aturan urusa mesyuaran t - parlimen.gov.my · pinjaman buk teku (spbts d sji) k (c) sj, k (t) smk,...

11
MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT http://www.parlimen.gov.my HARI SELASA 1 JULAI 2003, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 13 1 MENGANGKAT SUMPAH PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN (PM #33130 v1) 1. Datuk Hajah Dayang Mahani binti Tun Pg. Haji Ahmad Raffae minta MENTERI KE WANG AN meriyatakan sama ada Kerajaan sedar bahawa akibat daripada peperangan Iraq dan rancangan ekonomi Amerika pada akhir-akhir ini menunjukkan kelemahan yang ketara dan besar kemungkinan akan memberi kesan negatif kepada ekonomi negara kita. Oleh yang demikian apakah pelan tindakan Kerajaan untuk melindungi ekonomi negara kita disebabkan kita terlalu bergantung kepada hasil eksport. (PM #33086 v1) 2. Dato Mohamad Taha Ariffin minta MENTERI PENERANGAN menyatakan memandangkan pembangunan industri perfileman negara masih lagi belum bertapak dengan kukuhnya sungguhpun sudah berusia lebih setengah abad apakah kajian dan analisis terperinci sudah dibuat mengenai keupayaan dan kelemahan Malaysia dalam bidang ini dan apakah langkah yang akan dibuat untuk memajukan industri ini ke tahap antarabangsa. (PM #33273 v1) 3. Datuk Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas AlHabshee minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah tindakan pro-aktif yang telah dan akan diambil oleh pihaknya untuk memberi taklimat kepada diplomat- diplomat atau perwakilan asing di Kuala Lumpur tanpa perlu menunggu arahan daripada pihak kepimpinan tertinggi negara dalam sesuatu isu yang melibatkan kepentingan negara kita.

Upload: others

Post on 01-Sep-2019

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ATURAN URUSA MESYUARAN T - parlimen.gov.my · Pinjaman Buk Teku (SPBTs d SJi) K (C) SJ, K (T) SMK, , SMKA, SMT dan SMV lain daripada SK & SMAR; da n (b) adaka Kementeria sedih menyatukana

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

ATURAN URUSAN MESYUARAT

http://www.parlimen.gov.my

HARI SELASA 1 JULAI 2003, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 13 1

MENGANGKAT SUMPAH

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

(PM #33130 v1) 1. Datuk Hajah Dayang Mahani binti Tun Pg. Haji Ahmad Raffae minta

MENTERI KE WANG AN meriyatakan sama ada Kerajaan sedar bahawa akibat daripada peperangan Iraq dan rancangan ekonomi Amerika pada akhir-akhir ini menunjukkan kelemahan yang ketara dan besar kemungkinan akan memberi kesan negatif kepada ekonomi negara kita. Oleh yang demikian apakah pelan tindakan Kerajaan untuk melindungi ekonomi negara kita disebabkan kita terlalu bergantung kepada hasil eksport.

(PM #33086 v1) 2. Dato Mohamad Taha Ariffin minta MENTERI PENERANGAN

menyatakan memandangkan pembangunan industri perfileman negara masih lagi belum bertapak dengan kukuhnya sungguhpun sudah berusia lebih setengah abad apakah kajian dan analisis terperinci sudah dibuat mengenai keupayaan dan kelemahan Malaysia dalam bidang ini dan apakah langkah yang akan dibuat untuk memajukan industri ini ke tahap antarabangsa.

(PM #33273 v1) 3. Datuk Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas AlHabshee minta MENTERI

LUAR NEGERI menyatakan apakah tindakan pro-aktif yang telah dan akan diambil oleh pihaknya untuk memberi taklimat kepada diplomat-diplomat atau perwakilan asing di Kuala Lumpur tanpa perlu menunggu arahan daripada pihak kepimpinan tertinggi negara dalam sesuatu isu yang melibatkan kepentingan negara kita.

