haszarifah sintaksis bml3063 .docx

63
PPGPJJ SEMESTER 2 2013 / 2014 BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU DISEDIAKAN OLEH : NAMA HASZARIFAH BINTI ISMAIL NO. ID D20112052442 NO. TELEFON 0127096431 PUSAT PEMBELAJARAN: GROUP UPSI04 ( A132PJJ ) TAJUK TUGASAN : ANALISIS AYAT BAHASA MELAYU CERPEN : SANG SUTRADARA

Upload: hazarifah

Post on 02-Oct-2015

263 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

PPGPJJ SEMESTER 2 2013 / 2014BML 3063SINTAKSIS BAHASA MELAYUTAJUK TUGASAN : ANALISIS AYAT BAHASA MELAYUCERPEN : SANG SUTRADARA

DISEDIAKAN OLEH :NAMAHASZARIFAH BINTI ISMAILNO. IDD20112052442NO. TELEFON0127096431

PUSAT PEMBELAJARAN: GROUP UPSI04 ( A132PJJ )NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. IDRIS B. MOHD RADZI TARIKH SERAH: 26 APRIL 2014

1.0 PENDAHULUAN Bidang Sintaksis merupakan satu cabang ilmu bahasa yang tugasnya mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga rumus-rumus yang menerbitkan ayat-ayat gramatis sesuatu bahasa serta hukum-hukum tentang susunan kata yang menyebabkan terjadinya ayat sebagai sesuatu bentuk binaan bahasa yang sempurna. Oleh itu dari segi ilmu linguistik, ayat dikatakan terbina daripada klausa dan klausa ini terbina daripada beberapa frasa. Frasa pula merupakan unsur yang terbentuk daripada perkataan. Oleh itu, dalam konstruksi ayat, terdapat hierarki yang menjelaskan ayat sebagai binaan bahasa yang terlengkap dan terletak pada kedudukan yang paling tinggi dalam hierarki bahasa. Manakala perkataan terletak pada kedudukan yang paling bawah. Tugasan ini bertujuan untuk menganalisis jenis binaan ayat yang terdapat di dalam teks. Aspek analisis sintaksis dilaksanakan dengan melihat unsur-unsursintaksis berpadu yang menjadi frasadan ayat.Malah binaan sintaksis dianalisis dengan melihat bagaimana pola-pola sintaksis dikembangkan bersama fungsinya.2.0 TujuanTujuan analisis ini ialah : i. Menganalisis jenis binaan ayat tunggal dan ayat majmuk. ii. Membuat perbandingan antara ayat tunggal dan ayat majmuk dan subjenis masing-masing.3.0 Bidang Bidang kajian ini melibatkan aspek analisis sintaksis, iaitu jenis binaan ayat tunggal dan ayat majmuk serta subjenis masing-masing. 4.0 BahanBahan kajian ini diambil daripada Utusan Online, ARKIB:24/03/2013 dengan tajuk dan :Sang Sutradara. Oleh Adam Mustakim dan alamat artikel penuh : http://www.utusan.com.my/utusan/Sastera/20140331/sa_01/Sang-Sutradara#ixzz2ydPc17l5 Utusan Melayu (M) Bhd. Khalayaknya pembaca yang tahu berbahasa Melayu.5.0 Kaedah Bahan kajian untuk menganalisis ayat tunggal dan ayat majmuk diambil daripada Utusan Online. Ayat yang telah dianalisis sepenuhnya dalam Lampiran 1. Analisis ini melibatkan empat buah jadual iaitu :- Jadual ayat tunggal dan ayat majmuk. Jadual analisis ayat tunggal. Jadual analisis ayat majmuk. Jadual jenis-jenis ayat.Perincian jenis dan subjenis serta peratusan masing-masing dilakukan.6.0 Konsep 6.1 Ayat Ayat ialah suatu bentuk bahasa yang terjadi dengan adanya sekumpulan kata yang tersusun dalam dua bahagian iaitu subjek dan predikat. Jumlah ayat tidak terbatas namun semua ini terbahagi kepada dua golongan sahaja iaitu ayat inti dan ayat tranformasi. Konklusinya, ayat merupakan inti asas sintaksis, menjadi bahagian terkecil daripada bahasa yang digunakan untuk menyampaikan suatu fikiran yang lengkap dan penting. Ayat perlulah terbina daripada konstituen subjek dan konstituen predikat. Subjek ayat terdiri daripada frasa nama. Predikat ayat boleh diwakili oleh frasa nama,frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama. Ayat mempunyai dua bentuk susunan iaitu susunan biasa dan susunan songsang. Dari segi ragam, ayat bahasa Melayu terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. Dari segi jenisnya pula, ayat terdiri daripada ayat penyata, ayat perintah, ayat tanya dan ayat seru. 6.2 Ayat Dasar Ayat dasar atau dikenali juga sebagai ayat inti merupakan asas dalam pembentukan ayat bagi sesuatu bahasa. Sebagai ayat yang paling asas, ayat ini tidak mempunyai sebarang unsur keterangan di dalamnya. Hal ini bererti ayat dasar hanya terdiri daripada unsur wajib, iaitu tiada unsur-unsur tambahan pada subjek dan predikat yang membinanya (Ahmad Khair Mohd. Nor, 2003). Dalam sesuatu bahasa, pola bagi ayat dasar ini dapat dikesan menerusi gabungan klausa (subjek dan predikat) yang membina ayat tersebut. Menurut Nik Safiah Karim (2008), terdapat empat pola ayat dasar dalam bahasa Melayu berdasarkan unsur yang mengisi gatra subjek dan gatra predikatnya. Pola-pola tersebut ditunjukkan seperti berikut: Ayat Dasar:1. FN + FN 2. FN + FK 3. FN + FA 4. FN + FSFN : Frasa Nama FK : Frasa Kerja FA : Frasa Adjektif FS : Frasa Sendi Nama

Ini menjelaskan bahawa kesemua subjek dalam ayat dasar diisi oleh frasa nama, manakala predikat diisi oleh frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Disebabkan terdapat empat unsur berbeza yang boleh mengisi gatra predikat, maka bahasa Melayu mempunyai empat pola ayat dasar. Contoh: AYAT DASAR

SUBJEKPREDIKAT

1Amin peniaga.

2.Pokok itu tumbang.

3.Kereta itulaju.

4.Sumbangan ituuntuk pesakit.

Berdasarkan kepada contoh ini, ayat dasar merupakan ayat yang paling asas dan paling ringkas. Sebagai ayat dasar, ayat ini tidak boleh mengalami sebarang proses transformasi seperti perluasan pada bahagian subjek atau bahagian predikatnya, tidak boleh digugurkan bahagian-bahagian ayatnya, tidak boleh mengandungi lebih daripada satu klausa dan tidak boleh diubah susunan subjek dan predikatnya.6.3 Ayat Tunggal Ciri-ciri yang terdapat pada ayat dan dan ayat tunggal menyebabkan kedua-dua bentuk ayat ini sukar untuk dibezakan. Dari segi klausa, ayat tunggal mempunyai ciri yang sama seperti ayat dasar itu terdiri daripada satu klausa, iaitu satu subjek dan satu predikat. Bagaimanapun, berbanding dengan ayat dasar, ayat tunggal boleh diperluaskan dengan menambah unsur keterangan pada bahagian subjek atau predikat ayatnya. Di samping itu, ayat tunggal juga boleh diubah susunannya sama ada subjek mendahului predikat atau predikat mendahului subjek. Contoh :AYAT TUNGGAL

SUBJEKPREDIKAT

1.Aminpeniaga di pasar.

2.Pokok di tepi surautumbang pagi semalam.

3.Kereta Kancil itusangat laju

4.Sumbangan daripada badan ituuntuk pesakit hospital.

