nota ketamadunan manusia bab 3 (repaired)

Upload: hazman-azhar

Post on 04-Apr-2018

352 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Nota Ketamadunan Manusia Bab 3 (Repaired)

    1/35

    1Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

    Nota SJH1105 Ketamadunan Manusia

    KOMPONEN TIGA: PEPERANGAN DAN SISTEM PERTAHANAN

    (A) TAMADUN DUNIA

    KONSEP

    Ketahanan: Ketahanan ertinya ketabahan , kecekalan dan kesabaran dalam

    menghadapi sebarang ancaman dan dugaan serta tidak mudah luntur dalam

    perjuangan.

    Ketahanan terdiri daripada ketahanan rohani/spiritual dan ketahanan fizikal.

    Ketahanan rohani/spiritual meliputi aspek-aspek agama dan moral. Ketahanan fizikal

    merangkumi aspek-aspek lahiriah termasuk pembinaan jasmani dan ketenteraan.

    Ilmu pengetahuan, pengalaman, kecekapan dan pelaksanaan yang betul merupakan

    asas-asas yang penting dalam pembinaan ketahanan fizikal dan rohani bagi sesebuah

    masyarakat dan negara.

    Ketahanan rohani dan fizikal mestilah dibina secara seimbang dan sepadu.

    Ketahanan diri, masyarakat dan negara merupakan persediaan yang wajar dan perlu

    diambil perhatian yang serius bagi melaksanakan tahap kedua iaitu pertahanan.

    Pertahanan: Pertahanan ialah perihal mempertahankan diri, masyarakat, agama dan

    negara daripada serangan musuh.

    Membela golongan yang lemah, teraniaya dan dizalimi juga termasuk dalam erti

    pertahanan Mempertahankan hak dan tanggungjawab memerlukan pengorbanan

    yang besar dari segi harta,, masa, jiwa dan nyawa.

    TAMADUN MESOPOTAMIA

    Orang Sumeria adalah orang yang pertama di kalangan manusia awal yang

    mengetahui tentang taktik-taktik peperangan.

    Walaubagaimanapun, mereka bersifat kemanusiaan, bijak membuat ramalan

    berdasarkan agama dan tidak mempunyai cita-cita berperang yang bersungguh-

    sungguh.

  • 7/31/2019 Nota Ketamadunan Manusia Bab 3 (Repaired)

    2/35

    2Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

    Nota SJH1105 Ketamadunan Manusia

    Mereka berperang dengan cara berbaris-baris dan berdiri rapat-rapat. Senjata

    mereka ialah tombak dan lembing dan memakai topi kulit.

    Pemerintah membina tembok pertahanan untuk mencegah pencerobohan musuh

    dan melindungi penduduknya. Dalam masa-masa mereka berhenti bertelingkah sesama sendiri, orang Sumeria ini

    bersatu pula memerangi puak nomad yang sentiasa menyerbu dataran-dataran

    subur dan menjadi ancaman besar kepada peradaban Sumeria.

    Mereka bukan sahaja diganggu oleh puak yang berpindah randah bahkan juga oleh

    orang Semitik yang tinggal di Akkad (kawasan yang terletak di bahagian utara

    dataran Sinnai).

    Orang Semitik berperang dengan cara terbuka, menggunakan panah dan buat

    beberapa abad tidak dapat ditandingi oleh orang Sumeria.

    Permusuhan dan peperangan sering berlaku di antara negara-negara kota di

    Mesopotamia atas sebab tuntutan air dari sungai yang menjadi punca kekayaan.

    Contohnya ialah peperangan yang berlaku antara negara kota Ur dan Urech adalah

    kerana hendak menguasai hilir Sungai Euphrates.

    Akibat daripada peperangan demi peperangan di antara negara-negara kota, maka

    berlakulah pertukaran pemerintah, kemusnahan negara-negara kota dan keruntuhan

    tamadun Mesopotamia.

    Pada tahun kira-kira 2750SM, Raja Sargon dari Akkadia telah menguasai tamadun

    Mesopotamia. Beliau menguasai semua negara kota dan meluaskan empayarnya

    dari Elam di Timur hingga ke Laut Mediterranean.

    Pada kira-kira tahun 2200 SM sekumpulan orang nomad iaitu Amorites telah

    menyerang Mesopotamia dan berjaya menawan Babylon. Babylon telahberkembang menjadi sebuah negara kota yang indah, kuat dan masyhur di bawah

    pemerintahan Hammudrabi (1709SM 1669SM).

    Hammurabi telah mendirikan kubu di setiap kota. Kubu-kubu itu dikawal oleh

    angkatan tentera. Kubu Babylonlah yang paling terkenal di antara kubu-kubu yang

    dibina.

  • 7/31/2019 Nota Ketamadunan Manusia Bab 3 (Repaired)

    3/35

    3Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

    Nota SJH1105 Ketamadunan Manusia

    Ketahanan dan Pertahanan Tamadun Mesopotamia

    Sebagai salah satu bentuk pertahanan, pemerintah bagi sesebuah negara kota dalam

    tamadun Mesopotamia bertindak membina kubu pertahanan bagi melindungi

    negara kota daripada serangan musuh.

    Dalam hal ini, sesebuah kubu pertahanan dalam ketamadunan Mesopotamia

    mengandungi bahagian tembok (dinding kota), terowong dan kubu. Tembok kota

    kebiasaannya dibina mengelilingi sesebuah negara kota dengan dibina beberapa

    buah pintu gerbang pada tembok kota sebagai pintu masuk.

    Sebagai contoh, Hammurabi ketika menguasai Mesopotamia telah mendirikan kubu

    di setiap kota sebagai pertahanan terutamanya di Kota Babylon.

    Kubu pertahanan adalah penting kepada ketamadunan Mesopotamia yang sering

    diserang oleh orang gasar dan nomad yang sering menyerbu kawasan delta dan

    dataran subur yang kaya dengan hasil pertanian. Selain itu, persengketaan antara

    sesebuah negara kota dengan negara kota yang lainnya membawa kepada keperluan

    sebuah kota yang mampu bertahan dalam semua jenis serangan daripada luar.

    Organisasi Ketenteraan Tamadun Mesopotamia

    Tentera dalam tamadun Mesopotamia terbahagi kepada tentera terlatih yang

    profesional (dikenali sebagai Agaush ) dan tentera yang dikerah dalam kalangan

    rakyat biasa dan hamba yang dikenali sebagai Eren .

    Di bawah bahagian tentera profesional (Agaush) terdapat tiga unit ketenteraan yang

    berbeza yang dikelaskan mengikut fungsinya iaitu Unit Risikan, Unit Kejuruteraan

    dan Unit Logistik.

    Sebagai contoh, unit Logistik merujuk kepada unit tentera yang berperanan

    terhadap persenjataan dan peralatan lain seperti ubatan dan makanan. Dalam unit

    ini misalnya, sekumpulan tentera wanita turut dibentuk oleh pemerintah

    Mesopotamia bagi menyediakan makanan kepada para tentera.

  • 7/31/2019 Nota Ketamadunan Manusia Bab 3 (Repaired)

    4/35

    4Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

    Nota SJH1105 Ketamadunan Manusia

    Dalam organisasi perang, terdapat tiga jenis tentera yang digunakan oleh tamadun

    Mesopotamia iaitu tentera pejalan kaki (infantri), tentera berkuda (kavalri) dan

    tentera berkereta kuda.

    Antara persenjataan yang digunakan dalam perang termasuklah lembing, panah,busur dan pedang kecil.

    Unit kereta kuda dalam tamadun Mesopotamia digunakan secara meluas ketika

    pemerintahan Hammurabi dan peranannya lebih kepada menjalankan tugas-tugas

    logistik dalam peperangan seperti mengangkut peralatan perang dan tentera.

    Struktur pemerintahan tentera dalam tamadun Mesopotamia adalah Raja sebagai

    pemerintah tertinggi dalam turus angkatan tentera dan dibantu oleh para pegawai

    dalam kalangan tentera profesional (Agaush) .

    RUMUSAN TENTANG PERANG DAN PERTAHANAN DALAM TAMADUN MESOPOTAMIA

    Sebab Perang 1. Mempertahankan negara daripada serangan orang

    gasar dan nomad

    2. Perebutan wilayah disebabkan sempadan negara

    kota yang tidak jelas.

    3. Perebutan sumber air untuk pertanian

    Strategi Pertahanan dan Serangan 1. Pemerintah Mesopotamia membina tembok di

    sekeliling kota untuk mencegah pencerobohan luar.

