jika berlaku sebarang kerugian,

kerugian itu mesti ditanggung oleh semua penghuni khemah yang dirompak itu dan

syeikh selalunya akan memberi sumbangan yang banyak. Sebaliknya apabila mereka

ditawan, mereka menghadapi malapetaka yang besar, sekiranya mereka tidak dapat

membayar wang tebus darah atau terus menentang dengan pertumpahan darah. Jika

ini tidak dapat dilakukan sehingga berjaya, seluruh suku kaum itu akan menghadapi

kehancurannya.

Cabaran hidup di padang pasir dicampur dengan tabiat orang Arab yang suka

berperang telah membuka jalan untuk bersatu di kalangan anggota kelompok yang

membentuk suatu cara pemikiran mereka dalam menghadapi gelombang hidup yang

meresap dalam setiap pemikiran individu. Ini merupakan suatu perpaduan yang utama

yang menjadikan satu-satu kelompok bertindak sebagai satu unit sosial. Unit sosial itu

bukan sahaja memikirkan kerugian individu, malahan cuba mengambil langkah-langkah

untuk menampung kerugian tersebut. Mengikut adat asli Arab purba, kesemua suku

kaum bertanggungjawab membayar diat atau wang tebusan darah kepada wali atau

waris mangsanya sebagai gantirugi atas jenayah yang dilakukan oleh kelompoknya.

Adat ini bertujuan meringankan beban yang ditanggung oleh anggota dalam unit itu.

Tanggungjawab semua suku kaum membayar diat dan semangat kerjasama di

kalangan satu-satu kelompok ini telah menjadi intisari kepada sistem insurans yang

diamalkan pada hari ini.

Page 13: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

13

Mohd Fadzli Yusof (1996) menyatakan bahawa pedagang-pedagang Arab pada

zaman sebelum kedatangan Islam turut tergolong dalam masyarakat silam yang

pertama mempraktikkan konsep perlindungan insurans seumpama ini. Mereka

berdagang dengan merentasi padang pasir, membawa barang dagangan

menggunakan unta, mengembara dari sebuah negeri ke sebuah negeri secara

kumpulan atau kafilah. Dalam mengharungi urusniaga ini mereka sentiasa terdedah

kepada kemungkinan berlakunya pelbagai bahaya, musibah dan bencana seperti

rompakan, ribut padang pasir, pembunuhan dan lain-lain tragedi sehingga bukan sahaja

boleh menyebabkan kerugian dan kehilangan barang dagangan mereka malah boleh

mendatangkan ancaman kepada nyawa pedagang-pedagang itu sendiri.

Bagi mengatasi atau meringankan beban ini, pedagang-pedagang Arab pada

ketika itu telah saling berpakat sesama mereka untuk mengagih-agihkan barang

dagangan kepada beberapa kafilah dan beberapa ekor unta. Oleh itu, jika ditakdirkan

berlaku sesuatu musibah ke atas mana-mana kafilah atau unta yang mereka gunakan

itu, kerugian atau kehilangan yang mungkin dialami hanya sekadar terhad kepada

kafilah atau unta yang malang itu sahaja.

Mengikut Buku Panduan Asas Takaful (2007) pula, sejarah perkembangan

insurans mula dikesan daripada dokumentasi beberapa peristiwa sejak zaman Yunani

dan zaman Romawi iaitu beberapa abad sebelum Masihi lagi. Beberapa urusan mereka

mengandungi faktor-faktor persamaan dengan pengertian yang terkandung dalam surat

perjanjian insurans.

Pada abad-abad pertengahan, insurans kebakaran secara amnya mula

diperkenalkan, diikuti kemudian dalam abad ke-13 dan ke-14 di mana amalan insurans

untuk pengangkutan laut berkembang sejajar dengan kepesatan perhubungan melalui

laut di antara bahagian-bahagian dunia ketika itu. Insurans perkapalan pada ketika itu

telah menjadi hal biasa di Eropah Barat.

Page 14: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

14

Bagi sektor insurans hayat pula, kontrak insurans hayat untuk William Gybbon

merupakan kontrak insurans pertama yang telah direkodkan di England pada tahun

1583. Suatu pencapaian yang sangat penting dalam perkembangan insurans hayat

ialah penggabungan Jadual Kemortalan dengan kadar pulangan berkompaun di mana

pada tahun 1762 ‘The Equitable Assurance’ buat pertama kalinya menetapkan kadar

premium dengan menggunakan sistem premium paras berasaskan amalan moden.

Ahmad Tarmizi Ismail dalam kajiannya berhubung perbincangan insurans

menurut perspektif Islam pula menyatakan bahawa terdapat beberapa teori yang

menyatakan tentang sejarah kemunculan insuran konvensional. Antaranya ialah:

i. Teori Pertama Kemunculan Insurans:

Insurans yang paling awal diwujudkan ialah Ta’min Al-Bahr (insuran laut atau

dinamakan juga sebagai insurans perkapalan); iaitu jaminan terhadap kapal dan

pelayaran lantaran manusia melihat terdapat bahaya dan risiko yang tinggi semasa

berada dalam pelayaran di lautan. Ada pendapat yang menyatakan bahawa ianya telah

wujud sekitar 1498 Masihi di London. Ini bersandarkan kepada aktiviti perniagaan yang

telah berkembang pesat pada zaman tersebut. Para saudagar membawa barangan

niaga mereka dari suatu tempat ke tempat yang lain dan kebiasaannya akan

menghadapi risiko semasa pelayaran. Insurans jenis ini dilaksanakan dengan peniaga

dibayar dengan kadar pampasan tertentu apabila berlaku musibah semasa pelayaran.

ii. Teori Kedua Kemunculan Insurans:

Teori kedua menyatakan ianya telah wujud lebih awal dari itu iaitu sekitar tahun

1182 di Lambordia. Akan tetapi boleh dikatakan bahawa kemunculan di Lambordia itu

merupakan titik awal yang menjadi asas kepada teori kemunculannya di London pada

1498 M. Ini kerana kemunculan di London berpunca apabila tersebarnya muamalat

insurans sekitar Eropah pada kurun ke 15 M dan dikenal pasti berpunca dari

Lambordia. Sa’dy Abu Jaib berpandangan bahawa tiada keraguan di kalangan para

Page 15: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

15

pengkaji akan kemunculan pertama insurans adalah di Lambordia dan ianya

berkembang ke London, Britain dan negara-negara Eropah yang lain mengikut arus

perkembangan perdagangan laut.

iii. Teori Ketiga Kemunculan Insurans:

Al-Ustaz Muhamad Nur Ghifari di dalam tulisannya yang disiarkan di dalam

Majalah Rabitah Al-‘Alam Islami bilangan Safar 1399 Hijrah sewaktu membincangkan

mengenai insurans turut menyuarakan pandangan bahawa kemunculan insurans di

kalangan umat Islam telah ditemui di Andalus. Andalus yang terkenal sebagai sebuah

pusat perkembangan Islam yang maju dengan pertumbuhan ilmu dan penghasilan para

cendekiawan memungkinkan teori ini sukar disanggah. Sistemnya pula adalah seperti

ta’awun dan tabadul. Kemudian sistem ini telah berpindah ke negara-negara di bawah

naungan Khilafah Uthmaniah yang lain sebagaimana yang didakwa oleh Al-Faqih Ibnu

Abidin di dalam kitabnya. Akan tetapi kebanyakan pengkaji Islam menyimpulkan

bahawa kemunculannya di dalam komuniti umat Islam hanya pada kurun ke 19 Masihi.

Ini berdalilkan kepada tiada seorang pun di kalangan para fuqaha’ dan ulama’ silam

yang membicarakan tentang topik ini di dalam perbahasan mereka. Ulama’ pertama

yang membincangkan tentang persoalan ini ialah Al-Faqih Ibnu Abidin di dalam

kitabnya “Raddul Muhtar ala Daril Mukhtar”. Beliau menegaskan hukum perbahasan

yang dinamakan dengan as-saukarah itu sebagai tidak harus di sisi syarak.

iv. Teori-Teori Lain:

Insuran nyawa paling awal telah diperkenalkan di Britain pada tahun 1583

Masihi. Manakala insurans terhadap pengangkutan awam (kenderaan darat) hanya

wujud pada kurun ke 20 Masihi. Kewujudan insurans ini sejajar dengan perkembangan

pesat perindustrian dan perkilangan yang menghasilkan pelbagai produk-produk

berenjin dan bermotor. Pun begitu sebab kemunculannya juga berkaitan risiko-risiko

perniagaan dan perindustrian yang mendesak kepada pembentukan insurans

kemalangan dan kerugian. Selepas itu, wujudlah pelbagai bentuk insurans yang lain.

Page 16: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

16

Manakala Zaharuddin Abd Rahman (2007) berpendapat sistem insurans

merupakan suatu ciptaan yang boleh dianggap baru menurut zaman iaitu sekitar tahun

1666 Masihi di London dan hanya menembusi dunia Islam Arab sekitar tahun 1830

Masihi. Ini dapat dilihat daripada fatwa pertama yang dikeluarkan oleh Al-Allamah Al-

Syeikh Muhd Amin (Ibn ‘Abidin, wafat tahun 1836 Masihi bersamaan 1252 Hijrah)

Beliau merupakan fuqaha' ulung bermazhab Hanafi di Syam dan dianggap

cendekiawan Islam pertama yang mengeluarkan fatwa berkaitan Insuran. (Hasyiah Ibn

‘Abidin, Jilid 4, hlm 170)

Walaupun insurans jelas amat diperlukan sebagai persediaan dalam

menghadapi sebarang risiko yang mengakibatkan kerugian kewangan kepada individu

atau organisasi, namun sistem pelaksanaannya yang tidak menepati syariat Islam

menyebabkan majority ulama’ mengharamkannya. Namun begitu, umat Islam kini

mempunyai alternatif lain bagi mendapatkan jaminan perlindungan kewangan selain

insurans iaitu dengan menyertai sistem takaful.

Page 17: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

17

3.0 SISTEM DAN PELAKSANAAN TAKAFUL DAN INSURANS KON VENSIONAL

Istilah ‘takaful’ berasal dari perkataan Arab iaitu ‘kafala’ yang membawa maksud

‘saling menjamin’. Konsep takaful bertujuan mengalakkan tolong menolong dan

perpaduan di kalangan para peserta selari dengan konsep ta’awun. Dalam agama

Islam, perbuatan tolong-menolong atau kesediaan menghulurkan bantuan amatlah

digalakkan. Dalam perniagaan takaful juga pemahaman dari maksud ini merupakan

satu agenda penting. Ia diterapkan kepada semua peserta yang mengambil

perlindungan takaful untuk berniat ikhlas bagi saling jamin-menjamin di kalangan

mereka ketika ditimpa musibah.

Secara umumnya, objektif dalam industri takaful tidak mempunyai perbezaan

dengan industri insurans konvensional. Kedua-duanya merupakan instrumen untuk

membantu golongan yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah. Secara

jelasnya, kedua-dua instrumen ini merupakan satu cara yang moden untuk

memindahkan risiko yang berlaku dan sudah menjadi kebiasaan, sesuatu ganjaran

akan diberi kepada pihak yang sanggup menerima pemindahan risiko ini. Kedua-

duanya berasaskan satu konsep yang sama, malah konsep insurans sebenarnya telah

diamalkan sejak lebih 1400 tahun dahulu lagi.

Walau bagaimanapun, ulama’ dan pakar perundangan Islam telah membuat

kajian yang menyeluruh terhadap kendalian dan perjalanan syarikat insurans

konvensional yang diamalkan pada masa kini. Justeru, mereka bersependapat bahawa

kendalian dan perjalanan syarikat insurans mengikut strukturnya yang ada sekarang

adalah tidak selaras dengan kehendak-kehendak syariah. Ini kerana operasi urusniaga

insurans dan kontraknya adalah suatu muamalah yang fasid (rosak), tidak sah serta

tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam dari segi aqadnya kerana mengandungi

unsur-unsur gharar (tidak ketentuan), maisir (judi) dan riba.

Page 18: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

18

3.1 TAKAFUL

Takaful ialah satu skim perlindungan yang menyediakan perlindungan bersama

di kalangan peserta skim takaful tertentu. Konsep saling menyumbang dan saling

melindungi di kalangan peserta takaful adalah unik berbanding dengan kebanyakan

skim insurans konvensional kerana kontrak takaful adalah di kalangan peserta sesama

mereka sahaja. Syarikat pengendali takaful sebenarnya bukanlah pihak yang

memberikan perlindungan tetapi pihak peserta takaful sesama mereka, masing-masing

merupakan pihak yang dilindungi dan pihak yang memberikan perlindungan. Pihak

syarikat pengendali takaful hanya bertindak sebagai pengurus yang aktif berkenaan

skim perlindungan yang tersebut.

Kontrak utama dalam takaful ialah kontrak “tabarru‘at” iaitu derma di mana

segala sumbangan merupakan sumbangan derma para peserta kepada dana takaful

untuk digunakan bagi tujuan perlindungan bersama apabila peserta menghadapi risiko

yang telah dinyatakan di dalam aqad perjanjian takaful. Kontrak-kontrak sokongan yang

mempertautkan antara para peserta, dana takaful dan pengendali takaful biasanya

akan melibatkan kontrak mudharabah atau wakalah.

Akta Takaful 1984, Seksyen 2 menjelaskan konsep takaful sebagai:

“Suatu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang

menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta yang

memerlukan di mana peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi

maksud itu.”

Menurut Nor Mohamed Yakcop (1996), dalam kontrak mudharabah yang

dimeterai, syarikat takaful bertindak sebagai “al-mudharib” (pengusaha) dengan

menerima wang caruman peserta bagi menguruskan skim-skim takaful, membuat

pelaburan tanpa melibatkan riba dan sebagainya. Peserta pula bertindak sebagai

“sahibul mal” (pemilik harta) dengan menyerahkan wang caruman atau “ras’ul mal”

mereka untuk diuruskan dalam skim-skim takaful, dibuat pelaburan dan sebagainya.

Page 19: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

19

Dalam perjanjian tersebut, akan ditentukan serentak bagaimana keuntungan dari

perjalanan skim-skim takaful berkenaan akan dibahagikan antara syarikat takaful

sebagai pengusaha dan peserta sebagai pemilik harta sama ada 70:30, 60:40, 50:50

atau sebagainya. Perjanjian yang sama juga akan menjelaskan bagaimana syarikat

takaful menggunakan wang caruman yang diamanahkan. Peserta turut diberitahu

tentang hak-hak mereka serta syarat-syarat berkaitan perlindungan yang diberi dan

manfaat yang diperolehi daripada skim-skim takaful yang ditawarkan secara terperinci.

Di Malaysia, pengendali takaful menjalankan operasi secara komersial sebagai

usaha niaga perniagaan untuk mendapat keuntungan. Oleh itu, pengendali takaful

dikehendaki membuat pendedahan secukupnya dan memastikan ketelusan dalam

amalan takaful sebagai sebahagian daripada langkah untuk meningkatkan tadbir urus

korporat dan melindungi semua pihak berkepentingan. Sumber pendapatan pengendali

takaful diperolehi daripada:

i. Keuntungan daripada pelaburan kumpulan wang pemegang saham

ii. Fi Agensi / Wakalah

iii. Bahagian keuntungan pelaburan kumpulan wang takaful

iv. Lebihan kumpulan wang takaful

3.1.1 TIGA KOMPONEN UTAMA DALAM INDUSTRI TAKAFUL

Buku Panduan Asas Takaful (2007) menyatakan secara umumnya, industri

takaful di negara ini terdiri dalam komponen utama seperti berikut:

i. Peserta Takaful

Pencarum juga dikenali sebagai pemegang polisi atau dalam skim takaful

sebagai peserta. Mereka merupakan pengguna produk takaful yang mencarum

sejumlah wang sebagai sumbangan dalam satu kumpulan wang bersama untuk

membantu ahli-ahli yang mengalami kerosakan tertentu. Peserta takaful terdiri dari

pihak individu, organisasi perniagaan dan korporat, syarikat-syarikat awam, badan-

badan kerajaan dan separa kerajaan.