Page 2: ATURAN URUSA MESYUARAN T - parlimen.gov.my · Pinjaman Buk Teku (SPBTs d SJi) K (C) SJ, K (T) SMK, , SMKA, SMT dan SMV lain daripada SK & SMAR; da n (b) adaka Kementeria sedih menyatukana

2 AUM DN 01/07/2003 (PM #33373 v1)

(PM #33217 v1) 4. Datuk William Lau Kung Hui minta MENTERI PENGANGKUTAN

menyatakan sebagai langkah utama menjadikan pelabuhan-pelabuhan Malaysia sebagai industri maritim yang mampu bersaing dengan pelabuhan-pelabuhan strategik di seluruh dunia, apakah langkah yang diambil oleh Kementerian berikutan tindakan Lembaga Pelabuhan Bintulu mengenakan bayaran pelabuhan yang terlalu tinggi berbanding Iain-Iain pelabuhan tempatan dan dunia.

(PM #33313 v1) 5. Tuan Wan Nordin bin Che Murat minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan apakah respons dan reaksi segera yang telah diambil oleh Kementerian dalam usaha memantau serta meningkatkan kualiti servis perubatan di hospital-hospital dan klinik-klinik awam memandangkan terdapat aduan orang ramai terhadap berlakunya kes-kes kecuaian hospital sehingga menyebabkan komplikasi dan merbahayakan kesihatan mereka seperti kesilapan suntikan, alat pembedahan yang tertinggal di dalam tubuh dan sebagainya.

(PM #33168 v1) 6. Tuan Krishnan a/I Maniam minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan

sejauh manakah keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran subjek Sains dan Matematik dan apakah langkah Kerajaan kepada sekolah-sekolah yang terletak di kawasan luar bandar yang mana tiada mempunyai bekalan elektrik.

(PM #33304 v1) 7. Datuk Nor Azah binti Awin minta MENTERI KEWANGAN menyatakan

apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk mengelakkan dan seterusnya menghakis amalan pecah amanah oleh pihak pengurusan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

(PM #33261 v1) 8. Dato' Dr S. Vijayaratnam minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan

perkembangan rancangan untuk membina suatu lebuhraya dari Seremban ke Kuala Pilah.

(PM #33118 v1) 9. Puan Siw Chun a/p Earn minta MENTERI SUMBER MANUSIA

menyatakan adakah pihak Kementerian memberi peluang kepada kaum ibu-tunggal bagi mengikuti kursus-kursus MLVK yang dianjurkan oleh pihak Kementerian.

(PM #33553 v1) 10. Datuk Christine Tibok-Vanhouten minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan jika ada dapat dikesan masalah pemalsuan kad pengenalan semenjak Kerajaan memperkenalkan My-Kad pada tahun 2002.

Page 3: ATURAN URUSA MESYUARAN T - parlimen.gov.my · Pinjaman Buk Teku (SPBTs d SJi) K (C) SJ, K (T) SMK, , SMKA, SMT dan SMV lain daripada SK & SMAR; da n (b) adaka Kementeria sedih menyatukana

3 AUM DN 01/07/2003 (PM #33373 v1)

(PM #33117 v1) Tuan Yew Tuan Chiew @ Yew Tuan Siew minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk mencepatkan "Multi-Purpose" MY Kad digunakan dengan lancar.

(PM #33360 v1) Tuan Tan Cheng Tee minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah "Lebuhraya Kaseh" yang akan menghubungkan Kajang-Nilai dan Seremban akan dibuka untuk kegunaan orang ramai memandangkan dengan kepesatan pembangunan di kawasan Kajang dan Semenyih telah membuatkan jalan lama Persekutuan tidak lagi sesuai dan dapat menampung jumlah kenderaan yang begitu banyak di kawasan tersebut.

(PM #33246 v1) Puan Mariah binti Haji Abdullah minta MENTERI PENERANGAN menyatakan adakah Kementerian akan mewujudkan satu garis panduan kepada syarikat-syarikat pengeluaran makanan segera dan ringan bagi mengawal iklan-iklan makanan segera di televisyen RTM, TV 3 dan NTV7 yang sejak akhir-akhir ini keterlaluan dan melanggar tatasusila Islam dan budaya bangsa Melayu.

