hi n a ke men yew a n i ? ” - a

27

Upload: others

Post on 27-Oct-2021

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Hina ke menyewa ni?” - A

“Saya taknak beli rumah lagi sebab tak tahu nak settle down katmana. Lagipun nak beli rumah sekarang mahal. Baik menyewa je.” - X

“Takutlah nak beli rumah! Dah lah banyak pakai duit nak beli rumah.Baik menyewa je dulu.” - K

Ini antara respon yang kami dapat bila tanya kenapa orang menyewa. Yabeli rumah ni nampak macam leceh namun sebenarnya bila ada ilmu dantahu kemampuan kewangan sendiri, insyaAllah boleh.

Tapi, tak hina pun menyewa. Bagi yang baru mulakan kerjaya, mestilahmemilih untuk menyewa dulu sebelum beli rumah. Cuma, ada diantara kitayang tak tahu macam mana nak cari rumah sewa yang betul. Ada yang

1

kena tipu dengan tuan rumah dan ejen. Ada yang kena game siap duithilang.

Bayar sewa bulanan punya tinggi tapi bilik yang dapat tak seperti nilai yangdi bayar. Ada yang dalam iklan nampak cantik. Bila masa viewing, eh lainpula.

Macam - macam hal.

Jadi, ebook Hina Ke Menyewa ni bertujuan untuk berkongsi ilmu dengananda yang mungkin sedang mencari bilik / rumah sewa yang sesuai dantak mencekik poket anda di hujung bulan.

“Habis tu kalau saya ni tuan rumah tak boleh ke baca ebook ni?”

Mestilah boleh. Kami berikan juga panduan asas strategi penyewaankepada anda yang bergelar tuan rumah supaya anda dapat tahu berapakadar sewa yang sepatutnya anda tetapkan dan juga apa strategi sewaanyang anda boleh pakai.

Matlamat kami bila anda dah habis baca ebook ini nanti, anda dah bolehtahu dah macam mana nak cari rumah sewa yang betul dan juga macammana nak jadi tuan rumah dari syurga.

Tanpa berlengah ayuh kita baca ebook ini sampai habis.

HINA KE MENYEWA : Panduan khas untuk anda yang nak tahu macam mana buat untung semasa menyewa

2

Apa yang anda kena tengok semasasurvey rumah sewa?

Nak pilih bilik untuk disewa ni, bukannya boleh main pilih. Silap pilih,memang tak best nak menyewa. Ramai orang lebih suka menyewaberbanding dengan beli rumah kerana bagi mereka, menyewa lebihfleksible dan mereka boleh pilih kat mana mereka tinggal.

Dalam memilih bilik / rumah untuk disewa, ada beberapa perkara yanganda boleh tengok.

1. Lokasi sewaanPerkara pertama yang anda perlutengok sebelum buat keputusan untukmenyewa adalah lokasi unit yang bakalanda sewa. Bagi yang sedang bekerja,rumah sewa tak terlalu jauh dari tempatkerja. Anda tentu tak mahu habiskanberjam lamanya semata - mata untukulang alik ke tempat kerja.

Bagi yang masih belajar pula, andapatut memilih rumah sewa yang dekatdengan kampus pengajian.

Selain itu, anda juga boleh membuat kajian berkenaan lokasi rumah sewaanda tu. Adakah ianya dekat dengan pengangkutan awam contohnya LRT,MRT, Monorel dan bas? Adakah wujud kemudahan awam yangberdekatan? Adakah wujud kedai di kawasan sekitar?

HINA KE MENYEWA : Panduan khas untuk anda yang nak tahu macam mana buat untung semasa menyewa

3

2. Apa nak buat bila survey rumah sewa?Dah survey rumah sewa, tiba masanya untukanda pergi melawat rumah sewa anda tu.Anda boleh pergi waktu petang dan tengoksama ada unit tersebut mengadap matahariataupun tidak. Ini bagi memberi gambaransama ada unit anda akan panas atapuntidak.

Kalau anda jenis telinga lintah dan mudahterjaga bila dengar bunyi, lawat rumah sewatersebut pada waktu malam dan tengok jiran sekeliling anda bising ataupuntidak.

