bab 9 - perakaunan syarikat

69
PERAKAUNAN SYARIKAT

Upload: fatin-hafizah-mohammad-sukri

Post on 08-Jun-2015

8.473 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

PERAKAUNAN SYARIKAT

Page 2: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

OBJEKTIFPelajar dapat:1. Menjelaskan ciri-ciri dan jenis syarikat2. Menerangkan proses penubuhan syarikat3. Menjelaskan struktur modal syarikat4. Menerangkan jenis dan prosedur terbitan

saham syarikat5. Merekod proses terbitan saham secara

penuh6. Menerang dan merekod cara terbitan dan

penebusan debentur7. Menjelaskan rezab dan dividen syarikat8. Menyediakan ekuiti pemegang saham

dalam kunci kira-kira.

Page 3: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

PERAKAUNAN SYARIKAT

Page 4: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

Ciri-ciri Syarikat

1. Wujud secara berasingan dari pemiliknya.

2. Satu badan yang sah dari segi undang-undang yang boleh memiliki harta, membuat kontrak, menyaman dan disaman serta bertanggungjawab menjelaskan hutang sendiri pemilik tak bertanggungjawab ke atas hutang yang ditanggung oleh syarikat.

Page 5: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

3. Mematuhi Akta Syarikat 19654. Pemilik terdiri daripada pemegang

saham syarikat5. Modal diperolehi dari pemegang-

pemegang saham melalui langganan ke atas saham Syarikat

6. Liabiliti pemegang saham adalah terhad

Page 6: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

Syarikat Awam Berhad Syarikat Sendirian

Berhad

Jenis Syarikat

Page 7: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

1. Mematuhi Akta Syarikat 1965. Mana-mana Syarikat yang tidak dikategorikan sebagai syarikat persendirian adalah dikelaskan sebagai Syarikat Awam (seksyen 4(1) Akta Syarikat 1965). Ia perlu meletakkan perkataan ‘Berhad’ pada akhir nama syarikat.

2. Bilangan pemegang saham; min.: 2 orang dan max: terhad kepada jumlah saham yang dibenarkan

SYARIKAT AWAM BERHAD

Page 8: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

3. Pemegang saham menanggung liabiliti terhad

4. Saham syarikat diniagakan di pasaran saham (Bursa Malaysia)

5. Pegangan saham boleh berpindah milik secara bebas

6. Penyata Kewangan syarikat perlu disediakan setiap tahun

7. Lembaga Pengarah dilantik di kalangan pemegang saham terbanyak

Page 9: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

Seksyen 15(1) Akta Syarikat menjelaskan

beberapa ciri Syarikat Sendirian Berhad:

1. Bilangan pemegang saham;min.: 2 orang dan max: 50 orang

2. Tidak boleh tawarkan sahamnya kepada awam.

3. Sahamnya tidak boleh dipindah milik.

SYARIKAT SENDIRIAN BHD.

Page 10: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

4. Penyata kewangan syarikat boleh dirahsiakan daripada umum.

5. Liabiliti pemegang saham adalah terhad.

6. Syarikat ditadbir oleh Lembaga Pengarah yang dilantik di kalangan pemegang-pemegang saham.

Page 11: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

1. Pihak yang ingin menubuhkan syarikat perlu berurusan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

2. Proses ini bermula dengan proses pemilihan nama yang sesuai.

3. Selepas kelulusan nama diperoleh, semua dokumen penubuhan yang berkaitan perlu diisi dan diserahkan kepada SSM beserta yuran yang telah ditetapkan.

Penubuhan Syarikat

Page 12: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

4. Dokumen penubuhan adalah seperti berikut:a) Borang 6 – Deklarasi perundangan tentang pematuhanb) Borang 48A – Deklarasi perundangan

sebelum seseorang dilantik sebagai pengarah c) Memorandum Syarikatd) Artikel Syarikate) Lampiran Af) Salinan surat kelulusan nama syarikat

5. Setelah semua dokumen mematuhi peruntukan undang-undang yang ditetapkan, SSM akan keluarkan Sijil Perbadanan.

Page 13: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

Dokumen ini menetapkan kuasa kuasa syarikat dan hubungannya dengan pihak luar perniagaan. Perkara yang dinyatakan di dalamnya mengikut Seksyen 18(1):

Nama syarikat Alamat pejabat syarikat Aktiviti yang dijalankan di syarikat Liabiliti sama ada terhad/tidak Jumlah modal dibenarkan

MEMORANDUM PERTUBUHAN

Page 14: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

Menjelaskan peraturan-peraturan yang mengawal hal ehwal dalaman syarikat. Perkara yang terkandung di dalamnya:

Hak bagi setiap kelas saham Pindahmilik saham Tanggungjawab dan kuasa ahli

lembaga pengarah syarikat Notis dan prosiding mesyuarat

TATAURUSAN PERTUBUHAN

Page 15: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

Apabila semua keperluan undang-undang dipenuhi, barulah Pendaftar Syarikat akan mengeluarkan Sijil Penubuhan Syarikat. Mulai dari tarikh dinyatakan dalam sijil tersebut, syarikat boleh menjalankan semua fungsi korperat, boleh mendakwa dan didakwa, boleh ditukar ganti pihak pengurusan dan mempunyai materi, dan berkuasa memperolehi, memiliki dan melupuskan harta. Bagi syarikat awam, ia perlu mendapatkan Sijil Memulakan Perniagaan terlebih dahulu.

Page 16: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

1. Modal Saham Dibenarkan

2. Modal Diterbitkan3. Modal Berbayar

Struktur Modal

Page 17: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

Dikenali juga sebagai modal berdaftar atau modal nominal.

Modal maksimum yang boleh diterbitkan dan dilanggan oleh orang ramai.

MODAL SAHAM DIBENARKAN

Page 18: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

Merupakan sebahagian daripada modal berdaftar yang dikeluarkan atau ditawarkan untuk dilanggan oleh orang awam.

Jumlah maksimum modal yang boleh diterbitkan adalah sama dengan jumlah modal yang dibenarkan

MODAL DITERBITKAN

Page 19: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

Berdasarkan modal yang diterbitkan, syarikat akan menetapkan amaun yang perlu dibayar oleh pemegang saham bagi setiap saham.

Syarikat boleh tetapkan jumlah yang perlu dibayar semasa permohonan sama ada kurang, sama atau lebih daripada nilai Par

MODAL BERBAYAR

Page 20: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

1. Saham Keutamaan

2. Saham Biasa

Jenis Saham

Page 21: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

Saham yang dibayar dividen yang tetap setiap tahun.

Kadar dividen ditetapkan semasa saham tersebut diterbitkan.

Pembayaran dividen tidak bergantung kepada jumlah keuntungan tetapi kepada kadar dividen.

Pembayaran dividen saham keutamaan akan didahulukan sebelum pembayaran dividen saham biasa

SAHAM KEUTAMAAN

Page 22: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

Pembayaran dividen boleh ditunda sekiranya dividen tahun semasa tidak dibayar

Pemegang saham keutamaan tidak mempunyai hak mengundi dalam mesyuarat agung syarikat

Saham keutamaan terdiri daripada beberapa jenis iaitu Saham Keutamaan Kumulatif, Partisipatif, Boleh Tebus dan Boleh Tukar

Page 23: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

Setiap syarikat mesti memiliki modal saham biasa. Biasanya saham biasa merupakan komponen saham yang terbesar dalam modal syarikat

Pemegang saham biasa diberikan hak mengundi dalam mesyuarat agung tahunan syarikat mengikut unit saham yang dipegangnya dan merupakan pemilik syarikat

SAHAM BIASA

Page 24: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

Pemegang saham biasa terima dividen selepas pembayaran dividen saham keutamaan

Kadar dividen untuk pemegang saham biasa tidak tetap dan pembayaran tidak semestinya dibuat setiap tahun.

Sekiranya syarikat dibubarkan, pemegang saham biasa akan mendapat balik modal yang disumbangkan selepas pemegang saham keutamaan mendapat semula modal mereka.

Page 25: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

Saham boleh diterbitkan pada nilai tara, nilai premium dan nilai diskaun.

Penerbitan sesuatu saham biasanya melibatkan pembayaran sepenuhnya.

Terbitan Saham

Page 26: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

Terdapat 3 tahap yang akan dilalui dalam terbitan saham iaitu:

1. Permohonan2. Perumpukan3. Pemulangan wang

Page 27: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

• Orang awam yang berminat untuk melabur perlu mengisi borang tertentu dan menghantarnya kepada syarikat berserta draf bank mengikut jumlah unit saham yang dipohon

• Pada tahap ini, pemohon belum lagi menjadi pemegang saham syarikat dan belum lagi dikira sebagai modal saham syarikat

PERMOHONAN

Page 28: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

Lembaga pengarah syarikat akan membuat perumpukan bagi menentukan siapa yang berjaya mendapatkan saham syarikat yang diterbitkan Mereka yang berjaya akan menjadi pemegang saham syarikat, yang gagal akan dipulangkan semula wang mereka Syarikat perlu merekodkan modal saham syarikat pada tahap ini

PERUMPUKAN

Page 29: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

Saham diterbitkan pada nilai muka saham

Nilai tara atau nilai yang dinyatakan mewakili modal sah sesaham

Terbitan Saham Pada Nilai Tara

Page 30: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

Contoh 1:

Gemilang Bhd. (GB) mempunyai modal dibenarkan berjumlah 1,000,000 unit saham biasa dengan nilai tara RM2 seunit.

