bab 9.keluarga.perkembangan

29
Bab 9: Pengaruh Keluarga 1 B B a a b b 9 9 : : P P E E N N G G A AR R U U H H K K E E L L U U A A R R G G A A Setelah menyelesaikan bab ini, anda harus boleh: Jelaskan bagaimana keluarga mempengaruhi perkembangan kanak-kanak Membandingkan gaya keibubapaan yang berlainan Menerangkan impak status sosioekonomi kepada perkembangan kanak-kanak Menilai kesan perceraian kepada perkembangan kanak-kanak Menerangkan ciri-ciri keluarga ibubapa tunggal yang berjaya Discuss the consequences and causes of maltreatment Di dalam bab ini kita akan meneliti dengan lebih terperinci peranan keluarga dalam perkembangan kanak-kanak dan belajar bagaimana keluarga memainkan peranan tersebut. Kita akan melihat hubungan antara ibubapa dan kanak-kanak, bagaimana keluarga sedang berubah dalam abad ke-21, hubungan di antara adik beradik dan akhirnya daya yang dapat menyebabkan ibubapa menganiayai anak-anak mereka. GAMBARAN UMUM BAB 9.1 Keluarga dan memupuk anak-anak 9.2 Gaya keibubapaan 9.3 Kelakuan tertentu yang mempengaruhi kanak-kanak 9.4 Status sosioekonomi keluarga 9.5 Pengaruh adik beradik 9.6 Perceraian 9.7 Keluarga ibubapa tunggal 9.8 Keluarga teradun 9.9 Penganiayaan kanak-kanak Ringkasan Istilah Penting Rujukan

Upload: zameza79

Post on 24-Nov-2015

108 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

  • Bab 9: Pengaruh Keluarga

    1

    BBBaaabbb 999:::

    PPPEEENNNGGGAAARRRUUUHHH KKKEEELLLUUUAAARRRGGGAAA

    Setelah menyelesaikan bab ini, anda harus boleh:

    Jelaskan bagaimana keluarga mempengaruhi perkembangan kanak-kanak

    Membandingkan gaya keibubapaan yang berlainan

    Menerangkan impak status sosioekonomi kepada perkembangan kanak-kanak

    Menilai kesan perceraian kepada perkembangan kanak-kanak

    Menerangkan ciri-ciri keluarga ibubapa tunggal yang berjaya

    Discuss the consequences and causes of maltreatment

    Di dalam bab ini kita akan meneliti dengan lebih terperinci peranan keluarga dalam

    perkembangan kanak-kanak dan belajar bagaimana keluarga memainkan peranan

    tersebut. Kita akan melihat hubungan antara ibubapa dan kanak-kanak, bagaimana

    keluarga sedang berubah dalam abad ke-21, hubungan di antara adik beradik dan

    akhirnya daya yang dapat menyebabkan ibubapa menganiayai anak-anak mereka.

    GAMBARAN UMUM BAB

    9.1 Keluarga dan memupuk anak-anak 9.2 Gaya keibubapaan 9.3 Kelakuan tertentu yang

    mempengaruhi kanak-kanak

    9.4 Status sosioekonomi keluarga 9.5 Pengaruh adik beradik 9.6 Perceraian 9.7 Keluarga ibubapa tunggal 9.8 Keluarga teradun 9.9 Penganiayaan kanak-kanak

    Ringkasan

    Istilah Penting

    Rujukan

  • Bab 9: Pengaruh Keluarga

    2

    9.1 Keluarga dan Memupuk Kanak-kanak

    Keluarga terdiri daripada orang yang mungkin mempunyai pertalian melalui

    darah, perkahwinan, atau pilihan. Ia merupakan suatu unit sosial asas yang terdiri

    daripada satu atau lebih orang dewasa bersama dengan anak-anak yang mereka

    pelihara, dianggap sebagai sebuah kumpulan, samada tinggal bersama ataupun tidak.

    Keluarga telah menjadi sangat penting hari ini, dengan berbagai pernyataan dibuat

    tentang peranan keluarga. Pertambahan kes pembulian di sekolah adalah disebabkan

    keluarga; peningkatan kehamilan remaja adalah disebabkan keluarga; bilangan yang

    besar kanak-kanak gemuk disebabkan keluarga; dan banyak lagi.

    Pada umumnya, keluarga dilihat sebagai ibu, bapa dan anak-anak mereka.

    Dalam realitinya, keluarga adalah pelbagai sebagaimana orang di dalamnya. Ada

    keluarga yang terdiri daripada ibubapa tunggal dan anak tunggal; yang lainnya terdiri

    daripada ibubapa, ramai anak-anak, dan datuk nenek, saudara yang lain. Semua

    konfigurasi ini, walau bagaimanapun, mempunyai matlamat yang sama; memupuk

    anak-anak dan membantu mereka menjadi ahli dewasa yang penuh dalam

    budaya mereka. Sekiranya keluarga merupakan tempat untuk memupuk dan merasa dihargai dan disayangi, bagaimanakah kita memastikan bahawa kita memupuk prinsip

    ini dalam hubungan kita? Berikut adalah EMPAT perkara utama bagaimana keluarga

    memupuk kanak-kanak dengan positif:

    Pendedahan Sosial/Budaya: Ibubapa yang memberikan pengalaman budaya dan sosial yang kaya dan pelbagai semasa pra-sekolah dan awal sekolah

    rendah mempunyai kanak-kanak yang berpencapaian lebih baik dalam ujian

    dan dimarkatkan sebagai lebih berorientasikan tugasan oleh guru mereka

    (Bradley et al., 1988). Aktiviti sosial dan budaya yang disyorkan termasuk

    penggunaan yang kerap perpustakaan, muzium, tapak bersejarah dan tempat

    menarik yang lain (Bloom, 1931).

    Menyediakan Stimulasi Untuk Belajar: Ketersediaan bahan permainan yang sesuai di dalam rumah, sepanjang peringkat umur bayi dan tahap berjalan

    jatuh, mempunyai kesan yang positif terhadap pencapaian dalam sekolah

    rendah, khususnya dalam pencapaian

    membaca (Bradley et al., 1988). Adalah

    sangat penting agar di rumah tersedia

    manipulatif yang menggalakkan kanak-

    kanak kecil untuk mempunyai

    pengalaman sensori yang pelbagai, dan

    untuk dapat mengembangkan kemahiran

    motor halus dan kasar.

    Strategi Penyelesaian Masalah: Ibubapa yang mendedahkan anak-anak

    pra-sekolah mereka kepada strategi

    penyelesaian masalah lebih

    berkemungkinan mempunyai anak-anak

    yang menggunakannya (Freund, 1990).

    Ibu yang berinteraksi dengan anak-anak

    Rajah 9.1 Keluarga bermain

    board games

  • Bab 9: Pengaruh Keluarga

    3

    pra-sekolah mereka dalam tugasan penyelesaian masalah, dan mendedahkan

    mereka kepada soalan terbuka tentang tugasan tersebut, mempunyai anak-anak

    yang kemudiannya menunjukkan prestasi yang lebih berdikari dengan tugasan

    serupa yang memerlukan kemahiran penyelesaian masalah (lihat Gambarajah

    9.1).

    Kecelikan dan Peluang Perkembangan Bahasa: Kanak-kanak yang berpencapaian tinggi mempunyai ibubapa yang membaca kepada mereka

    dengan kerap dan membantu mereka mencapai kesedaran fonemik (Juel,

    1988). Terdapat hubungan yang kuat antara pengetahuan awal kanak-kanak

    tentang puisi berirama dan perkembangan kemahiran fonemik kemudiannya

    (Maclean, Bryant, & Bradley, 1987). Di dalam keluarga di mana kanak-kanak

    terlibat dalam perbincangan keluarga, kanak-kanak adalah lebih bersedia

    untuk yang mereka akan dengar dalam bilik darjah. Interaksi ibubapa-anak

    dengan bahan membaca adalah penting semasa jangka waktu pra-sekolah

    kerana pada masa inilah kanak-kanak menjadi terbiasa dengan struktur cerita,

    sintaks yang kompleks, dan perbendaharaan kata. Mereka akan menjadi lebih

    bersedia untuk membentuk konsep yang menjadi prasyarat kepada kefahaman

    membaca dan mendengar (Juel, 1988). Untuk keupayaan membaca terbentuk

    dan terus konstan sepanjang sekolah rendah, kanak-kanak mesti mendengar

    dan berlatih bahasa daripada peringkat umur yang awal.

    9.2 Gaya Keibubapaan

    Ahli psikologi perkembangan sudah lama berminat tentang bagaimana

    ibubapa memberi impak kepada perkembangan kanak-kanak. Walau bagaimanapun,

    mencari hubungan sebab dan akibat sebenar antara tindakan ibubapa yang khusus dan

    kelakuan kanak-kanak kemudiannya adalah amat sukar. Ada kanak-kanak yang

    dibesarkan dalam persekitaran yang sangat berbeza mungkin kemudiannya

    membersar dengan mempunyai keperibadian yang sangat serupa. Sama juga, kanak-

    kanak yang berkongsi keluarga yang sama dan dibesarkan dalam persekitaran yang

    sama mungkin membesar dengan keperibadian yang sangat berbeza antara satu sama

    lain. Walaupun terdapat cabaran tersebut, pengkaji telah menemui hubungan yang

    meyakinkan antara gaya keibubapaan dan kesan gaya tersebut ke atas kanak-kanak.

    Semasa awal 1960an, ahli psikologi Diana Baumrind telah menjalankan sebuah kajian

    ke atas lebih daripada 100 kanak-kanak pra-sekolah (Baumrind, 1967). Dengan

    menggunakan pemerhatian semulajadi, temubual dengan ibubapa dan kaedah

    9.1 AKTIVITI PEMBELAJARAN

    a) Apakah peranan keluarga di samping memberi makan,

    pakaian dan perlindungan?

    b) Bagaimanakah keluarga dapat meransang pembelajaran

    kanak-kanak?

    c) Jelaskan bagaimana keluarga dapat membentuk bahasa

    kanak-kanak.

  • Bab 9: Pengaruh Keluarga

    4

    penyelidikan yang lain, beliau telah mengenal pasti empat dimensi penting

    keibubapaan:

    Strategi disiplin

    Kemesraan dan kepemukukan

    Gaya komunikasi

    Jangkaan tentang kematangan dan kawalan

    A) GAYA KEIBUBAPAAN

    Berdasarkan dimensi ini, Baumrind (1967) telah mencadangkan bahawa kebanyakan

    ibubapa menunjukkan satu daripada tiga gaya keibubapaan yang berbeza. Kajian

    seterusnya juga telah menunjukkan penambahan gaya keibubapaan yang keempat

    (Maccoby & Martin, 1983).

