23105807 to pik 4 aural

18
PENGENALAN Aural merupakan satu proses yang melibatkan kepekaan deria pendengaran. Proses ini akan menguji kebolehan seseorang individu mengesan elemen-elemen yang terdapat dalam sesuatu bunyi yang didengar. Melalui latihan aural, anda akan dapat memperkembangkan keupayaan seseorang individu dalam mengesan bunyi secara analitik dan efektif. Keberkesanan pendengaran ini boleh diuji dengan cara imitasi, mengajuk, menulis atau memainkan semula bunyi yang didengari. Untuk mendapat penghasilan interpretasi yang baik, seseorang individu perlu menjadi pendengar yang aktif yang bukan sahaja mendengar bahkan dapat membuat analisis terhadap apa yang didengar. Pengetahuan terhadap elemen-elemen muzik seperti pic, melodi, ton, irama, detik, meter dan lain-lain akan membantu dan memberi kelebihan kepada seseorang dalam menginterpretasi sesuatu bunyi dengan betul dan tepat. T T o o p p i i k k 4 4 Aural HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menepuk corak irama yang diperdengarkan; 2. Memimpin meter lazim; 3. Mengenal pasti tonaliti major dan minor; 4. Mengenal pasti triad major dan minor; dan 5. Mengenal pasti jeda major ke-6 dan major ke-7.

Upload: sukriskbd

Post on 30-Nov-2015

77 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: 23105807 to Pik 4 Aural

PENGENALAN

Aural merupakan satu proses yang melibatkan kepekaan deria pendengaran. Proses ini akan menguji kebolehan seseorang individu mengesan elemen-elemen yang terdapat dalam sesuatu bunyi yang didengar. Melalui latihan aural, anda akan dapat memperkembangkan keupayaan seseorang individu dalam mengesan bunyi secara analitik dan efektif. Keberkesanan pendengaran ini boleh diuji dengan cara imitasi, mengajuk, menulis atau memainkan semula bunyi yang didengari. Untuk mendapat penghasilan interpretasi yang baik, seseorang individu perlu menjadi pendengar yang aktif yang bukan sahaja mendengar bahkan dapat membuat analisis terhadap apa yang didengar. Pengetahuan terhadap elemen-elemen muzik seperti pic, melodi, ton, irama, detik, meter dan lain-lain akan membantu dan memberi kelebihan kepada seseorang dalam menginterpretasi sesuatu bunyi dengan betul dan tepat.

TTooppiikk

44

Aural

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menepuk corak irama yang diperdengarkan;

2. Memimpin meter lazim;

3. Mengenal pasti tonaliti major dan minor;

4. Mengenal pasti triad major dan minor; dan

5. Mengenal pasti jeda major ke-6 dan major ke-7.

Page 2: 23105807 to Pik 4 Aural

TOPIK 4 AURAL ! 51

IRAMA

Irama merupakan satu susunan bunyi yang terdiri daripada elemen-elemen berikut:

(a) Detik;

(b) Meter;

(c) Tekanan;

(d) Tempo;

(e) Tempoh masa (Nilai not); dan

(f) Corak irama.

4.1.1 Corak Irama

Corak irama merupakan kombinasi bunyi panjang dan pendek yang disusun mengikut kesesuaian. Irama boleh disampaikan melalui pergerakan, nyanyian dan permainan alat muzik. Irama yang berlaku dalam muzik boleh diajuk mengikut respon fizikal. Salah satu cara untuk menunjukkan dan membunyikan irama ialah secara menepuk tangan mengikut corak irama yang ditulis atau didengar.

