asas kepimpinan dan perkembangan profesional guru

19
PENGENALAN Keguruan ialah satu jawatan professional seperti mana kerjaya- kerjaya lain dalam masyarakat dunia. Sebagai guru yang profesional , guru perlu melaksanakan kerjayanya dengan sepenuh hati, bersedia menanggung semua konsekuen yang sesuai dengan nilai profesion ini. Salah satu agenda penting dalam matlamat perancangan pembangunan pendidikan bagi RMK-9 ialah membangunkan istem pendidikan bertaraf dunia. Dalam agenda ini kerajaan akan memperkukuhkan kurikulum sekolah yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, mempunyai disipin yang tinggi, bersikap kerjasama, dan mampu memainkan peranan dalam masyarkat, serta melahirkan sejumlah sekolah yang baik dan cemerlang untuk dijadikan show case kepada negara-negara lain di dunia. Ciri dalam Kamus Dewan 2007 didefinisikan sebagai sifat (unsure, tanda ) yang khusus pada sesuatu atau membezakannya daripada yang lain. John Macdovalo (1993) menyatakan kualiti sebagai memenuhi keperluan atau kehendak pelanggan. Maka, dapatlah dikatakan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia, ciri-ciri guru yang berkualiti ialah guru yang memenuhi keperluan pelajar dalam pelbagai aspek sama ada dari segi pengajaran dan pembelajaran, sahsiah, kemahiran, kepakaran dan pengurusan. Oleh itu antara ciri-ciri yang perlu ada pada guru berkualiti bagi menghasilkan pendidikan bertaraf dunia, guru perlulah bertindak sebagai penyebar ilmu. Menurut Ragbir Kaur (2007), fungsi guru ialah mendidik murid dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai disiplin dalam kurikulum sekolah.. Penekanan di sini ialah mengenai sikap dan penampilan guru itu sendiri terhadap konsep ilmu. Guru harus mendalami ilmu sebanyak mungkin

Upload: hafizuddin

Post on 14-Dec-2015

24 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru.docx

TRANSCRIPT

Page 1: Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru

PENGENALAN

Keguruan ialah satu jawatan professional seperti mana kerjaya-kerjaya lain dalam

masyarakat dunia. Sebagai guru yang profesional, guru perlu melaksanakan kerjayanya dengan

sepenuh hati, bersedia menanggung semua konsekuen yang sesuai dengan nilai profesion ini.

Salah satu agenda penting dalam matlamat perancangan pembangunan pendidikan bagi RMK-

9 ialah membangunkan istem pendidikan bertaraf dunia. Dalam agenda ini kerajaan akan

memperkukuhkan kurikulum sekolah yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan

intelek, mempunyai disipin yang tinggi, bersikap kerjasama, dan mampu memainkan peranan

dalam masyarkat, serta melahirkan sejumlah sekolah yang baik dan cemerlang untuk dijadikan

show case kepada negara-negara lain di dunia.

Ciri dalam Kamus Dewan 2007 didefinisikan sebagai sifat (unsure,tanda) yang khusus

pada sesuatu atau membezakannya daripada yang lain. John Macdovalo (1993) menyatakan

kualiti sebagai memenuhi keperluan atau kehendak pelanggan. Maka, dapatlah dikatakan untuk

menghasilkan pendidikan bertaraf dunia, ciri-ciri guru yang berkualiti ialah guru yang memenuhi

keperluan pelajar dalam pelbagai aspek sama ada dari segi pengajaran dan pembelajaran,

sahsiah, kemahiran, kepakaran dan pengurusan. Oleh itu antara ciri-ciri yang perlu ada pada

guru berkualiti bagi menghasilkan pendidikan bertaraf dunia, guru perlulah bertindak sebagai

penyebar ilmu. Menurut Ragbir Kaur (2007), fungsi guru ialah mendidik murid dalam pelbagai

ilmu pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai disiplin dalam kurikulum sekolah..

Penekanan di sini ialah mengenai sikap dan penampilan guru itu sendiri terhadap konsep ilmu.

Guru harus mendalami ilmu sebanyak mungkin supaya dapat menyebarkan ilmu kepada para

pelajar bagi melahirkan insan dan warganegara yang berilmu.

