bab 2 persekitaran kewangan di malaysia

6
KEWANGAN PERSEKITARAN KEWANGAN DI MALAYSIA Sinopsis Tajuk ini memberi pendedahan tentang kewangan di Malaysia yang merangkumi sistem kewangan, sistem perbankan, pasaran kewangan, instrumen tabungan dan kewangan syarikat. Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat: 1. Menerangkan sistem kewangan Malayasia dengan ringkas. 2. Menyenaraikan sistem perbankan dan jenis-jenisnya 3. Menghuraikan komponen-komponen dalam pasaran kewangan 4. Mengenal pasti instrumen tabungan dan pelaburan. Kerangka tajuk-tajuk modul ini Kewangan Di Malaysia Sistem Perbankan Kewangan Syarikat Sistem Kewangan Pasaran Kewangan Instrumen Kewangan

Upload: mohamad-ridzuan-malik

Post on 02-Jan-2016

89 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

rbt3110

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 2 Persekitaran Kewangan Di Malaysia

KEWANGAN PERSEKITARAN KEWANGAN DI MALAYSIA

Sinopsis

Tajuk ini memberi pendedahan tentang kewangan di Malaysia yang merangkumi sistem kewangan, sistem perbankan, pasaran kewangan, instrumen tabungan dan kewangan syarikat.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

1. Menerangkan sistem kewangan Malayasia dengan ringkas.

2. Menyenaraikan sistem perbankan dan jenis-jenisnya

3. Menghuraikan komponen-komponen dalam pasaran kewangan

4. Mengenal pasti instrumen tabungan dan pelaburan.

Kerangka tajuk-tajuk modul ini

Kewangan Di Malaysia

Sistem Perbankan

Kewangan Syarikat

Sistem Kewangan

Pasaran Kewangan

Instrumen Kewangan

Page 2: Bab 2 Persekitaran Kewangan Di Malaysia

Kandungan Isi 2.1 Sistem Kewangan

Perkembangan pesat dalam ekonomi, perdagangan dan pembangunan perusahaan-perusahaan di negara ini melahirkan pelbagai bentuk institusi kewangan. Institusi kewangan wujud untuk memenuhi peranan asasnya sebagai pengantara kewangan antara unit lebihan (surplus) dengan unit kurangan (defisit). Bank Negara Malaysia membentuk persekitaran kewangan negara yang boleh dilihat daripada dua perspektif iaitu :-

Rajah 2.1 : Struktur Sistem Kewangan Malaysia Peranan Sistem Kewangan Sistem kewangan seluruh dunia termasuk di negara kita mendukung suatu fungsi asas ekonomi yang utama iaitu sebagai saluran pemindahan dana daripada unit lebihan kepada unit kurangan. Proses pemindahan dana dalam ekonomi berlaku menerusi dua keadaan seperti dalam rajah 2.2

Struktur Sistem Kewangan Malaysia

Sistem Perbankan Pasaran Kewangan

UNIT LEBIHAN

Isi rumah, Firma, Swasta dan Kerajaan

UNIT KURANGAN

Isi rumah, Firma, Swasta dan Kerajaan

PEMINDAHAN SECARA LANGSUNG

UNIT LEBIHAN

Isi rumah, Firma, Swasta dan Kerajaan

UNIT KURANGAN

Isi rumah, Firma, Swasta dan Kerajaan

Pengantara

Kewangan

PEMINDAHAN SECARA TIDAK LANGSUNG

Apakah yang anda tahu tentang sistem kewangan Malaysia?

Page 3: Bab 2 Persekitaran Kewangan Di Malaysia

Rajah 2.2 : Proses Pemindahan Dana

Pemindahan dana secara langsung berlaku terus antara unit lebihan kepada unit kurangan. Dalam kaedah ini, pihak yang memerlukan dana mencari pihak yang mempunyai lebihan dana untuk dipinjamkan. Sebagai jaminan suatu instrumen atau sekuriti dikeluarkan oleh pihak peminjam yang membolehkan pemberi pinjaman menikmati faedah atau membuat tuntutan atas aset syarikat peminjam dimasa hadapan. Pemindahan dana secara tidak langsung menerusi pengantara kewangan bermaksud, pihak yang mempunyai lebihan dana menyimpan wang mereka kedalam akaun simpanan yang dikeluarkan oleh pengantara kewangan. Pengantara kewangan akan menjadi pihak yang akan mengagihkan dana kepada pihak yang memerlukan dalam bentuk pinjaman. 2.2 Sistem Perbankan Sistem perbankan memainkan peranan penting dalam menggerakkan ekonomi negara. Bermula dengan Bank Negara Malaysia yang berperanan sebagai pengeluar mata wang tunggal dan bank-bank perdagangan yang menjadi pengambil deposit terbesar dalam negara ini. Sistem perbankan berkembang maju menjadi lebih produktif bagi menguruskan kewangan yang lebih kompleks dan moden. Sistem perbankan dikelaskan kepada dua bahagian seperti berikut dalam rajah 2.3.

Rajah 2.3 : Sistem Perbankan Institusi perbankan adalah kumpulan institusi yang mana tanggungan utamanya diterima adalah wang. Ianya terdiri daripada Bank Negara Malaysia, bank perdagangan, bank saudagar, bank Islam, bank luar pesisir, syarikat kewangan dan bank asing. Kesemua institusi perbankan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. Pengantara kewangan bukan bank terdiri daripada institusi tabungan, syarikat insurans, syarikat saham amanah, syarikat pemajakan, syarikat kredit kewangan, dan syarikat modal usaha niaga dan lain-lain. Pengantara kewangan bukan bank diselia oleh pelbagai agensi dan jabatan kerajaan. Hanya syarikat insurans sahaja yang di kawal oleh Bank Negara Malaysia.

Sistem Perbankan

Institusi Perbankan

Pengantara Kewangan Bukan Bank

Page 4: Bab 2 Persekitaran Kewangan Di Malaysia

Pengkelasan sistem kewangan merangkumi sistem perbankan dan pasaran kewangan dirumuskan dalam rajah 2.4

Rajah 2.4 : Sistem Kewangan : Sistem Perbankan dan Pasaran Kewangan Pasaran Kewangan wujud akibat perkembangan dan kepelbagaian dalam sistem kewangan negara. Perkembangan ekonomi dan perusahaan-perusahaan penting dalam ekonomi meningkatkan keperluan atas pasaran kewangan yang mantap supaya dana dapat dialirkan daripada unit lebihan kepada unit kurangan dengan lebih cekap dan murah. Pasaran Wang dan Pertukaran Asing

Tempat dimana urusniaga jangka pendek berlaku

Tidak mempunyai premis(tempat) yang tetap seperti pasaran ekuiti (Bursa Saham)

Peserta dihubungi melalui telefon dan internet untuk membuat pesanan

Dalam pasaran wang, instrumen yang didagangkan ialah instrumen kewangan dan deposit

Pasaran wang menggunakan kadar faedah

Pasaran pertukaran asing menggunakan kadar pertukaran mata wang asing

Sistem Kewangan

Pasaran Kewangan Sistem Perbankan

Institusi Perbankan 1. Bank Negara Malaysia 2. Institusi Bank Bank perdagangan Bank saudagar Bank Islam Bank luar pesisir Syarikat kewangan 3. Lain-lain Syarikat diskaun Bank asing

Pengantara kewangan bukan bank 1. Kumpulan wang amanah dan pencen 2. Syarikat insurans 3. Institusi pembiayaan

pembangunan 4. Institusi tabungan Bank Simpanan

Nasional Pertubuhan koperasi 5. Lain-lain Saham amanah Lembaga Tabung Haji Institusi kredit

perumahan Syarikat pemajakan Syarikat pemfaktoran Syarikat modal

usahaniaga

Pasaran Wang & Pertukaran asing

Pasaran Modal

Pasaran Derivatif

Page 5: Bab 2 Persekitaran Kewangan Di Malaysia

Operasi pasaran wang dan pertukaran asing berlaku antara pihak yang mempunyai lebihan dana jangka pendek dengan pihak yang mengalami kekurangan dana jangka pendek

Pihak yang mempunyai lebihan memasuki pasaran bagi memperoleh hasil faedah yang lebih tinggi

Pasaran ini juga terlibat dengan urus niaga pembelian dan penjualan surat-surat hutang jangka pendek supaya dibeli oleh unit-unti lebihan

Instrumen hutang yang diniagakan meliputi bil perbendaharaan, bil pertukaran, penerimaan jurubank, nota janji, sijil deposit boleh niaga, sijil pelaburan kerajaan, bon Cagamas, dan Bil Bank Negara Malaysia

Urus niaga kesemua instrumen berlaku dalam dua peringkat

Pertama: Pasaran dana antara syarikat diskaun, broker pasaran wang dan pengantara-pengantara kewangan lain Contoh: Syarikat besar seperti Telekom, Tenaga Nasional BHd yang mempunyai dana lebihan akan menyimpan dalam instrumen-instrumen pasaran wang bagi mendapatkan pulangan daripada lebihan dana tersebut.

Kedua: Melibatkan urus niaga dana jangka pendek antara bank dan juga institusi

kewangan sesama sendiri. Urus niaga adalah dalam bentuk urus niaga wang semalaman, tujuh hari dan sebagainya

Pasaran Modal

Pasaran modal merujuk kepada pasaran formal yang memperdagangkan aset-aset kewangan jangka panjang seperti bon kerajaan atau swasta dan saham korporat

Mempunyai struktur organisasi dan premis yang formal dikenali sebagai Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL)

Dari segi operasi, ia bertindak menemukan pembeli dan penjual sekuriti pada sesuatu masa dengan diurus oleh broker pasaran modal

Terdapat dua peringkat urus niaga iaitu : Peringkat Prima dan Sekunder. Urus niaga Prima melibatkan urus niaga sekuriti-sekuriti yang baru pertama kali diterbitkan

Dua bentuk terbitan saham bagi pasaran prima iaitu ; terbitan awam permulaan(IPO) dan terbitan bermusim (seasonal issue)

Pasaran sekunder melibatkan urus niaga jual-beli sekuriti yang sudah disenaraikan di bursa saham

Pasaran Derivatif

Pasaran opsyen dan niaga hadapan kewangan diwujudkan pada awal 90an. Ia bertujuan untuk menarik pelabur-pelabur asing dengan skop yang lebih luas dan tidak tertumpu kepada BSKL sahaja.

Pada tahun 1995, Bursa Opsyen dan Kewangan Hadapan Kuala Lumpur (KLOFFE) mula diperkenalkan. Pada masa yang sama, Kontrak Niaga Hadapan kadar tawaran 3 bulan antara bank Kuala Lumpur (KLIBOR) didagngkan di Bursa Kewangan Malaysia (MME)

Pada tahun 1996, Bursa Kewangan Malaysia ditukar kepada Bursa Komoditi dan Kewangan Malaysia (COMMEX)

Pada tahun 1995, Rumah Penjelasan Derivatif diwujudkan.

Pada tahun 2002, semua bursa-bursa ini disatukan menjadi Bursa Derivatif Malaysia (MDEX)

Page 6: Bab 2 Persekitaran Kewangan Di Malaysia

2.3 Instrumen Tabungan Dan Pelaburan Institusi perbankan dan bukan perbankan menawarkan kepada penyimpan pelbagai jenis produk tabungan kewangan yang terdiri daripada akaun semasa, akaun tabungan, akaun deposit tetap dan sebagainya. Dengan memahami semua instrumen yang terlibat, kita dapat melihat bagaimana proses pemindahan dana dapat berjalan lancar bagi menjana pertumbuhan ekonomi. Instrumen-instrumen tabungan dan pelaburan yang terlibat adalah seperti berikut :-

Akaun Semasa

Akaun Deposit Tetap

Sijil Deposit Boleh Niaga

Perjanjian Beli Balik (Repo)

Saham Biasa

Bon Cari maklumat tentang ciri-ciri instrumen-instrumen di atas 2.4 Kewangan Syarikat Pengurusan kewangan adalah satu bidang yang berkaitan dengan bidang perakaunan. Ahli-ahli kewangan dan pengurus kewangan menggunakan maklumat daripada jabatan perakaunan bagi membuat keputusan-keputusan kewangan pada setiap masa. Rekod-rekod perakaunan dijadikan sebagai alat utama bagi mengukur prestasi serta kedudukan semasa syarikat berbanding pesaing-pesaing lain dalam pasaran. Maklumat kewangan sesebuah syarikat menunjukkan hal operasi dan kos yang dilibatkan dalam sesuatu jangka masa. Maklumat tersebut berbentuk kewangan (monetary terms) dan boleh digunakan oleh pihak dalaman dan luaran. Laporan kewangan didokumenkan dalam bentuk penyata kewangan yang merangkumi tempoh 6 hingga 12 bulan. 2.4.1 Pengguna Maklumat Kewangan Sesebuah syarikat wujud dalam persekitaran yang melibatkan pelbagai pihak. Pihak-pihak yang terlibat boleh dikategorikan kepada pihak dalaman syarikat dan pihak luaran.

Rajah 2.5 : Pengguna Maklumat Kewangan

PELABUR

PEMIUTANG

KERAJAAN

PENGURUSAN

PEKERJA

PENGGUNA

MAKLUMAT

KEWANGAN

DALAMAN

LUARAN