bab 9
Post on 02-Mar-2018
237 views
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
7/26/2019 BAB 9.Plagiat.rujukan
1/12
Bab 9: Memplagiat dan Membuat Rujukan
1
BAB 9: MEMPLAGIAT DAN MEMBUAT RUJUKAN
Plagiarisme atau plagiat ialah satu kegiatan
sejagat yang telah lama wujud. Kegiatan initidak adil kepada orang yang berusaha keras
menghasilkan karya aslinya. Pelajar yang
mencari jalan mudah dan memplagiat hasil
orang lain adalah tidak jujur dan sanggup
mereka menerima pengiktirifan ke atas sesuatu
yang bukan karya mereka.
Tidak dinafikan bahawa belajar di universiti
tidak semudah kerana is memerlukan usaha,
bersusah payah dan berdepan dengan pelbagai
rintangan sebelum berjaya. Barulah kejayaanyang dikecapi itu manis dan berbaloi. Apakah
makna perjuangan ilmu, jika asyik memplagiat
hasil orang lain?
9.1 PENGENALAN
Pada akhir bab ini, anda akan dapat:
1. Menerangkan apa itu memplagiat
2. Mencadangkan cara mengatasai masalah memplagiat
3. Menerangkan cara-cara membuat rujukan
7/26/2019 BAB 9.Plagiat.rujukan
2/12
Bab 9: Memplagiat dan Membuat Rujukan
2
Plagiarisme berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris
plagiarism yang berasal daripada perkataan Latin plagiarus
yang bermakna menculik atau mencuri sesuatu atau seseorang.
Berikut ini ialah beberapa definisi plagiarisme:
Kamus Dewan (2009) mentakrif plagiarisme sebagaiperbuatan meniru atau mencedok sebahagian atau
keseluruhan karya orang lain dan mengakui karya
tersebut sebagai usahanya sendiri.
Wikipedia (2010) mendefinisi plagiarisme ialah pengambilan idea atau pendapat
daripada orang lain dan menjadikannya sebagai idea atau pendapat sendiri.
Dasar Etika dan Integriti Penerbitan dan Penulisan, Universiti KebangsaanMalaysia (2011) mentakrif plagiarisme sebagai perbuatan meniru karya, maklumat
atau idea orang lain tanpa memperakui sumbernya (sama ada pengarang mahupun
karyanya) serta memperakukan bahawa karya atau maklumat tersebut merupakan
hasil kerja sendiri.
Universiti Stanford (2012) mentakrif plagiarisme sebagai penggunaan tanpamemberi penghargaan yang munasabah kepada penulis atau sumber, hasil karya asli
orang lain, sama ada karya itu merupakan kod, fomula, idea, bahasa, kajian, strategi,
penulisan dan lain-lain format.
Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971,(Tatatertib Pelajar-Pelajar) menyatakan tentang laranganterhadap plagiarisme:
(1) Seseorang pelajar tidak boleh memplagiat apa-apa idea, penulisan, data atau ciptaan orang lain.
(2) Bagi maksud kaedah ini, plagiarisme termasuklah :
a) perbuatan mengambil sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan orang lain dan mendakwabahawa idea, penulisan, data atau ciptaan itu adalah hasil dapatan atau ciptaannya sendiri;atau
b) suatu cubaan untuk menonjolkan atau perbuatan menonjolkan, dalam apa-apa cara, bahawadia ialah sumber asal atau pencipta sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan yang adalahsebenarnya diambil daripada beberapa sumber lain.
(3) Tanpa menjejaskan keluasan makna subkaedah (2), seseorang pelajar memplagiat apabila dia:
9.2 APAKAH PLAGIARISME?
7/26/2019 BAB 9.Plagiat.rujukan
3/12
Bab 9: Memplagiat dan Membuat Rujukan
3
a) menerbitkan, dengan dirinya sebagai pengarang, suatu ringkasan, artikel, kertas saintifik atauakademik, atau buku yang adalah keseluruhannya atau sebahagiannya ditulis oleh beberapa
orang lain;
b) menggabungkan dirinya atau membenarkan dirinya digabungkan sebagai pengarang bersama
sesuatu ringkasan artikel, kertas saintifik atau akademik, atau buku, apabila dia tidaklangsung membuat apa-apa sumbangan bertulis kepada ringkasan, artikel, kertas saintifik atauakademik, atau buku;
c) memaksa orang lain untuk memasukkan namanya dalam senarai penyelidik bersama bagi
sesuatu projek penyelidikan tertentu atau dalam senarai penyelidik bersama bagi penerbitanapabila dia tidak membuat apa-apa sumbangan yang boleh melayakkan dirinya sebagaipenyelidik bersama atau pengarang bersama;
d) memetik data akademik yang adalah hasil penyelidikan yang dijalankan oleh beberapa orang
lain, seperti dapatan makmal atau dapatan kerja lapangan, atau data yang diperolehi melaluipenyelidikan perpustakaan, sama ada diterbitkan atau tidak diterbitkan, dan menggabungkandata tersebut sebagai sebahagian daripada penyelidikan akademiknya tanpa memberipengiktirafan sewajarnya kepada sumber asal;
e) menggunakan data penyelidikan yang diperoleh melalui kerja usaha sama dengan beberapa
orang lain, sama ada atau tidak orang lain itu anggota kakitangan atau pelajar Universitisebagai sebahagian daripada penyelidikan akademik yang berbeza yang lain, atau bagi
penerbitan atas namanya sendiri sebagai pengarang tunggal, tanpa memperoleh keizinanpenyelidik bersamanya sebelum memulakan penyelidikan peribadinya atau sebelum
menerbitkan data;
f) menyalin idea atau ciptaan orang lain yang disimpan dalam apa-apa jua bentuk, sama ada
bertulis, tercetak atau tersedia dalam bentuk elektronik, atau dalam bentuk slaid, atau dalamapa-apa jua bentuk pengajaran atau perkakas penyelidikan atau dalam apa-apa bentuk lain danmengaku sama ada secara langsung atau tidak langsung bahawa dia ialah pencipta idea atauciptaan itu.
