aturan urusa mesyuaran t - parlimennegara asal memandangka, ad da kalangai n kontrakton asin ingri...

9
MALAYSIA h DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT http://www.parlimen.gov.my HARI KHAMIS 13 NOVEMBER 2003, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 25 1 " PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN (PM-#36430 v1) 1. Dato' Dr. Chin Fook Weng minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sejauhmanakah Sistem Landasan Berkembar Kereta Api dari Kuala Lumpur ke Utara dan Selatan telah dilaksanakan dan adakah ini mengikut jadual yang ditetapkan. (PM #36574 v1) 2. Puan Jaya Partiban minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan permohonan diterima dari bukan melayu untuk menyertai Pasukan Polis dan bilangan yang ditolak dan nyatakan sebab-sebabnya. (PM #36884 v1) 3. Datuk Yaakob bin Hj. Mohammed minta MENTERI PEMBANGUNAN W ANITA DAN KELUARGA menyatakan:- (a) berapa ramaikah jumlah ibu tunggal yang terdapat di seluruh negara mengikut pecahan umur, bangsa dan negeri; dan (b) dari jumlah tersebut, berapa ramai yang menjadi ibu tunggal akibat kes penceraian dan kematian. (PM #36824 v1) 4. Datuk Syed AM bin Tan Sri Syed Abbas AlHabshee minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan sama ada perancangan untuk memperbaiki atau menaiktaraf Jalan raya Timur-Barat agar ia dapat menjadi sebuah lebuh raya utama dari Pantai Barat ke Pantai Timur seperti mana yang ada di Selatan Thailand yang akan memendekkan masa perjalanan. (PM #36544 v1) 5. Dato' Lim Sing @ Lam Kam Sang minta MENTERI KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN PELANCONGAN menyatakan projek-projek promosi pelancongan yang sedang dibangunkan di negeri Pahang dan apakah rancangan Kementerian memajukan industri pelancongan di negeri Pahang sempena menyambut pembukaan Lebuh Raya Pantai Timur.

Upload: others

Post on 28-Dec-2019

3 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ATURAN URUSA MESYUARAN T - Parlimennegara asal memandangka, ad da kalangai n kontrakton asin ingri membuka syarika denga usaht samn a rakyaa tempatat dan n meninggalkan syarika ittu

MALAYSIA

h DEWAN NEGARA

ATURAN URUSAN MESYUARAT

http://www.parlimen.gov.my

HARI KHAMIS 13 NOVEMBER 2003, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 25 1

" PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

(PM-#36430 v1) 1. Dato' Dr. Chin Fook Weng minta MENTERI PENGANGKUTAN

menyatakan sejauhmanakah Sistem Landasan Berkembar Kereta Api dari Kuala Lumpur ke Utara dan Selatan telah dilaksanakan dan adakah ini mengikut jadual yang ditetapkan.

(PM #36574 v1) 2. Puan Jaya Partiban minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan

bilangan permohonan diterima dari bukan melayu untuk menyertai Pasukan Polis dan bilangan yang ditolak dan nyatakan sebab-sebabnya.

(PM #36884 v1) 3. Datuk Yaakob bin Hj. Mohammed minta MENTERI PEMBANGUNAN

W ANITA DAN KELUARGA menyatakan:-

(a) berapa ramaikah jumlah ibu tunggal yang terdapat di seluruh negara mengikut pecahan umur, bangsa dan negeri; dan

(b) dari jumlah tersebut, berapa ramai yang menjadi ibu tunggal akibat kes penceraian dan kematian.

(PM #36824 v1) 4. Datuk Syed AM bin Tan Sri Syed Abbas AlHabshee minta MENTERI

KERJA RAYA menyatakan sama ada perancangan untuk memperbaiki atau menaiktaraf Jalan raya Timur-Barat agar ia dapat menjadi sebuah lebuh raya utama dari Pantai Barat ke Pantai Timur seperti mana yang ada di Selatan Thailand yang akan memendekkan masa perjalanan.

