assignment obesiti qgk 3013

11
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 PENGENALAN 3 2.0 OBESITI 4 3.3 FAKTOR-FAKTOR KEPADA OBESITI 3.1 Gaya Hidup 3.2 Pemakanan 3.3 Persekitaran 3.4 Latar Belakang Keluarga 6 6 7 8 9 4.0 PENUTUP 10 RUJUKAN 11

Upload: ahmad-nazri

Post on 22-Jan-2018

3.270 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment obesiti qgk 3013

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN

3

2.0 OBESITI

4

3.3 FAKTOR-FAKTOR KEPADA OBESITI

3.1 Gaya Hidup

3.2 Pemakanan

3.3 Persekitaran

3.4 Latar Belakang Keluarga

6

6

7

8

9

4.0 PENUTUP

10

RUJUKAN

11

Page 2: Assignment obesiti qgk 3013

QGK 3013 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

1.0 PENGENALAN

Dewasa ini, pelbagai masalah kesihatan telah wujud sejajar dengan kemajuan yang telah

dikecapi. Salah satu masalah kesihatan yang sering kali dipandang remeh oleh masyarakat

masa kini adalah masalah kegemukan ataupun juga dikenali dengan obesiti. Obesiti bukanlah

perkara biasa yang dapat diterjemahkan sebagai sihat secara fizikal seseorang.

Walaubagaimana pun, ianya telah menjadi satu masalah yang amat sinonim sebagai punca

kepada penyakit tidak berjangkit yang lain. Ia merupakan satu masalah kesihatan awam yang

serius kerana boleh melibatkan komplikasi penyakit lain yang dikategorikan sebagai penyakit

moden. Paling membimbangkan pada masa ini, masalah obesiti telah menular dalam

kalangan kanak-kanak dan remaja.

Walaupun ia bukanlah penyakit yang berjangkit tetapi pola pemakanan dan gaya hidup

seseorang boleh menyebabkan permasalahan terus merebak dalam sesebuah komuniti. Jika

sedari kecil lagi telah mengalami masalah obesiti, tidak dikawal dan tidak mengambil usaha

pencegahan, maka tidak mustahil Malaysia akan melahirkan lebih ramai lagi generasi yang

gebu, gemuk dan gempal (3G) pada masa akan datang. Fenomena 3G ini sudah pun berlaku

tetapi ia mungkin akan berterusan sekiranya tiada langkah pencegahan yang mampu

dirintiskan oleh masyarakat dan pihak-pihak yang berkaitan.

2 | P a g e

Page 3: Assignment obesiti qgk 3013

QGK 3013 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

Masalah ini akan terus berlarutan memandangkan gaya hidup sihat semakin tidak diamalkan

di dalam institusi kekeluargaan. Bagi mengurangkan masalah obesiti ini pelbagai program

telah di wujudkan seperti program budaya pemakanan sihat dikalangan pelajar khususnya,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan

Malaysia telah memutuskan untuk memulakan usaha mengambil data berat badan unggul

setiap pelajar sebanyak dua kali setahun berbanding sekali sebelumnya. Data-data ini diambil

bertujuan untuk menilai sejauh manakah keberkesanan program budaya pemakanan sihat

yang diwujudkan di sekolah-sekolah. Selain itu program penilaian Standard Kecergasan

Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) turut diwujudkan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengukur sejauh mana tunjang kecergasan murid-

murid di sekolah dan salah satu objektifnya untuk melihat tahap kesihatan murid-murid untuk

direkodkan. Ini kerana, menurut Fall (1980), kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek

yang berkaitan dengan fungsi fisiologi yang dipercayai memberi individu perlindungan

daripada ancaman penyakit hipo kinetic (kekurangan pergerakan) seperti obesiti dan juga

penyakit lain seperti jantung, dan pelbagai penyakit otot dan tulang. SEGAK yang

diilhamkan oleh pihak KPM pada tahun 2005 ini telah menjadi satu komponen kecergasan

kepada penilaian berasaskan sekolah. Melalui ujian yang dijalankan secara sistematik wajib

diadakan dua kali setahun dan diharapkan dapat memotivasikan murid untuk mengamalkan

cara hidup yang sihat.