g) menterjemahkan tulisan atau ciptaan orang lain daripada satu bahasa kepada bahasa lain samaada atau tidak secara keleluruhan atau sebahagian, dan kemudian mengemukakan terjemahanitu dalam apa-apa jua bentuk atau cara sebagai penulisannya atau ciptaannya sendiri; atau
h) memetik idea daripada penulisan atau ciptaan orang lain dan membuat beberapa ubahsuaiantanpa rujukan sewajarnya kepada sumber asal dan menyusunnya semula dalam apa-apa cara
yang seolah-olah dia ialah pencipta idea-idea itu.
[Sumber: Petikan daripada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 Kaedah-Kaedah UniversitiTeknologi Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999]
Gejala plagiarisme di kalangan pelajar kolej atau universiti di institusi pengajian tinggi
dianggap sebagai satu kesalahan yang serius dan pesalah boleh dikenakan hukuman berat
termasuklah digantung atau dibuang dari universiti. Sesetengah individu yang ditangkap
kerana menpliagat dalam penulisan akademik mendakwa mereka tidak berniat memepliagat,
melalui kegagalan mereka mengemukakan petikan serta sumber rujukan.
7/26/2019 BAB 9.Plagiat.rujukan
4/12
Bab 9: Memplagiat dan Membuat Rujukan
4
[sumber: Clipart.com. 2009]
Kini dengan perkembangan internet dan berpuluh juta halaman web yang mudah diperolehi
telah memperluaskan amalam memplagiat. Rencana yang dipaparkan sebagai teks elektronik,
menjadikan perbuatan menyalin hasil kerja orang lain lebih mudah melalui potong dan
tampal (cut and paste) sesuatu teks dari sesebuah laman web (Lihat Rajah 9.2). Pada
dasarnya, semua bahan yang terdapat pada internet adalah hak cipta terpelihara, tidak kira
sama ada dinyatakan atau tidak. Jika anda mengambil apa jua bahan daripada internet tanpa
memberi penghargaan kepada penulis asal atau karya asal dianggap sebagai plagiarisme.
Rajah 9.2 Amalan potong dan tampal
dipermudahkan dengan perkembangan
internet.
a) Apakah yang dimaksudkan dengan plagiarisme?
b)
Bagaimana Akta Universiti dan Kolej Universiti mentakrifkan plagiarisme?
c) Terangkan aktiviti potong dan tampal.
7/26/2019 BAB 9.Plagiat.rujukan
5/12
Bab 9: Memplagiat dan Membuat Rujukan
5
Berikut ini ialah lima jenis plagiarisme yang kerap diamalkan di kalangan pelajar universiti:
1. Potong dan tampal ialah amalan
mengambil beberapa ayat atau
perenggan atau artikel daripada sesuatu
sumber secara verbatim atau
sepenuhnya tanpa memberi
penghargaan atau membuat rujukan.
Rujuk kepada katun disebelah. Beri
pendapat anda tentang jawapan yang
diberikan oleh pelajar kepada gurunya.Terdapat pelajar yang menyalin sesuatu
esei atau artikel daripada jurnal atau
internet dan menyerahkannya sebagai hasil karyanya.
2. Menggantikan ayat-ayat asal daripada sesuatu sumber dengan perkataan sendiri
tanpa memberi penghargaan atau membuat rujukan, iaitu parafrasa. Pelajar
membaca beberapa sumber dan tulis semula bahagian-bahagian tertentu menggunakan
perkataan sendiri dan kemudian mengabungkannya untuk menjadikan satu esei baru.
Walau pun anda menggunakan perkataan sendiri, ia adalah plagiarisme selagi anda
tidak memberi penghargaan sewajarnya serta menyenaraikan rujukan yang digunakan.
Contoh:
Penulisan Pelajar:
Pemikiran di andaikan sebagai aktiviti mental di mana pengetahuan
diperolehi dan diolah melalui proses penakulan. Juga proses
pemikiran mesti ada tujuan atau matlamat dan individu
mempunyai kuasa mengawal proses berkenaan.
Pelajar telah menggantikan penulisan asal menggunakan perkataannya sendiri tetapi tidak
memberi penghargaan kepada beberapa konsep dalam penulisan asal.
Pembetulan:
Pemikiran di andaikan sebagai aktiviti mental di mana pengetahuan
diperolehi dan diolah melalui proses penakulan (Presseisen, 1987).
Menurut Ruggerio (1988)proses pemikiran mesti ada tujuan atau
matlamat dan individu mempunyai kuasa mengawal proses
berkenaan.
Walau pun anda menggunakan perkataan sendiri, anda mesti memberi penghargaan kepada
keterangan Presseisen (1987) dan Ruggerio (1987) tentang pemikiran.
9.3 JENIS PLAGIARISME
7/26/2019 BAB 9.Plagiat.rujukan
6/12
Bab 9: Memplagiat dan Membuat Rujukan
6
3. Mengambil ideadaripada sesuatu sumber tanpa
memberi penghargaan ata