aseimen morfologi

24
1.0 Pendahuluan Morfologi merupakan bidang bahasa yang dapat dibuktikan secara empirikal. Menurut Abdullah Hassan (2009:117) menyatakan bahawa morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina. Menurut beliau, kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk-bentuk perkataan yang dihasilkan. Kamus Linguistik (1997:162) turut memberikan takrifan kepada morfologi, iaitu sebagai satu cabang tatabahasa yang mengkaji struktur, bentuk, dan golongan kata. Manakala, Nik Safiah Karim (2009:43) menyatakan bahawa morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan, struktur kata dan penggolongan kata. Yang dimaksudkan dengan struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Istilah ini dipinjam daripada biologi yang bermaksud kajian tentang bentuk tubuh haiwan dan tumbuhan tetapi konsep bentuk ini diterapkan kepada bentuk perkataan bahasa manusia ( Abdullah Hassan, 2006: 12). Manakala penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam kumpulan yang sama (Nik Safiah Karim et.al, 1996: 2006). Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam turut memberikan definisi tentang bidang ini. Menurut Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985:152), morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya. Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut morfem. Morfem ialah unit yang terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu sementara perkataan ialah bentuk bahasa yang terkecil juga tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri. Sesuatu perkataan itu pula dibentuk daripada satu morfem atau lebih. Secara literalnya, morfologi ialah satu bidang linguistik dan cabang tatabahasa yang memperincikan bagaimana kata itu dibentuk tidak kira daripada segi struktur, pembentukan kata mahupun penggolongan kata. Penguasaan dalam bidang ini dapat membantu kita untuk menggunakan bahasa Melayu dengan lebih berkesan terutamanya dalam penulisan dan berinteraksi. Hal ini demikian kerana penulisan dan komunikasi yang berkesan ialah satu proses apabila penutur dapat menyalurkan maklumat dengan menggunakan bahasa yang betul dan tepat. Sehubungan dengan itu, sebagai pengguna bahasa kita mestilah dapat menguasai bidang morfologi dengan baik. 2.0 Proses Pembentukan Kata Bahasa Melayu KERJA KURSUS BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 1

Upload: sharifah-nur-rasyidah

Post on 09-Nov-2015

61 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

.

TRANSCRIPT

1.0 PendahuluanMorfologi merupakan bidang bahasa yang dapat dibuktikan secara empirikal. Menurut Abdullah Hassan (2009:117) menyatakan bahawa morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina. Menurut beliau, kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk-bentuk perkataan yang dihasilkan. Kamus Linguistik (1997:162) turut memberikan takrifan kepada morfologi, iaitu sebagai satu cabang tatabahasa yang mengkaji struktur, bentuk, dan golongan kata.Manakala, Nik Safiah Karim (2009:43) menyatakan bahawa morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan, struktur kata dan penggolongan kata. Yang dimaksudkan dengan struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Istilah ini dipinjam daripada biologi yang bermaksud kajian tentang bentuk tubuh haiwan dan tumbuhan tetapi konsep bentuk ini diterapkan kepada bentuk perkataan bahasa manusia ( Abdullah Hassan, 2006: 12). Manakala penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam kumpulan yang sama (Nik Safiah Karim et.al, 1996: 2006).Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam turut memberikan definisi tentang bidang ini. Menurut Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985:152), morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya. Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut morfem. Morfem ialah unit yang terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu sementara perkataan ialah bentuk bahasa yang terkecil juga tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri. Sesuatu perkataan itu pula dibentuk daripada satu morfem atau lebih.Secara literalnya, morfologi ialah satu bidang linguistik dan cabang tatabahasa yang memperincikan bagaimana kata itu dibentuk tidak kira daripada segi struktur, pembentukan kata mahupun penggolongan kata. Penguasaan dalam bidang ini dapat membantu kita untuk menggunakan bahasa Melayu dengan lebih berkesan terutamanya dalam penulisan dan berinteraksi. Hal ini demikian kerana penulisan dan komunikasi yang berkesan ialah satu proses apabila penutur dapat menyalurkan maklumat dengan menggunakan bahasa yang betul dan tepat. Sehubungan dengan itu, sebagai pengguna bahasa kita mestilah dapat menguasai bidang morfologi dengan baik.

2.0 Proses Pembentukan Kata Bahasa Melayu Dalam istilah linguistik, pembentukan kata ialah satu proses yang mana perkataan baharu dibentuk. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2008: 133) menyatakan bahawa proses pembentukan kata menerangkan bagaimana sesuatu kata itu dibina dan dibentuk sehingga dapat menghasilkan ayat dan ujaran dalam sesuatu bahasa. Proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu melibatkan pembentukan kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata baharu. Dalam bahasa Melayu terdapat empat bentuk kata, iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda. Kata tunggal tidak melibatkan apa-apa proses pembentukan, tetapi tiga bentuk kata lain melibatkan proses-proses tertentu. Proses-proses ini ialah pengimbuhan, pemajmukan, penggandaan dan akronim. Dalam tugasan ini, penjelasan tentang proses pembentukan kata bahasa Melayu yang melibatkan proses pengimbuhan dan proses penggandaan kata nama, kata kerja, dan kata adjektif akan dibincangkan berserta contoh yang relevan.2. 1 Proses pembentukan kata yang melibatkan proses pengimbuhan kata nama, kata kerja dan kata adjektifMenurut Asraf (2007: 57), mengatakan bahawa proses pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Menurut beliau, sesuatu kata dalam bahasa Melayu dapat diubah bentuknya dan maknanya dengan menggunakan imbuhan. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini, apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata, iaitu kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. Awalan Imbuhan yang diletakkan pada awal perkataan (sebelum kata dasar) dalam penggunaannya. Misalnya ter-, ber-, me-, men-, mem-, meng-, meny, pe-, per-, di-,se-, ke-, dan lain-lain. Berikut ialah contoh penggunaan imbuhan awalan bagi kelas kata nama, kata kerja, dan kata adjektif.Imbuhan awalan kata nama, kata kerja, dan kata adjektifImbuhan awalankata dasarKata terbitan

ber-rodaberoda

me-masakmemasak

di-kejardikejar

diper-alatdiperalat

men-carimencari

mem-bawamembawa

memper-kuatmemperkuat

meng-bommengebom

meny-sapumenyapu

sebesarsebesar

terangkatterangkat

pe-kerjapekerja

per-buruperburu

pem-buatpembuat

AkhiranImbuhan yang letaknya di akhir kata. Contohnya: -an, -man, -wan, -wati, -kan, -i, -kah, -lah, -ku, -mu, dan, -nya.Imbuhan akhiran kata nama, kata kerja, dan kata adjektifImbuhan akhirankata dasarKata terbitan