Oleh itu dalam menuju pendidikan bertaraf dunia, guru adalah agen terpenting dalam

merealisasikan pendidikan anak bangsa Malaysia dalam mengharung cabaran di tahap yang

lebih tinggi. Pengisian guru yang berkualiti seperti yang di bentangkan iaitu guru perlulah

bertindak sebagai penyebar ilmu, pengamal budaya ilmu, guru sebagai role-model,

mengamalkan pengajaran efektif, peka dengan segala perkembangan pendidikan, dan

mengamalkan kemahiran profesional mampu meyediakan generasi muda untuk menghadapi

kemungkinan-kemungkinan yang berupa masyarakat industri, ekonomi yang global, kebanjiran

teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan komputer sebagai keperluan

urusan harian dan limpahan maklumat sejagat.

Page 2: Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru

LAPORAN TEMUBUAL

Pada 15 Julai 2014 yang lalu semasa saya menjalani latihan Internship dalam tempoh

satu bulan di Sekolah Kebangsaan Taman Segar, saya telah menjalankan satu sesi temubual

bersama dengan Guru Penolong Kanan 1, Puan Suria binti Mamat. Dalam sesi temubual yang

dijalankan, saya telah bertanyakan beberapa soalan tentang salah seorang guru di sekolah

tersebut yang mempunyai ciri-ciri yang mengamalkan etika keguruan. Menurut Puan Suria binti

Mamat, terdapat beberapa orang guru yang mempunyai ciri-ciri yang mengamalkan etika

keguruan. Salah seorang daripadanya ialah Puan Khairul Bariah binti Rahman, seorang guru

Pendidikan Khas Integrasi di sekolah tersebut. Menurut beliau lagi, Puan Khairul Bariah

merupakan seorang guru yang berdedikasi dalam menjalankan tugasnya di sekolah. Untuk

makluman, Puan Khairul Bariah telah berkhidmat selama 7 tahun di sekolah tersebut.

Pada awal sesi temubual, saya bertanyakan tentang etika perguruan yang harus

dititikberatkan oleh para guru dan kod etika yang perlu dipatuhi oleh para guru. Menurut Puan

Suria, seseorang guru itu haruslah mematuhi etika keguruan demi menjaga imej, maruah,

status, akhlak dan keperibadian seseorang guru. Menurut beliau lagi, etika keguruan ini

terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu menunaikan tanggungjawab terhadap murid,

tanggungjawab terhadap ibu bapa, tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dan

tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan. Tambah beliau lagi, etika

keguruan ini memainkan peranan yang penting bagi membentuk sifat kepimpinan seseorang

guru itu seterusnya meningkatkan martabat profesion keguruan dimata dunia. Puan Suria

menjelaskan bahawa pada zaman sekarang, segelintir masyarakat sering mempersoalkan

tanggungjawab seorang guru di sekolah dan seringkali memperlekehkan profesion keguruan itu

sendiri. Perkara ini amat mengecewakan bagi pihak diri beliau secara peribadi.

Setelah mendengar penerangan beliau, saya meneruskan kepada soalan saya yang

kedua iaitu siapakah guru yang mempraktikkan etika keguruan ini di sekolah sepanjang

seseorang guru itu berkhidmat. Puan Suria menjelaskan bahawa ramai guru di sekolah itu yang

mempraktikkan etika keguruan, akan tetapi yang paling ketara ialah Puan Khairul Bariah binti

Rahman, seorang guru Pendidikan Khas yang telah berkhidmat selama 7 tahun. Sebelum

sempat Puan Suria menerangkan lagi, saya telah menambah sedikit soalan sokongan

berkenaan tentang apakah yang dilakukan oleh Puan Khairul Bariah sehingga pihak pentadbir

menyatakan bahawa Puan Khairul Bariah adalah seorang guru yang mempraktikkan etika

keguruan dan dari aspek manakah yang diperhatikan oleh pihak pentadbir terhadap Puan

Page 3: Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru

Khairul Bariah. Menurut Puan Suria, Puan Khairul Bariah adalah seorang guru

bertanggungjawab terhadap pelajarnya. Puan Khairul Bariah lebih mengutamakan kebajikan

dan keselamatan pelajarnya daripada hal-hal lain. Puan Suria turut menambah bahawa situasi

ini dapat dilihat semasa salah seorang daripada pelajar Pendidikan Khasnya tidak pulang ke

rumah lagi walaupun waktu sudah agak lewat ketika itu. Pada ketika itu Puan Suria baru sahaja

ingin bergerak pulang ke rumah memandangkan waktu kerja sudah tamat. Beliau

memerhatikan Puan Khairul Bariah dari jauh dan mendekatinya kerana ingin bertanyakan

situasi yang terjadi ketika itu. Akhirnya Puan Khairul Bariah mengambil keputusan untuk

menghantar pelajarnya itu pulang ke rumah tanpa memikirkan kepentingan peribadinya. Hal ini

adalah satu perkara yang amat dititik beratkan kerana dia telah mengutamakan kebajikan dan

keselamatan pelajarnya kerana risau perkara-perkara yang tidak diingini berlaku ke atas

pelajarnya itu.

