kerja kursus sintaksis

32
1.0 Pengenalan Dalam pembentukan sebuah ayat, ia memerlukan kata. Seterusnya kata itu dirangkai dengan kata yang lain menjadi frasa, lalu frasa digabungkan dengan frasa lain menjadi klausa atau ayat. Oleh itu, ayat dibentuk bermula daripada penyusunan perkataan-perkataan untuk membentuk frasa, klausa dan ayat. Bahagian atau cabang dalam linguistik yang mengkaji pembentukan ayat inilah yang dikenal sebagai sintaksis. Asal usul perkataan “sintaksis” ini berasal daripada perkataan Yunani, iaitu “sun” yang bererti “dengan” dan “tattein” yang bererti “menempatkan bersama-sama”. Oleh itu, secara etimologi, sintaksis dapat diertikan sebagai “menempatkan kata-kata secara bersamasama untuk menjadi kelompok kata atau ayat”. Kata “suntattein” kemudian dikenali sebagai “syntaxis” dalam bahasa Belanda dan “syntax” dalam bahasa Inggeris. . Menurut istilah pula, sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat (Nik Safiah Karim er al.,.,1993:317). Bagi Abdullah Hassan (1980:164) pula, sintaksis merupakan istilah untuk mengkaji pembentukan ayat, iaitu bagaimana morfem dan kata disusun menjadi unit sintaksis yang kecil iaitu frasa atau menjadi klausa dan ayat merupakan unit yang terbesar. 2.0 Konsep Frasa Dalam Binaan Ayat Bahasa Melayu Menurut Za’ba (1965), frasa dianggap sebagai rangkai kata. Abdullah Hassan (2002:233) pula menyatakan frasa itu sebagai sekumpulan perkataan. Menurut Nik Safiah Karim (1993:416), frasa ialah unit yang terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan atau satu perkataan yang 1

Upload: rohana-jalil

Post on 19-Nov-2015

553 views

Category:

Documents


26 download

DESCRIPTION

kertas kerja sintaksis

TRANSCRIPT

1.0 Pengenalan

Dalam pembentukan sebuah ayat, ia memerlukan kata. Seterusnya kata itu dirangkai dengan kata yang lain menjadi frasa, lalu frasa digabungkan dengan frasa lain menjadi klausa atau ayat. Oleh itu, ayat dibentuk bermula daripada penyusunan perkataan-perkataan untuk membentuk frasa, klausa dan ayat. Bahagian atau cabang dalam linguistik yang mengkaji pembentukan ayat inilah yang dikenal sebagai sintaksis. Asal usul perkataan sintaksis ini berasal daripada perkataan Yunani, iaitu sun yang bererti dengan dan tattein yang bererti menempatkan bersama-sama. Oleh itu, secara etimologi, sintaksis dapat diertikan sebagai menempatkan kata-kata secara bersamasama untuk menjadi kelompok kata atau ayat. Kata suntattein kemudian dikenali sebagai syntaxis dalam bahasa Belanda dan syntax dalam bahasa Inggeris. . Menurut istilah pula, sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat (Nik Safiah Karim er al.,.,1993:317). Bagi Abdullah Hassan (1980:164) pula, sintaksis merupakan istilah untuk mengkaji pembentukan ayat, iaitu bagaimana morfem dan kata disusun menjadi unit sintaksis yang kecil iaitu frasa atau menjadi klausa dan ayat merupakan unit yang terbesar.

2.0 Konsep Frasa Dalam Binaan Ayat Bahasa MelayuMenurut Zaba (1965), frasa dianggap sebagai rangkai kata. Abdullah Hassan (2002:233) pula menyatakan frasa itu sebagai sekumpulan perkataan. Menurut Nik Safiah Karim (1993:416), frasa ialah unit yang terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan atau satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Daripada pendapat ahli bahasa tersebut, frasa terdiri daripada bentuk-bentuk perkataan yang disusun menjadi rangkai katan. Iaitu kata inti yang menjadi unsur utama dalam binaan frasa dapat diperluas menjadi unsur yang mengandungi dua perkataan atau lebih. Peluasan boleh dilakukan dengan pelbagai cara sama ada di sebelah depan mahupun di belakang atau kedua-duanya.Contoh :guru - seorang guru / guru besar - seorang guru besar

3.0Proses pembentukan Frasa NamaFrasa nama menurut Nik Safiah Karim er al.,. (1993:556) ialah frasa yang perkataanutamanya terdiri daripada kata nama, kata nama terbitan atau kata ganti nama.

ContohCatatan

Ahmad anak saya Kata nama khas

Pembunuh itu ada di dalam penjara Kata nama terbitan

Dia adalah kekasih saya.Kata ganti nama

Di dalam proses pembentukan frasa nama ini, terdapat dua proses pembentukan utama, iaitu inti + penerang, dan Inti + inti.