Page 20: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

20

ii. Pengendali Takaful

Pengendali takaful ialah pentadbir kumpulan wang takaful dan mengurus

kumpulan wang tersebut sebagai amanah bagi pihak peserta dan kontrak antara

peserta dengan pengendali ditentukan di bawah kontrak ‘mudharabah’ atau ‘wakalah’.

Pengendali takaful juga akan mengunderait perniagaan takaful dan bertindak sebagai

pentadbir kumpulan wang bagi pihak peserta.

Pengendali-pengendali takaful di Malaysia menjalankan operasi Takaful Am dan

Takaful Keluarga berlandaskan undang-undang Islam dan Syariah. Sehingga akhir

tahun 2008, Bank Negara Malaysia (BNM) menyenaraikan terdapat lapan pengendali

takaful berdaftar beroperasi di Malaysia. iaitu:

i. Syarikat Takaful Malaysia Berhad

ii. CIMB Aviva Takaful Berhad

iii. Etiqa Takaful Berhad

iv. Hong Leong Tokio Marine Takaful Berhad

v. HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn Bhd

vi. MAA Takaful Berhad

vii. Prudential BSN Takaful Berhad

viii. Syarikat Takaful Malaysia Berhad

ix. Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.

iii. Saluran Pengantara

Pengantara dalam pasaran takaful terdiri dari agen dan broker yang dilesenkan

di bawah Akta Takaful 1984. Para pengantara bertindak sebagai orang tengah di antara

pengendali takaful dan peserta dengan menyesuaikan keperluan peserta dengan

produk takaful yang ditawarkan oleh pengendali takaful.

a. Agen Takaful

Agen Takaful dilantik oleh pengendali takaful dan diberi kuasa untuk memasuki

mana-mana kontrak bagi pihak pengendali takaful yang mana pengendali takaful

Page 21: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

21

tersebut akan bertanggungjawab bagi semua kontrak yang akan dikendalikan oleh agen

tersebut sama seperti pengendali takaful itu sendiri yang memasuki kontrak tersebut.

Agen takaful mewakili pengendali takaful dalam pemasaran dan pemberian

khidmat produk mereka dan menerima komisen daripada pengendali takaful. Walau

bagaimanapun, agen tidak boleh mewakili lebih dari dua syarikat takaful am dan satu

syarikat takaful keluarga dalam satu masa. Agensi takaful boleh dioperasikan secara

sambilan atau sepenuh masa.

Bakal agen juga disyaratkan untuk menduduki dan lulus Peperiksaan Asas Agen

Takaful atau yang setaraf dengannya dan mendaftar dengan Persatuan Takaful

Malaysia (PTM).

b. Broker Takaful

Berbeza dengan agen takaful yang mewakili pengendali takaful, broker takaful

adalah pengantara sepenuh masa yang bertindak sebagai perunding yang mewakili

peserta takaful. Oleh itu, broker takaful tidak terikat kepada pengendali takaful kerana

biasanya mereka dilantik dan bertindak bagi pihak pengguna.

Dalam Akta Takaful 1984, broker ditafsirkan sebagai mana-mana individu, firma

atau syarikat yang kerana pampasan sebagai seorang kontraktor bebas dengan apa jua

cara mensolusit, merundingi atau mendapatkan kontrak takaful atau pembaharian atau

penerusannya bagi peserta selain dirinya. Perkhidmatan broker takaful kebiasaannya

diperlukan oleh pelanggan komersial yang ingin mendapatkan pelan takaful yang paling

sesuai untuk risiko perniagaan mereka yang kompleks.

Broker takaful akan meneliti dan mengkaji keperluan peserta dan kemudian

mendapatkan perlindungan yang bersesuaian setelah berunding mengenai syarat-

syarat dengan pengendali takaful yang dipilih. Broker boleh bertindak bagi pihak

pengguna untuk menempatkan permohonan perlindungan dengan pengendali takaful

yang bersesuaian dan menerima fi brokeraj sebagai imbuhan perkhidmatan yang

Page 22: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

22

diberikan. Selain itu, broker juga turut membantu pelanggan dalam membuat urusan

tuntutan dan mendapatkan manfaat pampasan atau gantirugi.

Memandangkan peranan dan bentuk perniagaan pembrokeran takaful, undang-

undang mengkehendaki broker takaful mempunyai lesen daripada Ketua Pengarah

Takaful dan menjadi ahli Persatuan Broker-broker Insurans Malaysia (IBAM). Broker

takaful juga hendaklah ditubuhkan sebagai badan korporat yang tertakluk kepada

keperluan modal berbayar tidak terjejas minimum RM500,000 bagi broker dilesen di

bawah Akta Takaful 1984 dan RM600,000 bagi broker dilesen di bawah Akta Takaful

1984 dan Akta Insurans 1996. Broker takaful dilesen di bawah Akta Takaful 1984 juga

dikehendaki mempunyai perlindungan takaful atau insurans indemniti profesional tidak

kurang daripada RM500,000 untuk melindungi mana-mana liabiliti yang timbul daripada

salah laku atau kecuaian semasa menasihati pelanggan. Perlindungan indemniti

profesional yang minimum bagi broker dilesen di bawah Akta Takaful 1984 dan Akta

Insurans 1996 ialah RM1 juta.

c. Banktakaful

Banktakaful ialah agihan produk takaful melalui saluran agihan yang ditubuhkan

oleh bank. Di Malaysia, pengendali takaful dikehendaki mematuhi keperluan

pengawalseliaan berhubung dengan banktakaful seperti yang ditetapkan di bawah

pekeliling mengenai banktakaful bagi memastikan pengguna mendapat manfaat

daripada struktur kos yang efisien melalui pengaturan banktakaful.

d. Adjuster

Dalam Akta Takaful 1984, adjuster ditafsirkan sebagai mana-mana orang yang

kerana pampasan, fee, komisen atau gaji menyiasat atau merunding penyelesaian

tuntutan yang timbul di bawah kontrak takaful, semata-mata bagi pihak sama ada

pengendali takaful atau peserta. Atau dengan bahasa yang lebih ringkas, adjuster

merupakan pengantara takaful yang akan menyiasat tuntutan, menilai kerugian yang

kena dibayar dan mengesyorkan penyelesaian tuntutan.

Page 23: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

23

3.1.2 TADBIR URUS SYARIAH

Bagi memastikan perniagaan Takaful daripada segi tujuan dan pengendaliannya tidak

melibatkan apa-apa elemen yang tidak diluluskan oleh syariah, suatu kerangka tadbir

urus syariah yang melibatkan pihak pengawal selia industri Takaful iaitu Bank Negara

Malaysia (BNM) dan pihak pengendali Takaful diperkenalkan dan diterima pakai oleh

industri Takaful di negara ini. Rangka kerja syariah yang kukuh meningkatkan

keyakinan pengguna dan memberikan fleksibiliti yang lebih luas kepada pengendali

takaful untuk berinovasi dalam ruang lingkup syariah. Struktur rangka kerja syariah dua

peringkat yang sedia ada yang diperkenalkan oleh BNM adalah seperti yang berikut:

i. Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (B NM)

Majlis Penasihat Syariah BNM ditubuhkan pada bulan Mei 1997 dengan objektif untuk

menentukan keputusan syariah mengenai urus niaga perbankan Islam, kewangan Islam

dan Takaful yang dijalankan oleh institusi kewangan di bawah kawal selia BNM. Majlis

ini mempunyai kuasa mengharmonikan apa-apa perbezaan pentafsiran syariah bagi

perkara-perkara di bawah bidang kuasanya. Akta Bank Negara Malaysia 1958 dan Akta

Takaful 1984 telah dipinda pada tahun 2003 bagi memperkukuhkan peranan Majlis

Penasihat Syariah BNM serta memberikan pengiktirafan undang-undang sebagai

badan yang mempunyai kuasa mengenai perkara-perkara syariah yang berkaitan

dengan perbankan dan kewangan Islam. Di samping itu, status Majlis Penasihat

Syariah BNM telah dinaik taraf sebagai tempat rujukan oleh mahkamah dan penimbang

tara dalam apa-apa pertikaian yang melibatkan isu syariah mengenai kes-kes yang

melibatkan perbankan dan kewangan Islam.

ii. Jawatankuasa Syariah

Pengendali Takaful dikehendaki di bawah undang-undang untuk menubuhkan

Jawatankuasa Syariah sebagai sebahagian daripada tadbir urus dalaman bagi

memastikan pematuhan terhadap Syariah. BNM telah mengeluarkan Garis Panduan

mengenai Tadbir Urus Jawatankuasa Syariah bagi Institusi Kewangan Islam untuk terus

memperkukuh tadbir urus Syariah bagi institusi kewangan Islam. Garis Panduan ini

Page 24: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

24

dikeluarkan untuk meningkatkan keseragaman keputusan Syariah dengan cara

menyelaraskan fungsi dan kewajipan Jawatankuasa Syariah dalam industri dengan

Majlis Penasihat Syariah. Garis Panduan ini juga menetapkan tahap kompetensi setiap

ahli Jawatankuasa Syariah sebagai usaha menambah ahli Syariah yang kompeten

dalam perbankan Islam dan Takaful.

3.1.3 PELAN PERLINDUNGAN TAKAFUL

Pelan perlindungan dalam skim takaful adalah berdasarkan prinsip syariah dan

menawarkan pelbagai ciri unik kepada peserta. Secara amnya, pelan perlindungan

terbahagi kepada dua jenis, iaitu takaful keluarga dan takaful am.

i. TAKAFUL KELUARGA

Menurut Mat Hassan Abu Bakar (2003), takaful keluarga memberi bimbingan

bagi mereka yang menghadapi masalah akibat kematian dan kemalangan ke atas diri

seseorang peserta. Ada dua cara untuk bagi seseorang melindungi keluarganya iaitu

sama ada meninggalkan sejumlah wang kepada warisnya apabila ia meninggal dunia

atau mempunyai simpanan wang yang cukup sebagai nafkah hidup diri dan keluarga

apabila ia mengalami kecederaan dan tidak berupaya untuk bekerja.

Sobri Salamon (1989) menjelaskan syarikat takaful telah menyusun skim-skim

perlindungan takaful keluarga bagi membolehkan peserta-peserta mendapat

perlindungan ini dengan berasaskan tujuan:

i- Peserta menyimpan atau menabung secara berterusan

ii- Kumpulan wang yang didapati dilaburkan bagi mendapat keuntungan

iii- Menyediakan perlindungan dalam bentuk manfaat takaful yang berkenaan

kepada peserta yang ditimpa malapetaka atau bencana

iv- Mengembalikan bahagian simpanan dan bahagian untung serta manfaat takaful

yang berkenaan kepada peserta yang tidak ditimpa malapetaka atau bencana.

Page 25: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

25

Melalui skim takaful keluarga, setiap peserta dikehendaki membayar caruman

mengikut kemampuannya tertakluk kepada jumlah minimum. Bayaran caruman boleh

dibuat sama ada secara tahunan, setengah tahun, suku tahunan atau bulanan.

Caruman yang dikumpulkan daripada peserta akan dimasukkan ke dalam dua akaun

iaitu akaun peserta dan akaun khas peserta mengikut kadar yang telah ditentukan.

Sebanyak 95% daripada caruman peserta akan dimasukkan ke dalam akaun peserta

bagi tujuan simpanan dan pelaburan manakala 5% daripada caruman peserta akan

dimasukkan ke dalam akaun khas peserta untuk tujuan membayar faedah takaful

kepada peserta yang ditimpa musibah.

Wang yang dimasukkan ke dalam kedua-dua akaun ini akan disatukan dalam satu

kumpulan wang. Syarikat Takaful akan melaburkan kumpulan wang ini dalam bidang

dan bentuk pelaburan yang halal mengikut hukum syarak. Apa-apa keuntungan yang

diperolehi dari usaha pelaburan yang dijalankan dan diuruskan oleh Syarikat Takaful

akan dibahagikan mengikut perjanjian Al-Mudharabah yang telah dipersetujui antara

syarikat dan peserta seperti yang dinyatakan dalam perjanjian. Contohnya jika nisbah

pembahagian pada kadar 7:3, maka peserta-peserta akan menerima 70% daripada

keuntungan. Sementara syarikat akan menerima 30%. Bahagian keuntungan untuk

peserta akan dimasukkan ke dalam akaun masing-masing. Ini bermakna, dengan

adanya keuntungan ini, maka jumlah tabungan atau simpanan masing-masing yang

terdapat di dalam akaun peserta akan bertambah. Bahagian keuntungan bagi akaun

khas peserta dari keuntungan pelaburan yang sama pula akan dimasukkan ke dalam

akaun khas masing-masing.

Produk utama yang ditawarkan dalam takaful keluarga termasuklah:

i. Pelan Keluarga

ii. Pelan Berkaitan Pelaburan

iii. Pelan Pendidikan Anak

iv. Pelan Perubatan dan Kesihatan

v. Pelan Anuiti

Page 26: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

26

ii. TAKAFUL AM

Menurut Nor Mohamed Yakcop (1996) takaful am adalah skim perlindungan ke

atas barang-barang tertentu seperti takaful kebakaran, takaful motor, takaful

kemalangan dan lain-lain dengan menyediakan suatu kumpulan wang yang

disumbangkan oleh orang ramai yang menyertai skim ini. Kumpulan wang ini akan

digunakan untuk membayar ganti rugi atau pampasan kepada peserta yang mengalami

kesusahan kerana ditimpa sesuatu risiko. Perlindungan jenis ini boleh disertai orang

perseorangan, syarikat, pertubuhan atau perbadanan.

Terdapat lima jenis perlindungan yang diberikan dalam takaful am iaitu:

i. Kebakaran

ii. Kemalangan

iii. Kenderaan

iv. Kejuruteraan

v. Laut dan Udara

Mengikut skim takaful am, peserta dikehendaki membayar caruman dan jumlah

caruman bergantung pada jenis takaful am yang disertai. Kumpulan wang ini

kemudiannya akan dilaburkan dalam bidang-bidang pelaburan yang halal dari segi

syariah. Peserta-peserta takaful am yang tidak mengalami tuntutan akan berkongsi

keuntungan ini dan keuntungan akan diberikan secara tunai. Nor Mohamed Yakcop

(1996) menjelaskan, pada teorinya, jika rugi, peserta menambah caruman tetapi secara

praktikalnya, kerugian itu akan dibawa ke hadapan sehingga keuntungan diperolehi

semula. Berbeza dengan pemegang polisi am di mana mereka tidak berhak berkongsi

untung rugi kumpulan wang.

Kebanyakan skim perlindungan takaful am mempunyai tempoh akad yang

berkuatkuasa selama setahun. Sekiranya tempoh akad skim perlindungan ini tamat,

peserta boleh memperbaharui akad perlindungan tersebut bagi jangka masa setahun

Page 27: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

27

lagi dan begitulah seterusnya iaitu skim perlindungan ini terus diperbaharui dari setahun

ke setahun selagi kepentingan peserta masih kekal ke atas harta benda atau barang

yang dilindungi (Sobri Salamon, 1989).