Selain itu, Puan Suria juga turut menyatakan bahawa Puan Khairul Bariah juga seorang

guru yang disenangi para pelajarnya tidak kira di aliran perdana mahupun aliran Pendidikan

Khas. Hal ini kerana Puan Khairul Bariah sering menunjukkan satu cara pemakaian, pertuturan

dan tingkahlaku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar. Sebagai contoh,

pemakaian Puan Khairul Bariah tidak menjolok mata dan sedap mata memandang. Selain itu,

pemakaian tanda nama juga sering diamalkan oleh Puan Khairul Bariah berbanding dengan

beberapa orang rakan sejawatnya yang lain. Perkara ini adalah melambangkan sikap Puan

Khairul Bariah yang tidak memandang remeh perkara yang dianggap kecil tetapi mendatangkan

pandangan streotaip orang sekeliling terhadapnya. Puan Khairul Bariah juga seorang yang

menjaga pertuturannya baik dengan pelajar mahupun rakan sejawat. Perkara ini dijelaskan oleh

Puan Suria ketika menyatakan situasi di mana para guru ketika itu sedang membuat persiapan

untuk Sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Suasanan ketika itu amatlah sibuk dan sedikit

tekanan mula terasa. Kebiasaannya, jika seseorang itu berada dalam keadaan tertekan atau

tekanan, emosinya akan terganggu. Akan tetapi, Puan Khairul Bariah masih dapat menjaga dan

mengawal emosinya. Puan Khairul Bariah masih bertutur menggunakan nada yang rendah dan

air muka yang tenang. Tiada seorang murid pun yang dimarahinya pada hari persiapan tersebut

walaupun ada diantara murid tersebut yang masih berlari-lari disekitar kawasan persiapan

Sambutan Hari Guru. Puan Khairul Bariah hanya menegur dengan cara baik dan mendidik

kepada para pelajar yang melakukan kesalahan dan segala nasihat yang diberikan diambil oleh

para pelajar tersebut dengan rela hati.

Page 4: Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru

Selain itu menurut Puan Suria lagi, Puan Khairul Bariah juga seorang yang amat

bertanggungjawab terhadap rakan sejawatnya. Perkara ini dapat dilihat semasa kesediaannya

membantu salah seorang guru Pendidikan Khas iaitu Puan Suhaiza binti Said yang baru

memasuki bidang profesion keguruan. Untuk makluman, guru yang baru memasuki bidang

keguruan perlu membuat beberapa projek sebagai alternatif untuk pengesahan jawatan dan

untuk membiasakan diri dengan tugasan sebagai seorang guru yang sebenar. Puan Khairul

Bariah secara sukarela membantu Puan Suhaiza untuk memberikan idea dalam membuat

projek. Segala idea yang diberikan boleh diterima dan agak bernas. Perkara ini sebenarnya

diceritakan sendiri oleh Puan Suhaiza kepada pihak pentadbir. Ini menunjukkan bahawa Puan

Khairul Bariah adalah seorang yang tidak lokek dengan ilmu pengetahuannya dan sedia untuk

berkongsi dengan orang lain. Puan Suria juga turut menjelaskan bahawa Puan Khairul Bariah

adalah seorang guru yang rajin berusaha dengan sepenuhnya dan menunaikan

tanggungjawabnya dengan rajin serta bersungguh-sungguh. Buku Rancangan Pengajaran

Hariannya tidak pernah tidak dihantar kepada pihak pentadbiran untuk disemak. Ada dalam

kalangan rakan sejawatnya yang terlewat menghantar Buku Rancangan Pengajaran Harian.

Selain itu menurut Puan Suria lagi, Puan Khairul Bariah adalah seorang yang teguh pendirian

dan seorang yang ikhlas. Puan Khairul Bariah seorang yang bertanggungjawab terhadap ibu

bapa pelajarnya. Ini kerana walaupun ada diantara para ibu bapa pelajarnya yang mempunyai

latar belakang yang baik dan berpengaruh, akan tetapi dia mengelakkan diri daripada

menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibubapa para pelajarnya.

