an awam bab 9

Download an Awam Bab 9

If you can't read please download the document

Upload: vincent-chong

Post on 02-Jul-2015

229 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Bab 9: Perbadanan Awam

9.1 Perbadanan Awam

1. Merupakan badan khas yang menjalankan kegiatan berunsur perniagaan dan kerajaan mempunyai kepentingan ekuiti dalamnya 2. Juga dikenali sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) 3. Dibahagi kepada: - perbadanan awam yang diletakkan di bawah Kerajaan Persekutuan - perbadanan awam yang diiletakkan di bawah Kerajaan Negeri

4. Dua bentuk: - badan berkanun a) ditubuhkan di bawah Akta Parlimen atau Enakmen Dewan Undangan Negeri b) contohnya: FELDA, MARDI, dan MARA - badan tidak berkanun a) ditubuhkan di bawah Akta Syarikat b) contohnya: PNS, PETRONAS, HICOM, dan MAS c) kerajaan mempunyai kepentingan ekuiti dalamnya

9.2 Fungsi-fungsi Perbadanan Awam (GLC)1. Melibatkan kerajaan dalam bidang sosioekonomi yang tidak diceburi oleh sektor swasta 2. Melibatkan kerajaan dalam sektor yang tidak mampu diceburi oleh sektor swasta kerana modal yang tinggi atau pulangan untung yang marginal 1. Membolehkan kerajaan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan awam 2. Menambah penglibatan bumiputera dalam bidang ekonomi

9.3 Perbezaan Jabatan, Badan Berkanun, dan Badan Tidak BerkanunPerbezaan Jabatan Ditubuhkan mengikut undang-undang biasa Menjalankan pentadbiran mengikut arahan menteri dan undang-undang Badan Berkanun Ditubuhkan di bawah Akta Parlimen atau Enakmen Negeri Membuat perakuan untuk menyelesaikan sesuatu masalah, isu, atau perkara yang khusus tanpa terikat dengan peraturan pentadbiran Dikawal oleh menteri secara longgar Belanjawan dan rancangan pembangunan dikawal oleh agensi pusat Semua kakitangan merupakan kakitangan awam dan peminjaman kakitangan awam dari jabatan lain boleh dilakukan. Skim kakitangan adalah mengikut Jabatan Perkhidmatan Awam Boleh menubuhkan anak syarikat Badan Tidak Berkanun Ditubuhkan di bawah Akta Syarikat Membolehkan kerajaan terlibat secara aktif dalam kegiatan ekonomi

Dikawal oleh menteri secara ketat Belanjawan dan rancangan dikawal oleh kementerian berkenaan Semua kakitangan merupakan kakitangan awam dan peminjaman kakitangan awam dari jabatan lain boleh dilakukan. Skim kakitangan detetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Tiada anak syarikat

Dikawal oleh menteri secara tidak langsung Bebas dalam belanjawan dan rancangan pembangunan Keputusan tentang skim perkhidmatan dan pengambilan kakitangan adalah bebas seperti swasta dan dibuat oleh badan itu sendiri

Boleh menubuhkan anak syarikat

9.4 Perbadanan Awam Di Bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah1. Majlis Amanah Rakyat (MARA) - Ialah badan berkanun - Matlamat: a) mewujudkan kaum bumiputera yang cekap dalam perniagaan b) melibatkan kaum bumiputera dalam pekerjaan yang berkaitan dengan perniagaan c) menambah hak milik saham bumiputera dalam sektor syarikat d) meningkatkan kedudukan sosioekonomi kaum bumiputera 2. FELCRA Bhd - Ditubuhkan pada tahun 1966 - Ialah badan berkanun

- Matlamat: a) memulihkan tanah pertanian yang terbiar b) memejukan tanah yang dibenarkan oleh Kerajaan Negeri c) mewujudkan peluang pekerjaan melalui projek pertanian - Pada tahun 1997, dikorporatkan dan ditukar nama menjadi FELCRA bhd., sebuah syarikat milik penuh kerajaan - Objektif: a) memberikan nilai pulangan yang tinggi syau ladang-ladang yang dibangunkan b) meningkatkan kualiti hidup kumpulan sasar, iaitu masyarakat luar bandar dan juga sifarnya c) memperbaik tahap produktiviti melalui kecekapan dan teknologi pengurusan yang terkini d) mempertingkatkan ekonomi nilai tambah syarikat

