aturan urusa mesyuaran t - parlimen.gov.my · perkahwinan. tetap apabili suama berkenaai berkahwin...

8
MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT http://www.parlimen.gov.my HARI SELASA 22 APRIL 2003, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 7 1 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN (PM #30799 v1) 1. Puan Jaya Partiban minta MENTERI KESIHATAN menyatakan mengapakah pesakit perlu menunggu begitu lama untuk mendapat temu janji untuk rawatan Kimoterapi dan apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah ini. (PM #30855 v1) 2. Tuan Zainal bin Rampak minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan bagaimanakah perkembangan berhubung cadangan memasukkan pemberian faedah-faedah yang terdapat di dalam Akta Pekerjaan 1955 yang berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia ke dalam Ordinan Buruh Sarawak dan Sabah seperti yang telah dijanjikan oleh Yang Berhormat Menteri sekitar bulan Julai 2001. (PM #30906 v1) 3. Dato' Haji Muhammad bin Haji Abdul Ghani minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan adakah Kementerian mengkaji agar penerima-penerima Military Cross (MC) dan Military Medal (MM) diberi kemudahan serta pengiktirafan seperti penerima Panglima Gagah Berani (PGB) agar mereka boleh menikmati keistimewaan yang serupa. (PM #31128 v1) 4. Datuk Haji Rosli Mat Hassan minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan jumlah pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mengikut yang diambil bagi tingkatan 1 dan 4 untuk tahun kemasukan 2003.

Upload: others

Post on 15-Oct-2019

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

ATURAN URUSAN MESYUARAT

http://www.parlimen.gov.my

HARI SELASA 22 APRIL 2003, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 7 1

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

(PM #30799 v1) 1. Puan Jaya Partiban minta MENTERI KESIHATAN menyatakan

mengapakah pesakit perlu menunggu begitu lama untuk mendapat temu janji untuk rawatan Kimoterapi dan apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah ini.

(PM #30855 v1) 2. Tuan Zainal bin Rampak minta MENTERI SUMBER MANUSIA

menyatakan bagaimanakah perkembangan berhubung cadangan memasukkan pemberian faedah-faedah yang terdapat di dalam Akta Pekerjaan 1955 yang berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia ke dalam Ordinan Buruh Sarawak dan Sabah seperti yang telah dijanjikan oleh Yang Berhormat Menteri sekitar bulan Julai 2001.

(PM #30906 v1) 3. Dato' Haji Muhammad bin Haji Abdul Ghani minta MENTERI

PERTAHANAN menyatakan adakah Kementerian mengkaji agar penerima-penerima Military Cross (MC) dan Military Medal (MM) diberi kemudahan serta pengiktirafan seperti penerima Panglima Gagah Berani (PGB) agar mereka boleh menikmati keistimewaan yang serupa.

(PM #31128 v1) 4. Datuk Haji Rosli Mat Hassan minta MENTERI PEMBANGUNAN

USAHAWAN menyatakan jumlah pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mengikut yang diambil bagi tingkatan 1 dan 4 untuk tahun kemasukan 2003.

2 AUM DN 22/04/2003 (PM #31123 v1)

(PM #31095 v1) 5. Tuan Tan Cheng Tee minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN ALAM

SEKITAR menyatakan apakah tindakan susuian yang telah dan akan diambil oleh pihaknya bagi memastikan penerokaan kawasan hutan tanah tinggi di negara ini dapat diberhentikan dan mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pihak yang terlibat.

(PM #30821 v1) 6. Puan Hajah Jamilah binti Ibrahim minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan hasil siasatan ke atas kejadian atap bumbung makmal komputer yang runtuh di Sekolah Rendah Kebangsaan Bera, Pahang. Apakah langkah-langkah yang telah diambil bagi memastikan kualiti bahan-bahan binaan yang digunakan oleh semua kontraktor yang terlibat dalam kerja-kerja tersebut di seluruh negara memenuhi keperluan spesifikasi yang ditetapkan.

(PM #30788 v1) 7. Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar minta PERDANA MENTERI

menyatakan adakah Kumpulan Arqam benar-benar telah dilumpuhkan dan tidak berfungsi lagi dan bagaimana pemulihan dan pemantauan dilakukan ke atas bekas-bekas ahli kumpulan tersebut sekarang dan adakah kemungkinan bahawa mereka telah bergerak semula dalam bentuk kumpulan yang berlainan tetapi mempunyai matlamat dan ideologi yang sama seperti Kumpulan Arqam yang dahulu.

(PM #30932 v1) 8. Dato' Dr S. Vijayaratnam minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan

apakah Tentera Udara Di Raja Malaysia berpuas hati dengan prestasi kapal terbang-kapal terbang perang buatan Russia seperti MIG 29, berbanding dengan yang dibuat di Amerika Syarikat seperti F/A 18. Adakah Kementerian juga mengambil kira peruntukan kos alat-alat ganti dan penyenggaraan pesawat-pesawat tersebut.

(PM #31054 v1) 9. Puan Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Dun minta

MENTERI PERTANIAN menyatakan tahap pengeluaran beras dalam negara berbanding dengan penggunaannya.