    2. Kerjasama pertahanan antara negara kota dalam

    mengawasi delta pertanian daripada serangan orang

    gasar atau nomad.

    3. Tentera dalam tamadun Mesopotamia juga

    berkemahiran dalam merobohkan kubu pertahanan

    musuh dalam strategi menyerang.

    4. Ketika menyerang, taktik jeritan perang, membakar

  • 7/31/2019 Nota Ketamadunan Manusia Bab 3 (Repaired)

    5/35

    5Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

    Nota SJH1105 Ketamadunan Manusia

    kubu dan membunuh tawanan digunakan bagi

    melemahkan psikologi musuh.

    Peranan Pemerintah 1. Ketua tertinggi turus angkatan tentera2. Berperanan membentuk dan memimpin angkatan

    tentera.

    3. Merekrut rakyat merdeka dan buruh paksa menjadi

    tentera kerahan (Eren)

    4. Mewujudkan jawatan Agaush (tentera profesional)

    Jenis Tentera Angkatan tentera Mesopotamia terbahagi kepada dua

    bahagian iaitu tentera profesional (Agaush) dan

    tentera kerahan (Eren).

    Unit tentera pula terbahagi kepada tentera pejalan

    kaki (infantri) dan tentera berkereta kuda dan tentera

    berkuda (kavalri).

    Persenjataan 1. Kapak dan lembing

    2. Kereta berkuda

    3. Panah

    4. Pedang

    5. Perisai dan topi

  • 7/31/2019 Nota Ketamadunan Manusia Bab 3 (Repaired)

    6/35

    6Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

    Nota SJH1105 Ketamadunan Manusia

    TAMADUN MESIR

    Pertahanan dalam Tamadun Mesir

    Tamadun Mesir Purba sering diserang oleh orang-orang gasar. Untuk itu, perangsering berlaku antara Mesir dan orang gasar dalam mempertahankan delta yang

    subur.

    Pada zaman Kerajaan Lama, Mesir menghadapi ancaman daripada orang-orang Libya

    dan Nubia. Kemudiannya, menjelang Dinasti Kedua, kerajaan Mesir menjadi tidak

    stabil dan sering diserang oleh orang-orang Hykos .

    Ketenteraan Hykos yang menggunakan kereta kuda dan busur dalam peperangan

    telah mempengaruhi sistem perang Mesir selepasnya.

    Dalam aspek pertahanan tentera misalnya, tentera Mesir turut dibekalkan dengan

    perisai bagi melindungi diri mereka daripada senjata musuh dalam peperangan.

    Selain itu, kedudukan kerajaan Mesir yang berhampiran dengan laut memerlukan

    kawalan pertahanan yang baik dalam kawasan perairan mereka bagi mengatasi

    serangan daripada musuh terutamanya daripada orang Phonecia.

    Oleh itu, satu angkatan tentera laut telah dibentuk bagi mengawasi perairan mereka

    yang terdiri daripada tentera yang menggunakan kapal dan perahu.

    Organisasi Ketenteraan dalam Tamadun Mesir

    Ketua angkatan tentera dalam tamadun Mesir adalah Firaun sendiri yang bertindak

    sebagai Komander Agung. Firaun juga dibantu oleh seorang Timbalan Komander

    Agung yang merupakan putera mahkota bagi kerajaan Mesir. Bagi membincangkan soal keselamatan dan pertahanan negara, sebuah majlis dalam

    kalangan pemimpin negara telah diwujudkan.

    Di peringkat wilayah pula, Wazir berperanan dan bertanggungjawab bagi menjaga

    wilayah Mesir daripada ancaman dan pencerobohan musuh.

    Tamadun Mesir Purba juga mempunyai sistem pengurusan ketenteraan yang baik.

    Dalam pengurusan ketenteraan, jawatan tertinggi bagi jabatan tersebut disandang

    oleh jurutulis diraja, diikuti ketua jurutulis, ketua kerani dan kerani-kerani tentera.

  • 7/31/2019 Nota Ketamadunan Manusia Bab 3 (Repaired)

    7/35

    7Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

    Nota SJH1105 Ketamadunan Manusia

    Dalam hal ini, kerani tentera berperanan dalam menyimpan rekod anggota tentera,

    mengawasi kerja-kerja merekrut anggota baru, mengedarkan makanan,

    menguruskan pengangkutan, menulis laporan, melakukan kerja-kerja

    kesetiausahaan, dan mengagihkan tentera untuk kerja-kerja awam. Sungguhpun kerani tidak terlibat secara langsung dalam medan peperangan, namun

    kecekapan mereka mentadbir organisasi tentera yang besar mampu menjayakan

    misi peperangan Mesir.

    Dari segi unit ketenteraan pula, tentera Mesir terbahagi kepada tentera pejalan kaki

    dan tentera berkereta kuda. Tentera berkereta kuda kebiasaannya terdiri dari

    kalangan anak-anak golongan bangsawan yang memiliki sendiri peralatan kereta

    kuda tersebut.

    Dalam zaman kerajaan lama, semua rakyat dikerah menjadi tentera dari segenap

    lapisan dan hierarki politik termasuk golongan bangsawan, rakyat biasa dan

    golongan hamba.

    Kemudiannya, pada zaman Thutmose III, sebuah pasukan tentera profesional telah

    dibentuk dan bertanggungjawab untuk meluaskan wilayah Mesir sehingga ke tebing

    Sungai Euphrates dan Utara Sudan.

    Selain itu, Firaun Amenhotep III pula telah mewujudkan sebuah unit tentera upahan

    dalam kalangan orang Yunani bagi memerangi masyarakat Assyria.

    Dari aspek persenjataan pula, tentera Mesir telah menggunakan lembing bermata

    besi, panah, pisau kecil dan perisai. Selain itu, ketika perang Mesir menentang Hykos ,

    senjata berasaskan gangsa dan kereta kuda gangsa telah digunakan.

    Ketika zaman Kerajaan Baru pula, armada tentera laut diperkenalkan bagi

    mengawasi perairan Mesir dengan menggunakan kapal dan perahu. Antara ancamanterbesar kepada Mesir di laut adalah masyarakat Phonecia yang mahir tentang laut

    dan pelayaran.

    Dari aspek strategi perang pula, tentera Mesir pada zaman Amhose misalnya telah

    disusun rapi mengikut pedati kuda dan dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu

    bahagian tengah dan bahagian tepi. Ketika melakukan serangan, mereka

    menggunakan taktik gerak rusuk.

  • 7/31/2019 Nota Ketamadunan Manusia Bab 3 (Repaired)

    8/35

    8Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

    Nota SJH1105 Ketamadunan Manusia

    RUMUSAN TENTANG PERANG DAN PERTAHANAN DALAM TAMADUN MESIR

    Sebab Perang 1. Mempertahankan negara terutamanya dataran

    tanah subur daripada serangan orang gasar seperti

    orang Libya, Nubia dan Hykos.

    2. Melakukan perluasan wilayah sehingga ke Sungai

    Euphrates dan Utara Sudan.

    3. Mempertahankan perairan Mesir daripada serangan

    orang Phonecia.

    Strategi Pertahanan dan Serangan 1. Tentera upahan daripada Yunani digunakan bagi

    menghadapi tentera Assyria.

    2. Bagi menghadapi tentera Hykos, penggunaan kereta

    kuda dan busur telah diperluas.

    3. Armada laut dibentuk bagi mengawasi kawasan

    perairan.

    4. Serangan dibuat dalam beberapa sayap (bahagian

    ketenteraan) dan melakukan serangan secara gerak

    rusuk.

    Peranan Pemerintah 1. Firaun merupakan Komander Agung kepada turus

    angkatan tentera dan dibantu oleh Putera Mahkota

    sebagai timbalannya.

    2. Berperanan membentuk dan memimpin angkatan

    tentera.

    3. Membentuk majlis negara bagi membincangkan soal

    keselamatan dan pertahanan negara.

    4. Mengetuai sendiri peperangan terutamanya pada

    zaman Tutmose.

  • 7/31/2019 Nota Ketamadunan Manusia Bab 3 (Repaired)

    9/35

    9Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

    Nota SJH1105 Ketamadunan Manusia

    Jenis Tentera Angkatan tentera Mesir pada Zaman Kerajaan

    Lama dikerah dari segenap lapisan masyarakat

    termasuk golongan bangsawan, rakyat dan

    hamba. Unit tentera pula terbahagi kepada tentera

    pejalan kaki dan tentera berkereta kuda yang

    terdiri daripada anak golongan bangsawan.

    Armada darat dan laut diwujudkan.

    Tentera upahan Yunani dibentuk.

