b a h a g i a n p e r k h i d m a t a n f a r m a s i , j

13
Bahagian Perkhidmatan Farmasi , JKWPL Jalan Tanjung Teras, Peti Surat 81657, 87026 WP Labuan Telephone 087-411416 Fax 087-421416 Email farmasi_jkwpl@moh .gov.my Apakah itu Tuberkulosis ? Tuberkulosis atau Tibi merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Ke- biasaannya, bakteria ini menyerang bahagian paru-paru (tuberkulosis pulmonari). Kadang-kala, ia juga boleh me- nyerang organ badan yang lain seperti otak, jantung, tulang belakang, nodus limfa, buah pinggang, dan bahagian usus manusia (tuberkulosis ekstrapulmonari). Menurut World Health Organization (WHO), Tibi termasuk dalam 10 penyakit besar yang menyebabkan kematian diseluruh dunia. Walaubagaimanapun, dengan pengesanan awal dan rawatan yang sempurna, penyakit ini boleh dirawat dan dicegah. Bagaimana Tuberkulosis Tersebar ? Kuman tibi tersebar melalui udara. Apabila pesakit Tibi batuk, bersin atau meludah, titisan air kecil yang mengandungi kuman tibi akan tersebar diudara. Orang yang terhidu titisan air kecil ini akan dijangkiti kuman tersebut. Wa- laubagaimanapun, jangkitan penyakit biasanya hanya berlaku dengan pendedahan berterusan. Penyakit tibi boleh dibahagikan kepada Active TB dan Latent TB. Dianggarkan satu per empat daripada jumlah penduduk dunia sudah pun dijangkiti oleh kuman tibi, tetapi golongan ini tidak menunjukkan tanda-tanda penyakit tibi malah tidak akan menyebarkan kuman ini kepada orang lain. Hal ini kerana kuman-kuman tersebut terpendam dan tidak aktif dalam badan mereka (Latent TB). Kebanyakan individu ini berkemungkinan tidak akan mendapat penyakit tibi sehingga ke akhir hayat mereka. Kuman-kuman tibi ini akan menjadi aktif apabila sistem imunasasi gagal menghalang mereka daripada membiak di dalam badan manusia (Active TB). Sesetengah individu boleh mendapat penyakit tibi sebaik saja dijangkiti kuman tibi sekiranya sistem imunisasi mereka belum bersedia atau tidak sempat melawan kuman tersebut. Manakala bagi individu lain pula, mereka hanya akan jatuh sakit apabila kuman-kuman yang dahulunya terpendam menjadi aktif dan bertindak balas akibat daripada sistem imunisasi yang semakin lemah. Proses ini mungkin akan mengambil masa sehingga ber- tahun lamanya. Golongan Berisiko Tinggi? Mereka ini terdiri daripada golongan yang mempunyai daya ketahanan badan yang rendah seperti bayi, kanak-kanak atau orang tua. Pesakit yang menghidap penyakit yang boleh mengurangkan daya ketahanan badan (penghidap HIV, pesakit kencing manis, pesakit buah pinggang tahap akhir atau pesakit kanser) dan golongan yang mengambil rawatan yang akan merendahkan tahap daya ketahanan badan atau sistem imunisasi juga berisiko untuk mendapat penyakit tibi turut berisiko mendapat penyakit tibi. Contohnya, pesakit yang menjalankan pemindahan organ, pesakit yang sedang mengambil rawatan kemoterapi, dan pesakit yang mengambil rawatan steroid seperti pesakit Systematic Lupus Ery- themotosus (SLE), psoriasis dan sebagainya. Isi Kandungan Apakah itu Tuberkulosis ? 1 Pendispensan Ubat Susulan Setempat (PUSS) Klinik 3 Kawaan Produk Kosmetik DI Malaysia 4 Hologram Meditag 4 7 Pengalaman PRP Hospital Labuan 10 Pertandingan Karom Sempena Kem Kecergasan Zon Borneo Utara 12 BULETIN FARMASI 2018 BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI, JKWPL JABATAN KESIHATAN WP LABUAN BULETIN FARMASI 2018 TANDA-TANDA PENYAKIT TIBI · Batuk berpanjangan selama 2 minggu atau lebih · Berat badan menurun · Kurang selera makan · Kahak berdarah · Berpeluh-peluh pada waktu malam Page 1

Upload: others

Post on 23-Oct-2021

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: B A H A G I A N P E R K H I D M A T A N F A R M A S I , J

Bahagian Perkhidmatan

Farmasi , JKWPL

Jalan Tanjung Teras, Peti

Surat 81657, 87026

WP Labuan

Telephone

087-411416

Fax

087-421416

Email

farmasi_jkwpl@moh .gov.my

Apakah itu Tuberkulosis ?

