bab 9 fiqh jinayat

52
Bab 9 : Mencuri (Sariqah) PENCURI Pencuri ialah mengambil harta orang lain dengan cara bersembunyi dan diambil daripada tempat pertaruhan (tempat yang layak untuk menyimpan harta itu). Mencuri itu adalah salah satu daripada dosa-dosa besar dan mewajibkan potong tangan ke atas si pencuri itu. Sebagaimana dengan firman Allah yang bermaksud: ”Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu potong tangannya sebagai balasan pekerjaan, dari siksaan daripada Allah, Allah maha perkasa lagi maha bijaksana” (Surah Al- Maidah ayat 38) Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: ”Tidak dipotong tangan seseorang pencuri itu kecuali seperempat dinar atau lebih daripada nilai wang mas” (Riwayat Bukhari Muslim) CIRI –CIRI PERBUATAN MENCURI 1. Memindahkan secara bersembunyi harta alih dari jangkaan atau milikan tuannya. 2. Pemindahan harta itu tanpa persetujuan tuannya. 3. Pemindahan harta itu dengan niat untuk menghilangkan harta tadi dari jangkaan atau milik tuannya. HUKUMAN HUDUD YANG WAJIB DIKENAKAN KEATAS PENCURI 1) Mengikut peruntukkan hukum syarak yang dikuatkuasakan dalam Qanun jenayah syar iyyah, orang yang boleh didakwa dibawah kesalahan kes sariqah (mencuri) dan wajib dikenakan hukuman hudud ialah:- i) Orang yang berakal ii) Orang yang baligh iii) Dengan kemahuan sendiri 2) Pencuri yang gila atau kanak-kanak atau orang yang kurang akalnya (tidak siuman) tidak wajib dikenakan hukuman hudud, sekalipun mereka itu mengambil harta atau barangan orang itu secara bersembunyi dengan tujuan untuk memiliki harta atau barangan itu. Sebagaiman Hadirh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:- ”Allah tidak akan menyiksa tiga golongan manusia iaitu orang yang tidur hingga ia bangun dari tidurnya, kanak-kanak hingga ia baligh dan orang gila hingga ia berakal (siuman)” (Riwayat Ahmad, Ashabi, Sunan dan Hakam) 3) Orang yang dipaksa mencuri dengan cara kekerasan, misalnya orang yang diancam dan diugut akan dibunuh jika tidak mahu mencuri. Sebagaimana hujjah Hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud: ”Sesungguhnya Allah menghapuskan dosa umatku yang tersalah, terlupa dan dosa mereka yang dipaksa melakukan sesuatu kesalahan”. (Riwayat Ibnu Majah dan Baihaq i dan Lain daripada keduanya)

Upload: prismaharta-wanzainab

Post on 10-Aug-2015

246 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 9 Fiqh Jinayat

Bab 9 : Mencuri (Sariqah)

PENCURI

Pencuri ialah mengambil harta orang lain dengan cara bersembunyi dan diambil daripada tempat pertaruhan (tempat yang layak untuk menyimpan harta itu). Mencuri itu adalah salah satu daripada dosa-dosa besar dan mewajibkan potong tangan ke atas si pencuri itu.Sebagaimana dengan firman Allah yang bermaksud:

”Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu potong tangannya sebagai balasan pekerjaan, dari siksaan daripada Allah, Allah maha perkasa lagi maha bijaksana”

(Surah Al- Maidah ayat 38)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

”Tidak dipotong tangan seseorang pencuri itu kecuali seperempat dinar atau lebih daripada nilai wang mas”

(Riwayat Bukhari Muslim)

CIRI –CIRI PERBUATAN MENCURI

1. Memindahkan secara bersembunyi harta alih dari jangkaan atau milikan tuannya.2. Pemindahan harta itu tanpa persetujuan tuannya.3. Pemindahan harta itu dengan niat untuk menghilangkan harta tadi dari jangkaan atau milik tuannya.

HUKUMAN HUDUD YANG WAJIB DIKENAKAN KEATAS PENCURI

1) Mengikut peruntukkan hukum syarak yang dikuatkuasakan dalam Qanun jenayah syar’iyyah, orang yang boleh didakwa dibawah kesalahan kes sariqah (mencuri) dan wajib dikenakan hukuman hudud ialah:-

i) Orang yang berakalii) Orang yang balighiii) Dengan kemahuan sendiri

2) Pencuri yang gila atau kanak-kanak atau orang yang kurang akalnya (tidak siuman) tidak wajib dikenakan hukuman hudud, sekalipun mereka itu mengambil harta atau barangan orang itu secara bersembunyi dengan tujuan untuk memiliki harta atau barangan itu. Sebagaiman Hadirh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:-

”Allah tidak akan menyiksa tiga golongan manusia iaitu orang yang tidur hingga ia bangun dari tidurnya, kanak-kanak hingga ia baligh dan orang gila hingga ia berakal (siuman)”

(Riwayat Ahmad, Ashabi, Sunan dan Hakam)

3) Orang yang dipaksa mencuri dengan cara kekerasan, misalnya orang yang diancam dan diugut akan dibunuh jika tidak mahu mencuri. Sebagaimana hujjah Hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

”Sesungguhnya Allah menghapuskan dosa umatku yang tersalah, terlupa dan dosa mereka yang dipaksa melakukan sesuatu kesalahan”.

Page 2: Bab 9 Fiqh Jinayat

(Riwayat Ibnu Majah dan Baihaq’i dan Lain daripada keduanya)

4) Orang yang terpaksa mencuri disebabkan tersangat lapar (kebuluran) atau terlalu dahaga yang boleh membawa kepada maut tidak boleh juga dikenakan hukuman hudud, kerana mereka yang dalam keadaan tersebut adalah termasuk dalam darurat yang diharuskan oleh syarak melakukan perkara yang dilarang. Kes ini adalah merujuk kepada Kaedah Fiqhiyyah yang bermaksud :

” Darurat (dalam keadaan yang memaksa) diharuskan melakukan perkara yang dilarang”.

(Al- Ashbah dan An – Nazha’ir)

Dalam perkara (3) dan (4) mereka itu terlepas dari hukuman hudud, tetapi hakim boleh mengenakan hukuman takzir keatas pencuri itu mengikut kea’rifan dan kebijaksanaannya.

PENCURI YANG TIDAK BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN KESALAHAN SARIQAH

Pencuri yang tidak boleh dikenakan hukuman kesalahan sariqah ialah :-

1) Pencurian yang dilakukan secara khianat, iaitu orang yang mengambil harta atau barangan yang diamanahkan kepadanya. Mereka yang melakukan kesalahan tersebut tidak boleh didakwa dibawah kes sariqah (mencuri) dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud, tetapi mereka itu hendaklah didakwa di bawah kes kesalahan pecah amanah yang wajib dikenakan hukuman takzir.

2) Orang yang mengambil harta atau barangan orang lain dengan cara paksaan dan kekerasan.

3) Orang yang menyambar barangan orang lain sambil lalu, iaitu semasa berjalan atau atas kenderaan,termasuk juga penyelok saku.

4) Pencurian berlaku dimedan peperangan.

5) Mengambil buah yang tergantung di atas dahannya kerana tersangat lapar dan dahaga.

SABIT KESALAHAN MENCURI

1. Kesalahan mencuri boleh disabitkan dengan adanya salah satu dari bukti-bukti berikut:-

i) Ikrar (pengakuan)ii) Keterangan dua orang saksi lelaki yang adiliii) Sumpah yang mardud iaitu sumpah pencuri itu dikembalikan kepada orang yang mendakwa, jika orang yang didakwa tadi tidak mengaku, dimana mengikut keterangan orang yang mendakwa bahawa orang yang didakwa itu memang sebenarnya adalah mencuri.

2. Pencuri yang mengaku melakukan kesalahan mencuri memadai membuat pengakuan hanya sekali pengakuan sahaja dan pengakuan itu dibuat dimajlis dalam Mahkamah dihadapan hakim.

3. Untuk mempastikan kebenaran keterangan saksi-saksi bagi mensabitkan kesalahan seseorang itu mencuri, hakim hendaklah menyoal siasat saksi-saksi itu mengenai harta

Page 3: Bab 9 Fiqh Jinayat

atau barangan yang dicuri, cara kecurian, tempat kecurian, masa kecurian dan lain-lainnya.

4. Hakim hendaklah juga menanyakan kepada saksi-saksi itu hubungan antara orang yang kena curi dangan orang yang mencuri.

PENCURI YANG DIKECUALIKAN DARII HUKUMAN HUDUD.

1) Jumlah nilai harta atau barangan yang dicuri itu kurang daripada satu perempat dinar atau tiga darham.

2) Untuk mensabitkan kesalahan mencuri itu tidak dapat dibuktikan mengikut yang dikehendaki.

3) Pencuri itu bukan orang yang mukallaf.

4) Tuan punya harta atau barang yang dicuri itu tidak menyimpan dan menjaga harta atau barangannya ditempat yang selamat daripada kena curi.

5) Pencuri itu belum lagi mendapat milik yang sepenuhnya keatas harta yang dicuri itu.

6) Harta atau barang yang dicuri itu bukan dari barangan yang berharga dan bernilai.

7) Harta atau barangan yang dicuri itu tidak memberi apa-apa faedah dan tidak bernilai mengikut hukum syarak seperti alat hiburan atau minuman yang memabukkan.

8) Pencurian yang dilakukan oleh orang yang memberi hutang ke atas harta atau barangan orang yang berhutang.

9) Pencurian yang berlaku itu dalam kedaan yang mendesak seperti didalam peperangan, dimasa sangat lapar dan dahaga.

10) Pencurian yang dilakukan oleh anak keatas harta atau barangan kepunyaan ibu bapanya hingga ke atas (datuk dan seterusnya).

11) Pencurian yang dilakukan oleh suami keatas harta atau barangan kepunyaan isterinya dan sebaliknya.

12) Pencuri itu mencuri harta atau barangan kepunyaan Baitul Mal.

HUKUMAN KERANA KESALAHAN MENCURI

Sesiapa yang melakukan kesalahan mencuri wajib dikenakan hukuman hudud sebagaimana yang dikehendaki oleh hukum syarak.

1) Mencuri kali pertama hendaklah dipotong tangan kanannya.2) Mencuri kali yang kedua hendaklah dipotong kaki kirinya dan,3) Mencuri kali ketiga dan berikutnya hendaklah dikenakan hukuman takzir dan dan dipenjarakan sehingga ia terbunuh.

Hukum Mencuri Dan Pelaksanaan Hudud Dalam IslamPencuri ialah mengambil harta orang lain dengan cara bersembunyi dan diambil daripada tempat pertaruhan (tempat yang layak untuk menyimpan harta itu).

Mencuri itu adalah salah satu daripada dosa-dosa besar dan mewajibkan potong tangan ke atas si pencuri itu.

Sebagaimana dengan firman Allah yang bermaksud:

”Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu potong tangannya sebagai balasan pekerjaan, dari siksaan daripada Allah, Allah maha perkasa lagi

maha bijaksana”

(Surah Al- Maidah ayat 38)

Page 4: Bab 9 Fiqh Jinayat

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

”Tidak dipotong tangan seseorang pencuri itu kecuali seperempat dinar atau lebih daripada nilai wang mas”

(Riwayat Bukhari Muslim)

CIRI –CIRI PERBUATAN MENCURI

1. Memindahkan secara bersembunyi harta alih dari jangkaan atau milikan tuannya.

2. Pemindahan harta itu tanpa persetujuan tuannya.

3. Pemindahan harta itu dengan niat untuk menghilangkan harta tadi dari jangkaan atau milik tuannya.

HUKUMAN HUDUD YANG WAJIB DIKENAKAN KEATAS PENCURI

1) Mengikut peruntukkan hukum syarak yang dikuatkuasakan dalam Qanun jenayah syar’iyyah, orang yang boleh didakwa dibawah kesalahan kes sariqah

(mencuri) dan wajib dikenakan hukuman hudud ialah:-

i) Orang yang berakal

ii) Orang yang baligh

iii) Dengan kemahuan sendiri

2) Pencuri yang gila atau kanak-kanak atau orang yang kurang akalnya (tidak siuman) tidak wajib dikenakan hukuman hudud, sekalipun mereka itu

mengambil harta atau barangan orang itu secara bersembunyi dengan tujuan untuk memiliki harta atau barangan itu. Sebagaiman Hadirh Rasulullah s.a.w.

yang bermaksud:-

”Allah tidak akan menyiksa tiga golongan manusia iaitu orang yang tidur hingga ia bangun dari tidurnya, kanak-kanak hingga ia baligh dan orang gila hingga

ia berakal (siuman)”

(Riwayat Ahmad, Ashabi, Sunan dan Hakam)

3) Orang yang dipaksa mencuri dengan cara kekerasan, misalnya orang yang diancam dan diugut akan dibunuh jika tidak mahu mencuri. Sebagaimana

hujjah Hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

”Sesungguhnya Allah menghapuskan dosa umatku yang tersalah, terlupa dan dosa mereka yang dipaksa melakukan sesuatu kesalahan”.

(Riwayat Ibnu Majah dan Baihaq’i dan Lain daripada keduanya)

4) Orang yang terpaksa mencuri disebabkan tersangat lapar (kebuluran) atau terlalu dahaga yang boleh membawa kepada maut tidak boleh juga dikenakan

hukuman hudud, kerana mereka yang dalam keadaan tersebut adalah termasuk dalam darurat yang diharuskan oleh syarak melakukan perkara yang

dilarang. Kes ini adalah merujuk kepada Kaedah Fiqhiyyah yang bermaksud :

” Darurat (dalam keadaan yang memaksa) diharuskan melakukan perkara yang dilarang”.

(Al- Ashbah dan An – Nazha’ir)

Dalam perkara (3) dan (4) mereka itu terlepas dari hukuman hudud, tetapi hakim boleh mengenakan hukuman takzir keatas pencuri itu mengikut kea’rifan

dan kebijaksanaannya.

PENCURI YANG TIDAK BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN KESALAHAN SARIQAH

Pencuri yang tidak boleh dikenakan hukuman kesalahan sariqah ialah :-

1) Pencurian yang dilakukan secara khianat, iaitu orang yang mengambil harta atau barangan yang diamanahkan kepadanya. Mereka yang melakukan

kesalahan tersebut tidak boleh didakwa dibawah kes sariqah (mencuri) dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud, tetapi mereka itu hendaklah didakwa di

bawah kes kesalahan pecah amanah yang wajib dikenakan hukuman takzir.

2) Orang yang mengambil harta atau barangan orang lain dengan cara paksaan dan kekerasan.

3) Orang yang menyambar barangan orang lain sambil lalu, iaitu semasa berjalan atau atas kenderaan,termasuk juga penyelok saku.

4) Pencurian berlaku dimedan peperangan.

5) Mengambil buah yang tergantung di atas dahannya kerana tersangat lapar dan dahaga.

SABIT KESALAHAN MENCURI

1. Kesalahan mencuri boleh disabitkan dengan adanya salah satu dari bukti-bukti berikut:-

Page 5: Bab 9 Fiqh Jinayat

i) Ikrar (pengakuan)

ii) Keterangan dua orang saksi lelaki yang adil

iii) Sumpah yang mardud iaitu sumpah pencuri itu dikembalikan kepada orang yang mendakwa, jika orang yang didakwa tadi tidak mengaku, dimana

mengikut keterangan orang yang mendakwa bahawa orang yang didakwa itu memang sebenarnya adalah mencuri.

2. Pencuri yang mengaku melakukan kesalahan mencuri memadai membuat pengakuan hanya sekali pengakuan sahaja dan pengakuan itu dibuat dimajlis

dalam Mahkamah dihadapan hakim.

3. Untuk mempastikan kebenaran keterangan saksi-saksi bagi mensabitkan kesalahan seseorang itu mencuri, hakim hendaklah menyoal siasat saksi-saksi

itu mengenai harta atau barangan yang dicuri, cara kecurian, tempat kecurian, masa kecurian dan lain-lainnya.

4. Hakim hendaklah juga menanyakan kepada saksi-saksi itu hubungan antara orang yang kena curi dangan orang yang mencuri.

PENCURI YANG DIKECUALIKAN DARII HUKUMAN HUDUD.

1) Jumlah nilai harta atau barangan yang dicuri itu kurang daripada satu perempat dinar atau tiga darham.

2) Untuk mensabitkan kesalahan mencuri itu tidak dapat dibuktikan mengikut yang dikehendaki.

3) Pencuri itu bukan orang yang mukallaf.

4) Tuan punya harta atau barang yang dicuri itu tidak menyimpan dan menjaga harta atau barangannya ditempat yang selamat daripada kena curi.

5) Pencuri itu belum lagi mendapat milik yang sepenuhnya keatas harta yang dicuri itu.

6) Harta atau barang yang dicuri itu bukan dari barangan yang berharga dan bernilai.

7) Harta atau barangan yang dicuri itu tidak memberi apa-apa faedah dan tidak bernilai mengikut hukum syarak seperti alat hiburan atau minuman yang

memabukkan.

8) Pencurian yang dilakukan oleh orang yang memberi hutang ke atas harta atau barangan orang yang berhutang.

9) Pencurian yang berlaku itu dalam kedaan yang mendesak seperti didalam peperangan, dimasa sangat lapar dan dahaga.