Produk utama yang ditawarkan dalam takaful am pula termasuklah:

i. Pelan Kebakaran / Empunya Rumah / Isi Rumah

ii. Pelan Motor

iii. Pelan Pelan Kemalangan Diri

3.1.4 PERBEZAAN TAKAFUL KELUARGA DAN TAKAFUL AM

Takaful Keluarga Takaful Am

Kombinasi perlindungan dan tabungan jangka panjang, biasanya untuk tempoh lebih dari setahun

Perlindungan jangka pendek, biasanya untuk tempoh setahun

Pembayaran caruman berkala – bulanan, suku-tahunan, setengah-tahunan atau tahunan

Pembayaran caruman sekaligus

Memberi manfaat kewangan sekiranya peserta ditimpa musibah serta memberi keuntungan pelaburan

Menyediakan perlindungan terhadap apa-apa kerugian atau kerosakan ke atas harta benda atau barang-barang kepunyaan peserta

Perlindungan termasuklah: • Kematian dalam tempoh polisi • Penyakit atau hilang upaya • Pendapatan tetap ketika persaraan

Perlindungan termasuklah: • Kecurian atau kerosakan harta benda • Liabiliti yang berpunca daripada

kerosakan yang disebabkan oleh diri sendiri ke atas pihak ketiga

• Kematian atau kecederaan akibat kemalangan ke atas pihak ketiga

Produk utama: • Pelan Keluarga Biasa (gadai janji,

kesihatan, pendidikan dan ‘rider’) • Pelan Anuiti (pendapatan tetap ketika

persaraan) • Pelan Berkaitan Pelaburan

Produk utama: • Pelan Motor • Pelan Kebakaran / Empunya Rumah /

Isi Rumah • Pelan Kemalangan Diri

Page 28: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

28

3.1.5 PRINSIP ASAS TAKAFUL

i. Peserta mestilah mempunyai kepentingan kewangan yang sah dalam subjek

yang berkenaan untuk menyertai pelan takaful.

ii. Kontrak takaful adalah berdasarkan prinsip penuh percaya mutlak (amanah)

yang memerlukan peserta mendedahkan semua maklumat semula yang

berkaitan. Sekiranya mereka gagal mendedahkan maklumat berkenaan, polisi

atau pelan mereka mungkin tidak sah dan mereka tidak akan dilindungi ke atas

sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami.

iii. Peserta hanya boleh memperolehi nilai kerugian kewangan mereka dan bukan

mendapat keuntungan berikutan sesuatu kerugian yang boleh ditentukan

nilainya.

iv. Dalam menentukan pampasan, pengendali takaful akan mengenal pasti punca

kerugian tersebut.

v. Setelah peserta menerima pampasan bagi kerugian tersebut, pengendali takaful

berhak menuntut daripada pihak ketiga yang bertanggungjawab terhadap

kerugian tersebut.

vi. Sekiranya sesuatu kerugian ditanggung oleh lebih daripada satu pelan takaful

atau polisi insurans, pengendali takaful yang telah membuat pembayaran kepada

peserta boleh meminta pengendali takaful atau syarikat insurans lain yang

terbabit untuk menyumbang mengikut kadar bahagian masing-masing.

Page 29: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

29

3.2 INSURANS KONVENSIONAL

Insurans umumnya difahami sebagai pemindahan risiko daripada seseorang

individu atau sesebuah organisasi kepada syarikat insurans. Individu atau organisasi

tersebut kemudiannya dikenali sebagai pemegang polisi. Syarikat insurans akan

menerima bayaran daripada pemegang polisi dalam bentuk premium dan sekiranya

pemegang polisi ditimpa sebarang kerugian atau kerosakan, syarikat insurans akan

membayar pampasan kepada pemegang polisi tersebut.

3.2.1 PEMBAHAGIAN INSURANS

Mengikut Zaharuddin Abd Rahman (2007), insurans dibahagikan kepada dua

bentuk asas iaitu:

i. Insurans Bersifat Perniagaan / Komersial (Takmin Tijari)

Insurans ini adalah suatu kontrak perniagaan daripada jenis Kontrak Pertukaran

Wang (‘Uqud Mu’awadat Maliah). Ia mewajibkan syarikat insurans membayar

jumlah tertentu kepada pencarum insurans apabila berlaku kemalangan atau

musibah yang telah ditentukan di dalam kontrak (aqad) bersesuaian dengan

kadar-kadar tertentu. Bayaran yang diberi oleh pihak syarikat bergantung kepada

jumlah caruman pencarum. Insurans jenis inilah yang dikenali sebagai insurans

konvensional dan akan dibincangkan dengan lebih terperinci dalam tugasan ini.

ii. Insurans Kerjasama / Masyarakat (Takmin Ta’awun i atau Ijtima’ie)

Insurans ini pula adalah suatu kontrak berbentuk derma atau sumbangan

daripada sesuatu Badan Pengurusan Insurans Kerjasama kepada para

pencarumnya atas dasar saling bantu membantu untuk mengurangkan beban

musibah yang ditanggung oleh pencarum (ahli masyarakat). Ia tidak bertujuan

mengumpul atau mencari keuntungan daripada simpanan wang pencarum

kerana insurans jenis ini bukanlah suatu jenis perniagaan.

Page 30: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

30

Ulama tidak bersepakat dalam menentukan hukum bagi insurans konvensional

yang bersifat Perniagaan atau Komersial (Takmin Tijari) namun majoriti ulama

mengharamkannya. Sebaliknya, ulama’ bersepakat sebulat suara mengharuskan

pelaksanaan Insurans Kerjasama atau Insurans Masyarakat (Takmin Ta’awuni /

Ijtima’ie).

3.2.2 JENIS-JENIS INSURANS KONVENSIONAL

Terdapat dua jenis insurans konvensional utama yang disediakan oleh syarikat-

syarikat insurans pada masa kini. Kedua-duanya menawarkan dua polisi yang berbeza

dan melindungi aspek-aspek yang berlainan.

i. Insurans Hayat / Insurans Nyawa

Menurut Rosli Mahmood (1994), insurans nyawa menyediakan perlindungan

kewangan kepada seseorang terhadap perkara di luar jangkaan seperti kematian,

kecederaan atau ketidakupayaan. Insurans nyawa merupakan satu kontrak antara

pengambil polisi dengan syarikat insurans sebagai penanggung, untuk membayar

sejumlah wang tertentu bersama-sama dengan bonusnya, apabila polisi insurans ini

cukup tempohnya atau pengambil insurans meninggal dunia. Lazimnya, tempoh

perlindungan insurans hayat adalah lebih dari setahun. Ini bermakna bayaran premium

secara berkala sama ada secara bulanan, suku tahunan atau tahunan perlu dijelaskan

oleh pengambil insurans.

Terdapat beberapa risiko yang dilindungi insurans hayat iaitu:

i. Kematian

ii. Kematian dalam tempoh polisi

iii. Pendapatan semasa persaraan

iv. Penyakit

v. Hilang upaya

Page 31: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

31

Produk utama insurans hayat termasuklah:

i. Polisi Seumur Hidup

ii. Polisi Endowmen

iii. Polisi Bertempoh

iv. Polisi Berkaitan Pelaburan

v. Polisi Anuiti Hayat

vi. Polisi Rider Tambahan

vii. Polisi Perubatan dan Kesihatan

ii. Insurans Am

Insurans am pula merupakan polisi insurans yang melindungi seseorang individu

atau sesebuah organisasi sebagai pemegang polisi daripada sebarang kerugian atau

kerosakan yang ditanggung, selain daripada risiko yang dilindungi insurans hayat.

Untuk perlindungan yang menyeluruh, pemegang polisi perlu memahami risiko yang

dilindungi insurans am untuk memastikan harta atau diri terpelihara daripada sebarang

kejadian yang tidak diduga. Lazimnya, tempoh perlindungan untuk kebanyakan polisi

dan pelan insurans am adalah setahun yang memerlukan ada membayar premium

secara sekali gus.

Risiko yang dilindungi insurans am meliputi kerugian harta benda seperti

kecurian kereta atau kebakaran rumah, liabiliti yang wujud akibat kerosakan kepada

pihak ketiga yang disebabkan oleh pemegang polisi atau kematian disebabkan

kemalangan atau kecederaan

Produk utama yang ditawarkan dalam insurans am termasuklah:

i. Polisi Motor

ii. Polisi Kebakaran / Empunya Rumah / Isi Rumah

iii. Polisi Kemalangan Diri

iv. Polisi Perubatan Dan Kesihatan

Page 32: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

32

3.2.3 PERBEZAAN INSURANS HAYAT DAN INSURANS AM

Insurans Hayat Insurans Am Menginsuranskan seseorang atau hayatnya terhadap sebarang musibah sehingga ke suatu amaun tertentu (amaun diinsuranskan).

Menginsuranskan seseorang terhadap kerugian atau kerosakan selain daripada yang ditawarkan oleh perniagaan insurans hayat.

Tempoh perlindungan lebih daripada setahun dan pembayaran premium secara berkala sama ada secara bulanan, suku-tahunan atau tahunan.

Tempoh perlindungan selalunya setahun yang biasanya memerlukan pembayaran premium sekaligus.

Risiko yang dilindungi: • Kematian • Kematian dalam tempoh polisi • Pendapatan semasa persaraan • Penyakit • Hilang upaya

Risiko yang dilindungi: • Kecurian kereta / kebakaran rumah • Liabiliti yang wujud akibat kerosakan

kepada pihak ketiga yang disebabkan oleh pemegang polisi

• Kematian disebabkan kemalangan atau kecederaan

Produk utama: • Polisi Seumur Hidup • Polisi Endowmen • Polisi Bertempoh • Polisi Berkaitan Pelaburan • Polisi Anuiti • Polisi Perubatan dan Kesihatan

Produk utama: • Polisi Motor • Polisi Kebakaran / Empunya Rumah /

Isi Rumah • Polisi Kemalangan Diri • Polisi Perubatan Dan Kesihatan

3.2.4 PRINSIP ASAS INSURANS KONVENSIONAL

Secara umumnya, insurans dan takaful secara komersial yang diamalkan mempunyai

prinsip-prinsip asas yang sama iaitu:

i. Kepentingan Boleh Insurans

Pemegang polisi hendaklah mempunyai kepentingan terhadap barang atau hayat

yang diinsuranskan di mana sesuatu kerosakan atau kehilangan kepada harta benda

atau hayat yang diinsuranskan akan mengakibatkan mereka menanggung kerugian

kewangan. Sebagai contoh, sekiranya pemegang polisi menjual kereta milik mereka,

mereka juga sepatutnya berhenti daripada menginsuranskan kereta tersebut kerana

mereka tidak lagi mempunyai kepentingan boleh insurans. Sekiranya mereka terus

menginsuranskannya, syarikat insurans tidak akan membayar pampasan kepada

mereka sekiranya berlaku kerugian atau kerosakan terhadap kereta tersebut.

Page 33: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

33

ii. Penuh Percaya Mutlak

Kontrak insurans adalah kontrak atas dasar penuh percaya mutlak. Oleh itu,

pemegang polisi perlu mendedahkan semua fakta penting apabila membeli polisi.

Sekiranya mereka gagal mendedahkan mana-mana fakta penting, polisi tersebut

mungkin menjadi tidak sah.

iii. Indemniti

Hanya digunapakai untuk kerosakan fizikal sesuatu harta benda (contohnya,

kerosakan ke atas bangunan atau kenderaan bermotor) di mana kerugian tersebut

boleh dinilai dari segi kewangan. Pemegang polisi tidak boleh ‘mendapat keuntungan’

daripada polisi insurans. Sekiranya mereka mengalami kerugian, syarikat insurans akan

membayar atau meletakkan mereka kepada keadaan yang sama sebelum berlaku

kerugian.

iv. Sumbangan

Adalah tidak perlu membeli lebih daripada satu polisi untuk melindungi sesuatu

harta. Sekiranya membeli lebih daripada satu polisi, pemegang polisi hanya boleh

membuat satu tuntutan sahaja apabila berlaku kerugian atau kerosakan terhadap harta

tersebut. Amaun yang boleh dibayar tersebut akan disumbangkan oleh syarikat-syarikat

insurans yang terlibat. Walau bagaimanapun, seseorang itu boleh membeli lebih

daripada satu polisi sekiranya ingin memiliki perlindungan hayat.

3.2.5 KONTRAK INSURANS KONVENSIONAL

Secara umumnya, insurans konvensional difahami sebagai suatu kontrak antara

pihak yang diinsuranskan dan penanggung insurans. Kontrak insurans adalah terbentuk

antara pemegang polisi dan syarikat insurans. Walau bagaimanapun, tidak pernah

diberikan definisi yang tepat dan jelas dan jelas oleh mana-mana satut ataupun

undang-undang kes. Dalam Akta Insurans 1996, tidak terdapat definisi insurans tetapi

terdapat definisi insurans polisi hayat atau nyawa iaitu dalam seksyen 152(3):

Page 34: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

34

In this section, “insuring the life of person” means insuring the payment of

moneys on a person’s death or on the happening of any contingency dependent on the

termination or continuance of his life and includes granting an annuity to commence on

his death or at a time referred to in the annuity.

Oleh sebab ia adalah suatu kontrak, setakat mana yang relevan, prinsip-prinsip

am undang-undang kontrak adalah terpakai kepada kontrak insurans. Kontrak insurans

memerlukan kepada beberapa elemen seperti yang diperlukan dalam kontrak biasa

iaitu tawaran, penerimaan, balasan dan tujuan yang sah dan niat mengikat dari segi

undang-undang (Seksyen 10 (1) akta Kontrak 1950). Mengikut para sarjana, dengan

perkembangan terkini industri insurans, sekarang ini boleh dikatakan insurans sudah

mempunyai undang-undang tersendiri yang berbeza dengan undang-undang kontrak

(Zaini Nasohah, 2004).

Manakala daripada perspektif Akta Kontrak 1950, kontrak insurans, secara

amnya boleh didefinisikan sebagai suatu kontrak di mana satu pihak yang dikenali

sebagai penanggung insurans berjanji untuk membayar kepada satu pihak yang lain

yang dikenali sebagai pihak yang diinsuranskan sejumlah wang atau sesuatu yang

mempunyai nilai wang apabila berlakunya sesuatu hal perkara yang diinsuranskan

sebagai balasan kepada pembayaran wang yang dikenali sebagai premium. Balasan

dalam konteks kontrak insurans adalah dalam bentuk pembayaran premium daripada

pihak yang diinsuranskan dan pembayaran sejumlah wang oleh penanggung insurans

kepada pihak yang diinsuranskan (Tan Lee Meng, 1989).

Menurut Zaharudin (2007), kontrak insurans lazimnya mengandungi item-item

seperti yang berikut:

i. Redha antara kedua-dua belah pihak iaitu antara syarikat insurans dengan pihak

pencarum). Ia ibarat kontrak yangg mengandungi aspek ijab dan qabul.

ii. Pihak yang memberi insurans iaitu pihak syarikat insurans.

iii. Pencarum iaitu individu yang membayar jumlah tertentu dan yang membuat

penjanjian dengan syarikat insurans.

Page 35: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

35

iv. Penerima manfaat seperti seperti anak, isteri dan sebagainya.

v. Kebahayaan atau musibah mengikut jenis-jenis musibah atau kemalangan yang

diandaikan telah ditentukan dalam kontrak seperti kecurian, kebakaran,

kecederaan, kematian dan lain-lain.

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, kontrak insurans berbeza dengan kontrak

biasa. Walaupun kontrak insurans mestilah suatu kontrak yang sah, mengikat dan yang

boleh dikuatkuasakan di bawah undang-undang tetapi penanggung insurans mestilah

mempunyai obligasi di sisi undang-undang untuk membayar wang insurans kepada

pihak yang diinsuranskan. Jika pihak penanggung insurans tersebut mempunyai kuasa

budi bicara sama ada untuk membayar atau tidak kepada pihak yang diinsuranskan,

maka ia tidak boleh menjadi kontrak insurans.

Begitu juga kontrak insurans berlaku apabila terjadinya sesuatu perkara yang

diinsuranskan di mana:

i. Hal perkara yang diinsuranskan mestilah bertentangan dengan kepentingan

pihak yang diinsuranskan.

ii. Hal perkara yang dinsuranskan mestilah tidak pasti dari aspek sama ada ia

berlaku atau tidak; masa atau bila ia akan berlaku dan setakat mana ia akan

berlaku.

iii. Hal perkara yang diinsuranskan mestilah tidak pasti pada masa kontrak dibuat.

iv. Premium hendaklah dibayar oleh pihak yang diinsuranskan untuk memastikan

polisi insurans berkuatkuasa sepanjang tempoh yang diinsuranskan.

v. Pihak yang diinsuranskan mestilah mempunyai kepentingan yang boleh

diinsuranskan terhadap nyawa atau harta benda yang diinsuranskan.

Page 36: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

36

Dalam insurans konvensional, kontrak insurans berlaku antara pemegang polisi

atau pihak yang diinsuranskan dengan penanggung insurans. Kontrak insurans tidak

berlaku sesama pemegang polisi. Sebenarnya, dalam insurans konvensional pihak

penanggung insurans menjual polisi insurans kepada pihak yang diinsuranskan. Kontrak

di sini ialah kontrak Mu'awadat Maliah (Pertukaran Jual Beli) dan ini melibatkan doktrin

balasan seperti yang telah dijelaskan sebelum ini.