Tuberkulosis atau Tibi merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Ke-

biasaannya, bakteria ini menyerang bahagian paru-paru (tuberkulosis pulmonari). Kadang-kala, ia juga boleh me-

nyerang organ badan yang lain seperti otak, jantung, tulang belakang, nodus limfa, buah pinggang, dan bahagian usus

manusia (tuberkulosis ekstrapulmonari). Menurut World Health Organization (WHO), Tibi termasuk dalam 10 penyakit

besar yang menyebabkan kematian diseluruh dunia. Walaubagaimanapun, dengan pengesanan awal dan rawatan yang

sempurna, penyakit ini boleh dirawat dan dicegah.

Bagaimana Tuberkulosis Tersebar ?

Kuman tibi tersebar melalui udara. Apabila pesakit Tibi batuk, bersin atau meludah, titisan air kecil yang mengandungi

kuman tibi akan tersebar diudara. Orang yang terhidu titisan air kecil ini akan dijangkiti kuman tersebut. Wa-

laubagaimanapun, jangkitan penyakit biasanya hanya berlaku dengan pendedahan berterusan.

Penyakit tibi boleh dibahagikan kepada Active TB dan Latent TB. Dianggarkan satu per empat daripada jumlah

penduduk dunia sudah pun dijangkiti oleh kuman tibi, tetapi golongan ini tidak menunjukkan tanda-tanda penyakit tibi

malah tidak akan menyebarkan kuman ini kepada orang lain. Hal ini kerana kuman-kuman tersebut terpendam dan tidak

aktif dalam badan mereka (Latent TB). Kebanyakan individu ini berkemungkinan tidak akan mendapat penyakit tibi

sehingga ke akhir hayat mereka.

Kuman-kuman tibi ini akan menjadi aktif apabila sistem imunasasi gagal menghalang mereka daripada membiak di

dalam badan manusia (Active TB). Sesetengah individu boleh mendapat penyakit tibi sebaik saja dijangkiti kuman tibi

sekiranya sistem imunisasi mereka belum bersedia atau tidak sempat melawan kuman tersebut. Manakala bagi individu

lain pula, mereka hanya akan jatuh sakit apabila kuman-kuman yang dahulunya terpendam menjadi aktif dan bertindak

balas akibat daripada sistem imunisasi yang semakin lemah. Proses ini mungkin akan mengambil masa sehingga ber-

tahun lamanya.

Golongan Berisiko Tinggi?

Mereka ini terdiri daripada golongan yang mempunyai daya ketahanan badan yang rendah seperti bayi, kanak-kanak

atau orang tua. Pesakit yang menghidap penyakit yang boleh mengurangkan daya ketahanan badan (penghidap HIV,

pesakit kencing manis, pesakit buah pinggang tahap akhir atau pesakit kanser) dan golongan yang mengambil rawatan

yang akan merendahkan tahap daya ketahanan badan atau sistem imunisasi juga berisiko untuk mendapat penyakit tibi

turut berisiko mendapat penyakit tibi. Contohnya, pesakit yang menjalankan pemindahan organ, pesakit yang sedang

mengambil rawatan kemoterapi, dan pesakit yang mengambil rawatan steroid seperti pesakit Systematic Lupus Ery-

themotosus (SLE), psoriasis dan sebagainya.

Isi Kandungan

Apakah itu Tuberkulosis ? 1

Pendispensan Ubat Susulan

Setempat (PUSS) Klinik

3

Kawaan Produk Kosmetik DI

Malaysia

4

Hologram Meditag 4 7

Pengalaman PRP Hospital

Labuan

10

Pertandingan Karom Sempena

Kem Kecergasan Zon Borneo

Utara

12

BULETIN FARMASI 2018

B A H A G I A N P E R K H I D M A T A N F A R M A S I , J K W P L JAB

AT

AN

KE

SIH

ATA

N

WP

LA

BU

AN

B U LE TI N F A R M A S I 2 0 1 8

TANDA-TANDA PENYAKIT TIBI

· Batuk berpanjangan selama 2 minggu atau lebih

· Berat badan menurun

· Kurang selera makan

· Kahak berdarah

· Berpeluh-peluh pada waktu malam

Page 1

Page 2: B A H A G I A N P E R K H I D M A T A N F A R M A S I , J

Bahagian Perkhidmatan Far-

masi , JKWPL

Jalan Tanjung Teras, Peti Surat

81657, 87026

WP Labuan

Telephone

087-411416

Fax

087-421416

Email

farmasi_jkwpl@moh .gov.my

Langkah—Langkah Pencegahan

MEMBUAT PEMERIKSAAN KESIHATAN

Dapatkan pemeriksaan kesihatan dengan segera sekiranya batuk anda berpanjangan selama 2 minggu atau lebih. Selain itu, ahli