    Gambarajah 9.2 Gaya Keibubapaan

    1. Keibubapaan Autoritarian Dalam gaya keibubapaan ini, kanak-

    kanak dijangka menurut peraturan ketat

    yang diletakkan oleh ibubapa. Kegagalan

    untuk mematuhi peraturan selalunya

    membawa kepada hukuman. Ibubapa

    autoritarian gagal untuk menerangkan

    sebab di sebalik peraturan ini. Sekiranya

    diminta untuk menerangkannya, ibubapa

    itu mungkin hanya menjawab, "Kerana

    saya katakan begitu". Ibubapa ini

    mempunyai permintaan yang tinggi,

    Autoritarian Saya bos Tegar Pematuhan

    Kerana saya katakan begitu

    Mengarah Hukuman

    AutoritatifMenyokong Demokratik Lentur

    Membolehkan

    Tegas Pengaturan diri

    Tidak Terlibat

    Jarak Tidak berminat

    Cuai Pasif

    Tidak hadir

    Permisif

    Anda bos Lembut

    Memanjakan

    Tiada Peraturan

    Gaya Keibubapaan

    Rajah 9.3 Gaya keibubapaan

    autoritarian

  • Bab 9: Pengaruh Keluarga

    5

    tetapi tidak responsif kepada anak-anak mereka. Menurut Baumrind (1991)

    ibubapa ini "adalah berorientasikan pematuhan dan status, dan menjangkakan

    perintah mereka dipatuhi tanpa apa-apa penerangan" (diterjemah).

    IMPAK: Gaya keibubapaan autoritarian umumnya membawa kepada kanak-

    kanak yang patuh dan lancar, tetapi mereka berpangkat lebih rendah dalam

    kebahagiaan, kecekapan sosial dan harga diri.

    2. Keibubapaan Autoritatif Seperti ibubapa autoritarian, mereka yang mempunyai gaya keibubapaan

    autoritatif meletakkan peraturan dan garis panduan yang anak-anak mereka

    dijangka akan patuhi. Walau bagaimanapun, gaya keibubapaan ini jauh lebih

    demokratik. Ibubapa autoritatif adalah responsif kepada anak-anak mereka dan

    bersedia untuk mendengar soalan. Apabila anak-anak gagal untuk memenuhi

    jangkaan, ibubapa ini lebih memupuk dan memaafkan dan tidak menghukum.

    Baumrind mencadangkan bahawa ibubapa ini "memantau dan menyampaikan

    standard yang jelas tentang kelakuan anak-anak mereka. Mereka adalah tegas,

    tetapi tidak mengganggu dan membatas. Kaedah disiplin mereka adalah

    menyokong, dan bukan punitif. Mereka mahu anak-anak mereka menjadi tegas

    dan sambil itu bertanggungjawab sosial, dan berperaturan diri dan bekerjasama"

    (1991, diterjemah).

    IMPAK: Gaya keibubapaan autoritatif selalunya menyebabkan anak-anak

    tidak bahagia, berkebolehan dan berjaya (Maccoby, 1992).

    3. Gaya Keibubapaan Permisif Ibubapa permisif, kadang kala dirujuk sebagai ibubapa yang memanjakan,

    mempunyai sedikit permintaan daripada anak-anak mereka. Ibubapa ini jarang

    mendisiplin anak-anak mereka kerana mereka mempunyai jangkaan tentang

    kematangan dan kawalan diri yang secara perbandingannya lebih rendah.

    Menurut Baumrind, ibubapa permisif "adalah lebih responsive daripada

    mendesak.Mereka adalah tidak tradisional dan lembut, tidak memerlukan

    kelakuan yang matang, membenarkan peraturan diri yang banyak, dan mengelak

    konfrontasi" (1991, diterjemah). Ibubapa yang permisif umumnya memupuk dan

    komunikatif dengan anak-anak mereka, selalu mengambil status sebagai kawan

    dan bukan sebagai ibubapa.

    IMPAK: Gaya keibubapaan permisif selalunya menyebabkan anak-anak

    berpangkat rendah dalam kebahagiaan dan peraturan diri. Anak-anak ini

    adalah lebih berkemungkinan untuk mengalami masalah dengan pihak

    berkuasa dan selalunya berpencapaian rendah di sekolah.

    4. Keibubapaan Tidak Terlibat Gaya keibubapaan yang tidak terlibat bersifat mempunyai jangkaan yang sedikit,

    kurang responsif dan komunikasi yang sedikit. Sementara ibubapa ini memenuhi

    keperluan asas anak-anak mereka, mereka umumnya tidak terikat dengan

    kehidupan anak-anak mereka. Dalam kes yang melampau, ibubapa ini mungkin

    menolak atau mengabaikan keperluan anak-anak mereka.

  • Bab 9: Pengaruh Keluarga

    6

    IMPAK: Gaya keibubapaan Tidak Terlibat berpangkat paling rendah dalam

    kesemua domain kehidupan. Anak-anak ini selalunya kurang kawalan diri,

    mempunyai harga diri yang rendah dan kurang berkecekapan berbanding

    rakannya yang lain.

    Selepas mempelajari impak gaya keibubapaan ke atas perkembangan kanak-kanak, Anda mungkin terfikir kenapa semua ibubapa tidak menggunakan GAYA KEIBUBAPAAN AUTORITATIF.

    Apapun, gaya keibubapaan ini merupakan yang paling mungkin menghasilkan kanak-

    kanak yang bahagia, yakin dan berkebolehan. Apakah sebab-sebab kenapa gaya

    keibubapaan mungkin berbeza? Antara sebab-sebab yang berpotensi perbezaan ini

    termasuk budaya, keperibadian, saiz keluarga, latar belakang keluarga, status

    sosioekonomi, tahap pendidikan dan agama. Sudah tentunya, gaya keibubapaan

    individu ibubapa juga bergabung untuk membentuk suatu adunan yang unik dalam

    setiap keluarga. Sebagai contoh, si ibu mungkin menunjukkan suatu gaya autoritatif

    samada si ayah lebih suka dengan pendekatan yang lebih permisif. Untuk membentuk

    suatu pendekatan kepada keibubapaan yang kohesif, adalah penting agar ibubapa

    belajar untuk bekerjasama sambil mereka menggabungkan berbagai elemen gaya

    keibubapaan mereka yang unik.

    9.3 Kelakuan Khusus Ibubapa Yang Mempengaruhi Anak-

    anak

    Kelakuan ibubapa dalam situasi yang

    tertentu mempunyai pengaruh yang

    signifikan terhadap perkembangan anak-

    anak. Kelakuan khusus ibubapa apakah

    dapat mempengaruhi anak-anak mereka?

    Tiga kelakuan khusus berikut

    mempengaruhi anak-anak: pengajaran

    langsung, belajar melalui pemerhatian dan

    maklumbalas.

    Rajah 9.4 Ibu menegur anak

    dengan menjerit

    9.2 AKTIVITI PEMBELAJARAN

    a) Apakah gaya keibubapaan?

    b) Jelaskan perbezaan di antara gaya keibubapaan

    permisif dan gaya keibubapaan autoritarian.

    c) Sekiranya gaya keibubapaan autoritatif adalah yang paling

    dikehendaki, kenapakah ia tidak diamalkan dalam

    sesetengah keluarga?

    d) Jelaskan kenapa keibubapaan autoritatif dikaitkan dengan

    hasil akademik dan sosial yang baik dalam kalangan

    kanak-kanak dan remaja.

  • Bab 9: Pengaruh Keluarga

    7

    PENGAJARAN LANGSUNG Ibubapa selalu memberitahu anak-anak mereka apa harus dibuat seperti Tutup TV, Kemaskan barang-barang dan sebagainya yang merupakan arahan langsung (lihat Gambarajah 9.4). Suatu

    pendekatan yang lebih baik adalah pengajaran langsung yang melibatkan

    memberitahu anak-anak apa yang harus, bila dan yang paling penting kenapa.

    Misalnya, bukan sekadar menjerit, Kamu tidak patut mematahkan pensil Zak, seorang ibu boleh berkata, Zak sedih sebab kamu telah mematahkan pensilnya. Di sini si ibu sedang menerangkan kenapa; akibat tindakan anak itu. Ibubapa itu sedang membuatkan anak tersebut berasa empati dan

    memahami akibat kelakuan negatifnya.

    BELAJAR MELALUI PEMERHATIAN Kanak-kanak banyak belajar daripada ibubapa hanya dengan memerhati atau melihat mereka. Seorang

    kanak-kanak adalah seperti sebuah cermin yang memantulkan bukan sahaja kelakuan yang baik tetapi juga yang buruk daripada ibubapa mereka atau

    orang dewasa lain yang penting kepada mereka. Tidak ada ibubapa yang mahu

    mengajar anak-anak mereka tabiat yang buruk tetapi harus diingat bahawa

    mata kecil mereka sentiasa memerhati. Terdapat kajian yang menunjukkan

    bahawa salah satu sebab kanak-kanak menipu pada umur yang awal adalah

    kerana mereka hanya meniru ibubapa mereka.

    MAKLUMBALAS Dengan memberikan maklumbalas kepada anak-anak mereka, ibubapa memberikan indikasi samada suatu kelakuan adalah sesuai

    dan harus diteruskan atau tidak sesuai dan harus dihentikan. Ibubapa boleh

    menggunakan pengukuhan (seperti pujian) untuk meningkatkan

    kemungkinan suatu kelakuan berterusan. Sebagai contoh, memberikan

    ganjaran untuk menyelesaikan suatu kerja di rumah seperti membasuh pinggan

    mangkuk selepas makan malam. Ibubapa mungkin menghukum anak-anak

    dengan tidak membenarkan mereka menonton televisyen apabila mereka

    mendapat gred yang rendah di sekolah. Hukuman merupakan apa-apa

    tindakan yang tidak menggalakkan berlakunya suatu kelakuan tertentu.

    9.4 Status Sosioekonomi Keluarga dan Pengaruhnya Ke Atas

    Kelakuan

    Status sosioekonomi (SES) keluarga adalah

    berdasarkan pendapatan keluarga, tahap pendidikan

    ibubapa, pekerjaan ibubapa, dan status sosial dalam

    komuniti seperti kontak dalam komuniti, perkaitan

    dengan kumpulan, dan persepsi komuniti tentang

    keluarga tersebut (Demarest, Reisner, Anderson,

    Humphrey, Farquhar, & Stein, (1993). Umumnya,

    keluarga dengan status sosioekonomi yang rendah

    selalunya kekurangan sokongan kewangan, sosial,

    dan pendidikan yang menjadi ciri keluarga dengan

    status sosioekonomi yang tinggi. Keluarga yang

    miskin juga mungkin mempunyai akses yang tidak

    Gambarajah 9.5 Keluarga

    dengan SES yang rendah

    dengan ramai anak

  • Bab 9: Pengaruh Keluarga

    8

    cukup ataupun terhad kepada sumber komuniti yang mempromosi dan menyokong

    perkembangan kanak-kanak dan kesediaan ke sekolah.

    Walau bagaimanapun, SES juga dikaitkan dengan masa keibubapaan dan saiz

    keluarga. Apakah maksudnya? Orang yang bekerja sebagai pekerja manual mahir dan

    spara mahir seperti pekerja binaan, pemandu lori, pekerja kilang, dan lain-lain

    cenderung berkahwin dan mendapat anak lebih awal berbanding orang dalam

    pekerjaan profesional, pengurusan dan teknikal. Pasangan dengan SES yang rendah

    juga cenderung mempunyai lebih anak, berbanding pasangan dengan SES yang tinggi

    (lihat Gambarajah 9.5). Kedua-dua kumpulan juga berbeza dalam nilai dan jangkaan

    penjagaan anak-anak. Dalam suatu kajian oleh Duncan & Magnusson (2003), ibubapa

    telah ditanya apakah yang mereka paling inginkan daripada anak-anak mereka.

