aturan urusa mesyuaran t - parlimen.gov.my · didapati ia berasal dari luar negar a dan telah...

9
t 7 4 MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT http://www.parlimen.qov.mv HARI RABU 12 NOVEMBER 2003, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 24 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN (PM #36375 v1) 1. Tuan Ismail bin Kassim mirita MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah kesan-kesan yang dijangka akan berlaku pada pertumbuhan ekonomi negara kita sekiranya "Asean Bond Market" benar-benar diwujudkan di rantau ini. (PM #36450 v1) 2. Dato' Dr S. Vijayaratnam minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN ALAM SEKITAR menyatakan siapakah yang bertanggungjawab menandatangani dokumen-dokumen yang membenarkan import haram empat ekor beruk jenis gorila dari Nigeria yang memburukkan nama negara di dalam bidang pemeliharaan hidupan liar sedunia (World Wildlife Conservation) dan dapatkah mereka didakwa di mahkamah. (PM #36843 v1) 3. Datuk Dr Hj. Haris Bin Hj. Salleh minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah kriteria pemberian lesen perbankan Islam kepada bank-bank gergasi asing. Adakah pembabitan mereka akan menggugat kedudukan institusi perbankan Islam tempatan dan apakah sumbangan positif bank-bank asing kepada meningkatkan perkembangan perbankan Islam tempatan dan antarabangsa. (PM #36530 v1) 4. Tuan Sinniah a/I Raju minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah rasionalnya Suruhanjaya Syarikat Malaysia mewajibkan semua pengarah syarikat menyertai program latihan pengarah-pengarah syarikat. Mengapakah peserta program tersebut perlu menjelaskan bayaran sebanyak Ringgit Malaysia Tiga Ratus Enam Puluh (RM360.00).

Upload: others

Post on 31-Oct-2019

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ATURAN URUSA MESYUARAN T - parlimen.gov.my · didapati ia berasal dari luar negar a dan telah diseludup ke negara ini:-(a) sehingg kin berapi a banyak senjata apa i yang dirampa das

t

7 4

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

ATURAN URUSAN MESYUARAT

http://www.parlimen.qov.mv

HARI RABU 12 NOVEMBER 2003, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 24

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

(PM #36375 v1) 1. Tuan Ismail bin Kassim mirita MENTERI KEWANGAN menyatakan

apakah kesan-kesan yang dijangka akan berlaku pada pertumbuhan ekonomi negara kita sekiranya "Asean Bond Market" benar-benar diwujudkan di rantau ini.

(PM #36450 v1) 2. Dato' Dr S. Vijayaratnam minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN

ALAM SEKITAR menyatakan siapakah yang bertanggungjawab menandatangani dokumen-dokumen yang membenarkan import haram empat ekor beruk jenis gorila dari Nigeria yang memburukkan nama negara di dalam bidang pemeliharaan hidupan liar sedunia (World Wildlife Conservation) dan dapatkah mereka didakwa di mahkamah.

(PM #36843 v1) 3. Datuk Dr Hj. Haris Bin Hj. Salleh minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan apakah kriteria pemberian lesen perbankan Islam kepada bank-bank gergasi asing. Adakah pembabitan mereka akan menggugat kedudukan institusi perbankan Islam tempatan dan apakah sumbangan positif bank-bank asing kepada meningkatkan perkembangan perbankan Islam tempatan dan antarabangsa.

(PM #36530 v1) 4. Tuan Sinniah a/I Raju minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM

NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah rasionalnya Suruhanjaya Syarikat Malaysia mewajibkan semua pengarah syarikat menyertai program latihan pengarah-pengarah syarikat. Mengapakah peserta program tersebut perlu menjelaskan bayaran sebanyak Ringgit Malaysia Tiga Ratus Enam Puluh (RM360.00).

Page 2: ATURAN URUSA MESYUARAN T - parlimen.gov.my · didapati ia berasal dari luar negar a dan telah diseludup ke negara ini:-(a) sehingg kin berapi a banyak senjata apa i yang dirampa das

I 2 AUM DN 12/11/2003 (PM #36985 v1)

(PM #36660 v1) 5. Dato1 Lau Yin Pin @ Lau Yen Beng minta MENTERI SAINS,

TEKNOLOGI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil untuk menghapuskan insiden haiwan-haiwan liar khususnya kera yang berada dalam kawasan perumahan dan menyerang orang-orang awam yang telah mendapat perhatian umum kebelakangan ini.