-anbacabacaan

-manbudibudiman

-wandermadermawan

-watiseniseniwati

-kanjalanjalankan

-idekatdekati

-kahsiapasiapakah

-lahdiadialah

-kumilikmilikku

-mudiridirimu

-nyaubatubatnya

ApitanImbuhan yang terjadi daripada awalan yang digabungkan dengan akhiran. Contohnya: ber..an, ber..kan, me..kan, me..i, di..kan, di..i, ter..kan, ter..i, memper..kan, memper..i, diper..kan, diper..i, ke..an, per..an, pe..an, dan, se..nya. Imbuhan apitan kata nama, kata kerja, dan kata adjektifImbuhan apitankata dasarKata terbitan

ber..anlariberlarian

ber..kansenjatabersenjatakan

me..kanbukumembukukan

me..idudukmenduduki

di..kantemuditemukan

di..ilaludilalui

ter..kangambartergambarkan

ter..iatasteratasi

memper..kanrumahmemperumahkan

memper..iisterimemperisteri

diper..kanmaindipermainkan

diper..isenjatadipersenjatai

ke..anramaikeramaian

per..anbuatperbuatan

pe..ankerjapekerjaan

se..nyabelumsebelumnya

Sisipan Imbuhan yang hadir di celahan kata dasar. Sisipan terbahagi kepada empat, iaitu er-, el, em- dan in-.Imbuhan sisipan kata nama, kata kerja, dan kata adjektifImbuhan sisipankata dasarKata terbitan

er-sabutgigiserabutgerigi

el-serakselerak

em-gilanggersikgemilanggemersik

in-sambungkesinambungan

2.2 Proses pembentukan kata yang melibatkan proses penggandaan kata nama, kata kerja dan kata adjektifProses penggandaan ialah proses yang mengulangi kata dasar, sama ada secara penuh, separa atau berentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu. Menurut Asraf (2007: 282), terdapat empat jenis penggandaan, iaitu; 1. Penggandaan penuh atau seluruh2. Penggandaan separa3. Penggandaan berentak4. Penggandaan berimbuhan

Penggandaan penuh atau seluruhProses penggandaan penuh atau seluruh terbentuk daripada kata dasar yang diulang atau digandakan seluruhnya serta diberi tanda sempang (-). Kata dasar yang digandakan seluruhnya itu boleh terdiri daripada pelbagai kelas kata termasuklah kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Contohnya:Kata dasar dan kelasnyaKata ganda seluruh

ayam (kata nama)ayam-ayam

pelajar (kata nama)pelajar-pelajar

duduk (kata kerja)duduk-duduk

besar (kata adjektif)besar-besar

hidup (kata kerja)hidup-hidup

cantik (kata adjektif)cantik-cantik

Penggandaan separaProses penggandaan separa ialah proses yang mengulangi sebahagian kata dasar sahajaPenggandaan separa berlaku pada dua jenis kata dasar, iaitu: Pada kata dasar tunggal dan lazimnya melibatkan pengulangan suku kata pertamanya serta letak pengulangan itu pada bahagian hadapan kata dasar. Vokal dalam bentuk gandaan ini mengalami proses pelemahan, menjadikannya vokal e pepet. Proses ini dapat digambarkan seperti yang berikut :Kata dasar dan kelasnyaKata ganda separa

daun (kata nama)dedaun

bola (kata nama)bebola

jari (kata nama)jejari

pada kata dasar yang berimbuhan. Penggandaan separa yang berlaku hanya mengulangi kata dasar dan tidak melibatkan imbuhan. Penggandaan ini berlaku pada kata kerja dan kata adjektif, dan boleh terletak di bahagian belakang kata dasar atau di bahagian hadapan kata dasar.Kata dasar berimbuhanKata ganda separa

tersenyumtersenyum-senyum

membantubantu-membantu

berkataberkata-kata

sebesarsebesar-besar

Penggandaan berentak atau bersajakProses penggandaan berentak ialah proses yang mengulangi kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Berdasarkan perubahan dan pengulangan bunyi demikian, penggandaan berentak terbahagi kepada tiga jenis, iaitu :1. Penggandaan berentak yang mengalami persamaan bunyi di hujungContoh: hingar-bingar kuih-muih tunggang-langgang2. Penggandaan berentak yang mengalami persamaan bunyi di pangkalContoh: suku-sakat porak-peranda3. Penggandaan berentak yang mengalami persesuaian bunyi di tengahContoh: tanah-tanihSemua penggandaan berentak diberi tanda sempang (-) oleh sebab salah satu atau kedua-dua kata yang membentuk kata ganda bersajak itu tidak mempunyai makna dan tidak dapat berdiri sendiri. Penggandaan bersajak berlaku pada kelas kata nama, kata adjektif, kata kerja dan kata keterangan. Contohnya:Kata NamaKata AdjektifKata Kerja

tanah-tanihkusut-masaimundar-mandir

lauk-pauksegar-bugarulang-alik

desas-desusgilang-gemilanglalu-lalang

Penggandaan berimbuhanProses penggandaan imbuhan ialah kata ganda yang memperoleh imbuhan, baik yang berupa awalan, akhiran, apitan, atau sisipan. Contohnya:awalanteragak-agak

akhiranbau-bauan

apitansebaik-baiknya

sisipantali-temali

Penggandaan berimbuhan boleh terdiri daripada pelbagai kelas kata termasuklah kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. Penggandaan berimbuhan juga mesti disertai tanda sempang (-).kata namabuah-buahan, tumbuh-tumbuhan

kata adjektifkeanak-anakan, besar-besaran

kata kerjaberjalan-jalan, terkebil-kebil

3.0 Penganalisisan Penggunaan Kata Tugasan berikutnya ini ialah berkaitan penganalisisan penggunaan kata berdasarkan sebuah artikel yang dipilih daripada majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Penelitian penggunaan kata terbitan dalam artikel yang dipilih dan penjelasan golongan kata bagi kata dasar dalam perkataan tersebut berserta proses pengimbuhan yang berlaku merupakan fokus penting dalam pelaksanaan tugasan berikutnya ini. Oleh itu, saya telah memilih sebuah artikel yang bertajuk, Melestarikan Terbitan Bahasa Melayu yang ditulis oleh Diarani Mat Adam. Artikel penuh ini terdapat dalam lampiran yang disertakan dengan tugasan ini. Bil.Kata terbitanGolongan kata bagi kata dasarProses pengimbuhan yang berlaku

1.BerlangsungKata dasarnya ialah langsung. Langsung ialah golongan kata tugas sebelum berubah menjadi kata terbitan berlangsung, iaitu golongan kata kerja.Kata terbitan berlangsung terdiri daripada kata dasar langsung. Apabila kata dasar langsung menerima imbuhan awalan ber-, akan berubah menjadi kata terbitan berlangsung.

2.PenulisanKata dasarnya ialah tulisan. Tulisan ialah golongan kata nama sebelum berubah menjadi kata terbitan penulisan.Kata terbitan penulisan terdiri daripada kata dasar tulisan. Apabila kata dasar tulisan, iaitu huruf t sebagai huruf pertama pada kata dasar menerima imbuhan apitan pe..an, huruf t akan berubah menjadi huruf n. Seterusnya, kata terbitan penulisan terhasil.

3.PenerbitanKata dasarnya ialah terbitan. Terbitan ialah golongan kata nama sebelum berubah menjadi kata terbitan penerbitan.Kata terbitan penerbitan terdiri daripada kata dasar terbitan. Apabila kata dasar terbitan, iaitu huruf t sebagai huruf pertama pada kata dasar menerima imbuhan apitan pe..an, huruf t akan berubah menjadi n. Seterusnya, kata penerbitan terhasil.

4.UcapanKata dasarnya ialah ucap. Ucap ialah golongan kata nama sebelum berubah menjadi kata terbitan ucapan.Kata terbitan ucapan terdiri daripada kata dasar ucap. Apabila kata dasar ucap menerima imbuhan akhiran -an, kata dasar ucap akan berubah menjadi kata terbitan ucapan.