    Ibubapa dengan SES yang rendah selalunya menekankan ciri-ciri luaran seperti pematuhan, kesopanan, kekemasan dan kebersihan.

    Ibubapa dengan SES yang tinggi menekankan sifat psikologikal seperti sifat ingin tahu, kebahagiaan, pengarahan diri dan kematangan kognitif dan sosial.

    Perbezaan ini dilihat daripada segi cara ibubapa berinteraksi dengan anak-anak

    mereka. Ibubapa dengan SES yang tinggi selalunya bercakap, membaca kepada dan

    memberikan stimulasi verbal kepada anak-anak mereka, yang membawa kepada anak-

    anak berfikir tentang idea yang abstrak dan subjektif (Uribe, LeVine & LeVine,

    1994). Sebaliknya, ibubapa dengan SES yang rendah cenderung menjadi mengarah

    seperti Buat perkara itu kerana aku suruh, menghukum anak-anak secara fizikal dan meluangkan masa yang sedikit bercakap dengan anak-anak.

    Ramey dan Ramey (1994) menumpukan kepada kesediaan anak-anak ke

    sekolah dan mendapati bahawa merentas kesemua kumpulan sosioekonomi, ibubapa

    berhadapan cabaran utama tentang memberikan penjagaan yang optimal dan

    pedidikan kepada anak-anak mereka. Bagi ibubapa dengan SES yang rendah cabaran

    ini boleh jadi menggerunkan. Kadang kala,apabila keperluan asas kurang, ibubapa

    terpaksa meletakkan keutamaan kepada rumah, makanan, pakaian, dan penjagaan

    kesihatan. Permainan pendidikan dan buku mungkin nampaknya menjadi kemewahan,

    dan ibubapa mungkin tidak mempunyai masa, tenaga, atau pengetahuan untuk

    mencari cara yang inovatif dan murah untuk memupuk perkembangan anak-anaknya.

    Ibubapa ini selalunya kurang masa dan tenaga untuk melaburkan dengan sepenuhnya

    kepada persediaan anak-anaknya ke sekolah, dan mereka kadang kala mempunyai

    sedikit pilihan untuk mendapatkan penjagaan anak yang bermutu; sebelum anak-anak

    mereka mula bersekolah dan semasa awal persekolahan. Guru tadika selalunya

    melaporkan bahawa kanak-kanak dengan SES yang rendah selalunya mula bersekolah

    dengan persediaan yang terhad.

    Walau bagaimanapun, terdapat kekurangan pada kekayaan. Walaupun latar

    belakang pendidikan yang terkehadapan dan kekayaan material mereka, ibubapa yang

    kaya selalu gagal untuk terlibat dalam interaksi keluarga. Kajian oleh Luthar &

    Latendresse (2005) dan Luthar & Becker (2002) telah melaporkan perkara berikut

    dalam kalangan keluarga yang kaya:

    Anak-anak tidak akrab secara emosi dengan ibubapa mereka

    Ibubapa tidak ada secara fizikak dan emosi untuk anak-anak mereka kerana mereka sibuk bekerja

    Ibubapa mempunyai jangkaan yang terlalu tinggi terhadap kejayaan yang membawa kepada tekanan dan kebimbangan dalam kalangan

    anak-anak mereka

  • Bab 9: Pengaruh Keluarga

    9

    Remaja selalunya terlibat dengan salah guna alkohol dan dadah di peringkat sekolah menengah

    9.5 Pengaruh Adik beradik

    A) HUBUNGAN ADIK BERADIK

    Seorang kanak-kanak pra-sekolah mungkin

    mendapati kelahiran seorang adik sukar untuk

    diterima. Kanak-kanak itu menyedari bahawa

    perhatian dan kemesraan ibubapa mesti dikongsikan

    dengan bayi yang baru lahir itu dan dengan itu

    menjadi sangat kuat mendesak, bergayut dan sengaja

    nakal untuk suatu jangka waktu. Walau

    bagaimanapun, kebencian ini akan berkurangan dan

    kanak-kanak itu menunjukkan kemesraan dengan

    mencium dan menepuk bayi itu (lihat Gambarajah

    9.6). Ibubapa adalah lebih pandai mengajar tentang

    adat tertib sosial suasana yang formal bagaimana untuk bertindak di tempat awam, bagaimana untuk

    tidak memalukan diri sendiri di meja makan, misalnya. Tetapi adik-beradik

    merupakan model peranan yang lebih baik untuk kelakuan yang lebih tidak formal bagaimana untuk bertindak di sekolah atau di atas jalan raya, atau, yang paling

    penting, bagaimana untuk bertindak tenang di sekeliling rakan itu merupakan kebanyakan pengalaman harian seorang kanak-kanak. Ibubapa lebih hampir kepada

    persitaran sosial yang kanak-kanak alami semasa kebanyakan hari, yang

    menyebabkan penting untuk tidak terlepas pandang peranan adik beradik (Kramer,

    2010).

    Sama juga, kanak-kanak belajar kelakuan yang kurang menyenangkan

    daripada adik beradiknya seperti menghisap rokok, minum minuman keras dan

    tindakan delinkuen yang lain, daripada pendedahan kepada kelakuan antisosial

    seorang abang atau kakak dan juga kelakuan adik beradik rakan-rakannya. Misalnya,

    seorang remaja perempuan adalah lebih berisiko menjadi hamil sekiranya kakaknya

    adalah aktif secara seksualnya sebagai seorang remaja.

    9.3 AKTIVITI PEMBELAJARAN

    a) Sejauhmanakah kanak-kanak belajar daripada meniru

    ibubapa mereka? Berikan contoh yang khusus.

    b) Adakah keluarga dengan SES yang rendah mempunyai

    cita-cita yang berlainan untuk anak mereka dan melayan

    mereka dengan berbeza daripada keluarga dengan SES

    yang tinggi? Jelaskan.

    Rajah 9.6 Kemesraan di

    antara adik-beradik

  • Bab 9: Pengaruh Keluarga

    10

    B) KONFLIK ADIK BERADIK

    Suatu bidang penyelidikan yang penting

    dalam perkembangan kanak-kanak adalah yang

    berkaitan dengan konflik adik beradik dan cara

    yang terbaik untuk ibubapa campur tangan apabila

    anak-anak berbalah (Dunn & Munn, 1986). Konflik

    adik beradik adalah selalu, tidak diselesaikan dengan

    baik, dan kadang kala sangat agresif, ganas atau

    malahan kasar (lihat Gambarajah 9.7). Konflik adik

    beradik dalam zaman kanak-kanak adalah juga

    dikaitkan dengan penyesuaian yang kurang baik

    kemudian dalam kehidupan. Misalnya, konflik adik

    beradik di zaman kanak-kanak dikaitkan dengan

    kecenderungan kepada sifat ganas sebagai orang

    dewasa (Gully, Dengerink, Pepping & Bergstrom,

    1981). Dengan memerhati dapatan tersebut, tidak

    hairanlah konflik adik beradik merupakan sumber

    kebimbangan ibubapa dan mereka bimbang tentang

    cara terbaik untuk campur tangan.

    Sebaliknya, ibubapa yang masuk campur

    dan menyelesaikan konflik mungkin menidakkan anak-anaknya peluang untuk

    membina strategi penyelesaian konflik mereka sendiri dan mungkin sebenarnya

    membuatkan konflik semakin teruk. Sebaliknya pula, intervensi kadang kala dapat

    membantu untuk membuat konflik kurang tegang dan membawa kepada penyelesaian

    yang lebih konstruktif. Intervensi dalam konflik adik beradik cuba untuk menjadi

    perantara dan menggalakkan proses tolak ansur tetapi membiarkan penyelesaian akhir

    dalam tangan anak-anak sendiri. Intervensi cuba memperbaiki hasil konflik sambil

    pada masa yang sama membantu anak-anak memahami antara satu sama lain dan

    membina strategi penyelesaian yang lebih konstruktif.

    Apabila ibubapa melayan anak-anaknya dengan berlainan dengan

    mempelbagaikan jumlah belaian, keresponsifan, kawalan dan disiplin yang positif

    terhadap anak-anak; hubungan adik beradik lebih berkemungkinan menjadi

    konfrontasional dan kurang mesra sekiranya anak-anak melihat perbezaan itu sebagai

    tidak adil (Volling, B. & Belsky. J. 1992).

    Anak sulung terlibat dalam peranan kepimpinan dan mengajar, manakala anak

    kedua lebih berkemungkinan mengajuk, mengikut dan menjadi pelajar. Semasa awal

    zaman kanak-kanak, adik beradik dapat bertindak sebagai sumber sokongan dalam

    situasi penjagaan dalam ketiadaan ibunya untuk beberapa ketika dan di pertengahan

    zaman kanak-kanak (i.e. semasa sekolah rendah) adik beradik mungkin memberikan

    sokongan pada waktu mengalami detik tertekan. Daya perbezaan semula jadi yang

    terhasil daripada perbezaan umur antara adik beradik bermakna bahawa dua orang

    kanak-kanak mungkin mempunyai pengalaman yang berbeza dalam keluarga.

    Misalnya, anak kedua mempunyai manafaat dapat belajar daripada abang atau

    kanaknya, tetapi yang sulung tidak begitu, kadang kala membawa kepada

    perkembangan yang yang cepat bagi anak kedua dalam beberapa hal (Howie &

    Reechia, 2006).

    Gambarajah 9.7 Konflik

    adik beradik dapat

    menyebabkan keganasan

  • Bab 9: Pengaruh Keluarga

    11

    9.6 Perceraian

    A) KADAR PERCERAIAN

    Perceraian semakin meningkat dalam

    kebanyakan negara di dunia. Di Malaysia, bilangan

    perceraian telah meningkat daripada 16,013 dalam

    tahun 2002 kepada 32,776 dalam tahun 2009, suatu

    peningkatan sebanyak 105%. Kadar perceraian di

    Malaysia adalah lebih kurang 13% yang nampak kecil

    apabila dibandingkan dengan Amerika Syarikat

    (51%), Australia (46%) dan Jerman (44%). Ini

    bermakna bahawa untuk setiap 100 perkahwinan di

    Malaysia, 13 berakhir dengan perceraian. Daripada

    ini, sebanyak 40% peratus daripada pasangan

    Malaysia telah bercerai dalam masa lima tahun

    selepas bernikah, manakala 26.5% telah bercerai

    selepas 6-10 tahun perkahwinan.