(PM #36714 v1) 6. Puan Lim Kee Moi minta MENTERI PERTANIAN menyatakan peranan-

peranan yang dimainkan oleh FAMA berkesan untuk membantu para pengimport dan para pengeksport tempatan untuk memasarkan hasil pertanian mereka.

(PM #36899 v1) 7. Puan Mariah binti Haji Abdullah minta MENTERI TANAH DAN

PEMBANGUNAN KOPERASI menyatakan faedah yang akan diperolehi oleh para peserta Felda apabila Felda Holdings disenaraikan dalam Bursa Saham Kuala Lumpur.

(PM #36964 v1) 8. Datuk William Lau Kung Hui minta MENTERI SUMBER MANUSIA

menyatakan apakah perkembangan terkini mengenai status kemajuan cadangan untuk memperkenalkan 'Employment Act' ke negeri Sarawak dan Sabah. Apakah halangan-halangan yang mungkin atau pun wujud untuk memperkenalkan akta tersebut yang mana ianya telah berlarutan sekian lama.

(PM #36885 v1) 9. Datuk Yaakob bin Hj. Mohammed minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan dalam beberapa siri membanteras jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat merampas senjata-senjata api yang kemudiannya didapati ia berasal dari luar negara dan telah diseludup ke negara ini:-

(a) sehingga kini berapa banyak senjata api yang dirampas dan apakah jenis-jenisnya serta bagaimanakah cara yang memungkinkan ia diseludup masuk; dan

(b) adakah Kerajaan bercadang mengguna mesin mengimbas senjata api di setiap pintu masuk ke negara ini atau di beberapa tempat terutama seperti di lebuh raya dalam usaha menanganinya.

Page 3: ATURAN URUSA MESYUARAN T - parlimen.gov.my · didapati ia berasal dari luar negar a dan telah diseludup ke negara ini:-(a) sehingg kin berapi a banyak senjata apa i yang dirampa das

I 3 AUM DN 12/11/2003 (PM #36985 v1)

(PM #36610 v1) Dato' Omar bin Faudzar minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah tindakan yang boleh diambil oleh pihak Kementerian untuk memastikan sesuatu tuntutan "stakeholder money" ke atas projek perumahan kos rendah sahaja yang dibuat oleh pemaju perumahan dapat dipercepatkan tempoh pembayaran balik kepada pihak pemaju perumahan.

(PM #36738 v1) Puan Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Dun minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan untuk memastikan pusat-pusat penyelidikan tempatan berperanan membantu memajukan industri kecil dan sederhana di negara ini.

(PM #36414 v1) Tuan K.R.A. Naidu minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah tujuan penubuhan Kelab Remaja Aman Malaysia dan sama ada ia akan dijadikan salah satu aktiviti pihak Kementerian.

(PM #36858 v1) Tuan Lee Sing Chooi minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bilangan sekolah bestari yang telah ditubuhkan oleh Kerajaan dan jangkamasa semua sekolah rendah dan menengah akan dijadikan sekolah bestari.

(PM #36930 v1) Dato' Haji Muhammad bin Haji Abdul Ghani minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan strategi dan perancangan yang telah dilaksanakan bagi mengatasi masalah kontraktor-kontraktor bumiputera yang terpaksa gulung tikar dan memberi lesen perniagaan mereka untuk dikendalikan oleh pihak lain.

(PM #36466 v1) Dato1 Hj. Arzmi bin Hj. Abdul Hamid minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah pandangan negara ASEAN terhadap hubungan Malaysia dengan Singapura yang menampakkan Singapura seolah-olah selalu berdolak-dalik mengenai Isu Air, Tambakan Laut dan isu-isu lain.

(PM #36580 v1) Tuan Poh Mok Hua @ Poh Bak Hoe minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan tentang Kursus Latihan Perguruan Dalam Cuti Bagi Guru Sandaran tidak terlatih bukan siswazah dan siswazah:-

(a) adakah kursus ini diadakan pada tahun ini dan tahun seterusnya; dan

(b) berapa ramai yang akan dipilih.

Page 4: ATURAN URUSA MESYUARAN T - parlimen.gov.my · didapati ia berasal dari luar negar a dan telah diseludup ke negara ini:-(a) sehingg kin berapi a banyak senjata apa i yang dirampa das

I 4 AUM DN 12/11/2003 (PM #36985 v1)

(PM #36995 v1) 17. Dato' Hamzah Zainudin minta MENTERI PERDAGANGAN

ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan bagaimanakah peranan yang dimainkan oleh MATRADE di dalam membantu Agensi-Agensi Pembangunan Luar Bandar bagi memulakan langkah intensif memasarkan produk-produk luar bandar di dalam kategori 1 Daerah 1 Industri (ID II) ke peringkat antarabangsa.