10) Pencurian yang dilakukan oleh anak keatas harta atau barangan kepunyaan ibu bapanya hingga ke atas (datuk dan seterusnya).

11) Pencurian yang dilakukan oleh suami keatas harta atau barangan kepunyaan isterinya dan sebaliknya.

12) Pencuri itu mencuri harta atau barangan kepunyaan Baitul Mal.

HUKUMAN KERANA KESALAHAN MENCURI

Sesiapa yang melakukan kesalahan mencuri wajib dikenakan hukuman hudud sebagaimana yang dikehendaki oleh hukum syarak.

1) Mencuri kali pertama hendaklah dipotong tangan kanannya.

2) Mencuri kali yang kedua hendaklah dipotong kaki kirinya dan,

3) Mencuri kali ketiga dan berikutnya hendaklah dikenakan hukuman takzir dan dan dipenjarakan sehingga ia terbunuh.

"HUKUM JENAYAH ISLAM"

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa Islam adalah agama yang paling lengkap meliputi soal yang berhubung kait dengan ibadah, muamalat, munakahat dan jenayah. Para Fuqaha telah menyusun secara terperinci berdasarkan dalil dan hujjah mengikut 4 bahagian sebagaimana yang telah dinyatakan di atas.

Page 6: Bab 9 Fiqh Jinayat

UNDANG-UNDANG JENAYAH SYAR'IYAH

Undang-undang jenayah syar'iyah atau Kanun Jinayah Syar'iyah ialah undang-undang syarak yang bersabit dengan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh seseorang yang boleh didakwa di bawah kes jinayah syar'iyah.

PENGERTIAN JENAYAH

Melakukan sesuatu perkara yang ditegah oleh Allah S.W.T atau meninggalkan sesuatu perkara yang disuruh olehnya.

PENGERTIAN JENAYAH MENURUT FUQAHA

Jenayah menurut fuqaha ialah perbuatan atau perilaku yang jahat yang dilakukan oleh seseorang untuk mencerobohi atau mencabul kehormatan jiwa  atau tubuh badan seseorang yang lain dengan sengaja.

HUKUM-HUKUM JENAYAH ISLAM

Hukum-hukum jenayah Islam terbahagi kepada tiga bahagian:

a.     Hukum Qisas

b.     Hukum Hudud

c.     Hukum Ta'zir

PENGERTIAN QISAS

Qisas dari sudut bahasa bermaksud memotong. Manakala dari sudut syara' ialah hukuman balas bagi kesalahan membunuh dibalas dengan bunuh, menghilangkan salah satu dari anggota orang lain atau melukakannya atau mencederakannya dibalas dengan hukuman mengikut jenis kesalahan yang dilakukannya.

Firman Allah S.W.T:

"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas(balasan yang seimbang) dalam perkara orang mati dibunuh" ( Surah al-Baqarah :178)

"Dan di dalam hukuman qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu wahai orang-orang yang berakal fikiran supaya kamu bertakwa" ( Surah al-Baqarah:179)

JENIS JENAYAH QISAS

Kesalahan-kesalahan yang diwajibkan hukuman qisas ialah:

1. Membunuh dengan sengaja (Dengan niat membunuh dan dengan senjata yang boleh membunuh pada adatnya).2. Menghilangkan atau mencederakan anggota tubuh badan dengan sengaja seperti mata, hidung, telinga dan sebagainya.3. Melukakan orang lain dengan sengaja.

HUKUMAN TERHADAP KESALAHAN QISAS.

Mengikut Hukum Islam, qisas hendaklah dilakukan terhadap penjenayah dengan hukuman yang sama seperti mana dia melakukan kepada mangsanya. Membunuh dibalas dengan dibunuh, melukakan dibalas dengan dilukakan dan mencederakan dibalas dengan mencederakannya.

DIYAT

Diyat ialah denda yang wajib dibayar oleh orang yang melakukan jenayah kerana kesalahan jenayahnya sebagai ganti qisas.

Apabila keluarga orang yang dibunuh ( Pembunuhan sengaja) atau orang yang dihilangkan atau dicederakan anggota atau yang dicederakan memaafkan, maka diganti dengan diat. Hanya waris sahaja yang boleh memaafkan tetapi bukan pemerintah ).

KADAR DIYAT

Diyat terbahagi kepada 2 jenis:

1. Diyat Mughallazah ( ganti kerugian yang berat )2. Diyat Mukhaffafah ( ganti kerugian yang ringan )

Diyat Mughallazah adalah satu diyat penuh iaitu 100 ekor unta yang dibayar secara terus (tanpa tangguh) sebagaimana yang berikut:

1. 30 ekor  unta berumur 4 tahun2. 30 ekor unta berumur 3 tahun3. 40 ekor unta yang sedang bunting

Diyat Mughallazah juga boleh dibayar dengan bayaran-bayaran berikut:

Page 7: Bab 9 Fiqh Jinayat

1. 33 ekor unta berumur 4 tahun2. 33 ekor unta berumur 3 tahun3. 34 ekor unta yang sedang bunting.

Diyat Mukhaffafh juga adalah satu diyat penuh iaitu 100 ekor unta yang dibayar secara beransur-ansur (tangguh)selama 3 tahun dan setiap tempoh masa satu tahun dibayar 1/3 diyat  sebagaimana yang berikut:

1.  20 ekor unta umur 4 tahun2. 20 ekor unta umur 3 tahun3. 20 ekor unta betina umur 2 tahun4. 20 ekor unta jantan umur 2 tahun5. 20 ekor unta betina umur 1 tahun

Kadar diyat adalah dikira mengikut bilangan unta dengan harga semasa  iaitu harta yang paling bernilai ketika itu. Kadar penuh untuk satu diyat penuh ialah 100 ekor unta. Walau bagaimanapun , para ulama' berpendapat boleh menggantikan 100 ekor unta dengan harta yang senilai dengannya pada masa tersebut. Diantaranya ialah:

a.     Wang Emas         -           1,000 dinar

b.     Wang Perak         -           10,000 dirham

c.     Lembu                 -           200 ekor

d.     Kambing             -           2,000 ekor

e.     Persalinan         -           200 persalinan lengkap.

Kadar seekor unta misalnya RM4,000 maka jumlah satu diyat penuh ialah RM 400,000. Manakala jika seekor lembu RM2,000 maka satu diyat penuh ialah RM400,000. Begitulah nilai semasa satu diyat penuh.

Bagi pesalah perempuan diyat mereka adalah separuh dari diat lelaki dan diat hamba adalah separuh dari diyat orang merdeka.

Diyat Mughallazah di kenakan kepada orang yang membunuh secara sengaja (niat membunuh dan dengan senjata yang boleh membunuh ) dengan syarat dimaafkan dan dipersetujui oleh waris orang yang dibunuh. Diyat tersebut hendaklah dibayar secara tunai tanpa bertangguh atau beransur.

Diyat Mukhaffafah pula ialah bagi pembunuhan tidak sengaja ( seperti tertembak rakan yang disangkanya binatang buruan ) atau pembunuhan yang seperti sengaja ( tidak niat membunuh dan dengan benda yang lazimnya tidak boleh membunuh ). Boleh dibayar secara beransur-ansur selama 3 tahun.

DIYAT MENGHILANG ATAU MENCEDERAKAN ANGGOTA

Menghilangkan atau mencederakan anggota tubuh badan dengan sengaja seperti mata, hidung, telinga dan lain-lain dikenakan qisas sebagaimana kehilangan dan kadar kecederaan anggota. Tetapi jika orang yang terkena dengan jenayah tersebut memilih untuk mengganti dengan diyat maka kadarnya adalah seperti berikut:

1. 100 ekor unta untuk anggota tunggal sepert terputusnya lidah, hilang akal, menyebabkan lumpuh seluruh badan dan hilang keupayaan bersetubuh.2. 50 ekor unta untuk anggota berpasangan seperti dua mata dan lain-lain. Jika kedua-duanya maka diyatnya 100 ekor unta.3. 33 ekor unta untuk luka yang sampai ke dalam bahagian otak.4. 33 ekor unta untuk luka yang sampai keselaput kepala.5. 25 ekor unta untuk anggota yang berpasang yang mempunyai kelopak seperti 4 kelopak mata.6. 15 ekor unta untuk luka yang sampai ketulang dan mematahkannya sehingga tergeser dari tempatnya.7. 10 ekor unta bagi luka yang memecah atau mematah tulang.8. 10 ekor unta untuk anggota yang mempunyai 10 sendi atau bahagian seperti jari tangan dan kaki.9. 5 ekor unta untuk luka yang menampakkan tulang

PENGERTIAN HUDUD

Hudud dari sudut bahasa membawa maksud menahan atau mencegah. Manakala dari segi istilah ialah keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas al-Quran dan as-Sunnah yang wajib dilaksanakan  sebagai hak Allah S.W.T atau merosakan kepentingan masyarakat umum dan ketenteraman orang ramai iaitu berzina, menuduh orang berzina, minum arak, memcuri, murtad, merompak dan memberontak . Kadar hukumannya adalah mandatori dan tidak boleh dipinda samaada dikurang atau ditambah.

Firman Allah S.W.T:

"Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim"(Surah al-Baqarah:229)

JENIS-JENIS JENAYAH HUDUD DAN HUKUMANNYA

Kesalahan-kesalahan yang termasuk dalam hukuman hudud ialah sebagaimana berikut:

a.   Zina

Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dan perempuan. Hukumannya ialah direjam sampai mati jika telah berkahwin dan sebat 100 kali jika pesalah belum pernah berkahwin.

b.   Qazaf ( Menuduh berzina )

Page 8: Bab 9 Fiqh Jinayat

Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik. Hukumannya ialah 80 kali sebatan.

c.    Minum Arak

Minum minuman yang memabukkan dan boleh menghilangkan kewarasan    akal. Hukumannya ialah 40 kali sebatan.

d.   Mencuri

Mengambil harta orang lain secara senyap atau bersembunyi. Hukumannya adalah potong tangan.

e.   Merompak

Mengambil hatra orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman. Hukumannya ialah:

1. Sekiranya membunuh hendaklah dibunuh.2. Sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong tanga dan kaki secara bersilang seperti tangan kanan dengan kaki kiri dan

seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan yang seterusnya.3. Sekiranya hanya mengganggu ketenteraman awam dendaklah di ta'zir seperti dipenjara dan lain-lain lagi.

f.    Murtad

Keluar dari agama Islam samaada dengan perkataan atau perbuatan. Hukumannya ialah bunuh ( setelah diberi tempoh untuk bertaubat )

PENGERTIAN TA'ZIR

Ta'zir dari segi bahasa bererti menolak atau menghalang. Dari segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam al-quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaaannya tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu.

KESALAHAN YANG TERMASUK DI BAWAH KATEGORI TA'ZIR.

Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategori ta'zir ialah sebagaimana berikut:

1. Kesalahan-kesalahan hudud dan qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud dan qisas.2. Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab, lesbian dan sebagainya.3. Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti mengumpat,berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah.

HUKUMAN BAGI KESALAHAN TA'ZIR

Hukuman ta'zir diserahkan kepada budi bicara hakim supaya hukuman tersebut memberi pengajaran supaya penjenayah serik untuk melakukan semula. Antara hukuman-hukuman yang boleh dikenakan kepada pesalah adalah sebagaimana berikut:

a.   Nasihat

Menasihati orang yang melakukan kesalahan kecil bagi pertama kali agar ia tidak mengulangi lagi pada masa akan datang.

b.   Teguran

Teguran rasmi yang dilakukan oleh hakim dengan mengeluarkan ucapan-ucapan atau melakukan sesuatu tindakan tertentu agar orang yang melakukan kesalahan akan berusaha memperbaiki dirinya.

c.   Ancaman

Mengancam orang yang bersalah agar tidak mengulangi kesalahannya di atas sebab takut dikenakan hukuman.

d.   Pemulauan

Hukuman pemulauan dikenakan kepada pesalah agar ia berasa tersepit sekiranya ia berterusan atau mengulangi kesalahannya lantaran tidak dapat bermuamalat dengan orang lain dalam masyarakat.

e.   Pengisytiharan Umum

Membuat pengistiharan kepada umum terhadap kesalahan penjenayah supaya penjenayah berasa malu dan tertekan.

f.    Denda dan merampas harta

Mengenakan denda dalam bentuk wang dan sebagainya atau merampas harta bendanya.

g.   Penjara

Page 9: Bab 9 Fiqh Jinayat

Mengenakan hukuman penjara dalam tempoh tertentu mengikut realiti semasa.

h.   Sebat

 Mengenakan hukuman sebat kepada penjenayah dengan jumlah sebatan yang tertentu.

 i.     Buang daerah

 Mengenakan hukuman buang daerah supaya pesalah rasa tertekan, mengalami kesukaran, kesusahan dan terpisah dari kaum keluarga

j.     Bunuh

Dibenarkan oleh syara' bagi menjaga kemaslahatan awam jika difikirkan sesuai

HIKMAH PERLAKSANAAN HUKUMAN JENAYAH ISLAM

1. Melindungi masyarakat daripada bahaya jenayah dan mencegah sebelum berlaku2. Memperbaiki penjenayah dan memperbetulkan penyelewengan.3. Membersihkan dosa penjenayah, mendidiknya dan menyelamatkannya daripada azab akhirat.

Disusun Oleh:

FALSAFAH HUDUD DALAM ISLAM  Sebelum saya memperkatakan hudud dengan lebih lanjut, eloklah kita mengambil pengertian Hukum Hudud dalam Kanun Jenayah Islam ini terlebih dahulu. Hukum Hudud ertinya hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh ALLAH dalam Al Quran dan Hadis kadar hukumannya (seksaannya) ke atas kesalahan-kesalahan jenayah tertentu, yang tidak dibolehkan manusia mengubah, menokok atau mengurangkannya. Seperti, hukum potong tangan kepada pencuri, hukum dipancung kepala ke atas orang yang tinggalkan sembahyang tiga waktu berturut-turut sesudah dinasihati, hukuman sebat kepada pembuat fitnah, hukuman rotan 80 kali kepada

Page 10: Bab 9 Fiqh Jinayat

peminum  arak, hukuman rejam sampai mati kepada penzina yang sudah pernah berkahwin dan rotan 100 kali kepada penzina yang belum kahwin, dll. Hukum Ta'zir ialah hukuman ke atas kesalahan jenayah yang tidak ditetapkan kadar seksanya oleh ALLAH. ALLAH hanya memulangkannya kepada kebijaksanaan tuan hakim untuk menetapkannya. Dengan syarat pesalah diberi malu sepadan dengan kesalahan yang dilakukan. Contoh-contoh hukum ta'zir ialah diarak keliling bandar dengan diconteng mukanya, dipenjarakan, dipamerkan dengan diikat di tiang tempat orang lalu lalang umum, didenda duit atau disuruh buat kerja  berat, dsb.nya Manakala hukuman qisas iaitu membunuh dibalas bunuh, luka dibalas luka, dsb.nya. Walaubagaimanapun, pemberian maaf oleh pihak yang dizalimi boleh diterima mahkamah dalam perkara ini. Demikianlah erti hukum jenayah Islam itu, bahkan kesalahan-kesalahan yang sudah ditetapkan hukuman itu pun, jika tidak cukup syarat untuk dilaksanakan hudud ke atasnya, maka ia

Page 11: Bab 9 Fiqh Jinayat

dikenakan hukum ta'zir atau terus dibuang kes. Baik. Kita telah mengetahui akan pengertian hukum2 jenayah dalam Islam tersebut yang wajib kita imani. Seterusnya... kita kena jawab 4 soalan, seperti kata orang putih.. ‘What’s to do, Where, When and How to do it?” Persoalan 'What and Where', tak perlu tanya lah!.Semua orang tahu, sampai yang tak tahu agamapun, nak menyibuk juga... sampai gempak2 satu negara! Tetapi bila diperkatakan ‘When’ atau bila untuk dilaksanakan, ia mesti membabitkan masa yang dikira sesuai!. Samada nak buat sekarang juga (sebab Islam tuu dah 1425 tahun – seperti dakwa Orang PAS!), atau nak tangguh dahulu! (kata orang ARQAM, sebab iman kebanyakan orang.. dok menonggeng nyiur sekarang!) Nak tolak terus (sebab tak relevan dengan kehidupan moden, because it's

Page 12: Bab 9 Fiqh Jinayat

barbaric!), tak boleh! Nanti jatuh kafir! Lihat punya lihat.. terdapat dua keadaan masyarakat yang boleh dan tak boleh menerima pakai hudud ini. Iaitu pada ketika masyarakat telah baik, atau dalam masyarakat yang jahat. Sudah pasti apabila hudud dilaksanakan pada dua situasi masyarakat tersebut, akan menghasilkan natijah yang berbeza. Masyarakat yang baik (majoriti masyarakat iman berada pada tahap tinggi) sudah pasti memiliki akhlak yang baik dan faham akan hakikat ujian yang didatangkan oleh Allah SWT. Hukum Hudud yang dilaksanakan pada masyarakat yang seperti ini mendatangkan suasana yang harmoni, aman damai dalam masyarakat. Sedang masyarakat yang jahat (majoriti beriman taqlid/ilmu) memilikki pekerti yang kasar, bengis, pendendam, tidak sabar, tidak redha dan hidup dalam resah gelisah dan gundah gelana sepanjang masa.

