isi kandungan - umcced student portalstudent.umcced.edu.my/download/notes/ubsk1102 pengenalan...

95
PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING i Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) ISI KANDUNGAN RANCANGAN KERJA Halaman Hasil Pembelajaran iii Sinopsis Kursus iii Kaedah Pembelajaran iii Penilaian iii Rujukan iv BAB 1: PENGENALAN KEPADA KAUNSELING 1.1 Pengenalan 1 1.2 Sejarah perkhidmatan kaunseling di Malaysia 1 1.3 Kaunseling sebagai profesion bantuan 3 1.4 Elemen dalam proses bantuan 4 1.5 Motif bantuan 4 1.6 Tahap-tahap hubungan bantuan 6 1.7 Perbezaan antara kaunseling, nasihat, dan bimbingan 7 1.8 Elemen-elemen yang diperlukan untuk mempelajari kaunseling dengan berkesan 10 BAB 2: JENIS-JENIS KAUNSELING 2.1 Pengenalan 12 2.2 Kaunseling Individu 13 2.3 Kaunseling Kelompok 15 2.4 Kaunseling Perkahwinan dan Keluarga 18 2.5 Kaunseling kerjaya 20 BAB 3: KUALITI, PERSONALITI, DAN KELAYAKAN KAUNSELOR 3.1 Pengenalan 25 3.2 Kualiti kaunselor yang diperlukan 25 3.3 Ciri-ciri peribadi kaunselor yang berkesan 29 3.4 Kelayakan Kaunselor 31

Upload: ngokiet

Post on 06-Feb-2018

302 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

i

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

ISI KANDUNGAN

RANCANGAN KERJA Halaman

Hasil Pembelajaran iii

Sinopsis Kursus iii

Kaedah Pembelajaran iii

Penilaian iii

Rujukan iv

BAB 1: PENGENALAN KEPADA KAUNSELING

1.1 Pengenalan 1

1.2 Sejarah perkhidmatan kaunseling di Malaysia 1

1.3 Kaunseling sebagai profesion bantuan 3

1.4 Elemen dalam proses bantuan 4

1.5 Motif bantuan 4

1.6 Tahap-tahap hubungan bantuan 6

1.7 Perbezaan antara kaunseling, nasihat, dan bimbingan 7

1.8 Elemen-elemen yang diperlukan untuk mempelajari kaunseling

dengan berkesan 10

BAB 2: JENIS-JENIS KAUNSELING

2.1 Pengenalan 12

2.2 Kaunseling Individu 13

2.3 Kaunseling Kelompok 15

2.4 Kaunseling Perkahwinan dan Keluarga 18

2.5 Kaunseling kerjaya 20

BAB 3: KUALITI, PERSONALITI, DAN KELAYAKAN KAUNSELOR

3.1 Pengenalan 25

3.2 Kualiti kaunselor yang diperlukan 25

3.3 Ciri-ciri peribadi kaunselor yang berkesan 29

3.4 Kelayakan Kaunselor 31

Page 2: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

ii

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

BAB 4: KOMUNIKASI DALAM KAUNSELING

4.1 Pengenalan 35

4.2 Kenapa harus belajar tentang komunikasi? 36

4.3 Apakah itu komunikasi? 36

4.4 Kepentingan komunikasi dalam kaunseling 39

4.5 Prinsip komunikasi berkesan 40

4.6 Komunikasi bukan lisan 40

4.7 Komunikasi lisan 42

BAB 5: PERHUBUNGAN KAUNSELING

5.1 Pengenalan 46

5.2 Persediaan diri kaunselor 46

5.3 Menyediakan persekitaran suasana fizikal yang kondusif 47

5.4 Penstrukturan sesi dan kontrak kaunseling 49

5.5 Membina perhubungan terapeutik 50

BAB 6: ASPEK ETIKA DAN PERUNDANGAN DALAM KAUNSELING

6.1 Pengenalan 55

6.2 Definisi etika, moral, dan undang-undang 55

6.3 Keperluan kod etika dalam kaunseling 56

6.4 Prinsip etika dalam kaunseling 57

6.5 Isu-isu etika dalam kaunseling 58

6.6 Batasan kepada kod etika 62

6.7 Aspek perundangan 62

6.8 Kod Etika Kaunselor Malaysia 63

BAB 7: STANDARD LATIHAN DAN KELAYAKAN KAUNSELOR

7.1 Pengenalan 68

7.2 Kerangka Standard 69

7.3 Kurikulum Latihan Kaunselor 76

7.4 Standard Latihan Praktikal dan Praktikum 86

7.5 Standard Latihan Amali 88

Page 3: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

iii

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

RANCANGAN KERJA

Program : Diploma Eksekutif Kaunseling

Kod Kursus : UBSK 1102

Tajuk Kursus : Pengenalan kepada Bimbingan dan Kaunseling

Jam Kredit : 4

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir kursus ini, pelajar dapat:

Menghuraikan konsep kaunseling sebagai satu profesion bagi menolong individu,

kelompok, dan keluarga

Mempamerkan pengetahuan dalam persekitaran di mana penolong pegawai kaunselor

bekerja

Menghubung kait kefahaman etika profesion kaunseling di Malaysia

SINOPSIS KURSUS

Kursus ini bertujuan untuk memberi maklumat mengenai bidang kaunseling sebagai satu

profesion untuk menolong individu, kelompok, dan keluarga menangani masalah yang timbul

daripada konflik situasi dalam kehidupan seharian. Tajuk perbincangan meliputi sejarah

perkembangan profesion, peranan dan fungsi kaunselor, teori dan teknik, proses, penggunaan

ujian dan alat penaksiran dalam kaunseling, persekitaran kerja kaunselor, isu dan etika dalam

kaunseling, dan latihan dan kelayakan standard kaunselor.

KAEDAH PEMBELAJARAN

Kuliah dan perbincangan kumpulan

KAEDAH PENILAIAN

Penilaian Berterusan : 60%

Peperiksaan Akhir : 40%

Jumlah : 100%

Page 4: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

iv

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

RUJUKAN

1. Brammer, L.M & Macdonald, G. (1999) The Helping relationship: Process and skill

(7th

Edition). Allyn and Bacon.

2. Gazda, M.G (1984) Group counselling : A developmental approach. Allyn and

Bacon.

3. Gibson, R.L. and Mitchell, M.H. (2000). Introduction to counseling and guidance.

NJ: Prentice Hall

4. Gladding, S.T. (2008). Counseling: A comprehensive profession. NJ: Prentice Hall.

5. Hutchins, D.E. & Vaught, C.C (1997) Helping relationship and strategies (3rd

Edition). Brooks/ Cole Publishing Company.

6. Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim & Halimatun Halaliah Mokhtar (1996) Kaunseling

Individu: Apa dan bagaimana? Penerbit Fajar Bakti.

7. Neukrog, E. (2007). The world of the counselor: An introduction to the counseling

profession. Belmont, CA: Cengage.

8. Nugent, F.A. (2000). Introduction to the profession of counseling. Merrill: Prentice

Hall.

9. Rogers, C.R. (1942) Counselling and psychoteraphy. Houghton Mifflin Company

10. Sutton, J. & Stewart,W. (2002) Learning to counsel (2nd

Edition). UK: How to Books

11. Lembaga Kaunselor (1998) Akta Kaunselor 580

12. Lembaga Kaunselor (2011) Kod etika kaunselor.

13. Lembaga Kaunselor (2011) Piawaian dan Kelayakan latihan Kaunselor.

Page 5: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

BAB 1

PENGENALAN KEPADA KAUNSELING

Objektif Pembelajaran

Pada akhir bab ini, pelajar akan dapat:

1. Menghuraikan latar belakang perkhidmatan kaunseling di Malaysia

2. Menjelaskan mengapa manusia memerlukan perkhidmatan bantuan seperti kaunseling

3. Mengenal pasti elemen-elemen penting dalam proses bantuan

4. Menerangkan kaunseling sebagai profesion bantuan

5. Menjelaskan motif untuk menjadi kaunselor

6. Memahami perbezaan antara kaunseling, nasihat, dan bimbingan

1.1 Pengenalan

Perkhidmatan kaunseling semakin dianggap sebagai perkhidmatan yang diperlukan dalam

masyarakat. Hal ini demikian terutama dalam situasi masyarakat kita sekarang yang mengalami

kepesatan ekonomi, perubahan yang signifikan dalam cara hidup dan kehadiran masalah-masalah

sosial dalam masyarakat adalah berpunca daripada perubahan struktur sosial yang signifikan.

Kaunseling mula dilihat sebagai pendekatan yang sesuai bagi membantu mengatasi kebanyakan

cabaran yang dihadapi dari segi pembangunan sahsiah diri potensi manusia. Oleh itu,

pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya golongan

akademik yang berminat dapat membantu menggunakan kaedah kaunseling dalam mengatasi

masalah yang timbul.

1.2 Sejarah perkhidmatan kaunseling di Malaysia

Walaupun kaunseling ialah perkhidmatan bantuan yang telah lama diamalkan di negara barat

namun di Malaysia ianya masih agak baru. Perkembangan kaunseling di Malaysia telah berlaku

seawal tahun 1938 melalui cadangan pegawai pendidikan yang berasal dari British, H.R.

Cheeseman di mana beliau menggariskan keperluan untuk mengadakan perkhidmatan kaunseling

Page 6: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

2

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

di sekolah. Dari situlah bermulanya evolusi perkhidmatan kaunseling di Malaysia yang asalnya

dijalankan sebagai khidmat bimbingan di sekolah. Selari dengan itu perkhidmatan kaunseling

mula diperkenalkan dalam sistem masyarakat Malaysia secara berperingkat dan agak perlahan.

Namun masih terdapat kemajuan yang baik.

Pelantikan kaunselor sepenuh masa di sekolah menengah seluruh Malaysia oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam telah menaikkan taraf perkhidmatan

kaunseling di mata masyarakat Malaysia. Ia juga merupakan suatu pengiktirafan kepada guru-

guru kaunseling dari segi profesionalisme kerjaya rentetan daripada pengenalan perkhidmatan

Bimbingan dan Kaunseling melalui Surat Pekeliling KP5209/35/(4) diadakan pada tahun 1964.

Berikutan surat pekeliling berkenaan, sekolah-sekolah menengah dan rendah telah diminta

melantik seorang guru kerjaya bagi melaksanakan perkhidmatan yang dikenali sebagai

Perkhidmatan Panduan Pelajaran dan Kerjaya. Namun pada peringkat itu perkhidmatan yang

diberikan hanyalah dari segi bimbingan kerjaya dan belum lagi melibatkan perkhidmatan

kaunseling. Walaupun demikian, ini merupakan titik permulaan kepada perkembangan yang

lebih pesat dalam bidang kaunseling di Malaysia. Profesion kaunseling ini telah melalui pelbagai

peringkat dan proses perkembangan untuk sampai ke tahap yang membanggakan apabila sebuah

buku Panduan Perlaksanaan Khidmat Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah (1984) telah

diterbitkan.

Perkhidmatan kaunseling semakin rancak diperkenalkan sekitar awal 90-an dengan pengenalan

kursus kaunseling di universiti tempatan. Dengan itu, ramai kaunselor telah dihasilkan dan

menjalankan kaunseling di agensi, organisasi, dan sekolah. Di samping itu dalam tahun 1996,

Menteri Pendidikan telah mengedarkan Pekeliling Ikhtisas Bil: 3/1996 memberi garis panduan

pelantikan guru kaunseling sepenuh masa, kelayakan minimum yang diperlukan, bidang tugas,

dan pelepasan daripada mengajar mata pelajaran di sekolah. Ini disambut pula dengan

pembentukan Akta Kaunselor pada tahun 1998 atau Akta 580 untuk mengiktiraf profesionalisme

kaunselor di Malaysia. Berikutan itu, kaunselor di Malaysia telah dikehendaki untuk

mendaftarkan diri sebagai kaunselor dengan Lembaga Kaunselor dan mesti memiliki Perakuan

Amalan yang sah untuk melaksanakan perkhidmatan Kaunseling.

Page 7: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

3

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

1.3 Kaunseling sebagai profesion bantuan

Perkhidmatan kaunseling telah mula diterima sebagai satu perkhidmatan bantuan yang semakin

popular di Malaysia. Namun hakikatnya, perkhidmatan ini telah bertapak lama dalam masyarakat

barat dalam usaha untuk membantu mereka yang memerlukan. Seperti kebanyakan perkhidmatan

bantuan yang lain, tumpuan utama perkhidmatan kaunseling ialah kepada manusia atau individu.

Manusia memiliki ciri-ciri tertentu yang pasti akan menyebabkan mereka kerap melakukan

kesilapan. Tanpa bantuan dan dorongan yang betul, kehidupan mereka akan sengsara dan tidak

produktif atau musnah. Oleh itu perkhidmatan bantuan seperti kaunseling amat diperlukan untuk

membantu klien mengemukakan permasalahan mereka. Antara ciri-ciri tersebut yang digariskan

oleh Gibson dan Mitchell (2003) ialah:

Manusia merupakan spesis yang paling lemah semasa lahir. Manusia memerlukan

sokongan, perhatian, kasih sayang sebagai asas untuk menyesuaikan diri dengan

kehidupan.

Manusia memiliki potensi untuk berkembang yang paling tinggi berbanding spesis lain.

Tetapi manusia memerlukan bantuan dan persekitaran yang sesuai untuk berbuat

demikian.

Manusia memiliki tahap komunikasi yang paling tinggi. Kemahiran yang membolehkan

mereka menyampaikan pemikiran mereka kepada orang lain dengan terperinci, mengajar

bahasa kepada orang lain melalui kaedah merekod, menghantar dan menerima maklumat.

Spesis manusia mempamerkan jurang perbezaan antara individu yang besar. Konsep

perbezaan individu ini menjadi rasional kepada analisis tentang klien dalam profesion

penyembuhan.

Manusia dipengaruhi dan mempengaruhi persekitarannya. Analisis tentang persekitaran

perlu bagi memahami seseorang klien.

Manusia adalah satu-satunya organisma hidup yang memahami perbezaan masa lampau

dan akan datang. Ini membolehkan manusia memahami pengalaman lampau dan

menggunakannya untuk kehidupan masa depan.

Page 8: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

4

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Manusia memiliki keupayaan untuk memberi sebab dan mendapat gambaran. Individu

boleh membuat keputusan daripada pilihan alternatif dan boleh mengubah.

1.4 Elemen dalam proses bantuan

Proses bantuan melibatkan beberapa elemen penting yang akan menjamin keberkesanan proses

ini. Antara elemen yang terlibat digambarkan oleh Brammer dan Macdonald (1999) dalam rajah

dibawah:

Rajah 1.1: Elemen dalam proses bantuan

Personaliti + Kemahiran Suasana yang Hasil yang

Pembantu Bantuan Kondusif Spesifik

Sifat Memahami Kepercayaan Untuk klien

Sikap Memujuk Hormat Masyarakat

Nilai Mengambil tindakan Kebebasan Pembantu

1.5 Motif bantuan

Terdapat banyak faktor motivasi di sebalik keinginan seseorang untuk melibatkan diri dalam

perhubungan bantuan. Ada antara faktor motivasi yang berbentuk positif dan ada juga yang

berbentuk negatif.

Menurut Guy (1987) antara faktor motivasi penglibatan yang negatif adalah seperti berikut:

Penderitaan emosi di mana individu mempunyai trauma peribadi yang belum selesai.

Bergantung hidup kepada kebahagiaan orang lain berbanding menjalani kehidupan

sendiri dengan bermakna.

Kesunyian dan pengasingan diri di mana individu tersebut tidak mempunyai kawan dan

mengharapkan kawan melalui pengalaman kaunseling.

Page 9: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

5

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Keinginan untuk mendapat kuasa. Mereka merasa tidak berdaya dalam kehidupan dan

ingin mengawal orang lain.

Keinginan untuk menagih kasih sayang dan merasakan semua masalah boleh diselesaikan

sekiranya mereka mendapat kasih sayang insan lain.

Memberontak secara senyap di mana mereka memiliki perasaan marah yang tidak selesai

dan menyalurkannya melalui pemikiran dan perasaannya kepada klien.

Sementara itu ramai juga individu yang berkeinginan untuk membantu orang lain kerana

dimotivasikan oleh faktor-faktor positif seperti yang disenaraikan oleh Brammer dan Macdonald

(1999):

Keinginan untuk melakukan sumbangan sosial kepada individu lain dan

masyarakat secara keseluruhan

Individu begini lazimnya menjadi pembantu kerana ingin membuat kebajikan kepada

insan lain dan biasanya tidak terlalu mementingkan balasan material. Mereka lebih

mementingkan kepuasan peribadi atau spiritual dan suka membuat amal kebajikan.

Sebagai satu orientasi perkhidmatan

Membantu individu lain yang memerlukan dengan menyediakan perkhidmatan yang

menepati keperluan tersebut. Fokus utama ialah klien atau mereka yang datang untuk

meminta bantuan dan bukannya demi kepentingan peribadi.

Keinginan untuk menjadi seorang pakar

Ada individu ingin mendalami kemahiran kaunseling untuk meningkatkan kepakaran

dalam bidang ini. Di samping itu mereka akan lebih memahami tentang tingkah laku

manusia dan cara-cara penyelesaian masalah yang lebih berkesan.

Motif peribadi yang lain

Menurut Guy (1987) kebanyakan individu mempunyai motif positif untuk melibatkan diri

sebagai pembantu lazimnya memiliki kemahiran semulajadi seperti yang disenaraikan di

bawah:

o Sikap ingin tahu dan menyelidik. Individu memiliki sikap semula jadi yang

berminat kepada penglibatan dengan individu lain.

Page 10: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

6

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

o Kebolehan untuk mendengar dengan baik. Mereka mendapati mendengar adalah

sesuatu yang merangsangkan.

o Selesa dengan perbualan. Individu tersebut berminat untuk berinteraksi dengan

orang lain.

o Empati dan mudah memahami. Mereka dapat meletakkan diri di tempat individu

lain dengan mudah.

o Mudah mendalami emosi. Mereka selesa menghadapi pelbagai jenis emosi

daripada positif hinggalah negatif.

o Introspeksi (Instrospection). Mereka dapat melihat atau merasakan secara

dalaman.

o Keupayaan untuk menafikan kepentingan diri. Mereka dapat mengenepikan

keperluan peribadi untuk mendengar dan membantu orang lain.

o Tolak ansur dari segi kemesraan. Mereka dapat mengekalkan keakraban emosi.

o Selesa dengan kuasa. Mereka dapat menerima kuasa dengan beberapa

pengecualian.

o Keupayaan untuk ketawa. Mereka dapat melihat suka duka kehidupan dan melihat

aspek humor di dalam setiap kejadian.

1.6 Tahap-tahap perhubungan bantuan

Perhubungan bantuan boleh dibahagikan kepada beberapa tahap yang berlainan iaitu daripada

formal dan berstruktur kepada tidak formal dan tidak berstruktur (Brammer & Macdonald,

1999).

Berstruktur

o Pembantu profesional:

Pekerja sosial, pekerja perkhidmatan kemanusiaan, ahli psikologi, guru, kaunselor

sekolah, ahli terapi, jururawat, dan kaunselor berdaftar yang memiliki tahap

latihan yang sepatutnya.

Page 11: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

7

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

o Pembantu separa profesional:

Penemu duga terlatih, penyambut tetamu, individu yang bertugas dalam

persekitaran pendidikan, pekerjaan, dan sosial.

o Sukarelawan:

Individu yang tidak dibayar untuk tugasnya dan memiliki latihan jangka pendek

dalam kemahiran bantuan.

Tidak berstruktur:

o Persahabatan:

Perhubungan bantuan yang tidak formal, saling membantu, dan tidak berstruktur

bila-bila diperlukan.

o Keluarga:

Sistem bantuan tidak formal yang saling bergantung pada tahap-tahap tertentu.

o Masyarakat:

Bantuan jawatankuasa tidak formal dan tidak berstruktur untuk mengurangkan

bahaya, penderitaan, atau kehilangan.

1.7 Perbezaan antara kaunseling, nasihat, dan bimbingan

Ramai orang yang menyangka bahawa kaunseling adalah sama dengan memberi nasihat atau

bimbingan kepada seseorang. Namun demikian, hakikatnya kaunseling ialah satu profesion

bantuan yang unik yang mempunyai ciri-ciri yang berlainan daripada nasihat dan bimbingan.