(PM #36544 v1) 5. Dato' Lim Sing @ Lam Kam Sang minta MENTERI KEBUDAYAAN,

KESENIAN DAN PELANCONGAN menyatakan projek-projek promosi pelancongan yang sedang dibangunkan di negeri Pahang dan apakah rancangan Kementerian memajukan industri pelancongan di negeri Pahang sempena menyambut pembukaan Lebuh Raya Pantai Timur.

Page 2: ATURAN URUSA MESYUARAN T - Parlimennegara asal memandangka, ad da kalangai n kontrakton asin ingri membuka syarika denga usaht samn a rakyaa tempatat dan n meninggalkan syarika ittu

»

2 AUM DN 13/11/2003 (PM #36987 v1)

(PM #36972 v1) 6. Tuan Tan Cheng Tee minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan

bilakah Lebuh raya Kaseh yang bermula daripada Taman Saujana Impian susur keluar ke Semenyih hendak dibuka kepada para pengguna memandangkan kesesakan begitu ketara di jalan utama persekutuan yang menghubungkan Bandar Kajang, Semenyih dan Beranang.

(PM #36844 v1) 7. Datuk Dr Hj. Haris Bin Hj. Salleh minta MENTERI PERDAGANGAN

ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah benar tuduhan bahawa Malaysia bersama India dan Brazil menggagalkan persidangan WTO di Cancun (Mexico) baru-baru ini. Apakah kesan kepada ekonomi Malaysia akibat kegagalan ini dan apakah manfaat yang telah kita perolehi daripada penyertaan dalam WTO setakat ini.

(PM #36911 v1) 8. Tuan Wan Nordin bin Che Murat minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan berkaitan pelaksanaan sistem meritokrasi. Adakah melalui pelaksanaan sistem ini, dapat meningkatkan jumlah rakyat yang berpendidikan tinggi demi mencapai wawasan negara dan mampukah ia menjamin kemasukan pelajar bumiputera kerana sistem kuota yang sedia ada telah dimansuhkan.

(PM #36801 v1) 9. Tuan Yew Teong Look minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan

jumlah bilangan Penduduk Tetap (Permanent Resident) di Malaysia. Apakah pecahannya mengikut kaum dan umur.

(PM #36792 v1) 10. Puan Ooi Siew Kim minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan

mengapakah tambang tiket penerbangan MAS dan AIR ASIA berbeza dengan ketara dan jika AIR ASIA dapat menawarkan tambang penerbangan dengan harga begitu rendah mengapakah MAS tidak dapat melakukannya.

(PM #36374 v1) 11. Tuan Ismail bin Kassim minta MENTERI PERTANIAN menyatakan

apakah tindakan yang telah dan akan diambil oleh pihak Kementerian di dalam menangani masalah penyeludupan beras di negara kita memandangkan masalah penyeludupan ini menjadi semakin kritikal pada masa ini.

Page 3: ATURAN URUSA MESYUARAN T - Parlimennegara asal memandangka, ad da kalangai n kontrakton asin ingri membuka syarika denga usaht samn a rakyaa tempatat dan n meninggalkan syarika ittu

3 AUM DN 13/11/2003 (PM #36987 v1)

(PM #36480 v1) 12. Dato' Mohamad Taha Ariffin minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM

NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah persatuan pengguna dapat memainkan peranan yang penting untuk menentukan hak-hak pengguna terpelihara. Berapakah persatuan pengguna yang aktif di negara ini dan kenapa masih wujud persatuan pengguna yang tidak aktif.

(PM #36617 v1) 13. Dato' Omar bin Faudzar minta MENTERI PERTANIAN menyatakan

apakah tidakan yang telah dan akan diambil oleh pihak Kementerian bagi mencegah daripada berlakunya pencerobohan vesel-vesel besar terutamanya vesel pukat tunda yang boleh menjejaskan punca pendapatan nelayan pantai dalam memusnahkan ekosistem kawasan tersebut.