3. Kawasan kejiranan - sekuritiSemasa lawat rumah sewa tu juga, cubaanda semak adakah ianya selamat jikaanda berjalan sendirian pada waktumalam. Adakah di kawasan tu cerahataupun gelap? Sangat penting untukanda semak tambah lagi kalau andaperempuan. Anda tentu tak mahu pulangpada waktu malam berjalan dalam gelapkan? Selain itu juga, anda boleh tengok dikawasan tersebut sesak ataupun tidak.

Traffic jam di sesetengah tempat memang dah menjadi perkara biasa. Jadipastikan anda alert juga.

HINA KE MENYEWA : Panduan khas untuk anda yang nak tahu macam mana buat untung semasa menyewa

4

4. Tawaran sewaSebelum bersetuju dengan harga sewa yang ditetapkan, tengok duluadakah harga sewa tersebut munasabah ataupun tidak. Anda boleh semakpurata kadar sewa yang sepatutnya anda bayar supaya anda tak bayarterlalu tinggi daripada harga yang sepatutnya.

5. Caj lain yang perlu dibayarSemasa lawat rumah sewa, anda juga boleh bertanya bayaran lain yangperlu anda bayar selain daripada sewa bulanan. Bil elektrik, bil air, dantempat parking kereta adakah akan dikenakan caj yang berbeza daripadasewa bulanan? Ada pemilik rumah yang dah masukkan sekaligus dalamsewa yang anda perlu bayar. Ada pemilik rumah yang asingkan. Pastikananda betul - betul jelas dengan apa yang anda perlu bayar untuk elakkansalah faham bila dah bersetuju untuk sewa rumah nanti.

Selain itu juga, anda juga bakal dikenakan duti setem. Pastikan anda tanyaberapa yang anda perlu dibayar. Di Malaysia, duti setem untuk perjanjiansewa adalah:

HINA KE MENYEWA : Panduan khas untuk anda yang nak tahu macam mana buat untung semasa menyewa

5

Duti bagi setiap RM250 bagi sewa yang melebihi RM2,400 (tahunan)

Kurang dari 1 tahun: RM1Antara 1-3 tahun: RM2Melebihi 3 tahun: RM3

Katakan anda menyewa rumah dengan bayaran bulanan RM2,500 (jumlahtahunan RM30,000), duti setem bagi tempoh sewaan setahun adalah:(Yuran tahunan - RM2,400) / 250 x RM1= (RM30,000 – RM2,400) / RM250 X 1= RM110.40

HINA KE MENYEWA : Panduan khas untuk anda yang nak tahu macam mana buat untung semasa menyewa

6

6. Deposit jaminanPernah tak anda dengar ayat ini

“Jadi menyewa, kan? Nanti bayar 2 + 1 kat saya sebagai duit deposit ya.”

Anda tahu tak apa kegunaannya ni?

Ini adalah duit yang disimpan oleh pemilik rumah sebagai jaminan jikapenyewa langgar perjanjian sewa (contohnya dah keluar dari rumah sewadan merosakkan barang dalam rumah). Kalau tak ada apa - apa kerosakan(rumah elok dan normal macam sebelum penyewa masuk), duit depositakan dipulangkan kepada penyewa selepas perjanjian sewaan tamat.

HINA KE MENYEWA : Panduan khas untuk anda yang nak tahu macam mana buat untung semasa menyewa

7

Setiap rumah sewa berbeza berapa jumlah deposit yang perlu dibayar. Jadipastikan anda tanya berapa deposit yang dikenakan. Biasanya deposityang dikenakan adalah 2 + 1. Ada yang hanya minta 1 + 1.

7. Rumah sewaKalau anda dah berkenan dengan rumah sewa tersebut, pastikan andaalert dengan dengan apa yang ada dalam rumah sewa tersebut. Tengokperabot yang ada dalam rumah tak rosak. Contohnya kipas, peti sejuk,mesin basuh berfungsi dengan elok. Jika masa anda view rumah bersamatuan rumah dan anda dapati ada barang tak boleh guna, tanyakan samaada barang tersebut boleh dibaiki ataupun tidak.

Anda mestilah tak nak berhabis wang yang banyak masa masuk pindahrumah kan.

HINA KE MENYEWA : Panduan khas untuk anda yang nak tahu macam mana buat untung semasa menyewa

8

8. Barang rumah rosak, siapa yangakan tolong?Semasa view rumah sewa juga andaboleh tanyakan soalan ini. Jika barangseperti peralatan dan paip tidakberfungsi, adakah tuan rumah akan baikiatau penyewa perlu baiki sendiri?Pastikan anda tahu apa yang perlu andabayar sendiri jika rosak dan apa yangtuan rumah akan tolong baiki. Hal inisangat penting supaya jika berlakukerosakan di masa hadapan, anda boleh

bersedia.

