waj3101 tamaddun islam dan tamddun asia ( titas...

68
WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS ) 1 Tajuk 5 Tokoh-Tokoh Tamadun Islam Dan Tamadun Asia Tokoh-tokoh Islam Cina India Jepun 1. Sinopsis Kursus ini merupakan satu kursus yang memperkatakan tentang ilmu ketamadunan yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara pelbagai tamadun ( Melayu, Pengaruh Tamadun Islam di asia dan Eropah. Tokoh-tokoh tamadun islam, isu-isu kontemporari, islam hadhari dan proses pembangunan Negara. 2. Hasil pembelajaran Setelah selesai membaca dan menganalisis modul ini, diharapkan pelajar akan dapat 2.1. Mengenalpasti tokoh-tokoh yang muncul dalam tamadun Asia (Cina, India dan Jepun ). 2.2. Menilai dan membandingbeza sumbangan tokoh-tokoh kepada Tamadun Asia. 3. Kerangka Tajuk Tokoh Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tokoh Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tokoh Tamadun Islam dan Tamadun Asia 1. Ibnu Sina 2. Al-Farabie 3. Ibnu Khaldun 4. Al-Khawarizmy 5. HAMKA 6. Al-Biruni 7. Al-Ghazali 8. Sheikh Tahir Jalaluddin 9. Ibnu Haitham 10. Ibnu Batuta 11. A-Zarqali Tokoh Tamadun Cina Kung Fu Tze Lao Tze Laksamana Cheng Ho Tokoh Tamadun India Mahatma Ghandi Sidhaharta Gautama Buddha Tokoh Tamadun Jepun Tokugawa Ieyasu Maharaja Meiji

Upload: hakhanh

Post on 02-Feb-2018

336 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

1

Tajuk 5

Tokoh-Tokoh Tamadun Islam Dan Tamadun Asia Tokoh-tokoh Islam Cina India Jepun

1. Sinopsis

Kursus ini merupakan satu kursus yang memperkatakan tentang ilmu ketamadunan

yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara pelbagai tamadun (

Melayu, Pengaruh Tamadun Islam di asia dan Eropah. Tokoh-tokoh tamadun islam,

isu-isu kontemporari, islam hadhari dan proses pembangunan Negara.

2. Hasil pembelajaran

Setelah selesai membaca dan menganalisis modul ini, diharapkan pelajar akan

dapat

2.1. Mengenalpasti tokoh-tokoh yang muncul dalam tamadun Asia (Cina, India dan Jepun ).

2.2. Menilai dan membandingbeza sumbangan tokoh-tokoh kepada Tamadun Asia.

3. Kerangka Tajuk

Tokoh Tamadun Islam dan

Tamadun Asia

Tokoh Tamadun Islam dan Tamadun

Asia

Tokoh Tamadun Islam dan

Tamadun Asia

1. Ibnu Sina 2. Al-Farabie 3. Ibnu Khaldun 4. Al-Khawarizmy 5. HAMKA 6. Al-Biruni 7. Al-Ghazali 8. Sheikh Tahir Jalaluddin 9. Ibnu Haitham 10. Ibnu Batuta 11. A-Zarqali

Tokoh Tamadun Cina

Kung Fu Tze

Lao Tze

Laksamana Cheng Ho Tokoh Tamadun India

Mahatma Ghandi

Sidhaharta Gautama Buddha Tokoh Tamadun Jepun

Tokugawa Ieyasu

Maharaja Meiji

Page 2: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

2

4. Tokoh-tokoh tamadun Islam

4.1. Ibnu Sina ( 1037M )

Latar Belakang Ibnu Sina

IBNU SINA yang lebih dikenali di Barat dengan nama

Avicenna mempunyai nama lengkap Abu Ali al- Huseyn bin

Abdullah bin Hassan Ali bin Sina. Beliau merupakan seorang

yang berbangsa Parsi. Menurut Ibnu Abi Ushaybi‘ah ia lahir

pada tahun 375 H, di desa Afshanah dekat kota Kharmaitan

Propinzi Bukhara Afghanistan.

Pelajaran pertama yang diterimanya pada zaman kanak-kanak adalah Al-Quran dan

sastera yang didapati olehnya secara tidak formal. Ia mula belajar pada usia 5 tahun.

Sementara itu sewaktu berumur 10 tahun , beliau telah berjaya menghafal Al-Quran.

Pada masa umurnya meningkat 18 tahun Ibnu Sina telah menjadi "Doktor Di Raja".

Disamping itu, Ibnu Sina juga telah menguasai seluruh cabang ilmu pengetahuan yang

ada pada waktu itu. Ilmu-ilmu agama seperti tafsir, fiqh, perbandingan agama

(ushuluddin), tasawuf dan sebagainya sudah dikuasainya ketika baru berusia 10 tahun.

Pada masa kecilnya, ia dibimbing dan dididik oleh Abu Abdullah Natili, seorang sahabat

karib ayahnya, dan ayahnya sendiri. Antara bidang ilmu yang berjaya dikuasainya

termasuklah dalam bidang falsafah, kedoktoran, geometri, astronomi, muzik, syair,

teologi, politik, matematik, fizik, kimia, sastera dan kosmologi.

Ensiklopedia Kedoktoran Pertama

Pada usia 21 tahun, ketika berada di Kawarazm, ia mulai menulis karyanya yang

pertama yang berjudul "Al-Majmu" yang mengandungi berbagai ilmu pengetahuan yang

lengkap.Kemudian ia melanjutkan menulis buku-buku lain.Nama-nama buku yang

pernah dikarang Ibnu Sina, termasuk yang berbentuk risalah ukuran kecil, dimuat dan di

himpun dalam satu buku besar yang berjudul "Essai de Bibliographie Avicenna" yang

dihasilkan oleh Pater Dominican di Kairo. Antara yang terkandung dalam buku tersebut

termasuklah buku karangan yang amat terkenal iaitu Al-Qanun Fit – Tibb.

Page 3: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

3

Teori-Teori Anatomi Dan Fisiologi

Teori-teori anatomi dan fisiologi dalam buku-buku beliau

adalah menggambarkan analogi manusia terhadap negara

dan mikrokosmos (dunia kecil) terhadap alam semester

sebagai makrokosmos (dunia besar).Misalnya digambarkan

bahawa syurga kayangan adalah bulat dan bumi adalah

persegi dan dengan demikian kepala itu bulat dan kaki itu

empat persegi. Terdapat empat musim dan 12 bulan dalam

setahun, dengan itu manusia memiliki empat tangkai dan

lengan (anggota badan) mempunyai 12 tulang sendi. Hati (heart) adalah ‗pangeran‘-nya

tubuh manusia, sementera paru-paru adalah ‗menteri‘-nya. Leher merupakan ‗jendela‘-

nya sang badan, manakala kandung empedu sebagai ‗markas

pusat‘-nya. Limpa dan perut sebagai ‗bumbung‘ sedangkan

usus merupakan sistem komunikasi dan sistem pembuangan.

Sementara itu "Canon of Medicine" memuatkan pernyataan

yang tegas bahawa "darah mengalir secara terus-menerus

dalam suatu lingkaran dan tak pernah berhenti" . Namun ini

belum dapat dianggap sebagai suatu penemuan tentang

srikulasi darah, kerana bangsa cina tidak membezakan antara

urat-urat darah halus (Veins) dengan pembuluh nadi (arferies). Analogi tersebut

hanyalah analogi yang digambarkan antara gerakan darah dan siklus alam semesta,

pergantian musim dan gerakan-gerakan tubuh tanpa peragaan secara empirik pada

keadaan yang sebenarnya.

Pengaruh Ibnu Sina (Avicenna)

Pengaruh Ibnu Sina sebagai seorang failasuf dan doktor

perubatan dalam kebudayaan Eropah adalah luas. Buku

karangannya al-Qanun Fit- Tibb (Peraturan Perubatan)

terdiri daripada 14 jilid, telah dianggap sebagai himpunan

perbendaharaan ilmu perubatan. Ilmu perubatan moden

banyak mendapat pelajaran daripada Ibnu Sina, dari segi

pengunaan ubat, diagnosis dan pembedahan.

Page 4: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

4

Terjemahan Dan Bahan Rujukan al-Qanun Fit- Tibb

Pada abad ke 12 M Gerard Cremona yang berpindah

ke Toledo, Sepanyol telah menterjemahkan buku Ibnu

Sina ke bahasa Latin. Buku ini menjadi buku rujukan

utama di universiti-universiti Eropah hingga 1500 M.

Bukunya telah disalin (cetak ) sebanyak 16 kali dan 15

edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi dalam bahasa

Yahudi (Hebrew).Disamping itu buku tersebut turut

diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Perancis ,

Sepanyol dan Itali . Pada abad ke 16 M , buku ini dicetak

21 kali.

Al-Qanun Fit-Tibb juga digunakan sebagai buku teks kedoktoran di berbagai

universiti di Perancis. Misalnya di Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin

telah menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke 17 M. Sementara itu Prof.

Phillip K. Hitpi telah menganggap buku tersebut sebagai "Ensiklopedia Kedoktoran".

Penulis- penulis Barat telah menganggap Ibnu Sina sebagai ‗Bapa Doktor‘ kerana Ibnu

Sina telah menyatupadukan teori perubatan Yunani

Hippocrates dan Galen dan pengalaman dari ahli-ahli

perubatan dari India dan Parsi dan pengalaman beliau sendiri.

Perintis Pengenalan Penyakit Saraf

Al- Qanun Fit-Tibb telah membincangkan serta

mengenegahkan mengenai penyakit saraf. Buku tersebut juga

telah mengajar mengenai cara-cara pembedahan dimana

telah menekankan keperluan pembersihan luka. Malahan di dalam buku-buku tersebut

juga dinyatakan keterangan –keterangan dengan lebih jelas di samping hiasan gambar-

gambar dan sketsa-sketsa yang sekaligus menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu

Sina yang luas.

Ibnu Sina- Sebagai Seorang Doktor.

Ibnu Sina pernah di beri gelaran sebagai "Medicorum Principal" atau "Raja Diraja

Doktor" oleh kaum Latin Skolastik. Antara gelaran lain yang pernah diberikan kepadanya

adalah sebagai "Raja Ubat". Malahan dalam dunia Islam, ia dianggap sebagai "Zenith",

puncak tertinggi dalam ilmu kedoktoran . Ibnu Sina menjadi "Doktor Di Raja" iaitu doktor

Page 5: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

5

kepada Sultan Nuh 11 bin Mansur di Bukhara pada tahun 378 H/ 997 M iaitu ketika

beliau berusia 18 tahun. Pada waktu itu penyakit sultan dalam keadaan parah dan tidak

ada doktor lain yang berjaya mengubati baginda. Akan tetapi berkat pertolongan Ibnu

Sina baginda kembali pulih.

Penemuan-Penemuan Baru

Ibnu Sina dikenali sebagai seorang saintis yang banyak memberikan saham

terhadap dunia ilmu pengetahuan melalui penemuan-penemuan barunya. Antara

sumbangan beliau adalah di dalam bidang geografi, geologi, kimia dan kosmologi.

Bidang Geografi

Ibnu Sina merupakan seorang ahli geografi yang mampu menerangkan bagaimana

sungai-sungai berhubungan dan berasal dari gunung-ganang dan lembah-lembah.

Malahan ia mampu mengemukakan suatu hipotesis atau teori pada waktu itu di mana

gagal dilakukan oleh ahli Yunani dan Romani sejak dari Heredotus, Aristoteles

sehinggalah Protolemaious. Menurut Ibnu Sina " gunung-ganang yang memang

letaknya tinggi iaitu lingkungan mahupun lapisannya dari kulit bumi, maka apabila ia

diterajang lalu berganti rupa dikarenkan oleh sungai-sungai yang meruntuhkan

pinggiran-pinggirannya. Akibat proses seperti ini, maka terjadilah apa yang disebut

sebagai lembah-lembah."

Bidang Geologi, Kimia Dan Kosmologi

Sumbangan Ibnu Sina dalam bidang geologi , kimia serta kosmologi memang tidak

dapat di sangsikan lagi. Menurut A.M.A Shushtery, karangan Ibnu Sina mengenai ilmu

pertambangan (mineral) menjadi sumber geologi di Eropah. Dalam bidang kimia , ia juga

meninggalkan penemuan-penemuan yang bermanafaat . Menurut Reuben Levy, Ibnu

Sina telah menerangkan bahawa benda-benda logam sebenarnya berbeza antara satu

dengan yang lain. Setiap logam terdiri dari berbagai jenis. Penerangan tersebut telah

memperkembangkan ilmu kimia yang telah dirintis sebelumnya oleh Jabbir Ibnu Hayyan

Bapa Kimia Muslim. Sebahagian daripada karyanya yang dapat dicatat disini adalah

daripada :

1. Bidang logika "Isaguji", "The Isagoge", ilmu logika Isagoge.

2. Fi Aqsam al-Ulum al-Aqliyah (On the Divisions of the Rational Sciences)

tentang pembahagian ilmu-ilmu rasional.

Page 6: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

6

3. Bidang metafizik , "Ilahiyyat" (Ilmu ketuhanan)

4. Bidang psikologi , "Kitab an-Nayat" (Book of Deliverence) buku tentang

kebahagiaan jiwa.

5. Fiad-Din yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin menjadi "Liber de

Mineralibus" yakni tentang pemilikan (mimeral).

6. Bidang sastera arab "Risalah fi Asab Huduts al-Huruf" ,risalah tentang

sebab-sebab terjadinya huruf.

7. Bidang syair dan prosa "Al-Qasidah al- Aniyyah" syair-syair tentang jiwa

manusia.

8. Cerita-cerita roman fiktif , "Risalah ath-Thayr" cerita seekor burung.

9. Bidang politik "Risalah as-Siyasah" (Book on Politics) – Buku tentang politik.

Sumbangan Ibnu Sina

Ibnu Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan membuat

beberapa perjumpaan dalam ilmu yang dikenali hari ini sebagai ilmu perubatan

psikosomatics "psychosomatic medicine". Beliau memperkembangkan ilmu diagnosis

melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengenal pasti dalam masa beberapa

detik sahaja ketidak - seimbangan humor yang berkenaan . Diagnosis melalui denyutan

jantung ini masih dipratikkan oleh para hakim (doktor-doktor muslim) di Pakistan,

Afghanistan dan Parsi yang menggunakan ilmu perubatan Yunani. Seorang doktor dari

Amerika (1981) melaporkan bahawa para doktor di Afghanistan, China, India dan Parsi

sanggat berkebolehan dalam denyutan jantung di tempat yang dirasai tetapi mutunya

yang pelbagai .Ini merangkumi :

a. Kuat atau denyutan yang lemah.

b. Masa antara denyutan.

c. Kandungannya lembap di paras kulit dekat denyutan itu dan lain-lain lagi.

Dari ukuran-ukuran denyutan jantung seseorang dokto mungkin mengetahui

dengan tepat penyakit yang dihinggapi di dalam tubuh si pesakit.

Ibnu Sina menyedari kepentingan emosi dalam pemulihan. Apabila pesakit

mempunyai sakit jiwa disebabkan oleh pemisahan daripada kekasihnya , beliau boleh

mendapati nama dan alamat kekasihnya itu melalui cara berikut: Caranya adalah untuk

menyebut banyak nama dan mengulanginya dan semasa itu jarinya diletakkan atas

denyutan (pulse) apabila denyutan itu terjadi tidak teratur atau hampir-hampir berhenti ,

Page 7: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

7

seseorang itu hendaklah mengulang proses tersebut. Dengan cara yang sedemikan ,

nama jalan , rumah dan keluarga disebutkan. Selepas itu , kata Ibnu Sina "Jika anda

tidak dapat mengubat penyakitnya maka temukanlah si pesakit dengan kekasihnya ,

menurut peraturan syariah maka buatlah".(Terjemahan). Ibnu Sina adalah doktor

perubatan yang pertama mencatatkan bahawa penyakit paru-paru (plumonary

tuberculosis) adalah suatu penyakit yang boleh menjangkit (contagious) dan dia

menceritakan dengan tepat tanda-tanda penyakit kencing manis dan masalah yang

timbul darinya. Beliau sangat berminat dalam bidang mengenai kesan akal (mind) atas

jasad dan telah banyak menulis berkenaan gangguan psikologi.

Beliau telah menghasilkan 250 buah karya dan masih kekal hingga ke hari ini dan

termasuklah 116 buah karyanya dalam bidang "Ilmu Perubatan. Banyak karyanya ditulis

dalam bahasa Arab dan juga beberapa dalam bahasa Parsi. "Qanun Fitt Tibb" adalah

karyanya yang termasyur , paling selalu dicetak di Eropah pada zaman "Renaissance".

Karya Qanun itu telah mempunyai pengaruh yang asas dalam ilmu perubatan di Eropah

pada zaman Renaissance dan telah menjadi buku rujukan yang utama di universiti-

universiti Eropah hingga ke abad 17 M.

Penutup

Ibnu Sina meniggal dunia di Hamdan ,dalam usia 58 tahun pada bulan Ramadhan

428 H/1037 M .Ia dimakamkan di sana. Dalam rangka memperingati 1000 tanun hari

kelahirannya (Fair Millenium) di Tehran pada tahun 1955 M ia telah dinobatkan sebagai

"Father of Doctor" untuk selamanya-selamanya , dan di sana (Tehran) telah

dibangunkan sebuah monemun sejarah untuk itu. Makam beliau di Hamdan telah di

kelilingi oleh makam-makam doktor islam yang lain. Hal ini menyebabkan ahli-ahli ilmu

yang terkemudian merasa megah kalau dimakamkan di tanah perkuburan di mana

"zeninth" itu dimakamkan.

Page 8: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

8

4.2 Al-Farabie

AL-FARABI (950M) TOKOH FALSAFAH

Digelar Aristotle kedua.

Tulisan ahli falsafah Yunani seperti Plato dan Aristotle

mempunyai pengaruh yang besar terhadap pemikiran ahli

falsafah Islam. Salah seorang ahli falsafah Islam yang

terpengaruh dengan pemikiran kedua tokoh tersebut ialah Al-

Farabi.

Nama sebenarnya Abu Nasr Muhammad Ibnu Muhammad Ibnu Tarkhan Ibnu Uzlaq

Al Farabi. Beliau lahir pada tahun 874M (260H) di Transoxia yang terletak dalam

Wilayah Wasij di Turki. Bapanya merupakan seorang anggota tentera yang miskin tetapi

semua itu tidak menghalangnya daripada mendapat pendidikan di Baghdad. Beliau telah

mempelajari bahasa Arab di bawah pimpinan Ali Abu Bakr Muhammad ibn al-Sariy.(

Ibnu As-Siraj )

Selepas beberapa waktu, beliau berpindah ke Damsyik sebelum meneruskan

perjalanannya ke Halab. Semasa di sana, beliau telah berkhidmat di istana Saif al-

Daulah dengan gaji empat dirham sehari. Hal ini menyebabkan dia hidup dalam

keadaan yang serba kekurangan.

Al-Farabi terdidik dengan sifat qanaah menjadikan beliau seorang yang amat

sederhana, tidak gilakan harta dan cintakan dunia. Beliau lebih menumpukan perhatian

untuk mencari ilmu daripada mendapatkan kekayaan duniawi. Sebab itulah Al-Farabi

hidup dalam keadaan yang miskin sehingga beliau menghembuskan nafas yang terakhir

pada tahun 950M (339H).

Walaupun Al-Farabi merupakan seorang yang

zuhud tetapi beliau bukan seorang ahli sufi. Beliau

merupakan seorang ilmuwan yang cukup terkenal

pada zamannya. Dia berkemampuan menguasai

pelbagai bahasa.

Page 9: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

9

Selain itu, dia juga merupakan seorang pemuzik yang handal. Lagu yang dihasilkan

meninggalkan kesan secara langsung kepada pendengarnya. Selain mempunyai

kemampuan untuk bermain muzik, beliau juga telah mencipta satu jenis alat muzik yang

dikenali sebagai gambus.

Kemampuan Al-Farabi bukan sekadar itu, malah

beliau juga memiliki ilmu pengetahuan yang

mendalam dalam bidang perubatan, sains,

matematik, dan sejarah. Namun, keterampilannya

sebagai seorang ilmuwan yang terulung lebih

dalam bidang falsafah. Bahkan kehebatannya

dalam bidang ini mengatasi ahli falsafah Islam yang

lain seperti Al-Kindi dan Ibnu Rusyd.

Dalam membicarakan teori politiknya, beliau berpendapat bahawa akal dan wahyu

adalah satu hakikat yang padu. Sebarang percubaan dan usaha untuk memisahkan

kedua-dua elemen tersebut akan melahirkan sebuah negara yang pincang serta

masyarakat yang kacau-bilau. Oleh itu, akal dan wahyu perlu dijadikan sebagai dasar

kepada pembinaan sebuah negara yang kuat, stabil serta makmur.

