ass gnment

6

Click here to load reader

Upload: harith-asri-zulkifli

Post on 21-Dec-2015

222 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ass Gnment

Teori Migrasi

Migrasi membawa maksud kepada perubahan atau perpindahan. Pekerja ialah seseorang yang menerima upah atau ganjaran dalam pelbagai bentuk. Sama ada ganjaran itu tinggi atau rendah, berpangkat atau tidak, hakikatnya adalah tetap pekerja. Pekerja bekerja berdasarkan matlamat yang sangat penting iaitu membawa kepada perubahan daripada negatif kepada positif, lemah kepada kuat, dan mundur kepada maju.

Goss dan Linquist berpendapat bahawa seseorang akan membuat keputusan untuk berhijrah jika dia merasakan dapat memaksimumkan pendapatan mereka. Ini kerana kebiasaannya mereka akan dapat pekerjaan yang lebih baik dari aspek gaji yang akan diperoleh berbanding dengan negara asal.

Secara kesimpulannya, migrasi merupakan satu proses demografi yang melibatkan perpindahan penduduk dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Pergerakann ini terhasil oleh penduduk yang amat sensitif dengan perkembangan sosio-ekonomi sesuatu kawasan. Dalam konteks dunia moden sekarang,migrasi amat diperlukan dalam sumnbangan urbanisasi dan perindustrian sesuatu kawasan. Sebagai contoh, di Malaysia, bandaraya kuala lumpur merupakan negeri yang paling banayak menerima migran sepanjang tahun disebabkan perkembangan industri perindustran di Malaysia.

Dalam tempoh 5 dekad yang lalu, Malaysia telah mengalami perubahan ekonomi yang begitu ketara sekali.

Sarjana barat Everett S.Lee ada menyatakan bahawa ada 4 faktor yang menyebabkan orang mengambil keputusan untuk melakukan migrasi iaitu:

1. Faktor-faktor yang terdapat di daerah asal2. Faktor-faktor yang terdapat di daerah tujuan3. Rintangan-rintangan yang menghambat4. Faktor-faktor pribadi

Faktor tersebut terdapat penambahan daripada sarjana yang lain iaitu E.G. Ravenstein yang mengemukakan 7 faktor lain migrasi tersebut iaitu:

1. Migrasi dan jarak, ertinya (a) banyak migran pada jarak yang dekat, dan (b) migran jarak jauh lebih tertumpu ke pusat-pusat perdagangan dan industri yang penting

2. Migrasi Bertahap, ertinya (a) terdapatnya arus migrasi yang terarah, dan (b) adanya migrasi dari desa-kota kecil ke kota besar

3. Arus dan Arus Balik, ertinya setiap arus migrasi utama menimbulkan arus balik penggantiannya.

4. Perbedaan antara desa dan kota mengenai kecenderungan melakukan migrasi.

5. Wanita melakukan migrasi pada jarak yang dekat dibandingkan lelaki.6. Teknologi dan migrasi, ertinya bahawa teknologi menyebabkan migrasi

meningkat.7. Motif ekonomi merupakan dorongan utama orang melakukan migrasi.