5.PerasmianKata dasarnya ialah rasmi. Rasmi ialah golongan kata adjektif sebelum berubah menjadi kata terbitan perasmian yang tergolong dalam kata nama.Kata terbitan perasmian terdiri daripada kata dasar rasmi. Apabila kata dasar rasmi menerima imbuhan apitan pe..an, akan berubah menjadi kata terbitan perasmian.

6.KetuaKata dasarnya ialah tua. Tua ialah golongan kata kerja adjektif sebelum berubah menjadi kata terbitan ketua, iaitu golongan kata nama.Kata terbitan ketua terdiri daripada kata dasar tua. Apabila kata dasar tua menerima imbuhan awalan ke-, akan berubah menjadi kata terbitan ketua.

7.PengarahKata dasarnya ialah arah. Arah ialah golongan kata kerja sebelum berubah menjadi kata terbitan pengarah, iaitu golongan kata nama.Kata terbitan pengarah terdiri daripada kata dasar arah. Apabila kata dasar arah, iaitu huruf vokal a sebagai huruf pertama pada kata dasar menerima imbuhan awalan pe-, imbuhan pe- akan berubah menjadi peng-. Seterusnya, kata pengarah terbit.

8.BerkataKata dasarnya ialah kata. Kata ialah golongan kata nama sebelum berubah menjadi kata terbitan berkata, iaitu golongan kata kerja.Kata terbitan berkata terdiri daripada kata dasar kata. Apabila kata dasar kata menerima imbuhan awalan ber-, akan berubah menjadi kata terbitan berkata.

9.MemastikanKata dasarnya ialah pasti. Pasti ialah golongan kata adjektif sebelum berubah menjadi kata terbitan memastikan, iaitu kata kerja transitif aktif.Kata terbitan memastikan terdiri daripada kata dasar pasti. Apabila kata dasar pasti menerima imbuhan apitan me..kan, akan berubah menjadi kata terbitan memastikan.

10.SebagaiKata dasarnya ialah bagai. Bagai ialah kelompok kata kata sendi daripada golongan kata tugas sebelum berubah menjadi kata tugas (kata hubung) dalam kata terbitan sebagai.Kata terbitan sebagai terdiri daripada kata dasar bagai. Apabila kata dasar bagai menerima imbuhan awalan se-, kata dasar bagai akan berubah menjadi kata terbitan sebagai.

11.MemainkanKata dasarnya ialah main. Main ialah golongan kata kerja asal sebelum berubah menjadi kata terbitan memainkan, iaitu kata kerja transitif aktif.Kata terbitan memainkan terdiri daripada kata dasar main. Apabila kata dasar main menerima imbuhan apitan me..kan, akan berubah menjadi kata terbitan memainkan.

12.MenyebarluaskanKata dasarnya ialah sebar luas. Sebar luas ialah kata majmuk sebelum berubah menjadi kata terbitan menyebarluaskan, iaitu kata kerja transitif aktif.Kata terbitan menyebarluaskan terdiri daripada kata dasar sebar luas. Apabila kata dasar sebar, iaitu huruf s sebagai huruf pertama pada kata dasar menerima imbuhan awalan me..kan, huruf s akan bertukar menjadi ny. Seterusnya, kata menyebarluaskan terbit.

13.PenggunaanKata dasarnya ialah guna. Guna ialah golongan kata kerja sebelum berubah menjadi kata terbitan penggunaan, iaitu golongan kata nama.Kata terbitan penggunaan terdiri daripada kata dasar guna. Apabila kata dasar guna, iaitu huruf g sebagai huruf pertama pada kata dasar menerima imbuhan apitan pe..an, imbuhan pe- akan berubah menjadi peng- dan kemudian ditambah akhiran an. Maka, kata terbitan penggunaan terhasil.

14.FungsinyaKata dasarnya ialah fungsi. Fungsi ialah golongan kata tugas dalam kelas kata sandang sebelum berubah menjadi kata terbitan fungsinya, iaitu golongan kata nama.Kata terbitan fungsinya terdiri daripada kata dasar fungsi. Apabila kata dasar fungsi menerima imbuhan akhiran -nya, akan berubah menjadi kata terbitan fungsinya.

15.TermaktubKata dasarnya ialah maktub. Maktub ialah golongan kata nama sebelum berubah menjadi kata terbitan termaktub, iaitu kata kerja tak transitif.Kata terbitan termaktub terdiri daripada kata dasar maktub. Apabila kata dasar maktub menerima imbuhan awalan ter-, akan berubah menjadi kata terbitan termaktub.

16.BekerjasamaKata dasarnya ialah kerjasama. Kerjasama ialah golongan kata nama sebelum berubah menjadi kata terbitan bekerjasama, iaitu kata kerja tak transitif.Kata terbitan bekerjasama terdiri daripada kata dasar kerjasama. Asalnya apabila awalan ber- bertemu dengan kata yang suku pertamanya diakhiri er seperti kerja, maka awalan ber berubah menjadi be-. Dan apabila kata dasar kerjasama menerima awalan be, maka akan berubah menjadi kata terbitan bekerjasama.

17.BerkaitanKata dasarnya ialah kait. Kait ialah golongan kata kerja asal sebelum berubah menjadi kata terbitan berkaitan, iaitu kata kerja tak transitif.Kata terbitan berkaitan terdiri daripada kata dasar kait. Apabila kata dasar kait menerima imbuhan apitan ber..an, maka akan berubah menjadi kata terbitan berkaitan.

18.MenggalakkanKata dasarnya ialah galak. Kata dasar galak ialah golongan kata adjektif sebelum berubah menjadi kata terbitan menggalakkan, iaitu kata kerja transitif aktif.Apabila kata dasar galak, iaitu huruf g sebagai huruf pertama pada kata dasar menerima imbuhan apitan me..kan, apitan me..kan akan bertukar menjadi meng..kan dan seterusnya berubah menjadi kata terbitan menggalakkan.

19.MeningkatkanKata dasarnya ialah tingkat. Tingkat ialah golongan kata nama sebelum berubah menjadi kata terbitan meningkatkan, iaitu kata kerja transitif aktif.Kata terbitan meningkatkan terdiri daripada kata dasar tingkat. Apabila kata dasar tingkat menerima imbuhan apitan me..kan, akan berubah menjadi kata terbitan meningkatkan.

20.PerkembanganKata dasarnya ialah berkembang. Berkembang ialah golongan kata kerja sebelum berubah menjadi kata terbitan perkembangan, iaitu golongan kata nama.Kata terbitan perkembangan terdiri daripada kata dasar berkembang. Apabila kata dasar kembang menerima imbuhan apitan per..an, maka terhasillah kata terbitan perkembangan.

21.MerupakanKata dasarnya ialah rupa. Rupa ialah golongan kata nama sebelum berubah menjadi kata terbitan merupakan, iaitu kata kerja transitif aktif.Kata terbitan merupakan terdiri daripada kata dasar rupa. Apabila kata dasar rupa menerima imbuhan apitan me..kan, akan berubah menjadi kata terbitan merupakan.

22.PembudayaanKata dasarnya ialah budaya. Budaya ialah golongan kata nama sebelum berubah menjadi kata terbitan pembudayaan.Kata terbitan pembudayaan terdiri daripada kata dasar budaya. Apabila kata dasar budaya, iaitu huruf b sebagai huruf pertama pada kata dasar menerima imbuhan apitan pe..an, awalan pe- akan berubah menjadi pem- dan kemudian ditambah akhiran an maka, terhasillah kata terbitan pembudayaan.