Al-Farabi banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori Socrates, Plato, dan

Aristotle dalam usahanya untuk menghasilkan teori serta konsep mengenai

kebahagiaan. Maka tidak hairanlah, Al-Farabi dikenali sebagai orang yang paling

memahami falsafah Aristotle. Dia juga merupakan seorang yang terawal menulis

mengenai ilmu logik Yunani secara teratur dalam bahasa Arab.

Meskipun pemikiran falsafahnya banyak dipengaruhi oleh falsafah Yunani tetapi

beliau menentang pendapat Plato yang menganjurkan konsep pemisahan dalam

kehidupan manusia.

Menurut Al-Farabi, seorang ahli falsafah tidak seharusnya memisahkan dirinya

daripada sains dan politlk. Sebaliknya perlu menguasai kedua-duanya untuk menjadi

seorang ahli falsafah yang sempurna.

Page 10: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

10

Tanpa sains, seorang ahli falsafah tidak mempunyai cukup peralatan untuk

diekspolitasikan untuk kepentingan orang lain. Justeru, seorang ahli falsafah yang tulen

tidak akan merasai sebarang perbezaan di antaranya dengan pemerintah yang tertinggi

kerana keduanya merupakan komponen yang saling lengkap melengkapi. Dalam hal ini

beliau mencadangkan agar diwujudkan sebuah negara kebajikan yang diketuai oleh ahli

falsafah.

Pandangan falsafahnya yang kritikal telah meletakkannya sebaris dengan ahli

falsafah Yunani yang lain. Dalam kalangan ahli falsafah Islam, beliau juga dikenali

sebagai Aristotle kedua. Bagi Al-Farabi, ilmu segala-galanya dan para ilmuwan harus

diletakkan pada kedudukan yang tertinggi dalam pemerintahan sesebuah negara.

Pandangan Al-Farabi ini sebenarnya mempunyai persamaan dengan falsafah dan

ajaran Confucius yang meletakkan golongan ilmuwan pada tingkat hierarki yang tertinggi

di dalam sistem sosial sesebuah negara.

Di samping itu, Al-Farabi juga mengemukakan banyak pandangan yang mendahului

zamannya. Antaranya beliau menyatakan bahawa keadilan itu merupakan sifat semula

jadi manusia, manakala pertarungan yang berlaku antara manusia merupakan gejala

sifat semula jadi tersebut.

Pemikiran, idea, dan pandangan Al-Farabi mengenai falsafah politik terkandung

dalam karyanya yang berjudul "Madinah al-Fadhilah". Perbicaraan mengenai ilmu

falsafah zaman Yunani dan falsafah Plato serta Aristotle telah disentuhnya dalam karya

" Ihsa* al-Ulum" dan "Kitab al-Jam".

Terdapat dua buku tidak dapat disiapkan oleh Al-Farabi di zamannya. Buku-buku itu

ialah "Kunci Ilmu" yang disiapkan oleh anak muridnya yang bernama Muhammad Al

Khawarismi pada tahun 976M dan "Fihrist Al-Ulum" yang diselesaikan oleh Ibnu Al-

Nadim pada tahun 988M.

Al-Farabi juga telah menghasilkan sebuah buku yang mengandungi pengajaran dan

teori muzik Islam, yang diberikan judul "Al-Musiqa" dan dianggap sebagai sebuah buku

yang terpenting dalam bidang berkenaan.

Page 11: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

11

Sebagai seeorang ilmuwan yang tulen, Al-Farabi turut memperlihatkan

kecenderungannya menghasilkan beberapa kajian dalam bidang perubatan. Walaupun

kajiannya dalam bidang ini tidak menjadikannya masyhur tetapi pandangannya telah

memberikan sumbangan yang cukup bermakna terhadap perkembangan ilmu perubatan

di zamannya.

Salah satu pandangannya yang menarik ialah mengenai betapa jantung adalah

lebih penting berbanding otak dalam kehidupan manusia. Ini disebabkan jantung

memberikan kehangatan kepada tubuh sedangkan otak hanya menyelaraskan

kehangatan itu menurut keperluan anggota tubuh badan.

Sesungguhnya Al-Farabi merupakan seorang tokoh falsafah yang serba boleh.

Banyak daripada pemikirannya masih relevan dengan perkembangan dan kehidupan

manusia hari ini. Sementelahan itu, pemikirannya mengenai politik dan negara banyak

dikaji serta dibicarakan di peringkat universiti bagi mencari penyelesaian dan sintesis

terhadap segala kemelut yang berlaku pada hari ini.

4.3. Ibnu Khaldun IBN KHALDUN (1406M)

PENGASAS ILMU MASYARAKAT ( Kemukakan teori

ekonomi Islam )

Ibn Khaldun atau nama sebenarnya Wali al-Din Abd al-

Rahman bin Muhammad bin Abu Bakar Muhammad bin al-

Hasan lahir di Tunis pada 1 Ramadan 732H Keluarganya

berasal daripada keturunan Arab Hadramaut yang pernah

menetap di Serville, Italy, dan SepanyoL Akhirnya berpindah

dan menetap di Afrika Utara semasa pemerintahan Hafs Abu Zakariyya, pemerintah

Tunis pada waktu itu.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Ibn Khaldun mendapat pendidikan dalam

pelbagai ilmu Islam seperti al-Quran, al'Hadith, perundangan Islam, kesusasteraan,

falsafah, bahasa, dan mantik. Antara gurunya ialah Muhammad Ibrahim al-Abili, Abu

Abd Allah al-Jayyani, Abd Allah Muhammad bin Abd al-Salam.

Ibn Khaldun menjadi cendekiawan yang agung sehingga disanjung oleh Barat

kerana buah fikirannya, Walau bagaimana pun jarang umat Islam mengkajinya.

Sebenarnya, sumbangan pemikiran Ibn Khaldun dalam ekonomi banyak dimuatkan

Page 12: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

12

dalam hasil karya agungnya, al Muqaddimah. Antara teori ekonomi yang terdapat dalam

karyanya masih lagi relevan dengan masalah ekonomi semasa.

Ibn Khaldun telah membincangkan beberapa prinsip dan falsafah ekonomi seperti

keadilan (al adl), hardworking, kerjasama (cooperation), kesederhanaan (moderation),

dan fairness. Berhubung dengan keadilan (Justice), Ibn Khaldun telah menekankan

bahawa keadilan merupakan tulang belakang dan asas

kekuatan sesebuah ekonom. Apabila keadilan tidak dapat

dilaksanakan, sesebuah negara akan hancur dan musnah.

Menurut beliau, ketidakadilan tidak sahaja difahami sebagai

merampas wang atau harta orang lain tanpa sebarang sebab

yang diharuskan. Malah, mengambil harta orang lain atau

menggunakan tenaganya secara paksa atau membuat

dakwaan palsu terhadap orang lain. Begitu juga kalau

meminta seseorang melakukan sesuatu yang berlawanan dengan Islam.

Beliau mengkategorikan perampas harta orang lain secara tidak sah hingga

memberi kesan kepada kehidupan isteri dan keluarga sebagai paling tidak adil. Menurut

beliau lagi, seseorang yang membeli harta seseorang dengan harga yang paling murah

termasuk dalam kategori memiliki harta cara yang tidak betul.

Ketidakadilan seumpama di atas membawa kepada kejatuhan sesebuah negara

dan keruntuhan sesebuah tamadun dengan segera. Menurut Ibn Khaldun, atas sebab

sebab tersebutlah semua bentuk ketidakadilan dilarang oleh Islam.

Manusia dan Ekonomi

Berdasarkan analisis mendalam, didapati kesemua teori ekonomi dan idea Ibn

Khaldun tentang manusia berdasarkan kepada prinsip-prinsip dan falsafah Islam. Ibn

Khaldun tidak melihat fungsi utama manusia dalam aktiviti perekonomiannya seumpama

haiwan ekonomi (economic animal). Sebaliknya beliau menganggap manusia itu

sebagai manusia Islam (Islamic man/homo Islamicus) yang memerlukan pengetahuan

ekonomi untuk memenuhi misinya di atas muka bumi ini.

Dalam hal ini, Ibn Khaldun menekankan perlunya manusia menjauhi perbuatan

jahat. Sebaliknya manusia wajib mengikuti ajaran Islam sebagai model untuk

memperbaiki dirinya dan mesti memberikan keutamaan kepada kehidupan akhirat.

Page 13: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

13

Teori Pengeluaran

Ibn Khaldun mengemukakan teori bahawa kehidupan perekonomian sentiasa

menghala ke arah pelaksanaan keseimbangan antara penawaran dengan permintaan.

Menurut beliau pengeluaran berasaskan kepada faktor buruh dan kerjasama

masyarakat. Bahkan beliau menganggap buruh merupakan faktor terpenting dalam

proses pengeluaran walaupun faktor-faktor lain seperti tanah tersedia, tenaga buruh

perlu untuk menghasilkan matlamat akhir.

Selain itu beliau berpendapat bahawa kenaikan yang tetap pada paras harga amat

perlu untuk mengekalkan tahap produktiviti. Dalam hal ini beliau menyarankan agar

masyarakat melakukan perancangan supaya setiap bidang pekerjaan dilakukan oleh

orang yang mahir dan cekap. Walau bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi (economic

growth) dan pembahagian tenaga buruh bergantung rapat dengan pasaran. Di sini

dapatlah dinyatakan bahawa teori pembahagian tenaga buruh, pengkhususan tenaga

buruh, dan pertukaran yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun 100 tahun lebih awal

daripada Adam Smith yang juga mengemukakan teori yang sama.

Teori Nilai, Wang dan Harga

Ibn Khaldun tidak secara jelas membezakan antara teori nilai diguna (use value)

dengan nilai pertukaran (exchange value). Tetapi beliau dengan tegas berhujah bahawa

nilai sesuatu barangan bergantung kepada nilai buruh yang terlibat dalam proses

pengeluaran.

"Semua usaha manusia dan semua tenaga buruh perlu digunakan untuk

mendapatkan modal dan keuntungan. Tidak ada jalan lain bagi manusia untuk

mendapatkan keuntungan melainkan melalui penggunaan buruh, kata Ibn Khaldun.

Teori Pengagihan

Menurut Ibn Khaldun harga barangan terdiri daripada tiga elemen utama iaitu gaji

atau upah, keuntungan, dan cukai. Ketiga-tiga elemen ini merupakan pulangan kepada

masyarakat. Oleh sebab itu, beliau membahagikan ekonomi kepada tiga sektor iaitu

sektor pengeluaran, pertukaran, dan perkhidmatan awam.

Menurut Ibn Khaldun, nilai atau harga sesuatu barangan sama dengan kuantiti

buruh yang terlibat dalam pengeluaran barangan berkenaan. Harga buruh merupakan

asas kepada penentuan harga sesuatu barangan dan harga buruh itu sendiri ditentukan

oleh mekanisme permintaan dan penawaran dalam pasaran.

Page 14: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

14

Manakala keuntungan terhasil daripada perbezaan yang diperoleh oleh peniaga

antara harga jualan dengan harga belian. Namun begitu perbezaan antara kedua-dua

harga itu

4.4. Al-Khawarizmy

PENGASAS ILMU ALGEBRA

Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa

al-khawarizmi. Selain itu beliau dikenali sebagai Abu Abdullah

Muhammad bin Ahmad bin Yusoff. Al-Khawarizmi telah dikanali

di Barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-

Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa cara ejaan lagi.

Beliau telah dilahirkan di Bukhara. Pada tahun 780-850M

adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi. al-Khawarizmi

telah wafat antara tahun 220 dan 230M. Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup

sekitar awal pertengahan abad ke-9M. Sumber lain menegaskan beliau di Khawarism,

Usbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal tahun 266H/850M di Baghdad.

PENDIDIKAN

Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa al-Khawarizmi ialah seorang tokoh

Islam yang berpengetahuan luas. Pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja

meliputi bidang syariat tapidi dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik,

kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia. Al-Khawarizmi sebagai guru aljabar di Eropah.

Beliau telah menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan

trigonometri dan astronomi. Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan

Khalifah al-Ma‟mun, bekerja di Bayt al-Hikmah di Baghdad. Beliau bekerja dalam

sebuah observatory iaitu tempat menekuni belajar matematik dan astronomi. Al-

Khawarizmi juga dipercayai memimpin perpustakaan khalifah. Beliau pernah

memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia Islam.

Beliau juga merupakan seorang penulis Ensiklopedia Pelbagai Disiplin.

Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan aljabar

dan hisab. Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik

dan menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan

pada zaman sekarang.

Page 15: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

15

PERANAN DAN SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI

Gelaran Al-Khawarizmi yang dikenali di Barat ialah al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-

karismi, al-Goritmi atau al-Gorism. Nama al-gorism telah dikenali pada abad

pertengahan. Negara Perancis pula al-Gorism muncul sebagai Augryam atau Angrism.

Negara Inggeris pula ia dikenali sebagai Aurym atau Augrim. Sumbangan Al-

Khawarizmi Melalui Karya. Sumbangan hasil karya beliau sendiri, antaranya ialah :

1. Al-Jabr wa‟l Muqabalah : beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens

dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.

2. Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Beliau telah mengajukan contoh-contoh

persoalan matematik dan telah mengemukakan 800 buah soalan yang

sebahagian daripadanya merupakan persoalan yamng dikemukakan oleh Neo.

Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-

Khawarizmi.

3. Sistem Nombor : Beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia penting

dalam sistem nombor pada zaman sekarang.

Ini adalah contoh-contoh sebahagian beliau yang telah dihasilkan dalam penulisan karya

dan ia telah menjadi popular serta dipelajari oleh semua masyarakat yang hidup di dunia

ini. Hasil Karya Al-Khawarizmi Sepertimana yang telah kita ketahui, Al-Khawarizmi

dapat menghasilkan karya-karya agong dalam bidang matamatik. Hasil karya tersebut

terkenal pada zaman tamadun Islam dan dikenali di Barat.Antara hasil karya yang telah

beliau hasilkan ialah :

1. Sistem Nombor : ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu De Numero

Indorum.

2. „Mufatih al-Ulum‟ : yang bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam pelbagai

bidang.

3. Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind : Karya ini telah diterjemahkan ke dalam

Bahasa Latin oleh Prince Boniopagri.

4. Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Pada tahun 820M dan ia

mengenai algebra.

5. Al-Amal bi‟ Usturlab‟

6. Al-Tarikh

7. Al-Maqala Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabilah.

Page 16: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

16

Ketokohan al-Khawarizmi

Setiap tokoh mempunyai sifat ketokohannya yang tersendiri. Ketokohan al-

Khawarizmi dapat dilihat dari dua sudut iaitu dari bidang matematik dan astronomi.

Namun bidang matematik akan diperjelaskan secara terperinci berbanding astronomi

kerana ia melibatkan kajian yang dikaji. Dalam bidang matematik, al-Khawarizmi telah

memperkenalkan aljabar dan hisab. Beliau banyak menghasilkan karya-karya yang

masyhor ketika zaman tamadun Islam. Antara karya-karya yang beliau hasilkan ialah

‗Mafatih al-Ulum‟. Sistem nombor adalah salah satu sumbangan dan telah digunakan

pada zaman tamadun Islam. Banyak kaedah yang diperkenalkan dalam setiap karya

yang dihasilkan. Antaranya ialah kos, sin dan tan dalam trigonometri penyelesaian

persamaan, teorem segitiga sama juga segitiga sama kaki dan mengira luas segitiga,

segi empat selari dan bulatan dalam geometri. Masaalah pecahan dan sifat nombor

perdana dan teori nombor juga diperkenalkan. Banyak lagi konsep dalam matematik

yang telah diperkenalkan al-khawarizmi sendiri.

Bidang astronomi juga membuatkan al-Khawarizmi dikenali pada zaman

tamadun Islam. Astronomi dapat ditakrifkan sebagai ilmu falaq [pengetahuan tentang

bintang-bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran

serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang]. Seawal kurun ketiga lagi lagi, al-

Khawarizmi telah menghasilkan dua buah yang salah satu daripadanyatelah

diterjemahkan ke Bahasa Latin dan memberi pengaruh besar ke atas Muslim dan

orangSpanyol dan Kristian. Penggunaan matematik dalam astronomi sebelum tamadun

Islam amat sedikit dan terhad. Ini disebabkan oleh kemunduran pengetahuan

matematik yang terhad kepada pengguna aritmetik dan geometri sahaja.

Peribadi al-Khawarizmi

Keperibadian al-Khawarizmi telah diakui oleh orang Islam dan juga Barat. Al-

Khawarizmi telah dianggap sebagai sarjana matematik yang masyhur oleh orang Islam

dan ia diperakui oleh orang Barat. Ini dapat dibuktikan bahawa G.Sartonmengatakan

“pencapaian-pencapaian yang tertinggi telah doperolehi oleh orang-orang Timur….”

Maka temasuklah al-Khawarizmi itu sendiri. Al-Khawarizmi patu disanjungi kerana beliau

adalah seorang yang pintar. Menurut Wiedmann pula berkata….‘ al-Khawarizmi

mempunyai personaliti yang teguh dan seorang yang bergeliga sains‘. Setiap apa yang

Page 17: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

17

dinyatakan oleh penulis, ini telah terbukti bahawa al-Khawarizmi mempunyai sifat

keperibadian yang tinggi dan sekaligus disanjung oleh orang Islam.

Strategi Pengislaman Sains Matematik

Pengislaman sains matematik seharusnya berlandaskan dengan beberapa perkara

iaitu, ia hendaklah berlandaskan tauhid, syariah dan akhlak. Ini kerana ia perlu bagi

tokoh-tokoh yanh beragama Islam supaya melaksanakan setiap pekerjaan atau tugasan

yang mengikut undang-undang Islam.

1. Tauhid

Tauhid merupakan landasan falsafah matematik Islam sepertimana dengan ilmu-ilmu

Islam yang lain. Mengikut matlamat Islam, semuanya Ayyatullah [tanda-tanda Allah

iaitu symbol kebesaran, kewujudan dan keEsaan Tuhan. Ungkapan yang wujud

sewajarnya mencorakkan kegiatan matematik. Setiap falsafah dan epistemology sains

matematik kita tidak harus diterima bulat-bulat tanpa syarat.

2. Syariah

Berasaskan kepada undang-undang yang mengenali tindak tanduk masyarakat.

Keharmonian dan tanggungjawab kepada umat dan hak diri. Dari sudut ini, ahli

matematik Islam yang cuba menyelesaikan masaalah yang melibatkan perbuatan

hukum syariah seperti judi, riba dan mencabar kebenaran hakiki daripada agama

samawi untuk memperkukuhkan lagi Institusi. Oleh itu, matematik Islam hendaklah

berkembang selari dengan keperluan manusia dan perkembangan ini juga harus di

dalam sudut syariah.

3. Akhlak

Ciri-ciri akhlak mulia hendaklah disemaikan kedalam matematik dan juga ia perlu

dimasukkan kedalam ilmu-ilmu Islam yang lain agar manusia dapat menerapkan nilai

murni. Ilmu yang dipelajari contahnya akhlak yang terdapat dalam bidang matematik ini

adalah penemuan aljabar yang melambangkan

keadilan. Ini kerana keadilan itu dituntut oleh

agama Islam itu sendiri. Melalui asas pradigma

tauhid dan sya‘iyah itu dapat memperkukuhkan

lagi pembinaan akhlak.

Cabang Matematika

Antara cabang yang diperkanalkan oleh al-

Khawarizmi seperti geometri, algebra, aritmetik

Page 18: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

18

dan lain-lain. GeometriIa merupakan cabang kedua dalam matematik. Isi kandungan

yang diperbincangkan dalam cabang kedua ini ialah asal-usul geometri dan rujukan

utamanya ialah Kitab al-Ustugusat[The Elements] hasil karya Euklid : geometri dari segi

bahasa berasal daripada perkataan yunani iaitu „geo‟ bererti bumi dan „metri‟ bererti

sukatan. Dari segi ilmunya pula geometri itu adalah ilmu yang mengkaji hal yang

berhubung dengan magnitud dan sifat-sifat ruang. Geometri ini mula dipelajari sejak

zaman firaun [2000SM]. Kemudian Thales Miletus memperkenalkan geometri Mesir

kepada Grik sebagai satu sains dedukasi dalam kurun ke6SM. Seterusnya sarjana

Islam telah mengemaskinikan kaedah sains dedukasi ini terutamanya pada abad

ke9M. Algebra/aljabar merupakan nadi untuk matematik algebra. Karya Al-Khawarizmi

telah diterjemahkan oleh Gerhard of Gremano dan Robert of Chaster ke dalam bahasa

Eropah pada abad ke-12. sebelum munculnya karya yang berjudul ‗Hisab al-Jibra wa al

Muqabalah yang ditulis oleh al-Khawarizmi pada tahun 820M. Sebelum ini tak ada

istilah aljabar.