Tidak pernah pihak pentadbiran mendengar sebaran aduan tentang Puan Khairul Bariah yang

menyalahgunakan kelebihan dan kesenangan para ibubapa pelajarnya. Segala peruntukan

untuk sebarang aktiviti seringkali disumbangkan oleh dirinya sendiri dan kadangkala ihsan

daripada pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Tambahan, Puan Khairul Bariah juga seorang yang tidak lari dari tanggungjawabnya

terhadap masyarakat dan negara. Menurut Puan Suria, Puan Khairul Bariah seringkali

memupuk dalam diri setiap pelajarnya sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing

mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna,

menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Hal ini dapat dilihat

semasa Program Mingguan Panitia bagi subjek Sivik dan Kewarganegaraan. Kebetulan pada

ketika itu Puan Khairul Bariah bertugas sebagai Ahli Jawatankuasa Aktiviti. Semasa majlis

penutupan, Puan Khairul Bariah sempat menyampaikan sedikit pesanan dan nasihat yang

Page 5: Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru

berguna kepada para rakan sejawat dan pelajarnya agar sentiasa tolong menolong tanpa

mengira perbezaan kaum dan agama bagi menjamin perpaduan bersama. Seperti yang kita

ketahui, perpaduan adalah satu perkara yang memainkan peranan yang amat penting dalam

memastikan negara sentiasa aman dan makmur tanpa sebarang anasir-anasir yang

membuatkan masyarakat majmuk dalam negara kita menjadi pecah-belah dan kacau-bilau.

Selain itu, saya juga turut menemubual staff sokongan secara lisan mengenai

perwatakan Puan Khairul Bariah ketika berada di sekolah. Menurut Encik Salimi bin Abdul

Manaf iaitu staff sokongan makmal sains, Puan Khairul Bariah adalah seorang guru yang rajin

membantu rakan sejawatnya yang lain. Hal ini disokong ketika Encik Salimi sendiri pernah

mengalami situasi dimana dia perlu mengangkat hiasan bagi makmal sains yang kedudukannya

bertentangan dengan bilik guru Pendidikan Khas dan Puan Khairul Bariah turut membantunya

ketika itu serta turut memberikan sdikit cadangan berkenaan hiasan didalam bilik makmal

tersebut. Selain itu, Puan Khairul Bariah juga seorang yang amat prihatin dengan kebersihan.

Oleh sebab itu, menurut staff sokongan kontrak yang melakukan tugas-tugas pembersihan iaitu

Cik Azlina binti Daud, Puan Khairul Bariah secara ringan tulang membantu menjaga kebersihan

kawasan hadapan kelas Program Pendidikan Khas Integrasi. Dengan ini, ianya akan

memudahkan tugas pembersihan oleh staff sokongan kontrak lain.

Page 6: Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru

PENULISAN ESEI

Berdasarkan laporan temubual yang telah saya lakukan ketika dalam tempoh Internship

selama sebulan di Sekolah Kebangsaan Taman Segar, terdapat beberapa ciri-ciri etika

keguruan yang telah saya kenalpasti hasil daripada temubual bersama pihak pentadbir. Pihak

pentadbir telah menjelaskan bahawa salah seorang daripada guru di sekolah tersebut

menunjukkan etika keguruan yang baik dan disenangi oleh rakan sejawat mahupun para

pelajarnya. Ciri-ciri etika keguruan ini adalah satu perkara yang amat penting dalam membentuk

dan menyempurnakan profesion keguruan ke taraf kesusilaan yang tinggi. Seperti yang

diketahui umum, profesion keguruan adalah satu profesion yang mulia dan dipandang tinggi di

mata dunia. Untuk mencapai kesempurnaan tersebut, seseorang guru itu perlu menunjukkan

contoh dan keteladanan yang baik melalui tindak-tanduknya. Setiap mata masyarakat sering

memerhati tingkahlaku seseorang guru dan menjadikannya sebagai role model untuk anak-

anak mereka. Perkara ini sebenarnya merupakan penghargaan kepada semua warga guru

kerana masyarakat sememangnya telah mengiktiraf profesion keguruan ini.