3.1Proses pembentukan Frasa Nama : Inti + PenerangBinaan frasa nama yang terdiri daripada inti + penerang ialah binaan kata nama yang menjadi inti hadir di depan, manakala penerangnya hadir pada kedudukan selepasnya. Satu perkataan adalah inti bagi keseluruhan frasa nama itu, sementara perkataan lain adalah penerang. Inti adalah unsur yang diberi penumpuan makna mewakili seluruh frasa itu dari segi makna, sementara penerang merupakan unsur yang menerangkan makna dalam inti itu.Contoh: Frasa nama subjekpredikat

Inti penerang

1. Guru sekolah agama itu kawan saya.

Frasa nama yang mengandungi unsur-unsur yang mempunyai hubungan inti + penerang boleh terbentuk daripada jenis-jenis hubungan berikut:I. Inti + penerang namaII. Inti + penerang bukan nama

3.1.1 Proses Pembentukan Frasa Nama : Inti + Penerang Nama Semua binaan dari jenis ini, unsur terdiri daripada kata nama; iaitu intinya terdiri daripada kata nama dan penerangnya juga daripada kata nama. Kata nama yang boleh mengisi unsur penerang adalah penerang nama keturunan, penerang nama jenis, penerang nama penyambut, penerang nama kegunaan, penerang nama kelamin, penerang nama tempat, penerang nama arah, penerang nama anggota badan, penerang nama tenaga penggerak, penerang nama perihal atau perkara, penerang nama milik, penerang nama khas, dan penerang nama panggilan atau gelaran. Penerang-penerang nama ini memberikan keterangan lanjut tentang aspek aspek tertentu kepada kata nama.

a) Inti + penerang nama keturunanPenerang nama keturunan menerangkan aspek salasilah pada inti kata nama.Contoh:Inti Penerang Nama Keturunan

1. orang Melayu

b) Inti + penerang nama jenisPenerang nama jenis ini menerangkan jenis- jenis tertentu bagi nama- nama itu.Contoh:Inti Penerang Nama Jenis

1. HarimauAkar

c) Inti + penerang nama penyambutPenerang nama penyambut menerangkan perkara atau benda yang menjadi objek atau penyambut kepada alat atau pelaku yang ada pada inti.Contoh:Inti ( sebagai alat atau pelaku)Penerang Nama Penyambut

1. pemandubas

d) Inti + penerang nama kegunaanPenerang nama kegunaan ialah unsur yang menerangkan makna fungsi atau peranan kepada inti. Contoh :IntiPenerang Nama Kegunaan

1. minyak pelincir

e) Inti + penerang nama kelaminPenerang nama kelamin ialah nama yang menerangkan jenis jantina bagi inti.

IntiPenerang Nama Kelamin

1. ayamjantan

f) Inti + penerang nama tempatPenerang nama tempat ialah unsur yang menerangkan lokasi bagi inti.Contoh:IntiPenerang Nama Tempat

1. anakPahang

g) Inti + penerang nama arahPenerang nama arah ialah unsur yang menerangkan hala bagi inti. Contohnya:IntiPenerang Nama Arah

1. kawasan Timur

h) Inti + penerang nama anggota badanPenerang nama anggota badan menerangkan bahagian tubuh badan yang berkaitan dengan inti. Contohnya:IntiPenerang Nama Anggota Badan

1. barah Otak

i) Inti + penerang nama tenaga penggerakUnsur yang menyatakan daya yang menggerakkan benda dalam inti. Contohnya:IntiPenerang Nama Anggota Badan

1. dapur elektrik

j) Inti + penerang nama milikPenerang nama milik menerangkan makna kepunyaan bagi benda dalam inti. Contohnya:IntiPenerang Nama Milik

1. kedai saya

k) Inti + penerang nama khasPenerang nama khas ialah jenis perkataan yang merujuk kata nama khas bagi menerangkan inti. Contohnya:Intia) Penerang Nama Khas

1. SungaiPahang

l) Inti + penerang nama perihal atau perkara Unsur yang menerangkan hal atau perkara tentang inti. Contohnya:IntiPenerang Nama Perihal Atau Perkara

1. Bilik Mesyuarat

m) Inti + penerang nama panggilan atau gelaranUnsur yang merujuk nama julukan atau penghormatan kepada makhluk atau benda. Contoh:Penerang Nama Panggilan Atau GelaranInti

1. Tan Sri Rohana

3.1.2Proses Pembentukan Frasa nama : Inti + Penerang Bukan NamaInti + penerang bukan nama Frasa nama juga boleh terbentuk daripada inti yang menerima penerang bukan daripada jenis kata nama. Penerang bukan nama terdiri daripada penerang- penerang yang dibentuk oleh perkataan yang bukan daripada kelas kata nama seperti penerang penentu, penerang kata kerja atau akar kata kerja, penerang kata adjektif, penerang kata adverba, penerang frasa sendi nama, dan penerang bilangan ordinal.a. Inti + penerang penentuPenerang penentu ialah unsur yang memberikan sifat ketentuan kepada kata nama dan kedudukannya boleh di hadapan atau di belakang inti. Ada dua golongan penerang penentu iaitu penentu hadapan dan penentu belakang. a) penentu hadapanPenentu hadapan ialah unsur-unsur yang hadir dihadapan kata nama, dan unsur-unsur itu terdiri daripada kata bilangan yang boleh dikuti oleh penjodoh bilangan, seperti yang terdapat di dalam contoh berikut.Penentu hadapanInti

BilanganPenjodoh Bilangan

1. beberapapucuk senapang

Kata abstrak tidak boleh menerima penjodoh bilangan, misalnya *sebuah keberanian. Beberapa kata bilangan jenis tak tentu misalnya semua, segala, sedikit dan selainnya tidak boleh diikuti oleh penjodoh bilangan.