    Unit perkeranian tentera yang melakukan

    tugasan mengurus ketenteraan yang

    memainkan peranan menguruskan rekod,

    memantau rekrut tentera, mengedar makanan,

    mengurus pengangkutan, menulis laporan dan

    menetapkan tugas awam tentera.

    Persenjataan 1. Lembing bermata besi

    2. Kereta berkuda (pedati)

    3. Busur dan panah

    4. Senjata berasaskan gangsa

    5. Pisau kecil

    6. Perisai

  • 7/31/2019 Nota Ketamadunan Manusia Bab 3 (Repaired)

    10/35

    10Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

    Nota SJH1105 Ketamadunan Manusia

    TAMADUN INDUS

    Ketahanan dan Pertahanan dalam Tamadun Indus

    Bagi mempertahankan kota-kota mereka, masyarakat dalam tamadun Indus telahmembina tembok-tembok di sekeliling kota mereka daripada diserang musuh.

    Contohnya, Bandar Rajagraha iaitu ibu kota Maghada mempunyai tembok kota yang

    memanjang bagi melindungi kota mereka.

    Di ibu kota yang menjadi pusat pemerintahan Maurya iaitu Pataliputra, hampir 570

    buah menara kawalan dibina di sekeliling kota bagi mengesan sebarang pergerakan

    musuh ke arah kota sekiranya berlaku.

    Dalam diri orang Arya, perang bukanlah bertujuan untuk menyelesaikan konflik akan

    tetapi menganggap perang itu sendiri sebagai satu bentuk sukan diraja .

    Perkara itu telah diubah ketika penguasaan Dinasti Maurya ke atas kawasan Lembah

    Indus. Ketika zaman Asoka misalnya, kedamaian dan kemajuan sosial ditekankan dan

    baginda menekankan penyebaran agama Buddha bagi meluaskan jajahan takluk

    Maurya.

    Selain itu, kekuatan bala tentera yang besar memainkan peranan yang penting bagi

    mengukuhkan pertahanan dan kekuatan dalam tamadun Indus. Misalnya

    Chandragupta Maurya mempunyai lebih 600 000 orang tentera ketika zaman

    pemerintahannya dan pada zaman pemerintahan Rajaraja I, jumlah tentera melebihi

    900 000 orang.

    Bagi mengukuhkan pertahanan juga, Asoka misalnya berjaya menamatkan sengketa

    dalam Perang Saudara dan berjaya menyatukan kerajaan-kerajaan kecil di Lembah

    Indus sekaligus memperkuatkan lagi ketamadunan mereka.

  • 7/31/2019 Nota Ketamadunan Manusia Bab 3 (Repaired)

    11/35

    11Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

    Nota SJH1105 Ketamadunan Manusia

    Organisasi Ketenteraan dalam Tamadun Indus

    Dalam tamadun Indus, Raja berperanan mengetuai angkatan tentera dan memimpin

    sendiri tenteranya dengan dibantu oleh para putera baginda dan kerabat diraja.

    Raja pula akan dibantu oleh Panglima Agung dalam angkatan tentera dikenali

    sebagai Mahasenapati. Seterusnya, Mahasenapati dibantu pula oleh kapten yang

    dikenali sebagai Nayaka .

    Pentadbiran ketenteraan dalam tamadun Indus sangat teratur di mana terdapat

    beberapa unit ketenteraan dalam sesebuah angkatan tentera.

    Unit asas dalam tentera mereka adalah patti (platun), yang terdiri daripada lima

    orang tentera pejalan kaki, tiga orang tentera berkuda, seorang tentera berkereta

    kuda dan seorang tentera bergajah.

    Gabungan tiga patti akan membentuk senamukka . Senamukka kemudiannya akan

    membentuk aksauhini iaitu sebuah angkatan tentera yang lengkap. Angkatan tentera

    yang lengkap terdiri daripada 21 870 tentera berkereta kuda, 21 870 tentera

    bergajah, 65 610 tentera berkuda, dan 109 350 infantri.

    Bilangan tentera India juga adalah antara yang teramai di dunia. Misalnya,

    Chandragupta Maurya memiliki 600 000 orang tentera infantri, 300 000 ekor kuda,9000 ekor gajah dan 8000 ekor kereta kuda.

    Dari sudut persenjataan pula, senjata yang digunakan oleh tentera bertambah baik

    dari semasa ke semasa. Antara yang digunakan termasuklah kapak, pisau kecil,

    busur, anak panah, belantan dan tali pelontar batu.

    Pada zaman Vedik, busur, anak panah, lembing, kapak dan pedang digunakan.

    Kebanyakan senjata tersebut akan diletakkan racun pada hulu matanya dan

    menyebabkan musuh akan lebih cepat menemui ajal apabila terkena tetakan atau

    libasan daripada senjata.

    Tentera berkuda pula dilindungi dengan lebih baik dengan dipakaikan topi dan baju

    besi yang diperbuat daripada tembaga.

    Pada zaman Gupta, panglima tentera akan menunggang kuda dan dikelilingi oleh

    para pengawal manakala gajah pula akan dilekatkan dengan peralatan yang

    diperbuat daripada kepingan logam khas.

    Kemudiannya, pada zaman Asoka sebuah armada tentera laut telah diperkenalkan.

  • 7/31/2019 Nota Ketamadunan Manusia Bab 3 (Repaired)

    12/35

    12Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

    Nota SJH1105 Ketamadunan Manusia

    Selain itu, tentera dalam tamadun Indus turut menerima wang gaji tahunan iaitu di

    antara 500 hingga 48 000 wang panas.

    Bayaran 48 000 wang panas diterima oleh Ketua Turus Angkatan Tentera.

    Sebagai taktik perang yang baik, pembinaan kem tentera dilaksanakan dalamperang. Kem-kem sementara ini penting sebagai petempatan sementara ketika

    perang selain untuk keperluan logistik seperti perubatan, bekalan senjata dan

    makanan.

    Malah, ketika perang Raja akan membawa semua ahli keluarganya dan para gundik,

    penasihat dan hamba ke kem tentera tersebut. Hal ini menyebabkan kem tentera

    sangat dikawal ketat.

    Selain mempunyai tentera yang berperang, kerajaan dalam tamadun Indus turut

    mewujudkan unit risikan yang melakukan tugasan pengintipan terhadap musuh dan

    mengesan tanda-tanda pemberontakan yang mungkin berlaku di bawah jajahan

    takluk Indus yang luas.

    Kekuatan ketenteraan ketika era Dinasti Maurya diperkuatkan lagi dengan

    kebijaksanaan seorang menteri Brahmin yang bernama Kautilya. Beliau dianggap

    sebagai seorang pemikir perang (sama seperti Sun Tzu dalam Tamadun China) dan

    karya agungnya adalah Arthasastra (Science of Gain).

    Idea-idea beliau telah dipraktikkan oleh Chandragupta Maurya dan Asoka dalam

    meluaskan jajahan takluk Maurya.

    Dalam pemikirannya, Kautilya mencadangkan beberapa cara termasuklah tipu helah

    bagi melemahkan musuh. Selain itu, Kautilya beranggapan bahawa perang adalah

    jalan terakhir sekiranya tipu helah dan sogokan terhadap musuh tidak berjaya.

  • 7/31/2019 Nota Ketamadunan Manusia Bab 3 (Repaired)

    13/35

  • 7/31/2019 Nota Ketamadunan Manusia Bab 3 (Repaired)

    14/35

    14Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

    Nota SJH1105 Ketamadunan Manusia

    Organisasi Ketenteraan Tamadun China

    Dalam pentadbiran ketenteraan, Maharaja dalam tamadun China melantik dirinya

    sendiri sebagai pemerintah tertinggi angkatan tentera. Baginda seterusnya akan

    melantik beberapa orang pegawai tinggi tentera yang akan mengendalikan soal

    keselamatan dan pentadbiran wilayah.

    Setiap pegawai tinggi yang dilantik itu pula akan mempunyai sejumlah tentera

    mereka sendiri di wilayah masing-masing.

    Terdapat dua jenis tentera dalam tamadun China iaitu tentera infantri (tentera

    pejalan kaki) dan tentera berkereta kuda.

    Bagi setiap kereta kuda, terdapat seorang pemandu, perejam lembing dan pemanah.

    Dalam peperangan, kebiasaannya tentera infantri akan mengekori tentera berkereta

    kuda daripada belakang.

    Jumlah bilangan tentera yang ramai juga memainkan peranan dalam organisasi

    ketenteraan dalam tamadun China. Semasa awal era Dinasti Sung misalnya, terdapat

    lebih kurang 378 000 orang tentera sebelum berkembang kepada hampir 1.25 juta

    ketika era kegemilangannya pada tahun 1041 Masihi.