Hal ini berbeza dengan kontrak takaful, di mana kontrak takaful berlaku antara

peserta dengan peserta iaitu masing-masing menjadi pihak yang diinsuranskan dan

penanggung insurans apabila mereka bersetuju untuk menyumbang kepada dana

takaful. Manakala pengendali takaful hanya bertindak sebagai pengurus dan wakil

kepada para peserta dalam mengurus segala aktiviti insurans. Kontrak yang dibuat pula

berbentuk mudharabah dan pelaburan daripada dana takaful yang dikumpul dilakukan

dengan tujuan memperkembangkan lagi dana takaful yang sedia ada.

Kontrak insurans konvensional yang berasaskan kepada penjualan polisi inilah

yang menjadi sebab utama mengapa insurans konvensional diharamkan oleh Majlis

Fatwa Kebangsaan pada tahun 1972:

Bahawa insurans nyawa sebagaimana yang dijalankan oleh syarikat-syarikat insurans

yang ada pada hari ini adalah satu muamalat yang fasid kerana tidak sesuai dengan

prinsip-prinsip Islam dari segi akadnya yang mengandungi gharar (tidak ketentuan),

unsur judi dan muamalat riba maka hukumnya adalah haram (Othman Haji Ishak,

1981).

Penjualan sesuatu yang tidak tentu adalah tergolong dalam larangan gharar

maka dengan itu keseluruhan kontrak itu dianggap batal dan tidak sah walaupun ia

mempunyai niat dan matlamat yang baik iaitu memberikan perlindungan atau indemniti

kepada pemegang polisi.

Page 37: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

37

2.3.1 PENDAPAT ULAMA TERHADAP INSURANS

Konsep insurans dari kacamata Islam mula dibicarakan oleh Sheikh Muhammad

Amin atau lebih dikenali sebagai ‘Ibnu Abidin’. Beliau membicarakan insurans

perkapalan di zaman Khalifah Uthmaniah dan berpendapat bahawa bentuk insurans

pada masa itu tidak dibenarkan oleh syara’. Namun, beliau membolehkan menerima

pampasan jika perjanjian itu dilakukan di negara bukan Islam.

Pada tahun 1965, Kongres Penyelidikan Islam yang berlangsung di Kaherah

telah membincangkan persoalan hukum insurans dalam dunia Islam. Seterusnya, satu

lagi persidangan peringkat antarabangsa iaitu Persidangan Antarabangsa Pertama

Mengenai Ekonomi Islam yang diadakan di Mekah pada tahun 1971 telah turut

membincangkan persoalan mengenai insurans.

Pada 15 Jun 1972, Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia dalam persidangan yang

kelima telah memutuskan bahawa insurans nyawa sebagaimana yang dijalankan oleh

syarikat-syarikat insurans adalah suatu muamalat yang fasid (rosak), tidak sah dan

tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam khususnya dari segi akad kerana

mengandungi unsur-unsur gharar (ketidakpastian), maisir (judi) dan riba. Kontrak

insurans konvensional yang berasaskan kepada penjualan polisi antara pemegang

polisi atau pihak yang diinsuranskan dan penanggung insurans menjadi sebab utama

kenapa insurans konvensional diharamkan.

Pada tahun 1985, Majlis Tertinggi Ulama di Mekah, Arab Saudi, Majma’ al-Fiqh,

telah mencadangkan sistem takaful yang mengikut hukum syarak sebagai alternatif

kepada insurans. Dalam cadangan berkenaan, kontrak tabarru’ diperkenalkan untuk

menghindari unsur-unsur gharar dan maisir. Hasil persidangan-persidangan yang telah

diadakan berkenaan dengan insurans telah mencetuskan kesedaran untuk

menjalankan sistem insurans yang mengikut syariat Islam. Atas kesedaran tersebut,

para ulama telah mencadangkan agar sistem insurans haruslah disandarkan kepada

konsep takaful.

Page 38: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

38

Menurut para ulama’, khususnya Syeikh Muhammad Al-Ghazali dan Syeikh

Yusuf Al-Qardawi, sistem takaful perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

i. Setiap peserta yang menyerahkan wang sumbangannya harus disertai dengan

niat untuk membantu demi menegakkan prinsip ukhwah. Sebahagian daripada

wang yang terkumpul digunakan untuk membantu mereka yang memerlukan.

ii. Apabila wang sumbangan itu diperniagakan, hendaklah mengikut syarak

contohnya melabur dalam pelaburan yang dibenarkan oleh syarak.

iii. Seseorang itu tidak boleh menyerahkan wang sumbangannya dengan tujuan

untuk mendapat imbalan yang berlipat ganda apabila terjadi musibah tetapi ia

diberikan pampasan menurut persetujuan bersama.

iv. Konsep tabarru’ sama dengan hibah atau pemberian. Sehubungan dengan itu,

haram hukumnya ditarik kembali. Sekiranya terjadi sesuatu peristiwa, haruslah

diselesaikan menurut syara’.

3.2.7 UNSUR-UNSUR YANG DILARANG DALAM INSURANS

Majoriti ulama’ berpendapat kontrak insurans konvensional tidak selaras dengan

kehendak hukum syara’ kerana mengandungi unsur-unsur berikut:

i. Gharar (Ketidakpastian)

Menurut laporan Badan Petugas Penubuhan Pengendali Insurans Secara Islam

di Malaysia, “Adalah jelas di dalam kontrak insurans yang diamalkan sekarang

mengandungi elemen gharar kerana Ma’qud Alaih (barang) tidak jelas.”

Unsur-unsur gharar ini berkait rapat dengan hal yang berikut iaitu:

a. Tidak diketahui dengan jelas sama ada dapat atau tidak bayaran yang

dijanjikan.

b. Tidak diketahui berapakah kadar bayarannya.

c. Tidak diketahui bilakah masanya.

Page 39: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

39

Kontrak insurans mengandungi unsur gharar kerana apabila tidak berlaku

tuntutan, satu pihak (syarikat insurans) akan mendapat semua keuntungan (premium)

sementara satu pihak lagi (pemegang polisi) tidak mendapat sebarang keuntungan

sedangkan kontraknya adalah berasaskan jual beli.

Keadaan ini bertepatan dengan definisi “gharar” yang diterangkan oleh Ibnu

Taimiyyah rahimahullah “Gharar dalam kontrak berlaku apabila satu pihak mendapat

keuntungan sementara sebelah pihak lagi tidak menerimanya.”

Bahkan jelas Rasulullah SAW bersabda dalam hadith yang sahih bahawa

Baginda “Melarang daripada urusniaga yg mengandungi gharar” (Riwayat Muslim)

Dalam kedua-dua keadaan insurans nyawa dan insurans am, pemegang polisi,

mengikut perjanjian yang ditandatangani, bersetuju membayar sejumlah caruman bagi

tempoh tertentu dan syarikat pula memberi jaminan akan membayar sejumlah

pampasan apabila berlaku bencana kepada pemegang polisi. Namun begitu, syarikat

tidak menjelaskan bagaimana jumlah pampasan yang dijanjikan itu dihasilkan dan

bagaimana kerugian dapat dinilai dalam bentuk wang sebelum bencana itu berlaku.

Sekalipun diandaikan benda yang dipersetujui itu pasti namun tiada satu pihak pun

yang mengetahui nilai sebenar pampasan yang sepatutnya dibayar pada masa

pampasan itu harus dibayar. Oleh itu, kontrak dibuat hanyalah berlandaskan andaian

(ihtimal) semata-mata dan sudah jelas mengandungi unsur ketidakpastian (gharar).

Begitu juga pemegang polisi tidak akan menerima sebarang pengambilan

premium atau sekiranya diberi tetapi kaedah pengiraannya tidak berasaskan prinsip

sama rata, apabila pemegang polisi membatalkan atau menamatkan polisi insurans

sebelum genap tempohnya yang tertentu.

Contohnya dalam situasi hari ini, sekiranya si fulan mencarum telah mencarum

RM1000 hari ini dan tiba-tiba berlaku kecurian kereta yang diinsuranskan, mana

mungkin jumlah insurans yang diperolehinya berlipat ganda berdasarkan pakej insurans

Page 40: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

40

yang ditawarkan oleh syarikat tertentu. Bukankah ini membebankan syarikat? Jelas

sekali unsur gharar dalam situasi ini menyebabkan ketidakadilan berlaku kepada

syarikat insurans tersebut. Begitu juga, sekiranya pencarum mencarum sehingga suatu

jumlah RM 100,000 sedangkan keretanya tidak pernah ditimpa sebarang musibah

selama 30 tahun. Sudah tentu pencarum akan tertanya-tanya bagaimana dengan wang

yang dicarum selama ini? Adakah akan hangus begitu sahaja? malah kiranya ditimpa

musibah, kemungkinan jumlah yg diperolehi hanyalah ¼ daripada carumannya.

Bukankah pencarum pula yang tertindas?

Inilah yang disebut ketidakpastian (gharar) yang dilarang oleh Islam. Islam

agama yang syumul dan telah menetapkan syarat-syarat tertentu dalam urusan jual beli

agar tiada pihak yang teraniaya. Justeru, Islam menggariskan beberapa syarat sah

urusniaga jual beli dan tanpanya jual beli dan kontrak dianggap fasid (rosak). Menurut

Zaharuddin Abd Rahman (2007), syarat-syarat yang perlu dipatuhi ialah:

i. Timbangan yang maklum (diketahui jelas jika jualan jenis yang ditimbang).

ii. Barang dan harga yang jelas dan dimaklumi (tidak boleh harga yang dijahili

ketika beli).

iii. Penjualan barangan tidak dihadkan kepada tempoh tertentu masa yang jelas.

iv. Mempunyai tempoh tangguh yang dimaklumi (sama ada tempoh serah barang

mahupun harga) sekiranya melibatkan urusniaga jualan tangguh.

v. Kedua-dua pihak hendaklah redha dengan urusniaga yang dijalankan.

vi. Sama nilai dan timbangan serta penyerahan di dalam majlis yang sama tanpa

tangguh dalam urusniaga item ribawi.

Ringkasnya, kontrak insurans adalah dikira haram kerana wujudnya unsur gharar

(ketidakpastian) dan ketidaktentuan perkara yang dikontrakkan itu. Dr. Muhammad

Abdul Mun’im al-Jammal turut menegaskan terdapat kelemahan dan keburukan dalam

sistem insurans konvensional iaitu gharar (ketidakpastian) dan jahalah (kesamaran)

serta unsur perjudian dan pergadaian (pertaruhan).

Page 41: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

41

ii. Maisir (Perjudian)

Dalam konteks insurans, para ulama’ menyatakan maisir dan gharar mempunyai

kaitan yang amat rapat. Ini bererti jika sesuatu transaksi itu mengandungi unsur gharar

maka dengan sendirinya unsur maisir (judi) akan turut serta. Kaitan antara keduanya

adalah terlalu rapat dan saling berkait.

Islam menganggap sebagai suatu perjudian apabila seseorang pemegang polisi

insurans nyawa meninggal dunia sedangkan tempoh perjanjiannya belum lagi tamat

dan hanya membayar sebahagian premium yang dipersetujui tetapi kemudian diberikan

pula pampasan yang tidak dijelaskan asal-usulnya. Syarikat insurans boleh mengalami

keuntungan atau kerugian disebabkan tuntutan yang seolah-olah bergantung kepada

nasib disebabkan wujudnya unsur gharar. Keuntungan daripada nasib ini dianggap

seperti berjudi. Demikian menurut As-Syeikh Bakhit al-Mut’ie, juga ulama’ lain.

Pencarum pula ketika mencarum mengharapkan dengan carumannya yang sedikit, ia

boleh mendapat sejumlah wang yang lumayan sekiranya berlaku musibah. Ini juga

merupakan suatu perjudian.

Bagaimanapun Prof. Mustafa Zarqa’ menolak unsur ini terdapat dalam insuran.

Beliau berpendapat: “Sesungguhnya judi adalah suatu permainan yang bergantung

kepada nasib dan ia bertentangan dengan akhlak kemanusiaan. Di mana letaknya

anggapan insurans bersifat judi sedangkan ia adalah suatu sistem yang tegak di atas

dasar untuk membantu mengurangkan beban manusia ketika ditimpa musibah…”

Walau bagaimanapun, Syeikh Muhd Abu Zuhrah telah menolak hujah ini kerana

terdapat insurans unsur ‘mukhatarah’ (nasib dan musibah dan bahaya). Dr Muhd Baltaji

menambah, bahawa inilah sebab utama ia dianggap judi yang diharamkan, aspek sama

ada ia boleh membawa permusuhan atau tidak bukanlah sebab utama. Malah jelas

bahawa insurans adalah suatu kontrak yg dibuat terhadap satu perkara yang tidak pasti

dari kedua-dua pihak (kedua pihak tidak tahu jumlah yang diperolehi dan apa pula yang

akan dibayar).

Page 42: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

42

Apa yang disebut oleh Syeikh Zarqa’ hanyalah suatu pandangan yang tidak

dapat lari dari hakikat bahawa unsur judi wujud dalam insuran dan dasar bantu yang

disebutkan adalah tidak tepat kerana syarikat insurans ditubuhkan atas dasar

perniagaan yang ingin untung bukan dasar bantu membantu. Ia berbeza dengan

insurans ta’awuni yang dihalalkan Islam (akan disebutkan selepas ini). Demikianlah

hujah utama kumpulan ulama’ yg mengharamkan Insuran Konvensional yang bersifat

perniagaan.

Kesimpulannya, maisir (judi) dalam kontrak insurans wujud bilamana:

i. Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih

besar jumlahnnya.

ii. Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungi (the insured

event) tidak berlaku.

iii. Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang meletakkan jumlah

premium yang diterima.

Keseluruhan asas kontrak insurans adalah berdasarkan sesuatu kejadian yang

tidak pasti terjadi yang mana ianya mungkin berlaku atau tidak. Asas sebegini lebih

merupakan satu pertaruhan atau loteri. Pembayaran pampasan yang tertakluk kepada

bencana yang belum pasti terjadi itu menjadikan kontrak insurans sebagai suatu

pertaruhan.

iii. Riba

Menurut Zaharuddin Abd Rahman (2007), unsur riba jelas wujud dalam insurans

konvensional apabila syarikat insurans membayar jumlah tertentu kepada pencarum

yang ditimpa musibah. Ia dianggap riba kerana wang (dari pencarum) berbalas wang

(dari syarikat) dengan jumlah yang berbeza sedangkan wang termasuk dalam enam

item ribawi yang disebutkan Nabi SAW dalam hadisnya.

Page 43: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

43

Nabi SAW telah mensyaratkan dengan jelas dan nyata, apabila bermuamalah

antara dua item ribawi yang sama jenis iaitu dalam konsep insurans konvensional

adalah matawang, mestilah dgn syarat:

a. Sama timbangan (mathalan bi mathalin iaitu jika melibatkan timbangan seperti

beras, gandum, garam dan lain-lain)

b. Sama Nilai (mathalan bi mathalin)

c. Hendaklah diserahkan ketika muamalah dilakukan (yadan diyadin).

Syarat ini bersumber dari hadith Nabi SAW :

) رواه البخاري ومسلم(ال تبيعوا الذهب بالذهب إال مثال مبثل، وال تشفوا بعضها على بعض

Mafhumnya : Jangan kamu menjual emas dengan emas kecuali bersamaan nilai dan

timbangannya, jangan kamu melebihkan salah satu darinya di atas yg lain.”

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Manakala dalam hadis yang lain, baginda SAW bersabda:

) مسلم رواه( سواء بسواء مثال مبثل وزن بوزن إالوال الورق بالورق ال تبيعوا الذهب بالذهب

Mafhumnya : “Jangan kamu menjual emas dengan pulangan emas, perak dengan

pulangan perak kecuali (mestilah ia) dalam timbangan yang sama, nilai yang sama.”