II)Penentu belakangPenentu belakang ialah unsur-unsur yang hadir sesudah kata nama, dan unsur-unsur itu terdiri daripada penentu itu dan ini. Contoh:IntiPenentu Belakang

calonini

b. Inti + penerang kata kerja atau akar kata kerjaPenerang kata kerja atau akar kata kerja umumnya menerangkan perlakuan kepada inti. Contohnya:IntiPenerang Kata Kerja

1. kedai 2. tualaGuntingmandi

c. Inti + penerang kata adjektifPenerang kata adjektif ialah unsur yang menerangkan makna sifat bagi inti. Contoh:IntiPenerang Kata Adjektif

1. kulit 2. emas Putihtulen

d. Inti +penerang kata adverbaPenerang kata adverb ialah unsur yang menerangkan cara atau masa bagi kata nama inti. Contoh:IntiPenerang Kata Adverba

1. masa serentak

e. Inti +penerang frasa sendi namaPenerang frasa sendi nama ialah unsur- unsur yang mengandungi kata sendi nama diikuti kata nama atau frasa nama dan mendukung antaranya makna tempat, waktu, bahan asal dan matlamat. Inti

Penerang Kata Frasa Sendi Nama

Nama SendiNama

1. rumah2. hadiahDidaripadaKampongkakak

f. Inti +penerang bilangan ordinalPenerang bilangan ordinal ialah kata bilangan yang menunjukkan kedudukan dari segi urutan bilangan. Unsur-unsur ini hadir sesudah inti.

IntiPenerang Bilangan Ordinal

1. tempat2. rukunPertamakelima

3.2Proses pembentukan Frasa Nama ( Inti dan Inti )Proses pembentukan Frasa Nama ( Inti dan Inti ) tidak mempunyai unsur penerang. Makna keseluruhan frasa nama itu telah didukung oleh kedua-dua kata nama inti. Binaan jenis ini tidak mempunyai makna penerang. Dua golongan frasa nama dari jenis inti+ inti adalah inti + inti sama erti dan inti+ inti lawan erti.

3.2.1Frasa nama : Inti +Inti Dengan Maksud Sama ErtiPerkataan- perkataan yang mengisi kedua-dua inti dalam binaan frasa nama demikian membawa makna sama erti, iaitu semacam ulangan. ContohnyaIntiInti

1. tubuhbadan

3.2.2Frasa nama : Inti +Inti Dengan Maksud Lawan ErtiPerkataan- perkataan yang mengisi kedua-dua inti dalam binaan frasa nama jenis ini membawa maksud yang berlawanan. Contohnya:IntiInti

1. kerusimeja

3.3Tugas Frasa Nama Kedudukan frasa nama dalam ayat :i- Sebagai subjek : Dia sedang tidurii- Sebagai predikat : Bapa Ali pensyarahiii- Sebagai objek : Kakak menanak nasiiv- Sebagai pelengkap : Ahmad menjadi pelajar contohv- Sebagai unsur dalam Frasa sendi nama : Abang ke Setiawan

4.0Pembentukan Frasa KerjaFrasa kerja terdiri daripada dua jenis iaitu frasa kerja yang tidak mengandungi objek dan Frasa kerja yang mengandungi objek. Frasa kerja yang tidak mengandungi objek kata kerjanya tidak perlu disambut oleh sesuatu frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya. Frasa kerja yang demikian mengandungi kata kerja tak transitif. Sementara Frasa kerja yang mengandungi ayat objek pula,kata kerjanya mesti disambut oleh frasa nama sebagai objek untuk melengkapkan kata kerjanya. Frasa kerja yang demikian mengandungi kata kerja transitif. Di bawah ditunjukkan contoh frasa kerja tanpa dan frasa kerja dengan objek.

A) Contoh ayat mengandungi frasa kerja tanpa objek.SubjekFrasa kerja

Kata bantu Kata kerja Keterangan

1. Ali2. Mereka3. Hujan-sedang-menang.tidur.turun.--dengan lebatnya.

Walaupun kata kerja tidak mempunyai frasa nama sebagai objek, namun unsur- unsur lain iaitu kata bantu dan unsur keterangan boleh hadir bersama-samanya.

