bab 1 - pen gen alan rp

Upload: vasant-sriudom

Post on 06-Jul-2015

142 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

1.0

PENGENALAN

1.1

RINGKASAN EKSEKUTIF

Industri makanan sejuk beku sering mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat Malaysia hari ini. Ini dapat dilihat melalui kewujudan bebarapa buah kilang atau syarikat makanan sejuk beku hampir seluruh negara. Makanan adalah sumber keperluan kepada manusia yang tidak boleh dielak. Murtabak DLela Enterprise adalah satu daripada industri makanan sejuk beku yang akan bertapak dan dan berpotensi untuk memberi pulangan yang besar kepada pengusahanya. Ini dilihat daripada kadar kuasa beli pelanggan yang semakin meningkat ekoran daripada peningkatan taraf hidup rakyat Malaysia. Murtabak DLela Enterprise akan ditubuhkan pada Jun 2011 dengan tujuan untuk menceburi bidang industri makanan sejuk beku yang dapat memonopolikan permintaan pelanggan yang selalu sibuk dengan kerja dan tidak ada masa untuk menyediakan keperluan bahan untuk membuat makanan sendiri. Murtabak DLela Enterprise juga ingin mengambil peluang untuk menceburi dalam bidang yang baru. Ini adalah selaras dengan wawasan kerajaan dan juga menyahut cabaran Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) di mana pihak erajaan mengalualukan penglibatan sektor swasta untuk menceburi dan memajukan bidang industri permakanan. Oleh itu, Murtabak DLela Enterprise memberikan kelainan dengan memperkenalkan pelbagai rasa dan aneka masakan murtabak mini sejuk beku.

Rancangan perniagaan ini mengandungi analisis produk, prospektus pasaran, penyusunan organisasi, operasi, analisi kewangan, persaingan, pasaran dan strategi pelaksanaan projek. Perusahaan murtabak mini ini masih lagi belum banyak pesaing yang hebat uat masa sekarang. Peluang untuk menceburi bidang perusahaan ini terbuka luas kerana citarasa pelanggan yang berubahubah. Oleh itu, berdasarkan analisis keseluruhan, jelaslah produk makanan ini mempunyai peluang yang cerah dan berdaya saing dari segi pasaran dan keuntungan. 1 Hak Milik Sant Sahabat dan Kawan-Kawan. Dibenar untuk tujuan pembelajaran sahaja

1.2

PENGENALAN RANCANGAN PERNIAGAAN

Rancangan ialah satu garis panduan yang menghuraikan tindakan atau langkah yang perlu diambil untuk mencapai sesuatu objektif. Proses merancang dapat menentukan strategi tindakan yang perlu diambil untuk masa akan datang. Usahawan perlu meramalkan perniagaannya supaya persediaan dapat dilakukan pada peringkat awal perniagaan. Maka ia wujudlah satu kertas kerja kepada usahawan yang dikenali sebagai rancangan perniagaan.

Rancangan perniagaan merupakan satu pelan induk yang menunjukkan langkah yang akan diambil untuk melakukan dan memajukan perniagaan. Ia merupakan dokumen yang mengandungi meklumat terperinci berkaitan dengan perniagaan atau projek yang akan dilaksanakan dalam perniagaan.

Rancangan perniagaan juga penting kepada pihak bank. Pihak bank tidak akan memberi sebarang pinjaman sekiranya rancangan perniagaan tidak menunjukkan usaha untuk berjaya dalam pasaran. Untuk membuat pinjaman, pihak syarikat hendaklah menawarkan sebarang keperluan atau barangan sebagai cagaran terhadap pinjaman. Contohnya, geran tanah dan geran rumah boleh ditawarkan sebagai cagaran kepada pihak bank semasa usahawan hendak membuat pinjaman.

