assignment jeff penglibatan.docx

Upload: raphael-jeffery

Post on 03-Mar-2016

260 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PengenalanPenglibatan ibu bapa dalam pendidikan awal kanak-kanak dapat ditakrifkan sebagai usaha bersama-sama atau saling bantu-membantu antara dua pihak ataupun beberapa pihak. Menurut Rohani Abdullah (2007), penglibatan ibu bapa dalam pendidikan kanak-kanak dapat meneguhkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dan membantu mengekalkan kejayaannya. Penglibatan ibu bapa merupakan aspek penting dalam pendidikan kanak-kanak. Hal ini demikian kerana ibu bapa adalah orang yang pertama mendidik anak-anak sebelum masuk ke sekolah dan ibu bapa juga merupakan orang yang paling rapat dengan kanak-kanak. Di samping itu, ibu bapa juga merupakan insan yang lebih mengenali anak-anak mereka, dan ibu bapa mempunyai kuasa serta hak untuk terlibat secara aktif di dalam memberi pengalaman dan pengetahuan. Menurut Siti Fatimah Abdul Rahman (2006), terdapat kajian menunjukkan bahawa penglibatan ibu bapa dalam pendidikan berkait rapat dengan pencapaian kanak-kanak. Dalam erti lain, penglibatan ibu bapa dalam pendidikan mempunyai kesan yang positif kepada murid, guru dan juga ibu bapa sendiri. Hal ini demikian kerana murid akan merasakan pembelajaran bukan sahaja diperoleh daripada guru di sekolah tetapi boleh diteruskan di rumah dan guru pula akan dapat mengembangkan peranan profesional mereka sebagai pemudahcara pembelajaran kepada ibu bapa manakala ibu bapa boleh menambah pengetahuan, kemahiran dan keyakinan untuk membantu pembelajaran anak mereka melalui taklimat dan perkongsian ilmu daripada guru. Ini secara tidak langsung memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan anak-anak contohnya menyemai sikap bersungguh-sungguh dalam aktiviti pembelajaran di samping menunjukkan tingkah laku yang lebih baik dan seimbang.

Konsep Asas Penglibatan Ibu Bapa dalam PrasekolahPenglibatan ibu bapa merupakan proses dimana ibu bapa dapat berhubung dengan kakitangan sekolah atau pusat prasekolah yang bertanggungjawab memberi perkhidmatan kepada kanak-kanak untuk memberi pendidikan, melibatkan kanak-kanak dalam aktiviti yang dibentuk dan bertujuan untuk menggalakkan ibu bapa memainkan peranan dalam pendidikan anak masing-masing. Swick telah membahagikan penglibatan ibu bapa dalam tiga proses iaitu pemuafakatan (partnership) antara keluarga dan profesional (pihak guru) dan pembantu (para profesional) dalam komuniti, proses yang berkembang dan dibina melalui satu jangka masa yang dirancang dan memerlukan kerjasama setiap ahli dan juga proses di mana ibu bapa dan guru berkerjasama, belajar dan melibatkan diri dalam membuat keputusan bersama. Ketiga-tiga proses ini dapat menjamin keberkesanan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan prasekolah dan ia memanfaatkan ketiga-tiga pihak iaitu pihak murid, pihak ibu bapa dan juga pihak guru.Penglibatan keluarga juga dapat dilihat dari pelbagai segi bergantung kepada konteks. Teori Epstein menghuraikan kerjasama yang perlu wujud diantara pihak sekolah, keluarga dan masyarakat. Jenis penglibatan berikut bukan berbentuk hieraki tetapi ia merupakan suatu kerangka untuk menghubungkan keluarga, ahli masyarakat dan ahli professional pendidikan awal kanak-kanak. Dalam konteks ini, ibu bapa boleh melibatkan diri dengan institusi pendidikan melalui memberi sumbangan seperti menderma kepada pihak institusi pendidikan. Melalui cara ini