Berikut adalah antara ciri etika keguruan yang dapat dikenalpasti semasa sesi temubual

bersama pihak pentadbir. Ciri etika keguruan yang pertama ialah tanggungjawab terhadap

pelajar iaitu bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor jasmani, mental,

emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama. Seseorang guru itu sememangnya perlu

bersikap adil dan tidak bersikap berat sebelah atau pilih kasih terhadap para pelajarnya lebih-

lebih lagi ketika ada diantara pelajarnya yang melakukan sebarang kesalahan. Seseorang guru

itu perlu memberikan pengajaran yang sebaiknya terhadap pelajar yang melakukan kesalahan

secara saksama dan berhemah. Pengajaran yang diberi terhadap pelajar yang melakukan

kesalahan juga haruslah bersifat mendidik dan bukannya bersifat memalukan di khalayak ramai

kerana ianya akan menjatuhkan air muka pelajar tersebut dan membuatkannya menjadi rendah

keyakinan diri dan dipandang serong oleh rakan-rakannya mahupun para guru yang lain. Selain

itu juga, jika seseorang guru itu ingin memberikan sebarang penghargaan terhadap pelajarnya

yang menunjukkan peningkatan, beliau seharusnya memberikan penghargaan yang sama

kepada pelajar lain yang turut Berjaya. Seseorang guru itu tidak boleh memilih pelajarnya

berdasarkan paras rupa atau faktor yang lain untuk memberikan sebarang tanda penghargaan

kerana ianya akan menimbulkan sifat berat sebelah atau pilih kasih. Perkara ini merupakan satu

perkara yang perlu dijauhi oleh seseorang guru dan ciri etika ini tidak seharusnya ada pada

seseorang guru.

Page 7: Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru

Pengamalan etika keguruan ini dengan betul akan mendatangkan implikasi positif

terhadap seseorang guru tersebut jika dia mengamalkannya. Antaranya ialah kebajikan para

pelajarnya akan terjamin lebih-lebih lagi jika seseorang pelajarnya itu mempunyai latar belakang

keluarga yang kurang bernasib baik dari segi faktor ekonomi. Seseorang guru itu juga akan

dipandang mulia dan kepercayaan rakan sejawat, para pelajar dan masyarakat akan

bercambah dan meningkat. Ini akan menyumbang kepada kelancaran perjalanan profesionnya

sebagai seorang guru. Namun, jika seseorang guru tersebut tidak mengamalkan etika keguruan

yang betul, ianya akan mendatangkan kesan negatif terhadap dirinya sendiri. Antara kesan

negatif jika seseorang guru itu tidak bersikap adil terhadap setiap orang pelajar dan mengambil

kira faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama ialah imej

seseorang guru itu akan tercalar kerana tidak mengamalkan ciri etika yang betul. Selain itu,

kepercayaan dari pelbagai pihak juga tidak mudah untuk diperoleh dan akan menyebabkan

urusan pekerjaannya secara tidak langsung akan mengalami gangguan. Sebagai contoh jika

seseorang guru itu pilih kasih terhadap pelajarnya yang mempunyai paras rupa dan latar

belakang yang baik, semestinya ianya akan menjadi isu dalam kalangan pelajar mahupun para

guru yang lain. Secara tidak langsung imej keguruan dan kredibiliti seseorang guru tersebut

akan tercalar kerana dilabelkan sebagai mengambil kesempatan terhadap kelebihan pelajarnya

itu.. Selain itu juga, nasib pelajar lain yang kurang bernasib baik juga tidak terbela dan mungkin

masalah disiplin juga akan semakin meningkat jika seseorang guru itu mengamalkan sikap pilih

kasih dan tidak bersikap adil terhadap setiap orang pelajarnya.

Selain itu, antara ciri etika keguruan lain yang dikenalpasti semasa sesi temubual ialah

sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya untuk para guru yang baru dalam

profesion keguruan. Seperti yang kita ketahui, profesion keguruan ini bukanlah satu profesion

yang mudah. Segelintir daripada masyarakat kita memandang enteng dan sering mengatakan

profesion keguruan ini merupakan satu profesion yang mudah. Mereka sering mengeluarkan

kenyataan bahawa guru hanya bersenang-lenang di sekolah dan mendapat imbuhan yang

mewah yang tidak setimpal dengan tugasannya yang mudah di sekolah. Hanya para guru

sahaja yang tahu bahawa profesion keguruan ini mudah atau tidak, lebih-lebih lagi untuk para

lepasan ijazah keguruan yang baru sahaja memasuki bidang profesion keguruan yang sebenar.