    Hasilnya, lebih ramai kanak-kanak membesar dalam keluarga ibubapa tunggal

    ataupun keluarga dengan bapa tiri, ibu tiri, dan adik beradik tiri. Dengan itu, guru

    harus sedar bahawa terdapat pelajar daripada keluarga yang telah bercerai dalam kelas

    mereka. Guru terpaksa peka dengan perasaan mereka, khususnya apabila kanak-kanak

    lain di dalam kelas mungkin mempunyai ayah dan ibu, manakala ada kanak-kanak

    yang mungkin hanya mempunyai ayah atau ibu. Misalnya, di dalam kelas bahasa, ia

    mungkin sukar untuk seorang kanak-kanak untuk menulis sebuah esei tentang

    ayahnya, sekiranya keluarganya telah bercerai semasa dia masih kecil lagi dan ibunya

    merupakan ibu tunggal.

    Umumnya, tidak ramai yang akan menafikan bahawa perceraian adalah sangat

    menyedihkan untuk kanak-kanak kerana ia melibatkan konflik antara ibubapa dan

    biasanya perpisahan antara satu sama lain. Banyak kajian telah dijalankan tentang

    kesan perceraian kepada kanak-kanak dan bukti menunjukkan bahawa kanak-kanak

    mengalami beberapa masalah seperti prestasi akademik yang lemah, tekanan dan rasa

    tidak selamat secara emosi. Walau bagaimanapun, dapatan ini tidak bermakna bahawa

    semua kanak-kanak daripada keluarga yang telah bercerai mengalami masalah

    seperti itu, tetapi kanak-kanak daripada keluarga yang telah bercerai lebih berisiko

    untuk mendapat hasil seperti itu.

    Tahun pertama selepas perceraian adalah yang paling trauma untuk ibubapa

    dan guru. Tetapi bermula dengan tahun kedua, kebanyakan kanak-kanak mula

    menyesuaikan diri dengan keadaan baru itu. Kanak-kanak lebih bersedia

    menyesuaikan diri dengan perceraian sekiranya ibubapa yang telah bercerai

    bekerjasama antara satu sama lain, khususnya dalam hal disiplin. Apabila si ibu

    diberikan hak penjagaan anak-anak, anak-anak mendapat manafaat apabila si bapa

    terus terlibat dalam urusan keibubapaan. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa

    budak lelaki lebih baik bersama ayah mereka dan budak perempuan lebih baik

    bersama ibu mereka (McLanahan, 1999).

  • Bab 9: Pengaruh Keluarga

    12

    B) APAKAH YANG MENYEBABKAN TEKANAN UNTUK ANAK-ANAK

    DALAM KELUARGA YANG TELAH BERCERAI?

    Perubahan: Salah satu kebimbangan anak-anak adalah perubahan. Dengan perceraian, perubahan akan berlaku dalam kebanyakan tanggungjawab

    keluarga. Anak-anak mungkin terpaksa menyesuaikan diri dengan jadual dan

    rutin yang baru. Mereka tidak lagi mempunyai kontak dengan beberapa orang

    kawan dan ahli keluarga luas (seperti datuk nenek dan sepupu).

    Kehilangan Ikatan: Kanak-kanak menjadi terikat kepada ibubapa, abang, kakak dan haiwan peliharaan. Tidak mengetahui banyak mana kontak dengan

    mana-mana daripadanya boleh menyebabkan tekanan. Sebagai contoh,

    berpindah ke rumah yang baru dan jauh daripada kepunyaan yang mereka

    sudah terbiasa juga dapat menimbulkan tekanan.

    Takut ditinggalkan: Kanak-kanak takut sekiranya mereka telah

    kehilangan salah satu ibubapanya,

    mereka mungkin kehilangan yang

    kedua itu. Mereka mungkin

    menyalahkan diri mereka, berasa tidak

    disayangi dan berasa tidak selamat.

    Mereka bimbang tentang siapa yang

    akan menjaga mereka.

    Permusuhan antara Ibu dan Bapa: Pertelingkahan dan ketegangan antara

    ibubapa mungkin membuatkan anak-

    anak berasa bersalah, marah dan kesunyian. Untuk cuba membuatkan anak-

    anak menyebelahi mana-mana pihak atau membelakangi salah satu daripada

    ibubapanya akan menimbulkan kekeliruan bagi anak-anak yang terperangkap

    di tengah-tengah pergelutan antara orang dewasa. Mereka mereka harus

    membuat keputusan sendiri!

    C) KENAPA SESETENGAH KANAK-KANAK TERKESAN OLEH

    PERCERAIAN SEMENTARA YANG LAIN TIDAK?

    Terdapat maklumat yang semakin banyak yang menunjukkan bahawa terdapat faktor

    tertentu yang mungkin membuatkan sesetengah kanak-kanak lebih berisiko daripada

    segi kurang dapat menyesuaikan diri berbanding yang lain. Ada faktor yang tidak

    dapat diubah dan ada yang sudah sedia ada sebelum perceraian. Faktor yang lainnya

    pula memberikan tekanan kepada anak-anak pada saat perpisahan atau perceraian, dan

    ada pula yang mempengaruhi anak-anak selepas perceraian itu.

    JantinaBudak lelaki lebih berisiko berbanding budak perempuan, terutamanya disebabkan si ibu selalunya diberikan hak penjagaan dan bukan bapa. Adalah sukar

    kerana ibubapa yang sama jantina, si bapa, tidak lagi tinggal bersama di rumah.

    Ketiadaan model peranan lelaki menjadikannya lebih sukar untuk budak lelaki untuk

    menyesuaikan diri dengan perceraian.

    UmurKanak-kanak yang lebih muda lebih berisiko dalam jangka pendek disebabkan oleh kekeliruan yang menyelubungi perceraian itu dan kehilangan ibu

    atau bapa yang tidak lagi tinggal bersama mereka. Kanak-kanak yang lebih muda

  • Bab 9: Pengaruh Keluarga

    13

    kurang berupaya memahami semua perubahan yang berlaku. Kanak-kanak pra-

    remaja dan remaja lebih berisiko dalam jangka masa panjang, kerana dalam jangka

    pendek keakraban mereka dengan rakan sebaya menahan perasaan mereka tentang

    perceraian ibubapa mereka (Amato & Keith, 1991).

    Status soiioekonomiStandard kehidupan selalu berubah dengan ketara selepas perceraian. Kurangnya wang mungkin bermakna bahawa terdapat keperluan anak-

    anak tidak dipenuhi.

    Sejauhmana anak itu diheret ke dalam konflik rumahtangga tersebut. Lebih

    banyak anak itu dibabitkan dalam konflik ibubapanya, lebih terkeliru, kecewa,

    marah, dan berkonflik kesetiaan dia akan alami.

    Hubungan dengan ibu dan bapa sebelum perceraian. Sekiranya hubungan pra-

    perceraian dengan ibubapa adalah positif dan memupuk, risiko masalah pasca-

    perceraian dapat dikurangkan. Sekiranya masalah dengan hubungan ibubapa-anak

    wujud sebelum perceraian, masalah tersebut sangat berkemungkinan akan menjadi

    lebih teruk selepas perceraian.

    Keupayaan ibubapa untuk memisahkan peranan mereka sebagai ibubapa dan

    pasangan. Pasangan yang akan berpisah tetapi tidak dapat membuat keputusan

    tentang kebajikan anak-anak mereka dengan aman dan berunding tentang isu-isu

    berkaitan dengan anak-anak mereka, meletakkan anak-anak mereka dalam risiko yang

    lebih besar untuk menghadapi masalah.

    Konflik terbuka yang berpanjangan antara pasangan. Lebih banyak konflik antara

    ibubapa, lebih tinggi risiko bagi anak-anak mengalami kekacauan emosi.

    Tanggapan kehilangan ibu/bapa yang tidak mendapat hak penjagaan. Melainkan

    perhatian yang lebih diberikan oleh kedua-dua ibubapa untuk memupuk hubungan

    antara ibu/bapa yang tidak mendapat hak penjagaan dengan anak tersebut, seorang

    anak mungkin berasa kehilangan dan malahan terbuang.

    [Sumber: Sebutan untuk dokumen ini: Hughes, R., Jr. (2005). The effects of divorce on children. Urbana, IL: University of Illinois Extension. Izin diberikan untuk mencetak dokumen ini untuk tujuan pendidikan]

    9.4 AKTIVITI PEMBELAJARAN

    a) Jelaskan bagaimana adik beradik mempengaruhi kanak-

    kanak.

    b) Bagaimanakah ibubapa harus menangani konflik adik

    beradik?

    b) Kenapakah sesetengah kanak-kanak terkesan oleh

    perceraian manakala yang lain kurang terkesan?

    .

  • Bab 9: Pengaruh Keluarga

    14

    9.7 Keluarga Ibu/Bapa Tunggal

    Selepas perceraian, kebanyakan anak-anak mula dengan tinggal dalam sebuah

    keluarga ibu/bapa tunggal yang berbeza daripada sebuah keluarga asas atau keluarga

    dengan dua orang ibubapa yang dianggap sebagai sebuah struktur keluarga yang ideal.

    Adakah ibubapa tunggal mempengaruhi pencapaian akademik dengan negatif? Pada

    masa ini, kajian tidak memberikan suatu jawaban yang lengkap kepada persoalan ini.

    Daripada beberapa segi, anak-anak dalam keluarga dengan ibubapa tunggal lebih

    berisiko berbanding anak-anak dalam jenis keluarga yang lain. Walaupun apabila

    mereka mempunyai keupayaan akademik yang sama, anak-anak dalam keluarga

    ibubapa tunggal adalah tiga kali lebih berkemungkinan untuk keciciran di sekolah

    menengah berbanding anak-anak daripada keluarga dengan dua orang ibubapa

    (Thiessen, 1997).

    Oleh kerana mereka merupakan sumber kewangan utama dan selalunya

    sumber kewangan yang tunggal bagi keluarga tersebut, ibubapa tunggal mempunyai

    kurang masa untuk membantu anak-anak dengan kerja rumah mereka, kurang

    berkemungkinan untuk menggunakan disiplin yang konsisten, dan mempunyai

    kawalan keibubapaan yang kurang, dan semua keadaan ini mungkin membawa

    kepada pencapaian akademik yang lebih rendah. Kajian telah menunjukkan bahawa

    apabila tahap pendapatan ibubapa tunggal dan keluarga dengan dua orang ibubapa

    adalah sama, terdapat hanya sedikit perbezaan dalam pencapaian akademik anak-anak

    mereka.

    Ada pengkaji yang telah bertanya ibubapa tunggal yang berjaya bagaimana mereka

    telah berjaya dan berikut adalah apa yang mereka telah katakan:

    Penerimaan Tanggungjawab. Ibubapa tunggal yang berjaya menerima tanggungjawab dan cabaran sebagai ibubapa tunggal. Mereka tidak

    mengurangkan atau menambah kepada masalah tetapi mencari penyelesaian.

    Mereka menyedari kesukaran (seperti kurang masa untuk diri sendiri,

    kehidupan sosial yang terhad, tunggungjawab tunggal bagi memenuhi

    pelbagai keperluan, dan tekanan

    kewangan) tanpa rasa kasihan kepada

    diri sendiri atau kepahitan.

    Komitmen Kepada Keluarga. Ibubapa tunggal berjaya menjadikan keluarga

    keutamaan mereka. Mereka

    menumpukan kepada menjadi sebaik

    ibubapa tunggal yang boleh, yang

    selalunya bermakna meletakkan

    keperluan anak-anak dahulu. Mereka

    benar-benar suka dan gembira dengan

    anak-anak, mengorbankan masa, wang,

    dan tenaga demi anak-anak mereka.