Yelah bukan semua orang reti baiki peralatan rumah dan tahu mana nakcari orang untuk baiki.

9. Perjanjian sewaIni yang paling penting. Pastikananda tandatangan perjanjian sewabertulis. Jangan hanya berjanji mulutje. Perjanjian sewa ini sangat pentingsupaya penyewa dan tuan rumahjelas dengan syarat perjanjian. Jikaterjadi apa - apa yang tidak diingini,kedua - dua pihak boleh rujuk balikperjanjian sewa ini.

Jika anda ingin menyewa, pastikananda baca perjanjian sewa denganteliti sebelum anda tandatangan. Adadetails yang anda tak jelas, tanya terus semasa anda baca perjanjian sewatu. Nampak macam tak penting je baca perjanjian sewa ni namun

HINA KE MENYEWA : Panduan khas untuk anda yang nak tahu macam mana buat untung semasa menyewa

9

percayalah bila anda sendiri baca dan jelas dengan apa yang anda sign,anda akan lebih alert dengan hak sebagai penyewa.

10. Peraturan rumah sewaSelain itu juga, tanyakan juga apa peraturan rumah sewa yang anda kenaikut dan tak boleh langgar. Boleh tak anda masak? Boleh tak anda letakkanbarang peribadi di ruang tamu? Adakah haiwan dibenarkan dalam rumahsewa? Contohnya boleh ke pelihara kucing dalam rumah? Sesetengahpemilik rumah tidak benarkan pelihara haiwan dalam rumah sewa.

Ada beberapa perkara yang biasanya menjadi peraturan rumah sewa:Jaga kebersihan rumah sewa

- Hormat privasi penyewa rumah yang lain- Jaga barang - barang peribadi anda. Jika barang rumah rosak, boleh

hubungi tuan rumah.- Jangan ambil barang penyewa lain- Jangan parti dalam rumah sewa sehingga mengganggu penyewa lain

HINA KE MENYEWA : Panduan khas untuk anda yang nak tahu macam mana buat untung semasa menyewa

10

- Pastikan bayar sewa bulanan on-time.

Jadi, sebelum anda bersetuju untuk sewa rumah, pastikan anda tengokdulu mengikut cadangan kami ni. Tak semestinya anda wajib kena buatsemua cadangan. Yang penting, anda pilih betul - betul rumah sewa yanganda ingin duduki dan tahu hak anda sebagai penyewa.

Kami harap anda mendapat serba sedikit maklumat yang bermanfaatdengan topik. Jemput habiskan ebook ini. Ada banyak lagi yang kami akankongsikan.

HINA KE MENYEWA : Panduan khas untuk anda yang nak tahu macam mana buat untung semasa menyewa

11

Klausa perjanjian sewa - apa yang anda kena tahu supayatak kena tipu dengan owner rumah sewa?

Dah berkenan dengan rumah sewa, jangan terus main tandatangan je.Tahu lah kita dah puas hati masa view rumah tersebut. Namun tunggudulu. Perjanjian sewa bukan sesuatu yang kita boleh buat main. Kena telitidulu segala terma dan syarat. Ini untuk membantu kita sebagai penyewajuga. Bila anda dapat perjanjian sewa, tengok ada tak terma dan syaratyang anda keliru dan tak berapa faham.

Bahaya kalau anda terus tandatangan benda yang anda tak faham. Jadikali ini, kami akan kongsikan terma dan syarat yang anda perlu tengokbetul - betul.

Sebelum tu, perjanjian sewa rumah ni apa?Perjanjian sewa rumah adalah kontrak antara tuan rumah dan penyewa.Tanggungjawab tuan rumah dan penyewa ada di dalam perjanjian sewarumah. Kebiasaanya, perjanjian sewa rumah akan disediakan oleh tuanrumah. Penyewa tinggal tandatangan je.

Jadi, anda sebagai penyewa perlulah membaca apa yang terkandungdalam perjanjian sewa tersebut supaya anda sedar apa yang andatandatangan.

Apa yang perlu anda ambil serius?