2.0 OBESITI

Menurut Dictionary of Biology, obesiti adalah lebihan berat badan. Di mana obesiti adalah

hasil daripada lebihan simpanan tenaga untuk satu jangka masa yang lama yang akan

menyebabkan peningkatan jisim badan. Menurut satu lagi sumber iaitu buku World of Health

obesiti adalah berat yang melebihi 20 peratus daripada berat ideal seseorang. Selain itu,

obesiti juga merujuk kepada masalah lemak yang berlebihan di dalam badan. Berdasarkan

enjin pencarian, obesiti merupakan pengumpulan lemak secara berlebihan yang menimbun di

3 | P a g e

Page 4: Assignment obesiti qgk 3013

QGK 3013 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

dalam badan seseorang. Walau bagaimanapun penilaian peratus lemak badan adalah lebih

tepat. Seseorang individu boleh dikategorikan sebagai obes sekiranya peratus lemak di dalam

badan melebihi 25 peratus bagi lelaki dan 35 peratus bagi wanita (Clinical Practice

Guidelines on Management of Obesity, 2004). Ia dianggap sebagai satu penyakit apabila tisu-

tisu lemak menjadi keterlaluan dan memburukkan lagi keadaan apabila masalah obesiti ini

boleh menyebabkan gangguan dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya boleh

menyebabkan masalah kesihatan yang serius seperti penyakit kardiovaskular (berkaitan

dengan masalah jantung), strok (angin ahmar), tekanan darah tinggi atau diabetes (kencing

manis) dan lain-lain lagi penyakit berbahaya. Selain daripada itu, masalah obesiti ini juga

akan menyababkan seseorang itu terhad untuk melakukan sebarang aktiviti fizikal dan sosial

dan juga boleh menyebabkan jangka hayat seseorang itu juga menjadi singkat.

Kajian ada menunjukkan bahawa kadar obesiti di Malaysia kini berada di dalam tahap yang

membimbangkan. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan), Encik

Sufaat Tumin berkata, Kajian Keutamaan Nutrisi di Malaysia dalam Rancangan Malaysia ke-

10 (RMK-10) telah mendapati kadar kegemukan kanak-kanak meningkat daripada 6.6%

kepada 13.6%. Kajian juga menunjukkan 25 daripada 100 orang pelajar di negara ini

dikhuatiri akan mengalami masalah kegemukan pada tahun 2020. Selain itu, seramai 16.8

juta atau 60% daripada 28 juta rakyat Malaysia mengalami masalah kegemukan (KOSMO,

Selasa 16 November 2010) adalah termasuk dalam itu adalah golongan kanak-kanak.

Mengikut data rasmi yang dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, kadar obesiti dalam

kalangan kanak-kanak mencecah sebanyak 15% dan kadar peratusannya semakin tinggi

(Berita Harian, Khamis 14 Jun 2007). Obesiti di kalangan kanak-kanak dan remaja semakin

meningkat dengan mendadak di seluruh dunia (WHO, 1998). Kajian oleh Bong & Safurah

(1996) melaporkan 8% kanak-kanak sekolah rendah adalah berlebihan berat badan. Kajian di

kalangan kanak-kanak 6 - 12 tahun di Malaysia menunjukkan peningkatan masalah

berlebihan berat badan daripada 11.0% kepada 12.8% dan obesiti daripada 9.7% kepada

13.7%, masing-masing pada tahun 2002 dan 2008 (Ismail et al., 2003 , 2009). Tinjauan

Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan III (2006) pula mendapati di kalangan kanak-kanak 6-

4 | P a g e

Page 5: Assignment obesiti qgk 3013

QGK 3013 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

12 tahun prevalens berlebihan berat badan/obesiti adalah 22.4% manakala di kalangan remaja

13-17 tahun prevalens berlebihan berat badan/obesiti adalah 21.4%.