Page 13: Bab 9 Fiqh Jinayat

Jika hukum Hudud dilaksanakan pasti mencetuskan bala, sumpah seranah, berteriak2 macam orang gila, tidak redha, dsb.nya. Ringkasnya, masa yang sesuai dilaksanakan hudud, ialah pada ketika 'geraf iman' keseluruhan masyarakat berada pada tahap tinggi. Selepas segala benih2 kebaikan telah disemai, dan semua punca2 kejahatan telah dihapuskan. Dan, kita faham... baik atau jahat sesebuah masyarakat itu bergantung kepada usaha ‘Dakwah dan Tarbiah’ yang dijalankan dalam masyarakat secara giat, berterusan dan istiqamah. Apa sokongan yang mengatakan, hudud hanya boleh dilaksanakan dalam masyarakat yang baik?. Dalilnya (sebagaimana kata Abuya dalam bukunya ‘Falsafah Dan Perlaksanaan Hudud Dalam Islam):- 

1) Mengapa Allah SWT menurunkan ayat2 Al Quran kepada Rasul-Nya secara beransur2 dan tidak sekaligus? 

Page 14: Bab 9 Fiqh Jinayat

Mengapa didahulukan ayat2 Makkiyah dari ayat-ayat Madaniyah? Mengapa pula Rasulullah SAW tidak mulakan perintah “jangan kamu berzina” dan “jangan kamu minum arak”, Mengapa ayat tentang perintah sembahyang pun turun sesudah sebelas tahun kenabian? Semuanya kerana iman belum masuk ke dalam benak dan sanubari kalbu mereka. (Belum baik lagi la.. tuu!) Mereka belum beriman dan belum taat kepada ALLAH. Cinta dulu baru datang taat. Tanpa cinta orang tidak akan taat sekalipun pada kedua ibu bapanya. Mereka umat jahiliah yang masih sedap dengan amalan zina dan meminum arak jika terus ditegah nescaya mereka akan menolak seruan Islam itu!.  

2) Berkata Hukama’, "Mencegah lebih baik dari mengubat". Mencegah sebelum kena, mengubat selepas kena. Mencegah dengan pendidikan, mengubat dengan Akta, Penjara, Hudud, dll.

Page 15: Bab 9 Fiqh Jinayat

 Kita belum didik mereka lagi, belum beri faham dengan iman dan Islam... dah nak potong tangan mereka!. Ini yang tak relevan!. Sebab kebanyakan orang yang derhaka kepada ALLAH ini, bukan kerana sengaja, tetapi kerana mereka terbiar!. Tidak diberi faham dan dididik dengan Iman dan Islam, dengan wahyu dan sabda Nabi, secara dekat, serius dan berterusan. Sedang Allah minta kita lakukan 'amar makruf' dulu, kemudian barulah 'nahi mungkar'. Bukannya ghairah sangat hendak menghukum penjahat sedangkan usaha2 mengajak kepada kebaikan tidak diberi perhatian serius. Kalau dibuat pun cuma untuk lepas tangan. Hasil yang sepatutnya dicapai tidak diambil berat sangat. Saya kira kalau bukan dengan kepentingan politik dan duniawi, kejadian ini tidak berlaku. Sebab orang yang benar2 mencari keredhaan ALLAH tidak akan memilih2 hukum ALLAH. (Hah!.. ini kes berat ni!!)

Page 16: Bab 9 Fiqh Jinayat

 Islam tidak menyuruh kita menyeksa orang tetapi kita disuruh mengusahakan agar orang jadi baik lebih dahulu. Seksaan hanya dibenarkan ke atas orang yang nyata sengaja merancang dan melaksanakan kejahatan setelah melalui proses dakwah dan tarbiah secara serius dan berterusan.  

3) Mengapa Talak Perceraian beransur2 setakat 3 kali? Macamlah seorang yang berhadapan dengan isteri yang derhaka, menceraikannya bukanlah jalan awalnya. Menjatuhkan talaq hanya mungkin sesudah segala usaha2 damai tidak berkesan. Alangkah kejamnya seseorang yang menceraikan isteri sebelum berusaha mendidiknya. Dan lebih2 lagi kejam jika seorang lelaki yang belum pun kahwin atau baru saja kahwin sudah berfikir bagaimana hendak ceraikan isteri kalau si isterinya itu jahat. Hal ini samalah halnya dengan orang yang baru saja dapat negara atau belum pun dapat negara itu lagi tetapi sudah berfikir macam mana hendak hududkan

Page 17: Bab 9 Fiqh Jinayat

rakyatnya. Saya yakin dalam Islam, bukan itu caranya. Islam agama selamat. Kedatangannya menyelamatkan umat.  

4) Mengapa perlu ada tertib perlaksanaan – Fardhu Ain, Fardhu Kifayah, Sunat Ain, Sunat Kifayah, dll. Mengapa pejuang2 Islam hari ini ghairah sangat hendak tegakkan Hukum Hudud, sebelum hukum2 fardhu ain dan fardhu kifayah yang lain, yang lebih utama, belum dapat dipraktikkan sungguh2 oleh masyarakat. Lebih2 lagilah sepatutnya kebaikan2 itu mesti ditegakkan dulu dalam jemaah Islam. Kalau makanan asas pun masih diperolehi dari kedai2 bukan Islam (kerana jemaah tidak mampu buka kedai runcit, restoran, klinik bidan, dll) maka jangan diharapkan lah jemaah itu akan benar2 diyakini dan menjadi contoh atau 'role model' kepada masyarakat umumnya.  Selanjutnya Abuya Sheikh Iman Ashaari Muhammat At-Tammimi telah mendefinasikan hudud sebagai, “Hukum Allah yang dilaksanakan dalam

Page 18: Bab 9 Fiqh Jinayat

masyarakat yang baik, untuk menjaga kebaikan dalam masyarakat, daripada dirosakkan oleh orang2 yang tak makan di ajar”. Ada 2/3 perkara di situ yang memerlukan huraian lanjut:- 

a) Apa itu masyarakat yang baik?. Iaitu masyarakat yang telah diproses iman dan takwa mereka. Telah dididik, diasuh dengan istiqamah dan mengenal Allah dengan hati, bukan dengan akal. Takut bukan dibuat2, tetapi apabila disebutkan nama Allah, hati gementar dan berdebar2, dan apabila dibacakan ayat2 Allah, lantas tunduk menyerah diri tanpa cakap banyak dan berdalih2 lagi.Ciri2 kehidupan adalah sabar, pemaaf, redha denga takdir, tamak kepada berbuat kebajikan, dsb.nya. Masyarakat seperti ini, kalau disuruh tapi tak dibuat, tidak dikira kita berlaku zalim lagi. Sebab dah diperjelas dengan lengkap batas2 iman dan rukun2 Islam yang lain. Tetapi jika masih berlaku jahat.. ini jenis manusia

Page 19: Bab 9 Fiqh Jinayat

tak makan diajar! Hah!.. inilah orang yang berisiko besar dikenakan hudud! Tentunya manusia jenis ini tidak ramai lagi kedapatan dalam masyarakat jika proses dakwah dan tarbiah telah selesai.(Pada jenerasi yang lain itu, lain pulalah penekanan dakwahnya).  

b) Menjaga kebaikan dalam masyarakat. Masyarakat yang baik kehidupan rohani dan jasmani, sudah tentu dapat mencipta Tamadun Lahir dan Batin yang menyeluruh. Tamadun yang terhasil dari dorongan syariat dan sifat taqwa, yang berjalan seiring dengan ibadah seharian. Tamadun Islam yang tercetus bukan dari akal fikiran dan nafsu manusia yang bersifat tamak haloba. Dan bukan dari hati yang ‘tiada kontak’ (berzikir 24jam) kepada Allah SWT. Seperti juga pembentokan iman, iman yang dibina kena ada benteng kawalan. Kalau tidak asyik runtuh saja.. tak ke bodoh punya kerja!. (Elok2 selepas Ramadhan, terbalik fail pulak!.. dan

Page 20: Bab 9 Fiqh Jinayat

sehingga Ramadhan yang satu lagi.. dok tangtu, tak meningkat2.. seperti dari iman taqlid, ke iman ilmu, iman ayan, iman hak dan iman hakikat.Peringkat iman ayan ke atas sahaja yang kita selamat dari neraka! Waliyazubillah!). Maka, begitu juga tamadun lahir dan batin yang dibina dengan susah payah melalui ‘muhajatunnafsi’, mesti ada benteng penahannya dari roboh!. Benteng itulah hudud! Sebab tidak semua kejahatan boleh diselesaikan dengan pendidikan. Hudud hanyalah sebagai langkah penyelesaian terakhir, apabila semua langkah tidak berkesan – kata Abuya. Apa yang nak ditekankan di sini, ialah kebaikan2 yang tercetus (tamadun lahir dan batin yang dibina) mesti diadakan/diwujudkan terlebih dahulu, baharulah dibuat peraturan menjaganya, iaitu Hudud!. Sepertilah orang semai benih tanaman. Setelah disemai, baharulah buat pagar untuk mengelak dari musuh tanaman.Orang tak buat pagar dahulu, baharu semai

Page 21: Bab 9 Fiqh Jinayat

benih! Seperti juga buat pagar dahulu, baharu buat banglo! Tetapi harus diingat, kalau buat pagarpun sedang lembu2 masih liar dan banyak, tentu dengan pagar2 akan tercabut dirempuh!. Lebih baiklah kita didik dahulu lembu2 itu, diberi faham bahasa manusia. Dan selepas itu, kalau tak buat pagarpun, tak apa. Nescaya lembu2 akan balik semula ke kandang sendiri apabila tiba hari petang. ‘Point’ kat sini ialah, kita proses dahulu masyarakat dengan ‘Dakwah dan Tarbiah.’ Supaya kalau adapun penjahat jenis tak makan ajar, tidaklah ramai sangat!. Di kala itu, kalau dia buat jahatpun, terasa dia seorang sahaja yang jahat, dan malu kepada masyarakat yang kebanyakannya sudah baik. Dia akan ambil pengertian sendiri dan mendalam apabila hudud dikenakan ke atasnya. Insyaallah! Lagi pula, kalau sedikit sahaja penjahat yang masih tinggal, hukuman hudud dapat berfungsi dengan baik.

Page 22: Bab 9 Fiqh Jinayat

 Tetapi kalau penjahatpun masih ramai dalam masyarakat, hukuman hudud sendiripun tak boleh nak kontrol penjahat2 nii!. Seperti juga hukum gantung sekarang, mana orang nak kisah! Tetapi yang pasti, orang2 kaya yang bakhil, bertambah2 kaya dan bongkak lagi sebab perampok2 tak berani nak ‘sakat’ harta benda mereka!  

c) “Orang2 Yang Tak Makan Dek Ajar” Perkara ini sepertilah nak menghapuskan kemiskinan dalam masyarakat. Mana boleh basmi kemiskinan 100%!. Sedangkan Allah SWT sengaja adakan kaya dan miskin untuk saling berinteraksi dan buat pahala kebajikan antara mereka.(Sila lihat ‘Falsafah Kemiskinan Dalam Islam’. Maaf!. Belum siap lagi). Demikian juga dengan dakwah dan tarbiah. Secanggih mana sistem pendidikan yang ada, mesti

Page 23: Bab 9 Fiqh Jinayat

ada jenis ‘orang yang tak makan di ajar’. Ini perkara yang tak boleh di`set’ oleh kita sendiri, tetapi yang penting tanggungjawab kita untuk mendidik dengan penuh hikmah dan kasih sayang telah terlaksana. Nak jadi hantu atau orang, itu diluar bidang kuasa kita manusia. Yang penting, jangan kita terhukum zalim apabila mengarahkan dia dipotong tangan! Ini tidak!. Belum dididik habis lagi, dah disuruh orang potong tangan kerana mencuri. Seperti juga kita bagi penampor kat anak kita kerana bermain api, sedang kita tak pernah bagi faham habis kat dia bahawa api itu bahaya.Tak ke niaya si anak!.. dan kita pulak dikenal orang sebagai ‘sewel tak betul jalan’. Kalau berlaku pada ‘public figure’, tak ada wibawa jadi pemimpin langsung!. O.K!. Apabila disebut ‘orang tak makan dek ajar’, maknanya sudah habis ikhtiar kita

Page 24: Bab 9 Fiqh Jinayat

nak didik dia. Last2 jadi jahat jugak!. Orang seperti ini, kalau dipenjara dan dirotan sekalipun, pasti tidak serik!. Nak serik macamana kalau dia tenggok orang lainpun serupa macam dia!. Tinggal saja lagi dia tak bernasib baik ditangkap Polis!. Ini perkara psikologi, dan perkara batin ini kita rujuk kepada Allah SWT bagaimana nak selesai. Akal kita manusia tak mampu nak ‘baca hati manusia’ dan fikir perkara yang halus2 seperti ini. Mari kita lihat bagaimana Allah SWT menangani masalah ini secara psikologi. Untuk itu, saya ambil sahaja petikan dari buku  Abuya ‘Falsafah Dan Perlaksanaan Hudud dalam Islam (F&PHDI)’.. sebab malas nak fikir2 dan tulis!Just download dari internet, copy dan edit! Firman Allah SWT yang bermaksud, "Sesungguhnya dalam qisas itu ada kehidupan, wahai orang yang mempunyai akal." (Al Baqarah: 179) 

Page 25: Bab 9 Fiqh Jinayat

Ukuran kadar hukuman yang ALLAH tentukan itu boleh menghidupkan jiwa dan fizikal manusia. Proses terjadinya perkara itu ialah begini: Hidupnya jiwa dan fizikal ialah bilamana seseorang yang telah dijatuhkan hukuman tiba-tiba dimaafkan oleh pihak yang menuntut bela itu. Mulanya pesalah sudah kecewa sekali apabila nyawanya akan hilang atau tangannya akan dipotong. Waktu itu jiwa sudah mati sebelum fizikalnya betul-betul dimusnahkan. Tetapi dalam ajaran Islam, biasanya dan sepatutnya, pihak keluarga yang menuntut bela akan rasa bersalah untuk membenarkan mahkamah benar-benar menjalankan hukuman yang berat itu kepada pesalah. Kerana orang yang bertaqwa itu sangat suka memberi maaf kerana inginkan keredhaan ALLAH. Walaupun mereka juga telah disusahkan oleh pesalah, yang mana patut pesalah juga disusahkan, tetapi si mukmin tidak punya sifat pendendam. Cukuplah pesalah diseksa dengan pembicaraan dan mendengar

Page 26: Bab 9 Fiqh Jinayat

hukuman yang berat padanya itu. Itupun sudah menyeksakan. Maka atas pertimbangan itu, pihak yang mendakwa sudah dapat menerima bahawa taqdir yang berlaku adalah ujian ALLAH untuk mereka. Tentu hikmah ALLAH cukup banyak dengan menimpakan kemalangan itu pada mereka. Kalau mereka membalas dendam, ertinya mereka tidak faham maksud baik ALLAH melalui kesusahan itu. Dan menolak peluang mendapat pahala memaafkan, yang amat besar di sisi ALLAH. Dengan itu akhirnya, seperti yang selalu terjadi dalam sejarah Islam di zaman salafussoleh, pesalah dimaafkan oleh pihak keluarga yang mendakwa. Dalam Islam, pemberian maaf diiktiraf oleh mahkamah terhadap kesalahan sesama manusia. Yakni hukuman ditarik balik. Kalau kena juga cuma hukuman ta'zir yang agak ringan. Apabila pesalah mengetahui yang ia diberi maaf oleh orang-orang yang dia telah bersalah, jiwanya yang mati tadi hidup kembali bersama keinsafan yang mendalam!. 

Page 27: Bab 9 Fiqh Jinayat

Kalau tadi, dia tidak menangis tetapi seelok dimaafkan pasti dia menangis. Kalau mata tidak berair tetapi hatinya hancur oleh keharuan dan kekesalan. "Aku telah menzalim orang-orang yang cukup baik padaku. Aku telah menyeksa mereka tetapi mereka telah memulangkan nyawaku, tanganku dan kehormatanku. Mereka telah membela keluargaku dari kehilangan aku dan akibat-akibatnya. Aku insaf wahai Tuhan. Aku bertaubat dan aku berjanji untuk menyelamatkan orang-orang yang telah menyelamatkan aku ini." Demikian lebih kurang hati manusia akan berbicara terhadap dirinya di saat-saat ia dilepaskan dari kematian dan kesusahan yang sudah pasti. Itulah kehidupan yang ALLAH maksudkan. Kata-kata inilah yang dinanti-nanti oleh ALLAH dari hamba-hamba-Nya melalui hukum hudud itu. Alangkah baiknya ALLAH kerana memberi perhatian kepada hamba-Nya yang bersalah untuk dibaiki-Nya. Jika tidak begitu, si hamba akan dibiarkan untuk hidup dibenci dan mati diseksa.

