bab pengurusan kewangan
TRANSCRIPT
1
PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN KEWANGAN DI
SEKTOR AWAM
PENCERAMAH:
MD. AZHAN BIN SAMAT
KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (NRE)
2
RANGKA CERAMAH
1) Definisi Pengurusan Kewangan
2) Kenapa Pentingnya Pengurusan Kewangan
3) Kumpulan Wang Disatukan
4) Undang-undang & Peraturan Mengenai
Pengurusan Kewangan Sektor Awam
(Persekutuan)
5) Pihak Berkuasa Dalam Pengurusan
Kewangan
Sektor Awam
6) Siapa Bertanggungjawab Mengenai
Pengurusan
Kewangan Sektor Awam
3
7) Bidang-bidang utama dalam Pengurusan Kewangan Sektor Awam
8) Prinsip Utama Pengurusan Kewangan Sektor Awam
9) Kawalan Pengurusan Kewangan Sektor Awam
10) Kelemahan-kelemahan Dalam Pengurusan Kewangan Sektor Awam
4
DEFINISI PENGURUSAN KEWANGAN
Pengurusan Kewangan adalah proses yangmelibatkan jentera pentadbiran dan kaedah-kaedah di mana dana untuk membiayai perbelanjaan awam diperolehi, dibelanja dan diperakaunkan.
Termasuklah proses-proses yang melibatkan perancangan, pembentukan dan pelaksanaan dasar-dasar mengenai pencukaian, belanjawan, perbelanjaan, perolehan, perakaunan dan lain-lain yang berkaitan dengannya.
5
KOMPONEN PENGURUSAN KEWANGAN
• Perancangan
• Pelaksanaan
• Penyelarasan
• Kawalan
• Penilaian
6
KENAPA PENTINGNYA PENGURUSAN KEWANGAN
Sumber-sumber (manusia, wang, bahan-bahan dan masa) adalah terhad;
Permintaan terhadap sumber-sumber tersebut tidak terhad;
Terdapat alternatif dalam memperolehi dan menggunakan sumber-sumber tersebut;
7
Pengurusan kewangan adalah nadi bagi sesuatu organisasi;
Sumber-sumber ekonomi tidak dapat digerakkan tanpa pengurusan kewangan yang teratur.
8
KUMPULAN WANG DISATUKAN;
Satu Kumpulan Wang dimana semua hasil kerajaan yang diperolehi, kecuali wang berkaitan dengan Agama Islam dimasuk dan diperakaunkan di dalamnya. Wang dalam Kumpulan Wang Disatukan ini tidak boleh dikeluarkan tanpa diluluskan oleh sesuatu undang-undang.
Mengikut Akta Acara Kewangan 1957, tiga(3) Akaun berasingan disenggarakan di bawah Kumpulan Wang Disatukan:
Akaun Hasil Disatukan;
Akaun Amanah Disatukan; dan
Akaun Pinjaman Disatukan.
9
HASILDepositAmanahTerimaan Balik Pendahuluan Pinjaman
Pinjaman Dalam NegeriPinjaman Luar Negeri
KUMPULAN WANG YANG DISATUKAN
AKAUN HASIL AKAUN AMANAH AKAUN PINJAMAN
Bayaran Balik Pinjaman
DEPOSIT
KUMP.WANG AMANAH AWAM
KUMP.WANG AMANAH K’JAAN
KUMP.WANG PINJAMAN P’MAHAN
KUMP.WANG PEMBANGUNAN
TerimaBalik
Pinj. Kpd Agensi K’jaan
PERBELANJAANPEMBANGUNAN
Perbelanjaan Langsung
KUMP.WANG PENJELASCaruman
PERBELANJAANBEKALAN
Caruman
Caruman
Caruman
PERBELANJAANTANGGUNGAN
EmolumenP’matan & BekalanPemilikan Harta ModalPemberian dan Kenaan Tetap
Peruntukan DirajaPencen, Pampasan & GanjaranPerbelanjaan Kerana Hutang NegaraBayaran Atas Perintah Mahkamah
Bayaran BalikPinjaman
CARTA 1: Hubungan Antara Akaun Kumpulan Wang Yang Disatukan
10
UNDANG–UNDANG & PERATURANMENGENAI PENGURUSAN KEWANGAN
AWAM ( PERSEKUTUAN )
Perlembagaan Persekutuan;
Akta Acara Kewangan 1957;
Arahan Perbendaharaan;
Pekeliling Perbendaharaan;
Surat Pekeliling Perbendaharaan; dan
Akta Audit 1957.