Berdasarkan contoh ini, dapat disimpulkan bahawa ayat tunggal terbit daripada ayat dasar. Persamaan antara kedua-duanya adalah ayat dasar dan ayat tunggal memiliki satu klausa, iaitu satu subjek dan satu predikat. Bagaimanapun ayat tunggal tidak lagi merupakan ayat dasar apabila ayat ini memuatkan unsur keterangan atau mengubah susunan subjek dan predikatnya. Oleh itu, tidak semua ayat tunggal tergolong ke dalam ayat dasar, tetapi semua ayat dasar ialah ayat tunggal. Kesimpulannya, ayat dasar menyamai ayat tunggal apabila ayat tersebut terbina daripada satu klausa, iaitu satu subjek dan satu predikat; ayat tersebut hanya terdiri daripada frasa inti, iaitu tiada unsur keterangan; dan ayat tersebut tidak mengalami perubahan dari segi susunannya, iaitu subjek perlu mendahului predikat.6.4 Ayat Majmuk Ayat majmuk merupakan ayat yang terdiri daripada beberapa ayat tunggal yang digabungkan dengan cara tertentu sehingga menghasilkan ayat baharu. Umumnya, salah satu ciri atau penanda ayat majmuk ialah kehadiran kata hubung kerana terdapat klausa atau ayat dihubungkan dengan kata hubung pada awal salah satu klausa atau ayat. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, ayat tunggal ialah ayat yang terdiri daripada satu klausa, iaitu satu subjek dan satu predikat. Oleh itu, ayat majmuk ialah ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua klausa, iaitu satu subjek dengan beberapa predikat atau beberapa subjek dengan satu predikat atau beberapa subjek dengan beberapa predikat. Kesimpulannya, ayat majmuk juga dapat didefinisikan sebagai ayat yang terhasil daripada proses peluasan. Proses peluasan bermaksud penambahan unsur tertentu dalam ayat asal, yang menyebabkan ayat itu mengalami pertambahan maklumat. Peluasan atau pertambahan maklumat itu terjadi dengan penggunaan kata hubung. Menurut Nik Safiah Karim (2008), ayat majmuk dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu : i. ayat majmuk gabungan ii. ayat majmuk pancangan iii. ayat majmuk campuran. 6.4.1 Ayat Majmuk Gabungan Ayat majmuk gabungan terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti sambil, dan, atau, tetapi, walaupun dan sebagainya. Contoh ayat:i. Murid-murid makan dan minumii. Ahmad kurus tetapi adiknya gemuk.Ayat-ayat yang disambungkan itu setara sifatnya iaitu ayat-ayat itu sama taraf dan boleh berdiri sendiri. Hubungan antara ayat-ayat di atas wujud kerana ia disusun berurutan dan digabung dengan kata hubung. Ayat-ayat ini boleh juga disambungkan tanpa kata hubung. Dalam situasi begini, nada suara berfungsi sebagai penanda iaitu disuarakan sebagai deretan pernyataan. 6.4.2 Ayat Majmuk PancanganAyat majmuk pancangan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara. Ini bermakna dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa tak bebas atau ayat kecil. Ayat kecil dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubungan seperti yang, bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya. Dalam bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iatu ayat relatif, ayat komplemen, dan ayat keterangan. Terdapat tiga jenis ayat pancangan iaitu :-i. Ayat majmuk pancangan relatif ditandai dengan perkataan yang (Nik Safiah Karim et al. 2008). Ayat relatif ini terbentuk apabila terdapat klausa yang menerangkan kata nama sama ada kata nama tersebut berfungsi sebagai subjek, predikat, objek atau keterangan ayat (Abdullah Hassan, 2008). Oleh itu, sesuatu kata nama yang diterangkan itu akan digantikan dengan perkataan yang. Contoh: a. Bilik yang kosong itu saya sapu. b. Budak yang nakal itu adik sepupu saya.ii. Ayat majmuk pancangan komplemen terdiri daripada klausa komplemen dan klausa ini dipancangkan kepada klausa utama untuk melengkapkan klausa tersebut (Abdullah Hassan, 2008). Ayat majmuk ini dibentuk dengan menggunakan kata komplemen untuk menandakan hubungan antara klausa utama dan klausa komplemen. Dua kata komplemen dalam bahasa Melayu yang digunakan ialah bahawa dan untuk. Kata hubung komplemen bahawa boleh hadir dalam bahagian subjek atau predikat ayat, manakala kata hubung komplemen untuk hanya boleh hadir pada bahagian subjek sahaja (Nik Safiah Karim et al. 2008). Contoh: a. Dia sedar bahawa kedua-dua orang tuanya amat susah. b. Ibu menyatakan bahawa Taufik akan pulang ke kampung minggu hadapan. Ayat di atas merupakan ayat komplemen kerana klausa utama / ayat induk merupakan klausa yang tidak lengkap dan dengan itu memerlukan ayat kecil untuk melengkapkan klausa utama / ayat induk tersebut. Bagi menghubungkan ayat induk dengan ayat kecil ini kata hubung komplemen bahawa dan untuk digunakan. Terdapat tiga jenis ayat komplemen iaitu ayat komplemen frasa nama, ayat komplemen frasa kerja dan ayat komplemen frasa adjektif.iii. Ayat majmuk pancangan keterangan terdiri daripada satu ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil yang dipancangkan ke dalam ayat induk. Ayat kecil ini lazimnya berfungsi sebagai keterangan kepada predikat. Predikat yang lazimnya terdiri daripada frasa kerja ini akan diberikan huraian lanjut oleh ayat kecil atau oleh klausa keterangan. Antara ayat induk dengan ayat kecil terdapat kata hubung keterangan yang berfungsi untuk menjalinkan kedua-dua ayat ini bagi membentuk ayat majmuk pancangan keterangan. Contoh: a. Saya tidak bertemu dengan Funada semasa beliau berkunjung ke Malaysia. b. Aminah berdoa agar kehidupan rumah tangganya bersama Rahman sentiasa bahagia.Dalam contoh di atas, ayat kecil lazimnya menjelaskan dengan lebih lanjut predikat ayat induk. Contoh ayat a dan b misalnya menunjukkan bahawa predikat bertemu dan berdoa diberikan huraian lanjut oleh ayat kecil yang dipancangkan ke dalam ayat induk. Menurut Nik Safiah Karim et al. (2008), terdapat sembilan jenis ayat majmuk keterangan, iaitu penjenisan ini bergantung kepada jenis keterangan. Jadual di bawah menunjukkan kesembilan jenis kata keterangan yang terdapat dalam bahasa Melayu.Kata KeteranganContoh

musababkerana,lantaran,oleh sebab

Akibathingga, sehingga

Syaratsekiranya, andaikata, jika, jikalau, dan kalau

Waktusejak, setelah, sewaktu, tatkala dan ketika

Pertentanganbiarpun, walaupun, meskipun, kendatipun,sekalipun,sedangkan

Harapansupaya, agar, semoga, moga-moga, dan kalau-kalau

CaraDengan

Tujuanuntuk, demi, bagi

perbandinganseperti, macam, seolah-olah, seakan-akan, bagai, ibarat

6.4.3 Ayat majmuk campuran Ayat majmuk campuran ialah ayat yang terdiri daripada satu jenis ayat, iaitu ayat majmuk ini boleh terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan beberapa jenis ayat majmuk (Nik Safiah Karim et al., 2008). Menurut Ahmad Khair Mohd Nor (2003), ayat majmuk campuran terjadi apabila terdapat sekurang-kurangnya tiga klausa yang dijalinkan bersama-sama yang melibatkan campuran antara ayat majmuk setara dengan ayat majmuk tidak setara. Contoh: Kami sedang bermesyuarat, manakala arkitek sedang menyiapkan pelan ketika [ Klausa 1] [ Klausa 2] ketua pengarah datang melawat. [ Klausa 3] Berdasarkan kepada contoh ayat di atas, hubungan klausa 1 dan klausa 2 adalah setara, manakala hubungan antara klausa 1 dan klausa 2 dengan klausa 3 adalah tidak setara. Oleh itu kalau klausa 1 dan klausa 2 menjadi klausa utama (ayat induk), manakala klausa 3 menjadi ayat kecil atau klausa bukan utama yang dipancangkan kepada ayat induk.6.5 JENIS-JENIS AYATAyat dalam bahasa Melayu boleh dibahagi kepada empat jenis seperti berikut:( i ) Ayat Penyata( ii ) Ayat Tanya( iii ) Ayat Perintah( iv ) Ayat Seruani. Ayat PenyataMerupakan ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan. Ayat ini mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu perkara. Ia disebut juga sebagai ayat keterangan. Contohnya: Ali jurutera / Pesalah itu dipenjarakan.ii. Ayat TanyaAyat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu perkara. Ayat Tanya ini menekankan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu.terbahagi kepada dua iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan unsur kata tanya. iii. Ayat PerintahAyat perintah merupakan ayat yang digunakan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak,kamu dan engkau.Ayat perintah terbahagi kepada empat jenis iaitu ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan dan ayat permintaan.iv. Ayat SeruanAyat seruan digunakan untuk menyatakan perasaan yang kuat, seperti rasa kagum, marah, sakit atau rasa hairan dan sebagainya. Seruan biasanya ditandai oleh intonasi seruan dan dalam tulisan, intonasi seruan ditandai oleh tanda seru (!) yang biasanya terletak di akhir ayat. Ayat seruan selalu didahului oleh kata seru seperti eh, cis, wah, nah, aduh, amboi dan sebagainya bergantung pada seruan yang hendak dizahirkan. Ayat jenis ini biasanya pendek dan ringkas. Contohnya: a. Alangkah cantiknya! b. Aduh, sakitnya!