23.DirancangKata dasarnya ialah rancang. Rancang ialah golongan kata kerja asal sebelum berubah menjadi kata terbitan dirancang, iaitu kata kerja pasif.Kata terbitan dirancang terdiri daripada kata dasar rancang. Apabila kata dasar rancang menerima imbuhan awalan di, akan berubah menjadi kata terbitan dirancang.

24.MengadakanKata dasarnya ialah ada. Ada ialah golongan kata kerja asal sebelum berubah menjadi kata terbitan mengadakan, iaitu kata kerja transitif aktif.Kata terbitan mengadakan terdiri daripada kata dasar ada. Apabila kata dasar ada, iaitu huruf vokal a sebagai huruf pertama pada kata dasar menerima imbuhan awalan me..kan, imbuhan me- akan berubah menjadi meng-. Seterusnya, kata mengadakan terbit.

25.MemberikanKata dasarnya ialah beri. Kata dasar beri ialah golongan kata kerja sebelum berubah menjadi kata terbitan memberikan, iaitu kata kerja transitif aktif.Kata terbitan memberikan terdiri daripada kata dasar beri. Apabila kata dasar beri menerima imbuhan apitan mem..kan, akan berubah menjadi kata terbitan menjadikan.

26.PendedahanKata dasarnya ialah dedahan. Dedahan ialah golongan kata nama sebelum berubah menjadi kata terbitan pendedahan.Kata terbitan pendedahan terdiri daripada kata dasar dedahan. Apabila kata dasar dedahan, iaitu huruf d sebagai huruf pertama pada kata dasar menerima imbuhan apitan pe..an, awalan pe- akan berubah menjadi pen- dan kemudian ditambah akhiran an maka, terhasillah kata terbitan pendedahan.

27.BacaanKata dasarnya ialah baca. Baca ialah golongan kata kerja asal sebelum berubah menjadi kata terbitan bacaan, iaitu golongan kata nama.Kata terbitan bacaan terdiri daripada kata dasar baca. Apabila kata dasar baca menerima imbuhan akhiran -an, akan berubah menjadi kata terbitan bacaan.

28.SehinggaKata dasarnya ialah hingga. Hingga ialah kelompok kata kata sendi daripada golongan kata tugas sebelum berubah menjadi kata tugas (kata hubung) dalam kata terbitan sehingga.Kata terbitan sehingga terdiri daripada kata dasar hingga. Apabila kata dasar hingga menerima imbuhan awalan se-, kata dasar hingga akan berubah menjadi kata terbitan sehingga.

29.menerimaKata dasarnya ialah terima. Kata dasar terima ialah golongan kata kerja asal sebelum berubah menjadi kata terbitan menerima, iaitu kata kerja transitif aktif.Kata terbitan menerima terdiri daripada kata dasar terima. Apabila kata dasar terima, iaitu huruf t sebagai huruf pertama pada kata dasar menerima imbuhan awalan me-, huruf t akan berubah menjadi n. Seterusnya, kata menerima terbit.

30.DiserahkanKata dasarnya ialah serahkan. Serahkan ialah golongan kata kerja asal sebelum berubah menjadi kata terbitan diserahkan, iaitu golongan kata kerja pasif.Kata terbitan diserahkan terdiri daripada kata dasar serahkan. Apabila kata dasar serahkan menerima imbuhan apitan di..kan, akan berubah menjadi kata terbitan diserahkan.

31.PenerbitKata dasarnya ialah terbit. Terbit ialah golongan kata kerja sebelum berubah menjadi golongan kata nama dalam kata terbitan penerbit.Kata terbitan penerbit terdiri daripada kata dasar terbit. Apabila kata dasar terbit, iaitu huruf t sebagai huruf pertama pada kata dasar menerima imbuhan awalan pe, huruf t akan berubah menjadi huruf n. Seterusnya, kata terbitan penerbit terhasil.

32.DijalankanKata dasarnya ialah jalan. Jalan ialah golongan kata nama sebelum berubah menjadi kata terbitan dijalankan, iaitu golongan kata kerja pasif.Kata terbitan dijalankan terdiri daripada kata dasar jalan. Apabila kata dasar jalan menerima imbuhan apitan di..kan, akan berubah menjadi kata terbitan dijalankan.

33.MenambahKata dasarnya ialah tambah. Tambah ialah golongan kata adjektif sebelum berubah menjadi kata terbitan menambah, iaitu kata kerja transitif aktif.Kata terbitan menambah terdiri daripada kata dasar tambah. Apabila kata dasar tambah menerima imbuhan awalan me-, akan berubah menjadi kata terbitan menambah.

34.MengejarKata dasarnya ialah kejar. Kejar ialah golongan kata kerja asal sebelum berubah menjadi kata terbitan mengejar, iaitu kata kerja transitif aktif.Kata terbitan mengejar terdiri daripada kata dasar kejar. Apabila kata dasar kejar, iaitu huruf k sebagai huruf pertama pada kata dasar menerima imbuhan awalan me-, huruf k akan bertukar menjadi ng. Seterusnya, kata mengejar terbit.

35.SasaranKata dasarnya ialah sasar. Sasar ialah golongan kata adjektif sebelum berubah menjadi kata terbitan sasaran, iaitu golongan kata nama.Kata terbitan sasaran terdiri daripada kata dasar sasar. Apabila kata dasar sasar menerima imbuhan akhiran -an, akan berubah menjadi kata terbitan sasaran.

36.KhususnyaKata dasarnya ialah khusus. Khusus ialah golongan kata adjektif sebelum berubah menjadi golongan kata nama dalam kata terbitan khususnya.Kata terbitan khususnya terdiri daripada kata dasar khusus. Apabila kata dasar khusus menerima imbuhan akhiran -nya, maka terhasillah kata terbitan khususnya.

37.KandungannyaKata dasarnya ialah kandungan. Kandungan ialah golongan kata nama sebelum berubah menjadi kata terbitan kandungannya.Kata terbitan kandungannya terdiri daripada kata dasar kandungan. Apabila kata dasar kandungan menerima imbuhan akhiran -nya, maka terhasillah kata terbitan kandungannya.

38.merakamkanKata dasarnya ialah rakamkan. Rakamkan ialah golongan kata kerja pasif sebelum berubah menjadi kata terbitan merakamkan, iaitu kata kerja transitif aktif.Kata terbitan merakamkan terdiri daripada kata dasar rakamkan. Apabila kata dasar rakamkan menerima imbuhan apitan me..kan, akan berubah menjadi kata terbitan merakamkan.

39.MembawaKata dasarnya ialah bawa. Bawa ialah golongan kata kerja asal sebelum berubah menjadi kata terbitan membawa, iaitu kata kerja transitif aktif.Kata terbitan membawa terdiri daripada kata dasar bawa. Apabila kata dasar bawa, iaitu huruf b sebagai huruf pertama pada kata dasar menerima imbuhan awalan me-, awalan me- akan berubah menjadi mem-. Seterusnya, kata membawa terbit.

40.BergunaKata dasarnya ialah guna. Guna ialah golongan kata kerja asal sebelum berubah menjadi kata terbitan berguna, iaitu kata kerja tak transitif.Kata terbitan berguna terdiri daripada kata dasar guna. Apabila kata dasar guna menerima imbuhan awalan ber-, maka akan berubah menjadi kata terbitan berguna.

41.DiteladaniKata dasarnya ialah teladan. Teladan ialah golongan kata nama sebelum berubah menjadi kata terbitan diteladani, iaitu golongan kata kerja pasif.Kata terbitan diteladani terdiri daripada kata dasar teladan. Apabila kata dasar teladan menerima imbuhan apitan di..i, akan berubah menjadi kata terbitan diteladani.