Daripada data kajian di seluruh dunia pula menunjukkan, masalah obesiti di kalangan kanak-

kanak berada dalam lingkungan 2.6 peratus hingga 3.6 peratus di Finland, 15 peratus di

United Kingdom, 10.8 peratus di Amerika Syarikat, 11.2 peratus hingga 12.5 peratus dalam

kalangan pelajar sekolah di Navajo Indian, 7.56 peratus di India, 16.1 peratus di Singapura,

14.3 peratus di Thailand dan 7.8 peratus lagi dalam kalangan kanak-kanak sekolah di

Malaysia. Angka-angka ini menunjukkan bahawa masalah obesiti ini semakin meruncing

sekiranya ia tidak dibendung sejak pelajar-pelajar ini di zaman kanak-kanak.

3.0 Faktor-faktor kepada obesiti

3.1 Gaya hidup

Tabiat masyarakat yang suka makan mengikut selera tanpa memikirkan kesan kepada

kesihatan adalah satu masalah yang perlu diambil berat. Kadang-kala, tabiat ini

diamalkan di dalam institusi kekeluargaan yang mana, anak-anak turut sama

menjamu selera pada waktu yang tidak sepatutnya. Ia lebih ketara berlaku di bandar-

bandar besar memandangkan kekangan masa ibu bapa di dalam penyediaan makanan.

Apabila masa yang singkat menjadi pengukur, penjaga mencari jalan mudah dengan

memilih makan makanan segera sebagai menu makanan terutamanya untuk hidangan

makan malam. Menurut pakar pemakanan, mengambil makanan pada waktu yang

5 | P a g e

Page 6: Assignment obesiti qgk 3013

QGK 3013 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

tepat akan menyebabkan badan kita tidak letih dan lebih bertenaga. Sekiranya

keadaan ini tidak diikuti ini boleh mendatangkan obes dan makanan tidak dapat

dihadam dengan baik terutamanya kepada kanak-kanak yang sedang mengalami

proses tumbesaran fizikal.

Selain itu, cara hidup pelajar-pelajar hari ini yang terlalu senang dan boleh dikatakan

‘membosankan’. Perbezaan yang ketara yang dapat digambarkan adalah hari ini dan

hari semalam. Kenangkan kembali cara hidup atuk nenek mahupun ibu bapa pada

dekad yang lepas, kehidupan yang penuh dengan erti keseronokan sebenar sebagai

seorang kanak-kanak. Hari ini kemudahan teknologi contohnya permainan komputer,

internet, astro, menyebabkan kanak-kanak lebih selesa berada di rumah. Segala

permainan dan hiburan yang ada seakan-akan menjadikan anak-anak statik di satu

tempat sahaja. Tiada pergerakan aktif yang dapat dilakukan mereka. Jika dahulu,

tiada masalah obesiti diperkatakan dikalangan kanak-kanak. Ini kerana pada ketika

itu, kanak-kanak sibuk bermain permainan yang bukan sahaja memerlukan

pergerakan fizikal yang aktif malah bercampur gaul dengan rakan-rakan, berfikir

mencambah minda kreatif dan bergerak aktif dimana kebanyakkan aktiviti yang

dilakukan adalah selepas waktu sekolah mahupun sewaktu cuti sekolah. Apabila gaya

hidup yang tidak berkualiti ini diamalkan secara terus menerus adalah tidak mustahil

akan menyebabkan gejala obesiti ini meningkat dari hari ke sehari.

3.2 Pemakanan

Pemakanan merupakan salah satu punca berlakunya masalah obesiti dikalangan

kanak-kanak. Keadaan ini berlaku bukan kerana mereka tidak mengetahui tentang

pemakanan sihat tetapi mereka sebenarnya tidak mengambil kisah tentang apa yang

mereka makan dan minum. Dewasa ini tabiat membeli makanan di luar merupakan

suatu sutuasi yang biasa dikalangan ibu bapa dan kanak-kanak pada masa kini

6 | P a g e

Page 7: Assignment obesiti qgk 3013

QGK 3013 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

terutamanya bagi yang ibu bapa mereka sibuk bekerja. Seperti yang kita semua sedia

maklum makanan yang dibeli di luar ini mengandungi gula, garam dan bahan perisa

tambahan yang berlebihan berbanding dengan makanan yang dimasak di rumah.

