ass moral.0.docx

16
IPGK IPOH BM02 KOHORT 2 1.0 Pendahuluan Peranan nilai agama dan masyarakat ialah membentuk sebuah negara yang bangsanya bersatu padu serta berkongsi masa hadapan bersama. Melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas dan teguh . Membentuk dan memperkembangkan sebuah masyarakat yang demokratik, kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, matang, bersifat liberal serta progresif berdaya cipta dan berpandangan jauh. Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum melahirkan pelbagai budaya dan juga agama yang menjadi pegangan hidup rakyatnya.Penghayatan nilai-nilai di kalangan rakyat yang pelbagai agama perlu untuk mengekalkan perpaduan dan hubungan yang harmonis antara kaum. Orang Melayu yang sinonim dengan agama Islam,Cina beragama Budhisme,Konfusianisme serta masyarakat India beragama Hindu. Ketiga-tiga kaum utama inilah yang mendominasi angin perubahan nilai dalam masyarakat Malaysia. Dalam negara Malaysia usaha mengejar kemajuan untuk mencapai matlamat pembangunan ekonomi yang pesat, kemajuan teknologi yang membanggakan dan modenisasi masyarakat secara menyeluruh agar Malaysia maju kehadapandan menjadi negara industri. Tetapi dalam mengejar kemajuan dan arus kemodenan untuk mencapai taraf yang standing dengan negara-negara Barat itu juga telah menghahakis nialai-nilai masyarakat dan agama yang perlu dipertahankan serta memerlukan masyarakat mengadaptasikan nilai-nilai baru dalam menangani cabaran dan tuntutan perubahan. Pengenalan Kepada Konsep AsasPendidikan Moral 1

Upload: linda-md-akhir

Post on 18-Dec-2015

30 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

IPGK IPOH BM02 KOHORT 2

IPGK IPOH BM02 KOHORT 2

1.0 PendahuluanPeranan nilai agama dan masyarakat ialah membentuk sebuah negara yang bangsanya bersatu padu serta berkongsi masa hadapan bersama. Melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas dan teguh . Membentuk dan memperkembangkan sebuah masyarakat yang demokratik, kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, matang, bersifat liberal serta progresif berdaya cipta dan berpandangan jauh.Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum melahirkan pelbagai budaya dan juga agama yang menjadi pegangan hidup rakyatnya.Penghayatan nilai-nilai di kalangan rakyat yang pelbagai agama perlu untuk mengekalkan perpaduan dan hubungan yang harmonis antara kaum. Orang Melayu yang sinonim dengan agama Islam,Cina beragama Budhisme,Konfusianisme serta masyarakat India beragama Hindu. Ketiga-tiga kaum utama inilah yang mendominasi angin perubahan nilai dalam masyarakat Malaysia.Dalam negara Malaysia usaha mengejar kemajuan untuk mencapai matlamat pembangunan ekonomi yang pesat, kemajuan teknologi yang membanggakan dan modenisasi masyarakat secara menyeluruh agar Malaysia maju kehadapandan menjadi negara industri. Tetapi dalam mengejar kemajuan dan arus kemodenan untuk mencapai taraf yang standing dengan negara-negara Barat itu juga telah menghahakis nialai-nilai masyarakat dan agama yang perlu dipertahankan serta memerlukan masyarakat mengadaptasikan nilai-nilai baru dalam menangani cabaran dan tuntutan perubahan.1.1 Objektif KajianDalam Pentaksiran Kerja Kursus Projek Pengenalan Kepada Konsep Asas Pendidikan Moral ini objektif adalah untuk menunjukkan kefahaman konsep asas moral dan konsep asas nilai melalui pemetaan konsep-konsep utama.Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan harian.1.2 Batasan KajianDalam Pentaksiran Kerja Kursus Projek ini batasan yang telah ditetapkan adalah menumpukan perhatian kepada sejauh manakah kekuatan sesuatu masyarakat dan negara pada umumnya banyak bergantung kepada perubahan nilai yang berlaku. Angin perubahan yang dalam konteks global dan dalam konteks negara Malaysia boleh menghakis nialai-nilai yang perlu dipertahankan dan juga memerlukan masyarakat mengadaptasikan nilai-nilai baru dalam menangani cabaran dan tuntutan perubahan.1.3 Definisi Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat masyarakat bermaksud kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.Negara pula bererti kumpulan masyarakat yang mendiami sesuatu kawasan, mempunyai kedaulatan politik dan juga jentera pemerintahan.Seterusnya nilai ialah standard dan prinsip kita dalam mempertimbangkan harga sasuatu benda. Nilai juga merupakan kriteria bagi kita mempertimbangkan sesuatu benda, situasi dan manusia. Nilai dilihat sebagai suatu kualiti, motif atau piawai norma yang ada dalam pertalian antara benda, fikiran dan pemilikan.nilai bertindak sebagai ukuran yang membantu individu mengenal pasti kedudukannya dalam sesuatu isu sosial atau moral. Nilai juga berfungsi sebagai dasar untuk menentukan apakah yang harus dicabar, dihujah, diubah atau dipertahankan. Ia merupakan panduan untuk menyelesaikan konflik serta membuat keputusan dan menghadkan perlakuan seseorang. Manakala global bermaksud meliputi, mempengaruhi atau mengenai seluruh dunia, sejagat. Akhir sekali mengadaptasi ialah penyesuaian dengan keadaan atau dengan sesuatu yang baru.

2.0 Perubahan Nilai yang BerlakuNilai yang sering diperkatakan ialah, nilai tentang kemasyarakatan, keagamaan, nilai murni, dan nilai moral.Dalam masyarakat Melayu yang mengalami perubahan, berikutan pesatnya proses pemodenan dan urbanisasi, nilai-nilai keagamaan dan moral yang diwarisi turut terhakis.Berdasarkan penyataan bahawa kekuatan sesuatu masyarakat dan negara pada umumnya banyak bergantung kepada perubahan nilai yang berlaku. Angin perubahan yang dalam konteks global dan dalam konteks negara Malaysia boleh menghakis nialai-nilai yang perlu dipertahankan dan juga memerlukan masyarakat mengadaptasikan nilai-nilai baru dalam menangani cabaran dan tuntutan perubahan saya amat bersetuju kerana isu-isu moral yang sering terpapar di akhbar seperti penyalahgunaan dadah, sumbang mahram, pembuangan bayi,pecah amanah,cepat marah, bercakap bohong, kurang ajar, dan biadap, seks bebas, dan sebagainya merupakan sebahagian kecil nilai buruk yang banyak diamalkan oleh sesetengah anggota masyarakat kita. Nilai buruk ini menggantikan nilai murni, seperti sabar, beradap, sopan-santun, jujur dan amanah, hormat-menghormati dan sebagainya yang dahulunya menjadi amalan hidup mayarakat. Nilai murni yang semakin tidak diamalkan ini telah menyebabkan pelbagai masalah sosial berlaku dan semakin meningkat.Terhakisnya nilai murni bertambah serius pada masa ini kerana masalah ini telah menular dalam pelbagai peringkat masyarakat baik generasi tua mahupun generasi muda.Pelbagai kes ini berlaku dalam konteks masyarakat Malaysia dan juga dalam masyarakat global.Perubahan yang berlaku secara global, mempengaruhi nilai masyarakat dalam memberi penekanan dan mengutamakan kepada kegiatan menambah pendapatan ekonomi untuk memperbaiki kedudukan sosial mereka. Usaha memperbaiki ekonomi dapat memberikan kepuasan sosial, dan seterusnya dapat menjamin kedudukan sosial. Nilai-nilai yang lebih menekankan kepada kepentingan material, mendorongkan masyarakat bersikap lebih mementingkan diri sendiri, bukannya tumpuan kepada kebajikan secara