Dalam rancangan perniagaan juga disertakan pelbagai informasi dan keupayaan Murtabak DLela Enterprise yang merangkumi lapangan seperti perkhidmatan yang disediakan, spesifikasi perniagaan yang menjelaskan hala tuju perkhidmatan, pelan pemasaran terperinci, prosedur operasi kerja, senarai asset dan kos-kos yang terlibat untuk permulaan, implikasi kewangan harian dan jangkaan purata kemasukan tunai.

2 Hak Milik Sant Sahabat dan Kawan-Kawan. Dibenar untuk tujuan pembelajaran sahaja

1.3

OBJEKTIF PERANCANGAN PERNIAGAAN

Rancangan perniagaan merupakan satu dokumen bertulis yang menerangkan tentang sesuatu perniagaan yang akan dijalankan secara menyeluruh. Ia amat penting untuk mendapatkan pembiayaan modal, menetapkan matlamat perniagaan dan untuk menarik minat pelabur-pelabur menanam modal untuk projek perniagaan. Antara maklumat yang terkandung dalam rancangan perniagaan ialah hala tuju dan bagaimana sesuatu perniagaan itu berkembang, kajian-kajian yang telah dibuat dan langkah-langkah perniagaan yang akan diambil pada masa hadapan untuk membangunkan perniagaan serta ramalanramalan, jangka-jangka dan cara pelaksanaan strategi perniagaan.

Oleh itu, tujuan kertas kerja ini disediakan adalah untuk membentangkan perancangan perniagaan Murtabak DLela Enterprise yang menjalankan perusahaan makanan sejuk beku yang memfokuskan aspek pengurusan, pemasaran, perkhidmatan dan kewangan syarikat kepada pihak Maybank dan seterusnya memohon pembiayaan berjumlah RM25,000.00. Kos pelaburan projek adalah sebanyak RM40,000.00 merangkumi sebanyak RM 15,000.00 adalah daripada modal awal pemohon dan baki RM25,000.00 yang perlu dimohon melalui permohonan pembiayaan perniagaan ini. Tujuan pembiayaan adalah untuk kos-kos penubuhan perniagaan sahaja.

Dengan adanya rancangan perniagaan ini, ia dapat memberi gambaran sama ada perniagaan tersebut berdaya maju atau tidak. Malah, ia juga dapat membantu perniagaan ini dalam membuat anggaran keperluan dan pengagihan sumber perniagaan dengan baik dan berkesan serta boleh menjadi garis panduan untuk mengurus perniagaan seharian. Ia juga dapat membantu dalam membuat ramalan-ramalan jualan, perbelanjaan dan aliran tunai perniagaan. Murtabak DLela Enterprise mempunyai objektif yang tersendiri iaitu: a. b. Untuk memperluaskan makanan murtabak sejuk beku di seluruh negara Untuk memperkenalkan murtabak di peringkat antarabangsa.

3 Hak Milik Sant Sahabat dan Kawan-Kawan. Dibenar untuk tujuan pembelajaran sahaja

1.4

PENGENALAN PERNIAGAAN Martabak DLela Enterprise akan didaftarkan pada 1 Jun 2011 dan merupakan sebuah perniagaan jenis perkongsian. Perniagaan ini telah diterajui oleh tiga orang sahabat iaitu Vasant a/l Chuan, Wan Noor Zahidah bt Wan Mohd Zawawi dan Noorhazlin binti Taharim di mana mereka menyumbangkan modal awal perniagaan secara sama rata. Saudara Vasant a/l Chuan bertindak sebagai Pengarah Urusan, Wan Noor Zahidah bt Wan Mohd Zawawi sebagai Pengurus Pemasaran dan Noorhazlin binti Taharim sebagai Pengurus Kewangan.

Premis perniagaan yang ditinjau berpotensi terletak di kawasan perniagaan baru di Taman Kulim Avenue, Kulim High-Tech Park. Premis ini turut manjadi pusat pembekal masakan sejuk beku ke kantin sekolah dan kilang kawasan persekitaran. Prestasi yang baik dan sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan menyakinkan pemilik untuk menambah peralatan dan kelengkapan pengeluaran yang lebi efisyen. Justeru, melalui pembiayaan sebanyak RM50,000.00 perniagaan ini dapat dikembangkan.