1. Bila sewa ditamatkan?Anda perlu teliti tentang penamatan sewa. Contohnya kalau andaberhasrat nak tamatkan sewa awal dari tempoh, ada tak apa - apa kesan?Kalau ada syarat tambahan yang menyebabkan perjanjian sewa tersebuttamat, tuan rumah perlulah menulis secara jelas dalam perjanjian sewaansupaya tak timbul masalah kelak. Mana - mana pihak boleh tamatkanperjanjian lebih awal jika salah satu pihak melanggar syarat.

HINA KE MENYEWA : Panduan khas untuk anda yang nak tahu macam mana buat untung semasa menyewa

12

2. Boleh pilih nak perbaharui kontrak ataupun tak?Perhatikan ada tak syarat ini di dalam perjanjian sewaan anda. Klausa inimembolehkan tuan rumah dan anda meneliti kembali perjanjian sewaansemasa tempoh penyewaan dah nak tamat tempoh nanti. Jika anda ingintinggal lagi lama, anda boleh cuba untuk nego perkara - perkara tambahan(jika berkenaan).

3. Boleh ke anda nak sewakan unit kepada orang lain?Katakan anda menyewa rumah sewa yang ada 3 bilik daripada tuanrumah. Satu bilik anda sewa. Lagi 2 bilik anda berniat nak sewakan kepadaorang lain. Tanya dulu adakah tuan rumah setuju ataupun tidak. Inidinamakan sebagai sublet. Ada tuan rumah yang benarkan. Ada yang takbenarkan. Jadi sebelum anda kantoi buat kerja belakang dan kena halaudari rumah sewa, baik anda tanya dulu tuan rumah.

4. Boleh bawa haiwan peliharaan ke dalam rumah sewa?Klausa untuk pelihara haiwan perlu jelas dalam perjanjian sewa sebab adatuan rumah tidak benarkan haiwan dalam rumah sewa. Untukmengelakkan masalah dengan penyewa yang lain, pastikan anda jelasdengan syarat boleh bawa haiwan masuk ataupun tidak.

5. Kalau tuan rumah bertukar, adakah perjanjian sewa masih sah?Anda tak tahu berapa lama tuan rumah akan miliki rumah yang anda sewatu. jadi, pastikan anda tanya terus kalau dia nak jual kepada tuan rumahyang baru, adakah perjanjian sewaan anda itu sah. Jika tidak, pastikantuan rumah beritahu anda cepat - cepat supaya anda pun boleh bersedia.

6. Kalau barang dalam rumah rosak, siapa yang akan baiki?Dalam surat perjanjian, anda perlu teliti syarat siapa yang baiki kerosakandalam rumah sewa. Contohnya rosak grill pintu rumah, tingkap, kipas,biasanya tuan rumah akan bertanggungjawab. Kalau penyewa yangmenyebabkan kerosakan tu maka penyewa yang akan bertanggungjawab.

7. Boleh ke tuan rumah halau saya keluar tanpa alasan kukuh?

HINA KE MENYEWA : Panduan khas untuk anda yang nak tahu macam mana buat untung semasa menyewa

13

Jawapannya tak boleh. Tuan rumah tidak boleh menghalau anda tanpasebarang alasan kukuh. Malah, tuan rumah juga tidak boleh menukar kuncitanpa sebab.

Namun, kalau anda sendiri buat jenayah sehingga membahayakanpenyewa yang lain, tuan rumah berhak untuk membatalkan perjanjiansewa dan halau anda.

-

7 perkara ini antara klausa yang anda harus teliti semasa baca perjanjiansewa rumah. Kami nasihatkan anda supaya tidak gopoh - gapahtandatangan perjanjian sewa rumah walaupun anda suka gila denganrumah tersebut. Sabar dulu. Baca perjanjian sewa dan buatlah keputusanyang terbaik untuk anda.

HINA KE MENYEWA : Panduan khas untuk anda yang nak tahu macam mana buat untung semasa menyewa

14

HINA KE MENYEWA : Panduan khas untuk anda yang nak tahu macam mana buat untung semasa menyewa

15

HINA KE MENYEWA : Panduan khas untuk anda yang nak tahu macam mana buat untung semasa menyewa

16

Apa perbezaan antara unit sewa kosong, partiallyfurnished, fully furnished dan co - living?

Bagi anda yang masih blur tentang perbezaan unit sewa kosong, partiallyfurnished dan juga fully furnished, kami akan kongsikan apa perbezaannya.