Menurut Abd. Latif Muda et.al. (1997), riba al-fadlu berlaku apabila ada

pertambahan dengan sebab ada pertukaran barang atau jual beli dengan salah satu

jenis barang yang sama jenis. Dalam konteks ini, pencarum mendapat pulangan wang

dengan jumlah yang berbeza daripada jumlah carumannya maka berlakulah Riba al-

Fadl. Hal ini jelas disebabkan tidak ada kesamaan nilai dalam urusniaga dua item ribawi

yang dijalankan.

Manakala pembayaran bertangguh dalam dua barangan ribawi pula

menyebabkan berlakunya Riba An-Nasi’ah sedangkan jelas Allah telah mengharamkan

sebarang urusniaga yang mengandungi unsur riba berdasarkan firman Allah SWT:

Page 44: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

44

šÏ% ©!$# tβθè= à2ù' tƒ (#4θt/ Ìh�9 $# Ÿω tβθ ãΒθ à)tƒ āω Î) $ yϑx. ãΠθ à)tƒ ” Ï%©!$# çµäÜ ¬6 y‚tF tƒ ß≈sÜ ø‹ ¤±9$# z ÏΒ Äb§yϑø9 $# 4 y7Ï9≡sŒ

öΝ ßγ‾Ρr' Î/ (# þθä9$s% $ yϑ‾ΡÎ) ßìø‹t7ø9 $# ã≅÷W ÏΒ (#4θ t/Ìh�9 $# 3 ¨≅ym r&uρ ª! $# yìø‹ t7ø9 $# tΠ§� ym uρ (#4θt/Ìh�9 $# 4 yϑsù …çνu!%y ×πsà Ïãöθ tΒ ÏiΒ ÏµÎn/ §‘

4‘ yγtFΡ$$ sù …ã& s#sù $ tΒ y#n= y™ ÿ…çν ã� øΒr& uρ ’ n< Î) «! $# ( ï∅tΒuρ yŠ$ tã y7Í×‾≈s9 'ρ é' sù Ü=≈ysô¹ r& Í‘$ ¨Ζ9 $# ( öΝèδ $ pκ�Ïù šχρà$ Î#≈yz

∩⊄∠∈∪

Maksudnya: “Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul

melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang

kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan:

"Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah

menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang

telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari tuhannya lalu ia berhenti (dari

mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu)

adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang

mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal

di dalamnya.”

(Surah Al-Baqarah: ayat 275)

Abd. Latif Muda et.al. (1997) menjelaskan bahawa riba an-Nasiah adalah riba

yang berlaku disebabkan lambat membayar atau penangguhan bayaran hutang atau

pinjaman. Dalam konteks insurans konvensional, sudah pasti berlaku penangguhan di

mana pemegang polisi hanya akan menerima wang premium dalam jumlah tertentu dari

syarikat insurans sekiranya ditimpa musibah. Pemegang polisi juga akan dikenakan

bunga mengikut kadarnya yang tertentu sekiranya mereka terlewat membayar premium

dan ini nyata melibatkan riba.

Selain itu, urusniaga pinjaman dari polisi yang ditawarkan kepada peserta dalam

sesetengah produk insurans hayat pastinya melibatkan riba. Dalam sistem kemudahan

pinjaman ini, syarikat insurans akan mengenakan bayaran faedah dengan kadar yang

Page 45: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

45

telah ditetapkan ke atas pemegang polisi yang membuat pinjaman. Jelas sekali bahawa

bayaran faedah tersebut merupakan riba yang dilarang oleh Islam.

Prof. Dr Muhd Baltaji, menjelaskan bahawa kontrak insurans ini sama sekali

tidak boleh lari dari Riba An-Nasiah. Beliau juga menegaskan bahawa mana-mana

hujah untuk lari dari anggapan riba ini adalah suatu helah yang tidak sah menurut

pandangan syarak. Justeru insuran mengandungi kedua-dua jenis riba lalu ia digelar

Riba An-Nasa’. (Zaharuddin Abd Rahman, 2007)

Perlu disedari bahawa insuran konvensional yang banyak diamalkan di Malaysia

pada hari ini adalah bersifat perniagaan (Takmin Tijari) di mana syarikat insurans

mengganggap usaha mereka adalah sebagai satu perniagaan yang bertujuan mencari

keuntungan. Justeru, secara jelas kontrak yang dipersetujui oleh pencarum dan syarikat

adalah termasuk katergori Aqud Mu’awadah Maliah (Kontrak Pertukaran Harta) dengan

cara perniagaan. Semua kontrak yang terlibat dengan item ribawi mestilah menjaga tiga

syarat yang telah disebutkan. Jika tidak, ia termasuk dalam hukum riba yang

diharamkan.

Walapun terdapat pencarum yang tidak berniat mencari keuntungan dari

carumannya bahkan niatnya hanya untuk mendapatkan jaminan perlindunga kewangan

terhadap diri, keluarga dan harta benda yang berkepntingan ia tetap dikategorikan

sebagai riba. Zahir urusniaga insurans cukup untuk mengkategorikannya sebagai riba,

walaupun maksudnya tidak selari dengan riba yang sebenarnya iaitu berniat mencari

keuntungan.

Elemen riba turut wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan yang akan

digunakan dalam pembayaran pampasan kepada pemegang polisi. Keseluruhan

simpanan tabungan wang syarikat insurans dilaburkan pada pelaburan yang

berasaskan riba dan amalan-amalan lain yang tidak diluluskan oleh syarak.

Page 46: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

46

3.2.8 PERBEZAAN TAKAFUL DAN INSURANS

Sebenarnya perbezaan amalan perniagaan yang dijalankan oleh pengendali

takaful dan syarikat konvensional adalah dari segi pelaburan dan konsep penjaminan.

Urusniaga takaful hanya dibenarkan untuk melabur dana yang diterima daripada

peserta dalam pelaburan yang dibenarkan oleh syara’. Dalam perkara penjaminan,

yang menjamin peserta-peserta takaful bukanlah syarikat takaful tetapi peserta-peserta

itu sendiri. Segala bayaran tuntutan dikeluarkan daripada tabung yang telah terkumpul,

sedangkan pengendali takaful hanya berfungsi sebagai pengusaha tabung wang

peserta-peserta takaful. Konsep ini berbeza dengan syarikat insurans konvensional di

mana syarikat insurans itu sendiri yang menjamin peserta-peserta insurans.

Sistem saling bantu-membantu yang menjadi teras kepada prinsip insurans,

pada dasarnya tidak bercanggah dengan syariah. Apa yang membezakannya ialah

wujudnya unsur-unsur yang merosakkan kontrak tersebut. Ulama telah bersepakat

menyatakan perlindungan kepada anggota masyarakat bagi menghadapi kemungkinan

bencana, boleh disediakan selaras dengan kehendak syariah melalui takaful.

Page 47: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

47

PERBANDINGAN ANTARA TAKAFUL DENGAN INSURANS KONVEN SIONAL

Takaful Insurans Konvensional Gabungan kontrak tabarru' (derma) sesama peserta takaful, mudharabah (berkongsi keuntungan) dan wakalah antara pengendali takaful dengan pihak yang diinsuranskan.

Kontrak Mu'awadat Maliah (Pertukaran Jual Beli) antara pemegang polisi dan syarikat insurans.

Peserta membuat caruman ke dalam skim dan saling menjamin sesama sendiri di bawah skim yang disertai.

Pemegang polisi membayar premium kepada syarikat insurans dan syarikat memberi jaminan kepada pemegang polisi berdasarkan faktor-faktor komersial.

Wang pencarum tidak dikira sebagai wang syarikat malah ia diasingkan dan tidak dimiliki oleh pengendali.

Wang pelanggan dianggap wang syarikat insurans dan dimiliki syarikat sejurus selepas dibayar oleh pelanggan.

- Pengendali takaful bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar manfaat takaful daripada kumpulan wang takaful.

- Sekiranya berlaku kekurangan dalam kumpulan wang takaful, pengendali takaful akan menyediakan pinjaman tanpa faedah (Qardhul Hasan) untuk menampung kekurangan berkenaan.

Syarikat insurans bertanggungjawab membayar manfaat insurans seperti daripada asetnya (kumpulan membayar manfaat takaful wang insurans dan kumpulan wang daripada kumpulan wang pemegang saham).

Aset kumpulan wang takaful dilaburkan dalam instrumen yang memenuhi kehendak Syariah.

Tidak terdapat sekatan selain sekatan yang dikenakan untuk tujuan kehematan.

- Keuntungan hasil pelaburan dari kumpulan wang pencarum tidak dimiliki oleh syarikat kecuali nisbah yang disumbang dari wang syarikat sendiri.

- Baki keuntungan adalah milik tabung kumpulan wang pencarum.

Keuntungan yang dihasilkan dari kumpulan wang pencarum adalah dimiliki sepenuhnya oleh syarikat. Ia juga adalah objektif utama syarikat insuran.

Keuntungan akan dikongsi bersama antara pengendali takaful dan peserta berdasarkan kontrak mudharabah atau yuran prestasi pelaburan.

Keuntungan diagih mengikut keputusan syarikat.

Lebihan, untung atau pulangan dipegang oleh tabung untuk dibahagikan semula kepada pencarum.

Pencarum tidak berhak untuk mendapat sebarang bahagian dari 'surplus'.

Mempunyai Majlis Pengawasan Syariah Tiada Majlis Pengawasan Syariah Mematuhi hukum syara’ dan bebas daripada unsur-unsur riba, gharar dan maisir.

Tidak mematuhi hukum syara’ dan banyak unsur-unsur riba, gharar dan maisir.

Page 48: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

48

4.0 KELEBIHAN DAN KELEMAHAN SISTEM INSURANS KONVENS IONAL DAN

TAKAFUL

4.1 SISTEM TAKAFUL

4.1.1 KELEBIHAN SISTEM TAKAFUL

Sistem takaful mempunyai banyak kelebihan berbanding insurans konvensional

yang hanya berobjektifkan keuntungan semata-mata. Antara kelebihan-kelebihan yang

terdapat dalam sistem takaful ialah:

1. Jaminan Perlindungan Kewangan Berlandaskan Prins ip-prinsip Islam

Secara umumnya, takaful diwujudkan sebagai alternatif kepada sistem insurans

konvensional yang telah diperakukan oleh sebahagian besar ulama’ dan fuqaha’ Islam

sebagai tidak memenuhi kehendak syarak. Oleh itu, kelebihan utama sistem ini

sebagaimana insurans konvensional adalah dapat memberi jaminan perlindungan

kewangan kepada peserta-peserta mengikut garis panduan yang telah ditetapkan

syarak. Menurut Sobri Salamon (1989), pembentukan sistem takaful merupakan hasil

kerjasama antara para intelektual Islam dengan golongan profesional dalam bidang

ekonomi dan kewangan sebagai usaha mencari jalan ke arah pelaksanaan ekonomi

yang halal. Bagi memastikan dan menyakinkan bahawa kajian dan percubaan ini akan

berjaya, panduan-panduan telah diambil daripada syarikat-syarikat mudharabah secara

Islam sedia ada yang menjalankan aktiviti di beberapa negara Islam.

Secara ringkasnya, dalam sistem takaful, skim perlindungan yang disediakan

adalah berbentuk perlindungan bersama di kalangan peserta-peserta skim takaful.

Konsep saling menyumbang dan saling melindungi di kalangan peserta takaful adalah

unik berbanding dengan kebanyakan skim insurans konvensional kerana kontrak

takaful hanyalah di kalangan sesama peserta sahaja. Sebaliknya pihak syarikat

pengendali takaful hanya berfungsi sebagai pengurus yang aktif berkenaan skim

perlindungan tersebut. Oleh itu, syarikat pengendali takaful bukanlah sebagai pihak

Page 49: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

49

yang memberikan perlindungan sebaliknya para peserta takaful bertanggungjawab

sebagai pihak yang memberi perlindungan selain menjadi pihak yang dilindungi.

2. Bayaran Caruman Secara Berkala dalam Takaful Kel uarga

Sebagaimana kaedah pembayaran secara berkala yang diamalkan oleh syarikat

insurans hayat, pencarum takaful keluarga juga diberi pilihan dalam membayar

caruman sama ada secara bulanan, suku-tahunan, setengah-tahunan atau tahunan

dengan kadar minimum yang telah ditetapkan oleh pengendali takaful.

Namun begitu, pencarum yang terlewat membayar wang caruman dalam sistem

takaful tidak akan dikenakan sebarang bayaran faedah kerana unsur-unsur riba sangat

dilarang dalam Islam. Hal ini berbeza dengan syarikat insurans yang mengenakan

bayaran faedah kepada pencarum yang terlewat menjelaskan bayaran premium.

3. Perkongsian Untung Antara Syarikat dan Peserta-P eserta Takaful Melalui

Kontrak Mudharabah

Kontrak yang diamalkan dalam sistem takaful adalah selaras dengan hukum

syarak iaitu berdasarkan prinsip takaful dan mudharabah. Al-Takaful ialah saling

menjamin manakala Al-Mudharabah ialah perjanjian berkongsi untung dalam

perniagaan di antara pemodal atau pembekal dana (peserta takaful) bagi suatu usaha

niaga dengan penguasaha (pengendali takaful).

Perniagaan al-Takaful yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat pengendali

takaful di Malaysia boleh digambarkan sebagai suatu usaha niaga berkongsi untung

dengan sekumpulan peserta yang saling menjamin antara satu sama lain daripada

kehilangan atau kemusnahan tertentu yang menimpa ke atas mana-mana peserta

seperti kematian dan bencana.

Page 50: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

50

Dalam sistem takaful, wang pencarum tidak dikira sebagai wang syarikat malah

ia diasingkan dan tidak dimiliki oleh pengendali. Pengendali takaful hanya bertindak

sebagai pentadbir skim dan membayar manfaat takaful daripada kumpulan wang

takaful. Bahkan jika berlaku kekurangan dalam kumpulan wang takaful, pengendali

takaful akan menyediakan pinjaman tanpa faedah (Qardhul Hasan) untuk menampung

kekurangan berkenaan.

Melalui kontrak Mudharabah, peserta diberi hak untuk turut berkongsi

keuntungan yang diperolehi melalui pelaburan aset kumpulan wang takaful berdasarkan

nisbah yang telah dipersetujui. Manakala lebihan untung atau pulangan dipegang oleh

tabung untuk dibahagikan semula kepada pencarum. Jelas di sini bahawa keuntungan

hasil pelaburan dari kumpulan wang pencarum tidak dimiliki oleh syarikat kecuali nisbah

yang disumbang dari wang syarikat sendiri.

Berbeza dengan sistem insurans konvensional di mana keuntungannya diagih

mengikut keputusan syarikat insurans tersebut. Keuntungan yang diperolehi oleh

pengendali takaful juga tidak diragui dari segi kehalalannya kerana pelaburan dilakukan

dalam instrumen yang memenuhi kehendak Syariah berdasarkan garis panduan yang

diberikan oleh Majlis Pengawasan Syariah.

4. Bermanfaat kepada keluarga apabila peserta meni nggal dunia

Menurut Dr. Sobri Salamon (1989), apabila seseorang peserta yang meninggal

dunia sebelum tempoh skim perlindungan takaful keluarga yang disertainya matang,

maka waris-warisnya akan menerima bayaran manfaat takaful seperti berikut :

a) Semua ansuran caruman takaful yang dibayar oleh peserta sebelum ia

meninggal dunia sebagaimana yang telah terkumpul dalam akaun pesertanya

dan bahagian keuntungan pelaburan yang diperuntukkan kepadanya mengikut

perjanjian al-Mudharabah.

Page 51: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

51

b) Baki ansuran caruman takaful yang sepatutnya dibayar oleh peserta jika dia tidak

meninggal dunia dan terus mengekalkan penyertannya. Jumlah baki ini adalah

dikira dari tarikh selepas kematiannya sehingga tarikh skim perlindungan yang

disertainya itu matang. Bayaran baki ansuran caruman ini akan dibuat daripada

akaun khas semua peserta mengikut persetujuan seperti yang termaktub di

dalam perjanjian takaful.

c) Semua ansuran caruman takaful yang dibayar oleh peserta sebagaimana yang

terkumpul dalam akaun pesertanya dan bahagian keuntungan pelaburan yang

diperuntukkan kepadanya mengikut perjanjian al-Mudharabah.

d) Lebihan daripada akaun khas semua peserta yang dapat diperuntukkan

kepadanya. Lebihan ini diperolehi setelah ditolak semua perbelanjaan

mengendalikan takaful keluarga seperti bayaran manfaat takaful kepada waris-

waris, rakan-rakan peserta yang meninggal dunia dan sebagainya.

