bab 9 demokrasi berparlimen

38
BAB 9 DEMOKRASI BERPARLIMEN

Upload: mohd-ammyrul-ashraf-sairan

Post on 23-Jun-2015

2.347 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 9 Demokrasi Berparlimen

BAB 9DEMOKRASI

BERPARLIMEN

Page 2: Bab 9 Demokrasi Berparlimen

PENGENALAN Pengamalan Sistem demokrasi bertujuan untuk memperlihatkan

landasan pemerintahan bagi sesebuah negara adalah berteraskan kepada kebebasan, di mana kebebasan hanya dapat dinikmati dalam sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi.

Page 3: Bab 9 Demokrasi Berparlimen

APA ITU DEMOKRASI Demokrasi boleh diertikan dengan banyak makna. Berkongsi

satu elemen utama “that is “power” that resides and emanates from the peoples”.

Istilah demokrasi : Yunani – Demokratia Demos – rakyat Kratia - pemerintah

Satu ungkapan popular “the government of the people, by the people and for the people”.

Pertama kali digunapakai di Athens. Inti kepada demokrasi ialah penyertaan rakyat dalam proses

pembuatan keputusan. Demokrasi (i) Langsung

(ii) Tidak Langsung

Page 4: Bab 9 Demokrasi Berparlimen

APA ITU DEMOKRASI Robert A. dahl

satu sistem politik di mana anggotanya saling bergantungan di antara satu sama lain, sebagai orang yang sama dari segi politik dan mereka itu sama-sama berdaulat dan memiliki kemampuan serta sumber daya yang mereka perlukan demi untuk memerintah diri mereka sendiri.

Jack Lively (1975)

Adalah kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat. Satu

bentuk pemerintahan di mana pemerintah bertanggungjawab

ke atas yang diperintah. K. Ramanathan (1987)

kepada kerajaan berperwakilan atau wakil kerajaan yang terdiri dari sekumpulan orang atau seorang wakil yang dipilih daripada pilihanraya demokratik dan mereka menjalankan tugas dalam masa tertentu berdasarkan kehendak rakyat.

Page 5: Bab 9 Demokrasi Berparlimen

FALSAFAH DEMOKRASI Rasional Bermoral Samarata Kebolehan mencapai kemajuan Berkerajaan sendiri – kerajaan dengan kehendak rakyat Kebebasan

Page 6: Bab 9 Demokrasi Berparlimen

PRINSIP-PRINSIP DEMOKRASI

Hak untuk mengundi Hak untuk bersuara Kebebasan kehakiman Persamaan di sisi undang-undang Kebebasan untuk menganut apa-apa fahaman Kebebasan berpersatuan Kebebasan media-massa Pilihanraya yang bebas Kebebasan untuk berpolitik, menyokong dan menjadi calon.

Page 7: Bab 9 Demokrasi Berparlimen

SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN Ciri-ciri :

Pembentukan kerajaan berasaskan persetujuan ramai Pemerintahan negara dijalankan secara perwakilan Rakyat mengambil bahagian dalam pemerintahan melalui wakil-

wakil yang dipilih dalam pilihanraya Negara Demokrasi Berparlimen

Raja Berperlembagaan – kuasa YDPA ditetapkan dlm perlembagaan

Perlembagaan – garis panduan pemerintahan negara Pilihanraya – rakyat diberi peluang memilih dan melibatkan diri Badan Perundangan – gubal undang-undang Badan Perlaksana – gubal dasar negara dan laksana kuasa

eksekutif Badan Kehakiman – tafsirkan undang-undang Parti-parti politik – beri peluang rakyat untuk bersuara.

Page 8: Bab 9 Demokrasi Berparlimen

DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA : PILIHANRAYA D. Robertson (1993) :

Pilihanraya adalah satu kaedah untuk memilih calon bagi jawatan / kerusi tertentu. Merupakan satu kaedah yang berwibawa bagi memlih pemimpin-pemimpin politik atau ketua negara di seluruh dunia.