Pengambilan gula,garam dan bahan perisa yang berlebihan dalam makanan ini akan

menyumbang kepada masalah obesiti terutamanya dikalangan kanak-kanak.

Pengambilan makanan segera dengan kerap juga turut menyumbang kepada faktor

gelaja obesiti ini. Perkara ini dilihat sebagai satu budaya kepada pelajar-pelajar

apabila berkumpul beramai-ramai mahupun ketika pulang dari sekolah. Pelajar lebih

gemar untuk menjamu diri dengan makanan segera mahupun makanan ringan. Seperti

yang kita ketahui, kumpulan makanan inilah yang paling banyak mengandungi lemak

yang menyumbang kepada obesiti. Oleh itu, peranan dari pihak sekeliling adalah

perlu untuk menekan aspek pemakanan yang sihat kepada pelajar mahupun murid

berkenaan.

Apabila kurang pengambilan makanan akan menyebabkan perut menjadi lapar dan

badan akan menjadi kurang bertenaga. Apabila tenaga yang diperlukan kurang, sistem

badan secara automatik akan mengambil kalori daripada sumber lain untuk

ditukarkan menjadi tenaga iaitu sel-sel otot dan sel-sel lemak. Kebiasaannya, apabila

perkara ini berlaku, sel-sel otot lebih banyak dibakar berbanding dengan sel-sel

lemak. Ini akan menyebabkan berat badan menurun, tetapi penurunan dalam jisim

otot dan kandungan air di dalam badan sahaja manakala kandungan lemak masih

kekal di dalam badan. Bila sel-sel otot ini berkurangan, kadar metabolism badan akan

menurun. Bagi setiap 1 kilogram otot, badan berupaya membakar kalori 200 – 300

kalori sehari. Ini bermakna, jika sel-sel otot sudah berkurangan di dalam badan,

secara tidak langsung kadar kalori juga turut menurun. Apabila situasi ini berlaku,

sekiranya pelajar-pelajar ini makan pada kadar yang sedikit, tetapi sistem badan tidak

berupaya lagi untuk membakar kalori yang banyak memandangkan sel-sel otot yang

berberkurangan dan kadar metabolism juga menurun. Hal ini dapat dilihat di mana,

7 | P a g e

Page 8: Assignment obesiti qgk 3013

QGK 3013 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

kebanyakkan murid-murid mahupun pelajar-pelajar pada masa ini yang sering hadir

ke sekolah dalam keadaan perut kosong. Walaupun remeh untuk dipandang, tetapi ia

turut menyumbang ke arah gejala obesiti.

3.3 Persekitaran

Faktor persekitaran ternyata turut menyumbang kepada gejala obesiti ini. Perkara ini

dapat mempengaruhi seseorang itu untuk menjadi gemuk. Jika dilihat, apabila

seorang kanak-kanak itu dibesarkan di dalam persekitaran yang menganggap gemuk

sebagai satu simbol kemakmuran dan keindahan, maka tidak mustahil kanak-kanak

tersebut cenderung untuk menjadi gemuk. Selagi pandangan tersebut tidak

dipengaruhi oleh faktor luaran, maka anak-anak yang obesiti ini tidak akan

mengalami masalah-masalah psikologi berkaitan dengan kegemukan.

Dalam zaman teknologi ini kita terutamanya kanak-kanak banyak disogokkan dengan

pelbagai jenis iklan makanan yang tidak sihat. Selain itu keadaan persekitaran kanak-

kanak yang dipenuhi dengan pelbagai jenis makanan tidak berkhasiat juga semakin

bersepah-sepah dimana-mana sahaja bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan

mendedahkan mereka untuk mendapatkan makanan tersebut dengan mudah.