(PM #36757 v1) 14. Tuan Ratnam a/I Muthiah minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan

bagaimanakah peluang guru-guru dari sekolah rendah yang telah mengikuti kursus Pengajian Jarak Jauh (PJJ) dan yang telah menghadiri temu duga di Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan dapat di tempatkan di sekolah menengah dalam kategori DG41.

(PM #36956 v1) 15. Datuk William Lau Kung Hui minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan sama ada pihak Kementerian menyedari wujudnya ketidakpuasan hati di kalangan syarikat-syarikat industri perkapalan bumiputera terhadap Global Maritime Ventures Berhad yang sahamnya dimiliki sebanyak 90% oleh Bank Industri dan Teknologi. Berapakah jumlah syarikat perkapalan bumiputera yang menerima bantuan daripada Global Maritime Ventures Berhad dan nyatakan juga jumlah syarikat yang mampu bertahan semasa krisis kewangan menimpa syarikat-syarikat mereka.

(PM #36442 v1) 16. Dato' Dr S. Vijayaratnam minta MENTERI PENGANGKUTAN

menyatakan sejauh manakah keadaan keselamatan pesawat Boeing 737 yang digunakan oleh MAS sejak sekian lama di pantau oleh pihak kementerian.

(PM #36657 v1) 17. Dato' Lau Yin Pin @ Lau Yen Beng minta MENTERI PERUMAHAN

DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan langkah-langkah yang telah diambil untuk mengatasi kejadian merompak, menyamun dan mencabul kehormatan wanita semasa di kawasan letak kereta dalam premis membeli belah. Adakah satu undang-undang baru akan digubal supaya pemilik-pemilik premis tersebut diwajibkan untuk mengawal keselamatan kesemua pengguna tempat letak kereta dan bertanggungjawab penuh terhadap pengguna dan harta-harta pengguna.

Page 4: ATURAN URUSA MESYUARAN T - Parlimennegara asal memandangka, ad da kalangai n kontrakton asin ingri membuka syarika denga usaht samn a rakyaa tempatat dan n meninggalkan syarika ittu

4 AUM DN 13/11/2003 (PM #36987 v1)

(PM #36740 v1) 18. Puan Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Dun minta

MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah-langkah yang telah diambil di hospital-hospital bagi memudahkan urusan pesakit dari kalangan orang-orang kurang upaya.

(PM #36717 v1) 19. Puan Lim Kee Moi minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN

TEMPATAN menyatakan setakat tahap manakah Kementeriannya menguatkuasakan keselamatan sesuatu premis yang dibina oleh pemaju swasta.

(PM*# 36837 v1) 20. Datuk Agnes Shim Tshin Nyuk minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan berapakah jumlah kontraktor asing yang telah gagal di dalam melaksanakan projek-projek pembangunan di dalam negara ini dan apakah tindakan yang telah diambil terhadap syarikat induk mereka di negara asal, memandangkan ada di kalangan kontraktor asing ini membuka syarikat dengan usaha sama rakyat tempatan dan meninggalkan syarikat itu dengan bebanan hutang berjuta-juta ringgit.

(PM #36876 v1) 21. Puan Wan Ubaidah binti Omar minta MENTERI LUAR NEGERI

menyatakan berapakah kos pembiayaan keseluruhan bagi Persidangan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) yang berlangsung di Putrajaya, baru-baru ini dan berapakah pula kos yang ditanggung oleh Kerajaan Malaysia.

(PM #36900 v1) 22. Puan Mariah binti Haji Abdullah minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan sejauh manakah kenaikan harga rokok mempengaruhi kempen tidak merokok di kalangan rakyat Malaysia

(PM #36928 v1) 23. Dato' Haji Muhammad bin Haji Abdul Ghani minta MENTERI

PEMBANGUNAN WANITA DAN KELUARGA menyatakan apakah strategi dan perancangan yang berkesan terhadap wanita dan ibu-ibu tunggal yang terlibat dalam aktivti-aktiviti GRO dan pelacuran agar mereka mempunyai pekerjaan tetap yang lebih terjamin.