5. Manfaat dari Segi Rohaniah.

Mohd Fadzli Yusof (1996) menyatakan bahawa keuntungan biasanya menjadi

matlamat utama dalam perniagaan. Tiada pengusaha mahupun penyumbang modal

yang tidak mengharapkan keuntungan daripada perusahaan atau pelaburan yang

dibuat. Hal ini kerana keuntungan diperlukan dalam mengembangkan sesuatu

perniagaan. Islam juga tidak menegah umatnya dari mengaut keuntungan dalam

perniagaan yang dijalankan selagi sumber dan kaedah untuk memperoleh keuntungan

tersebut tidak bercanggah dengan syarak.

Dalam konteks takaful, perserta bukan sahaja berpeluang memperoleh manfaat

dari segi jaminan perlindungan kewangan sebaliknya peserta juga berpeluang

memperoleh manfaat dari segi rohaniah sekiranya mereka turut meletakkan kebajikan

sebagai matlamat utama menyertai takaful. Ini kerana selain mencarum untuk

keperluan diri dan keluarga, para peserta juga dapat memenuhi tanggungjawab yang

disyariatkan oleh agama dan tuntutan sosial menerusi tiga prinsip utama yang

terkandung dalam sistem takaful (Mat Hassan Abu Bakar, 2003) iaitu:

Page 52: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

52

i. Saling Bertanggungjawab

Peserta-peserta takaful bersetuju untuk saling bertanggungjawab antara satu

sama lain. Memikul tanggungjawab dengan baik adalah suatu ibadat dan hal ini dituntut

dalam Islam sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Setiap orang daripada kamu adalah memikul tanggungjawab dan setiap kamu

bertanggungjawab terhadap orang-orang di bawah tannggungjawab kamu”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasa tanggungjawab seseorang kepada seseorang yang lain adalah salah satu

daripada asas perpaduan dalam sesebuah masyarakat. Melalui sistem takaful, rasa

tanggungjawab itu dizahirkan melalui persetujuan peserta membuat caruman atas niat

tabarru’ iaitu menderma atau membuat kebajikan iaitu mengurniakan dengan redha

dengan tujuan berbakti atau membantu (Mohd Fadzli Yusof, 1996). Para peserta pasti

bersyukur dan berbesar hati kerana dapat memberi sumbangan dan membantu

peserta-peserta lain yang ditimpa musibah.

ii. Saling Bekerjasama dan Bantu Membantu

Peserta-peserta takaful bersetuju bekerjasama dan bantu-membantu antara satu

sama lain. Dalam hal ini, Islam jelas menuntut umatnya agar bekerjasama dalam

perkara-perkara yang makruf dan boleh menyuburkan perasaan takwa. Sebagaimana

disebut dalam firman Allah s.w.t :

(#θçΡuρ$ yès? uρ ’n?tã Îh� É9 ø9 $# 3“ uθø)−G9 $# uρ ( Ÿωuρ (#θçΡ uρ$ yès? ’n?tã ÉΟ øOM} $# Èβ≡uρô‰ ãèø9 $# uρ 4 (#θà)? $# uρ ©!$# ( ¨β Î) ©!$# ߉ƒÏ‰ x© É>$ s)Ïèø9 $# ∩⊄∪

Maksudnya: “Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa,

dan janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan

bertakwalah kamu kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat berat seksaan-Nya. “

(Surah al-Maidah: ayat 2)

Page 53: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

53

Selain dapat bekerjasama dan saling membantu, peserta juga dapat

melaksanakan fungsi harta dengan betul dan ini juga merupakan salah satu unsur

kebajikan dan takwa yang boleh didapati dalam sistem takaful.

iii. Saling lindung-melindungi dalam sebarang kesus ahan.

Dalam konteks sistem takaful, peserta-peserta takaful telah menyatakan

persetujuan semasa menandatangani kontrak perjanjian untuk saling lindung-

melindungi antara satu sama lain daripada sebarang kesusahan, bencana dan

sebagainya. Selain bersetuju untuk memberi perlindungan melalui caruman yang

dibuat, mereka juga turut menerima perlindungan sekiranya ditimpa musibah kerana

mereka layak mendapat bantuan daripada dana takaful.

6. Sistem Insurans Berlandaskan Syariat Islam

Para peserta tidak perlu ragu-ragu untuk menyertai skim perlindungan ini kerana

takaful bebas daripada unsur-unsur yang bercanggah dengan kehendak syarak seperti

gharar (ketidakpastian), maisir (perjudian) dan riba. Ini kerana skim takaful tertakluk

kepada Akta Takaful 1984, Seksyen 8 (5)(b):

"Bahawa terdapatnya dalam artikel persatuan pengendali Takaful yang berkenaan

peruntukan bagi penubuhan Majlis Pengawasan Syariah untuk menasihati

pengendalian tentang perniagaan takafulnya untuk memastikan yang ia tidak terlibat

dalam apa-apa unsur yang tidak diluluskan"

Akta ini menjelaskan bahawa setiap pengendali takaful dikehendaki menubuhkan

Jawatankuasa Syariah. Jawatankuasa ini memberi panduan kepada pengendali-

pengendali takaful supaya tidak terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang ditegah syarak

seperti amalan gharar (ketidakpastian atau ketiadaan penjelasan berkenaan sesuatu

perjanjian dan sumber), maisir (perjudian) dan riba (bunga atau faedah) sebagaimana

yang diamalkan oleh sistem insurans konvensional.

Page 54: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

54

Walaupun skim takaful adalah mengikut prinsip-prinsip syariah sebagaimana

dijelaskan melalui penggunaan perkataan seperti “proper claimant” dan “under the

relevant law” dalam Seksyen 65 (4) Akta Takaful, namun penyertaan dalam skim

Takaful tidak terhad kepada golongan Muslim sahaja bahkan skim takaful adalah untuk

semua pihak tanpa mengira bangsa dan agama (Nik Ramlah Mahmood, 1991). Oleh

itu, kelebihan dan keistimewaan yang terdapat dalam sistem takaful ini juga turut

dinikmati oleh peserta-peserta bukan beragama Islam yang sama-sama menyertai skim

takaful.

7. Kelebihan Sistem Takaful Mengikut Perspektif Pi hak yang Berkepentingan

Dalam rencana khas keluaran Bank Negara Malaysia pada tahun 2004 sempena

ulang tahun ke-20 industri takaful menyatakan takaful berasaskan komersial (Takaful

Tijari) yang diamalkan di Malaysia dari perspektif pihak yang berkepentingan

memberikan kelebihan-kelebihan seperti berikut:

Pelanggan Memenuhi permintaan terhadap beberapa produk perlindungan dan tabungan pada kos yang berpatutan setanding dengan kos produk insurans konvensional.

Kerajaan Berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran untuk mengurus dan mentadbir skim takaful dengan pakej imbuhan yang kompetitif.

Pengendali Menubuhkan takaful sebagai alternatif kepada insurans konvensional dalam sistem kewangan Islam yang komprehensif.

Pelabur / Pemegang Saham

Menyediakan pulangan berpatutan atas pelaburan mereka setanding dengan penanggung insurans konvensional.

Kesimpulannya, kewujudan sistem takaful pada hari ini telah memberi alternatif

baru kepada umat Islam yang memerlukan jaminan perlindungan kewangan yang

berkualiti secara profesional dan faedah-faedahnya mengikut lunas-lunas yang

dibenarkan oleh syarak. Hal ini sekaligus memberi persaingan dalam industri insurans

di mana sebelum ini hanya dimonopoli oleh sistem insurans konvensional.

Page 55: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

55

4.1.2 KELEMAHAN SISTEM TAKAFUL

Di sebalik kelebihan-kelebihan yang telah disebutkan, sistem takaful pada hari ini

khususnya dalam negara dilihat masih mempunyai beberapa kelemahan yang perlu

diperbaiki terutamanya dalam aspek pemasaran dan pendedahan kepada orang ramai

mengenai sistem takaful. Hal ini perlu diberi perhatian serius bagi membolehkan takaful

mendapat sambutan yang setanding dengan insurans konvensional yang telah

bertapak lebih awal. Antara kelemahan-kelemahan tersebut ialah:

1. Kekurangan Pengendali Takaful Berdaftar

Sehingga awal tahun 2009, hanya lapan buah pengendali takaful berdaftar di

negara ini yang disenaraikan dalam laman web Bank Negara Malaysia (BNM) iaitu:

i. Syarikat Takaful Malaysia Berhad

ii. CIMB Aviva Takaful Berhad

iii. Etiqa Takaful Berhad

iv. Hong Leong Tokio Marine Takaful Berhad

v. HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn Bhd

vi. MAA Takaful Berhad

vii. Prudential BSN Takaful Berhad

viii. Syarikat Takaful Malaysia Berhad

ix. Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.

Sebaliknya, bagi penyedia khidmat insurans, sebanyak tujuh syarikat perniagaan

insurans, sembilan perniagaan insurans hayat dan dua puluh enam perniagaan

insurans am telah disenaraikan dalam laman web tersebut.

Pertambahan pengendali takaful adalah penting bagi mewujudkan persaingan

yang sihat di kalangan pengendali-pengendali takaful. Ini kerana setiap pengendali

akan menawarkan produk yang terbaik dan berkualiti serta menambah produk-produk

Page 56: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

56

daripada yang sedia ada bagi menarik orang ramai selaku pelanggan menyertai skim

takaful yang ditawarkan. Secara tidak langsung, mereka mempunyai banyak pilihan

dalam memastikan skim takaful yang disertai benar-benar dapat memberi manfaat

perlindungan yang maksimum dan memuaskan hati.

x. Kekurangan Pendedahan Terhadap Sistem Takaful

Sistem takaful mula diperkenalkan di negara ini pada tahun 1985 melalui

penubuhan Syarikat Takaful Malaysia Sendirian Berhad (STM). Sehingga kini, orang

ramai khususnya umat Islam masih kurang didedahkan dengan pelaksanaan sistem

takaful walaupun sistem ini diperkenalkan sebagai alternatif kepada insurans

konvensional yang telah diharamkan oleh sebahagian besar ulama’.

Kelemahan juga dilihat apabila agen yang menjual produk takaful tidak dapat

menjelaskan secara terperinci akan kelebihan-kelebihan yang boleh didapati daripada

produk takaful berbanding insurans konvensional sekaligus tidak dapat menyakinkan

orang ramai untuk sama-sama menyertai takaful. Oleh itu, pengendali-pengendali

takaful perlulah memastikan latihan diberi secukupnya kepada agen-agen takaful yang

dilantik agar mereka mampu menarik lebih ramai orang untuk menyertai takaful

terutamanya umat Islam dan beralih dari terus membeli insurans konvensional.

Dalam Ucap Utama Gabenor pada Forum Ekonomi Islam Sedunia ASLI yang

bertajuk "Metamorfosis Menjadi Pusat Perbankan dan Kewangan Islam Antarabangsa"

pada 1 Oktober 2005 , Tan Sri Dato' Dr. Zeti Akhtar Aziz menyatakan mempunyai

kumpulan bakat dan kemahiran profesional menjadi satu cabaran utama dalam

menggalakkan hubungan yang lebih luas dalam sistem kewangan lslam domestik dan

integrasi dengan sistem kewangan antarabangsa. Bakat merupakan prasyarat penting

bagi pembangunan sistem kewangan lslam di peringkat nasional dan global. Mereka

merupakan aset penting yang akan mendorong inovasi dalam perniagaan kewangan

lslam dan dapat mengekalkan kekuatan daya saingnya. Dengan industri terus

berkembang, keperluan untuk membangunkan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan

Page 57: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

57

termasuk produk yang boleh mengurangkan risiko, menjadi bertambah penting. Produk-

produk ini merupakan satu keperluan bagi industri kewangan Islam, bukan hanya untuk

memenuhi keperluan ekonomi domestik dan antarabangsa yang baru dan berubah-

ubah, tetapi juga untuk membolehkan perlindungan nilai terhadap peristiwa buruk yang

mungkin berlaku dan ketidakpastian. Ini penting untuk memperkukuh daya tahan dan

rangka kerja pengurusan risiko industri kewangan lslam dalam keadaan persekitaran

kewangan global yang semakin mencabar dan berdaya saing.

Selain itu, pengendali-pengendali takaful juga perlu memikirkan medium terbaik

dalam usaha memberi pendedahan kepada orang ramai tentang sistem takaful yang

dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan syarak. Ini kerana masih ramai

yang beranggapan bahawa tiada perbezaan dalam sistem yang digunakan oleh

insurans konvensional dan takaful. Ini kerana kedua-duanya menawarkan jaminan

perlindungan kewangan jika pencarum ditimpa musibah atau tragedi di luar jangkaan.

Page 58: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

58

4.2 INSURANS KONVENSIONAL

4.2.1 KELEBIHAN INSURANS KONVENSIONAL

Walaupun sebahagian besar ulama dan fuqaha’ Islam mengharamkan umat

Islam daripada menyertai insurans konvensional, masih terdapat sebilangan ulama’

yang mengharuskannya dengan syarat-syarat tertentu. Ini menunjukkan insurans

konvensional sebenarnya turut mempunyai kelebihannya tersendiri. Namun begitu,

disebabkan kelemahan pelaksanaannya berhubung perkara-perkara yang melibatkan

hukum syarak, maka ia diharamkan. Apatah lagi, umat Islam kini mempunyai sistem

takaful bagi menggantikan insurans konvensional yang ada sekarang. Berikut

merupakan kelebihan menyertai insurans konvensional:

1. Jaminan Perlindungan Kewangan

Insurans boleh difahami sebagai pemindahan risiko daripada seseorang individu

atau sesebuah organisasi kepada syarikat insurans. Dalam konteks insurans, individu

atau organisasi yang memindahkan risiko disebut sebagai pemegang polisi manakala

syarikat insurans sebagai penganggung insurans. Pemegang polisi dikehendaki

membayar premium iaitu bayaran yang ditetapkan untuk mendapatkan perlindungan

daripada syarikat insurans. Sekiranya mereka ditimpa sebarang kerugian atau

kerosakan seperti yang terkandung dalam kontrak perjanjian, mereka akan menerima

bayaran pampasan daripada syarikat insurans.

Secara amnya, terdapat risiko-risiko tertentu yang dilindungi mengikut insurans

yang dibeli. Contohnya insurans hayat memberi perlindungan kepada hal-hal seperti

seperti kematian dalam tempoh polisi, pendapatan semasa persaraan, penyakit dan

hilang upaya. Manakala risiko yang dilindungi insurans am pula meliputi kerugian harta

benda seperti kecurian kereta atau kebakaran rumah, liabiliti yang wujud akibat

kerosakan kepada pihak ketiga yang disebabkan oleh pemegang polisi atau kematian

disebabkan kemalangan atau kecederaan

Page 59: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

59

2. Bayaran Premium Secara Berkala bagi Insurans Hay at / Nyawa

Bagi melayakkan pemegang polisi mendapatkan manfaat dari segi jaminan

perlindungan kewangan yang ditawarkan oleh syarikat insurans, mereka dikehendaki

menjelaskan bayaran premium mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh syarikat.

Bagi insurans hayat, pembayaran caruman adalah secara berkala dan ini memberi

peluang kepada pemegang untuk memilih kaedah pembayaran berdasarkan

kemampuan mereka. Pembayaran boleh dijelaskan sama ada secara bulanan, suku

tahunan, setengah tahun atau tahunan mengikut kemampuan pemegang polisi.