11
Struktur Kuasa Dalam Pengurusan Kewangan Sektor Awam
YDP Agong
JWKA Parlimen Jemaah Menteri
Menteri Kewangan
12
PIHAK BERKUASA MENGENAIPENGURUSAN KEWANGAN SEKTOR
AWAM:
PERKARA 39, Perlembagaan:
Kuasa Pemerintah Persekutuan adalah terletak pada Yang Di
Pertuan Agong dan kuasa itu boleh dijalankan oleh mana-
mana Menteri yang diberikuasa oleh Jemaah Menteri, tetapi
Parlimen boleh dengan undang-undang memberi tugas-tugas
pemerintah kepada orang-orang lain.
13
Seksyen 6(1), Akta Tatacara Kewangan 1957 :
Berhubung dengan pengurusan kewangan awam, Yang Di Pertuan Agong bertindak menurut nasihat Jemaah Menteri melalui Menteri Kewangan yang telah diberikuasa eksekutif oleh Badan Perundangan
14
SIAPA BERTANGGUNGJAWAB MENGENAI PENGURUSAN KEWANGAN
SEKTOR AWAM:
Menteri Kewangan adalah bertanggungjawab secara keseluruhan ke atas Pengurusan Kewangan Kerajaan Persekutuan.
Seksyen 6(1), Akta Acara Kewangan 1957 (dipinda 1972) menyatakan :
“ Pengurusan Kumpulan Wang Disatukan dan kawalan dan arahan bagi semua perkara berhubung dengan hal ehwal Kewangan Persekutuan … terletak hak pada Menteri.”
15
Mengikut Seksyen 15(A)1, Akta Acara Kewangan - Menteri
Kewangan dibenarkan untuk menurunkan kuasanya
kepada Pegawai Pengawal yang juga menjadi Ketua Pegawai
Perakaunan bagi agensi-agensi di bawah kawalannya untuk
melaksanakan tugas pengurusan kewangan di Agensi
masing-masing.
16
Pegawai Pengawal pula secara bertulis boleh
melantik pegawai-pegawai di bawah jagaannya
untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab tersebut.
Namun, Pegawai Pengawal tidak boleh melepaskan diri
dari tanggungjawab tersebut.
17
Pegawai Pengawal – Pegawai Perakaunan
Pegawai Pengawal : Pegawai yang dilantik oleh
Menteri Kewangan atau Menteri Besar di bawah
Sek.15A(1) ATK 1957 yang bertanggungjawab dalam
pengurusan wang awam dan juga sebagai Ketua
Pegawai Perakaunan bagi agensi di bawah kawalannya.
18
Pegawai Perakaunan : Pegawai yang ditugaskan berkenaan
dengan apa-apa wang atau barang-barang awam.
Mengikut Akta Acara Kewangan 1957 :
“Pegawai Perakaunan” termasuklah tiap-tiap
pegawai awam yang dipertanggungjawabkan
dengan tugas-tugas berikut :
19
a) Memungut, menerima atau mengakaun wang
awam;
b) Membayar atau membelanjakan wang awam;
dan
c) menerima, menyimpan atau melupus
barang-barang awam.
20
BIDANG-BIDANG UTAMA DALAM PENGURUSAN KEWANGAN SEKTOR AWAM
1) Pengurusan Belanjawan;
2) Pengurusan Hasil;
3) Pengurusan Perolehan;
4) Pengurusan Perbelanjaan;
5) Pengurusan Perakaunan; dan
6) Pengurusan Aset.
