moral bln 7.docx

12
1 Antara berikut, manakah BUKAN sikap individu yang mengamalkan nilai kejujuran? A Ikhlas B Menipu C Amanah D Tidak mengharapkan balasan 2 Individu yang amanah dan jujur akan mendapat __________________ daripada orang lain A pingat B pujian C kepercayaan D penghargaan 3 Janganlah kita menabur _______________ semata-mata untuk mendapatkan balasan A wang B budi C tenaga D masa 4 Pengawas sekolah yang amanah dalam menjalankan tugasnya akan A membiarkan rakan membuat kesalahan B berbohong kepada guru untuk menyelamatkan kawan yang membuat salah daripada dirotan C membantu guru untuk mengawasi disiplin murid D bersama-sama rakan lain untuk melakukan kesalahan 5 Lengkapkan peribahasa ini “Berani kerana benar, takut kerana _________ .” A kaya B miskin C susah D salah 6 Penganut agama Islam diwajibkan untuk bersolat ______________ kali sehari A 2 B 3 1

Upload: mazran-naraddin

Post on 11-Dec-2015

235 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: moral bln 7.docx

1 Antara berikut, manakah BUKAN sikap individu yang mengamalkan nilai kejujuran?

A Ikhlas B MenipuC Amanah D Tidak mengharapkan balasan

2 Individu yang amanah dan jujur akan mendapat __________________ daripada orang lain

A pingat B pujianC kepercayaan D penghargaan

3 Janganlah kita menabur _______________ semata-mata untuk mendapatkan balasan

A wang B budiC tenaga D masa

4 Pengawas sekolah yang amanah dalam menjalankan tugasnya akan

A membiarkan rakan membuat kesalahanB berbohong kepada guru untuk menyelamatkan kawan yang membuat salah daripada dirotanC membantu guru untuk mengawasi disiplin muridD bersama-sama rakan lain untuk melakukan kesalahan

5 Lengkapkan peribahasa ini “Berani kerana benar, takut kerana _________ .”

A kaya B miskinC susah D salah

6 Penganut agama Islam diwajibkan untuk bersolat ______________ kali sehari

A 2 B 3C 4 D 6

7 Peribahasa yang sesuai untuk sikap Raziz yang suka menolong ialah?

A berat tulang B ringan tulangC sakit tulang D patah tulang

1

Page 2: moral bln 7.docx

8 Antara berikut yang manakah BUKAN jenis-jenis pencemaran ?

A Pencemaran air B Pencemaran bunyiC Pencemaran udara D Pencemaran kilat

9 Berikut adalah kebaikan kitar semula KECUALI

A menjimatkan ruang tapak pelupusan sampahB persekitaran lebih bersihC menyusahkan orang ramaiD mengurangkan kos pembersihan sampah

10 Bahan-bahan yang boleh dikitar semula ialah

I kertasII kayuIII plasticIV tin aluminium

A I, II dan III B I, II dan IVC I, III dan IV D semua di atas

11 Amalan yang berikut dapat membentuk keluarga bahagia, kecuali ________________ .

A tidak bersikap pilih kasihB saling menghormatiC bantu membantuD mengherdik anggota keluarga yang melakukan kesalahan

12 Apakah faedah saling berkunjung ke rumah sanak saudara?

A dapat mengisi masa lapangB dapat hadiah istimewa daripada saudaraC hubungan kekeluargaan lebih akrab D mengenali jiran-jiran saudara

13 Bagaimanakah caranya untuk menangani konflik?

A memperkecilkan pendapat orang lainB berebut- rebut untuk memberi pendapatC mengutamakan pendapat rakan yang lebih rapat walaupun di yang melalukan kesalahanD bersabar dan berfikir sejenak untuk memberi pendapat

2

Page 3: moral bln 7.docx

14 Yang manakah antara berikut adalah tingkah laku yang bermaruah?

A tidur awal B menonton dokumentari di televisyenC memakai pakaian yang menjolok mataD terlupa untuk menyiram pokok bunga

15 Bagaimanakan cara untuk kita membantu mangsa kebakaran

A membelikan barang permainanB mendermakan darah C menghulurkan bantuan kewangan atau pakaian terpakaiD menyalahkan mangsa kerana cuai

16 Antara berikut ialah tanggungjawab seorang ibu

I Memberikan kasih saying yang sama rataII Mendidik anak- anakIII Memasak dan mengemas rumahIV Ketua keluarga

A I, II dan IIIB II, III dan IVC I, III dan IVD semua di atas

17 Bagaimanakah cara rakyat bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat?

I Elakkan diri daripada bermain dengan mancis dan pemetik api yang boleh menyebabkan kebakaran

II Elakkan diri daripada bermain dengan nomborkecemasan pihak bomba dan penyelamat

III Biarkan rumput di kawasan rumah tumbuhdengan panjang

IV Elakkan diri daripada menggunakan air dari pilibomba

A I, II dan III C I, III dan IVB I, II dan IV D II, III dan IV

18 Pilih pernyataan yang benar mengenai isu alam sekitar.

I Jerebu akan menyebabkan jarak penglihatan terhadII Kesan rumah hijau menyebabkan pancaran

sinaran radio aktif ultraviolet masuk ke bumiIII Penipisan lapisan ozon menyebabkan pencemaran airIV Hujan asid boleh menjejaskan kesihatan pengguna

A I dan II C I dan IVB I dan III D II dan IV

3

Page 4: moral bln 7.docx

19 Pernyataan yang manakah menunjukkan sikap cintakan negara?

A Mengupah pekerja asingB Berhijrah ke luar negaraC Mengagungkan budaya baratD Membeli barangan buatan tempatan

20 Sentiasa di angkasa raya

Maklumat di atas adalah tema bagi anggota

A Polis Diraja MalaysiaB Tentera Udara Diraja MalaysiaC Tentera Laut Diraja MalaysiaD Tentera Darat Malaysia

21 Apakah sikap yang perlu diamalkan apabila berada dalam situasi seperti dalam gambar di atas?A IkhlasB JujurC Tolak ansur D Amanah

22 Antara berikut ialah nombor yang boleh dihubungi apabila berlakunya kecemasan, KECUALI

A 999 C 911B 994 D 991

23 Kita perlu menerima nasihat dan teguran dengan hati yang terbuka bagi mengelakkan berlakunya

A perselisihan fahamB saling bekerjasamaC perpaduan kaumD perluasan kuasa

4

Page 5: moral bln 7.docx

• Terdiri 33% daripada jenis bahan buangan di pusat pelupusan sampah

• Tidak dapat dikitar semula

24 Maklumat di atas adalah mengenai bahan buangan jenisA sisa makanan dan pertanianB kertas dan kadC tekstil dan pakaianD botol plastik

25 Pilih pernyataan di bawah yang menunjukkan cara menjimatkan penggunaan sumber alam.

I Menutup suis kipas dan lampu setiap kali keluar dari bilikII Menjual surat khabar lama untuk dikitar semula

III Membiarkan air mengalir sepanjang masa semasa menggosok gigiIV Menaiki kenderaan awam untuk ke sekolah

A I, II dan III C I, III dan IVB I, II dan IV D II, III dan IV

Kesan Rumah Hijau

26 Apakah yang boleh dikaitkan dengan maklumat di atas?

A Penanaman semula pokokB Gas karbon dioksida berlebihanC Program kitar semulaD Kepupusan sumber alam

27 Perdana Menteri menjalankan tugas-tugasnya dengan bantuan oleh

A 33 orang menteriB Yang di-Pertuan AgongC Majlis Raja-RajaD Perdana Menteri Singapura

28 Pilih gambar di bawah yang menunjukkan kereta nasional negara kita.

A C

B D

5

Page 6: moral bln 7.docx

29 Apakah sumbangan Tun Hussein Onn kepada negara?

A Memperkenalkan Islam HadhariB Peneraju kemederkaan negaraC Memperteguh perpaduan dan integrasi antara kaumD Membasmi kemiskinan

30 Apakah perkhidmatan yang terdapat dalam Angkatan Tentera Malaysia?

I Polis Diraja Malaysia (PDRM)II Tentera Diraja Malaysia (TDM)

III Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)IV Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)A I, II dan IIIB I, II dan IVC I, III dan IV

D II, III dan IV

( 60 markah )

6

Page 7: moral bln 7.docx

BAHAGIAN II

Gariskan jawapan yang betul.

1 (Motosikal, Kereta) nasional terdiri daripada Savvy, Myvi, Saga, Perdana dan banyak lagi.

2 Masyarakat (penyayang, sombong) akan saling membantu dan bekerjasama antara satu dengan yang lain.

3 Jika (undang-undang, syarat) negara tidak dipatuhi, keselamatan dan kesejahteraan rakyat akan tergugat.

4 Tun Dr. Mahathir bin Mohamad digelar Bapa (Perpaduan, Pemodenan) kerana beliau telah banyak menyumbang dalam kepesatan ekonomi negara.

5 Sebagai rakyat yang taat setia, kita mestilah (mengenali, membenci) dan menghormati barisan pemimpin negara.

6 Anggota tentera berperanan mengekalkan (kemajuan, keamanan) negara dengan mengawal keselamatan di darat, laut dan udara.

7 Rakyat Malaysia perlu bekerjasama dengan agensi-agensi yang menjaga keamanan negara dengan (mematuhi, mengingkari) undang-undang yang telah ditetapkan.

8 Selain memadam dan mencegah kebakaran, pasukan Bomba dan Penyelamat juga memberikan khidmat (kehidupan, kemanusiaan) semasa berlakunya bencana.

9 Untuk mencegah kebakaran kita hendaklah mengelakkan diri daripada (bermain, beriadah) dengan mancis dan pemetik api yang boleh menyebabkan kebakaran.

10 Masyarakat yang prihatin akan mengambil tahu hal kesusahan jiran tetangga dan berusaha untuk memberikan (perpaduan, pertolongan).

(20 markah)

7

Page 8: moral bln 7.docx

BAHAGIAN III

Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

1 Apakah definisi bagi nilai keamanan dan keharmonian?

__________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

2 Nyatakan tiga ciri masyarakat penyayang.

(a) _______________________________________________________________________

(b) ______________________________________________________________________

(c) ____________________________________________________________________________

3 Mengapakah masyarakat penyayang penting dalam kehidupan bermasyarakat?

(a) ____________________________________________________________________________

(b) ___________________________________________________________________________

(c) ________________________________________________________________________

8

Page 9: moral bln 7.docx

4 Bagaimanakah untuk mewujudkan masyarakat prihatin?

(a) ___________________________________________________________________________

(b) ___________________________________________________________________________

5 Tuliskan satu pepatah yang menunjukkan keamanan dan keharmonian masyarakat.

________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________

(20 markah)

DISEDIAKAN OLEH : DISEMAK OLEH :

……………………………….. ………………………………………. (MOHD MAZRAN BIN MOHD NARADDIN) (MOHD MAZRAN BIN MOHD NARADDIN) GURU PENDIDIKAN MORAL KETUA PANITIAN PENDIDIKAN MORAL SKSD SKSD

DISAHKAN OLEH :

………………………………….

(EN MOHD FOADI BIN MOHD TAHIR ) PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SKSD

9