42.DiambilKata dasarnya ialah ambil. Ambil ialah golongan kata kerja asal sebelum berubah menjadi kata terbitan diambil, iaitu golongan kata kerja pasif.Kata terbitan diambil terdiri daripada kata dasar ambil. Apabila kata dasar ambil menerima imbuhan awalan di-, akan berubah menjadi kata terbitan diambil.

43.PengajaranKata dasarnya ialah ajaran. Ajaran ialah golongan kata nama sebelum berubah menjadi kata terbitan pengajaran.Kata terbitan pengajaran terdiri daripada kata dasar ajaran. Apabila kata dasar ajaran, iaitu huruf vokal a sebagai huruf pertama pada kata dasar menerima imbuhan apitan pe..an, awalan pe- akan berubah menjadi peng-. Seterusnya, kata pengajaran terbit.

44.MembacaKata dasarnya ialah baca. Baca ialah golongan kata kerja asal sebelum berubah menjadi kata terbitan membaca, iaitu kata kerja transitif aktif.Kata terbitan membaca terdiri daripada kata dasar baca. Apabila kata dasar baca, iaitu huruf b sebagai huruf pertama pada kata dasar menerima imbuhan awalan me-, awalan me- akan berubah menjadi mem-. Seterusnya, kata membaca terbit.

45.KaryanyaKata dasarnya ialah karya. Karya ialah golongan kata nama sebelum berubah menjadi kata terbitan karyanya.Kata terbitan karyanya terdiri daripada kata dasar karya. Apabila kata dasar karya menerima imbuhan akhiran -nya maka terhasillah kata terbitan karyanya.

46.MenampilkanKata dasarnya ialah tampil. Tampil ialah golongan kata kerja asal sebelum berubah menjadi kata terbitan menampilkan, iaitu kata kerja transitif aktif.Kata terbitan menampilkan terdiri daripada kata dasar tampil. Apabila kata dasar tampilkan, iaitu huruf t sebagai huruf pertama pada kata dasar menerima imbuhan apitan me..kan, huruf t akan berubah menjadi huruf n. Seterusnya, kata menampilkan terbit.

47.KebangsaanKata dasarnya ialah bangsa. Bangsa ialah golongan kata nama sebelum berubah menjadi kata terbitan kebangsaan.Kata terbitan kebangsaan terdiri daripada kata dasar bangsa. Apabila kata dasar bangsa menerima imbuhan apitan ke..an, maka terhasillah kata terbitan kebangsaan.

48.TerlibatKata dasarnya ialah libat. Libat ialah golongan kata kerja asal sebelum berubah menjadi kata kerja tak transitif dalam kata terbitan terlibat.Kata terbitan terlibat terdiri daripada kata dasar libat. Apabila kata dasar libat menerima imbuhan awalan ter, maka terhasillah kata terbitan terlibat.

49.MembicarakanKata dasarnya ialah bicara. Bicara ialah golongan kata kerja asal sebelum berubah menjadi kata terbitan membicarakan, iaitu kata kerja transitif aktif.Kata terbitan membicarakan terdiri daripada kata dasar bicara. Apabila kata dasar bicara, iaitu huruf b sebagai huruf pertama pada kata dasar menerima imbuhan apitan me..kan, awalan me- akan berubah menjadi mem-. Seterusnya, kata membicarakan terbit.

50.DijayakanKata dasarnya ialah jaya. Jaya ialah golongan kata adjektif sebelum berubah menjadi kata terbitan dijayakan, iaitu golongan kata kerja pasif.Kata terbitan dijayakan terdiri daripada kata dasar jaya. Apabila kata dasar jaya menerima imbuhan apitan di..kan, akan berubah menjadi kata terbitan dijayakan.

51.PenulisKata dasarnya ialah tulis. Tulis ialah golongan kata kerja sebelum berubah menjadi golongan kata nama dalam kata terbitan penulis.Kata terbitan penulis terdiri daripada kata dasar tulis. Apabila kata dasar tulis, iaitu huruf t sebagai huruf pertama pada kata dasar menerima imbuhan awalan pe, huruf t akan berubah menjadi huruf n. Seterusnya, kata terbitan penulis terhasil.

52.BerkongsiKata dasarnya ialah kongsi. Kongsi ialah golongan kata nama sebelum berubah menjadi kata terbitan berkongsi, iaitu golongan kata kerja tak transitif.Kata terbitan berkongsi terdiri daripada kata dasar kongsi. Apabila kata dasar kongsi menerima imbuhan awalan ber, maka akan berubah menjadi kata terbitan berkongsi.

53.PengalamanKata dasarnya ialah mengalami. Mengalami ialah golongan kata kerja transitif sebelum berubah menjadi golongan kata nama dalam kata terbitan pengalaman.Kata terbitan pengalaman terdiri daripada kata dasar mengalami. Apabila kata dasar mengalami menerima imbuhan apitan pe..an, awalan me- akan ditukar kepada awalan pe- dan ditambah akhiran an, maka terhasillah kata terbitan pengalaman.

54.Keistimewaan Kata dasarnya ialah istimewa. Istimewa ialah golongan kata adjektif sebelum berubah menjadi kata terbitan keistimewaan, iaitu golongan kata nama.Kata terbitan keistimewaan terdiri daripada kata dasar istimewa. Apabila kata dasar istimewa menerima imbuhan apitan ke..an, maka akan berubah menjadi kata terbitan keistimewaan.

55.panduanKata dasarnya ialah pandu. Pandu ialah golongan kata kerja asal sebelum berubah menjadi kata terbitan panduan, iaitu golongan kata nama.Kata terbitan panduan terdiri daripada kata dasar pandu. Apabila kata dasar pandu menerima imbuhan akhiran -an, akan berubah menjadi kata terbitan panduan.