(PM #33095 v1) Dato' Dr. Chin Fook Weng minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan perkembangan yang terkini mengenai cadangan untuk menaikkan had laju di lebuhraya daripada 110 kepada 120 kmj.

(PM #33069 v1) Dato' Hj. Arzmi bin Hj. Abdul Hamid minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan bagaimanakah status dan perkembangan Universiti Kuala Lumpur dan apakah syarat-syarat minimum untuk pengajian Diploma dan Ijazah serta kursus-kursus yang akan ditawarkan.

(PM #33111 v1) To' Puan Wan Seri @ Wan Asiah binti Ahmad minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejak akhir-akhir ini terdapat kejadian rompakan menggunakan bom dan senjata-senjata yang boleh membunuh mangsa rompakan, apakah langkah-langkah dan strategi terkini Kerajaan dalam menangani perkara ini.

(PM #33377 v1) Dato' Hamzah bin Zainudin minta PERDANA MENTERI menyatakan pelaksanaan piawaian tanda "HALAL" kerana ianya terus dieksploitasikan.

Page 4: ATURAN URUSA MESYUARAN T - parlimen.gov.my · Pinjaman Buk Teku (SPBTs d SJi) K (C) SJ, K (T) SMK, , SMKA, SMT dan SMV lain daripada SK & SMAR; da n (b) adaka Kementeria sedih menyatukana

4 AUM DN 01/07/2003 (PM #33373 v1)

(PM #33105 v1) 18. Datuk Yaakob bin Hj. Mohammed minta MENTERI LUAR NEGERI

menyatakan apakah bentuk perimbangan dasar dan strategi dasar luar negara bagi memastikan agar kekuatan ekonomi, pertahanan dan kestabilan politik negara senantiasa terus terjamin bagi mengelakkan ianya dikuasai atau dicorak mengikut telunjuk kuasa-kuasa negara luar.

(PM #33133 v1) 19. Dato' Lau Yin Pin @ Lau Yen Beng minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan bilangan sukarelawan hospital yang berdaftar dengan hospital Kerajaan mengikut negeri dan bangsa serta imbuhan yang diberikan kepada mereka untuk menggalakkan lebih ramai menyertai perkhidmatan sukarelawan ini.

(PM #33070 v1) 20. Dato1 Hj. Arzmi bin Hj. Abdul Hamid minta MENTERI PERUMAHAN

DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah langkah serius Kementerian bagi mengelakkan daripada berlakunya pertumbuhan gerai maut di tepi jalan. Apakah perancangan Kementerian untuk mengelakkan daripada berlakunya kemalangan seperti yang berlaku baru-baru ini.

(PM #33160 v1) 21. Tuan Sinniah a/I Raju minta MENTERI KESIHATAN menyatakan

hospital-hospital Kerajaan perlu meningkatkan perkhidmatan rawatan di unit luar kerana pada masa ini, pesakit-pesakit perlu menunggu >2 hari atau 1 hari sebelum diberi rawatan. Apakah sebab-sebab masalah ini berlaku dan apakah langkah-langkah yang diambil oleh hospital-hospital Kerajaan di negara ini untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan.

(PM #33166 v1) 22. Tuan Wee Kok Tiong minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan:-

(a) adakah benar, kebanyakan sekolah bantuan Kerajaan di negeri Sarawak masih tidak mempunyai atau kekurangan Pengetua Sekolah; dan

(b) jika benar, berapakah jumlah dan namakan sekolah tersebut serta apakah langkah-langkah akan diambil oleh Kementerian bagi mengatasi masalah tersebut.

(PM #33193 v1) 23. Puan Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd. minta

MENTERI TENAGA, KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan bilangan pusat Internet Desa yang telah diwujudkan di negeri Sabah dan di manakah lokasinya.