(PM# 36482 v1) 18. Dato' Mohamad Taha Ariffin minta MENTERI LUAR NEGERI

menyatakan mengenai tuntutan Kerajaan Malaysia kepada Kepulauan Paracels dan Spratlys di Laut China Selatan melibatkan beberapa negara terutama Negara Asia Tenggara. Apakah perkembangan terkini mengenai kes tuntutan Kepulauan Paracels dan Spratlys tersebut.

(PM #36683 v1) 19. Datuk Hajah Hazizah binti Mohd. Sultan minta MENTERI DALAM

NEGERI menyatakan:-

(a) berapa banyakkah kelas bimbingan dan tenaga pengajar di kelas-kelas bimbingan di Sekolah Henry Gurney; dan

(b) adakah Kementerian bercadang untuk mengubahsuai atau menggantikan bilik-bilik penghuni Sekolah Henry Gurney yang kebanyakkannya tidak sesuai lagi di masa sekarang.

(PM #36834 v1) 20. Datuk Agnes Shim Tshin Nyuk minta MENTERI PERUMAHAN DAN

KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah pihaknya juga ada memohon lesen senjata api dari Kerajaan memandangkan masalah dan bahaya yang dihadapi petugas-petugas penguatkuasaan di dalam melaksanakan tugas mereka yang kadangkala menyebabkan mereka diugut, dipukul malah dicederakan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.

(PM #36817 v1) 21. Datuk Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas AlHabshee minta MENTERI

PENDIDIKAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang membina lebih banyak sekolah wawasan sebagai satu cara paling berkesan untuk mencapai integrasi kaum memandangkan murid-murid dari pelbagai kaum dapat berinteraksi dalam satu kawasan menggunakan prasarana yang sama tanpa menjejaskan sistem pendidikan vernikular.

(PM #36869 v1) 22. Puan Wan Ubaidah binti Omar minta PERDANA MENTERI menyatakan

berapakah kos pembiayaan keseluruhan bagi Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang diadakan baru-baru ini. Sejauhmanakah ia dilihat telah berjaya menggarap semangat patriotik di kalangan rakyat.

Page 5: ATURAN URUSA MESYUARAN T - parlimen.gov.my · didapati ia berasal dari luar negar a dan telah diseludup ke negara ini:-(a) sehingg kin berapi a banyak senjata apa i yang dirampa das

I 5 AUM DN 12/11/2003 (PM #36985 v1)

Dato' Lau Yin Pin @ Lau Yen Beng minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah kes yang telah dilaporkan tentang serangan lanun-lanun terhadap kapal-kapal dagang dan bot-bot nelayan semasa menggunakan Selat Melaka untuk tahun 2000 hingga sekarang. Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk menghapuskan gejala ini.

(PM #36734 v1) Tuan Ratnam a/I Muthiah minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bagaimanakah Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) akan memperkukuhkan pengurusan tadbir mereka untuk mengelak konflik kepentingan, apabila mereka menjadi sebuah syarikat yang berteraskan kepada objektif komersial.

Tuan p6oh1Mok Hua @ Poh Bak Hoe minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan imbuhan 10% gaji kepada guru yang mengajar Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Ini telah mengga'lakkan lebih ramai guru merebut peluang ini:-

(a) adakah Kementerian pernah mengkaji perasaan guru yang tidak berpeluang mengajar mata pelajaran tersebut; dan

(b) adakah Kementerian merancang memberi imbuhan ini kepada semua guru untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam mata pelajaran tersebut.

Tuan 3Wa°n9 Nordin bin Che Murat minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah dengan cara mengisi (implant) cip keselamatan dapat mengatasi masalah pemalsuan atau pengklonan cek Kerajaan. Jika tidak, apakah kawalan ataupun prosedur yang dapat membanteras gejala ini dari berleluasa.

P u a n ^ f i n a h b i n t i Jusoh minta MENTERI PEMBANGUNAN WAN IT A DAN KELUARGA menyatakan sejauh manakah Kementerian telah melaksanakan program pendidikan di kalangan wanita di seluruh negara mengenai hak-hak mereka dalam keluarga. Adakah Kementerian menyediakan satu silibus lengkap berkaitan dengannya.

(PM #36713 v1) Puan Lim Kee Moi minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada Kementerian akan menambah bantuan kewangan kepada organisasi di bawah Parlimen seperti CPA, IPU, AFPPD dan IMPO kerana aktiviti seperti persidangan, seminar dan forum dalam dan luar negara sekarang sudah bertambah.