keluarga serta individu yang rapat dengan pesakit perlulah mengambil langkah berjaga-jaga dan dinasihatkan untuk tampil membuat

pemeriksaan lanjut kerana jangkitan penyakit tibi biasanya berlaku dengan pendedahan berterusan.

SUNTIKAN VAKSINASI BCG

Dapatkan suntikan BCG bagi semua bayi yang baru lahir dan tidak mempunyai komplikasi.

UBAH GAYA HIDUP

Membuka pintu atau tingkap rumah untuk memastikan pengudaraan yang baik dan menerima cahaya matahari secukupnya

kerana ia dapat membunuh bakteria di udara serta bacteria tersembunyi di sudut-sudut rumah.

Jangan biarkan diri dikuasai oleh rokok kerana ia hanya memburukkan keadaan.

Pengambilan makanan yang seimbang.

Banyakkan bersenam

Rawatan Penyakit Tuberkulosis

Tempoh rawatan ubat bagi penyakit tibi adalah sekurang-kurangnya selama 6 bulan dan terbahagi kepada dua fasa, fasa intensif (2

bulan pertama) dan fasa sambungan (4 bulan seterusnya). Contoh antibiotik yang biasa digunakan adalah Isoniazid, Rifampicin, Eth-

ambuthol dan Pyrazinamide. Terdapat juga jenis kombinasi 4 jenis ubat ini dalam1 pil (Akurit-4 atau Forecox-Trac). Bagi fasa sam-

bungan pula terdiri daripada 2 jenis ubat iaitu Isoniazid dan Rifampicin.

Di Malaysia, rawatan tibi menggunakan sistem Directly Observed Treatment, Short Course (Dots). Sistem yang diiktiraf oleh WHO ini

bukan sahaja kos-efektif dan dapat mengawal penyebaran penyakit tibi, malah terbukti mampu mencegah kerintangan antibiotik yang

digunakan dalam rawatan tibi. Dibawah sistem ini, pesakit perlu mengambil setiap dos ubat dibawah penyeliaan petugas kesihatan

atau orang yang diamanahkan. Kadar kejangkitan seseorang pesakit akan turun ke tahap minima selepas menerima rawatan yang

teratur selama 2 minggu. Rawatan kemudiannya akan diteruskan mengikut tempoh yang ditetapkan. Sekiranya rawatan ini diambil

secara tetap dan sempurna, penyakit tibi dapat disembuhkan.

Oleh yang demikian, adalah penting bagi setiap pesakit tibi untuk mengikut arahan pengubatan yang telah ditetapkan. Hal ini untuk

mengelakkan penyakit daripada berlanjutan dan terus menjangkiti orang lain, serta menghalang kerintangan ubat tibi. Sekiranya anti-

biotik baris pertama tidak lagi berkesan atau berupaya melawan kuman tibi, rawatan tibi pesakit tersebut masih perlu diteruskan

menggunakan ubat baris kedua dan akan memerlukan tempoh rawatan yang lebih lama.

Langkah Penjagaan Tuberkulosis

Mematuhi cara dan masa pengambilan ubat

Pakai penutup muka jika diarahkan dan amalkan etika batuk dan bersin.

Elakkan meluangkan masa yang lama dengan orang lain dalam ruang tertutup.

Kurangkan aktiviti di luar rumah bagi pesakit tibi yang aktif bagi mengelakkan penyebaran jangkitan dan menjangkiti orang

lain.