ibu bapa akan lebih dapat mendekatkan diri dengan pihak tadika. Terdapat pelbagai jenis sumbangan yang boleh diberi kepada pihak tadika adalah seperti dalam bentuk kewangan, makanan, pakaian sukan, alatan sukan, alat bantu mengajar, alat permainan, alat tulis, buku rujukan dan buku latihan. Sumbangan yang diberi oleh ibu bapa dapat meningkatkan perkembangan kanak-kanak. Sumbangan pertama, pakaian sukan, alatan sukan dan alat tulis dapat membantu dalam perkembangan fizikal kanak-kanak dimana kanak-kanak yang kurang berkemampuan dapat bersukan dengan memakai pakaian sukan yang diberikan oleh ibu bapa.Namun demikian, terdapat banyak halangan dalam menjayakan penglibatan ibu-bapa di prasekolah pada arus perdana dan globalisasi ini. Antara halangan yang paling dominan ialah kekurangan kesedaran dalam kalangan ibu bapa. Ibu bapa tidak dapat melihat keperluan penglibatan mereka di prasekolah. Mereka hanya menganggap prasekolah sebagai tempat selamat untuk menjaga dan mendidik anak-anak mereka sementara mereka pergi bekerja. Ibu bapa tidak faham fungsi dan peranan mereka untuk kepentingan anak-anak dalam proses perkembangan dan pertumbuhan di prasekolah. Selain itu, terdapat juga ibu bapa yang rendah diri dengan kebolehan diri sendiri dan mereka malu untuk melibatkan diri dengan program prasekolah.Terdapat juga ibu bapa yang tidak bersikap terbuka malah menyerahkan segala urusan kepada pihak prasekolah. Halangan-halangan sebegini telah menyebabkan kekurangan penglibatan ibu bapa di prasekolah biarpun pihak sekolah dan guru telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa.

Tugasan 1Sewaktu saya menjalani praktikum di SK Bandar Sungai Buaya, saya telah melakukan tinjauan mengenai penglibatan ibu bapa dalam aktiviti prasekolah. Dalam tinjauan yang saya laksanakan, saya telah mendapati bahawa prasekolah tersebut ada menganjurkan aktiviti yang melibatkan ibu bapa. Namun demikian, penglibatan ibu bapa dalam aktiviti yang dianjurkan kurang memberansangkan di mana ibu bapa kurang memberi sokongan terutamanya dari aspek kehadiran. Biarpun begitu, terdapat juga sebahagian ibu bapa yang bersikap terbuka dan menyokong secara langsung dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak prasekolah.Pada pendapat saya, penglibatan ibu bapa dalam prasekolah dalah sangat penting dan ibu bapa harus mempunyai semangat untuk melibatkan diri dalam setiap aktiviti prasekolah. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang sepenuhnya terhapap anak-anak mereka termasuklah tanggungjawab untuk mendidik mereka. Maka, mereka tidak boleh menyerahkan perkembangan dan pembelajaran anak-anak mereka sepenuhnya kepada pihak prasekolah. Sebaliknya, ibu bapa perlu memikul tanggungjawab sebagai pendidik untuk membantu perkembangan anak-anak mereka. Penglibatan ibu bapa secara langsung dan tidak langsung akan memberi kesan yang positif terhadap perkembangan murid prasekolah kerana mereka merupakan pendidik di rumah (Jeffrey Glanz. 2006 ). Penglibatan ibu bapa boleh dalam pelbagai cara seperti dalam sumbangan, menyumbang kepakaran dan sebagainya.Dalam tinjauan yang saya laksanakan, saya telah mendapati bahawa beberapa aktiviti yang melibatkan ibu bapa telah dilaksanakan oleh pihak prasekolah SK Bandar Sungai Buaya. Antaranya ialah hari pendaftaran, sukaneka, hari interaksi akademik dan juga hari graduasi. Kesemua aktiviti ini telah dilaksanakan dengan berjaya di Prasekolah Bintang dan Prasekolah Matahari Sk Bandar Sungai Buaya.