4.2.2 KELEMAHAN INSURANS KONVENSIONAL

Sebelum sistem takaful diperkenalkan, umat Islam terpaksa membeli polisi

insurans konvensional. Tetapi kini dengan wujudnya syarikat-syarikat pengendali

takaful, maka ia bukan lagi menjadi alternatif atau pilihan kepada umat Islam tetapi

umat Islam perlu menolak insurans konvensional yang ternyata mempunyai banyak

kelemahan terutamanya yang melibatkan hukum syarak. Antara kelemahan-

kelemahannya ialah:

1. Terdapat Unsur Riba.

Huraian tentang unsur riba dalam pelaksanaan insurans konvensional telah

dijelaskan sebelum ini. Walau bagaimanapun, secara ringkas, unsur riba dalam

insurans konvensional boleh dilihat dalam beberapa aspek:

1. Bayaran pampasan yang diberikan oleh syarikat insurans sekiranya berlaku

sebarang musibah kepada pencarum adalah berbeza dengan jumlah premium

yang dicarum. Hal ini jelas disebabkan tidak ada kesamaan nilai dalam

urusniaga dua item ribawi yang dijalankan. Ini kerana urusniaga insurans

dijalankan mengikut Kontrak Mu'awadat Maliah (Pertukaran Jual Beli).

Page 60: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

60

2. Berlaku pembayaran bertangguh dalam dua item ribawi (Riba An-Nasi’ah). Hal

ini merujuk kepada situasi di mana pemegang polisi hanya akan menerima wang

premium yang dicarumnya beserta bonus dalam jumlah tertentu dari syarikat

insurans sekiranya ditimpa musibah.

3. Pemegang polisi yang terlewat membayar premium mengikut masa yang

ditetapkan akan dikenakan bayaran faedah mengikut kadar yang tertentu.

4. Urusniaga pinjaman dari polisi yang ditawarkan kepada peserta dalam

sesetengah produk insurans hayat melibatkan riba. Dalam sistem kemudahan

pinjaman ini, syarikat insurans akan mengenakan bayaran faedah mengikut

kadar yang telah ditetapkan ke atas pencarum yang membuat pinjaman. Jelas

sekali bayaran faedah tersebut merupakan riba yang dilarang oleh Islam.

5. Elemen riba turut wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan yang akan

digunakan dalam pembayaran pampasan kepada pemegang polisi. Keseluruhan

simpanan tabungan wang syarikat insurans dilaburkan pada pelaburan yang

berasaskan riba dan amalan-amalan lain yang tidak diluluskan oleh syarak.

2. Terdapat Unsur Gharar (Ketidaktentuan).

Manakala unsur gharar dalam kontrak insurans yang diamalkan sekarang dilihat

dari segi Ma’qud Alaih (barang) dan berkait rapat dengan hal berikut:

d. Pencarum tidak mengetahui dengan jelas sama ada dapat atau tidak

bayaran yang dijanjikan.

e. Pencarum tidak mengetahui kadar bayaran yang akan dikenakan oleh

syarikat insurans.

f. Pencarum tidak mengetahui bilakah pembayaran akan dilakukan.

Dalam kedua-dua keadaan insurans nyawa dan insurans am, pemegang polisi,

mengikut perjanjian yang ditandatangani, bersetuju membayar sejumlah caruman bagi

tempoh tertentu dan syarikat pula memberi jaminan akan membayar sejumlah

pampasan apabila berlaku bencana kepada pemegang polisi. Namun begitu, syarikat

tidak menjelaskan bagaimana jumlah pampasan yang dijanjikan itu dihasilkan dan

Page 61: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

61

bagaimana kerugian dapat dinilai dalam bentuk wang sebelum bencana itu berlaku.

Sekalipun diandaikan benda yang dipersetujui itu pasti namun tiada satu pihak pun

yang mengetahui nilai sebenar pampasan yang sepatutnya dibayar pada masa

pampasan itu harus dibayar. Oleh itu, kontrak dibuat hanyalah berlandaskan andaian

(ihtimal) semata-mata dan sudah jelas mengandungi unsur gharar (ketidakpastian).

Dalam situasi yang lain pula, unsur gharar berlaku apabila tiada tuntutan

dilakukan oleh pencarum. Hal ini sangat menguntungkan syarikat insurans kerana

mereka akan mendapat semua keuntungan (premium) sementara pencarum

mengalami kerugian kerana tidak mendapat sebarang pulangan padahal kontraknya

berasaskan jual beli.

Apabila pemegang polisi membatalkan atau menamatkan polisi insurans

sebelum genap tempohnya yang tertentu, pemegang polisi tidak akan menerima

sebarang pengambilan premium atau sekiranya diberi, kaedah pengiraannya tidak

berasaskan prinsip sama rata.

3. Terdapat Unsur Perjudian.

Dalam konteks insurans, para ulama’ menyatakan maisir (perjudian) dan gharar

(ketidakpastian) mempunyai kaitan yang amat rapat. Ini bererti jika sesuatu transaksi itu

mengandungi unsur gharar maka dengan sendirinya unsur maisir akan turut serta.

Kaitan antara keduanya adalah terlalu rapat dan saling berkait.

Unsur perjudian dapat dilihat apabila seseorang pemegang polisi insurans nyawa

meninggal dunia sedangkan tempoh perjanjiannya belum lagi tamat dan hanya

membayar sebahagian premium yang dipersetujui tetapi kemudian diberikan pula

pampasan yang tidak dijelaskan asal-usulnya. Hal ini mungkin menyebabkan syarikat

insurans mengalami kerugian. Sebaliknya, jika tiada tuntutan dibuat oleh pencarum

sepanjang tempoh polisi, syarikat insurans berpeluang mendapat keuntungan berlipat

kali ganda kerana tidak perlu mengeluarkan peruntukan untuk membayar pampasan

Page 62: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

62

kepada pencarum. Untung dan rugi bergantung kepada nasib inilah yang dianggap

seperti berjudi. Manakala pencarum pula ketika mencarum mengharapkan dengan

carumannya yang sedikit, ia boleh mendapat sejumlah wang yang lumayan sekiranya

berlaku musibah. Ini juga dianggap suatu perjudian.

Kesimpulannya, unsur maisir (perjudian) dalam kontrak insurans wujud apabila:

iv. Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih

besar jumlahnnya.

v. Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungi (the insured

event) tidak berlaku.

vi. Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang meletakkan jumlah

premium yang diterima.

vii. Pembayaran pampasan dipertaruhkan kepada bencana yang belum pasti terjadi

4. Syarikat Sebagai Pemilik Penuh Keuntungan

Dalam insurans konvensional, wang pelanggan dianggap wang syarikat insurans

dan dimiliki syarikat sejurus selepas dibayar oleh pelanggan termasuklah keuntungan

yang dihasilkan dari kumpulan wang pencarum. Ini kerana keuntungan merupakan

objektif utama sesebuah syarikat insurans ditubuhkan. Oleh itu, selain

bertanggungjawab membayar manfaat insurans, syarikat juga memiliki hak penuh

dalam membuat keputusan untuk mengagih-agih keuntungan yang diperolehi daripada

pelaburan yang dijalankan. Apatah lagi secara umumnya, pencarum tidak berhak untuk

mendapat sebarang bahagian dari 'surplus'.

Oleh itu, tidak dapat dinafikan lagi segala perkara yang berlandaskan syariat

Islam pastinya membawa banyak kebaikan dan kelebihan berbanding perkara yang

dicipta oleh manusia. Ini kerana Islam adalah agama yang syumul meliputi segala

aspek dalam kehidupan manusia.

Page 63: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

63

5.0 SEJAUH MANA KEJAYAAN PELAKSANAAN TAKAFUL DI MAL AYSIA

Menurut Mohd Fadzli Yusof (1996), Malaysia merupakan negara Asia Tenggara

yang pertama merintis perniagaan insurans secara Islam. Industri takaful Malaysia

bermula dengan penubuhan Syarikat Takaful Malaysia Sendirian Berhad yang mula

beroperasi pada Ogos 1985 sebagai pengendali takaful tunggal dengan produk asas

yang terhad. Namun kini hasil usaha bersepadu antara Bank Negara Malaysia dan

pengendali-pengendali takaful membangunkan industri takaful yang cekap, dinamik dan

berdaya tahan, industri takaful Malaysia terus berkembang dan mengalami transformasi

yang pesat. Bahkan industri takaful juga telah berjaya diintegrasikan ke dalam arus

perdana sistem kewangan negara.

5.1 PENUBUHAN INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIA

Industri takaful sejak 20 tahun yang lalu pada dasarnya dibentuk bagi

melengkapkan operasi Bank Islam Malaysia Berhad yang ditubuhkan pada tahun 1983.

Tetapi pada masa yang sama penubuhan industri takaful juga telah memberi alternatif

baru kepada umat Islam yang memerlukan jaminan perlindungan kewangan

berlandaskan syariah daripada menyertai insurans konvensional. Bahkan keputusan

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Malaysia yang memutuskan insurans hayat sebagai

suatu kontrak yang tidak sah kerana mengandungi unsur-unsur ‘gharar’

(ketidakpastian), ‘maisir’ (perjudian) dan riba dilihat turut menyumbang kepada

penubuhan industri takaful di Malaysia.

Bagi mengkaji daya maju penubuhan syarikat insurans secara Islam, Pasukan

Petugas Khas telah ditubuhkan oleh Kerajaan pada tahun 1982. Berikutan syor petugas

tersebut, Akta Takaful telah diperkenal dan dikuatkuasakan pada tahun 1984 manakala

pengendali takaful yang pertama telah diperbadankan di Malaysia pada bulan

November 1984.

Page 64: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

64

Bermula dengan penubuhan Syarikat Takaful Malaysia Sendirian Berhad (STM)

pada Ogos 1985 sebagai pengendali takaful tunggal, industri takaful kemudiannya

diperluas dengan pengenalan jendela lslam (Islamic window) oleh institusi perbankan

konvensional yang membolehkan institusi perbankan tersebut menawarkan produk dan

perkhidmatan Islam. Pada masa yang sama, dinding pemisah (firewalls) yang

mencukupi telah diwujudkan untuk memastikan pengasingan sepenuhnya operasi

perbankan. Ini adalah untuk mengelakkan percampuran antara dana perbankan lslam

dengan dana perbankan konvensional supaya integriti operasi perbankan lslam dapat

dipastikan.

Saiz dan skala industri takaful pada hari ini menunjukkan pengiktirafan yang

semakin jelas tentang potensi besar yang ditawarkan perniagaan kewangan Islam

kontemporari ini. Pengendali takaful disokong oleh infrastruktur yang komprehensif

yang telah berkembang sejak 20 tahun yang lalu. Sehingga April 2009, laman web

Bank Negara Malaysia (BNM) telah menyenaraikan sebanyak lapan pengendali takaful

berdaftar dan beroperasi di Malaysia iaitu:

i. Syarikat Takaful Malaysia Berhad

ii. CIMB Aviva Takaful Berhad

iii. Etiqa Takaful Berhad

iv. Hong Leong Tokio Marine Takaful Berhad

v. HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn Bhd

vi. MAA Takaful Berhad

vii. Prudential BSN Takaful Berhad

viii. Syarikat Takaful Malaysia Berhad

ix. Takaful Ikhlas Sdn. Bhd

Pengeluaran lesen baru bertujuan mempercepatkan kadar pengembangan

perniagaan takaful domestik dan global dengan mewujudkan pengendali takaful yang

kukuh dan berkelayakan yang mempunyai sumber yang mencukupi, kepakaran yang

sesuai dan jaringan perhubungan antarabangsa untuk menjalankan perniagaan ini.

Page 65: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

65

Penyertaan pengendali takaful baru juga dapat memperkukuh hubungan dengan

pasaran antarabangsa dan dengan itu potensi institusi kewangan Malaysia dapat

ditingkatkan bagi meraih manfaat daripada sektor pertumbuhan ini secara global.

Oleh itu, pengendali-pengendali takaful dipilih berdasarkan keutuhan kewangan,

kepakaran, kompetensi dan rangkaian antarabangsa mereka yang boleh menyumbang

secara berkesan terhadap pembangunan industri takaful di Malaysia dan

melengkapkan usaha menjadikan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam

antarabangsa yang terkemuka.

Syarikat Takaful Ikhlas merupakan salah satu contoh syarikat takaful yang

berjaya di Malaysia. Pada tahun kewangan berakhir Mac 2008, Takaful Ikhlas telah

mencatatkan kutipan sebanyak RM428 juta untuk pendapatan caruman bagi tempoh

itu. Melalui produk “Ikhlas Medic Assist Takaful” (IMAT), Syarikat Takaful Ikhlas telah

diberikan anugerah “Produk Takaful Paling Inovatif” yang disampaikan Menteri

Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Bernama, 10 Disember 2008).

Industri takaful kini telah mencapai kemajuan yang memberansangkan sejak

tertubuhnya syarikat takaful pertama pada tahun 1984 di negara ini. Secara yang lebih

lanjut, dalam konteks perkembangan semasa, perkembangan positif ini dapat dilihat

menerusi fakta yang menunjukkan bahawa dalam tempoh enam bulan pertama 2008,

jumlah pendapatan sumbangan takaful telah meningkat sebanyak 23 peratus kepada

RM1.4 bilion (Januari-Jun 2007:34.7 peratus; RM1.1 bilion). Ia mencakupi 8.5 peratus

daripada jumlah premium industri insurans pada akhir Jun 2008 (akhir 2007:8.3

peratus).

Bagi sektor takaful keluarga, sumbangan perniagaan baru meningkat dengan

kukuh sebanyak 98.1 peratus kepada RM1 bilion (Januari-Jun 2007:41.5 peratus)

didorong peningkatan dalam segmen berkaitan pelaburan dan pelancaran produk baru

pada awal tahun 2008 dan pertumbuhan pesat produk pembiayaan yang dicatatkan

oleh pengendali takaful baru. Sumbangan perniagaan baru bagi segmen berkaitan

Page 66: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

66

pelaburan berkembang lebih dua kali ganda kepada RM351.2 juta (Januari-Jun 2007:

RM152.1 juta).

Penembusan pasaran yang diukur berasaskan jumlah sijil takaful keluarga yang

masih berkuat kuasa berbanding jumlah penduduk telah meningkat kepada 8.2 peratus

pada akhir Jun 2008 (Jun 2007: 7.7 peratus).

Dalam sektor takaful am, jumlah sumbangan bersih menyusut 6.7 peratus

berikutan penurunan dalam insurans kebakaran sebanyak 34.2 peratus kepada RM97.6

juta (Januari-Jun 2007: 2.2 peratus; RM148.3 juta), manakala marin, penerbangan dan

transit sebanyak 46 peratus kepada RM13.8 juta (Januari-Jun 2007:12 peratus; RM25.5

juta).

Aset takaful berkembang 25.1 peratus kepada RM9.6 bilion pada akhir Jun 2008

dan menyumbang 6.9 peratus kepada jumlah aset industri insurans (Berita Harian, 29

Ogos 2008). Walau bagaimanapun, prestasi industri takaful yang dilihat menggalakkan

ini masih kecil sumbangannya jika dibandingkan dengan sumbangan insurans

konvensional.

5.2 PEMANGKIN PERKEMBANGAN TAKAFUL DI MALAYSIA

Dalam membangunkan industri takaful di Malaysia selama lebih dua dekad,

Bank Negara Malaysia telah melaksanakan pendekatan secara berperingkat yang

dapat dibahagikan kepada tiga fasa berikut (Laporan Tahunan Takaful 2004):

i. Fasa 1 (1984-1992) bermula dengan penggubalan undang-undang

pengawalseliaan khusus iaitu Akta Takaful 1984 dan penubuhan pengendali

takaful pertama 1984. Tumpuan utama sepanjang fasa ini ialah penyediaan

infrastruktur asas bagi industri takaful. Akta yang masih digunakan hingga kini

telah digubal untuk mengawal pengendalian perniagaan takaful dan juga

mengkehendaki supaya pengendali takaful didaftarkan. Akta ini juga

Page 67: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

67

memperuntukkan agar Jawatankuasa Syariah ditubuhkan dalam usaha

memastikan operasi perniagaan pengendali takaful mematuhi prinsip syariah

pada setiap masa.

ii. Fasa II (1993-2000) menandakan permulaan persaingan dalam industri takaful

dengan kemasukan satu lagi pengendali takaful. Tempoh ini juga menyaksikan

peningkatan kerjasama di kalangan pengendali takaful di rantau ini termasuk

pembentukan Kumpulan takaful ASEAN pada tahun 1995 dan penubuhan

ASEAN Retakaful International (L) Ltd. Pada tahun 1997. Ini telah memudahkan

pengaturan takaful semula (retakaful) di kalangan pengendali takaful di Malaysia

dan di rantau ini, iaitu Brunei, Indonesia dan Singapura.

iii. Fasa III (2001-2010) bermula dengan pengenalan Pelan Induk Sektor Kewangan

(PISK) pada tahun 2001 dengan beberapa objektif antaranya untuk menambah

baik keupayaan pengendali takaful dan memperkukuh rangka kerja

perundangan, Syariah dan pengawalseliaan. Bahagian PISK yang berkaitan

perbankan Islam dan takaful merupakan pelan strategik ke arah merealisasikan

hasrat Malaysia untuk menjadi pusat antarabangsa bagi kewangan Islam.

Setakat ini, tempoh ini telah menyaksikan peningkatan tahap perkembangan dan

persaingan dengan pemberian lesen kepada beberapa pengendali takaful baru.

Untuk terus menggalakkan perkembangan industri takaful, Persatuan Takaful

Malaysia (MTA), sebuah persatuan pengendali-pengendali takaful telah

ditubuhkan pada tahun 2002. Persatuan Takaful Malaysia berhasrat

memperbaiki pengawalseliaan sendiri industri melalui keseragaman amalan

pasaran dan menggalakkan kerjasama pada tahap yang lebih tinggi di kalangan

pengendali takaful dalam usaha memperkembangkan industri takaful.

Page 68: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

68

Pengendalian takaful yang berasaskan komersial yang dijalankan di Malaysia

telah menyumbang dengan ketara terhadap kejayaan industri takaful. Pendekatan ini

menekankan pemberian pulangan yang berpatutan kepada peserta, pengendali takaful

dan pemegang saham. Ia berbeza daripada konsep takaful kerjasama yang

dilaksanakan di beberapa negara lain dengan skim takaful dijalankan semata-mata

untuk tujuan sosial. Di samping itu, peranan kerajaan dan sokongannya yang

berterusan dalam memperkembangkan industri takaful merupakan faktor penting dalam

menggalakkan pertumbuhan industri takaful di Malaysia. Kerajaan telah berupaya

mewujudkan persekitaran yang kondusif dan menentukan hala tuju yang jelas bagi

perkembangan industri ini.

Page 69: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

69

5.0 JANGKAAN MASA HADAPAN

Pertumbuhan perniagaan takaful pada tahun-tahun mendatang terus

memberangsangkan. Ini disokong oleh peningkatan kesedaran orang ramai terhadap

produk takaful, ditambah pula dengan saluran pengagihan yang lebih cekap dan

pelbagai yang membolehkan akses lebih luas kepada lebih banyak segmen penduduk.

Sektor takaful telah muncul sebagai komponen penting sistem kewangan dan berjaya

berintegrasi dengan komponen-komponen lain sistem kewangan Islam. Persekitaran

yang kondusif melalui penyediaan rangka kerja perundangan, pengawalseliaan dan

syariah yang kukuh akan terus memudahkan industri takaful mengekalkan

pertumbuhan yang pesat. Inovasi produk dan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang

akan terus menjadi pemboleh utama pertumbuhan industri takaful pada masa hadapan.

Menerusi Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9), industri takaful akan dibangunkan

sebagai salah satu komponen penting dalam sistem kewangan menjelang tahun 2010.

Dalam tempoh Rancangan, objektif utama ialah untuk membangun sebilangan

pengendali takaful yang kukuh dan bermodal tinggi serta menawarkan rangkaian

produk dan perkhidmatan takaful yang lengkap. Langkah akan diambil untuk

meningkatkan keupayaan pengendali takadul memanfaatkan ciri-ciri unik takaful. Usaha

ini termasuk memastikan terdapatnya individu dan kumpulan pengurusan yang terlatih

dan berkaliber tinggi dengan kepakaran yang diperlukan dari segi pematuhan syariah

dan pembangungan produk. Lesen takaful tambahan akan dikeluarkan kepada pihak

yang layak untuk meningkatkan lebih persaingan serta memperluas lagi perniagaan

takaful bagi mencapai sasaran 20 peratus daripada keseluruhan industri insurans.

Pengendali takaful Malaysia juga digalakkan untuk meningkatkan penglibatan

mereka di peringkat global melalui penyertaan ekuiti atau kepakaran pengurusan

dengan rakan asing dalam bidang ini. Dengan penubuhan Persatuan Takaful Malaysia,

usaha bagi meningkatkan pengurusan pasaran industri takaful dan memperkukuh

perlindungan pengguna akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan cekap.

Saluran penyampaian alternatif seperti banktakaful, penasihat kewangan dan internet

Page 70: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

70

akan terus dibangunkan. Profesionalisme agensi pelaksana akan dipertingkat bagi

memastikan perkhidmatan pengguna yang lebih baik.

Bagi melindungi kepentingan dan meningkatkan keyakinan orang awam

terhadap industri takaful, inisiatif berkaitan kawal selia dan pengawasan akan bertumpu

ke arah memperkukuhkan keteguhan kewangan dan kemampanan industri ini. Kawal

selia mengenai keperluan mampu bayar dan kecukupan modal yang merupakan aspek

penting kepada penyeliaan berhemat akan diperkemas. Usaha kawal selia dan

penyeliaan masa depan akan juga ditumpukan ke arah memperkukuh amalan tadbir

urus dan memupuk lebih budaya pengurusan risiko dalam industri takaful.

Peningkatakn rangka kerja perundangan khususnya yang berkaitan dengan

perlindungan pengguna akan dilaksanakan.

Di peringkat antarabangsa, wawasan kerajaan memperkembangkan takaful di

peringkat global menjadi pendorong kepada pengendali takaful Malaysia untuk

meningkatkan kehadiran mereka di peringkat global. Kapasiti yang bertambah baik dan

kewujudan sumber-sumber, khususnya sumber manusia adalah penting bagi

mempercepat kemajuan usaha-usaha ini.

Bagi pengawal selia, pengharmonian amalan takaful am merentasi sempadan

ekonomi antarabangsa yang berbeza-beza dan pembangunan rangka kerja

pengawalseliaan dan penyeliaan dan amalan terbaik dalam takaful adalah antara

inisiatif penting perlu dilaksanakan bagi menggalakkan lagi kemajuan industri takaful.

Melangkah ke hadapan, inovasi produk akan terus menjadi faktor penting ke arah

mencapai pertumbuhan industri takaful yang memberangsangkan. Permintaan yang

tinggi terhadap perlindungan insurans memerlukan produk takaful yang berbagai-bagai

agar keperluan yang berubah-ubah dan pelbagai risiko dalam industri dapat dipenuhi.

Sebagai contoh, pengurusan risiko malapetaka telah mendapat perhatian yang

lebih meluas di seluruh dunia berikutan bilangan bencana alam dan serangan

pengganas baru-baru ini yang tidak pernah berlaku dahulu. Takaful perlindungan cuaca

Page 71: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

71

yang menyediakan perlindungan kewangan kepada petani mungkin berguna,

terutamanya dalam usaha kita memperkasakan sektor pertanian dan industri berkaitan.

Cabaran kini terletak di bahu pengendali takaful yang mengorak langkah untuk

mengurangkan risiko baru, seperti risiko malapetaka serta risiko besar dan khusus,

risiko liabiliti dan risiko-risiko lain yang sekarang ini dilanggan oleh insurans

konvensional, sebagai usaha untuk mendapatkan lebih banyak bahagian

Selain itu, cabaran untuk menyediakan persekitaran yang kondusif untuk inovasi

produk yang lebih banyak dan pada masa yang sama memastikan mekanisme

mengurangkan risiko tersedia perlu diberi perhatian oleh pengawal selia. Usaha

mewujudkan industri takaful yang berdaya tahan dan kukuh dalam ruang lingkup sistem

kewangan Islam yang dinamik, walaupun merupakan tugas yang mencabar, namun ia

adalah pengalaman yang berharga. Sektor kewangan Islam yang cekap hasil daripada

usaha ini akan menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran negara

keseluruhannya.

Page 72: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

72

7.0 PENUTUP

Dalam kelembapan ekonomi dunia, kini adalah masa terbaik buat umat Islam di

seluruh dunia untuk memperkukuh struktur dan produk kewangan Islam terutamanya

dalam konteks takaful serta mengetengahkannya kepada dunia sebagai pilihan utama

kaedah pemulihan ekonomi dunia. Ini kerana sistem kewangan Islam terbukti berdaya

tahan dan mampu berfungsi secara efektif dan efisien seiring dengan sistem kewangan

konvensional yang banyak diamalkan pada masa kini.

Hal ini turut diakui Pensyarah University of South Australia, Prof. Mervyn K. Lewi,

beliau yakin sistem kewangan Islam mampu menembusi pasaran negara-negara bukan

Islam kerana selain menawarkan potensi perniagaan yang besar ia juga merupakan

sistem kewangan kerohanian. Oleh itu, sistem itu boleh diguna pakai dan direplika di

negara-negara bukan Islam kerana ia didapati menepati kehendak pasaran global. Ini

kerana sistem kewangan Islam merupakan sistem kewangan berasaskan syariah yang

menghalang amalan riba dan ini boleh membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi

di sesebuah negara.

Beliau berpendapat pengabaian kepada sistem kewangan Islam menjadi punca

terjerat kepada masalah krisis ekonomi di negara-negara yang mengamalkan sistem

kewangan konvensional sepenuhnya khususnya negara-negara barat pada waktu ini.

Manakala Malaysia yang mengamalkan dua sistem kewangan iaitu secara

konvensional dan Islamik sedikit sebanyak telah membantu menyelamatkan

pertumbuhan ekonomi di negara ini.

Oleh itu, marilah kita berusaha sedaya upaya menjadikan ajaran Islam sebagai

teras ekonomi negara dengan sama-sama mendokong produk kewangan Islam yang

dilaksanakan sekarang, di samping berusaha memartabatkan sistem ekonomi Islam..

Kita juga perlu berusaha melemahkan produk kewangan Barat yang bertentangan

dengan syariat Islam serta menjalankan misi untuk meningkatkan kefahaman

masyarakat berkaitan keistimewaan sistem ekonomi Islam.

Page 73: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

73

BIBLIOGRAFI Abd. Al-Rahman Zaki Ibrahim (1998). Petunjuk Amalan Ekonomi Islam (Ma’alim al-

Iqtisad al-Islami). Diterjemahkan oleh Mujaini Tarimin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Teks asal dalam Bahasa Arab)

Azlan Khalili Shamsuddin (1995). Riba: Alternatifnya dalam Sistem Bank Islam. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mat Hassan Abu Bakar (2003). Apa Itu Ekonomi Islam. Pahang: PTS Publication &

Distributor Sdn. Bhd. Mohammad Muslehuddin (1969). Insurans dan Hukum Islam (Insurance and Law).

Diterjemahkan oleh Izuddin Hj. Mohamed & Abdul Rahman Rukaini. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Teks asal dalam Bahasa Inggeris)

Mohd Fadzli Yusof (1996). Takaful: Sistem Insurans Islam. Kuala Lumpur: Utusan

Publication & Distributor Sdn. Bhd. Muhammad Nejatullah Siddiqi (1989). Pemikiran Ekonomi Islam: Suatu Tinjauan

Penulisan Semasa (Muslim Economic Thinking: A Survey of Contemporary Literature). Diterjemahkan oleh Mohd. Amin Abdullah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Teks asal dalam Bahasa Inggeris)

Nik Ramlah Mahmood (1991). Takaful: The Islamic System of Mutual Insurance - The

Malaysian Experience. Arab Law Quarterly. Nor Mohamed Yakcop (1996). Teori, Amalan dan Prospek Sistem Kewangan Islam di

Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd. Othman Ishak (1981). Fatwa dalam Perundangan Islam. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar

Bakti Sdn. Bhd. Rosli Mahmood (1994). Konsep Asas Perbankan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka. Sobri Salamon (1989). Ekonomi Islam, Pengenalan Sistem & Kemungkinan. Selangor:

Ar-Rahmaniah Badan Dakwah & Kebajikan Islam Malaysia.

Tan Lee Meng (1989). Insurance Law in Singapore. Singapore: Butterworth. Zaini Nasoha et. al (2004). Syariah dan Undang-undang, Suatu Perbandingan. Kuala

Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Buku Panduan Asas Takaful (2007) . Kuala Lumpur: Islamic Banking Finance Institute

Malaysia Sdn. Bhd (IBFIM).

Page 74: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

74

Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2009 (2006). Putrajaya: Unit Perancangan Ekonomi. Jabatan Perdana Menteri.

Bank Negara Malaysia, Laporan Tahunan Takaful 2004 didapati pada 12 April 2009

daripada http://www.bnm.gov.my/files/publication/tkf/bm/2004/book.bm.pdf Bank Negara Malaysia, Laporan Tahunan Takaful 2005 didapati pada 12 April 2009

daripada http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=110&pg=364&ac=34&lang=bm&print=1

Bank Negara Malaysia, List of Licensed Insurance Companies & Takaful Operators in Malaysia, didapati pada 31 Mac 2009 daripada http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=13&cat=insurance&type=TKF&fund

Bank Negara Malaysia, Perbankan Islam dan Takaful didapati pada 31 Mac 2009

daripada http://www.bnm.gov.my/view.php?dbIndex=0&website_id=1&id=356 Bank Negara Malaysia, Senarai Syarikat Insurans & Pengendali Takaful di Malaysia

didapati pada 31 Mac 2009 daripada http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=13&cat=insurance&lang=bm

Bank Negara Malaysia. Ucap Utama Gabenor pada Forum Ekonomi Islam Sedunia

ASLI yang bertajuk "Metamorfosis Menjadi Pusat Perbankan dan Kewangan Islam Antarabangsa" didapati pada 31 Mac 2009 daripada http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=62&pg=66&ac=215&lang=bm&print=1

Berita Harian (29 Ogos 2008),Takaful Kukuh 6 Bulan Pertama, didapati pada 10 April

2009 daripada

http://www.bharian.com.my/klikkhas/bajet/Artikel2009/LaporanEkonomi/20080829163104/Article/

Bernama (10 Disember). Takaful Ikhlas Yakin Kegawatan Ekonomi Tidak Halangnya

Capai Sasaran didapati pada 31 Mac 2009 daripada http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=377548

Berita Harian Online (24 November 2008), Takaful Ikhlas sudah sedia teroka Asia

Barat, didapati pada 31 Mac 2009 daripada http://www.ibfim.com/index.php?option=com_content&task=view&id=2004

Info Insurans dan Takaful didapati pada 31 Mac 2009 daripada

http://www.insuranceinfo.com.my/index.php?intPrefLangID=2&

Page 75: Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

75

MyMetro (15 April 2009), Riba Runtuhkan Ekonomi Dunia, didapati pada 31 Mac 2009 daripada www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Ekspresi/

20090215110623/Article/indexv_html Takaful (Tiada Tarikh) didapati pada 31 Mac 2009 daripada

http://ms.wikipedia.org/wiki/Takaful Sebuah Kajian Ibn Ismail al-Azhary. Insurans: Perbincangan Menurut Perspektif Islam

didapati pada 31 Mac 2009 daripada http://www.geocities.com/pujangga1/kajianku2.htm

Utusan Malaysia (11 April 2009) Kewangan Islam mampu takluk dunia, didapati pada

12 April 2009 daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0411&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_01.htm

Zaharuddin Abd Rahman (7 Ogos 2002) Benarkah Insurans Haram Menurut Islam?,

didapati pada 31 Mac 2009 daripada http://staf.uum.edu.my/alib/wb3053/insuran.pdf

Zaharuddin Abd Rahman (5 Mac 2007), Hukum Insuran Konvensional Dan Pelaburan

Islam, didapati pada 31 Mac 2009 daripada http://www.zaharuddin.net/content/view/304/101/

Zaharuddin Abd Rahman (7 Mac 2007), Perbezaan Insuran Konvensional & Takaful,

didapati pada 31 Mac 2009 daripada http://www.zaharuddin.net/content/view/307/101/