B U LE TI N F A R M A S I 2 0 1 8

Page 2

KLINIK KESIHATAN W.P LABUAN

Page 3: B A H A G I A N P E R K H I D M A T A N F A R M A S I , J

B U LE TI N F A R M A S I 2 0 1 8

Sebagai usaha memastikan kesinambungan rawatan

kepada pesakit terjaga, Unit Farmasi Klinik Kesihatan

Labuan menyediakan Perkhidmatan Tambah Nilai

kepada pesakit. Disamping itu, kesesakan di kaunter

farmasi, bebanan pesakit dan masa menunggu pesakit

dapat dikurangkan. Salah satu perkhidmatan yang

disediakan ialah Pendispensan Ubat Susulan Setempat

(PUSS) di fasiliti jagaan Klinik Kesihatan Labuan yang

sudah dipilih mengikut hari dan masa yang ditetapkan

seperti berikut:

CARA PENDAFTARAN :

1. Bawa preskripsi baru setelah berjumpa doktor

(sahlaku 2 bulan keatas)

2. Pilih salah satu lokasi PUSS yang sesuai

3. Berikan nombor telefon yang boleh dihubungi

4. Mengambil bekalan ubat kali pertama di Klinik

Kesihatan Labuan

5. Bekalan kedua dan seterusnya disiapkan sem-

inggu sebelum temujanji

6. Ubat dihantar ke pusat PUSS

7. Datang dan ambil ubat pada tarikh temujanji di

pusat PUSS yang dipilih

CATATAN :

Untuk K1M UTC, ubat boleh dituntut pada hari

Jumaat sebelum 5.00 petang jika tidak sempat

mengambil pada hari Khamis

Untuk Klinik Desa, ubat dihantar ke Klinik

Kesihatan Labuan jika tidak mengambil pada

tarikh temujanji yang ditetapkan

Pendispensan Ubat Susulan Setempat (PUSS) Klinik Kesihatan Labuan

KLINIK KESIHATAN W.P LABUAN

D

0

0

FASILITI PUSS

MASA

Klinik Desa Lajau

Rabu

Setiap 2 minggu berselang dengan Klinik Desa Layang-layangan

Pukul 2.30-4.00 petang

Klinik Desa Layang-layangan

Rabu

Setiap 2 minggu berselang dengan Klinik Desa Lajau

Pukul 2.30-4.00 petang

Klinik Kesihatan UTC

Khamis

Setiap minggu

Pukul 8.00 pagi- 5.00 petang

Page 3

Page 4: B A H A G I A N P E R K H I D M A T A N F A R M A S I , J

Definisi Produk Kosmetik

Kosmetik ialah bahan atau persediaan yang dicadangkan untuk digunakan pada bahagian luaran tubuh badan manusia (kulit, rambut , kuku, bibir, dan organ genital

luaran) atau gigi dan rongga mulut, dengan tujuan untuk membersih, mewangi, memperbaiki / mengubah atau mencantikkan, menghilangkan bau badan, memelihara

atau menjaga dalam keadaan baik.

Notifikasi Kosmetik

Produk kosmetik dikawal di bawah Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Peraturan-peraturan ini adalah berkaitan

dengan keselamatan, kualiti dan tuntutan produk bagi tujuan melindungi dan meningkatkan kesedaran awam.

Prosedur Notifikasi Produk Kosmetik

Permohonan notifikasi perlu dikemukakan secara atas talian melalui sistem QUEST3+ yang boleh dicapai melalui laman sesawang rasmi NPRA, npra.moh.gov.my.

Syarikat yang bertanggungjawab untuk memasarkan produk kosmetik di Malaysia perlu mengemukakan permohonan notifikasi kepada Pengarah Kanan Perkhidmatan

Farmasi (PKPF) melalui Bahagian Regulatori Farmas Negara (NPRA) sebelum penjualan, pengilangan, pengimportan, atau pemborongan produk kosmetik boleh

dijalankan.

Nota Notifikasi perlu dicetak bagi setiap produk dan setiap varian (jika ada) dan ia merupakan satu bukti bahawa kebenaran te lah diberikan kepada syarikat untuk

menjalankan aktiviti-aktiviti seprti yang dinyatakan di atas. Bagi syarikat dari luar negara yang ingin membawa masuk produk kosmetik ke Malaysia, mereka perlu

melantik wakil syarikat tempatan (sebuah syarikat yang berdaftar di Malaysia) untuk menjadi pemegang notifikasi kosmetik yang sah. Syarikat yang dilantik akan ber-

tanggungjawab ke atas semua perkara yang berkaitan dengan notifikasi produk kosmetik.

Page 4

KAWALAN PRODUK KOSMETIK DI MALAYSIA

Definisi Produk Kosmetik

Kosmetik ialah bahan atau persediaan yang dicadangkan untuk digunakan pada bahagian luaran tubuh

badan manusia (kulit, rambut, kuku, bibir, dan organ genital luaran) atau gigi dan rongga mulut, dengan

tujuan untuk membersih, mewangi, memperbaiki / mengubah atau mencantikkan, menghilangkan bau

badan, memelihara atau menjaga dalam keadaan baik.