Page 5: ATURAN URUSA MESYUARAN T - parlimen.gov.my · Pinjaman Buk Teku (SPBTs d SJi) K (C) SJ, K (T) SMK, , SMKA, SMT dan SMV lain daripada SK & SMAR; da n (b) adaka Kementeria sedih menyatukana

5 AUM DN 01/07/2003 (PM #33373 v1)

(PM #33202 v1) Tuan Hassan bin Haji Shukri minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah tahanan yang sedang ditahan di bawah Akta Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK) dan apakah jenis-jenis kesalahan yang dilakukan.

(PM #33134 v1) Dato' Lau Yin Pin @ Lau Yen Beng minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah syarikat dan pelaburan yang telah diluluskan oleh MIDA bagi negeri Terengganu pada tahun 2002 dan empat bulan pertama 2003. Sila senaraikan jenis-jenis perkilangan yang telah diluluskan.

(PM #33114 v1) To' Puan Wan Seri @ Wan Asiah binti Ahmad minta MENTERI KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN PELANCONGAN menyatakan selepas redanya wabak SARS, bagaimanakah perkembangan industri pelancongan di negara ini.

(PM #33150 v1) Puan Hajah Che Jam binti Haron minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan apakah jadual rancangan Kementerian untuk melahirkan Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) maju kampung berjaya dan susulan bimbingan melalui NGOS di kampung atau sumbangan khidmat dari pelbagai agensi pembantu yang ada masa kini dalam mencapai wawasan tersebut.

(PM #33203 v1) Tuan Hassan bin Haji Shukri minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah saham yang dimiliki oleh Tabung Haji dalam PASDEC dan adakah Tabung Haji sebagai pemegang saham PASDEC terlibat ketika memutuskan pelaburan PASDEC dalam Kasino Bukit Tinggi.

(PM #33282 v1) Dato' Ghazi @ Hasbullah bin Haji Ramli minta MENTERI KEWANGAN menyatakan secara terperinci langkah-langkah serta pendekatan yang diambil oleh pihak Kementerian dalam mengatasi masalah Wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) akan memberi kesan 5.0 hingga 11.0 peratus ke atas unjuran keuntungan bank-bank di negara-negara yang dijangkiti dengan teruk, kata The Asian Banker. Apakah cadangan pihak Kementerian dalam mengkaji semula strategi perniagaan di kalangan bank-bank bagi negara-negara yang terlibat dengan wabak SARS.

Page 6: ATURAN URUSA MESYUARAN T - parlimen.gov.my · Pinjaman Buk Teku (SPBTs d SJi) K (C) SJ, K (T) SMK, , SMKA, SMT dan SMV lain daripada SK & SMAR; da n (b) adaka Kementeria sedih menyatukana

6 AUM DN 01/07/2003 (PM #33373 v1)

(PM #33223 v1) 30. Datuk Dr. Hj. Haris bin Hj. Salleh minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan adakah Kerajaan masih memegang kepada unjuran pertumbuhan ekonomi 4.5% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tahun 2003, memandangkan ketidaktentuan ekonomi dunia khususnya ekonomi Amerika Syarikat, mengapa.

(PM #33234 v1) 31. Dato" Haji Muhammad bin Haji Abdul Ghani minta MENTERI DALAM

NEGERI menyatakan apakah langkah yang telah diambil untuk membanteras 'Perkampungan Haram Pendatang Tanpa Izin' yang masih berleluasa di sekitartapak pembangunan dan pertanian.

(PM #33249 v1) 32. Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan sejauh manakah kebenarannya bahawa dasar Kementerian akan mengenakan caj yang sama seperti yang dikenakan oleh hospital swasta kepada seseorang pesakit jika pesakit tersebut dirujuk dari hospital swasta ke hospital Kerajaan untuk rawatan dan khidmat perubatan seterusnya. Berbanding dengan pesakit yang sama jika ianya sendiri terus pergi ke hospital Kerajaan untuk rawatan, cajnya lebih murah.

(PM #33090 v1) 33. Tuan Poh Mok Hua @ Poh Bak Hoe minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan:-

(a) apakah sebab-sebabnya syarat kelayakan meminjam Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) di SJK (C), SJK (T), SMK, SMKA, SMT dan SMV lain daripada SK & SMAR; dan

(b) adakah Kementerian sedia menyatukan syarat kelayakan meminjam Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) di semua sekolah.

