assignment presentation

5
1.0 PENGENALAN Imageri telah digunakan dengan meluas oleh kebanyakan atlet dan jurulatih. ‘Imageri’ didefinisikan sebagai satu proses raptai penggambaran atau bayangan sesuatu aktiviti fizikal secara simbolik dalam minda dan aplikasi semua sensori dalam pengalaman taakulan dalam melahirkan sensori tulen atau bayangan lakuan (Mohd Sofian Omar Fauzee, 2002). Melalui imageri, seseorang atlet dapat mencipta semula pengalaman positif yang lalu ataupun mewujudkan gambaran pengalaman baru bagi meningkatkan prestasi mereka sebagai seorang atlet. Dalam kajian ini, penyelidik akan menggunakan Model Imageri PETTLEP sebagai salah satu intervensi bagi menyampaikan imageri kepada subjek. Model PETTLEP adalah salah satu model yang telah dibangunkan oleh Holmes dan Collins (2001) di mana model ini membantu dengan satu set garis panduan untuk penggunaan imageri. PETTLEP (Physical, Envoronment, Task, Time, Learning, Emotion dan Perspective) adalah satu akronim di mana setiap huruf mewakili faktor-faktor penting bagi seseorang untuk menggunakan Imageri sebagai satu intervensi. Sebagai inovasi dalam Sains Sukan, penyelidik akan menggunakan peranti mudah alih iaitu iPod untuk melaksanakan Model Imageri PETTLEP dalam kajian ini. iPod ialah peranti media mudah alih dan komputer poket pelbagai guna yang telah direka bentuk dan dipasarkan oleh Apple Inc. iPod boleh digunakan untuk memindahkan muzik, foto, video, permainan, maklumat kenalan, tetapan e-mel, penanda buku Web, dan sebagainya. Holmes and Collins (2001) mencadangkan penggunaan video kemungkinan besar boleh membantu dalam penjanaan kandungan imageri. 2.0 PENYATAAN MASALAH

Upload: adilah-mohammad-mazli

Post on 25-Dec-2015

18 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

present

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment Presentation

1.0 PENGENALAN

Imageri telah digunakan dengan meluas oleh kebanyakan atlet dan jurulatih. ‘Imageri’

didefinisikan sebagai satu proses raptai penggambaran atau bayangan sesuatu aktiviti fizikal secara

simbolik dalam minda dan aplikasi semua sensori dalam pengalaman taakulan dalam melahirkan

sensori tulen atau bayangan lakuan (Mohd Sofian Omar Fauzee, 2002). Melalui imageri, seseorang

atlet dapat mencipta semula pengalaman positif yang lalu ataupun mewujudkan gambaran

pengalaman baru bagi meningkatkan prestasi mereka sebagai seorang atlet. Dalam kajian ini,

penyelidik akan menggunakan Model Imageri PETTLEP sebagai salah satu intervensi bagi

menyampaikan imageri kepada subjek.

Model PETTLEP adalah salah satu model yang telah dibangunkan oleh Holmes dan Collins

(2001) di mana model ini membantu dengan satu set garis panduan untuk penggunaan imageri.

PETTLEP (Physical, Envoronment, Task, Time, Learning, Emotion dan Perspective) adalah satu

akronim di mana setiap huruf mewakili faktor-faktor penting bagi seseorang untuk menggunakan

Imageri sebagai satu intervensi.

Sebagai inovasi dalam Sains Sukan, penyelidik akan menggunakan peranti mudah alih iaitu

iPod untuk melaksanakan Model Imageri PETTLEP dalam kajian ini. iPod ialah peranti media mudah

alih dan komputer poket pelbagai guna yang telah direka bentuk dan dipasarkan oleh Apple Inc.

iPod boleh digunakan untuk memindahkan muzik, foto, video, permainan, maklumat kenalan,

tetapan e-mel, penanda buku Web, dan sebagainya. Holmes and Collins (2001) mencadangkan

penggunaan video kemungkinan besar boleh membantu dalam penjanaan kandungan imageri.