    Disebabkan jumlah tentera yang ramai, tentera tidak dibayar gaji sepenuhnya danhanya dibayar sebahagian dalam bentuk makanan atau keperluan lain. Ketika era

    Dinasti Ming, tentera dianugerahkan tanah yang boleh dimanfaatkan untuk

    menampung sara hidup mereka.

    Dari segi persenjataan pula, antara senjata yang digunakan termasuklah busur,

    panah, pisau, kapak dan pedang. Selain itu, senjata berat seperti pelontar batu

    digunakan selain penggunaan lembing dan panah berapi.

    Penggunaan lembing dan panah berapi misalnya menjadi popular ketika era Dinasti

    Sung menentang tentera-tentera Mongol.

    Selain itu, bekalan makanan dan persenjataan yang mencukupi sentiasa disimpan

    bagi tujuan kecemasan sekiranya musuh melakukan kepungan pada waktu yang

    lama.

  • 7/31/2019 Nota Ketamadunan Manusia Bab 3 (Repaired)

    15/35

    15Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

    Nota SJH1105 Ketamadunan Manusia

    Pada era Shih Huang Ti, beberapa strategi perang dirangka baginda dalam

    menghadapi serangan termasuklah:

    1. Menggunakan taktik orang Tartar iaitu berperang secara ganas

    2. Menjadikan penjahat dan pesalah yang dipenjara sebagai tentera diperbatasan

    3. Menggunakan tentera berkuda (kavalri)

    4. Menghubungkan tembok-tembok pertahanan sedia ada menjadi Tembok

    Besar China

    Selain itu, karya pemikir perang China iaitu Sun Tzu melalui karyanya The Art of War

    telah mempengaruhi teknik serangan oleh tentera dalam tamadun China. Misalnya,

    penggunaan panah dan lembing berapi dalam perang dicadangkan oleh Sun Tzu

    dalam bukunya pada Bab 12.

    Selain itu, antara intipati penting pemikirannya dalam bukunya itu termasuklah

    keperluan merancang strategi perang, bagaimana untuk berperang, mencari

    kelemahan musuh, meneliti faktor-faktor sekeliling sebelum berperang selain

    keperluan menjalankan pengintipan ketika perang.

  • 7/31/2019 Nota Ketamadunan Manusia Bab 3 (Repaired)

    16/35

    16Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

    Nota SJH1105 Ketamadunan Manusia

    TAMADUN YUNANI

    Ketahanan dan Pertahanan dalam Tamadun Yunani

    Penduduk di setiap negara kota Tamadun Yunani hidup bersatu padu namun begitupeperangan antara negara kota sering berlaku. Terdapat juga peperangan yang

    melibatkan negara kota Yunani dengan kuasa-kuasa asing seperti peperangan yang

    berlaku antara Yunani dengan Parsi dalam Perang Pelophonesus.

    Tujuan peperangan pada ketika itu lebih kepada bertujuan untuk memusnahkan asas

    dan kekuatan sesebuah negara kota.

    Di Sparta misalnya, rakyatnya dilatih dan dididik untuk menghadapi ancaman dan

    perang dan tindakan ini telah melahirkan asas ketahanan fizikal dan mental dalam

    diri mereka.

    Bagi menghadapi ancaman musuh, sistem kubu adalah penting bagi

    mempertahankan sesebuah negara kota dalam tamadun Yunani.

    Di negara kota Troy misalnya, istana dikelilingi oleh tembok kubu dan menara

    kawalan.

    Negara kota Yunani juga kebanyakannya terletak di pinggir laut dan pesisir pantai.

    Oleh itu, pertahanan laut menjadi penting. Raja Mycenae misalnya membina kubu

    bagi menangani serangan dari laut manakala negara kota Athens membentuk

    sebuah armada tentera laut yang besar dengan kekuatan 200 buah kapal perang.

    Organisasi Ketenteraan dalam Tamadun Yunani

    Setiap warganegara dalam tamadun Yunani dilatih untuk menghadapi ancamanmusuh dan akan menjadi anggota tentera bagi mempertahankan polis masing-

    masing.

    Di Sparta pula, setiap anak lelaki akan dipisahkan daripada keluarganya dan akan

    membesar sebagai individu yang lasak dan akan menyertai angkatan tentera.

  • 7/31/2019 Nota Ketamadunan Manusia Bab 3 (Repaired)

    17/35

    17Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

    Nota SJH1105 Ketamadunan Manusia

    Sebuah majlis ketenteraan dan keselamatan yang dikenali sebagai Ecclesia dibentuk

    bagi membincangkan soal keselamatan dan pertahanan dalam negara kota. Majlis ini

    berperanan menguruskan hal ehwal kewangan ketenteraan dan berkuasa untuk

    melancarkan perang kepada musuh. Tentera dalam tamadun Yunani terbahagi kepada beberapa unit termasuk infantri,

    kavalri, tentera berkereta kuda dan sebuah pasukan khas yang dikenali sebagai

    hoplite iaitu tentera pejalan kaki yang memakai baju dan topi besi dan dilengkapi

    dengan lembing.

    Dari aspek persenjataan, antara senjata yang digunakan oleh tentera Yunani adalah

    pedang dan lembing dan menggunakan topi, baju besi dan perisai. Kebiasaannya,

    tentera pejalan kaki tidak akan menggunakan pedang tetapi hanya akan

    menggunakan lembing.

    Dalam sesebuah peperangan, antara strategi perang yang digunakan oleh tentera

    Yunani termasuklah:

    1. Penggunaan Kereta Kuda :

    o Kaedah peperangan pada zaman awal Yunani ialah penggunaan kereta kuda.

    Penunggang akan melemparkan lembing ke arah lawan dan andai kata lembing yang

    dilontar ke arah musuh tidak kena pada sasarannya, pahlawan akan turun dari

    kereta kuda meneruskan peperangannya dengan berjalan kaki dan memegang

    lembing.

    2. Penggunaan Phalanx :

    o Selepas tahun 700 SM, tentera Yunani telah memperkenalkan formasi phalanx.

    Tunjang kekuatan tentera Yunani adalah pasukan hoplite (tentera berjalan kaki

    berlembing, bertopi dan berbaju besi) yang disusun dalam formasi phalanx.

    o Melalui formasi phalanx ini, tentera hoplite dengan lembing sepanjang hamper 3

    meter akan berbaris rapat-rapat dalam satu barisan sehingga lembing-lembing

    panjang mereka membentuk seperti duri landak.

  • 7/31/2019 Nota Ketamadunan Manusia Bab 3 (Repaired)

    18/35

    18Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

    Nota SJH1105 Ketamadunan Manusia

    o Biasanya mereka menggunakan lapan hingga sepuluh lapis barisan phalanx. Pihak

    musuh akan berfikir dahulu sebelum merempuh phalanx yang dilindungi oleh

    lembing-lembing tajam itu.

    3. Tentera Elit dan Bawahan :

    o Tentera Yunani yang bergabung dalam formasi phalanx adalah tentera-tentera elit

    yang terlatih dan berdisiplin tinggi serta dilengkapi pakaian perang yang lengkap.

    o Terdapat juga kumpulan lain yang berpakaian mudah, tidak dilengkapkan dengan

    senjata yang baik. Mereka ini dipanggil psiloi (golongan miskin).

    4. Taktik Berperang :

    o Selari dengan pembentukan phalanx, strategi peperangan orang Yunani adalah

    bertempur secara bersemuka (berdepan). Pasukan phalanx akan merempuh

    bahagian tengah musuh manakala pasukan sayap akan melakukan pemusnahan

    yang seterusnya apabila barisan musuh telah menjadi kucar-kacir.

    o Dalam lain perkataan, sekiranya bahagian phalanx gagal, maka lemahlah seluruh

    pasukan tentera.

    5. Latihan Tentera Sparta :

    o Sistem politik dan kemasyarakatan Sparta adalah lebih berorientasikan

    ketenteraan. Golongan peer diwajibkan mengikuti latihan ketenteraan kerana

    mereka sering menghadapi pemberontakan dari golongan helot.

    o Hanya bayi golongan peer yang sihat sahaja dibenarkan hidup. Ibunya memelihara

    anaknya selama 7 tahun dan selepas itu kerajaan mengambilnya untuk diberi latihan

    ketenteraan. Setiap lelaki harus berkorban untuk negaranya.

    o Anak perempuan diberi latihan gimnastik dan ditanamkan dengan fahaman bahawa

    mereka mesti berkhidmat untuk negara dengan menjadi isteri yang setia.