Page 2: Ass Gnment

Migrasi secara besar-besaran didapati berlaku dengan ketara pada sekitar tahun 1848 iaitu selepas penemuan bijih timah di Larut, Perak. Penemuan itu merupakan titik bermulanya revolusi perindustrian bagi Tanah Melayu, ekonomi Tanah Melayu berkembang pesat pada waktu itu manakala buruh dalam sektor perlombongan pula adalah kurang kerana orang Melayu masih terikat dengan sistem ekonomi sara diri mereka di samping penglibatan mereka dalam ekonomi komersial tidak begitu digalakkan oleh British. Majoriti orang Cina yang dibawa masuk adalah dari kawasan Kwangtung, Kwangsi dan Fukien di wilayah selatan China. Antara tahun 1895-1927, lebih kurang 6 juta orang cina berhijrah ke Tanah Melayu dan pada tahun 1931, 31% daripada penduduk Tanah Melayu adalah orang cina menjadikan bangsa itu sebagai etnik kedua terbesar di tanah Melayu. Bilangan penduduk cina di Sabah pada tahun 1911 adalah seramai 27,801 orang namun pada tahun 1931 angka ini telah meningkat kepada 50,056 orang Manakala di Sarawak pula penduduk berbangsa cina telah meningkat dari 5000 orang kepada 123,626 orang bermula dari tahun 1871 sehingga tahun 1939. Di Tanah Melayu, orang cina tertumpu di Perak, Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan di negeri-negeri pantai barat kerana di kawasan ini ekonomi berasaskan perlombongan bijih timah pesat berlaku dan memberikan keuntungan yang lumayan kepada mereka. Di negeri Sarawak pula orang cina banyak menetap di kawasan bandar Sibu, Miri dan juga Bintulu berikutan dengan galakan keluarga Brooke kepada orang cina untuk masuk ke Sarawak dan bekerja sebagai pedagang, petani dan pelombong. Orang cina di Sabah dibawa masuk oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British untuk bekerja di ladang tembakau dan getah. Menurut Khoo Kay Kim (1971), corak pekerjaan buruh Cina yang datang ke Tanah Melayu adalah berlainan mengikut kelompok masing-masing. Orang Hokkien yang merupakan kelompok terbesar orang Cina di Tanah Melayu kebanyakkannya menjadi pedagang dan peniaga dan menetap di pelabuhan-pelabuhan yang penting seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura manakala orang Kantonis dan Hakka merupakan pelombong dan petempatan mereka tertumpu di kawasan-kawasan perlombongan bijih timah. Orang Teochew pula dilihat lebih kepada aktiviti pertanian, mereka bekerja di ladang-ladang gambir, lada hitam dan tebu terutamanya di Johor dan Seberang Perai. Orang Hailam majoritinya bekerja sebagai orang gaji di rumah orang Barat sebelum perang dunia pertama dan menjadi buruh di ladang-ladang getah serta membuka kedai-kedai minuman.

Pada mulanya, buruh cina dibawa masuk untuk menjadi pelombong dan petani namun corak pekerjaan asal mereka berubah apabila orang cina mulai menjadi pedagang dan peniaga di kawasan bandar. Mungkin ramai yang tidak perasan namun, jika diperhati dengan teliti dapat dibuat kesimpulan bahawa kawasan-kawasan yang banyak diduduki oleh orang cina kebanyakkannya menjalankan perniagaan. Jika sebelumnya mereka hanya buruh asing yang dibawa masuk untuk bekerja di lombong-lombong bijih timah namun dalam tempoh beberapa tahun sahaja orang cina dikatakan sudah mampu menguasai hampir kesemuanya aktiviti perlombongan di Tanah Melayu, malah orang melayu sendiri banyak yang bekerja di bawah syarikat perlombongan yang dimiliki oleh orang cina. Walaubagaimanapun, penglibatan buruh cina dalam sektor perlombongan bijih timah yang pada abad ke-19 masih dipantau sepenuhnya oleh pembesar Melayu. Orang cina

Page 3: Ass Gnment

yang ingin memulakan perusahaan perlombongan haruslah mendapatkan kebenaran pembesar Melayu terlebih dahulu dan harga penjualan bijih timah juga perlu ditentukan oleh pembesar Melayu. Selain itu, orang cina juga semakin berhubungan baik dengan British dalam perniagaan dan ini memberikan bonus kepada orang cina untuk memperkukuh kedudukan mereka sekaligus memajukan perniagaan mereka di Tanah melayu ini.