Hari pendaftaranHari pendaftaran merupakan aktiviti pertama melibatkan ibu bapa yang dijalankan sebelum permulaan persekolahan iaitu pada akhir bulan Disember. Hari Pendaftaran ini bertujuan untuk menerima murid-murid prasekolah yang baru. Hari Pendaftaran telah melibatkan ibu bapa murid-murid dengan aktif kerana mereka perlu hadir untuk membantu anak-anak membuat pendaftaran sebagai murid-murid di prasekolah SK Bandar Sungai Buaya. Ibu bapa telah hadir pada pukul lapan pagi. Aktiviti dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Guru besar SK Sungai Bandar Sungai Buaya. Kemudian, guru prasekolah memberi taklimat untuk ibu bapa. Beliau telah menerangkan tentang objektif dan harapan prasekolah terhadap murid-murid. Objektif prasekolah adalah untuk mengembangkan potensi murid ke tahap yang optimum dan melahirkan modal insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, guru prasekolah juga menjelaskan tentang rutin harian dan aktiviti yang akan dijalankan di dalam bilik darjah setiap hari. Rutin harian yang dijalankan setiap hari termasuklah nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri, lagu sekolah dan bacaan doa. Lagu-lagu ini akan diajar kepada murid-murid. Tambahan pula, makanan akan dibekalkan kepada murid-murid pada pukul lapan dan sepuluh pagi. Makanan disediakan oleh pembantu pengurusan murid. Guru prasekolah akan menyediakan berbagai-bagai jenis aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti bercerita, main peranan, permainan, puzzle dan sebagainya. Di samping itu, guru juga membentangkan program-program yang akan dilaksanakan di prasekolah sepanjang tahun kepada ibu bapa. Sesetengah program adalah memerlukan penglibatan ibu bapa. Program-program yang akan diadakan ialah sukaneka, lawatan, gotong-royong dan sebagainya. Selepas taklimat daripada guru prasekolah, sesi soal jawab telah dijalankan. Ibu bapa diberi peluang untuk bertanya soalan. Selepas taklimat bersama ibu bapa, pendaftaran murid dijalankan pada kaunter yang disediakan oleh guru prasekolah. Ibu bapa telah menyediakan dokumen-dokumen yang penting tentang anak mereka seperti sijil lahir murid, kad pengenalan ibu bapa dan sebagainya. Mereka juga mengisi borang tentang maklumat anak. Ibu bapa juga membuat bayaran buku dan uniform kanak-kanak. Selepas itu, ibu bapa telah membawa anak mereka untuk melihat persekitaran prasekolah. Dalam aktiviti sebegini, pihak ibubapa dan pihak guru akan rasa lebih senang dan selesa antara satu sama lain kerana mereka dapat mengenali antara satu sama lain dan hubungan yang erat terjalin secara tidak langsung dalam aktiviti seperti melawat kawasan prasekolah pada hari pendaftaran. Dengan kata lain pihak guru dapat membina siraturrahim yang baik dengan ibu bapa menerusi aktiviti ini dimana aktiviti ini berfungsi sebagai satu aktiviti bersemuka dan berkenalan antara guru dengan pihak ibu bapa. Dalam aktiviti sebegini, guru boleh mendapatkan maklumat mengenai latar belakang murid dan bertukar nombor telefon dengan pihak ibu bapa. Guru juga boleh menggunakan teknologi yang canggih dalam era globalisasi ini dengan membina rangkaian perhubungan dengan ibu bapa contohnya dengan menggunakan perisian telefon bimbit Watapps untuk membina satu rangkaian komunikasi. Ini memudahkan pihak guru dan juga ibu bapa untuk berkomunikasi, bertukar maklumat atau pendapat mengenai perkembangan di prasekolah. Pihak ibu bapa juga dapat mendapat informasi dengan cepat melalui cara sebegini manakala guru mendapatkan kerjasama dan maklum balas berterusan daripada ibubapa.Di samping itu, ibu bapa juga akan dapat memahami tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan kepada anak-anak dengan melibatkan diri dalam aktiviti prasekolah seperti hari pendaftaran. Contohnya, guru akan menjelaskan proses pembelajaran murid dari mula iaitu rutin pagi sampai ke akhir kepada ibu bapa dalam proses taklimat pada hari pendaftaran. Dengan ini, ibu bapa akan memahami seluruh proses pembelajaran di prasekolah dan mereka mengetahui apa yang anak-anak mereka lakukan di sekolah. Ibu bapa juga didedahkan denga peraturan-peraturan di prasekolah. Maka dengan ini Ibubapa tidak akan mudah menyalahkan pihak prasekolah sekiranya berlakukan apa-apa kejadian yang tidak diingini sebaliknya dapat menimbulkan rasa sayang dan hormat pada guru dan pihak sekolah.