bersama. Keadaan amat bercanggah dalam masyarakat tradisional, kepentingan kelompok sangat ditekankan bagi menjamin keharmonian dan keseimbangan sosial sebagaimana yang dinyatakan dalam tradisi budaya rakyat.2.1 Sebab-sebab Perubahan Nilai Mementingkan kebendaan sehingga mengetepikan nilai-nilai murni dalam mengejar kemajuan untuk membuktikan kekuatan sesebuah Negara adalah tidak seiring. Dalam realitinya, pembangunan negara tidak wajar hanya membabitkan kekayaan material, tetapi perlu seiring dengan pembangunan moral, nilai murni dan budi pekerti tinggi. Negara perlu memiliki rakyat yang amanah, iklas, kerajinan, bertanggungjawab serta berbudi bahasa kerana sistem nilai itu menjadikan pengukur kekuatan sesebuah negara yang sebenarnya. Maka sewajarnyalah sebuah masyarakat memepertahankan nilai-nilai murni yang telah menjadi amalan atau tradisi nenek moyang kita sejak berabad lamanya.Kemajuan teknologi seperti Internet juga sarat dengan muatan maklumat dan bahan-bahan lucah atau pornografi yang jelas bertentangan dengan ajaran agama atau nilai-nilai moral. Bahan-bahan lucah yang merosakkan nilai-nilai moral itu juga boleh didapati melalui telefon bimbit.Kemudahan Internet dan telefon bimbit boleh digunakan di mana-mana jua dan tidak mengira masa secara personal, tawaran kepada seks haram dan kegiatan perjudian menggunakan Internet dan telefon bimbit untuk menggoda para pengguna, terutama generasi muda. Golongan remaja menggunakan siber untuk menjalinkan hubungan sosial seperti menerusi laman web Facebook, Twitter, Friendster dan lain-lain lagi yang menawarkan pelbagai tawaran serta perkhidmatan yang menarik dan menyeronokkan yang sememangnya menarik minat para remaja untuk menyertainya. Sememangnya, tidak dapat dinafikan bahawa laman web sosial sebegini mempunyai banyak kebaikan dan kelebihan seperti dapat berhubung serta membincangkan isu-isu terkini melalui ruangan siber, namun begitu juga keburukannya kerana penggunaannya adalah tanpa kawalan. Laman-laman web sebegini juga menjadi tumpuan para penjenayah yang mahu menjadi remaja sebagai mangsa mereka. Terdapat juga para remaja mungkin tidak menyedari keperluan untuk menjaga maklumat peribadi mereka, ataupun gambar-gambar peribadi mereka daripada jatuh ke tangan pihak yang tidak dikenali dan sekaligus menjadi mangsa penjenayah-penjenayah dunia siber seperti terlibat dalam dunia pornografi, pelacuran, seks bebas, penculikan dan pemerdagangan manusia.Pengaruh media massa dalam industri hiburan tempatan banyak sekali dipengaruhi oleh trend-trend budaya hiburan ala Hollywood atau Bollywood yang bersifat keterlaluan jika dinikai daripada kacamata agama Islam dan nilai-nilai moral yang murni. Konsert-konsert yang sering diadakan dan disiarkan secara langsung melalui televisyen menggalakkan nilai-nilai negatif kepada generasi muda Islam di tanah air kita. Terdapat penghibur tempatan pula suka meniru gaya-gaya baru yang dibawa dari luar. Pengaruh industri hiburan ini menyebabkan terhakisnya nilai akhlak muslim terhadap generasi muda beragama Islam dan nilai kesederhanaan kepada generasi muda yang menganuti agama lain.Selain daripada itu,apabila terdapat banyak saluran yang memupuk dan menyebarkan nilai-nilai sosial dalam masyarakat, maka berlakulah konflik nilai contohnya dalam masyarakat Melayu yang pesat mengalami pembangunan,berlaku perubahan dan penyebaran nilai-nilai moden yang tidak selaras dengan nilai-nilai tradisi. Keadaan ini boleh menimbulkan konflik nilai kerana penyebaran bahan-bahan budaya yang dibawa dari luar adakala bercanggah