assignment 588

13
CEEM 588 Ethnic Relations Assignment 7 ETHNIC RELATIONS IN MALAYSIA PROGRAM RIMUP PERMAINAN BOLA BALING Pendahuluan Berlandaskan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan di bawah Teras Pertama iaitu Membina Negara Bangsa maka, program RIMUP dijalankan. Peruntukan sebanyak RM 2000 telah disediakan oleh pihak kementerian bagi melaksnakan program ini. SJKT Bandar Springhill , SJKC Bandar Springhill dan SK Lukut akan bergabung dan berada dalam Kumpulan A. Rasional Program ini dianjurkan kerana sekolah merupakan institusi yang mampu menjadi agen berkesan ke arah menyatupadukan murid pelbagai kaum di negara ini. Di samping melahirkan semangat perpaduan, aktiviti permainan bola baling dapat menyihatkan badan. Matlamat Mewujudkan persefahaman dan perpaduan di kalangan warga sekolah yang berbilang bangsa. Misi Bersama melahirkan generasi yang bersatu dan cergas. Visi “ Perpaduan Teras Keharmonian” Anjuran SJKT Bandar Springhill Objektif

Upload: dollar-g

Post on 07-Sep-2015

237 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

CEEM 588 Ethnic RelationsAssignment 7ETHNIC RELATIONS IN MALAYSIA

PROGRAM RIMUPPERMAINAN BOLA BALING

Pendahuluan

Berlandaskan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan di bawah Teras Pertama iaitu Membina Negara Bangsa maka, program RIMUP dijalankan. Peruntukan sebanyak RM 2000 telah disediakan oleh pihak kementerian bagi melaksnakan program ini. SJKT Bandar Springhill , SJKC Bandar Springhill dan SK Lukut akan bergabung dan berada dalam Kumpulan A.Rasional

Program ini dianjurkan kerana sekolah merupakan institusi yang mampu menjadi agen berkesan ke arah menyatupadukan murid pelbagai kaum di negara ini. Di samping melahirkan semangat perpaduan, aktiviti permainan bola baling dapat menyihatkan badan.

Matlamat

Mewujudkan persefahaman dan perpaduan di kalangan warga sekolah yang berbilang bangsa.Misi

Bersama melahirkan generasi yang bersatu dan cergas.

Visi

Perpaduan Teras Keharmonian

Anjuran

SJKT Bandar SpringhillObjektif

1. Dapat melahirkan hubungan rapat dan semangat muhibbah antara murid.2. Menerapkan amalan menghormati antara guru dan murid yang berbilang bangsa.

3. Melahirkan murid-murid yang sihat dan cergas.

Tarikh, hari dan Masa

Tarikh : 04 Mac 2015Hari : RabuMasa : 7.30 1.30 TengahariTempat

SJKT Bandar SpringhillKumpulan Sasaran

Guru-guru dan murid-murid

i) SK Lukutii) SJK (C) Bandar Springhilliii) SJK (T) Bandar Springhill

Sumber Tenaga

Warga SJKT Bandar SpringhillSumber Kewangan

Pengurusan sekolah

Strategi Pelaksanaan

1. Mesyuarat AJK2. Perbincangan dengan pihak pentadbiran sekolah

3. Lantikan AJK kerja

4. Pelaksanaan program

5. Pemantauan pelaksanaan aktivitiAcara

Permainan Bola Baling

Setiap sekolah menghantar 24 orang murid tahun 6 (12 L, 12 P)

Murid-murid dibahagikan kepada 3 kumpulan (Kump A, B dan C)

Setiap kumpulan terdiri daripada murid daripada ketiga-tiga buah sekolah berkenaan

Seorang guru pengiring dan seorang pengadil permainan

Masa permainan 8.00 hingga 11.30 pagi

Semua peserta akan diberi hadiah

Makanan disediakan

Penutup

Program ini diharapkan dapat memupuk hubungan erat antara kaum. Selain itu, dengan menjayakan program ini dapat memupuk semangat sayangi kesihatan bagi hidup yang ceria.