Page 28: Bab 9 Fiqh Jinayat

 Inilah rawatan psikologi yang diberikan oleh Allah SWT sebagai langkah penyelesaian paling akhir yang patut diberikan kepada seseorang penjahat setelah segala cara2 lain tidak lagi boleh mendidiknya. Dan perkara ini hanya berlaku dalam masyarakat yang telah terbina iman dan takwa mereka, bukan kepada masyarakat yang rosak akhlak dan bersikap kebendaan. Sementelahan pula hari ini, mana ada hati yang rela memaafkan kesalahan orang lain. Hati umat Islam sudah dirosakkan oleh sekularisme hingga mereka tidak mahu merebut pahala memberi maaf yang sangat ALLAH anjurkan itu. Sedangkan hukum hudud yang ALLAH turunkan itu ialah kepada masyarakat yang hatinya sudah cinta Akhirat lebih dari cinta dunia. Mereka mengharap untung Akhirat lebih dari kepuasan dunia yang sementara itu. Sebab itu bila ada orang bersalah pada mereka, mereka mampu memaafkannya. Hasil dari itu pula pesalah turut diselamatkan dari terus

Page 29: Bab 9 Fiqh Jinayat

jadi jahat. Itulah maksud hudud yang sebenarnya. Maha bijaknya ALLAH, menyembunyikan hukuman yang begitu besar di sebalik kesusahan yang ditentukan-Nya. Benarlah firman-Nya, "Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan. Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan." (An-Nasyarah : 5-6) Demikianlah nukilan Abuya dalam bukunya ‘Falsafah Hudud Dalam Islam” Babak sedih di atas, tak osah mimpilah berlaku dalam masyarakat yang rosak iman dan akhlak. Saya suka mengambil satu lagi contoh hudud dari sejarah Islam, supaya kita boleh sama2 berfikir samada kebaikan atau natijah yang sama boleh berlaku dalam masyarakat kita, zaman jahiliah kedua ini! Iaitu kisah seorang musafir yang dihukum mati disebabkan kesalahan membunuh, berpunca dari kematian seekor unta. (Kisah menyayat hati ni biasa kita dengar dalam ceramah2 PAS. Tetapi ‘finishing’ atau

Page 30: Bab 9 Fiqh Jinayat

natijahnya tak dibuat dengan betul!) Sekali lagi, saya ambil cerita ini langsung dari buku Abuya, ‘Falsafah Dan Perlaksanaan Hudud Dalam Islam’. Kisah ini berlaku pada zaman pemerintahan Sayidina Umar Al Khattab. Ada seorang lelaki bernama Hassan dalam perjalanan musafir telah singgah berehat di bawah sepohon pokok di sebuah kampung. Semasa Hassan tertidur, unta tunggangannya telah merayau-rayau ke kebun tanaman penduduk di desa tersebut. Tuan punya kebun telah membaling unta hingga mati unta itu. Apabila Hassan terjaga dan didapati untanya sudah mati, maka dalam keadaan yang masih tidak normal (kerana baru bangun tidur), ia terus membunuh lelaki yang membunuh untanya itu. Hassan menyerah diri dan ia dibawa ke mahkamah yang tuan hakimnya ialah Sayidina Umar sendiri. Hassan dikenakan hukuman bunuh. Hassan menerima keputusan itu, cuma beliau membuat rayuan agar ia dibenarkan

Page 31: Bab 9 Fiqh Jinayat

pulang ke kampungnya untuk selesaikan urusan hutang dan memberitahu ibu bapanya yang sudah tua serta anak isterinya. Sayidina Umar tidak boleh membenarkan kecuali ada orang yang bersedia menjadi penggantinya sekiranya Hassan tidak datang lagi untuk dihukum. Kerana simpati dengan Hassan, ada seorang Sahabat yang merelakan dirinya untuk menjadi pengganti Hassan. Maka pulanglah Hassan ke kampungnya untuk mengucap selamat tinggal pada keluarganya. Selesai bertemu dengan mereka, bersegeralah beliau berangkat untuk menerima hukuman bunuh. Oleh kerana perjalanan jauh, tali ras kudanya putus. Hassan hampir terlewat sampai pada tarikh yang dijanjikan. Sayidina Umar telah bersedia untuk menghukum Sahabat yang menggantikannya tadi. Tetapi sebelum kejadian itu berlaku, Hassan tiba-tiba muncul. Suasana sungguh mengharukan. Terharu dengan kejujuran Hassan, keluarga orang yang kena

Page 32: Bab 9 Fiqh Jinayat

bunuh telah berlembut hati, lalu memaafkan kesalahan Hassan. Maka tuan hakim menerima pemberian maaf dan membebaskan Hassan dari hukumannya. Hassan tidak jadi dibunuh. Demikianlah satu kisah mahkamah yang pernah berlaku di zaman salafussoleh, untuk kita melihat kedudukan dan fungsi hudud yang sebenarnya. Pertama, kita lihat bahawa perlakuan jenayah itu bukanlah satu perbuatan yang sengaja dengan niat dan perancangan jahat oleh orang yang memang jahat. Kes jenayah yang terjadi itu adalah kes yang tidak sengaja, kes terlajak atau perbuatan yang tidak dapat dikontrol nafsunya hingga timbul kisah yang sungguh-sungguh mengharukan. Tetapi demi keadilan, pesalah mesti dibicarakan. Tuan hakim begitu bertaqwa, adil dan tegas. Bukannya tuan hakim tidak simpati dengan pesalah yang tidak sengaja itu, tetapi dia mesti mendapatkan seorang tebusan untuk menggantikan si pesalah sekiranya

Page 33: Bab 9 Fiqh Jinayat

pesalah itu melarikan diri dari hukuman. Dan bila didapati pesalah tidak hadir tepat pada masa yang dijanjikan, tuan hakim dengan tegas mahu menunaikan janjinya kepada Sahabat yang menjadi tebusan itu. Begitu baiknya hati Sahabat berkenaan, bersedia untuk mati demi seorang saudara se-Islam yang lain. Alangkah jujurnya Hassan terhadap keputusan mahkamah. Ia boleh lari dari hukuman kalau ia mahu. Dan betapa lembutnya hati keluarga si kena bunuh untuk memaafkan pesalah. Demikian ceritera Abuya, dengan penuh takzim. Agak2nya.. kalau peristiwa seperti ini berlaku pada zaman kita ini, boleh dapat kesan yang sama, tak? Jangan dok ngigau siang hari lah!. Mari sama2 kita bedah siasat cerita ini! Ada 4/5 tokoh penting yang menonjolkan keperibadian

Page 34: Bab 9 Fiqh Jinayat

Islam yang sebenar dalam peristiwa tersebut. Pertama, seorang pemuda yang diberi peluang untuk ‘melarikan diri’ dengan alasan untuk balik kampung menemui anak isteri dan sanak saudara. Bolehkah kita dapati pada zaman yang bersifat material dan individualistik seorang yang merelakan diri untuk dihukum bunuh?.  Kalau tidak dengan iman dan takwa yang tinggi kepada Allah SWT, nescaya pemuda tersebut tidak akan kembali lagi menerima hukuman!. Juga, betapa mulia dan tingginya iman sanak saudara pemuda tersebut, dan orang2 kampungnya, yang kalau ikut adatnya, boleh saman balik atau minta dibicarakan semula!. Kerana kesalahan di luar sedar!. Kedua, bolehkah kita perolehi tebusan pada hari ini.. sebagai ‘bunuh ganti’, jika pesalah yang disabit kesalahan tidak hadir pada hari dijatuhkan hukuman?. Tak osah dok haraplah nak dapat orang yang ikhlas untuk memikul masalah

Page 35: Bab 9 Fiqh Jinayat

orang lain!. Lebih2 lagi pada zaman sekular dan muflis iman sekarang ini. Kenapa perlu jaga tepi kain orang?. Ketiga, bolehkah kita dapati pada zaman Materialisma dan Sekularisma ini sebuah keluarga atau individu yang sanggup memaafkan kesalahan orang lain terhadapnya?.Yang menyedari, bahawa pahala memberi maaf itu lebih besar ganjarannya di akhirat nanti. Tidak mungkin! Kalau hala ke saman tuu, banyaklah!Boleh dapat RM2 atau RM3 juta, hanya kes saman malu! Keempat, bolehkah kita dapati dengan mudah seorang hakim yang begitu bertakwa, tegas dan adil dalam menjalankan perintah Allah, sekalipun terhadap keluarganya sendiri! Setakat seorang dua tuu.. boleh cari lah!Tetapi pegawai2 bawahannya, yang melaksanakan hukuman, macamana?. Iaitu pegawai undang2, tukang sebat, tukang tangkap/saksi yang adil, dll... bolehkah kita dapati dengan mudah di kalangan masyarakat jenis

Page 36: Bab 9 Fiqh Jinayat

yang beriman dan bertakwa  seperti itu? (Kalau tengok di Pakistan tuu.. negara Islam yang berpelembagaan Al Quran dan Sunnah, tukang sebatnya pun pakai seluar pendek! Ada ke patut?.Patut dengan dia2 sekali kena sebat.. kerana tak faham agama! Mengelirukan orang ramai dengan Islam, sebagaimana di Malaysia akhir2 ini!) Kalau watak2 angun di ataspun, sukar diperolehi di zaman sekular dan materialisma ini, bolehkan anda beri jaminan bahawa hukum Allah itu akan dilaksanakan dengan adil dan saksama sehingga memuaskan hati semua pihak? Kalau setakat agak2 saja, baik tak osah buat!. Itu bukan ilmu namanya. Itu.. tawakal tanpa berbekal!. Dok berangan2 Allah pasti lulus usaha yang baik itu!. Lebih baik kita buat hukum Ta’zir dahulu, sebelum dijalankan hukum Hudud yang sebenar. Sekurang2nya, kalau tidak buat semua, jangan tinggal semua!. 

Page 37: Bab 9 Fiqh Jinayat

Bila Allah tanya esok, “Kenapa tidak dijalankan hukum yang Aku buat?”. Kita jawablah dengan bijaksana, “Masyarakat masih beriman takliq, ramai yang jahat dan bla..bla..”. Allah pasti kata, ‘Bijak.. bijak. Inilah khalifah Aku... tertib dan berhalus dalam semua perkara’. (Agaknya, le!)  Ringkasnya, kalau zaman salafussoleh dahulu, fungsi Hudud membawa keselamatan hidup di dunia dan akhirat. Tetapi sekarang hudud telah tidak berfungsi menjaga keselamatan!. Hudud membawa porak peranda dalam masyarakat yang jahil agama, yang lemah iman, yang tidak tahan sabar dan faham erti ujian dan takdir Allah SWT. Last2 sekali, agama Islam dianggap zalim dan barbaric! Maka, fungsi hukum telah berubah. Kalau dulu ianya wajib, sekarang dah jatuh zalim!.Kerana tidak peroleh kesan yang serupa. Dah jadi haru

Page 38: Bab 9 Fiqh Jinayat

biru dalam masyarakat yang muflis iman!  PENUTUP Saya telah mendefinasikan hudud dan keadaan2 masyarakat yang macamana, yang mewajarkan ianya berlaku. Tibalah masanya saya menceritakan intipati sebenar, sebab hudud diturunkan kepada umat manusia. Sebenarnya Allah SWT minta... Hudud ini tidak dilaksanakan, walaupun telah dikanunkan. Seperti juga hukum perceraian. Walaupun telah disyariatkan, tetapi kalau boleh tak osah buat!. Nak hudud apa dia?.. kalau semua orang baik2 belaka! Kalau yang jahat tuu, sedikit sahaja bilangan mereka. Malahan boleh dikatakan ‘tidak ada’ seperti di zaman Sahabat dan Solafussoleh. Kalau adapun hanya 2 atau 3 kes sahaja. Itupun kes terlajak!.. ataupun tidak sedar, bukan disengajakan!. Masyarakatpun sedia memaafkan untuk mendapat

Page 39: Bab 9 Fiqh Jinayat

ganjaran pahala yang besar di akhirat nanti!. Apa dalil yang mengatakan.. Allah minta hudud tidak dilaksanakan?. Pertama, kita lihat syarat2 nak jatuh hukum hudud itu payah sekali. Iaitu berkehendakkan 4 orang saksi yang ‘Adil’, yang benar2 melihat dengan kepala sendiri.. umpama, “keris masuk ke sarung”. Kalau setakat ‘bergomol’ dalam kain selimut yang tertutup rapat, masih boleh ditolak kesaksiannya.Silap2 gaya, saksi pulak yang kena sebat 80 rotan... kerana dianggap pembawa fitnah! Tak ke niaya?  Kedua, pelaksana2 hudud, iaitu hakim, pendakwa, tukang tangkap, tukang sebat, peon, dll, hendaklah terdiri dari orang2 beriman yang adil dan bertaqwa. Adil di sini bermaksud.. tidak boleh makan berdiri, minum berdiri, kencing berdiri, berjalan tidak pakai sepatu, tidak berkopiah, masuk tandas tanpa tutup kepala, makan minum tidak boleh lazim2

Page 40: Bab 9 Fiqh Jinayat

duduk di kedai walau di rumah dekat (walaupun tidak salah, tetapi tidak ada wibawa), dan berbagai lagi. Boleh cari ke orang2 semacam itu... dalam keadaan tidak merancang untuk mengendap, menangkap, dsb.nya?.Lebih2 lagi dalam zaman yang muflis iman dan kemaruk dunia, seperti sekarang ini! Payah!..payah! Ya Allah!. Kenapa Kamu memayahkan keadaan, dalam keadaan Kamu suruh kami buat Hukum Hudud ini?. Tak relevan betul!. Diberi alat, tetapi tidak disuruh buat kerja!. Nampak sekali, sengaja Allah memayahkan keadaan untuk melaksanakan Hukum Hudud di atas pada masyarakat yang jahat, seperti pada masa sekarang ini. Kalau pada masyarakat yang baik, No problem!. Untuk mendapatkan saksi dan hakim yang adil, dll tidaklah sukar. Malah, tidak perlu semua itu.. kerana pesalah akan datang sendiri menyerah diri tanpa perlu tangkap2.

Page 41: Bab 9 Fiqh Jinayat

  Demikianlah sedikit sebanyak, yang boleh penulis utarakan berhubung ‘Falsafah Hudud Dalam Islam’. Kalau.. ‘Falsafah Hudud’ pun tidak boleh kita capai, maka, tak perlulah saya bercakap mengenai pelaksanaan atau cara2 nak melaksanakan hudud!. Bagaimanapun, jika saudara2 masih berkeinginan untuk mengetahui dengan lebih lanjut ‘Falsafah Dan Perlaksanaan Hudud Dalam Islam’, silalah klik ke laman Web ‘Abuya At-Tamimi.dot.com.’  Akhir kata.. Sebenarnya ada DUA tujuan besar Allah SWT turunkan hudud ini. 

 Pertama, sebagai hukuman ‘alternatif’ atau pilihan kepada manusia. Samada nak dihukum di dunia lagi, atau nak dihukum di dalam neraka bersama ular naga dan kala jengking! 

 Kedua, sebagai pendidikan terakhir kepada ‘orang2 yang tak makan di ajar’ untuk dibaiki akhlak

Page 42: Bab 9 Fiqh Jinayat

mereka oleh ALLAH sendiri, selepas semua ikhtiar manusia untuk jadikan mereka ‘hamba Allah yang sebenar’ tidak berhasil. Maka, untuk mendapat itu semua, kefahaman tentang iman dan Islam itu perlu didahului, disemai dan disubur selalu oleh para2 ulamak yang bijaksana. 

