assignment 588

11
KERTAS KERJA PROGRAM HUBUNGAN ETNIK DI KALANGAN MURID SK SERDANG 1.0 BUTIRAN AM Tajuk : Program Hubungan Etnik Di Kalangan Murid SK Serdang Penasihat Program : Puan Nik Shuhada Bt. Nik Muhammad (PK HEM) Perasmi :Encik Abdul Rahim Ali (Guru Besar) Tempat :Dewan Sekolah SK Serdang Tarikh : 16 September 2015 2.0 PENGENALAN Program ini adalah merupakan satu program berbentuk kemasyarakatan dan pergaulan di kalangan murid yang dianjurkan oleh pihak Hal Ehwal Murid. Program ini dilaksanakan adalah bertujuan membentuk satu perpaduan yang erat pelbagai kaum dan bangsa di kalangan murud sekolah. 3.0 TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Kertas kerja ini dimajukan untuk makluman mendapat pandangan kelulusan pihak Pejabat Pendidikan Daerah Petaling

Upload: johari

Post on 16-Nov-2015

9 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

hubungan etnik di sekolah rendah, perpaduan di kalangan murid-murid sekolah rendah, aktiviti hubungan etnik

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA

KERTAS KERJA PROGRAM HUBUNGAN ETNIK DI KALANGAN MURID SK SERDANG1.0BUTIRAN AM

Tajuk

: Program Hubungan Etnik Di Kalangan Murid SK Serdang Penasihat Program: Puan Nik Shuhada Bt. Nik Muhammad (PK HEM) Perasmi

:Encik Abdul Rahim Ali (Guru Besar) Tempat

:Dewan Sekolah SK Serdang Tarikh

: 16 September 20152.0 PENGENALANProgram ini adalah merupakan satu program berbentuk kemasyarakatan dan pergaulan di kalangan murid yang dianjurkan oleh pihak Hal Ehwal Murid. Program ini dilaksanakan adalah bertujuan membentuk satu perpaduan yang erat pelbagai kaum dan bangsa di kalangan murud sekolah. 3.0 TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN3.1Kertas kerja ini dimajukan untuk makluman mendapat pandangan kelulusan pihak Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana mengenai perlaksanaan menganjurkan program Baktisiswa seterusnya meluluskan sejumlah peruntukan yang diperlukan.

3.2 Objektif Program3.2.1 Membuka ruang kepada murid-murid berbual-bual, bertukar-tukar fikiran dan idea menjamin kesinambungan hidup masyarakat dan jati diri sebagai menyahut wawasan negara melahirkan murid yang minat masyarakat.

3.2.2 Mewujudkan semangat kekitaan dan hubungan murid-murid dan kepercayaan dan kasih sayang pelbagai kaum berteraskan dunia tanpa sepadan.

3.2.3 Melahirkan kesedaran dan keinsafan kepada murid tentang permasalahan masyarakat dengan harapan melahirkan murid yang peka kepada masyarakat.3.2.4 Memberi pengetahuan dan pengalaman kepada murid sebagai persediaan diri untuk menjadi guru dengan memupuk nilai-nilai murni seperti sifat kepimpinan, berkerjasama dan keupayaan berkomunikasi dalam diri murid tanpa mengira kaum.3.2.5 Malah,kajian yang kami jalankan ini adalah ingin menanamkan semangat setiakawan dan mengeratkan hubungan di kalangan murid tanpa mengira kaum.4.0 JUSTIFIKASI PROGRAM1. Merapatkan jalinan silaturahim di kalangan murid.2. Mewujudkan kerjasama di kalangan murid tidak mengira kaum dan etnik.3. Melahirkan individu yang berketerampilan dari segi rohani dan jasmani.4. Mendekatkan diri pelajar dengan masyarakat sekeliling.5.0 SASARAN5.1 Murid-murid Tahun 6 SK Serdang.6.0 BENTUK PROGRAM6.1Sukaneka kecil.Objektif:

1)Merapatkan hubungan antara murid berbilang kaum.2)Memupuk semangat kerjasama yang erat antara murid yang berbilang kaum.6.2Program aktiviti dalam kumpulan.Objektif:

1)Memupuk semangat berkerjasama antara murid.2)Mewujudkan semangat berkumpulan di kalangan murid yang melibatkan semua kaum.7.0 PENUTUP

Diharapkan agar Program ini dapat dijalankan dengan jayanya. Guru-guru yang mencadangkan program ini mengucapkan ribuan teriman kasih di atas segala kerjasama dan sokongan oleh semua pihak adalah dari segi bentuk kewangan,fizikal,dan moral mahupun yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung. Semoga dengan sumbangan ini dapat memberi pengetahuan kepada murid-murid dan mengeratkan lagi hubungan di kalangan murid SK Serdang.Disediakan oleh,

( JOHARI BIN MAT JAP )

Setiausaha Projek Hubungan Etnik,

Panitia Sejarah SK Serdang.TENTATIF PROGRAM7.30-7.40 pagi

:Berkumpul di Dewan Sekolah7.40-8.00 pagi:Ice breaking dan taaruf ( Dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil)

8.00-10.00 pagi:LDK 1 Gerak kerja dalam kumpulan10.00-12.00 Tengahari: (Pesembahan kecil dari pelajar)PEMBAHAGIAN KUMPULAN BAGI FASILITATOR