4.5. HAMKA

Biografi Ulama (Prof. Dr. HAMKA)

HAMKA (1908-1981), adalah akronim kepada nama

sebenar Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah. Beliau

adalah seorang ulama, aktivis politik dan penulis Indonesia

yang amat terkenal di alam Nusantara. Beliau lahir pada 17

Februari 1908 di kampung Molek, Maninjau, Sumatera Barat,

Indonesia. Ayahnya ialah Syeikh Abdul Karim bin Amrullah atau

dikenali sebagai Haji Rasul, seorang pelopor Gerakan Islah

(tajdid) di Minangkabau, sekembalinya dari Makkah pada tahun

1906.

Hamka mendapat pendidikan rendah di Sekolah Dasar Maninjau sehingga kelas

dua. Ketika usia HAMKA mencapai 10 tahun, ayahnya telah mendirikan Sumatera

Thawalib di Padang Panjang. Di situ Hamka mempelajari agama dan mendalami bahasa

Arab. Hamka juga pernah mengikuti pengajaran agama di surau dan masjid yang

diberikan ulama terkenal seperti Syeikh Ibrahim Musa, Syeikh Ahmad Rasyid, Sutan

Mansur, R.M. Surjopranoto dan Ki Bagus Hadikusumo.

Page 19: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

19

Hamka mula-mula bekerja sebagai guru agama pada tahun 1927 di Perkebunan Tebing

Tinggi, Medan dan guru agama di Padang Panjang pada

tahun 1929. Hamka kemudian dilantik sebagai dosen di

Universitas Islam, Jakarta dan Universitas Muhammadiyah,

Padang Panjang dari tahun 1957 hingga tahun 1958. Setelah

itu, beliau diangkat menjadi rektor Perguruan Tinggi Islam,

Jakarta dan Profesor Universitas Mustopo, Jakarta. Dari

tahun 1951 hingga tahun 1960, beliau menjabat sebagai

Pegawai Tinggi Agama oleh Menteri Agama Indonesia, tetapi

meletakkan jawatan itu ketika Sukarno menyuruhnya memilih antara menjadi pegawai

negeri atau bergiat dalam politik Majlis Syura Muslimin Indonesia (Masyumi).

Hamka adalah seorang otodidiak dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan seperti

filsafat, sastra, sejarah, sosiologi dan politik, baik Islam mahupun Barat. Dengan

kemahiran bahasa Arabnya yang tinggi, beliau dapat menyelidiki karya ulama dan

pujangga besar di Timur Tengah seperti Zaki Mubarak, Jurji Zaidan, Abbas al-Aqqad,

Mustafa al-Manfaluti dan Hussain Haikal. Melalui bahasa Arab juga, beliau meneliti

karya sarjana Perancis, Inggris dan Jerman seperti Albert Camus, William James,

Sigmund Freud, Arnold Toynbee, Jean Paul Sartre, Karl Marx dan Pierre Loti. Hamka

juga rajin membaca dan bertukar-tukar fikiran dengan tokoh-tokoh terkenal Jakarta

seperti HOS Tjokroaminoto, Raden Mas Surjopranoto, Haji Fachrudin, Ar Sutan Mansur

dan Ki Bagus Hadikusumo sambil mengasah bakatnya sehingga menjadi seorang ahli

pidato yang handal.

Hamka juga aktif dalam gerakan Islam melalui organisasi Muhammadiyah.

Beliau mengikuti pendirian Muhammadiyah mulai tahun 1925 untuk melawan khurafat,

bidaah, tarekat dan kebatinan sesat di Padang Panjang. Mulai tahun 1928, beliau

mengetuai cabang Muhammadiyah di Padang Panjang. Pada tahun 1929, Hamka

mendirikan pusat latihan pendakwah Muhammadiyah dan dua tahun kemudian beliau

menjadi konsul Muhammadiyah di Makassar. Kemudian beliau terpilih menjadi ketua

Majlis Pimpinan Muhammadiyah di Sumatera Barat oleh Konferensi Muhammadiyah,

menggantikan S.Y. Sutan Mangkuto pada tahun 1946. Beliau menyusun kembali

pembangunan dalam Kongres Muhammadiyah ke-31 di Yogyakarta pada tahun 1950.

Page 20: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

20

Pada tahun 1953, Hamka dipilih sebagai penasihat pimpinan Pusat

Muhammadiah. Pada 26 Juli 1977, Menteri Agama Indonesia, Prof. Dr. Mukti Ali

melantik Hamka sebagai ketua umum Majlis Ulama Indonesia tetapi beliau kemudiannya

meletak jawatan pada tahun 1981 karena nasihatnya tidak dipedulikan oleh pemerintah

Indonesia.

Kegiatan politik Hamka bermula pada tahun 1925 ketika beliau menjadi anggota

partai politik Sarekat Islam. Pada tahun 1945, beliau membantu menentang usaha

kembalinya penjajah Belanda ke Indonesia melalui pidato dan menyertai kegiatan

gerilya di dalam hutan di Medan. Pada tahun 1947, Hamka diangkat menjadi ketua

Barisan Pertahanan Nasional, Indonesia. Beliau menjadi anggota Konstituante Masyumi

dan menjadi pemidato utama dalam Pilihan Raya Umum 1955. Masyumi kemudiannya

diharamkan oleh pemerintah Indonesia pada tahun 1960. Dari tahun 1964 hingga tahun

1966, Hamka dipenjarakan oleh Presiden Sukarno karena dituduh pro-Malaysia.

Semasa dipenjarakanlah maka beliau mulai menulis Tafsir al-Azhar yang merupakan

karya ilmiah terbesarnya. Setelah keluar dari penjara, Hamka diangkat sebagai anggota

Badan Musyawarah Kebajikan Nasional, Indonesia, anggota Majelis Perjalanan Haji

Indonesia dan anggota Lembaga Kebudayaan Nasional, Indonesia.

Selain aktif dalam soal keagamaan dan politik, Hamka

merupakan seorang wartawan, penulis, editor dan penerbit.

Sejak tahun 1920-an, Hamka menjadi wartawan beberapa

buah akhbar seperti Pelita Andalas, Seruan Islam, Bintang

Islam dan Seruan Muhammadiyah. Pada tahun 1928, beliau

menjadi editor majalah Kemajuan Masyarakat. Pada tahun

1932, beliau menjadi editor dan menerbitkan majalah al-

Mahdi di Makasar. Hamka juga pernah menjadi editor

majalah Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat dan Gema Islam.

Hamka juga menghasilkan karya ilmiah Islam dan karya kreatif seperti novel dan

cerpen. Karya ilmiah terbesarnya ialah Tafsir al-Azhar (5 jilid) dan antara novel-novelnya

yang mendapat perhatian umum dan menjadi buku teks sastera di Malaysia dan

Singapura termasuklah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan

Kaabah dan Merantau ke Deli.

Page 21: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

21

Hamka pernah menerima beberapa anugerah pada peringkat nasional dan

antarabangsa seperti anugerah kehormatan Doctor Honoris Causa, Universitas al-

Azhar, 1958; Doktor Honoris Causa, Universitas Kebangsaan Malaysia, 1974; dan gelar

Datuk Indono dan Pengeran Wiroguno dari pemerintah Indonesia.

Hamka telah pulang ke rahmatullah pada 24 Juli 1981, namun jasa dan

pengaruhnya masih terasa sehingga kini dalam memartabatkan agama Islam. Beliau

bukan sahaja diterima sebagai seorang tokoh ulama dan sasterawan di negara

kelahirannya, malah jasanya di seluruh alam Nusantara, termasuk Malaysia dan

Singapura, turut dihargai

4.6. Al-Biruni

Ahli falsafah yang serba boleh.

Pada zaman awal kedatangan Islam, masyarakat Islam

tidak begitu terdedah kepada ilmu falsafah. Walau

bagaimanapun menjelang abad ke-3, para sarjana Islam mulai

memberikan perhatian kepada persoalan dan pemikiran yang

berkaitan dengan falsafah.

Asas kepada falsafah yang dipelopori oleh para ilmuwan Islam, berpaksikan ajaran

Islam dan kalimah syahadah bertujuan untuk meningkatkan keyakinan dan ketakwaan

umat Islam. Berbeza dengan falsafah Yunani yang lebih tertumpu kepada pencarian

kebenaran berlandaskan pemikiran dan logik semata-mata sehingga menimbulkan

kekeliruan serta kecelaruan yang tidak berpanjangan.

Aliran falsafah pada zaman Islam tidak sekadar membataskan perbicaraan kepada

persoalan yang berkaitan dengan metafizika ketuhanan dan kejadian alam. Tetapi juga

meliputi perbincangan yang berkaitan dengan nilai-nilai akhlak, masyarakat, dan

kemanusiaan. Walaupun ahli falsafah pernah dicap oleh Imam Al-Ghazali sebagai

golongan yang sesat lagi menyesatkan, tetapi perkembangan ilmu falsafah itu telah

berjaya membantu menyelesaikan pelbagai persoalan keagamaan, ekonomi, politik,

sosial, budaya, dan bidang-bidang lain.

Page 22: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

22

Wahyu sebenarnya tidak bercanggah dengan akal. Menerusi paduan wahyu dan

akal seperti yang dicernakan oleh para ilmuwan Islam telah berjaya membantu

meletakkan batu asas yang kukuh kepada pembinaan peradaban Islam.

Kerana itu, umat Islam digalakkan mencari dan menimba ilmu hatta sampai ke

negara China. Dorongan yang diberikan oleh Islam itu telah memberikan semacam

motivasi kepada para sarjana Islam untuk terus menggali dan mempelajari pelbagai ilmu

pengetahuan sama ada di timur ataupun barat.

Salah seorang ilmuwan tersebut ialah Al Biruni atau nama asalnya Abu al-Raihan

Muhammad ibn Ahmad al-Biruni. Beliau dilahirkan pada tahun 362 H (973 M) di Birun,

ibu negara Khawarizm atau lebih dikenali sebagai Turkistan. Gurunya yang terawal ialah

Abu Nasr Mansur ibn Alt ibn Iraqin yang juga merupakan seorang pakar ilmu matematik

dan ilmu alam.

Minat dan kecenderungannya untuk mempelajari serta meluaskan dimensi ilmu

pengetahuannya telah mendorong Al-Biruni merantau sehingga ke negara India. Tetapi

semasa berada di India, Al-Biruni telah ditawan oleh Sultan Mahmood al-Ghaznawi.

Setelah menyedari keilmuwannya beliau ditugaskan di istana sebagai salah seorang

ulama. Kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh Al-Biruni untuk mempelajari bahasa

Sanskrit dan bahasa lain di India.

Di sana beliau mengambil kesempatan untuk mengenali agama Hindu dan

falsafah India. Hasilnya beliau telah menulis beberapa buah buku yang mempunyai

hubungan dengan masyarakat India dan kebudayaan Hindu.

Dalam satu tulisannya, beliau menyatakan bahawa ajaran

Hindu berasaskan konsep penjelmaan yang mempunyai

persamaan dengan syahadah Tauhid dalam Islam dan triniti

dalam agama Kristian.

Tembok penjara tidak menjadi penghalang kepada Al-

Biruni untuk terus menuntut dan menghasilkan karya-karya

yang besar dalam pelbagai bidang. Sumbangannya kepada ilmu

Page 23: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

23

dan peradaban India amat besar. Sumbangannya yang paling penting ialah dalam

penciptaan kaedah penggunaan angka-angka India dan kajiannya mencari ukuran bumi

menggunakan kiraan matematik. Beliau juga telah berjaya menghasilkan satu daftar

yang mengandungi peta dan kedudukan ibu-ibu negara di dunia.

Semasa berada dalam tawanan itu, Al-Biruni juga menggunakan seluruh ruang

dan peluang yang ada untuk menjalinkan hubungan antara para ilmuwan sekolah tinggi

Baghdad dan para sarjana Islam India yang tinggal dalam istana Mahmud al Ghaznawi.

Selepas dibebaskan, beliau telah menulis sebuah buku yang berjudul Kitab Tahdid

al Nih-ayat al Amakin Lita'shih al Masafat al Masakin. Di samping itu, beliau turut

mendirikan sebuah pusat kajian astronomi mengenai sistem solar yang telah membantu

perkembangan pengajian ilmu falak pada tahun-tahun yang mendatang. Kajiannya

dalam bidang sains, matematik, dan geometrik telah menyelesaikan banyak masalah

yang tidak dapat diselesaikan sebelum ini.

Penguasaannya terhadap pelbagai ilmu pengetahuan dan bidang telah

menyebabkan beliau digelar sebagai "Ustaz fil Ulum" atau guru segala ilmu.

Penulisannya tentang sejarah Islam telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris

dengan judul "Chronology of Ancient Nation". Banyak lagi buku tulisan Al-Biruni

diterbitkan di Eropah dan tersimpan dengan baiknya di Museum Escorial, Sepanyol.

Dalam sepanjang hidupnya Al-Biruni telah menghasilkan lebih 150 buah buku termasuk

satu senarai kajian yang mengandungi 138 tajuk. Antara buku itu ialah Al-Jamahir fi al-

Jawahir yakni mengenai batu-batu permata; Al-Athar al-Baqiah berkaitan kesan-kesan

lama tinggalan sejarah dan Al-Saidalah fi al-Tibb, tentang ubat-ubatan. Karya ini

dikatakan karyanya yang terakhir sebelum meninggal dunia pada 1048M.

Al-Biruni bukan sahaja dapat menguasai bahasa Sanskrit dengan baik tetapi juga

bahasa-bahasa Ibrani dan Syria. Beliau yang memiliki ilmu pengetahuan yang luas

tentang falsafah Yunani menjadikannya seorang sarjana agung yang pernah dilahirkan

oleh dunia Islam. Al-Biruni berjaya membuktikan bahawa gandingan falsafah dan ilmu

pengetahuan telah membolehkan agama terus hidup subur dan berkembang serta

membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh umat.

Page 24: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

24

Pemikiran falsafahnya tidak semata-mata

bersandarkan kepada imaginasi dan permainan logik tetapi

berdasarkan kepada kajian yang dilakukannya secara

empirikal. Kepakarannya dalam ilmu Islam tidak boleh

dipertikaikan kerana dalam umur yang masih muda lagi

beliau telah menghasilkan sebuah karya besar yang

berjudul Kitabul Asar al baqiya 'Anil Quran al Khaliya.

Sebelum ke India, Al-Biruni sering menjalinkan hubungan dengan Ibnu Sina.

Keadaan ini menjadi bukti pengiktirafan ilmuwan Islam lain terhadap ketokohan dan

kesarjanaannya. Sekali gus menjadikan beliau seorang ahli falsafah Islam yang serba

boleh dengan sumbangan yang telah memberikan manfaat yang besar kepada manusia

seluruhnya.

Dalam masa yang sama, Al-Biruni juga membuktikan bahawa golongan ahli

falsafah bukan merupakan golongan yang sesat dan hidup di awang-awangan.

Sebaliknya mereka merupakan golongan ilmuwan yang perlu diberi pengiktirafan.

Peranan dan kedudukan mereka amat besar dalam pembinaan tamadun Islam serta

peradaban manusia.

Sesungguhnya kemunculan Al-Biruni sebagai tokoh ilmuwan tersohor telah

mengangkat martabat ahli falsafah daripada terus diberikan pelbagai stigma dan label

yang berbentuk negatif serta merubah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh ahli

falsafah itu sendiri.

4.7. Al-Ghazali

Imam Al-Ghazali lebih dikenali sebagai ulama

tasawuf dan akidah. Oleh sebab itu sumbangannya

terhadap bidang falsafah dan ilmu pengetahuan lain tidak

boleh dinafikan. Al-Ghazali merupakan seorang ahli sufi

yang bergelar "hujjatui Islam".

Abu Hamid Ibnu Muhammad al-Tusi al-Ghazali

itulah tokoh yang dilahirkan di Tus, Parsi pada tahun 450 Hijrah. Sejak kecil lagi, beliau

Page 25: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

25

telah menunjukkan keupayaan yang luar biasa dengan menguasai berbagai-bagai

cabang ilmu pengetahuan. Beliau bukan sahaja produktif dari segi menghasilkan buku

dan karya tetapi merupakan seorang ahli fikir Islam yang terulung.

Kecintaannya terhadap ilmu pengetahuan begitu mendalam sehingga

mendorongnya menggembara dan merantau dari sebuah tempat ke tempat yang lain

untuk berguru dengan ulama-ulama yang hidup pada zamannya. Sewaktu berada di

Baghdad, Al-Ghazali telah dilantik sebagai Mahaguru Universiti Baghdad.

Walaupun telah bergelar mahaguru tetapi beliau masih merasakan kekurangan

pada ilmu pengetahuan yang dimiliki. Lantaran itu, beliau meninggalkan jawatannya dan

beralih ke bidang tasawuf dengan merantau ke Makkah sambil berguru dengan ahli-ahli

sufi yang terkenal disana.

Selain belajar dan mengkaji,. Al-Ghazali juga banyak menulis. Dianggarkan beliau

telah menulis 300 buah buku mencakupi pelbagai bidang ilmu pengetahuan seperti

mantik, akhlak, tafsir, ulumul Quran, falsafah, dan sebagainya. Walau bagaimanapun,

sebahagian besar hasil tulisannya telah hangus dibbakar oleh tentera Moghul yang

menyerang kota Baghdad.

Antara kitab yang musnah termasuk: 40 Jilid Tafsir,

Sirrul Alamain (Rahsia Dua Dunia), dan al Madhnuuna bihi

ala Qhairiha (Ilmu Yang Harus Disembunyikan Dari Orang-

Orang Yang Bukan Ahlinya,). Cuma 84 buah buku tulisan

beliau yang berjaya diselamatkan seperti Al Munqiz Mim al

Dhalal (Penyelamat Kesesatan), Tahafut al Falsafah

(Penghancuran Falsafah), Mizanul Amal (Timbangan

Amal), Ihya Ulumuddin (Penghidupan Pengetahuan), Mahkun Nazar (Mengenai Ilmu

Logik), Miyarul Ilmu, dan Maqsadil Falsafah (Tujuan Falsafah).

Meskipun Al-Ghazali banyak menulis mengenai falsafah tetapi beliau tidak

dianggap sebagai seorang ahli falsafah. Malah kebanyakan penulis menggolongkan Al-

Ghazali sebagai seorang yang memerangi dan bersikap anti falsafah. Pandangan ini

berdasarkan tulisan Al-Ghazali dalam buku Tahafut Falsafah yang banyak mengkritik

dan mengecam falsafah. Bahkan dalam buku tersebut, Al-Ghazali menyatakan tujuan

Page 26: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

26

menyusun buku itu adalah untuk menghancurkan falsafah dan menggugat keyakinan

orang terhadap falsafah. Namun begitu, pandangan bahawa Al-Ghazali seorang yang

anti falsafah tidak dipersetujui oleh beberapa orang sarjana.

Biarpun tidak ada seorang pun yang boleh menafikan kecaman Al-Ghazali

terhadap falsafah seperti yang ditulis dalam buku Tahafut Falsafah itu tetapi perlu

diingatkan bahawa sikap skeptis (ragu) dan kritikannya terhadap falsafah merupakan

sebahagian proses ilmu falsafah itu sendiri. Hal ini kerana tugas ahli falsafah bukan

semata-mata untuk mencari kebenaran dan penyelesaian terhadap sesuatu masalah

tetapi juga mencabar serta membantah penyelesaian yang dikemukakan terhadap

permasalahan tersebut.

Kalau menyelusuri perjalanan hidup Al-Ghazali maka akan didapati bahawa beliau

merupakan ilmuwan Islam pertama yang mendalami falsafah dan kemudian mengambil

sikap mengkritiknya. Walaupun Al-Ghazali kurang senang dengan falsafah dan ahli

filsafah tetapi dalam buku Maqasid al Falasifah., beliau telah mengemukakan kaedah

falsafah untuk menghuraikan persoalan yang berkaitan dengan logik, ketuhanan, dan

fizikal.

Menurut Al-Ghazali, falsafah boleh dibahagikan kepada enam ilmu pengetahuan

ialah matematik, logik, fizik, metafizik, politik, dan etika. Bidang-bidang ini kadangkala

selari dengan agama dan kadangkala pula sangat berlawanan dengan agama.

Namun begitu, agama Islam tidak menghalang umatnya daripada mempelajari

ilmu pengetahuan tersebut sekiranya mendatangkan kebaikan serta tidak menimbulkan

kemudaratannya. Umpamanya agama tidak melarang ilmu matematik kerana ilmu itu

merupakan hasil pembuktian fikiran yang tidak boleh dinafikan selepas ia difahami.