Sutton dan Stewart (2002) menunjukkan perbezaan antara pemberian nasihat, bimbingan, dan

kaunseling dalam rajah di bawah:

Page 12: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

8

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Rajah 1.2: Perbezaan antara nasihat, bimbingan, dan kaunseling

Nasihat Bimbingan Kaunseling

Sehala Sehala Pertukaran dua hala

Memberikan pendapat Menunjukkan jalan Perhubungan sokongan

Membuat penilaian Mendidik yang membolehkan klien:

Memberi cadangan Mempengaruhi 1. Meneroka masalah

Memberi arahan 2. Memahami masalah

3. Menyelesaikan atau

membantu klien hadapi

masalah dengan baik

Memujuk Menggalakkan Memudahcarakan

Nasihat

Memberi nasihat lazimnya bermakna memberitahu seseorang apa yang sepatutnya dan

perlu dilakukan dan ini berbeza dengan kaunseling. Kaunseling membantu klien melihat

apa yang mungkin dilakukan tetapi tidak mengarahkan klien untuk berbuat sesuatu

mengikut kehendak kaunselor. Kaunselor menolong klien untuk memikul tanggungjawab

sendiri dan membuat keputusan yang bersesuaian dengan kemampuan diri.

Bimbingan

Memberi bimbingan bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan klien dengan cara

memimpin dia melakukan sesuatu. Lazimnya komunikasi dalam bimbingan adalah satu

hala di mana yang memberi bimbingan memiliki autoriti ke atas yang dibimbing. Ini

bercanggah dengan prinsip komunikasi dua hala dan juga kawalan klien terhadap

kehidupan sendiri. Bimbingan boleh digunakan dalam situasi tertentu tetapi ianya

Page 13: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

9

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

bermakna mengajar klien. Kaunseling lebih mementingkan kerjasama erat antara

kaunselor dan klien untuk sama-sama memikirkan tentang masalah yang dihadapi.

Kaunseling

Kaunseling ialah proses kolaborasi dua hala di mana kedua-dua kaunselor dan klien

berbincang bersama untuk mencapai matlamat yang diingini oleh klien. Ianya menepati

konsep menghormati kredibiliti klien dan menganggap klien sebagai individu yang

bermaruah dan mampu mengawal kehidupan sendiri. Dan lazimnya ia merupakan

hubungan yang sukarela. Britisah Association of Counselling and Psychology (BACP)

menyatakan bahawa ‘kaunseling berlaku apabila kaunselor bertemu klien dalam

persekitaran yang sulit dan rahsia untuk meneroka permasalahan yang dihadapi oleh

klien, tekanan yang mungkin dialaminya atau ketidakpuasan hati dengan kehidupan,

ataupun kehilangan arah dan tujuan hidup. Ini semua bergantung kepada kehendak klien

kerana tidak seorang pun yang dipaksa ‘dihantar’ untuk kaunseling’.

Terdapat beberapa pendapat umum yang diketengahkan oleh American Counseling Association

dan American Psychological Association tentang definisi kaunseling. Ianya meliputi beberapa

perkara seperti berikut:

Kaunseling ialah satu profesion. Individu yang mengamalkannya perlu memiliki

kelayakan akademik dan profesional yang berkaitan untuk melaksanakannya di samping

terikat dengan standard dan kod etika kaunseling.

Kaunselor hanya bekerja dalam bidang kepakaran mereka sahaja.

Klien bagi sesi kaunseling adalah individu yang normal, bukannya yang mengalami

penyakit mental dan lain-lain.

Kaunseling adalah berdasarkan teori dan dilakukan dalam ‘setting’ yang berstruktur.

Kaunseling merupakan proses di mana klien belajar membuat keputusan dan membuat

formulasi cara baru untuk bertingkah laku, berfikir dan meredakan perasaan.

Kaunseling menumpukan beberapa pengkhususan seperti kaunseling keluarga,

kaunseling kerjaya, kaunseling kelompok dan lain-lain.

Page 14: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

10

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Secara tepatnya kaunseling didefinisikan sebagai proses hubungan jangka pendek, yang

berdasarkan teori dalam membantu klien yang lazimnya sihat secara psikologi untuk menangani

masalah perkembangan dan situasi (Gladding, 1996).

1.8 Elemen-elemen yang diperlukan untuk mempelajari kaunseling dengan berkesan

Sutton dan Stewart (2002) mengemukakan tiga elemen asas untuk mempelajari kaunseling

dengan berkesan:

Pengetahuan dan kefahaman. Ini melibatkan:

o Mendapatkan pengetahuan tentang teori perkembangan personaliti yang menjadi

dasar pendekatan kaunseling.

o Mendapatkan pengetahuan tentang proses psikologi yang terlibat apabila individu

menghadapi sesuatu situasi tertentu.

Memperkembangkan kemahiran. Ini melibatkan:

o Mengubah dan mempelajari kemahiran baru berkaitan pengendalian sesi

kaunseling.

o Mengamalkan kemahiran-kemahiran yang dipelajari sehingga benar-benar dapat

menguasainya.

Perkembangan diri. Ini melibatkan:

o Peningkatan kepekaan kendiri untuk lebih peka tentang keperluan klien.

o Keupayaan mengasingkan perasaan sendiri daripada perasaan klien dengan

berkesan.

Page 15: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

11

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

LATIHAN

MINDA

a)

b)

c)

d)

Mengapakah manusia memerlukan perkhidmatan seperti

kaunseling?

Bincangkan elemen-elemen yang terlibat dalam proses bantuan

dan kepentingannya.

Apakah motif anda untuk menjadi seorang pembantu atau

kaunselor?

Beza dan bandingkan antara kaunseling dengan bimbingan dan

nasihat.

Page 16: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

12

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

BAB 2

JENIS-JENIS KAUNSELING

Objektif Pembelajaran

Pada akhir bab ini, pelajar akan dapat menjelaskan:

1. Beberapa jenis perkhidmatan kaunseling yang utama

2. Kepentingan setiap jenis perkhidmatan kaunseling yang dibincangkan

3. Perbezaan antara perkhidmatan kaunseling yang dibincangkan

4. Elemen-elemen yang terlibat bagi setiap perkhidmatan kaunseling tersebut

2.1 Pengenalan

Dalam bahagian pengenalan Kod Etika Kaunselor oleh Lembaga Kaunselor Malaysia, ada

dinyatakan bahawa sebagai satu bidang akademik, kaunseling telah maju melampaui positivisme.

Sebagai satu pendekatan, kaunseling menumpukan perhatian kepada kesihatan dan

perkembangan klien dan bukan sahaja kepada pemulihan dan pemuliharaan. Dari sudut ini,

kaunseling meliputi usaha kerja secara individu dan berkumpulan dan objektif perhubungan akan

berbeza mengikut klien. Oleh itu, terdapat berbagai-bagai jenis perkhidmatan kaunseling yang

ditawarkan kepada umum agar dapat menepati keperluan dan kehendak klien yang unik dan

berbeza antara satu sama lain.

Antara jenis kaunseling yang biasa didapati dalam masyarakat ialah:

a) Kaunseling individu

b) Kaunseling kelompok

c) Kaunseling keluarga dan perkahwinan

d) Kaunseling kerjaya

e) Kaunseling pelbagai budaya

Page 17: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

13

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

2.2 Kaunseling Individu

Kaunseling individu merupakan kaunseling yang paling kerap diperkatakan dan diamalkan oleh

kaunselor untuk membantu individu secara personal. Kaunseling individu lazimnya melibatkan

seorang kaunselor dan seorang klien yang bertemu dalam sesi khas untuk membincangkan isu

yang penting bagi klien. Dalam hal ini kaunselor akan menyediakan persekitaran yang sesuai dan

membantu klien melihat masalah dengan lebih jelas serta meneroka cara untuk mengatasinya

bersama klien.

2.2.1 Kriteria bagi proses kaunseling individu

a) Kelayakan dan kecekapan kaunselor

b) Peruntukan masa yang secukupnya

c) Menjadikan klien tumpuan utama

d) Kebebasan daripada gangguan

e) Tertakluk kepada kerahsiaan dan etika

f) Menitikberatkan perkembangan peribadi klien

g) Mencapai kematangan menghadapi masalah

2.2.2 Proses kaunseling individu

Pietrofesa et al. (1970) melihat kaunseling sebagai satu proses di mana seorang

profesional yang bersedia untuk memberi kaunseling berusaha untuk membantu klien

untuk memahami diri mereka sendiri, membuat keputusan sendiri, dan menyelesaikan

masalah sendiri.

Menurut Mizan Adiliah dan Halimatun Halaliah (1997) kaunseling merupakan satu

proses yang mempunyai ciri-ciri berikut:

a) Satu jangka masa untuk membolehkan klien berubah sama ada sesi 40 minit atau

beberapa sesi pertemuan.

Page 18: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

14

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

b) Kaedah atau langkah yang sistematik seperti yang akan ditunjukkan dalam rajah

2.1 di bawah. Ini meliputi elemen membina hubungan, meneroka masalah,

mengenal pasti masalah, membincangkan alternatif, mengambil tindakan, dan

menamatkan hubungan.

c) Mewujudkan hubungan terbuka antara kaunselor dengan klien untuk

memudahkan perkongsian maklumat dan emosi.

d) Menimba ilmu dan pemahaman tentang kejadian manusia dan permasalahan,

motivasi, keperluan, dan kaedah pembelajaran. Dalam erti kata lain, kaunselor

perlu memahami teori kaunseling dan personaliti.

Oleh itu kaunseling merupakan satu proses yang melibatkan beberapa peringkat dalam

usaha membantu klien. Proses kaunseling individu yang berlaku boleh ditunjukkan

melalui rajah di bawah:

Rajah 2.1: Proses kaunseling

Persediaan prasesi dan

penstrukturan

Membina hubungan

Mengenal pasti

masalah

Meneroka

masalah

Memilih/Membincang

alternatif

Mengambil tindakan

Menamatkan sesi

Page 19: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

15

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

2.2.3 Teori kaunseling individu

Asas teori amat diperlukan dalam memastikan keberkesanan sesi kaunseling. Ini kerana

teori memberi panduan dan cara untuk memahami dan mengatasi masalah klien. Teori

lazimnya berasal daripada nilai dan kepercayaan pengasasnya yang kemudiannya

dijadikan satu asas falsafah bagi membentuk satu model teoretikal yang mantap. Teori

ini kemudiannya digunakan dalam amalan kaunseling.

Antara teori kaunseling individu yang terkemuka ialah:

a) Psikoanalisis

b) Terapi pemusatan klien

c) Terapi rasional emotif

d) Terapi tingkah laku

e) Terapi realiti

f) Terapi Gestalt

g) Analisis transaksional

h) Eksistensialisme

Perbincangan tentang teori-teori akan diadakan dengan lebih terperinci dalam modul

Teori Kaunseling.

2.3 Kaunseling Kelompok

Kaunseling secara berkelompok memberikan alternatif yang baik kepada individu untuk

menghadiri sesi kaunseling. Ianya dibentuk berdasarkan kepercayaan bahawa manusia tidak

dapat dipisahkan daripada masyarakat dan kelompok yang menyumbangkan sumber yang

berguna bagi menghadapi cabaran dalam kehidupan. Kaunseling kelompok berbeza dengan

kaunseling individu kerana ianya disertai oleh lebih ramai ahli pada satu masa. Kaunselor

kelompok biasanya dipanggil ketua. Sesi kaunseling kelompok di persekitaran organisasi adalah

lebih kerap dilakukan berbanding kaunseling individu seperti di pusat pemulihan, penjara dan

Page 20: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

16

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

rumah kebajikan. Dipercayai bahawa kaunseling kelompok boleh mencapai keberkesanan

terapeutik yang sama dengan kaunseling individu.

Menurut American Society of Group Work (ASGW) (1991), kaunseling kelompok bertujuan

untuk membantu peserta kelompok menyelesaikan masalah yang biasa tetapi sukar berkaitan

kehidupan melalui sokongan interpersonal dan penyelesaian masalah. Matlamat tambahan lain

ialah untuk membantu peserta bagi membangunkan keupayaan penyelesaian masalah

interpersonal mereka yang sedia ada agar mereka dapat menangani masalah pada masa akan

datang dengan lebih mudah. Antara perkara yang sering dibincangkan ialah masalah kerjaya,

pendidikan, peribadi, sosial, dan pembangunan.

2.3.1 Kelebihan kaunseling kelompok berbanding kaunseling individu

Antara kelebihan-kelebihan kaunseling kelompok berbanding kaunseling individu

menurut Lakin (1985) ialah:

a) Terdapat peluang untuk sokongan ahli dari pelbagai arah, berbanding dengan

sokongan tidak langsung daripada kaunselor individu. Individu boleh belajar

untuk memberi sokongan dan membimbing disamping menerimanya.

b) Peserta memiliki lebih peluang untuk mengambil tindakan langsung dan mencuba

pelbagai jenis tingkah laku. Corak tingkah laku individu dapat diperhatikan dan

tingkah laku alternatif yang baru dapat distrukturkan. Pembelajaran secara

‘modeling’ dan pemerhatian adalah signifikan dalam kaunseling kelompok.

c) Kaunselor atau pemimpin dalam kelompok bukanlah dianggap satu-satunya

penyambung kepada realiti. Sumber maklum balas adalah lebih bagus dengan

memasukkan persepsi dan cadangan daripada ahli-ahli lain.

d) Dalam kelompok, hubungan kaunselor/klien yang tidak produktif boleh dielak

dan diubah jika perlu. Pemimpin dan ahli kelompok dapat memperbaiki

perhubungan kaunselor/klien dengan lebih baik.

Page 21: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

17

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

e) Ahli mempunyai peluang untuk memperkembangkan hak dan autonomi dalam

situasi kelompok. Dalam suasana kelompok, individu dikehendaki berdikari dan

hubungan saling bergantungan dapat dikesan dan diperbaiki.

2.3.2 Faktor terapeutik dalam kaunseling kelompok

Kaunseling kelompok dianggarkan dapat berfungsi untuk membantu menyelesaikan

masalah klien kerana ianya memiliki beberapa faktor terapeutik seperti yang dinyatakan

oleh Yalom (1995) dan Kottler (1994) seperti berikut:

Faktor-faktor tersebut adalah seperti berikut:

a) Sokongan

b) Perasaan dimiliki (Sense of belonging)

c) Katarsis atau kelegaan emosi

d) Pembelajaran secara pemerhatian dan penglibatan

e) Kepekaan terhadap tingkah laku dan impak terhadap orang lain

f) Enakmen kekeluargaan

g) Komitmen umum

h) Pemudahan tugasan dan menggalakkan tindakan

i) Mengambil risiko

j) Percubaan untuk mengamalkan tingkah laku baru

k) Konfrontasi dan maklum balas

l) Keajaiban atau pengalaman yang luar biasa

2.3.3 Matlamat kaunseling kelompok

Secara amnya matlamat kaunseling kelompok adalah untuk mencapai matlamat

memenuhi keperluan, dan memberikan nilai pengalaman kepada ahli individu yang

menyertai kelompok. Antara pengalaman atau peluang yang dapat diberikan oleh

kaunseling kelompok ialah:

Page 22: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

18

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

a) Individu boleh meneroka, dengan peneguhan daripada kumpulan sokongan,

keperluan perkembangan dan penyesuaiannya, masalah dan kepentingan.

b) Kaunseling kelompok dapat memberi peluang kepada klien untuk mendapat

pemahaman tentang perasaan dan tingkah lakunya.

c) Kaunseling kelompok memberikan peluang kepada klien untuk mengembangkan

hubungan yang natural dan positif dengan individu lain.

d) Kaunseling kelompok memberikan peluang kepada klien untuk belajar

bertanggungjawab atas diri sendiri dan orang lain.

2.4 Kaunseling Perkahwinan dan Keluarga

Kaunseling perkahwinan dan keluarga adalah sangat penting dalam masyarakat yang semakin

individualistik. Suami isteri bekerja adalah normal kerana wanita semakin ramai yang memakan

gaji dibandingkan dengan yang menjadi suri rumah sepenuh masa. Struktur keluarga telah

berubah dengan pesat dari setahun ke setahun. Ramai ibu bapa yang mengejar profesion dan

kerjaya mereka lalu menafikan masa bersama keluarga. Tanggung jawab ibu bapa diserahkan

kepada sumber luaran iaitu pembantu rumah atau penjaga yang menjadi ibu bapa tumpang.

Psikologi anak-anak perlukan tolak ansur. Hubungan ibu bapa dan anak-anak boleh menjadi

renggang dan mencetuskan konflik, masalah, dan kesedihan. Isu perkahwinan juga boleh timbul

dan menyebabkan kadar perceraian semakin tinggi. Oleh itu, kaunseling perkahwinan dan

keluarga menjadi semakin penting dalam masyarakat kita.

2.4.1 Kepentingan kaunseling perkahwinan dan keluarga

Kaunseling perkahwinan dan keluarga mengambil kira kehidupan keluarga dan

perkembangan yang berlaku dalam keluarga. Peringkat-peringkat dalam kehidupan

keluarga merupakan peristiwa yang signifikan bagi individu dan tidak dapat dipisahkan.

Menurut Wilcoxon (1985), kaunselor perkahwinan dan keluarga perlu peka terhadap

perbezaan peringkat setiap keluarga di samping mengenal pasti perkembangan tugas

setiap ahli keluarga. Dengan itu kaunselor akan mudah menyedari bahawa masalah dalam

keluarga berpunca daripada struktur keluarga dan cara keluarga berfungsi.

Page 23: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

19

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Kaunseling perkahwinan dan keluarga amat penting bagi memperbaiki struktur dan cara

keluarga berfungsi yang kurang sesuai agar keluarga dapat berfungsi dengan optimum.

Di samping itu kaunseling keluarga dapat membantu keluarga melihat masalah yang

dihadapi sebagai satu unit yang bersatu dengan bantuan daripada kaunselor. Menurut

Gladding (1996), kaunselor yang bekerja secara efektif dengan pasangan dan keluarga

memiliki garis panduan untuk menentukan bagaimana, di mana, bila, dan sama ada perlu

untuk campur tangan dalam proses keluarga atau tidak.

2.4.2 Perbezaan antara kaunseling perkahwinan/keluarga dengan kaunseling

individu (Gladding, 1996)

Walaupun terdapat persamaan yang ketara pada penggunaan teori seperti pendekatan

pemusatan klien, terapi Gestalt, teori Adlerian, terapi realiti, dan analisis transaksional

tetapi ada teori yang eksklusif untuk kaunseling perkahwinan dan keluarga sahaja. Oleh

itu, kaunselor perlu tahu teori yang sesuai untuk digunakan.

Kaunseling individu lazimnya mengasingkan klien daripada keluarga semasa membantu

tetapi kaunseling perkahwinan dan keluarga melibatkan penyertaan ahli-ahli keluarga

yang lain.

Walaupun proses kaunseling keluarga menyerupai kaunseling kelompok tetapi terdapat

perbezaan status dan kuasa, dan penglibatan dan ikatan emosi yang lebih tinggi

berbanding kaunseling kelompok biasa atau kaunseling individu. Akhir sekali, proses

dalam kaunseling keluarga tidak boleh dianggap linear kerana melibatkan faktor-faktor

tertentu yang berkisar dalam dinamik keluarga itu sendiri.

2.4.3 Konsep-konsep dalam kaunseling keluarga

Kaunselor keluarga boleh membantu keluarga yang bermasalah atau mengalami

gangguan fungsi untuk kembali berfungsi secara normal dan menggunakan sumber

Page 24: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

20

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

dalaman keluarga bagi membina kekuatan dengan menggunakan konsep-konsep di

bawah:

a) Nonsummativity yang menyatakan bahawa keluarga merupakan satu

sistem yang tidak boleh dilihat secara berasingan.

b) Equifinality di mana peristiwa yang sama mungkin memberi kesan yang

berlainan. Oleh itu fokus rawatan adalah pada corak interaksi keluarga dan

bukannya pada keadaan khusus.

c) Corak komunikasi dalam keluarga.

d) Peraturan keluarga

e) Morfogenesis atau keupayaan keluarga untuk memperbaiki fungsinya

untuk memenuhi perubahan permintaan faktor dalaman dan luaran.

f) Homeostasis atau bagaimana keluarga mengekalkan tahap keseimbangan

yang stabil apabila berlaku perubahan.