SukanekaSelain daripada Hari pendaftaran, prasekolah di Sk Bandar Sungai Buaya juga menganjurkan program sukaneka yang juga melibatkan pihak ibu bapa di mana ibu bapa murid turut dijemput untuk menghadiri program ini bersama-sama anak mereka. Sukaneka prasekolah SK Bandar Sungai Buaya dianjurkan bersama dengan aliran perdana iaitu pada Hari Sukan aliran perdana iaitu bulan April. Pada hari tersebut, muird-muird prasekolah dibahagikan kepada lima kumpulan yang terdiri daripada warna yang berbeza iaitu, merah, kuning, hijau, biru dan ungu. Guru prasekolah merancang beberapa acara yang menarik untuk murid-murid. Ibu bapa datang bersama-sama anak mereka pada pukul lapan pagi dan mendaftarkan diri pada kaunter yang disediakan. Sarapan telah disediakan kepada ibu bapa dan murid-murid. Murid-murid prasekolah juga terlibat dalam pembarisan. Kanak-kanak prasekolah memakai topi yang berwarna-warni dalam acara pembarisan ini. Hari Sukan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, nyanyian lagu negeri dan lagu sekolah. Guru besar memberi ucapan tentang kepentingan bersukan murid-murid. Aktiviti sukan dapat meningkatkan kecergasan fizikal dan mental murid-murid. Beliau telah menekankan dasar Satu Murid Satu Sukan. Dasar ini mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Setiap murid dikehendaki untuk melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sepanjang tahun. Hal ini telah membuktikan bahawa kepentingan bersukan dalam kalangan murid-murid. Selepas guru besar memberi ucapan, beliau telah merasmikan Hari Sukan. Acara-acara sukaneka dumulakan dengan acara menuang air ke dalam botol. Selain itu, acara-acara seperti mengepit bola dan membawa bola ping pong dengan menggunakan sudu juga dijalankan. Guru prasekolah memberi penerangan dan membuat demonstrasi tentang cara untuk bermain. Acara-acara ini adalah dijalankan dalam kumpulan. Kerjasama antara murid-murid memainkan peranan yang penting untuk mendapat kemenangan. Ibu bapa memberi sokongan kepada anak-anak mereka supaya kanak-kanak lebih bersemangat untuk bermain. Selepas menjalankan semua acara, majlis penyampaian hadiah dijalankan. Kumpulan pemenang naik ke pentas untuk menerima hadiah daripada guru besar. Program sukaneka ini secara langsungnya dapat memperkembangkan perkembangan fizikal, sosial dan emosi dalam kalangan kanak-kanak dan juga ibu bapa. Dimana yang dikatakan dengan perkembangan fizikal ini apabila kanak-kanak itu melakukan acara menuang air ke dalam botol dan dengan cara itu ia dapat meningkatkan perkembangan fizikal. Perkembangan sosial dan emosi pula dimana kanak-kanak itu bersama ahli keluarga masing-masing dan berkomunikasi bersama ahli keluarga rakan-rakan yang lain. Dengan ini, kanak-kanak itu dapat mempelajari cara berkomunikasi dengan orang yang lebih tua darinya. Sebaliknya, jika ibu bapa kanak-kanak ada yang tidak dapat menghadirkan diri dalam aktiviti ssukaneka kanak-kanak tersebut akan menjadi muram dan tidak banyak bercakap dengan orang di sekelilingnya. Hal ini demikian kerana kanak-kanak tersebut tidak merasai kesih saying daripada ibu bapanya lebih-lebih lagi apabila dia melihat kegembiraan rakan-rakan lain bersama ahli keluarganya.Kanak-kanak memerlukan dorongan, sokongan dan pengukuhan kerana zaman kanak-kanak adalah sebahagian daripada kehidupan. Pengiktirafan dan sokongan dari rakan, ibu bapa dan guru merupakan sumber yang betul bagi memperkembangkan potensi kanak-kanak. Oleh itu, melalui aktiviti sukaneka ini pihak ibu bapa dapat menyaksikan anak-anak mereka berlumba, bersaing secara sihat dan betul di padang. Mereka dapat memberi peneguhan, sokongan dan galakan yang positif dan ini akan dapat meningkatkan keyakinan diri dalam kanak-kanak. Secara langsung juga, aktiviti sebegini dapat menyemai sifat dan sikap bersaing, berjuang dan berlumba-lumba secara sihat dan betul. Selain itu, hubungan yang erat antara pihak guru dan juga pihak ibu bapa akan dapat terjalin melalui aktiviti sukaneka ini. Pihak ibu bapa dapat melihat kesungguhan para guru menganjurkan aktiviti-aktiviti untuk anak-anak mereka dan mereka akan menghargai jasa-jasa guru ini. Maka, hubungan yang erat terjalin antara kedua-dua pihak ini. Hubungan ini adalah penting untuk memastikan perkembangan kanak-kanak kerana kerjasama antara pihak guru dan ibu bapalah yang mendorong kepada keberkesanan pembelajaran seseorang kanak-kanak. Kajian yang dilakukan oleh National Center for Family & Community Connections with Schools(2002), yang membuat ulasan daripada 51 kajian tentang penglibatan ibu bapa menyimpulkan bahawa ditemukan hubungan yang positif dan meyakinkan antara penglibatan ibu bapa mendatangkan kesan terhadap sekolah, keluarga dan pelajar daripada semua sosio ekonomi status, bangsa, latar belakang pendidikan dan umur.