2.0 PENYATAAN MASALAH

Kemahiran menjaring dalam Bola Jaring merupakan suatu kemahiran yang menguji

ketepatan lontaran bola ke sasaran oleh pemain untuk mengutip mata bagi pasukan. Walaupun

hanya GA (Goal Attack) dan GS (Goal Shooter) yang berpeluang menjaringkan gol, pemain-pemain

lain juga perlu menjalani latihan meningkatkan kemahiran menjaring. Ini adalah kerana kadangkala

mereka perlu menggantikan pemain GA dan GS. Dari isu ini, penyelidik ingin menggunakan

intervensi Model PETTLEP Imageri bagi meningkatkan ketepatan dalam menjaring dan keyakinan diri

pemain-pemain Bola Jaring dalam kemahiran menjaring.

Page 2: Assignment Presentation

3.0 HIPOTESIS KAJIAN

H01 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor kemahiran menjaring di antara

kumpulan rawatan Model PETTLEP Imageri dan Model Tradisional dengan kumpulan

kawalan selepas mengikuti program intervensi.

H0 2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor keyakinan diri di antara kumpulan

rawatan Model PETTLEP Imageri dan Model Tradisional dengan kumpulan kawalan selepas

mengikuti program intervensi.

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Subjek

Kajian dilakukan ke atas 45 orang pemain Bola Jaring sekolah. Sampel ini dipilih daripada

keseluruhan populasi daripada pemain Bola Jaring Daerah Larut Matang dan Selama. Penyelidik

menggunakan teknik Pensampelan Bertujuan di mana penyelidik memilih sampel yang difikirkan

paling tipikal untuk mewakili populasi. Sampel dipilih atas dasar sampel tersebut telah memenuhi

kriteria yang ditetapkan oleh penyelidik dan dapat memberikan maklumat yang terbaik untuk

mencapai objektif kajian.(Fah & Hoon, 2012)

Prosedur Kajian

Prosedur dalam menjalankan kajian ini adalah seperti berikut :

i. Subjek yang telah dipilih menggunakan pensampelan bertujuan iaitu pemain Bola Jaring

bawah 15 tahun dan 18 tahun di daerah Larut Matang dan Selama. Walaupun begitu,

penglibatan subjek adalah secara sukarela.

ii. Pemain ini perlu menjawab borang Soal Selidik SIAM (Sports Imagery Ability Measure) untuk

mengenal pasti tahap imageri setiap mereka. 45 orang subjek yang mempunyai kebolehan

imageri di tahap sederhana dan tinggi sahaja yang akan terpilih untuk menjalani kajian ini.

Kebolehan imageri mereka dinilai melalui skor soal selidik tersebut di mana pemain Bola

Jaring yang mendapat skor 140 hingga ke 400 sahaja yang akan diambil.

iii. Subjek akan membuat ujian pra di mana setiap subjek akan membuat sebanyak 45 jaringan

di mana poin-poin kedudukan menjaring telah ditanda dan skor dicatatkan.

Page 3: Assignment Presentation

Rajah 1 : Poin yang telah ditandakan pada bulatan gol untuk subjek membuat jaringan

0 – bola tidak menyentuh mana-mana bahagian tiang

1 – Bola menyentuh tiang dan keluar

2 – Bola menyentuh tiang dan masuk

3 – Bola masuk tanpa menyentuh tiang

iv. iv. Kumpulan subjek ini dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu kumpulan yang menggunakan

Model Imageri PETTLEP, kumpulan yang menggunakan imageri tradisional dan kumpulan

kawalan.

v. Kumpulan yang menggunakan Model PETTLEP Imageri akan menggunakan iPod untuk

melaksanakan imageri mereka. Mereka akan melengkapkan imageri ini di gelanggang Bola

Jaring (Environment), sambil memegang Bola (Physical), menggambarkan kaedah menjaring

yang betul (Task), masa yang tepat untuk menjaring (Time) dan merasakan emosi yang telah

mereka alami semasa mereka menjalankan Ujian Pra (Emotions). Aktiviti ini dijalankan 3 kali

seminggu selama 4 minggu.

vi. Setiap kumpulan juga diukur keyakinan diri masing-masing dalam melaksanakan jaringan.

Skor keyakinan diri dicatatkan sebelum dan selepas ujian pra serta sebelum dan selepas

ujian pos.

Page 4: Assignment Presentation

ANALISIS DATA

Analisis data yang akan digunakan ialah Analysis of Coriance (ANCOVA) di mana analisis ini

digunakan apabila penyelidik mempunyai reka bentuk kajian yang terdiri daripada dua kumpulan

iaitu ujian pra dan ujian pasca (Ahmad Hashim, 2014)