2.5 Kaunseling Kerjaya

Kaunseling kerjaya merupakan salah satu cabang kaunseling yang amat penting dalam

persekitaran pekerjaan masa kini. Kaunseling kerjaya memainkan peranan penting semenjak

dari zaman kanak-kanak sehingga zaman dewasa ketika seseorang individu itu telah bekerja

dalam sesuatu pekerjaan. Kaunseling kerjaya mula dianggap penting setelah Frank Parsons

(1909) menggariskan proses pemilihan kerjaya dan memulakan gerakan bimbingan vokasional.

Menurut Parsons, ‘adalah lebih baik memilih sesuatu kerja berbanding memburu pekerjaan’.

Semenjak itu banyak teori-teori perkembangan kerjaya telah mula dihasilkan.

Menurut Imbimbo (1994), terdapat hubung kait antara peranan tugas dengan peranan-peranan

lain dalam kehidupan. Maka pemilihan kerjaya haruslah tepat agar kehidupan akan jadi lebih

bermakna. Oleh itu, kaunseling kerjaya memainkan peranan untuk memastikan klien dapat

menyelesaikan isu pemilihan dan penglibatan dalam kerjaya dengan berkesan.

Page 25: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

21

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

2.5.1 Definisi kaunseling kerjaya

Menurut Brown dan Brooks (1991), kaunseling kerjaya merupakan proses interpersonal

yang direka untuk membantu individu dalam menghadapi masalah perkembangan

kerjaya. Perkembangan kerjaya ialah proses memilih, memasuki, menyesuaikan diri, dan

memajukan pekerjaan. Ia merupakan proses sepanjang hayat yang berinteraksi secara

dinamik dengan peranan tugas hidup yang lain. Masalah kerjaya termasuk, tetapi tidak

terhad kepada, tidak dapat atau tidak boleh membuat keputusan kerjaya, prestasi kerja,

tekanan dan penyesuaian, ketidakselarasan antara individu dengan persekitaran, dan

integrasi yang tidak sempurna dan tidak memuaskan antara peranan professional dengan

peranan hidup yang lain.

Definisi kerjaya yang diberikan oleh Super (1976) melihat kerjaya sebagai turutan

peristiwa yang meliputi kehidupan, urutan pelbagai pekerjaan dan peranan hidup yang

bergabung untuk mengekspresikan komitmen seseorang terhadap kerja dalam corak

perkembangan diri keseluruhannya dan satu siri kedudukan bergaji atau tidak bergaji,

yang dimiliki seseorang bermula dari remaja hingga bersara, padanya pekerjaan adalah

satu-satunya. Kerja meliputi peranan berkaitan pekerjaan seperti pelajar, pekerja, dan

pesara bersama-sama melengkapkan peranan sambilan, keluarga dan awam.

Secara amnya, keseluruhan kaunseling kerjaya melibatkan satu proses kaunseling

berteraskan keperluan kerjaya, mengambil kira tentang penyebaran maklumat kerjaya,

dan juga bimbingan kerjaya. Maklumat kerjaya ditakrifkan oleh National Career

Development Association (NCDA) sebagai ‘maklumat yang berkaitan tentang dunia

pekerjaan yang berguna untuk proses perkembangan kerjaya termasuk maklumat

pendidikan, pekerjaan dan psikologi yang berkaitan dengan pekerjaan’. Sementara

bimbingan kerjaya melibatkan semua aktiviti yang bertujuan untuk menyebarkan

maklumat berkaitan pekerjaan sekarang dan akan datang dalam cara tertentu agar

individu menjadi lebih berpengetahuan dan peka tentang siapa diri mereka dalam

hubungan dengan dunia pekerjaan (NOICC, 1994).

Page 26: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

22

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

2.5.2 Kepentingan kaunseling kerjaya

Crites (1981) menyenaraikan beberapa aspek penting tentang kaunseling kerjaya seperti

berikut:

a) Keperluan untuk kaunseling kerjaya adalah lebih tinggi berbanding

keperluan untuk psikoterapi. Ini kerana kaunseling kerjaya mengambil

kira kedua-dua aspek dalaman dan luaran kehidupan individu sementara

pendekatan psikoterapi hanya menangani masalah dalaman sahaja.

b) Kaunseling kerjaya juga adalah terapeutik. Ramai pengkaji menemui

perkaitan positif antara kerjaya dengan penyesuaian peribadi. Klien yang

berjaya mengatasi masalah kerjaya akan dapat kemahiran dan keyakinan

untuk mengatasi masalah lain dalam kehidupan.

c) Kaunseling kerjaya adalah lebih sukar daripada psikoterapi. Crites (1981)

menyatakan untuk menjadi kaunselor kerjaya yang berkesan, individu

mesti menangani kedua-dua pemboleh ubah pekerjaan dan personal dan

mesti memahami bagaimana keduanya berinteraksi antara satu sama lain.

Ini memerlukan pengetahuan tentang teori personaliti dan perkembangan

kerjaya serta teknik untuk mendapatkan serta menggabungkan

keseluruhan maklumat. Kaunseling kerjaya juga melibatkan penggunaan

inventori yang adakala memerlukan latihan khas.

2.5.3 Teori Perkembangan dan Amalan Kerjaya

Pelaksanaan kaunseling kerjaya memerlukan seorang kaunselor untuk memahami

beberapa teori perkembangan dan amalan kerjaya. Antaranya ialah:

a) Teori Sifat dan Faktor

b) Teori Pemilihan Kerjaya Holland

c) Teori Hoppock

d) Teori Kerjaya Ann Roe

Page 27: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

23

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

e) Teori Pembangunan Kerjaya Super

f) Teori Pembelajaran Sosial dan lain-lain

2.5.4 Masalah yang boleh diatasi melalui kaunseling kerjaya

Antara masalah-masalah individu pekerja yang boleh dibantu melalui proses kaunseling

kerjaya adalah:

a) Mengenal pasti minat, bakat, dan kebolehan kerjaya

b) Membantu pemilihan kerjaya

c) Perkembangan kerjaya

d) Peningkatan kerjaya

e) Penyesuaian kerjaya

f) Menangani krisis peribadi

g) Menangani masalah dalam persekitaran kerja dan lain-lain.

Secara amnya kaunseling kerjaya cuba untuk menjelaskan lagi perkaitan antara peranan

pekerjaan dengan peranan-peranan lain dalam kehidupan. Ianya amat penting

memandangkan kerjaya sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan individu seharian.

Page 28: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

24

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

LATIHAN

MINDA

a)

b)

c)

d)

e)

f)

g)

Bincangkan kriteria-kriteria yang penting bagi perjalanan

kaunseling individu.

Bandingkan perkhidmatan kaunseling kelompok dengan

kaunseling individu.

Huraikan beberapa faktor terapeutik dalam kaunseling

kelompok yang anda anggap signifikan bagi anda.

Mengapakah kaunseling keluarga dianggap penting?

Bincangkan konsep-konsep yang digunakan dalam

kaunseling keluarga.

Apakah yang dimaksudkan dengan kaunseling kerjaya

dan mengapa ia dianggap penting bagi semua golongan?

Adakah sesuai perkhidmatan kaunseling kerjaya

digunakan untuk menyelesaikan masalah peribadi

pekerja? Bincangkan.

Page 29: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

25

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

BAB 3

KUALITI, PERSONALITI, DAN

KELAYAKAN KAUNSELOR

Objektif Pembelajaran

Pada akhir bab ini, pelajar akan dapat menerangkan:

1. Tiga kualiti atau teras yang perlu dalam perhubungan kaunseling

2. Ciri-ciri peribadi dan personaliti seorang kaunselor yang berkesan

3. Kelayakan-kelayakan yang diperlukan oleh seorang kaunselor yang mengamalkan

kaunseling

3.1 Pengenalan

Menurut Combs (1982), seorang kaunselor yang berkesan atau kurang berkesan bukan sahaja

boleh dibezakan melalui teknik yang digunakannya tetapi boleh juga dibezakan dengan melihat

kepada kepercayaan dan sifat peribadinya. Rogers (1980) juga mendapati bahawa persepsi klien

tentang sikap kaunselor membezakan tahap keberkesanan dalam kaunseling.

Oleh itu, bab ini akan membincangkan beberapa kualiti, personaliti, dan kelayakan yang perlu

ada pada seorang kaunselor untuk menjadikannya seorang yang lebih berkesan dalam usaha

membantu individu lain yang memerlukan khidmat profesional daripada beliau.

3.2 Kualiti kaunselor yang diperlukan

Carl Rogers (1951) menggariskan beberapa kualiti atau sikap kaunselor yang dianggap penting

untuk membantu perubahan terapeutik kepada klien. Kualiti-kualiti tersebut menggalakkan

hubungan terapeutik dalam sesi kaunseling dan sangat penting bagi terapi pemusatan klien.

Kualiti-kualiti tersebut ialah keupayaan kaunselor untuk mempamerkan ketulenan,

penghormatan positif tanpa syarat, dan empati.

Page 30: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

26

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

3.2.1 Ketulenan

Ianya juga dikenali sebagai kongruen di mana kaunselor jujur, tidak berpura-pura dengan

klien, atau berselindung di sebalik sikap profesional. Keberkesanan sesi kaunseling

banyak bergantung kepada sikap berterus-terang kaunselor terhadap kliennya dan

bagaimana dia mengintegrasikan sikap itu di dalam dirinya. Salah satu cara untuk

menonjolkan ketulenan adalah menunjukkan kemesraan yang berpatutan dan tidak

berlebihan kepada klien. Ini membuatkan klien rasa selesa dan tidak seperti didesak.

Kemesraan dan ketulenan boleh dipamerkan melalui bahasa badan, kata-kata yang

bersesuaian dan nada suara. Namun kaunselor perlu mengelakkan kemesraan yang

berlebihan agar tidak tercipta kebergantungan klien terhadapnya.

Lima komponen utama ketulenan

a) Bahasa badan yang menyokong

Boleh disampaikan melalui senyuman, pertentangan mata, gerak-geri, dan

sebagainya.

b) Perlakuan peranan (Role behaviour)

Tingkah laku kaunselor yang terlalu mendesak akan menyebabkan klien

defensif. Kaunselor sendiri hendaklah profesional dan selesa dengan

peranannya.

c) Mempamerkan sikap yang kongruen

Mesti terdapat keselarasan dari segi lisan, perlakuan, dan perasaan semasa

sesi dan tidak berpura-pura dengan klien.

d) Kespontanan dan kesegeraan

Keupayaan untuk menyuarakan pendapat dengan semula jadi tanpa

berlakon semasa sesi. Sekiranya ada perkara kontroversi yang berlaku

dalam sesi, kesegeraan adalah penting. Namun, pendapat yang sensitif dan

negatif perlu dipertimbangkan untuk tidak disampaikan kepada klien.

e) Berterus-terang

Page 31: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

27

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Kaunselor perlu ada sikap terbuka dan sedia untuk berkongsi dengan klien

hal-hal yang boleh membantu bagi perkembangan diri. Self disclosure atau

pendedahan kendiri adakala penting bagi membantu klien melihat

alternatif dalam penyelesaian masalah.

3.2.2 Penghormatan positif tanpa syarat

Penghormatan positif tanpa syarat adalah menghormati dan meletakkan nilai yang positif

terhadap klien sebagai seorang yang unik dan memiliki maruah diri. Mempamerkan

Penghormatan positif tanpa syarat kepada klien akan memudahkan perubahan untuk

berlaku.

Penghormatan positif tanpa syarat adalah apabila kaunselor tidak menilai klien mengikut

satu set ketetapan peraturan atau standard tertentu. Klien diterima seadanya sama ada dia

memiliki kelemahan atau kelebihan, kualiti yang baik atau tidak baik termasuklah cara

dia berfikir, perasaannya, dan tingkah lakunya.

Empat komponen penghormatan positif tanpa syarat:

a) Komitmen

Merujuk kepada kesediaan kaunselor untuk bekerja dengan klien dan

menunjukkan minat untuk berbuat demikian. Klien mesti memberikan

komitmen sepenuhnya kepada hubungan membantu ini.

b) Sikap memahami

Sikap memahami yang ada pada kaunselor akan membuat klien rasa

dihormati. Sikap memahami boleh disampaikan dengan menggunakan

kemahiran parafrasa dan refleksi.

c) Sikap tidak menghukum (Non-judgemental attitude)

Kaunselor tidak meletakkan nilai atau menolak buah fikiran, tindakan,

atau perasaan klien. Walau bagaimanapun dengan tidak meletakkan syarat

Page 32: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

28

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

kepada klien, tidak bermakna kaunselor bersetuju sepenuhnya dengan

klien.

d) Sikap mesra dan ambil berat (Warmth and caring)

Sikap mesra boleh merapatkan jurang emosi antara klien dengan

kaunselor. Ianya juga memudahkan proses perantaraan. Boleh

disampaikan secara lisan dan bukan lisan melalui percakapan, nada suara,

senyuman, dan cara yang sesuai agar klien akan rasa lebih dihargai dan

dihormati.

3.2.3 Empati

Didefinisikan sebagai kebolehan untuk memahami klien dari sudut pandangan klien dan

bukannya dari sudut pandangan kaunselor sendiri. Ia juga bermaksud, ‘Satu usaha untuk

berfikir bersama klien daripada, untuk dan tentang klien itu sendiri’ (Brammer, Shostrom

& Abrego, 1989).

Empati merupakan cara utama untuk memahami klien dan membuat klien rasa difahami.

Kaunselor cuba melihat peristiwa atau pengalaman klien dengan memasuki ruang rujuk

klien dan merasakannya daripada perspektif klien. Ini bermaksud kaunselor menjiwai

dengan berkesan apa yang dirasakan oleh klien.

Terdapat dua tahap empati iaitu:

a) Empati tahap utama (primary empathy)

Atau empati pada tahap perasaan. Ini bermaksud kaunselor cuba

merasakan pengalaman yang dialami oleh klien.

b) Empati tahap lanjutan (advanced empathy)

Tahap ini melibatkan kepekaan dari segi kognitif tentang bagaimana

rasanya berada di tempat klien dan melihat dunia dari perspektif klien.

Page 33: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

29

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Cara-cara menyampaikan empati:

1. Tunjukkan minat untuk berbincang berdasarkan pandangan klien.

2. Bincangkan apa yang difikirkan penting oleh klien.

3. Berikan maklum balas lisan yang merujuk kepada perasaan klien.

4. Berikan maklum balas lisan untuk menghubungkan atau menjelaskan

mesej klien.

5. Gunakan maklum balas bukan lisan pada tahap yang sesuai. Komunikasi

bahasa badan boleh membantu proses menyampaikan empati.

Empati berbeza dengan simpati kerana simpati menunjukkan kaunselor hanya kasihan

kepada klien tetapi tidak melakukan apa-apa kerana berada di luar ruang rujuk klien.

Empati bermaksud merasakan bersama klien apa yang dialaminya dan ‘menemankannya’

dalam perjalanan tersebut. Empati memerlukan kaunselor menggunakan imaginasi dan

gerak hati yang betul untuk memahami apa yang dilalui oleh klien.

3.3 Ciri-ciri peribadi kaunselor yang berkesan

3.3.1 Kepekaan tentang diri dan nilai

Seorang kaunselor yang berkesan perlu peka tentang diri sendiri daripada pelbagai aspek.

Ini termasuklah kelebihan dan kekurangan, kekuatan, dan kelemahannya. Mereka mesti

dapat menjawab dengan jelas persoalan seperti ‘Siapa diri saya?’, ‘Apa yang penting bagi

saya?’, ‘Apakah signifikan yang saya dapat daripada usaha saya ini?’, dan sebagainya

(Brammer & Macdonald, 1999).

Kepekaan tentang diri sendiri akan mengelakkan kaunselor daripada meletakkan nilai

yang salah kepada orang lain. Ini merupakan aspek yang penting pada diri kaunselor iaitu

menerima individu lain tanpa syarat dan terbuka walaupun berlainan dari segi nilai

masing-masing.

Page 34: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

30

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

3.3.2 Kepekaan tentang perbezaan budaya

Seorang kaunselor juga perlu memiliki kepekaan terhadap perbezaan budaya. Dua aspek

utama yang penting bagi kaunselor adalah mengakui bahawa terdapat perbezaan budaya

antaranya dengan klien tertentu dan bersedia menerima perbezaan tersebut. Untuk

menjadi seorang kaunselor yang efektif, individu perlu sedia untuk mempelajari

perbezaan antara pelbagai budaya, di samping peka tentang budaya sendiri. Dalam

masyarakat majmuk di Malaysia, agak sukar untuk mengelak memberikan khidmat

kaunseling kepada klien yang berbeza budaya daripada kaunselor.

3.3.3 Keupayaan untuk menganalisis perasaan sendiri

Elemen ini merupakan salah satu daripada elemen kecerdasan emosi di mana kaunselor

sedar tentang reaksi dirinya, iaitu dari segi perasaan terhadap sesuatu peristiwa atau

maklumat yang diperolehinya. Kaunselor perlu dapat mentafsirkan sendiri dengan tepat

akan perasaannya agar tidak keliru serta dapat mengawal emosi dengan baik apabila

perlu. Ini amat penting untuk menghadapi klien yang lazimnya datang dengan pelbagai

jenis masalah dan adakalanya mengganggu kestabilan emosi kaunselor sekiranya

kaunselor tidak dapat mengawal perasaan. Adalah penting bagi kaunselor untuk tetap

dengan objektif semasa sesi kaunseling.

3.3.4 Sikap suka membantu dan prihatin

Sikap suka menolong merupakan ciri penting yang perlu ada pada setiap kaunselor. Ini

kerana kaunselor akan berhadapan dengan pelbagai jenis klien yang memerlukan

khidmatnya. Adakala tuntutan tugas seorang kaunselor adalah berat dan memerlukan

pengorbanan dari segi masa dan tenaga. Tanpa sikap membantu dan prihatin yang kukuh,

kaunselor mungkin mudah mengalami keletihan dan akhirnya kehabisan tenaga.

Page 35: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

31

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

3.3.5 Beretika

Setiap kaunselor perlu memiliki tahap etika yang tinggi dalam menjalankan tugas.

Antara etika yang penting dalam perkhidmatan kaunseling ialah kerahsiaan di mana

kaunselor perlu merahsiakan maklumat yang dikongsi oleh klien dengannya kecuali bagi

situasi-situasi tertentu. Secara profesionalnya. kaunselor perlu menepati keperluan etika

bagi menjaga kebajikan, kesejahteraan dan maruah klien. Tahap etika yang tinggi pada

kaunselor menjadikan beliau seorang yang sangat dipercayai dan dihormati oleh klien.

3.3.6 Bertanggungjawab

Kaunselor yang berkesan juga ialah seseorang yang bertanggungjawab terhadap tugasnya

sebagai kaunselor dan terhadap kebajikan dan kesejahteraan klien. Ini bermakna dia

meletakkan nilai yang tinggi terhadap profesionalismenya sebagai kaunselor. Kaunselor

perlu bertanggungjawab terhadap klien dengan membantunya sepanjang proses

kaunseling mengikut kemampuan dan kepakarannya.

3.4 Kelayakan Kaunselor

3.4.1 Kelayakan akademik

Setiap profesional perlu memiliki kelayakan pendidikan dan praktikal yang bersesuaian.

Begitu juga dengan profesion kaunseling. Di Malaysia, individu yang ingin bergelar

kaunselor perlu memiliki tahap kelayakan akademik dan pengalaman praktikal seperti

yang diperlukan oleh Piawaian dan Kelayakan Kaunselor yang ditetapkan oleh Lembaga

Kaunselor dan termaktub dalam Akta Kaunselor 1998 (Akta 580).

Ini juga berkait dengan prosedur perlesenan kaunselor sebagai orang yang mengamalkan

kaunseling dalam perkhidmatannya. Fretz dan Mills (1980) mendefinisikan pelesenan

sebagai kebenaran yang diberikan kepada seseorang yang memenuhi kelayakan yang

Page 36: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

32

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

ditetapkan untuk melibatkan diri dalam pekerjaan dan/atau menggunakan gelaran tertentu

untuk menjalankan fungsi tertentu.

