asas kaunseling

5
MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) Bahagian Sumber Manusia BSM : 17/PEND/2013 (13) Tingkat 17 & 18, Ibu Pejabat MARA, Tarikh : 16 Januari 2013 21, Jalan Raja Laut, 50609 Kuala Lumpur. Seperti lampiran Melalui : Pengawal Pusat Tuan/Puan, TAWARAN MENGHADIRI KURSUS ANJURAN IALKM Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan telah dipilih untuk menghadiri kursus seperti makluman berikut: Kursus : Kursus Asas Kaunseling Tarikh : 21 - 23 Januari 2013 Tempat : Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas, Pulau Pinang Program ini bertujuan untuk melatih pendidik yang terlibat dengan program pembangunan pelajar dalam kemahiran sosial dan kaunseling. Maklumat berkaitan kursus adalah di Lampiran. Sekian “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” (DR. ZULKIFLI BIN SAIDUN) Timbalan Pengarah I Pengurusan Bakat b.p Pengarah Bahagian Sumber Manusia MARA "Amanah rakyat"

Upload: cikgu-prince

Post on 06-Dec-2015

378 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Cara-cara asas kaunseling

TRANSCRIPT

Page 1: Asas Kaunseling

MAJLIS AMANAH RAKYAT

(MARA) Bahagian Sumber Manusia BSM : 17/PEND/2013 (13) Tingkat 17 & 18, Ibu Pejabat MARA, Tarikh : 16 Januari 2013 21, Jalan Raja Laut, 50609 Kuala Lumpur.

Seperti lampiran

Melalui : Pengawal Pusat

Tuan/Puan, TAWARAN MENGHADIRI KURSUS ANJURAN IALKM

Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan telah dipilih untuk menghadiri kursus seperti makluman berikut: Kursus : Kursus Asas Kaunseling Tarikh : 21 - 23 Januari 2013 Tempat : Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas, Pulau Pinang Program ini bertujuan untuk melatih pendidik yang terlibat dengan program pembangunan pelajar dalam kemahiran sosial dan kaunseling. Maklumat berkaitan kursus adalah di Lampiran. Sekian “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” (DR. ZULKIFLI BIN SAIDUN) Timbalan Pengarah I Pengurusan Bakat b.p Pengarah Bahagian Sumber Manusia MARA

"Amanah rakyat"

Page 2: Asas Kaunseling

LAMPIRAN

1. PERJALANAN Menggunakan kenderaan jabatan, berkongsi kenderaan atau pengangkutan awam yang bersesuaian mengikut jarak dari pejabat ke tempat kursus sekali pergi dan balik.

2. PENGINAPAN

Disediakan di Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas, Pulau Pinang Check In : 21 Januari 2013 (Selepas 2.00 petang) Check Out : 23 Januari 2013 (Sebelum 1.00 tengahari)

3. MAKAN / MINUM

Disediakan oleh penganjur.

4. Yuran Dibiayai oleh MARA.

5. PENGAWASAN Di sepanjang tempoh mengikuti kursus tuan/puan akan diletakkan di bawah pengawasan Pengarah Sumber Manusia MARA dan setiap masa tertakluk kepada peraturan tatatertib yang ditetapkan oleh MARA dan pihak penganjur. Tuan dikehendaki memakai Pas Keselamatan MARA pada sepanjang tempoh kursus. Semasa mengikuti kursus ini juga tuan/puan adalah tertakluk di bawah Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) dan lain-lain peraturan yang ditetapkan oleh MARA dan Kerajaan.

6. TUNTUTAN Semua tuntutan dibuat di pusat masing-masing melalui panjar perkhidmatan pusat. Pengawal pusat adalah bertanggungjawab bagi memastikan tuntutan yang dibuat adalah tertakluk dengan syarat-syarat yang tertera di dalam surat tawaran dan surat pekeliling kewangan yang sedang berkuatkuasa.

7. KELAYAKAN TUNTUTAN

Kelayakan tuntutan perjalanan adalah seperti peraturan dalam surat Pekeliling Kewangan Bil. 1/2006.

8. KEHADIRAN KURSUS Jika berlaku sesuatu kecemasan yang menyebabkan tuan/puan tidak dapat menghadiri kursus berkenaan tuan/puan hendaklah memaklumkan kepada pihak kami dengan SEGERA melalui telefon dan disusuli dengan surat rasmi.

9. CUTI

Sepanjang tempoh kursus tuan/puan tidak dibenarkan meninggalkan kursus kecuali pada hari-hari cuti yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa di tempat kursus. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu sekiranya tuan/puan terpaksa meninggalkan kursus maka permohonan cuti tersebut hendaklah melalui pihak berkuasa di tempat kursus dan kemudiannya dikemukakan ke Bahagian Sumber Manusia untuk mendapat kelulusan. Untuk mendapat cuti sakit, Sijil Sokongan Cuti Sakit hendaklah disahkan oleh pihak berkuasa di tempat kursus dan dikemukakan ke Bahagian Sumber Manusia dengan kadar segera.

10. HAK MENGULANGKAJI TAWARAN MARA berhak membuat apa-apa pindaan ke atas tawaran ini. Walaubagaimanapun, sekiranya perkara ini berlaku tuan/puan akan diberitahu terlebih dahulu.

11. PERTANYAAN

Sila hubungi Puan Hajah Rohaizan bt Abd Ghani di talian 03-26134079.

Page 3: Asas Kaunseling
Page 4: Asas Kaunseling
Page 5: Asas Kaunseling