  • 7/31/2019 Nota Ketamadunan Manusia Bab 3 (Repaired)

    19/35

    19Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

    Nota SJH1105 Ketamadunan Manusia

    6. Organisasi Tentera Graeco-Roman :

    o Raja Philip II dari Makedonia telah mengubah suai struktur tentera phalanx. Jumlah

    anggota tentera dalam barisan phalanx telah ditambah menjadi 16 orang manakala

    panjang lembing ditambah menjadi 4 meter. Peralatan tentera Yunani yang ringandiubah menjadi berat.

    o Ketahanan tambahan dititikberatkan pada baju besi yang dipakai oleh askarnya.

    Latihan-latihan khusus telah disediakan supaya tentera Makedonia mampu memikul

    beban tambahan tanpa menjejaskan kecekapan gerakan (mobiliti).

    TAMADUN MELAYU

    Ketahanan dan Pertahanan dalam Tamadun Melayu

    Peperangan yang berlaku dalam alam Melayu disebabkan oleh dasar perluasan

    kuasa dan wilayah oleh kerajaan-kerajaan utama di alam Melayu pada ketika itu

    termasuklah kerajaan Srivijaya, Majapahit dan Melaka.

    Bagi mempertahankan kerajaan mereka, dasar berdiplomasi telah digunakan dengan

    bernaung di bawah kerajaan yang lebih kuat. Misalnya kerajaan Melaka telah

    bertindak meminta perlindungan daripada Dinasti Ming di China bagi melindungi

    keselamatan kerajaan di awal penubuhannya.

    Oleh itu, apabila Siam menceroboh dan menyerang Melaka, utusan Melaka telah

    dihantar ke China dan mengadu tentang pencerobohan Siam ke atas Melaka denganmerampas alat kebesaran diraja termasuklah cap kempa. Bagi mengatasi masalah

    tersebut, Maharaja China telah menghantar Laksamana Cheng Ho ke Melaka dan

    Siam bagi menegah perbuatan Siam itu.

    Selain itu, bagi menghadapi sebarang ancaman, kerajaan Melayu juga melakukan

    taktik sentiasa memindahkan pusat pentadbirannya bagi mengelirukan musuh

    seperti yang dilakukan oleh kerajaan Johor-Riau yang memindahkan pusat

    pentadbirannya di sepanjang Sungai Johor seperti Makam Tauhid dan Batu Sawar.

  • 7/31/2019 Nota Ketamadunan Manusia Bab 3 (Repaired)

    20/35

    20Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

    Nota SJH1105 Ketamadunan Manusia

    Seterusnya, masyarakat Melayu masih kuat berpegang kepada amalan kebatinan

    dan mempercayai semangat walaupun sebahagian besarnya telah memeluk agama

    Islam. Oleh itu, amalan kebatinan turut digunakan dalam peperangan seperti

    melakukan jampi serapah, mantera, pemakaian tangkal azimat dsb.

    Organisasi Ketenteraan dalam Tamadun Melayu

    Di alam Melayu, Raja atau Sultan adalah pemerintah tentera yang tertinggi. Dalam

    kerajaan Srivijaya dan Majapahit, Raja akan mengetuai sendiri angkatan tenteranya

    di medan peperangan, namun dalam kerajaan Kesultanan Melayu Melaka, Sultan

    tidak turun untuk berperang dan menyerahkannya kepada para pembesar yang

    empat.

    Dalam organisasi tentera, Raja dibantu oleh beberapa orang pembesar. Di Srivijaya

    misalnya, Raja dibantu oleh tiga pembesar iaitu Parvanda, Senapati dan Pratiswara .

    Parvanda menguruskan hal ehwal ketenteraan di peringkat daerah, Senapati

    menguruskan hal ehwal keselamatan di laut manakala Pratiswara mengumpulkan

    hamba-hamba Raja untuk menjadi tentera sekiranya berlaku peperangan. Di Majapahit pula, Mangkabumi adalah jawatan pembesar tertinggi yang berperanan

    menasihati Raja dalam hal ehwal keselamatan dan pertahanan negara.

    Dalam Kesultanan Melayu Melaka pula, angkatan perang diketuai oleh Bendahara

    dan dibantu oleh Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Dalam sistem

    Pembesar Empat Lipatan, Temenggung bertanggungjawab untuk menjaga

    keselamatan dalam negeri manakala Laksamana bertanggungjawab mengawal

    keselamatan di perairan Melaka. Di alam Melayu, kebanyakan tentera dibentuk melalui kerahan tenaga dalam

    kalangan rakyat yang berkhidmat secara sukarela. Hal ini kerana Raja dan pembesar

    dalam alam Melayu berkuasa untuk mengarahkan rakyat tanpa upah dan balasan.

    Semasa era Kesultanan Melayu Melaka, tentera upahan turut digunakan dalam

    kalangan orang-orang Jawa dari Majapahit.

    Selain itu, masyarakat Orang Laut yang merupakan masyarakat yang mahir dalam

    ilmu kelautan dan pelayaran digunakan dalam mengawasi keselamatan di laut. Hal

  • 7/31/2019 Nota Ketamadunan Manusia Bab 3 (Repaired)

    21/35

    21Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

    Nota SJH1105 Ketamadunan Manusia

    ini kerana mereka sangat arif tentang arah pergerakan mata angin, kedudukan

    beting pasir dan batu karang. Dalam kerajaan Srivijaya, Orang Laut diserap sebagai

    tentera dan sebahagiannya diangkat menjadi Syahbandar.

    Kategori Tentera :

    o Tentera Majapahit dibahagikan kepada 3 kategori iaitu

    1. Sapta Dharmaputra

    2. Bhayangkari

    3.

    Tentera Biasa

    o Sapta Dharmaputra ialah pasukan tentera elit yang terdiri daripada putera raja yang

    mempunyai kekuatan fizikal dan mental.

    o Bhayangkari terdiri daripada 15 orang anggota bersenjata yang bertanggungjawab

    menjaga kawasan istana secara bergilir-gilir.

    o Tentera Biasa terdiri daripada tentera tetap dan sukarela yang berkhidmat di pusat

    dan daerah jajahan takluk.

    Tentera Laut :

    o Kerajaan Majapahit dan Srivijaya mempunyai tentera laut yang kuat.

    o Angkatan laut berperanan menjaga kawasan perairan daripada serangan musuh dan

    mengawal aktiviti perlanunan.

    o Orang Laut merupakan tulang belakang pahlawan tentera laut. Mereka berperanan

    mengawal jalan laut daripada ancaman lanun dan menguasai perairan di Selat

    Melaka.

    o Armada laut ditempatkan di kawasan strategik di seluruh empayar. Laksamana

    mengetuai armada laut.

  • 7/31/2019 Nota Ketamadunan Manusia Bab 3 (Repaired)

    22/35

    22Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

    Nota SJH1105 Ketamadunan Manusia

    Peralatan Perang :

    o Peralatan perang yang digunakan dalam peperangan terdiri daripada senjata

    tradisional seperti keris, parang, badik, tombak, lembing, sumpitan dan sebagainya.

    o Mereka juga mahir menggunakan alatan-alatan letupan seperti meriam besi dan

    tembaga, rentaka, terkul, pemuras dan lotang.

    o Alat-alat semboyan seperti gong, tambu dan gendang perang digunakan dalam

    medan peperangan.

    Jenis Tentera :

    o Tentera di Alam Melayu terdiri daripada tentera kerahan dan tentera upahan.

    o Tentera kerahan tidak dibayar upah dan berkhidmat atas dasar taat setia kepada

    raja yang berdaulat.

    o Raja dan pembesar mempunyai kuasa untuk mengerah rakyat berkhidmat sebagai

    tentera.

    o Tentera upahan berkhidmat mengikut perjanjian.

    o Orang Laut dijadikan tentera upahan. Mereka tinggal di persisiran laut di sepanjang

    Selat Melaka.

    o Terdapat juga tentera terlatih yang berkhidmat di istana dan rumah pembesar.

  • 7/31/2019 Nota Ketamadunan Manusia Bab 3 (Repaired)

    23/35

    23Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

    Nota SJH1105 Ketamadunan Manusia

    (B) TAMADUN ISLAM

    PEPERANGAN PADA ZAMAN JAHILIAH

    Orang Arab hidup dalam berpuak-puak dalam suku bangsa (kabilah) yangmempunyai pertalian keluarga yang sangat rapat. Mereka akan mengambil tindakan

    secara bersama dan akan sentiasa melindungi kabilah daripada ancaman kabilah

    yang lain. Orang Arab menganggap mempertahankan satu kumpulan kabilah mereka

    adalah satu kerja yang suci.