(PM #31039 v1) 10. Datuk Yaakob bin Haji Mohammed minta MENTERI SUMBER

MANUSIA menyatakan tindakbalas (respons) yang telah didapati dari program yang dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Manusia seperti program MLVK dan program jangka pendek. Berapakah bilangan "Pelatih Semula" ini yang berjaya mendapatkan pekerjaan dan berapakah kos yang telah dibelanjakan.

3 AUM DN 22/04/2003 (PM #31123 v1)

(PM #31023 v1) 11. Puan Siw Chun a/p Earn minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan

apakah langkah yang diambil oleh pihak Kementerian bagi mengatasi masalah warganegara Malaysia yang masih memegang kad pengenalan merah (penduduk tetap).

(PM #30827 v1) 12. Tuan Sinniah a/I Raju minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan

komposisi anggota bukan melayu dalam Angkatan Tentera Malaysia amat berkurangan. Walaupun ramai yang berminat menyertai pasukan beruniform ini peluang dan publisiti tidak mencukupi. Apakah statistik komposisi kaum mengikut kategori dalam Angkatan Tentera Malaysia pada masa ini.

(PM #30748 v1) 13. Tuan Udam @ George Adam Talek minta MENTERI PERUMAHAN

DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan:-

(a) apakah tindakan yang telah dan akan diambil oleh pihaknya bagi memastikan permohonan untuk membuka Cyber Cafe di negara ini dapat diperketatkan memandangkan ia banyak menyumbang ke arah keruntuhan akhlak remaja di negara ini; dan

(b) bilakah stesen Balai Bomba dapat ditempatkan di kawasan Penempatan Semula penduduk di Sg. Asap, Bakun.

(PM #30950 v1) 14. Dato' Haji Arzmi bin Haji Abdul Hamid minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan memandangkan di kawasan luar bandar di mana terdapat Pusat Kesihatan Kecil hanya menempatkan satu hari sahaja perkhidmatan doktor dalam seminggu. Adakah Kementerian bercadang untuk menempatkan seorang doktor tetap di semua Pusat Kesihatan Kecil untuk rawatan kepada penduduk luar bandar.

(PM #30969 v1) 15. Dato' Long bin Jidin minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan

berapa banyakkah projek-projek secara runding terus yang gagal disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan oleh kontraktor asal dan apakah tindakan Kerajaan kepada kontraktor-kontraktortersebut.

(PM #31113 v1) 16. Tuan Kee Ah Kau minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan

adakah Kementerian sedar terdapat lelaki dan wanita kaum Cina yang telah berkahwin dan mempunyai anak tidak membuat pendaftaran perkahwinan. Tetapi apabila suami berkenaan berkahwin kali kedua baru mereka membuat pendaftaran perkahwinan. Apakah tindakan Kementerian terhadap perkara ini.

4 AUM DN 22/04/2003 (PM #31123 v1)

(PM #31053 v1) 17. Puan Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Dun minta

MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan sama ada Kementerian bercadang untuk melantik pembantu-pembantu guru di TABIKA-TABIKA yang belum mempunyai pembantu guru.

(PM #30845 v1) 18. Datuk William Lau Kung Hui minta MENTERI TENAGA, KOMUNIKASI

DAN MULTIMEDIA menyatakan memandangkan baru-baru ini sebuah Mahkamah Australia telah memutuskan bahawa tindakan mahkamah boleh diambil untuk saman malu terhadap sesuatu laman web walaupun ianya berpusat di Amerika Syarikat dan pendirian Kerajaan terhadap perkara tersebut dan adakah aspirasi membangunkan Koridor Raya Multimedia negara akan terjejas walaupun Kerajaan seringkali memberi jaminan bahawa laman web tempatan tidak akan ditapis.

(PM #30771 v1) 19. Dato' Ghazi @ Hasbullah bin Haji Ramli minta MENTERI PERTANIAN

menyatakan secara terperinci tentang proses pemodenan pertanian dan apakah perkembangan setakat ini terutamanya berkenaan proses pengeluaran bahan makanan.

(PM #30910 v1) 20. Dato' Haji Muhammad bin Haji Abdul Ghani minta MENTERI

PENDIDIKAN menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi kekurangan seramai 19,250 orang guru sehingga pada 15 Januari 2003 dan adakah Kementerian telah mengenal pasti aset graduan berjumlah 60,000 yang belum bekerja pada ketika ini.

(PM #30943 v1) 21. Dato' Haji Arzmi bin Haji Abdul Hamid minta MENTERI BELIA DAN

SUKAN menyatakan apakah rancangan jangka panjang Kementerian untuk program mengisi masa lapang kepada belia-belia yang menganggur khususnya di luar bandar.

(PM #30917 v1) 22. Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff minta MENTERI TANAH DAN

PEMBANGUNAN KOPERASI menyatakan apakah usaha-usaha Kerajaan dalam memastikan seluruh rakyat yang masih tidak memiliki tanah sendiri sehingga sekarang dapat memilikinya dan adakah Kerajaan meletakkan target bilakah masalah ini dapat diselesaikan.