Perniagaan yang dijalankan merupakan industri kecil dan sederhana (IKS) yang berasaskan kepada telur dan sebagainya. Aktiviti utama perniagaan ini adalah untuk membekalkan murtabak mini kepada pemborang yang menjual makanan sejuk beku dan peniaga-peniaga kecil serta pelanggan yang menggemari makanan seperti ini. Selain itu, perniagaan ini menawarkan khidmat tempahan terutama pada majlis kenduri-kendara dan sebagainya. Dalam masa yang sama, kami juga membuka kios untuk menjual murtabak yang sudah dimasak kepada pelangan datang.

Selaras dengan hasrat kerajaan untuk menghasilkan lebih ramai usahawan bumiputera dalam memperluaskan produkmakanan halal, Murtabak DLela Enterprise berharap dapat menjadi syarikat berdaya saing dan maju, seterusnya dapat memperkembangkan lagi perniagaan ini.

4 Hak Milik Sant Sahabat dan Kawan-Kawan. Dibenar untuk tujuan pembelajaran sahaja

1.5

LATAR BELAKANG PERNIAGAAN : MURTABAK DLELA ENTERPRISE : No. 67, Taman Kulim Avenue, Jalan Sultanah Bahiyah, 09000 Kulim, Kedah Darul Aman. No. Telefon No. Faks Alamat Emel Website Jenis Perniagaan No. Pendaftaran Syarikat Tarikh Daftar Syarikat Tarikh Operasi Bilangan pekongsi Aktiviti Perniagaan Modal Permulaan Bank Berurusan Jenis Akaun Alamat Bank No. Akaun Bank : 04-4490123 : 04-4490124 : [email protected] : www.murtabakdlela.net : Perkongsian : AB 55566789-09 : Jun 2011 (cadangan) : 1 Januari 2012 : 3 orang : Produk makanan sejuk beku : RM 40,000.00 : Maybank (cadangan) : Akaun Simpanan : Pekan Kulim, 09000 Kulim, Kedah Darul Aman. : 1600-9944-5876-7335

Nama Syarikat Alamat Syarikat

5 Hak Milik Sant Sahabat dan Kawan-Kawan. Dibenar untuk tujuan pembelajaran sahaja

1.6

LATAR BELAKANG PEKONGSI

PENGARAH URUSAN

Nama

: Vasant a/l Chuan

No. Kad Pengenalan : 810729-03-5907 Tarikh Lahir Umur Jantina Agama No. Telefon Alamat : 29 Julai 1981 : 30 tahun : Lelaki : Buddha : 019-4490267/017-4880135 : Lot 280, Kg. Jubakar Darat, Chabang Empat, 16210 Tumpat, Kelantan Darul Naim. Status Pendidikan : Bujang : 1999 2002 Diploma Akauntansi, Politeknik Ungku Omar 2004-2006 Ijazah Sarjana Muda, Universiti Putra Malaysia Pengalaman Bekerja : Penolong Akauntan di LQ Management Service S/B Pengurus Pentadbiran di Syarikat Majujaya Sdn. Bhd. Kursus Yang Dihadiri : Seminar Asas Uasahawan pada 2007 Kursus Usahawan Bejaya dalam Pasaran pada 2008 Jawatan Disandang Modal Sumbangan : Pengarah Urusan : RM5,000.00

6 Hak Milik Sant Sahabat dan Kawan-Kawan. Dibenar untuk tujuan pembelajaran sahaja

PENGURUS PEMASARAN

Nama

: Wan Noor Zahidah Bt Wan Mohd Zawawi

No. Kad Pengenalan : 830222-03-5684 Tarikh Lahir Umur Jantina Agama No. Telefon Alamat : 22 Februari 1983 : 28 tahun : Perempuan : Islam : 019-4650857 : Lot 2282, Kg. Tepus, 16030 Bachok, Kelantan Darul Naim Status Pendidikan : Bujang : 2001 2003 Diploma Akauntansi, Politeknik Ungku Omar Pengalaman Bekerja : Penolong Akauntan di Restoran Sila O Sila Penolong Akauntan di Gardenia Bakeries Sdn. Bhd. Kursus Yang Dihadiri : KAKS; Kursus Asas Keusahawan Siswa/Siswi Jawatan Disandang Modal Sumbangan : Pengurus Pemasaran : RM5,000.00