Cuma bagi Al-Ghazali, ilmu tersebut boleh menimbulkan beberapa persoalan yang

berat. Antaranya ialah ilmu matematik terlalu mementingkan logik sehingga boleh

menyebabkan timbul persoalan yang berkaitan dengan ketuhanan khususnya mengenai

perkara yang tidak dapat dihuraikan oleh akal fikiran. Menurut Al-Gharali tidak salah

berpegang kepada logik tetapi yang menjadi masalahnya ialah golongan falsafah yang

Page 27: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

27

terlalu berpegang kepada logik, hendaklah membuktikan fakta termasuk perkara yang

berhubung dengan ketuhanan atau metafizik.

Sebab itulah beliau menentang golongan ahli falsafah Islam yang cuba

mengungkap kejadian alam dan persoalan ketuhanan menggunakan pemikiran daripada

ahli falsafah Yunani. Beberapa orang ahli falsafah Islam seperti Ibnu Sina dan al-Farabi

jelas terpengaruh akan idea pemikiran falsafah Aristotle. Maka tidak hairanlah ada

antara pandangan ahli falsafah itu bertentangan dengan ajaran Islam yang boleh

menyebabkan kesesatan dan syirik.

Terdapat tiga pemikiran falsafah metafizik yang menurut Al-Ghazali amat

bertentangan dengan Islam iaitu qadimnya alam ini, tidak mengetahui Tuhan terhadap

perkara dan peristiwa yang kecil, dan pengingkaran terhadap kebangkitan jasad atau

jasmani.

Al-Ghazali tidak menolak penggunaan akal dalam pembicaraan falsafah dan

penghasilan ilmu pengetahuan yang lain. Sebaliknya beliau berpendapat bahawa ilmu

kalam dan penyelidikan menggunakan fikiran boleh menambahkan keyakinan dan

menyalakan api keimanan pada hati orang bukan Islam terhadap kebenaran ajaran

Islam. Jadi, perkembangan sesuatu ilmu pengetahuan bukan sahaja bersandarkan

kepuasan akal fikiran tetapi juga perlu mengambil kira aspek perasaan dan hati nurani.

Al-Ghazali menganjurkan supaya umat Islam mencari kebenaran dengan menjadikan al-

Quran sebagai sumber yang utama bukannya melalui proses pemikiran dan akal

semata-mata.

Jadi, apa yang cuba dilakukan oleh Al-Ghazali ialah memaparkan kesalahan dan

kepalsuan bidang pengetahuan yang bercanggah dengan agama serta bertentangan

dengan pendirian umat Islam. Sekali gus menunjukkan bahawa Al-Ghazali sebenarnya

merupakan seorang ahli falssafah Islam yang mencari kebenaran dengan berpandukan

al-Quran dan hadis tidak sebagaimana pemikiran serta permainan logik yang lazim

digunakan ahli falsafah Yunani.

Perkara yang ditentang oleh Al-Ghazali bukan ahli falsafah dan pemikiran yang

dibawakan oleh mereka tetapi kesalahan, kesilapan, dan kesesatan yang dilakukan oleh

golongan tersebut. Pada Al-Ghazali, tunjang kepada pemikiran falsafah ialah al-Quran

itu sendiri.

Page 28: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

28

4.8. Sheikh Tahir Jalaluddin

Latarbelakang

Nama penuhnya Muhammad Tahir bin Syeikh

Muhammad. atau dikenali dengan gelaran Sheikh

Muhammad Tahir Jalaluddin Al-Falaki Al-Azhari (9

Disember 1869 - 26 Oktober 1956), Beliau dilahirkan pada

hari Selasa, 4 haribulan Ramadhan, tahun 1286 Hijrah

bersamaan 7 haribulan Disember 1869 Masehi di Empat

Angkat (Ampek Angkek), Ayah beliau iaitu Syeikh

Muhamad merupakan seorang ulamak terkenal di

Sumatera. Di dalam masyarakat Minangkabau Syeikh

Muhammad lebih dikenali dengan nama Tuanku Muhammad atau Tuanku Tjangking.

Beliau merupakan tokoh bidang Falak Syari di alam Melayu Nusantara yang telah

memantapkan bidang fardu kifayah tersebut di rantau ini menerusi pengajaran,

penggunaan dan penyibaran ilmu tentangnya di kalangan 'alim ulamak yang

bertanggungjawab membuat taqwim Islam tempatan Syeikh Tahir Jalaluddin

sebenarnya merupakan seorang anak Melayu Minangkabau yang telah berhijrah dan

menetap di Tanah Melayu. Di belakang namanya kerap disunting perkataan ―Al-Azhari,

Al-Falaki Assyahir‖ iaitu bererti beliau merupakan keluaran Universiti al-Azhar di Mesir

dan seorang ahli Falak yang terkenal.

Kedua-dua ibu bapanya meninggal ketika Syeikh Tahir baru berusia dua tahun.

Oleh kerana Syeikh Tahir masih kanak-kanak lagi ketika ditinggalkan oleh ayah dan

ibunya, beliau telah dipelihara oleh ibu saudara di sebelah pihak ibunya. Menjelang

usianya lebih kurang sebelas tahun, ibu saudaranya telah menghantar beliau menuntut

ilmu di Mekah. Di Mekah beliau tinggal bersama sepupunya Syeikh Ahmad Khatib yang

menjadi pemimpin Mazhab Imam Syafie di Masjid al-Haram.

Di Makkah

Syeikh Tahir telah datang ke Makkah pada tahun 1297H (1880 m) bersama datuk

sepupunya Haji Abdul Rahman. Di Makkah beliau tinggal bersama Syeikh Ahmad Khatib

Page 29: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

29

di dalam pemeliharaan al-Syeikh Muhammad Salleh Kardabi Fidullah al-Kurdi. Pelajaran

asas yang diterimanya di sini ialah mengaji al-Qur‘an dan mentajwidkan Qur‘an daripada

Tuan Syeikh Abdul Haq. Pelajaran lain berhubung dengan keagamaan dipelajarinya dari

Syed Umar Syah, Syeikh Muhammad al-Khayyat, Syed Barkasyah dan sepupunya

sendiri Syeikh Ahmad Khatib. Dalam jangka masa dua belas tahun Syeikh Tahir

menetap di Makkah, beliau berpeluang mempelajari ilmu-ilmu agama dengan

mendalam. Banyak daripada ajaran-ajaran sepupunya, Syeikh Ahmad Khatib telah

mempengaruhi jiwa Syeikh Tahir terutama berhubung dengan masalah amalan

beragama umat Islam yang dikatakan bercampur aduk dengan amalan bida‟ah. Syeikh

Ahmad Khatib juga merupakan seorang guru yang bertauliah bagi masyarakat Jawi di

Makkah pada waktu itu. Hasil dari pergaulan dengan Syeikh Ahmad Khatib telah

mendorong Syeikh Tahir belajar ilmu agama dengan lebih mendalam lagi dari guru-guru

lain di Makkah seperti yang telah disebutkan tadi. Dengan ini ketokohan beliau dari segi

keagamaan setanding dengan gurunya yang menjadi kebanggaan kepada masyarakat

Melayu Indonesia dan Tanah Melayu.

Setelah tujuh tahun berada di Makkah, pada tahun 1304H (1884 M) beliau pulang

ke tanah airnya, Minangkabau. Pada tahun berikutnya beliau kembali semula ke Makkah

untuk menyambung pelajarannya. Beliau telah berkahwin buat pertama kalinya pada

tahun 1306 H. (1886 M) dengan seorang gadis bernama Aisyah binti Syeikh Muhammad

bin Syeikh Ismail Al-Khalid Kabul. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya itu mereka

beroleh dua orang anak tetapi kedua-duanya meninggal dunia di Makkah ketika Syeikh

Tahir berada di sana.

Semenjak beliau tinggal di Makkah pada tahun 1297 H (1880 M.), beliau mula

mendalami ilmu al-Quran. Seterusnya beliau mempelajari Ilmu Nahu (grammer), Bayan

(Ilmu ucapan dan keterangan yang fasih), Ma‘ani (ilmu makna-meaning), Badi‘ (ilmu

boleh mengenal pertuturan), Tauhid (ilmu mengenal Tuhan), Fekah (ilmu undang-

undang), Usul Fiqh (ilmu mengetahui asal undang-undang), Hadis (ilmu mengetahui

perkataan, perbuatan dan kelakuan Rasul), Tafsir (ilmu menghuraikan makna-makna al-

Qur‘an), Hisab (ilmu kira-kira), Hisab Bidasab (Ilmu kira-kira sukat menyukat), Hai-ah

(ilmu bintang) dan ilmu Falak (ilmu membicarakan matahari, bulan dan bintang-bintang

beredar). Berdasarkan ilmu yang dipelajarinya itu adalah tidak menghairankan jika dia

sangat mahir dalam soal yang berhubungan dengan masalah agama Islam.

Page 30: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

30

Di Tanah Melayu

Syeikh Tahir dikatakan telah datang ke Tanah Melayu menjelang tahun 1899.

Dalam tahun itu beliau telah mendirikan rumahtangga dengan seorang gadis Perak dari

suku Rawa, bernama Aishah binti Haji Mustafa binti Datuk Menteri pada 28hb

September 1899. Didapati beliau ini seorang yang tidak mudah berasa senang hati

untuk tinggal menetap di satu-satu tempat. Semasa beliau menetap di Tanah Melayu,

beliau kerap belayar ke wilayah-wilayah di Indonesia dan negeri-negeri Timur Tengah,

melawat sanak saudara, memberi ceramah-ceramah agama dan sebagainya.

Di Perak setelah Syeikh Tahir berkahwin dengan isterinya Aishah binti Datuk

Menteri, beliau mula menjalankan kerja-kerja harian untuk menyara keluarganya. Boleh

dikatakan beliau seorang yang suka hidup berdikari. Pada tahun 1900 M. beliau pernah

membuka kedai kain di Ipoh. Asas perniagaan ini dimulakan oleh bapa mertua beliau

yang dikatakan agak `berada‘ juga. Namun demikian kerja berjual kain itu hanya

berjalan setakat setahun sahaja. Selepas itu beliau telah belayar lagi ke Kepulauan

Indonesia pada tahun 1901 melalui Tanah Jawa, Bali, Beliling, Ampanan, Sumbawa,

Bima dan Makasar. Dalam lawatannya itu ada kemungkinan beliau telah menyebarkan

buah fikirannya mengenai ilmu agama di tempat-tempat yang di lawatinya.

Dalam tahun yang sama beliau berpindah pula ke Johor Baharu. Di Johor Baharu

beliau dijemput oleh Yang Mulia Tengku Omar bin Ahmad, Hakim Besar Johor, bagi

mengajar hakim-hakim pengadilan di mahkamah Johor. Di antara hakim-hakim yang

mendapat tunjuk ajar beliau ialah Ungku Ismail bin Ahmad, Ungku Abdul Rahman bin

Abdul Majid dan lain-lain pengadil bangsa Melayu. Tugas mengajar hakim-hakim

tersebut berlangsung selama lebih kurang tiga tahun. Dalam masa beliau bertugas

inilah, Sultan Idris (1887-1916) sebagai Sultan Perak mengajak beliau ke London kerana

menghadiri kemahkotaan King George pada 22 Jun, 1911.

Pada 3hb Julai 1912 beliau meletakkan jawatan sebagai guru kepada hakim-

hakim di Johor Baharu, dan mulai tahun 1914 beliau bertugas pula sebagai guru di

sekolah Agama Johor Baharu dan menjadi Pemeriksa Sekolah-sekolah Agama Johor

(Nazir). Ternyata kemudian sewaktu menjawat jawatan tersebut beliau berasa tidak

puashati dengan sistem pendidikan dan cara pentadbiran sekolah-sekolah agama waktu

itu. Dalam suratnya kepada Yang Di Pertua Jabatan Pendidikan Negeri Johor, beliau

Page 31: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

31

menyatakan dukacitanya kerana ―tidak boleh menjalankan peraturan pelajaran yang

terlebih berfaedah dan berguna bagi kanak-kanak yang belajar‖. Beliau akhirnya

meminta berhenti kerja pada tahun 1916.

Dua tahun setelah kembali ke Perak pada tahun 1920, beliau telah diminta oleh

rakan seperjuangan Syed Syeikh bin Ahmad Al-Hadi, untuk menjadi guru di Madrasah

Al-Masyhur Al-Islammiyah di Pulau Pinang bersama-sama seorang rakannya Syeikh

Abdullah Maghribi. Khidmat beliau di Madrasah itu pun tidak lama kerana beliau telah

jatuh sakit. Di Al-Masyhur beliau ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Ilmu Falak

kepada pelajar-pelajar Madrasah itu. Dan menjelang tahun 1923, beliau berangkat pula

ke Medan dan Deli untuk berubat dan melawat tanah tumpah darahnya Minangkabau

selama enam bulan.

Sebagai seorang ahli falak

Sebagai seorang alim yang mempunyai kedudukan baik di mata masyarakat,

beliau begitu dihormati. Jawatan-jawatan yang dipegangnya semasa berada di Perak

dan juga di Johor membuktikan tenaga dan ilmunya mendapat perhatian.

Pengetahuannya banyak dimanfaatkan untuk kepentingan masyarakatnya. Beliau sering

diberi kepercayaan untuk membantu menyelesaikan masalah hukum agama

berdasarkan keilmuannya yang luas baik di dalam Ilmu Falak mahupun yang berhubung

dengan soal keagamaan.

Sebagai seorang ahli Falak, beliau sering dihadapkan dengan pertanyaan-

pertanyaan berhubung dengan cara menggunakan Ilmu Hisab bagi menentukan tarikh

berpuasa dan berhari raya. Banyak daripada pertanyaan-pertanyaan tersebut datang

dari penduduk di Tanah Melayu mahupun dari Indonesia. Pandangan beliau mengenai

tarikh kemunculan anak bulan Ramadhan atau pun bila berlakunya gerhana matahari,

sering kali disiarkan di akhbar-akhbar tempatan. Selain itu beliau juga sangat mengambil

berat tentang amal kebajikan di dalam masyarakatnya. Misalnya beliau sangat

mengambil berat tentang pentingnya sesebuah masjid itu mempunyai kiblat yang betul

dan tepat mengikut hala Kaabah di Makkah. Beliau berpendapat bahawa sembahyang

tanpa mengadap arah kiblat yang tepat adalah tidak sah. Dengan itu beliau merasa

bertanggungjawab bagi membetulkan kiblat masjid oleh kerana beliau memahami Ilmu

Falak.

Page 32: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

32

Memandangkan betapa pentingnya kiblat bagi syarat sah sembahyang orang

Islam, Syeikh Tahir pernah dilantik oleh Sultan Idris, Perak untuk menjadi pemeriksa

kiblat di seluruh negeri Perak. Beliau pernah melahirkan kekesalannya kerana terdapat

banyak mihrab masjid yang tidak sehala dengan arah kiblat. Misalnya ketika beliau

menjadi pemeriksa kiblat masjid-masjid di Perak pada tahun 1900 beliau telah

melaporkan bahawa terdapat banyak masjid-masjid di Tanah Melayu tidak menuju hala

kiblat yang tepat seperti mana yang berlaku kepada masjid di Teluk Anson, Perak.

Selain itu di dapati juga masjid-masjid di Pulau Pinang, masjid di Kuala Lumpur dan

Masjid Sultan di Kampung Gelam, Singapura turut tidak mengikut hala kiblat yang betul.

Ekoran dari timbulnya kekeliruan dalam hal berkaitan dengan hala kiblat masjid, Syeikh

Tahir telah mengambil inisiatif untuk menerbitkan dua buah buku. Buku Pati Kiraan pada

menentukan waktu yang Lima dan hal Kiblat dengan Logarithma, diterbitkan di

Singapura melalui al-Ahmadiah Press pada tahun 1938. Seterusnya pada tahun 1951

diterbitkan pula buku Natijah al-Ummi (pendapat kira-kira pada takwim tarikh Hijrah dan

Miladi, hala kiblat Mazhab Shafii).

Keilmuan beliau dalam bidang Ilmu Falak menyebabkan beliau digelar sebagai

Syeikh Tahir Jalaluddin Al-Falaki. Mengenai pentingnya ilmu falak itu beliau pernah

menyatakan bahawa: ―Ilmu Falak itu suatu ilmu yang mulia bagi menyukat, menimbang

perjalanan bulan dan matahari‖. Kenyataan beliau itu dilihat bersesuaian dengan sabda

Rasul Allah yang mengatakan, ―sebaik-baik hamba Allah itu mereka yang mengintai-intai

matahari dan bulan dan naung bagi mendirikan sembahyang‖. Berdasarkan kepada

sabda Nabi itu Syeikh Tahir sangat menitikberatkan kepentingan mempelajari Ilmu

Falak. Pentingnya pengetahuan ilmu Falak bagi orang Islam dikatakan berkait rapat

dengan soal kiblat dalam sembahyang, menentukan waktu sembahyang serta

menetapkan tarikh berpuasa dalam bulan Ramadhan dan berhari raya.

Kemahiran Syeikh Tahir dalam bidang Ilmu Falak menunjukkan beliau mempunyai

minat yang mendalam tentang Ilmu Hisab atau Matematik. Beliau turut mengecam

mereka yang tidak mahu menghargai kepentingan Ilmu Hisab untuk menentukan tarikh

berpuasa dan berhari raya. Menurut Syeikh Tahir penggunaan cara Hisab untuk

menentukan tarikh berpuasa dan berhari raya adalah penting terutama jika berlaku

cuaca buruk yang tidak memungkinkan kelihatan anak bulan untuk menandakan hari

mula berpuasa dan berhari raya. Menurut beliau bagi mereka yang tidak mahu

menggunakan kaedah Hisab untuk menentukan tarikh berpuasa dan berhari raya

Page 33: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

33

samalah juga mereka itu seperti manusia yang jahil. Kejahilan mereka menyebabkan

mereka hanya mengikut pendapat orang hingga menyebabkan berlaku puasa yang

terdahulu sehari daripada sepatutnya dalam bulan Ramadhan.

Dalam soal kiblat pula beliau mengatakan orang Islam wajib mempelajari arah

kiblat, dan wajib pula menyebarkan pengetahuannya itu. Mengenai hal ini beliau

mengatakan:

Tiada boleh `berijtihad‘ pada kiblat itu melainkan orang yang ada celik matanya

dan mengetahui dalil-dalil kiblat seperti bintang-bintang, matahari dan bulan dan

selemah-lemahnya angin dan sekuat-kuatnya khutub dan tiada boleh ia bersandar

semata-mata sangka dengan tidak tanda dan dalil.

Beliau juga berpendapat bahawa orang-orang yang buta dikecualikan daripada

mempelajari dalil kiblat demikian juga orang-orang celik yang tidak mampu

mempelajarinya. Betapa pun mereka harus mengikut petunjuk orang-orang yang arif

tentang dalil kiblat.

Kenyataan-kenyataan beliau yang disiarkan di akhbar-akhbar mengenai

banyaknya masjid-masjid di Tanah Melayu dan Sumatera yang tidak mengikut hala

kiblat, akhirnya menimbulkan kesedaran orang ramai. Kesannya di Tanah Melayu orang

ramai juga turut mengakui banyak daripada masjid-masjid di Kedah, Perlis, Pulau

Pinang, Melaka dan lain-lain tidak mengikut hala kiblat yang betul.

Meskipun kesan daripada persoalan kiblat ini membuka

mata masyarakat tentang banyak kesilapan arah kiblat yang

berlaku di masjid-masjid Tanah Melayu, namun pendedahan

ini menimbulkan rasa tidak senang hati di kalangan pihak-

pihak tertentu. Misalnya Syeikh Tahir pernah dibicarakan oleh

mahkamah di Pulau Pinang oleh kerana beliau menjalankan

penyiasatan arah kiblat di masjid Pulau Pinang. Pendapat

beliau juga pernah ditentang oleh seorang pembaca akhbar yang menganggap soal

kiblat itu tidak penting digembar-gemburkan, memadailah jika sembahyang menghadap

ke kiri atau kanan kiblat.

Page 34: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

34

Melihat kepada ramai lagi mereka yang tidak memahami Ilmu Falak dan kepentingannya

dalam soal agama, beliau terus menyebarkan ilmunya walaupun ketika beliau sudah tua

dan uzur. Kegigihannya menyumbangkan tenaga untuk menyebarkan pengetahuan ini

amat jelas kelihatan. Misalnya ketika beliau berusia 79 tahun beliau telah pergi ke

Bangkok, Thailand untuk mengajar kira-kira arah kiblat. Menjelang usia 83 tahun, Syeikh

Tahir dijemput pula oleh pihak Jabatan Agama Johor untuk mengajar Ilmu Falak kepada

kakitangan jabatan itu. Ini dilakukan selama enam bulan dengan berulang alik dari Kuala

Kangsar ke Johor Baharu.

Hasil karya

a. Sheikh Tahir Jalaluddin membeni sumbangan bermakna kepada

penerbitan majalah "Al-Unwati Al-Wuthuqa.

b. Beliau juga mengarang kitab "Al-Islam Wan Nasraniah maal Ilmi wal

Madaniah.

c. Hasil karya beliau yang lain ialah sebuah kitab yang dibeni nama "Al-

Islam Wannaddu Ala Muntaqidihi.