7.0 Analisis Cerpen yang dianalisis bertajuk Sang Sutradara. Terdapat empat aspek yang dianalisis iaitu Jadual Analisis Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk, Jadual Analisis Ayat Tunggal, Jadual Analisis Ayat Majmuk dan Jadual Analisis Jenis Ayat. Semua dapatan dinyatakan dalam Lampiran 1. Seperti yang ditunjukkan pada Jadual Analisis Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk di Lampiran 1, terdapat 9 (18%) ayat tunggal yang telah digunakan oleh pengarang dalam cerpen pendek ini. Manakala terdapat 41 (82% ) ayat majmuk dikenalpasti. Ini bermakna, pengarang telah menggunakan ayat majmuk secara khususnya dalam cerpen pendek beliau.

Antara contoh ayat tunggal ialah: 1. Tidak perlu berpuluh ribu ringgit.2. Paradoks.3. Sangat paradoks.4. Tepatnya berjalan ke hulu ke hilir melintas kamera.

Manakala contoh bagi ayat majmuk pula ialah: 1. Aku sedang melangkah ke atas permaidani merah, menuju ke ruang dewan yang dihias indah sewaktu percikan lampu kamera membuatkan mataku berpinar-pinar. 2. Di hadapan kelihatan seorang aktor baru yang berjalan dengan gaya mendada, bagaikan lagak orang yang berasakan dirinya terkenal.3. Menurut hematku, dia bukanlah terkenal dengan kehebatan lakonan, tetapi hebat oleh kontroversi skandal dengan seorang aktres.4. Di belakangku pula seorang aktres baru, memakai baju yang dilaporkan akhbar bernilai hampir RM10,000.

Berikut merupakan graf Jadual Analisis Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk.

Berdasakan Jadual Analisis Ayat Tunggal, hanya sedikit ayat tunggal digunakan untuk menghasilkan cerpen pendek ini. Contoh ayat tunggal yang terdapat dalam cerpen pendek ini ialah :-Ayat Tunggal Frasa Nama + Frasa Nama [ FN + FN ] berjumlah 2 (22.22%). Antara contoh ayat ialah: 1. Tidak perlu berpuluh ribu ringgit.2. Dengan kebodohan merekalah aku terus hidup sebagai sutradara.

Ayat Tunggal Frasa Nama + Frasa Kerja [ FN + FK ] berjumlah 5 (55.56%). Antaranya contoh ayat ialah: 1. Tepatnya berjalan ke hulu ke hilir melintas kamera.2. Bercakap macam burung kakak tua.3. Saya tak mahu mempersia-siakan bakat yang dikurniakan Tuhan."4. Pelakon akan tunduk hormat setiap kali aku melintasi mereka.

Ayat Tunggal Frasa Nama + Frasa Adjektif [ FN + FA ] berjumlah 2 (22.22%). Antara contoh ayat ialah: 1. Paradoks.2. Sangat paradoks. Graf di bawah ialah graf peratusan ayat tunggal yang terdiri daripada dua jenis ayat tunggal iaitu FN + FN dan FN + FK.

Dalam Jadual Analisis Ayat Majmuk menunjukkan terdapat 41 ayat majmuk yang telah dikenal pasti dalam teks dikaji. Terdapat 20 (48.78%) Ayat Majmuk Pancangan yang terdapat dalam cerpen ini. Ayat Mamuk Pancangan mempunyai tigda golongan iaitu Ayat Majmuk Pancangan Relatif, Ayat Majmuk Pancangan Komplemen dan Ayat Majmuk Pancangan Keterangan. Contoh bagi Ayat Majmuk Pancangan Relatif berjumlah 12 ayat (60%) yang terdapat dalam teks ialah : 1. Aku sedang melangkah ke atas permaidani merah, menuju ke ruang dewan yang dihias indah sewaktu percikan lampu kamera membuatkan mataku berpinar-pinar.2. Di belakangku pula seorang aktres baru, memakai baju yang dilaporkan akhbar bernilai hampir RM10,000.3. Filem-filem yang hendak diraikan pada festival ini tidak sepadan dengan kemilau yang ditunjukkan.4. Kerja ini yang membuatkan namaku menjadi sebutan di seluruh pelosok negara, dihimpit sekian banyak wanita cantik yang mahu menumpang nama.

Contoh bagi Ayat Majmuk Pancangan Komplemen berjumlah 3 (8%) ayat ialah : 1. Kalau dikira, makcik di kampungku lebih mendahului zaman dalam fenomena fesyen berkemban ini.2. Pada awalnya aku memutuskan untuk tidak hadir ke majlis festival filem ini.3. Kononnya filem busukku ada harapan untuk menang pada festival tahun ini.

Contoh bagi Ayat Majmuk Pancangan Keterangan pula berjumlah 5 (15%) ialah: 1. Ditambah pula aku tidak pernah percaya dengan keperluan diadakan festival filem begini.2. Walaupun sering mengelak, lewat petang tadi aku dipujuk supaya hadir.3. Aku hairan dengan juri yang mereka lantik, bagaimana mereka menilai filem sebusuk karyaku itu sebagai lambang kehebatan filem Melayu.4. Kalaulah filem aku tidak menang, boleh pengsan agaknya dia.

Contoh bagi ayat majmuk campuran berjumlah 21 (15%) ialah: 1. Di hadapan kelihatan seorang aktor baru yang berjalan dengan gaya mendada, bagaikan lagak orang yang berasakan dirinya terkenal.2. Menurut hematku, dia bukanlah terkenal dengan kehebatan lakonan, tetapi hebat oleh kontroversi skandal dengan seorang aktres.3. Sungguh hairan, walaupun terdedah luas di dada, kain yang dipakai aktres tersebut meleret di atas permaidani merah.4. Sungguh ironi, di bahagian bawah terlebih tutup, sebaliknya di bahagian atas pula ibarat semua kedai kain hangus terbakar.

Graf di bawah adalah peratusan ayat majmuk yang terdiri daripada tiga jenis ayat majmuk iaitu Ayat Majmuk Gabungan, Ayat Majmuk Pancangan dan Ayat Majmuk Campuran.

Jadual analisis yang terakhir ialah Jadual Analisis Jenis Ayat. Terdapat empat jenis ayat yang perlu dianalisi dalam cerpen pendek ini iaitu Ayat Penyata, Ayat Tanya, Ayat Perintah dan Ayat Seruan. Dalam cerpen pendek Sang Sutradara, terdapat 47 (94%) ayat penyata digunakan. Antara contoh ayat penyata tersebut ialah : 1. Aku sedang melangkah ke atas permaidani merah, menuju ke ruang dewan yang dihias indah sewaktu percikan lampu kamera membuatkan mataku berpinar-pinar.2. Jika di kampungku, baju sebegitu layaknya untuk para ibu berkemban di tepi sungai, cuma jenis kainnya daripada kain batik.3. Filem-filem yang hendak diraikan pada festival ini tidak sepadan dengan kemilau yang ditunjukkan.4. Kononnya filem busukku ada harapan untuk menang pada festival tahun ini.Terdapat 3 (6%) ayat perintah yang digunakan. 1. Kau jangan tak datang, malam ini kita naik pentas.2. Ada orang dalam dah bagi signal," demikian SMS daripada penerbit yang kemaruk menjulang trofi Festival Filem Malaysia.3. Jangan terkejut kalau mereka yang sekadar berjalan ke hulu dan ke hilir melintas kamera ini menganggap diri sebagai anak seni".

Tiada ayat tanya dan ayat seruan yang digunakan dalam cerpen Sang Sutradara ini.

Graf di bawah menunjukkan peratusan jenis ayat yang terdiri daripada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan.

8.0 Penutup Tugasan ini hanya mempunyai dua tujuan yang telah ditetapkan, iaitu untuk menganalisis ayat dan membuat perbandingan antara ayat tunggal dan ayat majmuk serta jenis-jenisnya. Tugasan ini saya lakukan secara individu. Kedua-dua jenis ayat ayat tunggal dan ayat majmuk wujud dalam petikan yang dikaji. Berdasarkan dapatan analisis yang dibuat, ayat majmuk lebih banyak digunakan dalam cerpen Sang Sutradara ini. Ayat majmuk terdiri daripada tiga golongan iaitu ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk campuran. Di antara ketiga-tiga golongan ayat majmuk ini, ayat majmuk campuran lebih banyak digunakan. Apabila dilihat kepada dapatan jadual analisis jenis ayat, ayat tunggal lebih banyak mendominasi cerpen ini apabila separuh daripada cerpen yang dikaji menggunakan ayat ini. Dicadangkan kajian ini dilanjutkan dengan meluaskan lagi skop teks ilmiah lain yang boleh dikaji penggunaan ayatnya.