Hari interaksi akademikProgram seterusnya yang dianjurkan oleh prasekolah di SK Bandar Sungai Buaya ialah Hari Interaksi Akademik. Hari interaksi akademik merupakan program yang memerlukan kehadiran ibu bapa untuk mengetahui prestasi murid-murid secara lebih terperinci melalui perbincangan dengan guru. Aktiviti ini dijalankan pada bulan Mei sebelum cuti pertengahan tahun. Ibu bapa telah hadir pada pukul lapan pagi. Guru prasekolah telah mengadakan satu perjumpaan dengan ibu bapa di bilik mesyuarat. Guru besar turut hadir dalam aktiviti ini dan beliau merasmikan program ini. Guru prasekolah telah berbincang tentang kemajuan dan juga prestasi kanak-kanak dengan ibu bapa agar mereka lebih memahami tahap anak mereka dan sejurusnya dapat membantu anak mereka mencapai kejayaan. Guru prasekolah menganalisis prestasi kanak-kanak berdasarkan pentaksiran dan pemerhatian yang dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Prestasi kanak-kanak bukan sahaja dari segi pencapaian akademik, malah sahsiah dan tingkat laku mereka.Dengan aktiviti sebegini, ibu bapa dapat mengetahui perkembangan dan juga prestasi anak-anak mereka di prasekolah. Dengan maklumat dan infomasi yang dapat dari pihak prasekolah, ibu bapa boleh memberi tunjuk ajar yang sewajarnya di rumah untuk meningkatkan perkembangan dan pencapaian anak mereka. Kelemahan kanak-kanak juga dapat dibaiki oleh ibu bapa. Selain itu, sokongan dan dorongan ibu bapa dalam pelajaran anak juga memainkan peranan yang penting. Ibu bapa harus sentiasa mengambil berat pelajaran anak dan memberi galakan agar mereka mempunyai motivasi untuk belajar. Melalui hari interasksi akademik ini, pihak ibu bapa juga dapat bekerjasama dengan pihak sekolah untuk mengajar kanak-kanak berdasarkan apa yang telah diajar di prasekolah. Dengan ini, kesinambungan pembelajaran di prasekolah dengan di rumah dapat diwujudkan. Hal ini bermaksud apa sahaja yang diperolehi atau yang dipelajari oleh anak-anak ketika di prasekolah dapat diteruskan di rumah dengan bantuan, galakan dan dorongan dari ibu bapa. Contohnya kalau pihak prasekolah mengajar anak tentang operasi tambah Matematik, ia akan menjadi lebih mudah jika ibu bapa juga meneruskan latihan tersebut ketika di rumah. Dengan ini, pembelajaran kanak-kanak akan lebih berkesan.Eugenia Hepworth Berger (1991) menyatakan ibu bapa boleh melakukan apa sahaja seperti membantu dan menggalakkan di rumah untuk menolong anak mereka berjaya di sekolah misalnya melalui komunikasi. Ini kerana anak-anak belajar untuk memahami sesuatu yang lebih baik apabila ibu bapa bercakap dan menerima serta mendengar idea mereka. Selain itu ibu bapa juga meneruskan amalan atau apa yang telah dipelajari oleh anak mereka di sekolah seperti amalan memberi salam, ucap selamat dan terima kasih amalan membaca, menulis, mengira, melukis, menyanyi dan lain-lain.Dengan interaksi dan perbincangan yang dijalankan antara ibu bapa dan juga pihak guru, pihak ibu bapa dapat berkongsi pendapat dan juga maklumat. Mereka dapat berkongsi masalah dan bersoal jawab untuk meningkatkan perkembangan kanak-kanak. Contohnya, pihak ibu bapa dan guru dapat bekerjasama dalam meningkatkan perkembangan kanak-kanak. Pengalaman atau idea yang disemaikan di sekolah boleh dikukuhkan oleh keadaan di rumah atau sebaliknya. Hal ini dapat membolehkan kanak-kanak mendapat faedah yang optimum di atas segala proses pengajaran dan pembelajaran mereka kerana mendapat sokongan dari kedua belah pihak.