Sheikh Tahir Jalaluddin meninggal dunia pada 26 Oktober, tahun 1956.

4.9. Ibnu Haitham

Kajian sainsnya sering digunakan oleh Barat.

Islam sering kali diberikan gambaran sebagai agama

yang mundur oleh pihak Barat. Islam juga dikatakan

tidak menggalakkan umatnya menuntut dan menguasai

pelbagai disiplin ilmu. Kenyataan dan gambaran yang

diberikan itu bukan sahaja tidak benar tetapi

bertentangan dengan hakikat sejarah yang

sebenarnya.

Sejarah telah membuktikan betapa dunia Islam telah melahirkan ramai golongan

sarjana dan ilmuwan yang cukup hebat dalam bidang falsafah, sains, politik,

kesusasteraan, kemasyarakatan, agama, perubatan, dan sebagainya. Salah satu ciri

yang dapat diperhatikan pada para tokoh ilmuwan Islam ialah mereka tidak sekadar

dapat menguasai ilmu tersebut pada usia yang muda, malah dalam masa yang singkat

dapat menguasai beberapa bidang ilmu secara serentak. Walaupun tokoh itu lebih

Page 35: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

35

dikenali dalam bidang sains dan perubatan tetapi dia

juga memiliki kemahiran yang tinggi dalam bidang

agama, falsafah, dan seumpamanya. Salah seorang

daripada tokoh tersebut ialah Ibnu Haitham atau nama

sebenarnya Abu All Muhammad al-Hassan ibnu al-

Haitham.

Di kalangan cerdik pandai di Barat, beliau dikenali

dengan nama Alhazen. Ibnu Haitham dilahirkan di

Basrah pada tahun 354H bersamaan dengan 965

Masihi. Beliau memulakan pendidikan awalnya di Basrah sebelum dilantik menjadi

pegawai pemerintah di bandar kelahirannya.Setelah beberapa lama berkhidmat dengan

pihak pemerintah di sana, beliau mengambil keputusan merantau ke Ahwaz dan

Baghdad. Di perantauan beliau telah melanjutkan pengajian dan menumpukan perhatian

pada penulisan.Kecintaannya kepada ilmu telah membawanya berhijrah ke Mesir.

Semasa di sana beliau telah mengambil kesempatan melakukan beberapa kerja

penyelidikan mengenai aliran dan saliran Sungai Nil serta menyalin buku-buku

mengenai Matematik dan Falak. Tujuannya adalah untuk mendapatkan wang saraan

dalam tempoh pengajiannya di Universiti al-Azhar.Hasil daripada usaha itu, beliau telah

menjadi seorang yang amat mahir dalam bidang Sains, Falak, Matematik, Geometri,

Perubatan dan Falsafah.

Tulisannya mengenai mata, telah menjadi salah

satu rujukan yang penting dalam bidang pengajian Sains

Perubatan di Barat. Malahan kajiannya mengenai

perubatan mata telah menjadi asas kepada pengajian

perubatan moden mengenai mata. Ibnu Haitham

merupakan ilmuwan yang gemar melakukan

penyelidikan. Penyelidikannya mengenai cahaya telah

memberikan ilham kepada ahli sains barat seperti Boger,

Bacon, dan Kepler mencipta mikroskop serta teleskop.

Beliau merupakan orang pertama yang menulis dan

menemui pelbagai data penting mengenai cahaya. Beberapa buah buku mengenai

cahaya yang ditulisnya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, antaranya ialah

Light dan On Twilight Phenomena. Kajiannya banyak membahaskan mengenai senja

Page 36: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

36

dan lingkaran cahaya di sekitar bulan dan matahari serta bayang bayang dan

gerhana.Menurut Ibnu Haitham, cahaya fajar bermula apabila matahari berada di garis

19 darjah di ufuk timur. Warna merah pada senja pula akan hilang apabila matahari

berada di garis 19 darjah ufuk barat. Dalam kajiannya, beliau juga telah berjaya

menghasilkan kedudukan cahaya seperti bias

cahaya dan pembalikan cahaya.

Ibnu Haitham juga turut melakukan percubaan

terhadap kaca yang dibakar dan dari situ terhasillah

teori lensa pembesar. Teori itu telah digunakan oleh

para saintis di Itali untuk menghasilkan kanta

pembesar yang pertama di dunia.Yang lebih

menakjubkan ialah Ibnu Haitham telah menemui

prinsip isi padu udara sebelum seorang saintis yang

bernama Trricella mengetahui perkara itu 500 tahun

kemudian. Ibnu Haitham juga telah menemui

kewujudan tarikan graviti sebelum Issaac Newton

mengetahuinya. Selain itu, teori Ibnu Haitham

mengenai jiwa manusia sebagai satu rentetan perasaan yang bersambung-sambung

secara teratur telah memberikan ilham kepada saintis barat untuk menghasilkan wayang

gambar. Teori beliau telah membawa kepada penemuan filem yang kemudiannya

disambung-sambung dan dimainkan kepada para penonton sebagaimana yang dapat

kita tontoni pada masa kini.

Selain sains, Ibnu Haitham juga banyak menulis mengenai falsafah,

logik, metafizik, dan persoalan yang berkaitan dengan keagamaan. Beliau turut menulis

ulasan dan ringkasan terhadap karya-karya sarjana terdahulu.Penulisan falsafahnya

banyak tertumpu kepada aspek kebenaran dalam masalah yang menjadi pertikaian.

Padanya pertikaian dan pertelingkahan mengenai sesuatu perkara berpunca daripada

pendekatan yang digunakan dalam mengenalinya. Beliau juga berpendapat bahawa

kebenaran hanyalah satu. Oleh sebab itu semua dakwaan kebenaran wajar diragui

dalam menilai semua pandangan yang sedia ada. Jadi, pandangannya mengenai

falsafah amat menarik untuk disoroti.Bagi Ibnu Haitham, falsafah tidak boleh dipisahkan

daripada matematik, sains, dan ketuhanan. Ketiga-tiga bidang dan cabang ilmu ini harus

dikuasai dan untuk menguasainya seseorang itu perlu menggunakan waktu mudanya

Page 37: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

37

dengan sepenuhnya. Apabila umur semakin meningkat, kekuatan fizikal dan mental

akan turut mengalami kemerosotan.Ibnu Haitham membuktikan pandangannya apabila

beliau begitu ghairah mencari dan mendalami ilmu pengetahuan pada usia mudanya.

Sehingga kini beliau berjaya menghasilkan banyak buku dan makalah. Antara buku

karyanya termasuk:

a. Al'Jami' fi Usul al'Hisab yang mengandungi teori-teori ilmu matemetik dan

matemetik penganalisaannya;

b. Kitab al-Tahlil wa al'Tarkib mengenai ilmu geometri;

c. Kitab Tahlil ai'masa^il al 'Adadiyah tentang algebra;

d. Maqalah fi Istikhraj Simat al'Qiblah yang mengupas tentang arah kiblat

bagi segenap rantau;

e. M.aqalah fima Tad'u llaih mengenai penggunaan geometri dalam urusan

hukum syarak dan

f. Risalah fi Sina'at al-Syi'r mengenai teknik penulisan puisi.

Sumbangan Ibnu Haitham kepada ilmu sains dan falsafah amat banyak. Kerana

itulah Ibnu Haitham dikenali sebagai seorang yang miskin dari segi material tetapi kaya

dengan ilmu pengetahuan. Beberapa pandangan dan pendapatnya masih relevan

sehingga ke hari ini.Walau bagaimanapun sebahagian karyanya lagi telah "dicuri" dan

"diceduk" oleh ilmuwan Barat tanpa memberikan penghargaan yang sewajarnya kepada

beliau. Sesungguhnya barat patut berterima kasih kepada Ibnu Haitham dan para

sarjana Islam kerana tanpa mereka kemungkinan dunia Eropah masih diselubungi

dengan kegelapan.Kajian Ibnu Haitham telah menyediakan landasan kepada

perkembangan ilmu sains dan pada masa yang sama tulisannya mengenai falsafah

telah membuktikan keaslian pemikiran sarjana Islam dalam bidang ilmu tersebut yang

tidak lagi dibelenggu oleh pemikiran falsafah Yunani. Beliau meninggal dunia di Kaherah

pada tahun 1039 M ketika berusia 74.

4.9. Ibnu Batuta

Abu Abdullah Muhammad Ibn Battuta (Bahasa

Arab: أبو عبد هللا محمد ابن بطوطة) (dilahirkan Februari 24, 1304;

dan meninggal dunia di Fez pada tahun 1369M

merupakan seorang Berber dari golongan Muslim Sunni.

Page 38: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

38

Pengembaraan Ibnu Battuta bermula ketika usianya 21 tahun. Beliau meninggalkan

Tanjah pada hari Khamis, 14 Jun 1325 masihi. Pengembaraan beliau mengambil masa

38 tahun meliputi perjalanan sejauh 120,000 kilometer dan singgah di 44 negara di dua

benua Afrika dan Asia. Beliau kembali semula ke Morocco semasa pemerintahan Sultan

Abu 'Inan dan kisah pengembaraan beliau ditulis oleh Ibn Juza melalui bukunya Tuhfat

al Anzhar fi Ghoraib al Absar wa Ajaib al Asfa. Buku tersebut diterjemahkan ke dalam

pelbagai bahasa dan diterbitkan dibanyak tempat.

Kisah pengembaraan Ibnu Battuta terbahagi kepada tiga pusingan. Pusingan

pertama bermula dari Tangier, Afrika Utara pada 13 Jun 1325 menuju Iskandariah

sebelum meneruskan pengembaraan ke Dimyath dan Kaherah. Selanjutnya Ibnu

Battuta merentasi bumi Palastin menuju Damsyik dan berjalan ke Ladzikiyah,

seterusnya ke Aleppo. Dalam perjalanan berkenaan, Ibnu Battuta terlihat satu kafilah

sedang menuju ke Makkah untuk menunaikan ibadat haji lalu beliau bergabung dengan

rombongan itu. Beliau menetap di Makkah selama 2 tahun.

Ibnu Battuta meneruskan pengembaraannya ke Yaman melalui jalan laut dan

melawat Aden, Mombosa, Timur Afrika dan menuju ke Kulwa. Beliau kembali ke Oman

dan balik semula ke Mekkah untuk menunaikan Haji pada tahun 1332 masihi, melaui

Hormuz, Siraf, Bahrin dan Yamama.

Pada pusingan kedua pengembaraanya, Ibnu Battuta ke Syam dan Laut Hitam,

Laut yang dihubungkan ke Laut Tengah oleh Selat Bosporus dan Laut Marmara serta

Dardanela. Dari Laut Hitam, Ibnu Battuta meneruskan pengembaraannya ke Bulgaria,

Rom, Rusia, Turki serta pelabuhan terpenting di Laut Hitam iaitu Odesia kemudian

menyusuri sepanjang Sungai Danube.

Ibnu Battuta kemudian belayar menyeberangi Laut Hitam ke Semenanjung Crimea

di mana beliau mengunjungi Rusia Selatan dan seterusnya ke India. Di India beliau

pernah dilantik menjadi kadi dan tinggal selama beberapa tahun dan berkhidmat dengan

keluarga seorang sultan. Beliau melanjutkan pengembaraannya hingga ke Sri Langka,

Indonesia dan Canton, ibu negara Hong Kong. Kemudian Ibnu Battuta mengembara

pula ke Sumatera, Indonesia dan melanjutkan perjalanan melalui laut Amman sebelum

meneruskan perjalanan darat ke Iran, Iraq, Palestin dan Mesir. Beliau kembali ke

Makkah untuk menunaikan Ibadah Haji yang ke tujuh (terakhir) pada bulan November

1348 mesihi.

Perjalanan beliau ketiga bermula pada 753 Hijrah dimana beliau sampai ke Mali di

tengah Afrika Barat sebelum kembali semula ke Pas, Maghribi untuk mentafsir hasil

Page 39: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

39

pengembaraannya. Salah seorang penulis Dar Ifta' di Pas iaitu Mohad. Ibnu Juza telah

menyunting buku beliau dan menyusun dengan gaya bahasa yang teratur. Ibn Juza

mengambil masa selama 3 bulan untuk menyelesaikan tugasnya pada 9 Disember 1355

masihi.

Setiap kali mengunjungi sesebuah negeri atau negara, Ibnu Battuta akan membuat

catatan terperinci mengenai penduduk, pemerintah, ulamak serta kezaliman yang

dilaksanakannya. Beliau turut menceritakan pengalamannya menempuh pelbagai

cabaran seperti diserang penjahat, hampir lemas bersama kapal yang karam dan nyaris

dihukum penggal oleh pemerintah yang zalim. Tetapi malangnya, pencapaian Ibnu

Battuta yang luar biasa itu tidak mendapat penghargaan sewajarnya apabila manuskrip

catatannya dirampas dan di sembunyikan kerajaan Perancis yang menjajah kebanyakan

negeri di benua Afrika.

Manuskrip catatan beliau dipercayai disimpan di Bibliotheque Nationale, Paris,

menyebabkan bangsa Arab sendiri tidak dapat menghargai pencapaiannya sebagai

seorang pelayar Islam yang agung. Hakikatnya, Ibnu Battuta adalah perintis

pengembaraan dunia yang berjaya menguasai benua Afrika dan Asia serta pengarang

yang menghasilkan karya penting dalam dunia Islam

AKHIR PENGEMBARAAN IBNU BATTUTA

Pada tahun 1354 Battuta kembali ke tanah kelahirannya dan menetap di kota Fez

dan berteman baik dengan sultan. Sultan kagum dengan perjalanan Battuta dan

meminta Battuta menuliskannya ke dalam sebuah buku, yang dikenal berjudul Rihla

atau My Travel. Sebuah perjalanan yang menarik dan menempuhi perlajanan melebihi

120.000km. Jika bukunya berbentuk ―catatan kehidupan‖ tentunya orang akan lebih

mengenal Ibnu Battuta dibandingkan dengan Samuel Pepys atau Anne Frank.

Ia mengakhiri cerita perjalannya dengan sebuah kalimat, ‖Akhirnya aku sampai

juga di kota Fez.‖ Di situ dia menuliskan hasil pengembaraannya. Salah seorang penulis

bernama Mohad Ibnu Jauzi menuliskan kisah perjalanannya dengan gaya bahasa yang

mudah. Dalam waktu tiga bulan, buku berjudul Persembahan Seorang pengamat

tentang Kota-Kota Asing dan Perjalanan yang Mengagumka, diselesaikannya pada 9

Desember 1355 M.

Page 40: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

40

4.10. A-Zarqali

Nama sebenar beliau ialah Abu Ishaq Ibrahim

ibn Yahya al-Zarqali dan lebih dikenali sebagai

Arzachel di Eropah Latin dan Azarquiel di Andalusia

dan Itali. Ia merupakan sarjana yang terkenal di

Andalusia (sekarang dikenali sebagai Sepanyol)

juga dikenali sebagai Al-Zarqalluh dan Al-Zarqallah.

Dia dilahirkan pada tahun 1029 dan

menghembuskan nafas terakhirnya pada 1087. Dia

hidup disaat-saat kerajaan Islam Andalusia

terpisah-pisah dan hampir runtuh di tangan tentera

Kristian yang cuma diselamatkan oleh Ibn Tashfin

dari Morocco yang menyeberangi Andalusia

memerangi tentera Kristian di Zalaqa pada 1089. Sumbangan Ibn Tashfin dan

kesinambungan daripada ketumbukan tentera Morocco telah meletakkan Andalusia di

bawah pemerintahan Islam untuk selama dua abad kemudiannya sebelum jatuh kepada

Kristian pada pertengahan abad ke tiga belas.

Kehidupan dan pencapaian Al-Zarqali

Bidang astronomi dewasa ini dilihat seperti sudah tidak begitu penting sekarang ini

hanya kerana kita senang mendapatkan kalendar dan masa yang tepat begitu juga

untuk pergi dari satu tempat ke satu tempat kita disediakan dengan peta yang sangat

tepat. Sekarang ini kita mungkin tidak perlu tahu mengambil tahu ―sun‘s passage‖ yang

ditandai oleh ―equinoxes‖ (berhubung dengan waktu malam dan siang) dan ―solstices‖

(berhubung dengan hari musim panas dan sejuk) kerana sudah tidak relevan dengan

kehidupan moden kini. Namun itu sangat berbeza dengan Zaman Pertengahan

(Medieval) seluruh kehidupan masyarakatnya bergantung penuh kepada astronomi

dalam menentukan waktu membajak, menanam, menuai termasuklah dalam

menentukan soal-soal hari perayaan agama mereka.

Sebelum membincangkan kenapa sumbangan Al-Zarqali sangat penting kepada

tamadun Islam kita sebenarnya harus mengetahui bagaimana bidang astronomi sangat

sinonim dengan agama Islam. Astronomi dan Islam tidak mungin dapat dipisahkan

terutama dalam soal-soal perkara asas iaitu penentuan bulan hijrah, waktu solat dan

arah kiblat.

Page 41: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

41

Diceritakan oleh Barron Carra de Vaux bahawa beliau juga digelar sebagai ―Al-

Nekkach‖ kerana mampu mengukir besi. Beliau mampu menghasilkan pelbagai alat

yang diperbuat daripada besi untuk ahli-ahli astronomi di Toledo pada tahun 1062

walaupun beliau bukanlah ahli astronomi, di mana

usaha pemantauan astronomi disaat itu dimulakan oleh

Yahya Bin Abi Mansur. Setelah sekian lama beliau

menarik perhatian para ahli astronomi yang lain kerana

dengan pengetahuan yang sedikit, tidak pernah

mempelajari sains mahupun buku mengenainya tetapi

mampu menyiapkan peralatan astronomi. Dua tahun

kemudian dia menjadi ahli astronomi dan kemudiannya

menjadi ketua kepada sesebuah kumpulan ahli

astronomi. Namun beliau tetap membuat peralatan

untuk ahli astronomi yang lain dan telah mula mencipta

peralatan astronomi untuk dirinya sendiri. Malah beliau turut mengajar gurunya yang

kemudiannya menjadi pengikutnya dalam ukuran yang telah diciptanya.

Beliau juga telah membina jam Telado yang amat masyhur dimana Al-Zuhri

menggambarkan jam tersebut digunakan hingga tahun 1135 hinggalah pada suatu hari

Raja Alphonso VI cuba untuk mengetahui bagaimana jam tersebut berfungsi dan

mengarahkan Hamis Bin Zabara menceraikan setiap bahagiannya satu-persatu.

Malangnya setelah ia diceraikan tiada siapa yang dapat memasangnya semula seperti

keadaan asal.

Mengikut Ahmad Thomson jam ini mempunyai dua bekas air yang mana akan

terisi air ataupun kosong mengikut keadaan bulan sabit mahupun bulan penuh. Jika

bulan penuh kedua-dua bekas ini akan penuh dan mula berkurangan selepas 15

haribulan dan akan kosong sepenuhnya apabila mencecah ke malam 29.

Sebenarnya itu bukanlah satu-satunya ciptaan beliau, yang paling menarik

perhatian ialah ciptaan yang paling canggih dan tepat iaitu ―astrolabe‖ mendatar.

Ciptaan beliau yang disertakan penulisan panduan penggunaannya dinamakan al-

Safiha al-Zarqaliya dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah astronomi untuk

semua laltitud dan termasuk juga koordinasi 29 bintang juga ditandakan dan juga

mampu memantau pergerakan matahari.

Ciptaan beliau ini telah menarik beberapa tokoh dunia selepasnya seperti Raja

Alfonso dan Regiomontanus untuk menggunakannya dan mengkaji ciptaan beliau

Page 42: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

42

hingga panduan penggunaannya dialih ke beberapa bahasa seperti latin dan roman-

sepanyol.

Seperti sarjana Islam yang lain beliau juga dapat

membetulkan teori orang Greek yang sekali lagi

menafikan sains Islam adalah bayangan dari Greek.

Plotemy melalui kiraannya menganggarkan bahawa

jarak laut Mediterranean adalah 62º namun kemudian

dibetulkan oleh al-Kwarizmi kepada 52 º manakala

pembetulan oleh al-Zarqali memberikan bacaan yang

paling tepat iaitu 42º.

Beliau telah berjaya mencipta ―Toledan Table‖

yang mana telah bertanggungjawab untuk memberi

nafas baru kepada para astronomi kerana berjaya menjadikan kenyataan untuk

memposisikan sistem planet-planet secara berkomputer pada zamannya pada bila-bila

masa semasa cerapan dijalankan. Beliau kemudiannya telah menyunting jadual yang

telah dihasilkan beliau di balai cerap beliau di Toledo, Andalusia, juga jadual-jadual lain

yang terhasil dari para astronomi lain dari kalangan Islam mahupun bukan Islam.