    Mereka cuba memberikan sokongan dan Gambarajah 9.8 Ibubapa

    Tunggal yang stabil mengatasi

    kesan negatif perceraian

  • Bab 9: Pengaruh Keluarga

    15

    kesabaran serta membantu anak-anak. Seperti juga ibubapa lain yang

    berkesan, mereka konsisten dan tidak terlalu punitif. Gaya mendisiplin ini

    memberikan anak-anak piilihan, menggunakan kesan yang semula jadi dan

    logik, dan memberikan suatu struktur.

    Komunikasi Terbuka. Ibubapa tunggal yang berjaya memupuk komunikasi terbuka. Ibubapa ini menggalakkan ekspresi pemikiran dan perasaan yang

    jelas dan terbuka dalam keluarga tersebut sebagai kunci kepada perkembangan

    hubungan yang jujur dan saling mempercayai. Mereka memupuk identiti

    tersendiri dalam sebuah unit keluarga yang menyokong. Ibubapa ini berusaha

    untuk mencapai identiti tersendiri dan keberdikarian dengan setiap ahlinya

    mempunyai minat individu dan membina kemahiran individu.

    Pengurusan Rumah Berjaya. Ibubapa tunggal yang berjaya mengurus keperluan keluarga dengan baik. Mereka berusaha untuk menjadi terurus dan

    boleh diharapkan, dan mereka bekerja keras untuk mengkoordinasi jadual.

    Mereka berasa bangga dengan keupayaan mereka untuk menyediakan

    kewangan untuk keluarga mereka, walaupun kewangan masih menjadi suatu

    pergelutan.

    Penjagaan Diri. Ibubapa tunggal berjaya menjaga diri mereka sendiri. Walaupun mempunyai kekurangan masa, ibubapa ini menyedari bahawa

    menjaga diri mereka sendiri adalah penting. Mereka cuba berbuat demikian

    dengan cara fizikal, kerohanian, emosi, dan sosial. Mereka terhubung dengan

    orang lain yang mereka akan hubungi untuk mendapatkan sokongan praktikal

    dan emosional.

    Meneruskan Tradisi dan Hubungan. Keluarga ibubapa tunggal yang berjaya meneruskan tradisi, samada upacara waktu tidur, waktu istimewa

    bersama keluarga, atau keraian percutian. Suatu tradisi merupakan apa-apa

    acara yang mempunyai makna yang istimewa kepada sebuah keluarga.

    Apabila sebuah keluarga telah diganggu, meneruskan tradisi menjadi suatu

    daya yang menstabilkan, sesuatu yang dapat diharapkan.

    Mempunyai Pandangan Yang Positif Tentang Cabaran. Ibubapa tunggal berjaya mempunyai sikap yang positif terhadap keibubapaan dan hidup secara

    umumnya. Mereka melihat aspek positif dalam situasi yang menekan dan

    berasa bahawa mereka telah berjaya walaupun terdapat banyak keraguan.

    [sumber: Being a successful single parent. Real Families Real Answers]

    9.5 AKTIVITI PEMBELAJARAN

    a) Bagaimanakah ibubapa tunggal telah berjaya dalam

    membesarkan anak-anak mereka?

    b) Komen tentang pencapaian akademik dan kelakuan

    kanak-kanak kepada ibubapa tunggal dalam kelas anda.

    .

  • Bab 9: Pengaruh Keluarga

    16

    9.8 Keluarga Teradun

    Selepas perceraian,

    kebanyakan anak-anak mula dengan

    hidup di dalam sebuah keluarga

    beribubapa tunggal buat seketika

    dan sesetengah ibubapa ini

    berkahwin semula membentuk

    sebuah keluarga teradun. Apakah

    sebuah keluarga teradun? Sebuah

    keluarga teradun merupakan suatu

    terma yang menerangkan sebuah

    keluarga di mana ibubapa berkahwin

    dengan pasangan yang lain

    sebelumnya, membawa anak-anak

    mereka daripada perkahwinan sebelumnya itu untuk tinggal bersama atau becampur di dalam susunan sekarang. Sementara 'keluarga teradun' sudah biasa di Amerika dan

    negara barat, ianya merupakan suatu fenomena yang semakin bertambah di Malaysia

    dan di negara Asia yang lain (Jamilah Ariffin, Bernama News, 25 Oktober, 2010).

    Sebuah keluarga teradun boleh jadi "mudah", di mana hanya satu ahli daripada

    pasangan tersebut mempunyai seorang atau lebih anak, ataupun ia boleh jadi

    "kompleks" atau "teradun". Di dalam sebuah keluarga teradun, kedua-dua pasangan

    mungkin telahpun ada anak, atau pasangan tersebut mungkin mempunyai anak

    tambahan bersama. Sekiranya kedua-dua ahli dalam pasangan tersebut mempunyai

    anak sebelumnya, anak-anak itu adalah adik beradik tiri masing-masing. Mana-mana

    anak seterusnya yang dilahirkan hasil daripada perkahwinan pasangan itu menjadi

    adik beradik seibu atau seayah kepada anak-anak yang sedia ada.

    Oleh kerana selalunya si ibu diberikan hak penjaga anak-anak, bentuk

    keluarga teradun yang paling biasa dijumpai adalah seorang ibu, anak-anaknya dan

    seorang ayah tiri. Kebanyakan ayah tiri tidak menyertai dengan aktif dalam penjagaan

    anak, selalunya mereka nampak keberatan untuk terlibat. Walau bagaimanapun,

    budak lelaki selalunya mendapat manafaat daripada kehadiran seorang ayah tiri,

    khususnya apabila dia mesra dan terlibat. Budak perempuan pra-remaja, walau

    The Brady Bunch Dalam pertengahan 70an terdapat sebuah siri televisyen di Amerika bertajuk "The Brady Bunch" yang disiarkan di TV Malaysia. Sitcom tersebut telah disiarkan semasa perceraian dan perkahwinan semula sedang meningkat di Amerika. Sitcom berkisar tentang sebuah keluarga besar, Mike Brady dan tiga orang anak lelakinya dan isteri yang baru dikahwininya Carol Martin yang mempunyai tiga orang anak perempuan. Siri tersebut menunjukkan bagaimana keluarga tersebut belajar untuk mengharungi persekitaran yang baru, penuh dengan perselisihan dan persaingan tetapi akhirnya mereka menjadi satu keluarga.

    Rajah 9.9 Keluarga teradun yang stabil

    dan mesra

  • Bab 9: Pengaruh Keluarga

    17

    bagaimanapun, tidak mudah menyesuaikan diri dengan ibunya berkahwin lagi,

    nampaknya kerana ia mengganggu hubungan akrab yang mereka telah jalinkan

    dengannya (Bray, 1999).

    Penyesuaian ini adalah lebih sukar apabila si ibu remaja itu berkahwin lagi.

    Remaja tidak mudah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan keluarga barunya

    sepertimana kanak-kanak; mereka lebih berkemungkinan mencabar kuasa seorang

    ayah tiri. Dan penyesuaian adalah lebih sukar apabila seorang ayah tiri membawa

    anak kandungnya. Di dalam keluarga seperti itu, ibubapa kadang kala melebihkan

    anak kandung mereka berbanding anak tiri mereka; mereka lebih terlibat dan lebih

    mesra dengan anak kandung mereka. Layanan yang lebih istimewa ini selalunya akan

    membawa kepada konflik dan kesedihan. Dan apabila si ibu dan ayah tiri itu

    bergaduh, anak-anak selalunya menyebelahi ibu atau ayah kandungnya (Dunn,

    OConnor & Cheng, 2005). Strategi terbaik untuk ayah tiri adalah untuk menjadi berminat dalam anak tiri

    mereka yang baru tetapi elakkan menceroboh ke dalam hubungan yang sudah terbina.

    Ibu yang baru berkahwin mesti berhati-hati agar keghairahan mereka terhadap

    pasangan baru mereka tidak mengurangkan masa dan belaian kepada anak-anak

    mereka. Dan kedua-dua ibubapa dan anak perlu mempunyai jangkaan yang realistik.

    Keluarga terpadu dapat menjadi berjaya dan memanafaatkan kepada anak-anak dan

    remaja, tetapi ia memerlukan usaha disebabkan hubungan yang rumit, kesetiaan yang

    berkonflik, dan cemburu yang selalunya hadir. Lama kelamaan anak-anak akan

    menyesuaikan diri dengan keluarga teradun itu. Sekiranya perkahwinan itu bahagia,

    kebanyakan anak-anak akan mendapat manafaat daripada kehadiran dua orang

    dewasa yang prihatin.

    9.9 Penganiayaan Kanak-kanak

    KENAPA?...... KENAPA?........ KENAPA?......... Balasundram, Norshafiqah dan Afiq harus sudah berumur awal dua puluhan tahun ini; orang muda dengan impian untuk dicapai. Malangnya, tidak ada di antara mereka masih hidup, mereka telah menjadi mangsa penganiayaan dan tewas kepada kecederaan dua dekad lalu.

    Dalam tahun 1990, Balasundram yang berumur 26 bulan, telah dijumpai terdampar di Hospital Kuala Lumpur. Badannya penuh dengan calar dicucur puntung rokok, diserang dan diliwat oleh kekasih ibunya. Dia menderita akibat kerosakan otak dan buah pinggang dan walaupun doctor telah berusaha tetapi gagal menyelamatkannya daripada maut.

    Norshafiqah, pada masa itu 17 bulan, telah meninggal akibat kecederaan yang disebabkan oleh penjaganya.

    Afiq yang berumur 2 tahun telah meninggal selepas dianiaya dengan kejam oleh ayahnya sendiri.

    Kes-kes yang mengejutkan itu, dan mendapat liputan media yang luas pada masa itu, telah membangkitkan kemarahan orang Malaysia untuk bersatu dan menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap penganiaya kanak-kanak dan membawa kepada terbentuknya Akta Perlindungan Kanak-kanak dalam tahun 1991. Teledera telah ditubuhkan oleh Jabatan Kebajikan dalam tahun 1992 untuk orang awam melaporkan kes-kes penderaan kanak-kanak.

  • Bab 9: Pengaruh Keluarga

    18

    Yang tragis, cerita Bala, Norshafiqah dan

    Afiq telah diulangi lagi dan lagi dalam dua dekad

    yang lepas di bandar-bandar, subbandar dan

    kampong di Malaysia. Dan di sebalik kemarahan

    orang awam pada masa itu, kanak-kanak terus

    menderita disebabkan penderaan di tempat yang

    mana mereka seharusnya merasa paling selamat di rumah, sekolah, dan kejiranan mereka. Dalam

    tahun 2008, 2,780 kes penderaan kanak-kanak

    telah dilaporkan, yang bermakna purata seramai

    tujuh orang kanak-kanak telah didera setiap hari

    pada tahun itu di Malaysia.