Unit sewa kosongIni bermaksud anda sewadalam keadaan asas tanpasebarang perabot. Tuan rumahtidak letakkan perabot extracontohnya sofa, meja makandan sebagainya. Unit sepertiini sesuai untuk mereka yangberkeluarga atau anda yangtak kisah tak ada perabotdalam rumah sewa.

Unit sewa partially furnishedBagi unit sewa seperti ini, tuanrumah kebiasaannya dah

sediakan kemudahan separa lengkap yang diperlukan oleh penyewa.Kemudahan yang disediakan oleh tuan rumah adalah berdasarkan faktorpermintaan oleh penyewa serta untuk menarik perhatian bakal penyewa.

Unit fully furnishedUntuk unit ini, tuan rumah dah sediakan rumah sewa lengkap denganperabot seperti sofa, TV, meja makan, dapur, peti ais, mesin basuh danjeriji keselamatan. Unit seperti ini biasanya sewa lagi tinggi berbanding unitsewa partially furnished dan unit sewa kosong. Penyewa cuma perlu bawabaju dan barang - barang peribadi je. Kadang - kadang siap ada seterika,microwave, meja study dan cermin. Serba lengkap.

HINA KE MENYEWA : Panduan khas untuk anda yang nak tahu macam mana buat untung semasa menyewa

17

Unit co - living

Anda pernah dengar konsep co - living? Apa perbezaan di antaramenyewa biasa dengan coliving dan menyewa biasa? Bagi anda yangpertama kali mendengar konsep ini, boleh baca sampai habis. Co - livingmerupakan satu konsep di mana para penyewa berkongsi ruang komunalcontohnya ruang makan komuniti, ruang aktiviti sebagai satu komuniti. Biliktidur masih lagi milik penyewa kerana ianya privasi.

Konsep co - living ini boleh dikatakan ala - ala asrama universiti yangberkongsi ruang komunal bersama penyewa yang lain.

Namun, co - living adalah untuk mereka yang dah bekerja dan tinggal didalam satu bangunan. Mereka boleh buat aktiviti bersama - sama. Malahada ruang bekerja yang mereka boleh digunakan. Ala - ala konsepco-working space.

Apa perbezaan di antara co - living dengan sewa bilik biasa?

Co -living mengetengahkan konsep perkongsian dalam komuniti penyewanamun ianya setaraf hotel. Manakala sewa bilik hanyalah anda sewa bilikje tanpa kelebihan ada common area dan aktiviti bersama penyewa yanglain. Jika anda sukakan aktiviti bersosial atau mungkin anda keseorangandi tengah - tengah bandar, co - living sesuai untuk anda. Komponenkemasyarakatan yang ditawarkan melalui konsep co-living ini merupakanwow factor yang membezakan ia daripada sewaan bilik kebanyakan di luarsana.

Ada co - living yang menawarkan perkhidmatan bersihkan unit rumah sewasetiap minggu. Ini bergantung kepada tawaran co - living yang anda pilih.

Betul ke ada konsep co - living kat Malaysia?Jawapannya ya, ada. Konsep co-living kini kian bercambah walaupunmasih belum meluas. Di kawasan Lembah Klang, anda boleh jumpa

HINA KE MENYEWA : Panduan khas untuk anda yang nak tahu macam mana buat untung semasa menyewa

18

dengan unit sewaan yang menawarkan konsep co - living. Kebiasaannyaco - living hanya terhad kepada orang yang masih single dan sedangbekerja. Kalau untuk mereka yang dah berkahwin, itu terpulang kepadaperbincangan pihak co - living sama ada mereka benarkan ataupun tidak.

Perbezaan antara unit sewa kosong, partially furnished, fullyfurnished dan co - living

Unit kosong Unit partial Unit fullyfurnish

Co - living

Deposit 2 + 1 2 + 1 2 + 1 1+1 / zero deposit

Range hargasewa

RM700 RM260 (biliksingle)

RM400 (biliksharing)

Bawah RM500(bilik single)

Apa yang adadalam rumahsewa?

Unit rumahsewa kosong

Hanya adaperabotasas dalamrumah sewa

Lengkap denganperabot tinggalnak bawa diridan pakaian

Lengkap denganperabot tinggal nakbawa diri danpakaian

Kelebihan Boleh hiasrumah ikutkesesuaiandan seleraindividu

Sesuaiuntukmerekayang barunak mulakanhidup.