B) Contoh ayat yang mengandungi frasa kerja dengan objek.SubjekFrasa kerja

Kata Kerja Objek Keterangan

4. Kami 5. Ahmad6. Budak itumakan menjalankan membacaayam goreng itu.tugasnyabuku.-dengan baik.

Di dalam frasa kerja dengan objek boleh juga hadir unsur-unsur kata bantu dan keterangan .

4.1Binaan Frasa Kerja Tanpa ObjekFrasa kerja yang tidak mengandungi frasa nama sebagai objek terdiri daripada satu jenis kata kerja sebagai intinya, yang disebutkan kata kerja tak transitif. Kata kerja tak transitif adalah sejenis kata kerja yang tidak perlu disambut oleh sebarang frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya. Ada tiga jenis kata kerja tak transitif iaitu kata kerja tak transitif yang tidak menerima unsur pelengkap, kata kerja tak transitif yang dapat menerima pelengkap, dan kata kerja tak transitif yang diikuti oleh kata nama sebagai penerang.

4.1.1Kata Kerja Tak Transitif Tanpa PelengkapKata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap tidak memerlukan apa-apa unsur sebagai pelengkap. Contohnya:1. Pelajar-pelajar bergotong-royong.2. Padi menguning.3. Pokok itu tumbang.Kata erja tak transitif tanpa pelengkap adalah kata kerja yang mempunyai makna sempurna.

4.1.2 Kata Kerja Tak Transitif Dengan PelengkapKata kerja tak transitif dengan pelengkap ialah kata kerja yang tidak mempunyai makna yang lengkap sekiranya tidak diikuti oleh unsur pelengkap. Unsur-unsur pelengkap itu bukanlah objek kerana ayatnya tidak boleh dipasifkan. Contoh kata kerja tak transitif ialah beransur, tinggal, menjadi, berbuat, ada, berbantalkan, bertilamkan. Unsur-unsur yang menjadi pelengkap boleh dibahagikan kepada tiga iaitu kata adjektif sebagai pelengkap, frasa sendi nama sebagai pelengkap, dan kata nama sebagai pelengkap.

a) kata adjektif sebagai pelengkap Pelengkap kata adjektif seperti genting, beransur, miskin, jahat dan selainnya hadir sesudah kata kerja tak transitif untuk melengkapnya. Contohnya:1. Ayah beransur pulih.2. Kerjaya ni bertambah kukuh. b) Frasa sendi nama sebagai pelengkapFrasa sendi nama sebagai pelengkap yang hadir selepas kata kerja tak transitif mendukung makna tempat sebagai unsur- unsur yang melengkapkan kata kerja tak transitif. Contoh kata kerja tak transitif ialah berada, menetap, membelok dan lain-lain lagi. Contoh ayat:1. Mereka berada di Kuala Lumpur.2. Saya tinggal di kampung.

c) Kata nama sebagai pelengkapAda kata kerja tak transitif tertentu yang mesti diikuti oleh pelengkap kata nama. Pelengkap yang demikian boleh dibezakan daripada kata nama sebagai objek atas dasar pelengkap tidak boleh dijadikan subjek dalam ayat pasif. Da dua kumpulan kata kerja taktransitif yang memerluka pelengkap demikian. Pertama, kata kerja yang berimbuhan ber-kan. Contohnya.1. Dia berbantalkan lengan.2. Pak kaduk berbajukan kertas.Kata kerja tak transitif kumpulan kedua yang boleh diikuti oleh kata nama sebagai pelengkap ialah menjadi dan ada. Contohnya:1. Dia menjadi guru.2. Orang itu ada harta.

4.1.3Kata Kerja Tak Transitif Dengan Kata Nama Sebagai PenerangKata Nama Sebagai Penerang yang mengikuti kata kerja tak transitif bukanlah objek kerana ayat yang mengandunginya tidak boleh dipasifkan. Kata nama itu hanya menjadi penerang bagi kata kerja tak transitif dan bukanlah pelengkap kerana kata nama penerang boleh ditiadakan tanpa merosakkan kesempurnaan kata kerja demikian.SubjekFrasa kerja

Kata Kerja Penerang

1. Lelaki ituberseluarJean.

4.2Binaan Frasa Kerja Dengan ObjekFrasa Kerja yang mengandungi frasa nama sebagai objek ialah yang dibentuk oleh kata kerja transitif sebagai intinya dan frasa nama yang mengikuti kata kerja itu sebagai objek atau penyambutnya. Ayat-ayat yang mengandungi frasa nama itu sebagai objek atau penyambut itu boleh dipasifkan. Contohnya:-

1) Kami makan ayam goreng itu. Ayam goreng itu kami makan.----- ayat yang telah dipasifkan.2) Pemburu menembak harimau itu dengan senapangnya.Harimau itu ditembak oleh pemburu dengan senanpangnya.(ayat yang telah dipasifkan)Perkataan perkataan yang condong dalam ayat di atas menjadi subjek atau unsur yang diterangkan dalam ayat yang telah dipasifkan. Frasa kerja yang mengandungi frasa nama sebagai objek boleh dibahagikan kepada dua jenis. Iaitu:1. Frasa kerja yang mengandungi satu objek.2. Frasa kerja yang mengandungi dua objek.

