konsep asas kaunseling

21
PENGENALAN Konsep dan peranan kaunseling dalam pendidikan sekolah pada masa kini amat penting sama ada di negara maju, mahupun di negara- negara sedang membangun. Kepesatan pembangunan fizikal negara dan pembangunan manusia dirasakan perlu lebih-lebih lagi dunia pada masa kini menghadapi globalisasi yang mana ledakan ICT, sains dan teknologi, kemasukan dan penerimaan maklumat asing dan sebagainya yang seterusnya mengakibatkan jenayah dan permasalahan sosial kepada negara. (Tajul dan Nor’aini, 2002) Maka sasarannya adalah golongan pelajar yang merupakan generasi muda yang mudah terpengaruh dengan agenda dan pengisian yang berbentuk negatif itu. (Mohamed Sharif dan Roslee, 2002). Kehidupan manusia sebenarnya dipenuhi dengan pelbagai aktiviti. Setiap aktiviti itru pula membawa permasalahannya sendiri. Sesungguhnya masalah dan permasalahan itu mesti diatasi supaya hidup manusia itu mencapai keselesaan. Al Quran telah menggariskan permasalahan manusia dan cara mengatasinya. Sebagai contoh, manusia dan hubungannya dengan Pencipta, manusia dan hubungannya dengan manusia dan manusia dengan alam dan haiwan. Semua ini ada tujuan penciptaanNya. (Haron Din, 2003). Malah, Al Quran tidak sekadar menerangkan ciri-ciri manusia muslim bahkan hubungannya dengan manusia bukan muslim, maka tidak syak lagi bahawa kaunseling dalam Islam bukan sesuatu yang terpsiah. Malah pendidikan Islam itu menepati prosedur kaunseling yang diamalkan sekarang. Ini kerana al-Quran bukan sekadar teori malah teori psikologi yang khusus. Walaupun demikian, al-Quran merupakan kitab yang mengandungi kekayaan fakta tentang jiwa manusia dalam setiap aspek kehidupannya. Daripada Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud, Barangsiapa yang melapangkan kesempitan di dunia saudaranya yang Islam, nescaya Allah akan melapangkan baginya kesempitan akhirat, dan barangsiapa yang meringankan seseorang 1

Upload: syaza-khalis

Post on 12-Jul-2016

51 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Konsep dan peranan kaunseling dalam pendidikan sekolah pada masa kini amat penting sama ada di negara maju, mahupun di negara-negara sedang membangun. Kepesatan pembangunan fizikal negara dan pembangunan manusia dirasakan perlu lebih-lebih lagi dunia pada masa kini menghadapi globalisasi yang mana ledakan ICT, sains dan teknologi, kemasukan dan penerimaan maklumat asing dan sebagainya yang seterusnya mengakibatkan jenayah dan permasalahan sosial kepada negara. kaunseling merupakan suatu proses yg berbentuk psikologi bertujuan untuk menolong manusia yang normal dari aspek akal, roh dan tingkah laku bagi membimbing dan memahami diri dan persekitaran daripada sebarang kesusahan sehingga dapat membentuk potensi dirinya ke arah kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Konsep kaunseling sebenarnya ada perbezaan dengan nasihat, pertolongan atau bantuan. Ini kerana kaunseling bukanlah suatu nasihat. (Mansur Abdullah, 2000).

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep Asas Kaunseling

PENGENALAN

Konsep dan peranan kaunseling dalam pendidikan sekolah pada masa kini amat penting

sama ada di negara maju, mahupun di negara-negara sedang membangun. Kepesatan

pembangunan fizikal negara dan pembangunan manusia dirasakan perlu lebih-lebih lagi dunia

pada masa kini menghadapi globalisasi yang mana ledakan ICT, sains dan teknologi, kemasukan

dan penerimaan maklumat asing dan sebagainya yang seterusnya mengakibatkan jenayah dan

permasalahan sosial kepada negara. (Tajul dan Nor’aini, 2002) Maka sasarannya adalah golongan

pelajar yang merupakan generasi muda yang mudah terpengaruh dengan agenda dan pengisian

yang berbentuk negatif itu. (Mohamed Sharif dan Roslee, 2002).