Tak perlukeluarkan duituntuk beliperabot

1.Tak perlu fikir nakbeli perabot apadan boleh buataktiviti denganpenyewa yang lain.2. Dapat servisbersihkan rumahsewa setiap bulan3. Aktiviti bersamapenyewa setiapminggu4. Akses ekslusifkepada commonarea dan fasiliti diunit sewa

Kekurangan Hanya dapatunit rumahsewa yangkosong

Hanya dapatunit rumahsewa

Hanya dapatrumah sewayang lengkapyang perabot

Tak dapat pilihhousemate kecualimasuk bersama.

HINA KE MENYEWA : Panduan khas untuk anda yang nak tahu macam mana buat untung semasa menyewa

19

Macam mana nak cari rumah sewa yang sesuai?

Nak cari rumah sewa ni boleh jadi nightmare untuk sesetengah orang.Mungkin ada yang first time nak cari rumah sewa. Mungkin juga ada yangdah ada pengalaman tak best menyewa sebelum ni. Jadi nak cari rumahsewa ni boleh jadi perkara yang renyah untuk sesetengah orang.

Tak kira lah anda pertama kali nak menyewa atau tengah nak cari rumahsewa baru, anda boleh buat langkah - langkah ni. Jom baca lebih lanjut.

1. Lokasi bekerja anda kat mana?Katakan anda bekerja di KL Sentral. Rumah sewa yang anda bakal carimestilah berdekatan dengan kawasan KL Sentral supaya anda boleh pergike tempat kerja dengan mudah. Perjalanan dari rumah sewa ke tempatkerja mestilah kurang daripada sejam perjalanan. Anda mestilah tak nakterlalu lama spend masa dalam perjalanan ke tempat kerja kan? Lama -kelamaan, anda bakal penat dan burnout jika rumah sewa jauh dari tempatkerja.

Pilih lokasi rumah sewa yang buatkan anda rasa selamat dan mudah kemana - mana. Ini sangat penting untuk anda yang masih bujang. Ye lahkatakan anda terpaksa balik malam daripada tempat kerja, anda tak naklalu kawasan yang merbahaya kan. Buat survey di kawasan yang bakalanda tinggal dan tengok apa kemudahan yang ada, akses jalan raya,sekolah, kawasan kejiranan dan keselamatan.

2. Berapa bajet sewaan anda?Sebelum nak cari bilik atau rumah sewa, pastikan anda tahu dulu berapabajet yang anda sanggup letakkan untuk bayar bulanan sewa. Katakanbajet yang anda ada hanyalah RM500, jadi cari bilik sewa yang tawarkanikut bajet anda. Sewa ikut kemampuan kewangan anda. Ada je bilik sewayang berharga RM500 sebulan siap ada fasiliti gym, aktiviti setiap minggulagi.

HINA KE MENYEWA : Panduan khas untuk anda yang nak tahu macam mana buat untung semasa menyewa

20

Anda juga perlu pastikan sewa yang anda bayar tidak terlalu tinggisehingga menelan 50% daripada pendapatan bulanan anda. Contohnyagaji RM3,000. Jangan pula sewa bulanan anda RM1,500. Tinggi sangat tu.Buat bajet dulu berapa yang anda bayar setiap bulan untuk sewa bulanan,bil elektrik, bil air, bulanan kereta dan komitmen lain. Dari sini sebenarnyaanda dah boleh tengok berapa banyak duit anda habis setiap bulan.

Selain itu juga, lebih baik anda memilih unit yang dah fully furnishedberbanding dengan unit kosong. Walaupun unit kosong lebih murah sewabulanannya, namun perbelanjaan untuk membeli perabot dan hias rumahboleh tahan besar jumlahnya.

Katakan anda ada pilihan di antara unit kosong sewa RM400 sebulandengan unit fully furnish RM600 sebulan, yang mana satu patut anda pilih?Lebih baik anda pilih unit fully furnish RM600 sebulan. Nampak macammahal RM200 berbanding dengan unit kosong. Namun anda perlumengambil kira kos yang diperlukan untuk beli perabot asas.Kebiasaannya kos untuk beli perabot dan hias rumah boleh menelansehingga RM5,000.

Bila anda menyewa unit yang dah fully furnish, anda boleh pindah bila - bilamasa tanpa perlu bersusah payah cari jalan macam mana nak angkutperabot sekali dengan anda.