5 AUM DN 22/04/2003 (PM #31123 v1)

(PM #30887 v1) 23. Tuan Haji Hassan bin Shukri minta MENTERI PERTANIAN menyatakan

strategi-strategi Kerajaan dalam membantu para petani bagi menghadapi kesan-kesan AFTA yang bermula pada tahun ini.

(PM #30933 v1) 24. Dato' Dr S. Vijayaratnam minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan apakah perlindungan yang diberi kepada pihak majikan yang menghadapi kesalahan yang dilakukan oleh pembantu-pembantu rumah asing, seperti memecah kontrak dan memohon balik kewarganegaraan dengan serta merta, atau lari dari rumah majikan dengan tiada sebab, atau memusnahkan harta benda majikan yang terlibat.

(PM #30837 v1) 25. Puan Hajah Safinah binti Jusoh minta MENTERI PERDAGANGAN

ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan sejauh manakah Pameran Showcase Malaysia 2003 yang diadakan sepanjang Sidang Kemuncak NAM ke-13 baru-baru ini berjaya menarik minat pelaburan asing.

(PM #30772 v1) 26. Dato' Ghazi @ Hasbullah bin Haji Ramii minta MENTERI PERTANIAN

menyatakan secara terperinci skim transformasi Usahawan Sektor Ternakan atau TRUST dan galakan yang diberi untuk mewujudkan usahawan Bumiputera yang berdaya saing dalam sektor ternakan. Bagaimana pihak Kementerian dapat membantu dalam mempercepatkan pertumbuhan industri ternakan negara agar dapat bersaing di peringkat antarabangsa.

(PM #30869 v1) 27. Tuan K.R.A. Naidu minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan

sebab-sebab penangkapan pakar-pakar ICT dari luar negara pada 9 Mac 2003 di Kondominium Palm Court Brickfields. Memandangkan mereka ini terdiri dari golongan profesional adakah tindakan ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk memajukan negara di bidang ICT.

(PM #30881 v1) 28. Datuk Christina Tibok Vanhouten minta MENTERI PEMBANGUNAN

WANITA DAN KELUARGA menyatakan jika satu kajian telah dibuat di seluruh Malaysia tentang bilangan ibu tunggal dan balu di semua negeri dan apakah tindakan yang diambil oleh Kementerian untuk membantu golongan ini.

PM #30885 v1) 29. Tuan Hassan bin Shukri minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan

apakah fungsi dan bidang tugas sebenar Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan oleh Tan Sri Murad Mohd Noor.

6 AUM DN 22/04/2003 (PM #31123 v1)

(PM #30757 v1) Tuan Udam @ George Adam Talek minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah tindakan pihaknya bagi memastikan Program Khidmat Negara mendapat sambutan yang baik daripada golongan belia negara sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk menerapkan sikap patriotik kepada rakyat Malaysia.

7 AUMDN 22/04/2003 (PM #31123 v1)

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

(D.R. 1/2003) Rang Undang-undang Bantuan Guaman (Pindaan) 2003 -Menyambung semula Perbahasan atas Masalah, " Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang" (21 April 2003).

(D.R. 2/2003) Rang Undang-undang Kanun Tanah Bacaan Kali Negara (Pengesahan)2003 Yang Kedua

(D.R. 7/2003) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2002) 2003.

(D.R. 9/2003) Rang Undang-undang Pemberi Pinjam Wang (Pindaan) 2003

(D.R. 8/2003) Rang Undang-undang Penerbangan Awam (Pindaan) 2003

(D.R. 3/2003) Rang Undang-undang Penjara (Pindaan) 2003

(D.R. 5/2003) Rang Undang-undang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 2003

(D.R. 6/2003) Rang Undang-undang Perindustrian Sekuriti Pesisir Labuan (Pindaan) 2003

8 AUM DN 22/04/2003 (PM #31123 v1)

RiSALAT-RISALAT YANG DIB AW A KE DALAM MESYUARAT

TAHUN RISALAT/DOKUMEN TARIKH 2 Q Q 3 D I B E N T A N G K A N

ST. 20 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 22 April 2003 Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) tahun 2001.

ST. 22 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 22 April, 2003 Lembaga (Penyelidikan dan Kemajuan) Perusahaan Timah tahun 2001.

ST. 23 Laporan Tahunan Perbadanan Putrajaya 22 April, 2003 tahun 1997.

ST. 24 Laporan Tahunan Perbadanan Putrajaya 22 April, 2003 tahun 1998.

ST. 28 Perintah Kolej Universiti Terengganu 22 April, 2003 (Perbadanan) (Pindaan) 2002.

ST. 29 Perintah Jalan Persekutuan (Malaysia Barat) 22 April, 2003 (Pindaan) 2003.

ST. 30 Perintah Jalan Persekutuan (Malaysia Barat) 22 April, 2003 (Pindaan) (No. 2)2003.

ST. 32 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 22 April, 2003 Universiti Teknologi Mara (UiTM) tahun 2000.

ST. 34 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) tahun 2001.

22 April, 2003