(PM #33071 v1) 34. Dato' Hj. Arzmi bin Hj. Abdul Hamid minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan apakah perkembangan terbaru mengenai kemudahan pinjaman segera RM5.000 ke bawah oleh Bank-Bank tertentu kepada peniaga-peniaga kecil bagi mengelakkan penglibatan Ceti Haram dan Along.

(PM #33135 v1) 35. Dato' Lau Yin Pin @ Lau Yen Beng minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan memandangkan 'fiasco' Pan Pharmaceuticals, bagaimanakah Kementerian Kesihatan memastikan ubat-ubatan dan produk-produk penjagaan kesihatan yang diimport bebas dari penipuan dalam proses pembuatan.

Page 7: ATURAN URUSA MESYUARAN T - parlimen.gov.my · Pinjaman Buk Teku (SPBTs d SJi) K (C) SJ, K (T) SMK, , SMKA, SMT dan SMV lain daripada SK & SMAR; da n (b) adaka Kementeria sedih menyatukana

7 AUM DN 01/07/2003 (PM #33373 v1)

(PM #33204 v1) 36. Tuan Hassan bin Haji Shukri minta PERDANA MENTERI menyatakan

jumlah pinjaman boleh ubah yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar IPTA mengikut tahun antara 1990 hingga 2000.

(PM #33237 v1) 37. Dato' Haji Muhammad bin Haji Abdul Ghani minta MENTERI

PERTANIAN menyatakan sama ada galakan telah atau akan diberikan kepada graduan yang menganggur untuk menceburi sektor pertanian melalui skim tertentu atau latihan yang bersesuaian.

(PM #33061 v1) 38. Tuan K.R.A. Naidu minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah

pelajar-pelajar yang memasuki IPTA di seluruh negara pada tahun 2003 mengikut kaum dan jurusan.

(PM #33328 v1) 39. Puan Lim Kee Moi minta MENTERI PERTANIAN menyatakan apakah

tindakan-tindakan yang telah dan akan diambil oleh Kementerian untuk membantu pengusaha-pengusaha mengurangkan kos pengeluaran dari segi input pertanian dan pengangkutan supaya mereka dapat bersaing dengan pengeluar seperti di Thailand, Indonesia dan Iain-Iain negara.

(PM #33333 v1) 40. Tuan Haji Abdul Rahman bin Palit minta MENTERI LUAR NEGERI

menyatakan langkah Kementerian menyediakan kepakaran undang-undang antarabangsa yang membolehkan negara mempertahankan kedaulatan negara berkaitan dengan kawasan dan kepentingan persempadanan negara berhubung tuntutan kawasan dari negara jiran.

(PM #33345 v1) 41. Tuan Yew Teong Look minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apa

sebabnya ada bank yang mengenakan bayaran servis tambahan kepada pemegang akaun semasa bila cek tunai ditunaikan oleh pembawa cek dan pengeluaran tunai melalui mesin ATM. Adakah pelaksanaan bank ini mendapat kelulusan Bank Negara dan adakah ini akan mempengaruhi usaha Kerajaan yang sedang menambah aliran tunai (cash liquidity) negara demi pembangunan ekonomi.

(PM #33351 v1) 42. Tuan Ismail bin Kassim minta MENTERI KEWANGAN menyatakan

sejauh manakah perkembangan Valuecap semenjak ianya diperkenalkan baru-baru ini bagi tujuan merangsangkan pertumbuhan ekonomi negara kita.

Page 8: ATURAN URUSA MESYUARAN T - parlimen.gov.my · Pinjaman Buk Teku (SPBTs d SJi) K (C) SJ, K (T) SMK, , SMKA, SMT dan SMV lain daripada SK & SMAR; da n (b) adaka Kementeria sedih menyatukana

8 AUM DN 01/07/2003 (PM #33373 v1)

(PM #33314 v1) 43. Tuan Wan Nordin bin Che Murat minta MENTERI PEMBANGUNAN

USAHAWAN menyatakan statistik secara terperinci terdapat jumlah dana yang telah diluluskan serta jumlah usahawan yang terbabit mengikut peringkat umur untuk program pembangunan usahawan hingga ke setakat ini, dan apakah sumbangan langsung projek-projek tersebut terhadap pasaran kerja dan pembangunan ekonomi negara secara khususnya.