3. Gaya hidup anda macam mana?Adakah anda sukakan shopping atau makan di luar? Atau anda merupakanseorang yang suka bersendiri dan buat hal sendiri? Ataupun andamerupakan seorang yang aktif?

Kenapa gaya hidup ni sangat penting? Supaya anda boleh memilih unitrumah yang ada ciri - ciri yang anda nak. Contohnya katakan anda seorangyang suka makan luar, anda perlulah mencari unit rumah sewa yangberdekatan dengan pusat membeli - belah (senang nak cari tempat makandan beli barang). Malah cari juga yang berdekatan dengan stesen LRTatau MRT.

HINA KE MENYEWA : Panduan khas untuk anda yang nak tahu macam mana buat untung semasa menyewa

21

Katakan anda merupakan seorang yang bersendiri dan tak ramai kawan.Mungkin anda tak tahu nak buat apa di hujung minggu. Nak ajak kawankeluar pun tak tahu nak buat apa. Jadi, cari rumah sewa yang menawarkanaktiviti hujung minggu bersama penyewa.

Untuk orang yang aktif dan fitness person, kemudahan seperti gym dankolam renang memang antara ciri yang perlu di ambil kira. Kalau andajumpa rumah sewa yang ada gym dan kolam renang, tanyakan sama adaanda boleh guna tak kemudahan tersebut atau perlu di bayar. Ada rumahsewa yang berikan akses ekslusif kepada penyewa untuk gunakankemudahan yang ada di bangunan rumah sewa (gym dan kolam renang).Tak payah dah anda bayar yuran gym kat luar.

4. Jenis rumah sewaAda banyak jenis rumah sewa yang anda boleh pilih. High rise dan jugalanded. Adakah anda nak menyewa di flat, apartment, semiD ataupunteres? Setiap jenis rumah ni berbeza berapa kadar sewa yang ditetapkan.Ada tuan rumah yang tetapkan harga tinggi untuk flat A, dan ada tuanrumah yang tetapkan harga biasa untuk flat B. Walaupun masuk dalamkategori flat, harga masih bergantung kepada tuan rumah untuk tetapkan.

Tak kisahlah rumah high rise ataupun landed, setiap rumah sewa adakebaikan dan keburukan masing - masing. Sebelum bersetuju untukmenyewa, tengok betul - betul tau!

-

4 tips ini anda boleh gunakan dalam mencari bilik sewa yang bersesuaiandengan kewangan anda. Jangan main setuju je dengan tawaran bilik sewasehingga anda tengok sendiri bilik tu sama ada melalui online (view melaluizoom) ataupun pergi sendiri ke unit rumah sewa tersebut. Selain itu, carilahrumah sewa yang dekat dengan tempat kerja anda supaya anda dapatjimat masa perjalanan ke sana. Ada banyak rumah sewa yang berdekatan

HINA KE MENYEWA : Panduan khas untuk anda yang nak tahu macam mana buat untung semasa menyewa

22

dengan stesen LRT dan MRT sesuai untuk anda yang menggunakankemudahan pengangkutan awam.

Ada orang menyewa sampai mati. Ada orang boleh menyewa sambil dapatmiliki rumah yang tengah disewa. Untuk miliki rumah sendiri ni kalau takada ilmu dan strategi yang betul, memang nampak impossible je nakdapat. Namun, bagi orang yang dah belajar macam mana nak dapatkanrumah sambil menyewa, possible je.

Anda nak tahu lebih lanjut? Teruskan baca ebook ni sampai habis.

HINA KE MENYEWA : Panduan khas untuk anda yang nak tahu macam mana buat untung semasa menyewa

23

Perbezaan antara menyewa dekat apartment medium costdengan kondominium Y yang ada konsep co - living

Anda dah baca tentang apa yang anda kena buat bila survey rumah danapa yang kena tengok sebelum bersetuju menyewa.

Kali ni kami nak kongsikan pula perbezaan antara jika anda ada 2 pilihanrumah sewa iaitu:

- Apartmen medium cost- Kondominium Y yang ada konsep co - living

Jom tengok jadual ini dan lihat apa kelebihan dan kekurangan setiap jenisrumah sewa.