Orang cina semakin berjaya di Tanah Melayu, pada tahun 1905 saudagar dan pelombong cina yang kaya telah menubuhkan sebuah bank di Sarawak iaitu Kwong Lee Bank. Bank ini merupakan bank tempatan pertama di Malaysia manakala bank tempatan pertama yang ditubuhkan di Tanah Melayu pula adalah Kwong Yik Bank iaitu pada tahun 1913 di Kuala Lumpur, dengan tertubuhnya bank ini maka kedudukan ekonomi orang cina semakin kukuh di Tanah Melayu. Ini kerana penduduk Tanah Melayu mulai bergantung pada bank ini di samping bank-bank Eropah untuk membuat pinjaman untuk membuka lombong dan sebagainya. British yang menyedari akan keuntungan yang boleh diperolehi melalui perusahaan perlombongan mulai berminat untuk melibatkan diri dalam sektor ini. Pada awal abad ke-20, industri perlombongan bijih timah mulai diambil alih oleh British kerana pemodal kecil cina tidak mampu bersaing dengan mereka yang mempunyai kelebihan teknologi. Di samping mengusahakan perusahaan perlombongan bijih timah, mereka juga memberi tumpuan kepada perusahaan getah. Pada awal abad ke-20 pengusaha-pengusaha Cina aktif dalam industri perkilangan yang melibatkan getah dan timah sebagai bahan mentah. Sektor perkilangan di Tanah Melayu yang dijalankan dimajukan untuk keperluan eksport, contohnya kilang kasut getah yang ditubuhkan oleh Syarikat Shum Yip Leong adalah untuk memenuhi keperluan eksport kasut getah ke negara China. Selain itu, terdapat juga Syarikat pengusaha Cina lain yang turut menghasilkan barangan berasaskan getah seperti Syarikat Fung Keong di Klang dan Syarikat kinta Rubber Works di Ipoh, Perak. Di Johor pula, buruh Cina telah mengalami lonjakan kewangan sehingga mampu mengeluarkan modal yang secukupnya untuk mengusahakan perusahaan mengetin nanas.

Kedatangan orang cina ke Tanah Melayu dikatakan dipengaruhi oleh dua faktor, iaitu faktor penarik dan faktor penolak. Antara faktor yang menjadi penarik kepada orang cina untuk menerima tawaran British supaya bekerja di Tanah Melayu adalah pertumbuhan pesat perusahaan bijih timah dan getah. Penemuan bijih timah di Larut pada tahun 1848 telah menyebabkan sektor perlombongan berkembang berbanding dengan sebelumnya yang mana aktiviti melombong hanya berlaku secara kecil-kecilan yang dilakukan secara tradisional seperti mendulang dan sebagainya. Ladang dan lombong yang baru dibuka memerlukan penggunaan tenaga buruh yang ramai, ini membuka peluang pekerjaan yang banyak disamping menjanjikan pendapatan yang lumayan. Keadaan ini semestinya menarik minat orang cina untuk masuk ke Tanah Melayu yang sememangnya ingin mencari kesenangan dan kekayaan hidup yang sukar diperolehi di negara sendiri. British pula sengaja mengupah ramai buruh cina kerana lebih murah, rajin dan yang paling penting setia kepada mereka. Faktor yang kedua lebih dipengaruhi oleh keadaan politik Tanah Melayu yang stabil. Negara China pada waktu itu terutama di wilayah selatan China berada dalam kekacauan manakala Tanah Melayu di bawah pentadbiran British pula dirasakan lebih

Page 4: Ass Gnment

aman, keadaan ini meyakinkan untuk mencari kekayaan di situ. Selain itu, kemudahan untuk berhijrah juga adalah faktor penarik kedatangan mereka. Orang-orang cina yang akan datang bekerja di Tanah Melayu tidak menghadapi kesulitan untuk datang kerana kemudahan seperti kapal dan kemudahan pengangkutan yang lain banyak tersedia. Faktor yang kedua iaitu faktor penolak adalah faktor dalaman negara China itu sendiri yang menjadi penyebab ramai rakyat negara itu berkeputusan untuk berhijrah ke tempat lain. Ketidakstabilan politik negara China merupakan faktor penolak yang utama yang dapat menjelaskan kenapa penduduk di negara itu berniat untuk keluar dari China. Di kawasan selatan China pada waktu itu sedang melewati tempoh yang sukar apabila berlakunya pemberontakan anti-Manchu terutamanya di kawasan Kwangtung dan Kwangsi antara tahun 1751 hingga 1851 (Jeffrey Risob, 2009). Rusuhan dan serangan daripada pemberontak menyebabkan selatan China dirasakan tidak selamat dan mengancam nyawa mereka, apabila British mengemukakan tawaran untuk masuk ke Tanah Melayu orang cina beranggapan bahawa mereka perlu menerima tawaran itu demi menjamin keselamatan mereka kerana walaupun orang cina merasakan bangsa mereka adalah bangsa yang tinggi dan mulia namun mereka tidak dapat menafikan kebijaksanaan British yang mampu menguasai banyak negara pada ketika itu. Kesukaran hidup di negara asal juga mempengaruhi penghijrahan mereka ke Tanah melayu. Bencana alam seperti banjir, kemarau dan gempa bumi yang kerap berlaku di Tanah Besar itu menyukarkan aktiviti penduduknya untuk mencari rezeki terutama bagi mereka yang bergantung hidup daripada hasil bumi seperti pertanian, penternakan dan perikanan. Ciri kependudukan China yang terlalu padat juga memaksa penduduknya untuk berhijrah ke luar bagi memenuhi keperluan hidup mereka. Menurut Jeffrey Risob (2009), jumlah penduduk China yang semakin bertambah menyebabkan bekalan makanan tidak dapat menampung penduduknya kerana pengeluaran makanan lebih lambat bertambah. Hal ini mengakibatkan berlakunya kemiskinan dan kemerosotan taraf hidup terutamanya para petani yang tidak tentu penghasilannyaakibat dari bencana alam yang berlaku.