Kitab Hudud

1. Hudud pencurian dan nisabnya

•             Hadis riwayat Aisyah ra., ia berkata:

Rasulullah saw. memotong tangan pencuri dalam (pencurian) sebanyak seperempat dinar ke atas. (Shahih Muslim No.3189)

•             Hadis riwayat Aisyah ra., ia berkata:

Pada zaman Rasulullah saw. tangan seorang pencuri tidak dipotong pada (pencurian) yang kurang dari harga sebuah perisai kulit atau besi (seperempat dinar) yang keduanya berharga. (Shahih Muslim No.3193)

•             Hadis riwayat Ibnu Umar ra.:

Bahwa Rasulullah saw. pernah memotong tangan seorang yang mencuri sebuah perisai yang berharga tiga dirham. (Shahih Muslim No.3194)

•             Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:

Rasulullah saw. bersabda: Allah melaknat seorang pencuri yang mencuri sebuah topi baja lalu dipotong tangannya dan yang mencuri seutas tali lalu dipotong tangannya. (Shahih Muslim No.3195)

2. Memotong tangan pencuri baik dia orang terhormat atau tidak dan larangan meminta syafaat dalam hukum hudud

•             Hadis riwayat Aisyah ra.:

Bahwa orang-orang Quraisy sedang digelisahkan oleh perkara seorang wanita Makhzum yang mencuri. Mereka berkata: Siapakah yang berani membicarakan masalah ini kepada Rasulullah saw.? Mereka menjawab: Siapa lagi yang berani selain Usamah, pemuda kesayangan Rasulullah saw. Maka berbicaralah Usamah kepada Rasulullah saw. Kemudian Rasulullah saw. bersabda: Apakah kamu meminta syafaat dalam hudud Allah? Kemudian beliau berdiri dan berpidato: Wahai manusia! Sesungguhnya yang membinasakan umat-umat sebelum kamu ialah, manakala seorang yang terhormat di antara mereka mencuri, maka mereka membiarkannya. Namun bila seorang yang lemah di antara mereka mencuri, maka mereka akan melaksanakan hukum hudud atas dirinya. Demi Allah, sekiranya Fatimah putri Muhammad mencuri, niscaya akan aku potong tangannya. (Shahih Muslim No.3196)

3. Merajam janda yang berzina

•             Hadis riwayat Umar bin Khathab ra., ia berkata:

Sesungguhnya Allah telah mengutus Muhammad saw. dengan membawa kebenaran dan telah menurunkan Alquran kepada beliau. Di antara yang diturunkan kepada beliau ialah ayat rajam. Kami telah membacanya, memahaminya serta mengerti ayat tersebut. Lalu Rasulullah saw. melaksanakan hukum rajam dan kami juga melaksanakan hukum rajam setelah beliau. Kemudian aku merasa khawatir bila waktu telah lama berlalu ada seorang yang mengatakan: Kami tidak menemukan hukum rajam dalam Kitab Allah, sehingga mereka akan sesat karena meninggalkan satu kewajiban yang telah diturunkan Allah. Sesungguhnya hukum rajam dalam kitab Allah itu adalah

Page 43: Bab 9 Fiqh Jinayat

hak atas orang berzina yang muhshan (pernah menikah), dari kaum lelaki dan wanita, jika telah terbukti berupa kehamilan atau pengakuan. (Shahih Muslim No.3201)

4. Orang yang mengaku bahwa dirinya telah berzina

•             Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:

Seorang lelaki dari kaum muslimin datang kepada Rasulullah saw. ketika sedang berada di dalam mesjid, lalu ia berseru memanggil beliau: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku telah berzina. Lalu Rasulullah saw. memalingkan diri darinya sehingga orang menghadapkan dirinya ke arah wajah beliau dan berkata lagi: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku telah berzina. Rasulullah saw. kembali memalingkan diri darinya sehingga orang itu mengulangi ucapannya sebanyak empat kali. Setelah ia bersaksi atas dirinya sebanyak empat kali, Rasulullah saw. memanggilnya dan bertanya: Apakah kamu gila? Lelaki itu menjawab: Tidak. Beliau bertanya lagi: Apakah kamu seorang yang pernah kawin? Lelaki itu menjawab: Ya. Maka Rasulullah saw. bersabda kepada para sahabat: Bawalah ia pergi lalu rajamlah!. (Shahih Muslim No.3202)

•             Hadis riwayat Ibnu Abbas ra.:

Bahwa Nabi saw. bertanya kepada Ma`iz bin Malik: Apakah benar berita yang sampai kepadaku mengenai dirimu? Ma`iz bin Malik bertanya: Apakah yang telah engkau dengar tentang diriku? Rasulullah saw. bersabda: Aku mendengar bahwa kamu telah berzina dengan seorang anak perempuan keluarga si fulan. Ma`iz bin Malik menjawab: Ya, benar! Bahkan ia bersaksi empat kali, kemudian Rasulullah saw. memerintahkan lalu ia dirajam. (Shahih Muslim No.3205)

•             Hadis riwayat Abu Hurairah ra. dan Zaid bin Khalid Al-Juhani ra.:

Bahwa seorang lelaki Arab badui datang kepada Rasulullah saw. dan berkata: Wahai Rasulullah, aku mengharapkan engkau hanya untuk memutuskan perkaraku sesuai dengan Kitab Allah. Lalu pihak lain yang berperkara berkata, sedang ia lebih pandai: Ya, putuskanlah perkara kami dengan Kitab Allah, dan izinkanlah aku bicara! Rasulullah saw. berkata: Silakan, bicaralah! Dia pun lalu berbicara: Sesungguhnya anakku sebagai pekerja upahan pada orang ini lalu ia berzina dengan istrinya. Kemudian aku diberitahukan bahwa anakku itu harus dirajam sehingga aku menebusnya dengan seratus ekor kambing dan seorang budak perempuan. Dan aku juga telah menanyakan kepada orang-orang yang berilmu lalu mereka menjawab bahwa anakku hanya harus didera seratus kali dan diasingkan selama setahun, sedangkan istri orang ini harus dirajam. Lalu Rasulullah saw. bersabda: Demi Tuhan Yang jiwaku berada di tangan-Nya, sungguh aku akan memutuskan dengan Kitab Allah! Seorang budak perempuan dan kambing harus dikembalikan dan anakmu harus didera seratus kali serta diasingkan selama setahun. Sekarang pergilah kepada istri orang ini, wahai Unais. Jika ia mengaku, maka rajamlah ia. Selanjutnya Unais pun datang menemui wanita tersebut dan ia mengakui perbuatannya. Maka sesuai dengan perintah Rasulullah saw. wanita itu harus dirajam. (Shahih Muslim No.3210)

5. Merajam orang Yahudi yang tinggal di negara Islam bila berzina

•             Hadis riwayat Abdullah bin Umar ra.:

Bahwa seorang lelaki dan perempuan Yahudi yang telah berzina dihadapkan kepada Rasulullah saw. Lalu berangkatlah Rasulullah saw. sampai beliau bertemu dengan orang-orang Yahudi dan bertanya: Apakah hukuman yang kalian dapatkan dalam Taurat bagi orang yang berzina? Mereka menjawab: Kami akan mencorenghitamkan muka keduanya, lalu menaikkan keduanya ke atas tunggangan lalu menghadapkan mukanya masing-masing kemudian keduanya diarak. Beliau bersabda: Datangkanlah kitab Taurat, apabila kalian benar. Kemudian mereka membawa kitab Taurat lalu membacakannya hingga ketika mereka sampai pada ayat rajam, pemuda yang membaca itu meletakkan tangannya di atas ayat rajam itu dan hanya membaca ayat yang sebelum dan sesudahnya. Lalu Abdullah bin Salam yang ikut bersama Rasulullah saw. berkata kepada beliau: Perintahkanlah ia untuk mengangkat tangannya. Pemuda itu lalu mengangkat tangannya dan setengah di bawah tangannya itu adalah ayat rajam. Kemudian Rasulullah saw. memerintahkan keduanya sehingga dirajam. Lebih lanjut Abdullah bin Umar berkata: Aku termasuk orang yang merajam mereka berdua. Aku melihat yang laki-laki melindungi yang perempuan dari lemparan batu dengan dirinya sendiri. (Shahih Muslim No.3211)

•             Hadis riwayat Abdullah bin Abu Aufa ra.:

Dari Syaibani ia berkata: Aku pernah bertanya kepada Abdullah bin Abu Aufa: Apakah Rasulullah saw. pernah merajam? Ia menjawab: Ya. Aku bertanya: Apakah hal itu sesudah turunnya surat An-Nuur atau sebelumnya? Dia menjawab: Aku tidak tahu. (Shahih Muslim No.3214)

•             Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:

Aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda: Apabila seorang budak perempuan milik salah seorang di antara kalian berzina dan terbukti zinanya, maka deralah ia dan janganlah memakinya. Jika ia berzina lagi, maka deralah dan janganlah memakinya. Dan jika ia berzina lagi serta terbukti zinanya maka juallah sekalipun dengan sehelai rambut. (Shahih Muslim No.3215)

6. Hudud minum khamar

•             Hadis riwayat Anas bin Malik ra.:

Bahwa Nabi saw. pernah didatangkan seorang lelaki yang telah meminum khamar, lalu beliau menderanya dengan dua tangkai pohon korma sebanyak empat puluh kali. (Shahih Muslim No.3218)

7. Jumlah cambukan hukuman takzir

•             Hadis riwayat Abu Burdah Al-Anshari ra.:

Bahwa ia pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda: Seseorang tidak boleh dicambuk lebih dari sepuluh kali kecuali dalam salah satu hukum hudud Allah. (Shahih Muslim No.3222)

8. Hukuman hudud adalah kafarat bagi pelakunya

•             Hadis riwayat Ubadah bin Shamit ra., ia berkata:

Page 44: Bab 9 Fiqh Jinayat

Kami sedang bersama Rasulullah saw. dalam suatu majelis, lalu beliau bersabda: Apakah kamu sekalian mau membaiatku untuk tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun, tidak berzina, tidak mencuri serta tidak membunuh jiwa yang telah Allah haramkan kecuali dengan hak. Barang siapa di antara kalian yang memenuhinya maka pahalanya ditanggung Allah. Dan barang siapa yang melakukan salah satunya, maka ia akan dihukum dan hukuman itu menjadi kafarat baginya. Dan barang siapa yang melakukan salah satunya kemudian Allah menutupi, maka perkaranya diserahkan kepada Allah. Jika Allah berkenan memberi ampunan, Allah akan mengampuninya dan jika Allah hendak menyiksa, maka Allah akan menyiksanya. (Shahih Muslim No.3223)

9. Pengrusakan binatang, kecelakaan dalam tambang dan sumur itu adalah tidak ada pertanggungannya

•             Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:

Dari Rasulullah saw., bahwa beliau bersabda: Pengrusakan binatang yang tidak disengaja itu adalah tidak ada tanggungan, kecelakaan dalam sumur tidak ada tanggungan, kecelakaan dalam tambang tidak ada tanggungan dan dalam harta rikaz, zakatnya adalah seperlimanya. (Shahih Muslim No.3226)

 

Page 45: Bab 9 Fiqh Jinayat

SiRi 3 uNDaNG-uNDaNG iSLaM - HuDuD (BaHaGiaN aKHiR) DaN MenJaWaB BeBeRaPa PeRSoaLaN MeNGeNaiNyaiBNuZaCK

2 Comments »

Assalamua'laykum..

Penulisan kali ini akan membincangkan pula berkenaan kesalahan-kesalahan jenayah mengikut Hudud selain murtad dan mencuri(sariqah) yang telah dibincangkan pada entri sebelum ini.Penulis juga akan cuba memperjelaskan secara terperinci berkenaan kekeliruan dan kesalahfahaman masyarakat berkenaan konsep Hukum Islam ini.

3. Merompak/Menyamun.

Merompak/Menyamun adalah kesalahan jenayah ke 3 dalam Hukum Hudud.Secara mudahnya,kesan menyamun adalah lebih tinggi berbanding mencuri.Ini kerana,menyamun akan disertai dengan ugutan dan kebiasaannya kecederaan kepada tubuh badan mangsa dan mengakibatkan ketakutan dan trauma bukan sahaja kepada mangsa tetapi juga kepada masyarakat sekitar.

Dalil kepada hukuman keatas perompak dan penyamun ini adalah:

"Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya dan membuat kerusakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib, atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik, atau dibuang dari negeri (tempat kediamannya). Yang demikian itu (sebagai) suatu penghinaan untuk mereka didunia, dan di akhirat mereka beroleh siksaan yang besar"(Al-Maidah:33)

Imam Syafie r.a pernah mengulas bahawa : "Sekiranya dalam satu kejadian rompakan itu didapati bahawa hanya ugutan dan perampasan harta yang berlaku,tidak melibatkan kecederaan kepada tubuh badan,maka si perompak perlu dipotong tangan kanan dan kaki kiri mereka (secara bersilang).Jika mangsanya dibunuh maka hukumannya qisas (Bunuh balas).Tetapi jika merompak dan membunuh,maka si pelaku perlu disalib dan dibunuh.Jarak masa paling lama antara si pelaku disalib dan dibunuh adalah 3 hari".begitu pandangan Imam Syafie.

Sementara mengikut pendapat Imam Al-Qurtubi dalam kitab tafsirnya mengatakan: " Dalam kaedah menjatuhkan hukuman kepada perompak atau mereka yang melakukan kerosakan atau sebagainya,maka pemerintah boleh membuat pilihan untuk menjatuhkan mana-mana satu daripada hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah iaitu sama ada bunuh,salib,potong tangan dan kaki secara bersilang atau dibuang negeri/daerah.

4. Meminum minuman yang memabukkan (khamar).

Mengenai khamar,Allah berfirman dalam Al-Qur'an:

"Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan."(Al-Maidah:90)

Rasulullah s.a.w menyamakan peminum arak ini sebagai penyembah berhala.Perbuatan menyembah berhala adalah syirik,iaitu dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah s.w.t.Syirik akan merosakkan iman dan menghancur luluhkannya dari jiwa manusia.Oleh itu,meminum arak boleh membawa kepada syirik dalam penmgertian bahawa amalan2 yang dilakukan oleh si peminum arak tidak akan diterima oleh Allah.

Jumhur berpendapat bahawa hukuman sebat bagi si peminum arak adalah sebanyak 80 kali.Sementara bagi Mazhab Syafie,jumlahnya adalah 40 kali.

Adakah Dadah,pil khayal dsb dikira sebagai khamar yakni memabukkan?

Pada hakikatnya,kesan yang dirasai oleh si peminum arak dan penghisap dadah adalah hampir sama iaitu memabukkan dan kehilangan daya kawal tubuh.Jesteru berlaku khilaf (perbezaan pendapat) dalam persoalan ini.Jumhur ulama' berpendapat,penghisap dadah tidak termasuk dalam kategori peminum khamar dan akan terlepas daripada hukum Hudud.Namun,mereka tetap akan dibicarakan dan dihukum mengikut Hukum Takzir.Sementara sebahagian ulama' pula berpendapat Dadah boleh diqiaskan dengan arak,maka hukum Hudud jatuh ke atas penghisap dadah juga.

Kaedah hukuman sebat mengikut mazhab:

1. Mazhab Hanafi:

Adalah wajib pukulan tidak ditumpukan pukulan pada satu tempat, kerana boleh membawa kepada merosakkan anggota atau mengoyakkan kulit.Pukulan itu hendaklah ditujukan pada pelbagai tempat seperti di bahu,lengan,lutut,peha dan betis,dan hendaklah dijauhi daripada tcmpat-tempat yang ditakuti boleh membunuh seperti muka,kepala,dada,perut dan kemaluan.Saiyidina `Ali berkata kepada tukang sebat, "Pukul dia dan berilah setiap anggota haknya dan jauhi muka dan zakarnya."

2. Mazhab Maliki:

Bahagian yang dipukul semasa dijalankan had ialah belakang badan dan anggota yang berdekatan dengannya.

3. Mazhab Syafie:

Pukulan hendaklah ditujukan ke pelbagai anggota, dan hendaklah menjauhi muka, faraj, rusuk dan semua anggota yang ditakuti (sama dalil dengan mazhab hanafi). Riwayat daripada `Umar bahawa beliau menemui seorang jariyah yang sedang dilakukan had ke atasnya. lalu beliau berkata, "Kamu pergilah kepadanya, pukullah dan janganlah sampai mengoyakkan kulitnya." Ini kerana maksud daripada had adalah menegah (jawazir) tanpa bertujuan untuk membunuh.

Page 46: Bab 9 Fiqh Jinayat

4. Mazhab Hambali:

Dibolehkan memukul pada semua anggota kecuali pada tiga tempat iaitu kepala, muka dan kemaluan daripada lelaki dan perempuan, kerana selain tiga tempat ini bukanlah tempat yang boleh membunuh, umpama yang boleh itu ialah bahagian belakang badan. Dalil mereka adalah :Saiyidina `Ali berkata kepada tukang sebat, "Pukul dia dan berilah setiap anggota haknya dan jauhi muka dan zakarnya."

Hudud dan Sains Selari

Sebat atasi ketagih arak ?

MOSCOW: Ahli sains Russia mendakwa hukuman rotan ke atas punggung tanpa berlapik adalah penawar untuk setiap penyakit daripada tekanan perasaan sehinggalah kepada membuang tabiat meminum arak. Akhbar Izvestia melaporkan, penyelidik di Novosibirsk menyatakan, hukuman rotan merembeskan endorfin, bahan kimia semulajadi badan membuatkan seseorang menjadi gembira.Endorfin menjadi punca perasaan girang, mengurangkan selera, mengeluarkan hormon seks dan meningkatkan tindak balas kekebalan. Mereka berkata, kesakitan itu mempunyai kesan yang hampir sama dengan morfin dan candu tetapi ia tidak mendorong kepada ketagihan atau pergantungan.Ahli sains itu yang diketuai pakar Biologi, Dr Sergei Speransky, mendakwa hukuman rotan seperti yang seringdilakukan di sekolah Britain pada kurun sebelum ini berjaya membantu orang ramai mengatasi ketagihan atau tekanan.Beliau yang bertugas di Institut Perubatan Novosibirsk berkata, rawatan itu terbukti berkesan. "Ia tidak kejam sekurang-kurangnya itu adalah anggapan masyarakat lalu, tetapi saya menyokong hukuman itu."Ahli sains itu mencadangkan terapi sebanyak 30 sesi membabitkan 60 kali rotan, ke atas punggung seseorang berbadan sederhana. Dr Marina Chuhrova yang turut serta dalam menyediakan laporan itu menyatakan, beliau sudah pun mempunyai 10 pesakit yang menjalani terapi itu."Pada mula mereka membantah tetapi apabila menyedari kebaikan tindakan itu, mereka pula yang meminta ia dilakukan," katanya.Pasukan perubatan Russia itu menyatakan mereka kini mengenakan caj untuk merotan pesakit dengan harga RM 342 bagi sesuatu rawatan biasa.- Agensi

Sumber:Berita Harian 30 Mac 2005

5. Bughah (Memberontak)

Definisi bughah adalah:

"Segolongan umat Islam yang melawan dan menderhaka terhadap Ulil Amri (imam) iaitu pemerintah atau kerajaan yang adil yang menjalankan hukum-hukum syariat Islam.’ (Kifayah al-Akhyar,Jilid 2)

Oleh itu tidak dikira bughah bagi mereka yang menentang pemerintah yang zalim,menindas rakyat serta enggan melaksanakan Hukum Islam.Contoh pemberontakan terhadap pemerintah yang dilakukan secara benar adalah pada zaman Khalifah Mansur yang zalim.Telah berlaku pemberontakan oleh Muhammad Nafsu Zakiah dan Ibrahim Nafsu Mardhiah bagi menggulingkan khalifah ketika itu.Pemberontakan ini mendapat restu Imam Abu Hanifah dan beliau telah menyifatkan pemberontakan ini sebagai jihad dan barangsiapa yang bersama dengan pemberontakan ini dan terbunuh kerananya,maka matinya adalah mati syahid yang tarafnya lebih tinggi daripada darjat syahid Tentera Islam yang gugur semasa menentang tentera Rom.