Apartment medium cost Kondominium Y ada Co - living

Deposit 2 + 1 1 + 1

Kadar sewa RM550 (bilik single) Bawah RM500 bilik single(tak kongsi dengan orang lain)

Tempoh menyewa(kalau tak nakkehilangan deposit)

Minimum setahun 6 bulan(extend tanpa kostambahan)

Bil utiliti (elektrik, air) Extra (bayar asing) Termasuk

Internet Kena bayar sendiri Free internet

Servis cuci rumah (2minggu sekali)

Tak ada. Kena bayarextra RM 80 / sejam jikanak ambil servis cleaningrumah

Ada (tak perlu bayar. Dahtermasuk dalam kadar sewa)

Gym Tak ada. Kena bayarextra RM80 - RM140 jikanak ambil keahlian gym

Ada dan percuma (khas untukpenyewa saja)

Kolam renang Tak ada. Kena bayarRM20 untuk sekali masuk

Ada dan percuma (khas untukpenyewa saja)

HINA KE MENYEWA : Panduan khas untuk anda yang nak tahu macam mana buat untung semasa menyewa

24

Fitness instructor Tak ada. Kena bayarextra RM80 - RM100sejam jika nak ambilservis fitness instructor

Ada dan percuma (khas untukpenyewa saja)

Weekly aktiviti Tak ada. Buatlah aktivitisendiri)

Ada dan percuma aktiviti setiapminggu (khas untuk penyewasaja)

Community manager -khas untuk jagapenyewa

Tiada. Pandai - pandailahurus sendiri jika berlakuapa - apa

Ada community manager jaga.Jika ada sebarang masalah katunit sewa, dia tolong setelkan.

Boleh buat hustleincome (sambil dudukmenyewa boleh janapendapatan sampingan)

Tiada Boleh. Minimum RM500sebulan kalau betul - betulfokus buat.

Co - working space(tempat untuk bekerjadengan wifi free)

Tiada Free khas untuk penyewa (siapdengan printer boleh gunasecara percuma)

Bayar sewa kosong /sambil miliki rumah

Tiada Boleh

Bilik untuk buat tiktok /content

Tiada Ada (percuma khas untukpenyewa)

Boleh tukar bilik / rumah Tak boleh Boleh jika ada masalah denganroomate (takde extra caj pun

Peluang untuk binanetworking

Tiada Ada. Penyewa mendapatpeluang untuk bina networking.

Total bayar setiap bulan Up to RM900- Bilik kosong minimumRM300- Internet RM100- Servis cleaningRM80/jam

Bawah RM500 all in

Penjimatan berapasebulan

RM0 Jimat RM400 sebulan

HINA KE MENYEWA : Panduan khas untuk anda yang nak tahu macam mana buat untung semasa menyewa

25

Kalau boleh, semua orang nak untung bila menyewa ni. Dari pihakpenyewa, mestilah nak rasa berbaloi bayar dengan bilik yang merekadapat.

Dan pasti ramai yang nak tahu cara untuk dapatkan rumah sewa yangharga okay kan. Tapi, macam mana nak buat semua ini? Tak payah tengokjauh-jauh.

Berdasarkan jadual di atas, anda boleh tengok yang duduk dekatkondominium Y yang ada konsep co - living lebih berbaloi untuk menyewa.Ada macam - macam kemudahan yang ada. Gym, kolam renang, fitnessinstructor, aktiviti setiap hujung minggu, dan banyak lagi lah. Semuanyaadalah percuma je khas untuk penyewa di kondominium Y.

Anda berminat nak duduk di kondominium baru fully furnish bayar lagiberbaloi daripada menyewa rumah flat? Bayaran sewa bilik pula bawahRM500 sebulan. Kalau jawapan anda YA, kami ada tawaran khas untukanda. Anda boleh datang join sesi Zoom kami dan tengok sendiri tawaranyang kami ada. Anda juga berpeluang untuk duduk di kondo secarapercuma.(tertakluk terma dan syarat)

Klik link ni sekarang untuk dapatkan lebih details:https://youtopiacoliving.com/ytpsession

Kami harap anda dapat manfaat daripada ebook ini. Oh ya, jika anda rasaebook ini sangat membantu dan memberi anda ilmu, boleh forwardkan jugakepada kawan - kawan dan kenalan yang anda ada supaya mereka punboleh belajar sama - sama. Takpe kami benarkan anda sebarkan ebookyang awesome ni.

Take care and stay safe!

#GilaHartanah

HINA KE MENYEWA : Panduan khas untuk anda yang nak tahu macam mana buat untung semasa menyewa

26