LAMPIRAN 1ANALISIS AYATJadual Analisis AT dan AM Bil Senarai Ayat

AT AM JA

1Aku sedang melangkah ke atas permaidani merah, menuju ke ruang dewan yang dihias indah sewaktu percikan lampu kamera membuatkan mataku berpinar-pinar.011

2Di hadapan kelihatan seorang aktor baru yang berjalan dengan gaya mendada, bagaikan lagak orang yang berasakan dirinya terkenal.011

3Menurut hematku, dia bukanlah terkenal dengan kehebatan lakonan, tetapi hebat oleh kontroversi skandal dengan seorang aktres.011

4Di belakangku pula seorang aktres baru, memakai baju yang dilaporkan akhbar bernilai hampir RM10,000.011

5Jika di kampungku, baju sebegitu layaknya untuk para ibu berkemban di tepi sungai, cuma jenis kainnya daripada kain batik.011

6Tidak perlu berpuluh ribu ringgit.011

7Kalau dikira, makcik di kampungku lebih mendahului zaman dalam fenomena fesyen berkemban ini.011

8Sungguh hairan, walaupun terdedah luas di dada, kain yang dipakai aktres tersebut meleret di atas permaidani merah.011

9Sungguh ironi, di bahagian bawah terlebih tutup, sebaliknya di bahagian atas pula ibarat semua kedai kain hangus terbakar.011

10Pada awalnya aku memutuskan untuk tidak hadir ke majlis festival filem ini.011

11Muak dengan dunia gemerlapan yang pura-pura, yang semakin ingin kujauhi.011

12Ditambah pula aku tidak pernah percaya dengan keperluan diadakan festival filem begini.011

13Bagiku ia tidak mencapai tahap festival filem, sebaliknya hanyalah acara memperagakan kemewahan sebagai cermin kehidupan golongan bintang yang tersasar haluan.011

14Paradoks.101

15Sangat paradoks.101

16Filem-filem yang hendak diraikan pada festival ini tidak sepadan dengan kemilau yang ditunjukkan.101

17Walaupun sering mengelak, lewat petang tadi aku dipujuk supaya hadir.011

18Kononnya filem busukku ada harapan untuk menang pada festival tahun ini.011

19Aku tahulah filemku bertaraf busuk, buruk dan macam-macam lagi yang tak layak dipanggil filem.011

20Aku hairan dengan juri yang mereka lantik, bagaimana mereka menilai filem sebusuk karyaku itu sebagai lambang kehebatan filem Melayu.011

21Kau jangan tak datang, malam ini kita naik pentas.011

22Ada orang dalam dah bagi signal," demikian SMS daripada penerbit yang kemaruk menjulang trofi Festival Filem Malaysia.011

23Aku rasa penerbit yang selalunya terlebih perasan ini sudah bersiap berhari-hari untuk naik ke pentas malam ini.011

24Kalaulah filem aku tidak menang, boleh pengsan agaknya dia.011

25Entah kenapa sejak akhir-akhir ini aku menjadi begitu bosan dengan kerjaku.011

26Rasa meluat teramat sangat walaupun kerja ini menghamparkan kekayaan dan hidup yang mewah.011

27Kerja ini yang membuatkan namaku menjadi sebutan di seluruh pelosok negara, dihimpit sekian banyak wanita cantik yang mahu menumpang nama.011

28Siapa sahaja yang mengaitkan namanya denganku, kononnya orang akan memandang tinggi, nilai juga menjadi tinggi dan peluang untuk mereka hidup mewah juga tinggi.011

29Mereka hanya kemaruk mahu jadi pelakon, mudah-mudahan dengan mengaitkan nama mereka denganku, saham mereka akan tinggi bila aku ambil mereka berlakon.011

30Tepatnya berjalan ke hulu ke hilir melintas kamera.101

31Ramai sudah yang bergelar pelakon dan menerima bayaran tinggi untuk filem kedua kerana nama yang sudah meletup dan filem pula pecah panggung.011

32Jangan terkejut kalau mereka yang sekadar berjalan ke hulu dan ke hilir melintas kamera ini menganggap diri sebagai anak seni".011

33Kata mereka kepada surat khabar, seni sudah menjadi darah daging, tidak boleh dipisahkan lagi.011

34Bercakap macam burung kakak tua. 101

35Saya tak mahu mempersia-siakan bakat yang dikurniakan Tuhan."101

36Itu kenyataan burung kakak tua yang diwarisi daripada pelakon senior, yang kemudiannya berpindah daripada seorang pelakon kepada pelakon yang lain setiap kali diminta bercakap tentang matlamat seni.011

37Dengan kebodohan merekalah aku terus hidup sebagai sutradara.101

38Pelakon akan tunduk hormat setiap kali aku melintasi mereka.101

39Aku tahu mereka bukan hormat padaku tetapi kerana keupayaanku yang membuatkan mereka kaya dengan filemku, dan memiliki pelakon wanita sebagai perempuan simpanan.011

40Jauh sekali kerana hormatkan filem kerana bagi mereka lagi bodoh sebuah filem itu lagi bagus untuk mereka.011

41Mereka hanya hormat siapa yang boleh buat filem buruk tetapi boleh jadi kaya.011

42Hasratku untuk menjadi pengarah filem yang berkualiti sewaktu menyiapkan tesis ijazah pertama dalam bidang sains sosial di Bristol University, UK suatu ketika dulu terbengkalai di sini.011

43Akulah ikan yang tinggal di kolam yang salah.011

44Di sini, banyak filem dibuat menggunakan kepala lutut.011

45Fenomena di sini sangat berbeza dengan teori yang kupelajari dalam subjek minor dalam penulisan skrip filem di mana aku belajar sejarah dan falsafah filem-filem agung bertaraf dunia.011

46Berpuluh kali menonton filem Orson Welles yang sangat masyhur, Citizen Kane kerana menurut pensyarahku, tak sah belajar filem tetapi tanpa menonton Citizen Kane, filem terhebat sepanjang zaman yang mendapat tempat pertama saban tahun dalam senarai 100 filem terbaik dunia.011

47Malangnya segala cita-citaku melayang sebaik-baik sahaja menamatkan pengajian.101

48Dunia sini melarutkan aku menjadi seperti mereka yang membuat filem dengan kepala lutut.010

49Lama kelamaan aku menyerap dalam keadaan yang menjadikan aku kaya sehinggalah pada suatu hari010

50Aku diserang rasa kosong yang sangat mencengkam.101

Jumlah Ayat : 50AT : 9 (18.00%)AM : 41 82.00%)AT + AM = 50 (100.00%)

JA : 9 (18.00%)JA : 41 (82.00%)JA : 50 (100.00%)

Jadual Analisis ATBil Senarai Ayat AT

A1234

1Aku sedang melangkah ke atas permaidani merah, menuju ke ruang dewan yang dihias indah sewaktu percikan lampu kamera membuatkan mataku berpinar-pinar.0000

2Di hadapan kelihatan seorang aktor baru yang berjalan dengan gaya mendada, bagaikan lagak orang yang berasakan dirinya terkenal.0000

3Menurut hematku, dia bukanlah terkenal dengan kehebatan lakonan, tetapi hebat oleh kontroversi skandal dengan seorang aktres.0000

4Di belakangku pula seorang aktres baru, memakai baju yang dilaporkan akhbar bernilai hampir RM10,000.0000

5Jika di kampungku, baju sebegitu layaknya untuk para ibu berkemban di tepi sungai, cuma jenis kainnya daripada kain batik.0000

6Tidak perlu berpuluh ribu ringgit.1000

7Kalau dikira, makcik di kampungku lebih mendahului zaman dalam fenomena fesyen berkemban ini.0000

8Sungguh hairan, walaupun terdedah luas di dada, kain yang dipakai aktres tersebut meleret di atas permaidani merah.0000

9Sungguh ironi, di bahagian bawah terlebih tutup, sebaliknya di bahagian atas pula ibarat semua kedai kain hangus terbakar.0000

10Pada awalnya aku memutuskan untuk tidak hadir ke majlis festival filem ini.0000

11Muak dengan dunia gemerlapan yang pura-pura, yang semakin ingin kujauhi.0000

12Ditambah pula aku tidak pernah percaya dengan keperluan diadakan festival filem begini.0000