3. Pihak Berkuasa kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)- Ditubuhkan pada tahun 1973 - Bertujuan membentuk masyarakat pekebun kecil yang progresif dan sejahtera melalui aktiviti perladangan dan komersial - Objektif adalah untuk membolehkan pekebun kecil memperoleh pendapatan sekurang-kurangnya RM2000 sebulan sekeluarga menjelang tahun 2010 - Fungsi-fungsi: a) melaksanakan pembaharuan pertanian yang dihasilkan daripada penyelidikan b) bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang bertanggungjawab dalam penyelidikan, pengembangan, pinjaman pertanian, pemprosesan, dan pemasaran getah c) melaksanakan penanaman semula dan penanaman baru dengan klon-klon baru yang mengeluarkan hasil yang tinggi melalui amalan agronomi yang baik d) memastikan sektor pekebun kecil dimodenkan dari segala segi bagi membaiki keadaan ekonomi mereka e) mendapatkan dan menyimpan perangkaan yang perlu berhubungan dengan pembangunan sektor pekebun kecil

f) mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti yang ditentukan oleh menteri yang bertanggungjawab dari semasa ke semasa berhubung dengan pembaikan dan kemajuan sektor pekebun kecil g) melaksanakan program pembangunan di bawah tanggungjawab Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

4. Badan Berkanun yang Lain- Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) - Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) - Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) - Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) - Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)

9.5 Perbadanan Awam Di Bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani1. Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)- Ialah badan berkanun - Matlamat: a) menggalakkan pembangunan sosial petani-petani b) mendaftarkan dan mengawal pertubuhanpertubuhan peladang c) menyediakan bantuan wang untuk aktiviti-aktiviti pertanian

2. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)- Ialah badan berkanun - Matlamat:

a) memasarkan hasil-hasil pertanian (bukan komoditi utama) di dalam dan di luar negara b) menyediakan maklumat tentang pertanian untuk petani-petani c) menyediakan tempat-tempat penyimpanan hasil-hasil pertanian

3.

Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI)

- Ialah badan berkanun - Matlamat: a) menjalankan penyelidikan utk sektor pertanian kecuali getah, kelapa sawit, dan ikan air tawar b) meningkatkan teknologi untuk sektor pertanian c) memodenkan sektor pertanian

4. Padiberas Nasional Berhad (BERNAS)- Ialah badan tidak berkanun - Matlamat: a) melaksanakan kawalan harga beras b) mengeluarkan lesen untuk menjual padi c) menjual semua jenis padi secara horong dan secara runcit d) mengawal stok beras negara untuk menghadapi kecemasan selama tiga bulan

9.6 Perbadanan Awam Di Bawah Kementerian Perusahaan, Perladangan, dan Komoditi1. Badan Berkanun:- Lembaga Getah Malaysia (MRB) - Lembaga Perindustrian kayu Malaysia (MTIB) - Lembaga Tembakau Negara (MTB) - Lembaga Koko Malaysia (MCB) - Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) - Lembaga Pemasaran Lada Hitam Malaysia (PMB)

2. Badan tidak berkanun:- Perbadanan Pembangunan Getah Malaysia Berhad (MARDEC)

9.7 Perbadanan Awam Di Bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, Dan Kepenggunaan1. Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM)- Ialah badan berkanun - Matlamat: a) mengenal pasti projek-projek industri berat b) melabur dalam projek-projek industri berat dan menguruskannya

2. Syarikat Industri Makanan Malaysia (FIMA)- Ialah badan tidak berkanun - Matlamat: a) meluaskan kegiatan perindustrian dan menggalakkan industri yang berasaskan pertanian b) menggalakkan kaum buniputera mengambil bahagian dalam industri pengeluaran makanan

3. Petroliam Nasional Berhad (Petronas)- Ialah badan tidak berkanun

- Matlamat: a) mencari gali minyak dan gas b) memperkembang industri petroleum

4. Maktab Kerjasama Malaysia (MKM)- Satu-satunya institusi pengajian koperasi di negara ini

- Ditubuhkan pada 1956 - Dibadankan sebagai sebuah badan berkanun pada 1968 - Matlamat: a) mewujudkan dan meningkatkan jaringan perhubungan antarabangsa bagi melaksanakan latihan yang bersifat global b) menyediakan dan melaksanakan latihan dan pendidikan yang releven dan menepati keperluan semasa gerakan koperasi c) meningkatkan kemahiran pengurusan pemimpin, usahawan, dan tenaga kerja koperasi melalui program latihan, khidmat nasihat, dan konsultansi - Sejak pertubuhan MKM, segala perbelanjaan pentadbirannya dibiayai oleh Kumpulan Wang Amanah Pnedidikan Koperasi yang berpunca daripada pencaruman koperasi-koperasi.