3.4 Latar Belakang Keluarga

8 | P a g e

Page 9: Assignment obesiti qgk 3013

QGK 3013 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

Faktor latar belakang keluarga ataupun keturunan juga dapat mempengaruhi rupa

bentuk seseorang. Berdasarkan kepada penyelidikan yang dibuat di Amerika Syarikat,

membuktikan bahawa anak-anak dari keturunan ibu bapa yang bertubuh normal

mempunyai 10% peluang untuk menjadi gemuk. Peluang itu akan bertambah

menjadi 40% - 50% sekiranya salah seorang sama ada ibu atau bapa mengalami

masalah berat badan dan seterusnya akan meningkat kepada 70% - 80% jika kedua-

duanya adalah dari golongan obes. Kegemukan ini boleh diturunkan dari satu

generasi kepada generasi berikutnya di dalam sesebuah keluarga. Sebab itulah, sering

kali dapat kita lihat apabila ibu dan bapa yang gemuk cenderung untuk mendapat

anak yang gemuk juga. Di dalam hal ini, faktor genetik telah turut menentukan

jumlah unsur sel lemak di dalam tubuh badan.

Selain itu, taraf hidup seseorang turut memberikan sumbangan kepada masalah

obesiti ini. Secara amnya, dapat dilihat murid-murid mahupun pelajar-pelajar yang

berbadan comel di sekolah kebanyakkannya berasal daripada golongan keluarga yang

mempunyai taraf hidup yang senang. Mudah untuk disimpulkan, lihat kembali kepada

faktor gaya hidup dan dari situlah berpuncanya masalah obesiti ini.

9 | P a g e

Page 10: Assignment obesiti qgk 3013

QGK 3013 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

PENUTUP

Kepekaan kita tentang istilah mengambil makanan seimbang dan sihat dan

mengamalkan diet seimbang bukannya sukar kerana hanya dengan mengawal apa

yang kita dan anak-anak makan akan membantu kita mengamalkan makanan

seimbang dan sihat serta sekaligus dapat mengurangkan masalah obesiti ini. Selain itu

bagi memastikan masalah obesiti ini untuk tidak terus menjadi wabak kesihatan,

kanak-kanak ini mestilah dipaksa untuk memebebaskan diri mereka daripada

teknologi multimedia dan diasak agar turun beriadah atau bersenam. Disamping itu

tabiat pemakanan mereka juga perlulah di kawal agar mereka menjalani kehidupan

yang sihat dan cergas. Oleh itu secara kesimpulannya masalah obesiti di kalangan

kanak-kanak ini sebenarnya boleh di atasi sekiranya semua pihak bergabung tenaga

demi mencapai kesejahteraan hidup dan masyarakat yang mempunyai penampilan

yang baik serta dapat berfungsi dengan baik semaksimumnya. Sokongan dari semua

pihak amat diperlukan supaya hasrat untuk mengurangkan berat badan dikalangan

kanak-kanak ini tercapai dengan jayanya. Di samping itu maklumat mengenai

pemakanan yang seimbang, informasi mengenai sumbangan aktiviti fizikal dalam

mengekalkan berat badan dan pengekalan tahap kesihatan serta amalan tingkahlaku

yang baik dan positif dapat membantu pihak kerajaan membendung masalah

kegemukan yang kritikal di Malaysia terutamanya dikalangan kanak-kanak.

10 | P a g e

Page 11: Assignment obesiti qgk 3013

QGK 3013 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

RUJUKAN

http://www.jomdiet.com/cegah-obesiti-dengan-pemakanan-sihat/

http://www.ikim.gov.my/index.php/en/utusan-malaysia/8560-obesiti-kesihatan-dan-ibadah

http://www.drhpm.com/4info-sihat/obesiti-cegah-sebelum-parah.htm

http://ms.wikipedia.org/wiki/Obesiti

http://www.scribd.com/doc/51392709/UJIAN-KECERGASAN-segak

http://www.hmetro.com.my/articles/2013050721564020130507215640/Article/

11 | P a g e