7 Hak Milik Sant Sahabat dan Kawan-Kawan. Dibenar untuk tujuan pembelajaran sahaja

PENGURUS KEWANGAN

Nama

: Noorhazlin Binti Taharim

No. Kad Pengenalan : 820708-14-5218 Tarikh Lahir Umur Jantina Agama No. Telefon Alamat : 08 Julai 1982 : 29 tahun : Perempuan : Islam : 017-2969547 : No. 90, Jln KSK 5 Kampung Sungai Kertas, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsal. Status Pendidikan : Bujang : 2000 2003 Diploma Akauntansi, Politeknik Unku Omar Pengalaman Bekerja : Penolong Akauntan di Intel Sdn. Bhd. Kursus Yang Dihadiri : KAKS; Kursus Asas Keusahawan Siswa/Siswi Jawatan Disandang Modal Sumbangan : Pengurus Kewangan : RM5,000.00

8 Hak Milik Sant Sahabat dan Kawan-Kawan. Dibenar untuk tujuan pembelajaran sahaja

1.7

LOGO PERNIAGAAN

Rajah 1.0

Logo perniagaan

Keterangan: 1. Huruf MDL - Menunjukkan nama perkongsian kami iaitu Murtabak DLela Enterprise.

2. Topi chef

- Menunjukkan tahap kepakaran dalam membuat masakan makanan tempatan terutamanya murtabak mini yang berkualiti dan bermutu serta memberi keenakkan.

3. Empat segi di luar

- Menunjukkan bentuk murtabak yang diprodukkan adalah berbentuk empat segi kecil.

4. Empat segi di dalam

- Menunjukkjan kepadatan isinya murtabak di dalamnya yang dibuat dengan proses yang halal.

5. Murtabak mini

- Menunjukkan murtabak mini yang dihasilkan.

9 Hak Milik Sant Sahabat dan Kawan-Kawan. Dibenar untuk tujuan pembelajaran sahaja

6. Warna merah

- Semangat keberanian dalam menghadapi segala kekangan perniagaan dan semangat yakin pada diri sendiri dalam memajukan perniagaan berdasarkan 13 kompetensi usahawan.

7. Warna biru

- Semangat kerjasama antara pekerja dan pengurus syarikat untuk mengeluarkan produk yang berkualiti yang mana ia juga akan melambangkan sistem kawalan dalaman yang baik untuk membawa perniagaan mencapai objektif pada masa akan datang.

8. Warna kuning

- Warna keemasan murtabak yang dihasilkan menunjukkan keenakkan.

9. Warna putih

- Melambangkan kesucian yang mana menunukkan bahawa makanan yang dihasilkan adalah halal dan menyakinkan.

10. Warna koko

- Menunjukkan keenakkan masakan yang telah diprodukkan.

10 Hak Milik Sant Sahabat dan Kawan-Kawan. Dibenar untuk tujuan pembelajaran sahaja

1.8

LABEL BUNGKUSAN PRODUK

11 Hak Milik Sant Sahabat dan Kawan-Kawan. Dibenar untuk tujuan pembelajaran sahaja

1.9

LOKASI PERNIAGAAN

Dari Lunas

Dari Kulim Pekan Kelang Lama

Ke Sungai Kop Menara Kulim High-Tech Bank Islam (Kulim) MURTABAK DLELA

Restoran Sila O Sila

Ke Kulim High-Tech

Dari Serdang

POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH

12 Hak Milik Sant Sahabat dan Kawan-Kawan. Dibenar untuk tujuan pembelajaran sahaja