bab 5 analisis kewangan

65
1 TOPIK 5 ANALISIS PENYATA KEWANGAN

Upload: pang-zi-jing

Post on 22-Nov-2015

78 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Bab 5 Analisis Kewangan

TRANSCRIPT

  • *TOPIK 5ANALISIS PENYATA KEWANGAN

  • *SISTEM MAKLUMAT KEWANGAN a)PENGERTIAN ASET, LIABILITI DAN EKUITI PEMILIK.

    AsetSemua harta yang dimiliki oleh perniagaan.Terdiri daripada aset semasa dan aset bukan semasa.

    Aset Semasa aset yang mempunyai darjah kecairan yang tinggi dan boleh ditukar kepada tunai dalam jangka masa kurang daripada setahun. Contohnya tunai,. Aset semasa yang mempunyai tahap kecairan yang paling rendah ialah inventori dan Akaun Belum Terima.

    Aset Bukan Semasa aset perniagaan yang mempunyai jangkahayat lebih satu tahun.Contoh: Mesin, jentera.

    Aset-aset lain aset tidak ketara, tidak terlibat di dalam operasi firma contohnya muhibah, hak cipta, tanda dagangan dan paten.

  • *

    LiabilitiSemua obligasi yang ditanggung oleh perniagaan.

    Terdiri daripada liabiliti semasa dan liabiliti jangka panjang.

    Liabiliti Semasa- hutang jangka pendek yang ditanggung oleh perniagaan tidak melebihi tempoh satu tahun. Contoh : ABB, Terakru

    Liabiliti Jangka panjang- pinjaman jangka panjang yang mempunyai tempoh melebihi setahun. Contoh : Pinjaman Jangka Panjang dan Bon.(Bon ialah sekuriti hutang jangka panjang yang dikeluarkan oleh sesebuah organisasi, sama ada daripada sektor swasta mahupun awam untu mendapatkan sumber kewangan).

  • *

    Ekuiti Pemilik

    Merujuk kepada pelaburan yang dilakukan oleh pemilik perniagaan (pemegang saham).Amaun yang dilabur mungkin dalam bentuk wang, bangunan, dan kereta. Tiga item Ekuiti Pemilik: i) saham biasa ii) premium modal iii) pendapatan tertahan.

  • *

    HasilHasil adalah perolehan dari perniagaan yang menambahkan nilai aset melalui penjualan barangniaga atau perkhidmatan secara tunai atau kredit.

    Terdapat dua kategori hasil iaitu i) Hasil jualan dan perkhidmatan - Cth: Hasil jualan buku.

    ii) Hasil-hasil lain Hasil selain daripada hasil jualan barang niaga dan perkhidmatan seperti faedah diterima, dividen diperolehi. b) PENGERTIAN HASIL, BELANJA DAN KEUNTUNGAN

  • *BelanjaAliran keluar sumber-sumber perniagaan melalui pembelian barangniaga atau perkhidmatan secara tunai atau kredit.Contoh: Belanja sewa, elektrik.

  • *Keuntungan

    - Perolehan perniagaan apabila hasil yang dijana daripada operasi perniagaan melebihi perbelanjaan yang dikeluarkan dalam usaha mendapatkan hasil.- Boleh menambahkan jumlah ekuiti pemilik. ( tunjukkan penyata pendapatan )

  • *

    c) PERSAMAAN PERAKAUNAN

    Aset = Liabiliti + Ekuiti ( Dana Pemegang Saham )

    Persamaan perakaunan mengambil kira kedudukan aset-aset perniagaan dan sumber-sumber terhasilnya aset tersebut sama ada daripada pembiayaan sendiri iaitu dalam bentuk modal atau daripada pihak luar iaitu melalui tanggungan.

    ASET = LIABILITI + EKUITI PEMILIK

  • *

    Nilai Buku ( Dana Pemegang Saham atau Nilai Bersih )

    - Nilai buku ialah perbezaan di antara jumlah aset dengan jumlah liabiliti

    ASET LIABILITI = EKUITI PEMILIK

    Ekuiti pemilik, selain disebut dana pemegang saham juga dikenali Sebagai aset bersih atau NILAI BUKU.

  • * Modal Kerja Modal kerja ialah dana yang berhubung kait dengan aset-aset semasa dan bagaimana syarikat menguruskan aset semasa ini untuk membayar balik semua tanggungan.Modal kerja firma iaitu dana yang digunakan untuk menjalankan operasi semasa .Untuk mendapatkan mendapatkan modal kerja, dengan menolak aset semasa dengan liabiliti semasa. MODAL KERJA = MODAL KERJA BERSIH = ASET SEMASA LIABILITI SEMASA

  • *PENYATA KEWANGAN

    Memberikan maklumat kewangan yang penting kepada pihak pengurusan untuk melakukan perancangan & membuat keputusan.

    Maklumat daripada penyata kewangan diperlukan oleh :a. Kreditor ( Institusi Kewangan )b. Kerajaan menentukan cukai perniagaan & perancangan pembangunan ekonomi.c. Pemegang saham ( saham keutamaan dan saham biasa )d. Pihak Pengurusan ( Organisasi )

    Terdiri daripada Kunci Kira-Kira, Penyata Pendapatan, Penyata Aliran Tunai dan Penyata Ekuiti Pemilik

  • *Penyata Pendapatan - Penyata yang menunjukkan hasil operasi firma (jumlah perolehan/keuntungan dari operasi firma dan perbelanjaan yang dilibatkan) bagi suatu tempoh tertentu.-Penyata pendapatan menunjukkan kecekapan seseorang pengurus menggunakan aset untuk menghasilkan keuntungan. - Item dalam penyata pendapatan bergantung kepada jenis perniagaan sama ada menjual barang niaga, perkhidmatan atau perkilangan. - Penyata pendapatan bagi perniagaan yang menjual barang niaga mengandungi komponen kos barang dijual (KBDJ) Pendapatan Bersih = Jumlah Hasil Jumlah Perbelanjaan

  • *

    Kunci Kira-Kira

    - Dikenali juga sebagai Lembaran Imbangan.- Memberi gambaran ringkas tentang kedudukan kewangan sesebuah firma.- Data yang ditunjukkan dalam KKK merupakan ringkasan harta yang dimiliki dan hutang yang ditanggung oleh organisasi. - Perkara asas dalam KKK ialah aset, liabiliti dan ekuiti pemilik.- Menyenarai semua milik syarikat iaitu aset syarikat.- Menyenarai semua obligasi iaitu liabilitinya.- Menyenarai semua pelaburan pemilik iaitu ekuiti pemilik.- Kunci kira-kira disediakan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. ASET = LIABILITI + EKUITI PEMILIK

  • *

    Penyata Aliran Tunai

    - Merupakan satu penyata tentang aliran sumber dan penggunaan tunai yang menunjukkan perubahan kedudukan tunai bagi suatu tempoh perakaunan.

    -Membantu pihak pengurusan membuat perancangan ke atas aktiviti harian, pelaburan jangka panjang dan mencari peluang perniagaan. Juga digunakan oleh pihak luar untuk mengukur keupayaan firma membayar dividen, menyelesaikan hutang dan membayar faedah. - Aliran tunai boleh dibahagikan kepada tiga aktiviti kewangan iaitu operasi, aktiviti pelaburan dan aktiviti pembiayaan.

  • *1.Aliran tunai daripada aktiviti operasi2.Aliran tunai daripada aktiviti pelaburan

    Penyata Aliran Tunai

    3. Aliran tunai daripada aktiviti pembiayaan.

    Termasuk untung bersih campur item-item belanja bukan tunai seperti susut nilai dan perubahan dalam beberapa akaun Modal kerja Menunjukkan aktiviti pelaburan untuk sekuriti jangka panjang,mesin, kilang dan aset tetap lain. Menunjukkan aliran tunai aktivitiPembiayaan modal syarikat iaitu Penjualan atau penamatan bon, Saham utama dan saham biasa

  • * Penyata Ekuiti Pemilik.

    Ekuiti pemilik merupakan baki setelah aset ditolak dengan libiliti.

    Ekuiti pemilik menunjukkan tuntutan pemilik terhadap aset yang ada.

    Ekuiti pemillik syarikat terdiri daripada modal berbayar, premium saham, pendapatan tertahan dan rizab.

  • *NISBAHKEWANGANb) ANALISIS ARAH ALIRAN & ANALISIS KERATAN RENTASa)JENISNISBAH KEWANGANc) KEPENTINGAN NISBAH KEWANGAN e) BATASAN & KELEMAHAN c)ANALISIS DU PONT

  • *NISBAH KEWANGAN Kaedah yang digunakan untuk menilai kedudukan kewangan, kecekapan dan keberuntungan sesebuah perniagaan.

    Dilakukan dengan membandingkan maklumat kewangan bagi beberapa tempoh tertentu atau membandingkan dengan perniagaan lain.

  • *a) JENIS NISBAHKEWANGANNISBAH KECAIRANNISBAHKEBERUNTUNGANNISBAH PURUSAN ASET/AKTIVITINISBAH NILAI PASARAN/PELABURANNISBAHLAVERAJ/HUTANG

  • *1. NISBAH KECAIRAN (LIQUIDITY RATIO)Mengukur keupayaan sesebuah perniagaan untuk membayar pembiayaan jangka pendek dan memenuhi tunai yang dijangkakan. Keupayaan perniagaan menjelaskan liabiliti semasaNisbah ini penting kerana kegagalan untuk menyelesaikan tanggungan ini mengakibatkan firma diistihar bankrap. Kedudukan kecairan yang mencukupi penting bagi memenuhi tuntutan pemiutang. Kecairan yang terlalu rendah akan menjejaskan kepercayaan pembekal terhadap keupayaan firma membayar hutang firma mungkin sukar mendapat kemudahan kredit di masa hadapan.

    JENIS-JENIS NISBAH KEWANGAN

  • *NISBAHKECAIRANNisbahSemasaNisbahSegera (cepat)

  • *a) Nisbah Semasa (current ratio) -Mengukur keupayaan sesebuah perniagaan untuk membayar hutang jangka pendek.- Nisbah ini mengukur tahap aset semasa yang mampu untuk membayar balik liabiliti semasa. -Semakin tinggi nisbah semasa, semakin kukuh keupayaan firma membayar balik hutang jangka pendek.-mampu membayar balik hutang jangka pendek dengan mendapatkan nisbah semasa lebih daripada 1.-Nisbah yang kurang dari satu menunjukkan firma tidak berupaya untuk menjelaskan tuntutan semasanya.

  • * Data rujuk kunci kira-kira syarikat ASAM PEDAS Tahun 20x1 Nisbah Semasa = RM12 840= 1.98 kali @ 1.98: 1RM 6 500Tahun 20x0Nisbah Semasa = RM10 640 = 2.00 kali @ 2 : 1RM 5 300Nisbah semasa syarikat ialah 1.98 kali, setiap RM1.00 liabiliti semasa dapat ditampung dengan RM1.98 aset semasa, ini menunjukkan syarikat mempunyai lebihan aset semasa sebanyak RM0.98.Walaupun nisbah semasa utk thn 20x1 telah merosot bbanding thn 20x0, tetapi nisbah tsebut tidak sampai ke tahap yg mbimbangkan

    Nisbah Semasa = Aset Semasa Liabiliti semasa

  • *

    b) Nisbah Cepat /Segera (Quick Ratio)- Nisbah cepat mengukur keupayaan tunai dan aset hampir tunai untuk menampung liabiliti semasa.

    - Nisbah ini memberi penekanan kepada kecairan sebenar melalui pengecualian nilai inventori kerana inventori sukar ditukar kepada tunai kerana inventori merangkumi 3 item bhn mentah, barang separuh siap dan barang siap, pembelian secara kredit oleh itu menunggu masa untuk mendpatkan tunai.- Lebih tinggi nisbah adalah lebih baik.

  • *Data- Rujuk Syarikat ASAM PEDASTahun 20x1Nisbah Cepat = RM12 840 RM5 300RM6 500= 1.16 kali @ 1.16:1 Tahun 20x0Nisbah Cepat = RM10 640 RM4 000RM5 300= 1.25 kali @ 1.25:1 -Dari pengiraan, syarikat masih berada pd tahap memuaskan walaupun merosot.- Nisbah yang lebih dari satu menunjukkan firma tidak perlu untuk bergantung kepada jualan inventori untuk menjelaskan tuntutan semasanya.

    Nisbah Cepat = Aset Semasa Inventori Liabiliti Semasa

  • *2. NISBAH KECEKAPAN/AKTIVITIMengukur kecekapan pengurusan mengendalikan aset-aset syarikat sama ada digunakan dgn berkesan atau sebaliknya,

  • *NisbahAktivitiPusing GantiInventoriPusing Ganti Jumlah AsetTempoh PurataKutipanPusing GantiAset Tetap

  • *a) Pusing ganti inventori Menerangkan kecekapan firma dalam menukarkan inventori kepada jualan. Lebih tinggi, lebih baik sebab firma tidak menyimpan stok berlebihan. Pusing Ganti Inventori = KBDJ @ Jualan Inventori

  • * Data rujuk kunci kira-kira syarikat ASAM PEDAS Tahun 20x1 Pusing ganti Inventori = RM20 400= 3.8 kali RM 5 300Tahun 20x0Pusing ganti Inventori = RM20 000 = 5 kaliRM 4 000

    Pusing ganti inventori syarikat telah merosot. Pergerakan inventori semakin perlahan.

    Pusing Ganti Inventori = KBDJ @ Jualan Inventori

  • *b) Pusing ganti aset bukan semasaMenunjukkan kecekapan syarikat menggunakan aset bukan semasa @ aset tetap dalam menjana jualanSekiranya nisbah ini terlalu rendah, jualan yg dijanakan mungkin tidak berpadanan dgn jumlah yg telah dilaburkan ke atas aset bkn semasa.

    Pusing Ganti Aset Bukan Semasa = Jualan Aset Bukan Semasa

  • * Data rujuk kunci kira-kira syarikat ASAM PEDAS Tahun 20x1 Pusing ganti ABS = RM30 120= 2.1 kali RM14 260Tahun 20x0Pusing ganti ABS = RM28 680 = 2.2 kali RM13 060

    Pusing ganti ABS syarikat telah merosot drp 2.2 kali kpd 2.1 kali. Ini mungkin disebabkan oleh kadar peningkatan dlm aset bukan semasa adalah lebih tinggi berbanding dengan kenaikan jualan.

    Pusing Ganti Aset Bukan Semasa = Jualan Aset Bukan Semasa

  • *Pusing ganti Jumlah Aset = Jualan (Total Assets Turnover) Jumlah AsetC) Pusing Ganti Jumlah Aset

    Menunjukkan keupayaan dan kecekapan penggunaan aset firma untuk menjana hasil jualan. Tahun 20x1 Pusing ganti JA = RM30 120= 1.1 kali RM 27 100Tahun 20x0Pusing ganti JA = RM28 680 = 1.2 kali RM23 700

    PGJA yg dicapai oleh syarikat telah menurun drp 1.2 kpd 1.1. Nisbah yg terlalu rendah kemungkinan peningkatan pelaburan ke atas aset tidak diimbangi oleh peningkatan jualan secukupnya

  • *

    d) Tempoh Purata Kutipan/kutipan hutangNisbah ini mengukur keupayaan firma untuk mengutip hutang daripada pelanggan.Ia menunjukkan purata masa yang diambil untuk mengutip hutang daripada pelanggan atau akaun belum terima. Menggambarkan kecekapan pengurus kredit menjlnkan tugasnyaTempoh yg semakin meningkat (lama) menunjukan usaha yg kurg bsungguh-sungguh dlm memungut akaun yg bmasalah. dasar kredit yg longgar

    Tempoh Purata Kutipan = Akaun Belum Terima Jualan Kredit Sehari

  • * Data rujuk kunci kira-kira syarikat ASAM PEDAS Tahun 20x1 TPK = RM5 900 X 365 = 71.5 hari RM30 120

    Tahun 20x0TPK = RM4 800 X 365 = 61.1 hari RM28 680

    Hal ini menunjukkan akaun2 pelanggan semakin lambat dipungut. Jika syarikat menawarkan kredit utk 30 hari, maka tempoh kutipan hutang 71.5 hari adalah jauh melebihi tempoh yg dinyatakan dlm syarat kredit

    Tempoh Purata Kutipan = Akaun Belum Terima Jualan Kredit Sehari

  • *

    3. NISBAH LAVERAJ

    Menganalisis tanggungan hutang firma dan kebolehan firma untuk menguruskan hutang tersebut. Pengurusan hutang melibatkan persoalan sama ada firma berupaya untuk membayar faedah dan mengukur sama ada peratusan hutang yang ditanggung bersesuaian atau sebaliknya.

  • *NisbahLaverajNisbah Perlindungan FaedahHutang Atas AsetHutang Atas Ekuiti

  • *

    a) Hutang Atas Ekuiti

    Nisbah hutang atas ekuiti mengukur amaun hutang bagi setiap ringgit ekuiti.Nisbah yg tinggi menunjukkan modal syarikat lebih banyak disumbangkan oleh hutang2 jangka pjg.

    *Jumlah hutang hutang jangka pendek dan hutang jangka panjang. Nisbah Hutang Atas Ekuiti = Jumlah Hutang/Liabiliti Jumlah Ekuiti Pemilik

  • *

    b) Hutang Atas Aset Menunjukkan peratusan aset yang dibiayai oleh hutang atau pihak ketiga iaitu pemberi pinjaman. Nisbah yg tinggi menunjukkan syarikat mempunyai risiko yg lebih tinggi, hutang yg meningkat, membebankan syarikat dr segi pembayaran faedah yg tinggiPemiutang akan merasa bimbang utk beri tamb hutang@hutang baru

    Nisbah Hutang Atas Aset = Jumlah Hutang/liabiliti x 100 % Jumlah aset

  • *

    c) Nisbah Liputan/Perlindungan Faedah

    Melihat kebolehan firma untuk membayar faedah daripada pinjaman yang diperolehi. Nisbah ini juga mengukur kekerapan pendapatan firma boleh menampung belanja faedah. Nisbah yang besar menunjukkan pendapatan operasi firma berupaya untuk membayar balik belanja faedah .Nisbah Liputan Faedah = Perolehan Sebelum Faedah dan Cukai (EBIT) Belanja Faedah

  • *Data- Rujuk Kunci Kira-Kira dan P.Pendapatan SYARIKAT ASAM PEDAS

    Tahun 20x1Nisbah Liputan Faedah = RM5 520RM520 = 10.61 kaliTahun 20x0Nisbah Liputan Faedah = RM4 480RM480 = 9.33 kaliNisbah liputan faedah sebanyak 10.61 kali menerangkan bahawa Syarikat mampu membayar faedah kepada hutang sebanyak 10.61 kali *Setiap RM1.00 hutang

  • *4. NISBAH KEBERUNTUNGAN

    - Nisbah nisbah di dalam kumpulan ini mengukur keberkesanan aktiviti-aktiviti firma dalam menjana keuntungan.

    - Terdapat dua jenis nisbah keberuntungan iaitu MARGIN KEBERUNTUNGAN yang mengukur pencapaian berbanding dengan jualan dan NISBAH-NISBAH PULANGAN yang mengukur pencapaian berbanding dengan saiz pelaburan.

  • *

    Pulangan AtasEkuiti

    MarginUntung BersihPulangan AtasAset (Pelaburan )NISBAH KEBERUNTUNGAN

  • *a) Margin Untung Bersih Dikenali juga pulangan atas jualan Mengukur % untung bersih yang diperolehi bagi setiap RM jualan. Menunjukkan lebihan dari setiap ringgit jualan setelah ditolak dengan semua belanja firma. Mencerminkan kecekapan syarikat dlm mengawal perbelanjaan operasiMargin Untung Bersih (Pulangan Atas Jualan) = Untung Bersih x 100JualanCth:Margin Untung Bersih = RM143 220 x 100 % = 8.95 %RM1 600 000-Setiap RM1.00 jualan syarikat mampu menjana keuntungan sebanyak 8.95%.

  • *

    b) Pulangan Atas Aset ( Pulangan Atas Pelaburan )

    Mengukur kadar keuntungan daripada setiap RM yang dilaburkan ke atas aset. Menunjukkan kecekapan firma di dalam pelaburan aset. Semakin tinggi, semakin baik kerana menunjukkan keuntungan.

    Pulangan Atas Aset(ROA)/ = Untung Bersih X 100 Pulangan Atas Pelaburan (ROI) Jumlah Aset

    Cth:Pulangan Atas Aset = RM143 220 x 100 % RM2 346 255 = 6.10 % - Pulangan atas aset 6.10 % menunjukkan bahawa setiap ringgit yang dilaburkan dalam aset, RM0.61 sen untung bersih dapat dihasilkan.

  • *

    c) Pulangan atas Ekuiti (ROE)Mengukur pulangan yang diperolehi oleh pemilik(pemegang saham) bagi setiap RM yang dilaburkan ke dalam perniagaan. Lebih tinggi nisbah ini menggambarkan jumlah ekuiti yang dilaburkan mampu menjana keuntungan yang tinggi.Menunjukkan kecekapan syarikat menggunakan wang pemegang sahamPulangan Atas Ekuiti(ROE) = Untung Bersih Dividen saham Keutamaan Ekuiti PemilikCth :Pulangan atas ekuiti = RM143 220 x 100 % RM1 711 580 = 8.37 % Pulangan atas ekuiti 8.37 % memberi gambaran kepada pemegang saham syarikat bahawa setiap ringgit yang mereka sumbangkan menghasilkan keuntungan sebanyak 8.37 sen

  • *5. NISBAH NILAI PASARAN

    Menghubungkan nilai pasaran semasa dgn prestasi syarikat.Memberi gambaran tentang tanggapan para pelabur terhadap prestasi syarikat pada masa iniNisbah ini menunjukkan keyakinan pelabur terhadap syarikat

  • *

    Nisbah Perolehan Sesaham

    Nisbah Pasaran/BukuNisbah Harga/PerolehanNISBAH PASARAN

  • *a) Nisbah Pendapatan(Perolehan) sesaham / Untung Sesyer Mengukur pulangan kepada pelabur bagi setiap syer yang mereka miliki.Menggambarkan setiap saham mampu memberikan pulangan yang tinggi.

    Pendapatan Sesaham (EPS) = Untung Bersih Bil Saham BiasaCth:Pendapatan Sesaham = RM143 220= 0.14 sen 1 000 000- Nisbah yang tinggi menunjukkan pelabur amat yakin terhadap potensi firma dan sanggup menawarkan harga yang tinggi untuk membeli saham firma.- setiap satu unit saham yang diterbitkan mampu menjanakan keuntungan bersih sebanyak 0.14 sen.

  • *b) Nisbah Harga Perolehan (P/E)

    Pelabur dan pengurus menggunakan nisbah ini sebagai petunjuk prospek firma di masa depan. Jika nisbah tinggi, pelabur menjangkakan keuntungan syarikat akan bertambah di masa depan. Syarikat mempunyai potensi yg baik utk bkembang

    CthNisbah P/E = Harga Saham Pendapatan sesaham = RM2.65 RM 0.14= 18.9 kali Setiap RM1.00 pendapatan sesaham sykt mampu menyumbangkan kenaikan harga saham sebanyak RM0.18.Nisbah Harga Perolehan = Harga Saham (Price Earning) Pendapatan sesaham

  • *

    *

    c) Nisbah pasaran/bukuDi dalam mengira nilai pasaran, terlebih dahulu nilai buku sesaham syarikat dikira. Nilai buku sesaham ialah lebihan sesaham syarikat setelah ianya menjual asetnya, membayar liabiliti kepada kreditor dan pemegang saham keutamaan. Nisbah ini membandingkan nilai pasaran saham syarikat dgn nilai bukunyaNisbah yg tinggi menunjukkan pelabur sanggup membayar lebih bagi setiap ringgit nilai buku saham tersebut

    Nilai buku sesaham = Jumlah Ekuiti Pemilik Bil. Unit Saham

    Nisbah Pasaran/Buku = Harga pasaran sesaham @ semasa Nilai buku sesaham

  • *

    Cth: Nilai Buku Sesaham = RM13 000 = RM3.25 4 000Nisbah Pasaran = RM3.60 RM3.25 = 1.11 : 1

    *Andaikan harga pasaran saham biasa syarikat ialah RM3.60

    Nilai buku sesaham = Jumlah Ekuiti Pemilik Bil. Unit Saham

    Nisbah Pasaran/Buku = Harga pasaran sesaham @ semasa Nilai buku sesaham

  • *AnalisisNisbahPerbandinganTrenPerbandinganIndustriANALISIS ARAH ALIRAN DAN KERATAN RENTAS

  • *

    Perbandingan Tren Dilakukan dengan menggunakan analisis arah aliran (tren analysis).Dikenali juga sebagai analisis siri masa (time-series analysis)Perbandingan nisbah tahun semasa firma dengan nisbah firma pada tahun sebelumnya.Analisis dapat menunjukkan arah aliran (trend) kewangan firma.Contoh :

    Melihat kepada jadual, didapati trend pulangan ke atas aset firmSemakin baik dari setahun ke setahun.

    Tahun1992199319941995Pul.Atas aset- 2.8%-1.4%0.5%1.5%

  • *

    Analisis Perbandingan Industri

    Dilakukan melalui analisis perbandingan (comparative analysis)Dikenali juga sebagai analisis keratan rentas (cross sectional analysis)Membandingkan suatu nisbah firma dengan nisbah firma-firma yang lain dalam industri yang sama dan tahun yang sama.

  • *Analisis industri Pulangan Atas Aset menunjukkan firma T & T mempunyai Pulangan aset yang tinggi daripada jumlah purata industri. Ini menunjukkan Firma ini cekap dalam pengurusan keseluruhan aset.

    FirmaPulangan Atas Aset T & T2.27 %A1.03%B0.35%C0.96%Purata Industri T&T + A+B+C/41.40%

  • ANALISIS DU PONT*Sebuah carta yg direka utk menunjukkan hubungan antara pulangan atas pelaburan (ROE@ROA) dengan pusing ganti jumlah aset, margin keuntungan dan leveraj.Di sebelah kiri carta - ditunjukkan semua elemen yg bkaitan dgn pembentukan margin keuntungan atas jualan.Di sebelah kanan carta akan terbentuk nisbah pusing ganti jumlah asetKedua2 nisbah yg terbentuk di sebelah kanan dan kiri carta akan membentuk persamaan Du pontKelebihan analisis Du Pont berupaya menunjukkan perhubungan antara margin keuntungan, nisbah pusing ganti jumlah aset dan leveraj dlm menentukan pulangan ke atas ekuiti (ROE)

  • ANALISIS DU PONT*

  • *PengurusanPelabur/PembiayaPembekalPesaing Pekerja c) Kepentingan Nisbah Kewangan Kepentingan Nisbah Kewangan

  • *

    Kepentingan Nisbah Kewangan

    1. Pengurusan

    Pihak pengurusan menggunakan nisbah kewangan untuk membuat analisis kewangan supaya dapat membuat perancangan dan kawalan dengan berkesan.

    Pihak pengurusan boleh menentukan bagaimana untuk membiayai aktiviti firma, kegiatan yang patut diceburi oleh firma dan jumlah dividen yang patut dibayar kepada pemegang saham. Menilai prestasi kakitangan syarikat dalam usaha untuk memberikan bonus dan lain-lain.

  • *

    2. Pelabur

    Pemilik firma iaitu pemegang saham sedia ada atau pihak yang berminat: melihat perkembangan firma dari semasa ke semasa.Mengkaji keupayaan, kelemahan dan peluang dalam sesebuah firma sama ada untuk melabur atau melepaskan pegangan ke atas saham syarikat.

  • *

    3. Pembekalpembekal termasuklah kreditor yang memberi pinjaman atau bakal memberi pinjaman .

    Mengetahui sama ada firma mampu membayar semua hutang-hutangnya dan faedah pinjaman dalam tempoh yang sepatutnya.Pengurusan modal kerja syarikat.

  • *

    4. PekerjaGolongan ini berminat utk mengetahui kedudukan syarikat krn prestasi sykt biasanya menjadi asas kpd tuntutan kesatuan sekerja utk mendapatkan bonus, kenaikan gaji & sebagainya.

    5. Pesaing Syarikat-syarikat pesaing menaruh minat terhadap nisbah/penyata kewangan kerana maklumat yang tersedia boleh dijadikan panduan bagi menyusun strategi seterusnya.

  • Batasan dan Kelemahan Analisis Nisbah1. Sukar utk memastikan industri manakah yg paling sesuai utk syarikat.2. Angka purata industri yg diterbitkan adalah satu anggaran hanya utk panduan ttp tidak ditentukan scr saintifik.3. setiap syarikat mengamalkan prosedur perakaunan yg berbeza ini mempengaruhi kiraan nisbah.*

  • Samb.Batasan dan Kelemahan Analisis Nisbah4. Nisbah kewangan yg terlalu tinggi atau rendah boleh memberi maksud yg negatif.- Cth; nisbah semasa yg tinggi kecairan tinggi ttp keuntungan kurang5. Faktor musim mempengaruhi kiraan nisbah. Cth ketika musim perayaan; jualan meningkat6. syarikat boleh memperdayakan maklumat yg dilaporkan dlm penyata k$.

    *

  • *SEKIAN**

    *Iirma