Beliau juga adalah orang yang pertama

menjelaskan secara terperinci tentang pergerakan

matahari yang menjauhi bumi (aprehelion) yang mana

jaraknya yang terjauh dari bumi sebanyak 12.0 saat

per/tahun dan melalui kaedah kajian moden jarak yang

sebenarnya ialah 11.8 saat per/tahun. Kajian-kajian

yang dibuat beliau telah menjadi rujukan oleh Nicolaus

Copernicus dalam mentafsirkan matahari sebagai

pusat sistem solar dalam tesisnya ‖De Revolutionibus

Orbium Celestium‖

Kesimpulan.

Secara umumnya, pengaruh Islam di Andalusia merupakan tempat yang paling

utama bagi Eropah dalam menyerap peradaban Islam terutamanya dalam khazanah

ilmu pengetahuan astronomi. Masyarakat Eropah juga menyaksikan kenyataan bahawa

Andalusia berada di bawah kekuasaan Islam jauh meninggalkan negara-negara

Page 43: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

43

tetangganya Eropah, terutama dalam bidang pemikiran dan sains disamping bangunan

fizik.

Walaupun Islam akhirnya terusir dari negeri Andalusia dengan cara yang sangat

kejam, tetapi ia telah mempengaruhi gerakan-gerakan penting di Eropah. Gerakan-

gerakan itu adalah: kebangkitan kembali kebudayaan Yunani klasik (renaissance) pada

abad ke-14 M yang bermula di Itali, gerakan reformasi

pada abad ke-16 M, rasionalisme pada abad ke-17 M,

dan pencerahan pada abad ke-18 M.

5. Tokoh-tokoh tamadun Asia

5.1. Tokoh Tamadun Cina

5.1.1. Kung Fu Tze

Confucius dilahirkan di Zhou (sekarang: Wilayah

Shandong) yang terletaknya di negeri Lu pada Zaman

Chunqiu (春秋時代) China. Ayahandanya yang

merupakan seorang komander negeri Lu meninggal dunia sewaktu Confucius berumur

tiga tahun. Walaupun keluarganya berketurunan bangsawan, mereka tidak berkaya-

raya. Wafat ayahandanya tertinggal mereka dalam kemiskinan. Confucius berkahwin

dengan Chikuan pada umur 19 tahun, dan kemudiannya menjadi ayah kepada seorang

anak lelaki dan dua orang anak perempuan.

Confucius sanggup mengambil pelbagai kerja seperti gembala, kerani dan

penyimpan kira-kira untuk menyara hidup mereka. Selepas ibunya meninggal dunia

pada tahun 527 S.M., beliau memulakan pekerjaannya sebagai seorang guru. Beliau

mengembara dan mengajar murid-murid yang berkumpul berhampirannya.

Kemashyurannya serta sifat-sifat murninya diluas sebar di seluruh negeri Lu.

Pada zaman akhiran Dinasti Zhou (Chou) (1027-256 S.M.), kerajaan menghadapi

masalah komplot penggulingan kuasa. Confucius mengkritik zaman itu merupakan

zaman kacau-bilau dan kurang bermoral. Beliau berpendapat cara penyelesaian

masalah itu adalah mendidik supaya orang ramai mengikut prinsip-prinsip serta ajaran-

ajaran pendeta dahulu. Beliau mengadakan penegasan ajaran-ajaran pendeta dahulu

dalam kelasnya.

Selepas beberapa tahun, ajarannya serta teorinya diluas sebar ke seluruh China

oleh anak muridnya dan kemudiannya ramai orang memanfaatkannya.

Page 44: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

44

Confucius yang berusia 52 tahun, dilantik sebagai majistret Chungtu dan pada

tahun seterusnya, beliau menjadi menteri jenayah bagi negeri Lu. Dengan

pentadbirannya yang baik, beliau berjaya melaksanakan reformasi baru, keadilan

didirikan dan kes-kes jenayah berkurangan sehingga hampir dihapuskan. Cara

pentadbiran yang diperkenalkan adalah begitu baik sekali sehingga beliau dilantik

menjadi pemerintah negeri sebelahnya untuk menahan pemecatan kuasa menteri.

Confucius meninggalkan kawasan pentadbirannya pada tahun 496B.C untuk

mengembara sambil mengajar, tersia-sia adanya harapan akan putera negeri lain

membenarkan beliau melancarkan reformasi. Pada tahun 484 S.M., tersia-sia mencari

pemerintahan yang unggul, beliau kembali ke Lu.

Beliau meninggalkan negerinya dan mengembara seluruh China selama 13 tahun.

Semasa beliau berumur 69 tahun, beliau kembali ke Lu dan wafat 3 tahun kemudiannya

di Lu – 479 S.M. Selepas beliau wafat, peninggalannya dikebumikan di kubur Chu Fu

(Sekarang: Shandong). Kini, kubur itu merupakan satu taman yang cantik dan

dinamakan Taman Kong. Walaupun Confucius telah meninggal dunia tetapi ajaran dan

falsafah beliau masih diamalkan sehingga terbinanya tokong-tokong di seluruh China.

Kitab yang disusunkan oleh pengikut-pengikutnya ialah Lunyu (Inggeris:Analects),

dimana ia merupakan kitab yang paling tepat mengisahkan kehidupan Confucius serta

ajarannya yang semakin hilang.

Beliau menerima pendidikan dalam bidang muzik, penulisan dan ritual. Sewaktu

berumur 20 tahun beliau menjadi seorang guru dan mengajar murid-murid cara

berkelakuan baik. Beliau dan murid-muridnya sering mengembara dari wilayah ke satu

wilayah yang lain. Beliau yakin melalui sistem pendidikan akan wujudnya kesetaraan

sejati antara manusia. Beliau merupakan orang pertama dalam sejarah China yang

mengajar jumlah pelajar yang ramai iaitu 7000 orang, dan 10 orang dari mereka menjadi

pemikir dan sarjana yang terkenal. Beliau merupakan seorang ahli pendidik yang

mahukan pengikut-pengikutnya menjadi ―rounded man‖ yang boleh digunakan oleh

negara dan masyarakat. Justeru itu, beliau mengajar bermacam-macam jenis ilmu

pengetahuan. Falsafahnya mahu mendidik manusia melalui saluran pendidikan bagi

menghasilkan manusia yang sempurna yang disebut sebagai Junzi. Junzi merupakan

seseorang yang memiliki sepenuhnya hikmah ren. Dalam kitab Lun Yu, Kung Fu Tze

telah memberikan beberapa cara untuk menjadi Junzi (budiman). Antara cara untuk

menjadi seorang Junzi ialah:

a. tidak merasa resah, pilu atau takut

Page 45: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

45

b. bekerja dengan tegas dan bersungguh-sungguh, tidak membuat

kesalahan, melayani orang lain dengan bahasa yang baik dan teliti

sesuai dengan adat

c. membantu orang lain untuk menjayakan pekara yang baik dan

tidak membantu orang lain untuk menjayakan pekara yang jahat

Manakala sifat Junzi menurut Kung Fu Tze ialah seseorang yang hidup aman

damai, tidak sombong dan tidak menghina orang lain. Kung Fu Tze mahu

menginterprestasikan khazanah warisan silam kepada anak-anak muridnya, dengan

sebab itu beliau berkata sesungguhnya beliau hanyalah seorang transmitter dan

bukannya originator.

Perkara inilah menurut Wang Gungwu (1997) yang membezakan Konfusianisme

dengan agama lain, kerana ia amat sedikit menekankan kepada kehidupan spiritual dan

menjauhkan diri dari perbincangan mengenai kehidupan selepas mati tetapi lebih

banyak menumpukan kepada dunia, sosial, keluarga dan moral. Apabila ditanya tentang

kematian oleh muridnya, Konfisius menjawab ―jika kita tidak tahu tentang kehidupan,

bagaimana pula kita tahu tentang kematian‖. Begitu juga beliau pernah berkata ―kamu

tidak mampu untuk berkhidmat kepada manusia, jadi bagaimana kamu hendak

berkhidmat kepada ruh?‖.

Prof. Y. King (1997) berpendapat Konfusianisme telah membangunkan satu

bentuk etika yang bersifat kemanusiaan dalam dunia yang manusia-sentrik. Bagi

Konfusianisme keperihatian yang asas adalah kehidupan sosial pada masa kini dan

sekarang. Persoalan bagaimana untuk mengharmoniskan kehidupan di dunia adalah

asas teoritikal dan praktikal yang perlu diselesaikan. Konfusianisme memfokuskan

kepada hubungan organik antara individu dan masyarakat yang dilihat sebagai saling

bertautan dan tidak dapat dipisahkan. Beliau mahu satu masyarakat yang dipimpin atau

diatur dengan baik. Asas negara, masyarakat dan individu yang betul adalah ―let ruler to

be ruler, the minister minister, the father father and the son son ―.

Konfusius mahu masyarakat berjalan mengikut tugas dan tanggungjawab masing-

masing . Mengikut Konfusius segala sesuatu hendaklah bertindak mengikut nama

(zhengming) atau kedudukan masing-masing. Perlaksanaan tanggungjawab dan

peranan tersebut haruslah pula diasaskan kepada nilai kebaikan (yi) dan nilai

kemanusiaan yang berpaksikan kepada kasih sayang (ren). Manusia yang mempunyai

Page 46: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

46

ren atau kasih sayang ialah ―one who, desiring to sustain himself, sustains others, and

desiring to develop himself, develop others‖.

Pemikiran etika Konfusianisme dapat digali melalui kitab-kitab yang dikarangnya

seperti kitab Madah, Muzik, Adat, kitab Tentang Perubahan maupun melalui susunan

anak-anak murid beliau seperti Kitab Analect atau Lun Yu, The Great Learning dan lain-

lain. Mengikut Schwartz (1985), kitab Analect banyak mengandungi oder sosio-politik

yang normatif, perlakuan-perlakuan yang baik, ritual, perayaan dan etika. Aturan etika

Konfusianisme adalah berpaksikan kepada Tian (Heaven) atau Dao .Penekananya yang

utama adalah konsep terhadap keluarga, social propriety dan solidariti.

Konfusianisme menekankan lima bentuk hubungan atau wulun iaitu antara

pemerintah dengan rakyat, ayah dengan anak, abang dengan adik, sahabat dengan

sahabat dan suami dengan isteri. Bagi Konfusianisme, dari keluarga akan berkembang

menjadi masyarakat, seterusnya negara dan dunia. Kesemua konsep etika yang

dikembangkannya diasaskan kepada ren atau kemanusiaan. Bagi Konfusius, nilai

hubungan antara anak dengan bapa, ialah bapa harus berbaik hati dan anak harus

berkewajiban terhadap orang tua, Hubungan suami isteri ialah suami harus jujur

terhadap isteri dan isteri harus tunduk dan patuh dengan suami, hubungan saudara tua

dengan saudara muda, iaitu yang tua harus bermurah hati dan membantu, manakala

yang muda harus tunduk dan hormat. Hubungan raja dengan rakyat, ialah rakyat mesti

bersifat kemanusiaan dan rakyat harus taat. Hubungan antara sahabat ialah kejujuran

menjadi pendoman.

Pemerintah yang menggunakan kekerasan dalam pemerintahannya adalah

seorang yang gagal sebagai pemerintah. Menurut Konfusius; ―tugas kamu adalah untuk

metnadbir, bukannya untuk membunuh‖ (Lun Yu). Pemerintah yang memerintah melalui

contoh teladan yang baik (de) dan akhlak terpuji akan dapat mengawal diri mereka

sendiri dan rakyat (Ross, 2000) serta dapat mempengaruhi rakyat dan menanamkan

kesetiaan rakyat kepada pemerintah.

5.1.2. Laksamana Cheng Ho

Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga Etnik Hui yang menganut agama Islam di

Yunnan, barat daya China. Datuk dan bapanya telah menunaikan fardu haji ke Mekah.

Mereka mengetahui keadaan di luar negara dan suka menjelajah.

Page 47: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

47

Semasa berusia 10 tahun, Ma Sanbao dirampas oleh pasukan pengawal maharaja

lalu dibawa ke Nanjing, lantaran itu beliau telah dilantik

sebagai sida dalam istana maharaja. Ma Sanbao yang

cergas dan pandai telah disukai oleh maharaja dan

dianugerahi nama Cheng Ho oleh maharaja. Cheng Ho

atau Zheng Ho (1371-1435) merupakan seorang

penjelajah China yang sangat masyhur.

Kemasyhurannya sering dikaitkan dengan armadanya

yang dianggap terbesar yang pernah dilancarkan atas

nama penjelajahan. Beliau mengetuai 27,000 orang

anak kapal dan 317 buah kapal (sebenarnya dipanggil

jong )dan ekspedisi beliau mengandungi sehingga 63 buah kapal yang belayar

bersama-sama.

Ketujuh-tujuh pelayaran beliau mengambil masa kira-kira 2 tahun setiap satu.

Penjelajahannya dilakukan antara tahun 1405 hingga tahun 1433. Armada ini belayar ke

sebahagian besar Asia Tenggara seperti Jawa, Sumatera, Siam, Tanah Melayu, dan

Borneo. Eksepedisi lain telah ke India, Kepulauan Maldives, Teluk Pars, negara Arabi

dan pantai timur Afrika (1415). Ada kemungkinan mereka juga telah mengelilingi

Tanjung Harapan pada kira-kira 70 tahun sebelum orang Eropah melakukannya. Ini

dikaitkan dengan adanya satu peta China pada tahun 1420 dengan jelas menunjukkan

sebahagian pantai barat Afrika.

Page 48: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

48

Tujuan mereka ialah untuk berdagang, mengutip cukai daripada koloni China dan

mengumpul maklumat.Beberapa buah kapal telah dihantar untuk meninjau eksepedisi di

Lautan Pasifik dan ada kemungkinan mereka sampai di pantai utara Australia. Selepas

kemangkatan Maharaja Cheng Tsu, kemasyhuran Cheng Ho mulai merosot. Pada

musim luruh 600 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1405 Masihi, sebuah armada yang

paling besar skopnya di dunia pada masa itu bertolak dari pelabuhan Sungai Yangtze di

luar Bandar Nanjing, ibu negara kerajaan Dinasti Ming bagi belayar ke seberang laut.

Laksamana Cheng Ho yang telah memimpin pelayaran secara besar-besaran tersebut.

Nama asal Cheng Ho ialah Ma Sanbao. Laksamana Cheng Ho atau Muhammad atau

Sam Poa merupakan satu

nama yang sinonim

dengan kedatangannya di

Melaka membawa salam

persahabatan daripada

Dinasti Ming di negara

China. Sahabat bernama

Saad bin Lubadah

merupakan di antara para

sahabat terawal yang

membawa Islam ke China

sehingga masyarakat

Islam di China sekarang

ini menyamai bilangan

penduduk di Malaysia. Ini

menunjukkan, Islam sudah lama tersebar di kawasan Asia dan di Nusantara malah

Laksamana Cheng Ho merupakan di antara pendakwah yang membawa risalah Islam di

Tanah Melayu melalui saluran diplomatik yang dilakukan olehnya. Maknanya Islam

boleh tersebar di merata tempat tanpa mengira warna kulit yang menyebarnya dan

mereka yang menerimanya. Kesungguhan Laksamana Cheng Ho menyebarkan Islam

melalui diplomatik dan perdagangan serta teknologi yang datang dari China amat

dihargai oleh penduduk Nusantara. Bayangkan, melalui arahannya kepada kerajaan

Siam supaya menghentikan tekanan kepada Kerajaan Melaka untuk membayar ufti

setiap tahun, Kerajaan Siam akur kepada arahan tersebut sehingga akhirnya Kerajaan

Melaka menjadi empayar yang hebat hasil pertolongan Laksamana Cheng Ho. Ini

Page 49: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

49

adalah kerana kehebatannya berdiplomasi dan kecanggihan teknologi yang dibawa oleh

dari negara China.

Semasa Cheng Ho berusia 34 tahun, Maharaja Zhu Di mengambil keputusan

untuk menghantar armada bagi melaksanakan pelayaran besar-besaran ke pelbagai

negara di Asia dan Afrika untuk menjalinkan hubungan persahabatan dengan negara-

negara di kawasan itu. Baginda menitahkan Cheng Ho memimpin pelayaran besar-

besaran itu. Bandar Nanjing terletak di pinggir Sungai Yangtze, sungai yang terbesar di

China. Industri pengeluaran kapal sudah bersejarah lama dan sangat berkembang di

Nanjing pada masa itu. Berdasarkan catatan sejarah, terdapat 34 buah bengkel

pembuat kapal di luar Bandar Nanjing dan tukang-tukang kapal yang terbaik di seluruh

China telah bertumpu di Nanjing.

Taraf kemahiran pembuatan kapal daripada tukang-tukang tersebut merupakan

taraf tertinggi bagi industri pembuatan kapal di dunia pada masa itu. Kapal "Baochuan"

yang digunakan dalam pelayaran Cheng Ho ialah dibuat di Nanjing. Kapal "Baochuan"

merupakan kapal layar bersaiz besar. Disebabkan pelayaran itu dilaksanakan

berdasarkan titah Maharaja Zhu Di, maka kapal-kapal tersebut bukan sahaja ukurannya

besar, tetapi juga diperlengkapi dengan kemudahan yang moden. Pada tahun 1957,

sebuah batang kemudi sepanjang 11.7 meter daripada kapal "Baochuan" telah digali

keluar daripada perut bumi di tapak

bengkel pembuat kapal "Baochuan" di

Nanjing. Kalau dikira berdasarkan panjang

batang kemudi terseubt, maka kapal

"Baochuan" armada Cheng Ho yang

paling besar telah mencatat lebih sebiru

tan, ini merupakan kapal yang paling

besar di dunia pada masa itu. Armada

Cheng Ho terdiri daripada beberapa puluh

kapal yang berbeza-beza saiznya. Jumlah

keseluruhan pegawai, pedagang dan anak

kapal armada Cheng Ho mencatat lebih

20 ribu orang. Sutera, barang porselin dan

barang seni kraf tangan lain dimuatkan di

dalam kapal-kapal tersebut. Semasa armada itu berlabuh di setiap pelabuhan luar

negara, Laksamana Cheng Ho akan menganugerahkan cap mohor yang diperbuat

Page 50: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

50

daripada perak dan menghadiahkan cenderamata kepada raja negara-negara yang

dilawati.

Laksamana Cheng Ho juga menyampaikan titah Maharaja Zhu Di Dinasti Ming

China yang menggalakkan negara-negara tersebut menghantar utusan melawat China

agar meningkatkan pertukaran antara satu sama lain. 7 kali pelayaran seumpama itu

telah dilaksanakan oleh Laksamana Cheng Ho dalam tempoh 28 tahun. Pada tahun

1435, Laksamana Cheng Ho yang berusia lebih 60 tahun meninggal dunia di India

dalam pelayaran ke-7 semasa kembali ke China.Armada Cheng Ho berjaya tiba di

pantai Laut Merah dan pantai timur Afrika dan telah melawat lebih 30 buah negara dan

kawasan di Asia dan Afrika dalam 7 kali pelayaran itu.

Pelayaran Laksamana Cheng Ho ke negara-negara Asia dan Afrika itu telah

meluaskan pandangan rakyat China dan meningkatkan pengetahuan geografi rakyat

China. Pelayaran itu juga telah meningkatkan petukaran, persefahaman dan

perdagangan antara rakyat China dengan rakyat pelbagai negara Asia dan Afrika.

Pelayaran Laksamana Cheng Ho lebih awal separuh abad daripada Comumbus, pelayar

yang terkenal di dunia.

Pelayaran Cheng Ho ke seberang

laut juga telah meninggalkan warisan

kebudayaan dan kesenian kepada kita.

Sekarang banyak sasterawan telah

menggubah drama, novel, drama TV dan

lain-lain untuk menggambarkan

pelayaran Laksamana Cheng Ho secara

besar-besaran pada masa itu, memuji

sumbangan yang dibuat oleh Laksamana Cheng Ho kepada kegiatan pelayaran sedunia

serta sumbangannya kepada persahabatan dan pertukaran antara China dan pelbagai

negara di dunia

Page 51: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

51

5.2. Tokoh Tamadun India

5.2.1. Mahatma Ghandi

Mahatma Gandhi

Mahatma Karamchand Gandhi di Bombay

pada September 1944.

Mohandas Karamchand Gandhi

(Gujarati: મોહનદાસ કરમચદં ગાધંી, Devanāgarī:

मोहनदास करमचंद गांधी) (2 Oktober, 1869 - 30

Januari, 1948) juga dipanggil Mahatma Gandhi

(bahasa Sanskrit: "berjiwa hebat") adalah

seorang pemimpin spiritual dan tokoh politik

tersohor dari India. Pada masa kehidupan

Gandhi, banyak negara yang merupakan jajahan

British. Penduduk di koloni-koloni tersebut mendambakan kemerdekaan agar dapat

memerintah negaranya sendiri. Gandhi adalah salah seorang yang paling penting yang

terlibat dalam pergerakan kemerdekaan India. Dia adalah aktivis yang tidak

menggunakan kekerasan, yang mengusung gerakan kemerdekaan melalui demonstrasi

secara aman.