4.0 Penulisan Refleksi Pada 10 Februari 2014 yang lalu, soalan tugasan kerja kursus bagi kursus BMM 3109, iaitu kursus Morfologi Bahasa Melayu telah diberikan oleh pensyarah pembimbing kami, iaitu Encik Mohd Yusoff Shamsuddin. Tugasan ini merupakan salah satu tugasan yang wajib dilaksanakan untuk melengkapkan keperluan dalam semester ini. Sewaktu mula mendapat soalan tugasan yang diberikan di dalam bilik kuliah pada tarikh tersebut, saya bersama rakan-rakan sekuliah yang dibimbing oleh pensyarah telah bersama-sama berbincang tentang kehendak tugasan ini. Dalam perbincangan tersebut, pensyarah memberikan huraian dan penjelasan satu persatu. Walaubagamanapun, terdapat sebahagian daripada tugasan ini yang agak mengelirukan saya. Mungkin disebabkan saya sendiri masih belum dapat menguasai sepenuhnya bidang ilmu ini oleh sebab masih pada peringkat untuk memahami pelajaran bidang ilmu ini. Namun demikian, kekeliruan ini bukanlah satu masalah besar oleh sebab saya sendiri dibimbing dengan banyak oleh pensyarah pembimbing yang cukup berpengetahuan tentang bidang ini. Setiap kali sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik kuliah, saya akan berusaha mengambil peluang dan ruang untuk bertanyakan beliau sendiri atau menerusi rakan-rakan. Malahan, saya berasa teruja untuk menyiapkan tugasan ini. Berasa terujalah saya oleh sebab kursus ini adalah antara kursus yang agak mencabar dan memerlukan penelitian yang rapi. Tambahan lagi, walaupun saya agak cepat dalam memahami sesuatu perkara yang diajarkan berkaitan bidang ini tetapi cepat pula saya tidak mengingati kembali. Namun demikian, saya mengambilnya sebagai satu cabaran yang pastinya dapat memberikan saya pengalaman dan pengetahuan baharu yang banyak sewaktu melaksanakan tugasan ini nanti. Oleh itu, selepas mendapat penjelasan lanjut daripada pensyarah, saya terus memulakan langkah awal dalam pelaksanaan tugasan ini. Salah satunya, setelah saya memahami sepenuhnya skop tugasan yang perlu dilaksanakan, saya mula mengunjungi pusat sumber Institut untuk mendapatkan bahan-bahan rujukan seperti buku-buku yang berkaitan. Selain itu, saya mula membuat carian internet berdasarkan skop dalam kehendak soalan tugasan. Saya berusaha terlebih dahulu membaca dan memahami buku-buku yang berkaitan untuk memudahkan pelaksanaan tugasan berikutnya. Namun demikian, sedikit kerancuan terjadi oleh sebab buku-buku bahasa yang ada mempunyai huraian dan pegangan yang berbeza. Contohnya, huraian dan pegangan yang terdapat dalam buku Tatabahasa Dewan ialah berbeza daripada buku- buku yang lain yang ditulis oleh pakar-pakar bahasa seperti Zaba, Asmah Omar, Asraf dan lain-lain. Kerancuan ini menyebabkan kekeliruan berlaku oleh sebab ketidakseragaman huraian dari segi ejaan, golongan kata dan tatabahasa. Walaupun kekeliruan berlaku tetapi saya tidak menjadikannya sebagai halangan sebaliknya saya banyak bertanyakan pensyarah pembimbing. Melihat kepada perkara ini, dapatlah saya membuat sedikit banyak punca mengapa kerancuan ini sendiri berlaku di sekolah dalam pengajaran bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana berpunca daripada huraian dan pegangan daripada buku-buku bahasa yang tidak menunjukkan keseragaman. Perkara ini pernah dibincangkan oleh Awang Sariyan (1994) yang mengatakan antara faktor yang menyebabkan kerancuan bahasa ialah fahaman terhadap buku yang berbeza huraian atau pegangan. Namun demikian, kesemua ini memberikan saya pengalaman dan pengetahuan baharu yang cukup banyak membantu saya untuk lebih memahami sedikit banyak mengenai bidang morfologi sekali gus membantu saya meningkatkan kefahaman dalam kursus ini. Di sinilah, saya dapat melihat kewajaran pelaksanaan tugasan kerja kursus oleh para pelajar dalam meningkatkan kefahaman kami sendiri selain memenuhi keperluan kursus ini. Apa yang pasti, pada awal pelaksanaan tugasan ini sendiri, saya berpeluang meneroka bidang ini dengan lebih baik menerusi kefahaman yang lebih baik daripada sebelumnya. Oleh itu, setelah saya memahami sedikit banyak mengenai kandungan dalam kursus ini, maka berbantukan bahan-bahan rujukan berserta penerangan pensyarah dalam bilik kuliah juga, saya mula melaksanakan tugasan ini secara berperingkat- peringkat. Saya cuba menyiapkan satu bahagian demi bahagian, iaitu bermula dari bahagian 1.0, 2.0 hinggalah bahagian 4.0. Dan setelah melalui pelbagai proses untuk menghasilkan tugasan ini, ternyata saya mendapat pengalaman dan pengetahuan baharu yang banyak terutamanya semasa melaksanakan tugasan bahagian 3.0, iaitu berkaitan penganalisisan penggunaan kata.Pengalaman dan pengetahuan baharu yang saya peroleh semasa melaksanakan tugasan kerja kursus projek ini ingin saya bahagikan kepada dua ulasan berdasarkan dua bahagian utama dalam tugasan ini, iaitu bahagian 2.0 yang berkehendakkan saya membuat huraian tentang proses pembentukan kata bahasa Melayu yang melibatkan proses pengimbuhan dan proses penggandaan kata nama, kata kerja, dan kata adjektif berserta dengan contoh yang relevan bagi setiap proses berkenaan. Menerusi pelaksanaan tugasan pada bahagian ini, saya berkesempatan untuk memanfaatkan ruang dan peluang ini bagi meningkatkan kefahaman saya dalam bidang linguistik morfologi ini. Semasa melaksanakan tugasan pada bahagian ini, terdapat pengetahuan baharu yang peroleh. Sebagai contohnya, hampir kesemua bahan daripada sumber yang saya peroleh hanya mengatakan bahawa proses pengimbuhan dalam bahasa Melayu melibatkan empat proses sahaja, iaitu imbuhan awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Namun demikian, dalam sebuah buku rujukan yang bertajuk Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu menyentuh mengenai lima imbuhan yang terlibat dalam proses pengimbuhan, iaitu penambahan satu imbuhan, iaitu awalan rangkap seperti memper-, diper-, dan teper- (Asraf, 2007: 57). Perkara ini memberikan saya satu contoh pengetahuan baharu tentang ilmu morfologi dalam proses imbuhan.Seterusnya, pengalaman dan pengetahuan baharu yang saya peroleh semasa melaksanakan tugasan kerja kursus projek ini, adalah semasa saya melaksanakan tugasan pada bahagian 3.0 yang berkehendakkan saya membuat penganalisisan penggunaan kata. Untuk memenuhi keperluan tugasan pada bahagian ini, sebuah artikel daripada majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka telah saya pilih. Penelitian penggunaan kata terbitan dalam artikel yang dipilih dan penjelasan golongan kata bagi kata dasar dalam perkataan tersebut berserta proses pengimbuhan yang berlaku merupakan fokus penting dalam pelaksanaan tugasan berikutnya ini. Saya akui semasa awal mendapat tugasan ini, saya melihat bahawa tugasan ini tidaklah sesukar mana. Dengan berbekalkan bahan-bahan rujukan yang ada, saya memulakan pelaksanaannya. Dan ternyata gambaran awal saya agak melencong. Hal ini adalah kerana saya mengalami masalah di mana saya tidak dapat mengenal pasti kata dasar dalam kata terbitan yang ada. Kekeliruan juga semakin bertambah apabila saya merujuk kepada banyak buku yang memberikan huraian yang berbeza. Jadi, saya mengambil inisiatif untuk bertanyakan pensyarah pembimbing dan pensyarah bahasa yang lain jika berkesempatan. Dengan huraian dan penjelasan daripada pensyarah, dapatlah juga saya melaksanakan tugasan ini. Begitu juga semasa menganalisis kata dalam proses pengimbuhan yang berlaku, iaitu apakah yang berlaku semasa proses penghasilan kata terbitan daripada kata dasar. Sebagai contohnya, kata terbitan penulis. Hasil daripada pemahaman, saya menjelaskan bahawa kata terbitan penulis terdiri daripada kata dasar tulis. Apabila kata dasar tulis, iaitu huruf t sebagai huruf pertama pada kata dasar menerima imbuhan awalan pe, huruf t akan berubah menjadi huruf n. Seterusnya, kata terbitan penulis terhasil. Pengetahuan baharunya di sinilah, saya bukan sekadar mengetahui jenis imbuhan yang diterima oleh kata dasar tersebut, tetapi juga mengetahui mengenai sebarang perubahan huruf- huruf tertentu apabila menerima apa-apa jenis imbuhan. Ditambah lagi saya seorang yang mudah keliru dengan imbuhan yang berawalan me- yang dapat berubah bentuknya menjadi mem-, atau men-, atau meng-, atau menge- menurut apa huruf pertama pada kata dasar yang dimbuhinya. Dan tindakan saya untuk mengatasi masalah ini adalah dengan sentiasa membuat latihan kata dengan merujuk buku yang dicadangkan agar fahaman saya tidak mudah rancu. Dan seandainya masih wujud kekeliruan, saya akan memanjangkan kerancuan ini kepada pensyarah yang lebih pakar. Ternyata kesemua pengalaman yang saya lalui sepanjang proses melaksanakan tugasan ini memberikan pengetahuan baharu yang banyak kepada saya. Malahan, saya berasa teruja oleh sebab berpeluang untuk melihat sejauh manakah pemahaman dan penguasaan saya terhadap segala ilmu yang dipelajari sama ada secara langsung di bilik kuliah atau diperoleh daripada sumber- sumber lain seperti buku dan carian internet semasa melaksanakan tugasan ini. Di sini juga, saya menyedari bahawa untuk menjelmakan keseluruhan bidang morfologi ini semasa menyiapkan tugasan bukanlah perkara yang mudah. Tetapi tidaklah sesukar mana apabila penggunaannya difahami dengan telitinya. Dan paling penting saya mendapat pengalaman yang cukup berharga. Pengalaman dan pengetahuan inilah yang akan saya bawa apabila mengalas peranan sebagai bakal guru bahasa Melayu di sekolah rendah demi