KUMPULAN 1

Mohd Aedi Hafriez Bin Suhaimi Kartini Bt Ripin

KUMPULAN 2

Nurisma Bt Ismail

Asmawi Bin Sulong

KUMPULAN 3

Huzaifah Bt Hilpi

Md Syah B Md Noh

KUMPULAN 4

Noraini Bt Azizan

Mohd Azri Bin Bunyamin

KUMPULAN 5

Saiful Bohari Bin Hj Mohd

Adzliyana Bt zulkaple

Abd Halim B Abd Majid

KUMPULAN 6

Mohd Norazam Bin Saad@Senafi

Sandak anak Mandang

KUMPULAN 7

Mohd Jamil Khair Bin Mohd Radzali

Razif Bin Kiprawi

KUMPULAN 8 Mohd Amin Nor Bin Ali

Rohida Bt Ahmad

KUMPULAN 9

Norhafizah Bt Hamzah Mohd Saiful Bin Rahmat KUMPULAN 10

Amirul Faiz Bin Abd Manap

Siti Nor Bt Ismail Mohd Zahir Bin YahyaLATIHAN DALAM KUMPULAN 1 ( LDK 1)

Taaruf dan ice breaking ( 60 minit )

Objektif :

1. Untuk memperkenalkan ahli kumpulan antara satu sama lain supaya peserta dapat merasai kehadiran fasilitator sebagai teman baru.

2. Mewujudkan sikap keterbukaan,saling percaya-mempercayai antara satu sama lain.

3. Menghilangkan garis panduan antara ahli kumpulan.

4. Membina ikatan antara ahlikumpulan.Kaedah :

Taaruf (berkenalan) dengan menanyakan nama penuh peserta,nama panggilan,asal,cita-cita,hobi dan sebagainya yang difikirkan sesuai.Fasilitator akan dapat mendapat gambaran awal peserta melalui warna pilihan,barang kesukaan peserta.Contoh monyet pintar tetapi nakal.

Sekiranya sesi LDK 1 masih menpunyai masa terluang,bolehlah mengisi dengan aktiviti MENARA GADING IMPIANKU.

Kaedah : Fasi menceritakan sedikit sebanyak kursus yang ditawarkan di IPTA. Fasi dikehendaki menceritakan sedikit tentang keseronokan dan kelebihan belajar di IPTA. Kehidupan di kampus yang mempunyai pelbagai kelebihan,contohnya :

Etika berpakaian pelajar iaitu tidak perlu memakai pakaian seragam. Jadual waktu kuliah yang fleksibel dan boleh disusun sendiri. Perkhidmatan dan insfrasuruktur di kampus. Kelebihan sistem semester (cuti hujung semester,selepas peperiksaan MERDEKA )

****Propaganda gaya hidup di kampus agar semuanya nampak indah

LATIHAN DALAM KUMPULAN 2 ( LDK 2)

Mengadakan gerak kerja latihan berkumpulan ( LDK 2 )

Dalam LDK 2 peserta dapat bersuka-ria sambil menghasilkan pelbagai permainan dengan para fasilitator. Sukaneka kecil dijalankan.

Yakin pada diri sendiri.

BELANJAWAN DAN JUSTIFIKASI KEWANGANPendapatanJumlahPerbelanjaan Jumlah

Anggaran pendapatan

Rm 90.00

Anggaran perbelanjaan

Rm 90.00

Jumlah keseluruhanRm 90.00Jumlah keseluruhanRm 90.00

Belanjawan projek khidmat masyarakat yang akan dijalankan:

LDK Peralatan:

1. Kertas mahjung 1 gulung:RM 15.00

2. Marker pen 1 kotak

:RM 5.00

3. Fail peserta 70 pcs

:RM 70.00

LAPORAN AKTIVITIProgram ini telah disempurnakan secara rasminya oleh guru besar.

Kekuatan.

Program yang dijalankan dapat menyuntik semangat perpaduan dalam diri murid murid. Oleh itu, murid lebih menghayati erti sebenar perpaduan setelah negara Malaysia lama mengecapinya. Selain itu, murid perlu diingatkan untuk mengekalkan keamanan negara supaya Malaysia lebih aman dan selamat untuk satu tempoh yang akan datang.

Kelemahan.

Segelintir murid hilang fokus semasa LDK serta berbual-bual sewaktu aktiviti sedang dijalankan. Perkara ini membuatkan murid lain terganggu.

Cadangan mengatasi.

Murid tersebut perlu ditegur agar tidak mengulangi perkara sedemikian. Jika perlu, guru boleh mengenakan dendaan sebagai salah satu inisiatif untuk murid memberi tumpuan yang lebih sepanjang program berlangsung.

Diharapkan agar impak program ini dapat dihayati dengan jayanya oleh murid-murid. Guru-guru yang mencadangkan program ini mengucapkan ribuan teriman kasih di atas segala kerjasama dan sokongan oleh semua pihak adalah dari segi bentuk kewangan,fizikal,dan moral mahupun yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung. Semoga dengan sumbangan ini dapat memberi pengetahuan kepada murid-murid dan mengeratkan lagi hubungan di kalangan murid SK Serdang.