Contoh bughah terkini pula adalah FATAH yang memberontak ke atas Kerajaan Islam Hamas.Ini kerana Hamas telah diberi mandat secara sah dan telah membentuk sebuah kerajaan yang adil dan saksama.Jesteru itu,adalah sah dan halal bagi Hamas untuk memerangi Fatah.

Dalil hukuman ke atas bughah:

"Dan kalau ada dua golongan dari mereka yang beriman itu berperang hendaklah kamu damaikan antara keduanya! Tapi kalau yang satu melanggar perjanjian terhadap yang lain, hendaklah yang melanggar perjanjian itu kamu perangi sampai surut kembali pada perintah Allah. Kalau dia telah surut, damaikanlah antara keduanya menurut keadilan, dan hendaklah kamu berlaku adil; sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil." (Al-Hujurat:49)

Daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang telah menghulurkan tangan dan hatinya (memberi bai`ah atau kesetiaan) kepada seseorang pemimpin, maka hendaklah dia mentaatinya selagi termampu. Sekiranya datang seorang lain yang cuba menentangnya (memerangi pemimpin yang dibai`ah itu) maka pancunglah kepala penentangnya itu”. (Riwayat Muslim)

Hukuman ke atas bughah:

Terbahagi kepada 2:

1.Jika pemberontak tidak mempunyai kekuatan atau persenjataan, maka penguasa perlu memenjarakan mereka sehingga mereka bertaubat.2.Jika pemberontak memiliki kekuatan dan persenjataan maka penguasa boleh memerangi mereka selepas dinasihati.

NoTa: Harta yang dimiliki oleh pemberontak tidak boleh diambil sebagai ghanimah (harta rampasan perang).Berbeza dengan peperangan dengan kafir harbi di mana harta kafir harbi adalah ghanimah dan dibahagikan mengikut kaedah2 tertentu.Juga, penguasa tidak boleh memerangi bughah dengan bantuan kaum musyrik.

6. Zina

Zina adalah satu persetubuhan yang tidak sah yang dialukan oleh 2 orang yang tiada ikatan perkahwinan antara mereka.Perbuatan zina ini boleh diibaratkan sebagai pembunuhan yakni zina 'membunuh' keturunan dan memperhambakan diri kepada nafsu demi mencapai kelazatan dan keenakan yang sekejap.

Allah berfirman:" Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." (Al-Israa': 32)

Jumhur berpendapat bahawa sabit kesalahan zina adalah melalui 2 kaedah:

1- Pengakuan daripada penzina atau dipanggil Iqrar.

2- Kenyataan 4 orang saksi lelaki muslim, baligh, merdeka,mempunyai penglihatan,boleh bertutur,tidak ditohmah sebagai pembohong dan adil. (al-Feqh al-Islami wa adillatuhu)

Dalam permasalahan saksi,jumhur berpendapat bahawa semua saksi mesti lelaki.Tidak boleh seorang perempuan memberikan kesaksian dalam kes Zina ini.Walaubagaimanapun,mengikut pendapat mazhab Zohiriah,Ato' Bin Abi Rabah dan Hammad bin Sulaiman(Guru Imam Abu Hanifah)

Page 47: Bab 9 Fiqh Jinayat

menerima pensaksian wanita dengan kaedah 3 lelaki 2 perempuan,2 lelaki 4 perempuan atau satu lelaki dan 6 perempuan.Malah Ato' Bin Abi Rabah mengatakan jika 8 perempuan yang adil memberikan kesaksian zina ke atas wanita lain,beliau akan menjatuhkan hukuman.Namun pendapat ini adalah lemah.

Kesaksian wanita tidak diterima kerana beberapa sebab iaitu,Kekurangan aqal wanita dan sifat lalai dan lupa pada mereka(Al-Baqarah: 282).

Jesteru itu,adakah ia menghina dan memperendahkan wanita?Jawapannya tidak.Ini kerana tugas sebagai saksi bukan keistimewaan atau hak.Ia adalah tanggungjawab.Haram hukumnya enggan memberikan pensaksian dan haram hukumnya menghalang seseorang menjadi saksi.Jesteru Islam menjaga hak wanita dengan memberi tanggungjawab atas apa yang termampu dan kesesuaian fitrah mereka sahaja.

Lantas bagaimana jika kejadian rogol berlaku di kediaman/asrama perempuan?

Terdapat 2 pendapat:

1- Kesaksian tidak diterima,cukup sekadar takzir.Demikian pandangan Ulama' Mazhab Hanafi.

2-Diterima penyaksian atas dasar darurat di mana di situ tidak mungkin terdapat lelaki atau tidak mungkin di lihat oleh lelaki.Disyaratkan terdapat sekurang-kurangnya 4 orang sebagai saksinya menurut Mazhab Syafie, seorang menurut mazhab Hanafi,dan ada juga yang mengatakan 2 orang.

Namun begitu,walaupun tiada saksi tetapi kes ini tetap akan diadili mengikut hukum takzir yang mungkin boleh membawa hukuman yang lebih berat iaitu sehingga hukuman mati (mengikut pendapat Mazhab Hanafi) jika sekiranya sesuatu kesalahan itu membawa kemudhatratan yang besar.Kita akan bincangkan isu Takzir dalam siri seterusnya insyaAllah.

Hukum bersabit kesalahan zina:

1- Sebat 100 kali bagi yang belum berkahwin

Firman Allah:

"Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman."(Surah An-Nuur, Ayat 2)

2- Rejam bagi yang sudah berkahwin.

Firman Allah dalam Surah Al-Ahzab:

KيمNك Pح KيزNزPع UهW Pلل وPا NهW الل مNن\ Pاال_ Pك ن PةW Pت \ب Pل أ جUمUوهUمPا فPار\ Pا Pي ن Pز إذPا UةPخ\ ي WالشPو Uخ\ ي Wالش

"Lelaki tua dan perempuan tua apabila mereka berzina, hendaklah kamu rejam mereka mandatori, pencegahan/ pengajaran dari Allah.Allah maha gagah dan maha bijaksana"

Namun begitu ayat ini telah dimansukhkan bacaannya.Walaubagaimanapun hukumnya adalah kekal.

Tafsir Al-Qurtubi berkenaan surah Al-Ahzab:

. . . آية وسبعون ثالث وهي وغيرها مناكحته وفي فيه وطعنهم وسلم، عليه الله صلى الله رسول وإيذائهم المنافقين في نزلت جميعهم قول في مدنية االحزاب سورة ( ) : . عن االنباري بكر أبو ذكره ، حكيم عزيز والله الله من نكاال ألبتة فارجموهما زنيا إذا والشيخة الشيخ الرجم آية فيها وكانت البقرة سورة تعدل السورة هذه وكانت

كعب بن .أبي

"Surah al Ahzaab (adalah surah) Madaniyyah (turun selepas hijrah) mengikut pendapat semua ulama'.Turun surah ini berkenaan golongan munafiqin dan perbuatan mereka menyusahkan/menyakitkan hati dan perbuatan mereka mencerca Baginda dan perkahwinan baginda dan lain-lain.Jumlah ayatnya 73 ayat.Asalnya surah ini sepanjang surah al Baqorah termasuk ayat rejam (yang disebutkan di atas).Telah menyebutnya Abu Bakr al Anbaariyy daripada Ubai bin Ka`b."

Hadis Nabi s.a.w:

Daripada Abu Hurairah dan Zaid bin Khalid al-Juhani berkata :Maksudnya : "Seorang lelaki desa datang menghadap Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam seraya berkata : " Wahai Rasulullah ! Atas nama Allah, saya minta kepada Tuan supaya Tuan menjatuhkan hukuman kepada saya sesuai dengan Kitabullah." Kemudian berkata lelaki lawannya dan dia itu lebih pintar daripadanya: "Ya betul ! Putuskanlah perkara kami sesuai dengan Kitabullah dan izinkanlah saya lebih dahulu berbicara." Bersabda Rasulullah Sallalahu 'Alaihi Wasallam "Berbicaralah." Katanya : "Anak lelaki saya bekerja menjadi pekerja orang ini, maka dia berzina dengan isteri orang ini dan sesungguhnya saya telah diberitahu bahawa anak saya itu harus dihukum rejam, maka saya tebus dia dengan seratus ekor kambing dan seorang sahaya perempuan. Kemudian saya bertanya kepada ahli ilmu, maka mereka mengatakan kepada saya bahawa anak saya itu dihukum sebat seratus kali dan dibuang negeri selama satu tahun, sedangkan isteri lelaki ini mendapat hukuman rejam (sampai mati). Maka bersabda Rasullullah Sallalahu 'Alaihi Wasallam : "Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya aku akan menjatuhkan hukuman di antara kedua belah pihak sesuai dengan Kitabullah. (Tebusan) Hamba sahaya dan kambing itu ditolak dan ke atas anakmu sebat seratus kali dan dibuang negeri satu tahun. Wahai Unais ! Besok pagi pergilah engkau kepada isteri orang ini ( dan periksa apakah dia memang berzina), jika dia mengaku, maka rejamlah dia !" Berkata Abu Hurairah : Besok pagi Unais pergi kepada perempuan itu, (ternyata) dia mengaku (berzina)." Rasulullah memerintahkan supaya dihukum rejam, maka direjamlah perempuan itu." (Hadis riwayat Muslim)

Berkata Umar Al-Khatab r.a:

"Sesungguhnya Allah telah mengutus Muhammad s.a.w dengan kebenaran dan telah menurunkan kepada baginda kitab Al-Quran. Di antara yang diturunkan kepada baginda ialah ayat yang menyentuh tentang hukuman rejam. Kami selalu membaca, menjaga dan memikirkan ayat tersebut. Rasulullah s.a.w telah melaksanakan hukuman rejam tersebut dan selepas baginda, kami pun melaksanakan juga hukuman itu. Pada akhir zaman aku merasa takut, akan ada orang yang akan mengatakan: Kami tidak menemukan hukuman rejam dalam kitab Allah iaitu Al-Quran sehingga mereka akan menjadi sesat kerana mereka meninggalkan salah satu kewajipan yang telah diturunkan oleh Allah. Sesungguhnya hukuman rejam yang terdapat dalam kitab Allah itu mesti dilaksanakan ke atas penzina yang pernah berkahwin samada lelaki ataupun perempuan apabila terdapat bukti yang nyata, samada dia telah hamil ataupun dengan pengakuan darinya sendiri"

Dalam bentuk hukuman ke 2 iaitu rejam,selalu berlaku penafian dan cabaran daripada golongan anti-hadis bahawa hukum rejam tiada dalam Al-Qur'an.Jesteru,dalil2 ini di bawa bagi mematahkan hujah golongan tersebut.

Page 48: Bab 9 Fiqh Jinayat

Secara mudahnya hukuman yang berbeza antara penzina yang sudah dan belum berkahwin mempunyai hikmah yang tersendiri.Perbezaan ini wujud kerana yang belum berkahwin belum mempunyai 'perlindungan'.'Perlindungan di sini membawa maksud,perlindungan daripada nafsu syahwat kerana yang belum berkahwin berseorangan.Berbeza yang sudah berkahwin yang lebih mudah mengawal nafsu mereka kerana adanya suami/isteri. (Prof Harun Din:2007)

7- Qazaf.

Qazaf adalah menuduh zina tanpa membawa bukti yang nyata.

Allah berfirman:"Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) lapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik" (An-Nur:4)

Qazaf adalah satu perbuatan yang sangat terkutuk kerana ia boleh memecahbelahkan rumahtangga,merosakkan maruah orang lain,melahirkan permusuhan dan memporak-perandakan masyarakat.Anak-anak kepada yang dituduh berzina akan terseksa dan menghadapi tekanan emosi.

Hukuman kepada pelaku qazaf adalah 80 kali sebat sepertimana dalil di atas.Akan timbul persoalan,bagaimana sekiranya seorang yang dirogol,kemudian membawa masalah ini ke mahkamah tanpa saksi yang empat,adakah dia akan turut dikenakan qazaf?Dalam persoalan ini,penulis tertarik untuk merujuk Enakmen Undang-undang Hudud Terengganu berkenaan hukum qazaf ini:

Bahagian III perkara 9:(1) Seseorang yang mengadu dirinya dirogol oleh orang tertentu dengan tidak mengemukakan bukti (nyata) yang dikehendaki oleh syarak berkait dengannya atau dengan tiada sebarang qarinah bagi menyokong dakwaannya itu telah melakukan kesalahan qazaf.(2) Aduan oleh seorang perempuan yang dia dirogol oleh orang tertentu tanpa berupaya membawa saksi yang disyaratkan tetapi ada qarinahnya, hendaklah disiasat dan jika syarat-syarat yang dikehendaki syarak tidak dipenuhi untuk menghukum pesalah di bawah hukuman hudud dan sebaliknya ada cukup bukti yang tidak boleh disangkalkan dengan keterangan sama ada secara langsung atau tidak langsung yang menunjukkan pesalah telah melakukan persetubuhan ke atasnya dengan kekerasan dan tanpa kerelaannya maka pesalah itu hendaklah dihukum dengan hukuman takzir dan perempuan itu tidak boleh dikatakan telah melakukan qazaf.

Jesteru itu,sekiranya wanita tersebut tidak mempunyai saksi dan hanya mempunyai bukti(qarinah) maka wanita tersebut perlu melakukan teliti semasa di dalam perbicaraan.Contohnya,wanita tersebut tidak boleh menyebut dengan yakin bahawa si A telah merogolnya.Dia mesti megatakan 'Mungkin si A yang rogol saya'.Jesteru itu,hukum qazaf tidak akan jatuh kerana terdapat syubhah atau keraguan pada pertuduhannya.Dan si A akan dibicarakan mengikut kaedah hukum Takzir pula.

Jika sekiranya sabit kesalahan qazaf,maka si wanita itu boleh meminta maaf kepada si A (yang dituduhnya).Jika diterima,maka hukum qazaf tidak akan dijalankan ke atas si wanita tadi selepas dia bertaubat.

Penulis akhiri penulisan siri kali ini dengan satu hadis dari Rasulullah s.a.w:

"Cubalah sedaya upayamu untuk tidak mengenakan hukuman hudud ke atas Muslimin, sekiranya kamu dapati jalan keluarnya maka lepaskanlah ia, sesungguhnya Imam tersilap dalam menjatuhkan hukuman lepas adalah lebih baik dari tersilap dalam menjatuhkan hukuman denda"(Riwayat oleh at-Tirmidzi, al-Hakim, Al-Baihaqi dari A’isyah, Ali dan Ibn Mas’ud)

InsyaAllah penulisan selepas ini akan membicarakan mengenai qisas dan takzir pula.Penulis pohon maaf kerana tidak dapat menjanjikan bila kerana keterbatasan waktu yang penulis miliki.Suka juga penulis pohon agar jika terdapat kesilapan,maka mohon dibetulkan.Berdiskusilah secara matang dan elakkan menggunakan ayat2 yang memperendahkan imej kita selaku golongan mukmin insyaAllah..

Wallahua'lam..

Assalamu'alaykum..

iBNuZaCK: Minggu Depan start exam...SiRi uNDaNG2 JeNaYaH iSLaM

2 Komentar:Jamba said...

ble cr info psl onani x?? ape hukum n denda dia? bkn ape..rasenye ramai yg nk tau eh??hohoho..peace~August 12, 2007 at 7:34 AM

iBNuZaCK said...

Salam..

Dr Yusuf Qardhawi pernah membicarakan hal yang sama dalam bukunya,Al-Halal Wal Haram Fil Islam (Halal Dan Haram Dalam Islam).

Jumhur ulama' telah bersepakat bahawa hukumnya HARAM untuk beronani bersandarkan firman Allah s.w.t dalam Al-Mu'minuun ayat 5-7,

"dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada terceIa.Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas."

Walaubagaimanapun sekiranya berlaku kekhuatiran dan kebimbangan akan berlakunya zina ditambah ketidak mampuan untuk berkahwin maka hukum beronani adalah harus bersandarkan kaedah usul fiqh:

Apabila berkumpul 2 mudharat maka pilihlah mudharat yang paling ringan.