A. Rashid Rahman (1994) : Pilihanraya merupakan pemilihan umum ke atas seseorang

untuk sesuatu jawatan dan pemilihan dibuat menerusi undi sesebuah perkumpulan (constituent body). Pemilihan mestilah dilakukan secara terbuka oleh sekumpulan orang. Maka dalam satu-satu pilihanraya terdapat dua objek yang terlibat, iaitu orang yang dipilih dan kumpulan pemilihnya.

Tujuan mengadakan pilihanraya adalah untuk memilih orang atau orang-orang yang yang akan mewakili kepentingan pemilih-pemilih dalam hal yang terletak di bawah bidang kuasa organisasi di mana orang atau individu-individu berkenaan dipilih untuk bertugas.

Page 9: Bab 9 Demokrasi Berparlimen

PILIHANRAYA Proses untuk memilih kerajaan berasaskan kepada demokrasi.

Ala Westminster : pengundi cuma memilih wakil rakyat untuk Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang kemudiannya menentukan pembentukan kerajaan.

Sistem berpresiden : rakyat mengundi semata-mata untuk menentukan eksekutif yakni presiden dan juga ahli-ahli dewan perundangan yang dipilih dalam pilihanraya secara berasingan.

Dari sudut lain, pilihanraya juga penting kerana ia juga menentukan sesebuah kerajaan itu benar-benar efektif dalam pemerintahannya. Perlukan mandat rakyat untuk jalankan polisi dan program-

programnya. Kunci penting kepada demokrasi

Sebahagian dari prasyarat yang perlu wujud sekiranya sesuatu system itu benar-benar ingin menepati tuntutan dan semangat perlembagaan.

Page 10: Bab 9 Demokrasi Berparlimen

Mekanisme yang membolehkan rakyat menukar kerajaan secara aman

Tidak harus bersifat kosmetik semata-mata Pilihanraya yang demokratik menuntut kepada kewujudan

pelbagai aspek kebebasan asasi seperti bercakap, berhimpun, dan berpersatuan yang dijamin oleh undang-undang dan perlembagaan.

Perlu disertai oleh semua lapisan dan golongan Tun Muhammad Salleh Abas dalam bukunya Prinsip

Perlembagaan dan Pemerintahan di Malaysia (1997) menulis bahawa ada syarat-syarat yang perlu diadakan untuk memastikan wujudnya suatu pilihanraya yang bersih dan bebas. Antaranya ialah : Pilihanraya berkenaan hendaklah dijalankan oleh satu badan

yang bebas dan dipercayai oleh rakyat; Undang-undang pilihanraya hendaklah berasaskan kepada

keadilan, di samping memastikan bahawa perkara-perkara yang tidak baik tidak boleh dilakukan;

Segala pertelingkahan mestilah diselesaikan dengan segera oleh sebuah mahkamah yang dikhususkan untuk mengadili kes-kes sedemikian.

Page 11: Bab 9 Demokrasi Berparlimen

PILIHAN RAYA DI MALAYSIA

Salah satu ciri demokrasi di Malaysia. Ia diadakan sekali setiap lima tahun.Pada dasarnya melalui pilihan raya rakyat boleh memilih wakil-wakil untuk memerintah sama ada di peringkat persekutuan atau negeri System pilihan raya yang diamalkan adalah berasaskan kelebihan suara mudah ( simple majority, first past-the-post).

Page 12: Bab 9 Demokrasi Berparlimen

•Dalam sesuatu pilihan raya 3 pihak terlibat : badan pengendali pilihan raya, calon bertanding dan pengundi.

•Pilihan raya di Malaysia telah diadakan sebanyak 12 kali bermula dengan pilihan raya pertama pada 1955 (sebelum kemerdekaaan) dan yang terakhir pada 2004.

Page 13: Bab 9 Demokrasi Berparlimen

BADAN PENTADBIR PILIHANRAYA BADAN PENTADBIR PILIHANRAYA

SURUHANJAYA PILIHANRAYA (SPR)Sejarah Ringkas Dibentuk pada 4 September 1957 mengikut peruntukan

perlembagaan di bawah Perkara 113 dan 114 Perlembagaan Persekutuan.

SPR bertanggungjawab untuk memelihara, menyelia dan mengendalikan proses pilihan raya sebagai ciri dalam demokrasi dan dijalankan secara adil dan saksama. Namun beberapa persoalan mengenai peranan ini telah ditimbulkan oleh pelbagai pihak

Page 14: Bab 9 Demokrasi Berparlimen

Penubuhan SPR Perkara 114(1) menetapkan bahawa ahli SPR hendaklah

dilantik oleh YDPA selepas berunding dengan MRR. Suruhanjaya Reid dalam laporannya, menekankan bahawa

adalah menjadi tugas YDPA, dalam melantik pengerusi dan ahli-ahli SPR, untuk memastikan bahawa kredebiliti Suruhanjaya itu tidak dipertikaikan.

Hakim Abdul Hamid : berpendapat bahawa YDPA perlu diberi kebebasan untuk menggunakan pertimbangan baginda sekiranya perlu.

Perlantikan Ahli SPR mestilah dilakukan oleh YDPA selepas mendengar nasihat dari Perdana Menteri atau kerajaan yang memerintah. YDPA tidak boleh melantik sesuka hati. PM dan kerajaan yang memerintah memainkan peranan

penting dalam perlantikan ahli SPR yang merupakan sebuah institusi yang penting dalam negara.

• Tidak dapat mengenepikan kepentingan politiknya seratus peratus.

Page 15: Bab 9 Demokrasi Berparlimen

Perlukah YDPA mendengar nasihat Perdana Menteri atau kerajaan yang memerintah. Dr Sothi Rachagan dalam bukunya Law and The Electoral

Process in Malaysia (1993) berpendapat bahawa YDPA mesti mendengar nasihat kerajaan yang memerintah.

Pendapat ini tidak sepenuhnya mematuhi kehendak peruntukan yang mengehendaki YDPA memastikan bahawa kebebasan dan kredebiliti Suruhanjaya tidak dipersoalkan.

Ekoran adanya hubungan antara kerajaan yang memerintah dengan SPR tersebut, terdapatnya kritikan terhadap tahap kebebasan SPR.

Lebih utama ialah kewujudan sebuah Suruhanjaya Pilihanraya yang tidak diragui kemampuan dan kebebasannya.

Kebebasan Suruhanjaya adalah merupakan satu isu yang real.

Page 16: Bab 9 Demokrasi Berparlimen

Ahli-Ahli Suruhajaya Mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan, YDPA

dikehendaki oleh perlembagaan, hendaklah memandang kepada mustahaknya diadakan suatu Suruhanjaya Pilihanraya yang mendapat kepercayaan awam.

Mengikut Perkara 114(1), ahli-ahli SPR adalah terdiri daripada Seorang Pengerusi Seorang Timbalan Pengerusi Lima orang ahli lain.

• Salah seorang ahlinya hendaklah memegang jawatan mengikut giliran sama ada dari Sabah dan Sarawak

Ahli SPR boleh memegang jawatan sehingga berumur 66 tahun, tetapi boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa dengan menulis surat kepada YDPA.

Setiap ahli mempunyai kedudukan yang istimewa iaitu tidak boleh dilucutkan jawatannya melainkan dengan tatacara yang sama melucutkan jawatan seorang Hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi.

Page 17: Bab 9 Demokrasi Berparlimen

Bagaimanapun YDPA mempunyai kuasa untuk memecat seseorang ahli yang : Adalah seorang bangkrap yang belum dilepaskan; Mengambil bahagian dalam apa-apa jawatan atau pekerjaan

bergaji di luar tugas jawatannya Adalah seorang ahli mana-mana Majlis Parlimen atau Dewan

Negeri Ahli SPR juga boleh dilucutkan jawatan sekiranya:

Berkelakuan yang boleh mencemarkan nama jawatan Tidak mampu untuk meneruskan tugas akibat : Masalah kesihatan yang teruk Masalah mental

Page 18: Bab 9 Demokrasi Berparlimen

Apabila berlaku, PM dikehendaki melaporkannya kepada YDPA untuk membentuk satu tribunal :

Hendaklah mengandungi tidak kurang dari lima orang Yang terdiri dari Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah

Rayuan, ataupun Mahkamah Tinggi, ataupun seseorang yang mempunyai kedudukan yang sama dalam mana-mana negara

Berdasarkan kepada laporan tribunal tersebut, YDPA berdasarkan pengesyoran dari PM, boleh melucutkan jawatan seseorang Ahli dari menjalankan tugasnya.

Page 19: Bab 9 Demokrasi Berparlimen

Fungsi SPR SPR pada dasarnya ditubuhkan untuk menjalankan pilihanraya

yang bebas dan adil di Malaysia (free and fair election). Perlembagaan Malaysia mengariskan empat fungsi penting

SPR seperti berikut iaitu: Menjalankan pilihanraya, sama ada pilihanraya umum atau

pilihanraya kecil• Berdasarkan kepada Perkara 113(1) memberikan kuasa

kepada SPR Menjalankan pendaftaran pemilih,

• Berdasarkan kepada Perkara 113(1) memberikan kuasa kepada SPR

Page 20: Bab 9 Demokrasi Berparlimen

Mempersempadankan bahagian-bahagian pilihanraya;• Perlu mendapat persetujuan Dewan Rakyat dan PM

terlebih dahulu. • Mestilah tidak mengambil masa lebih dari dua tahun • Mestilah sekurang-kurangnya 8 tahun dari

persempadanan semula yang dilakukan sebelum itu. Membuat undang-undang pilihanraya

• Cap ibu jari • Kempen

Page 21: Bab 9 Demokrasi Berparlimen

PILIHANRAYA DAN KEKERAPANNYA

Jenis Pilihanraya

Terdapat dua jenis pilihanraya Pilihanraya Umum

• Berlangsung biasanya setiap lima tahun sekali, kecuali Parlimen atau Dun dibubarkan sebelum tarikh yang sepatutnya.

• Akan diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh parlimen dibubarkan

Pilihanraya Kecil• Berlangsung bila untuk mengisi kekosongan pemegang

kerusi samada parlimen atau negeri. • Akan diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung

dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak.

Page 22: Bab 9 Demokrasi Berparlimen

• Kekosongan biasanya berlaku bilamana :– Berlakunya kematian kepada wakil rakyat;– Hilang kelayakan sebagai ahli parlimen atau DUN – Bersara

• Kekosongan juga boleh berlaku bilamana :– Undang-undang Anti Lompat Parti – Menang pilihanraya kemudiannya bertukar parti.

• Secara automatic, menerusi anti lompat parti, kerusi akan kosong.

– Apabila parti yang diwakili dibubarkan – Telah diistiharkan sebagai unconstitutional oleh

mahkamah.

Page 23: Bab 9 Demokrasi Berparlimen

Bila Pilihanraya Mesti Diadakan

Parlimen dan Dewan Undangan Negeri mempunyai tempoh selama 5 tahun, melainkan ianya dibubarkan dengan lebih awal.

Pilihanraya umum mesti diadakan dalam tempoh :60 hari di Semenanjung

Kempen dibenarkan sebelum pilihanraya diadakan. Mengikut pindaan terbaru yang dibuat, walaupun

berlakunya kekosongan dalam mana-mana kerusi samada di Dewan Rakyat atau DUN, pilihanraya kecil tidak akan diadakan sekiranya tempoh penggal yang ada adalah kurang dari 2 tahun.

Page 24: Bab 9 Demokrasi Berparlimen

Kawasan Pilihanraya Dibahagikan kepada dua :

Parlimen (P) – Dewan Rakyat Negeri (N) – Dewan Undangan Negeri

Tahun Jumlah Kerusi

1999 193

2004 219

Page 25: Bab 9 Demokrasi Berparlimen

SISTEM DAN PROSES PILIHANRAYA Apabila kerajaan yang memerintah membubarkan Parlimen

ataupun DUN, SPR akan merangka rancangan untuk menjalankan pilihanraya dan akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan juga tarikh pilihanraya.

Penamaan Calon Kelayakan Calon :

Warganegara Malaysia dan 21 tahun ke atas Bermastautin secara tetap dalam sesuatu kawasan

Pilihanraya dan mendaftar dalam daftar pengundi dengan SPR

Sempurna akal dan tidak muflis Tidak memegang jawatan yang berpendapatan dengan

perkhidmatan awam Tidak disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh Mahkamah

dan dihukum penjara tidak kurang dari 12 bulan atau didenda tidak kurang daripada RM2000.00 dan belum mendapat pengampunan

Pilihanraya akan diadakan bila ada lebih dari satu calon yang mendaftar

Page 26: Bab 9 Demokrasi Berparlimen

SISTEM DAN PROSES PILIHANRAYA Penamaan Calon Hari penaman calon :

Kertas penamaan hendaklah diserahkan antara jam 9 am-10 am pada hari penamaan calon

Wang pertaruhan • Parlimen : RM10,000.00• Dun : RM5,000.00

Wang pertaruhan akan hilang jika gagal dapat sekurang-kurangnya satu perlapan daripada jumlah keseluruhan undi.

Boleh gunakan label parti masing-masing. Calon bebas gunakan lambang yang disediakan oleh SPR.

Page 27: Bab 9 Demokrasi Berparlimen

SISTEM DAN PROSES PILIHANRAYA Perjalanan Pilihanraya Apabila kerajaan yang memerintah membubarkan Parlimen

ataupun DUN, SPR akan merangka rancangan untuk menjalankan pilihanraya dan akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan juga tarikh pilihanraya.

Parti-parti yang bertanding dalam pilihanraya hanya boleh memulakan kempen mereka secara rasmi selepas penamaan calon diadakan.

Kempen dibenarkan sehingga kepada tengah malam sebelum hari pengundian.

Kempen juga tertakluk kepada pembatasan dan undang-undang tertentu. Dilakukan untuk memastikan tiada masalah berlaku dan

menjamin keamanan dalam Negara. Supaya insiden 13 Mei 1969 tidak lagi berulang.

Page 28: Bab 9 Demokrasi Berparlimen

SISTEM DAN PROSES PILIHANRAYA Peraturan Kempen

Tidak menggunakan tingkah laku atau peribadi calon lain sebagai bahan kempen

Semua risalah dan bahan bercetak yang diedarkan mengandungi alamat pencetak dan penerbit

Mengelak dari perbuatan menyogok atau menjamu – pengaruhi undi

Gunakan kekerasan Memberi rasuah

Biasanya, kempen pilihan raya adalah berupa: Pengedaran risalah dan surat; Poster; Ceramah tertutup dan ceramah umum; Kempen dari rumah ke rumah.

Seseorang calon dibenarkan membelanjakan sejumlah wang bagi tujuan kempen Parlimen : RM200,000.00 DUN : RM100,000.00

Page 29: Bab 9 Demokrasi Berparlimen

SISTEM DAN PROSES PILIHANRAYA Pengundiaan

Waktu mengundi : 8 am-5.00 pm Sabah Sarawak : 2 hari di kawasan yang mempunyai

masalah perhubungan Undi adalah rahsia Pemilih mengundi dengan memangkah

x di dalam kotak khas Seseorang pemilih hanya boleh memangkah seorang calon

sahaja, iaitu dengan menandakan ‘X’ bersebelahan nama calon yang dipilih.

Selepas menandakan kertas undi, pengundi perlu melipatnya mengikut garisan di kertas undi, dan seterusnya memasukkannya ke dalam peti undi yang disediakan.

Jika diadakan pilihan raya serentak (Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri) kertas-kertas undi mestilah ditanda, dilipat dan dimasukkan ke dalam peti undi yang berasingan yang ditanda “PARLIMEN” dan “NEGERI”.  

Page 30: Bab 9 Demokrasi Berparlimen

SISTEM DAN PROSES PILIHANRAYA Undi Pos

Undi pos dihantar dengan pos seawal yang mungkin kepada pemilih yang layak mengundi melalui pos. Biasanya pengundi pos terdiri daripada anggota tentera, Pasukan Polis Hutan, petugas-petugas pilihan raya, pegawai-pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara, pelajar yang menuntut di luar negara, serta isteri atau suami masing-masing.

Kertas undi pos mesti sampai kepada Pegawai Pengurus selewat-lewatnya jam 5.00 petang pada hari mengundi. Prosedur-prosedur yang lengkap telah disediakan untuk menjaga kerahsiaan undi.

Page 31: Bab 9 Demokrasi Berparlimen

SISTEM DAN PROSES PILIHANRAYA Ejen Mengundi

Undang-undang membenarkan calon melantik ejen mengundi bagi tujuan menjaga kepentingan calon di setiap tempat mengundi di sepanjang masa.

Peranan ejen adalah untuk memastikan pengundian dijalankan mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkaitan.

Page 32: Bab 9 Demokrasi Berparlimen

SISTEM DAN PROSES PILIHANRAYA  

Pengiraan Undi Pengiraan undi dijalankan oleh Ketua Tempat Mengundi di

tempat mengundi atau di satu pusat pengiraan undi yang telah ditetapkan. Undi pos bagi sesuatu bahagian pilihan raya dikira oleh Pegawai Pengurus di pusat pengiraan undi yang ditetapkan

Orang yg layak berada dlm kawasan pengiraan • Ahli dan Pegawi SPR • Pegawai yang dilantik SPR • Kerani mengira undi • Calon, wakil calon, dan ejen mengira undi

Kehadiran ejen-ejen calon adalah untuk memastikan pengiraan undi dijalankan mengikut proses yang betul seperti yang ditetapkan oleh undang-undang dan peraturan dan bagi memastikan urusan pengiraan undi itu betul, adil dan telus

Page 33: Bab 9 Demokrasi Berparlimen

SISTEM DAN PROSES PILIHANRAYA  

Keputusan Pilihanraya Selepas selesai pengiraan undi di tempat-tempat mengundi

dan pusat pengiraan undi, keputusan-keputusan pengundian dikemukakan kepada Pegawai Pengurus di pusat penjumlahan undi. Pegawai Pengurus akan menjumlahkan semua undi, termasuk undi pos, untuk menentukan pemenang.

Pegawai Pengurus bagi sesuatu bahagian pilihan raya itu akan mengisytiharkan calon yang mendapat undi majoriti, sebagai wakil yang terpilih bagi bahagian pilihan raya berkenaan

Page 34: Bab 9 Demokrasi Berparlimen

Petisyen Pilihanraya Akta pilihanraya Malaysia juga telah menetapkan mengenai

petisyen pilihanraya, iaitu satu bentuk tindakan undang-undang yang boleh diambil oleh seseorang calon, agen pilihanraya atau pengundi dalam mana-mana pilihanraya, jika mereka tidakberpuas hati dengan keputusan pilihanraya yang telah diadakan. Berlaku penyogokan atau perbuatan yang menyalahi

undang-undang Tidak mematuhi undang-undang dan peraturan pilihanraya Calon atau wakil calon hilang kelayakan Berlaku penipuan atau ugutan

Petisyen pilihanraya ini hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi dalam negeri di mana pilihanraya itu diadakan, dalam tempoh 21 hari selepas keputusan pilihanraya disiarkan dalam warta kerajaan.

Page 35: Bab 9 Demokrasi Berparlimen

Semua dokumen yang berkaitan dengan pilihanraya seperti

kertas undi dan daftar pemilih akan disimpan selama 6 bulan selepas pilihanraya. Boleh dibuka hanya dengan arahan Hakim Mahkamah Tinggi, apabila didapati perlu

Penyata pilihanraya perlu diserahkan kepada Pegawai Pilihanraya Negeri dalam tempoh 31 hari selepas keputusan pilihanraya diwartakan. Kegagalan berbuat demikian merupakan satu kesalahan yang menyalahi undang-undang pilihanraya.

Page 36: Bab 9 Demokrasi Berparlimen

PENGUNDI DAN KELAYAKAN MENGUNDI Seseorang pemilih (pengundi) yang berkelayakan boleh

mengundi jika namanya telah didaftarkan dalam Daftar Pemilih. Menurut Perkara 119, Perlembagan Persekutuan, kelayakan

menjadi pemilih ialah; mencapai umur 21 tahun pada tarikh kelayakan Bermastautin dalam sesuatu bahagian pilihanraya pada

tarikh kelayakan itu atau, jika tidak bermastautin sedemikian, adalah seorang pengundi yang tidak hadir;

Didaftarkan, di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pilihanraya, dalam daftar pemilih dalam bahagian pilihanraya tempat dia bermastautin pada tarikh kelayakan. berhak mengundi dalam bahagian pilihanraya itu bagi

mana-mana pilihanraya Dewan Rakyat atau pilihanraya Dewan Undangan Negeri, melainkan jika dia hilang kelayakan di bawah Perkara 119 (3) Perlembagaan

Tiap-tiap pengundi mempunyai satu undi dan dia mengundi secara undi rahsia.

Page 37: Bab 9 Demokrasi Berparlimen

Hilang Kelayakan Menjadi Pengundi

Mengikut Perkara 119(3) Perlembagaan Persekutuan, seseorang adalah hilang kelayakan untuk menjadi pemilih dalam sesuatu pilihanraya bagi Dewan rakyat atau Dewan Negeri jika – Pada tarikh kelayakan ia adalah ditahan sebagai seorang

yang tidak sempurna akal atau adalah menjalani hukuman penjara; atau

Sebelum tarikh kelayakan ia telah disabitkan suatu kesalahan dalam mana-mana bahagian Komanwel dan dijatuhkan hukum bunuh atau hukum penjara selama lebih daripada dua belas bulan dan pada tarikh kelayakan ia masih tertanggung menjalani apa-apa hukuman bagi kesalahan itu.

Proses Pilihanraya Di Malaysia

Page 38: Bab 9 Demokrasi Berparlimen

KESIMPULAN Dalam system demokrasi, suara rakyat menjadi perkara

penting. Perjalanan system pilihanraya mengambarkan wujudnya

demokrasi dalam sesebuah Negara. Suruhanjaya Pilihanraya akan dinilai dari peranan yang

dimainkan dalam pilihanraya dan sejauhmanakah badan SPR betul-betul berkecuali dalam menjalankan tugasnya.

Beberapa isu timbul yang dikatakan menjejaskan kredibiliti SPR. Terdapat rungutan-tungutan yang telah dikemukakan seperti : Pengundi hantu Bukan warganegara juga telah mengundi dalam pilihanraya Perpindahan pengundi untuk menangkan sesuatu kawasan

pilihanraya Peruntukan perlembagaan yang seakan berat sebelah Cara dan perjalanan pilihanraya

• Berkaitan dengan undang-undang dan peraturan-peraturan perjalanan pilihanraya