Page 5: ATURAN URUSA MESYUARAN T - Parlimennegara asal memandangka, ad da kalangai n kontrakton asin ingri membuka syarika denga usaht samn a rakyaa tempatat dan n meninggalkan syarika ittu

5 AUM DN 13/11/2003 (PM #36987 v1)

(PM #36999 v1) 24. Dato' Hamzah Zainudin minta MENTERI BELIA DAN SUKAN

menyatakan apakah pihak Kementerian bercadang untuk memperluas dan memperkasakan program-program pembangunan belia ke kawasan-kawasan penempatan Agensi-Agensi pembangunan luar bandar seperti FELDA dan FELCRA Berhad melalui satu program khas (tailored made programmes) pendekatan bersepadu bagi mempastikan pembagunan dan perkembangan minda kelompok belia di kawasan-kawasan ini dapat memberi manfaat kepada pembangunan insan di dalam sektor luar bandar keseluruhannya.

(PM^36828 v1) 25. Datuk Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas AlHabshee minta MENTERI

PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah projek Kementerian terhadap kemasukan FDI dari negara-negara Islam, khususnya negara Arab dan bagaimanakah pula pelabur-pelabur tempatan mendapat peluang untuk melabur di negara-negara tersebut dan negara asing yang lain.

(PM #36902 v1) 26. Puan Mariah binti Haji Abdullah minta MENTERI PEMBANGUNAN

USAHAWAN menyatakan jumlah usahawan Bumiputera yang telah dilahirkan melalui pelbagai skim galakkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan sejauh manakah mereka membayar balik pinjaman yang dibuat.

(PM #36546 v1) 27. Dato1 Lim Sing @ Lam Kam Sang minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan sejauh mana dasar pensiswazahan guru-guru sekolah rendah telah dilaksanakan dan apakah guru besar sekolah rendah yang tidak berijazah akan digantikan dengan calon-calon berijazah dengan serta-merta.

(PM #36593 v1) 28. Tuan Haji Hassan bin Shukri minta MENTERI PEMBANGUNAN

USAHAWAN menyatakan berapakah jumlah pelajar yang telah diberikan biasiswa oleh MARA untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negeri antara tahun 1995 hingga 2002. Dan berapa ramai pelajar yang telah ditarik balik biasiswa kerana didakwa terlibat dengan kegiatan anti Kerajaan.

(PM #36413 v1) 29. Tuan K.R.A. Naidu minta MENTERI KEWANGAN menyatakan negeri-

negeri yang telibat dalam gejala pemalsuan cek dan jumlah kerugian dalam ringgit mengikut negeri.

Page 6: ATURAN URUSA MESYUARAN T - Parlimennegara asal memandangka, ad da kalangai n kontrakton asin ingri membuka syarika denga usaht samn a rakyaa tempatat dan n meninggalkan syarika ittu

6 AUM DN 13/11/2003 (PM #36987 v1)

(PM #36453 v1) 30. Dato' Hj. Arzmi bin Hj. Abdul Hamid minta MENTERI PERTAHANAN

menyatakan sejauh manakah kejayaan pertunjukan LIMA di Langkawi baru-baru ini.

(PM #36590 v1) 31. Tuan Haji Hassan bin Shukri minta PERDANA MENTERI menyatakan

berapakah jumlah tangkapan yang dibuat oleh DBKL ke atas mereka yang berkelakuan tidak senonoh di taman bunga di seluruh Kuala Lumpur mengikut kawasan Parlimen di antara tahun 2000 hingga 2002.

(PM #36562 v1) 32. Tua» Udam@George Adam Talek minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan adakah pihak Kerajaan berhasrat memberi pertimbangan untuk memansuhkan pinjaman bagi rumah-rumah panjang yang dibina khas untuk kaum masyarakat Orang Ulu yang telah ditempatkan di penempatan semula Sungai Asap, Belaga. Memandangkan Projek Hidro Bakun itu telah ditangguhkan selama lima tahun dan dalam tempoh itu telah mengakibatkan penduduk berkenaan menanggung kesulitan ekonomi yang teruk, maka mereka merasakan bahawa pinjaman tersebut seharusnya dimansuhkan.