Namun Rasul telah memerintahkan umatnya yang tiada kemampuan untuk berkahwin agar berpuasa kerana berpuasa itu pelindung (mengurangkan nafsu syahwat).Jesteru disimpulkan bahawa berpuasa harus diberi keutamaan terlebih dahulu.

Page 49: Bab 9 Fiqh Jinayat

Berkenaan denda didunia,maka jika mahu dilaksanakann maka ia tertakluk kepada hukuman takzir dan terpulang kepada kebijaksanaan pemerintah asal saja berlandaskan ayariat.

Memahami Hukum Hudud.

الله الرحيم   بسم الرحمن

قدير شئ كل على هو و األرض و السموات ملك له الخبير اللطيف Uد\لPع\ ال UمP الحPك لله لله   الحمد الحمد و األحكام معرفة و الدينية NجPجUالح بإقامة العلماء فضل الله  الذي أرسله الله رسول على السالم و الصالة و

على و جهاده حق الله في جاهد و األمة نصح و الرسالة بلغ و األمانة فأدى الساعة يدي بين نذيرا و بشيراوااله  أصحابه و نصره و تبعه من و ª إمام كل» N إمام

MUQADDIMAH.

1. Hudud adalah hukuman atau pembalasan ke atas penjenayah sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah swt akan bentuk dan jumlah hukumannya dengan nas yang jelas di dalam al quranil karim. Justeru sebagai manusia yang beriman kepada Allah swt dan kitabNya, kita tidak mempunyai pilihan melainkan dengar dan taat terhadap apa yang telah ditetapkan oleh Allah swt. 

Ingatlah penegasan wahyu Allah swt kepada kita semua melalui surah al Ahzab ayat ke  36 :

PهW الل Nع\صP ي وPمPن م\رNهNم\P أ مNن\ Uة PرP ي Nخ\ ال UمUهP ل PونU Pك ي Pن أ ا م\ر_

P أ UهU ول Uس PرPو UهW الل قPضPى NذPا إ ªةP مUؤ\مNن PالPو ªنNؤ\مUمN ل PانP ك وPمPا_ا Nين م®ب ال_ PالPض WلPض فPقPد\ UهP ول Uس PرPو

maksudnya :

Page 50: Bab 9 Fiqh Jinayat

"dan tidaklah layak bagi orang yang beriman samada lelaki atau perempuan, apabila telah ditetapkan oleh Allah swt dan RasulNya akan sesuatu perkara, bahawa ia membuat pilihan yang lain selain dari apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang mengingkari Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan suatu kesesatan yang nyata."

2. Hudud bukan sekadar hukum Allah swt yang telah ditetapkan secara tekstual di dalam al Quran dan kemudiannya dibuku dan dibekukan, tetapi ia suatu ketetapan yang wajib dilaksanakan dalam kehidupan ummat manusia sebagai proses keadilan untuk mengurus dan mengatur kehidupan ummah dari Tuhan pencipta manusia. Lihat ketetapan Allah swt di dalam surah al Maaidah, ayat 49 :

Wو\ا PوPل ت Nن فPإ Pك\ Pي Nل إ UهW الل Pل PنزP أ مPا Nع\ضP ب عPن PوكU Nن Pف\ت ي Pن أ هUم\ ذPر\ وPاح\ Pه\وPاءPهUم\ أ Nع\ Wب Pت ت PالPو UهW الل Pل PنزP أ NمPا ب PهUم \ن Pي ب Uم اح\ك NنP وPأ

PونUق NاسPفP ل NاسW الن Pم»ن ا Nير_ Pث ك WنN وPإ NهNم\ Uوب ذUن Nع\ضP Nب ب PهUم UصNيب ي Pن أ UهW الل UيدNرU ي WمPا Pن أ Pم\ فPاع\ل

maksudnya :

"dan hendaklah engkau menjalankan hukuman diantara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah swt dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka dan berjaga - jagalah supaya mereka tidak memesongkan kamu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah swt kepada kamu."

3. Hudud adalah ketetapan syara' yang tidak boleh dipinda atau diubahsuai apalagi dibuang atau diketepikan. Tiada siapa yang memiliki authoriti untuk meminda ketetapan Allah swt hatta Rasul saw sekalipun. Firman Allah swt di dalam surah al Baqarah, ayat 229.

PونUمN الظWال UمUه PكN ¹Pئ Uول فPأ NهW الل PودUدUح WدPعP Pت ي وPمPن PدUوهPا Pع\ت ت PالPف NهW الل UودUدUح Pل\كN ت

maksudnya :

"demikianlah batasan hukum Allah swt maka janganlah kamu melampauinya dan barangsiapa melanggar sempadan hukum Allah swt maka mereka adalah orang - orang yg zalim"

4. Hudud adalah hukum yang berteraskan kepada prinsip keadilan dan hikmah yang sangat besar buat kehidupan manusia di atas muka bumi ini. Mencerca, menghina dan memperlekehkan hukum Allah ini seperti mengatakan hukum Hudud tidak adil, kejam, primitif, ketinggalan zaman, tidak

Page 51: Bab 9 Fiqh Jinayat

sesuai di zaman moden, mencetus huru hara dan sebagainya  adalah perbuatan yang boleh menggugurkan iman seseorang justeru ia telah memperkecil dan mendustakan Allah swt. Allah tegaskan akibat perbuatan mereka di dalam surah an Nisa' ayat 56.

WنN إ PابPذPع\ ال PذUوقUوا Nي ل هPا Pر\ غPي Uود_ا ل Uج PاهUم\ \ن PدWل ب UودUهUم ل Uج PضNجPت\ ن WمPا Uل ك ا Pار_ ن NيهNم\ Uص\ل ن Pو\ف Pس Pا Nن Pات Nآي ب وا UرPفP ك PينNذW ال WنN إحPكNيم_ا ا عPزNيز_ PانP ك PهW الل

"Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan panggang mereka diatas api neraka. Setiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah swt adalah Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Insafi juga penegasan Allah swt di dalam surah al A'araf ayat 40 - 41.

فNي UلPمPج\ ال PجN Pل ي Wى¹ ت Pح PةW ن Pج\ ال PونUلUد\خP ي PالPو NاءPم Wالس UابPو\ بP أ PهUم\ ل UحW UفPت ت Pال \هPا عPن وا UرP \ب Pك ت وPاس\ Pا Nن Pات Nآي ب Uوا PذWب ك PينNذW ال WنN إ

PينNمNج\رUم\ ال Pج\زNي ن PكN Pذ¹Pل وPك NاطP ي Nخ\ ال م» Pس

"Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah dan ketetapan) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga lah unta masuk di dalam lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan jenayah."

5. Hudud memberi keadilan dan mengembalikan kehidupan yang sejahtera dan aman. Tidak perlu takut dan cuak kepada hukum Hudud ini kecuali satu golongan sahaja iaitu penjenayah justeru hukum Hudud adalah hukum yang dijatuhkan keatas penjenayah yang telah sabit kes. Non muslim juga tidak perlu takut dan bimbang terhadap hukum Hudud. Mereka tidak dipaksa untuk menerima hukum Hudud jika mereka tidak mahu berhukum dengan hukuman Hudud bahkan mereka kekal di bawah perlaksanaan hukum sedia ada. Firman Allah swt. di dalamsurah al Maaidah ayat 42 :

Pوك PضUر® ي فPلPن \هUم\ عPن Uع\رNض\ ت Nن وPإ \هUم\ عPن Pع\رNض\ أ و\P أ PهUم\ \ن Pي ب Uم فPاح\ك PوكUاء Pج Nن فPإ Nلس®ح\تN ل PونU Wال Pك أ NبNذP \ك Nل ل PونUاعWم Pس

PينNطNق\سUم\ ال UحNب® ي PهW الل WنN إ Nس\طNق\ Nال ب PهUم \ن Pي ب Uم فPاح\ك Pم\تP حPك Nن\ وPإ _ا \ئ ي Pش

"Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau

Page 52: Bab 9 Fiqh Jinayat

berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil."

WAJIB MELAKSANAKAN HUKUM HUDUD

6.  Para alim ulama' telah memudahkan kita dengan menggariskan kategori ilmu dan syariat Islam seperti Ibadah, Muamalat, Munakahat dan Jinayat. Hudud adalah sebahagian dari undang - undang Jenayah Islam. [ Bahagian yang lain ialah Qisas dan Ta'zir. Insyaallah bahagian Qisas dan Ta'zir akan saya jelaskan di lain kesempatan.] Lantaran itu ia adalah sebahagian dari kesempurnaan Islam yang selayaknya dipelajari, difahami, dilaksana dan dihayati.

7. Inilah keistemewaan Islam sebagai agama yang syumul dan lengkap, merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia termasuklah soal perundangan. Ianya wajib dilaksana sebagaimana kita wajib menunaikan solat, puasa dan ibadah yang lain. Firman Allah dari surah an Nisa' ayat 105 menjelaskan kewajipan ini .

خPصNيم_ا PينN Nن ائ Pخ\ »ل ل Uن Pك ت PالPو UهW الل Pاك PرP أ NمPا ب NاسW الن Pن\ Pي ب PمU Pح\ك Nت ل \حPق» Nال ب PابP \كNت ال Pك\ Pي Nل إ Pا \ن ل PنزP أ Wا Nن إ

"Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat"

8. Kewajipan melaksanakan hukum Hudud ini adalah berpaksi kepada prinsip perundangan Islam untuk memelihara :

a] Agama : melalui undang - undang murtadb] Nyawa : melalui undang - undang qisasc] Aqal : melalui undang - undang arak dan minuman yang memabukand] Keturunan : melalui undang - undang zinae] Harta benda : melalui undang - undang curi dan rompak.

[ semua jenis undang - undang ini akan diperincikan kemudian ]

9. Hari ini ummat Islam berhadapan dengan peningkatan serius indeks kadar jenayah. Bermula dengan jenayah riddah [murtad], jenayah bunuh, jenayah zina, jenayah rompak samun dan sebagainya. Tiada siapa yang dapat nafikan betapa graf kadar semua jenis jenayah ini semakin meningkat dari masa ke semasa dan ia gagal ditangani oleh undang - undang yang dicipta oleh manusia. Persoalannya, kenapa tidak, kita melaksanakan undang - undang Islam yang diwahyukan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia ? sedang pastinya undang- undang Allah swt lebih berkesan untuk menyelesaikan masaalah manusia sebagai makhluk yang diciptaNya.

10. Ummat Islam  dan pemimpinnya mesti mencari 1000 jalan untuk membolehkan syariat Islam ini didaulatkan di atas negara kita yang majoriti penduduknya adalah beragama Islam. Bukan mencari 1000 alasan atau dalih untuk mengelak diri dari melaksanakan perintah Allah

Page 53: Bab 9 Fiqh Jinayat

swt. Jika British Law boleh dilaksanakan sekian lama dalam negara kita sedang hampir tiada penduduk tetap negara kita berbangsa British, kenapa masih ada sebahagian dari kita yang begitu prejudis  terhadap perlaksanaan hukum Islam [hudud]  sementara majoriti penduduk negara kita ialah mislim. Hayati Firman Allah swt dari surah at Taubah ayat 63 :

UيمNظPع\ ال Uي \خNز\ ال PكN¹لPذ فNيهPا Nد_ا ال Pخ PمW هPن Pج PارP ن UهP ل WنP فPأ UهP ول Uس PرPو PهW الل NدNاد PحU ي مPن UهW ن

P أ PمUوا Pع\ل ي Pم\ Pل أ

"Tidakkah mereka mengetahui bahawa sesiapa yang menentang (perintah-perintah) Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya adalah baginya neraka Jahannam serta ia kekal di dalamnya? Balasan yang demikian adalah kehinaan yang besar"

HUKUM HUDUD DI DALAM AL-QURAN DAN AL-SUNNAH 

11. Sebelum saya belayar jauh untuk menjawab pelbagai persoalan yang timbul di benak pemikiran masyarakat mengenai hukum hudud, eloklah sementara saya masih di dermaga perbincangan terlebih dahulu saya paparkan bentuk dan jumlah hukum Hudud yang telah didraf, digazet dan dilaksanakan lebih 1400 tahun yang lalu melalui dokumen induknya Al Quranul Kareem dan As Sunnah an Nabawiyah.

12. Hukuman Hudud adalah suatu hukum yang tertakluk dengan 6 atau 7 jenis kesalahan dan jenayah. [ saya ringkaskan dari Kitab Mugni al Muhtaj karya Alimul Allamah Syeikh al Khatib asy Syarbaini rhm. dan Kitab Perlaksanaan Hukuman Hudud karya Sohibus Samahah Tuan Hj Said bin Hj Ibrahim mantan Mufti Negeri Sabah rhm. ]

a] Zina : iaitu persetubuhan tanpa nikah yang sah menurut syariat Islam dan hukumannya apabila sabit kes ialah sebat sebanyak 100 kali. Draf undang - undang mengenainya telah termaktub di dalam surah an Nuur ayat 2 :

PينN \مUؤ\مNن ال Pم»ن KةPفN طPائ PهUمPا عPذPاب هPد\ Pش\ \ي وPل NرNخ اآل\ N Pو\م \ي وPال NهW Nالل ب PونU Uؤ\مNن ت Uم\ Uنت ك Nن إ NهW الل NينNد فNي KةPف\ أ Pر NهNمPا ب Uم \خUذ\ك Pأ ت PالPو ªةPد\ ل Pج PةP مNائ \هUمPا م»ن ªد NاحPو WلU ك NدUوا ل فPاج\ Nي ان WالزPو UةP Nي ان Wالز

"Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat;

dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika

benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka

itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman."

b] Qazaf : Tuduhan zina ke atas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya, dalam masa yang sama gagal

membawa 4 orang saksi lelaki yang adil. Hukumannya apabila sabit kes ialah sebat sebanyak  80 kali sebatan. Firman Allah swt

di dalam surah an Nuur ayat 4 :

Page 54: Bab 9 Fiqh Jinayat

PونUق NاسPف\ ال UمUه PكN ¹Pئ Uول وPأ Pد_ا Pب أ هPادPة_ Pش PهUم\ ل Uوا Pل Pق\ب ت PالPو \دPة_ ل Pج PينN PمPان ث NدUوهUم\ ل فPاج\ PاءPدPه Uش NةPعP ب ر\P Nأ ب Uوا \ت Pأ ي Pم\ ل WمU ث NاتP \مUح\صPن ال PونUم Pر\ ي PينNذW وPال

"Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka

tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima

persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik"

c] Syarbul Khamr : Minum arak atau minuman yang memabukkan. Samada ianya dalam jumlah yang sedikit ataupun banyak

demikian juga mabuk ataupun tidak. Hukumannya apabila sabit kes ialah sebat tidak lebih  dari 80 kali dan tidak kurang dari 40

kali. Hukuman ini berasaskan dalil dari hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib Karramallahu Wajhah :

أحب® هذا و KةW سن Âكل و ثمانبن Uعمر و أربعين ªبكر أبو و أربعين سلم و عليه الله صلى الله رسول إليW جلد

مسلم رواه

maksudnya :

"Rasulullah saw telah menyebat orang yang minum arak sebanyak 40 kali sebatan Saidina Abu Bakar rha telah menyebat

sebanyak 40 kali sebatan dan Saidina Umar al Khattab rha telah menyebat sebanyak 80 kali sebatan. Semuanya adalah sunnah

Rasulullah saw dan inilah yang lebih aku sukai."

d] Mencuri : Mengambil atau memindah secara sembunyi harta alih dari jagaan atau milikan tuannya tanpa persetujuan

tuannya dengan niat menghilangkan harta tersebut dari jagaan tuannya. Hukumannya apabila sabit kes ialah potong tangan

pencuri tersebut. Nasnya di dalam surah al Maaidah ayat 38 :

KيمNكPح KيزNزPع UهW وPالل NهW الل Pم»ن Pاال_ Pك ن Pا ب PسP ك NمPا ب اء_ Pز Pج PهUمPا \دNي يP أ فPاق\طPعUوا UةPقNار WالسPو UقNار WالسPو

"Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu

balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) sistem cegah dan kawah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah

Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

e] Murtad : Keluar dari agama Islam atau membatalkan aqidahnya dengan perbuatan, perkataan atau iktiqad [keyakinan].

Hukumannya apabila sabit kes dan ia enggan kembali kepada Islam dalam tempoh yang ditetapkan oleh syara' adalah bunuh.

Hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas rha.

                                                     . فاقتلوه دينه بدل   من

البخاري رواه

Page 55: Bab 9 Fiqh Jinayat

"Sesiapa yang menukar / meninggalkan agamanya maka bunuhlah ia."

f] Hirabah : Merompak samada secara individu atau secara berkumpulan dengan senjata untuk tujuan merampas harta atau

membunuh atau menakut - nakutkan atau mengugut dengan kekerasan. Hukumannya apabila sabit kes adalah seperti berikut : 

€ : Hukuman mati : apabila perompak membunuh orang yang dirompak tanpa mengambil harta orang yang dirompaknya.

€ : Hukaman mati di kayu palang apabila perompak telah membunuh dan mengambil harta orang dirompaknya.

€ : Hukuman potong tangan kanan dan kaki kiri apabila perompak hanya mengambil harta orang yang dirompak tanpa

membunuh dan mencederakan orang yang dirompaknya.