    Masyarakat Arab Jahiliah sentiasa terlibat dalam peperangan antara kabilah.

    Sesebuah peperangan kadangkala disebabkan sesuatu hal yang remeh dan

    berlarutan sehingga bertahun-tahun. Sebagai contoh, Perang Al-Basus antara Bani Bakar dan Bani Taghlib berlanjutan

    sehingga 40 tahun hanya kerana disebabkan perebutan seekor unta oleh seorang

    ahli dalam kabilah masing-masing.

    Selain itu, antara perang yang terkenal pada zaman jahiliah termasuklah Perang

    Dahis dan Perang Fujar.

    Perang Fujar misalnya berlaku sebelum kerasulan Muhammad yang melibatkan

    kabilah Kinanah dan Qesy Ailan kerana peristiwa pembunuhan tiga orang ahli kabilah

    Qesy Ailan oleh seorang ahli kabilah Kinanah.

    Antara faktor sering terjadinya perang pada zaman jahiliah termasuklah:

    1. Semangat Assabiyah atau kesukuan.

    Iaitu semangat yang berasaskan kepada kepatuhan kepada kumpulan kabilah atauketurunan masing-masing. Semangat yang fanatik kepada kabilah menyebabkan

    masyarakat Arab jahiliyah turut dipengaruhi semangat suka berperang bagi

    mempertahankan kabilah mereka.

    Keadaan semula jadi dalam kehidupan di padang pasir juga menyebabkan

    persaingan antara kabilah. Ini menyebabkan mereka berpegang kepada prinsip

    kabilah yang kuat akan lebih berkuasa. Oleh itu bagi mereka peperangan adalah satu

    cara bagi meneruskan hidup.

  • 7/31/2019 Nota Ketamadunan Manusia Bab 3 (Repaired)

    24/35

    24Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

    Nota SJH1105 Ketamadunan Manusia

    2. Mencari nama dan kemegahan.

    Berperang dianggap sesuatu yang mulia pada zaman jahiliah.

    Kemenangan di dalam peperangan adalah merupakan satu kemegahan bagi

    masyarakat Arab Jahiliyah. Setiap peperangan yang dimenangi akan membawa

    kemegahan dan keuntungan yang besar kepada kabilah.

    Sebab itu anak lelaki amat penting dalam kehidupan masyarakat zaman jahiliyah bagi

    tujuan menjulang nama kabilah mereka dalam peperangan. Mereka bukan sahaja

    dilatih bermain senjata sejak kecil, tetapi diajar kemahiran menunggang kuda.

    3. Bagi mendapatkan harta.

    Dalam peperangan zaman jahiliyah melibatkan semua anggota kabilah dan semua

    harta benda dibawa bersama. Pihak yang menang akan memperoleh keseluruhan

    harta rampasan yang dibawa termasuk wanita dan kanak-kanak yang dijadikan

    sebagai tawanan perang.

    Wanita dan kanak-kanak akan dijual sebagai hamba atau meminta pihak yang kalah

    menebus dengan sejumlah mata wang. Harta rampasan perang akan diagih sama

    rata di kalangan tentera yang menang.

    Syeikh kabilah akan diperuntukkan sebanyak 1 / 4 daripada harta rampasan. Syeikh

    kabilah juga berhak memiliki barang rampasan perang yang disukainya termasuk

    wanita dan kanak-kanak.

    4. Kepentingan ekonomi.

    Makkah terkenal sebagai pusat ekonomi utama penduduk bahagian tengah

    semenanjung Arab, sehingga hampir melemahkan penguasaan ekonomi Yaman di

    selatan. Ini kerana Makkah menjadi tumpuan penduduk seluruh semenanjung Arab,

    terutamanya pada musim haji.

  • 7/31/2019 Nota Ketamadunan Manusia Bab 3 (Repaired)

    25/35

    25Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

    Nota SJH1105 Ketamadunan Manusia

    Hal ini menyebabkan Abrahah, raja Habsyah di Yaman pada zaman sebelum Islam

    mengambil inisiatif untuk menyerang Makkah bagi memastikan aktiviti ekonomi

    Arab berpindah ke bahagian selatan.

    Malah Abrahah telah membuat satu binaan yang hampir menyerupai Kaabah, bagitujuan menarik penduduk semenanjung Arab membuat ibadat di sana.

    5. Kepentingan maruah .

    Sebagai langkah untuk memulihkan semula maruah dan imej mereka yang tercemar

    ekoran kekalahan dalam Perang Badar. Orang Kafir Quraisy Makkah telah dipandang

    rendah oleh kabilah-kabilah Arab yang lain ekoran kekalahan tersebut.

    Musyirikin Makkah ingin membalas dendam dan menebus kekalahan ke atas orang-

    orang Islam ekoran kekalahan mereka dalam Perang Badar pada tahun 2H.Orang

    Kafir Quraisy ingin menuntut bela di atas kematian saudara dan keluarga mereka

    dalam Perang Badar.

    Misalnya, Khalid al-Walid yang menuntut bela atas kematian bapanya. Begitu juga

    dengan Hindun, isteri Abu Sufyan yang ingin menuntut bela kematian bapanya,

    Utbah.

  • 7/31/2019 Nota Ketamadunan Manusia Bab 3 (Repaired)

    26/35

    26Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

    Nota SJH1105 Ketamadunan Manusia

    PEPERANGAN DALAM ISLAM

    Tujuan Peperangan dalam Islam

    1. Memperteguhkan keutuhan agama Islam.

    o Sebab peperangan dalam Islam adalah untuk menegakkan agama Allah (Islam) dan

    memelihara kehormatan dan keutuhan agama Islam, masyarakat dan negara Islam.

    o Perang Badar yang berlaku pada tahun ke 2 H adalah kerana orang Quraisy Makkah

    ingin menghapuskan kekuatan Islam di Madinah. Musyrikin Makkah ingin

    melemahkan penguasaan orang Islam di Madinah.

    o Selepas Perang Badar terdapat beberapa ancaman ketenteraan di bawah pimpinan

    Abu Sufyan b. Harb terhadap Madinah. Islam sendiri adalah agama damai dan cinta

    akan perdamaian kerana perkataan Islam sendiri membawa maksud salam dan

    perdamaian.

    o Menjadi tanggungjawab setiap orang Islam mempertahankan agamanya. Allah s.w.t

    tidak mengizinkan orang Islam berperang melainkan setelah orang Islam diancam di

    dalam negaranya sendiri seperti di Madinah.

    2. Peluasan Wilayah/Empayar.

    o Perang dalam Islam juga berlaku untuk meluaskan tanah jajahan, contohnya pada

    zaman Khulafa Al-Rasyidin, wilayah Islam sampai ke Afrika Utara(Mesir), dan Parsi.

    o Pada zaman Khalifah Abu Bakar, beliau berjaya mengalahkan tentera Parsi di Hirah,

    Iraq dan tentera Byzantine (Rom Timur) di Palestin. Zaman kerajaan Bani Umayyah,

    wilayah Islam berkembang sehingga ke Andalus, Sepanyol.

  • 7/31/2019 Nota Ketamadunan Manusia Bab 3 (Repaired)

    27/35

    27Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

    Nota SJH1105 Ketamadunan Manusia

    3.Membina kekuatan ekonomi.

    o Peperangan dalam Islam disebabkan untuk meningkatkan sumber ekonomi orang

    Islam, misalnya menakluk Iraq.

    o Iraq kawasan yang subur untuk mendapatkan sumber ekonomi dan bercucuk tanam.

    Dalam Islam juga ketika melakukan peperangan adalah dibenarkan merampas harta

    orang kafir (ghanimah).

    o Orang Arab Quraisy menyerang orang Islam di Madinah kerana mereka menganggap

    penguasaan orang Islam di Madinah telah menyekat laluan perdagangan mereka

    antara bahagian utara dan selatan semenanjung Arab.

    o Musyrikin Makkah juga bimbangkan keselamatan rombongan pedagang mereka

    yang sentiasa melalui kota Madinah untuk berniaga di Utara Semenanjung Arab.