Notifikasi Kosmetik

Produk kosmetik dikawal di bawah Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah

dan Kosmetik 1984. Peraturan-peraturan ini adalah berkaitan dengan keselamatan, kualiti dan tuntutan

produk bagi tujuan melindungi dan meningkatkan kesedaran awam.

Prosedur Notifikasi Produk Kosmetik

Permohonan notifikasi perlu dikemukakan secara atas talian melalui sistem QUEST3+ yang boleh dicapai

melalui laman sesawang rasmi NPRA, npra.moh.gov.my. Syarikat yang bertanggungjawab untuk me-

masarkan produk kosmetik di Malaysia perlu mengemukakan permohonan notifikasi kepada Pengarah

Kanan Perkhidmatan Farmasi (PKPF) melalui Bahagian Regulatori Farmas Negara (NPRA) sebelum

penjualan, pengilangan, pengimportan, atau pemborongan produk kosmetik boleh dijalankan.

Nota Notifikasi perlu dicetak bagi setiap

produk dan setiap varian (jika ada) dan ia

merupakan satu bukti bahawa kebenaran

telah diberikan kepada syarikat untuk

menjalankan aktiviti-aktiviti seprti yang

dinyatakan di atas. Bagi syarikat dari luar

negara yang ingin membawa masuk

produk kosmetik ke Malaysia, mereka

perlu melantik wakil syarikat tempatan

(sebuah syarikat yang berdaftar di Ma-

laysia) untuk menjadi pemegang notifi-

kasi kosmetik yang sah. Syarikat yang

dilantik akan bertanggungjawab ke atas semua perkara yang berkaitan dengan notifikasi produk

kosmetik.

B U LE TI N F A R M A S I 2 0 1 8

CAWAN GAN PEN GU ATKU ASA FARMASI WP L ABU AN

Page 5: B A H A G I A N P E R K H I D M A T A N F A R M A S I , J

Page 5

CARTA ALIRAN PROSEDUR NOTIFIKASI

B U LE TI N F A R M A S I 2 0 1 8

Page 6: B A H A G I A N P E R K H I D M A T A N F A R M A S I , J

Permohonan Notifikasi

Semasa permohonan notifikasi, pemegang notifikasi perlu mengemukakan maklumat-maklumat seperti:

Jenama & nama produk

Jenis produk

Kegunaan produk

Bentuk produk

Nama & alamat pengilang

Nama & alamat pembungkus (jika berkenaan)

Nama & alamat pengimport (jika selain pemegang notifikasi)

Senarai bahan produk

Surat pemberian kuasa daripada pemilik produk / perakuan sebagai pemilik jika pemegang notifikasi ada-

lah pemilik produk

Program Pengawasan Mutu Produk Kosmetik Bernotifikasi Di Pasaran

Pihak berkuasa menjalankan pemantauan terhadap produk kosmetik bernotifikasi secara aktif dan sistematik

melalui Program Pengawasan Mutu Produk Kosmetik Bernotifikasi di Pasaran. Produk ini bertujuan memastikan

produk-produk kosmetikk di pasaran adalah selamat untuk pengguna. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti beri-

kut:

Penyaringan formulasi dan maklumat produk

Audit ke atas fail Maklumat Produk (Product Information File) bagi memastikan kepatuhan kepada pera-

turan-peraturan yang ditetapkan

Pengambilan sampel, pengujian makmal dan semakan label

Audit ke atas premis pengilang bagi memastikan kepatuhan kepada ASEAN Guidelines For Cosmetic

Good Manufacturing Practice

Pemantauan terhadap kesan mudarat berkaitan produk kosmetik

Pemantauan terhadap iklan kosmetik

Penyiasatan ke atas aduan produk

Perkongsian maklumat antara negara-negara ASEAN

Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di talian 03-

78835400 atau melawat ke laman sesawang www.npra.moh.gov.my

Rujukan:

1. Kawalan Produk Kosmetik di Malaysia, Bahagian Regulatori Farmasi Negara

2. Akta Jualan Dadah 1952

3. Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984

Page 6 B U LE TI N F A R M A S I 2 0 1 8

CAWANGAN PENGUATKUASA

FARMASI WP LABUAN

Page 7: B A H A G I A N P E R K H I D M A T A N F A R M A S I , J

Di dalam arahan #21 tahun 2017, Arahan Di Bawah Peraturan 29 Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan

Kosmetik 1984 yang dikeluarkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi (PKPF), Puan PKPF, Dr. Salmah

Bt. Bahri telah mengarahkan supaya semua pemegang pendaftaran produk (ubat) menggunapakai label kesela-

matan hologram yang terbaharu, iaitu hologram MeditagTM 4 bagi menggantikan label hologram MeditagTM 3. Ara-

han ini berkuatkuasa mulai 12 Oktober 2017.