4.2. 1Frasa Kerja Dengan Satu ObjekFrasa kerja dengan satu objek adalah seperti yang terdapat dalam ayat-ayat berikut : 1. Saya menjawab surat itu.2. Mesin itu mengepam air.Terdapat sejumlah perkataan yang berbentuk kata kerja tetapi membawa makna adjektif. Perkataan ini boleh menerima kata penguat, dan frasa nama yang mengikutinya dan boleh digugurkan. Contohnya:1. Filem itu sungguh menyeramkan ( Kami )2. Keputusannya amat mengembirakan ( saya)3. Betulkah peristiwa tadi sangat menakutkan anda?Ayat yang frasa kerjanya menerima objek yang terdiri daripada orang pertama secara pilihan boleh digugurkan.Sementara ayat yang mengandungi objek yang terdiri daripada orang kedua dan ketiga tidak boleh digugurkan kerana kalau digugurkan ini mengandaikan objek yang digugurkan ialah orang pertama.4.2. 2Frasa Kerja Dengan Dua ObjekFrasa kerja yang dibentuk oleh kata kerja transitif sebagai intinya boleh mengandungi dua frasa nama yang menjadi objek kepada kata kerja itu. Objek-objek ini mempunyai fungsi yang berbeza beza dan boleh disebut sebagai objek tepat dan objek sipi. Objek tepat ialah objek yang menjadi penyambut secara langsung kepada kata kerjanya, sementara objek sipi ialah yang tidak menjadi penyambut secara langsung kepada kata kerjanya. Pabila ayat ini dipasifkan hanya frasa nama yang menjadi objek tepat akan mengalami penjudulan iaitu menjadi subjek atau unsur yang diterangkan. Contoh seperti berikut:1. Ahmad menghadiahi Ali buku.2. Ali dihadiahi buku oleh Ahmad.Apabila susunan ayat yang mengandungi dua objek diubah dengan memasukkan frasa sendi nama ,maka ayat-ayat yang terhasil akan hanya mengandungi satu objek. Contohnya:1. Dia mencarikan isterinya buah nangka.ayat yang mengandungi 2 objek.2. Dia mencari buah nangka untuk isterinya.-----ayat yang mengandungi I objek.Frasa kerja satu objek dan dua objek boleh mengandungi unssur-unsur yang lain di dalam binaan iaitu kata bantu dan unsur keterangan.4.3Tugas Frasa KerjaDi dalam binaan ayat, frasa kerja dapat berfungsi sebagai :a- PredikatContoh : Kereta itu meluncur laju.b- SubjekContoh : Membaca menambahkan ilmu.c- PelengkapContoh : Ahmad sudah berhenti merokok.d- KeteranganContoh : Mereka baru pulang berkelah.e- PenerangContoh : Tugas mengajar kerja yang mulia.f- ObjekContoh : Kami akan mencuba melakukan tugas itu.

5.0Binaan Frasa Adjektif : Unsur Pengisi Frasa AdjektifFrasa adjektif boleh terdiri daripada satu perkataan adjektif sahaja atau deretan perkataan yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat , sama ada di hadapan atau di belakangnya. Perhatikan contoh-contoh di bawah ini:

Kata BantuPenguatKata AdjektifPenguat

-

sudah-Masih-terlalu--agakPandainakalbesarjahatkecil---betul-

Inti frasa adjektif terletak pada kata adjektif. Bahagian inti pula terdiri daripada dua jenis,mengikut binaannya: Binaan itu adalah Binaan satu perkataan dan binaan dua perkataan.

5.1Binaan Satu PerkataanBinaan terdiri daripada satu kata adjektif seperti rajin,tinggi, nakal, dan lain-lain. Contoh contoh dibawah:1. Pelayan kedai Pak Ali rajin.2. Kawan-kawan Ahmad cerdik.Contoh dia atas adalah contoh kata adjektif yang tediri daripada satu kata dasar.,iaitu perkataan tanpa imbuhan. kata adjektif yang tediri daripada perkataan berimbuhan.Misalnya :1. Minah tidak sepandai adiknya.2. Dalam darjah ini markah Ahmadlah yang terbaik.5.2Binaan dua perkataanBinaan jenis ini terdiri dua perkataan, iaitu:a) Kata Adjektif + Kata Adjektifb) Kata Adjektif + Kata NamaCantuman kata adjektif dengan kata adjektif atau kata adjektif dengan kata naa membentuk konstituen baharu dengan makna baharu. Di bawah ini dibincangkan binaanadjektif yang terdiri daripada dua perkataan.