21
(1) PENGURUSAN BELANJAWAN
DEFINASI :
‘‘Belanjawan merupakan satu pernyataan hasil
dan perbelanjaan bagi masa hadapan yang
digunakan sebagai alat perancangan sumber
ekonomi bagi memenuhi keperluan negara/
rakyat’’
22
Faedah-faedah pengurusan belanjawan berkesan :
a) Membolehkan Jabatan merancang hasil dan perbelanjaan jangka pendek dan jangka panjang;
b) Menentukan pengagihan sumber-sumber kewangan mengikut keutamaan; dan
c) Sesuatu dasar yang dirancang akan dapat dicapai.
(1) PENGURUSAN BELANJAWAN
23
EXPENDITURE BUDGET CYCLE 2005-2006EXPENDITURE BUDGET CYCLE 2005-2006
FEDERAL TREASURY(BUDGET MANAGEMENT DIVISION) NOVEMBER 2004
Determination of ET by Treasury
JANUARY 2005 Circular
For New YearEstimates
MARCH 2005Receive
submissionsand BRO makesIndividual Study
APRIL 2005Preliminary
Hearing
AUGUST-SEPT. 2005Approval of New Year
Estimates by the Minister of Finance and Cabinet
OCTOBER 2005Budget Document
Printed and submittedto Parliament
OCT. - DEC. 2005Parliament Debates and Approves
New Year Budget
END OF DECEMBER 2005Minister of Finance issuesWarrant of Expenditure
JANUARY 2006Budget Execution
by Agencies
JAN. - FEB. 2005Agencies Prepareand Submit NewYear Estimates
MAY-JULYBudget-Hearing
24
(2) PENGURUSAN HASIL
DEFINASI :
Hasil merupakan semua jenis pendapatan yang
diterima oleh Kerajaan. Hasil terbahagi kepada 2,
iaitu :
a) Hasil cukai; dan
b) Hasil bukan cukai.
25
Jenis-jenis Hasil :-
a) Hasil Cukai :
i. Langsung (cth: Cukai
Pendapatan)
ii. Tak Langsung (cth: Duti Eksais,
Duti Import)
b) Hasil Bukan Cukai :
Contoh - Lesen, denda, sewaan,
bayaran
perkhidmatan
(2) PENGURUSAN HASIL
26
(2) PENGURUSAN HASIL
Perkara-perkara yang diberi perhatian dalam
pengurusan hasil yang baik :-
a) Semua bayaran yang dipungut hendaklah
sentiasa disemak dan dikemaskini;
b) Tindakan hendaklah diambil bagi memungut
tunggakan hasil;
c) Resit rasmi hendaklah dikeluarkan segera
bagi semua terimaan wang;
27
(2) PENGURUSAN HASIL
d) Semua buku resit, lesen dan dokumen
seumpamanya disimpan di tempat yang selamat;
e) Semua terimaan hasil dimasukkan ke dalam bank
dengan seberapa segera; dan
f) Satu penyata pungutan hasil hendaklah
disediakan dan dikemaskini.
28
(3) PENGURUSAN PEROLEHAN
DEFINASI :
Satu proses untuk memperolehi input-input yang
diperlukan oleh sesebuah organisasi dengan cekap
pada kos yang paling menguntungkan dan
memenuhi keperluan pelanggan. Terdapat 3 jenis,
iaitu:
a) Bekalan; b) Perkhidmatan; danc) Kerja.
29
(3) PENGURUSAN PEROLEHAN
Terdapat beberapa kaedah perolehan, antaranya
seperti berikut :
a) Panjar Wang Runcit (< RM500); b) Pembelian Terus(>RM500 – RM50,000); c) Sebutharga (>RM50,000 – RM200,000);d) Tender(>RM200,000);e) Rundingan Terus (Tiada had); f) Gotong royong (< RM100,000); g) Kontrak Pusat; dan h) Pembelian Darurat (Tiada had).
30
(4) PENGURUSAN PERBELANJAAN
DEFINASI :
Wang yang dibelanjakan selaras dengan semua
undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.
Perbelanjaan terbahagi kepada 3, iaitu :
a) Mengurus; b) Pembangunan; danc) Amanah.
31
a) Belanja Mengurus terbahagi kepada 2, iaitu
:
i) Perbelanjaan Tanggungan (T); dan
ii) Perbelanjaan Bekalan (B).
(4) PENGURUSAN PERBELANJAAN
32
i) PERBELANJAAN TANGGUNGAN :
Perbelanjaan berkaitan dengan Perkara 98
Perlembagaan Persekutuan yang dipertanggungkan
terus kepada Kumpulan Wang Disatukan oleh
Perlembagaan. Peruntukan menggunakan Kod
Perbelanjaan ‘T’ dan diikuti kod angka
Kementerian/Jabatan. (Contoh : T08 – JPA)
(4) PENGURUSAN PERBELANJAAN
33
ii) PERBELANJAAN BEKALAN :
Semua jenis perbelanjaan untuk membiayai kegiatan/
aktiviti jabatan dalam menyediakan perkhidmatan
kepada rakyat. Peruntukan menggunakan Kod
Perbelanjaan ‘B’ dan diikuti kod angka Kementerian/
Jabatan. (Contoh : B43 – NRE)
(4) PENGURUSAN PERBELANJAAN
34
b) Belanja Pembangunan :
Merupakan perbelanjaan berbentuk modal yang
biasanya tidak berulang dan ia mendatangkan
faedah dalam jangka panjang. Peruntukan
menggunakan Kod Perbelanjaan ‘P’ dan diikuti kod
angka Kementerian/Jabatan (Contoh : P43 – NRE)
(4) PENGURUSAN PERBELANJAAN
35
Ciri-ciri Belanja Pembangunan :
Melibatkan peruntukan yang besar (5 tahun);
Aliran tunai berjangka panjang;
Memerlukan penyeliaan dan penyelenggaraan;
dan
Dibiayai dari sumber pinjaman.
(4) PENGURUSAN PERBELANJAAN
36
c) PERBELANJAAN AMANAH :
Wang Amanah yang diterima daripada pihak-pihak
tertentu untuk perbelanjaan bagi sesuatu tujuan.
Kebiasaannya diberi melalui geran tahunan dan
kawalan perlu dilakukan serta laporan dikemukakan
kepada pihak yang memberi.
(4) PENGURUSAN PERBELANJAAN
37
DEFINASI :
Urusan yang melibatkan pembayaran,
penyelenggaraan akaun kerajaan dan penyediaan
penyata kewangan kerajaan berlandaskan undang-
undang/ peraturan semasa.
(5) PENGURUSAN PERAKAUNAN
38
(5) PENGURUSAN PERAKAUNAN
Rekod-rekod dan daftar yang perlu
diselenggara dan dikemaskinikan ialah :-
a) Buku Vot;
b) Daftar Bil;
c) Daftar Baucer;
d) Daftar Bayaran; dan
e) Daftar Cek Terbatal.
39
DEFINASI :
Proses menjaga, mengawal, memelihara,
mengendali dan menyelenggara harta berbentuk
fizikal yang mempunyai nilai dan diperolehi sama
ada untuk digunakan terus atau pada masa akan
datang. Ia bermula sejak aset diperolehi sehingga
ia dilupuskan atau dihapuskira.
(6) PENGURUSAN ASET
40
KATEGORI ASET KERAJAAN :
a) Tetap (Tak Alih) :
i. Tanah (di bawah bidang kuasa
JKPTG)
ii. Bangunan (bidang kuasa JKR)
b) Alih :
i. Harta Modal
ii. Inventori
iii. Bekalan Pejabat
iv. Stok dalam stor
(6) PENGURUSAN ASET
41
PENGURUSAN ASET MELIPUTI :
a) Perolehan
b) Pendaftaran
c) Pemeriksaan
d) Penyelenggaraan
e) Pelupusan
f) Kehilangan dan hapuskira
(6) PENGURUSAN ASET
42
PRINSIP PENGURUSAN KEWANGAN
1) LEGALITI
Bermaksud pengurusan kewangan mestilah mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang digubal untuknya
2) AKAUNTABILITI
Bermaksud memikul amanah untuk menjalankan aktiviti yang ditentukan secara bertanggungjawab ke atas kejayaan ataupun kegagalannya
Terbahagi kepada 2, iaitu :
43
PRINSIP-PRINSIP LEGALITITERBAHAGI KEPADA 5 PERINGKAT UTAMA:-
i. TERIMAAN WANG AWAM
ii. SIMPANAN WANG AWAM (CUSTODY)
iii. PENGELUARAN WANG AWAM
iv. BAYARAN WANG AWAM
v. PERAKAUNAN WANG AWAM
44
i. LEGALITI TERIMAAN WANG AWAM
• Tiada apa-apa cukai boleh dikenakan tanpa undang-undang
• Kutipan hasil (cukai/yuran) hanya boleh dibuat berasaskan akta (Perkara 96 Perlembagaan Persekutuan)
• Pinjaman kewangan hanya boleh dibuat di bawah kuasa Undang-Undang Persekutuan (Perkara III Perlembagaan)
45
ii. LEGALITI SIMPANAN WANG AWAM (CUSTODY)
Semua hasil yang dikutip mestilah
dimasukkan dalam Kumpulan Wang Disatukan
(Perkara 97 Perlembagaan) – kecuali
hasil kutipan berkaitan Agama Islam seperti zakat,
fitrah dan lain-lain.
46
iii.LEGALITI PERBELANJAANWANG AWAM
Tiada apa-apa perbelanjaan/pembayaran boleh
dibuat daripada Kumpulan Wang Disatukan
kecuali apabila peruntukan yang ditetapkan bagi
sesuatu maksud perbelanjaan telah dibenarkan
dari segi undang-undang.
47
AKAUNTABILITI
“ Akauntabiliti ialah obligasi seseorang untuk
memberi jawapan dan penjelasan mengenai
tindakan dan prestasinya kepada pihak yang
berhak untuk mendapatkan jawapan dan
penjelasan mengenai sesuatu yang
dipertanggungjawabkan keatasnya’’
48
INSTRUMEN-INSTRUMEN AKAUNTABILITI
AKAUNTABILITI FISKAL
AKAUNTABILITI PENGURUSAN
AKAUNTABILITI PROGRAM
49
AKAUNTABILITI FISKAL
Dari segi Integriti Kewangan, maklumat
(disclosure) pematuhan kepada
undang-undang dan peraturan
pentadbiran awam
50
AKAUNTABILITI PENGURUSAN
Dari segi penggunaan tenaga manusia
dan sumber-sumber lain secara cekap
dan ekonomik
51
AKAUNTABILITI PROGRAM
Dari segi impak program, iaitu sama ada
sesuatu program mencapai objektif yang
dirancangkan, dan opsyen yang terbaik
telah dipilih untuk mencapai objektif
berkenaan dengan mengambilkira jumlah
kos dan output
52
KAWALAN PENGURUSAN KEWANGANSEKTOR AWAM
i. KAWALAN PARLIMEN
- Parlimen
- J/kuasa Kira-Kira Awam (PAC)
- Ketua Audit Negara
ii. PERBENDAHARAAN
iii. KEMENTERIAN/JABATAN
53
KELEMAHAN DALAM PENGURUSANKEWANGAN SEKTOR AWAM
PENYEDIAAN PERUNTUKAN BELANJAWAN YANG MELEBIHI DARIPADA KEPERLUAN;
PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN YANG TIDAK DIBELANJAKAN;
PERBELANJAAN YANG MELEBIHI PERUNTUKAN;
BUKU VOT TIDAK DISELENGGARAKAN DENGAN LENGKAP DAN KEMASKINI;
54
BAUCER BAYARAN TIDAK DISOKONG DENGAN LENGKAP DAN DISAHKAN DENGAN SEWAJARNYA;
KELEMAHAN DALAM PENGURUSAN HARTA/STOR KERAJAAN;
KELEMAHAN DALAM SISTEM KAWALAN DALAMAN BAGI KUTIPAN HASIL
KELEMAHAN DARI SEGI PERANCANGAN
KELEMAHAN PENGURUSAN PEROLEHAN DAN KONTRAK DLL.
55
SEKIANTERIMA KASIH