€: Hukuman buang negeri apabila perompak hanya menakut - nakut orang sahaja seumpama di kawasan laluan awam.

Bentuk hukuman ini telah dimuktamadkan oleh Allah swt di dalam surah al Maaidah ayat 33 - 34 :

Pا \ي الد®ن فNي Kي خNز\ PهUم\ ل PكN ذ¹Pل Nر\ضP األ\ PنNم UنفPو\ا ي و\

P أ ªف PالNخ م»ن\ UهUم ل Uج ر\P وPأ \دNيهNم\ ي

P أ PعWطPقU ت و\P أ Uوا Wب UصPل ي و\

P أ Uوا Wل UقPت ي Pن أ اد_ا PسPف Nر\ضP األ\ فNي Pو\نPع Pس\ وPي UهP ول Uس PرPو PهW الل PونU UحPارNب ي PينNذW ال Uاء Pز Pج WمPا Nن إ

KيمNظPع KابPذPع Nة Pر Nخ اآل\ فNي PهUم\ وPل

"Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi

ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka

membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang

negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia

bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar."

Kيم Nح Wر KورUفPغ PهW الل WنP أ PمUوا فPاع\ل \هNم\ Pي عPل وا UرNق\دP ت Pن أ Nل\ قPب مNن Uوا Pاب ت PينNذW ال WالN إ

"Kecuali orang-orang yang bertaubat sebelum kamu dapat menangkapnya, (mereka terlepas dari hukuman itu). Maka

ketahuilah, bahawasanya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

g] Bughah : segolongan ummat Islam yang melawan dan menderhaka kepada pemerintah [ imam / ulil amri ] yang adil dan

menjalankan hukum syariat Islam sebagaimana yang telah dinyatakan dalam al Quran dan Sunnah. Mereka tidak dianggap

keluar dari ajaran Islam [ murtad ] tetapi mereka diperangi dengan kaedah  dan syarat tertentu. Firman Allah swt di

dalam surah al Hujurat ayat 9 :

Page 56: Bab 9 Fiqh Jinayat

Nد\لPع\ Nال ب PهUمPا \ن Pي ب NحUوا ص\لP فPأ فPاءPت\ Nن فPإ NهW الل Nم\ر

P أ Pى¹ Nل إ PيءNفP ت Wى¹ ت Pح \غNي Pب ت Nي Wت ال Uوا Nل فPقPات ى¹ Pخ\رU األ\ عPلPى Nح\دPاهUمPا إ PغPت\ ب Nن فPإ PهUمPا \ن Pي ب NحUوا ص\لP فPأ Uوا Pل Pت اق\ت PينN \مUؤ\مNن ال PنNم NانP NفPت طPائ Nن وPإ

PينNطNق\سUم\ ال UحNب® ي PهW الل WنN إ Pق\سNطUوا وPأ

"Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya

berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia

kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam

segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil."

Nota : Sebahagian ulama' tidak memasukkan hukum Bughah di dalam kategori hukuman Hudud kerana mempunyai

perbahasan dan pendekatan hukum yang tersendiri serta tidak ditetapkan secara terperinci di dalam al Quran bentuk dan

jumlah hukuman yang dikenakan ke atas bughah.

13. Ringkasan 6 jenis jenayah hukuman Hudud tambah satu dari jenayah bughah yang telah saya paparkan di atas adalah

bersifat umum untuk memudahkan pembaca memahami terlebih dahulu skop jenayah yang disabitkan dibawah hukuman

Hudud ini tanpa saya menafikan masih banyak ulasan tambahan, perbahasan dan khilaf berkait dengan kaedah

penghukuman dan sebagainya.

14. Sebagai peringatan awal kepada pembaca, saya hanya membawa bentuk dan jumlah hukum Hudud yang telah dijelaskan

oleh al Quran dan Sunnah. Di sana masih terdapat perbahasan penting oleh para alim ulama' bersumberkan dari nas tersebut

yang perlu diketahui oleh kita iaitu bagaimana proses menyabitkan kes seperti pembuktian, pembicaraan, syarat sabit kes dan

seumpamanya. Begitu juga kaedah perlaksanaan hukuman apabila ia telah disabitkan. Pendek kata, masih banyak perkara

yang perlu dipelajari dan difahami mengenai hukum Hudud ini. 

Benarkah hukuman Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana masih ramai ummat Islam yang tidak memahami

hukuman tersebut ?

15.  Saya juga sarankan kepada semua pembaca bagi mendalami soal hukum Hudud ini dengan mengambil langkah pro aktif

mempelajarinya secara langsung justeru ia adalah sebahagian dari ilmu Islam wajib dipelajari oleh ummat Islam. Zaman moden

ini terlalu banyak kaedah dan kemudahan untuk mempelajari ilmu Islam ini. Terpulang kepada kesungguhan kita.

16. Masjid dan surau juga boleh mengambil langkah yang sama untuk membuka kelas pengajian berkait

Perlaksanaan Hukuman Hudud secara bersiri menggantikan kuliah maghrib yang kadangkala hanya bersifat

tazkirah biasa atau pengajian yang telah berulang kali dipelajari seperti bab bersuci, haid, nifas, solat dan haji tanpa saya

menafikan pengajian itu juga penting untuk diulangkaji.

17. Saya tegas menasihati mereka yang tidak mengetahui dan mendalami pengetahuannya mengenai hukum

Hudud ini agar tidak membuat ulasan dan kenyataan berasas fikiran sendiri apalagi menafsir hukum Hudud

secara bukan - bukan dan jauh tersasar dari konteks hukum Hudud yang sebenar. Kelak ia akan memudaratkan diri

kita sendiri apabila berdepan dengan kemurkaan Allah swt ekoran pandangan dan ulasan yang bertentangan dengan

kehendakNya.

18. Jahil mengenai hukum Hudud tidak boleh menjadi hujjah bahawa hukum Hudud tidak boleh dilaksanakan

sebagaimana jahil mengenai solat tidak boleh menjadi hujjah solat tidak boleh ditunaikan. Ini kerana hukum Hudud

samalah seperti kewajipan Islam yang lain justeru ianya telah dinaskan di dalam al Quran dan Sunnah sementara hukum Hudud

juga telah digazet dan dilaksanakan oleh Rasulullah saw sejak hari pertama Baginda saw memerintah bumi Madinah al

Munawwarah.

Page 57: Bab 9 Fiqh Jinayat

19. Malah perlaksanaan undang - undang negara hari ini yang merupakan fotostat dari undang - undang penjajah telah

dilaksanakan dalam negara kita sejak mula negara merdeka tahun 1957 yang lalu, tanpa perlu pun menunggu rakyat

memahami undang - undang tersebut. Bahkan mengikut kaedah perundangan, sesuatu undang - undang itu tidak

terbatal hanya kerana pesalahnya tidak mengetahui undang - undang tersebut atau dalam erti kata lain, pesalah

itu tidak mengetahui bahawa apa yang dilakukan itu adalah suatu kesalahan di sisi undang - undang sekalipun, ia

tetap tertakluk kepada undang - undang tersebut.

20. Apatah lagi undang - undang Islam yang telah siap drafnya melalui al Quran dan Sunnah secara muktamad untuk diguna

pakai sepanjang zaman, malah telah digazet dan dilaksana sejak mula Islam memerintah di bumi Madinah al Munawwarah lebih

1400 tahun yang lalu. Pula terlalu banyak kitab dan buku yang dikarang oleh para sarjana Islam bagi membantu ummat Islam

memahami undang - undang Islam ini di sepanjang zaman. Kalau kita tidak mengetahuinya, maka ia bukan salah undang -

undang tersebut tetapi kecuaian kita kerana gagal mempelajari dan memahami undang - undang tersebut.

21. Alasan kononnya ramai ummat Islam tidak memahami hukum Hudud maka ianya tidak sesuai dilaksanakan pada hari ini

adalah helah bermadah yang cukup strategik untuk tidak melaksanakan perintah Allah swt. Ajaibnya, ramai ummat Islam

tidak memahami undang - undang British yang diamalkan dalam negara kita hari ini, tetapi  sesuai pula

dilaksanakan ? seperkara lagi , masih adakah ummat Islam hari ini yang tidak tahu zina itu salah, mencuri itu salah,

membunuh orang itu salah, minum arak itu salah ? atau ia adalah bertolak dari kedegilan untuk patuh pada perintah Allah swt ?

Bukan negara kita masyarakatnya majmuk ? melaksanakan hukuman hudud akan menjadikan negara kita huru - hara dan rakyat dalam keadaan ketakutan. Bolehkah hukuman tersebut dilaksanakan dalam dunia moden ini ?

22.  Buat kesekian kalinya ingin saya tegaskan bahawa hukum Hudud ialah hukum Allah swt Tuhan yang Mencipta manusia dengan segala kemajmukannya. Majmuknya manusia di atas muka bumi ini bukan berlaku secara secara silap mata atau magik sihir, tetapi ia adalah hasil ciptaan Allah Tuhan yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijak. Sehingga hari ini, tiada siapa yang berani menafikan fakta bahawa Allah yang mencipta manusia samada manusia itu berkulit putih atau berkulit hitam. Samada manusia itu berbangsa Arab atau bukan Arab seperti Melayu, Cina dan India. Lihat pengakuan Allah swt yang tidak pernah dinafi oleh sesiapa di dalam surah al Hujurat ayat 13 :

KيرN ب Pخ KيمN عPل PهW لل WنN إ Uم\ ¹ك \قPى Pت WهNأ لل PندNع Uم\ مPك Pر\ كP أ WنN إ فUوÉا PارPعP Nت ل PلN Pآئ وPقPب _ا عUوب Uش Uم\ ¹Pك \ن عPل PجPو Pى¹ Uنث وPأ ªرP ذPك م»ن Uم ¹Pك Pق\ن ل Pخ Wا Nن إ UاسW لن ®هPا ي

P ɹPأ ٱي � ٱ � ا� ٱ

"Maksudnya : Wahai manusia, sesungguhnya kami telah menjadikan kamu terdiri dari lelaki dan perempuan dan kami telah jadikan kamu berbilang - bilang bangsa dan puak supaya saling kenal - mengenali. Sesungguhnya yang paling mulia dari kalangan kamu di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa. Sesungguh Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam PengetahuanNya."

23. Apabila Allah yang mencipta manusia dan ianya tidak boleh dinafikan oleh sesiapa, maka kenapa kita tidak pula boleh menerima hukum yang juga dicipta oleh Allah swt untuk mendisiplinkan kehidupan manusia [ makhluk yang diciptaNya ] di atas muka bumi. Siapa lagi yang lebih mengetahui tentang selok belok kehidupan manusia secara zahir dan batinnya jika tidak penciptanya sendiri iaitu Allah Jalla wa  A'la. Pertanyaan Allah swt sehingga hari ini, tiada siapa yang mampu menjawabnya, apa lagi menandinginya sebagaimana yang termaktub di dalam surah al Baqarah ayat 138:

PونUدN عPاب UهP ل Uح\نP وPن \غPة_ صNب NهW الل PنNم Uن Pح\سP أ وPمPن\ NهW الل PةPغ\ صNب

"(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: "Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat"."

24. Analogi yang boleh saya ketengahkan di sini ialah seperti Syarikat Proton yang mencipta dan mengeluarkan kereta berjenama Inspira. Tentunya Syarikat Proton akan mengeluarkan buku manual operasi yang akan disertakan bersama dengan produknya. Pengguna mesti menggunakan Inspira berasaskan buku manual yang telah dikeluarkan oleh syarikat pengeluar justeru syarikat itulah yang lebih mengetahui bagaimana cara dan kaedah menjaga dan mengguna produk mereka dengan baik dan meminimakan kadar kerosakkan. Pengguna Inspira tidak boleh menggunakan buku manual yang dikeluarkan oleh syarikat Mitsubishi untuk produk mereka yang berjenama Pajero 4x4.

25. Begitulah manusia yang merupakan produk ciptaan Allah swt. Allah swt telah mengeluarkan buku manual iaitu al Quranul Kareem  yang disertakan dengan hasil produknya demi memastikan kehidupan manusia di dunia ini terurus berdasarkan manhaj Rabbani atau dengan bahasa yang lebih mudah agar cara dan gaya hidup manusia dipandu oleh petunjuk Allah swt lalu menyelamatkan mereka dari menjadi mangsa godaan nafsu dan bisikan syaithan yang dilaknat oleh Allah swt.

26. Setelah kita yakin bahawa hukum Hudud ini dari Allah swt., bagaimana masih tersangkar prasangka bahawa hukum ini akan

Page 58: Bab 9 Fiqh Jinayat

mencetuskan huru - hara ? berlaku huru - hara bukan kerana perlaksanaan hukum Allah swt ini, tetapi kerana manusia menolak hukum tersebut. Mudah difahami apabila kita melihat realiti masyarakat kita hari ini. Huru - hara yang dimaksudkan telah pun berlaku sedang hukum Allah belum dilaksanakan dalam negara kita . 

27. Ayah rogol anak, cucu perkosa nenek, anak menengking ibu yang sedang solat,   gengster [ along ] berleluasa, jenayah bunuh berlaku setiap hari, penderaan terhadap kanak - kanak, buang bayi, isteri derhaka kepada suami, suami menyeksa isteri, pemimpin menzalimi rakyat, yang kaya menindas yang miskin, yang lemah tidak terbela, pergaulan bebas, pelacuran, pengedaran dadah dan 1001 mungkar bersarang dalam negara kita. Bukankah ini huru - hara yang berlaku tanpa kawal. Kenapa salahkan hukum Hudud sedang hukum itu belum dilaksanakan lagi ?

28. Orang beriman tentunya yakin bahawa hukum Allah inilah yang akan mengembalikan semula keamanan dan keadilan. Justeru hukum Allah swt tidak semata - mata berorientasikan hukuman semata - mata tetapi juga merupakan sistem cegah dan kawal dari Allah swt. Perkara ini telah diserlahkan melalui firman Allah swt  di dalam surah al Maaidah ayat 38 : 

KيمNكPح KيزNزPع UهW وPالل NهW الل Pم»ن Pاال_ Pك ن Pا ب PسP ك NمPا ب اء_ Pز Pج PهUمPا \دNي يP أ فPاق\طPعUوا UةPقNار WالسPو UقNار WالسPو

"Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu sistem cegah kawal dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

29. Tiada siapa yang perlu takut dan bimbang kepada hukum Hudud kecuali penjenayah. Hukum Hudud adalah undang - undang Jenayah syariat Islam. Hukuman ini hanya akan dijatuhkan ke atas penjenayah setelah sabit kes. Justeru itu, tiada siapa yang perlu rasa takut terhadap hukuman Hudud kerana hukuman tersebut sekali - kali tidak akan dijatuhkan ke atas mereka yang tidak bersalah atau dalam erti kata lain, tidak melakukan perbuatan jenayah seperti bunuh, mencuri, zina, menuduh orang lain yang baik berzina tanpa saksi, merompak dan minum arak. "Berani kerana benar dan takut kerana salah" adalah bidalan para bijak pandai yang masih terpakai hingga ke hari ini.

30. Non muslim juga tidak perlu takut terhadap perlaksanaan hukum Hudud justeru Hudud adalah hukum yang wajib terpakai ke atas ummat Islam sahaja sementara non muslim diberi peluang memilih. Jika mereka bersedia dengan rela mahu menerima pakai hukum Allah , maka dibenarkan sementara mereka enggan maka dipulangkan mereka kepada hukum agama mereka jika agama mereka menyediakan bentuk hukuman tertentu di atas kesalahan yang dilakukan atau jika tiada, berlandaskan konteks negara kita, kembali kepada undang - undang konvensional yang ada pada hari ini. Keputusan memberi hak memilih kepada non muslim ini adalah dari ketetapan Allah swt yang tidak boleh persoal oleh manusia. Firman Allah swt di dalam surah al Maaidah ayat 42 :

UحNب® ي PهW الل WنN إ Nس\طNق\ Nال ب PهUم \ن Pي ب Uم فPاح\ك Pم\تP حPك Nن\ وPإ _ا \ئ ي Pش Pوك PضUر® ي فPلPن \هUم\ عPن Uع\رNض\ ت Nن وPإ \هUم\ عPن Pع\رNض\ أ و\P أ PهUم\ \ن Pي ب Uم فPاح\ك PوكUاءPج Nن فPإ Nح\ت Nلس® ل PونU Wال Pك أ NبNذP \ك Nل ل PونUاعWم Pس

PينNطNق\سUم\ ال

"Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil."

31. Melalui perbahasan ayat ini di dalam kitab Tafseer al Baghawi menjelaskan pandangan para mufassirin seperti an Nakhaei,

asy Sya'bi, Atha' dan Qatadah rhm mengatakan bahawa hakim diberi hak memilih samaada pesalah non muslim dari kalangan

ahlul zimmah dijatuhkan hukuman melalui hukum Hudud ataupun dirujuk kepada hukum yang disediakan oleh agama mereka.

32. Sementara sebahagian ulama' seperti Mujahid dan Ikrimah rhm menganggap ayat ini telah dinasakhkan dengan ayat ان و

بينهم الله  حكم انزل بما  lalu mereka menegaskan bahawa ahlul zimmah tertakluk jua kepada hukum Allah swt ini.

Page 59: Bab 9 Fiqh Jinayat