merealisasikan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu (MBM) dan meningkatkan tahap penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid.Memartabatkan Bahasa Melayu bermaksud meletakkan Bahasa Melayu pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Tujuan utamanya ialah kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia. Dan dalam usaha mempertingkatkan dan memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu hingga ke peringkat global sekali pun, pihak sekolah terlebih dahulu memainkan peranan penting dalam menyahut cabaran ini (Awang Sariyan, 2012: 15). Oleh itu, guru merupakan pemangkin utama dalam melonjakkan Bahasa Melayu. Aspek tatabahasa itu merupakan tonggak ke arah pembinaan dan penggunaan bahasa yang standard. Nik Safiah Karim (1980: 45) menyatakan kesalahan bahasa sebagai penggunaan bahasa yang melanggar peraturan bahasa yang telah dipersetujui sama ada di peringkat sebutan, pilihan kata, susunan frasa atau ayat. Kesalahan tatabahasa harus dikesan dan dibetulkan secara murni.Maka, guru wajarlah memperkasakan diri dengan ilmu ini bagi menjayakan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekali gus untuk merealisasikan hasrat ini demi meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid. Persoalannya, bagaimanakah pengalaman dan pengetahuan yang saya peroleh ini dapat dihubungkaitkan dengan peranan saya sebagai bakal guru bahasa Melayu di sekolah rendah kelak?Secara amnya, banyak kepentingan untuk kita memahami disiplin morfologi dan proses-prosesnya yang mencakupi empat disiplin, iaitu pengimbuhan, pemajmukan, penggandaan, dan pengakroniman (Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, dan Abdul Hamid Mahmood, 2008). Selain dapat memastikan penggunaan bahasa yang lebih berkesan dan cekap, disiplin morfologi ini merupakan tunjang utama dalam Linguistik Tulen yang terdiri daripada fonologi, morfologi, sintaksis, dan semantik (Abdullah Hassan, 24 Mac 2009). Tanpa pengetahuan tentang morfologi, adalah sukar untuk menghuraikan bahasa dengan mendalam dan terperinci, malah kebanyakan permasalahan bahasa yang berlaku dalam kalangan masyarakat, terutamanya warga pendidik dan pelajar adalah berkaitan dengan hal morfologi dan sintaksis. Di sini kita dapat lihat bahawa pentingya seorang guru bahasa Melayu dalam menguasai bidang ilmu ini yang tidak sahaja berfokuskan kepada pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu bahkan juga meliputi kepentingan yang lebih meluas, iaitu untuk mewariskan bahasa itu sendiri menerusi pengetahuan dan penggunaan yang tepat.Sebelum itu, saya ingin memetik kata-kata daripada dapatan jurnal Loeb, S., Miller, L., dan Strunk, K. (2009: 19) yang bertajuk, The State Role in Teacher Professional Development and Education throughout Teacher, yang mengatakan bahawa seorang guru yang profesional ialah guru yang mengetahui segala perkara yang diajarnya. Tambahan lagi, keupayaan guru mempengaruhi keupayaan murid. Ini bermaksud bahawa seorang guru perlulah melengkapkan dirinya terlebih dahulu dengan kefahaman ilmu morfologi yang diajarkannya. Hal ini kerana guru bahasa Melayu ialah model pengguna bahasa itu sendiri. Jika guru dapat menunjukkan penggunaan bahasa Melayu yang tepat, maka murid akan beroleh hasil yang sama (Abdullah Hassan, 2009: 45). Robert Lado (1980: 12), ada menegaskan, "kalau hendak menjadi guru bahasa, maka kebolehan bercakap dalam bahasa itu sahaja tidak mencukupi. Penutur bahasa itu sekalipun tidak dapat memandu pelajar melainkan dia dapat mengasing-asingkan dan menunjukkan pelbagai-bagai unsur dalam bahasa tersebut. Dia mestilah mengetahui deskripsi bahasa tersebut dan mengetahui fakta-fakta linguistik mengenai bahasa itu supaya pelajar mengetahui masalah mereka dalam mempelajari bahasa matlamat mereka." Apa yang ditekankan di sini adalah kebolehan bercakap dalam bahasa Melayu sahaja tidak mencukupi tanpa menguasai ilmu yang membentuk bahasa itu sendiri. Sebagai contohnya, bagaimana jika terdapat guru yang diri sendiri kurang ilmu tentang morfologi untuk mengajarkan bidang ilmu ini. Pastinya guru tersebut tidak akan dapat memberikan penerangan tepat mengenai sesuatu perkara apabila terdapatnya sebarang kekeliruan. Kesannya, pelbagai jangkaan masalah lanjutan akan berlaku. Antaranya, murid akan sering melakukan kesilapan yang sama berulangkali kerana mereka kurang memahami apa yang diterangkan oleh guru mereka. Apabila guru gagal menyampaikan pengajarannya, maka itu bukanlah suatu pengajaran yang berkesan. Perkara ini semua adalah penting dititikberatkan kerana ia mendorong ke arah penggunaan bahasa Melayu yang betul. Bukankah kita ingin melahirkan pengguna bahasa Melayu yang menggunakan bahasa ilmu untuk menaikkan martabat bahasa ini di bumi gemilang ini? Jadi, inilah saluran tepatnya, iaitu saya menggunakan semua pengalaman dan pengetahuan yang ada untuk membantu peranan profesion saya pada masa akan datang dengan sebaiknya. Saya yakin bahawa jika segalanya diaplikasikan dengan baik, pastinya hasrat untuk memartabakan bahasa Melayu akan dapat akan tercapai dengan murid turut mendapat manfaatnya.Dan menjadi tugas sayalah dalam meneruskan pencapaian ini, iaitu sebagai bakal guru bahasa Melayu yang dapat menggunakan kesemua pengalaman dan pengetahuan dalam bidang morfologi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu yang berkesan. Hal ini demikian kerana saya merupakan pengajar, pelatih, dan pendidik bahasa yang harus mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang mantap terhadap bahasa yang akan diajarkan. Yang menjadikan sesuatu bahasa itu bermakna apabila bidang tatabahasa digunakan secara tepat. Apatah lagi morfologi adalah salah satu bidang tatabahasa yang berkaitan pembentukan kata bahasa Melayu yang menjadi asas utama bagi pemahaman terhadap sistem bahasa Melayu baku pada keseluruhannya. Oleh itu, pengetahuan dan kefahaman mengenai bidang ilmu ini kepada bakal guru bahasa Melayu seperti saya sangat penting kerana secara jelasnya bidang ini adalah berhubung dengan bagaimana hendak membentuk kata dengan rumus tatabahasa yang betul. Tanpa pengetahuan yang mantap tentang morfologi, bagaimanakah guru-guru bahasa dapat mengajarkan sesuatu bahasa dengan cemerlang? Berdasarkan persoalan ini, jelas menunjukkan betapa pentingnya pengetahuan bidang ilmu ini kepada guru-guru bahasa Melayu kerana pengetahuan dan kefahaman tersebut sendiri diaplikasikan dalam pengajaran bahasa Melayu. Menurut Nor Hashimah Jalaluddin & Julaina Nopiah (2003) dalam Jurnal Bahasa yang bertajuk, Penguasaan Tatabahasa Remaja Malaysia: Analisis Pragmatik yang mengatakan bahawa keupayaan seseorang guru mempengaruhi keupayaan muridnya. Ia samalah dengan konsep bahawa jika guru bahasa Melayu sendiri gagal atau kurang memahami bidang yang diajarkannya, bagaimana pula kesannya terhadap penguasaan bahasa Melayu anak muridnya? Sedangkan guru bahasa itu adalah mewakili pengguna bahasa Melayu sekali gus pembawa bahasa Melayu kepada generasi berikutnya? Jika guru sendiri pincang ilmunya, bagaimanakah hasrat untuk merealisasikan dasar memartabatkan bahasa Melayu akan tercapai?Sememangnya, pengalaman dan pengetahuan dalam bidang bahasa ini memberikan manfaat manfaat yang banyak dalam pengajaran bahasa Melayu. Oleh itu, perlunya penguasaan ilmu ini bagi bakal guru bahasa Melayu seperti saya supaya kelak saya dapat mengajarkan murid yang mampu menguasai sesuatu pembelajaran, bukan sekadar belajar untuk peperiksaan tetapi kefahaman terhadap bagaimana sesuatu bahasa terbentuk dan digunakan dalam kehidupan seharian. Ini penting bagi membentuk pengguna bahasa Melayu yang cekap berbahasa kerana bahasa ini digunakan sebagai bahasa ilmu. Dalam pengajaran dan pembelajaran sendiri, apabila guru cukup terlatih dengan ilmu yang diajarnya, maka proses pembelajaran dan pembelajaran akan menjadi lancar. Selain itu, masalah kerancuan bahasa juga akan dapat dielakkan (Awang Sariyan, 2012). Malahan, dengan penguasaan ilmu ini, guru juga dapat mengenal pasti kesalahan dan penggunaan bentuk kata dalam bahasa serta membetulkan kesalahan yang dilakukan murid tanpa ragu-ragu. Ini sekali gus dapat membentuk guru bahasa Melayu yang mampu merealisasikan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan seterusnya membantu untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid. Dan sebagai penutup refleksi sekali gus menjadi rumusan keseluruhan tugasan kerja kursus ini, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada pensyarah pembimbing kerana banyak membantu saya dan rakan-rakan yang lain dalam melaksanakan tugasan ini. Tanpa penerangan dan tunjuk ajar daripada pensyarah, rasanya tentu banyak kesulitan yang akan saya hadapi. Dan saya sendiri setelah sehabis daya berusaha menyiapkan tugasan ini, akhirnya saya berjaya juga menyiapkan tugasan ini mengikut peruntukan masa yang ditetapkan. Paling penting, saya bukan sekadar gembira kerana berjaya menyiapkan tugasan ini, bahkan saya memperoleh kejayaan yang lebih besar dan bermakna daripada itu, iaitu pengalaman dan pengetahuan baharu. Bagi saya, sepanjang proses dalam menyiapkan tugasan ini cukup membantu memberikan saya satu pengalaman yang cukup bermakna. Mengakhiri refleksi ini, semoga semua ilmu yang diperoleh ini akan saya manfaatkan sebaik mungkin apabila diaplikasikannya di sekolah apabila bergelar pendidik kelak.