Sejarah awal

Beliau dilahirkan pada 2 Oktober, 1869, di Porbandar, sebuah pekan kecil di

wilayah Gujarat. Keluarganya dari kelas pertengahan dari kasta Vaishya. Bapanya,

Karamchand, merupakan seorang Dewan atau Perdana Menteri di pekan tersebut.

Manakala ibunya bernama Putlibai, adalah seorang wanita yang lemah lembut dan

warak, dan menjadi sumber inspirasi bagi beliau.

Semasa Gandhi di sekolah rendah, beliau tidak menunjuk sebarang petanda akan

menjadi seorang tokoh yang terkenal. Disekolah beliau dianggap sebagai seorang

pelajar yang "mediocre" atau sederhana dan merupakan seorang yang sangat pemalu.

Namun sejak kecil lagi, beliau menunjukkan sifatnya yang berintegriti. Sewaktu suatu

ujian ejaan beliau telah silap mengeja. Tetapi beliau enggan meniru kawannya,

walaupun diberi peluang oleh gurunya.

Page 52: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

52

Mengikut adat orang India pada waktu itu, beliau telah dikahwinkan pada usia

yang muda iaitu pada umur 13 tahun kepada Kasturbai, seorang gadis yang sebaya

dengannya.

Pada usia 18 tahun, beliau melanjutkan pelajarannya di Southampton, England

dalam bidang undang-undang. Di samping mempelajari undang-undang, beliau mula

menunjuk minat dalam bidang keagamaan. Pelbagai kitab serta buku-buku keagamaan

seperti Hindu, Kristian, Yahudi dan Islam telah menjadi bahan bacaannya. Pada 1891,

beliau lulus peperiksaan akhirnya dan pulang ke India sebagai seorang peguam.

Afrika Selatan dan dasar aparteid

Semasa di Bombay, beliau mencuba nasib sebagai seorang peguambela tetapi

gagal. Beliau kemudiannya diarah untuk membela seorang klien di Afrika Selatan.

Lantas beliaupun pergi ke negara yang asing ini. Disana, beliau menyaksikan

diskriminasi yang sangat teruk. Bangsa India, samada peniaga mahupun buruh

dianggap sebagai golongan kelas kedua dan dipanggil "kuli" atau "sami".

Pengalaman diskriminasi yang pertama berlaku di Maritzburg, ibunegeri Natal.

Sewaktu didalam keretapi, seorang berkulit putih telah membantah kehadiran seorang

"berwarna" di kelas pertama dan mengarah beliau untuk pindah ke kelas ketiga. Beliau

enggan menurut kemahuannya kerana mempunyai tiket kelas pertama. Akhirnya beliau

serta begnya telah dihumban keluar dari keretapi tersebut.

Peristiwa ini merupakan satu tamparan hebat kepada Gandhi. Beliau kemudian

memutuskan untuk menjadi seorang aktivis politik agar dapat mengubah undang-

undang diskriminasi tersebut. Gandhi kemudiannya membentuk sebuah gerakan bukan

kekerasan disana.

Gandhi dan kemerdekaan India

Ketika kembali ke India, dia membantu dalam proses kemerdekaan India dari

jajahan British; hal ini memberikan inspirasi bagi rakyat di koloni-koloni lainnya agar

berjuang mendapatkan kemerdekaannya.

Rakyat dari agama dan suku yang berbeza yang hidup di India kala itu yakin

bahwa India perlu dipecah menjadi beberapa negara agar kelompok yang berbeza ini

dapat mempunyai negara mereka sendiri. Ramai yang ingin melihat penganut agama

Hindu dan Islam berpisah dan mempunyai negara sendiri. Walaupun, Gandhi adalah

seorang Hindu, beliau menyukai falsafah dari agama-agama lain termasuk Islam dan

Page 53: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

53

Kristian. Beliau percaya bahawa manusia tanpa mengira agama harus mempunyai hak

yang sama dan hidup bersama secara damai di dalam satu negara.

Pada 1947, India mencapai kemerdekaan dan berpisah menjadi dua negara, India

dan Pakistan. Hal ini tidak disetujui Gandhi.

Prinsip Gandhi, satyagraha, sering diterjemahkan sebagai "jalan yang benar" atau

"jalan menuju kebenaran", telah menjadi sumber inspirasi berbagai generasi aktivis-

aktivis demokrasi dan anti-rasisme seperti Martin Luther King, Jr. dan Nelson Mandela.

Gandhi sering mengatakan nilai-nilai ajarannya sangat sederhana, yang berdasarkan

kepercayaan Hindu tradisional: kebenaran (satya), dan bukan-kekerasan (ahimsa).

Pada 30 Januari 1948, Gandhi dibunuh seorang lelaki Hindu yang marah kerana

kepercayaan Gandhi yang menginginkan rakyat Hindu dan Muslim diberikan hak yang

sama.

Lain-lain

Gandhi tidak pernah menerima Penghargaan Perdamaian Nobel, meskipun

dicalonkan sebanyak lima kali antara 1937 dan 1948. Beberapa dekad kemudian, hal ini

disesali secara umum oleh pihak Jawatankuasa Nobel. Ketika Dalai Lama dianugerahi

Penghargaan Nobel pada 1989, ketua Jawatankuasa Nobel mengatakan bahawa ini

merupakan "suatu cara untuk mengenang jasa Mahatma Gandhi".

Muzium elektronik Nobel mempunyai artikel mengenai hal tersebut. Sepanjang

hidupnya, aktivis Gandhi telah menarik berbagai komentar dan pendapat. Misalnya,

sebagai pemimpin Kerajaan British, Winston Churchill pernah berkata

"Menyedihkan...melihat Mr. Gandhi, seorang peguambela daripada Kuil Tengah (Middle

Temple) yang menghasut, sekarang tampil sebagai seorang fakir yang biasa dari Timur,

menaiki tangga Istana Viceregal dengan badan setengah telanjang."

Begitu juga dengan Albert Einstein yang berkata mengenai Gandhi: "(Mungkin)

para generasi berikutnya akan sukar mempercayai bahawa ada orang seperti ini yang

pernah hidup di dunia ini."

Karya Mahatma Gandhi tidak dilupakan oleh generasi berikutnya. Cucunya, Arun

Gandhi dan Rajmohan Gandhi dan bahkan anak cucunya, Tushar Gandhi, adalah

aktivis-aktivis sosio-politik yang terlibat dalam mempromosikan gerakan bukan-

kekerasan di seluruh dunia.

Page 54: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

54

5.2.2 Sidhaharta Gautama Buddha

BUDDHA (563 SM – 483 SM )

Siddharta dilahirkan pada tahun 623 SM di Taman

Lumbini, saat Ratu Maha Maya berdiri memegang dahan

pohon sal. Pada saat ia lahir, dua arus kecil jatuh dari langit,

yang satu dingin sedangkan yang lainnya hangat. Arus

tersebut membasuh tubuh Siddhartha. Siddhartha lahir

dalam keadaan bersih tanpa noda, berdiri tegak dan

langsung dapat melangkah ke arah utara, dan tempat yang

dipijakinya ditumbuhi bunga teratai. Ayah dari Pangeran

Siddhartha adalah Sri Baginda Raja Suddhodana dari Suku

Sakya dan ibunya adalah Sri Ratu Mahā Māyā Dewi. Ibunda Ratu meninggal dunia tujuh

hari setelah melahirkan Sang Pangeran. Setelah meninggal, beliau terlahir di alam

Tusita, yaitu alam surga luhur. Sejak itu maka yang merawat Pangeran Siddharta adalah

Mahā Pajāpati, bibinya yang juga menjadi isteri Raja Suddhodana.

Kegemilangan dlm. Zaman Asoka – jadi agama rasmi Dinasti Maurya. Buddha: guna

bahasa Pali, Kitab Tripitaka – kitab suci mengandungi Sutta Pitaka, Vinaya Pitaka, dan

Abhidhamma Pitaka.

Empat kebenaran yang mulia

a. Kehidupan penuh dengan kepahitan

b. Kepahitan dan kesengsaraan disebabkan oleh tuntutan nafsu

c. Untuk mengatasi kepahitan hidup mesti mengatasi nafsu

d. Cara menamatkan kesengsaraan dan mengatasi nafsu ialah dengan cara

Jalan Lapan Lapis

4. Jalan lapan lapis

a. Kepercayaan dan pengetahuan yang baik

a. Bebas daripada kepercayaam karut

b. Memahami diri sendiri dan Empat Kebenaran yang Mulia.

c. Membangunkan wawasan kehidupan yang jelas ( ditthi).

b. Keinginan yang baik

a. Perlu megambil keputusan yang tegas untuk mencapai jalan

kehidupan yang berjaya.

c. Pengucapan yang baik

Page 55: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

55

a. Tidak boleh melakukan gosip. menipu atau mengenakan seseorang.

d. Kelakuan yang baik

a. Bertindak secara aman, jujur dan sejati dan tidak membunuh,

mencuri, dan keterlaluan dalam tuntutan arak dan pelakuan sex.

e. Makna kehidupan yang baik

a. Perlu mendapatkan kehidupan dengan tidak memusnahkan

kehidupan lain.

f. Usaha yang baik

a. Perlu mengawal diri sendiri dan berdisiplin.

b. Mengekang kepercayaan syaitan dan menjaga kebaikan

g. Pemikiran yang baik

a. Perlu berhati-hati dengan kata-kata dan pelakuan orang lain.

h. Pertapaan yang baik

a. Perlu menumpukan pada satu perkara untuk mendapatkan kesedaran

yang mendalam dan istimewa.

Kitab suci agama Buddha

Kitab suci agama Buddha ialah 'Tipitaka'. Kitab 'Tipitaka' yang lengkap hanyalah

yang berbahasa Pali iaitu bahasa yang dipergunakan oleh Gautama Buddha dan oleh

rakyat jelata suku Magadha. Kitab suci agama Buddha yang paling tua, diketahui hingga

sekarang tertulis dalam bahasa Pali, yang terbahagi dalam tiga kelompok besar yang

disebut sebagai 'Pitaka' atau 'bakul' iaitu Vinaya Pitaka, Sutta Pitaka dan Abhidhamma

Pitaka.

Menurut tradisi Buddha, Siddharta Gautama dilahirkan daripada puak Sakya pada

awal masa Magadha (546–324 SM), di sebuah kota, selatan pergunungan Himalaya

yang bernama Lumbini. Sekarang kota ini terletak di Nepal sebelah selatan. Beliau juga

dikenali dengan nama Sakyamuni (harfiah: "orang bijak daripada kaum Sakya").

Setelah kehidupan awalnya yang penuh kemewahan di bawah perlindungan

ayahnya, Raja Kapilavastu (kemudian hari digabungkan dengan kerajaan Magadha),

Siddharta melihat kenyataan kehidupan sehari-hari dan menyimpul bahawa kehidupan

nyata, pada hakikatnya adalah kesengsaraan yang tak dapat dihindari. Siddharta

kemudian meninggalkan kehidupan mewahnya yang tak berertinya lalu menjadi seorang

Page 56: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

56

zahid. Kemudian ia berpendapat bahawa bertapa juga tak ada ertinya, lalu mencari jalan

tengah antara kehidupan berfoya-foya yang terlalu memuaskan hawa nafsu dan

kehidupan zahid yang terlalu menyeksa diri.

Di bawah sebuah pokok ara, sekarang dikenali sebagai pokok Bodhi, ia berikrar

tidak akan meninggalkan tempat duduknya sehingga ia menemukan Kebenaran. Pada

usia 35 tahun, ia mencapai Makrifat. Pada saat itu, ia dikenali sebagai Gautama

Buddha, atau hanya "Si Buddha" saja, sebuah perkataan Sanskerta yang bererti "ia

yang sedar" (dari kata budh+ta).

Untuk 45 tahun selanjutnya, ia menelusuri Dataran Ganga di tengah India (daerah

mengalirnya Sungai Ganga dan anak-anak sungainya), sembari menyebarkan

ajarannya kepada sejumlah orang yang berbeza-beza.

Keengganan Buddha untuk mengangkat seorang pewaris atau merasmikan

ajarannya mengakibatkan munculnya banyak aliran dalam tempoh 400 tahun

selanjutnya: mula-mulanya aliran-aliran mazhab Buddha Nikaya yang sekarang hanya

masih tersisa Theravada, dan kemudian terbentuknya mazhab Mahayana, sebuah

gerakan seluruh Buddhisme yang didasarkan pada penerimaan kitab-kitab baru.

Pemutaran Roda Dharma

Ajaran Buddha pertama kali diterima oleh lima orang bhiksu: Kondanna, Bhaddiya,

Mahanama, Assaji, dan Vappa. Hari pemutaran roda Dharma yang pertama tersebut

diperingati oleh umat Buddha sebagai hari suci Asadha. Setelah saat itu, makin lama

makin banyak orang yang menjadi pengikut Beliau. Inti ajarannya terangkum dalam tiga

baris syair yang diajarkan-Nya:

―Jangan berbuat kejahatan, perbanyak perbuatan baik. Sucikan hati dan pikiran,

inilah ajaran para Buddha‖.Ajaran Siddharta Gautama atau Sang Buddha terkenal

sebagai ajaran agama Buddha. Ajaran ini pula yang menjadi ajaran terpenting agama

Buddha di seluruh dunia. Sang Buddha Parinirwana dalam usia delapan puluh tahun,

pada bulan Waisaka purnamasidhi. Pada masa sekarang, hari kelahiran Beliau, hari

Beliau mendapat pencerahan, dan hari Beliau Parinirvana, diperingati sebagai hari suci

Waisak.

Page 57: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

57

Penutup

Dalam tradisi Hindu, Buddha tidak memiliki posisi istimewa dalam Veda. Menurut

kepercayaan umat Hindu, pada masa Kali Yuga, orang-orang mulai melupakan ajaran

agama dan tindakan mereka melenceng atau tidak sesuai dengan Veda. Maka dari itu,

Buddha muncul untuk menyempurnakan kembali tindakan yang melenceng dari Veda

dan menolak untuk menerapkan pengorbanan hewan.

Beberapa tokoh Hindu menganggap Buddha merupakan seorang tokoh yang

memperbarui ajaran Veda. Dalam beberapa filsafat Hinduisme, Rama dan Krishna yang

merupakan Awatara juga dipuja sebagai Dewa, namun Sang Buddha yang juga

merupakan Awatara tidak dipuja dalam Hindu selayaknya Awatara yang lain. Pokok

ajaran Buddha dapat diringkas di dalam apa yang menurut istilah penganutnya "Empat

kebajikan kebenaran:" pertama, kehidupan manusia itu pada dasarnya tidak bahagia;

kedua, sebab-musabab ketidakbahagiaan ini adalah memikirkan kepentingan diri sendiri

serta terbelenggu oleh nafsu; ketiga, pemikiran kepentingan diri sendiri dan nafsu dapat

ditekan habis bilamana segala nafsu dan hasrat dapat ditiadakan, dalam ajaran Buddha

disebut nirvana; keempat, menimbang benar, berpikir benar, berbicara benar, berbuat

benar, cari nafkah benar, berusaha benar, mengingat benar, meditasi benar.

5.3. Tokoh Tamadun Jepun

5.3.1. Tokugawa Ieyasu

Tokugawa Ieyasu (徳川 家康; lahir di Okazaki, 31 Januari 1543 – dan meninggal

di Shizuoka, 1 Juni 1616 pada umur 73 tahun; lahir dengan nama Matsudaira

Takechiyo 松平 竹千代) adalah seorang daimyo dan shogun di Jepang. Pendiri

Keshogunan Tokugawa yang memerintah Jepun sejak menaklukkan Ishida

Mitsunari dalam Pertempuran Sekigahara pada tahun 1600 hingga Restorasi

Meiji pada tahun 1868. Bersama dengan Toyotomi Hideyoshi dan Oda

Nobunaga, Ieyasu adalah salah satu dari tiga tokoh yang menyatukan Jepun

pada zaman Sengoku. Ia memerintah dari tahun 1600 (secara rasminya 1603)

hingga turun takhta pada tahun 1605.

Zaman Kesyogunan Tokugawa(1603-1867)

Pembahagian kelas, 4 kumpulan:

http://dhamma-bm.tripod.com/ http://dhamma-bm.tripod.com/main.htm

Page 58: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

58

1. Samurai (pahlawan)

2. Nomin (kaum tani)

3. Shonin (petukang)

4. Chonin (saudagar)

Tokugawa Ieyasu telah mendominasi arena politik Jepun dari tahun 1603

sehingga 1616 dan merupakan pemimpin teragung Jepun dalam abad ke 17. Beliau

telah mengasaskan Kesyogunan Tokugawa (1603-1867) yang merupakan kerajaan

tentera yang memerintah paling lama dalam sejarah Jepun. Beliau telah berjaya

menyatukan Jepun yang merupakan satu tanggungjawab yang tidak pernah

diselesaikan oleh Oda Nobunaga dan Toyotomi Hideyoshi.

Secara amnya, Bakufu Tokugawa telah membawa satu era yang aman dan stabil

serta berlanjutan selama hampir 200 tahun. Pada zaman ini banyak kemajuan yang

telah dilakukan terutama dalam bidang pertanian, perdagangan, kesenian, sastera dan

lain-lain. Masyarakat Tokugawa adalah sebuah masyarakat yang berpelajaran dan

terdapat hampir 60 000 Terakoya atau sekolah kampung yang menampung keperluan

pendidikan anak - anak kaum tani. Sekolah - sekolah elit yang memberikan didikan

kepada anak - anak samurai juga telah didirikan oleh Bakufu dan tuan - tuan tanah.

Kajian tentang buku - buku klasik Cina dan Kung Fu Tze telah dimajukan , di samping

pembelajaran bahasa Belanda atau Rangaku yang juga telah menerima sokongan

golongan Daimyo

Di sebalik pencapaian dalam pelbagai bidang, pemerintahan Bakufu telah

mengalami kemerosotan dan tumbang pada tahun 1867. Masyarakat Tokugawa

mengalami masalah dalaman yang menjadi punca kemusnahan masyarakat itu sendiri.

Perdagangan yang berkembang pesat dan proses urbanisasi telah membawa banyak

kekayaan kepada kumpulan tertentu , misalnya golongan saudagar tetapi keadaan ini

telah mengakibatkan kemiskinan kelas tentera terutamanya golongan Daimyo dan

samurai yang menjadi tulang belakang sistem politik Tokugawa. banyak faktor dari segi

politik, ekonomi dan sosial telah membawa kehancuran kepada pemerintahan keluarga

Tokugawa.

Kejatuhan Shogun Tokugawa

Pengenalan

Pada tahun 1600, Iyeyasu telah berjaya mengalahkan musuh-musuhnya dalam

pertempuran Sekigahara dan atas kejayaannya itu maka pada tahun 1603, Maharaja

Jepun memberi gelaran ―Shogun‖ kepadanya. Dengan ini lahirlah pemerintah Shogun

Page 59: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

59

dari keluarga Tokugawa. Setelah mendapat kuasa secara perlahan-lahan Shogun

Tokugawa mengambilalih kekuasaan dari Maharaja sehingga Shogun Tokugawa yang

benar-benar berkuasa di Jepun. Pusat pentadbiran telah dipindahkan ke Yedo

sementara Maharaja ditempatkan di Kyoto dan tidak dibenarkan bergiat dalam urusan

pentadbiran.

Faktor kejatuhan Shogun Tokugawa

1. Peranan saudagar dan perubahan corak sosial

Salah satu faktor yang membawa kepada kejatuhan Shogun Tokugawa ialah

peranan golongan saudagar dan berlakunya perubahan corak sosial di Jepun. Pada

abad ke-18, sistem politik dan sosial di Jepun mulai berubah akibat sistem ekonomi

wang yang menggantikan sistem tukaran barang. Oleh sebab pentingnya ekonomi wang

menyebabkan kedudukan golongan saudagar menjadi golongan yang berpengaruh

dalam masyarakat dan sebaliknya golongan daimyo (bangsawan) dan samurai

(pahlawan) mulai merosot. Ramai golongan daimyo dan samurai telah meminjam wang

dari golongan saudagar hinggakan mereka terikat dengan hutang-piutang. Juga ramai

dari golongan daimyo dan samurai menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

Keadaan ini menyebabkan menjelang abad ke-19, tidak ada perbezaan taraf antara

saudagar dengan daimyo dan samurai. Dengan ini sistem feudal terhapus dengan

sendirinya.

2. Menentang dasar isolasi

Golongan saudagar juga tidak setuju dengan dasar isolasi menindas Tokugawa.