Hari graduasiAktiviti seterusnya yang melibatkan ibu bapa di prasekolah SK Bandar Sungai Buaya ialah majlis graduasi prasekolah. Majlis graduasi ini masih dalam perancangan dan akan dijlankan pada bulan November. Objektif majlis ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada murid-murid prasekolah yang menamatkan sesi persekolahannya dan akan memasuki Tahun Satu pada tahun 2016. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk mencungkil bakat, potensi dan kemahiran yang ada dalam diri kanak-kanak prasekolah dan juga mengeratkan hubungan kekeluargaan antara guru, ibu bapa dan kanak-kanak.Sebelum majlis graduasi dijalankan, ibu bapa akan membuat bayaran untuk sewaan jubah dan sesi bergambar. Kanak-kanak prasekolah akan memakai jubah dan mengambil gambar individu dan kelas sebagai kenangan. Ibu bapa akan dijemput untuk menghadiri majlis graduasi anak diri sendiri. Antara tentative program yang dirancang ialah majlis akan bermula dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri dan lagu sekolah, ucapan guru besar dan guru prasekolah. Selepas itu, penyampaian hadiah kepada murid-murid dijalankan. Hadiah diberikan kepada kanak-kanak yang berprestasi baik dalam mata pelajaran dan keseluruhan berdasarkan pemerhatian dan pentaksiran yang dibuat oleh guru prasekolah. Penyampaian hadiah adalah untuk memberi penghargaan kepada kanak-kanak yang berkelakuan baik sepanjang tahun. Selepas itu, murid-murid memakai jubah dan naik ke pentas untuk menerima sijil tamat persekolahan daripada guru besar. Ibu bapa mengambil gambar bersama-sama dengan anak. Kehadiran ibu bapa akan memberi sokongan dan motivasi kepada anak. Kemudian, murid-murid prasekolah membuat persembahan yang dilatih oleh guru prasekolah iaitu tarian. Sambutan Hari Konvokesyen prasekolah merupakan sambutan yang wajib dilaksanakan oleh setiap prasekolah supaya kanak-kanak dapat diberikan pengiktirafan terhadap segala hasil kerja dan pencapaian yang telah mereka kecapi sebelum mereka menjejak kaki ke sekolah rendah. Biasanya,Sambutan Hari Konvokesyen Prasekolah merupakan salah aktiviti tahunan yang wajib dilaksanankan bagi setiap prasekolah. Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk memberikan penghargaan kepada kanak-kanak setelah menamatkan alam prasekolah, dapat memupuk sikap yakin dan berani pada diri kanak-kanak serta dapat mewujudkan perkongsian pengetahuan, pengalaman terhadap perkembangan dan kemahiran kanak-kanak antara ibu bapa dan guru. Melalui aktiviti sebegini, ibu bapa dapat meyaksikan persembahan anak-anak mereka. Mereka akan dapat melihat dan membanding bezakan perkembangan anak-anak mereka dari belum memasuki alam persekolahan dan sampai ke akhir persekolahan prasekolah. Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti ini sangat penting kerana ia merupakan satu pengiktirafan dan juga satu dorongan kepada anak-anak. Kanak-kanak akan berasa teruja dan gembira apabila ibu bapa meyaksikannya membuat persembahan serta mendapat hadiah. Hal ini dapat meningkatkan keyakinan dirinya dan juga self esteem. Secara langsung ia berfungsi sebagai motivasi instrisik untuk menggalakan kanak-kanak untuk berusaha meningkatkan perkembangannya.Selain itu, guru juga boleh meminta ibu bapa yang berpotensi dalam sebarang persembahan untuk melibatkan diri secara langsung sebagai jurulatih persembahan dalam majlis ini. Selaku ibu bapa yang prihatin terhadap pembelajaran anak-anaknya, ibu bapa perlu juga memberi bantuan kepakaran kepada guru sekiranya ibu bapa tersebut mempunyai kepakaran Contohnya seperti ibu bapa mahir dalam tarian atau nyanyian dan sebagainya. Sekiranya ibu bapa mempunyai kepakaran dalam nyayian, ibu bapa boleh memberikan kursus percuma kepada guru dan juga kanak-kanak. Dengan cara ini ia boleh membantu dalam perkembangan emosi dan juga sosial kanak-kanak. Dalam konteks Hari Graduasi ini, ibu bapa boleh secara sukarela untuk menjadi jurulatih persembahan kepada kanak-kanak dan mimbimbing mereka melakukan persembahan. Dengan ini, pihak ibu bapa dapat meringankan tugas guru dan guru dapat memberi fokus dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pihak ibu bapa pula akan dapat melihat tingkah laku kanak-kanak di sekolah dan mereka berpeluang mempelajari cara atau kaedah guru mengatasi masalah tingkah-laku kanak-kanak.Akhir sekali, melalui aktiviti sebegini pertalian yang erat diantara ibu bapa dan guru dapat dijalinkan. Pihak ibu bapa dapat membentuk perasaan bertanggungjawab yang sewajarnya terhadap pendidikan anak-anak mereka.

RumusanPenglibatan ibu bapa dalam pedidikan prasekolah haruslah lebih merupakan pendekatan satu arah, iaitu daripada atas ke bawah. Kesinambungan penglibatan ibu bapa lebih bersifat inisiatif guru daripada inisiatif ibubapa pada andaian pula ibu bapa perlu diberitahu mengenai apa yang harus dilakukan. Penglibatan ibu bapa boleh meningkatkan kualiti sesebuah prasekolah secara efektif. Ibu bapa perlu dididik mengenai peranan dan tanggungjawab mereka supaya matlamat pendidikan prasekolah berkenaan dapat dicapai dan peranan mereka sebagai pendidik di rumah dilatih.Oleh itu, ibu bapa haruslah sama-sama membantu pihak prasekolah dalam meningkatkan serta mengalakkan perkembanagan kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan. Sekiranya tiada kerjasama yang baik dan berterusan dari pihak ibubapa tentulah sukar bagi pihak prasekolah untuk melaksanakan semua aktiviti dengan sempurna dan lancar. Yang paling penting sekali, apabila ibu bapa dapat sama-sama melibatkan diri , ibu bapa akan dapat bersama memahami betapa mencabarnya peranan pendidik dalam memberi pendidikan yang terbaik kepada anak-anak. Ini seterusnya dapat mengelakkan sebarang kekeliruan atau salah faham antara pendidik dan ibu bapa.. Kesimpulannaya, penglibatan ibu bapa dalam pendidikan awal kanak-kanak memainkan peranan yang penting dalam membentuk keperibadian mulia dikalangan kanak-kanak. Peranan ibu bapa sebagai rakankongsi aktif dalam proses pembelajaran kanak-kanak selalunya memberikan kesan kepada kualiti perkembangan kanak-kanak. Ibu bapa juga adalah pendidik pertama dan utama kanak-kanak sebelum kanak-kanak berhadapan dengan guru-guru pembimbing di prasekolah. Ibu bapa juga dapat membantu meningkatkan kualiti sesebuah program tadikadengan menyumbang tenaga, berkongsi bakat dalam program tadika. Oleh yang demikian, ibu bapa dan komuniti seharusnya mengambi pendekatan yang serius dalam membimbing kanak-kanak seawal usia lagi kerana mereka bakal menerajui pentadbiran dunia kelak.