Walaubagaimanapun arahan tersebut turut membenarkan pihak pengilang / pengimport untuk menggunakan

label keselamatan hologram MeditagTM yang sedia ada sekiranya masih ada dalam simpanan sehingga ianya

habis.

Ciri-Ciri dan Maklumat Tambahan Mengenai Label Keselamatan Hologram

MeditagTM 4.

1. MeditagTM 4 mempunyai cirri-ciri tambahan yang baru seperti berikut:

MeditagTM 4 menggunapakai kaedah Data Matriks yang mana member keupayaan pengguna mengesan

dengan lebih baik tentang sesuatu produk itu. Kaedah ini dapat digunakan dengan hanya menggunakan

telefon pintar. Proses identifikasi label dengan menggunakan telefon pintar oleh pengguna diharapkan

dapat membantu mengukuhkan kawalan dan keselamatan produk farmeseutikal serta memperkasakan

pengguna untuk memilih ubat yang berdaftar di pasaran.

2. Perbezaan di antara label keselamatan hologram MeditagTM 3 dengan MeditagTM 4.

Penggunaan Data Matriks sebagai tapak bagi pembangunan sistem ‘track and trace’ yang boleh diinte-

grasikan dengan sistem GS1. Malahan, MeditagTM 4 mempunyai aplikasi pengesahan pendaftaran

produk dimana keterangan berkenaan produk itu akan dipamerkan setelah diimbas menggunakan tele-

fon pintar.

3. Nombor siri label keselamatan hologram MeditagTM 4:

Nombor siri label keselamatan hologram MeditagTM 4dilengkapi nombor siri baru bagi bentuk ‘Roll’ iaitu

bermula dengan G00000001 (G + 8 digit) manakala bagi bentuk Sheet adalah 00000001A (8 digit + A).

4. Saiz label keselamatan hologram MeditagTM 4:

Saiz label hologram MeditagTM 4 adalah seperti saiz label terdahulu iaitu bersaiz 8mm x 16mm.

Page 7

Hologram MeditagTM 4

B U LE TI N F A R M A S I 2 0 1 8

CAWANGAN PENGUATKUASA

FARMASI WP LABUAN

Page 8: B A H A G I A N P E R K H I D M A T A N F A R M A S I , J

5. Harga label keselamatan hologram MeditagTM 4:

Tiada implikasi tambahan kos kepada industri dan kerajaan berikutan perubahan ciri-ciri dan penam-

bahbaikan daripada hologram MeditagTM 3 kepada MeditagTM 4.

6. Latihan dan kempen:

Pihak Mediharta akan bekerjasama dengan pihak Penguatkuasa Farmasi dalam usaha untuk memberi

latihan mengenai ciri-ciri baharu label keselamatan hologram MeditagTM 4 dalam memastikan ketu-

lenannya beserta pelaksanaan kempen kesedaran (public awareness campaign) ke seluruh Negara

Page 8 B U LE TI N F A R M A S I 2 0 1 8

Hologram MeditagTM 4

Page 9: B A H A G I A N P E R K H I D M A T A N F A R M A S I , J

Page 9 B U LE TI N F A R M A S I 2 0 1 8

Hologram MeditagTM 4

Page 10: B A H A G I A N P E R K H I D M A T A N F A R M A S I , J

Sebelum bercerita berkenaan pengalaman PRP di

Hospital Labuan, apakah itu PRP? PRP atau Pro-

visionally Registered Pharmacist iaitu satu gelaran

jawatan yang diberikan kepada graduan farmasi

yang baru sahaja tamat pengajian. PRP diwajibkan

oleh KKM untuk menjalani latihan perkhidmatan di

premis atau institusi tertentu bagi tempoh masa

yang ditetapkan sebelum layak memegang jawatan FRP (Fully registered

pharmacist). Hospital Labuan telah menjadi pilihan saya menjalani latihan

wajib PRP. Seorang lagi pegawai juga ditempatkan di Hospital Labuan

bersama saya. Kami merupakan antara kumpulan pertama yang menjalan-

kan latihan PRP di hospital Labuan.