Page 6: ATURAN URUSA MESYUARAN T - parlimen.gov.my · didapati ia berasal dari luar negar a dan telah diseludup ke negara ini:-(a) sehingg kin berapi a banyak senjata apa i yang dirampa das

I 6 AUM DN 12/11/2003 (PM #36985 v1)

(PM #36730 v1) Tuan Ratnam a/I Muthiah minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah objektif-objektif Dana Pembangunan Modal (Capital Market Development Fund) yang akan diberikan 30% saham ekuiti Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

(PM #36604 v1) Tuan Haji Hassan bin Shukri minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan langkah-langkah Kerajaan untuk membina kesedaran kepenggunaan di kalangan masyarakat luar bandar dan langkah-langkah untuk mengawal budaya konsumerisme di kalangan masyarakat bandar.

(PM #36600 v1) Tuan Haji Hassan bin Shukri minta MENTERI TANAH DAN PEMBANGUNAN KOPERASI menyatakan apakah kesan-kesan yang akan diterima oleh peneroka dengan tersenarainya Felda Holding di BSKL dan siapakah yang akan memungut keuntungan terbesar daripada penyenaraian tersebut.

Page 7: ATURAN URUSA MESYUARAN T - parlimen.gov.my · didapati ia berasal dari luar negar a dan telah diseludup ke negara ini:-(a) sehingg kin berapi a banyak senjata apa i yang dirampa das

7 AUM DN 12/11/2003 (PM #36985 v1)

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

(DR 44/2003) Rang Undang-undang Perbekalan 2004 - Bacaan Kali Menyambung semula Perbahasan atas Yang Kedua masalah "Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang" [11 November 2003]

Perdana Menteri akan mencadangkan:-

Bahawa mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat Dewan Negara 26 (3)

Dewan ini mengambil ketetapan-ketetapan berikut:-

"Bahawa Dewan ini,

menyedari akan pertumbuhan ekonomi yang membanggakan dan

pencapaian matlamat sosioekonomi yang baik meskipun terjejas

akibat keadaan ekonomi global yang bergolak dalam tempoh tiga

tahun pertama Rancangan Malaysia Kelapan;

mengambil maklum dan menyokong usaha berterusan Kerajaan

bagi mencapai pertumbuhan seimbang dan mapan dalam tempoh

2004-2005;

melulus Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelapan

yang bertujuan melaksanakan strategi dan program serta

menyediakan peruntukan bagi mencapai matlamat dan iltizam

Dasar Wawasan Negara seperti yang dibentangkan dalam Kertas

Perintah Bil. 30 Tahun 2003;

Page 8: ATURAN URUSA MESYUARAN T - parlimen.gov.my · didapati ia berasal dari luar negar a dan telah diseludup ke negara ini:-(a) sehingg kin berapi a banyak senjata apa i yang dirampa das

I 8 AUM DN 12/11/2003 (PM #36985 v1)

Bahawa dalam meluluskan Kajian Separuh Penggal, Dewan yang

mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya berusaha

dengan keazaman yang teguh dan terus menyokong Kerajaan

untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara yang bersatu

padu, adil, berdaya tahan dan berdaya saing".

(DR 45/2003) Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2003 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah "Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang" [6 November 2003]

(DR 46/2003) Rang Undang-undang Pilihan Raya (Pindaan) Bacaan Kali 2003 Yang Kedua

Page 9: ATURAN URUSA MESYUARAN T - parlimen.gov.my · didapati ia berasal dari luar negar a dan telah diseludup ke negara ini:-(a) sehingg kin berapi a banyak senjata apa i yang dirampa das

B

9 AUM DN 12/11/2003 (PM #36985 v1)

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM DEWAN

TAHUN 2003

ST. 142

ST. 145

ST. 161

ST. 162

ST. 163

ST. 164

RISALAT/DOKUMEN TARIKH DIBENTANGKAN

Peraturan-Peraturan Pilihan Raya 12 November 2003 (Pengundian Pos) 2003.

Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 12 November 2003 Bank Simpanan Nasional (BSN) tahun 2001

Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 12 November 2003 Perbadanan Perwira Harta Malaysia tahun 2002.

Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 12 November 2003 Lembaga Tabung Angkatan Tentera tahun 2002. *

Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 12 November 2003 Perbadanan Perwira Niaga Malaysia tahun 2002.

Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 12 November 2003 Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera tahun 2002.