    4. Menyelesaikan Perbalahan Politik dan Mempertahankan Negara.

    o Peperangan dalam Islam bertujuan untuk mempertahankan maruah diri, agama dan

    negara. Penduduk Madinah terpaksa mempertahankan negara kota Madinah apabila

    mereka diancam oleh golongan Musyirikin Makkah.

    o Langkah menjaga dan melindungi keselamatan penduduk Madinah yang sentiasa

    diancam oleh gerakan-gerakan ketenteraan Musyirikin Makkah. Sebagaimana Abu

    Sufyan dengan 200 tenteranya telah membakar rumah dan memusnahkan tanaman

    sebuah kampung berhampiran Madinah.

    o Peristiwa ini berlaku sebelum meletusnya Perang Uhud. Dengan itu, penduduk

    Madinah terpaksa menghadapi beberapa peperangan besar bagi mempertahankan

    Madinah, seperti Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandak.

    5. Meneguhkan kedudukan/ mempertahankan diri.

    o Ancaman daripada sebahagian masyarakat Yahudi Madinah terhadap orang-orang

    Islam dan diri Nabi Muhammad sendiri, menyebabkan orang Islam terpaksa

    mengangkat senjata bagi mempertahankan diri.

  • 7/31/2019 Nota Ketamadunan Manusia Bab 3 (Repaired)

    28/35

    28Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

    Nota SJH1105 Ketamadunan Manusia

    o Yahudi Bani Qainuqa dan Bani Nadir sentiasa mengancam masyarakat Islam

    Madinah. Persekutuan Yahudi Bani Nadir, Bani Quraizah dan Musyrikin Makkah telah

    mencetuskan Perang Ahzab tahun 5H. Kemenangan berpihak kepada orang Islam

    dan semua lelaki dewasa Yahudi Bani Nadir telah dihukum bunuh bagi tujuanmemberi pengajaran kepada orang Yahudi.

    6. Melemahkan penguasaan Empayar Rom dan Parsi.

    o Sebahagian besar bahagian utara dan selatan semenanjung Arab berada di bawah

    pengaruh empayar Rom dan empayar Parsi.o Syria di utara berada di bawah pengaruh empayar Rom Timur (Byzantin). Dalam

    peperangan di Muktah, Nabi Muhammad telah menghantar sejumlah kira-kira 3000

    angkatan tentera Islam bagi menentang kira-kira 200 000 tentera Byzantin. Namun

    akibat kekuatan tentera musuh, tentera Islam terpaksa berundur ke Madinah

    selepas beberapa panglima perang Islam syahid, termasuk Zaid dan Jaafar b. Abi

    Talib. Hanya pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al Khattab, baharulah tentera

    Byzantium berjaya ditewaskan.o Serangan ke atas Rom dan Parsi adalah bertujuan untuk menegakkan Islam dan

    pemerintahan berasaskan Khilafah Islamiyyah di seluruh dunia terutamanya bermula

    di Jazirah (Semenanjung) Tanah Arab.

    7. Melakukan Tugas Penyebaran dan Dakwah Islamiah

    o Penyebaran dakwah Islam bukanlah bermula dengan kekerasan. Rasulullah S.A.W

    sendiri telah menulis surat kepada Maharaja Rom dan Parsi supaya menerima Islam

    atau tunduk di bawah pemerintahan Islam.

    o Namun kedua-dua kuasa tersebut enggan tunduk kepada Islam menyebabkan

    dakwah Islam tidak berkembang di wilayah-wilayah kekuasan Parsi dan Rom. Oleh

    itu, untuk memastikan dakwah dapat berjalan di seluruh dunia, maka Rom dan Parsi

    diperangi.

  • 7/31/2019 Nota Ketamadunan Manusia Bab 3 (Repaired)

    29/35

    29Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

    Nota SJH1105 Ketamadunan Manusia

    Prinsip dan Etika Peperangan dalam Islam

    o Harus mengajak manusia kepada Islam sebelum memeranginya. Contohnya pada

    zaman Abu Bakar al-Siddiq, sewaktu menggempur wilayah Hirah, baginda telah

    memberikan 3 pilihan kepada musuh Islam iaitu menganut Islam, berdamai atau

    berperang.

    o Islam hanya membenarkan umatnya berperang seandainya mereka diperangi

    terlebih dahulu. Contohnya, dalam Perang Badar.

    o Dalam ekspedisi peperangan tentera Islam tidak boleh memerangi orang kafir yang

    tidak memiliki kekuatan dan daya usaha seperti kanak-kanak, kaum wanita, orang

    cacat, lumpuh, paderi atau pendeta.

    o Tentera Islam dilarang merosakkan harta benda, memotong pokok atau membakar

    rumah kecuali dalam keadaa darurat. Ini membuktikan Islam mementingkan

    keamanan dan kesejahteraan.

    o Islam menetapkan etika peperangan tidak boleh memerangi orang yang sudah

    menyerah atau kafir dhimmi atau mereka yang sudah mengikat perjanjian damai

    serta mengaku taat setia kepada pemerintah Islam.

    o Islam melarang sebarang perbuatan yang boleh mengaibkan musuh, antaranya ialah

    tentera tidak boleh mencincang mayat atau musuh yang terbunuh.

    o Sebarang perjanjian damai yang dimeterai wajib ditaati. Contohnya, ketika

    Perjanjian Hudaibiyah meskipun fasa-fasa dalam perjanjian itu seolah-olah

    memberikan kelebihan kepada musuh Islam namun Rasulullah mempunyai misi

    tersendiri.

    o Etika terakhir ialah tawanan perang akan dilayan dengan baik. Ia merupakan salah

    satu kaedah berdakwah yang diajar oleh Rasulullah. Dalam Perang Badar, Baginda

    menggunakan kaedah diplomasi, iaitu tawanan perang harus menebus diri dengan

    ilmu pengetahuan serta sejumlah wang tertentu.

    o Cara pengagihan harta rampasan perang. Harta-harta yang diperolehi bukan dibolot

    oleh Rasulullah sebaliknya diagihkan secara sama rata di kalangan para pejuang.

    Selepas kewujudan Baitulmal, harta-harta berkenaan diuruskan dengan lebih baik

  • 7/31/2019 Nota Ketamadunan Manusia Bab 3 (Repaired)

    30/35

    30Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

    Nota SJH1105 Ketamadunan Manusia

    dan digunakan untuk pembangunan negara khususnya pada zaman pemerintahan

    khalifah Umar al-Khattab.

    Sistem Pertahanan dalam Islam

    o Pada zaman Rasulullah, jumlah umat Islam di Madinah adalah sedikit dan sering

    menghadapi ancaman dari masyarakat Arab Quraisy di Mekah.

    o Tiga siri peperangan antara Madinah-Mekah yang berlaku iaitu Perang Badar, Uhud

    dan Khandak memerlukan satu rangka pertahanan yang baik bagi mempertahankan

    Madinah daripada jatuh ke tangan tentera Mekah.

    o Oleh itu, beberapa strategi pertahanan telah dilaksanakan antaranya termasuklah:

    1. Melakukan Pertahanan Luar dari Kota Madinah

    Bagi mengelakkan kerosakan harta benda dan kematian orang awam, tentera

    Islam berkubu luar daripada Kota Madinah.

    Dalam Perang Badar misalnya, tentera Islam bertahan di Badar iaitu di suatu

    tempat sejauh 80 batu daripada Barat Daya Kota Madinah.

    Dalam Perang Uhud pula, tentera Islam berkubu di sekitar Bukit Uhud.

    2. Menggunakan Pertahanan Semulajadi

    Rasulullah S.A.W sebagai komander perang umat Islam memilih untuk

    memanfaatkan sumber semulajadi sebagai sumber pertahanan mereka.

    Dalam Perang Uhud misalnya, tentera Islam yang berkubu di Bukit Uhud telah

    mendapat kekuatan tersendiri apabila berjaya meletakkan tentera berpanah

    di atas bukit manakala perang terbuka berlaku di bawah kawasan lembah.

    Kawasan berbukit adalah merupakan satu bentuk pertahanan yang baik

    dalam peperangan.

  • 7/31/2019 Nota Ketamadunan Manusia Bab 3 (Repaired)

    31/35

    31Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

    Nota SJH1105 Ketamadunan Manusia

    3. Menggali Parit Pertahanan

    Idea untuk menggali parit dicadangkan oleh seorang sahabat Rasulullah iaitu

    Salman al-Farisi yang meniru cara pertahanan yang digunapakai oleh kerajaan

    Parsi dalam pertahanannya.