13Bagiku ia tidak mencapai tahap festival filem, sebaliknya hanyalah acara memperagakan kemewahan sebagai cermin kehidupan golongan bintang yang tersasar haluan.0000

14Paradoks.0010

15Sangat paradoks.0010

16Filem-filem yang hendak diraikan pada festival ini tidak sepadan dengan kemilau yang ditunjukkan.0000

17Walaupun sering mengelak, lewat petang tadi aku dipujuk supaya hadir.0000

18Kononnya filem busukku ada harapan untuk menang pada festival tahun ini.0000

19Aku tahulah filemku bertaraf busuk, buruk dan macam-macam lagi yang tak layak dipanggil filem.0000

20Aku hairan dengan juri yang mereka lantik, bagaimana mereka menilai filem sebusuk karyaku itu sebagai lambang kehebatan filem Melayu.0000

21Kau jangan tak datang, malam ini kita naik pentas.0000

22Ada orang dalam dah bagi signal," demikian SMS daripada penerbit yang kemaruk menjulang trofi Festival Filem Malaysia.0000

23Aku rasa penerbit yang selalunya terlebih perasan ini sudah bersiap berhari-hari untuk naik ke pentas malam ini.0000

24Kalaulah filem aku tidak menang, boleh pengsan agaknya dia.0000

25Entah kenapa sejak akhir-akhir ini aku menjadi begitu bosan dengan kerjaku.0000

26Rasa meluat teramat sangat walaupun kerja ini menghamparkan kekayaan dan hidup yang mewah.0000

27Kerja ini yang membuatkan namaku menjadi sebutan di seluruh pelosok negara, dihimpit sekian banyak wanita cantik yang mahu menumpang nama.0000

28Siapa sahaja yang mengaitkan namanya denganku, kononnya orang akan memandang tinggi, nilai juga menjadi tinggi dan peluang untuk mereka hidup mewah juga tinggi.0000

29Mereka hanya kemaruk mahu jadi pelakon, mudah-mudahan dengan mengaitkan nama mereka denganku, saham mereka akan tinggi bila aku ambil mereka berlakon.0000

30Tepatnya berjalan ke hulu ke hilir melintas kamera.0100

31Ramai sudah yang bergelar pelakon dan menerima bayaran tinggi untuk filem kedua kerana nama yang sudah meletup dan filem pula pecah panggung.0000

32Jangan terkejut kalau mereka yang sekadar berjalan ke hulu dan ke hilir melintas kamera ini menganggap diri sebagai anak seni".0000

33Kata mereka kepada surat khabar, seni sudah menjadi darah daging, tidak boleh dipisahkan lagi.0000

34Bercakap macam burung kakak tua. 0100

35Saya tak mahu mempersia-siakan bakat yang dikurniakan Tuhan."0100

36Itu kenyataan burung kakak tua yang diwarisi daripada pelakon senior, yang kemudiannya berpindah daripada seorang pelakon kepada pelakon yang lain setiap kali diminta bercakap tentang matlamat seni.0000

37Dengan kebodohan merekalah aku terus hidup sebagai sutradara.1000

38Pelakon akan tunduk hormat setiap kali aku melintasi mereka.0100

39Aku tahu mereka bukan hormat padaku tetapi kerana keupayaanku yang membuatkan mereka kaya dengan filemku, dan memiliki pelakon wanita sebagai perempuan simpanan.0000

40Jauh sekali kerana hormatkan filem kerana bagi mereka lagi bodoh sebuah filem itu lagi bagus untuk mereka.0000

41Mereka hanya hormat siapa yang boleh buat filem buruk tetapi boleh jadi kaya.0000

42Hasratku untuk menjadi pengarah filem yang berkualiti sewaktu menyiapkan tesis ijazah pertama dalam bidang sains sosial di Bristol University, UK suatu ketika dulu terbengkalai di sini.0000

43Akulah ikan yang tinggal di kolam yang salah.0000

44Di sini, banyak filem dibuat menggunakan kepala lutut.0000

45Fenomena di sini sangat berbeza dengan teori yang kupelajari dalam subjek minor dalam penulisan skrip filem di mana aku belajar sejarah dan falsafah filem-filem agung bertaraf dunia.0000

46Berpuluh kali menonton filem Orson Welles yang sangat masyhur, Citizen Kane kerana menurut pensyarahku, tak sah belajar filem tetapi tanpa menonton Citizen Kane, filem terhebat sepanjang zaman yang mendapat tempat pertama saban tahun dalam senarai 100 filem terbaik dunia.0000

47Malangnya segala cita-citaku melayang sebaik-baik sahaja menamatkan pengajian.0100

48Dunia sini melarutkan aku menjadi seperti mereka yang membuat filem dengan kepala lutut.0000

49Lama kelamaan aku menyerap dalam keadaan yang menjadikan aku kaya sehinggalah pada suatu hari0000

50Aku diserang rasa kosong yang sangat mencengkam0000

AT 1 : 2 (22.22%)2 : 5 (55.56%)3 : 2 (22.22%)4 : 0 (0.00%)Jumlah Jenis Pembinaan AT : 9 (100.00%)

Jadual Analisis AM

Bil Senarai AyatAM

A122.1 2.2 2.3 3

1Aku sedang melangkah ke atas permaidani merah, menuju ke ruang dewan yang dihias indah sewaktu percikan lampu kamera membuatkan mataku berpinar-pinar.011000

2Di hadapan kelihatan seorang aktor baru yang berjalan dengan gaya mendada, bagaikan lagak orang yang berasakan dirinya terkenal.000001

3Menurut hematku, dia bukanlah terkenal dengan kehebatan lakonan, tetapi hebat oleh kontroversi skandal dengan seorang aktres.000001

4Di belakangku pula seorang aktres baru, memakai baju yang dilaporkan akhbar bernilai hampir RM10,000.011000

5Jika di kampungku, baju sebegitu layaknya untuk para ibu berkemban di tepi sungai, cuma jenis kainnya daripada kain batik.000001

6Tidak perlu berpuluh ribu ringgit.000000

7 Kalau dikira, makcik di kampungku lebih mendahului zaman dalam fenomena fesyen berkemban ini.010100

8Sungguh hairan, walaupun terdedah luas di dada, kain yang dipakai aktres tersebut meleret di atas permaidani merah.000001

9Sungguh ironi, di bahagian bawah terlebih tutup, sebaliknya di bahagian atas pula ibarat semua kedai kain hangus terbakar.000001

10Pada awalnya aku memutuskan untuk tidak hadir ke majlis festival filem ini.010100

11Muak dengan dunia gemerlapan yang pura-pura, yang semakin ingin kujauhi.011000

12Ditambah pula aku tidak pernah percaya dengan keperluan diadakan festival filem begini.010010

13Bagiku ia tidak mencapai tahap festival filem, sebaliknya hanyalah acara memperagakan kemewahan sebagai cermin kehidupan golongan bintang yang tersasar haluan.000001

14Paradoks.000000

15Sangat paradoks.000000

16Filem-filem yang hendak diraikan pada festival ini tidak sepadan dengan kemilau yang ditunjukkan.011000

17Walaupun sering mengelak, lewat petang tadi aku dipujuk supaya hadir.010010

18Kononnya filem busukku ada harapan untuk menang pada festival tahun ini.010100

19Aku tahulah filemku bertaraf busuk, buruk dan macam-macam lagi yang tak layak dipanggil filem.000001

20Aku hairan dengan juri yang mereka lantik, bagaimana mereka menilai filem sebusuk karyaku itu sebagai lambang kehebatan filem Melayu.010010

21Kau jangan tak datang, malam ini kita naik pentas.011000

22Ada orang dalam dah bagi signal," demikian SMS daripada penerbit yang kemaruk menjulang trofi Festival Filem Malaysia.011000

23Aku rasa penerbit yang selalunya terlebih perasan ini sudah bersiap berhari-hari untuk naik ke pentas malam ini.000001

24Kalaulah filem aku tidak menang, boleh pengsan agaknya dia.010010

25Entah kenapa sejak akhir-akhir ini aku menjadi begitu bosan dengan kerjaku.010010

26Rasa meluat teramat sangat walaupun kerja ini menghamparkan kekayaan dan hidup yang mewah.000001

27Kerja ini yang membuatkan namaku menjadi sebutan di seluruh pelosok negara, dihimpit sekian banyak wanita cantik yang mahu menumpang nama.011000

28Siapa sahaja yang mengaitkan namanya denganku, kononnya orang akan memandang tinggi, nilai juga menjadi tinggi dan peluang untuk mereka hidup mewah juga tinggi.000001

29Mereka hanya kemaruk mahu jadi pelakon, mudah-mudahan dengan mengaitkan nama mereka denganku, saham mereka akan tinggi bila aku ambil mereka berlakon.000001