Kehidupan manusia sebenarnya dipenuhi dengan pelbagai aktiviti. Setiap aktiviti itru

pula membawa permasalahannya sendiri. Sesungguhnya masalah dan permasalahan itu mesti

diatasi supaya hidup manusia itu mencapai keselesaan. Al Quran telah menggariskan

permasalahan manusia dan cara mengatasinya. Sebagai contoh, manusia dan hubungannya

dengan Pencipta, manusia dan hubungannya dengan manusia dan manusia dengan alam dan

haiwan. Semua ini ada tujuan penciptaanNya. (Haron Din, 2003). Malah, Al Quran tidak sekadar

menerangkan ciri-ciri manusia muslim bahkan hubungannya dengan manusia bukan muslim, maka

tidak syak lagi bahawa kaunseling dalam Islam bukan sesuatu yang terpsiah. Malah pendidikan

Islam itu menepati prosedur kaunseling yang diamalkan sekarang. Ini kerana al-Quran bukan

sekadar teori malah teori psikologi yang khusus. Walaupun demikian, al-Quran merupakan kitab

yang mengandungi kekayaan fakta tentang jiwa manusia dalam setiap aspek kehidupannya.

Daripada Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang

bermaksud,

“Barangsiapa yang melapangkan kesempitan di dunia saudaranya yang Islam, nescaya Allah akan

melapangkan baginya kesempitan akhirat, dan barangsiapa yang meringankan seseorang yang

berada dalam kesempitan, maka Allah akan meringankan ke atasnya di dunia dan diakhirat.

Sesungguhnya Allah suka kepada hambanya yang sabar”.

Hadis tersebut mempunyai makna yang amat besar dalam hubungan manusia dengan manusia,

hubungan pengubat dengan pesakit, atau hubungan kaunselor dengan klien. Dalam Islam,

memang ada ditekankan tentang hak seorang yang mengalami musibah perlu mendapatkan

pertolongan daripada orang lain yang mempu untuk menolongnya. Dan bagi orang yang

mempunyai kemampuan menolong, wajib menolongnya.

1

Page 2: Konsep Asas Kaunseling

Carl Rogers (1952) pula menyatakan kaunseling sebagai ;

“.... The process by which the structure of the self is relaxed in the safety of the relationship with

the therapist and previously denied experience are perceived and then integrated into an altered

self........”

Menurut Wilver (1955) menyatakan;

“Guidance is a process of helping individuals through their own efforts to discover and develops

their potentialities both for personal happiness and social usefulness.”

Maka kesimpulannya bagi insan ciptaan Allah SWT, kaunseling merupakan suatu proses yg

berbentuk psikologi bertujuan untuk menolong manusia yang normal dari aspek akal, roh dan

tingkah laku bagi membimbing dan memahami diri dan persekitaran daripada sebarang kesusahan

sehingga dapat membentuk potensi dirinya ke arah kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Konsep

kaunseling sebenarnya ada perbezaan dengan nasihat, pertolongan atau bantuan. Ini kerana

kaunseling bukanlah suatu nasihat. (Mansur Abdullah, 2000).

Persepsi orang ramai mengaitkan kaunseling dengan penyelesaian masalah. Kebiasaannya orang

akan bertemu kaunselor jika ada masalah, atau pun berpenyakit mental. Tetapi andaian ini adalah

salah. Ini kerana tidak semestinya orang yang bertemu dengan seseorang kaunselor itru dengan

masalah. Orang yang tidak ada masalah juga boleh berjumpa dengan kaunselor untuk

membincangkan apa-apa perkara seperti khidmat kerjaya, mendapatkan nasihat mencari jodoh,

hubungan dalam keluarga atau sebagainya. Kaunseling dilihat sebagai mempunyai satu hubungan

kemanusiaan yang sangat ramah, saling memahami dan akrab. Umumnya, kaunseling ialah

proses pembelajaran apabila seseorang individu itu belajar tentang dirinya sendiri, tentang

hubungan antara perseorangan, dan tentang tingkah laku yang dapat memajukan perkembangan

peribadi mereka sendiri.

2

Page 3: Konsep Asas Kaunseling

TUGASAN 1

Anda berhadapan dengan kanak-kanak yang masih kurang matang dan menghadapi masalah meluahkan perasaannya secara lisan untuk menjelaskan emosi yang sedang dialaminya.

Bagaimana anda menggunakan kemahiran-kemahiran asas kaunseling untuk mendiagnosis punca masalah dan gangguan emosi yang dihadapi oleh kanak-kanak tersebut.