Menurut Jadual Kedua dalam Akta 589 (subseksyen 24(1)) senarai kelayakan akademik

yang boleh didaftarkan dan layak mendapat lesen sebagai kaunselor di Malaysia ialah

seperti berikut:

Nama Institusi Kelayakan yang diiktiraf

Universiti Malaya Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)

Universiti Kebangsaan Malaysia Diploma Psikologi (Kaunseling)

Sarjana Sastera (Psikologi Kaunseling)

Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Rundingcara)

Universiti Putra Malaysia Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)

Master Sains

Universiti Teknologi Malaysia Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)

Universiti Islam Antarabangsa Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)

Universiti Sains Malaysia Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian

Sarjana Pendidikan

Doktor Falsafah

Namun demikian, kelayakan lain yang dirasakan sesuai akan dipertimbangkan

memandangkan banyak program-program kaunseling lain yang telah ditawarkan sejak

senarai asal ini dikeluarkan.

3.4.2 Pengkhususan bidang dan kemahiran teras

Kaunselor yang ingin meningkatkan profesionalismenya lazimnya perlu membuat

pengkhususan bidang agar dia dapat menumpukan segala sumber dan keupayaan untuk

melaksanakan tugas dengan baik. Terdapat banyak bidang pengkhususan dalam

kaunseling yang boleh dipilih oleh kaunselor.

Page 37: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

33

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Antara contoh-contoh pengkhususan yang boleh dipilih oleh kaunselor ialah:

a) Kaunseling Individu

b) Kaunseling Kelompok

c) Kaunseling Kerjaya

d) Kaunseling Keluarga dan Perkahwinan

e) Kaunseling Kepelbagaian Budaya

f) Kaunseling Remaja

g) Kaunseling Pemulihan Penagihan Dadah

h) Kaunseling Golongan Berkeperluan Khas dan lain-lain

i) Kaunseling Kesihatan Mental

Di samping itu, kaunselor mesti memiliki kemahiran teras yang kukuh untuk

menjalankan sesi kaunseling dengan berkesan dan melindungi kebajikan serta

kesejahteraan klien.

3.4.3 Penyeliaan

William (1987) menyatakan bahawa penyeliaan adalah salah satu cara untuk

memperbaiki kemahiran profesional secara merangsang dan menggalakkan

perkembangan individu. Penyeliaan dalam kaunseling ialah proses interaktif dan

berdasarkan penilaian di mana seorang yang lebih berkelayakan/berkeupayaan memantau

kerja seseorang yang kurang berpengalaman dan berpengetahuan dengan tujuan

meningkatkan fungsi profesional ahli yang junior tersebut (Bernard dan Goodyear, 1992).

Proses ini membenarkan kaunselor pelatih mendapat kemahiran secara teori dan praktikal

dengan lebih berkesan dan diberikan maklum balas yang berguna oleh penyelia untuk

panduan masa depan.

Page 38: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

34

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

LATIHAN

MINDA

a)

b)

c)

d)

e)

Apakah teras perhubungan atau kualiti yang perlu ada pada

seorang kaunselor yang digariskan oleh Rogers (1951)?

Apakah empati dan bagaimanakah seorang kaunselor dapat

menggunakannya untuk membantu perjalanan sesi?

Apakah penerimaan tanpa syarat dan mengapakah ianya

penting semasa menghadapi klien?

Mengapakah kaunselor perlu memiliki ciri-ciri peribadi yang

positif seperti yang telah dibincangkan dalam bab ini?

Apakah kelayakan-kelayakan yang diperlukan oleh seorang

kaunselor di Malaysia?

Page 39: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

35

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

BAB 4

KOMUNIKASI DALAM KAUNSELING

Objektif Pembelajaran

Pada akhir bab ini, pelajar akan dapat:

Menyatakan kepentingan komunikasi dalam kehidupan dan dalam profesion

kaunseling

Mengenal pasti beberapa model komunikasi yang asas

Mengenal pasti prinsip-prinsip komunikasi yang asas

Menjelaskan kepentingan komunikasi bukan lisan dalam proses kaunseling

Menjelaskan kemahiran komunikasi lisan dan lain-lain.

4.1 Pengenalan

Komunikasi merupakan suatu proses yang tidak boleh dielakkan dalam kehidupan semua

makhluk terutama manusia. Manusia memerlukan komunikasi untuk berinteraksi dan bersosial

dengan individu lain. Tiada seorang pun individu di dunia dapat hidup tanpa berkomunikasi

dengan orang lain. Oleh itu, ianya menjadi sebahagian keperluan yang paling penting dalam

kehidupan kita. Komunikasi ialah cara untuk menghantar mesej, menyampaikan maksud,

memberi maklumat, berkongsi pengalaman, dan mendapatkan maklum balas yang terbaik.

Semenjak dahulu, manusia telah mengamalkan pelbagai cara untuk berinteraksi sesama manusia

iaitu secara langsung atau tidak langsung. Komunikasi boleh berlaku dalam pelbagai cara,

antaranya ialah:

a) Tulisan

Manusia zaman purba menggunakan tulisan dinding-dinding gua untuk menceritakan

sesuatu atau mencatat pengalaman.

b) Isyarat

Orang Red Indian menggunakan unggun api untuk menyampaikan berita.

Page 40: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

36

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

c) Bahasa lisan

Apa sahaja yang kita nyatakan secara lisan lazimnya membawa maksud dan implikasi

sosial.

d) Bahasa badan

Gerak-geri dan raut wajah boleh mencerminkan perasaan dan pemikiran seseorang.

Contohnya kita tersenyum bila gembira.

4.2 Kenapa harus belajar tentang komunikasi?

a) Komunikasi adalah sebahagian daripada pengalaman sosial. Ia berlaku dalam setiap

perhubungan. Komunikasi mengubah hubungan manusia dalam berbagai-bagai-bagai

cara. Dengan mempelajari komunikasi kita boleh menggunakan pelbagai strategi

untuk membantu memperbaiki hubungan dengan orang lain. Semua perlakuan sosial

berhubung kait secara langsung atau tidak langsung dengan komunikasi.

b) Untuk memahami diri sendiri dan individu lain

Kita mempelajari komunikasi atas sebab-sebab peribadi. Dengan komunikasi kita

akan memberi perhatian kepada perkara-perkara berkaitan pengalaman diri sendiri

atau individu lain. Komunikasi membantu kita memahami bagaimana tulisan, isyarat,

pertuturan lisan, dan reaksi bukan lisan menyampaikan kepada orang lain sikap

positif atau negatif anda. Ia juga membuat anda lebih berhati-hati tentang kesan

komunikasi terhadap orang lain. Dalam proses itu, ia membantu kita memahami

individu lebih jelas.

4.3 Apakah itu komunikasi?

Pendapat tentang komunikasi adalah berbeza-beza namun sebenarnya ianya saling bersangkut

paut antara satu sama lain. Komunikasi sebenarnya ialah gabungan beberapa model seperti di

bawah.

Page 41: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

37

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

4.3.1 Komunikasi sebagai proses sehala

Ada yang berpendapat komunikasi ialah penyampaian mesej secara sehala iaitu daripada

seorang kepada seorang yang lain. Memang benar bahawa dalam sesetengah hal

komunikasi hanya akan berlaku secara sehala. Ini bermaksud orang yang menerima mesej

mempunyai tiada peluang untuk memberi respons.

Dalam hal ini, orang yang bercakap mempunyai maklumat yang ingin disampaikan

contohnya dalam sesuatu organisasi. Orientasi ini mengandaikan sekiranya terjadi

kesilapan dalam maklumat yang diterima ia merupakan kesilapan penyampai. Oleh itu,

penyampai maklumat harus meningkatkan kemahiran dalam komunikasi.

4.3.2 Komunikasi sebagai interaksi antara individu

Komunikasi dilihat sebagai jaringan sebab dan kesan (cause and effect) ataupun tindakan

dan reaksi (action and reaction). Seseorang akan memberi mesej dan dia akan menerima

sesuatu daripada penerima.

Tetapi model ini menganggap hanya seorang sahaja yang boleh menerima atau

menyampaikan mesej pada satu-satu masa. Ia bukanlah proses dinamik di mana kedua-

dua tugas dijalankan pada satu masa.

4.3.3 Komunikasi sebagai satu proses dinamik

Model ini menganggap kedua-dua orang yang berkomunikasi menyampaikan dan

menerima maklumat secara aktif iaitu memainkan kedua-dua peranan pada satu masa.

Komunikasi ini ialah dua hala di mana sesiapa sahaja boleh menyampaikan mesej dan

menerima. Dalam hal ini penyampai akan dapat menyampaikan maksudnya dengan lebih

berkesan kerana dia boleh mendapat maklum balas segera daripada penerima.

Page 42: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

38

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Di samping itu, penerima juga berhak memberikan reaksi dan memperbetulkan persepsi

sekiranya berlaku kesilapan komunikasi. Komunikasi secara interaksi dua hala ini lebih

dipentingkan dalam proses kaunseling.

Contohnya, semasa A bercakap, B menerima dan memproses maklumat dan di waktu

yang sama menyampaikan mesej melalui mimik muka, gerak badan, dan mungkin juga

secara lisan.

4.3.4 Komunikasi sebagai sesuatu yang sistematik

Cara berkomunikasi banyak bergantung kepada sistem kehidupan seseorang. Sistem

kehidupan pula dipengaruhi oleh aspek-aspek dalaman diri (Internal System) seperti

persepsi, personaliti, dan sifat serta aspek luaran (External System) seperti keluarga dan

masyarakat.

Oleh itu, dalam memahami corak komunikasi kita harus sedar bahawa setiap individu

adalah unik, iaitu mempunyai sistem dalaman yang berlainan dan individu mempunyai

latar belakang budaya atau sistem luaran yang berlainan. Sistem dalaman dan sistem

luaran ini lazimnya tidak boleh dipisahkan.

4.3.5 Komunikasi adalah berdasarkan persepsi

Dalam memahami komunikasi kita harus memahami persepsi. Persepsi ialah proses di

mana individu memilih stimulus (maklumat) dari dunia luar dan pada masa yang sama

menggabungkannya dengan stimulus atau maklumat dalaman diri. Manusia akan

menggunakan stimulus luaran dan dalaman ini untuk memberi makna tentang kehidupan

serta mentafsirkan maklumat yang diterimanya.

Contohnya: berjalan di waktu malam gelap pada hari Jumaat mungkin dikaitkan dengan

ketakutan atau hantu.

Page 43: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

39

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Persepsi adalah subjektif kerana stimulus yang diterima mungkin berlainan antara

seorang dengan seorang yang lain. Ia juga adalah aktif dan kreatif.

4.3.6 Komunikasi menyampaikan maksud/makna

Penghasilan makna adalah salah satu komponen dalam komunikasi. Makna yang diberi

oleh individu kepada sesuatu stimulus (objek/perkara) juga sering berbeza.

Bagaimanapun manusia boleh berkongsi makna dengan menggunakan komunikasi lisan

atau bukan lisan. Ia juga menyampaikan elemen perasaan, pemikiran, dan tingkah laku

seseorang terhadap sesuatu maklumat atau pengalaman.

4.3.7 Komunikasi ialah satu proses

Proses bermaksud komunikasi ialah sesuatu yang berterusan dan sentiasa berubah.

Komunikasi tidak mempunyai awal dan akhir, sentiasa diiringi persepsi serta sentiasa ke

hadapan. Ianya bukan sesuatu yang statik yang boleh diasingkan daripada pengalaman

terdahulu dan jangkaan masa depan seseorang individu. Lazimnya cara komunikasi

individu merupakan satu hasil daripada proses pembelajaran dan pengalamannya dari

kecil hingga dewasa.

4.4 Kepentingan komunikasi dalam kaunseling

Proses komunikasi ialah asas yang paling penting dalam hubungan membantu. Komunikasi yang

baik dan berkesan diperlukan dalam kaunseling bagi menjayakan sesi. Ia dinamakan komunikasi

berkesan. Tanpa komunikasi berkesan, hubungan membantu tidak akan berkembang dan akan

menemui kegagalan.

Komunikasi yang berkesan menentukan kualiti interaksi, keterbukaan hubungan, tahap

kepercayaan klien terhadap kaunselor, dan kemampuan kaunselor untuk membantu. Oleh itu,

kaunselor harus menitikberatkan komunikasi dengan klien disertai dengan kemahiran-kemahiran

melayan (attending skills). Antara kemahiran komunikasi yang paling diperlukan ialah

Page 44: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

40

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

kemahiran mendengar. Kemahiran mendengar memerlukan seorang kaunselor mendengar sambil

menghantar maklumat tertentu kepada klien dengan bertindak balas secara lisan atau bukan lisan.

4.5 Prinsip komunikasi berkesan

Antara prinsip-prinsip komunikasi berkesan yang mesti ada dalam kaunseling:

1) Komunikasi mestilah dua hala – ada penyampai dan penerima.

2) Komunikasi ialah proses yang aktif – ada yang bercakap, mendengar dan memberi

respons. Tiada pihak yang pasif.

3) Komunikasi mestilah interaktif – kedua-dua belah pihak berpeluang memberi maklum

balas. Peluang untuk memahami dan difahami.

4) Komunikasi mesti seimbang – tiada pihak yang lebih ‘berkuasa’ semasa berkomunikasi.

‘Win-win situation’.

Komunikasi berkesan mesti disertai dengan elemen-elemen yang membantu dalam

meningkatkan kualiti komunikasi dalam sesi kaunseling tersebut. Elemen-elemen tersebut ialah:

1) Rasa hormat-menghormati terhadap klien dan kaunselor.

2) Ambil berat dan kemesraan dalam memberi khidmat kaunseling.

3) Penerimaan tanpa syarat terhadap klien.

4) Empati iaitu kaunselor mesti cuba memahami klien dengan sebaiknya berdasarkan apa

yang dikomunikasikan.

5) Fleksibel dalam menyesuaikan corak komunikasi yang berlaku dengan keadaan.

4.6 Komunikasi bukan lisan

4.6.1 Kepentingan memahami bahasa badan dalam profesion kaunseling

Kaunseling ialah satu profesion bantuan dan kemahiran untuk memahami klien adalah

sangat penting. Sering kali dalam komunikasi, manusia lebih menumpukan kepada

Page 45: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

41

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

bahasa lisan dan kurang meneliti bahasa badan seseorang walaupun impak bahasa badan

lebih besar. Seorang kaunselor yang mahir harus mengambil kira dua-dua cara

komunikasi ini agar sesi yang dijalankan akan menjadi lebih berkesan.

Antara sebab-sebab mengapa kaunselor memerlukan kemahiran memahami bahasa

badan:

1. Klien mungkin menghadapi kesukaran untuk meluahkan perasaan secara lisan dan

lebih mempamerkan bahasa badan yang mencerminkan perasaannya.

2. Klien tidak mahu membincangkan dengan terbuka masalah yang dihadapinya dan

kaunselor memerlukan kaedah-kaedah bukan lisan tertentu untuk membina

hubungan dengan klien.

3. Klien agak defensif dan berbohong semasa sesi. Ini akan menghalang kaunselor

daripada membantu klien dengan berkesan dan dengan mempelajari bahasa

badan, kaunselor akan dapat mengenal pasti keadaan ini.

4. Kaunselor juga memerlukan pengetahuan mengenai bahasa badan agar dapat

sedikit sebanyak mengawal reaksi sendiri terhadap klien.

5. Kaunselor sebagai seorang manusia juga tidak terlepas dari menjadi pemerhatian

klien dan sekiranya klien pandai menilai, beliau akan dapat mengesan sama ada

kaunselor benar-benar mempunyai empati terhadap dirinya atau tidak.

6. Sebenarnya agak mudah untuk meneliti bahasa badan seseorang dalam sesi

kaunseling kerana kaunselor dan klien duduk berhadapan antara satu sama lain.

Oleh itu, kaunselor haruslah menimba kemahiran dalam memahami bahasa badan orang

lain di samping mengamati diri sendiri. Ini akan dapat membantu kaunselor mengetahui

apa yang tersurat dan tersirat dalam diri klien melalui percakapan (lisan) dan bahasa

badan (bukan lisan). Di samping itu, pengetahuan tentang bahasa badan akan membantu

individu dalam kehidupan sehariannya dalam masyarakat.

Bahasa badan atau tingkah laku bukan lisan merujuk kepada perlakuan selain daripada

kata-kata yang dinyatakan oleh seseorang. Mehrabian (1971) melaporkan kebanyakan

Page 46: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

42

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

individu menerima hanya 7% sahaja daripada apa yang dinyatakan secara lisan, 38%

adalah daripada aspek vokal seperti pic, nada dan suara, sementara sebahagian besar atau

55% komunikasi berlaku secara bukan lisan. Antara aspek bukan lisan atau bahasa badan

yang biasa ialah:

j) Pertentangan mata

k) Raut wajah

l) Kelajuan dan cara percakapan

m) Jarak antara kaunselor dan klien

n) Postur atau kedudukan tubuh badan

o) Pergerakan anggota badan seperti kaki, tangan, kepala, dan lain-lain

Mengikut Hutchins dan Vaught (1997), pembantu atau kaunselor yang berkesan

menyedari keselarasan atau ketidakselarasan antara kandungan bahasa lisan dan bukan

lisan seperti raut wajah, gerak tubuh, keseluruhan bahasa badan, tahap tenaga, dan lain-

lain. Kelainan dalam persepsi menunjukkan perbezaan dalam kefahaman dan latar

belakang klien dan kaunselor. Kaunselor yang baik dapat membaca bahasa badan dengan

tepat dan membuat penilaian yang tepat tentang keadaan klien.

4.7 Komunikasi lisan

Apabila bercakap tentang komunikasi lisan dalam kaunseling, kemahiran mendengar ialah

perkara pertama yang dititikberatkan. Mungkin ada yang menganggap mendengar sebagai

tindakan sehala di mana pendengar adalah pasif dan menerima sahaja apa yang dinyatakan oleh

penyampai yang memainkan peranan aktif. Bagi kaunselor, mendengar ialah sesuatu yang aktif

kerana dia harus memahami isi, maksud, dan juga perasaan yang disampaikan oleh klien secara

lisan atau bukan lisan.

Selain itu, kaunselor juga tahu selalunya apa yang tidak dinyatakan adalah sama penting atau

malah lebih penting daripada apa yang disampaikan secara lisan.

Page 47: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

43

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Kemahiran mendengar juga memerlukan kaunselor bertindak balas dengan melayan klien agar

klien tahu bahawa dia difahami dan tidak dihakimi atau dihukum. Mendengar secara terapeutik

juga membantu klien mendengar dirinya sendiri, berhenti sejenak, serta melayan dirinya dan

menghormati kemampuannya sendiri.

Menurut Rogers (1951):

“By listening to every aspect of the client’s experience the therapist is modeling the

notion of listening to oneself. And by accepting and non-judgemental of the feelings

within the client, the therapist is modeling a non-judgemental self acceptance in the

client. By being real and congruent and genuine, the therapist is modeling that kind of

behavior for the client. In these ways, the therapist does serve as a useful model. (dalam

Baldwin, 1987).

Mendengar dengan aktif melibatkan tiga kemahiran asas iaitu:

1. Kemahiran melayan

2. Kemahiran pendorong minimum

3. Kemahiran memberikan respons lisan

4.7.1 Kemahiran melayan

Melayan bermaksud menunjukkan bahawa kaunselor sentiasa bersedia dari segi fizikal

dan emosi kepada klien. Ini termasuklah memberi klien perhatian yang tidak berbelah

bahagi, mendengar semua fakta dan perasaan, serta member perhatian kepada bahasa

badan klien.

Gerald Egan menggunakan singkatan SOLER untuk menerangkan kemahiran melayan

sebagaimana yang ditunjukkan di bawah:

Page 48: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

44

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Rajah 3.1: Hubungan SOLER (Egan, 1998)

S O L E R

4.7.2 Kemahiran pendorong minimum

Pendorong minimum turut memainkan peranan penting dalam menggalakkan komunikasi

antara kaunselor dengan klien di samping menunjukkan bahawa kaunselor benar-benar

berminat dan menumpukan perhatian kepada klien. Antara pendorong minimum yang

boleh dilakukan ialah:

i) Kata-kata ringkas seperti ‘Oh’, ‘teruskan’, ‘kemudian?’ ‘jadi’?

ii) Bunyi-bunyian yang sesuai seperti ‘uh-huh’, ‘umm…umm’

iii) Menyatakan semula perkataan terakhir yang disebut oleh klien

iv) Membenarkan diam

Walaupun pendorong minimum sangat ringkas dan mungkin dianggap remeh-temeh

tetapi hakikatnya ia sangat membantu kaunselor untuk menyampaikan mesej kepada

klien bahawa kaunselor mengambil berat apa yang diperkatakan oleh klien.

(Open posture

Arms and legs

uncrossed)

Membuka postur

tangan dan

tidak menyilang

kaki

(Leaning forward

from time to time

Looking

genuinely

interested)

Condong ke

hadapan dari

masa ke masa

agar kelihatan

benar-benar

tertarik

(Remaining

relatively

relax)

Sentiasa santai

(Sitting at a

comfortable

angle and

distance)

Duduk pada

sudut dan

jarak yang

selesa

(Effective eye

contact

without

staring)

Pertentangan

mata

yang

berkesan

tanpa

merenung

Page 49: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

45

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

4.7.3 Kemahiran memberikan respons lisan

Respons lisan adalah amat penting dalam kaunseling kerana ianya mengukuhkan jalinan

komunikasi antara kaunselor dengan klien. Di samping mendengar, kaunselor perlu

memberikan respons lisan kepada klien atas beberapa sebab:

1. Memeriksa kefahaman diri kaunselor terhadap apa yang dikatakan oleh klien.

2. Menunjukkan kepada klien bahawa kaunselor menumpukan perhatian

kepadanya.

3. Mengingati semula apa yang telah dinyatakan oleh klien.

4. Meneroka masalah klien dengan lebih berkesan.

Antara respons lisan yang boleh diberikan kepada klien ialah parafrasa, refleksi, meminta

penjelasan, membuat rumusan, dan lain-lain. Penerangan tentang kemahiran memberikan

respons lisan ini akan dilakukan dalam modul Teknik Kaunseling.

LATIHAN

MINDA

a)

b)

c)

d)

e)

Mengapakah aspek komunikasi amat penting dalam

kaunseling?

Apakah model yang paling sesuai dalam komunikasi

kaunseling?

Apakah elemen-elemen yang meningkatkan kualiti komunikasi

dan mengapa?

Apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran mendengar

yang baik?

Huraikan tentang SOLER yang diasaskan oleh Egan (1998).

Page 50: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

46

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

BAB 5

PERHUBUNGAN KAUNSELING

Objektif Pembelajaran

Pada akhir bab ini, pelajar akan dapat:

1. Menyatakan jenis-jenis persediaan bagi melaksanakan sesi kaunseling

2. Mengenal pasti cara menentukan suasana fizikal yang kondusif bagi pelaksanaan

sesi

3. Menerangkan ciri penstrukturan dan kontrak dalam kaunseling

4. Membincangkan aspek-aspek yang perlu diketahui untuk membina hubungan

terapeutik antara kaunselor dengan klien

5.1 Pengenalan

Menjalankan sesi kaunseling dengan berkesan merupakan matlamat utama seorang kaunselor.

Sesi yang dijalankan dengan teratur dan berkesan akan menjamin kebajikan klien di samping

menambah keprofesionalan kaunselor. Teras kepada perjalanan sesi yang berkesan ialah

persediaan diri kaunselor, penyediaan suasana yang terapeutik, dan perhubungan yang baik

antara kaunselor dengan klien. Kesan daripada semua aspek ini akan mendorong dan

merangsang perkembangan klien. Selain itu, kemahiran kaunselor juga amat penting bagi

memastikan keberkesanan sesi dan pencapaian matlamat.

5.2 Persediaan diri kaunselor

Sebelum memulakan sesi kaunseling, kaunselor perlu menyediakan diri dari beberapa aspek agar

sesi dapat dijalankan dengan lancar dan teratur. Di samping itu persediaan diri yang sempurna

akan dapat menambahkan keyakinan diri serta meningkatkan tahap profesionalisme kaunselor di

mata klien. Persediaan kaunselor boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu persediaan

fizikal, persediaan emosi, dan persediaan mental atau kognitif.

Page 51: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

47

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

5.2.1 Persediaan fizikal

a) Memastikan diri telah bersedia dari segi fizikal seperti berpakaian kemas

dan selesa, perawakan yang terurus.

b) Sihat fizikal dan boleh menjalankan sesi.

c) Menyediakan persekitaran/tempat yang sesuai untuk bertemu klien.

d) Memiliki maklumat atau mengetahui latar belakang klien yang akan

ditemui sekiranya boleh.

5.2.2. Persediaan emosi

a) Menyelesaikan urusan peribadi kaunselor sebelum sesi agar tidak

mengganggu tumpuan semasa sesi.

b) Mengelakkan masalah peribadi daripada mempengaruhi sesi.

c) Pastikan kestabilan emosi sebelum dan semasa mengendalikan sesi.

5.2.3 Persediaan kognitif

a) Membetulkan set minda.

b) Bersikap rasional dan bukannya emosional semasa menghadapi klien.

c) Elakkan daripada menilai klien sebelum sesi.

d) Bersikap terbuka terhadap klien.

5.3 Menyediakan persekitaran fizikal yang kondusif

Persekitaran yang kondusif dan terapeutik amat penting untuk menjadikan proses bantuan

efektif. Salah satu cara adalah dengan menyediakan persekitaran fizikal yang sesuai agar klien

merasa selesa dan tidak terganggu. Kaunseling boleh berlaku di mana sahaja tetapi ada

persekitaran fizikal yang lebih menggalakkan proses kaunseling berbanding yang lain (Gladding

1996). Menurut Benjamin (1987), tiada kualiti tertentu bagi penyediaan bilik kaunseling kecuali

Page 52: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

48

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

ianya mestilah tidak panas, bising, atau mengganggu penumpuan. Sementara Shertzer dan Stone

(1980) pula bersetuju bahawa bilik kaunseling perlulah selesa dan menarik.

Jarak antara kaunselor dengan klien juga merupakan faktor penting dalam memastikan

keselesaan persekitaran fizikal bagi klien. Sutton dan Stewart (2002) menyatakan bahawa

halangan seperti meja antara kaunselor dengan klien harus dielakkan dan kerusi perlulah seragam

dan terletak hanya tiga atau empat kaki antara satu sama lain untuk mengelakkan jurang antara

kaunselor dengan klien. Namun demikian, tahap keselesaan klien terhadap jarak peribadi adalah

berbeza mengikut budaya dan ini perlu juga diambil kira. Kedudukan kerusi dicadangkan pada

sudut 90 darjah antara satu sama lain agar klien dapat memilih sama ada untuk melihat terus

kepada klien atau memandang ke depan sekiranya perlu. Kedudukan ini juga memberikan

kaunselor peluang mengalihkan pandangan buat sementara sekiranya berasa letih menumpukan

perhatian sepanjang masa kepada klien.

Benjamin (1987) dan Shertzer dan Stone (1980) bersetuju bahawa walau apa pun aturan perabot

dalam bilik kaunseling, kaunselor dan klien sepatutnya tidak terganggu semasa menjalankan sesi

kaunseling. Gangguan yang dimaksudkan termasuklah panggilan telefon, kehadiran individu

lain, serta bunyi-bunyian lain daripada persekitaran.

Secara amnya, ciri-ciri persekitaran fizikal yang boleh memberi suasana yang kondusif dan

terapeutik ialah:

a) Bilik kaunseling khas bagi menjalankan sesi.

b) Bilik kaunseling perlulah terletak di tempat yang tidak menjadi laluan utama.

c) Bilik untuk menjalankan sesi perlulah selesa tanpa gangguan-gangguan individu dan

persekitaran seperti bunyi-bunyian yang kuat.

d) Bilik kaunseling perlulah selesa dari segi kemudahan asas, kedudukan perabot, suhu,

cahaya, dan lain-lain.

Page 53: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

49

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

5.4 Penstrukturan sesi dan kontrak kaunseling

Penstrukturan sesi kaunseling merupakan sesuatu yang penting dalam perjalanan sesi kaunseling

kerana ia akan menentukan batasan, parameter, dan garis panduan bagi perjalanan kaunseling.

Di samping itu, ia juga akan memberi klien tentang maklumat-maklumat yang penting berkaitan

sesi kaunseling tersebut. Penstrukturan meliputi perkara seperti jangka masa sesi, bilangan sesi,

batasan kerahsiaan, jenis rawatan, rakaman sesi, peranan kaunselor, dan klien dan lain-lain yang

berkaitan. Penstrukturan sepatutnya memberi gambaran yang jelas kepada klien tentang apa yang

berlaku sepanjang sesi dan apa yang boleh dijangkakan dari klien serta tanggungjawab diri

sendiri.

Selain penstrukturan secara lisan, satu kontrak boleh dibentuk, dipersetujui dan ditandatangani

antara kaunselor dan klien. Sebarang perubahan kepada kontrak tersebut perlu dibincangkan dan

dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Kontrak yang jelas meningkatkan rasa hormat pada hak klien.

Kontrak menentukan tahap profesionalisme hubungan antara kaunselor dengan klien. Seperti

juga penstrukturan, kontrak boleh meliputi perkara seperti:

Tempat kaunseling

Yuran sekiranya dikenakan

Kekerapan sesi

Cara penilaian sesi kaunseling

Proses membuat rujukan, sekiranya perlu

Penjelasan mengenai perhubungan kaunseling

Peranan dan tanggungjawab kedua-dua belah pihak

Maklumat tentang penyeliaan kaunselor

Matlamat kaunseling

Kaedah mencapai matlamat

Peruntukan dan pelaksanaan ‘kerja rumah’

Penentuan batasan dan jangkaan

Peruntukan bagi membincangkan semula kontrak

Page 54: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

50

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Menurut Egan (1990), kontrak akan membekalkan klien dengan maklumat berkenaan proses

kaunseling, membuat mereka lebih bekerjasama dan proaktif dalam menangani masalah.

5.5 Membina hubungan terapeutik

Hubungan yang baik antara kaunselor dengan klien memainkan peranan utama dalam

perkhidmatan kaunseling. Ini kerana ianya akan memandu klien untuk berusaha dengan lebih

kuat untuk berubah kerana diberikan kepercayaan dan penghormatan oleh kaunselor.

Perhubungan yang terapeutik boleh disediakan melalui teras-teras perhubungan atau kualiti

kaunselor seperti yang telah dibincangkan dalam Bab 3 iaitu sikap penerimaan tanpa syarat,

kongruen, dan empati. Di samping itu, kaunselor perlu tahu tentang perkara-perkara yang boleh

mengganggu perjalanan hubungan terapeutik ini seperti keengganan dan penolakan klien, serta

kejadian transferens dan pemindahan balas yang boleh menggugat kualiti perhubungan

terapeutik dalam sesi kaunseling. Selain daripada itu, penguasaan kemahiran juga penting dalam

perhubungan ini.

5.5.1 Menangani klien yang tidak bekerjasama

Ritchie (1986) menyatakan bahawa kebanyakan kaunselor dan teori kaunseling

menganggap bahawa klien akan bekerjasama dengan baik. Sememangnya ramai klien

yang datang secara sukarela atau merujuk diri sendiri untuk menjalani sesi kaunseling.

Namun demikian, terdapat klien yang tidak bersedia untuk melibatkan diri dalam sesi

kaunseling. Vriend dan Dyer (1973) menganggarkan bahawa majoriti daripada klien yang

menemui kaunselor akan merasa enggan dan menolak pada tahap tertentu. Adakalanya

kaunselor tidak tahu bagaimana untuk menangani masalah klien yang menolak atau

‘resistant’ ini. Kaunselor mungkin merasa tidak sabar, terganggu, dan tidak sensitif

terhadap keadaan klien atau mungkin berputus asa untuk mencuba membina perhubungan

dengan klien atau meneruskan proses kaunseling.

Antara sebab klien tidak bekerjasama adalah kerana beliau dirujuk oleh pihak lain untuk

menghadiri sesi kaunseling tersebut. Oleh sebab itu, beliau merasa keberatan untuk

Page 55: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

51

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

bekerjasama. Lazimnya mereka tidak bermotivasi untuk menerima bantuan tetapi

ditentukan oleh pihak lain yang merasakan bahawa kaunseling boleh membantunya.

Akibatnya, ramai klien yang keberatan akan menamatkan kaunseling sebelum waktunya

dan melaporkan rasa tidak puas hati terhadap proses tersebut (Paradise & Wilder, 2005).

Sebab kedua klien tidak bekerjasama adalah kerana dia tidak bersetuju atau menolak

sebarang perubahan. Otani (1989) Mereka dikenali sebagai klien yang resistant. Klien

sebegini mungkin hadir secara sukarela ke sesi kaunseling tetapi hakikatnya mereka tidak

bersedia untuk mengalami atau membuat sebarang perubahan terhadap perasaan,

pemikiran, dan tingkah laku. Mereka lebih selesa dengan cara mereka yang sedia ada

walaupun cara tersebut mungkin tidak bersesuaian dan mendatangkan masalah baginya.

Ada klien resistant yang enggan untuk membuat keputusan, tidak tulen dalam

menyelesaikan masalah, dan tidak mahu mengambil sebarang tindakan untuk

menyelesaikan masalah (Gladding 2002).

Oleh itu, kaunselor perlu tahu cara-cara untuk menangani keengganan klien bagi

membina hubungan yang terapeutik antara kaunselor dengan klien bagi menjayakan

proses kaunseling. Sikap resistant klien boleh ditunjukkan melalui kuantiti dan kualiti

interaksi serta sikap terhadap kaunselor atau sesi kaunseling.

Terdapat beberapa cara di mana kaunselor boleh membantu klien untuk mengurangkan

keengganan dan meningkatkan penglibatan mereka dengan lebih aktif dalam proses

kaunseling. Cara-cara tersebut termasuklah:

a) Mengambil kira kemarahan, kekecewaan, dan sikap mempertahankan diri yang

ditunjukkan. Kebanyakan kaunselor yang menyedari hakikat bahawa ada klien

mereka yang enggan dan tidak sukarela, lebih mampu untuk menangani keadaan.

b) Menunjukkan penerimaan, kesabaran dan sikap memahami serta sikap tidak

menilai klien. Sikap tidak menghukum juga membantu klien untuk memahami

perasaan dan pemikirannya dalam sesi kaunseling. Ini membuatkan mereka lebih

terbuka kepada proses kaunseling (Doyle, 1992).

Page 56: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

52

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

c) Menggunakan pujukan (Kerr, Claiborn, & Dixon, 1982) kerana setiap kaunselor

mempunyai pengaruh ke atas klien. Cara kaunselor memberi respons terhadap

klien menentukan kualiti hubungan.

d) Menggunakan konfrontasi untuk menggalakkan klien berfikir tentang tindakannya

menolak proses kaunseling yang diberikan demi kebajikannya.

e) Menggunakan teras-teras perhubungan yang disarankan oleh Rogers iaitu empati,

penerimaan tanpa syarat, kongruen diikuti dengan elemen kemesraan.

5.5.2 Menangani pemindahan (transference) dan pemindahan balas (counter

transference) dalam perhubungan kaunseling

Kaunseling boleh menjadi satu pengalaman yang sangat emosional (Cormier & Cormier,

1991) dan adakalanya kaunselor dan klien tidak menyukai satu sama lain disebabkan oleh

faktor-faktor peribadi. Namun demikian, demi mendapat manfaat dari segi kaunseling

yang dijalankan, kaunselor dan klien perlu menghadapi isu transferens atau pemindahan

dan pemindahan balas dengan baik.

Pemindahan didefinisikan sebagai projeksi klien berkait perasaan, sikap atau keinginan

semasa atau yang lepas terhadap kaunselor (Brammer, 1993). Ini bermakna klien

menunjukkan reaksi terhadap imej kaunselor berdasarkan latar belakang dirinya,

pengalaman lampaunya ataupun kejadian yang sedang berlaku ke atasnya. Cara kaunselor

berkelakuan mungkin menimbulkan reaksi tertentu daripada klien. Contohnya klien

berkata “Awak mengingatkan saya kepada suami saya”.

Pemindahan berlaku secara langsung dan tidak langsung dan juga secara positif atau

negatif. Pemindahan positif berlaku contohnya apabila klien menganggap kaunselor

sebagai seorang boleh dikagumi dan ini meningkatkan kualiti perhubungan. Namun

pemindahan negatif akan merosakkan perhubungan antara kaunselor dengan klien kerana

klien menganggap kaunselor sebagai seseorang yang mungkin mendatangkan kesan

negatif kepadanya atau menggugatnya.

Page 57: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

53

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Pemindahan balas pula bermaksud kaunselor pula yang memprojeksikan reaksi emosi

dan tingkah laku terhadap klien (Hansen, Stevic & Warner, 1986). Contohnya kaunselor

melayan klien seperti dia melayan anaknya sendiri kerana klien mungkin menunjukkan

ciri yang sama dengan anaknya. Keadaan ini akan melemahkan kebolehan kaunselor

untuk bertindak secara terapeutik kerana dipengaruhi oleh perasaan peribadi. Malah ianya

juga mungkin mengganggu objektif sebenar sesi serta matlamat klien.

Pemindahan balas ditunjukkan melalui beberapa cara seperti:

a) Keinginan berterusan untuk menjaga hati klien.

b) Terlalu terlibat dalam masalah klien sehingga kehilangan objektif sebenar.

c) Memiliki perasaan romantik dan seksual terhadap klien.

d) Sering memberi nasihat secara kompulsif.

e) Keinginan untuk menjalin hubungan sosial dengan klien.

Oleh kerana kedua-dua pemindahan dan pemindahan balas mendatangkan kesan negatif

terhadap hubungan membantu maka perlulah kaunselor mencari jalan untuk

menanganinya dengan baik. Adalah menjadi tanggungjawab kaunselor untuk

menyedarkan klien tentang sikapnya yang pemindahan apabila kaunselor mendapati

bahawa perjalanan sesi terganggu kerana pemindahan tersebut. Di samping itu, kaunselor

perlu mengenal pasti pemindahan balas dirinya terhadap klien serta cuba mendalami

kenapa dia merasakan demikian (Brammer et al 1998). Seeloknya kedua-dua pemindahan

dan pemindahan balas ini dielakkan bagi mengekalkan suasana terapeutik dalam sesi

kaunseling.

5.5.3 Kemahiran kaunseling

Tahap kemahiran kaunselor semasa mengendalikan sesi juga akan mempengaruhi kualiti

perhubungan antara kaunselor dengan klien. Kaunselor yang mahir menggunakan

kemahiran seperti kemahiran melayan, kemahiran memberi respons, dan kemahiran yang

Page 58: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

54

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

memudahkan tindakan positif akan menambah tahap kepercayaan klien terhadap dirinya

dan secara tidak langsung membina hubungan yang lebih baik antara mereka.

Memandangkan kemahiran kaunseling memerlukan penjelasan yang terperinci dan

demonstrasi yang praktikal maka dua modul telah dihasilkan iaitu Modul Teknik

Kaunseling I dan II untuk membantu pelajar memperoleh ilmu, kemahiran, dan teknik

kaunseling yang mencukupi. Namun demikian, seorang kaunselor yang berkesan perlu

menguasai kemahiran kaunseling dengan baik agar hubungan terapeutik antara kaunselor

dan klien akan mendatangkan hasil dan mencapai matlamat yang diinginkan.

LATIHAN

MINDA

a)

b)

c)

d)

e)

Mengapakah penting bagi kaunselor untuk menyediakan

dirinya dengan baik bagi menghadapi sesi kaunseling?

Bincangkan tentang suasana fizikal yang anda rasakan

bersesuaian bagi mengendalikan klien dalam masyarakat

Malaysia yang berbilang kaum.

Apakah aspek-aspek dalam kaunseling yang boleh dijadikan

asas kontrak yang baik antara kaunselor dan klien?

Bincangkan cara-cara yang sesuai untuk mengatasi klien

yang menolak (resistant).

Apakah yang boleh dilakukan kaunselor sekiranya dia

mengalami pemindahan balas terhadap klien?

Page 59: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

55

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

BAB 6

ASPEK ETIKA DAN PERUNDANGAN DALAM

KAUNSELING

Objektif Pembelajaran

Pada akhir bab ini, pelajar akan dapat:

Menyatakan tentang kepentingan kod etika kepada profesion kaunseling

Menjelaskan empat prinsip etika yang utama

Menerangkan isu-isu etika yang terlibat dalam pengendalian kaunseling

Menghubungkaitkan aspek-aspek perundangan yang berkaitan dengan kod etika

Merumuskan peruntukan Kod Etika Kaunselor oleh Lembaga Kaunselor Malaysia

6.1 Pengenalan

Menurut DePauw (1996), pemikiran dan tindakan kaunselor dipandu oleh nilai moral, etika

profesional, dan peribadi, dan prosedur perundangan. Dalam situasi yang ideal, kaunselor

dipimpin oleh kehendak dalaman untuk menjadi baik dan juga kehendak kod etika dan

perundangan yang menunjukkan bagaimana untuk melakukan dengan baik (McGovern, 1994).

Kaunselor yang tidak jelas tentang nilai peribadi, etika, dan tanggungjawab undang-undang, akan

menyebabkan masalah kepada klien walaupun niat mereka baik. (Huber 1994, Ladd 1971,

Remley 1991). Oleh itu ketiga-tiga konsep ini perlu difahami dengan baik oleh kaunselor agar

mereka dapat menjalankan tugas dengan sempurna.

6.2 Definisi etika, moral, dan undang-undang

Beberapa definisi diberikan tentang maksud etika.

Menurut Kitchener (1986):

Page 60: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

56

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

“Etika melibatkan pembuatan keputusan moral semula jadi berkaitan manusia dan

interaksi mereka dalam masyarakat.”

Menurut Van Hoose & Kottler (1985):

“Etika secara umumnya didefinisikan sebagai satu disiplin falsafah yang mengambil berat

terhadap perbuatan manusia dan moral dalam membuat keputusan.”

Menurut Corey, Corey & Callanan (1998);

“Etika ialah prinsip moral yang diguna oleh manusia atau kumpulan untuk menyediakan

peraturan untuk menyesuaikan perjalanan sesuatu.”

Secara amnya, etika dalam kaunseling ialah satu prinsip moral yang digunakan oleh kaunselor

untuk menentukan perlakuan yang betul dan bertepatan untuk sesuatu situasi. Corey dan rakan-

rakan (1998) melihat kod etika sebagai piawaian ideal yang ditentukan oleh organisasi

profesional. Tujuan utama kod-kod etika ini adalah untuk membekalkan ruang rujuk untuk

menilai berkenaan kebajikan klien dan tanggungjawab sosial.

Nilai moral pula dilihat sebagai sesuatu yang baik dan diingini (Loewemberg & Dolgoff, 1996).

Sementara itu Brandt (1959) dan Grant (1992) menyatakan bahawa moral melibatkan penilaian

dan penghakiman terhadap sesuatu tindakan. Ia melibatkan penggunaan perkataan seperti baik,

buruk, betul, salah, perlu, dan yang sepatutnya.

Undang-undang pula didefinisikan sebagai pengekodan secara terperinci piawaian kerajaan yang

ditubuhkan untuk memastikan keadilan perundangan dan moral (Hummel, Talbutt & Alexander

1985). Undang-undang boleh dilihat sebagai peraturan perlakuan yang diwujudkan oleh

mahkamah atau perundangan untuk mendefinisikan piawaian minimum yang membantu

masyarakat beroperasi dalam keadaan yang teratur.

6.3 Keperluan kod etika dalam kaunseling

Terdapat beberapa sebab kenapa kod etika merupakan sesuatu yang penting dalam kaunseling.

Antaranya adalah:

Page 61: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

57

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

a) Tanpa kod etika yang ditentukan, sekumpulan individu yang memiliki kepentingan

yang sama tidak boleh dianggap sebagai organisasi profesional (Allen 1986).

b) Etika bukan sahaja membantu menjadikan persatuan profesional pada tahap am tetapi

juga direka untuk membekalkan garis panduan untuk tingkah laku profesional ahli-

ahlinya (Swanson, 1983).

c) Piawaian etika melindungi profesion kaunseling dari campur tangan kerajaan. Ia

membenarkan profesion tersebut untuk merancang mentadbir diri dan fungsinya

dengan sendiri berbanding dikawal oleh perundangan (Van Hoose & Kottler, 1985).

d) Piawaian etika menolong mengawal perbalahan dalaman dan dengan itu

mempromosikan kestabilan dalam profesion tersebut (Van Hoose & Kottler, 1985).

e) Piawaian etika melindungi kaunselor daripada orang awam terutama dalam kes saman

kesalahan amalan. Sekiranya kaunselor yang profesional telah mematuhi garis

panduan etika, tindakan mereka dianggap bertepatan dan diterima secara piawai (Van

Hoose & Kottler, 1985).

f) Kod etika juga menyediakan perlindungan bagi klien daripada kaunselor yang tidak

kompeten. Mereka boleh menggunakan kod etika untuk menilai rawatan yang

dipertikaikan (Swanson, 1983).

6.4 Prinsip etika dalam kaunseling

Stadler (2001) menggariskan empat prinsip etika yang boleh digunakan untuk menentukan

tindakan dan aktiviti beretika:

a) Prinsip kemurahan hati atau membuat kebaikan dan menghalang kemudaratan

b) Prinsip tiada kejahatan atau tidak menyebabkan kemudaratan kepada klien

c) Prinsip autonomi atau menghormati kebebasan pilihan dan kehendak kendiri klien

prinsip keadilan bagi klien

d) Prinsip keadilan atau keseimbangan bagi klien

Swanson juga memberikan empat garis panduan untuk menilai sama ada kaunselor telah

bertindak dengan bertanggungjawab dan beretika iaitu:

Page 62: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

58

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

a) Kejujuran peribadi dan sifat profesional kaunselor

b) Bertindak untuk kepentingan klien

c) Bertindak tanpa niat jahat atau kepentingan peribadi

d) Sama ada kaunselor boleh membuktikan bahawa tindakan merupakan ‘penilaian yang

terbaik tentang apa yang sepatutnya dilakukan berdasarkan keadaan terkini

profesion’.

6.5 Isu-isu etika dalam kaunseling

6.5.1 Etika dan perhubungan interpersonal

Terdapat dua jenis hubungan yang dititikberatkan dalam kod etika kaunseling:

Hubungan pelbagai (multiple relationship) atau dwihubungan (dual relationship)

Hubungan fizikal

Hubungan pelbagai juga dikenali sebagai dwihubungan di mana kaunselor dan klien

mempunyai lebih daripada satu hubungan yang bertindih. Contoh: sebagai rakan, ahli

keluarga, kekasih, guru, dan lain-lain. Semua kod etika profesional menekankan supaya

pihak terlibat berhati-hati dengan hubungan pelbagai ini dalam amalan profesional.

Terdapat beberapa persoalan yang patut kaunselor tanya kepada mereka sendiri:

Adakah terdapat perbezaan kuasa antara kita?

Apakah peranan dan kewajipan lain yang saya ada dalam situasi ini?

Bagaimana pengetahuan saya tentang awak akan mengubah hubungan kita?

Oleh itu, kaunselor haruslah menetapkan sempadan tertentu dalam hubungan bantuan

untuk mendapatkan keputusan maksimum. Sekiranya terdapat hubungan pelbagai,

kaunselor mesti menimbangkan untuk merujuk klien kepada kaunselor lain yang boleh

membantu.

Page 63: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

59

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Hubungan fizikal dan semua hubungan seksual adalah tidak beretika dalam persekitaran

bantuan. Hubungan seksual adalah dilarang sama sekali antara klien dengan kaunselor.

Kaunselor juga ditegah daripada melakukan gangguan seksual terhadap klien. Hubungan

seksual dilarang sepanjang tempoh hubungan membantu dan juga selepas hubungan

membantu. Menurut APA (1992), hubungan seksual antara pembantu dengan orang yang

dibantu harus dielakkan sekurang-kurangnya selama dua tahun selepas hubungan

membantu berakhir.

Terdapat dilema etika dalam perlakuan memujuk dan mententeramkan klien dengan cara

sentuhan seperti pelukan, belaian, dan sebagainya. Sekiranya perlu untuk berbuat

demikian kaunselor sebaiknya memohon kebenaran klien dan mempertimbangkan akibat

daripada tindakannya itu. Kaunselor juga perlu sensitif terhadap budaya untuk hal ini.

6.5.2 Etika dan kemampuan serta batasan kemampuan

Menurut kod etika, kaunselor haruslah mengenal pasti sempadan kemampuan dan

memberikan khidmat berkaitan dengan bidang latihan dan kepakarannya sahaja.

Kaunselor mestilah tidak mengakui mempunyai kelayakan profesional dan kepakaran

selain daripada yang dipunyainya. Di samping itu, kaunselor haruslah tahu batas-batas

kemampuannya untuk membantu klien dan perlu berterus-terang dengan klien tentang

batasan yang ada.

Kaunselor juga mesti tahu jenis klien yang sesuai dan tidak sesuai dengan nilai diri dan

kemampuan. Selain itu, kaunselor harus sedar bahawa tidak semua sesi kendaliannya

akan berjaya. Oleh itu beliau mesti bersedia untuk membuat rujukan sekiranya tidak

berjaya.

Dari aspek membuat rujukan pula, kaunselor harus tahu bila dan bagaimana untuk

membuat rujukan dan kepada siapa dia harus merujuk klien. Rujukan dibuat apabila

kaunselor mengenal pasti bahawa keperluan klien tidak boleh dicapai dengan latihan

profesional dirinya atau ada faktor peribadi yang menghalang keberkesanan sesi.

Page 64: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

60

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Kaunselor mestilah ada sumber rujukan yang profesional dan boleh memenuhi keperluan

klien. Cara untuk membuat rujukan haruslah sesuai dan dipersetujui oleh klien. Yang

penting klien haruslah faham keperluan untuk dirujuk kepada profesional lain.

6.5.3 Etika dan hak-hak klien

Selalunya klien tidak sedar bahawa mereka mempunyai hak-hak tertentu kerana mereka

terlalu tertekan dan amat memerlukan pertolongan. Biasanya proses terapeutik

merupakan sesuatu yang baru bagi klien dan mereka tidak tahu apa yang patut

dijangkakan. Kod etika bagi kebanyakan organisasi profesional memperuntukkan agar

klien diberi maklumat yang cukup untuk membuat pilihan tentang memasuki atau

meneruskan perhubungan kaunselor-klien. Dengan adanya hak-hak ini klien akan berasa

lebih berkuasa dan bertanggungjawab terhadap diri mereka sendiri.

Antara hak-hak klien yang terlibat ialah:

a) Hak persetujuan termaklum

Satu cara untuk menjaga hak klien adalah dengan memberikannya pilihan

termaklum (informed choices). Proses ini bermula pada temu ramah pertama

hingga ke penghujung sesi (proses yang berterusan).

Tiga elemen utama persetujuan termaklum:

i Kemampuan klien untuk membuat keputusan rasional.

ii Penyampaian maklumat kepada klien secara jelas, terperinci, dan

maklumat mudah difahami oleh klien.

iii Klien mesti memberi persetujuan secara sukarela. Klien layak untuk

memberi persetujuan dari segi undang-undang dan psikologi.

Antara maklumat yang memerlukan persetujuan termaklum ialah:

i. Proses terapeutik

Page 65: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

61

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

ii. Latar belakang ahli terapi atau kaunselor

iii. Kos terapi

iv. Panjang/tempoh terapi

v. Konsultasi dengan kaunselor lain

vi. Hak untuk melihat fail peribadi

vii. Hak berkenaan label diagnostik

viii. Sesi yang direkodkan atau divideokan

ix. Hubungan peribadi

x. Alternatif kepada terapi tradisional

b) Hak kerahsiaan

Hak kerahsiaan adalah tanggungjawab etika kaunselor untuk melindungi klien

daripada pendedahan maklumat proses terapeutik yang tidak dibenarkan secara

persetujuan termaklum. Maklumat tidak boleh didedahkan melainkan dengan

persetujuan dan kehendak klien. Ini adalah untuk membina kepercayaan yang erat

antara klien dan kaunselor.

Namun demikian, mahkamah menekankan tugas kaunselor untuk melindungi dan

memberi amaran kepada orang terbabit dalam kes-kes tertentu walaupun ianya

bermakna pembocoran maklumat. Klien perlu diberitahu batas kerahsiaan dan

juga diberitahu sekiranya maklumat perlu diberitahu kepada pihak lain.

Garis Panduan Etika AACD (1981) menggariskan apabila keadaan klien

menunjukkan bahawa terdapat bahaya yang terang dan nyata kepada klien atau

orang lain, kaunselor haruslah bertanggungjawab mengambil tindakan peribadi

atau memberitahu pihak-pihak berkuasa. Contoh: kes penyalahgunaan dadah,

penderaan, rogol, atau penglibatan jenayah.

Page 66: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

62

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

6.6 Batasan kepada kod etika

Terdapat beberapa batasan terhadap penggunaan kod etika. Antara yang digariskan oleh Beymer,

(1971), Corey, Corey dan Callanan (1992), Mabe dan Rollin (1986), dan Talbut (1981) adalah:

a) ada isu-isu yang tidak dapat diselesaikan oleh kod etika

b) adalah sukar untuk melaksanakan kod etika

c) ada isu-isu etika dan perundangan yang tidak diliputi

d) adakalanya terdapat konflik antara kod undang-undang dan kod etika

e) kod etika tidak menangani isu silang budaya

f) kod etika bukanlah dokumen proaktif yang boleh membantu kaunselor menentukan

apa yang perlu dibuat dalam situasi baru

6.7 Aspek Perundangan

Kaunselor akan menghadapi masalah dalam situasi di mana undang-undang adalah tidak jelas

atau bercanggah dengan kod etika profesional. Adalah penting bagi kaunselor mengenal pasti

apa yang mereka boleh dan tidak boleh lakukan secara perundangan. Antara masalah yang utama

adalah berkaitan perkongsian antara klien, kaunselor, dan sistem mahkamah.

Perkongsian maklumat boleh dibahagikan kepada tiga iaitu kerahsiaan, privasi, dan komunikasi

terlindung (privileged communication). Kerahsiaan merupakan tanggungjawab etika untuk

memenuhi kontrak atau janji kepada klien bahawa maklumat dalam sesi akan dilindungi daripada

pendedahan yang tidak dibenarkan (Arthur & Swanson, 1993). Privasi pula merupakan satu

konsep perundangan yang mengiktiraf hak seseorang untuk memilih masa, situasi, dan tahap

hingga mana mereka ingin berkongsi atau menyimpan maklumat peribadi (Herlihy & Sheeley,

1987). Komunikasi terlindung ialah konsep yang mengawal perlindungan privasi dan kerahsiaan

dengan melindungi klien daripada pendedahan komunikasi rahsia mereka daripada dikongsi

dalam mahkamah tanpa keizinan mereka. Kekeliruan boleh berlaku tentang konsep-konsep di

atas dan kaunselor perlu mendidik klien tentang batas-batas kerahsiaan.

Page 67: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

63

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Satu lagi aspek perundangan melibatkan liabiliti dan kesalahan amalan kaunselor. Liabiliti dalam

kaunseling melibatkan isu berkaitan sama ada kaunselor telah menyebabkan kemudaratan kepada

klien (Wittmer & Loesch, 1986). Terdapat dua jenis liabiliti, iaitu liabiliti sivil dan liabiliti

jenayah. Kesalahan amalan pula didefinisikan sebagai kemudaratan kepada klien yang

disebabkan oleh pengabaian profesional dan pengabaian didefinisikan sebagai sesuatu yang

terpesong daripada piawai profesional yang diterima pakai (Hummel et al., 1985).

Aspek perundangan yang seterusnya melibatkan hak klien dan rekod. Semua rekod klien adalah

dilindungi secara perundangan kecuali di bawah keadaan tertentu. Kaunselor pula dikehendaki di

bawah undang-undang untuk melindungi rekod semua klien dengan menyimpan rekod di bawah

simpanan yang terjamin, diasingkan daripada rekod-rekod lain, dan tidak mendedahkan

maklumat tentang klien tanpa kebenaran bertulis dari klien (Hopkins & Anderson, 1990). Secara

am rekod perlu mengandungi semua maklumat tentang klien yang diperlukan untuk rawatannya

(Pizza & Baruth, 1990). Selain daripada penyimpanan rekod, kaunselor juga adalah terikat secara

etika dan undang-undang untuk memastikan hak klien dilindungi dengan tidak membincangkan

kes secara terbuka di tempat awam.

Dari segi perundangan, kaunselor juga boleh diminta atau diarahkan untuk memberi keterangan

di mahkamah. Kaunselor sama ada dikehendaki sebagai seorang profesional atau saksi pakar

atau dikenakan sepina untuk memberi keterangan terhadap atau bagi pihak klien yang

dikendalikannya.

6.8 Kod Etika Kaunselor di Malaysia

Kod Etika Kaunseling di Malaysia (2011) telah dikeluarkan oleh Lembaga Kaunselor dan ianya

bertujuan untuk menyediakan satu garis panduan tatalaku bagi kaunselor dan juga menjadi asas

dalam menyelesaikan isu etika yang timbul dan dianggap menyeleweng daripada piawaian

perlakuan profesional. Terdapat lima sasaran utama yang ditetapkan:

Page 68: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

64

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

i) Menyediakan satu garis panduan untuk membantu kaunselor bertatalaku profesional.

Diharapkan dengan cara ini kaunselor akan menyediakan perkhidmatan kaunseling

yang terbaik dan juga mempromosikan nilai kaunseling yang terbaik.

ii) Mewujudkan prinsip-prinsip yang menentukan tatalaku etika dan praktikal yang

terbaik.

iii) Membolehkan Lembaga Kaunselor Malaysia menyebarkan dan menjelaskan

tanggungjawab etika kepada semua kaunselor yang berdaftar dengan Lembaga

Kaunselor.

iv) Menyediakan bimbingan kepada misi Lembaga Kaunselor.

v) Membentuk satu asas dalam memproses aduan berkaitan etika dan pertanyaan yang

diterima oleh Lembaga Kaunselor.

Secara umumnya, Kod Etika adalah untuk menetapkan garis panduan bagi kod tatalaku

kaunselor dan menjadi asas untuk berurusan dengan sebarang isu etika yang dikenal pasti

sebagai satu pelepasan daripada Piawaian Tatalaku Profesional. Ia meliputi beberapa aspek

seperti di bawah:

Hubungan bantuan

o Kebajikan dan kesejahteraan klien

o Persetujuan termaklum

o Klien dirawat serentak oleh profesional lain

o Mengelak mudarat dan pengenaan nilai

o Hubungan dan peranan klien

o Hubungan dan peranan pada tahap individu, kumpulan, institusi, dan

masyarakat

o Kepelbagaian klien

o Kumpulan kerja

o Penjagaan terhadap penyakit maut

o Yuran dan perdagangan barter

o Penamatan dan rujukan

o Aplikasi teknologi

Page 69: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

65

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Kerahsiaan, komunikasi terlindung, dan privasi

o Hormat hak klien

o Pengecualian

o Perkongsian maklumat dengan lain-lain

o Kelompok dan keluarga

o Klien tidak layak untuk persetujuan termaklum

o Rekod

o Penyelidikan dan latihan

o Konsultasi

Tanggungjawab profesional

o Pengetahuan tentang Piawaian

o Kompetensi profesional

o Iklan dan perekrutan klien

o Kelayakan profesional

o Diskriminasi

o Tanggungjawab awam

o Tanggungjawab terhadap profesion lain

Hubungan dengan profesional lain

o Hubungan dengan rakan sekerja, majikan, dan staf

o Konsultasi

Penilaian, penaksiran, dan interpretasi

o Umum

o Kompetensi dalam menggunakan instrumen penaksiran

o Persetujuan termaklum dalam penaksiran

o Penghantaran data kepada profesional yang layak

o Diagnosis gangguan mental

o Pemilihan instrumen

o Situasi ujian pentadbiran

o Isu kepelbagaian budaya dalam penaksiran

o Mata dan interpretasi ujian

o Keselamatan ujian

Page 70: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

66

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

o Ujian dan keputusan lapuk

o Pembangunan ujian

o Penilaian forensik dan penilaian untuk prosiding mahkamah

Penyeliaan, pengajaran, dan latihan

o Penyeliaan kaunselor dan kebajikan klien

o Kompetensi penyeliaan kaunselor

o Penyeliaan hubungan

o Penyeliaan tanggungjawab

o Penyeliaan, penilaian, pemulihan, dan ikrar

o Tanggungjawab kaunselor pendidik

o Kebajikan pelajar

o Tanggungjawab pelajar

o Penilaian dan pemulihan pelajar

o Peranan dan hubungan kaunselor pendidik dan pelajar

o Kompetensi pelbagai budaya dalam latihan dan program pendidikan

kaunselor

Penyelidikan dan penerbitan

o Tanggungjawab penyelidikan

o Hak penyelidik

o Hubungan penyelidik

o Melaporkan keputusan

o Penerbitan

Menyelesaikan isu etika

o Piawaian dan Undang-undang

o Pelanggaran yang disyaki

o Kerjasama dengan jawatankuasa etika

Adalah menjadi tanggungjawab profesional semua kaunselor di Malaysia untuk peka

terhadap peruntukan kod etika bagi memastikan kebajikan, kesejahteraan, dan muhibah

klien terhadap profesion kaunseling. Salinan Kod Etika Kaunselor edisi terbaru ialah satu

keperluan untuk rujukan semasa pertentangan atau ketidaktentuan.

Page 71: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

67

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

LATIHAN

MINDA

a)

b)

c)

d)

e)

f)

Apakah yang dimaksudkan dengan etika? Apakah

perbezaannya dengan moral dan undang-undang?

Mengapakah kod etika amat diperlukan dalam profesion

kaunseling?

Apakah garis panduan kaunselor berkenaan hubungan

pelbagai berdasarkan kod etika profesion kaunseling?

Apakah perkara-perkara yang membatas kemampuan

kaunselor dalam menangani klien?

Persetujuan termaklum adalah amat penting dalam proses

kaunseling. Apakah elemen-elemen utama yang perlu

dipertimbangkan dalam persetujuan termaklum?

Kaunselor juga terikat kepada undang-undang. Apakah aspek

perundangan yang berkaitan dengan kod etika kaunselor?

Page 72: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

68

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

BAB 7

STANDARD LATIHAN DAN

KELAYAKAN KAUNSELOR

Objektif Pembelajaran

Pada akhir bab ini, pelajar akan dapat menjelaskan:

1. Kerangka standard akreditasi

2. Kurikulum latihan kaunselor

3. Standard latihan praktikal dan praktikum

4. Standard latihan amali

7.1 Pengenalan

Perkhidmatan kaunseling di Malaysia telah diiktiraf sebagai perkhidmatan profesional dengan

termaktubnya Akta Kaunselor 1998 (Akta 580). Sehubungan itu, amalan kaunseling perlu

dikawal selia bagi menentukan perkhidmatan yang diberikan memenuhi standard profesional

yang ditentukan dan mencapai piawaian yang tinggi. Penubuhan Lembaga Kaunselor seperti

yang diperuntukkan di bawah akta 580 adalah antara lainnya berperanan untuk mengawal selia

latihan kaunselor dan menentukan jenis serta tahap perkhidmatan kaunseling yang diamalkan di

Malaysia. Lembaga Kaunselor juga bertanggungjawab memantau tatalaku kaunselor,

termasuklah penetapan Kod Etika Profesional.

Standard Kelayakan dan Latihan Kaunselor ini bertujuan memastikan kaunselor memiliki dan

menguasai tahap minimum pengetahuan dan kemahiran kaunseling. Penguasaan pengetahuan

dan kemahiran tersebut akan membolehkan kaunselor berfungsi mengikut peruntukan Akta

Kaunselor 1998 (Akta 580). Di samping itu, dalam program latihan kaunselor, sikap dan nilai

yang sesuai dengan profesion kaunseling perlu dipupuk dan diperkembangkan lagi semasa sesi

latihan.

Page 73: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

69

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Standard dan Kelayakan Latihan Kaunselor ini mengandungi tiga bahagian; kerangka standard,

kurikulum latihan kaunselor dan standard praktikum dan latihan amali.

Kerangka piawaian mengandungi kriteria umum, tenaga pengajar, kursus pengajian, kemudahan

fizikal, sistem pengurusan program kaunseling, dan sumbangan institusi latihan terhadap ilmu

kaunseling di Malaysia.

Kurikulum Latihan Kaunselor hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya lapan bidang

berikut:

1) Penaksiran, 2) Kerja kelompok, 3) Perkembangan kerjaya, 4) Pertumbuhan dan

perkembangan manusia, 5) Hubungan bantuan, 6) Identiti profesional, 7) Kepelbagaian sosial

dan budaya, dan 8) Penyelidikan dan penilaian program.

Standard praktikum dan latihan amali pula memberi perhatian kepada pengurusan dan

pengendalian praktikum dan latihan amali. Standard ini telah disemak semula dan

dikemaskinikan oleh Lembaga Kaunselor pada tahun 2011.

7.2 Kerangka Standard

7.2.1 Kriteria umum

Kriteria umum Standard Kelayakan dan Latihan Kaunselor meliputi aspek nama ijazah

yang dianugerahkan, peringkat pengajian, bahasa pengantar, tempoh pengajian, pecahan

kursus, perkiraan nilai kredit, dan syarat kemasukan ke program pengajian.

i) Nama Ijazah

Nama ijazah hendaklah menggambarkan bahawa pengajian itu mengkhususkan

dalam bidang kaunseling sama ada di peringkat ijazah Sarjana Muda atau Sarjana.

Nama-nama panggilan seperti berikut boleh dipakai untuk maksud tersebut.

Page 74: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

70

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Contoh nama ijazah untuk Ijazah Sarjana Muda:

Sarjana Muda Kaunseling

Sarjana Muda Pendidikan [Bimbingan dan Kaunseling]

Sarjana Muda Sastera [Kaunseling]

Sarjana Muda Pendidikan Kepujian [Bimbingan dan Kaunseling]

Bacelor Pendidikan [Bimbingan dan Kaunseling]

Contoh nama ijazah untuk Ijazah Sarjana:

Sarjana Kaunseling

Sarjana Pendidikan [Bimbingan dan Kaunseling]

Sarjana Sains [Bimbingan dan Kaunseling]

Sarjana Sastera [Kaunseling]

Sarjana Sains (Kaunseling]

Master Pendidikan [Bimbingan dan Kaunseling]

Master Sains [Bimbingan dan Kaunseling]

Sarjana Psikologi Kaunseling

ii) Peringkat Pengajian Minimum

Peringkat pengajian minimum yang diiktiraf sebagai memenuhi keperluan standard

adalah di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kaunseling atau Sarjana

Muda dalam bidang bukan kaunseling yang diikuti dengan pengajian di peringkat

Sarjana dalam bidang kaunseling.

iii) Bahasa Pengantar

Bahasa pengantar program pengajian hendaklah dalam Bahasa Melayu atau Bahasa

Inggeris atau kedua-duanya.

Page 75: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

71

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

iv) Bilangan Jam Kredit

Program pengajian di peringkat Sarjana Muda hendaklah mengandungi minimum

81 jam kredit komponen kursus-kursus kaunseling yang meliputi kursus teras,

latihan amali atau praktikum, latihan amali dan elektif.

Di peringkat Sarjana diperlukan minimum 48 jam kredit sahaja, untuk diselaraskan

dengan piawaian antarabangsa. Pada dasarnya program Sarjana diikuti oleh pelajar

yang lebih matang dan lebih berpengalaman kerana telah mempunyai Ijazah Sarjana

Muda. Kursus Pasca Ijazah melibatkan proses penganalisisan dan kajian yang lebih

padat dan mendalam.

v) Pecahan Kursus

Pecahan kursus untuk Ijazah Sarjana Muda hendaklah seperti berikut:

Komponen Jumlah Jam Kredit

1. Teras 66

2. Latihan Amali Atau Praktikum 3

3. Latihan amali 6

4. Elektif/Projek Penyelidikan 6

Jumlah 81

Pecahan kursus untuk Ijazah Sarjana hendaklah seperti berikut:

Komponen Jumlah Jam Kredit

1. Teras 33

2. Latihan Amali Atau Praktikum 3

3. Latihan amali 6

4. Elektif/Projek Penyelidikan 6

Jumlah 48

vi) Kredit dan Beban Pengajaran Pelajar

Kredit ialah ukuran kuantitatif yang melambangkan volum pembelajaran atau beban

pembelajaran untuk mencapai hasil pembelajaran tertentu.

Page 76: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

72

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Beban pembelajaran ialah ukuran kuantitatif semua aktiviti pembelajaran yang

diperlukan untuk mencapai satu set hasil pembelajaran. Aktiviti ini termasuklah

kuliah, tutorial, seminar, praktikal, pembelajaran kendiri, pencarian maklumat,

kajian, kerja lapangan serta persediaan, dan menduduki peperiksaan. Empat puluh

[40] jam pembelajaran nasional dinilai sebagai satu kredit.

vii) Pengiraan Nilai Jam Kredit

Nilai satu jam kredit dikira mengikuti formula berikut:

Perkara Formula

Kuliah 1 jam kredit = 1 jam seminggu 14 minggu

Tutorial/Makmal 1 jam kredit = 3 jam seminggu 14 minggu

tih Amali atau Latihan

Praktikum dan Latihan

amali

1 jam kredit = 6 jam seminggu 14 minggu di

tempat

Jumlah kredit minimum komponen kaunseling untuk peringkat Sarjana Muda dan

Sarjana yang perlu diambil seperti berikut:

Peringkat Nilai Kredit Minimum

Ijazah Sarjana Muda 81

Ijazah Sarjana 48

7.2.2 Tenaga pengajar

Tenaga pengajar adalah terdiri daripada kakitangan yang dilantik oleh universiti

sebagai pensyarah.

Standard tenaga pengajar dilihat dalam dua aspek iaitu nisbah tenaga pengajar

dengan pelajar dan taraf kelulusan dan pengalaman tenaga pengajar.

i. Nisbah bilangan tenaga pengajar yang berkelulusan dalam bidang

kaunseling dengan bilangan pelajar hendaklah pada kadar 1:15. Nisbah

Page 77: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

73

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

ini ialah nisbah yang dianggap sesuai untuk kecekapan dan keberkesanan

pengajaran, penyeliaan latihan amali, latihan amali atau praktikum, dan

penyeliaan projek penyelidikan.

ii. Taraf kelulusan minimum tenaga pengajar

Tenaga pengajar yang mengajar kursus kaunseling mestilah berdaftar

dengan Lembaga Kaunselor dan mempunyai kelayakan berikut:

a. Berkelulusan sekurang-kurangnya di peringkat Sarjana yang

diiktiraf dalam bidang kaunseling.

b. Pengalaman dalam bidang pendidikan kaunseling diutamakan.

c. Mempunyai pengalaman dalam penyelidikan kaunseling.

7.2.3 Kurikulum umum (mata pelajaran)

Piawaian minimum kurikulum umum yang ditawarkan meliputi bidang-bidang

berikut:

i. Bidang kurikulum umum

Bidang kursus pengajian di tahap Sarjana Muda hendaklah mengandungi

komponen berikut dengan jumlah kredit yang dinyatakan:

Komponen Jumlah Jam Kredit

Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia 12

Perhubungan Bantuan 15

Kepelbagaian Sosial dan Budaya 6

Kerja Kelompok 6

Perkembangan Kerjaya 6

Pengujian dan Pengukuran Psikologi 6

Penyelidikan dan Penilaian Program 12

Isu-Isu Profesional dalam Kaunseling dan Psikologi 3

Latihan Amali atau Praktikum Kaunseling 3

Latihan amali 6

Kursus-Kursus Elektif yang Berkaitan dengan 6

Page 78: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

74

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Bidang Kaunseling atau Projek Penyelidikan

Jumlah 81

Bidang kursus pengajian di tahap Sarjana hendaklah mengandungi komponen

berikut dengan jumlah kredit yang dinyatakan:

Komponen Jumlah Jam Kredit

Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia 3

Perhubungan Bantuan 6

Kepelbagaian Sosial dan Budaya 3

Kerja Kelompok 3

Perkembangan Kerjaya 6

Pengujian dan Pengukuran Psikologi 6

Penyelidikan dan Penilaian Program 3

Isu-Isu Profesional dalam Kaunseling dan Psikologi 3

Latihan Amali atau Praktikum Kaunseling 3

Latihan amali 6

Kursus-Kursus Elektif yang Berkaitan dengan

Bidang Kaunseling atau Projek Penyelidikan

6

Jumlah 48

ii. Penggubalan Kursus

Berikut ialah panduan penggubalan kursus:

a. Penggubalan kursus hendaklah berdasarkan garis panduan

Piawaian dan Kelayakan Latihan Kaunselor terkini oleh Lembaga

Kaunselor.

b. Pihak yang terlibat dalam penggubalan kursus hendaklah terdiri

daripada tenaga pengajar yang berkepakaran dan berpengalaman.

c. Perlu ada prosedur penilaian atau semakan berkala yang standard

berdasarkan maklum balas mengenai keberkesanan dan

perlaksanaan kurikulum.

Page 79: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

75

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

iii. Kelayakan tenaga pengajar

Kelayakan minimum tenaga pengajar untuk kursus kaunseling adalah

seperti dalam perkara 7.2.2. Kelayakan minimum tenaga pengajar untuk

kursus bukan kaunseling pula ialah Sarjana dalam bidang yang diajar.

iv. Cara pengajaran

Kaedah pengajaran dan pembelajaran boleh dipelbagaikan. Walau

bagaimanapun, kursus-kursus berikut hendaklah diajar secara bersemuka

keseluruhannya; Makmal Kaunseling, Teknik Kaunseling, Kaunseling

Individu, Kaunseling Kelompok, Kaunseling Keluarga, Pengujian dan

Pengukuran, Latihan Amali atau Praktikum, Latihan Amali, dan Projek

Penyelidikan (Jam kontak bersemuka merujuk kepada perkara 1.1[vi]).

v. Kandungan kursus pengajian

Kandungan kursus pengajian hendaklah menepati perkara seperti dalam

Bahagian 2 Kurikulum Latihan Kaunselor.

7.2.4 Kemudahan fizikal

Institusi yang menawarkan latihan dalam bidang kaunseling perlulah mempunyai

kemudahan fizikal seperti berikut:

i. Bilik pengajaran

ii. Makmal individu dan kelompok yang mempunyai kemudahan rakaman

dan bilik pemerhatian

iii. Peralatan elektronik yang diperlukan untuk membuat rakaman

iv. Kemudahan rujukan dan sistem maklumat yang meliputi koleksi buku,

jurnal, bahan elektronik, kemudahan mengakses maklumat, dan

sebagainya dalam bidang kaunseling, psikologi dan psikoterapi.

v. Senarai institusi atau organisasi untuk penempatan latihan amali.

Page 80: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

76

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

7.2.5 Sistem pengurusan program kaunseling

Pengurusan program kaunseling hendaklah dikendalikan secara sistematik dan berkualiti

yang meliputi perkara berikut:

i. Pentadbiran dan penyimpanan rekod

ii. Pengawalan dan penggunaan bahan pengajaran

iii. Pengurusan penjadualan pengajaran seperti kuliah, makmal, praktikum,

dan sebagainya

iv. Pihak yang bertanggungjawab terhadap penilaian dan penambahbaikan

kurikulum

v. Personel pelajar

vi. Program perkembangan profesional staf akademik

vii. Sistem penilaian program termasuk sistem penilai dalaman dan penilai

luaran

7.2.6 Sumbangan institusi latihan terhadap perkembangan ilmu kaunseling

Institusi juga dinilai dari segi sumbangannya kepada bidang kaunseling di Malaysia

seperti penyelidikan dan penerbitan, perkhidmatan kaunseling, penganjuran konvensyen,

seminar, bengkel, dan sebagainya.

7.3 Kurikulum Latihan Kaunselor

Bahagian ini mengandungi bidang yang perlu dalam kurikulum latihan kaunselor.

7.3.1 Identiti profesional

Kursus dalam bidang ini hendaklah meliputi kefahaman tentang semua aspek fungsian

profesional termasuk sejarah, peranan, struktur organisasi, etika, perundangan, pensijilan,

pelesenan, standard, dan pengakreditasian.

Page 81: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

77

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Bidang ini perlulah meliputi komponen berikut:

i. Sejarah dan falsafah profesion kaunseling.

ii. Peranan, fungsi, dan perhubungan profesional dengan perkhidmatan

kemanusiaan yang lain.

iii. Kemahiran asas menggunakan ICT dalam perkhidmatan kaunseling.

iv. Kepentingan dan fungsi Lembaga Kaunselor di bawah Akta Kaunselor

1998 [Akta 580]. Peranan dan kepentingan organisasi profesional

berkaitan amalan kaunseling.

v. Pengiktirafan profesional termasuk pensijilan, pendaftaran dan pelesenan,

amalan pengakreditasian, pengekalan standard profesional, dan dasar

awam lain yang berkaitan. Penekanan diberikan terhadap peranan

Lembaga Kaunselor.

vi. Proses polisi awam dan swasta seperti peranan kaunselor profesional

dalam menjaga kewibawaan profesion.

vii. Proses membantu klien, institusi dan halangan sosial yang dihadapi oleh

profesional kaunselor dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik.

viii. Standard etika kaunselor dan hal yang berkaitan, dan aplikasi

pertimbangan etika dan perundangan dalam profesion kaunseling.

Contoh Tajuk Kursus:

a. Etika dan Perundangan Kaunseling

b. Amalan Profesionalisme Kaunseling

c. Falsafah dan Etika Kaunseling

d. Isu Etika dan Profesionalisme Kaunseling

e. Isu Etika dan Perundangan Kaunseling

Page 82: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

78

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

7.3.2 Kepelbagaian Sosial dan Budaya

Kursus dalam bidang ini bertujuan memberi kefahaman tentang kepelbagaian konteks

sosial dan budaya seperti aspek perhubungan, isu, dan trend dalam masyarakat majmuk

dan berbilang budaya.

Bidang ini perlulah meliputi komponen berikut:

i. Trend pelbagai budaya dan masyarakat majmuk dengan penekanan pada

sensitiviti budaya sesetengah kumpulan sosial dan interaksi antara

kumpulan pada tahap nasional atau antarabangsa.

ii. Pembelajaran daripada pengalaman menggalak dan membantu pelajar

memahami sikap, kepercayaan dan pelbagai pengalaman budaya seperti

budaya, etnik, keturunan, umur, gender, orientasi seksual, ciri mental dan

fizikal, pendidikan, nilai keluarga, nilai agama dan kepercayaan, status

sosioekonomi dan keunikan individu, pasangan, keluarga, dan komuniti.

iii. Teori kaunseling pelbagai budaya, pembangunan identiti, dan keadilan

sosial.

iv. Strategi perhubungan individu, pasangan, keluarga, kumpulan, dan

komuniti dalam masyarakat majmuk.

v. Peranan kaunselor dalam memupuk keadilan sosial, sokongan dan resolusi

konflik, kesedaran diri dalam konteks budaya. Juga, peranan kaunselor

dalam menangani sifat prejudis, proses penindasan serta diskriminasi yang

disengajakan dan tidak disengajakan serta tingkah laku lain yang didukung

oleh budaya yang merugikan perkembangan semangat, fikiran, atau

jasmani individu.

vi. Pertimbangan etika dan perundangan.

Contoh Tajuk Kursus:

a. Kaunseling Pelbagai Budaya

b. Kaunseling Silang Budaya

Page 83: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

79

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

c. Psikologi Sosial

d. Individu dan Masyarakat

e. Antropologi dan Sosiologi Budaya

f. Budaya dan Masyarakat

7.3.3 Pertumbuhan dan perkembangan manusia

Kursus dalam bidang ini bertujuan memberi kefahaman tentang pertumbuhan dan

perkembangan manusia sepanjang jangka hayat.

Bidang ini perlulah meliputi komponen berikut:

i. Teori pertumbuhan dan perkembangan individu dan keluarga yang

merentasi kehidupan sepanjang hayat.

ii. Teori pembelajaran dan perkembangan personaliti.

iii. Tingkah laku manusia merangkumi kefahaman tentang perkembangan

krisis, ketidakupayaan, psikopatologi, faktor alam sekeliling, dan situasi

yang mempengaruhi tingkah laku normal dan abnormal.

iv. Strategi yang memudahkan perkembangan kehidupan sepanjang hayat.

v. Pertimbangan etika dan perundangan.

Contoh Tajuk Kursus:

a. Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia

b. Teori Personaliti

c. Psikologi Bilazim

d. Teori Pembelajaran

e. Perkembangan Peringkat Dewasa

f. Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja

Page 84: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

80

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

7.3.4 Kerjaya dan gaya hidup

Kursus dalam bidang ini memberi kefahaman perkembangan kerjaya dan faktor yang

berkaitan dengan kehidupan.

Bidang ini perlulah meliputi komponen berikut:

i. Teori perkembangan kerjaya dan model membuat keputusan kerjaya.

ii. Kerjaya dan kerja sampingan, sumber maklumat pasaran buruh, media

visual dan cetak tentang kerjaya, sistem maklumat kerjaya berasaskan

komputer, dan media elektronik lain.

iii. Program perancangan kemajuan kerjaya dan pendidikan, perkembangan,

pengurusan dan pentadbiran, pelaksanaan, penyeliaan, dan penilaian

kerjaya.

iv. Perhubungan antara kerja, keluarga dan cara gaya kehidupan, peranan

kehidupan yang lain termasuk faktor kepelbagaian jantina berkaitan

dengan perkembangan kerjaya.

v. Perancangan kerjaya dan pendidikan, penempatan, susulan, dan

penilaian.

vi. Teknik dan alat penaksiran yang berkaitan dalam membuat perancangan

dan keputusan kerjaya.

vii. Strategi, aplikasi, dan perkembangan kerjaya berasaskan teknologi

termasuk sistem maklumat dan bimbingan kerjaya berkomputer dan cara

melayari laman web yang berkaitan dengan kerjaya.

viii. Proses, teknik dan teori kaunseling kerjaya, termasuk yang boleh

diaplikasikan kepada populasi yang khusus.

ix. Pertimbangan etika dan perundangan.

Contoh Tajuk Kursus:

a. Kaunseling Kerjaya

b. Teori Perkembangan Kerjaya

Page 85: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

81

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

c. Kerjaya dan Gaya Kehidupan

d. Kaunseling Kerjaya dan Perkembangan Personel

e. Perkembangan Kerjaya

f. Maklumat dan Perkembangan Kerjaya

7.3.5 Kemahiran perhubungan bantuan

Kursus dalam bidang ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang kemahiran bantuan

dan perundingan dalam proses kaunseling. Kursus ini juga dapat membantu pelajar

meningkatkan kesedaran kendiri bagi mewujudkan hubungan terapeutik kaunselor-klien

yang efektif dalam sempadan profesional.

Kursus dalam bidang ini hendaklah meliputi sekurang-kurangnya:

i. Ciri dan tingkah laku kaunselor mempengaruhi proses kaunseling dan

perundingan seperti umur, jantina, perbezaan ras, tingkah laku lisan dan

bukan lisan, ciri, orientasi teori, dan kemahiran kaunselor.

ii. Kemahiran temu bual dan kaunseling supaya pelajar dapat mewujudkan

perhubungan terapeutik dan membina matlamat, menilai hasil yang

sesuai, mengkonsepsikan kes, merangka strategi tindakan, menilai hasil

kaunseling, dan menamatkan perhubungan kaunseling dengan berkesan.

iii. Teori kaunseling yang membantu pelajar menggunakan model yang

konsisten untuk memahami masalah dan isu klien serta memilih tindakan

kaunseling yang sesuai. Pengalaman yang diperoleh pelajar hendaklah

meliputi sejarah perkembangan teori kaunseling, dan penerokaan teori

efektif, kognitif dan tingkah laku. Pelajar wajar diberikan peluang untuk

menerapkan teori tersebut dalam kajian kes di samping didedahkan

kepada model kaunseling mutakhir berdasarkan penyelidikan dan amalan

terkini serta digalakkan membina model kaunseling sendiri.

iv. Perspektif sistem untuk membantu pelajar memahami sistem keluarga

dan teori sistem yang lain serta model intervensi keluarga yang lain.

Page 86: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

82

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Pelajar perlu untuk memahami rasional di sebalik pemilihan teori

keluarga dan teori sistem sebagai modus yang sesuai dalam penilaian

keluarga dan kaunseling.

v. Penyediaan kerangka umum untuk memahami dan mengamalkan

perundingan dalam kaunseling. Pelajar dikehendaki meneliti sejarah

perkembangan perundingan, tahap perundingan dan model, dan mampu

untuk membentangkan kes.

vi. Pengintegrasian teknologi serta penggunaannya dalam proses

kaunseling.

vii. Pertimbangan etika dan perundangan.

Contoh Tajuk Kursus:

a. Kaunseling Individu

b. Kemahiran Membantu

c. Proses Kaunseling

d. Perundingan dalam Kaunseling

e. Kaunseling Keluarga

f. Teknik Kaunseling

g. Teori Kaunseling dan Psikoterapi

7.3.6 Kerja kelompok

Kursus ini akan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan pemahaman berkaitan

matlamat kelompok, pengembangan dan dinamik, teori kaunseling kelompok, kemahiran,

dan teknik.

Bidang ini meliputi komponen berikut:

i. Prinsip dinamik kelompok, termasuk tahap kelompok, proses, teori tahap

perkembangan, peranan dan tingkah laku ahli kelompok, dan faktor

terapeutik dalam kelompok.

Page 87: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

83

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

ii. Ketua kelompok, gaya kepimpinan, dan pendekatan.

iii. Teori kaunseling kelompok merangkumi aspek persamaan dan aspek yang

membezakan antara teori itu serta penyelidikan dan bahan bacaan yang

berkaitan.

iv. Kaedah kaunseling kelompok termasuk orientasi dan tingkah laku

pemimpin, kriteria dan kaedah saringan, pemilihan ahli serta cara menilai

keberkesanan kelompok.

v. Pendekatan yang digunakan untuk jenis kelompok yang lain termasuk

kelompok petugas, kelompok berfokus, kelompok sokongan, kelompok

pencegahan, kelompok psiko-pendidikan, dan kelompok terapi.

vi. Standard latihan pemimpin kelompok.

vii. Pertimbangan etika dan perundangan.

Contoh Tajuk Kursus:

a. Kaunseling Kelompok

b. Prosedur Kelompok

c. Teori dan Teknik Kelompok

d. Dinamik dan Proses Kelompok

e. Kelompok dan Komunikasi Kelompok

7.3.7 Pengujian dan pengukuran psikologi

Fokus adalah kepada memahami penilaian, penaksiran, dan interpretasi individu dan

kelompok.

Bidang ini perlu meliputi komponen berikut:

i. Perspektif sejarah penilaian berkaitan sifat dan makna penaksiran.

ii. Konsep asas berkaitan alat pengukuran dan teknik penilaian yang standard

dan tidak standard termasuk ujian rujukan–norma dan rujukan–kriteria,

penaksiran persekitaran, penaksiran pencapaian, kaedah inventori, ujian

Page 88: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

84

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

individu dan kelompok, pemerhatian tingkah laku, dan ujian yang diurus

dan dibantu komputer.

iii. Konsep asas statistik termasuk skala pengukuran, pengukuran

kecenderungan memusat, penanda keragaman, bentuk dan jenis taburan,

dan korelasi.

iv. Kebolehpercayaaan: Pengukuran teori keralatan, model kebolehpercayaan,

dan penggunaan maklumat kebolehpercayaan.

v. Kesahan: Bahan bukti kesahan, jenis kesahan, dan hubungan antara

kebolehpercayaan dengan kesahan.

vi. Penaksiran tentang umur, gender, orientasi seksual, kaum, bahasa,

ketidakupayaan, budaya, kerohanian, dan faktor lain berkaitan penaksiran

dan penilaian individu, kelompok, dan populasi tertentu.

vii. Strategi untuk memilih, mengendali, dan membuat interpretasi alat

penaksiran dan penilaian serta teknik dalam kaunseling. Penggunaan

bahan penaksiran mesti ditumpukan kepada bahan ujian atau yang

standard dan telah diterima pakai secara sejagat mengikut standard

akademik dan diterbitkan dalam jurnal berwasit yang diiktiraf dalam

bidang berkaitan.

viii. Kefahaman mengenai prinsip umum dalam membuat pengkonsepsian,

penaksiran, dan membuat diagnosis status mental dan emosi kes.

ix. Pertimbangan etika dan perundangan.

Nota: Pengendalian, pentadbiran, penginterpretasian ujian, dan inventori

hendaklah dikendalikan oleh individu yang terlatih dalam penggunaan ujian dan

inventori tersebut.

Contoh Tajuk Kursus:

a. Ujian dan Pengukuran dalam Kaunseling

b. Analisis Individu dan Kelompok dalam Kaunseling

c. Penaksiran dalam Kaunseling

d. Penaksiran dalam Kesihatan Mental

Page 89: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

85

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

e. Ujian dan Pengukuran Psikologi

7.3.8 Penyelidikan, projek kajian atau penilaian program

Kursus dalam bidang ini memberi kefahaman tentang kaedah penyelidikan analisis

statistik, keperluan, dan penilaian program. Pelajar perlu sedar cabaran, peluang, dan

kepentingan penyelidikan dalam profesion kaunseling. Pelajar dikehendaki menjalankan

penyelidikan, projek kajian, atau menjalankan penilaian program dalam bidang

kaunseling.

Bidang ini perlulah meliputi komponen berikut:

i. Kepentingan penyelidikan dalam memajukan profesion kaunseling.

ii. Kaedah penyelidikan seperti kuantitatif, kualitatif, reka bentuk kajian kes,

penyelidikan tindakan, dan penyelidikan menguji keberkesanan.

iii. Penggunaan teknologi dan kaedah statistik dalam menjalankan

penyelidikan dan penilaian program serta kemahiran asas analisis perisian

statistik.

iv. Kegunaan penyelidikan penilaian adalah dalam menaik taraf dan

memajukan program yang sedia ada.

v. Penyelidikan sebagai bukti berdasarkan praktikal dalam profesion

kaunseling.

vi. Pertimbangan etika dan perundangan.

Contoh Tajuk Kursus:

a. Penyelidikan dalam Kaunseling

b. Statistik dalam Kaunseling

c. Projek Penyelidikan/Kajian dalam Bidang Kaunseling

d. Kaedah Penyelidikan Kaunseling

e. Kaedah Kuantitatif dan Kualitatif dalam Penyelidikan Kaunseling

Page 90: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

86

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

7.4 Standard Latihan Praktikal dan Praktikum

Bahagian ini menyediakan garis panduan mengenai pelbagai aspek yang mesti dipenuhi bagi

mencapai standard praktikum.

7.4.1 Latihan amali atau praktikum

Latihan amali atau praktikum bermakna pengalaman klinikal yang diselia dengan tujuan

untuk membolehkan pelajar membina dan mengembangkan kemahiran asas kaunseling

dan mengintegrasikan pengetahuan profesional semasa pengajian. Pengalaman klinikal

ini merangkumi pengalaman mengendalikan kaunseling dan juga aktiviti berkaitan

dengan kaunseling. Latihan amali atau praktikum biasanya dijalankan di dalam kampus

dan hendaklah disempurnakan sebelum latihan amali.

7.4.2 Pelajar latihan amali atau praktikum

Pelajar yang hendak menjalani latihan amali/praktikum hendaklah sekurang-kurangnya

telah lulus kursus-kursus berikut:

Teori Kaunseling

Teknik Kaunseling

Kerja Kelompok

Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia

Perkembangan Kerjaya

7.4.3 Penyelia latihan amali atau praktikum

Penyelia praktikum ialah seseorang yang telah dilantik oleh institusi sebagai penyelia

yang sekurang-kurangnya mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang kaunseling. Penyelia

tersebut hendaklah kaunselor berdaftar dan mempunyai Sijil Perakuan Amalan daripada

Lembaga Kaunselor Malaysia. Penyelia boleh dibantu oleh kaunselor berdaftar yang

Page 91: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

87

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

mempunyai Sijil Perakuan Amalan dan berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana

Muda dalam bidang kaunseling.

7.4.4 Tempat latihan amali atau praktikum

Tempat latihan amali atau praktikum hendaklah mempunyai kemudahan rakaman dan

peralatan pandang dengar yang sesuai bagi tujuan memberi latihan klinikal serta

mempunyai prosedur tetap bagi menjamin kerahsiaan dan melindungi hak-hak klien

mengikut undang-undang. Tempat itu juga harus menyediakan peluang seluas-luasnya

untuk pelatih membiasakan diri dengan pelbagai aktiviti profesional seperti penyimpanan

rekod, penyeliaan, perkhidmatan maklumat, dan menghadiri mesyuarat staf. Tempat itu

juga hendaklah mempunyai:

i. Prasarana untuk melaksanakan kaunseling individu dan kelompok yang

menjamin kerahsiaan.

ii. Ruang yang mencukupi untuk penggunaan peralatan pandang dengar.

iii. Staf sokongan seperti pembantu teknik bagi penjagaan dan pengendalian

alat pandang dengar.

7.4.5 Tempoh latihan amali atau praktikum

Tempoh minimum latihan amali atau praktikum ialah 252 jam yang bernilai 3 jam kredit

di mana 96 jam daripadanya diperuntukkan untuk perhubungan bersemuka dengan klien

(semasa kaunseling individu, kelompok, keluarga, atau perkahwinan).

7.4.6 Prosedur pentadbiran dan penyeliaan latihan amali atau praktikum

I. Terma dan syarat latihan amali atau praktikum

i. Pelajar perlu mendaftar dalam kursus latihan amali atau praktikum.

ii. Pelajar perlu mendapat pengalaman mengendalikan proses

kaunseling daripada tahap awal sehingga tahap sesi penutup.

Page 92: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

88

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

iii. Pelajar perlu diselia sepenuhnya.

iv. Pelajar perlu menjalankan latihan amali atau praktikum di tempat

yang memenuhi syarat dalam perkara 7.4.4.

v. Pengendalian, pentadbiran, dan penyeliaan perlu memenuhi syarat

dan peraturan yang ditetapkan dalam Standard dan Kelayakan

Latihan Kaunselor.

II. Penilaian hendaklah berasaskan kriteria berikut:

i. Penerapan teori

ii. Penggunaan kemahiran dan teknik kaunseling

iii. Konseptualisasi masalah

iv. Perancangan dan strategi rawatan

v. Kepatuhan kepada etika

vi. Refleksi

III. Aspek Pengurusan Rekod merangkumi perkara berikut:

i. Penyimpanan rekod aktiviti harian dalam buku log

ii. Laporan perancangan rawatan

iii. Laporan sesi kaunseling

iv. Rekod penggunaan dan pentadbiran ujian/instrumen

v. Dokumen lain yang berkaitan

7.5 Standard Latihan Amali

Bahagian ini menyediakan garis panduan mengenai pelbagai aspek yang mesti diberi

pertimbangan bagi mencapai standard latihan amali.

7.5.1 Latihan amali

Latihan amali ialah pengalaman klinikal pasca praktikum yang diselia dengan tujuan

untuk membolehkan pelajar menghalusi, meningkat, dan memantapkan aplikasi

pengetahuan dan kemahiran kaunseling di tempat latihan profesional. Latihan amali

Page 93: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

89

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

hendaklah dilaksanakan di premis di mana perkhidmatan kaunseling profesional

dijalankan.

7.5.2 Pelajar latihan amali

Pelajar latihan amali ialah pelatih yang telah menyempurnakan kesemua kursus dan

praktikum yang ditetapkan dalam program ijazahnya. Pelajar hendaklah mendaftar dalam

kursus latihan amali.

7.5.2 Penyelia latihan amali

Penyelia latihan amali terbahagi kepada dua kategori:

i. Penyelia Akademik

ii. Penyelia Lapangan

Penyelia akademik hendaklah seorang yang telah dilantik oleh institusi sebagai penyelia

dan sekurang-kurangnya mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang kaunseling. Penyelia

tersebut hendaklah kaunselor berdaftar yang mempunyai Sijil Perakuan Amalan daripada

Lembaga Kaunselor Malaysia.

Penyelia lapangan pula hendaklah seorang yang telah dilantik bersama oleh institusi dan

organisasi di mana pelajar tersebut menjalankan latihan amali. Penyelia lapangan juga

hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang

kaunseling. Penyelia tersebut hendaklah kaunselor berdaftar yang mempunyai Sijil

Perakuan Amalan.

7.5.4 Tempat latihan amali

Latihan amali hendaklah dijalankan di organisasi, institusi atau klinik yang menyediakan

khidmat kaunseling profesional seperti pusat perkhidmatan kaunseling di institusi

Page 94: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

90

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

pengajian tinggi, hospital, sekolah, pusat komuniti, pusat pemulihan, penjara, jabatan

kebajikan masyarakat, pusat diagnostik, jabatan sumber manusia, jabatan agama, badan

korporat dan institusi/organisasi lain. Tempat itu juga harus dapat menyediakan peluang

seluas-luasnya untuk pelatih membiasakan diri dengan pelbagai aktiviti profesional

berkaitan dengan tugas sebagai kaunselor.

7.5.5 Tempoh latihan amali

Tempoh minimum latihan amali ialah 504 jam yang bernilai 6 kredit, di mana tempoh

minimum 192 jam hendaklah merupakan perhubungan dengan klien secara bersemuka

(kaunseling individu, kelompok, keluarga, atau perkahwinan) dan selebihnya untuk

aktiviti yang berkaitan dengan tugas-tugas kaunselor profesional.

7.5.6 Prosedur pentadbiran dan penyeliaan latihan amali

I. Syarat dan Peraturan Latihan Amali

i. Pelajar perlu mendaftar untuk latihan amali.

ii. Pelajar telah menyempurnakan semua kerja kursus dan praktikum.

iii. Pelajar diselia sepenuhnya oleh penyelia.

iv. Pelajar perlu menjalankan latihan amali di tempat yang memenuhi

syarat dalam perkara 7.5.4.

v. Pengendalian, pentadbiran, dan penyelia perlu memenuhi syarat

dan peraturan yang ditetapkan dalam standard dan kelayakan

latihan kaunselor.

II. Penyeliaan Latihan Amali

i. Penyeliaan individu dijalankan secara bersemuka atas nisbah lima

pelatih kepada seorang penyelia.

ii. Penyeliaan berkelompok hendaklah berbentuk seminar atas nisbah

10 pelatih kepada satu penyelia.

iii. Pelatih hendaklah diberi peluang menilai penyelia mereka.

Page 95: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSK1102 Pengenalan Kep… · pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

91

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

iv. Pelatih latihan amali digalakkan mempunyai perlindungan

insurans.

III. Aspek Penilaian Latihan Amali

Penilaian hendaklah berasaskan kriteria berikut:

i. Penerapan teori

ii. Penggunaan kemahiran dan teknik kaunseling

iii. Konseptualisasi masalah

iv. Perancangan dan strategi rawatan

v. Kepatuhan kepada etika

vi. Refleksi

IV. Aspek Pengurusan Rekod

i. Penyimpanan rekod aktiviti harian dalam buku log

ii. Laporan perancangan rawatan

iii. Laporan kaunseling

iv. Rekod penggunaan dan pentadbiran ujian/instrumen

v. Dokumen lain yang berkaitan

V. Aktiviti berkaitan dengan kaunseling

i. Rujukan

ii. Konsultasi

iii. Aktiviti bimbingan

iv. Pengujian, pengukuran, dan penaksiran

v. Aktiviti perkembangan diri

vi. Pendidikan psikologi

Latihan

Minda

a) Apakah kelayakan minimum untuk mendaftar sebagai

kaunselor di Lembaga Kaunselor Malaysia?

b) Apakah lapan komponen utama dalam kurikulum latihan

kaunselor?

c) Siapakah yang layak untuk menyelia latihan praktikal,

praktikum, dan latihan amali?