9.8 Perbadanan Awam Di Bawah Kementerian sains, Teknologi, Dan Inovasi1. Institusi Penyelidikan Perindustrian dan Piawaian Malaysia (SIRIM Berhad)- Dikorporatkan pada bulan September 1996 dan menggunakan nama baru SIRIM berhad - Badan tidak berkanun yang dimiliki kerajaan sepenuhnya - Ialah penggerak utama dalam kajian dan pembangunan industri untuk mewujudkan kedinamikan dalam ekonomi negara melalui keunggulan teknologi dan pengiktirafan dunia terhadap barang-barang dan perkhidmatan negara - Fungsi-fungsi: a) mempromosikan dan menjalankan penyelidikan saintifik industri b) menggalakkan kecekapan dan pembangunan industri c) menyedikan perkhidmatan pemindahan teknologi dan nasihat d) membangunkkan piawai Malaysia dan mempromosikan jaminan piawai dan kualiti untuk meningkatkan daya saing e) meningkatkan kebajikan, kesihatan, serta keselamatan awam dan industri

2. Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia Berhad (MIMOS Berhad)- Ditubuhkan pada 1 Januari 1985 dengan sokongan penuh kerajaan - Pada bulan januari 1995, MIMOS dilantik menjadi urus setia kepada Majlis teknologi Maklumat Negara yang berhasrat untuk membentuk sebuah masyarakat yang kaya dengan maklumat selaras dengan visi polisi negara, Wawasan 2020, dan memeberikan tumpuan penting terhadap pembangunana dan pengaplikasian teknologi maklumat dan kominikasi (ICT) dalam usahausaha pembangunan negara. - Pada 1 November 1996, MIMOS dikorporatkan menjadi MIMOS berhad - Fungsi dan objektif: a) sebagai penasihat kepada kerajaan dalam bidang teknologi, polisi, dan strategi tentang pembangunan ICT b) menghasilkan inovasi-inovasi yang memberikan pertambahan nilai untuk keperluan industri, masyarakat, dan negara c) menjadi organisasi penyelidikan dan pembangunan dalam bidang ICT

9.9 Perbadanan Awam Di Bawah Kementerian Pengangkutan1. Badan berkanun:- Lembaga Pelaburan Klang

2. Badan tidak berkanun:- Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) - Penerbangan Malaysia Berhad - Syarikat Perkapalan Antarabangsa Berhad (MISC) - Puspakom :-melaksanakan pemeriksaan kenderaan

9.10 Perbadanan Awam Di Bawah Kementerian Kewangan1. Badan berkanun:- Bank Negara Malaysia :- mengawal semua bank dan institusi kewangan; mengurus percetakan mata wang Ringgit - Bank Simpanan Nasional Berhad (BSN) - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

2. Badan tidak berkanun:- Bank Islam Malaysia Berhad - Bank Industri Malaysia Berhad - Khazanah Nasional Berhad - Danaharta Nasional Berhad

3. Perbadanan Nasional Berhad (PNS)- dahulu dikenal sebagai PERNAS - Matlamat: a) untuk meningkat bilangan usahawan menengah bumiputera di kalangan bumiputera yang berkelayakan. b) mewujudkan kemahiran keusahawan dan budaya korporat di kalangan usahawan menengah bumiputera c) menyediakan sistem pangkalan data efektif tentang golongan menengah bumiputera yang akan bertindak sebagai alat untuk mengukur pretasi usahawan menengah bumiputera

9.11 PerbadanananAwam Di Bawah Kerajaan Negeri1. Badan berkanun:- Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri - wujud di 13 buah negeri - Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri(PKEN) - wujud di 13 buah negeri - Perbadanan Pinjamin Sabah - Yayasan Sabah

2. Badan tidak berkanun:- Pihak Berkuasa Air Negeri - Amanah Saham Pahang Berhad - Syarikat Kemajuan Perumahan Sarawak - Labuan Wood Products(Sabah) - Syarikat Gula Perak - Syarikat Sergam Johor - Syarikat Babena Terengganu

Terima Kasih