A. Binaan kata adjektif + kata adjektifBinaan adjektif yang terdiri daripada kata adjektif + kata adjektif boleh terdiri daripada:a) Dua kata adjektif yang menekankan keserasian makna.Contohnya I. riang-gembira,II. letih lesub) Dua kata adjektif yang yang maknanya berlawanan. Contohnya:I. tinggi rendahII. pahit manisc)Deretan dua kata adjektif denan perkataan yang kedua digunakan oleh sebab unsur rima,yakni keindahan bunyi. Contohnya:I. tinggi lampaiII. gemok gedempolB. Binaan kata adjektif + kata namaBinaan kata adjektif yang terdiri daripada kata adjektif + kata nama mengandungi kata adjektif yang menjadi inti frasa denga kata nama sebagai penerangnya. Binaan kata adjektif jenis ini boleh terdiri daripada:a) Frasa adjektif yang membawa maksud keserupaan.Contohnya:I. merah jambuII. hijau daunIII. biru lautb) Frasa adjektif yang membawa maksud kiasan. Contohnya:I. panjang tangan II. besar kepala

5.3Tugas Frasa adjektifDalam binaan ayat, frasa adjektif boleh berfungsi sebagai :a- PredikatFrasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat membentuk pola ayat dasar FrasaNama + Frasa Adjektif (FN+FA).Frasa Nama (FN) Frasa Adjektif (FA)Rumah itu besarAhmad amat pemurahPerasaannya sentiasa gelisahb- PelengkapFrasa adjektif boleh menjadi unsur yang melengkapkan Kata Kerja Tak Transitif .

Contoh :i- Nenek bertambah sihat.ii- Lelaki itu bertubuh sasa.c- PenerangKehadiran frasa adjektif sebagai penerang berada di belakang kata nama. Kataadjektif memberikan keterangan yang lebih khusus tentang sesuatu frasa nama dalamayat.Contoh :i- Kasut hitam amat cantik sekali.ii- Komputer abang komputer baharu.d- Kata KeteranganIa terletak selepas frasa kerja.Contoh :i- Bayi itu tidur lena.ii- Burung terbang amat tinggi.e- Subjek

Frasa adjektif boleh menjadi subjek dalam ayat. Tetapi kata adjektif tersebutmengambil tugas kata nama.Contoh :i- Hitam itu menawan.ii- Kuat lambang kelakian.

6.0Binaan Frasa Sendi Nama Frasa sendi nama boleh terbentuk daripada salah satu binaan berikut:I) Kata Sendi Nama + Frasa NamaII) Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa NamaIII) Kata Sendi Nama + + Frasa Nama + Frasa KeteranganIV) Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa Nama + Frasa Keterangan

6. 1 Kata Sendi Nama + Frasa NamaKata Sendi Nama dalam frasa sendi nama wujud sebagai perkataan yang letaknya di hadapan suatu frasa nama. Contohnya seperti yang terdapat dalam rajah berikut:Frasa Sendi Nama

Kata Sendi NamaFrasa Nama

dikesejakbagi Jambatansekolah rendahzaman dulukanak-kanak cacat

6. 2 Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa NamaKata sendi nama dalam frasa sendi nama wujud juga sebagai perkataan yang letaknya di hadpan frasa nama yang didahului oleh kata arah. Namun begitu frasa sendi nama boleh juga wujud tanpa kata arah. Contoh: Frasa Sendi Nama

Kata Sendi NamaFrasa Nama

Kata ArahKata Nama

dariuntukhujungluarbalainegara

6. 3 Kata Sendi Nama + Frasa Nama+ Frasa KeteranganFrasa sendi nama terbentuk apabila frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu diikuti keterangan, sebagai unsur frasa pilihan. Contohnya: Frasa Sendi Nama

Kata Sendi NamaFrasa Nama

Kata ArahFrasa Keterangan

darikedenganJohornegeri Jepunrombongannyadengan bapanyapada tahun lalupada sepanjang hari

6. 4 Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa Nama + Frasa KeteranganFrasa sendi nama juga terbentuk daripada kats sendi nama diikuti oleh kata arah, frasa nama dan frasa keterangan. Contohnya seperti yang terdapat dalam rajah berikut:Frasa Sendi Nama

Kata Sendi NamaKata ArahFrasa NamaFrasa Nama Keterangan

kedaridi selatanbelakangatasnegeri Jermanrumahpangkuan ibupada musim panasdengan cara tiba-tibasaban hari

6.5Tugas Frasa sendi namaa- PredikatFrasa sendi ini hadir bersama subjek di dalam ayat.Contoh :i- Pelajar itu di dalam kelas.ii- Ibu ke London.b- KeteranganFrasa sendi nama boleh hadir di dalam ayat sebagai :1- Unsur keterangan pada frasa namaContoh :Bas dari Seremban rosak.2- Unsur keterangan pada frasa kerjaContoh :Kami pergi ke selatan negeri Johor.3- Unsur keterangan pada frasa adjektifContoh :Dia kurus daripada saya.

4- Unsur keterangan pada frasa kata sendiContoh :Berita kemenangan itu disebarkan dari daerah ke daerah.c- SubjekFungsi subjek biasanya diisi oleh frasa nama. Namun subjek juga boleh diisi oleh Frasasendi nama tetapi berfungsi sebagai frasa nama.Contoh :i- Ke Mekah tidak mudah.ii- Dari sini adalah jauh.