Hari pertama di Hospital Labuan, kami melalui sesi orientasi di mana kami

dibawa ke setiap unit di Hospital Labuan. Selepas sesi orientasi, kami

ditempatkan di sub-unit masing-masing iaitu antara Outpatient Pharmacy,

Inpatient pharmacy, Drug info service , galenical & packaging, ward phar-

macy dan stor. Tempoh masa penempatan kami bergantung kepada log-

book. Kami didedahkan tentang proses kerja dan fungsi setiap sub-unit ini

oleh Y/M yang bertanggungjawab. Kami juga wajib mengisi dan

melengkapkan logbook selepas selesai tempoh latihan di unit tertentu.

Secara keseluruhan, semua pegawai Y/M farmasi dan pegawai farmasi

mahupun penolong pegawai farmasi telah banyak membantu dari segi

tidak leka untuk berkongsi ilmu pengetahuan tidak kira dari segi bab farma-

si mahupun pengalaman bekerja. Saya masih ingat pegawai farmasi Y/M

Outpatient pharmacy yang membantu saya dalam kaunselling mengenai

cara penggunaan ubat sedut dan pen insulin yang betul walaupun telah

tamat waktu bekerja. Ini menunjukkan bahawa pegawai farmasi sekerja

banyak membantu dan sudi mengajar jikalau kita bertanya.

Sebelum itu kami menjalani dua pusingan kelayakan di mana juri memilih

kajian yang layak mara dan juga membantu mengemaskini isi kandungan

slide power point kami supaya kajian kami dapat dibentang secara terbaik.

Selepas 2 pusingan kelayakan kami melayakkan diri ke hari pemben-

tangan pada hari kualiti. Selepas pemindahan dan penambahbaikan

dengan bantuan pegawai farmasi DIS, kami pun membentangkan hasil

kajian kami pada masa itu. Tanpa diduga kami telah mendapat tempat

ketiga.

Page 10

PENGALAMAN PRP DI HOSPITAL LABUAN

Selain itu, kami juga berpeluang menlibatkan diri dalam banyak aktiviti

di luar waktu kerja. Antaranya ialah kempen-kempen seperti Kenali

Ubat Anda (KUA) yang dijalankan oleh Unit Farmasi Hospital Labuan di

sekolah mahupun tempat awam. Saya berpeluang menyertai kempen

yang dianjurkan di sekolah rendah pekan satu dan juga di Kompleks

Sukan W.P. Labuan di mana kami memberi pendedahan kepada orang

awam tentang konsep 5B, cara penggunaan ubat sedut yang betul,

apakah itu ubat Look Alike- Sound Alike (LASA) dan menjawab apa-

apa pertanyaan yang diajukan oleh orang awam. Selain itu, kami juga

menjadi ahli jawatankuasa (AJK) untuk akitviti “Running Man” yang

merupakan salah satu permainan yang dianjurkan sempena Hari Far-

masi Sedunia peringkat Jabatan Kesihatan Negeri.

B U LE TI N F A R M A S I 2 0 1 8

HOSPITAL LABUAN

Page 11: B A H A G I A N P E R K H I D M A T A N F A R M A S I , J

Selain itu, kami juga berpeluang menlibatkan diri dalam ban-

yak aktiviti di luar waktu kerja. Antaranya ialah kempen-

kempen seperti Kenali Ubat Anda (KUA) yang dijalankan oleh

Unit Farmasi Hospital Labuan di sekolah mahupun tempat

awam. Saya berpeluang menyertai kempen yang dianjurkan di

sekolah rendah pekan satu dan juga di Kompleks Sukan W.P.

Labuan di mana kami memberi pendedahan kepada orang

awam tentang konsep 5B, cara penggunaan ubat sedut yang

betul, apakah itu ubat Look Alike- Sound Alike (LASA) dan

menjawab apa-apa pertanyaan yang diajukan oleh orang

awam. Selain itu, kami juga menjadi ahli jawatankuasa (AJK)

untuk akitviti “Running Man” yang merupakan salah satu per-

mainan yang dianjurkan sempena Hari Farmasi Sedunia per-

ingkat Jabatan Kesihatan Negeri.