dengan nilai-nilai tradisi dan nilai-nilai Islam.Perubahan masyarakat pada hari ini yang terlalu materialistik dan mementingkan kemewahan sahaja menghakis nilai kasih sayang ibu bapa seperti hendak ditukarkan dengan material merupakan satu kesilapan besar .Kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa yang terlalu sibuk dan tiada masa untuk menerapkan nilai-nilai murni kekeluargaan seperti kesopanan, peraturan dan adab serta kelakuan yang baik kepada anak-anak mereka.Tekanan hidup untuk mengejar kekayaan menghakis nilai tanggungjawab,kasih sayang sehingga berlakunya kes penderaan. Pelajar yang kurang kasih sayang pula akan menimbulkan masalah disiplin di sekolah seperti buli,ponteng dan pergaduhan.Kemajuan ilmu sains dan teknologi manusia moden masa kini merupakan satu daripada faktor yang menyebabkan negara atau masyarakat moden merasa tidak perlu berpegang kepada ajaran agama tradisional atau menghormati sistem-sistem moral tradisional yang dianggap sudah lapuk dan ketinggalan zaman.Adanya permainan alatan yang canggih menjadikan kanak-kanak ini lebih suka bersendirian dengan permainan alam maya berbanding zaman era 90an kanak-kanak bermain bersama-sama dan dapat mengeratkan persahabatan menanam nilai ramah mesra.Ingin menunjukkan kuasa seperti penindasan terhadap Bosnia-Herzegovina, Palestin, Afghanistan, Iraq, Libya, Sudan, Iran dan Syria. Tindakan-tindakan tidak berperikemanusiaan itu menunjukkan bahawa keunggulan kuasa ekonomi kapitalis-liberal membolehkannya menyebarluaskan pengaruhnya sesuka hati. Pemimpin-pemimpin negara atau parti pemerintah negara yang sedang membangun yang tidak mempunyai integriti moral yang utuh dan tidak berpegang kepada nilai-nilai budaya yang luhur akan mudah dimanipulasi untuk membuka jalan bagi membolehkan kemasukan kepentingan-kepentingan ekonomi, politik dan budaya pihak kuasa besar dalam negara berkenaan.Seterusnya, kefanitikan dalam poilitik juga antara faktor yang menyebabkan angin perubahan dalam masyarakat.Dasar politik dan kepartian yang saling memfitnah, rasuah, maki hamun, tuduh menuduh, tipu muslihat, pembohongan, buruk sangka, hasad dengki dan mengumpat. Perbuatan-perbuatan tidak bermoral ini banyak berlaku menjelang pilihanraya dan dalam kempen-kempen parti politik yang berlaku secara lima tahun sekali.Ahli-ahli parlimen juga tidak terlepas daripada pengunaan bahasa yang kesat dan biadapi dalam sesi parlimen dengan melemparkan tuduhan-tuduhan yang tidak beretika terhadap anggota-anggota parti lawan. Persaudaraan dan silaturrahmi umat Islam di Malaysia dirosakkan oleh sentimen kebencian yang tebal dan prasangka yang buruk terhadap orang Islam lain yang brlainan haluan politik.Permusuhan dan kebencian akibat daripada kefanatikan berpolitik dalam suatu sistem demokrasi berparlimen yang berlandaskan kepada sistem Inggeris.. Malaysia masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum dan agama maka, kekuatan Negara adalah bergantung kepada nilai perpaduan dan saling menghormati. Setiap agama mengajar kepada nilai kearah kebaikan dan kurangnya ilmu setiap penganut tentang betapa pentingnya nilai,moral dan ajaran baik yang patut diamalkan dalam agama masing-masing telah menyebabkan berlakunya perubahan niali yang patut dipertahankan. Begitu juga kejahilan orang-orang Islam tentang peri pentingnya akhlak yang mulia sebagai matlamat beragama ditambah dengan kejahilan tentang ciri-ciri serta tanggungjawab orang-orang yang beriman atau mukmin menyebabkan berlakunya perkara-perkara yang bertentangan dengan nilai moral yang terkandung dalam al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad (s.a.w.). Kita tidak mahu peristiwa 13 Mei berulang lagi. Sentimen perkauman yang dibangkit akan menyebabkan menyebabkan Negara akan mundur kerana pergolakan atau pergaduhan antara kaum. Nilai menghormati bukan sahaja untuk perpaduan tetapi amat penting wujud dalam diri setiap insan,contohnya seorang pengguna jalan perlu menghormati hak pengguna jalan raya yang lain dan menghormati undang-undang jalan raya yang telah di tetapkan.Mempertahan Kekuatan Masyarakat dan Negara.Kekuatan sesuatu masyarakat dan negara pada umumnya banyak bergantung kepada perubahan nilai yang berlaku. Kita perlu mempertahankan nilai positif yang sedia ada dengan kerjasama semua pihak agar perubahan yang berlaku sesuai dengan tuntutan perubahan. Dalam mempertahankan nilai nilai yang makin terhakis semua institusi pendidikan pada semua peringkat perlu menanamkan nilai-nilai positif selaras dengan Wawasan 2020 Malaysia Negara Maju kerana negara memerlukan warganegara yang mempunyai nilai-nilai dedikasi, rajin, cekal, bersih, cekap, amanah, optimistik, tolerensi, berilmu, berfikiran terbuka dan rasional.Peranan dan Kepentingan Agama Agama adalah pegangan setiap individu.Tanpa peganganagama, maka akan goyahlah kehidupan manusia.Peranan agama yang paling adalah pemangkin kepada pembangunan manusia. Pegangan agama juga boleh menjadi asas kepada ketamadunan dan acuan kepada latar budayamasyarakat.Agama juga dapat membentuk pandangan semesta seseorang dan sesebuah masyarakatserta perilaku dan tindakan mereka dalam kehidupan. Agama Islam juga melarang umatnya untuk memulakan peperangan dan menggalakkan menyelesaikan masalah dengan aman (perbincangan).Agama dan tamadun merupakan perkara yang sinonim. Tanpa agama sesuatu tamadun tidak akan membangun dengan cepat. Tanpa pegangan agama manusia hidup tan peraturan.Guru-guru juga perlu menerapkan nilai moral yang positif dan nilai murni di sekolah, akan dapat mengelakkan para pelajar daripada terjebak dalam pelbagai pengaruh negatif luar yang tidak memberikan apa-apa faedah dan manfaat,yang mengakibatkan keruntuhan moral dan sebagainya. Bagi mencapai hasrat membina bangsa Malaysia yang bersatu padu, terdapat petikan yang diberi oleh mantan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad iaitu:Bagi mengukuhkan bangsa Malaysia yang bersatu padu, kita telah memperkenalkan pelbagai dasar dan program dalam tempoh tiga puluh tahun lalu selain Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional. Dasar-dasar tersebut termasuk Dasar Pendidikan, Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Perpaduan negara dan sebagainya adalah matlamat penting dalam dasar dan program berkenaan. Kemudian dasar dan program ini boleh menyumbang ke arah hubungan sosial yang sihat di kalangann masyarakat majumuk, perkongsian nilai dan persepsi, persamaan identiti sebagai rakyat Malaysia dan kebudayaan yang mengekalkan warisan bangsa.Tun Sri Dr. Mahathir Mohamad juga telah memperkenalkan subjek Pendidikan Moral di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah adalah bertujuan memupuk nilai-nilai murni remaja sejak di bangku sekolah. Hal ini kerana negara memerlukan generasi yang berpengetahuan, berwibawa dan berwawasan, berdisiplin, hemah tinggi, dedikasi, berfikiran luas serta positif. Selain itu, antara ciri penting masyarakat maju ialah peka terhadap perkembangan semasa seperti teknologi, demokrasi, kebebasan, ekonomi, pemikiran, politik dan sebagainya. Nilai positif sebagai pendorong untuk kemajuan mestilah berupaya untuk membentuk tenaga manusia yang produktif untuk pembangunan negara. Oleh itu, pendidikan nilai mampu membenteras masalah sosial dengan menanamkan nilai-nilai moral, akhlak, kerohanian dan tingkahlaku yang baik sebagai benteng untuk mengekang gejala-gejala sosial yang membebankan Negara.Peranan setiap anggota keluarga juga memainkan peranan yang besar dalam membangunkan nilai moral dan akhlak anak remaja terutamnya ibu bapa mereka. Ibu bapa bertanggungjawab dalam mendidik dan membentuk anak-anak supaya manbesar dengan nilai dan akhlak yang terpuji. Ibu bapa harus memastikan anak-anak dibesarkan dalam harmoni serta diserapkan nilai murni untuk menghadapi cabaran masa depan seterusnya nejadi lambang kekuatan negara pada masa akan datang.Dalam menangani perubahan nilai yang wujud, ibu bapa perlu sentiasa bersikap prihatin serta memantau anak mereka bagi membina sebuah keluarga yang harmoni, memupuk nilai positif supaya anak mereka menjadi warganegara yang berguna. Ibu bapa perlu sentiasa bersikap prihatin terhadap anak mereka bagi membina sebuah keluarga yang harmoni.Peranan dan kepentingan agama dalam kehidupan manusia kerana agama adalah pegangan yang harus ada dalam diri setiap manusia.Tanpa pegangan agama, maka kehidupan manusia akan kucar-kacir .Peranan agama yang paling dominan dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan dan kekuatan masyarakat dan negara. Mengadaptasi nilaiMengadaptasi ialah penyesuaian dengan keadaan atau dengan sesuatu yang baru.Maka sebagai sebuah negara terdiri daripada pelbagai kaum dan agama demi mencapai kemajuan dan kekuatan perlu mengadaptasi nilai-nilai baru perpaduan antara kaum yang kadang-kala boleh menjadi persengketaan yang menyebabkan kerugian dan keamanan tergadai begitu sahaja.Berdasarkan kepada negara majmuk maka Malaysia memerlukan perpaduan kaum.Perpaduan atau solidarity dapat didefinisikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air.Dasar perpaduan dan integrasi berbagai-bagai etnik adalah perlu untuk rakyat hidup bersatu padu, aman daripada persengketaan dan kucar-kacir .Dengan itu,nilai agama ,akhlak dan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum sangat dititikberatkan seperti yang terkandung dalam Wawasan2020 .Tumpuan diberikan untuk melahirkan satu Negara Bangsa Malaysia yang maju progresif,saintifik dan hidup bersatu padu.Masyarakat Malaysia yang berbeza nilai agama dan kebudayaan dapat berinteraksi di antara satu sama lain kerana mempunyai asas yang sama iaitu membentuk keperibadian dan jati diri individu ke arah yang lebih baik.Nilai-nilai murni penting dalam kehidupan untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia. Sesungguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya, peradaban dan agama kita. Akhlak ialah perangai, tingkah laku, perilaku, tatasusila dan budi pekerti. Islam sebagai agama yang syumul, komprehensif dan sempurna, menjadikan akhlak sebagai satu cabang yang asasi dalam program hidup individu, malah ia merupakan tuntutan wajib bagi setiap orang.Ilmu akhlak berusaha membina dan memupuk rohaniah manusia,, membina insaniyyah, membentuk tingkah laku dan mengarahkan individu ke arah kebaikan dan ketinggian di samping mengingakan bahaya-bahaya keburukan dan kejahatan supaya masing-masing berusaha menjauhkan diri daripada terjebak dengan pengaruh-pengaruh sifat negatif. Amalan nilai-nilai murni pula dapat membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Selain itu, perlu adanya nilai-nilai murni dalam kehidupan adalah untuk membentuk masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama. Kepatuhan kepada agama dapat membentuk insan mulia yang sentiasa patuh kepada Tuhan dan setia kepada negara. Nilai-nilai murni merupakan nilai universal yang tidak bercanggah dengan mana-mana agama berteraskan kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan. Nilai-nilai murni itu adalah; baik hati, berdikari, berhemah tinggi, hormat-menghormati, kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kejujuran, kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran, rasional dan semangat bermasyarakat. Dalam pengajaran nilai menghormati agama,undang-undang,, menimbulkan kesedaran dan keinsafan, mempertahankan nilai baik dan menolak nilai buruk. Nilai ini diintegrasikan dengan pengetahuan serta aktiviti atau dengan cara menimbulkan dilema serta konflik nilai supaya pelajar boleh menggunakan kematangan berfikir, mengelak dari menyentuh sensitiviti agama dan budaya sesuatu kaum.Seterusnya,nilai kesederhanaan iaitu dengan penghayatan agama yang mantap, konsisten, bijaksana, harmonis, toleran, tidak fanatik, ekstremis atau kasar dalam hubungan dengan penganut agama-agama lain.Nilai kesederhanaan menghindar individu menjadi terlalu fanatik dan taksub yang boleh mencetuskan tindakan keganasan contohnya jihad bagi segelintir umat Islam yang yang menyatakan jihat sebagai menghalalkan darah umat Islam yang tidak sealiran dengan pendapat mererka.Sedangkan jihat itu dalam Islam mempunyai kepeibagaian sudut dan tujuan ,mengikut suasana dan keperluan masa.Memupuk nilai-nilai murni seperti keibubapaan yang bertanggungjawab, kehormatan dan kesetiaan anak kepada ibu bapa dan orang tua, perhubungan yang mesra antara generasi, ibu bapa yang menunjukkan contoh tauladan yang baik dalam mendidik anak supaya berakhlak mulia sepanjang hayat, rumah tangga yang menjadi tempat tinggal yang paling selamat, tenteram dan membahagiakan penghuninya dan amalan hidup berjiran yang saling menghormati, bekerjasama untuk kesejahteraan sosial tanpa mengira kaum atau agama.Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang Keenam haruslah diiringi dengan penerapaan nilai-nilai budaya Melayu. Begitu juga dengan nilai-nilai budaya masyarakat yang lain. Saling menghormati dan terbuka akan meningkatkan lagi keharmonian masyarakat Malaysia. Oleh yang demikian, adalah satu kepentingan untuk memupuk nilai- nilai budaya masyarakat Melayu kepada masyarakat zaman sekarang supaya dapat mengekalkan kemerdekaan, keamanan dan kesejahteraan masyarakat Malaysia. Untuk mengulangi zaman kegemilangan Melayu ketika dahulu, generasi hari ini perlu kembali memahami dan menghayati agama Islam dalam erti kata yang sebenar kerana Islam adalah dinamik dan progresif.Penutup Sebagai sebuah negara yang majmuk, seharusnya kerjasama dan toleransi amat penting untuk mengekalkan keamanan, keharmonian dan kemajuan.Nilai moral dan akhlak amat dititikberatkan dalam pendidikan Islam dan Moral dalam pembelajaran, namun institusi lain juga harus menerapkan nilai-nilai tersebut. Semua pihak haruslah berganding bahu bagi mengekalkan nilai-nilai yang selama ini menjadi asas bagi keharmonian dan ketamadunan negara Malaysia. Dalam menangani arus perubahan yang menghakis nilai yang perlu dipertahankan adalah tugas semua lapisan masyarakat dari pemimpin atasan kepada pekerja bawahan, dan semua institusi sosial seperti keluarga, tadika, sekolah, maktab, kolej, universiti, media massa dan masyarakat sivil. 2933 patah perkataanPengenalan Kepada Konsep AsasPendidikan Moral1