Tidak semua perkara itu indah dan mudah seperti tanggapan segelintir masyarakat. Para guru

yang baru memasuki bidang profesion keguruan kebiasannya mengalami sedikit kejutan

budaya. Bebanan kerja juga kebiasaannya akan seiring dengan kejutan budaya tersebut. oleh

sebab itu, sebagai guru berpengalaman seharusnya membantu rakan sejawat mereka yang

baru menjejak kaki ke dalam bidang keguruan. Para guru yang berpengalaman boleh

Page 8: Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru

mencurahkan segala ilmu dan panduan kepada rakan sejawat baru mereka. Seperti kata

pepatah “Belajar Melalui Pengalaman” adalah bertepatan bagi situasi ini. Dengan ini, para guru

yang baru memasuki bidang keguruan ini akan dapat menerima input yang berguna disamping

dapat menerima budaya dalam profesion keguruan yang sebenar. Sebagai seorang guru yang

berpengalaman, seseorang guru seharusnya tidak lokek untuk mencurahkan segala ilmu dan

input kepada rakan sejawatnya yang lain lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru sahaja

memasuki bidang profesion keguruan ini. Ini kerana ilmu itu sememangnya bersifat untuk

dikongsi. Ianya akan menjadi lebih berkat jika ilmu itu diamalkan dan dikongsi kepada pihak

yang lain. Hasilnya ianya akan mendatangkan keberkatan dalam hidup. diharapkan dapat

memperuntukkan masa bukan sahaja untuk aktiviti pengajaran seperti merancang pengajaran,

mengajar di dalam bilik darjah, dan memeriksa kerja rumah, tetapi juga untuk tugasan seperti

melaksanakan aktiviti kokurikulum, menghadiri atau menyelaras aktiviti pembangunan

profesional, serta melibatkan diri dengan ibubapa dan komuniti. Guru juga diberi tugas

pentadbiran berkaitan pengajaran dan pembelajaran seperti mengisi kad laporan murid dan

memantau kehadiran murid di dalam bilik darjah. Guru di Malaysia menzahirkan kebimbangan

yang serius tentang waktu bekerja yang panjang serta pelbagai aktiviti yang perlu mereka

laksanakan.

Implikasi positif terhadap pengamalan etika keguruan ini ialah seseorang guru yang

baru sahaja memasuki bidang profesion keguruan akan dapat mempelajari sesuatu dengan

berpandukan tunjuk ajar yang diberi. Walaubagaimanapun, seseorang guru yang baru

memasuki profesion keguruan boleh mempelajari selok-belok bidang keguruan walaupun tanpa

diberikan tunjuk ajar oleh rakan sejawatnya yang lebih berpengalaman, akan tetapi ianya akan

mengambil masa berbanding dengan diberi tunjuk ajar dan panduan yang sebaiknya. Selain itu,

antara implikasi positif yang lain ialah urusan pekerjaan dapat dijalankan sebaik dan

sesempurna mungkin. Ini kerana berdasarkan panduan yang telah diberi, guru yang baru

memasuki bidang profesion keguruan ini akan tahu dan dapat membezakan perkara yang boleh

dan tidak boleh dilakukan dan diaplikasikan dalam profesion keguruan. Secara tidak langsung,

ianya dapat meningkatkan mutu kerja, integriti dan meningkatkan taraf sistem pendidikan

negara khususnya. Namun, jika seseorang guru yang berpengalaman itu tidak bersedia

membantu rakan sejawat terutamanya bagi para guru yang baru dalam profesion keguruan dan

tidak mahu membantu mereka, ianya akan mendatangkan kesan negatif kepada kualiti

pekerjaan, pendidikan seterusnya akan memberikan tekanan kepada guru baru terbabit

khususnya.

Page 9: Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru

Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, etika

keguruan seperti tanggungjawab terhadap ibu bapa dapat meningkatkan anjakan kerjasama

dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. Ianya bagi melengkapkan setiap

ibu bapa bagi membantu pembelajaran anak mereka melalui sarana penglibatan ibu bapa dan

akses dalam talian kepada kemajuan anak di sekolah. Secara tidak langsung, sistem

pendidikan negara akan meningkat dan taraf pendidikan di Malysia juga akan semakin

kembang dengan pesatnya. Pengukuhan Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral

dengan lebih tumpuan kepada perpaduan dan memupuk persefahaman yang erat antara murid

akan memartabatkan lagi sistem pendidikan negara. Kementerian beriltizam untuk bekerjasama

dengan ibu bapa dan pihak berkepentingan setempat bagi menentukan masa depan sekolah

dan memastikan kualiti pendidikan anak mereka diberi keutamaan dengan melipat gandakan

usaha bagi meningkatkan kualiti pendidikan bagi mewujudkan dan menyesuaikan persekitaran

pembelajaran kondusif untuk semua murid.