Dengan dasar isolasi bermakna saudagar-saudagar tidak mendapat pasaran yang luas

bagi barang-barang dagangan mereka. Oleh sebab itu, mereka ingin supaya diadakan

hubungan dengan dunia luar kerana ini akan menguntungkan mereka. Berdasarkan

perkara itu, golongan saudagar asing bekerjasama dengan golongan anti-Tokugawa

golongan menentang Shogun Tokugawa seperti yang dilakukan oleh saudagar-

saudagar di bandar Osaka.

3. Perasaan kebangsaan/fahaman shintoisme

Sebab lain ialah munculnya semangat kebangsaan dan fahaman shintoisme.

Semangat hotmat dan taat kepada Maharaja hidup kembali. Akibat tindakan Tokugawa

menggalakkan orang-orang Jepun terutama golongan samurai mengkaji sejarah dan

sastera Jepun kuno. Sungguhpun tindakan ini untuk kebaikan negeri Jepun tetapi

Page 60: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

60

kesannya menjejaskan kedudukan Tokugawa sendiri. Hasil dari kajian mereka dan

mengikut fahaman (kepercayaan Shinto) bahawa Maharaja Jepun adalah keturunan

Dewi Matahari (Amitorasu). Berdasarkan kepercayaan tersebut orang Jepun

berpendapat Maharaja yang harus berkuasa dan dihormati. Dengan ini muncul golongan

yang ingin mengembalikan kekuasaan Maharaja dan menjatuhkan Tokugawa.

4. Tekanan ekonomi

Kedudukan Shogun Tokugawa semakin terjejas bila berlakunya tekanan ekonomi.

Pada abas ke-18 dan ke-19 merupakan zaman kejatuhan ekonomi. Penduduk Jepun

telah bertambah dan ini menyebabkan berlakunya kekurangan makanan. Untuk atasi

masalah tersebut, petani-petani telah dikerah supaya dapat hasilkan keluaran pertanian

berlebihan. Hal ini menjadi beban kepada petani-petani yang terpaksa bekerja lebih

kuat. Penghidupan petani-petani semakin susah apabila adanya cukai-cukai.

5. Tentangan suku kaum dari Barat

Perasaan benci terhadap Tokugawa tidak sahaja dari petani-petani yang tertindas

terutama dari suku kaum dari Barat iaitu Satsuma, Choshu, Toza dan Hizen. Tokugawa

berkuasa tetapi wilayah kekuasaan Tokugawa sekitar Yedo sedangkan wilayah-wilayah

lain tidak dapat diletakkan secara langsung. Oleh sebab itu suku kaum-suku kaum

tersebut dapat bertindak balas. Mereka sedar tanpa persekutuan suku kaum yang lain

mereka tidak dapat mengalahkan Tokugawa. Oleh itu, mereka telah bersatu dan

tindakan selanjutnya ialah menyokong Maharaja yang ketika ini ditindas oleh Tokugawa.

6. Kedatangan Barat

Faktor yang membawa kepada kejatuhan Tokugawa juga disebabkan oleh

kedatangan Barat. Pada tahun 1853, Commodore Perry dari Amerika tiba di Jepun

dengan tujuan mengadakan hubungan perdagangan dan mendapat jaminan

keselamatan anak-anak kapal Amerika. Disebabkan bimbang terhadap ancaman

Amerika maka pada tahun 1854, Perjanjian Kanagawa ditandatangan antara Perry

dengan Tokugawa. Kemudian perjanjian dengan Rusia dan Perancis juga dibuat.

Tindakan Tokugawa itu telah menjadi kemarahan rakyat Jepun termasuk beberapa

golongan dari keluarga Tokugawa sendiri.

Peristiwa ini digunakan oleh musuh Tokugawa untuk menggugar kedudukan

Tokugawa. Suku kaum dari Barat telah menjalankan tindakan anti-Barat. Pada tahun

1862, seorang Inggeris bernama Richardson mati dibunuh oleh putera Satsuma. Pada

tahun 1863, kaum Choshu telah menembak kapal-kapal Barat di Selat Shimonoseki.

Sebagai tindakbalas, pada tahun 1863, Inggeris menyerang Kagoshima kediaman

Page 61: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

61

Satsuma. Kemudian pada tahun 1864 angkatan laut bersekutu iaitu Inggeris, Amerika,

Perancis dan Belanda menyerang Choshu di Selat Shimonoseki.

Pihak Barat telah menyalahkan Tokugawa berikutan berlakunya peristiwa-

peristiwa anti-Barat. Keadaan ini menyebabkan pada tahun 1866, Tokugawa telah

menghantar tenteranya untuk menyerang Choshu tetapi malangnya tentera Tokugawa

telah dikalahkan. Kedudukan Tokugawa semakin runcing apabila kaum Toza telah

bersatu dengan Choshu dan Satsuma untuk menentang Tokugawa. Memandangkan

adanya tekanan-tekanan dan desakan-desakan dalam negeri maka Shogun Keiki

bersetuju meletakkan jawatan. Pada bulan November 1867, kekuasaan telah diserahkan

kepada Maharaja Meiji. Dengan ini, tamatlah Shogun Tokugawa di Jepun.

Kesimpulan

Faktor dalam negeri merupakan faktor utama yang membawa kepada kejatuhan

Tokugawa. Shogun Tokugawa telah berjaya berkuasa kira-kira lebih dari dua abad

setengah. Pada peringkat awal pemerintahan Tokugawa telah mencapai beberapa

kemajuan. Tetapi kejayaan lebih besar telah dicapai semasa pemerintahan Meiji. Dalam

zaman Meiji, Jepun mula memasuki dunia moden dan dalam masa yang sangat singkat

Jepun mencapai taraf yang sama dengan negara-negara Barat, baik dalam bidang

ekonomi mahupun dalam bidang ketenteraan.

5.3.2. Meiji ( Maharaja Meiji)

Maharaja Meiji (明治天皇 Meiji-tennō?) (3 November 1852 — 30 Julai 1912) ialah

Maharaja Jepun yang ke-122 menurut susunan pewarisan takhta tradisional,

memerintah sejak 3 Februari 1867 sehingga hari kemangkatan baginda.

Nama diri baginda ialah Mutsuhito (睦仁?). Sepertilah

maharaja-maharaja sebelumnya, baginda dikenali dengan

nama posthumus selepas mangkat. Selepas kemangkatan

baginda bermulanya satu tradisi baru iaitu memberikan

zaman pemerintahan mendiang maharaja kepada baginda

setelah mangkat. Oleh sebab memerintah ketika zaman

Meiji (Pemerintahan kesedaran), baginda kini dikenali

sebagai Maharaja Meiji. Meskipun kadang-kadang dipanggil

Mutsuhito atau Maharaja Mutsuhito di luar Jepun, maharaja-

Page 62: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

62

maharaja Jepun hanya digelar dengan nama posthumus mereka di Jepun. Penggunaan

nama diri maharaja itu boleh dianggap kurang sopan.

Ketika keputeraan baginda pada tahun 1852, Jepun merupakan sebuah negara

yang terpencil, belum berindustri dan feudal yang didominasi Syogun Tokugawa dan

daimyo yang memerintah lebih 250 kawasan terpencar di negara. Apabila baginda

mangkat pada tahun 1912, Jepun sudah melalui revolusi politik, sosial, dan

perindustrian dalam negara (Lihat Pemulihan Meiji) dan timbul sebagai salah sebuah

kuasa besar di pentas dunia.

Era Meiji yang berlangsung selama 44 tahun iaitu

dari 1868 hingga 1912 itu merupakan satu era yang

penting dalam sejarah Jepun . ia juga dikenali sebagai

pemulihan Meiji di mana bermulanya pemodenan –

pemodenan baru yang dilakukan setelah Jepun

mengamalkan dasar tutup pintunya selama hampir 200

tahun semasa pemerintahan Shogun Tokugawa .

Pemerintah Shogun Tokugawa yang lapuk dan lama itu

telah menimbulkan rasa rpuas hati pelbagai golongan masyarakat feudal terutamanya

samurai dan petani .

Di samping itu , yang diamalkan oleh Tokugawa yang memencilkan Jepun dari

dunia luar itu juga menimbulkan keghairahan dan keinginan yang amat dalam sanubari

kuasa barat. Oleh itu, tekanan-tekanan telah dilaksanakan oleh kuasa barat terhadap

Jepun . Kedatangan Komander Matthew Perry dengan ‗black ships‘ di Uraga pada 1853

yang ingin memasuki ke Jepun dan keputusan yang terpaksa dibuat oleh Shogun untuk

membenarkan kemasukan dunia luar ke Jepun setelah 2 dekad Jepun mengamalkan

dasar isolasinya telah menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat . Perjanjian yang

ditandatangani dengan pihak Amerika itu membenarkan Amerika membuka pelabuhan

di Shimoda dan Hakodate.Akhirnya pemerintahan Shogun Tokugawa ini telah dijatuhkan

oleh pemimpin-pemimpin samurai dari kawasan-kawasan penguasaan feudal suku

kaum Satsuma, Choshu , Tosa , hizen . Antara mereka termasuklah Okubo, Saigo,

Matsukata, masayoshi dan Kuroda dari Satsuma . Kido , Ito, Yamagata, Irone , Aritomo

dan Katsura dari Choshu . Okuma dari Hizen , Itagaki Taisuke dari Toza.

Page 63: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

63

Maka bermula pada 23 Oktober 1868, dikatakan pemulihan atau pemodenan

Jepun telah bermula dengan pemerintahan Meiji.

Pemerintahan Meiji atau Pemulihan Meiji bertujuan

untuk mengembalikan maharaja kepada

kedudukannya yang sebenar sebagai ketua

masyarakat Jepun yang tertinggi Namun

bermulanya zaman pemulihan Meiji ini, kepimpinan

kerajaan baru telah didominasi oleh samurai muda

dari suku kaum Satsuna dan Choshu atau Oligarki Satsuma-Cho yang bertugas sebagai

penasihat Meiji. Mereka menyedari bahawa Jepun tidak dapat menandingi kuasa

imperialis barat yang merupakan ancaman utama kepada kedaulatan Jepun kecuali

menjadikan Jepun sebuah negara moden yang mempunyai kuasa tentera yang kuat.

Maka lahirlah tujuan utama kerajaan mereka iaitu ‗ Eukoku Kyohei ‘ ( sebuah negara

yang kaya dan dengan kuasa ketenteraan yang kuat )

Langkah Ke Arah Modenisasi Jepun :

1) Hubungan Luar

Jepun mula mengadakan hubungan secara rasmi dengan dunia luar pada Mac

1868 atas nasihat daripada samurai-samurai muda yang menyedari akan kepentingan

mengubah dasar luar Jepun yang lama itu. Jepun telah mendapat satu pengajaran

bahawa negeri Jepun tidak mampu menentang kuasa-kuasa barat seperti yang berlaku

ke atas kagoshima dan selat shimonoseki bila diserang oleh tentera barat. Maka Jepun

harus belajar dari barat dalam pelbagai bidang tentera dan ekonomi.

2) Sistem Pentadbiran Yang Licin Dan Cekap

Dalam usaha mencapai pemodenan, Jepun harus mempunyai satu sistem

pentadbiran yang baik. Maka satu piagam telah digariskan untuk dijadikan panduan

kepada pegawai untuk menjalan tugas. Piagam ynag mempunyai lima perkara penting

itu telah ditandatangani pada 6 April oleh Maharaja Meiji. Antara lima perkara tersebut

ialah:

1. Dewan-dewan perbahasan akan ditubuhkan dalam semua undang undang

haruslah ditentukan oleh pendapat ramai.

2. Semua pegawai kerajaan mesti sepakat dalam melaksanakan dasar

kerajaan.

Page 64: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

64

3. Semua rakyat mesti debenarkan mengembangkan bakatnya dan

menggunakan hak-haknya untuk memenuhi aspirasinya.

4. Segala adat lama yang tidak berfaedah adalah dihapuskan.

5. Jepun hendaklah mengambil semua penegetahuan dan kemahiran dari dunia

luar untuk menjadiakn Jepun negara yang moden dan kuat.

Pemindahan ibu negara diraja dari Kyoto ke Edo merupakan tanda-tanda negara

Jepun menerima perubahan. Maharaja Meiji yang muda telah muncul dari tempat

pengasingannya di Kyoto dan membuat perjalanan secara besar-besaran ke Edo sejauh

empat batu. Pada bulan Disember 1868, Edo telah ditukar kepada Tokyo yang

bermaksud Ibu Kota Timur. Pemilihan Tokyo sebagai ibukota baru kerana ia dianggap

sangat sesuai menjadi pusat pentadbiran bagi seluruh negara.

Langkah seterusnya ialah penghapusan sistem feudal. Oligarki Meiji khususnya

Kido, Okubo, Okurua dan Itagaki telah menyedari tentang kepentingan pemusatan

kerajaan. Mereka telah mempengaruhi golongan Dainyo dari suku kaum Choshu,

Satsuma, Toza dan Hizen supaya menyerahkan tanah mereka secara sukarela kepada

Maharaja. Pada 3 Mac 1869, satu memorandum bersama yang meletakan tanah-tanah

mereka di bawah penguasaan Maharaja telah diserahkan. Pada Julai 1869, daimyo-

daimyo lain diperintahkan oleh kerajaan Meiji supaya menyerahkan kuasa tanah mereka

kepada kerajaan. Pada 29 Ogos 1871, Maharaja telah mengumumkan penghapusan

semua tanah feudal dan semua tanah menjadi hak milik diraja. Pada bulan berikutnya,

semua tentera feudal telah dibubarkan. Seluruh Jepun dibahagikan kepada 45 daerah

atau ken yang ditadbir oleh pegawai kerajaan pusat. Dengan ini maka berakhirlah

daimyo-daimyo sebagai pembesar feudal. Mereka ini kemudiannya diberi pembayaran

dalam bentuk bon-bon kerajaan atau bayaran beras atas persaraan mereka. Golongan

samurai yang tidak mendapat jawatan dalam jabatan-jabatan kerajaan telah mngalihkan

tumpuan mereka terhadap perniagaan di mana wang persaraaan yang diterima itu telah

dijadikan modal untuk mereka berniaga.

Page 65: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

65

3) Perlembagaan

Dua dewan telah dibentuk sebagai percubaan dlam tahun 1868. Namun,

percubaan dua dewan ini mneghadapi kegagalan ekoran daripada berlakunya

perbezaan idea-idea dasar antara ahli-ahli. Misalnya Eto Shimpai dan Saigu Takamuri

yang mendesak agar serangan ke atas Korea dilakukan tetapi desakan ini telah ditolak

oleh maharaja sendiri. Akibatnya, mereka dan pengikut-pengikutnya telah meletakkan

jawatan.

Walaubagaimanapun, pembentukan sebuah parlimen atau Diet ini dirasakan perlu

oleh beberapa tokoh politik kerana ia dapat memenuhi kehendak rakyat. Ekoran itu,

Itagaki Taisuka ( suku kaum Toza ) telah mendesak Maharaja supaya membentuk Diet.

Pada 1881, Maharaja telah bersetuju akan membentuk sebuah Diet.

Beberapa parti politik telah muncul untuk mempercepatkan pembentukan Diet. Pada

tahun 1881, parti politik yang pertama iaitu Parti Liberal ( Jiyuto ) telah ditubuhkan oleh

Itagaki Aisuka. Setahun kemudian, Parti Progresif ( Kaishinto ) pula ditubuhkan oleh

Okuma Shigenobu yang berasal dari Hizen. Kebanyakan ahli parti Liberal terdiri

daripada pemilik-pemilik tanah manakala ahli-ahli Perti Progresif pula kebanyakannys

terdiri daripada golongan pedagang. Kedua-dua parti ini merupakan parti politik yang

sangat poluar dan dapat mempengaruhi politik negeri Jepun. Parti Imperialis ( Rikken

Teisei ) telah ditubuhkan pada 1882 bagi menentang kedua-dua parti di atas. Parti ini

mendapat sokongan dari kerajaan.

Pertentangan antara parti ini telah membawa kepada suasana yang genting dan

membimbangkan di mana Itagaki Taisuke telah mati dibunuh. Ini telah menyebabkan

Maharaja bertindak mengharamkan parti-parti itu. Akibatnya pada Oktober 1884, Parti

Liberal dibubarkan dan ini diikuti oleh parti-parti yang lain.

Ito Hirobun yang merupakan samurai dari suku kaum Choshhu memainkan

peranan penting dalam membentuk perlembagaan yang moden. Beliau telah dihantar ke

Eropah iaitu berlin dan Vienna untuk mengkaji sistem kerajaan dan bentuk

perlembagaan yang terdapat di negara-negara Eropah. Beliau sangat tertarik dengan

sietem kerajaan Jerman.Pada 1885, Majlis Penasihat Raja ( Privy Council ) telah

dibentuk dan dipengerusikan oleh Ito. Majlis ini berfungsi sebagai penasihat kepada

Maharaja dan ia terdiri daripada golongan bangsawan dan pembesar-pembesar istana

yang mempunyai hubungan rapat dengan Maharaja. Pada 1889, satu susunan

perlembagaan telah dapat disiapkan dan ia telah diserahkan kepada Maharaja. Pada 11

Februari 1889, perlembagaan yang dinamakan Undang-undang Dasar Baru telah

Page 66: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

66

disahkan bagi dipraktikan di Jepun. Perlembagaan tersebut memperuntukkan

penubuhan dua buah dewan yang dipanggil Dewan Pertuanan dan Dewan perwakilan

Rakyat. Anggota dalam Dewan Pertuanan terdiri daripada golongan bangsawan dan

beberapa calon yang dipilih oleh rakyat. Maharaja mempunyai kuasa untuk

membubarkan Diet sekiranya mendapati Diet tidak berfungsi dengan baik.

4) Pelajaran Dan Pendidikan

Kementerian Pelajaran telah ditubuhkan pada awal 1871 dan langkah-langkah

telah diambil untuk mewujudkan sistem pendidikan yang seragam di negara tersebut.

Pada 1872, satu undang-undang telah diadakan di mana semua kanak-kanak yang

berusia 6 tahun diwajipkan menerima pendidikan wajib selama 4 tahun. Menjelang

1880, terdapat hampir 28000 buah sekolah rendah dengan lebih daripada 2 juta pelajar.

Pada 1886, Mori Arinori ( Menteri Pelajaran 1885-1889 ) telah mengubal sistem

pelajaran yang ada di mana sekolah rendah adalah selama 8 tahun sementara sekolah

menengah pula selama 4 tahun. Maharaja Meiji mengalakkan sistem pelajaran moden.

Namun, mereka tidak secara bulat-bulat menerima sistem pendidikan barat. Matlamat

dalam pendidikan adalah untuk melahirkan masyarakat yang cintakan negara,

menghargai nilai-nilai tradisi dan patuh kepada ketua. Oleh tiu, penduduk Jepun

mempunyai identitinya yang tersendiri.

Kita dapat lihat dalam sistem pelajaran pada masa itu sangat mementingkan

matapelajaran sains dan teknik. Buku-buku yang bermutu dalam bidang-bidang tersebut

telah diterjemahkan ke bahasa Jepun. Di samping itu, ramai tenaga pengajar dan

golongan profesional dan ahli akademik luar telah diambil dari Britain dan Amerika

Syarikat. Antara Professor yang terkenal ialah E.S. Morse dari Harvard pada 1877 dan

Ernest Fenoliosa dari Boston pada 1878

Kerajaan Jepun telah menghantar ramai pelajar ke Eropah untuk mempelajari

pelbagai ilmu pengetahuan. Dlam 1871, terdapat kira-kira 54 pelajar telah dihantar ke

Britain untuk mempelajari aspek angkatan laut dan perkapalan perdagangan, ke Jerman

pula untuk mempelajari aspek tentera darat dan ilmu perubatan dan yang ke Amerika

pula mempelajari perkara-perkara mengenai perdagangan dan ekonomi.

Pusat-pusat pengajian tinggi di dalam negeri telah ditubuhkan kemudiannya

ekoran daripada kesedaran bahawa Jepun tidak boleh bergantung hanya kepada pusat

pengajian barat. Oleh itu, pada tahun1877, universiti yang pertama dan terkenal iaitu

Universiti Diraja Tokyo telah ditubuhkan. Menjelang 1910, beberapa buah universiti

Page 67: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

67

diraja lain telah ditubuhkan di Sapporo, Sendai, Kyoto dan Fukuoka. Selain sistem

pelajaran negera, sekolah-sekolah, maktab-maktab dan unievrsiti-universiti swasta juga

telah ditubuhkan. Dua univeristi persendirian yang terkemuka iaitu Universiti Keio (

diasaskan oleh Fukuzawa Yukichi dalam tahun 1858 ) dan Waseda (diasaskan oleh

Okoma dalam tahun 1882 )

Page 68: WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )s2c053ed6bf52929a.jimcontent.com/download/version/1311861625/mo… · yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

68