CEEM 588 Ethnic RelationsAssignment 8LAPORAN PROGRAM RIMUP

PERMAINAN BOLA BALING

SJKT BANDAR SPRINGHILLTarikh

:04 MAC 2015Hari

:RabuMasa

:7.30 pagi hingga 1.30 tengahariTempat

:SJKT Bandar SpringhillSekolah yang Menyertai:SK Lukut

SJK (C) Bandar SpringhillPENDAHULUAN

Program RIMUP telah dianjurkan bertujuan untuk memupuk perpaduan dan semangat bekerjasama antara murid dengan murid, murid dengan guru dan antara guru dengan guru yang berbilang kaum. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk meningkatkan semangat cinta akan negara dan menghormati antara satu sama lain. Program ini telah dianjurkan oleh SJKT BANDAR SPRINGHILL dan disertai oleh 96 orang murid yang terdiri daripada murid-murid SK LUKUT, SJK (C) BANDAR SPRINGHILL dan SJKT BANDAR SPRINGHILL. Selain itu, beberapa orang guru dari semua sekolah yang terlibat juga memberi sumbangan sebagai Ahli Jawatankuasa sepanjang program dijalankan.

Pihak sekolah juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Besar SK Lukut dan Guru Besar SJKC Bandar Springhill yang sudi bersama-sama membenarkan murid-murid mereka menyertai program ini bagi merealisasikan program RIMUP.AKTIVITI

7.30 pagi Ketibaan guru-guru dan murid-murid dari SK Lukut dan SJKC Bandar Springhill. Mereka diberi sarapan sebungkus roti dan sebotol air mineral. Kemudian, murid-murid mengikuti aktiviti regangan sebelum memulakan permainan bola baling bagi mengelakkan kekejangan otot. Selepas itu murid-murid lelaki dan perempuan masing-masing dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu Kumpulan A, B dan C . Setiap kumpulan terdiri daripada tiga kaum. Semua murid memberi komitmen yang memberangsangkan.8.30 pagi Permainan bola baling dimulakan. Masa bermain 7 minit main 1 minit rehat

7 minit main. Kump A (L) X Kump B (L) - seri.

Kump A (P) X Kump B (P)

- Kump B (P) menang

Kump A (L) X Kump C (L)

- Kump A (L) menang

Kump A (P) X Kump C (P)

- Kump A (P) menang

Kump B (L) X Kump C (L)

- Kump B (L) menang

Kump B (P) X Kump C (P)

- Kump B (P) menang

Mengikut kiraan mata jaringan Kumpulan B (L) dan Kumpulan B (P) Johan.

Permainan tamat jam 11.00 pagi. Impak daripada permainan bola baling dapat mengeratkan perhubungan antara murid pelbagai kaum. Di samping itu, dapat melahirkan semangat berpasukan. Ini jelas dapat dilihat ketika mereka mengatur strategi pelawanan. Ini membuktikan program RIMUP tercapai dengan jayanya.11.30 pagi Majlis penyampaian hadiah. Semua murid mendapat hadiah berupa piala. Di samping itu, guru-guru pengiring turut menerima cendermata daripada pihak sekolah. Jutaan terima kasih kepada Guru Besar SJKC Bandar Springhill dan Guru Besar SK Lukut kerana sudi menyampaikan hadiah bagi menyempurnakan majlis. Kemudian, murid-murid dan guru-guru menikmati jamuan yang disediakan. Sebelum berpisah, sesi bergambar dan murid-murid bersalaman. Jelas terpancar kemesaraan antara mereka. 12.00 tengahari Majlis bersurai.

Laporan disediakan oleh,

(KRISHNA KUMAR A/L APPUKUTTY)

Setiausaha,

Program RIMUP

SJKT Bandar SpringhillLAPORAN BERGAMBAR

PROGRAM RIMUP

PERMAINAN BOLA BALING

Murid-murid dari SJKC Bandar Springhill ceria menerima pembahagian sarapan daripada guru SK Lukut.

Murid-murid SJKT Bandar Springhill beratur untuk menerima edaran air mineral dan sebungkus roti.

Encik Azam memimpin aktiviti regangan sebelum memulakan permainan bola baling.

Semua murid yang terlibat memberikan komitmen yang baik ketika menjalankan aktiviti regangan.

Murid-murid dibahagikan kepada tiga kumpulan dan setiap kumpulan dianggotai oleh tiga kaum.

Keharmonian dipamerkan oleh murid-murid ketika bersalaman sebelum permainan dimulakan.

Semangat berpasukan ditunjukkan oleh setiap pasukan dalam permainan bola baling.

Mata jaringan yang diperoleh bagi setiap pasukan dipamerkan pada papan markah.

Guru Besar SJKT Bandar Springhill sedang menyampaikan hadiah kepada murid-murid.

Guru Besar SJKC Bandar Springhill sedang menyampaikan hadiah kepada murid-murid.

Murid-murid bergambar sambil melaungkan 1 Malaysia!