Sesungguhnya para pendidik hari ini telah memainkan peranan penting di dalam

merealisasikan aspirasi negara dalam mewujudkan perpaduan kaum.Pendidik pada hari ini

telah membuktikan bahawa mereka telah mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang

menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. Guru adalah merupakan ejen kepada

keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan para guru terhadap tanggungjawab,

kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi. Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru

menerapkan nilai-nilai murni seperti saling menghormati antara satu sama lain tidak mengira

bangsa dan agama. Sejarah tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah membuktikan

betapa golongan pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh

bangunnya sesebuah bangsa dan negara. Masyarakat ketika itu menjadikan guru sebagai idola

dan pakar rujuk dalam segala hal. Kalau dulu guru terpaksa berhadapan dengan pihak penjajah

secara terang-terangan, kini, jajahannya diterjemahkan dalam bentuk yang lain pula iaitu lebih

mencabar lagi kerana ia melibatkan jajahan pemikiran, budaya dan jati diri yang perlu dihadapi

secara professional dan kreatif.

Kedudukan perguruan sebagai satu profesion di dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan

turut juga dipenuhi dengan cabaran-cabaran. Para pendidik telah memperkatakan mengenai

profesion perguruan dari masa ke semasa. Di antara perkara pokok yang dibangkitkan ialah

keperluan guru-guru sekolah menengah untuk mendapat pendidikan tinggi supaya murid-murid

yang bakal dididik nanti akan mempunyai mutu pendidikan yang baik. Pendidikan guru yang

Page 10: Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru

tinggi dan usaha melahirkan generasi muda yang baik merupakan cabaran yang kuat di dalam

profesion perguruan bukan pada zaman dahulu sahaja tetapi juga masa kini. Sebagai seorang

pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu menyedari bahawa tugas dan amanah

yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan menerajui negara ini. Oleh itu

kemahiran dan pengetahuan mengenai selok-belok pendidikan harus diperkemaskan dari

semasa ke semasa . Untuk mendepani cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan

kurikulum berkenaan, guru hendaklah berusaha melengkapkan diri dengan strategi-strategi

pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik.

Sehubungan dengan kehendak tersebut guru harus mengikuti kursus-kursus pendidikan

yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat

Pendidikan Daerah kerana kursus yang dihadiri penting bagi seseorang guru untuk

mempertingkatkan keupayaan dan prestasi dalam profesion pendidikan yang kian mencabar

dan kompleks ini. Memandangkan keperluan pendidikan untuk menyokong usaha-usaha

kerajaan, maka profesion keguruan diharapakan dapat membuat anjakan paradigma kepada

budaya yang berasaskan ilmu dan pemikiran mereka. Sebagai seorang guru, tanggungjawab

utamanya ialah membentuk anak didik agar mereka berjaya menjadi manusia yang mampu

meneruskan kehidupan pada masa hadapan tanpa memerlukan bantuan. Guru

bertanggungjawab membina keyakinan para pelajarnya untuk menimba ilmu kehidupan

secukup-cukupnya agar mereka tidak longlai di masa hadapan yang penuh dengan cabaran.

Nyatanya, guru tersebut harus dianggap gagal memikul tanggungjawabnya kerana

mengakibatkan beberapa pihak telah kurang keyakinannya terhadap kredibiliti beliau memikul

amanah untuk menunjukkan contoh teladan yang murni. Setiap kali terpampangnya isu

sedemikian di media, ianya akan menjadi bahan bualan di seluruh pelusuk negara. Rata-rata

pembaca akan mengaitkan pula isu tersebut dengan peristiwa yang berlaku di sekolah

persekitaran mereka. Hebahan sedemikianlah yang makin menyebabkan reputasi dan kualiti

warga guru semakin terhakis di mata masyarakat.

Profesion keguruan sememangnya bidang kerjaya yang bukan sahaja mengajar atau

mendidik anak bangsa, malah lebih daripada itu. Individu yang terlibat dalam profesion

keguruan sebenarnya akan terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai,

penyelia, pengawal dan sebagainya. Tugas guru bukan setakat mengajar murid-murid

mengenai mata pelajaran yang telah ditetapkan dalam kurikulam, tetapi menyampaikan

pelbagai ilmu pengetahuan yang bermanfaat bagi perkembangan mental murid-murid. Bahkan