    Jenis penganiayaan yang paling banyak

    adalah penderaan fizikal yang melibatkan

    serangan yang membawa kepada kecederaan;

    penderaan seksual yang melibatkan pencabulan,

    persetubuhan, liwat atau kelakuan seksual yang

    lain; dan kecuaian yang melibatkan tidak

    memberikan kanak-kanak makanan, pakaian atau

    perubatan yang mencukupi.

    A) KESAN PENGANIAYAAN

    Bukan semua kanak-kanak yang dianiaya dan terabai akan mengalami kesan jangka

    panjang. Hasil daripada kes-kes individu berbeza dengan ketara dan terkesan oleh

    suatu kombinasi faktor-faktor, termasuk:

    Umur anak itu dan status perkembangannya semasa penderaan atau

    pengabaian berlaku

    Jenis penderaan (penderaan fizikal, pengabaian, penderaan seksual,

    dan sebagainya)

    Kekerapan, jangka waktu, dan keterukan penderaan

    Hubungan antara mangsa dan penderanya.

    Kajian juga telah mula mempelupori mengapa, dalam keadaan yang sama, ada kanak-

    kanak yang mengalami kesan jangka panjang penderaan dan pengabaian sementara

    yang lainnya nampaknya langsung tidak terkesan. Keupayaan untuk menangani, dan

    malahan berjaya, selepas suatu pengalaman yang negative kadang kala dirujuk

    sebagai "kebingkasan". Beberapa faktor melindung (faktor yang mungkin melindung

    anak itu daripada menderita disebabkan penganiayaan) mungkin menyumbang

    kepada kebingkasan seorang kanak-kanak yang didera atau diabaikan. Ini termasuk

    sifat individu, seperti optimis, harga diri, kecerdikan, kreativiti, humor, dan

    kemandirian. Faktor melindung juga termasuk persekitaran keluarga atau sosial,

    seperti akses anak itu kepada sokongan sosial; khususnya, seorang dewasa yang

    prihatin terhadap kehidupan anak itu dapat menjadi suatu faktor melindung yang

    penting. Kebajikan komuniti, termasuk kestabilan kejiranan dan akses kepada

    perubatan, adalah juga faktor melindung.

  • Bab 9: Pengaruh Keluarga

    19

    a) Kesan Psikologi Kesan emosi yang segera akibat penderaan dan pengabaian - pengasingan, ketakutan,

    dan ketidakupayaan untuk memberikan kepercayaan dapat diterjemahkan kepada kesan sepanjang hayat, termasuk harga diri yang rendah, kemurungan, dan masalah

    dengan hubungan. Pengkaji telah mengenal pasti kaitan antara penderaan dan

    pengabaian kanak-kanak dengan yang berikut:

    Kesihatan mental dan emosional yang lemah. Di dalam sebuah kajian jangka panjang, seramai 80 peratus orang muda yang telah didera telah

    memenuhi kriteria diagnostik bagi sekurang-kurangnya satu gangguan

    psikiatrik pada umur 21 tahun. Orang-orang muda ini telah menunjukkan

    banyak masalah, termasuk kemurungan, kebimbangan, gangguan pemakanan,

    dan percubaan membunuh diri. Masalah psikologikal dan emosional yang

    dikaitkan dengan penderaan dan pengabaian termasuk gangguan panik,

    gangguan dissosiatif, gangguan kekurangan perhatian /hiperaktiviti, gangguan

    tekanan pasca trauma, dan gangguan ikatan reaktif.

    Masalah Kognitif. Kajian telah menunjukkan bahawa kanak-kanak yang diletakkan di dalam rumah anak

    yatim disebabkan penderaan atau

    pengabaian lebih berkemungkinan

    mendapat ukuran keupayaan kognitif,

    perkembangan bahasa, dan pencapaian akademik yang lebih rendah daripada

    populasi umum.

    Masalah Sosial. Kanak-kanak yang didera dan diabaikan oleh penjaga mereka tidak membentuk ikatan yang selamat dengan mereka. Masalah ikatan awal ini

    boleh membawa kepada masalah kemudian hari daripada segi hubungan

    dengan orang dewasa yang lain serta dengan rakan sebaya.

    b) Kesan Kepada Kelakuan Bukan semua mangsa penderaan dan pengabaian kanak-kanak akan mengalami kesan

    daripada segi kelakuan; walau bagaimanapun, penderaan dan pengabaian kanak-

    kanak nampaknya membuatkan yang berikut lebih berkemungkinan:

    Masalah semasa remaja. Kajian telah mendapati bahawa kanak-kanak yang didera dan diabaikan adalah sekurang-kurangnya 25% lebih

    berkemungkinan untuk mengalami masalah seperti delinkuen, kehamilan

    dalam usia remaja, pencapaian akademik yang rendah, penggunaan dadah,

    dan masalah kesihatan mental.

    Delinkuens juvenil dan Jenayah Dewasa. Kanak-kanak yang telah didera dan diabaikan lebih berisiko ditahan sebagai juvenil. Penderaan dan

    pengabaian menambah kemungkinan kelakuan jenayah orang dewasa dan

    jenayah ganas dengan 30%.

    Salah guna alkohol dan dadah lain. Kajian telah dengan konsisten mencerminkan kemungkinan yang lebih tinggi bahawa anak-anak yang

    telah didera dan diabaikan akan merokok, menyalahguna alkohol, atau

    Gambarajah 9.10 Penderaan

    Kanak-kanak kerana Ayah

    mengalami tekanan kerja

  • Bab 9: Pengaruh Keluarga

    20

    mengambil dadah. Di Amerika, menurut sebuah kajian oleh National

    Institute on Drug Abuse, seramai dua pertiga orang di dalam program

    rawatan dadah telah melaporkan telah didera semasa kanak-kanak. Pada

    pendapat anda apakah situasinya di Malaysia?

    Kelakuan Mendera. Ibubapa yang mendera selalunya telah mengalami penderaan semasa mereka kanak-kanak. Telah dianggarkan bahawa lebih

    kurang satu pertiga daripada kanak-kanak yang telah didera dan diabaikan

    akan kemudiannya mendera anak-anak mereka sendiri di Amerika.

    c) Kesan Kesihatan Fizikal Kesan fizikal yang segera daripada penderaan atau pengabaian boleh jadi kecil secara

    relatifnya (lebam atau luka) ataupun teruk (tulang patah, pendarahan, malahan

    kematian). Dalam sesetengah kes kesan fizikal itu sementara; walau bagaimanapun,

    kesakitan dan penderitaan yang mereka kenakan kepada seorang kanak-kanak tidak

    harus diperkecilkan. Sementara itu, impak jangka panjang penderaan dan pengabaian

    kanak-kanak terhadap kesihatan fizikal baru mula dipelupori. Berikut adalah beberapa

    kesan yang telah dikenal pasti melalui hasil kajian:

    Sindrom menggoncang bayi. Kesan segera menggoncang seorang bayi, yang merupakan suatu bentuk penderaan kanak-kanak yang biasa yang

    melibatkan bayi, mungkin termasuk muntah, patah, kesukaran bernafas,

    kejang, dan kematian. Kesan jangka panjang boleh termasuk buta, masalah

    pembelajaran, terencat mental, serebral palsi, atau lumpuh.

    Perkembangan otak yang kurang. Penderaan dan pengabaian kanak-kanak telah ditunjukkan, dalam sesetengah kes, dapat menyebabkan

    kawasan penting otak gagal berfungsi dengan betul, menyebabkan

    kurangnya perkembangan fizikal, mental, dan emosional. Dalam kes lain,

    tekanan daripada penderaan yang kronik menyebabkan tindakbalas

    "hyperarousal" oleh sesetengah kawasan otak, yang mungkin

    menyebabkan hiperaktiviti, gangguan tidur, dan kebimbangan, dan juga

    kerentanan yang lebih tinggi kepada gangguan tekanan pasca trauma,

    kekurangan perhatian/hiperaktiviti, gangguan kelakuan, dan masalah

    pembelajaran serta ingatan.

    B) SEBAB-SEBAB PENGANIAYAAN

    Tidak terdapat satu sebab penganiayaan kanak-kanak yang diketahui. Tidak

    juga terdapat satu penerangan yang menggambarkan semua keluarga yang di mana

    anak-anak menjadi mangsa penderaan dan pengabaian. Penganiayaan kanak-kanak

    berlaku merentas kumpulan sosio-ekonomi, agama, budaya, kaum, dan etnik.

    Sementara tidak terdapat sebab yang khusus telah dikenalpasti membawa ibubapa

    atau penjaga yang lainnya kepada penderaan atau pengabaian seorang anak, kajian

    telah mengenali beberapa faktor risiko atau sifat yang biasa dikaitkan dengan

    penganiayaan.

    Kanak-kanak dalam keluarga dan persekitaran di mana faktor-faktor ini wujud

    mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi untuk mengalami penganiayaan. Harus

    ditekankan, walau bagaimanapun, bahawa sementara sesetengah faktor selalunya ada

    dalam kalangan di mana penganiayaan berlaku, ini tidak bermakna bahawa

  • Bab 9: Pengaruh Keluarga

    21

    kewujudan faktor tersebut akan sentiasa menyebabkan penderaan dan pengabaian

    kanak-kanak. Faktor-faktor yang mungkin menyumbang kepada penganiayaan dalam

    satu keluarga mungkin tidak menyebabkan penderaan atau pengabaian kanak-kanak

    dalam keluarga yang lain. Misalnya, beberapa pengkaji telah memerhatikan bahawa

    terdapat hubungan di antara kemiskinan dan penganiayaan, namun begitu harus

    diperhatikan bahawa kebanyakan orang yang tinggal dalam kemiskinan tidak

    menyakiti anak-anak mereka. Faktor risiko yang dikaitkan dengan penganiayaan

    kanak-kanak boleh dikumpulkan kepada empat domain:

    Domain ibubapa atau penjaga

    Domain keluarga

    Domain anak

    Domain persekitaran

    Semakin diterima bahawa penganiayaan kanak-kanak datang daripada interaksi

    pelbagai faktor merentas empat domain ini.

    1) Domain Ibubapa

    Ada sifat ibubapa atau penjaga (orang dewasa lain) seperti keperibadian, sejarah,

    sikap dan pengetahuan, umur mereka dan penggunaan dadah telah ternyata

    menyumbang kepada penganiayaan kanak-kanak.

    Ciri-ciri Keperibadian: Tidak ada suatu set ciri-ciri atau keperibadian yang konsisten telah dikaitkan dengan ibubapa atau penjaga yang menganiaya.

    Beberapa ciri yang selalu dikenalpasti ada pada mereka yang menganiaya atau

    mengabaikan secara fizikal termasuk harga diri yang rendah, lokus kawalan

    luaran (i.e. percaya bahawa kejadian ditentukan oleh nasib atau daya luaran

    yang di luar kawalan seseorang), kawalan gerak hati yang lemah, kemurungan,

    kebimbangan, dan kelakuan antisosial.