Pada 1 Jan. 2006, Syarikat terbitkan 800,000 unit saham biasa pada nilai tara RM 2 sesaham yang perlu dibayar penuh semasa permohonan. Sehingga 1 Feb. 2006, syarikat telah menerima 1,000,000 permohonan. GB telah membuat perumpukan kepada pemohon yang berjaya dan memulangkan wang bagi lebihan langganan pada 1 Mac.

Page 31: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

PENYELESAIAN:

2006Feb. 1 Dt Bank 2,000,000

Kt Permohonan 2,000,000( merekod penerimaan wang

permohonan * 1,000,000 x RM 2

Page 32: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

Mac 1 Dt Permohonan 1,600,000Kt MSB 1,600,000

(merekod perumpukan 800,000 unit saham biasa)

*800,000 x RM 2.00

Dt Permohonan 400,000 Kt Bank 400,000

(merekod pemulangan wang permohonan yang gagal)

*200,000 x RM 2.00

Page 33: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

Gemilang BerhadKunci Kira-Kira pada 1 Mac 2006

EKUITI SAHAM:Modal dibenarkan(1,000,000 saham biasa @ RM2)

2,000,000

Modal diterbitkan(800,000 saham biasa @ RM2)

1,600,000

Jumlah ekuiti pemegang saham1,600,000

Page 34: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

Saham yang diterbitkan pada nilai yang lebih tinggi daripada nilai tara

Perbezaan di antara nilai saham yang diterbitkan dengan nilai tara dipanggil premium saham

Terbitan Saham PadaNilai Premium

Page 35: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

Contoh 2:

Dengan menggunakan maklumat di dalam contoh 1, andaikan Gemilang Berhad telah menerbitkan saham tersebut pada harga RM 2.50 seunit.

Page 36: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

PENYELESAIAN

2006Feb. 1 Dt Bank 2,500,000

Kt Permohonan2,500,000

(merekod penerimaan wang permohonan)* 1,000,000 x RM 2.50

Page 37: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

Mac 1 Dt Permohonan 2,000,000Kt MSB * 1,600,000 Premium Saham **

400,000(merekod perumpukan 800,000 unit saham

biasa)*800,000 x RM 2.00 **800,000 x RM 0.50

Dt Permohonan 500,000Kt Bank 500,000

( merekod pemulangan wang permohonan yang gagal)

*200,000 x RM 2.50

Page 38: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

Gemilang BerhadKunci Kira-Kira pada 31 Mac 2006

EKUITI SAHAM:Modal dibenarkan1,000,000 saham biasa @ RM2) 2,000,000

Modal diterbitkan800,000 saham biasa @ RM2)

1,600,000Premium saham 400,000

Jumlah ekuiti pemegang saham2,000,000

Page 39: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

oSaham yang diterbitkan pada nilai yang lebih rendah daripada nilai taranya

oPerbezaan di antara nilai saham yang diterbitkan dengan nilai tara dipanggil diskaun saham

Terbitan Saham PadaNilai Diskaun

Page 40: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

Contoh 3:

• Dengan menggunakan maklumat di dalam contoh 1, andaikan Gemilang Berhad telah menerbitkan saham tersebut pada harga RM 1.70 seunit.

Page 41: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

PENYELESAIAN

2006Feb. 1 Dt Bank 1,700,000

Kt Permohonan 1,700,000(merekod penerimaan wang

permohonan)* 1,000,000 x RM 1.70

Page 42: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

Mac 1 Dt Permohonan 1,360,000 Diskaun * 240,000

Kt Modal saham biasa ** 1,600,000(merekod perumpukan 800,000 unit saham biasa)* 800,000 X RM 0.30 ** 800,000 x RM 2

Dt Permohonan 340,000Kt Bank 340,000

(merekod pemulangan wang permohonan yg gagal)

* 200,000 x RM 1.70

Page 43: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

Gemilang BerhadKunci Kira-Kira pada 31 Mac 2006

EKUITI SAHAM:Modal dibenarkan(1,000,000 saham biasa @ RM 2)

2,000,000

Modal diterbitkan800,000 saham biasa @ RM 2)

1,600,000(-) Diskaun 240,000

Jumlah ekuiti pemegang saham 1,360,000

Page 44: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

• Ialah bon tanpa cagaran, dalam bentuk dokumen yang dikeluarkan oleh sesebuah syarikat untuk mengesahkan pinjaman / hutangnya kepada pihak lain.

• Ia mengandungi syarat tentang :- bayaran faedah yang tetap- penebusan debentur

DEBENTUR

Page 45: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

Terbitan & Penebusan Debentur

Contoh 4: Pada 1 Jan. 2006, Gemilang Bhd. (GB) terbitkan500 unit debentur 6% berharga RM 100 seunitdibayar sepenuhnya atas permohonan. Tempohmatang adalah 3 tahun.

1/1/06 Dt. Tunai 50,000 Kt. Debentur 50,000

(Merekod terbitan 500 unit debentur, RM 100 seunit)

Page 46: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

31/12/06 Bel. Faedah 3,000Faedah Belum Bayar 3,000

31/12/07 Bel. Faedah 3,000Faedah Belum Bayar 3,000

31/12/08 Bel. Faedah 3,000 Faedah Belum Bayar 6,000

Tunai 9,000

Page 47: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

31/12/08 Dt. Debentur 50,000

Kt. Tunai 50,000

(Merekod penebusan 500 unit debentur,

RM 100 seunit)

Page 48: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

Didefinisikan sebagai suatu jumlah yang telah diperuntukkan khas untuk sesuatu tujuan.

Selain modal, rezab merupakan sebahagian ekuiti syarikat.

Rezab terdiri daripada 2 jenis iaitu rezab modal dan rezab hasil.

Rezab

Page 49: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

Pendapatan terkumpul syarikat yang belum lagi diagihkan kepada pemegang saham sebagai dividen

Contohnya ialah pendapatan tertahan, rezab am dan rezab penyamaan dividen

REZAB HASIL

Page 50: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

Sebahagian daripada rezab berkanun, tidak boleh diagihkan sebagai dividen kepada pemegang saham

Contoh rezab modal ialah premium saham, rezab tebusan modal, rezab penilaian semula aset tetap dan rezab penggantian aset tetap

REZAB MODAL

Page 51: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

Agihan untung syarikat kepada pemegang-pemegang saham

Merupakan pulangan atau hasil kepada pemegang saham

Dividen yang dikeluarkan dalam syarikat boleh dalam bentuk dividen tunai atau dividen saham (saham bonus)

Dividen

Page 52: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

Dividen yang dibayar kepada pemegang saham biasa dalam bentuk tunai mengikut kadar atau peratus yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah

Dividen ini ditetapkan berasaskan nilai tara saham

Dividen tunai terdiri daripada dividen interim dan dividen akhir

DIVIDEN TUNAI

Page 53: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

Menurut seksyen 365(1) Akta Syarikat 1965, pendapatan yang boleh digunakan untuk tujuan pembayaran dividen meliputi:

i. Pendapatan semasaii. Pendapatan tertahaniii. Pendapatan dari

jualan aset tetap

Page 54: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

Dividen yang dibayar dalam tempoh perakaunan iaitu sebelum untung bersih tahunan diketahui dan ianya diputuskan oleh Lembaga Pengarah

Dividen ini dibayar jika syarikat memperolehi untung dalam setengah tahun yang pertama

* DIVIDEN INTERIM

Page 55: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

Dibayar setelah mesyuarat agung tahunan meluluskan cadangan kadar dividen yang dikemukakan oleh Lembaga Pengarah.

Dividen akhir dibuat setelah untung tahunan syarikat diketahui.

* DIVIDEN AKHIR

Page 56: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

Syarikat keluarkan dividen dalam bentuk saham dan diterbitkan kepada pemegang saham secara percuma

Pemberian saham ini tidak melibatkan aliran keluar tunai

Bilangan saham yang diterbitkan dinyatakan dalam bentuk nisbah ke atas jumlah unit saham yang dipegang

Pemberian saham bonus akan menukarkan rezab menjadi modal

DIVIDEN SAHAM (SAHAM BONUS)

Page 57: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

Kesan daripada terbitan saham bonus kepada syarikat ialah jumlah unit dan amaun modal saham akan bertambah manakala jumlah rezab akan berkurang.

Jumlah ekuiti saham syarikat tidak berubah, manakala bagi pemegang saham pula, bilangan unit yang dipegang akan bertambah tetapi peratus pemilikan tidak berubah

Page 58: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

Menurut Akta Syarikat 1965, setiap syarikat perlu menyerahkan laporan tahunan kepada SSM dalam tempoh satu bulan selepas mesyuarat agung tahunan

Perkara-perkara yang terkandung dalam laporan tahunan syarikat meliputi:

Penyata Kewangan Syarikat

Page 59: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

1. Alamat pejabat syarikat perlu didaftarkan

2. Tempat daftar ahli disimpan3. Maklumat mengenai saham atau stok4. Maklumat mengenai hutang syarikat

dan gandaian5. Maklumat mengenai pengarah,

pengurus dan setiausaha syarikat6. Maklumat mengenai juruaudit7. Akaun-akaun syarikat

Page 60: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

Akaun-akaun syarikat yang diperlukandi atas merangkumi perkara-perkara

berikut:1. Penyata Untung Rugi2. Kunci Kira-Kira3. Laporan Pengarah4. Kenyataan Pengarah5. Pengisytiharan berkanun6. Laporan juruaudit7. Penyata Kewangan disatukan

Page 61: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

Bagi tujuan pelaporan luaran, penyata untung rugi dan kunci kira-kira perlu disediakan mengikut FRS 101 dan jadual 9 Akta Syarikat 1965

Antara perkara yang ditetapkan ialah item-item yang perlu didedahkan dalam penyata kewangan

Page 62: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

Persembahan Ekuiti Pemegang Saham

dalam KKK

Page 63: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

• GB mempunyai:* Modal dibenarkan;

- saham keutamaan 1j unit, RM 3 seunit. - saham biasa 1 j unit, RM 2.00 seunit.* pendapatan tertahan RM 60,000.* rezab penilaian semula aset RM 50,000.

• GB menerbitkan: * 500,000 saham keutamaan, 9% RM 3

seunit.* 800,000 saham biasa, RM 2.50 seunit.

Contoh 7

Page 64: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

Syarikat GemilangKunci Kira-Kira pada 31 Mac 2006

EKUITI SAHAM

Modal dibenarkan1,000,000 unit saham keutamaan 9%@ RM 3 3,000,000

1,000,000 unit saham biasa@ RM 2 2,000,000

Page 65: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

Modal diterbitkan500,000 unit saham keutamaan 9% @ RM3 1,500,000800,000 saham biasa @ RM 2 1,600,000

Rezab:Premium saham biasa 400,000Pendapatan tertahan 600,000Rezab penilaian semula aset 500,000Jumlah ekuiti pemegang saham 4,600,000

Page 66: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

RUMUSANRUMUSAN• Di Malaysia, Syarikat yang ingin ditubuhkan perlu mematuhi Akta Syarikat 1965.

•Terdapat 2 jenis syarikat: a) Syarikat Awam Bhd b) Syarikat Sendirian Bhd.

•Ekuiti syarikat terdiri: a) Modal syarikat - saham biasa dan saham keutamaan. b) Rezab - rezab modal dan rezab hasil.

•Bagi pemegang saham, mereka akan mendapat pulangan dalam bentuk dividen a) dividen tunai b) dividen saham.

Page 67: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

SOALAN

Syarikat Kekwa mempunyai modal dibenarkan berjumlah1,000,000 unit saham biasa dengan nilai tara RM1.00sesaham. Syarikat telah menerbitkan 500,000 unit saham biasadan telah dibayar sepenuhnya. Lembaga pengarah telahbersetuju untuk menerbitkan saham tambahan sebanyak200,000 unit saham biasa pada harga RM 1.80 seunit dan perludibayar penuh sewaktu permohonan.Sehingga tarikh akhir permohonan, syarikat telah menerimapermohonan untuk 300,000 unit saham. Lembaga pengarahtelah memutuskan untuk menolak lebihan langganan dan wangmereka dikembalikan.

DIKEHENDAKI:a) Catatan jurnal bagi merekodkan urusniaga terbitan saham di

atas.a) Tunjukkan bahagian ekuiti pemilik dalam Kunci Kira-Kira.

Latihan Pengukuhan

Page 68: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

a) Bank 540,000

Permohonan 540,000(300k x RM 1.80)

Permohonan (200k x RM 1.80) 360,000

MSB (200k x RM 1.00) 200,000Premium (200k x RM 0.80) 160,000

Permohonan 180,000Bank 180,000

(100k x RM 1.80)

Jawapan

Page 69: Bab 9 - Perakaunan Syarikat

Syarikat KekwaKunci Kira-kira pada…

Modal dibenarkan(1,000,000 unit saham biasa @ RM 1) 1,000,000

Modal diterbitkan(700,000 unit saham biasa @ RM1) 700,000

Rezab:Premium saham biasa 160,000

Jumlah ekuiti pemegang saham 860,000