    Untuk itu, parit-parit dibina mengelilingi Kota Madinah bagi menghalang

    tentera musuh menyeberang masuk ke kawasan umat Islam dengan mudah.

    o Seterusnya, apabila Islam menjadi kuat dan menguasai Jazirah Arab terutamanya

    pada zaman Bani Umayyah dan Bani Abbassiyah, pertahanan menggunakan kota

    berkubu seperti yang dilakukan oleh tamadun lain di dunia digunakan. Hal ini adalah

    merupakan penggunaan teknologi ketenteraan tamadun lain oleh tamadun Islam.

    o Dalam menguruskan soal pertahanan dan pembinaan kubu, sebuah jabatan

    kejuruteraan yang dikenali sebagai Dairah al-Muhandisin diperkenalkan.

    o Selain itu, dengan wujudnya wilayah Islam yang berada di kawasan pesisir pantai dan

    berkembangnya perdagangan Islam ke seluruh dunia, pertahanan laut menjadi

    penting terutamanya dalam menguasai laut, armada tentera laut mula

    diperkenalkan di bawah pemerintah Uthman bin Affan dan kemudiannya padazaman Bani Umayyah yang dikenali sebagai al-Bahriyah.

    Organisasi Ketenteraan Islam

    ASPEK HURAIAN/CONTOH

    Kepimpinan Tentera Pada zaman Rasulullah, baginda mengetuai sendiri tentera

    Islam sebagai Ketua Panglima Perang ketika peperangan yang

    berlaku di Madinah.

    Seterusnya, dalam misi-misi perang tertentu selepasnya,

    baginda melantik panglima perang bagi mengetuai peperangan

    tertentu seperti melantik Zaid bin Harithah sebagai Panglima

    dalam Perang Mutah.

  • 7/31/2019 Nota Ketamadunan Manusia Bab 3 (Repaired)

    32/35

    32Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

    Nota SJH1105 Ketamadunan Manusia

    Ketika era Khulafa ar-Rasyidin juga, Khalifah tidak terlibat

    secara langsung dalam peperangan dan melantik beberapa

    orang panglima untuk berperang termasuklah Khalid bin al-

    Walid, Ikrimah bin Abu Jahal dan Usamah bin Zaid yangmemainkan peranan penting meghapuskan golongan Riddah

    dan seterusnya menjatuhkan empayar Parsi dan Rom Timur di

    Semenanjung Arab.

    Dalam zaman Bani Umayyah dan Abbassiyah, tentera Islam

    telah dipermodenkan dengan diangkat tarafnya kepada sebuah

    jabatan yang dikenali sebagai an-Nizam al-Harb (zamanUmayyah) dan Diwanul Jundi (zaman Abbasiyyah).

    Walaupun tidak terlibat secara langsung dalam peperangan,

    kuasa Khalifah pada zaman Khulafa ar-Rasyidin, zaman

    Umayyah dan Abbasiyyah tetap sebagai pemerintah tertinggi

    angkatan tentera Islam.

    Komposisi Tentera Pada zaman Rasulullah, umat Islam menjadi tentera secara

    sukarela atas semangat jihad.

    Pada zaman tersebut, tentera Islam majoritinya adalah tentera

    infantri (tentera pejalan kaki) dan hanya sedikit tentera

    berkuda (kavalri), manakala tentera yang menaiki unta pula

    adalah bersifat logistik.

    Tentera infantri dan kavalri masih kekal pada zaman khulafa ar-

    Rasyidin. Pada zaman Bani Umayyah pula, jawatan tentera hanya

    dikhususkan kepada orang Arab, namun disebabkan jumlah

    wilayah umat Islam yang semakin besar, orang Barbar diserap

    ke dalam perkhidmatan tentera.

    Pada zaman Umayyah juga wujud kerahan tenaga secara

    paksaan ke atas orang Arab untuk menjadi tentera.

  • 7/31/2019 Nota Ketamadunan Manusia Bab 3 (Repaired)

    33/35

    33Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

    Nota SJH1105 Ketamadunan Manusia

    Kemudiannya, pada zaman Abbasiyah pula, wujud dua jenis

    tentera iaitu tentera bergaji tetap dan tentera sukarela. Pada

    zaman Abbasiyah juga, tentera peninjau dan tentera risikan

    diwujudkan di bawah Jabatan Risikan.

    Pada zaman Umayyah, komposisi tentera termasuklah infantri,

    kavalri dan tentera berkereta kuda.

    Selain itu, lima jenis tentera pada zaman Abbasiyah adalah

    tentera berkuda (al-Fursan), tentera berjalan kaki (al-

    harbiyah), tentera menembak (al-naqqaabun), tentera

    pemanah (al-ramiyah) dan tentera bola api (al-ghilman).

    Tentera Laut Bermula pada zaman Khulafa ar-Rasyidin, komposisi tentera

    Islam diperkembangkan dengan pengenalan armada tentera

    laut pada zaman Umar al-Khattab di bawah komandernya iaitu

    Alla al-Hadhrami iaitu Gabenor Islam di Bahrain.

    Pada waktu tersebut, kapal-kapal perang dibina dan sebuah

    angkatan tentera laut seramai 12 000 orang dibentuk dan

    berjaya menyerang Parsi dari arah laut.

    Pada zaman Muawiyyah dan Abbasiyah, tentera laut Islam

    bertambah kuat sehingga berjaya memperbesar kekuatan

    tentera laut.

    Pada zaman Muawiyah misalnya, dua pasukan tentera laut

    diwujudkan iaitu pasukan pada musim panas dan pasukanpada musim sejuk.

    Pusat tentera laut umat Islam terletak di pelabuhan utama

    seperti Syria dan Mesir dan pada zaman kegemilangan

    kerajaan Umayyah terdapat hampir 1700 buah kapal perang

    oleh tentera laut Islam.

    Persenjataan Senjata asas yang digunakan oleh pasukan infantri dan kavalri

  • 7/31/2019 Nota Ketamadunan Manusia Bab 3 (Repaired)

    34/35

    34Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

    Nota SJH1105 Ketamadunan Manusia

    adalah pedang, tombak, perisai dan memakai baju besi.

    Sebahagiannya pula menjadi tentera berpanah.

    Apabila Islam semakin kuat, teknologi persenjataan semakin

    canggih. Antaranya, penggunaan manjanik (pelontar batu)diperkenalkan bagi meruntuhkan dinding kota pihak musuh.

    Pada zaman Abbasiyah, persenjataan baru diperkenalkan

    termasuk Dabbabah (kereta perisai), bola api dan Baruud.

    Strategi Perang Menyerang, mengepung, dan bertahan.

    Membina kubu, mewujudkan bandar-bandar tentera, dan

    menubuhkan badan perisik.

    Ketika zaman Khalifah Ali b. Abi Talib, telah membentuk kurdus

    atau batalion, dalam pasukan tentera sebagai usaha

    memantapkan lagi tentera Islam.

    Islam memperkenalkan penubuhan kem tentera dan bandar

    tentera.

    Bandar seperti Basrah, Fustat dan lain lain ditubuhkan adalah

    untuk memenuhi keperluan tentera di samping pusat

    pentadbiran dan perdagangan.

    Pada zaman Bani Umayyah kaedah peperangan diperluas lagi

    dengan pembentukan pasukan kurdus (cohorts), jabatan

    perisikan, penggunaan peta dan serangan dari laut.

    Pengurusan Perang Bermula zaman Khulafa ar-Rasyidin, sebuah jabatan yang

    menguruskan hal ehwal pertahanan dan peperangan yang

    dikenali sebagai Diwan al-Jund diperkenalkan.

    Pada zaman Umayyah, jawatan Setiausaha Ketenteraan

    (kitabul Jund) diperkenalkan.

    Dalam zaman Umayyah juga, tentera Islam dibahagikan kepada

    lima sayap iaitu sayap tengah, kanan, kiri, hadapan dan

    belakang.

  • 7/31/2019 Nota Ketamadunan Manusia Bab 3 (Repaired)

    35/35

    Nota SJH1105 Ketamadunan Manusia

    Pada zaman Abbasiyah, susunan angkatan tentera adalah

    seperti berikut:

    1. Seksyen yang mengandungi 10 tentera dan diketuai oleh Arif

    2. Kompeni yang mengandungi sepuluh seksyen yang diketuaioleh Naqib

    3. Batalion yang mengandungi seribu tentera yang diketuai

    oleh Qaid

    4. Divisyen yang mengandungi 10 000 orang tentera yang

    diketuai oleh Amir

    5. Amir al- Umara (Ketua Panglima) yang mengetuai

    keseluruhan angkatan tentera dan khalifah akan menyerahkan

    kuasa kepadanya dalam keadaan darurat.

    Di bawah Diwanul Jund, terdapat lapan bahagian penting

    termasuklah bahagian kewangan, latihan, peninjau,

    pengurusan sumber manusia, depot simpanan, risikan,

    kejuruteraan dan tentera laut.