Page 11: Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru

guru dipertanggungjawabkan untuk membentuk akhlak dan sahsiah murid-murid supaya

mereka menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan berguna kepada

negara. Justeru itu, guru mempunyai akauntabiliti terhadap pencapaian, kemajuan dan

kecemerlangan murid-murid dalam bidang pelajaran dan juga dari segi moral serta akhlak. Di

samping melaksnakan tanggngjawab mendidik murid-murid, guru juga bertanggungjawab untuk

memelihara imej dan tngkah laku diri sendiri. Faktor ini amat enting kerana guru hendaklah

menunjukkan teladan yang terbai kepada murid-murid. Guru hendaklah sentiasa mempamerkan

imej yang terbaik dengan berpakaian kemas dan sederhana, lemah lembut dan mesra, rajin dan

tegas serta amanah dalam menjalankan tugas. Dengan penerapan nilai-nilai ini, guru akan

sentiasa dihormati oleh murid-murid. Sebagai pentadbir ataupun pengurus, guru harus boleh

membuat sesuatu keputusan dalam melaksanakan sesuatu tindakan dan menilai semula hasil

sesuatu perkara yang dijalankan.Perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan juga

memerlukan guru untuk menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Pendekatan ini

bukan sahaja perlu digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik

darjah,tetapi jika perlu keadah berfikir secara kritis dan kreatif boleh diaplikasikan dalam

pentadbiran,mengurus ataupun dalam perancangan sesuatu program. Jadi, guru seharusnya

mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional, dan sosial yang baik dan murni supaya dapat

menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Sebagai ibu bapa kedua kepada murid-

murid, segala nilai dan tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada para pelajar. Nilai-nilai

murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak langsung akan diterapkan dalam jiwa

pelajar. Guru merupakan orang yang kedua penting dalam kehidupan setiap murid. Apabila ibu

bapa memasukkan anak mereka ke sekolah, maka ibu bapa menaruh harapan yang besar ke

atas guru untuk mendidik anak-anak mereka supaya menjadi orang yang berilmu dan berguna

kepada nusa dan bangsa. Harapan ibu bapa ini menjadi amanah dan tanggungjawab bagi guru-

guru dan wajib dilaksanakan. Kita hendaklah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam

bilik darjah iaitu dengan mematuhi jadual, menepati masa, serta menjalankan tugas dengan

teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

RUMUSAN

Page 12: Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru

Oleh itu dalam menuju pendidikan bertaraf dunia, guru adalah agen terpenting dalam

merealisasikan pendidikan anak bangsa Malaysia dalam mengharung cabaran di tahap yang

lebih tinggi. Pengisian guru yang berkualiti seperti yang di bentangkan iaitu guru perlulah

bertindak sebagai penyebar ilmu, pengamal budaya ilmu, guru sebagai role-model,

mengamalkan pengajaran efektif, peka dengan segala perkembangan pendidikan, dan

mengamalkan kemahiran profesional mampu meyediakan generasi muda untuk menghadapi

kemungkinan-kemungkinan yang berupa masyarakat industri, ekonomi yang global, kebanjiran

teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan komputer sebagai keperluan

urusan harian dan limpahan maklumat sejagat. Dalam jangka masa pendek, usaha ini

memerlukan tindakan segera dengan mewajarkan program dan menyemak proses perolehan

apabila kontrak sedia ada diperbaharui. Dalam konteks ini pihak kerajaan perlu bersungguh-

sungguh dalam menjadikan profesion perguruan sebagai profesion yang unggul dan disegani

ramai. Usaha untuk memartabatkan profesion perguruan sebenarnya mempunyai

tanggungjawab yang besar dalam meningkatkan aspek keprofesionalannya dengan

melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu dan kemahiran yang tinggi. Bidang pendidikan

sentiasa bergerak maju ke hadapan. Perubahan-perubahan yang berlaku adalah untuk

memenuhi kehendak negara merealisasikan hasrat wawasan 2020. Setiap perubahan yang

dilakukan dalam kurikulum pendidikan menjadi satu cabaran kepada profesion keguruan. Oleh

itu,sewajarnya guru sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan kemahiran serta menjaga

etika profesion keguruan. Isu memartabatkan profesion keguruan perlu ditangani secara serius

kerana kejayaan sesebuah masyarakat dan negara berteraskan kepada kegigihan golongan

pendidik yang berilmu dan beriltizam tinggi serta menjadi contoh pengamal ilmu yang terbaik.

RUJUKAN

Page 13: Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru

Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru. Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying dan

Wong Kiet Wah (2010)

Cabaran Dan Harapan dalam Pendidikan Menghadapi Alaf Baru. Professor Dr Saedah Siraj

dan Nurhayati Ishak (2006).

Kamus Dewan, Edisi Keempat. Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur 2007.

Pendidikan di Malaysia . Mok Soon Sang (1996). Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman