assignment individu.docx

8
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) UWA10302 LAPORAN PROGRAM: LECTURE SERIES 2/2013 EPISTEMOLOGI ISLAM DAN PEMBANGUNAN INSAN: ANALISIS INTROSPEKTIF DICERAMAHKAN OLEH: PROF. MADYA SYED MUHAMMAD DAWILAH AL EDRUS NAMA : ZULAIKHA ASYIQIN BINTI NUR AZRI NO MATRIK : AD120014 SEKSYEN : 9 FAKULTI : FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN

Upload: eka

Post on 03-Dec-2015

226 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: assignment individu.docx

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

UWA10302

LAPORAN PROGRAM:

LECTURE SERIES 2/2013

EPISTEMOLOGI ISLAM DAN PEMBANGUNAN INSAN: ANALISIS INTROSPEKTIF

DICERAMAHKAN OLEH: PROF. MADYA SYED MUHAMMAD DAWILAH AL EDRUS

NAMA : ZULAIKHA ASYIQIN BINTI NUR AZRI

NO MATRIK : AD120014

SEKSYEN : 9

FAKULTI : FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL

DAN PEMBUATAN

Page 2: assignment individu.docx

Laporan Lecture Series 2/2013 ‘Epistemologi Islam dan Pembangunan Insan : Analisis Introspektif’ oleh Prof Madya Dr Syed Muhammad Dawilah Al Edrus

Pada 30 Mei 2013 bertempat di Auditorium, Aras 3, Perpustakaan UTHM telah diadakan

Lecture Series 2 bertajuk ‘Epistemologi Islam dan Pembangunan Insan : Analisis Introspektif’ yang

telah disampaikan oleh Professor Madya Dr. Syed Muhammad Dawilah Al-Edrus. Program yang

dihadiri oleh staf UTHM serta pelajar ini telah dianjurkan oleh Pejabat Pengurusan Strategik dan

Kualiti dan Pejabat Naib Canselor.

Penyampaian bernas selama satu jam setengah yang disampaikan oleh Professor Madya Dr

Syed Muhammad berkisarkan analisa hubungan antara manusia-agama-sains dan bagaimana

hubungan itu mempengaruhi pembangunan insan dalam diri individu.

Program tersebut membuka minda pelajar dalam menganalisa peri pentingnya hubung kait

agama dan sains dan bagaimana perhubungan tersebut menyumbang kepada pembangunan insaniah

seseorang. Selain itu, program seumpama ini membantu individu pelajar untuk melihat permasalahan

dunia dari perspektif lain.

Professor Madya Dr Syed Muhammad Dawilah ketika menyampaikan ceramah beliau

Page 3: assignment individu.docx

Berikut adalah huraian serba sedikit perihal perkara yang disentuh oleh penceramah, Professor Madya

Dr. Syed Muhammad Dawilah Al-Edrus mengenai Epistemologi Islam dan Pembangunan Insan :

Analisis Introspektif.

1. Konflik hubungan manusia-agama-sains

Agama merupakan tuntutan dalam kehidupan untuk menuju hidup yang beretika dan bermoral. Sains

pula memberikan pengetahuan kepada manusia. Perkembangan Sains memajukan dan memudahkan

kehidupan manusia. Namun demikian dua aspek ini tidak sehaluan dan dikatakan harus dipilih salah

satunya. Berikutan konflik hubungan manusia-agama-sains, pelbagai istilah atau terma muncul bagi

membayang dan menjelmakan kekeliruan pemikiran masyarakat barat. Sebahagian individu

merasakan keberadaan agama adalah lebih rendah. Hal ini kerana, agama dianggap kolot dan agama

hanya milik individu yang terpenjara dalam gua tanpa mendapatkan pencerahan. Walhal hubungan

antara agama dan sains adalah berbeza seperti yang digambarkan oleh Fritijof Capra dalam karyanya

berjudul ‘The Turning Point’. Agama(Islam) tidak pernah mengekang sesiapa untuk maju. Malah,

agama (Islam) sangat mendukung umatnya untuk melakukan penelitian dalam hal apapun,

termasuklah Sains. Jelasnya, agama dan sains merupakan dua bahagian penting dalam kehidupan

sejarah umat manusia. Pengintegrasian agama dan sains adalah wajar dilaksanakan kerana dunia

moden kini memerlukan pemimpin keilmuan yang menunjukkan kesebatian kedua-dua aspek tersebut

agar ianya dapat dihayati.

