bab 9

9
BAB 9 KESAN PENEROKAAN SUMBER TERHADAP ALAM SEKITAR Disediakan oleh: Zahratul ‘Aini binti Azizan

Upload: zara-aini

Post on 10-Jun-2015

5.410 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 9

BAB 9KESAN PENEROKAAN SUMBER

TERHADAP ALAM SEKITAR

Disediakan oleh: Zahratul ‘Aini binti Azizan

Page 2: Bab 9

Kesan Penerokaan

Sumber Terhadap Alam

Sekitar

kepupusan

Kesan hakisan

Kesanpencemara

n

Perubahan pandang

darat

Peningkatan suhu

Kesan banjir

Kesimpulan

Page 3: Bab 9

Perubahan Pandang Darat

Penerokaan sumber telah membawa perubahan pandang darat. Contohnya, kegiatan perlombongan bijih timah, bijih besi,

kuprum dan bauksit. Kegiatan tersebut akan menyebabkan perubahan landskap

sesuatu kawasan daripada bentuk asal kepada bentuk baru. Landskap baru ini terdapat di sekitar Lembah Kelang dan

Kuala Langat selangor, Lembah Kinta di Perak. Penerokaan Petroleum di Kerteh telah mengubah petempatan

nelayan menjadi sebuah bandar. Penebangan hutan untuk pembukaan tanah rancangan seperti

FELDA juga telah mengubah sesuatu kawasan. Pembinaan empangan menyebabkab kawasan hutan yang luas

ditenggelami air.

Page 4: Bab 9

Kepupusan Hutan ditebang untuk tujuan pembalakan, pertanian,

pembukaan petempatan serta bandar baru dan perindustrian. Penebangan hutan yang berlebihan dan tidak terkawal

menyebabkan: a) kemusnahan ekosistem b) Pokok-pokok hutan yang berharga diancam kepupusan

seperti cengal, resak, berlian dan damar minyak, pelbagai orkid hutan dan periuk kera.

c) Kehidupan liar menghadami ancaman kepupusan seperti seladang, rusa, dan kijang.

Page 5: Bab 9

Peningkatan suhu Penebangan hutan secara berleluasa dan tanpa kawalan akan

meningkatkan suhu udara. Suhu di kawasan tersebut meningkat kerana tidak ada liputan

tumbuh-tumbuhan. Permukaan bumi yang terus menerima pancaran matahari akan

menjadi panas. Peningkatan suhu akan mengurangkan kelembapan udara bagi

kawasan tersebut. Kurang tumbuh-tumbuhan hijau menjalankan proses transpirasi

akan menyebabkan udara persekitaran menjadi kering. Contoh: penebangan hutan di Cameron Highland menyebabkan

suhu meningkat sebanyak 1.5 darjah celcius dari tahun 1974 hingga tahun 2004.

Page 6: Bab 9

Kesan hakisan Apabila hutan ditebang, kawasan bercerun khususnya akan

terdedah kepada proses hakisan. Permukaan bumi menjadi gondol apabila hutan ditebang

kerana ia tidak diliputi tumbuhan. Akar pokok amat penting untuk mencengkam tanih supaya

tidak menjadi longgar. Apabila hujan lebat, air larian permukaan akan menghakis

permukaan bumi yang longgar khususnya di cerun bukit. Kegiatan penebangan hutan yang tidak diuruskan dengan baik

telah menyebabkan kejadian banjir lumpur seperti di Pos Dipang, Ipoh.

Page 7: Bab 9

Kesan Banjir Pembalakan yang tidak terkawal menyebabkan permukaan

bumi menjadi gondol. Titisan air hujan akan menghentam dan memecahkan lapisan

atas tanih tanpa halangan. Hakisan tanih akan berlaku dan bahan terhakis akan diangkut

oleh air larian permukaan ke sungai yang berhampiran. Pemendapan bahan terhakis akan mencetekkan dasar sungai. Sungai tidak dapat menampung air yang banyak semasa hujan

lebat dan ia akan menyebabkan banjir di kawasan rendah. Contohnya di sungai Pahang dan sungai Kelantan. Banjir akan menyebabkan kehilangan harta benda dan nyawa.

Page 8: Bab 9

Kesan Pencemaran Hujan lebat akan menghakis tanih yang terdedah selepas penebangan hutan

dan mengalirkannya ke sungai berhampiran. Tanih yang terhakis ini menyebabkan pencemaran sungai dan air sungai

menjadi kotor, berkeladak dan keruh. Hal ini menyebabkan air sungai kurang sesuai untuk kegunaan harian

seperti minuman dan membasuh. Kegiatan perlombongan bijih timah, emas dan bauksit menggunakan

banyak air. Air buangan dari lombong yang mengandungi sisa lombong dialirkan ke

sungai dan mencemarkan sungai. Pencemaran udara juga berlaku akibat perlombongan dan pembakaran sisa

gas di loji pemprosesan. Pencemaran air berlaku akibat perlombongan petroleum dan gas di luar

pantai negara kita.

Page 9: Bab 9

kesimpulan Penerokaan sumber telah membawa kesan terhadap alam

sekitar seperti perubahan pandang darat, kepupusan, peningkatan suhu, kesan hakisan, kesan banjir dan kesan pencemaran.

Oleh itu, penerokaan sumber telah membawa banyak kesan negatif kepada alam sekitar dan ekosistem laut sekaligus mengundang pelbagai masalah kepada manusia seperti tanah runtuh, banjir dan sebagainya.