    Sejarah Ibubapa: Sejarah zaman kanak-kanak ibubapa memainkan peranan yang penting dalam bagaimana dia bertindak sebagai ibubapa. Individu yang

    mempunyai model peranan keibubapaan yang lemah atau mereka yang

    mempunyai keperluan yang tidak dipenuhi akan mendapati sukar untuk

    memenuhi keperluan anak-anak mereka. Terdapat bukti yang menunjukkan

    bahawa penulisan tentang penganiayaan kanak-kanak selalunya menyokong

    dapatan bahawa sesetengah ibubapa atau penjaga yang menganiaya adalah

    mangsa penderaan atau pengabaian semasa mereka kanak-kanak.

    Salah guna Bahan Kimia: Salah guna bahan kimia oleh

    ibubapa telah dilaporkan

    sebagai suatu faktor yang

    menyumbang kepada antara

    satu hingga dua pertiga

    kanak-kanak yang dianiaya.

    Di dalam sebuah kajian di

    Chicago, Amerika Syarikat;

    pengalaman penganiayaan

  • Bab 9: Pengaruh Keluarga

    22

    dalam kalangan kanak-kanak yang ibubapanya menyalah guna alkohol dan

    dadah jenis lain adalah hampir tiga kali lebih berkemungkinan dianiaya dan

    lebih daripada empat kali lebih berkemungkinan terabai berbanding kanak-

    kanak yang ibubapanya tidak mengalahgunakan bahan kimia. Penyalahgunaan

    bahan kimia dapat mengganggu fungsi mental, pertimbangan, kesekatlakuan

    dan keupayaan melindung seorang ibu atau bapa. Ibubapa yang sangat

    terkesan oleh penggunaan dadah dan alkohol mungkin mengabaikan keperluan

    anak-anak mereka, menggunakan wang untuk dadah dan bukan keperluan

    rumah, atau terlibat dalam aktiviti jenayah yang menggugat kesihatan atau

    keselamatan anak-anak mereka.

    Sikap dan Pengetahuan: Sikap dan atribusi yang negatif tentang kelakuan seorang anak serta pengetahuan yang tidak tepat tentang perkembangan

    kanak-kanak mungkin memainkan peranan yang menyumbang kepada

    penganiayaan kanak-kanak. Misalnya, ada kajian yang telah mendapati

    bahawa ibu yang mendera anaknya secara fizikal mempunyai jangkaan yang

    lebih negatif dan lebih tinggi daripada biasa terhadap anaknya, dan juga

    kurang pemahaman tentang norma perkembangan yang sesuai. Kurang

    pengetahuan ibubapa tentang perkembangan kanak-kanak yang normal

    mungkin membawa kepada jangkaan yang tidak munasabah. Jangkaan yang

    tidak dipenuhi boleh membawa kepada hukuman yang tidak sesuai (e.g.,

    seorang ibu atau bapa memukul seorang anak berumur satu tahun kerana

    kencing di dalam seluarnya).

    Umur ibubapa atau penjaga: Umur penjaga mungkin menjadi suatu faktor risiko untuk sesetengah bentuk penganiayaan, walaupun dapatan kajian tidak

    konsisten. Ada kajian tentang penderaan fizikal, khususnya, telah mendapati

    bahawa ibu yang lebih muda semasa kelahiran anak mereka menunjukkan

    kadar penderaan anak yang lebih tinggi berbanding ibu yang lebih berumur.

    Faktor penyumbang yang lain, seperti status ekonomi yang lebih rendah,

    kekurang sokongan sosial, dan tahap tekanan yang lebih tinggi mungkin

    mempengaruhi hubungan antara kelahiran yang lebih muda khususnya keibubapaan remaja dan penderaan anak.

    2) Domain Keluarga Situasi kehidupan yang khusus bagi sesetengah keluarga; seperti konflik

    rumahtangga, keganasan domestik, keibubapaan tunggal, pengangguran, tekanan

    kewangan, dan pengasingan sosial mengkin meningkatkan kemungkinan penganiayaan. Sementara faktor-faktor ini dengan sendirinya mungkin tidak

    menyebabkan penganiayaan, mereka selalunya menyumbang kepada corak fungsi

    keluarga yang negatif.

    Struktur Keluarga:

    Kanak-kanak yang tinggal dengan ibubapa tunggal mungkin berisiko lebih tinggi

    mengalami penderaan fizikal dan seksual serta pengabaian berbanding kanak-kanak

    yang tinggal dengan kedua-dua ibubapa kandung. Keluarga ibubapa tunggal adalah

    lebih berkemungkinan mempunyai pendapatan di bawah paras kemiskinan.

    Pendapatan yang lebih rendah, tekanan yang lebih tinggi yang dikaitkan dengan

    memikul bebanan tanggungjawab keluarga berseorangan, dan lebih sedikit sokongan

  • Bab 9: Pengaruh Keluarga

    23

    dikatakan menyumbang kepada risiko seorang ibu atau bapa tunggal menganiaya

    anak-anaknya. Tambahan lagi, kajian telah mendapati bahawa berbandingkan dengan

    keluarga serupa yang tidak mengabaikan anak-anak mereka, keluarga yang

    mengabaikan cenderung mempunyai lebih bilangan anak atau lebih bilangan orang

    yang tinggal di dalam rumahtangga itu. Suatu analisis kes penderaan kanak-kanak di

    dalam sebuah sampel kebangsaan yang mewakili di 42 negara telah mendapati

    bahawa kanak-kanak daripada keluarga ibubapa tunggal lebih berkemungkinan

    menjadi mangsa penderaan fizikal dan seksual berbanding kanak-kanak yang tinggal

    dengan kedua-dua ibubapa kandung. Berbanding dengan rakan sebaya mereka yang

    tinggal bersama kedua-dua ibubapa, kanak-kanak dalam rumah ibubapa tunggal

    adalah 77% lebih berisiko didera secara fizikal, 87% lebih berisiko dicederakan oleh

    pengabaian fizikal dan 80% lebih berisiko menderita daripada kecederaan yang serius

    disebabkan penderaan.

    Konflik Rumahtangga: Menurut

    kajian yang telah diterbitkan, di

    dalam 30 hingga 60 peratus

    daripada keluarga di mana

    penderaan pasangan berlaku,

    penderaan kanak-kanak juga

    berlaku. Anak-anak di dalam

    rumah yang ganas mungkin

    menyaksikan ibubapa yang ganas,

    yang mungkin mereka sendiri

    menjadi mangsa penderaan fizikal,

    dan mungkin diabaikan oleh

    seorang ibu atau bapa yang

    menumpu kepada pasangannya atau tidak responsif kepada anak-anaknya disebabkan

    ketakutan mereka sendiri. Seorang anak yang menyaksikan keganasan antara

    ibubapanya berisiko dianiaya, tetapi, walaupun anak itu tidak dianiaya, dia mungkin

    mengalami kesan emosi yang menyakitkan daripada menyaksikan keganasan ibubapa

    (lihat Gambarajah 9.11)

    Tekanan: Tekanan adalah juga dianggap memainkan peranan yang penting dalam

    fungsi keluarga, walaupun hubungan yang tepat dengan penganiayaan belum difahami

    sepenuhnya. Penderaan fizikal telah dikaitkan dengan kejadian sebenar yang

    menekan, tekanan keibubapaan, dan kesedihan emosi dalam berbagai kajian. Ada

    kajian yang telah mendapati bahawa keluarga yang mengabaikan melaporkan tekanan

    harian yang lebih tinggi berbanding keluarga yang tidak mengabaikan khusus dengan

    situasi yang menekan (e.g., kehilangan pekerjaan, penyakit fizikal, masalah

    rumahtangga, atau kematian ahli keluarga) mungkin menyebabkan sesetengah sifat

    ahli keluarga terkesan, seperti permusuhan, kebimbangan, atau kemurungan, dan ia

    mungkin juga memburukkan tahap konflik keluarga dan penganiayaan.

    Gambarajah 9.11 Ibubapa bertengkar

    mempunyai kesan emosi yang

    menyakitkan kepada anak-anak

  • Bab 9: Pengaruh Keluarga

    24

    3) Domain Anak Anak-anak tidak bertanggungjawab kerana menjadi mangsa penganiayaan.

    Sesetengah faktor, walau bagaimanapun, boleh menjadikan sesetengah anak-anak

    lebih terdedah kepada kelakuan menganiaya. Umur anak dan perkembangannyadaripada segi fizikal, mental, emosional, dan sosialmungkin meninggikan kemungkinan anak itu terdedah kepada penganiayaan, bergantung kepada interaksi

    antara ciri-ciri tersebut dengan faktor ibubapa yang telah dibincangkan di atas.

    Umur: Kajian telah menunjukkan bahawa penganiayaan adalah paling tinggi bagi

    kanak-kanak berumur antara baru lahir dan 3 tiga tahun dan menurun apabila umur

    meningkat. Bayi dan kanak-kanak kecil, oleh kerana saiz fizikalnya yang kecil dan

    memerlukan penjagaan yang konstan, terdedah kepada penganiayaan kanak-kanak

    seperti sindrom bayi digoncang dan juga lebih berisiko menerima penderaan seksual.

    Kecacatan: Kanak-kanak yang mempunyai kecacatan fizikal, kognitif, dan emosional

    nampaknya mengalami kadar penganiayaan yang lebih tinggi berbanding kanak-

    kanak lain. Kajian telah menunjukkan bahawa penganiayaan adalah 1.7 kali lebih

    berkemungkinan dalam kalangan kanak-kanak dengan kecacatan kerana kanak-kanak

    ini dianggap sebagai berbeza. Permintaan terhadap penjagaan bagi kanak-kanak ini mungkin melemaskan ibubapa. Kanak-kanak yang mempunyai kecacatan juga

    mungkin terdedah kepada penganiayaan berulang kerana mereka mungkin tidak

    memahami bahawa kelakuan mendera itu tidak kena, dan mereka mungkin tidak

    berupaya untuk melepaskan diri atau mempertahankan diri dalam situasi penderaan,

    4) Domain Persekitaran Faktor persekitaran selalunya didapati berkombinasi dengan faktor , ibubapa, keluarga

    dan anak, seperti yang telah ditekankan di atas. Faktor persekitaran termasuk

    kemiskinan dan pengangguran, pengasingan sosial, dan ciri-ciri komuniti. Adalah

    penting untuk ditekankan bahawa kebanyakan ibubapa atau penjaga yang tinggal

    dalam jenis persekitaran ini tidak mendera.

    Kemiskinan dan Pengangguran: Kemiskinan dan pengangguran menunjukkan

    perkaitan yang kuat dengan penganiayaan kanak-kanak, khususnya pengabaian.

    Adalah penting untuk ditekankan bahawa kebanyakan orang miskin tidak mendera

    anak-anak mereka. Walau bagaimanapun, kemiskinankhususnya apabila berinteraksi dengan faktor risiko yang lain seperti kemurungan, salah guna bahan

    kimia, dan pengasingan sosialdapat meningkatkan kemungkinan penganiayaan. Misalnya, pendapatan yang rendah menimbulkan tekanan keluarga yang lebih tinggi,

    yang seterusnya membawa kepada kemungkinan penderaan yang lebih tinggi. Sama

    juga, ibubapa dengan pendapatan yang rendah, walaupun mempunyai hasrat yang

    baik, mungkin tidak dapat menyediakan penjagaan yang cukup semasa membesarkan

    anak-anak dalam kejiranan berisiko tinggi, dengan rumah dan penjagaan harian yang

    tidak selamat atau sesak.

    FAKTOR MELINDUNG

    Sepertimana terdapat faktor yang meletakkan keluarga dalam risiko mendera anak-

    anak mereka, terdapat juga faktor lain yang mungkin melindungi mereka daripada

    terdedah kepada penganiayaanfaktor yang mempromosi kebingkasan. Umumnya,

  • Bab 9: Pengaruh Keluarga

    25

    kajian telah mendapati bahawa hubungan yang menyokong dan memuaskan secara

    emosi, dengan suatu jaringan saudara mara atau kawan-kawan dapat membantu

    meminimakan risiko ibubapa mendera anak-anak, khususnya semasa kejadian

    kehidupan yang menekan. Misalnya, ibubapa yang telah didera semasa mereka kanak-

    kanak lebih berkemungkinan tidak mendera anak-anak mereka sendiri sekiranya

    mereka telah menyelesaikan konflik dalaman dan kesakitan yang berkaitan dengan

    sejarah mereka yang didera dan sekiranya mereka mempunyai hubungan dengan

    pasangannya yang kukuh, stabil, menyokong, dan tidak mendera. Tambahan lagi,

    program pendidikan dan pengukuhan perkahwinan dan mungkin dapat memberikan

    suatu roadmap cabaran yang dijangkakan seperti kelahiran anak pertama, menjadi ibubapa kepada remaja, dan perbezaan jantina yang biasa yang mungkin bertindak

    sebagai faktor melindung yang mengukuhkan keluarga.

    [sumber: dengan izin daripada Goldman, J., Salus, M. K., Wolcott, D., Kennedy, K.

    Y. (2003), A Coordinated Response to Child Abuse and Neglect: The Foundation for

    Practice. Office on Child Abuse and Neglect (HHS), Washington, DC. Child Welfare Gateway]

    RINGKASAN

    Keluarga terdiri daripada orang yang mungkin berkait melalui darah, perkahwinan, atau pilihan.

    Keibubapaan autoritarian adalah apabila kanak-kanak dijangka mematuhi peraturan yang ketat yang diletakkan oleh ibubapa.

    Ibubapa yang autoritatif lebih responsif kepada anak-anak mereka dan bersedia mendengar soalan.

    Ibubapa permisif jarang mendisiplin anak-anak mereka kerana mereka mempunyai jangkaan tentang kematangan dan kawalan diri yang secara relatifnya

    lebih rendah.

    Gaya keibubapaan yang tidak terlibat adalah dicirikan oleh permintaan yang sedikit, keresponsifan yang rendah dan komunikasi yang sedikit.

    9.6 AKTIVITI PEMBELAJARAN

    a) Apakah keluarga teradun?

    b) Bincangkan akibat penganiayaan.

    c) Jelaskan sebab penganiayaan kanak-kanak.

    d) Pernahkah anda berhadapan dengan kanak-kanak

    teraniaya dalam kelas anda? Bincangkan bagaimana anda

    telah menangani kanak-kanak tersebut.

    .

  • Bab 9: Pengaruh Keluarga

    26

    Kanak-kanak banyak belajar daripada ibubapa mereka hanya dengan melihat dan memerhatikan mereka.

    Dengan memberikan maklumbalas kepada anak-anak mereka, ibubapa memberikan indikasi samada suatu kelakuan adalah sesuai dan harus diteruskan

    ataupun tidak sesuai dan harus dihentikan.

    Ibubapa dengan SES yang rendah selalunya mengekspresi ciri-ciri luaran seperti pematuhan, kesopanan, kekemasan dan kebersihan.

    Ibubapa dengan SES yang tinggi menekankan sifat psikologikal, seperti sifat ingin tahu, kebahagiaan, pengarahan kendiri dan kematangan kognitif dan sosial.

    Selepas perceraian, kebanyakan kanak-kanak mula tinggal dalam rumahtangga dengan satu ibu atau bapa, yang berbeza daripada sebuah keluarga asas ataupun

    keluarga dengan dua orang ibubapa yang dianggap sebagai sebuah struktur

    keluarga yang ideal.

    Umumnya, tidak ramai yang akan menafikan bahawa perceraian adalah menyedihkan untuk anak-anak kerana ia melibatkan konflik antara ibubapa dan

    selalunya perpisahan daripada salah satu daripada mereka.

    Sebuah keluarga teradun merupakan suatu terma yang menerangkan sebuah keluarga di mana ibubapa yang telah berkahwin dengan pasangan yang lain

    sebelumnya, membawa anak-anak mereka daripada perkahwinan yang

    sebelumnya itu untuk tinggal bersama atau 'teradun' bersama dalam struktur yang

    ada sekarang.

    Jenis penganiayaan yang paling biasa adalah penderaan fizikal, penderaan seksual dan pengabaian.

    KEY TERMS

    Status sosioekonomi Gaya keibubapaan Penganiayaan

    Konflik adik beradik Keibubapaan autoritarian Kadar perceraian

    Keluarga teradun Keibubapaan autoritatif Tekanan

    Keluarga asas Keibubapaa permisif Intervensi

    Ibubapa tunggal Keibubapaan tidak terlibat

  • Bab 9: Pengaruh Keluarga

    27

    RUJUKAN: Amato, Paul R. & Keith, B. (1991). Parental divorce and adult well-being: A meta-

    analysis. Journal of Marriage and the Family, 53, 43-58.

    Bloom, B. S. (1981). All our children learning: A primer for parents, teachers, and

    other educators. New York: McGraw-Hill, pp.92-101.

    Baumrind, D. (1967). Child-care practices anteceding three patterns of preschool

    behaviour. Genetic Psychology Monographs. 75. 43-88.

    Baumrind, D. (1991). The influence of parenting style on adolescent competence and

    substance use. Journal of Early Adolescence. 11(1). 56-95.

    Bradley, R H., Caldwell, B. M., & Rock, S. L. (1988). Home environment and school

    performance: A ten year follow-up and examination of three models of environmental

    action. Child Development, 59, 852-867.

    Bus, A. G. & van Ijzendoorn, J. H. (1988). Mother-child interactions, attachment, and

    emergent literacy:A cross-sectional study. Child Development, 59, 1262-1272.

    Demarest, E.J., Reisner, E.R., Anderson, L.M., Humphrey, D.C., Farquhar, E., &

    Stein, S.E. (1993). Review of research on achieving the nation's readiness goal.

    Washington, DC: U.S. Department of Education.

    Dunn J, Munn P. Sibling quarrels and maternal intervention: Individual differences in

    understanding and aggression. Journal of Child Psychology and Psychiatry and Allied

    Disciplines 1986;27(5):583-595.

    .

    Elings, L. R. (1988, May). The effects of parenting styles on children's self-esteem: A

    developmental perspective. Doctoral research paper, Biola University.

    Estrada, P., Arsenio, W. F., Hess, R. D., & Holloway, S.C. (1987). Affective quality

    of the mother-child relationship: Longitudinal consequences for children's school

    relevant cognitive functioning. Developmental Psychology, 23 (2), 210-215.

    Freund, L. S. (1990). Maternal regulation of children's problem solving behavior and

    its impact on children's performance. Child Development, 61, 113-126.

    Goldman, J., Salus, M. K., Wolcott, D., Kennedy, K. Y. (2003), A Coordinated

    Response to Child Abuse and Neglect: The Foundation for Practice. Office on Child Abuse and Neglect (HHS), Washington, DC.

    Greenberg, P. (1989). Parents as partners in young children's development and

    education: A new American fad? Why does it matter? Young Children, (May) 61-75.

    Gully K, Dengerink H, Pepping M, Bergstrom D. Research note: Sibling contribution

    to violent behaviour. Journal of Marriage and the Family 1981;43(2):333-337.

  • Bab 9: Pengaruh Keluarga

    28

    Henderson, A. (1987). The evidence continues to grow: Parent involvement improves

    student achievement. Columbia, MD: National Committee for Citizens in Education,

    pp.1-10.

    Howe N, Recchia H. (2006). Sibling relations and their impact on childrens development. In: Tremblay RE, Barr RG, Peters RDeV, eds. Encyclopedia on Early

    Childhood Development [online]. Montreal, Quebec: Centre of Excellence for Early

    Childhood Development: 1-8.

    Juel, C. (1988). Learning to read and write: A longitudinal study of 54 children from

    first through fourth grades. Educational Psychology, 4, 437447.

    Kramer, L. (2010). Siblings play formative, influential role as 'agents of socialization.

    New Bureau. University of Illinois.

    Maccoby, E. & Martin, J. (1983). Socialisation in the context of the family: Parent-

    child interaction. In P.H. Mussen & E. Hetherington. Handbooks of child psychiatry:

    vol. 4. Socialisation, Personality and Social Development, New York: Wiley.

    Maccoby, E. (1992). The role of parents in the socialisation of children. An historical

    overview. Developmental Psychology. 28. 1006-1017.

    Maclean, M., Bryant, P., & Bradley, L. (1987). Rhymes, nursery rhymes, and reading

    in early childhood. Merrill-Palmer Quarterly, 33, 255-281.

    Maroon, R. A., Boldrick, E., & Harkins, C. (1988). The impact of parental

    involvement on preschoolers' school success. Paper presented at the 34th annual

    meeting of the Southeastern Psychological Association, New Orleans, March.

    Nogy, C. A. (1989). The relationship between selected paternal childrearing practices,

    locus of control, and motivation to achieve in preschool children. Doctoral

    dissertation, Florida State University.

    Pratt, M. W., Merig, P., Cowan, P. A., & Cowan, C. P. (1988). Mother and fathers

    teaching 3-year olds: Authoritative parenting and adult scaffolding of young children's

    learning. Developmental Psychology, 24 (6),832-839.

    Ramey, S.L., & Ramey, C. T. (1994, November). The transition to school: Why the

    first few years matter for a lifetime. Phi Delta Kappan, 76(30), 194-198.

    Siddiqui, A, Ross, H. (1999). How do sibling conflicts end? Early Education and

    Development. 10(3):315-332.

    Song, M. J., & Ginsburg, H.P. (1987). The development of informal and formal

    mathematical thinking in Korean and U.S. children. Child Development, 58,1286-

    1296.

    Stevenson, D. L., & Baker, D. P. (1987). The family-school relation and the child's

    school performance. Child Development, 58, 1348-1357.

  • Bab 9: Pengaruh Keluarga

    29

    Thiessen, Sarah. (1997). Effects of single parenting on adolescent academic

    achievement: Establishing a risk and protective framework. Unpublished manuscript.

    (ERIC Document No. ED412479)

    Vuchinich S. Starting and stopping spontaneous family conflicts. Journal of Marriage

    and the Family 1987;49(3):591-601.

    Volling, B. & Belsky, J (1992). The contribution of mother-child and father-child

    relationships to the quality of sibling interaction: A longitudinal study. Child

    Development. 63(5):1209-1222.

    Ziegler, S. (1987, October). The effects of parent involvement on children's

    achievement: The significance of home/school links. Toronto Board of Education,

    Ontario.