Kemasukan orang cina ke Tanah Melayu boleh dilihat dalam empat cara iaitu melalui sistem tiket kredit, sistem pengambilan kakitangan, sistem pengambilan rumah kongsi dan kemasukan secara berkumpulan. Melalui sistem tiket kredit, bakal imigran akan dikumpulkan di kampung-kampung oleh Kheh-tau atau ketua. Ketua diberi bayaran bagi setiap imigran cina yang dikenali sebagai Sin Kheh dan seterusnya mereka perlu membuat perjanjian sama ada secara bertulis mahupun lisan tentang hutang bekerja dengan majikan dalam suatu tempoh masa tertentu. Sin Kheh akan diawasi oleh nakhoda atau agensi buruh, tiket akan diberikan berserta keterangan sama ada mereka bebas ataupun berhutang. Pemborong buruh pula akan menyambut Sin Kheh yang sampai di pelabuhan dan menyerahkan mereka kepada majikan dengan bayaran tertentu. Kemasukan buruh cina dengan cara sistem pengambilan kakitangan pula adalah atas arahan majikan. Majikan yang memerlukan tenaga buruh akan menghantar pegawainya ke negara China untuk mendapatkan buruh, tambang dan perbelanjaan buruh yang diambil akan ditanggung sepenuhnya oleh majikan. Buruh-buruh tersebut akan diiringi oleh pegawai tadi sehingga mereka sampai ke tempat

Page 5: Ass Gnment

majikannya. Seterusnya adalah melalui sistem pengambilan rumah kongsi, beberapa pegawai di Tanah Besar akan dilantik oleh sesebuah rumah kongsi bagi mencari buruh. Pegawai tersebut akan membiayai perbelanjaan buruh tersebut sehinggalah mereka sampai di rumah kongsi di Tanah Melayu, buruh akan diserahkan kepada tuan punya rumah kongsi manakala pegawai tadi akan mendapat bayaran tertentu yang telah dipersetujui bagi setiap buruh yang telah dibawa. Selain itu, buruh Cina juga memasuki Tanah melayu dengan cara kemasukan secara berkumpulan. Sistem ini wujud di Sarawak yang mana para imigran mendapat tajaan Charles Brooke untuk masuk ke Tanah Melayu melalui syarikatnya yang beribu pejabat di Singapura. Imigran Cina di sarawak lazimnya berketurunan Foochow. Kemasukan mereka secara berkumpulan adalah atas persetujuan antara ketua Foochow di Sibu dengan Charles Brooke. Brooke menggalakkan kemasukan orang Cina Foochow ke Sarawak untuk mengusahakan tanah dan membangunkan sektor pertanian gambir dan lada hitam.

Rujukan

Pessar, P. R. and Mahler, S. J. (2003), Transnational Migration: Bringing Gender In International Migration Review, 37: Florida International University

Everett S. Lee, (2001), A Theory of Migration volume 49: New York.