4.1

Dalam latihan-latihan berikut, tutor akan menepuk irama yang diberikan dan anda diminta membunyikan semula irama tersebut melalui tepukan. Latihan 1

Latihan 2

Latihan 3

Latihan 4

AKTIVITI 4.1

Page 3: 23105807 to Pik 4 Aural

TOPIK 4 AURAL 52

4.1.2 Meter Lazim 2an, 3an dan 4an

Secara konvensionalnya, detik dihimpunkan dalam kumpulan 2, 3, 4 dan seterusnya. Lazimnya, jumlah detik adalah sama banyak dalam setiap bar. Pengumpulan tersebut dikenali sebagai pembahagian meter dan dinyatakan dalam skor lagu dalam bentuk tanda masa seperti berikut: 2 3 4 6 3 2 4 4 4 4 8 8 2 2 Angka di sebelah atas menyatakan bilangan detik dalam satu unit atau bar. Angka di sebelah bawah pula menyatakan jenis not yang menjadi asas detik berkenaan sama ada not krocet(4), minim(2), kuaver(8) dan sebagainya. Meter diklasifikasikan sebagai meter lazim dan meter tak lazim. Meter lazim ialah meter berikut: 2, 3 dan 4 4 4 4 Berikut adalah beberapa contoh skor lagu yang mempunyai meter lazim. Contoh 1:

Contoh 2:

Page 4: 23105807 to Pik 4 Aural

TOPIK 4 AURAL ! 53

Contoh 3

4.1.3 Memimpin Melodi Bermeter 2an, 3an dan 4an.

Memimpin adalah aspek yang penting dalam nyanyian dan permainan alat muzik secara kumpulan. Kita biasa melihat kumpulan koir atau ensembel muzik dipimpin oleh seorang konduktor. Dalam memimpin kumpulan tersebut, terdapat beberapa aspek yang penting. Perkara yang paling penting dalam memimpin melodi yang akan dinyanyi atau dimainkan ialah meter. Teknik hayunan tangan atau baton sewaktu memimpin bergantung kepada meter. Berikut merupakan teknik asas memimpin bagi tanda masa 2an, 3an dan 4an.

Meter 2an

Page 5: 23105807 to Pik 4 Aural

TOPIK 4 AURAL 54

Meter 3an

Meter 4an

Dalam latihan-latihan berikut, tutor akan memainkan lagu yang diberikan dan anda diminta memimpin permainan lagu tersebut mengikut meter yang betul. Latihan 1

AKTIVITI 4.2

Page 6: 23105807 to Pik 4 Aural

TOPIK 4 AURAL ! 55

MELODI

Melodi adalah turutan pic yang disusun sama ada secara menaik, menurun atau mendatar. Susunan pic ini terdiri daripada bunyi panjang atau pendek yang membentuk irama melodi yang berkontur. Melodi berubah apabila pic dan not diubah. Contoh melodi:

Melodi terbentuk hasil daripada gabungan pic dan corak irama. Pic merupakan satu elemen yang berkaitan dengan aras sesuatu bunyi, sama ada bunyi tinggi atau bunyi rendah.

4.2

Latihan 2

Latihan 3

Page 7: 23105807 to Pik 4 Aural

TOPIK 4 AURAL 56

Contoh Pic:

4.2.1 Tonaliti Major dan minor

Tonaliti bermaksud jeda atau jarak antara setiap not yang terdapat dalam sesuatu skel. Sebagai contoh dalam skel C Major terdapat 8 not yang terdiri daripada not C, D, E, F, G, A, B dan C (oktaf). Antara setiap not misalnya jarak antara not C ke not D adalah 2 semiton dan antara not E dan F adalah 1 semiton. Jeda atau jarak antara setiap not akan menentukan tonaliti Major atau minor.

AKTIVITI 4.3

Dengan bantuan tutor anda dikehendaki mengajuk balik melodi yang dimainkan oleh tutor berdasarkan skor melodi berikut : Latihan 1

Latihan 2

Latihan 3

Latihan 4

Page 8: 23105807 to Pik 4 Aural

TOPIK 4 AURAL ! 57

(a) Tonaliti Major Berikut merupakan tonaliti Major yang bermula dari not 1 hingga 8 (1

oktaf) berserta dengan jeda atau jarak antara setiap not.