(PM #33334 v1) 44. Tuan Haji Abdul Rahman bin Palit minta MENTERI PERDAGANGAN

ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan adakah langkah-langkah Kementerian untuk mempertingkat "value added productivity" setakat ini membuktikan kejayaan dan langkah-langkah tambahan yang membolehkan R & D dipertingkatkan untuk membolehkan kita mampu bersaing di pasaran antarabangsa.

(PM #33353 v1) 45. Tuan Ismail bin Kassim minta MENTERI BELIA DAN SUKAN

menyatakan apakah tindakan yang telah dan akan diambil oleh Kementerian bagi mempromosikan sukan Futsal di negara ini memandangkan banyak rungutan diterima mengenai kos sewa gelanggang sukan Futsal di negara ini terlalu tinggi sehingga mencecah RM120 untuk sejam. Apakah langkah penyelesaian pihak Kementerian terhadap perkara ini disebabkan sukan Futsal mendapat sambutan yang baik daripada golongan belia dan remaja kita.

(PM #33136 v1) 46. Dato' Lau Yin Pin @ Lau Yen Beng minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan sama ada skim KWSP yang diadakan sekarang benar-benar dapat menjaga kepentingan pencarum selepas bersara memandangkan banyak skim pengeluaran yang telah diluluskan yang boleh dikeluarkan oleh pencarum sebelum bersara, manakala motto KWSP adalah 'Simpanan Untuk Hari Tua\

(PM #33240 v1) 47. Dato' Haji Muhammad bin Haji Abdul Ghani minta MENTERI

PERTAHANAN menyatakan tentang langkah-langkah awal yang telah diambil bagi memastikan penyalahgunaan kuasa serta unsur-unsur rasuah tidak berlaku di Kementerian Pertahanan, terutama sekali dalam sektoryang melibatkan pengurusan tender dan kewangan.

Page 9: ATURAN URUSA MESYUARAN T - parlimen.gov.my · Pinjaman Buk Teku (SPBTs d SJi) K (C) SJ, K (T) SMK, , SMKA, SMT dan SMV lain daripada SK & SMAR; da n (b) adaka Kementeria sedih menyatukana

9 AUM DN 01/07/2003 (PM #33373 v1)

(PM #33250 v1) Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar minta MENTERI KEWANGAN menyatakan di bawah Pakej Strategi Baru Ekonomi yang diumumkan pada 21/05/2003, di antaranya menggariskan bantuan kepada sektor yang mengalami kesan buruk secara langsung akibat pencerobohan AS ke atas Iraq dan penularan wabak SARS. Adakah bantuan tersebut dipanjangkan juga kepada sektor-sektor lain yang secara tidak langsung juga mengalami kesan negatif yang sama, dan mekanisme pihak Kementerian untuk memantau ketelusan dan keberkesanan perlaksanaan bantuan tersebut.

(PM #33284 v1) Dato' Ghazi @ Hasbullah bin Haji Ramli minta MENTERI KEWANGAN menyatakan secara terperinci berkenaan pengagihan kemudahan pinjaman sebanyak RM1.6 bilion yang diagihkan oleh Malaysian Debt Venture Bhd (MDV), syarikat milik penuh Kementerian Kewangan bagi pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di negara ini sejak dilancarkan lapan bulan lalu.

(PM #33315 v1) Tuan Wan Nordin bin Che Murat minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kementerian telah menjalankan satu kajian khusus mengikut kaitan masalah dan pencapaian pelajar luar bandar terhadap mata pelajaran Bahasa Inggeris, dan apakah langkah yang telah diambil selain memperkenal pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris bagi meningkatkan pencapaian Bahasa Inggeris di luar bandar ini.