2. Sekularisme pendidikan

Sekularisme didefinisikan sebagai suatu percubaan memisahkan urusan dunia daripada urusan agama

dan Tuhan dari segala kehidupan manusia manakala pendidikan sekular adalah sebuah sistem

pendidikan yang menolak peranan agama sama ada dari segi perisiannya, (kurikulum dan ko-

kurikulum) dan juga dari segi perjalanan sistem induknya (pengurusan dan pentadbiran). Penekanan

sekularisme yang kritis menyebabkan masyarakat mentafsirkan konsep kecemerlangan hanya dari

aspek sebab-musabab saintifik semata-mata sehingga mengabaikan pendekatan emosi dan spiritual.

Kondisi ini menyebabkan masyarakat mengkritik perkara yang berkaitan dengan agama dan tradisi

secara keterlaluan. Sains dan agama dipisahkan dan telah mengakibatkan wujudnya fahaman tentang

kekuasaan ilmu sains sebagai pengukur terakhir terhadap sesuatu kebenaran di mana ada individu

menolak semua pernyataan agama atas alasan pengajaran dalam agama tidak dapat dibuktikan melalui

ujikaji dan penyelidikan akal. Kajian yang dilakukakan oleh Prof Dr Harry Lewis dalam bukunya

‘Excellence without a Soul’ yang menyatakan sistem pendidikan (Harvard) telah lupa akan misi

utama sistem pendidikan mereka adalah untuk menukarkan seseorang remaja kepada dewasa. Aliran

sekularisme ini turut menular di Malaysia di mana institut pendidikan tidak membina keperibadian

Page 4: assignment individu.docx

pelajar yang Islami sedangkan falsafah pendidikan Islam bermatlamat untuk membentuk dan

memperkembangkan insan supaya menjadi Muslim yang kamil, syumul, berilmu, beriman,

berperibadi mulia dan menghayati Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunah. Namun sekularisme

telah memberi banyak memberi kesan buruk kepada akidah orang Islam serta terpesong dari landasan

Falsafah Pendidikan Islam hanya termaktub di atas kertas sahaja. Matlamat  dan  fungsinya tidak

tercapai akibat daripada pengaruh sekularisme yang begitu kuat di dalam sistem pendidikan di

Malaysia 

3. Penciplakan Tamadun Islam oleh Barat

Rakaman sejarah tradisi kegemilangan intelektual Islam jelas menukilkan hubungan antara manusia-

agama-sains. Ketika ini, hubungan manusia-agama-sains dampaknya berhasil menjulang Islam ke

zaman emas di persada teratas kemajuan kecemerlangan ilmu di pentas dunia. Rasionalnya, pendapat

yang menyatakan agama dan sains harus dipilih salah satunya adalah tidak berasas. Semasa tamadun

Islam berada di puncak kegemilangannya, tamadun Barat masih di takuk kegelapan di mana mereka

melihat ilmu sains sebagai sesuatu yang bertentangan dengan Kristian. Sumbangan tamadun Islam

terhadap Barat adalah besar. Aktiviti penterjemahan yang giat dijalankan di Barat telah membawa

Barat ke zaman Renaisance iaitu zaman kelahiran semula. Pada ketika ini hasil karya ahli sains Islam

giat diciplak hinggakan suatu dekri yang menghalang penjualan hasil tulisan sains kepada orang

Kristian dikeluarkan kerana orang Kristian menterjemahkan tulisan tersebut dan menerbitkannya di

bawah nama lain. Perkembangan ilmu sains di Barat tidak seperti perkembangan ilmu tersebut dalam

tamadun Islam. Ini kerana, perkembangan ilmu sains di Barat berlaku setelah ilmuwan mereka

mensekularkan ilmu atau memisahkan ilmu dari agama sehingga ilmu tersebut menafikan tuhan dan

agama sehingga melahirkan berbagai fahaman ateis dan materialisme dalam perkembangan ilmu

tersebut di Barat. 

4. Peranan Ilmu dalam Pembangunan Insan

Ilmu pengetahuan mempunyai kedudukan yang tinggi dan istimewa di sisi Allah yang mana ia

terbukti melalui pengiktirafan Allah terhadap ilmu melalui wahyu pertama Ilahi kepada junjungan

besar Rasulullah yang memerintahkan baginda mempelajari ilmu dan menitikberatkan kepentingan

pembelajaran dalam setiap aspek kehidupan manusia. Apa yang disampaikan oleh Waqi'(syair Imam

Syafie) adalah tentang ilmu yang sebenar berupa cahaya dari Allah, yang boleh juga dikatakan

hidayah. Ilmu sains yang dipelajari ini adalah salah satu alat atau perkakas untuk kita memahami

hakikat ilmu yang lebih tinggi, iaitu ilmu syariah(Al Quran dan Sunnah). Tidak adillah kita sekiranya

kita membiarkan pengetahuan ini sekadar pengetahuan sahaja, tanpa membawanya ke tempat yang

sepatutnya; sebagai alat untuk memahami hakikat kebenaran dan hakikat penciptaan alam.