1 2 3 4 5 6 7 8

- 2 semiton - - 2 semiton - - 1 semiton - - 2 semiton - - 2 semiton - - 2 semiton - - 1 semiton - Contoh tonaliti Major dalam skel C Major:

(b) Tonaliti minor Harmonik Berikut merupakan tonaliti minor harmonik yang bermula dari not 1

hingga 8 (1 oktaf) berserta dengan jeda atau jarak antara setiap not.

1 2 3 4 5 6 7 8

- 2 semiton - - 1 semiton - - 2 semiton - - 2 semiton - - 1 semiton - - 3 semiton - - 1 semiton - Contoh tonaliti minor dalam skel C minor harmonic:

4.2.2 Triad Major dan minor

Cara permainan alat muzik berpic yang menggabungkan tiga atau lebih not tersusun yang dimainkan secara serentak akan membentuk kod. Kegunaan kod adalah untuk mengiringi melodi. Kod yang mengandungi tiga not dikenali sebagai triad. Triad merupakan gabungan tiga not tersusun yang dibunyikan bersama atau serentak yang akan menghasilkan bunyi yang harmoni. Untuk membentuk triad, tiga not yang digunakan ialah not pertama (tonik), not ketiga dan not kelima dari satu skel. Terdapat dua jenis triad iaitu triad Major dan triad minor. Dalam menentukan triad Major atau minor, perkara yang paling penting ialah jarak atau jumlah semiton antara not 1 ke not 3 dan not 3 ke not 5. Dalam triad

Page 9: 23105807 to Pik 4 Aural

TOPIK 4 AURAL 58

Major, jarak di antara not 1 ke not 3 ialah empat semiton dan jarak di antara not 3 ke not 5 ialah tiga semiton. Sebagai contoh dalam membentuk triad C Major, not 1, 3 dan 5 adalah not C, E dan G. Jarak di antara not C ke E ialah empat semiton dan jarak di antara not E ke G ialah 3 semiton.

Contoh berikut merupakan triad C Major yang terdiri daripada not 1, not 3 dan not 5 dari skel.

Contoh-contoh lain bagi triad Major adalah seperti berikut: (a) F Major

(b) G Major

(c) E Major

Page 10: 23105807 to Pik 4 Aural

TOPIK 4 AURAL ! 59

Dalam triad minor, jarak di antara not 1 ke not 3 ialah tiga semiton dan jarak di antara not 3 ke not 5 ialah empat semiton. Sebagai contoh, dalam membentuk triad A minor, not 1, 3 dan 5 adalah not A, C dan E. Jarak di antara not A ke C ialah tiga semiton dan jarak di antara not C ke E ialah empat semiton.

Contoh berikut merupakan triad A minor yang terdiri daripada not 1, not 3 dan not 5 dari skel.

Contoh-contoh lain bagi triad minor adalah seperti di bawah:

(a) D minor

(b) E minor

(c) G minor

Page 11: 23105807 to Pik 4 Aural

TOPIK 4 AURAL 60

JEDA

Jeda merupakan jarak pic antara dua not. Jeda juga dikenali sebagai interval. Nilai jarak antara dua not biasanya dihitung dengan menggunakan istilah ton dan semiton. Terdapat dua cara memainkan jeda iaitu:

(a) Cara melodik apabila dua not dimainkan secara berasingan

(b) Cara harmonik apabila dua not dimainkan serentak Contoh:

Jeda yang terbentuk dari jarak antara dua not mempunyai nama-nama yang tertentu. Dalam skel kromatik akan membentuk jeda-jeda berikut:

1 semiton = minor ke-2

2 semiton = Major ke-2

3 semiton = minor ke-3

4 semiton = Major ke-3

5 semiton = Perfek ke-4

7 semiton = Perfek ke-5

8 semiton = minor ke-6

9 semiton = Major ke-6

10 semiton = minor ke-7

11 semiton = Major ke-7

12 semiton = Perfek ke-8/Oktaf

4.3

Page 12: 23105807 to Pik 4 Aural

TOPIK 4 AURAL ! 61

4.3.1 Jeda Major ke-6 dan Major ke-7

Dalam mengenal pasti jeda Major ke-6 dan Major ke-7, jarak antara dua not memainkan peranan yang penting dalam menentukan jeda tersebut. Jeda Major ke-6 mempunyai jarak sembilan semiton bersamaan dengan kedudukan solfa dari do ke la. Berikut merupakan contoh kedudukan not pada jeda Major ke-6:

Jeda Major ke-7 mempunyai jarak 11 semiton bersamaan dengan kedudukan solfa dari do ke ti. Berikut merupakan contoh kedudukan not pada jeda Major ke-7:

1. Dengan bantuan tutor, anda dikehendaki menyanyikan skor keratan lagu yang diberi secara solfa dan anda dikehendaki mengenal pasti jeda Major ke-6. Latihan 1

Latihan 2

AKTIVITI 4.4

Page 13: 23105807 to Pik 4 Aural

TOPIK 4 AURAL 62

2. Dengan bantuan tutor juga, anda dikendaki menyanyikan skor keratan lagu yang diberi secara solfa dan anda dikehendaki mengenal pasti jeda Major ke-7. Latihan 1

Latihan 2

1. Dengan kerjasama tutor yang memainkan piano mengikut skor jeda yang diberi, anda dikehendaki mengenal pasti dan menulis jeda yang telah diperdengarkan pada baluk. Latihan 1

Latihan 2

Latihan 3

AKTIVITI 4.5

Page 14: 23105807 to Pik 4 Aural

TOPIK 4 AURAL ! 63

Latihan 4

Latihan 5

Latihan 6

1. Anda dikehendaki meletakkan meter berdasarkan keratan-keratan lagu berikut: Keratan 1

Keratan 2

Keratan 3

Keratan 4

AKTIVITI 4.6

Page 15: 23105807 to Pik 4 Aural

TOPIK 4 AURAL 64

2. Lukiskan pergerakan asas tangan atau baton dalam memimpin melodi dalam meter-meter berikut: (a)

Meter 4

4

(b)

Meter3

4

Page 16: 23105807 to Pik 4 Aural

TOPIK 4 AURAL ! 65

3. Namakan triad-triad yang diberikan.

(a)

(b)

(c)

(d)

(e)

(f)

4. Berikan nama jeda-jeda berikut dengan tepat.

(a)

(b)

(c)

(d)

(e)

(f)

Page 17: 23105807 to Pik 4 Aural

TOPIK 4 AURAL 66

Irama merupakan satu susunan bunyi yang terdiri daripada beberapa elemen.

Corak irama merupakan kombinasi bunyi panjang dan pendek yang disusun.

Detik dihimpunkan dalam kumpulan 2, 3, 4 dan seterusnya.

Melodi adalah turutan pic yang disusun sama ada secara menaik, menurun atau mendatar.

Tonaliti bermaksud jeda atau jarak antara setiap not yang terdapat dalam sesuatu skel.

Triad merupakan gabungan tiga not tersusun yang dibunyikan bersama atau serentak yang akan menghasilkan bunyi yang harmoni.

Jeda merupakan jarak pic antara dua not.

Harmoni

Irama

Jeda

Kod

Major

Melodi

Meter lazim

Minor

Tonaliti

Triad

Herrold, R.M. (1997). Mastering the fundamentals of music. New Jersey: Prentice-Hall, Inc.

Loh, P. K. (1991). A Handbook of music theory. Kuala Lumpur: Penerbit Muzikal.

Taylor. E. (1989). The AB guide to music theory, Part 1. Great Britain: Associated Board.

Page 18: 23105807 to Pik 4 Aural

TOPIK 4 AURAL ! 67

Kamien, R. (1996). Music: An appreciation. (7th ed.). New York: McGraw-Hill Companies

Pusat Perkembangan Kurikulum. (1998). Buku sumber pendidikan muzik KBSM. Kuala Lumpur: Zizi Press Sdn. Bhd.