Page 7: ATURAN URUSA MESYUARAN T - Parlimennegara asal memandangka, ad da kalangai n kontrakton asin ingri membuka syarika denga usaht samn a rakyaa tempatat dan n meninggalkan syarika ittu

7 AUM DN 13/11/2003 (PM #36987 v1)

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. (DR 44/2003) Rang Undang-undang Perbekalan 2004 - Bacaan Kali Menyambung semula Perbahasan atas Yang Kedua masalah "Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang" [12 November 2003]

^ — • ..... . . . . - • t -

2. Perdana Menteri akan mencadangkan:-

Bahawa mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat Dewan Negara 26 (3)

Dewan ini mengambil ketetapan-ketetapan berikut:-

"Bahawa Dewan ini,

menyedari akan pertumbuhan ekonomi yang membanggakan dan

pencapaian matlamat sosioekonomi yang baik meskipun terjejas

_ akibat keadaan ekonomi global yang bergolak dalam tempoh tiga

tahun pertama Rancangan Malaysia Kelapan;

mengambil maklum dan menyokong usaha berterusan Kerajaan

bagi mencapai pertumbuhan seimbang dan mapan dalam tempoh

2004-2005;

melulus Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelapan

yang bertujuan melaksanakan strategi dan program serta

menyediakan peruntukan bagi mencapai matlamat dan iltizam

Dasar Wawasan Negara seperti yang dibentangkan dalam Kertas

Perintah Bil. 30 Tahun 2003;

Page 8: ATURAN URUSA MESYUARAN T - Parlimennegara asal memandangka, ad da kalangai n kontrakton asin ingri membuka syarika denga usaht samn a rakyaa tempatat dan n meninggalkan syarika ittu

8 AUM DN 13/11/2003 (PM #36987 v1)

Bahawa dalam meluluskan Kajian Separuh Penggal, Dewan yang

mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya berusaha

dengan keazaman yang teguh dan terus menyokong Kerajaan

untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara yang bersatu

padu, adil, berdaya tahan dan berdaya saing".

(DR 45/2003) Rang Undang-undang Kesalahan PHihan Raya (Pindaan) 2003 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah "Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang" [6 November 2003]

(DR 46/2003) Rang Undang-undang Pilihan Raya (Pindaan) 2003

Bacaan Kali Yang Kedua

5. (DR 40/2003) Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2003;

6. (DR 53/2003) Rang Undang-undang Pemegang Pajak Gadai (Pindaan) 2003;

7. (DR 41/2003) Rang Undang-undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram (Pindaan) 2003;

8. (DR 47/2003) Rang Undang-undang Kewangan 2003; dan

9. (DR 36/2003) Rang Undang-undang Ahli Farmasi (Pindaan) 2003.

Page 9: ATURAN URUSA MESYUARAN T - Parlimennegara asal memandangka, ad da kalangai n kontrakton asin ingri membuka syarika denga usaht samn a rakyaa tempatat dan n meninggalkan syarika ittu

9 AUM DN 13/11/2003 (PM #36987 v1)

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM DEWAN

TAHUN RISALAT/DOKUMEN TARIKH 2003 DIBENTANGKAN

ST. 136" Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 13 November 2003 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah

~~ (KETENGAH) tahun 2001.

ST. 159 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 13 November 2003 Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) tahun 2002.

ST. 180 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 13 November 2003 Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) tahun 2001.

ST.181 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 13 November 2003 _ Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia

(MIDA) tahun 2002.

ST. 182 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 13 November 2003 Lembaga Tabung Haji tahun 2002.

ST.244 Laporan Tahunan Pertubuhan Keselamatan 13 November 2003 Sosial (PERKESO) tahun 2002.