7.0Klausa Dalam Binaan AyatKonsep KlausaMenurut Asmah Hj. Omar (1982:314) menyatakan bahawa klausa ialah unit di atasfrasa dan di bawah ayat. Oleh itu, klausa adalah lebih kecil daripada ayat dan lebih besar daripada frasa dan perkataan. Dalam Tatabahasa Dewan (1993:415), klausa merupakan satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat dan menjadi konstituen kepada ayat.

7.1Jenis KlausaKlausa dapat dibahagikan kepada dua jenis berdasarkan peranannya dalam ayat, iaitu:a- Klausa bebasDisebutkan di dalam Tatabahasa Dewan (1993:415), klausa bebas adalah klausa yangboleh berdiri sendiri dan boleh bersifat ayat lengkap apabila diucapkan dengan intonasiyang sempurna. Klausa bebas juga tidak menggunakan kata hubung untuk membentuk sebuah ayat yang lengkap. Selain itu, semua ayat tunggal adalah klausa bebas.Contoh :Saya pergi ke sekolah.Contoh di atas apabila dibacakan dengan intonasi yang sempurna dan betul, klausatersebut menjadi ayat lengkap.

b- Klausa tak bebasKlausa jenis ini tidak dapat berdiri sendiri dan memerlukan klausa lain untukmelengkapkannya. Klausa ini tidak berpotensi untuk menjadi ayat tunggal. Oleh itu klausa tak bebas terikat kepada klausa bebas dalam binaan ayat majmuk dan menjadi sebahagian daripada binaan yang lebih besar.Contoh :Aminah pergi ke pasar untuk membeli sayur.Ayat di atas terdiri daripada dua klausa, iaitu Aminah pergi ke pasar sebagai klausa bebas, dan untuk membeli sayur adalah klausa tak bebas. Klausa tak bebas ini merupakan klausa yang tidak lengkap dan menjadi sebahagian daripada klausa bebas sebelumnya. Kata untuk merupakan kata hubung di antara kedua-dua klausa ini.7.2 Ciri-ciri KlausaTerdapat beberapa ciri-ciri klausa, iaitu :a- Klausa Belum Memiliki Intonasi atau Tanda Baca TersebutJika dibandingkan antara klausa dan ayat, klausa tidak memiliki intonasi sedangkan ayatmewajibkan intonasi sebagai syarat sesebuah ayat. Di dalam tulisan, klausa tidak diawali dengan huruf besar dan tidak diakhiri dengan tanda noktah, tanda Tanya dan tanda Seru berbandingkan dengan ayat yang diawali huruf besar dan diakhiri dengan tanda noktah, tanda Tanya dan tanda Seru. Oleh sebab itu, klausa juga dikenali sebagai ayat tanpa intonasi.Contoh :i- lelaki itu makan nasi (klausa)ii- Lelaki itu makan nasi. (ayat)

b- Klausa Merupakan Unsur Pembentuk AyatDalam ayat tunggal, seluruh binaan ayat diisi oleh sebuah klausa. Dalam ayat majmukpula dua buah klausa atau lebih membentuk ayat majmuk tersebut.Contoh :i- Surani pergi ke pasarii- Surani pergi ke pasar ketika hari tidak hujan.c- Klausa Mengandungi PredikatDari segi binaan, klausa mengandungi predikat, sedangkan frasa tidak.Contoh :i- rumah kecilii- rumah itu kecilBinaan ayat (i) bukanlah klausa kerana hubungan unsur rumah dan kecil tidak bersifat predikatif. Sebaliknya binaan ayat (ii) merupakan sebuah klausa kerana hubungan unsur rumah itu yang berfungsi sebagai subjek dan kecil berfungsi sebagai predikat.d- Klausa Menjadi Konstituen Frasa dalam Ayat MajmukKlausa boleh menjadi unsur frasa yang berfungsi sebagai subjek atau predikat dalam ayat majmuk. Dengan demikian, klausa dapat berfungsi pada frasa tertentu dalam ayat.8.0Penganalisisan Pengunaan Frasa dan Klausaa) Bulan depan kami akan dikunjungi pemimpin parti tersebut.Yat ini ialah ayat pasif transitif susunan songsang terbahagi kerana sebahagian predikat ayat telah mengalami proses pendepanan dalam ayat. Ayat ini berasal daripada ayat susunan biasa, iaitu Daerah kami akan dikunjungi pemimpin parti tersebut bulan depan. Ayat ini mengandungi satu subjek dan satu predikat. Subjek ayat terdiri daripasa frasa nama manakala predikatnya terdiri daripada frasa kerja, iaitu frasa kerja transitif. Frasa nama dalam subjek ayat ini terbina daripada kata nama daerah yang berfungsi sebagai kata inti. Frasa kerja transitif dalam predikat ayat terbina daripada kata kerja transitif dikunjungi dan diikuti frasa nama sebagai objek atau penyambut iaitu pemimpin. Kata kerja transitif dalam predikat ayat didahului oleh kata bantu aspek akan . Pemimpin parti adalah frasa nama inti + dan penerang nama perihal atau perkara yang menerangkan perihal perkara tentang inti iaitu pemimpin parti adalah penerang keterangan di dalam predikat .Ayat ini boleh ditransformasikan kepada Pemimpin parti tersebut akan mengunjungi daerah kami bulan depan.

b) Hasil padinya berguni-guni di dalam kepuk itu.Ayat ini adalah susunan biasa. Ayat ini terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Hasil padinya berguni-guni adalah subjek dan di dalam kepuk itu adalah penerang. Frasa berguni-guni adalah frasa nama yang terdiri daripada kata nama yang merujuk kepada bilangan yang banyak.

c) Dengan segeranya kami laksanakan perintah yang kami terima itu.

Ayat majmuk pancangan relatif pasif ganti nama diri pertama susunan songsang terbahagi. Ayat susunan biasa ialah :-Perintah yang kami terima itu kami laksanakan dengan segeranya. Predikat ayat denan segeranya telah di hadapan dan diikuti oleh predikat klausa kami laksanakan yang di hadapan juga selepas frasa sendi nama dengan segeranya. Ayat ini mengandungi satu klausa utama atau ayat induk dan satu klausa tidak bebas atau ayat kecil.Ayat induk / klausa bebas- Perintah itu kami laksanakan dengan segeranya.Ayat kecil / Klausa tak bebas : (perintah ) yang kami terima Ayat induk mengandungi subjek Perintah itu diikuti predikat kami laksanakan dengan segeranya. Pola ayat induk ialah Frasa Nama dan Frasa Kerja pasif. Frasa nama terdiri terdiri daripada kata nama perintah diikuti kata penentu itu. Frasa kerja pasif kata ganti nama diri pertama terdiri daripada kami laksanakan diikuti oleh frasa sendi nama dengan segeranya keterangan masa atau waktu.Klausa tak bebas terbina daripada konstituen subjek Perintah yang digantikan denan kata hubung relatif yang nkerana dipancangkan dalam ayat induk selepas Frasa Nama subjek. Predikat ayat ialah Frasa Kerja pasif. Pola ayat ini ialah Frasa Nama dan Frasa Kerja. Frasa nama subjek terbina daripada kata nama perintah (yang) dan Frasa Kerja pasif kata ganti nama diri pertama kami terima. Fungsi kalausa dalam ayat ini ialah sebagai Frasa Nama subjek. Ayat ini boleh ditransformasikan kepada ayat majmuk pencangan relatif Frasa Nama Objek susunan biasa seperti berikut: Kami melaksanakan perintah yang kami terima itu dengan segeranya.

d) Di seluruh Negara orang sibuk memperkatakan kenaikan harga barangan.

e) Ke mana-mana sahaja pengedar dadah itu terus diburu polis.

f) Saya jelaskan kepadanya bahawa pemimpin itu tidak amanah terhadap rakyatnya.

g) Kawasan kediamannya itu bagaimana keadaannya.Subjek dan predikat berbentuk klausa subjek terdiri daripada frasa nama kawasan kediamannya itu manakala predikat terdiri daripada klausa bagaimana yang disongsangkan. Klausa susunan biasa ialah keadaannya bagaimana? Konstituen subjek terdiri daripada kata nama inti kawasan, diikuti oleh kayta nama inti kawasan, diikuti oleh nama diri ketiganya yang berfungsi sebagai penerang kepada kata nama inti. Kawasan dalam frasa nama juga terdapat kata penentu.Klausa terdiri daripada subjek keadaannya, iaitu frasa nama.Predikat klausa terdiri daripada kata ganti nama diri Tanya bagaimana.frasa nama diikuti kata ganti nama diri ketiga nya sebagai sebagai penerang kepada keadaan. Sebagai pedikat fungsi klausa dalam ayat ini. Yat ini boleh ditransformasikan kepada ayat yang berikut:Bagaimanakah keadaannya kawasan kediamannya itu.

h) Penduduk di situ berpendapat bahawa kediaman mereka tidak selamat.

i) Pihak polis menerangkan bahawa pendatang asing itu telah melarikan diri.

j) Kakitangan pejabat itu mendapat pengesahan bahawa pengarah baharu itu bukan orang tempatan.Ayat ini merupakan ayat majmuk pancangan komplemen frasa kerja susunan biasa.Ayat ini mempunyai dua ayat kerna subjek dan predikatnya lebih daripada satu. Ayat ini mempunyai dua ayat kerrana subjek dan predikatnya lebih daripada satu.Ayat ini terdiri daripada 2 ayat iaitu ayat induk yang terdiri daripada klausa bebas yang dapat berdiri sendiri dan satu ayat komplemen atau klausa tak bebas yang tidak dapat berdiri sendiri tanpa klausa bebas. Ayat Kakitangan pejabat itu mendapat pengesahan bahawa pengarah baharu itu bukan orang tempatan.

23