BibliografiAbdullah Hassan. (2006). Morfologi: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.Abdullah Hassan. (2008). Tatabahasa Pedagogi untuk Sekolah Menengah. Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.Abdullah Hassan. (2009). Mengapa Kami Bantah Edisi Kedua. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.Abdullah Hassan. (24 Mac 2009). Linguistik untuk Guru Bahasa. Diperoleh pada 15 Ogos 2013. Daripada:http://koleksikertaskerja1.blogspot.com/2009/03/6-linguistik-untuk-guru-bahasa_24.htmlAsraf. ( 2007). Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu. Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.Awang Sariyan. (1994). Ceritera Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Awang Sariyan. (2012). Bahasa Melayu: Bahasa Antarabangsa dan Upaya Pengantarabangsaannya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Awang Sariyan. (2012). Penterjemahan Memperkasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu. Diperoleh pada: 25 Februari 2014. Daripada: http://dwnbahasa.dbp.my/?p=1251Dewan Bahasa dan Pustaka. (2008 - 2014). Laman Carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Daripada: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=morfologiDiarani Mat Adam. ( Jun 2012). Melestarikan Terbitan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Kamus Dewan Edisi Keempat . (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Kamus Pelajar Edisi Kedua. (2008). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Lado, Robert. (1980). Mengajar Bahasa Suatu Pendekatan Saintifik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Loeb, S., Miller, L., & Strunk, K. (2009). The State Role in Teacher Professional Development and Education throughout Teachers. Education Finance and Policy, 4(2), 212-228. Meor Mohd. Aiyub Meor Zakaria. ( 2002). Ilmu Linguistik dan Pengajaran Bahasa. Dimuat turun pada 20 Ogos 2013, daripada http://www.oocities.org/athens/atlantis/4917/ling1.htmlNik Safiah Karim. (1980). Bahasa Melayu, Teori dan Aplikasinya. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise dan Persatuan Linguistik Malaysia.Nik Safiah Karim et.al (1996). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Nik Safiah Karim. (1996). Pendahuluan dalam Unsur Bahasa Asing dalam Bahasa Melayu: Siri Monografi Sejarah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, dan Abdul Hamid Mahmood. (2008). Tatabahasa Dewan ed. Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Norhairie Nordin. Mari Berbahasa Sebaiknya. Diperoleh pada: 25 Februari 2014. Daripada: http://hairiebmtutor.wordpress.com/sudut-pmr/memartabatkan-bahasa/Nor Hashimah Jalaluddin & Julaina Nopiah. (2003). Penguasaan Tatabahasa Remaja Malaysia: Analisis Pragmatik. Jurnal Bahasa, 5(3), 65-72.Siti Hajar Abdul Aziz. (2008). Bahasa Melayu 1.Siri Pendidikan Guru. Kuala Lumpur. Oxford Fajar Sdn. Bhd

Lampiran

KERJA KURSUS BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 23