30Tepatnya berjalan ke hulu ke hilir melintas kamera.000000

31Ramai sudah yang bergelar pelakon dan menerima bayaran tinggi untuk filem kedua kerana nama yang sudah meletup dan filem pula pecah panggung.000001

32Jangan terkejut kalau mereka yang sekadar berjalan ke hulu dan ke hilir melintas kamera ini menganggap diri sebagai anak seni".011000

33Kata mereka kepada surat khabar, seni sudah menjadi darah daging, tidak boleh dipisahkan lagi.011000

34Bercakap macam burung kakak tua. 000000

35Saya tak mahu mempersia-siakan bakat yang dikurniakan uhan."000000

36Itu kenyataan burung kakak tua yang diwarisi daripada pelakon senior, yang kemudiannya berpindah daripada seorang pelakon kepada pelakon yang lain setiap kali diminta bercakap tentang matlamat seni.000001

37Dengan kebodohan merekalah aku terus hidup sebagai sutradara.000000

38Pelakon akan tunduk hormat setiap kali aku melintasi mereka.000000

39Aku tahu mereka bukan hormat padaku tetapi kerana keupayaanku yang membuatkan mereka kaya dengan filemku, dan memiliki pelakon wanita sebagai perempuan simpanan.000001

40Jauh sekali kerana hormatkan filem kerana bagi mereka lagi bodoh sebuah filem itu lagi bagus untuk mereka.000001

41Mereka hanya hormat siapa yang boleh buat filem buruk tetapi boleh jadi kaya.000001

42Hasratku untuk menjadi pengarah filem yang berkualiti sewaktu menyiapkan tesis ijazah pertama dalam bidang sains sosial di Bristol University, UK suatu ketika dulu terbengkalai di sini.000001

43Akulah ikan yang tinggal di kolam yang salah.011000

44Di sini, banyak filem dibuat menggunakan kepala lutut.011000

45Fenomena di sini sangat berbeza dengan teori yang kupelajari dalam subjek minor dalam penulisan skrip filem di mana aku belajar sejarah dan falsafah filem-filem agung bertaraf dunia.000001

46Berpuluh kali menonton filem Orson Welles yang sangat masyhur, Citizen Kane kerana menurut pensyarahku, tak sah belajar filem tetapi tanpa menonton Citizen Kane, filem terhebat sepanjang zaman yang mendapat tempat pertama saban tahun dalam senarai 100 filem terbaik dunia.000001

47Malangnya segala cita-citaku melayang sebaik-baik sahaja menamatkan pengajian.000000

48Dunia sini melarutkan aku menjadi seperti mereka yang membuat filem dengan kepala lutut.000001

49Lama kelamaan aku menyerap dalam keadaan yang menjadikan aku kaya sehinggalah pada suatu hari. 000001

50Aku diserang rasa kosong yang sangat mencengkam011000

AM 1 : 0 (0.00%) 2 : 20 (48.78%) 2.1 : 12 (60.00%)2.2 : 3 ( 8.00%)2.3 : 5 (15.00%)Jumlah AM2 : 20 (100%)3 : 21 (51.21%) Jumlah Jenis Pembinaan AM : 41 (100.00%)

Jadual Analisis JA Bil Senarai Ayat AT

A1234

1Aku sedang melangkah ke atas permaidani merah, menuju ke ruang dewan yang dihias indah sewaktu percikan lampu kamera membuatkan mataku berpinar-pinar.1000

2Di hadapan kelihatan seorang aktor baru yang berjalan dengan gaya mendada, bagaikan lagak orang yang berasakan dirinya terkenal.1000

3Menurut hematku, dia bukanlah terkenal dengan kehebatan lakonan, tetapi hebat oleh kontroversi skandal dengan seorang aktres.1000

4Di belakangku pula seorang aktres baru, memakai baju yang dilaporkan akhbar bernilai hampir RM10,000.1000

5Jika di kampungku, baju sebegitu layaknya untuk para ibu berkemban di tepi sungai, cuma jenis kainnya daripada kain batik.1000

6Tidak perlu berpuluh ribu ringgit.1000

7Kalau dikira, makcik di kampungku lebih mendahului zaman dalam fenomena fesyen berkemban ini.1000

8Sungguh hairan, walaupun terdedah luas di dada, kain yang dipakai aktres tersebut meleret di atas permaidani merah.1000

9Sungguh ironi, di bahagian bawah terlebih tutup, sebaliknya di bahagian atas pula ibarat semua kedai kain hangus terbakar.1000

10Pada awalnya aku memutuskan untuk tidak hadir ke majlis festival filem ini.1000

11Muak dengan dunia gemerlapan yang pura-pura, yang semakin ingin kujauhi.1000

12Ditambah pula aku tidak pernah percaya dengan keperluan diadakan festival filem begini.1000

13Bagiku ia tidak mencapai tahap festival filem, sebaliknya hanyalah acara memperagakan kemewahan sebagai cermin kehidupan golongan bintang yang tersasar haluan.1000

14Paradoks.1000

15Sangat paradoks.1000

16Filem-filem yang hendak diraikan pada festival ini tidak sepadan dengan kemilau yang ditunjukkan.1000

17Walaupun sering mengelak, lewat petang tadi aku dipujuk supaya hadir.1000

18Kononnya filem busukku ada harapan untuk menang pada festival tahun ini.1000

19Aku tahulah filemku bertaraf busuk, buruk dan macam-macam lagi yang tak layak dipanggil filem.1000

20Aku hairan dengan juri yang mereka lantik, bagaimana mereka menilai filem sebusuk karyaku itu sebagai lambang kehebatan filem Melayu.1000

21Kau jangan tak datang, malam ini kita naik pentas.0010

22Ada orang dalam dah bagi signal," demikian SMS daripada penerbit yang kemaruk menjulang trofi Festival Filem Malaysia.0010

23Aku rasa penerbit yang selalunya terlebih perasan ini sudah bersiap berhari-hari untuk naik ke pentas malam ini.1000

24Kalaulah filem aku tidak menang, boleh pengsan agaknya dia.1000

25Entah kenapa sejak akhir-akhir ini aku menjadi begitu bosan dengan kerjaku.1000

26Rasa meluat teramat sangat walaupun kerja ini menghamparkan kekayaan dan hidup yang mewah.1000

27Kerja ini yang membuatkan namaku menjadi sebutan di seluruh pelosok negara, dihimpit sekian banyak wanita cantik yang mahu menumpang nama.1000

28Siapa sahaja yang mengaitkan namanya denganku, kononnya orang akan memandang tinggi, nilai juga menjadi tinggi dan peluang untuk mereka hidup mewah juga tinggi.1000

29Mereka hanya kemaruk mahu jadi pelakon, mudah-mudahan dengan mengaitkan nama mereka denganku, saham mereka akan tinggi bila aku ambil mereka berlakon.1000

30Tepatnya berjalan ke hulu ke hilir melintas kamera.1000

31Ramai sudah yang bergelar pelakon dan menerima bayaran tinggi untuk filem kedua kerana nama yang sudah meletup dan filem pula pecah panggung.1000

32Jangan terkejut kalau mereka yang sekadar berjalan ke hulu dan ke hilir melintas kamera ini menganggap diri sebagai anak seni".0010

33Kata mereka kepada surat khabar, seni sudah menjadi darah daging, tidak boleh dipisahkan lagi.1000

34Bercakap macam burung kakak tua. 1000

35Saya tak mahu mempersia-siakan bakat yang dikurniakan Tuhan."1000

36Itu kenyataan burung kakak tua yang diwarisi daripada pelakon senior, yang kemudiannya berpindah daripada seorang pelakon kepada pelakon yang lain setiap kali diminta bercakap tentang matlamat seni.1000

37Dengan kebodohan merekalah aku terus hidup sebagai sutradara.1000

38Pelakon akan tunduk hormat setiap kali aku melintasi mereka.1000

39Aku tahu mereka bukan hormat padaku tetapi kerana keupayaanku yang membuatkan mereka kaya dengan filemku, dan memiliki pelakon wanita sebagai perempuan simpanan.1000

40Jauh sekali kerana hormatkan filem kerana bagi mereka lagi bodoh sebuah filem itu lagi bagus untuk mereka.1000

41Mereka hanya hormat siapa yang boleh buat filem buruk tetapi boleh jadi kaya.1000

42Hasratku untuk menjadi pengarah filem yang berkualiti sewaktu menyiapkan tesis ijazah pertama dalam bidang sains sosial di Bristol University, UK suatu ketika dulu terbengkalai di sini.1000

