ass kibod

26
Individu: Pelajar dikehendaki memilih dua skor lagu kanak-kanak yang mempunyai 12 bar dan menulis semula skor tersebut dalam mana perisian seperti finale, encore atau sibilius. Pelajar juga dikehendaki memasukan kord-kord yang sesuai serta nombor untuk penjarian bagi melodi lagu tersebut. 1

Upload: yuvanes-wary

Post on 09-Sep-2015

243 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

sejarah kibod

TRANSCRIPT

Individu:Pelajar dikehendaki memilih dua skor lagu kanak-kanak yang mempunyai 12 bar dan menulis semula skor tersebut dalam mana perisian seperti finale, encore atau sibilius. Pelajar juga dikehendaki memasukan kord-kord yang sesuai serta nombor untuk penjarian bagi melodi lagu tersebut.

Berkumpulan:Membuat satu analisis terperinci penjarian secara menaik & menurun bagi skel/Arpegio D,A, Bb dan Eb major & B,F#, G dan C minor. Secara berkumpulan anda dikehendaki mengumpul bahan-bahan yang berkaitan berdasarkan skel & lagu yang diberi dengan mengemukakan langkah-langkah mengatasi masalah latihan penjarian dan arpeggio.

Apa itu skel? Skel merupakan not-not muzik yang disusun mengikut abjad. Sebuah skel mengandungi 8 not. Terdapat 3 jenis skel yang biasa digunakan iaitu skel major, skel minor harmonik dan skel minor melodik. Dalam kibod kita hanya mempelajari skel major dan skel minor harmonik .Dalam skel major, samada menaik, menurun atau menurun, menaik jarak di antara satu not dengan satu not yang lain adalah satu ton kecuali di antara not ke 3 dan ke 4, serta not ke 7 dan ke 8 adalah separuh ton. Kedudukan separuh ton biasanya ditandakan dengan tanda slur.

Skel major yang mempelajari pada semester ini ialah skel dalam nada A, E, Bb dan Eb manakala skel minor ialah skel dalam nada B, G. Semasa berlatih pemainan skel major dan minor, pelajar piano telah menghadapi pelbagai masalah. Masalah yang pertama ialah masalah penjarian.Menurut Frederick Hodges dalam artikel Fundamentals of Piano Techniques menyatakan penjarian dalam permainan skel dan arpeggio sangat penting. Bagi mengatasi masalah ini, latihan asas pergerakan lengan, pergelangan tangan serta jari-jari perlu dibuat bagi kedua belah tangan. Aras dan arah serta liuk lentuk pergelangan tangan perlulah disesuaikan dan diseimbangkan dengan kedudukan serta postur semasa permainan skel.

Selain itu, sebelum main skel A major,pelajar harus tahu not yang terdapat dalam skel A major iaitu not A B C# D E F# G# A B C# D E F# G# A. Selepas itu harus tahu tanda accidental dalam skel tersebut dan akhirnya penjarian yang betul bagi main skel A major dengan betul. Permainan skel ini bermula dengan ibu jari. Penjarian untuk main skel A major adalah seperti dibawah:

Bagi bermain skel Bb major juga pelajar harus tahu not-not dalam lagu tersebut. Not yang terdapat dalam skel ini ialah Bb C D Eb F G A Bb C D Eb F G A Bb. Dalam skel ini juga terdapat 2 flat iaitu Bb dan Eb. Pelajar harus menganalisis perkara ini sebelum mula permainan skel Bb major. Permainan skel ni bermula dengan jari telunjuk iaitu jari kedua. Penjarian skel ini agak berbeza sedikit daripada skel lain. Penjarian bagi skel ini adalah seperti dibawah:

Sebelum bermain skel Eb major juga harus tahu not-not dalam skel tersebut. Not-not yang terdapat dalam skel tersebut ialah Eb F G Ab Bb C D Eb F G Ab Bb C D Eb. Dalam skel ini terdapat 3 flat iaitu Bb, Eb dan Ab. Permainan skel ini juga bermula dengan jari telunjuk iaitu jari kedua. Penjarian bagi skel Eb major adalah seperti berikut:

Sebelum bermain skel D major juga harus tahu not-not dalam skel tersebut. Not-not yang terdapat dalam skel tersebut ialah D E F# G A B C# D E F# G A B C# D. Dalam skel ini terdapat 2 sharpt iaitu F# dan C#. Permainan skel ini juga bermula dengan jari telunjuk iaitu jari kedua. Penjarian bagi skel D major adalah seperti berikut:

MINORBagi permainan skel B minor pula, pelajar harus bermain not ke7 yang dinaikkan dalam skel tersebut iaitu A#. Not yang terdapat dalam skel B minor ialah B C D# E F# G A# B C# D F# G A# B. Dalam skel ini terdapat 3 syap iaitu F#, C# dan A#. Bunyi skel minor agak sedih manakala bunyi skel major agak gembira. Dengan bunyinya, pelajar dapat mengenal pasti nada sesuatu skel. Permainan skel ini bermula dengan ibu jari. Penjarian bagi skel B minor adalah seperti berikut:

Sebelum main skel G minor, pelajar harus bermain not ke7 yang dinaikkan dalam skel tersebut iaitu F#. Not-not yang terdapat dalam skel G minor ialah G A Bb C D Eb F# G A Bb C D Eb F# G. Dalam skel ini terdapat 2 flat dan 1 syap iaitu Bb, Eb dan F#. Permainan skel ini juga bermula dengan ibu jari. Penjarian bagi skel ini adalah seperti dibawah:

Sebelum main skel F# minor, pelajar harus bermain not ke7 yang dinaikkan dalam skel tersebut iaitu E#. Not-not yang terdapat dalam skel F# minor ialah F# G# A B C# D E# F# G# A B C# D E# F#. Dalam skel ini terdapat 4 syap iaitu F# C# G# dan E#. Permainan skel ini juga bermula dengan ibu jari. Penjarian bagi skel ini adalah seperti dibawah:

Sebelum main skel C minor, pelajar harus bermain not ke7 yang dinaikkan dalam skel tersebut iaitu B natural. Not-not yang terdapat dalam skel C minor ialah C D Eb F G Ab B C D Eb F G Ab B C. Dalam skel ini terdapat 2 syap Eb Ab dan B natural. Permainan skel ini juga bermula dengan ibu jari. Penjarian bagi skel ini adalah seperti dibawah:

Bagi mengatasi masalah penjarian semasa permainan skel pelajar harus praktis tangan kanan dahulu selepas itu mempraktis mengggunakan tangan kiri. Ini akan membantu pelajar menguasai permainan skel tangan kanan dan kiri. Menurut James Francis Cooke dalam buku Mastering The Scales And Arpeggios menyatakan play these slowly upon the piano and observe that the notes included between the steps or intervals. Menurut beliau pelajar perlu bermain perlahan menggunakan satu tangan dahulu dan menganalisis serta membiasakan diri dengan not-not dalam skel major dan minor. Oleh itu, pelajar akan menjadi familiar dengan not-not yang terdapat dalam skel major dan minor. Selepas menguasai tangan kanan dan kiri pelajar boleh menggabungkan kedua-dua tangan. Dengan ini, pelajar tidak akan menghadapi masalah dalam teknik permainan skel major dan minor. Di samping itu, pelajar dapat bermain dengan lancar.

Apa itu arpeggio? Arpeggio adalah suatu kumpulan not yang dimainkan satu demi satu samada menaik atau menurun. Semua not dalam arpeggio adalah dalam kord yang sama. Kord menggunakan not pertama, ketiga dan kelima dalam skel. Arpeggio juga menggunakan not-not yang sama dengan kord. Contoh : D major arpeggio menaik 2 oktaf mempunyai not D, F#, A, D, F#, A, D.

Corak penjarian arpeggio diulangi setiap tiga not supaya permainan setiap oktaf akan menggunakan penjarian yang sama. Contoh : penjarian tangan kanan untuk memainkan arpeggio D major 2 oktaf menaik 1, 2, 3, 1, 2, 3, 5. Ibu jari sentiasa berada pada key putih atas kibod kecuali nada Bb dan Eb major. Jari kelima digunakan hanya untuk permulaan dan penghabisan.

Bagi memainkan skel arpeggio juga kita perlu mengetahui not-not dalam skel arpeggio tersebut. Menurut Alice dalam buku Manual of Scales Arpeggios And Boken Chords menyatakan skel arpeggion perlu dimainkan dengan menggunakan tiga not iaitu not pertama, ketiga dan kelima. Oleh itu, dalam skel arpeggio A major kita harus tahu not pertama, ketiga dan kelima iaitu A C# E. Tanda accidental yang terdapat dalam skel arpeggio A major ialah C#. Penjarian permainan skel ini bermula dengan ibu jari. Penjarian skel arpeggio bagi skel A major adalah seperti di bawah:

Bagi skel arpeggio E major, not-not yang terdapat dalam skel tersebut ialah E G# B E G# B E. Dalam skel arpeggio ini terdapat satu syap iaitu G#. Penjarian skel arpeggio ini bermula dengan ibu jari. Berikut adalah penjarian bagi skel arpeggio E major:

Bagi skel arpeggio Bb major, not yang terdapat dalam skel ini ialah Bb D F Bb D F Bb.

Dalam skel ini terdapat satu flat iaitu Bb. Penjarian skel arpeggio ini berbeza daripada skel arpeggio lain iaitu penjarian bermula dengan jari telunjuk (jari kedua). Penjarian skel arpeggio ini adalah seperti berikut:

MAJOR ARPEGIOD MAJOR

A MAJOR

Bb MAJOR

Eb MAJOR

MINOR

B MINOR

Right hand

Left hand

F# MINOR

Right hand

Left hand

G MINOR

Right hand

Left hand

C MINOR

Right hand

Left hand

1. Membuat persembahan dengan memainkan lagu secara berpasangan sambil mengaplikasikan kord dan penjarian yang telah anda tulis.

2. Membuat refleksi dan mengumpul bahan-bahan yang berkaitan berdasarkan skel & lagu yang diberi. Pilih salah satu dari tajuk-tajuk yang dicadangkan. Anda digalakkan membuat turun video berkaitan tajuk anda.

REFLEKSI

Salam satu Malaysia dan salam perpaduan. Pertama sekali, saya bersyukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya saya dapat menyiapkan tugasan kerja kursus kecekapan kibod II ini tanpa sebarang masalah yang tidak dapat diselesaikan dan sempurna. Saya juga bersyukur kerana saya dapat menyiapkan kerja kursus ini pada tarikh yang ditetapkan.Saya berterima kasih kepada pensyarah saya, YM.Raja Sulaiman Bin Raja Kamil. Beliau telah mengajar saya alat muzik iaitu kibod. Beliau orang yang paling sabar. Saya selalu melakukan banyak kesalahan. Beliau sabar mendengar masalah saya. Beliau telah menerangkan tentang dengan terperinci. Beliau juga telah menjadi tunjuk ajar sepanjang saya memainkan alat muzik tersebut.Pada mulanya, saya menghadapi pelbagai cabaran dalam memainkan kibod. Saya tidak faham bagaimana untuk memainkan kibod dengan menggunakan intro, metronome dan tempo dalam 4 bit. Beliau memberi penerangan untuk itu. Selepas itu, saya berlatih di bilik setiap hari. Bukan sahaja setiap hari, apabila saya berasa tension saya akan memain kibod. Pensyarah mengajar 2 buah lagu. Lagu tersebut ialah over the rainbow dan getaran jiwa.Semasa memainkan lagu Getaran Jiwa, pertama kali saya rasa susah kerana dalam 4 bit. Selepas pensyarah ajar dengan menyuruh saya berkata 1,2, 3 dan 4. Sekarang saya boleh main sampai 8 bar dengan cepat mengikut bitnya. Saya dan rakan saya perlu main dengan gabungan 2 kibod. Saya berasa takut kerana saya boleh buat atau tidak. Walaubagaimanapun, saya akan cuba sedaya upaya untuk main dengan intro dan ending. Rakan saya juga menolong saya semasa, saya tidak faham pengiraannya. Lagu ini dalam Eb major. Semasa memainkan lagu tersebut, melodi dapat dimainkan dengan cepat. Apabila digabungkan dengan kord. Saya berasa susah sedikit. Penjarian saya kadang kala tidak betul. Saya cuba sedaya upaya untuk memainkan kord tersebut. Kord E, C, F A minor dan B7 dapat dilakukan dengan betul tetapi sukar untuk memainkan kord B7Pensyarah menyuruh saya untuk memainkan lagu tersebut dengan intro dan melibatkan tempo. Semasa saya main tempo saya tidak betul. Pensyarah saya menyuruh saya berlatih dengan betul. Sayapun tukarkan tempo ke sederhana. Saya dapat melakukan dengan betul apabila pensyarah tiada di hadapan saya. Saya berlatih sampai saya boleh buat..Lama-kelamaan saya cuba sehingga dapat memainkannya. Akhirnya, saya Berjaya memainkan kibod. Semasa amali saya memainkan lagu tersebut dengan salah. Saya memberanikan diri saya Selepas seminggu, saya berlatih sekuat saya boleh. Akhirnya dapat memainkan dengan betul. Saya membuangkan rasa ketakutan saya. Pensyarah saya selalu berkata Practice Practice. Practice. Ini adalah cogan kata saya selepas itu.Beliau juga mengajar saya skel major dan skel minor. Beliau mengajar bagaimana memainkan skel A major, Bb major, Eb major, D major, A minor, E minor, B minor, G minor dan D minor. Saya mengenali skel ialah susunan lapan not dalam satu tanda nada dimainkan mengikut langkah tertentu dalam 2 oktaf, contohnya skel C major. Skel adalah koleksi pic yang disusun secara menaik atau menurun. Skel digunakan untuk menunjukkan bagaimana not not muzik digunakan untuk membentukan melodi. Skel juga merujuk kepada satu siri not yang picnya menaik atau menurun dalam turutan dalam 2 oktaf. Saya memainkan skel-skel yang diajar oleh beliau. Skel dapat dimainkan dengan cepat dan tiada masalah. Saya cepat dapat memainkan skel tersebut.Kesimpulanya, saya perlu berusaha banyak untuk mempelajari muzik. Saya akan mempelajarinya dengan tekun. Sampai sekarang saya faham dan dapat buat dengan betul. Saya tidak putus asa, saya akan mempelajarinya dengan dedikasi dan rajin.Sekian terima kasih.

BIBLIOGRAFI

http://www.adultpianolesson.com/the-can-can-free-easy-piano-sheet-music-and-piano-video-tutorial/file:///C:/Users/user/Downloads/FingeringCharts-MajorTriads-Arpeggios-TwoOctaves.pdfhttp://www.piano-ology.com/Technique/TechniqueFundamentalsVideoChapter33of38.phphttp://www.piano-ology.com/Technique/Images/Fingering/Arpeggios/FingeringCharts-MajorTriads-Arpeggios-TwoOctaves.pdf

LAMPIRAN22