(PM #33262 v1) Dato' Dr S. Vijayaratnam minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengapa persefahaman dengan sebuah syarikat limosin Kerajaan telah ditamatkan, dan adakah pihak Kerajaan menghadapi kerugian dalam perkara tersebut.

(PM #33277 v1) Datuk Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas AlHabshee minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI sejauh manakah kejayaan pihak Kementerian dalam menarik minat para pelabur asing untuk datang melabur ke negara kita sejak 3 tahun kebelakangan ini.

(PM #33147 v1) Puan Hajah Che Jam binti Haron minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan atlet yang menceburkan diri dalam pelbagai acara sukan berperanan penting untuk memasyhurkan dan mengharumkan nama negara. Ramai di antara mereka telah melakukan yang terbaik serta penuh disiplin dengan semangat Malaysia Boleh. Apakah rancangan yang telah, sedang dan akan dijalankan oleh Kementerian sebagai memelihara kebajikan atlet khususnya setelah mereka bersara atau tidak lagi berupaya untuk berkhidmat.

Page 10: ATURAN URUSA MESYUARAN T - parlimen.gov.my · Pinjaman Buk Teku (SPBTs d SJi) K (C) SJ, K (T) SMK, , SMKA, SMT dan SMV lain daripada SK & SMAR; da n (b) adaka Kementeria sedih menyatukana

10 AUM DN 01/07/2003 (PM #33373 v1)

A

ATURAN URUSAN MESYUARAT

1. (D.R. 10/2003)

2. (D.R.13/2003)

3. (D.R. 12/2003)

4. (D.R. 15/2003)

5. (D.R. 16/2003)

6. (D.R. 19/2003)

7. (D.R. 14/2003)

8. (D.R. 17/2003)

9. (D.R. 21/2003)

10. (D.R. 20/2003)

11. (D.R. 27/2003)

12. (D.R. 18/2003)

Rang Undang-undang Hakcipta (Pindaan) 2003 -Menyambung semula Perbahasan atas masalah "Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang". [30 Jun, 2003]

Rang Undang-undang Kebankrapan Bacaan Kali (Pindaan) 2003 Yang Kedua

Rang Undang-undang Paten (Pindaan) 2003

Rang Undang-undang Pelindungan Pengguna (Pindaan) 2003

Rang Undang-undang Pembayaran 2003

Sistem

Rang Undang-undang Istana Negara (Elaun-Elaun Diraja)(Pindaan) 2003

Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2003

Rang Undang-undang Latihan Khidmat Negara 2003

Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2003

Rang Undang-undang Lembaga Akreditasi Negara (Pindaan) 2003

Rang Undang-undang Pendaftaran Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 2003

Rang Undang-undang Arkib Negara 2003

Page 11: ATURAN URUSA MESYUARAN T - parlimen.gov.my · Pinjaman Buk Teku (SPBTs d SJi) K (C) SJ, K (T) SMK, , SMKA, SMT dan SMV lain daripada SK & SMAR; da n (b) adaka Kementeria sedih menyatukana

11 AUM DN 01/07/2003 (PM #33373 v1)

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT

TAHUN RISALAT/DOKUMEN TARIKH 2003 DIBENTANGKAN

ST. 110 Laporan Tahunan Irisurans Tahun 2002. 1 Julai 2003

ST. 111 Laporan Tahunan Takaful Tahun 2002. 1 Julai 2003

ST. 114 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 1 Julai 2003 Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan tahun 2002.

ST. 117 Concerning The Authorization Of The 1 Julai 2003 Government Of Malaysia To Purchase Fighting And Rescue Equipment As An Agent For And On Behalf Of The Bank And The Sale Thereof To The Government Of Malaysia For Use In The Procurement Of Fire Fighting Rescue Equipment (Phase-ll) Project In Malaysia.

DN. 1 Laporan Yang Pertama Jawatankuasa 1 Julai 2003 Tahun 2003 Pemilih (Penggal Kelima).

Dikemukakan Oleh Yang Berhormat Datuk Haji Gapar Bin Gurrohu (Pengerusi).