3

Page 4: Konsep Asas Kaunseling

Terdapat banyak pendapat daripada pelbagai ahli kaunseling dan psikologi berkenaan proses

kaunseling seperti Lewis, (1972), membahagikan proses kaunseling kepada lima peringkat iaitu

menentukan matlamat klien mendapatkan perkhidmatan kaunseling, menerangkan definisi dan

proses kaunseling yang akan dilalui, memberi penerangan dan pemahaman mengenai keperluan

klien, kemajuan ke arah mencapai matlamat, dan membuat kesimpulan serta perancangan  masa

depan berdasarkan pengalaman klien mengikuti proses kaunseling.

Rajah 1 : Proses kaunseling oleh Lewis (1972)

Eisenberg & Delaney, (1977), pula membahagikan proses kaunseling kepada enam peringkat iaitu

perjumpaan awal ice-breaking, penerokaan masalah klien dan pembinaan perhubungan yang

menolong, menentukan matlamat, mengenalpasti dan menilai faktor-faktor yang berhubung

dengan mencapai matlamat, membina dan melaksanakan satu pendekatan untuk mencapai

matlamat, menilai pencapaian dan diakhiri dengan penamatan dan susulan.

4

Matlamat klien

Terangkan proses yang akan dilalui

Keperluan klien

Mencapai matlamat

Kesimpulan dan

perancangan masa depan

Page 5: Konsep Asas Kaunseling

Rajah 2 : Proses kaunseling oleh Eisenberg & Delaney (1977)

Menurut Brammer, (1973), proses kaunseling mempunyai lapan peringkat yang perlu dilalui iaitu

penyediaan dan kemasukan, penjelasan perlunya klien kepada kaunseling, menstruktur proses

kaunseling selanjutnya, perhubungan mesra atau membina hubungan, penerokaan masalah klien,

pengukuhan apabila klien mengamalkan kemahiran-kemahiran baru, perancangan yang rasional

dan diakhiri dengan penamatan atau merumus pencapaian.

Rajah 3 : Proses kaunseling oleh Brammer (1973)

5

Ice-breakingPenerokaan

masalah (bina hubungan)

Menentukan matlamat

(menilai faktor)

Melaksanakan pendekatan

Menilai pencapaian

Penamatan dan susulan

Penyediaan dan

kemasukan

Penjelasan perlunya

kaunseling

Menstruktur proses

kaunselingBina hubungan

Penerokaan masalah

Pengukuhan kemahiran

Perancangan yang rasional

Rumus pencapaian

Page 6: Konsep Asas Kaunseling

Menurut aliran Islam yang mengambil pandangan Imam al-Ghazali, proses kaunseling dibahagikan

kepada sepuluh tahap iaitu Al-ta’arruf (pengenalan), Al-ta’rif (penerokaan masalah), Al-nahy bi al-

wa’zi wa al-nush wa al-takhwif (tegahan melalui peringatan, nasihat dan amaran), Al-wa’zu wa al-

nush (peringatan dan nasihat), Al-sab wa al-ta’nif (celaan dan kutukan), Al-taghyir bi al-yad

(mengubah dengan tangan atau kekuasaan), Al-tahdid bi al-darb (member amaran dengan deraan

pukul), Iqa’ al-darb wa tahqiqihi (melaksanakan deraan pukul), Shahr al-silah (mengisytiharkan

peperangan/angkat senjata) dan Al-istizhar fi a’wan wa jam’i al-junud (menunjukkan kekuatan

dengan mengumpul tentera).

Rajah 4 : Proses kaunseling menurut Imam Al-Ghazali

Berdasarkan rujukan saya terhadap proses kaunseling yang diperkenalkan oleh tokoh-tokoh

terkenal dalam bidang ini, dapat saya rungkaikan bahawa secara asasnya, proses kaunseling

dibahagikan mengikut tiga tahap iaitu fasa satu; Sebelum proses kaunseling (peringkat pra-

persediaan), fasa dua; semasa proses kaunseling (peringkat penyediaan kemasukan,

penetapan/penjelasan, menstruktur perhubungan, penerokaan, pengukuhan dan perancangan)

dan fasa tiga; selepas proses kaunseling (peringkat penilaian, penyusulan, dan penamatan).