43Akulah ikan yang tinggal di kolam yang salah.1000

44Di sini, banyak filem dibuat menggunakan kepala lutut.1000

45Fenomena di sini sangat berbeza dengan teori yang kupelajari dalam subjek minor dalam penulisan skrip filem di mana aku belajar sejarah dan falsafah filem-filem agung bertaraf dunia.1000

46Berpuluh kali menonton filem Orson Welles yang sangat masyhur, Citizen Kane kerana menurut pensyarahku, tak sah belajar filem tetapi tanpa menonton Citizen Kane, filem terhebat sepanjang zaman yang mendapat tempat pertama saban tahun dalam senarai 100 filem terbaik dunia.1000

47Malangnya segala cita-citaku melayang sebaik-baik sahaja menamatkan pengajian.1000

48Dunia sini melarutkan aku menjadi seperti mereka yang membuat filem dengan kepala lutut.1000

49Lama kelamaan aku menyerap dalam keadaan yang menjadikan aku kaya sehinggalah pada suatu hari1000

50Aku diserang rasa kosong yang sangat mencengkam1000

JA 1 : 47 (94.00%)2 : 0 (0.00%)3 : 3 (6.00%) 4 : 0 (0.00%)Jumlah JA : 50 (100.00%)

BIBLIOGRAFI1.Norliza binti Hj.Jamaluddin, Hj.Ahmad Khair Mohd.Nor.Modul Sintaksis Bahasa Melayu.Universiti Pendidikan Sultan Idris.2. Abdullah Hassan (1994). Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan. Kuala Lumpur : FajarBakti Sdn. Bhd.3.Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul HamidMahmood (2004). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu : Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.5.Ahmad Khair Mohd Nor ( 2003). Pengantar Sintaksis Bahasa Melayu :Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.6.Abdullah Hassan (2007). Linguistik Am. Siri pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Ampang Press Sdn. Bhd.8.Ahmad Khair Mohd Nor, Raminah Hj. Sabran, Nawi Ismail, Mohd Zaini Othaman dan Ton Ibrahim ( 2012). Tatabahasa Asas : Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia, Selangor.9.Raminah Hj. Sabran, R.S (1984). Kajian Bahasa untuk pelatih Maktab Perguruan. Petaling Jaya, Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd

LAMPIRAN 2ARKIB : 31/03/2014BahanSANG SUTRADARAOleh Adam MustakimAKU sedang melangkah ke atas permaidani merah, menuju ke ruang dewan yang dihias indah sewaktu percikan lampu kamera membuatkan mataku berpinar-pinar. Di hadapan kelihatan seorang aktor baru yang berjalan dengan gaya mendada, bagaikan lagak orang yang berasakan dirinya terkenal. Menurut hematku, dia bukanlah terkenal dengan kehebatan lakonan, tetapi hebat oleh kontroversi skandal dengan seorang aktres.

Di belakangku pula seorang aktres baru, memakai baju yang dilaporkan akhbar bernilai hampir RM10,000. Jika di kampungku, baju sebegitu layaknya untuk para ibu berkemban di tepi sungai, cuma jenis kainnya daripada kain batik. Tidak perlu berpuluh ribu ringgit. Kalau dikira, makcik di kampungku lebih mendahului zaman dalam fenomena fesyen berkemban ini.

Sungguh hairan, walaupun terdedah luas di dada, kain yang dipakai aktres tersebut meleret di atas permaidani merah. Sungguh ironi, di bahagian bawah terlebih tutup, sebaliknya di bahagian atas pula ibarat semua kedai kain hangus terbakar.

Pada awalnya aku memutuskan untuk tidak hadir ke majlis festival filem ini. Muak dengan dunia gemerlapan yang pura-pura, yang semakin ingin kujauhi. Ditambah pula aku tidak pernah percaya dengan keperluan diadakan festival filem begini. Bagiku ia tidak mencapai tahap festival filem, sebaliknya hanyalah acara memperagakan kemewahan sebagai cermin kehidupan golongan bintang yang tersasar haluan.

Paradoks. Sangat paradoks. Filem-filem yang hendak diraikan pada festival ini tidak sepadan dengan kemilau yang ditunjukkan.

Walaupun sering mengelak, lewat petang tadi aku dipujuk supaya hadir. Kononnya filem busukku ada harapan untuk menang pada festival tahun ini. Aku tahulah filemku bertaraf busuk, buruk dan macam-macam lagi yang tak layak dipanggil filem. Aku hairan dengan juri yang mereka lantik, bagaimana mereka menilai filem sebusuk karyaku itu sebagai lambang kehebatan filem Melayu.

Kau jangan tak datang, malam ini kita naik pentas. Ada orang dalam dah bagi signal," demikian SMS daripada penerbit yang kemaruk menjulang trofi Festival Filem Malaysia. Aku rasa penerbit yang selalunya terlebih perasan ini sudah bersiap berhari-hari untuk naik ke pentas malam ini. Kalaulah filem aku tidak menang, boleh pengsan agaknya dia.

Entah kenapa sejak akhir-akhir ini aku menjadi begitu bosan dengan kerjaku. Rasa meluat teramat sangat walaupun kerja ini menghamparkan kekayaan dan hidup yang mewah. Kerja ini yang membuatkan namaku menjadi sebutan di seluruh pelosok negara, dihimpit sekian banyak wanita cantik yang mahu menumpang nama. Siapa sahaja yang mengaitkan namanya denganku, kononnya orang akan memandang tinggi, nilai juga menjadi tinggi dan peluang untuk mereka hidup mewah juga tinggi.

Mereka hanya kemaruk mahu jadi pelakon, mudah-mudahan dengan mengaitkan nama mereka denganku, saham mereka akan tinggi bila aku ambil mereka berlakon. Tepatnya berjalan ke hulu ke hilir melintas kamera. Ramai sudah yang bergelar pelakon dan menerima bayaran tinggi untuk filem kedua kerana nama yang sudah meletup dan filem pula pecah panggung.

Jangan terkejut kalau mereka yang sekadar berjalan ke hulu dan ke hilir melintas kamera ini menganggap diri sebagai anak seni". Kata mereka kepada surat khabar, seni sudah menjadi darah daging, tidak boleh dipisahkan lagi. Bercakap macam burung kakak tua,

Saya tak mahu mempersia-siakan bakat yang dikurniakan Tuhan." Itu kenyataan burung kakak tua yang diwarisi daripada pelakon senior, yang kemudiannya berpindah daripada seorang pelakon kepada pelakon yang lain setiap kali diminta bercakap tentang matlamat seni.

Dengan kebodohan merekalah aku terus hidup sebagai sutradara. Pelakon akan tunduk hormat setiap kali aku melintasi mereka. Aku tahu mereka bukan hormat padaku tetapi kerana keupayaanku yang membuatkan mereka kaya dengan filemku, dan memiliki pelakon wanita sebagai perempuan simpanan. Jauh sekali kerana hormatkan filem kerana bagi mereka lagi bodoh sebuah filem itu lagi bagus untuk mereka. Mereka hanya hormat siapa yang boleh buat filem buruk tetapi boleh jadi kaya.

Hasratku untuk menjadi pengarah filem yang berkualiti sewaktu menyiapkan tesis ijazah pertama dalam bidang sains sosial di Bristol University, UK suatu ketika dulu terbengkalai di sini. Akulah ikan yang tinggal di kolam yang salah. Di sini, banyak filem dibuat menggunakan kepala lutut.

Fenomena di sini sangat berbeza dengan teori yang kupelajari dalam subjek minor dalam penulisan skrip filem di mana aku belajar sejarah dan falsafah filem-filem agung bertaraf dunia. Berpuluh kali menonton filem Orson Welles yang sangat masyhur, Citizen Kane kerana menurut pensyarahku, tak sah belajar filem tetapi tanpa menonton Citizen Kane, filem terhebat sepanjang zaman yang mendapat tempat pertama saban tahun dalam senarai 100 filem terbaik dunia.

Malangnya segala cita-citaku melayang sebaik-baik sahaja menamatkan pengajian. Dunia sini melarutkan aku menjadi seperti mereka yang membuat filem dengan kepala lutut. Lama kelamaan aku menyerap dalam keadaan yang menjadikan aku kaya sehinggalah pada suatu hari.

Aku diserang rasa kosong yang sangat mencengkam. Saban hari bila terpampang berita tentang filemku mencatat kutipan jutaan ringgit, aku berasa bersalah. Rasa malu kepada diri sendiri kerana filem yang menjadi racun yang merencatkan akal anak-anak muda itu menghasilkan pulangan yang tinggi untukku. Filem yang kononnya dihasilkan dengan jiwa dan raga adalah pemusnah bangsa semata-mata. Dan sebilangan besar wartawan hiburan yang tidak berfikir kritis itu menelan bulat-bulat kataku untuk menjadi bahan tulisan mereka.

Mereka yang tidak mempunyai rasa seni ini menulis apa sahaja yang diucap olehku tanpa bantahan. Bagiku mereka sekadar menyambung rentak wartawan veteran zaman hitam putih. Tak ada rasa penghayatan seni, kalau pun bukan bercitra tinggi. Wartawan tidak berkualiti beginilah yang menyumbang biak pengarah tolol atau pengarah cerdik macam aku tetapi terus membuat filem tolol.

Ajaibnya selepas menyambut ulang tahun kelahiran ke-40 dua minggu lepas, kebanggaan sebagai sutradara unggul hilang entah ke mana. Rasa benci apabila surat khabar terus mengaitkan aku dengan filem-filem pecah panggung. Semuanya selepas seorang wanita menghantar pesanan dalam kotak mel berbunyi, Syukur menjengah usia 40, semoga tuan terus manfaatkan bakat untuk membina insan demi kesejahteraan umat."

Ucapan itu tajam macam sembilu. Pedihnya menghiris ulu hati. Aku terima sebagai sindiran kerana aku sebenarnya tidak pernah pun berkerja untuk membina insan. Aku tahu filem-filem pecah panggung lebih meruntuhkan daripada membina insan. Dulu aku akan kata, jangan salahkan aku, kalau aku tidak buat orang lain akan buat. Daripada orang lain buat lebih baik aku buat dan merebut kekayaan yang ada di depan mata.

Sebenarnya aku sendiri tidak tahu macam mana aku boleh menjadi pengarah filem. Cuma yang aku ingat mula-mula sekali aku terpaksa jadi pengarah bidan terjun bila pengarah asal bergaduh dengan penerbit.

Kutipan tiga hari pertama filem pertama arahanku sudah pecah panggung. Rekod yang belum pernah tercapai dalam sejarah filem Melayu sejak zaman kapitalis Shaw Brothers lagi. Saban hari surat khabar menyiarkan angka kutipan yang sentiasa bertambah, bukan sahaja sudah balik modal tetapi untung yang berlipat ganda.

Penerbit pula macam terhutang nyawa kepada aku. Kerana filem sulung itu dia menjadi jutawan filem yang boleh berjalan megah di hadapan penerbit yang jauh lebih senior. Dan bertambah banyaklah artis jelita yang boleh dikepitnya. Walaupun jiwa aku sedikit memberontak dalam dunia yang pura-pura dan busuk itu, tarikan duit membuatkan aku menjadi manusia yang paling toleran di dunia ini.

Dengan hasil filem pertama itu juga penerbit menghadiahkan aku sebuah Mercedes mata belalang. Sebenarnya berapa sangat harga kereta itu kalau dibandingkan dengan kutipan filemnya. Aku pun sudah lupa tujuan awalnya nak membuat filem cerdik untuk mencerdikkan penonton. Duit menjadikan aku gelap mata dengan janji kepada diri sendiri. Aku mulai belajar resipi filem Melayu lain yang berjaya untuk mengekalkan prestasi sebagai pengarah pecah panggung.

Hari demi hari aku makin tersasar. Aku mewajibkan adegan separa seks di atas katil, dalam kolam mandi atau dalam hutan sebagai pelaris. Oleh sebab kebanyakan pelakon wanita sanggup berbuat apa sahaja demi mengejar populariti, aku muncul sebagai pengarah yang dilabelkan paling berani oleh wartawan hiburan tempatan.

Mulanya aku teragak-agak dan malu-malu kucing juga untuk meyakinkan pelakon wanita melakonkan adegan separa seks. Sukacitanya jangkaanku meleset, mereka jauh lebih moden rupanya dalam hal ini. Malah mengalahkan keberanian pelakon Hollywood. Dan dengan bangganya menjawab; Syukur Alhamdulillah, saya berjaya melakonkan babak itu dengan baik," setiap kali diajukan soalan wartawan.

Jangkaan awalku tentang penapis filem juga meleset. Aku sering membayangkan adegan tersebut akan dipotong, namun sebaliknya apabila aku menulis surat panjang lebar menerangkan peri pentingnya babak itu. Sebenarnya aku sengaja adakan babak itu untuk memancing penonton tetapi kepada penapis aku kata kalau babak itu ditiadakan hancurlah jalan cerita. Logiknya, kalau tiada babak hitam, mana datangnya babak putih? Dan mereka akur dengan kepetahanku berhujah.

Kepada wartawan hiburan yang selalu bertanya tentang kecenderunganku mengadakan adegan seks, aku menyogok jawapan: Saya ikut skrip, kalau skrip kata kena buat saya kena patuh, lagi pun filem ini membawa mesej baik. Kalau nak bagi benda baik kena tunjuk yang buruk dulu."

Esoknya jawapan bodoh aku itu terpampang di akhbar. Beberapa pengarah lain turut membela aku seolah-olah kalau dilarang adegan itu industri filem Melayu akan bungkus. Kata mereka, industri filem banyak menyumbang kepada Kutipan Dalam Negara Kasar (KDNK). Kalau dilarang, tidak ada kebebasan berkarya dan menjurus kepada pemikiran jumud yang tidak sesuai dengan kriteria negara maju.

Apabila muncul demam filem adaptasi, penerbit memberi aku sebuah novel, katanya best seller di negara ini. Ulang cetak entah berapa kali. Khabarnya penulisnya sudah mengaut royalti beratus ribu ringgit, beli banglo secara tunai. Bab pertama sahaja cukup memualkan.Betapa seksa membaca novel seperti ini bagi pengagum Joseph Conrad dan Jane Austen seperti aku.

Bagaimanapun suatu hari aku terjumpa sebuah novel Melayu yang sangat memagut pemikiran. Dijual di sebuah kedai buku bertaraf lima bintang di ibu kota. Disusun sebaris dengan novel-novel lain dari luar negara. Karya penulis wanita, cara berfikirnya luar biasa. Watak Melayu di tangan penulis ini penuh kehebatan yang tidak pernah dicungkil. Aku tidak tahu apa latar belakangnya tetapi daripada pemikiran yang dihamparkan dalam novel itu dia seorang wanita Melayu Islam yang berani mendepani cabaran zaman.

Aku membeli, terus membaca semalaman kemudian catat perkara-perkara luar biasa dalamnya. Tiba-tiba aku terdetik untuk memfilemkan novel ini. Memanglah pada perkiraan matematik filem tidak akan mendapat sambutan pecah panggung.

Sudah beberapa kali aku menghubungi dia, tak berjawab. Suatu hari dia menjawab dan aku gembira bukan kepalang. Aku ajak dia berbincang untuk memilemkan novelnya. Dia ketawa. Sangkaku dia tentu setuju menerima tawaran daripada pengarah pecah panggung sepertiku.

Tapi tuan, dalam novel saya tak ada babak di atas katil. Lagi pun watak-wataknya semua sudah berusia, mana nak letak pelakon-pelakon genit tuan itu?" Darahku menyirap tatkala jawapan itu singgah ke telinga.

Aku terus memujuknya, dengan alasan aku sudah insaf dan tidak mahu lagi membuat filem seperti itu. Aku juga beritahu aku belajar membuat filem dari luar negara supaya dia yakin dengan kebolehanku. Namun dia tetap dengan keputusannya tidak mahu membenarkan novelnya difilemkan. Dia tidak yakin aku memelihara kemurnian karyanya apabila dijadikan filem. Aku katakan kepadanya, filem adaptasi adalah karya baru yang semestinya ada sudut pandangan baru.

Balasnya,Tuan, saya bukan bercakap tentang sudut pandangan. Saya bercakap tentang kebimbangan saya terhadap kejujuran tuan."

Aku tersedar apabila namaku dipanggil untuk naik ke pentas bersama penerbit. Tepukan bergema segenap ruang dewan. Aku dihulurkan trofi, di tepinya ditulis Sutradara Terbaik". Apabila mereka meminta aku memberikan sepatah dua kata, aku menjadi terlalu asing. Aku malu kepada diri sendiri kerana aku tahu filem itu sangat buruk.

Saya memulangkan trofi ini kerana saya belum layak menjadi sutradara terbaik," kata aku terketar-ketar dan terus ke belakang pentas. Dewan terus gemuruh dengan tepukan dan sorakan mendengar ucapan penerbit sambil mendakap trofi Filem Terbaik.

Telefon berdering dan masuk pesanan ringkas daripada penulis novel yang keras hati itu, Tuan membuat kerja gila tetapi saya suka."