Page 11

PENGALAMAN PRP DI HOSPITAL LABUAN

B U LE TI N F A R M A S I 2 0 1 8

Page 12: B A H A G I A N P E R K H I D M A T A N F A R M A S I , J

Pada 23-26 November 2017, Jabatan Kesihatan Negeri

Wilayah Persekutuan Labuan telah menganjurkan Pro-

gram Kem Kecergasan Zon Borneo Utara yang diadakan

di Kolej Matrikulasi Labuan. Program bermula pada

petang 23 November 2017 dengan perbarisan lintas hor-

mat daripada 9 kontinjen kesihatan iaitu Wilayah

Persekutuan Labuan, Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort,

Tenom, Tambunan, Keningau, Miri dan Limbang serta

kontinjen jemputan Kolej Matrikulasi Labuan. Acara yang

dipertandingkan sepanjang kem kecergasan adalah bola

tampar, bola sepak, futsal, bola jaring, badminton, ping

pong, karom, dart dan kesenian iaitu nyanyian dan aer-

odance.

Unit Farmasi Hospital Labuan telah diberi kepercayaan

untuk menguruskan pertandingan karom. Walaupun teri-

kat dengan tugas hakiki dan tiada pengalaman dalam

menguruskan pertandingan karom, anggota Farmasi

Hospital Labuan berbesar hati menerima tugasan terse-

but dengan keyakinan kerjasama dan komitmen yang

boleh diberikan oleh semua anggota Farmasi.

Page 12

PERTANDINGAN KAROM SEMPENA PROGRAM KEM KECERGASAN ZON BORNEO

Pertandingan karom diadakan di Pusat Sumber Kolej

Matrikulasi Labuan yang berlangsung selama dua hari

(24-25 November 2017). Terdapat lima kategori yang

dipertandingkan iaitu perseorangan lelaki,

perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita dan

beregu campuran. Semua kategori dijalankan secara

kalah mati

Bagi pasukan karom kontinjen Wilayah Persekutuan

Labuan, 3 daripada 8 pemain adalah anggota Farmasi

Hospital Labuan. Kontinjen Wilayah Persekutuan La-

buan dapat melayakkan diri ke peringkat akhir kecuali

beregu lelaki yang tewas di peringkat separuh akhir.

Perlawanan beregu campuran merupakan acara yang

sengit dan tegang di mana tiga set perlawanan diada-

kan bagi menentukan pemenang. Dengan semangat

dan sokongan yang diberikan, beregu campuran Wila-

yah Persekutuan Labuan menang pada perlawanan

ketiga menentang Sipitang dan seterusnya melayak-

kan diri ke peringkat akhir.

B U LE TI N F A R M A S I 2 0 1 8

HOSPITAL LABUAN

Page 13: B A H A G I A N P E R K H I D M A T A N F A R M A S I , J

Begitu juga dengan beregu dan perseorangan

wanita. Kedua-dua kategori berjaya ke akhir setelah

menang menentang peserta dari Keningau pada per-

ingkat separuh akhir. Perlawanan bagi kategori

perseorangan lelaki juga cukup mendebarkan dan

membawa pemain perseorangan lelaki Wilayah

Persekutuan Labuan melangkah ke akhir.

Pertandingan peringkat akhir telah diadakan pada 25

November 2017 bermula pada pukul 8.00 pagi.

Penyokong dari pelbagai kontinjen berkumpul di

pusat sumber bagi memeriahkan pertandingan dan

memberi semangat kepada kontinjen masing-masing

untuk meraih pingat emas.

Setelah berhempas pulas menentang pasukan lawan

di peringkat akhir, ketiga-tiga kategori iaitu

perseorangan wanita, beregu wanita dan beregu

campuran berjaya meraih pingat emas manakala

perseorangan lelaki meraih pingat perak. Secara

keseluruhan, kontinjen Wilayah Persekutuan Labuan

menjadi johan keseluruhan bagi pertandingan karom.

Page 13

PERTANDINGAN KAROM SEMPENA PROGRAM KEM KECERGASAN ZON BORNEO

Walaupun anggota Unit Farmasi Hospital

Labuan tidak berpengalaman dalam menguruskan

pertandingan karom sebelum ini, hasil kerjasama

dan komitmen diberikan semua ahli, pertandingan

karom sempena Program Kem Kecergasan Zon

Borneo Utara 2017 berjalan lancar. Pengalaman

dan pengetahuan yang diperolehi dari aspek pen-

gurusan sukan dan pertandingan dapat memben-

tuk anggota menjadi penjawat awam yang mampu

menggalas pelbagai tugas walaupun di luar tugas

hakiki. Secara tidak langsung juga dapat

mengeratkan lagi hubungan silaturrahim anggota

Unit Farmasi Hospital Labuan

B U LE TI N F A R M A S I 2 0 1 8

HOSPITAL LABUAN