6

Al-ta'arruf

Al-ta'arif

Al-nahy wa'zu wa al-nush

wa al-takhwif

A-wa'zu wa al-nush

Al-sab wa al-ta'nif

Al-taghyir bi al-yad

Al-tahdid bi al-darb

Iqa' al-darb wa tahqiqi

hi

Shahr al-silah

Al-istizharfi a'wan wa jam'i a;-

junud

Page 7: Konsep Asas Kaunseling

Rajah 5 : Tiga tahap kemahiran asas proses kaunseling

Sebagai seorang guru biasa, saya boleh mengambil beberapa langkah yang ringkas dan

sesuai dengan kemampuan saya untuk terokai perasaan kanak-kanak yang masih kurang matang

dan menghadapi masalah meluahkan perasaanya secara lisan. Berdasarkan situasi yang dihadapi

oleh kanak-kanak ini, tujuan utama saya mempraktikkan kemahiran asas kaunseling hanyalah

untuk mendianogsis punca kepada masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak tersebut. Usaha

untuk meminta murid itu menyatakan perasaan yang dialaminya ketika menghadapi masalah itu

juga perlu dijalankan bagi mengetahui tahap keseriusan masalah tersebut.

            Pada peringkat permulaan proses kaunseling, saya perlu mengkaji latar belakang klien. 

Segala maklumat peribadi kanak-kanak tersebut  perlu dikumpul secara teratur dan sistematik

untuk memudahkan saya memahami personaliti dan latar kehidupan kanak-kanak tersebut. Antara

bentuk soalan yang mungkin boleh saya ajukan pada klien ini adalah mengenai latar belakang

keluarga, hubungan dia dengan rakan sebaya, hobi ketika waktu lapang dan sebagainya. Langkah

ini ada dinyatakan sebagai penerokaan masalah dan membina hubungan dengan pihak yang

memerlukan pertolongan kaunseling sebagaimana dalam proses kaunseling yang perkenalkan

oleh Eisenberg dan Delaney (1977). Tujuan langkah ini dilaksanakan adalah untuk menunjukkan

sikap kita sebagai penyayang dan prihatin serta serius dalam mengambil berat tentang soal

kehidupannya.

7

Peringkat pra-persediaan

Peringkat penyediaan kemasukan, penetapan, menstruktur hubungan, penerokaan, pengukuhan dan perancangan

Peringkat penilaian, penyusulan dan penamatan

Page 8: Konsep Asas Kaunseling

Pada peringkat permulaan ini, terdapat dua aspek utama yang perlu diberi penekanan iaitu

pemilihan tempat perjumpaan yang sesuai dan keadaan masa yang mengizinkan serta ketika

waktu kanak-kanak tersebut selesa untuk berjumpa. Sebelum memulakan sesi perjumpaan, saya

haruslah memikirkan dan menyediakan atau memilih tempat serta menentukan masa yang sesuai

untuk berbincang tanpa banyak gangguan.  Tempat yang selesa dan menarik akan menggalakkan

kanak-kanak tersebut merasa selesa untuk berjumpa dengan saya dan seterusnya perjumpaan

tersebut dapat diadakan dengan jayanya.

Peranan tempat yang sesuai ini penting supaya emosi kanak-kanak tidak terganggu dengan

keadaan tempat dimana sesi perkongsian masalah dan emosi dapat dijalankan. Aspek ini penting

supaya kanak-kanak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran tempat sesi berjalan dan

memudahkan lagi proses mengenalpasti masalah dan gangguan emosi yang dihadapi kanak-

kanak itu sendiri.

            Setelah fasa satu berjaya, saya boleh meneruskan sesi perjumpaan ini dengan fasa yang

seterusnya iaitu menemu bual fasa kedua. Fasa kedua dalam perjumpaan ini memerlukan saya

untuk membina hubungan yang mesra dengan kanak-kanak tersebut. Langkah yang boleh diambil

untuk membina hubungan adalah perjumpaan perlulah berkonsepkan tidak formal dan santai

seperti keluar makan bersama atau melakukan aktiviti senaman pada waktu lapang. Peluang ini

perlu diambil supaya kanak-kanak itu berasa selasa dan seronok dengan pendekatan yang saya

ambil untuk mendekati kehidupan dia.

Selepas beberapa aktiviti kami lakukan bersama, kanak-kanak itu pasti akan berasa selesa

dengan cara pergaulan kami dan tidak kekok untuk berbual tentang apa sahaja perkara yang ingin

dibincangkan. Dalam sesi temu bual bagi mengenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh kanak-

kanak tersebut, saya akan memastikan bahawa setiap perkongsian kami tidak akan sampai

kepada pengetahuan orang lain. Langkah ini adalah sebagai kontrak hubungan bahawa segala

perkongsian adalah tertutup agar tidak timbul isu salah faham di kalangan orang yang tidak terlibat

dalam sesi perjumpaan kami.

Sewaktu memulakan temubual, saya hendaklah menggunakan soalan-soalan yang tidak

menakutkan serta mempamerkan perlakuan yang membantu.  Kemahiran komunikasi seperti

perbuatan pertentangan mata dan kedudukan tubuh badan ketika berbual tersebut hendaklah

disesuaikan mengikut situasi. Jarak kedudukan antara kami berdua juga perlu diberi perhatian bagi

memudahkan proses komunikasi.  Selain dari itu, keadaan tempat juga merupakan satu perkara

yang penting dalam permulaan hubungan untuk sesi perkongsian masalah. Ini amat penting

kerana suasana bilik yang tenang akan memberangsangkan dan menggalakkan kanak-kanak

untuk meluahkan perasaannya.

8

Page 9: Konsep Asas Kaunseling

            Saya juga perlu mempamerkan sikap memahami dan menerima iaitu memberi peluang

kepada kanak-kanak untuk bercakap dan menyatakan apa yang terbuku dalam dirinya. Proses ini

penting bagi membolehkan kami bergerak ke peringkat yang seterusnya iaitu peringkat penetapan

dan penjelasan matlamat sesi perjumpaan ini akan diadakan lagi pada masa akan datang.

Pada peringkat ini, saya akan cuba mendapatkan gambaran yang jelas tentang persoalan serta

permasalahan yang dihadapi oleh kanak-kanak tersebut serta menentukan matlamat bimbingan

yang diperlukan mengikut kehendak kanak-kanak. Biasanya terdapat dua cara yang boleh

dilakukan iaitu jika kanak-kanak tersebut mudah bercakap dan meluahkan segala isi hatinya, saya

akan terus mendorong kanak-kanak tersebut untuk terus bercerita dan jika dia sukar untuk

bercerita, maka saya hendaklah bijak mengemukakan soalan-soalan yang terbuka agar

menggalakkan kanak-kanak tersebut untuk bercerita.

Sebagai langkah bimbingan yang mementingkan keselesaan hubungan, saya hendaklah

mengelakkan pendekatan ‘soal-selidik’ kepada kanak-kanak kerana ini akan menyebabkan kanak-

kanak tersebut merasa  terancam atau takut. Sebagai seorang guru, saya haruslah mahir

menggunakan pendekatan psikologi yang boleh menimbulkan suasana selesa, sayang, hormat

dan terbuka. Saya juga perlu menunjukkan sifat-sifat sebagai pendengar yang baik dan kritikal

serta membantu kanak-kanak tersebut jika menghadapi keadaan tersekat-tersekat sewaktu

meluahkan pengalaman dan perasaanya.

Dalam sesi temu bual ini juga saya haruslah dapat menggalakkan kanak-kanak menghurai dan

menentukan pernyataannya tentang bentuk dan jenis pertolongan yang dikehendaki.  Pada tahap

ini, saya juga harus mengamati dan menentukan siapa sebenarnya yang sedang menghadapi

permasalahan tersebut iaitu sama ada diri beliau sendiri atau pun melibatkan orang lain. 

Pengetahuan dan kemahiran ini amat penting bagi membantu merangka alternatif ke arah

penyelesaian. Pada peringkat ini, saya akan dapat merangkakan ketetapan untuk melihat

matlamat kanak-kanak tersebut yang akan mencungkil kehendak sebenar dia untuk

menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sebagai kesimpulan, seorang guru sekolah yang akan

berhadapan dengan pelbagai ragam murid perlulah bersedia dengan kemahiran asas kaunseling

yang membolehkan seseorang guru itu sentiasa memahami masalah murid yang menghadapi

masalah ketika pembelajaran dalam bilik darjah mahupun latar belakang hidup yang mencabar

dan menguji kemampuan diri murid itu untuk menjalani kehidupan yang selesa di sekolah.

(1205 patah perkataan)

9

Page 10: Konsep Asas Kaunseling

TUGASAN 2

Pilih satu inventori yang berkaitan dengan minat kerjaya. Anda dikehendaki menganalisis satu laporan dapatan daripada inventori tersebut.

10

Page 11: Konsep Asas Kaunseling

Saya telah menjalankan satu sesi kaji selidik tentang minat kerjaya terhadap seorang responden

iaitu murid Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Chabang Tiga Chetok yang bernama Mohd Syazwan

Afiq. Inventori yang digunakan adalah Inventori Minat Kerjaya yang telah diperkenalkan oleh John

L. Holland. Dalam inventori ini, terdapat tiga bahagian iaitu Kesukaan, Kecekapan, dan Nama

Pekerjaan di mana murid ini telah menanda simbol (√) pada ruang pilihan Ya dan Tidak bagi setiap

item. Terdapat 60 item yang perlu dijawab pada bahagian Kesukaan, 60 item lagi pada bahagian

Kecekapan dan 72 item pada bahagian Nama Pekerjaan.

Setelah mengisi 192 item yang disediakan, pengiraan jawapan dibuat dengan mengira hanya

jawapan yang bertanda (Y) iaitu Ya, bermula pada lajur pertama yang dilabelkan dengan tanda ’R’

dari nombor 1 hingga 10 dan 61 hingga 70. Jumlah kiraan itu kemudian ditulis dalam jadual yang

disediakan di bahagian bawah borang jawapan mengikut label yang dinyatakan. Langkah ini

diulang semula pada kiraan jawapan pada label ’I’, ’A’, ’S’, ’E’, dan ’C’.

Label R I A S E C

Jumlah kiraan jawapan ’Y’

10 10 14 17 15 17

Jadual 1 : Jumlah kiraan jawapan Inventori Minat Kerjaya

Berdasarkan hasil dapatan melalui inventori yang dijalankan, saya telah memilih tiga jumlah skor

yang tertinggi iaitu label ’S’, label ’E’, dan label ’C’ yang masing-masing mempunyai jumlah skor 17

dan 15. Kemudian, saya memasukkan skor Tiga Kod Mata Holland ke dalam Borang Profil

Psikometrik untuk mengenal pasti kecenderungan kerjaya bagi Mohd Syazwan Afiq. Borang Profil

Psikometrik adalah bertujuan merungkai personaliti responden dan memberi keterangan mengenai

bidang minat kerjayanya.

11

Page 12: Konsep Asas Kaunseling

Rajah 1 : Profil Personaliti Berdasarkan Skor Ujian Inventori Minat Kerjaya Holland

Berdasarkan Profil Personaliti yang diperoleh oleh Mohd Syazwan Afiq, terdapat tiga gagasan

personaliti yang dominan, iaitu Social, Enterprising dan Conventional. Tiga personaliti ini yang

menentukan bidang pekerjaan yang diminati dan sesuai dengan minat responden.

12

SOSIALENTERPRISING

ARTISTIK

CONVENTIONAL

REALISTIK INVESTIGATIF

Page 13: Konsep Asas Kaunseling

Rajah 1 : Tiga dominan personaliti responden (Mohd Afiq Syazwan)

Bagi aspek Social, responden meminati persekitaran pekerjaan yang memerlukan interaksi,

kerjasama, kolaborasi, saling membantu, melatih dan membuat kebajikan kepada orang lain.

Responden juga mempunyai kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain.

Responden juga suka aktiviti membantu, memberi perkhidmatan dan menyelesaikan masalah

sosial. Pandangan awal yang boleh dinyatakan mengenai personaliti responden berdasarkan

aspek ini adalah responden seorang yang bersosial, suka menolong, bekerjasama, mesra,

peramah, sabar, ekstrovert, empati, baik hati, bertangunggjawab dan boleh dipercayai.

Seterusnya, aspek Enterprising pula menjelaskan bahawa responden juga meminati persekitaran

pekerjaan yang melibatkan pentadbiran dan pengurusan, perniagaan dan keusahawanan.

Responden juga mewujudkan suasana pengaruh-mempengaruhi, menarah, memimpin dan

mengurus individu lain serta menjual barangan atau idea. Matlamat akhir responden juga adalah

untuk mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi. Pandangan awal yang boleh

dinyatakan mengenai personaliti responden berdasarkan aspek ini ialah responden seorang yang

mempunyai ciri kepimpinan, sukakan pencapaian, bertenaga, daya pujuk yang tinggi, suka

mempengaruhi, kebolehan manipulasi, suka meneroka, yakin diri, optimistik, mudah mesra,

berwawasan, bercita-cita tinggi, berusaha, sosial, suka menonjolkan diri, ekstrovert dan bijak

berkomunikasi.

13

SocialEnterprisingConventional

Page 14: Konsep Asas Kaunseling

Dominan personaliti yang ketiga adalah Conventional. Dominan ini menjelaskan bahawa

responden minat persekitaran pekerjaan berstruktur dan teratur yang melibatkan data, nombor,

dan kerja-kerja perkeranian. Responden juga melakukan kerja secara terperinci, mengikut

peraturan dan arahan. Berkaitan dengan corak gerak kerja ini, aspek ini menjelaskan bahawa

responden adalah seorang yang berstruktur tinggi dalam aktiviti kehidupan seharian, teliti,

mempunyai daya tahan yang tinggi, akur, praktikal, mengikut arahan, defensif, menurut perintah,

cermat, cekap dan mempunyai rutin harian.

Kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan tiga dominan personaliti ini adalah Mohd Syazwan Afiq

ini merupakan seorang murid yang mempunyai hubungan yang baik dengan ahli keluarga, rakan

sebaya, guru dan masyarakat sekitar. Sikap peramah dan suka membantu membuatkan diri

responden mudah mendekati dan didekati oleh sesiapa sahaja. Responden juga merupakan

seorang ketua atau pemimpin dalam kelompok rakan sebaya di sekolah dan sekitar rumah

kejiranan kerana sikap yang suka mempengaruhi dan mampu berkomunikasi dengan baik di

khalayak ramai. Sikap positif yang juga ada pada responden adalah membuat perancangan

dengan baik dan mementingkan tertib dan aturan dalam setiap perkara yang dilakukan seperti

tugasan sekolah, keadaan fizikal tempat duduk di dalam kelas, mempunyai tulisan yang cantik,

berpakaian kemas dan melaksanakan tanggungjawab sebagai murid dan anak yang baik.

(650 patah perkataan)

14

Page 15: Konsep Asas Kaunseling

RUJUKAN

Dr. Abdul Halim Ramli, (2008). Mengenali Beberapa Teori Pemilihan Kerjaya. Diakses pada 10

Februari 2016 daripada http://abdulhalimramli.blogspot.my/2008/11/mengenali- beberapa-teori-

pemilihan.html

Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, (2011). Modul Bimbingan dan

Kaunseling EDU 3107. Cyberjaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Khairul Jaiyidah Abd Rahim, (2012). Kemahiran Asas Kaunseling. Diakses pada 1 Februari

2016 daripada http://counselor-to-be.blogspot.my/2012/11/kemahiran-asas-

kaunseling.html

Lee Say Ling, (2012). Kemahiran Asas Bimbingan Dan Kaunseling. Diakses pada 3 Februari

2016 daripada http://psikologidplimu2012.blogspot.my/2012/08/kemahiran-asas-

bimbingan-dan-kaunseling.html

Lee Leok Cheong, Ee Ah Meng, Suppiah Nachiappan & Taquddin Abd Mukti. (2012).

Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd

Mok Soon Sang, (2012). Perkembangan Kanak-Kanak. Penerbitan Multimedia Sdn.

Bhd. Pusat Bandar Puchong, Selangor.

Ndya Khani & Huzreen Muhaiza, (2016). Inventori Kerjaya. Diakses pada 5 Februari 2016

daripada http://ilhamkerjaya123.blogspot.my/p/inventori-kerjaya.html

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, (2012). Murid dan

Alam Belajar. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd

Siti Aminah Binti Mohd Sidek, (2012). Laporan Pembentangan Inventori Nilai Pekerjaan Sidek

(INPS). Diakses pada 1 Februari 2016 daripada

http://sitiaminahsidek.blogspot.my/2012/11/jom-kita-tengok-apa-yang-sesuai-

dengan.html

Siti Hajar Aliyais, (2012). Teori Perkembangan Kerjaya Holland. Diakses pada 10 Februari

2016 daripada http://carier2u.blogspot.my/2012/04/teori-perkembangan-kerjaya-

holland.html

15

Page 16: Konsep Asas Kaunseling

LAMPIRAN

16