15680550 bab 1 perniagaan dan persekitaran

33
BAB 1: PERNIAGAAN DAN PERSEKITARAN 1.1 Pengenalan Perniagaan a) Definisi Perniagaan b) Objektif Perniagaan 1.2 Kepentingan Perniagaan Kepada Pihak Berkepentingan a) Memenuhi Keperluan Masyarakat b) Meningkatkan Peluang Pekerjaan c) Meningkatkan Pembangunan Ekonomi & Negara d) Memenuhi Kehendak Peluang Global 1.3 Fungsi –Fungsi Perniagaan a) Pengeluaran b) Pemasaran c) Kewangan d) Sumber Manusia

Upload: shazurashaari

Post on 15-Jan-2016

314 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: 15680550 Bab 1 Perniagaan Dan Persekitaran

BAB 1: PERNIAGAAN DAN PERSEKITARAN

1.1 Pengenalan Perniagaana) Definisi Perniagaanb) Objektif Perniagaan

1.2 Kepentingan Perniagaan Kepada Pihak Berkepentingana) Memenuhi Keperluan Masyarakatb) Meningkatkan Peluang Pekerjaanc) Meningkatkan Pembangunan Ekonomi & Negarad) Memenuhi Kehendak Peluang Global

1.3 Fungsi –Fungsi Perniagaana) Pengeluaranb) Pemasaranc) Kewangand) Sumber Manusia

Page 2: 15680550 Bab 1 Perniagaan Dan Persekitaran

1.4 Persekitaran Perniagaana) Persekitaran Tugas

• Pihak pengurusan• Pelaburan/Pembiaya• Pekerja• Pengguna• Pembekal• Pesaing

b) Persekitaran Umum• Ekonomi• Teknologi• Budaya• Politik & Undang-Undang• Global

Page 3: 15680550 Bab 1 Perniagaan Dan Persekitaran

OBJEKTIF

1. Memahami definisi dan objektif perniagaan

2. Memahami kepentingan perniagaan kepada pihak berkepentingan

3. Memahami fungsi-fungsi perniagaan

4. Memahami persekitaran tugas dan umum

Page 4: 15680550 Bab 1 Perniagaan Dan Persekitaran

1.0 PERNIAGAAN DAN PERSEKITARAN

1.1 Pengenalan Perniagaan

1.1.1 Definisi Perniagaan• Aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan dengan

menggunakan wang @ alatan lain bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan pada harga, masa dan tempat yang sesuai bagi mendapatkan keuntungan, faedah dan kepuasan.

• Bermula dengan aktiviti penghasilan barangan atau perkhidmatan seterusnya diedarkan untuk memuaskan kehendak pengguna @ pelanggan

1.1.2 Proses Perniagaan• Peringkat yang perlu diikuti untuk menghasilkan barangan

@ perkhidmatan.

Page 5: 15680550 Bab 1 Perniagaan Dan Persekitaran

PROSES PERNIAGAAN

FAKTOR

INPUTPROSES TAMBAH

NILAI(PROSES

PENGELUARAN)

OUTPUT

JUALANUNTUNG

Page 6: 15680550 Bab 1 Perniagaan Dan Persekitaran

• Aktiviti utama bahan mentah ( input ), tukarkan kepada barang siap ( proses pengeluaran ) dan menghasilkan barang siap (output)

Input :- Mendapatkan bahan mentah untuk menjalankan aktiviti

pemprosesan - Ianya terdiri daripada tanah, buruh, modal, usahawan dan

lain-lain.Proses Pengeluaran :- Tukar bahan mentah kepada barangan siap

- Gabungjalinkan mesin, kemahiran pekerja, bahan mentah dan sbgnya.

Output :- Hasil terakhir dari aktiviti pemprosesan samaada dalam bentuk produk atau perkidmatan dan dinilai dlm bentuk kuantiti,berat dan sbgnya.

InputProses

Pengeluaran Output

Page 7: 15680550 Bab 1 Perniagaan Dan Persekitaran

Jualan :- Output / produk yang telah siap akan dijual kepada pelanggan dan pengusaha atau peniaga bagi mendapatkan hasil dan keuntungan dari jualan produk tersebut . Pertukaran nilai akan berlaku setelah jualan dibuat di mana penjual memperolehi wang manakala pelanggan atau pengusaha memperolehi produk.

Untung:- Perbezaan diantara hasil yang diperolehi dengan perbelanjaan yang telah dikeluarkan. Keuntungan yang diperolehi akan digunakan untuk membeli bahan mentah / input dan juga pembayaran hal – hal yang berkaitan gaji, utiliti , sewa dan sebagainya.

Page 8: 15680550 Bab 1 Perniagaan Dan Persekitaran

1.1.3 Barang Niaga dan Perkhidmatan

a) Barang Niaga- Produk fizikal yang boleh disentuh, dipegang dapat

dilihat dan boleh dinikmati.- Dihasilkan bagi bertujuan untuk dijual kepada

pelanggan bagi memenuhi keperluan dan kehendak serta citarasa pelanggan; contohnya bas, pakaian, makanan,

minuman.

b) Perkhidmatan- Sesuatu produk yang tidak boleh dilihat atau disentuh

secara fizikal tetapi boleh dirasai bila menggunakannya- Menawarkan faedah dan kemudahan kepada pelanggan

contohnya; perkhidmatan hospital, salun kecantikan

Page 9: 15680550 Bab 1 Perniagaan Dan Persekitaran

c) Konsep Keuntungan- Matlamat utama perniagaan- Diperolehi setelah hasil tolak belanja- Digunakan sebagai kayu pengukur dalam perniagaan

untuk menilai prestasi ;

- Sumber hasil meliputi jualan, hasil sewa, faedah simpanan,

dividen saham.- Sumber kos/belanja meliputi belian bahan, bayaran

sewa, eletrik, air.

Untung = jumlah hasil - jumlah kos/belanja (Harga x Kuantiti) – ( Kos tetap + kos berubah)

Page 10: 15680550 Bab 1 Perniagaan Dan Persekitaran

Keuntungan dapat dilihat daripada pelbagai perspektif yang berbeza.

Antaranya adalah :• Keuntungan Perniagaan : Untung = Hasil - Belanja• Keuntungan Ekonomi : Untung = Hasil – Belanja – Kos Lepas

d) Konsep Faedah dan Kepuasan• Faedah : - Manfaat yang diperolehi dari pengunaan sesuatu

barangan atau perkhidmatan.

- Pengguna akan memperolehi faedah bila membeli dan mengguna produk atau perkhidmatan tersebut

contohnya; membeli motosikal manfaatnya ialah memudahkan pergerakan.

• KEPUASAN: Keupayaan sesuatu barang untuk memenuhi kehendak manusia

• ; - Tercapai apabila prestasi barangan memenuhi atau

melebihi jangkaan /persepsi pengguna. - Tahap kepuasan berbeza – beza di antara seorang pengguna dengan pengguna yang lain. Contohnya;

Kereta kancil ada pelanggan rasa selesa bila menggunakannya dan sebaliknya.

Page 11: 15680550 Bab 1 Perniagaan Dan Persekitaran

Umumnya konsep faedah dan kepuasan adalah : - pengguna mempunyai keperluan semulajadi terhadap

keperluan harian dan kehendaknya adalah berbeza. - kehendak pelanggan tiada had kerana perubahan

persekitaran - pengeluar perlu memastikan dapat memenuhi keperluan

dan kehendak pengguna dengan mengeluarkan pelbagai barangan dan perkhidmatan

Page 12: 15680550 Bab 1 Perniagaan Dan Persekitaran

1.1.5 Objektif Perniagaan Boleh dibahagikan kepada 4 :

a) Keuntungan DEFINISI-Perbezaan di antara perolehan dan perbelanjaan- Matlamat utama dalam perniagaan - Boleh dilihat dari 2 sudut:

i. keuntungan perniagaan ii. keuntungan ekonomi.

- keuntungan yang diinginkan adalah keuntungan

maksimum.- Ianya penting sebagai kayu pengukur bagi peniaga

samada untuk meneruskan perniagaan atau tidak.

Page 13: 15680550 Bab 1 Perniagaan Dan Persekitaran

b) Kemandirian

- Usaha perniagaan untuk terus wujud dan kekal dalam persekitaran.- Boleh dicapai dengan memastikan pengguna sedar kewujudan barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan.- Oleh itu, peniaga akan cuba pikat pengguna melalui pelbagai strategi pemasaran termasuk perletakan harga dan promosi yang dijalankan dengan harapan dapat menarik perhatian pengguna.

Page 14: 15680550 Bab 1 Perniagaan Dan Persekitaran

c) Pertumbuhan

- Usaha sesebuah perniagaan untuk memastikan perniagaan yang diusahakan berkembang operasinya.

- Boleh dicapai dengan meluaskan pasaran dengan cara membina agihan intensif, membentuk kesedaran dan minat dalam pasaran massa

Page 15: 15680550 Bab 1 Perniagaan Dan Persekitaran

d) Tanggungjawab Sosial

- Aktiviti organisasi perniagaan untuk mengimbangi komitmennya kepada kumpulan dan individu – individu dalam persekitarannya termasuklah pelanggan, perniagaan lain, pekerja, pelabur dan masyarakat. - Griffin

- Aktiviti organisasi yang memberi kebaikan kepada pihak – pihak lain. - Contoh tanggungjawab sosial kepada: pekerja – gaji , cuti rehat, keselematan dan lain – lain.- pelabur – memaksimumkan pulangan pelaburan- perniagaan lain – penghantaran tepat.- masyarakat – sumbangan, peluang pekerjaan, produk yang bermutu dan

selamat.

Page 16: 15680550 Bab 1 Perniagaan Dan Persekitaran

1.2 Kepentingan Perniagaan Kepada Pihak Berkepentingan

Kepentingan Perniagaan

Penuhi Keperluan masyarakat

Meningkatkan peluangpekerjaan

Memenuhi kehendakPeluang global

Tingkatkan PembangunanEkonomi & Negara

Page 17: 15680550 Bab 1 Perniagaan Dan Persekitaran

a) Memenuhi Keperluan Masyarakat - Peniaga cuba untuk memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat dengan menyediakan pelbagai barangan dan perkhidmatan yang bermutu dengan harga, tempat yang sesuai kepada pelanggan.

b) Meningkatkan Peluang Pekerjaan - Peluang perniagaan yang banyak akan dapat memberi ruang pekerjaan kepada masyarakat. - Ditawarkan oleh usahawan tunggal, perkongsian atau syarikat multinasional kepada masyarakat. - Dapat tingkatkan taraf kehidupan melalui peluang pekerjaan - Tingkatkan pembangunan negara melalui proses urusniaga yang

dibuat oleh masyarakat terhadap barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh peniaga.

Page 18: 15680550 Bab 1 Perniagaan Dan Persekitaran

c) Meningkatkan Pembangunan Ekonomi dan Negara - Peniaga tingkatkan prestasi dan membaiki pengendalian perniagaan dengan melihat dari pelbagai sudut seperti :

# Menyakinkan pihak institusi kewangan.# Dapat bekalan dari pembekal yang mudah dan bermutu.# Menyuarakan kepada pihak yang tertentu untuk memperbaiki infrastruktur sesuatu tempat.

- Secara tidak langsung memberi kesan positif kepada peningkatan keperluan masyarakat. - Galakan peningkatan teknologi yang terlibat bagi membantu

rangsangan aktiviti-aktiviti perniagaan dan meningkatkan peluang pekerjaan untuk meningkatkan taraf hidup. - Hasil cukai kepada kerajaan, peningkatan eksport dan pengaliran

wang masuk.

Page 19: 15680550 Bab 1 Perniagaan Dan Persekitaran

d) Memenuhi Kehendak dan Peluang Global

- Peluang perniagaan tidak terhad dalam negera sahaja tetapi meliputi luar negara seperti Jepun, Australia, Brunei dll. - Setiap negara berpeluang menikmati pelbagai produk dari pelbagai negara

- Perniagaan global dapat meningkatkan peluang perniagaan. - Pendedahan teknologi baru.

- Meningkatkan pelaburan.- Meningkatkan taraf hidup.- Meningkatkan ilmu perniagaan supaya mampu bersaing dengan

syarikat-syarikat luar dan antarabangsa.

Page 20: 15680550 Bab 1 Perniagaan Dan Persekitaran

1.3 Fungsi-fungsi Perniagaan

a) Pengeluaran - satu proses transformasi input kepada output yang lebih bernilai.

- Dikenali sebagai pengurusan operasi. - Melibatkan aktiviti perancangan, penyusunan, pengstafan, pengarahan dan pengawalan dalam menguruskan operasi

pengeluaran produk. - Pengeluar harus memastikan produk yang dikeluarkan memenuhi kehendak dan citarasa pengguna.

Page 21: 15680550 Bab 1 Perniagaan Dan Persekitaran

b) Pemasaran - DEFINISI PEMASARAN: Satu sistem aktiviti perniagaan yang dibentuk untuk merancang dan melaksanakan konsepsi, penentuan harga, promosi dan pengedaran produk (merangkumi barangan, perkhidmatan, organisasi ,orang, tempat dan juga idea) untuk menggalakkan berlaku pertukaran yang dapat memenuhi keperluan pengguna dan dapat mencapai objektif organisasi. Persatuan Pemasaran Amerika - Ianya merupakan satu bidang yang berkembang pesat dan mesti

seiring dengan teknologi terkini. - Melalui aktiviti pemasaran, produk yang

ditawarkan oleh pengeluar kepada pengguna akan dinikmati

oleh pengguna.

Page 22: 15680550 Bab 1 Perniagaan Dan Persekitaran

c) Kewangan - Melibatkan aktiviti menguruskan sumber dana seperti

mendapatkan sumber dana dan perancangan kewangan yang lain.

- Jika kewangan tidak diuruskan dengan baik, matlamat kewangan

perniagaan tidak dapat dicapai.

d) Sumber Manusia

- Menguruskan sumber manusia (pekerja) organisasi bagi menggerak

jentera operasi pengeluaran, pemasaran dan kewangan. - Contoh aktiviti pengurusan sumber manusia termasuklah

pengurusan pampasan, latihan dan pemilihan pekerja.

Page 23: 15680550 Bab 1 Perniagaan Dan Persekitaran

1.4 Persekitaran Perniagaan – Elemen – elemen yang mempengaruhi operasi sesebuah perniagaan.

Secara umumnya persekitaran perniagaan boleh dibahagikan kepada 2 :

a) Persekitaran Tugas – Elemen yang memberi kesan secara langsung dan di dalam kawalan perniagaan.

# Pihak Pengurusan- Terdiri daripada individu yang menggunakan kepakaran, kemahiran dan kecekapan dalam pengurusan syarikat.

- Tugas pihak pengurusan mengintegrasikan kesemua fungsi – fungsi pengurusan yang berbeza dalam organisasi ke arah pencapaian matlamat organisasi yang telah ditetapkan. - Perniagaan akan menjadi lebih baik dan berpotensi jika pihak

pengurusan membuat strategi pengurusan yang cekap.- Kegagalan pihak pengurusan menjalankan tanggungjawab dengan berkesan

mengakibatkan matlamat organisasi tidak tercapai.

Page 24: 15680550 Bab 1 Perniagaan Dan Persekitaran

# Pelabur/ Pembiaya

- Pembiaya: pihak yang memberikan pinjaman dan mengharapkan pulangan dalam bentuk faedah seperti pihak bank dan institusi kewangan lain.- Pelabur: Pihak yang melaburkan modal kepada syarikat dan mengharapkan pulangan dalam bentuk dividen seperti pemegang saham.- Perniagaan akan dapat diperluaskan hasil sumbangan modal pelabur.

- Kedudukan kewangan syarikat yang kukuh memberi keyakinan kepada pelabur untuk melambuat pelaburan ke dalam syarikat. - pelabur tidak perlu terlibat secara langsung dalam menjalankan aktiviti

perniagaan tetapi berhak untuk mendapatkan keuntungan dan boleh mempengaruhi keputusan syarikat bagi perniagaan.

Page 25: 15680550 Bab 1 Perniagaan Dan Persekitaran

# Pekerja

- Individu yang menyumbangkan kemahiran untuk melaksanakan aktiviti syarikat dan mendapat upah sebagai ganjaran.

- Pekerja terdiri dari golongan mahir, separuh mahir dan tidak mahir.

- Semangat kerjasama pekerja membantu perniagaan mencapai matlamat yang ditetapkan. - Gelagat pekerja mempengaruhi kejayaan dan kegagalan syarikat serta menggambarkan imej sesebuah perniagaan. - Pekerja yang berkemahiran, berpengetahuan dapat menyumbang

kepada pertumbuhan perniagaan.

Page 26: 15680550 Bab 1 Perniagaan Dan Persekitaran

# Pengguna

- Pengguna adalah individu yang menggunakan sesuatu produk - Golongan fokus utama perniagaan - Keputusan pembelian pelanggan mempengaruhi kejayaan & kegagalan sesebuah perniagaan. - Perubahan citarasa pengguna mempengaruhi jenis keluaran,

harga dan kualiti keluaran. - Citarasa pengguna yang berbeza menyebabkan mereka membuat

keputusan untuk mereka membeli pelbagai barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan dipasaran. - Perubahan citarasa juga menggalakan inovasi perniagaan.

Page 27: 15680550 Bab 1 Perniagaan Dan Persekitaran

# Pembekal

- Pembekal ialah pihak yang membekalkan bahan/produk yang diperlukan oleh perniagaan lain. Ini termasuklah bekalan bahan mentah atau barang siap.- Pembekal dan peniaga merupakan kumpulan yang saling

memerlukan bagi melicinkan operasi perniagaan. - Bahan mentah, barang separuh siap dan peralatan yang

dibekalkan berterusan memastikan kelancaran proses pengeluaran dan penjualan. - Sekiranya bekalan yang dibekalkan adalah berkualiti, imej perniagaan akan akan meningkat dengan produk berkualiti di pasaran.

Page 28: 15680550 Bab 1 Perniagaan Dan Persekitaran

# Pesaing

- Beberapa firma yang berlainan dalam industri yang sama mengeluarkan produk yang sama atau hampir sama.

- Tindakan atau strategi pesaing boleh mempengaruhi harga dan kualiti produk yang dihasilkan.

- Memerlukan perniagaan melakukan inovasi untuk mengatasi persaingan. - Strategi dan perancangan yang dibentuk untuk mengatasi persaingan membolehkan perniagaan lebih menjadi kompetitif.

Page 29: 15680550 Bab 1 Perniagaan Dan Persekitaran

b) Persekitaran Umum – Elemen persekitaran yang berada di luar kawalan organisasi yang boleh mempengaruhi perniagaan secara tidak langsung.

# Ekonomi

- Merujuk kepada keadaan dan jenis sistem ekonomi di mana perniagaan beroperasi- Persekitaran ekonomi yang baik akan menentukan operasi, prestasi

dan dasar perniagaan. - Keadaan ekonomi yang baik meningkatkan aktiviti perniagaan dan menjamin peluang perniagaan. - Pendapatan penduduk yang meningkat menjamin peningkatan jualan dan keuntungan perniagaan.

Page 30: 15680550 Bab 1 Perniagaan Dan Persekitaran

# Budaya

- Merujuk kepada satu set nilai norma yang dipegang dan diamalkan oleh sesuatu kelompok masyarakat- Setiap individu mempunyai corak kehidupan budaya yang berbeza

dari segi agama, adat resam dan cara hidup. - Perubahan citarasa masyarakat memaksa perniagaan menyesuaikan barangan dan perkhidmatan mengikut kehendak

mereka. - Perubahan populasi penduduk memaksa peniaga mengeluarkan barangan dan perkhidmatan bagi memenuhi kehendak majoriti masyarakat.

Page 31: 15680550 Bab 1 Perniagaan Dan Persekitaran

# Teknologi

- Suatu penemuan sains yang diperolehi untuk membantu kehidupan

manusia- Perkembangan teknologi memberi kesan dalam perniagaan yang

menggunakan mesin bermutu lebih produktif daripada syarikat yang

menggunakan mesin biasa. - Penciptaan peralatan baru seperti robot mempercepatkan

proses pengeluaran dan meningkatkan produktiviti. - Pengeluaran dapat ditingkatkan dan operasi berjalan dengan

lancar. - Penggunaan internet meningkatkan daya saing perniagaan

kerana penyampaian maklumat menjadi lebih cepat.

Page 32: 15680550 Bab 1 Perniagaan Dan Persekitaran

# Politik dan Undang- undang

- Politik: Sistem pemerintahan yang menjadi amalan sesebuah negara- Undang-undang: Peraturan yang dikuatkuasakan oleh sesebuah negara- Bagi sesuatu tempat mempunyai dasar dan politik yang berbeza.

- Peniaga haruslah peka dengan situasi politik supaya perancangan masa depan dapat dirancang dengan baik. - Sokongan kerajaan seperti memberi bantuan subsidi membantu mengurangkan kos pengeluaran dan meningkatkan daya saing perniagaan. - Kestabilan politik menjamin suasana yang baik untuk perniagaan terus berkembang maju.

- Undang-undang dan peraturan sesebuah negara seperti Malaysia menetapkan Akta Jualan Langsung 1993, Akta Barangan Kawalan, Akta Kontrak dan sebagainya.

Page 33: 15680550 Bab 1 Perniagaan Dan Persekitaran

# Global

- Perniagaan yang bergerak ke arah pembentukan operasi di serata tempat di dunia di samping membangunkan standard produk dan pemasaran- Peniaga menjalankan perniagaan diluar dari negara tempatan.

- Mereka mampu bersaing dalam peringkat antarabangsa. - Dasar buka pintu yang diamalkan oleh sesebuah negara

memboleh perniaga menjalankan perniagaan diperingkat yang lebih jauh.

- Melalui perniagaan global membolehkan peniaga sentiasa mementingkan kualiti dan menjaga imej syarikat serta negara.

- Melalui perniagaan ini juga pihak peniaga terdedah kepada selok belok perniagaan dari luar dan aspek-aspek yang positif boleh digunakan oleh peniaga dalam syarikat mereka supaya sistem pengurusan syarikat menjadi lebih cekap dan berpotensi pada masa depan.